Wednesday, March 15, 2017

DaYanG


Nesan batu yang kelihatan baru dipasang didekati. Dayang labuhkan duduk penuh berhati-hati. Dia ingat pesan doktor tengahari tadi waktu memberitahu dia sudah boleh keluar dari wad. Itupun selepas puas dia merayu. 

“Puan masih lemah. Perempuan lepas bersalin kena jaga kesihatan elok-elok. Puan tak boleh lasak-lasak sangat. Luka melahirkan tu masih belum sembuh sepenuhnya lagi.”

Tangan capai nesan yang kaku. Nama yang tertera direnung.

Azhar bin Ibrahim.

Diusap dengan jari-jemari nama yang tertinta indah. Bibir dikemam saat dada ditiup angin pilu yang mengintai.

“Har…Hajar datang. Hajar datang ni jumpa, Har. Maaf. Hajar lambat, Har. Har jangan marah ye.”

Marah. Azhar mana pernah marah. Tak pernah!

"Har tak bolehlah nak marah Hajar. Tengok senyum Hajar aje mesti hati Har sejuk."

Dan serentak hati dipukul ombak sayu. Tubir mata bergenang tiba-tiba. Dayang gagal tahan sedih yang datang. Tubuh bergegar dan tangisan pecah tanpa mampu disekat. Lama melayan sedih, Dayang kembali memandang kubur. Tangan menyapu wajah yang basah.

“Har…” Dayang telan esak yang masih bersisa. “Hajar minta maaf. Hajar tak dapat tatap wajah Har buat kali terakhir hari tu. Hajar…Hajar tak berdaya, Har.” Bibir dipaut dengan tapak tangan. Cuba menahan esak dari terus bergema. Tanah kubur diusap. Bagai terasa seperti mengusap tubuh hangat Azhar.

“Hajar…Hajar sedih, Har. Hajar…Hajar tak…Hajar tak dapat cium Har buat kali terakhir.” Tubir mata kembali bergenang lagi. Tangan sapu mata yang basah. Kata-kata Azhar suatu waktu dahulu terlayar di fikiran.

“Kalau Har mati dulu, Hajar kena janji cium dahi Har sebelum muka Har kena tutup dengan kain kapan. Har nak tengok isteri Har buat kali terakhir sebelum Har dimasukkan ke dalam lahat.”

“Kenapa cakap macam tu? Har tak boleh tinggalkan Hajar. Har dah janji nak jaga Hajar.”

“Ajal maut kita tak tau, Hajar. Mana tau Har yang pergi dulu nanti.”

Dayang tunduk. Tubuh bergoncang lagi.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...