Tuesday, April 28, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 14

Bab 14

Hidup ini kata orang kena berani...berani berhadapan dengan cabaran, berani ambil risiko, berani melawan jika perlu demi mempertahankan hak kita dari dirampas, dicabul, dipersenda....dan kita juga kena berani terima kekalahan..Kekalahan?...Aidil sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil berjalan mundar-mandir di kebun mini milik Engku Noor Zubaidah. Kebun mini yang terletak di belakang banglo mak longnya itu dipenuhi pelbagai sayuran juga ulaman. Rumpun serai, pandan juga kantan mak long merimbun di balik kolam ikan puyunya. Di sisi pagar pokok cemperai menghijau sekali. Ada juga sebatang dua pokok belimbing buluh dan cermai yang turut ditanam di situ. Mak Long memang ringan tangan, ringan tulang...mak long tidak seperti mama...sangat berbeza keduanya. Mak long tidak suka menghabiskan masa dengan menghadiri party-party sosial perkumpulan wanita-wanita ternama dan kaya yang sudah lanjut usia tapi tak sedar diri dah tua!...kata mak long tu aktiviti yang membuang masa sahaja...tiada faedah, jauh dari hidayah!...anehnya tulah aktiviti kesukaan mama...aktiviti bercerita, bermegah-bermegah, mencanang kekayaan masing-masing, kejayaan suami dan anak masing-masing...masing-masing dengan lagaknya, tak mahu kalah...meluat sungguh Aidil dengan sandiwara manusia-manusia hipokrit begini.

Mama memang tidak pernah betah kalau terpaksa berlama-lama di rumah mak long....telinga pasti jadi nipis dek "nyanyian" mak long. Mak Long memang tidak pernah beri muka pada mama...kalau perlu dilaser dengan peluru air liur, mak long tembak saja!...namun satu yang Aidil lihat mama tetap hormat pada mak long walau bagaimana sekalipun disinis mak long...Mak long memang tidak berkenan dengan perilaku mama yang sering membuang masa dengan aktiviti sosialnya yang tidak berfaedah...itulah yang sering disebut mak long.

Engku Noor Zubaidah yang sedang memetik kacang buncis bersama tapis plastik ditangan sambil ditemani pembantu rumahnya sejak 40 tahun lalu, mak yam menjeling menerusi ekor matanya melihat gelagat anak saudaranya itu. Satu-satunya putera arwah adik lelaki tunggalnya...sayang sekali adiknya itu lebih disayangi Allah. Aidil, Aidil...parah betul dah budak sorang ni!

"yam bawak masuk kacang ni ye....nanti malam tolong gorengkan sama kicap dengan udang...tu si Aidil tu memang suka makan ni...jangan lupa petik sikit ulam pegaga tu sama ye yam."

Engku Noor Zubaidah menghulurkan tapis plastik yang separuh penuh dengan isi kacang buncis yang baru dipetik tu ke tangan pembantu rumahnya itu.

"baik Engku..."

Langkah tuanya diatur menghampiri Aidil yang sedang leka memberi ikan -ikan puyu di kolamnya makan. Ralit anak muda itu dilihat menyaksikan anak-anak ikan puyu yang sudah sebesar 3 jari tu berenang-berenang. Engku Noor Zubaidah turut mencangkung di sisi anak saudaranya itu. Bahu anak muda itu diusap lembut. Aidil menoleh lantas tersenyum. Dia juga tersenyum sama.

"jom kita masuk Aidil...kita bercakap kat dalam...selesa sikit....mak long nak mandi dulu...melekit-lekit dah ni."

'ok mak long..."

Aidil memimpin tangan Engku Noor Zubaidah masuk ke dalam rumah.

Bayu malam yang berhembus cukup menyegarkan sekali. Bintang-bintang yang bertaburan di hamparan langit begitu menggamit bebola mata Aidil terpaku di situ. Sesekali jemarinya menolak kebelakang helaian rambutnya yang terjuntai dihadapan mata. Sesekali nafas dihela perlahan...lalu dilepaskan. Langkahnya diatur perlahan-lahan ke bangku batu berwarna putih yang terletak di hujung laman. Bola mata yang sedari tadi asyik memandang langit biru bersama kerdipan bintang-bintang langsung tidak menyedari gerak lakunya menjadi tatapan seseorang. Aidil merenung jauh di kaki langit namun ingatan pada perbualan lewat petang tadi bersama Engku Noor Zubaidah masih terlalu kuat menggamit...

"mak long suka dia Aidil...terlalu suka..ntah la, dia punya tarikan yang cukup istimewa pada mata mak long...kita boleh jadi terbuai bila menatap dirinya, mendengar tutur katanya,....mata birunya itu cukup menawan sekali, bagai kejora sinarnya...hai, kalau mak long yang perempuan ni boleh rasa sampai macam tu, apa lagi lelaki kan...right young man?."

Aidil tersenyum kecil mendengar kata-kata yang terlontar dari mulut mak longnya itu. Mestilah mak long...sapalah yang tidak tertawan padanya, si mata biru itu...Aidil jadi selalu cemburu pada mata-mata yang pasti tertoleh saat berpapasan dengan gemala hatinya itu...sakitnya hati bila melihat mereka, lelaki-lelaki itu bagai tidak langsung menghormati dirinya yang ada disebelah namun masih tega memandang si dia tanpa berkedip!

Kalau mak long tanyakan rasa Aidil ....hmmm, Aidil sudah sering sangat hanyut saat memandang sepasang mata itu...asyik sekali!...tapi kenapa mama tidak begitu mak long?..desir hati kecil Aidil bagai enggan menerima hakikat penolakan mama itu...mengapa mama?...mengapa mama tidak punya tanggapan semulus mak long tentang belahan jiwa Aidil tu ma...hati Aidil terus-terusan merintih pilu...

"banyak yang mak long bualkan dengan Aishah kelmarin Aidil..."

Aidil genggam erat tangan Engku Noor Zubaidah...ceritalah lagi mak long...apa-apa sahaja bicara tentang si dia pujaan hati nan satu itu pasti tidak jemu di telinga Aidil ini...

"mak long suka dengar dia berkisah tentang keluarganya...matanya itu jadi sangat bercahaya bila bercakap pasal keluarganya...seronok sangat dia....sayang sungguh dia pada mak abahnya..pada abang-abangnya...pada kampungnya...dia anak yang baik...sangat-sangat baik di mata mak long..."

Tentu sahaja dia dari keluarga yang baik-baik mak long...keturunan yang molek-molek. Mata Aidil ni saksinya...telinga Aidil ni tidak salah mendengar. Rasa sangat dekat bila berada di tengah-tengah keluarganya mak long...rasa yang sukar Aidil gambarkan. Aidil belum pernah rasa begitu seronok saat menghabiskan cuti bersama mereka sekeluarga dulu mak long...kasih sayang antara mereka buat Aidil sungguh terpukau. Betapa Aidil rasa malu pada mereka bila mama buat begini pada Echa...sampainya hati mama mak long!...

"mak long banyak berfikir semalam...tentang hal Aidil dan Aishah ni...."

Aidil masih menunggu patah bicara yang bakal menyusul dari bibir tua Engku Noor Zubaidah. Terasa debar jantungnya kian laju...

"Aishah tu mak long tahu luka di hatinya sangat dalam Aidil...bilah-bilah bicaranya yang sayup itu cukup menggambarkan perasaannya saat ini...perlakuan mama Aidil memang melampau...sangat-sangat melampau. mak long malu...mak long marah...mak long sakit hati dengan mama Aidil ni...dah kenapa agaknya mama Aidil ni sampai sanggup ambil tindakan begini...dasar pentingkan diri sendiri...Aishah sudah berjanji pada mama Aidil rupa-rupanya...sungguh mak long tak sangka Aidil...Aishah, Aishah..."

Debar jantung Aidil kian kencang jadinya...dahinya berkerut seketika tatkala mendengar perkataan itu...janji pada mama?...janji apa??...issy mak long ni taknak cakap pulak...cakaplah mak long...Aidil dah tak larat nak fikir ni...mak long ni saja aje nak mendera jiwa Aidil la...janji apa yang Echa buat dengan mama ni?...mama suruh Echa buat mama?...Aidil menggaru-garu kepalanya...

"Aidil...masuklah, kan sejuk kat luar tu...sudah sudah la mengaru-garu kepala tu...mari masuk, jom...kan mak long dah janji pada Aidil, insyaallah...adalah cara nak selesaikan masalah kamu berdua...you need to be patient young man..patient, ok?"

Aidil senyum pada Engku Noor Zubaidah yang berdiri disebelah sambil memegang tangannya. Engku Noor Zubaidah turut sama tersenyum...insyaallah Aidil!

Monday, April 27, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 13

Bab 13

Saat mata Echa berpapasan dengan jambangan bunga mawar ungu yang digubah cantik bersama ikatan reben yang senada warnanya di kedai nyonya mulut murai di selekoh tadi ketika kaki mahu melangkah menuju ke NINA's Model Agency minda Echa pantas teringat pada seseorang...

Aidil Zafriel dan ungu memang tidak boleh dipisahkan. Echa maklum itu. Sejak mula mereka kenal warna itu bagai sebahagian dari rutin hidup Aidil...warna yang bagai punyai kuasa ajaib pada Aidil...entahlah..awal-awal dulu Echa pelik jugak...nak tergelak pun iya...memang selalu pun gelakkan dia...apalah mamat ni suka ungu...macam tak jantan aje, eei..tak kuasa!..lalu kerana obsesnya Aidil dengan si violet ini selalu la Aidil kena perli, kena sakat dengan Echa yang memang suka menyakat...tapi Aidil ni Echa tabik sebab cool aje bila kena kutuk kaw-kaw gara-gara ungu...kesian Aidil, jahatkan Echa...eh bukan jahat..cuma nakal jer!

"awak tahu tak makna disebalik warna ungu tu bagi seseorang lelaki"?

Pernah Aidil bertanya soalan ini pada Echa dulu...masa itu Echa cebik aje pada dia...apa laa mamat ni, nak suka warna pun kena tau makna dia ker...nak suka, suka aja la tak yah nak cerita sejarah warna bagai..mamat falsafah la pulak dia ni!...salah channel la beb, kita tak main la falsafah or teori warna ni tau...tapi kan apa ek makna dia...entah-entah "anda adalah contoh lelaki bersifat lemah-lembut, yang penyayang, bla bla "....eeei tolong laa, geli gelemannya Echa.

"mana la saya tau...tu bukan warna kesukaan saya...tapi kan awak, tu kan warna untuk pompuan, awak tak sesuai la suka warna tu...dah macam bapuk la pulak taw..."

Namun Aidil tak pernah marah...jauh sekali nak melenting biarpun mulut tak berinsuran Echa ni selalu aja terbabas kala berbicara dengannya...dia memang tahu kepala besi Echa ni versi tak lut karat!

"warna ungu atau violet ni adalah asal dari campuran warna merah dan biru....biru itu lambang ketenangan,keteguhan dan punyai sifat pertahanan diri yang utuh. Di samping itu ia juga melambang seseorang yang punyai perasaan yang mendalam, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan berpendirian tetap...merah pula lambang pada keberanian, kekuatan, kemahuan atau cita-cita.."

"hmmm...jadi awak orangnya begitu ye?"

Suara Echa yang seakan sinis ditelinga Aidil sedikitpun tidak membuatkan si pemilik mata bundar ini terasa hati...Dia hanya akan tersenyum kecil sahaja melihat riak wajah gemala hatinya ini....hei hei perasan nye kamu Echa, gemala hati kunun!...betul la, tu gelaran yang Aidil bagi buat Echa apa...

"hijau apa maknanye awak?"

"hmmm...yang tu saya tak khatam lagi sayang, nanti saya balik buka kitab Rahsia Disebalik Warna ye."

Echa sudah menjeling masa itu...dan Aidil sudah menghamburkan tawanya . Dia tahu apa yang perkataan yang tersangkut di kerongkong Echa saat itu...menyampah!..memang menyampahpun masa tu...dan lama kelamaan tanpa disedari Echa pula yang jatuh cinta dengan si violet pujaan Aidil itu...aneh kan...mungkinkah sebab dia warna kegemaran orang yang kita sayang maka kita juga akan menyukai benda-benda yang si dia suka...

"purple roses?...eleven purple roses?"

"a'a...tak boleh ke?"

"bukan...tapi sound very weird..tu kan bukan your favourite colour cik Aishah Kesuma...tu kan warna bapuk sayang..."

"ni ada yang nak kena cekak musang kang ni...tangan ni dah lama tak cekak tengkuk orang tau.."

"wooo..garangnya belahan jiwa i ni..."

apa apa?...belahan jiwa...ooowhh tersangatlah jiwangnya...awak, saya tau awak tu kawan kamceng si Fuad jejaka jiwang berkarat tu tapi jangan lah dok berjangkit karatnya sama...jadi mat korporat cukup la, tak yah nak jadi mat jiwang pulak...tak sesuai ngan awak la..buruk tau."

Dan Aidil seperti biasa tidak akan pernah terusik jiwa dengan mulut bertih...mulut tak berbreak Echa ni..habis-habispun dia kan geleng kepala aje sambil ketawa kecil...Echa kagum dengan kesabarannya melayan, menerima karenah Echa yang sentiasa tidak sabar ini...

" why eleven roses?"

" hmmm...maknanya kamulah satu-satunya wanita yang sangat saya cintai dalam hidup saya..."

Echa lihat waktu itu Aidil sudah ketawa terbahak-bahak tanpa menghiraukan orang-orang di restoran mewah itu yang pelik melihat dia ketawa kuat begitu...Echa buat muka sardin aje walaupun malu menjadi perhatian mata-mata penyibuk di situ...apa pandang pandang, tak pernah tengok orang ketawa ke!

"awak suruh saya bagi 11 kuntum rose ungu pada awak yang melambangkan makna tadi...tak malu betul ek awak ni...siap mintak-mintak orang belikan pulak..."

"saya memang tak malu...perempuan tak malu kan...tak nak beli sudah...tak per."

"laa...merajuk pulak, kata jiwa keras...apa tu brutal, kan?...brutal apanye macam ni..."

"saya nak baliklah...panas telinga kalau lama lagi kat sini..karang rentung pulak kan.."

Echa angkat punggung masa tu lalu dengan selamba berjalan meninggalkan meja . Echa lihat Aidil terkebil-kebil melihat aksi spontannya. Tangannya pantas ditarik Aidil.

"sayang...maaf ok?....even eleven thousand purple roses also i'm willing to get it for you...you're my everything sweetheart....my soul, my life..."

Kolam mata Echa sudah basah dengan airmata!

"wei pompuan..apsal ko....berangan ek...ni tengok schedule ko minggu ni, aku dah susun cantik- cantik..."

Teguran Joe mengembalikan Echa pada lokasi sebenarnya saat itu...Echa meraup wajahnya perlahan-lahan. Nafas dihela dan dilepaskan perlahan-lahan...saat dia menoleh, matanya dan mata Joe bertemu dan Echa dapat melihat pandangan Joe yang penuh persoalan...kening dikerut sambil mukanya dihala tepat ke wajah Joe..apahal lu bro?...

"dah jangan nak tengok...tenung aku semacam jer Joe...aku belasah ko karang...bak sini schedule tu aku tengok...."

Echa lihat Joe menjeling padanya...hehehe...alah biasalah jantan sorang ni!

"Nah..."

Echa merenung helaian kertas yang dihulur Joe...matanya meniti satu persatu ayat yang tertera diatas lembaran bercetak itu...

  1. Kuala Lumpur Asia Fashion Week
  2. Cleo's - new designer photoshoot,
  3. FHM - interview session + studio photograph session,
  4. Style - cover session -out door photograph session,
  5. Faces - summer collection photoshoot,
  6. In Trend - Celebrities of the month session,
  7. Good Living - In person with Aishah Kesuma!
  8. Eh - She's Back...Aishah Kesuma is back!
  9. Chanteq - Monthly cover photoshoot & interview
  10. New Man - Focus of the month - Hot Girl in Town!

"aduss, banyaknya kau ambik Joe!"

"ala sikit jer tu pompuan..."

sikit?....orang dah nak pengsan ni taw..cissh!

Tuesday, April 21, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 12

Bab 12

Kata orang tua-tua kita mampu merancang....merancanglah apa sahaja hatta benda yang tak masuk akal sekalipun tapi jika Dia mengizinkan maka pasti akan terlaksana...Kun fayakun tapi jika Dia tidak mengizinkan maka tiada daya untuk kita insan-insan yang kerdil ini untuk mempertikaikan keputusanNya walau sebesar gunung sekalipun usaha yang kita lakukan untuk memastikan perancangan kita itu berjaya...hakikatnya, kita harus...bukan harus..wajib akur dengan segala apa yang ditentukan olehNya kerana pasti ada tersembunyi hikmah dalam kejadian yang tersurat. Macam Echa sekarang ni...tidak pernah terlintas atau paling tepat telah bertekad dengan sesungguhnya untuk tidak sekali-kali berhubung dan menjejakkan kaki ke rumah ahli keluarga Aidil. Itu janji yang telah Echa pahatkan dalam hati...janji yang dulu telah Echa beri pada seseorang...tapi Echa lupa agaknya tentang satu perkara pada masa itu; bahawasanya Echa ini cuma manusia biasa...Echa hanya mampu merancang, mampu berjanji di mulut...dan hari ini Echa bagai telah mengingkari lafaz janji tersebut tatkala sepasang kaki nan tirus ini melangkah masuk ke dalam kawasan yang dulu sudah dipetakan dalam minda sebagai tanah larangan... langkah bagai ditarik-tarik untuk terus diayun ke dalam banglo nan tersergam indah ini.....istana milik Engku Noor Zubaidah yakni mak long kepada Aidil. Langkah Echa ke sini sebenarnya demi memenuhi sebuah jemputan yang tidak dapat ditolak. Jemputan yang cukup istimewa dari seorang insan yang sangat-sangat mengharapkan kehadiran Echa di sini. Echa tidak tega menghampakan harapan tersebut walaupun hati serasa berat sekali saat undangan itu hadir lewat pertemuan mereka kelmarin...

"Echa..."

" a...aw..awak.. erk Engku Aidil."

"apa khabar?"

" ba..baik, alhamdulillah."

Mata mereka saling bertaut. Aidil memandang sayu kewajah yang sangat dirindu itu. Echa melarikan bola matanya ke arah Humairah yang berdiri di sebelah. Lakonan sebabak yang ditonton mata-mata di sekeliling.

"ehemmmm...."

"erk Mak Long maaf... kenalkan, inilah Echa...Aishah Kesuma yang Aidil ceritakan tu....yang sebelah Echa tu kak Humairah, isteri abang sulung Echa....ini mak long saya, Engku Noor Zubaidah...kak Mai apa kabar?"

Humairah menganggukkan kepala dan tersenyum pada Aidil. Echa menghulur tangan pada wanita anggun dihadapannya itu namun tubuh kurusnya pula yang ditarik ke dalam dakapan. Kejap terasa saat tubuhnya didakap. Kedua-dua pipinya kemudian dikucup lembut. Echa hanya kaku membiarkan diri diperlakukan begitu. Saat dakapan dileraikan, kedua-dua lengannya dipegang lalu wajahnya direnung wanita yang dipanggil mak long oleh Aidil tadi. Senyuman manis terukir dibibirnya yang merah delima. Echa cuba membalas senyuman itu dalam keadaan dirinya yang masih terkejut...terasa pijar wajahnya direnung begitu. Malunya!

"akhirnya dapat juga mak long berjumpa orangnya Aidil...ya tuhan, cantik betul dia..."

Humairah menghulurkan tangan. Disambut lembut dan mesra oleh wanita anggun itu sambil tersenyum. Humairah juga tersenyum.

" Mari duduk dengan kami di sini...Aishah, Humairah..."

"Aishah Kesuma suka orkid?" Pertanyaan yang keluar dari mulut wanita bangsawan itu mengejutkan Echa dari keasyikkannya melayan lamunan sambil mata serta tangan membelek bunga-bunga orkid di taman itu yang berwarna-warni...aduh cantiknya orkid-orkid di sini, mak mesti suka ni, hati Echa berbisik sendiri.

"suka Engku Zubaidah...suka sangat sangat."

"issy, tak payah la berengku-engku dengan mak long ni Aishah...panggil mak long aja...sedap bunyinya..iye tak?"

Wanita bangsawan yang masih anggun biarpun sudah dipanjat usia itu tersenyum memandang Echa sambil menganggukkan kepala. Echa turut senyum. Mereka berbalas senyum.

Aduhai, apa sudah jadi dengan lafaz janjimu dulu Echa...tak ingat?...dah lupa ke apa yang telah terjadi pada dirimu wahai Echa...masih mahu lagi menjalin hubungan dengan orang-orang begini...bodoh betul la kamu ni!

biarlah...lagipun dia yang sungguh mengajak...kan tak baik menghampakan harapan orang...lagi lagi orang yang baik macam mak long ni...dia lain dari orang-oran tu...Tuhanpun takkan marah la kalau mungkir janji sebab ni!

alasan...!

mana ada...ini hakikat!

dasar kepala besi tahan karat macam tu laa...tak serik serik!

cakap la apa pun...

Lantak laa..jangan menyesal sudah!

insyaallah tidak...

kunun...tengoklah nanti!

"Aishah...mari kita masuk ke dalam...dah mula panas kat taman ni..."

Echa mengekori langkah Engku Zubaidah yang mengamit dirinya menerusi ekor mata dan senyuman manis untuk ke masuk ke dalam banglonya. Engku Zubaidah menarik tangan Echa lalu digenggam erat. Langkah diayun bersama ke ruang tamu yang mendamaikan sekali dengan biasan warna putih susu di dinding, lukisan-lukisan yang terlekat di dinding batu tak bernyawa itu dengan padanan warna yang sangat sekata juga perabot-perabotnya cukup membangkitkan rasa kekaguman pada mata yang melihat...langsir yang kuning cair bercorak tulip kecil berwarna merah jambu lembut nampak begitu menyejukkan mata. Barangkali secantik ini juga lah hati tuan yang menghiasnya.. bisik hati kecil Echa sambil mata masih enggan beralih dari menjamu pemandangan nan indah di ruangan itu. Tatkala tangannya terasa ditarik untuk duduk di salah sebuah sofa di situ, dia bagai tersipu bila menyedari kelakuannya yang tadi menjadi santapan mata tua Engku Zubaidah. Anehnya wanita itu hanya tersenyum manis melihat telatah Echa yang bagai sang koala ynag termalu tatkala dirinya direnung!...apalah kamu ni Echa, coverlah sikit, nampak betul macam jakun la, buat malu aja taw!

"maaf Engku...makanan dah sedia, mahu dihidangkan sekarang?"

"ooo dah sedia ye...Yam bolehlah hidangkan sekarang ye...terima kasih."

"baik Engku."

"mari Aishah..kita makan dulu...mak long dah suruh mak yam masak istimewa untuk tetamu mak long yang sorang ni...mak long taw Aishah punya favourite apa tau, Aidil yang beritahu mak long Aishah suka makan apa...sambil tu boleh kita bercerita panjang ye...mak long nak bercerita macam-macam dengan Aishah...mak long pun nak kenal Aishah, nak dengar cerita Aishah, cerita keluarga Aishah..boleh kan?."

Echa hanya mampu tersenyum sambil memandang wajah lembut dihadapannya itu...namun didalam...di ruang paling dalam tempat bersemayam hatinya...rasa yang bergolak itu, hanya Dia yang tahu!

Friday, April 17, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 11

Bab 11

"Jom laa kak long kita gi makan kek...takpun makan brownies....jom laaa."

Rengekan Echa menghentikan tangan Humairah yang sedang menjemur pakaian di ampaian. Dia membalas rengekan Echa dengan senyuman lalu meneruskan kerja menjemur pakaian. Dia dapat melihat wajah cemberut adik iparnya itu...adik, adik. Humariah membawa bakul kosong bekas mengisi pakaian yang sudah dijemur tadi ke dalam rumah. Echa mengekori pantas langkah Humairah dari belakang lalu memeluk bahu kak iparnya itu.

"kak long...jom la kita gi....nanti kak long leh gi shopping sama..kan kak long kata nak beli tudung baru...so lepas kita gi makan tu kita round-round la cari tudung kak long...boleh ek kak long?"

Humairah memandang wajah mulus adik iparnya itu. Dia mencubit lembut pipi gebu itu lalu memuncungkan mulutnya ke arah Amir Hamzah yang sedang membaca akhbar di ruang tamu. Echa tersenyum sambil mengenyitkan mata sambil memberi isyarat "ok" pada kak iparnya itu.

"abang long....adik nak kidnap buah hati abang long jap boleh?"

Amir Hamzah merenung wajah isterinya sambil mengangkat kening. Humairah sudah ingin ketawa melihat gelagat suaminya lalu dia berpura-pura mempamerkan riak terkejut sambil mengangkat bahu..konon-konon tak tahu dengan apa yang Echa sedangkan rancangkan!. Bagai tidak puashati dengan isyarat isterinya yang dirasakan cuba mempermainkannya, Amir Hamzah membulatkan mata memandang isterinya...nak tipu kita la tu, amboi... jaga awak ye cik Humairah!

"Adik nak bawa kak long gi mana ni..."

" adik nak ajak kak long gi berpoya-poya jap abang long....dah lama lah tak buat aktiviti ni...sorang-sorang tak syok laa...ada geng baru best...kan kak long?"

Echa sudah mengenyitkan mata pada Humairah yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Amir Hamzah. Amir Hamzah dapat melihat reaksi kedua-dua mereka. Amir Hamzah memusingkan badannya lalu memandang isterinya sambil tersenyum manis...hmmm takper, nak main-mainkan kita ye...

"hmmm....takat berpoya-poya abang long no hal laa adik...sayang, malam nanti abang pun nak gi berpoya-poya gak la, abang pun dah lama tak buat aktiviti riadah ni, bagus jugak untuk kecergasan minda dan kesihatan badan kan...sayang tentu tak kisah kan?"

Echa sudah memusingkan badan lalu mengatur langkah ke dapur sambil tersenyum-senyum. Dari kejauhan dia terdengar bunyi jeritan suara abang long...padan muka abang long!

Sambil memeluk lengan Humairah langkah mereka berdua diatur dari satu kedai ke kedai yang lain di Pusat Membeli Belah Mid Valley. Sudah hampir dua jam mereka berdua berpusing-pusing di situ. Di kiri kanan tangan sudah terjinjit beberapa bungkusan beg kertas yang terisi barangan yang dibelli. Echa bagai tidak mahu berhenti membeli... dan Humairah hanya mengikut sahaja rentak langkah adik iparnya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala...tak penat ke adik ni, kaki kita macam nak tercabut dah ni dia tambah cergas pulak!...alahai adik, kak long dah tak larat ni...jom la kita berhenti sekejap, rintih Humairah dalam diam.

Echa menoleh ke wajah kakak iparnya itu. Dari air muka dapat dilihat akan darjah kepenatan yang tersimpan namun tidak diluahkan padanya...dia tahu kakak iparnya itu memang baik...tidak akan sesekali membuat Echa berasa tidak sedap hati atau rasa bersalah. Dia akan sentiasa berusaha membuat Echa rasa gembira...akan sentiasa berusaha membuat Echa rasa disayangi.

"kak long penat ye..sori kak long...jom jom kita masuk kat Domino's Pizza...kak long suka makan Domino's Pizza kan..."

Humairah menghentikan langkahnya sambil memandang Echa. Dia mengerutkan dahinya.

"adik kan kata nak makan kek...nak makan brownies?"

Echa menghampiri Humairah lalu memaut lengannya sambil tersenyum.

"kita makan main course dulu la kak long...desert tu karang laa ye...ok?"

Humairah sudah ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Echa sudah tersenyum sambil mengenyit mata. Makin besar ketawa Humairah...adik adik, ada ada aje dia.

Echa sudah menarik tangan Humairah menuju ke lif untuk turun ke paras bawah. Mereka mengatur langkah ke Restoran Domino's Pizza. Sambil berbual-bual sesekali mereka ketawa...tatkala sampai di depan restoran mereka beriringan masuk sambil menuju ke meja kosong di penjuru kiri ...

"Echa..."

Echa & Humairah saling berpandangan sambil menoleh ke meja dibelakangnya di mana arah suara tadi datang...dan tatkala terpandang seraut wajah itu nadi Echa sudah bagai terhenti!

Monday, April 13, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 10

Bab 10

Bola matanya sedari tadi leka menyaksikan renangan ikan- ikan kap Jepun yang jinak di dalam kolam buatan di pinggir rumah abang longnya itu. Kolam yang dibina khas buat kak long itu cukup mendamaikan jiwa sesiapa saja yang melihat. Sentuhan kreativiti abang long memang sangat hebat. Sesekali tangan Echa mengacah ikan-ikan yang asyik berenang. Benarlah bagai dikata dan seperti yang disarankan haiwan belaan seperti ikan juga kucing adalah terapi minda yang cukup berkesan. Bermain-main bersama-samanya mampu menerbitkan elemen kedamaian dalam diri seseorang. Ketenangan yang meresap jauh ke jiwa itu bagai memberikan satu kenikmatan yang sukar diterjemahkan. Sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Echa mengatur langkah ke tepi kolam lantas melabuhkan duduknya pada sebuah kerusi kayu panjang di situ. Dia merenung jauh....jauh ke kaki langit nan biru...minda bagai mengerti....Echa teringat kembali pertemuannya kelmarin bersama ketuanya di pejabat. Kedatangannya lewat pagi kelmarin disambut gembira oleh semua rakan-rakan model di NINA's Model Agency juga pekerja-pekerja di situ terutama sekali Puan Sri Nik Nur Amalin. Echa lihat ketuanya itu seperti ingin menangis melihat kehadirannya di kala itu. Echa tahu. Echa faham apa yang ada di minda ketuanya itu saat itu. Echa tidak sesekali menyalahkan ketuanya itu. Saat ketuanya memeluk erat tubuhnya, dia dapat melihat titisan air yang menuruni tubir mata galak milik ketuanya itu. Dia membalas pelukan tersebut. Erat sekali. Mata-mata disekeliling yang menyaksikan turut sama terharu. Turur sama mengalirkan airmata.

"Echa...welcome back my sweet heart...aku missed kau so much taw pompuan..."

"yeah...we missed you so so much darling...really missed you!"

"aku pun rindu kat kau beb....rindu sesangat..."

"a'a...aku pun ingat kat kau selalu Echa...gembira tengok kau dah balik ...mesti best lepas ni kan bila kau ada sama..."

Echa tersenyum manis mendengar luahan mereka. Echa bersalaman dan saling berpelukan dengan setiap rakan model juga kakitangan NINA's Model Agency yang ada disitu.

"ooopps...Joe, ngan kau tak boleh peluk-peluk ok...haram tau, nanti dosa..."

Echa tergelak melihat Joe, si lelaki lembut pembantu peribadi ketuanya itu mencebik bibir sambil melempar jelingan padanya. Semua yang ada turut ketawa dengan aksi Joe.

Deruman bunyi kereta yang secara tiba-tiba melalui hadapan rumah abang longnya, mengejutkan lamunan Echa...issy, macam pelesit tanah bawak kereta!. ..rengusnya...marah sedikit bila lamunannya terganggu. Dia menjenguk memerhatikan arah kereta tadi...ooo, orang hujung sana rupanya...orang baru agaknya, nak tayang kereta dia la tu..eleh, tak heran!. Echa bangun dari duduknya lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia melontar pandangannya ke dalam rumah. Kosong. Sunyi. Sepi. Beginilah rutin penghuni di rumah ini setiap hari. Semuanya terikat dengan jadual masing-masing. Echa maklum itu. Jika bernasib baik, ada yang pulang awal, dapatlah dia teman berbual...teman bertekak bak kata mak. Pintu dikunci. Dia ingat pesanan abang long pagi tadi yang berkali-kali mengingatkan Echa agar mengunci pintu jika tinggal berseorangan di rumah...kata abnag long lagi macam -macam kejadian sekarang ni, malang hadir tanpa diduga ...tanpa diundang dan kadangkala kerana kecuaian diri sendiri padah menimpa. Dia menghela nafas perlahan-lahan lalu membuka aturan langkah kaki menuju ke tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

Tombol pintu bilik di pulas perlahan-lahan dan selepas memboloskan diri pintu ditutup rapat. Echa mengatur langkah ke katil. Tubuh kurus tingginya itu dilontar ke tilam empuk yang bersalut cadar ungu muda bercorak petak segi empat. Matanya yang berkelip-kelip menerawang permukaan siling kosong di atas yang berwarna putih. Putaran peristiwa dari lipatan mindanya bagai kembali menarik ingatannya semula pada kisah pagi tadi di pejabat..

Sedang Echa enak bergelak ketawa dan berbual bersama rakan-rakan di pejabat, dia melihat ketuanya memberi isyarat agar dia ke biliknya. Echa mengangguk kepala tanda faham lalu perlahan meninggalkan rakan-rakan yang masih asyik menjamu selera dan bercerita. Dia mengatur langkah ke bilik Puan Sri Nik Nur Amalin. Pintu diketuk penuh sopan lalu dipulas tombol besi untuk masuk kedalam.

Puan Sri Nik Nur Amalin yang bagai sudah sedia menanti kehadiran berdiri di tepi pintu lantas menarik tangan Echa menuju ke sofa hitam berangkai yamg terletak di sudut bilik yang tersergam indah itu. Masing-masing melabuhkan duduk. Tangan Echa masih digenggam erat ketuanya itu. Dia melemparkan senyuman. Echa turut tersenyum. Manis. Echa dapat melihat ketuanya itu bagai ingin menyatakan sesuatu yang sedang sarat menekan dada. Helaan nafasnya yang bagai tidak tenteram membuktikan telahaan Echa.

"Puan Sri...Puan Sri ada masalah ker?" Echa cuba memecah keheningan suasana antara mereka berdua. Echa melihat ketuanya itu memejamkan mata sambil menundukkan kepala. Echa cuba membalas genggaman tangan ketuanya itu untuk memberi isyarat dia sedia berkongsi rasa yang sedang melanda ketuanya itu. Puan Sri mengangkat kepalanya perlahan-lahan, membuka kelopak mata yang dipejam seketika tadi. Matanya beradu dengan mata Echa. Echa lihat bagai ada genangan air yang mula terbit dari tubir mata galak ketuanya itu.

"Puan Sri....kenapa ni?" terbit rasa hairan pada Echa. Ketuanya itu menangis!

"Echa...saya...saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya mohon maaf banyak-banyak pada Echa...saya rasa bersalah...bersalah sangat-sangat....saya ni memang kejam kan Echa?...saya manusia yang mementingkan diri sendiri."

"Puan Sri...."

"biar saya habis cakap dulu Echa...kalau tidak hati dan jiwa saya tak tenteram..."

Echa diam tidak berkutik. Dia ingin memberi ruang pada ketuanya itu agar bertenang dan mendapat kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

"Echa...mungkin apa yang bakal saya katakan ini nanti akan memeranjatkan awak...dan jika selepas mendengarnya saya akan terima segala amarah, pandangan dan tanggapan awak pada saya...saya tahu saya bersalah maka sewajarnya saya mendapat pembalasan sedemikian...saya...saya malu dengan berhadapan dengan awak Echa."

Echa mengerut dahi. Tidak mengerti dengan kata-kata ketuanya itu. Dia memandang tepat pada kolam mata Puan Sri Nik Nur Amalin yang sudah mengalirkan air mata.

"Puan Sri....saya...saya tak faham...kenapa ni?"

"Echa...saya....saya....saya sebenarnya ada kaitan dengan apa yang menimpa hubungan awak dan Aidil...maafkan saya Echa...maafkan saya."

"Puan Sri...."

Dada Echa bagai dihempap batu besar!.

Friday, April 10, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 9

Bab 9

Matahari yang masih malu-malu di ufuk timur pagi itu bagai memberi sinar baru dalam hidupnya. Echa yang selepas solat suboh tadi begitu asyik menghirup udara dari balkoni biliknya di tingkat atas rumah abang longnya itu . Dia lantas menyelak luas-luas tenda putih susu berbunga kuning yang menutupi pintu yang memisahkan balkoni dan biliknya. Selepas mengemaskan biliknya, dia memperkemaskan dirinya di hadapan cermin. rambut coklat pekatnya yang panjang itu disisir lalu di tocang seperti ekor kuda. Dia mahu ke pejabat pagi ini. Dia sudah menghubungi ketuanya itu kelmarin. Ternyata Puan Sri Nik Nur Amalin begitu teruja dengan kepulangannya. Tidak sabar katanya. Rindu katanya pada Echa. Banyak job sedang menanti Echa katanya lagi. Echa berdoa semoga segala-galanya akan berjalan dengan baik.

Langkah diayun ke tingkat bawah. Dia mendengar bunyi dari dapur. Ada bau yang sangat harum sedang menggoda rongga hidungnya. hmmm..sedapnyer. Jam di didinding di pandang sekilas...7.30 pagi. Dia sudah tersenyum. Kaki dijengkit perlahan-lahan menuju ke dapur dan tatkala matanya terlihat seseusuk tubuh comel yang sedang lincah mengacau sesuatu di dalam kuali....

"kak longgg..."

Dia ketawa melihat tubuh comel itu mengurut dadanya sambil mengacah ingin mengetuk kepalanya dengan sudip di tangan kanannya.

"adikkk...terperanjat kak long. nasib baik tak terlangkup kuali ni tadi...nakal sungguh la adik ni tau."

"ala itu pun nak terperanjat...tak brutal la kak long ni...tu baru sikit jer tau."

"banyaklah adiknya brutal... ni dah bersiap cantik ni adik nak gi mana?"

"adik nak gi office jumpa boss la kak long. Dia suruh adik datang hari ni. Ada banyak job offer untuk adik katanya...so dia nak bincang ngan adik hari ni..."

Echa hanya tersenyum melihat telatah kakak ipar sulungnya itu. Kak long memang ringan tulang. Pasti ada sahaja hidangan sarapan pagi dari air tangannya untuk abang long dan 2 lanun Tanjung Bidara yang disebut abang long turut sama menghuni di dalam rumah ini. Sekarang ni dah tambah sorang lagi lanun...hehehe.

"adik dah ready nak keje ker ni...kalau tak ready, rehat la dulu kat rumah....jangan terburu-buru ye..ada apa-apa adik leh bincang ngan kak long...i'm alway here for you..."

Echa senyum sambil memandang Humairah yang turut memandang padanya. Terima kasih kak long, bisik Echa.

"kak long...ada masak sambal tumis sotong tak?...lama dah adik tak makan sambal tumis sotong buatan kak long...rindu laa kak long....kak long masak best giler macam mak gak...ada kick tau."

Humairah yang sedang sibuk membasuh timun di singki berpaling pada Echa yang sedang membantunya mengoreng ikan bilis. Dia memandang telatah adik ipar bongsunya itu memegang sudip dengan pelbagai gaya dan aksi. Siapa sangka wajah ceria yang suka ketawa dan tersenyum di tambah gelagatnya yang gila-gila menyimpan episod lara dalam hatinya.

"mesti laa ada...kak long dah siap masakkan malam tadi lagi...kak long tau favourite adik, mana leh makan nasi lemak takder sambal sotong kan...tu dalam periuk yang bertutup kat atas dapur tu adik tolong cedukkan masuk dalam piring and letakkan atas meja ye...kak long nak potong telur rebus, timun ngan sendukkan nasi lemak ni haa..."

"ai ai madam..."

Echa pantas mencapai piring, menyendukkan sambal sotong dari dalam periuk kemudian memasukkan ikan bilis yang sudah siap digoreng ke dalam piring. Tatkala Echa mencapai pinggan makan untuk disusun dimeja dia berpaling pada kakak iparnya itu.

"abang ngah ngan alang lang ada ker kak long...adik tak nampak pun diorang malam tadi."

"ada...diorang balik lewat...katanya kena gi awal ke office pagi ni, dua-dua ada meeting...adik lepas tu tolong ketukkan pintu 2 jejaka hensem malaya tu ye..kang tido mati lak...terbabas meeting, naya nanti..."

Echa sudah tersenyum sambil ketawa kecil selepas mendengar pesanan kak long....hmmm ini ada peluang baik. Didalam kepala Echa sudah merangka sesuatu....jaga abang ngah, jaga abang lang....hutang tembaga dulu belum dibayar bro...hehehe

Tatkala berpapasan dengan abang longnya ditangga, Echa masih tersenyum senyum...Amir Hamzah mengerutkan dahi...adik ni dua macam aje gaya senyum dia, mesti ada apa-apa ni...adik ni bukan leh percaya sangat kepala dia...ada aje idea dia.

"assalamualaikum..pagi sayang...hmmm sedapnya bau nasi lemak ni, dari atas dah menggoda abang."

Sapaan Amir pada isterinya dibalas dengan senyuman manis dari Humairah. Amir menarik kerusi di meja makan lantas melabuhkan duduknya di situ.

"waalaikumsalam...pagi to you too abang...hmm nak makan sekarang or nak tunggu yang lain sama...Mai tak rush pagi ni, still can wait for angah and alang..."

Humairah membawa teko berisi air kopi yang sudah siap dibancuh lalu diletakkan di sudut meja. Dia turut melabuhkan duduknya bersebelahan Amir Hamzah. Dia mencapai camca kosong yang sudah terletak di kanan Amir lalu menuangkan air kopi tersebut lalu meletakkannya semula.

"abang pun....takper kita makan slow-slow ye sayang sementara tunggu diaorang turun...hmm adik tu apsal, abang tengok masa selisih kat tangga tadi senyum-senyum..semacam aje...sayang suruh adik buat apa?"

Amir Hamzah menyambut pinggan berisi nasi yang disenduk isterinya lantas menadah tangan membaca doa makan. Humairah turut sama mengangkat tangan mengikut perlakuan suaminya.

"mai suruh adik kejutkan angah sama alang...takut diaorang terbabas tido abang...kan malam tadi dia pesan suruh kejutkan...pagi ni ada meeting katanya..."

Amir Hamzah mengangguk-angguk kepala lantas menyuap mulutnya dengan nasi.

"adikkkk..........jaga ye....memang nak kena adik ni. Abang lang tak kira."

"adik....apa ni....basah laa katil abang ngah....adikkkk."

Jeritan nyaring dari atas berserta gelak ketawa Echa yang bergema membuatkan Amir Hamzah menggeleng-geleng kepala. Humairah sudah ketawa sambil memandang suaminya. Adik...adik...tak sudah-sudah mengenakan orang. Ada saja akalnya yang nakal itu.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...