Monday, July 6, 2015

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan



KETUKAN DI PINTU disahut. Perlahan tapi jelas.
“ Pintu aku tak kunci.”
Tangan masih kekal menyisip jari-jemari ke dalam pinggang. Membetulkan kemeja putih yang tersarung di tubuh. Cermin hias yang terbentang di depan mata dijamah dengan wajah yang sudah lengkap bersolek ringkas. Seperti selalu. Seperti malam-malam sebelumnya. Itu rutin dirinya sejak dua tahun ini. Cuping dengar pintu terkuak luas. Tapak kaki yang mengatur langkah deras menggamit tubuh berpusing. Terese yang melabuh sila di atas katil direnung sekilas. Tegang di wajah bulat teman serumah bagai menghantar isyarat ada perkara yang mahu disampaikan. Ikatan rambut panjang paras dada rona caramel brown dikemaskan. Tubuh di bawa berdiri di hadapaan Terese.
“Apasal kau? Muka ketat semacam.”
“Huh…stress aku. Stress gila” Terese lepas dengusan kasar.. “Lama-lama aku pun boleh gila layan perangai perempuan bodoh kat bawah tu. Degil tak sudah-sudah. Otak dia tu entah hantu mana yang bertapa boleh jadi bangang sampai macam tu. Macamlah tak ada jantan lain. Dah pupus agaknya jantan melayu kat Kuala Lumpur ni. Dasar perempuan hati buta. Kalau nak sangat jantan, aku boleh carikan. 1000 kali lebih baik dari si sial tu.”
Kening Jo naik satu tangga. Mulut masih terkunci. Tak mahu cakap apa-apa dulu. Mata dibawa menyorot ke pintu yang ternganga. Sayup-sayup suara orang bercakap dan esak tangis saling bertindih singgah di cuping. Dalam kepala memang sudah dapat diagak puncanya. Memang tak  ada hal lain. Sah hal Diana. Terese yang bangkit dari sila menuju ke meja hias mencapai kotak Malboro dilirik. Kotak Malboro dikuak dan sebatang rokok ditarik keluar. Dada Malboro ditutup dan diletakkan kembali di atas meja.
“Kena belasah lagi?” Dihala dua tangan ke belakang. Dibetulkan zip skirt hitam yang sedia tersarung. Usai, dibawa tangan ke pinggang. Dikemaskan lagi sisi kemeja dengan hujung jari-jemari. Mata menelek tubuh sendiri. Puas hati. Kaki dibawa mendekati Terese.
Terese selit Malboro di bibir. Lighter yang terhampar dimeja dicapai. “ Apa lagi. Kau macam tak biasa. Kau pergilah turun tengok sendiri. Aku dah malas laa nak cakap dengan dia. Berbuih dah mulut aku ni nasihat kat dia. Haram dia nak dengar. Pergi mampuslah apa nak jadi dengan dia lepas ni. Aku dah tak nak ambil tahu pasal dia lagi. Kepala batu tak sudah-sudah. Tunggu patah sana sini baru dia sedar agaknya. Bangang punya perempuan.” Dipetik lighter sekali dengan ibu jari. Cahaya jingga tersembul keluar dari batang tubuh lighter merah yang dipegang. Disedut lama. Asap dingin meradak seluruh rongga. Ditelan penuh nikmat.Baki asap yang meluncur keluar dari hidung memenuhi rumah bilik Jo. Disedut lagi. Syurga ketenangan berlabuh di lantai fikir yang tadinya sesak dengan apa yang dilihat oleh kornea. Ditarik rokok dari bibir dan dikepit antara jari telunjuk dan jari hantu.
"Teruk macam mana pulak kali ni." Jo humban nada biasa. Entahlah. Letih benar bila dihadapkan dengan masalah teman serumah yang satu ini. Dah kerap benar dia hilang sabar dengan kedegilan Diana. Nak tunggu separuh mati baru sedar agaknya.
"Kau pergilah tengok apa yang Azri hadiah kat dia malam ni." Terese sedut lagu Malboro di jari. Kaki dibawa kembali ke katil Jo. Punggung dihempaskan. Sila dibuka. Asap terus berkepul memenuhi ruang udara bilik.
Jo capai Malboro yang terdampar di atas meja. Lighter di tangan Terese ditarik. Ditinggalkan teman serumah merangkap teman paling akrab di rumah yang sudah dihuni sejak lebih dua tahun. Kaki yang telanjang hingga paras peha dibawa ke pintu. Tangga ke tingkat bawah dituju. Kaki diatur menuruni anak tangga. Dari atas sudah dilihat Diana di kelilingi teman serumah yang lain. Dila dilihat sedang memeluk Diana yang mengongoi. Shira memaut tubuh Diana dari belakang. Jasmin ikut memeluk dan menangis sama. Jo geleng kepala. Nafas geram terhumban. Makin laju kaki dibawa ke bawah. Ruang tamu dituju.
Dila yang memeluk Diana merenggangkan pautan saat mata singgah di wajah Jo yang tajam melontar renungan. Bebola mata Jo bak helang yang mahu menerkam mangsa memang mengerunkan. Jasmin laju sapu air mata. Tubuh ditegakkan spontan. Tahu benar akan ada bahagian buatnya dari Jo sebentar lagi kerana ikut sama larut dalam masalah Diana. Shira laju merungkaikan pelukan dari tubuh Diana. Masing-masing menelan liur dan saling memandang. Tahu benar dengan makna dari renungan sepasang mata milik Jo. Diana yang mengongoi ikut jeda. Terkesima melihat Jo yang sudah berdiri di depan. Tiada suara yang kedengaran. Bisu menguasai ruang tamu. Empat pasang mata menadah tatap pada raut tenang Jo. Menanti apa yang bakal dihamburkan ketua dalam rumah teres yang mereka sewa ini.
Jo labuh duduk pada sofa di sebelah Diana. Kaki kanan disilang di atas kaki kiri. Kotak Malboro yang ada dalam pautan tapak tangan diselak dengan hujung jari. Sebatang isi selinder putih dikeluarkan. Dibawa ke bibir. Dikepit kemas. Lighter diangkat separas bibir. Dipaut kemas. Ibu jari ditekan pada pemetiknya. Gumpal cahaya jingga menjelma. Meliuk-meliuk ditiup kipas siling yang berputar. Didekatkan cahaya jingga ke bibir selinder putih yang dikepit. Saat kedua-duanya bersatu, disedut senyap. Dengan sekali nafas. Bergumpal asap menerjah lohong nafas. Bibir dinganga kecil. Malboro ditarik dari bibir. Dikepit antara dua jari. Asap Malboro berlumba keluar ditiup ke udara. Selebihnya disedut lagi lalu masuk meradak lohong nafas sebelum terhumban keluar dari corong yang sama. Dingin asap yang menyerap masuk memenuhi dada. Diana yang bisu direnung. Didepa tubuh rapat ke tubuh Diana yang kaku. Dua belah pipi Diana dicengkam dengan tapak tangan. Kuat. Diana mengaduh namun tidak berani melawan. Desir isyarat dari suara Diana Tidak diendahkan Jo. Dipusingkan wajah Diana ke kiri dan kanan. Kuat. Dila yang memandang tindakan Jo terkulat-kulat. Tidak berani bersuara. Jauh sekali menegur. Shira dan Jasmin menelan liur. Dilepaskan pautan. Asap Malboro yang dingin disedut lagi. Disandarkan kepala ke leher sofa. Diana yang bisu dipandang lagi.
“Kau ni dah kenapa, Di? Dah lama hidup? Kau dah nak tempah lubang kubur ke?  Dah sedia nak mampus? Kalau kau nak aku boleh uruskan. Small matter. Kawan melayu aku ramai yang boleh tolong.Full package sampai kau masuk dalam kubur.”
Diam. Diana kemam bibir yang bergetar. Pipi yang bengkak dan mata yang lebam kebiruan makin berdenyut dengar ayat sindiran Jo. Sakitnya tak dapat dilafazkan dengan kata. Diana akur. Semua ini dia yang undang. Memang layak dia disindir dan dimarahi. Dia yang tidak mendengar kata.
Jo terus sedut  batang tubuh selinder putih yang menebar nikmat tenang dalam hati saat ini. Kalau ikutkan amarah memang akan dihadiahkan pelempang pada Diana. Sakit benar hatinya dengan kedegilan teman yang satu ini. Dah nak mati sangat apa. Dilirik mata ke wajah kebiruan Diana. Dada turun naik. Amarahnya muncul balik. Sukar mahu dihumban. Tangan kiri digenggam. Dikepal sekuat rasa.
“Sedap sangat ke benda Azri yang kau dapat tu sampai kau rela kena belasah hari-hari macam ni. Azri tu dah bagi kau makan nasi kangkang dia ke sampai kau boleh jadi tolol macam ni. Sampai dah tak boleh nak fikir mana betul mana salah. Otak kau letak kat mana, Di? Kat mana!!!” Suara Jo bergema. Menggegar ruang tamu teres dua tingkat yang tadinya sepi.
Air mata Diana pecah. Esak bergema. Dila dan Jasmin juga Shira tidak berkutik. Tahu benar dengan kemarahan Jo yang selama ini memang tidak berkenan dengan hubungan Diana dan Azri. Banyak kali sudah Azri mengasari Diana dan banyak kali juga Jo sudah beri amaran pada Diana agar meninggalkan Azri yang terkenal panas baran. Malahan Jo sendiri pernah memberi amaran pada Azri jangan berkasar dengan dengan Diana.
Jo hembus asap ke udara. Disedut lagi isi Malboro yang tinggal sedikit. Diana yang bisu terus ditenung. Dihamparkan Malboro yang sudah nazak ke ashtray.Ditekan lumat. Selumat hatinya yang panas dengan perangai degil Diana.
“Aku nak cakap satu aje dengan kau malam ni, Di. Kau dengar baik-baik." Bebola mata tajam menjunam ke kornea Diana " Kalau kau pilih nak mampus, kau jangan mampus dalam rumah ni.  Aku taknak macam-macam masalah kena lalui nanti sebab kau. Kau nak mampus kau punya pasal tapi kau jangan menyusahkan orang lain.” Jo hela nafas perlahan. Diana yang tunduk ditenung. “Tapi… kalau kau pilih nak hidup kau dengar cakap aku. Kau dengar apa yang aku nak kau buat. Kau dengar tak ni, Di?”
Diana mengangguk.” De..dengar, Jo.”
“Pergi hospital. Dapatkan medical report. Lepas tu buat police report. Jantan sial tu kena diajar cukup-cukup.” Diana telan liur. Hospital? Balai? Report? Mata berlabuh ke mata Jo. Kepala menggeleng.
“Jo..a..a..aku.”
Jari telunjuk Jo lurus ke muka Diana. Mata helangnya mencerlung tajam. Faham akan makna renungan Diana. “Kau jangan nak kesian dengan si sial tu ye. Kau jangan buat aku humban kau keluar dari rumah ni. Kau jangan main-main dengan aku, Di. Aku dah muak dengan perangai kau. Dah cukup aku bersabar dengan kedegilan kau. Kalau kau tak ikut cakap aku kali ni, lantak. Kau jangan jejak rumah ni lagi. Kau jangan cari aku..cari Terese. Cari Dila..Min..Shira. Kau boleh pergi mampus. Pergi jahanam. Aku dah tak nak ambil tahu pasal kau lagi lepas ni.” Diana kemam bibir. Mata terus lencun. Tahu Jo sungguh marah kali ni. Suaranya yang bergema dengan renungan mata yang menyala membuktikannya. Jo bangkit dari duduk. Shira, Dila dan Jasmin dilirik satu persatu.
“Korang bertiga kalau sayangkan kawan korang yang kepala batu ni, suruh dia dengar cakap aku. Korang bawak dia pergi hospital dan balai malam ni jugak. Selesaikan masalah ni malam ni jugak. Aku dah tak larat nak pandang muka lebam dia lagi. Korang yang selalu sangat sebelahkan si tolol ni nak tunggu sampai muka dia pecah baru korang nak nasihatkan perempuan bodoh ni." Ketiga-tiga menundukkan wajah. Tahu akan kemarahan Jo pada mereka yang selama ini mempertahankan tindakan Diana.
" Kau Di..” Telunjuk Jo lurus hala pada muka Diana.

“Kalau kau masih anggap aku kawan kau…anggap kami semua dalam rumah ni kawan kau..kau buat keputusan apa yang kau sepatutnya buat. Kau ingat Di…kalau kau susah, Azri tak cari kau…tapi kami semua ni yang cari kau. Jaga kau. Jangan kau lupa yang tu. Jangan kau sampai buta sebab cinta jantan kurang ajar tu. Kau fikirlah, Di. Aku dah tak larat nak fikir untuk kau lagi. Aku dah penat. Cukup penat. ” Jo pusing tubuh. Langkah dibawa meninggalkan ruang tamu. Dila, Shira dan Jasmin saling memandang dan pandangan ketiga-tiganya kini beralih pada Diana. Kata-kata Jo bergema kembali dalam otak fikir keempat-empat mereka.
Nota: N3 pendek utk ceritera ini boleh baca di Page saya --->April Snow's Page. 

Wednesday, July 1, 2015

Kompilasi Cerpen Limited Edition - Dia...Yang Terpilih

LIMITED EDITION.
Tajuk : DIA... YANG TERPILIH
Kompilasi cerpen dari 10 penulis. Cerpen kucc, Hikayat Cinta Teja dan Tuah turut termuat. 
HARGA :
RM 26 + RM6(postage) - Semenanjung
RM 29 + RM 10(postage) - Sabah/Sarawak
Note : Naskah ini hanya boleh didapati melalui online sahaja. Sila dapatkan melalui ejen yang dilantik penerbit dan juga pengedar online.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...