Tuesday, January 26, 2010

Rindu Semalam - Bab 35

Bab 35


Sepatutnya dia gembira dengan setiap ucapan tahniah yang diterima. Tentu sahaja ayat-ayat gembira yang dilafazkan diharap menjadi doa yang mengiringi kebahagiaan buatnya. Sememangnya itulah yang diharap-harapkan. Mengembirakan hatinya yang sudah bersulam warna bahagia dan rasa suka dan indah itu sudah jelas terpancar di wajah.

Namun ucapan yang satu ini membuat hatinya tiba-tiba sebak...jiwanya jadi luruh. Perutusan tahniah dari Akhmal begitu menyentuh hati kecil Duhaila. Sekeping kad sederhana besar, bersegi empat bujur, berwarna coklat muda yang yang dihiasi tiga kuntum bunga mawar yang sudah kering dihadapannya dilayangkan ke pejabat hospital kelmarin masih enggan dilepaskan dari ingatan minda. Duhaila masih mengingati apa yang tertulis di kad nan indah itu. Tiap bait perkataan yang ditinta dengan dakwat perak itu cukup terkesan dihati kecil Duhaila. Tiga kuntum bunga mawar..tapi sudah kering dan itu membawa mesej simbolik yang cuba disampaikan Akhmal pada Duhaila. Duhaila mengerti maksudnya. Tapi..sudah tersurat hubungan mereka hanya setakat ini. Hatinya kini milik orang lain. Akhmal, maafkan Duha!

Disini Ternoktah Kasih...

Segala yang indah dahulu akan kekal indah di jiwa ini..selamanya

Yang jelek...tidak pernah darimu, hanya aku...dan aku
Sabarmu...terlalu besar
dan aku sungguh bersalah dengan keputusanku dahulu

Maafkan aku sekali lagi...

Hilangmu dahulu buat aku tersungkur dengan rasa kesal tak terucap
Waktu kau pulang...aku melihat mungkin ada sinar
Rupa-rupanya hanya bayangan impianku saja
kata pemutusmu begitu menghiris hati..namun aku akur, puncanya aku
Aku terima...dan ku anggap ia balasan dahulu
Janji yang aku mungkir...padahnya ku terima kini..
Sayu sekali perasaan kala kau sudah tidak mahu menoleh lagi...

Cinta ini putus juga sudahnya
Biar ada sedih...biar ada duka..biar ada lara
Kasih ini tidak akan luput dari jiwa
Akan jadi ingatan sepanjang hayat...
Doaku buat kau yang pernah bertakhta
Bahagialah hingga ke hujung nyawa
Kekal berpanjangan hingga ke syurga...


Selamat tinggal Duhailaku...

"kenapa muram ni?...ada problem ke?"

Suara lembut Taufik cepat mencantas ingatan Duhaila. Wajah didongakkan memandang wajah sejuk dihadapan yang sedang tersenyum. Kepala digeleng perlahan. Senyum diukir. Semanis mungkin. Tidak mahu Taufik mengesan apa-apa. Janganlah! Dulang yang berisi sepinggan nasi goreng kampung, semangkuk kueh teow tomyam berserta jus orange juga jus kelapa laici yang dipegang Taufik lekas disambut Duhaila. Duhaila meletakkan pinggan nasi goreng kampung dihadapan Taufik Begitu juga dengan jus orange. Mangkuk berisi kueh teow tom yam yang nampak begitu menyelerakan ditarik rapat ke hadapannya. Tangan diangkat sedikit ke atas lalu doa makan dilafaz perlahan. Tangan diraup ke wajah. Jus kelapa laici disedut perlahan...sedap sekali, alhamdulillah. Bunyi dehem Taufik membawa bola matanya memandang wajah tunangannya itu.

"but you look sad...i can see it on your face. Ada yang mengganggu fikiran?...i'm always your good listener sayang. Ceritalah."

Sudah...please jangan tanya lagi Fik...

"takda apa-apa...tengah fikir pasal majlis kita tu nanti...Duha tak start beli barang-barang lagi, risau gak ni nanti ibu bising...dah la selalu balik lambat sekarang, kes makin banyak...Fik pun tau kan keadaan kat hospital sekarang." Doanya dalam hati agar alasan ini boleh diterima akal dan pandangan mata Taufik. Wajahnya ditundukkan mengadap hidangan. Perlahan-lahan disuap kueh teow yang sudah masam-masam pedas rasanya itu ke mulut.

Taufik senyum. Dia tahu Duhaila cuba menyembunyikan resahnya. Alasannya itu tidak langsung menyokong. Matanya yang sedih itu menceritakan segala-gala. Bukankah selama ini sudah dimaklumi akan kesediaaan mak Taufik untuk menyiapkan segala-galanya untuk mereka berdua. Maknya yang begitu menyayangi Duhaila mahu segala-galanya berkenaan majlis mereka nanti diserahkan padanya. Sudah lupakah Duhaila tentang perkara ini.Tidak mungkin!

"Duha..."

Duhaila mengangkat wajah. Mata mereka bertemu. Senyum Taufik dibalas.

"lepas makan nanti kita survey kat sini ok. Kalau ada yang kita berkenan terus beli ye. Boleh bagi kat mak terus, lagi senang kerja dia kan. tak payah mak susah-susah keluar gi cari. Kurang-kurang kita dah jimatkan masa mak."

Bagi mak?..minda Duha ligat mengitar maklumat. Dadanya sudah berdebar. Aduhai tahukah Taufik dia berbohong tadi?. Ye, memang persiapan majlis mereka nanti akan diuruskan sepenuhnya oleh mak Taufik. Itu permintaan bakal mak mertuanya itu. Duhaila sudah ingat. Aduh, matilah! Duhaila memandang wajah Taufik yang tenang. Fik, maafkan Duha!

"Fik..."

"hmmm..."

"Duha minta maaf..."

Wajah indah dihadapannya direnung. Ada desir sendu pada lafaz suara Duhaila tadi. Wajah yang sering menggamit rindunya tiap hari itu ditatap lagi. Wajah yang tidak jemu dimata lelakinya. Taufik tahu Duhaila memang suka menyimpan rasa...sejak mula mengenali gadis cantik ini itulah sifatnya. Sukar sekali menjebak hati tunangannya ini.

"Fik mahu tiada rahsia antara kita Duha. Apa juga yang menjadi bebanan pada diri dan perasaan Duha, Fik mahu sama memikulnya. Mahu sama merasa sedihnya.Tolong jangan sisihkan Fik. Duha adalah segalanya bagi Fik. Tidak tahu bagaimana mahu Fik gambarkan rasa kasih dan sayang Fik pada Duha. Berilah Fik peluang untuk sama-sama mengharungi kepayahan dan kesukaran." Duhaila sudah menundukkan wajah. Memandang meja. Dia malu pada Taufik yang sudah terang-terang dapat mengesan perbuatan dan lafaz pembohongannya tadi.

Jeda antara mereka. Hanya hiruk pikuk suara-suara manusia yang saling bertingkah di medan selera kompleks Sogo yang memecah sunyi.

Saat Duha mengangkat wajah, matanya bertembung dengan redup mata Taufik yang memang sedang memandangnya. Senyuman di bibir Taufik sedikit melegakan perasaan bersalahnya.

"Maafkan Duha Fik..." anggukkan kepala bersama senyuman manis yang masih tidak lekang dari bibir Taufik itu mendamaikan hatinya yang huru-hara tadinya.

"dahlah..jom." kedua-dua sudah bangkit dari meja lalu mengatur langkah keluar dari medan selera menuju ke lif.

"kita nak shopping dimana ni Fik?" suara Duhaila sudah kembali dengan intonansi yang penuh keterujaan. Bola matanya memandang Taufik disebelah sambil menunggu lif.

"kita nak shopping ke?...bukan terus balik?" Duhaila sudah menggigit bibir. Sahaja la tu!

"ala kalau kedekut tu cakap aja lah...menyampah!"

"uik, tak baik tau menyampah...nanti muka yang menyampah ni la kena ditatap seumur hidup."

Taufik sudah ketawa memandang jelingan Duhaila. Cantik biarpun dalam keadaan begitu.

"dah la jom balik..."Laju kakinya memasuki lif yang sudah ternganga. Hanya mereka berdua berada didalam lif. Duhaila mematikan diri. Taufik tersenyum. Merajuk pulak dah buah hatinya ni!

"ala sayang...abang minta maaf sayang...jangan la merajuk macam ni sayang...sayanggg."suara Taufik yang lembut dihadapannya membuatkan dia tersandar didinding lif. Issy, Taufik ni, gelinya buat suara gatal macam ni. Eei, tidak pernah Taufik berbicara seromantik . Seram Duhaila dibuatnya. Sudahlah hanya mereka berdua didalam lif.

"Sayang...sayang pleaseeee..." Tidak dapat bertahan sudahnya Duhaila.

"Fik....gelilah...issh..dah la tu malulah."

"apa pulak, bukan Fik cakap dengan orang lain..tunang sendiri kan." Sahaja ditenung wajah yang sudah sedikit mengelabah disebelahnya. Lucunya Duhaila. Kalut.

"Gatal!" langkah terus diayun keluar dari lif. Ketawa Taufik sudah terburai.

"sayang...nantilah, kita nak gi shopping kan. Abang belanja ok." mata dikenyit pada Duhaila yang sudah menoleh ke belakang memandangnya. Seronok melihat wajah Duhaila yang sudah merona. Malu pada pandangan mata-mata yang tersenyum melihat aksi mereka. Pantas ditarik lengan Taufik menjauhi kawasan di ruangan lif yang sudah sesak dengan orangramai. Taufik sudah tersenyum, jelingan mata Duhaila dibalas dengan kenyitan mata.

Fik ni memang nak kena tau!

Monday, January 25, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 16

Bab 16

"hai..apa yang kamu tenung bagai nak tembus majalah tu Rif....berangan la tu!...kalau dah berkenan tu cakap terus terang aje kat orangnya, kan senang!...sebelah rumah je pun Rif."

aduss...kantoi la pulak! tau aje mak ni aku tengah berangan...

apalah mak ni...takkan nak cakap terus terang lak...kenalah ada strategi mak...ni projek mega tau mak..MEGA!

Azrief sudah tidak tahu mana mahu disembunyikan wajah yang sudah pijar. Sudahnya Azrief hanya tersengih-sengih memandang raut wajah maknya yang sudah menggeleng-gelengkan kepala. Mak Zainah sudah duduk disebelah Azrief sambil menepuk lembut paha anaknya itu.

"kamu tu malu tak bertempat, ngalahkan perempuan pulak mak tengok...takkan la kamu nak harap perempuan mengurat kamu Rif...susahlah kalau macam tu."

" hmmm...bagus jugak kan mak kalau perempuan ngurat kita...tak payah pening-pening kepala fikir kalau kena reject mak....selamat satu perkara." Azrief sudah meletakkan kepalanya diriba maknya. Manja. Ibunya menepuk bahu satu-satunya anak lelakinya itu.

"yelah kamu tu...agaknya kalau la orang perempuan nampak kamu baring macam ni atas riba mak confirm dia orang taknak nak ngurat kamu...reject kamu lagi adalah tau. Mesti dia kata kamu ni anak manja...anak mak...tidur bawah ketiak mak." Azrief sudah mencebik tapi tidak mengalihkan posisinya. Masih kekal begitu.

"ala mak...tak semestinya kalau macam ni saya anak manja...inikan sesekali bermanja dengan mak sendiri, apa salahnya, kan...saya pun memang dah biasa macam ni. Kalau dia suka saya kenalah terima saya seadanya mak."

"pandailah kamu...kamu kena ingat Rif, perempuan sekarang bukan macam perempuan zaman mak dahulu. Perempuan zaman mak dahulu tak seagresif perempuan zaman kamu ni...perempuan sekarang lebih luas pergaulan mereka. Bijak. Pilihan pun ramai...lagi-lagi sekarang dengan internet, boleh sahaja cari pasangan kat sana."

"amboi mak...ikut perkembangan sungguh ye...mana tau ni orang cari jodoh kat internet?'

"kamu ingat mentang-mentang mak ni surirumah otak mak ni pun terperuk di dapur je ye?...abah kamu kan pasang internet kat rumah ni Rif...haa abah kamu tu lah tunjuk kat mak amende tu chatting..abah kamu cakap nilah cara orang sekarang berkomunikasi...dari serata dunia boleh bersembang dengan kita."

Azrief sudah bangun dari riba maknya.

"abah chatting ke mak?" anggukkan maknya membuatkan Azrief terlopong.

"dengan sapa abah chatting mak?"

"kawan-kawan masjid dia la, siapa lagi. Kamu tu pikir kut lain la tu..ingat mak tak tahu, issh budak bertuah ni."Azrief sudah ketawa sakan.

"mana tau mak kut kut abah jual minyak ke, awek cun cun ramai mak kat dalam internet tu...mak jaga-jaga tau!" Ketawa Azrief makin kuat. Sebuah cubitan hinggap dilengan kanannya. Azrief terjerit kecil.

Azrief masih menggosok-gosok lengannya yang sedikit merah kesan cubitan maknya. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman bila mengenangkan cerita maknya tadi berkenaan hal abahnya. Hebat sungguh orang-orang masjid sekarang. Semua perbincangan kalau tidak dapat dilakukan di masjid akan dilakukan menerusi talian mesyuarat di internet sahaja. Dahsyat sungguh!

"kamu tu mak rasa patut buat strategi gitu Rif."

"maksud mak?" Azrief lihat kepala maknya sudah tergeleng-geleng.

"Apahal la kamu ni lambat sangat mengangkap Rif. Betul la kata Mus, kamu ni bahagian-bahagian ni memang kamu terkebelakang." Azrief sudah menjegilkan matanya. Mak ni!

"kalau dah kamu malu nak cakap terus terang...secara berdepan macam ni..kamu cakaplah kat komputer tu..chatting yang macam abah kamu selalu buat tu. Dia tak nampak muka kamu..tak tengok muka kamu, jadi takde la kamu nak malu tak tentu pasal."

"manalah saya tahu user id dia mak?'

"user id? menatang apa tu?"

Azrief sudah tersenyum memandang maknya. Bahu maknya dipaut erat.

"user id tu.." Azrief sudah menggosok-gosok dagu. Cuba mencari perkataan yang mudah menjelaskan makna user id itu kepada maknya.

"hmmm, ok mak macam hp ni, kalau mak nak call Rif ke atau sesiapa mak kena taulah nombornya kan.. haa kat chatting tu sama gak mak..kita kena tau "nombor " barulah boleh bercakap dengan dia. Karang saya main redah je, salah-salah pergi kat orang benua mana pulak..silap-silap orang negro mak..naya la anak bujang mak ni." Azrief kerut dahi saat melihat maknya sudah tersenyum.

"mak rasa mak tahu id orang tu."

"mana mak dapat id dia?'

"Abah pernah tanya dia dulu sebab nak tanya pasal pendidikan pra-sekolah sebab masjid ada rancangan nak buat taska islam. Tu yang diaorang berbual kat komputer tu. Mak pun ada masa tu dengan abah." Azrief sudah tersenyum, lalu pantas mengucup pipi maknya.

"thank you mak..i love you muahhhh!"

"issh kamu ni Rif..nanti mak mintak dari abah kamu. Kamu kena belanja mak tau Rif.."

"no problem madam..just name it mak!"

Yesssss...

Hati Azrief sudah berbunga-bunga!

Wednesday, January 20, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 14

Bab 14

Tubuh digerakkan mengikut ayunan langkah kakinya yang panjang. Kedai-kedai di Bangsar Shopping Centre atau dipanggil dengan nama ringkas BSC ini diselusuri perlahan-lahan. Dari satu kedai ke satu kedai dijelajahi namun tiada apa yang dapat menarik perhatian untuk disinggahi. Bosannya!,Zita mendengus kecil.

Tidak tahu hendak kemana sebenarnya dia sejak dari rumah tadi. Asyik keluar masuk keluar masuk, sudahnya dia bersiap, capai kunci kereta dan meninggalkan rumah. Zita tidak betah terperap seorang diri di rumah kala hujung minggu begini. Di kawasan perumahan ini memang sentiasa sunyi sepi bagai tiada penghuni kerana semua mereka sudah keluar dengan aktiviti hujung minggu masing-masing, yang tinggal di rumah hanya para pembatu rumah sahaja dan mereka pula pasti punya aktiviti tersendiri. Kalau di kampung boleh juga dia berjalan di sekitar kampung, pasti seronok tidak pun boleh ambil angin sambil berbuai dibawah pohon rambutan gading di depan rumah sambil berborak-borak dengan mak Ton. Paling best kalau sambil berbual makan goreng pisang tanduk yang masih panas-panas, pasti sedap! Zita telan air liur bila mengingatkan anganannya.

Kala memandu tadi Zita sendiri sebenarnya tidak pasti ke mana arah destinasinya. Tidak tahu bagaimana tiba-tiba sahaja stereng kereta sudah dihala masuk ke Jalan Bangsar. Zita teringatkan papa. Ingatkan tadi boleh juga dipujuk papa untuk window shopping tapi papa siang-siang sudah mengangkat tangan..sorry sayang, papa sudah ada date katanya. Date papa tu Zita fahamlah...macam biasalah...papa akan mengusung besi bengkoknya yang ada beberapa jenis dan warna itu ke Saujana Golf Club. Papa mengajaknya sama tadi sebenarnya. Kata papa elok juga dapatkan udara dan pemandangan yang segar. Zita menolak ajakan papa, bukannya dia tidak suka ke sana cuma pasti dia mati kutu nanti dikelilingi rakan-rakan sebaya papa yang confirm akan bercakap soal business..soal duit, duit dan duit. Topik popular dikalangan ahli-ahli perniagaan seperti mereka. Lalu kerana menolak ajakan papa maka tercampaklah dia di sini. Zita meninjau ke aras bawah dari palang ditingkat satu. Matanya melihat diruang legar BSC ini yang nampak meriah dengan orangramai. Pastinya ada sesuatu yang dianjurkan disitu. Eskalator untuk ke Ground Floor dituju. Langkahnya laju sambil tangan membetulkan kedudukan skaf dileher yang sedikit senget. Aduhh, terasa kepalanya terlanggar sesuatu. Sesuatu yang tinggi dan besar. Kepala diangkat sedikit sambil tangan menggosak dahi. Matanya sudah membulat tatkala melihat figura yang sedang berdiri dihadapannya saat ini.

"erk...Azhar kan?" Azhar sudah tersenyum memandang Zita sambil menganggukkan kepala. Teman disebelahnya turut tersenyum simpul melihat gelagat Zita yang sedikit lucu.

Aduh, malunya...mata letak dimana cik Zita?

"Zita...hey, what a big surprise jumpa you kat sini. You dari mana ni? Bila balik KL?"

Senyuman kecil Zita terbit dibibir mungilnya. Kedua-dua lelaki dihadapannya saat ini masih tidak berkelip memandang padanya. Zita terasa sedikit malu diperhatikan sedemikian.

" 3 weeks dah Azhar...Zita actually dari rumah tadi, tak tahu nak kemana sebenarnya ni...bosan duduk rumah sorang-sorang papa dah ada date kat padang golf, biasalahkan orang-orang business ni. So kita yang ditinggalkan terkapai-kapai sorang-sorang kat rumah ni ikut jer kaki...dan akhirnya here i am at BSC merayau-rayau ...you pulak, erk jap i guess.. dating ye, siap bawak bodyguard nampak..." senyuman Zita tambah manis dengan ayat akhir yang sengaja ditekankan sambil mengangkat kening pada Azhar. Ketawa Azhar spontan tercetus. Teman disebelahnya turut sama ketawa.

"issy, dating amende bawak bodyguard ingat i pondan ke..."

"apa salahnya kalau lelaki ada bodyguard..kan?" Zita angkat kening pada teman disebelah Azhar. Senyuman mereka saling bertaut. Azhar sudah ketawa kecil dengan gelagat Zita.

"eh by the way Sarah mana Azhar? Zita tak nampak dia pun, lamanya tak jumpa dia..rindulah Zita pada dia..."

"Sarah je u rindu, papa dia you tak rindu ke?"

"rindu you?..tak kuasa!.."

"owhh macam tu ye, takpe jual mahal sekarang..."

"mestilah..takkan nak jual borong atau longgok je...tengok orang la cik abang.."

Ketawa mereka bertiga saling bertindan.

"asyik ketawa layan you lupa lak nak i kenalkan pada you Zita...ni Zamri, my officemate merangkap teman rapat...ni best friend i dari zaman belajar lagi...handsome kan, tapi sorry la you dah takde chance nak tackle dia sebab dia dah tak ambik borang permohonan sejak 3 tahun lepas..." ketawa Zita makin rancak dengan kata-kata lucu Azhar. Zamri juga ikut ketawa.

"nice meeting you Zamri...panggil saya Zita je ok.."

"mee too Zita...panggil i Zamri or Zam je." Kedua-duanya berbalas senyuman.

"Zita, jom kita minum kat Dome boleh borak panjang...nak tau gak cite you ni, senyap-senyap je balik KL ye...alih alih terpacak je depan mata i."

"ok, jom i pun tak lunch lagi ni sebenarnya..."

Langkah ketiga-tiga diatur ke arah premis yang terletak tidak jauh dihadapan. Mereka mengambil keputusan duduk di meja yang terletak diluar. Sambil memberikan pesanan Azhar rancak bercerita pada Zamri bagaimana dia mengenali Zita. Zita pula tidak ketinggalan bertanyakan perihal kerja baru Azhar dan perkembangan si comel Maisarah. Sesekali tercetus ketawa dari mereka bertiga. Sesekali bila Zamri menyampuk dan bercerita pada Zita perihal Azhar, akan tercetus jerit kecil Zita. Kemudian meraka saling bertukar nombor telefon. Azhar dan Zamri turut menghulurkan kad nama mereka pada Zita. Sambil mengadap hidangan, perbualan mereka terus rancak.

"i nak tau ni why you tiba-tiba balik ni Zita. I ingatkan you akan duduk kat kampung dalam satu jangka masa yang panjang. Tu yang mak i katakan pada i masa kat kampung dulu." Zita memandang ke arah Azhar. pandangan mereka bertembung. Zita senyum. Azhar turut sama.

"i ingatkan you nak kekal duduk kat kampung...and jadi penghuni kekal kat banglo tepi sawah tu...you kan kata kat i dulu you dah jatuh cinta dengan suasana kampung tu...orang bandar yang dah kerap telan udara kotor kat bandar, tiba-tiba dapat hirup udara bersih dan segar kampung, mestilah tak nak balik kan." Zita hanya tersenyum mendengar celoteh Azhar.

Banyak mulut jugak mamat ni rupanya ye!

"actually...Zita balik sebab ada hal peribadi yang perlu Zita selesaikan. Zita harap ia dapat diselesaikan seberapa segera, insyaallah. Dah terlalu lama perkara ini membebankan hidup Zita sebenarnya. dah tak larat rasanya." Kening Azhar sudah terangkat. Dahinya turut sama berkerut. Zamri yang duduk disebelah Azhar hanya menjadi pendengar yang penuh takzim.

"berat sangat ke masalah you tu?..sorry kalau i keterlaluan bertanya pada you, Zita tapi cara you cakap tu i dapat rasakan sesuatu." Zita menggeleng-geleng kepala. Tidak menganggap Azhar sedemikian. Nafas dihela panjang sambil matanya dihala ke arah orangramai yang lalu lalang di kawasan kompleks BSC. Azhar masih tekun menanti bilah bicara Zita. Badan disandarkan pada kerusi. Masih jeda. Azhar akur dengan pendirian Zita.

"tak mengapa kalau you rasa tak bersedia nak cakap. Don't worry ok, i faham. Kalau you perlu pertolongan or apa-apa...you jangan malu cari i ye Zita. " Zita tersenyum kecil. Terharu pada kata-kata Azhar.

Azhar melemparkan senyuman pada Zita. Azhar dapat menjangka pasti sesuatu yang sangat berat sedang ditanggung wanita dihadapannya ini. Walau cuba diselindung dengan senyum dan gelak tawanya tadi, Azhar tahu Zita menyembunyikan sesuatu. Mata yang pudar sinarnya itu membuktikan telahan Azhar. Zita sedang merahsiakan sesuatu darinya.Sesuatu yang dirasakan sangat besar. Azhar tidak mahu memaksa Zita bercerita. Bukan itu cara Azhar. Biarlah..pasti satu masa nanti Zita akan membuka bicaranya tanpa perlu ditanya. Azhar amat pasti tentang itu.

wah, Azhar macam dah kenal sangat kamu ye dengan dia!

Zita melihat jam dipergelangan tangan. Hampir mencecah 6 petang. Matanya bertembung dengan pandangan Azhar dan Zamri yang turut memandangnya.

"Zita kena balik dulu, Azhar...Zamri. Ada janji nak masak dinner untuk papa malam ni. Jumpa lagi ok. Bye gentleman...assalamualaikum." Zita melambai sambil menunjukkan isyarat untuk Azhar menelefonnya. Azhar hanya mengangguk sambil tersenyum. Zamri hanya memerhatikan gelagat teman disebelahnya itu.

"ehem..." Azhar menoleh pada Zamri yang sudah tersenyum lebar.

"apa?"

"who's that girl bro?"

"sapa?'

"kau jangan buat-buat tak tahu..ingat aku tak nampak dari mula tadi refleksi mata kau pandang dia..sudahlah kau Har."

Azhar hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Zamri.

That Girl...hmmm

Monday, January 18, 2010

Rindu Semalam -Bab 34


Bab 34

Kita tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi pada diri dan kehidupan kita hari esok...baik atau buruk hanya Dia yang maha tahu. Tapi adakalanya sebagai manusia kita jadi terkesima juga bila tanpa disedari takdir itu hadir mengetuk pintu...secara tiba tiba!

Perjalanan hidup yang sudah ditempuh selama ini tidak pernah membolehkan dia membayangi akan apa-apa. Segala sejarah pahit yang pernah singgah dalam hidup membuatkan dia tidak pernah terfikir akan beroleh kebahagiaan untuk kesekian kalinya. Sejarah pahit yang ditinggalkan Akhmal dahulunya sudah lama dibuang...jauh. Duhaila sudah memaafkan Akhmal. Duhaila belajar menerima hakikat Akhmal ada sebabnya yang tersendiri. Kisah dia dan Akhmal sudah lama terkubur. Dia tidak mahu mengenangkan itu semua biarpun dia sedar Akhmal ingin cuba menyambung kembali kasih dahulu...tapi hatinya tidak mengizinkan. Rasa kasih itu sudah lama tiada. Lalu secara jujur dan berterus-terang tanpa perlu kias mengkias sudah dikhabarkan pada Akhmal tentang segala rasa yang terlukis dihatinya lewat panggilan lelaki itu kelmarin. Duhaila tidak mahu memberi harapan pada Akhmal. Duhaila mahu Akhmal mengerti. Duhaila mahu Akhmal memahami pendiriannya. Biarlah hubungan mereka ini kekal sebagai kawan sahaja. Itu lebih baik. Biarlah mereka saling mendoakan kebahagiaan masing-masing.

Kebahagiaan?, ye Duhaila tahu dia sedang meniti musim-musim bahagia sekarang. Musim dukanya sudah lama luruh. Kering sudah semua daun-daun kesedihan. Hati Duhaila sedang kembang mekar. Berbunga-bunga. Berwarna-warni bagai jaluran pelangi selepas hujan. Tidak pernah terduga, tidak sekali terlintas akan melalui zaman manis ini semula. Indah. Malah lebih manis dan indah dari dahulu. Terlalu manis.

Taufik. Sebuah nama yang kembali memberinya peluang merasai kembali pengalaman manis itu. Taufik yang begitu istimewa dimata Duhaila. Istimewa didalam kesederhanaan peribadi dan tuturkatanya. Taufik yang cukup berani tampil dengan lamaran lalu kini Duhaila sudah berubah status. Ya, Taufik yang menganugerahkannya dengan sebuah status baru. Bergelar tunangan orang. Tidak pernah terduga Duhaila dalam sekelip mata dia sudah meniti setingkat didalam proses kehidupan. Proses yang mendapat restu kedua-dua pihak dan harapan Duhaila juga Taufik moga niat murni ni akan bisa diberkati. Doa dari teman-teman juga paling dihargai. Ziha, sikap ambil berat temannya itu sangat mengharukan.

"kau bahagia? pasti dengan keputusan ini?"

"maksud kau?"

"dengan hubungan ini..status baru diri kau.."

"hmmm...sangat bahagia. Aku sangat pasti Ziha. Doakan aku dan dia."

"aku cemburu dengan kau."

"cemburu? sebabnya?"

"kau beroleh bahagia dengan orang yang kau sayang dan yang amat menyayangi kau."

"ntahlah Ziha..kadangkala macam tak percaya...macam mimpi je aku rasa."

"kenapa pulak kau fikir begitu?"

"aku tak pernah menduga sepantas ini Ziha hubungan kami...tapi aku sangat bersyukur dipertemukan dengan dia. Dia anugerah-Nya untuk aku."

"Taufik yang sangat bertuah sebab dapat kau Duha..."

Gelengan kepalanya menerbitkan kerut di dahi teman dihadapannya saat itu. Tidak, bukan Taufik tapi dialah yang bertuah...beruntung dianugerahkan lelaki sebaik Taufik.

"aku yang bertuah Ziha..."

"sama-sama la tu ok."

"aku tak tahulah aku ni bila pulak Duha.."

"kau pun boleh Ziha."

"susah nak cakap. Aku tak sehebat kau."

Bahu temannya itu dipaut mesra. Mata mereka saling bertatap. Berkaca-kaca.

"luahkan sahaja pada dia...kau harus rebut bahagia kau sendiri Ziha. Mungkin aku bernasib baik sebab Taufik yang memulakan langkah dahulu. Tapi... tak salah kalau kau memulakan langkah pertama. Hey, kalau kau tak rebut nanti kucing siam lain yang sambar tau! ha kucing siam baru ramai Ziha, Ashman tu dah la jenis blurr part perasaan ni rasanya..dunia dia hanya wad kecemasan sahaja!"

Bergegar bahu Duhaila dan Ziha menahan tawa. Ziha sudah menepuk kuat paha Duhaila. Terjerit Duhaila dengan perlakuan spontan Ziha.

"jahat kau, kutuk lelaki idaman aku tau!"

"ala memang dia lembab...Taufik pun pernah cakap. Ashman tu memang gred F10 part perasaan ni..kaku jer macam katil wad!" Ziha sudah mencebik. Duhaila sudah ketawa.

"ala kau eksen la sebab kau dan selamat. menyampah aku!"

"aku suruh Taufik tolong nak tak?, Taufik ngan Ashman kan sama-sama satu universiti dulu." Ziha sudah membulatkan mata sambil melambai laju tangannya pada Duhaila. Jangan!

"Gila kau...ingat aku desprado peringkat merah ke..taknaklah Duha!" Duhaila sudah mengenyit mata.

"issh, kau ni Ziha, relax la...aku tau la nak suruh Taufik buat macammana nanti..." Ziha sudah menggeleng-geleng kepala.

"Duha please...janganlah buat aku malu...mahu aku letak jawatan 24jam nanti."

"Ziha,takkanlah sampai macam tu sekali...kau tak percaya aku?kau suka dia kan?"

Mata Ziha dan Duhaila saling bertatap. Duhaila senyum. Ziha menganggukkan kepala. Laju.

"trust me ok.." tangan temannya itu digenggam erat. Ziha membalas.

Cincin dijari manis itu diusap. Duhaila hanya memerhati perlakuan Ziha.

"cantik cincin ni, pandai Taufik pilih."

"tolong sikit ye..aku yang pilih tau. Cantik sangat kan?" Jari sudah diangkat dan ditayang didepan mata temannya itu.

"patutlah.."

"apa yang patut?"

"patutlah la tak cantik...tadi tu saja je aku test..."

Tawa Ziha sudah pecah.

"Zihaaaa, kau memang dengki tau!"

Friday, January 15, 2010

Rindu Semalam - Bab 33

Bab 33

Buah kepayang di tepi sauh
Patah ranting didalam perigi
Orang kusayang semakin jauh
Tak mungkin akan bertemu lagi…

Benarlah bagai dikata bila orang yang kita kasih dengan sepenuh jiwa raga sudah melangkah dan tidak akan berpaling lagi lantaran dia sudah menyambut huluran kasih orang yang lain, rasa kehilangan itu bagai mengoncang nyawa. Seakan mahu mati! Longlai segala sendi dan saraf. Sukarnya menerima hakikat ini. Payahnya menelan kebenaran yang terbentang dihadapan mata. Tertutup sudahkah peluang untuk diri ini menggapai dia yang kian kabur dari pandangan. Dia sudah semakin jauh...jauh dari dirinya. Tiada lagi ruang buat diri ini untuk terus berada dihati dia lantaran sudah ada orang lain yang bertakhta di singgahsana jiwa. Dirinya cuba redha...bukan bukan, dirinya mahu redha dengan segala yang tersurat ini. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh antara mereka.

sedarlah Akhmal...dia sudah lama pergi. Dia sudah membuat pilihan hidupnya...doakan kebahagiaanya.

Ya...aku akan doakan dia bahagia dengan pilihannya. Bahagia hingga ke hujung nyawa.

Pertemuan dengan Taufik kembali memutarkan kenangan. Akhmal tahu Taufik serba salah. Akhmal tahu Taufik dalam dilema. Ucapan maaf yang tulus dari Taufik begitu menyentuh hati lelakinya. Akhmal tahu Taufik tidak sesekali berniat mengambil kesempatan, jauh sekali menikamnya dari belakang. Akhmal tidak sesekali menyalahkan Taufik didalam perkara ini. Soal hati ini urusan yang Esa. Tiada upaya untuk kita mengelaknya. Lagipun mana mungkin lelaki itu tidak tertarik pada peribadi Duhaila yang sangat istimewa. Masakan lelaki itu tidak terpukau dengan pesona milik seraut wajah itu. Dan akuan ikhlas itu diterima dengan terbuka oleh Akhmal. Sekurang-kurangnya Taufik jujur padanya. Setidak-tidaknya Akhmal tahu belahan jiwanya itu sudah memilih seorang yang terbaik buat dirinya. Akhmal cukup mengenali Taufik. Akhmal pasti...teramat pasti Duhaila sudah membuat pilihan yang tepat. Taufik pasti akan menyayangi Duhaila sepenuh jiwa. Tubir kolam yang sudah terbit percikan aliran air hangat pantas diseka kura tangan. Ya, dia memang sedih. Sangat sedih. Akhmal tidak dapat membohongi hatinya kala ini. Kehilangan kali ini begitu terasa.

Kedua-dua belah tapak tangan diraup ke wajah. Nafas dihela panjang.

"papa...papa sedih ke?" suara halus menyapa cuping telinga. Pantas tangan dijatuhkan. Akhmal menundukkan kepala kebawah. Seraut wajah hairan sedang merenungnya tanpa berkelip. Akhmal tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepala.

"tak, mana papa ada sedih..."

"tapi Ben dengar macam bunyi orang sedih...tu mata papa pun merah."

Akhmal merendahkan tubuh sasanya lalu duduk disebelah Benjamin yang masih berdiri dan masih merenung. Akhmal tahu anak tunggalnya itu tidak puas hati dengan jawapan Akhmal.

"mata papa masuk habuk masa papa kemaskan rak buku papa tadi. Papa gosok mata kuat sangat tadi tu yang mata papa jadi merah sikit. Ben buat apa masuk bilik papa ni?"

Akhmal lihat Ben menundukkan wajah. Murung.

"Ben ada masalah?."

Masih jeda.

"Ben taknak beritahu papa?"

Bibir mungil itu bergerak-gerak seakan mahu memberitahu sesuatu. Akhmal melihat tangan Ben yang diletakkan ke belakang dari tadi bagai memegang sesuatu. Akhmal tidak mahu terburu-buru. Dia mahu memberi ruang kepada Benjamin.

"kalau Ben tak nak cakap, papa tentu tak tahu apa masalah Ben...dan papa tentu tak dapat nak tolong Ben selesaikan masalah tu."

Mata indah itu bulat memandang ke arah anak mata Akhmal.

"Papa tak marah kalau Ben cakap." Akhmal menggeleng.

"Promise papa?" sebelah tangan diangkat seakan memberi ikrar angkat sumpah.

Ben dilihat mengeluarkan sesuatu dari tangan yang disorokkan ke belakang tadi. Akhmal memerhati dengan tekun. Sehelai kertas yang sedikit lusuh kesan seperti dikerenyok.

"Papa...boleh tak Ben tak pergi sekolah besok?' Dahi Akhmal sudah sedikit berkerut. Ponteng?

"kenapa Ben tak nak pergi sekolah besok? Ben ada buat salah di sekolah?" Kepala anak kecil dihadapan Akhmal ini sudah menggeleng pantas.

"Ben bergaduh dengan kawan ke?' Ben kena buli dengan kawan?"

"bukan papa...bukan." tangannya pantas menghulurkan kertas yang dipegang tadi kepada Akhmal. Kertas disambut perlahan oleh Akhmal.

"sebab ni...Ben tak tahu nak buat homework ni papa. Teacher kata semua kena buat dan hantar esok. Teacher cakap nanti Ben kena cerita kat depan kelas. Cerita depan kawan-kawan. Ben takut papa...Ben takut."

Mata Akhmal melihat kertas yang dihulur Ben. Setiap patah perkataan yang tertulis di atas sekeping kertas putih yang hampir lusuh itu direnung. Mata Akhmal pedih. Pantas kepala anaknya itu dirapatkan ke dada.

"Ben takut papa nanti teacher marah kalau Ben tak buat...nanti kawan-kawan Ben ketawakan Ben kalau teacher marah Ben." Sendu bertali pada suara halus itu. Hati Akhmal tambah pilu. kasihannya anakku ini!

"takpa..nanti papa cakap dengan teacher ok. Teacher takkan marah Ben."

Kepala diangkat sambil mata yang masih basah tunak memandang Akhmal. Bercahaya mata dihadapannya saat itu.

"promise papa?" Akhmal mengangguk sambil tersenyum. Kertas yang sudah lusuh tadi direnung kembali. Matanya terasa panas.

Ibu saya...

Su...kesian Ben...kesian anak kita Su!

Thursday, January 14, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 13

Bab 13
Didalam setiap kesukaran yang dijelmakan pasti ada kelapangan di penghujung jalan. Setiap dugaan yang ditimpakan pasti bersebab. Hanya manusia sahaja yang sering alpa. Menjatuhkan hukuman tanpa terlebih dahulu melihat dan mengkaji sebab musabab ianya terjadi. Sering menyalahkan orang lain tanpa terlebih dahulu menilai diri sendiri. Jika dahulunya dia buta..ya, buta yang sebuta-butanya...buta mata, buta hati tapi kini rahmat-Nya telah mencelikkan dirinya semula. Azhar amat bersyukur Allah masih mengasihani dan menyayangi dirinya. Azhar tahu dahulu dia memang jahil...sejahil jahil manusia. Bodoh sombong. Degil. Keras kepala. Dahulu dia langsung tidak mengendahkan nasihat, pujukan dan rayuan ibunya. Kata-kata ayahnya juga ditolak mentah-mentah. Dia yakin dia lebih tahu dari mereka tentang masa depannya. Arrghh, orang tua memang melecehkan. Itu fikirnya dahulu. Ketika itu hati mudanya sahaja yang betul. Nah, kala dirinya terhumban ke gaung yang maha dalam kesan tindakan terburu-burunya orang tua yang melecehkan itulah juga yang tega mengutip dirinya yang sudah terpalit malu dan aib. Anak tetap anak, walau sebesar gunung dan seluas lautan sekalipun kesalahannya, tetap akan diterima kembali oleh ibubapa. Azhar malu pada keterlanjuran diri yang angkuh dahulu. Azhar insaf. Sungguh insaf. Dan Allah membalasnya secara tunai padanya di dunia. Lihatlah apa yang diperlihatkan kepadanya tentang diri sebenar wanita yang disanjung dan sangat dicintai Azhar suatu masa dahulu. Dan Azhar tahu semua itu bersebab.

Berita yang diterima dari peguamnya pagi tadi sebenarnya memberikan dua suasana yang berbeza pada Azhar. Dia gembira tapi dalam masa yang sama dia juga sedih. Gembira kerana akhirnya dia diberikan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak tunggalnya Maisarah atas persetujuan Marina. Menyedihkan bila Marina mahu menamatkan ikatan perkahwinan mereka. Penceraian mereka sudah difailkan dan akan diuruskan oleh peguam kedua-dua pihak. Marina tidak mahu menuntut apa-apa harta dari Azhar. Marina hanya mahu dibebaskan dari ikatan perkahwinan mereka. Azhar tahu Marina tidak perlukan itu semua kerana dia dari keluarga berada. Marina mahu kekal tinggal di England. Mungkin mahu berkahwin dengan kekasih gelapnya itu, entahlah Azhar tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu lagi. Cukup-cukuplah dosa yang ditanggungnya selama ini. Pedih sekali jika diingatkan. Baginya persetujuan Marina menyerahkan Maisarah padanya sudah umpama satu cahaya rahmat buat Azhar. Biarlah Marina dengan cara hidup yang dipilihnya. Azhar cuma berharap Marina kekal sebagai muslim.

Wajah Maisarah yang comel sedang tersenyum didalam bingkai kayu berukir cantik diatas meja kaca di bilik pejabatnya direnung. Maisarah yang banyak mewarisi sifat fizikal Marina. Matanya, rambutnya, kulitnya juga petah tutur katanya...segala-gala milik Marina. Ahh, Azhar tidak tahu bagaimana harus menyampaikan cerita tentang penceraian mereka pada Maisarah. Maisarah masih terlalu mentah untuk menerima tekanan seperti ini. Pasti dia akan tertanya-tanya tentang mana pergi mamanya. Jika selama ini Azhar hanya menyatakan Marina tidak dapat ikut serta kerana harus bekerja di sana dan apabila tugasnya selesai nanti Marina akan datang semula ke Kuala Lumpur. Namun kini, jelas dan nyata Marina tidak akan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini. Azhar tidak tahu samada dia kuat dan sudah bersedia untuk menerima tebakan soalan demi soalan dari mulut mungil yang petah itu nanti. Pasti Maisarah tidak akan puas hati jika jawapan Azhar nanti tidak menyakinkannya. Kasihannya Sarah...

maafkan papa sayang!

Ketukan dipintu segera menerbangkan segala yang sedang bersarang difikiran Azhar. Matanya bertembung dengan empunya wajah yang sedang berdiri didepan pintu biliknya sambil melemparkan senyuman. Senyuman dibalas Azhar. Mesra.
"Har, lunch?..jom gi kat this new place near Telawi 3...Canteena, budak budak aku kata happening kat situ.Food was great over there."Azhar angkat kening pad Zamri.
"happening?"
"kata dioranglah. Tu yang nak ajak kau ke sana..jom jer la." Azhar bingkas bangun dari duduknya. telfon bimbit diatas meja segera dicapai. Langkah diatur ke pintu.
"jom la.."
"siapa kat bilik kau pagi tadi?...macam serius aku tengok korang discussed." Azhar menoleh sekilas pada Zamri yang tenang memandu. Wajahnya dihalakan ke hadapan memandang deretan kereta yang sedang menuju ke arah pusat bandar.
"lawyer aku."
"hal tu?"
"hmmm...dia beritahu update tentang kes aku tu. Marina bagi Maisarah kat aku and want me to divorce her...dia nak stay kat sana."
Zamri menoleh memandang raut wajah Azhar yang tenang. Kasihan dan simpatinya saling beriringan pad teman rapat yang satu ini. Mereka sama-sma belajar di luar negara dahulu. Zamri tahu pergolakan rumah tangga Azhar. Takdir rumah tangga Azhar tidak seindah yang diingini oleh temannya itu.
"alhamdulillah Har. Lepaskan je la dia. Maybe itu yang terbaik buat dia dan kau. Most important now kau concentrate kat career kau and Sarah. That cute princess need you har. Jangan sia-siakan masa depan dia. Past is past Har...lupakan lah. Bina hidup baru kau di sini."
Zamri benar. Yang lepas biarkan berlalu. Tiada guna dikenangkan perkara yang sudah pergi. Paling utama sekarang adalah dia membina hidup baru bersama Maisarah. Tiada agenda yang lain. Azhar mahu memberikan yang terbaik buat puterinya itu. Itu janjinya. Itu azam dan tekadnya.
* * * * * * *
Sukarkah unutk dirinya membina bahagia? Dia tidak mengharap apa-apa lagi dari lelaki itu. Dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Payah sangatkah lelaki itu mengerti hasrat yang sudah disuarakan pada pertemuan kelmarin. Tak faham bahasa sungguh rupanya dia ye...atau saja buat buat tak faham. Boleh pulak dia menghantar seorang utusan kemari untuk bertemu Zita...untuk memujuk Zita. Dasar lelaki...
Zita sudah menggeleng kepala sambil tersenyum sinis memandang lelaki dihadapannya saat ini. Fawzan dilihat tenang sahaja. Zita tahu Fazwan teman rapat Faisal. Zita masih menghormati Fazwan kerana dahulunya hanya pada Fazwan tempat dia mengadu tentang perilaku Faisal. Fazwan ibarat kawan dan abang padanya.
Hmmm...bijak kau ye Faisal...tapi aku takkan mudah terpenagruh lagi...aku bukan perempuan bodoh lagi Faisal.
"dia hantar abang pujuk Zita?kenapa dia tak datang sendiri jumpa Zita?"
"dia tak berani Zita...lagipun dia tahu Zita takkan mahu jumpa dia lagi. kan?" Zita mencebik.
"dasar pengecut...berani buat tak berani tanggung."
"Zita, jangan cakap macam tu. Tak baik."
Zita melihat Fazwan merenungnya. Zita melarikan matanya dari pandangan Fazwan. Pandangan dikalih pada persekitaran restoran SOULed OUT yang terletak di Desa Sri Hartamas ini. Fawzan yang mencadangkan mereka bertemu di tempat ini petang itu. Panggilan Fazwan tatkala Zita sedang bersarapan bersama papa di rumah yang hanya menyatakan hasrat mahu berjumpa. Panggilan yang disangka hanya sekadar ingin berjumpa setelah lama Zita menymbunyikan diri di kampung papa. Rupanya ada hajat lain dia diajak ke sini...
"tak baik ye?. Jadi yang dia buat selama ini tu semua baik belaka ke bang?. Cuba abang cakap dengan Zita. " Zita cuba memandang semula ke wajah tenang Fazwan.
Fazwan menghela nafas perlahan-lahan. Minuman dihadapan ditolak ke tengah meja. Kedua-dua tangan dirapatkan ke dada. Wajah indah dihadapannya saat ini diselidiki sepuasnya. Dilihat Zita menundukkan wajah. Malu barangkali di tenung begitu. Tiada yang kurang pada Zita. Faisal sahaja yang menolak tuah. Menolak anugerah yang sesempurna ini. Sudahnya bila anugerah ini hampir terlepas dari genggaman barulah hendak mengelabah macam ibu kucing hilang anak. Fazwan mendengus perlahan. Zita hanya memerhati dan menunggu bilah bicara Fazwan.
"setiap manusia melakukan kesilapan Zita dan Faisal tidak terkecuali. Dia dah sedar dan insaf sekarang. Berlah dia peluang sekali lagi Zita. Abang tahu dia sangat sayang pada Zita. Sekarang ni pun abang tengok dia dah macam orang hilang akal aje. Kasighan abang teongok dia. Abang cuma mahu kamu berdua duduk berbincang dahulu...berikan diri masing masing peluang Zita. Jangan terburu-buru buat keputusan nekad begini Zita. Fikirkanlah kata-kata abang ni Zita." Zita hanya mengunci lidahnya.
sayang kunun...sayang tahi kucing!
"waktu Zita hilang dahulu, dia macam orang gila. Merata-rata dia cari Zita disana. Abang kasihan tengok dia. Dan kerana tak sanggup tengok dia berkeadaan makin teruk abang terpaksa beritahu hal sebenar yang Zita sudah pulang ke Malaysia. Abang minta maaf Zita...terpaksa mungkir janji abang pada Zita." Zita menggeleng-gelengkan kepala. Patutlah Faisal tidak sudah sudah merayu pada papa untuk memberitahu di mana Zita berada. Nasib baiklah papa faham keadaan Zita. Zita menghela nafas panjang.
"abang, terima ksih atas segala nasihat dan kata-kata abang. Zita hargai niat baik abang. Zita tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Apa yang Zita putuskan ini demi kebaikkan semua. Zita juga Faisal. Kalau Faisal dah berubah macam yang abang katakan tadi, baguslah. Zita juga mahu berubah abang. Berubah demi kebahagiaan Zita. Zita mahu mulakan hidup baru. Hidup baru tanpa Faisal Tan Sri Sulaiman. Harap abang faham dan hormat keputusan ZIta ini. Tolong sampaikan pesanan dan kata-kata ZIta ini pada kawan rapat abang tu. Zita balik dulu abang. Assalamualaikum."
Senyuman dilontarkan pad Fazwan yang masih terkunci bicara. Langkah diatur penuh yakin keluar dari SOULed OUT. Senyuman manis itu masih belum lekang dari bibirnya. Zita puas. Puas kerana sudah melepaskan segala yang terbuku dihatinya selama ini.
Fazwan memandang langkah Zita keluar dari restoran itu. Dia melepaskan lelahnya sambil tersandar dikerusi. Kedua-dua belah tangan meraup wajahnya hingga ke kepala.
Zita, kenapa begitu keras hati sekarang?

Tuesday, January 12, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 15

Bab 15

Bukan mudah untuk memikat perempuan rupanya, apatah lagi kalau spesies sasaran pulak macam orang sebelah tu!

Kalau diri sendiri tiada keyakinan ditambah dengan tiada langsung pengalaman mengurat maka "projek" yang satu ini pasti akan menempuh kesukaran. Azrief sedar dia bukan jenis muka tembok besi waja macam Mustaffa. Dia juga bukan jenis mulut bertih jagung seperti sahabatnya itu. Adakala dia cemburu juga dengan kelebihan Mustaffa yang dua itu. Selama ini bukan dia tiada teman dikalangan golongan perempuan...ada, cuma hubungan itu cuma setakat kawan...kawan sesama jurusan tika di universiti dan kawan sesama tempat kerja seperti sekarang ini. Tiada satupun yang punya hubungan istimewa dengannya. Dia akui memang ada yang cuba mendekati tapi entahlah hatinya tidak pernah terdetik ke arah itu. Dia akui juga ada kecewa dengan sikapnya..tapi itulah, soal hati ini mana mungkin boleh dipaksa-paksa ia datang. Tapi bila ia sudah muncul, bukan sewenang-wenangnya pula mahu melenyapkannya. Aduhai!

Tapi hatinya kini sudah dibayangi rasa suka yang bukan sedikit pada si dia orang sebelah rumah. Hatinya kini seperti jaluran pelangi di ufuk langit..berwarna-warni. Berseri-seri.

Alangkah baiknya jika dia punya kekuatan untuk melafazkan kata-kata keramat itu dengan kekuatan lidahnya sendiri..tapi hingga saat ini Azrief belum menemui caranya. Masih buntu. Jika diikutkan idea gila-gila juga sewel si Mustaffa, mahu haru-biru...silap-silap bukan setakat tidak dilayan, dijeling, dimarahi,dimaki atau apa-apa sahaja yang selingkungan dengannya lebih parah silap-silap yang paling ditakuti Azrief dia nantinya dicop sebagai lelaki yang gelojoh..issh jatuh la saham!

"nak cakap apa?, aku bukan reti hal-hal mengurat perempuan ni Mus...issh payahlah."

"lembab betul kau ni Rif. Apa yang payah sangat kalau setakat nak start bunga-bunga mengurat perempuan ni."

"senang la kau cakap Mus...apa, kau ingat ni macam nak pikat anak burung puyuh ke?...ini anak orang tau!"

"aku tak cakap pun dia anak burung puyuh...soalnya kau tu yang gelabah tak tentu arah. Relax aar. Benda ni tak sesusah macam yang kau bayangkan tu. Kacang jer.."

"banyak kau punya kacang...silap nanti aku yang jadi kacang kena kunyah dengan dia, ha mampus!"

"kau kena berani Rif...macam aku cakap hari tu kat kau soal segan, malu, takut tolak tepi. Kau terus terang je kat dia. Lepas tu sure kau lega punya Rif."

"aku nak cakap apa Mus dengan dia?"

"ya Allah kau ni...muntah darah aku dengan kelembaban kau yang satu ni. kenapalah aku dianugerahkan seorang kawan yang lembab macam kau ni harap muka je boleh tahan...sekolah tinggi, pangkat tinggi tapi mengurat perempuan fail! Kau dengar sini...jap aku tarik nafas..."

"kau pergi je jumpa dia lepas balik keje nanti. Dia kan dah ada kat rumah sekarang. Kau cakap kau suka sangat kat dia dari firstime pandang dia, kau nak jadi special boyfriend dia and kalau dia ok kau nak terus suruh mak kau pinang dia...amacam, cantik kan idea aku? senangkan?"

"cantik kepala lutut kau...sah aku cium tapak kasut nanti tau, idea kau ni memang sewel la Mus!"

"takat cium tapak kasut ok lagi Rif...jangan cium tangkai penyapu sudahlah..suwei beb!"

"sah sah gila kau ni...dah, tak kuasa aku ikut idea mengarut kau ni."

Senyuman kecil terbit dibibir Azrief saat teringatkan perbualannya dengan Mustaffa tadi. Memang idea sewel..Mus, Mus. Tapi Azrief akui ada kebenaran pada sebahagian dari kata-kata sahabatnya itu. Dia harus berani...dia tidak harus segan, malu, takut. Dia harus tenang. Soal diterima atau ditolak adalah perkara kedua. Betul, pasti ada implikasi atas jawapan si dia nanti kesan dari tindakannya itu. Kalau diterima, wah dia pasti lelaki paling bahagia di mukabumi ini...tapi kalau ditolak, emm kenalah redha. Erk, tapi sanggupkah dia redha?...aarghhhh, tak tahu, tak tahu!

Positif Azrief...mana tau rezeki kau kan...mana tau memang dia tu tersurat untuk kau..go Azrief go!

ye, mana tau kan kalau tak cuba...kalau tak bukak tin, mana tau ada biskut ke tidak kan?..eh apa meraban ni..fokus Azrief!

OK!

Apa ye yang harus dilakukan terlebih dahulu?.. telefon?...nak telefon apanya, nombor si dia pun Azrief tak tahu. Risik?, nak risik dengan siapa...dia bukan "baik" dengan teman serumah si dia, si tocang dua yang garang macam singa beranak sulung tu...eei, seram! Siapa lagi ye?..haa mak mak mesti ada contact number dia..yes!

Next? call dia, ok...tapi camner nak cakap dengan dia?...nak start camner?, takkan nak kata...hello!, ni Azrief anak jiran sebelah rumah. Salha kenalkan saya?...issh, tradisionalnya!, tak best aah, tak moden...boring!, dah tu, cara apa yang moden?

Moden?, haa cakaplah, Hi Salha!.

Hi?...

Moden sangat ke tu Azrief?

Azrief sudah menggaru-garu kepala...aduh, susahnya!

Friday, January 8, 2010

Rindu Semalam - Bab 32

Bab 32

Kejaplah...sudah sudahlah tekan loceng tu...orang dengarlah tau, issh!

Mata dipicing ke arah jam disudut meja dikiri katil. Jarum pendek menunjuk ke arah angka 9 dan jarum panjang ke angka 12. Duhaila bangkit lalu duduk menegak diatas katil. Bunyi bingit loceng yang ditekan diluar masih kedengaran. Dia menggaru-garu kepalanya. Sakit hati. Marah.

Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni?, kacaulah tau orang nak tidur lah!

Duhaila yang masih berpijama melangkah longlai ke arah pintu. Perlahan-lahan selak dibuka dan tombol pintu dipulas.

Mata Duhaila tidak berkelip saat melihat sesusuk tubuh yang bersarung jaket kulit berwarna coklat tua sudah terpacak didepan pintu rumahnya. Duhaila menelan air liur sambil minda cuba mengimbas wajah ini dikotak memorinya. Tiada. Sejambak bunga teratai putih bersama sebuah beg kertas sederhana besar berwarna merah yang tidak diketahui isi kandungannya sedang dipegang pemuda dihadapannya saat ini.

"saya Mat Noor despatch dari Audrey Florist, Gifts & Crsytal Gallery." Duhaila sudah menarik nafas lega. Mat despatch rupanya.

"ini rumah Cik Duhaila Ain Dahalan?" pertanyaan oleh pemuda yang lengkap bertopi keledar beserta sebuah sengihan kecil itu mematikan sejenak lamunan Duhaila. kepalanya lambat-lambat mengangguk sebagai jawapan balas kepada pemuda tadi. Pemuda tadi mengeluarkan sebuah buku yang persis buku latihan sekolah sahaja. Cermin topi keledar ditolak keatas dan tangan pemuda dihadapannya ini pantas menyeluk pen yang tersemat pada poket kecil disebelah dada kanannya. Mata Duhaila terus memerhatikan gerak-geri pemuda itu. Buku latihan tadi diunjukkan pada Duhaila.

" Cik, tolong tandatangan di sini sebagai bukti penerimaan...dan bunga serta beg ni cik punya." Mata Duhaila tersorot pada buku serta bunga dan beg yang ditunjukkan pemuda dihadapannya ini. Buku itu masih tidak disambut Duhaila. Dia mahu tahu siapa gerangan yang menghantar "benda" ini kepadanya.

"Encik, boleh saya tahu siapa yang hantar kiriman ni?" Mata Duhaila sudah memandang tunak pada pemuda dihadapannya ini. Pemuda itu mengeluarkan sebuah kad nama lalu menghulurkan pada Duhaila. Duhaila menyambut lalu membaca perkataan yang tercetak pada kad nama berkenaan.

"tu kad nama boss saya....cik boleh call dia kalau nak tahu lebih lanjut pasal kiriman ni...tugas saya cuma menghantarnya sahaja. Tolong je cik ambil barang-barang cik ni dan tolong sign kat buku saya ni. Saya ada banyak tempat nak pergi lagi ni cik...karang lambat bunga-bunga tu layu, matilah saya kena marah dengan boss...silap-silap potong gaji pulak!"

Bunga dan beg kertas bertukar tangan. Selepas selesai menandatangani buku mat despatch tadi Duhaila terus masuk kedalam sambil membimbit sejambak bunga teratai putih dan beg kertas merah yang cukup menarik perhatiannya. Duhaila melabuhkan duduk di sofa. Kad nama ditangan dibelek-belek. Hati berbolak balik samada mahu menghubungi orang yang namanya tertera di kad tersebut atau terus sahaja melihat pada "benda" yang dihantar. Mungkin clue yang dicari ada disimpan pada kiriman yang diterimanya ini. Kad nama diletakkan ditepi riba lantas beg kertas dibuka. Tangan mencapai sekeping kad beserta sebuah kotak. Kotak berwarna merah diletakkan diatas meja disebelah kanannya. Kad dibuka perlahan-lahan.

Maaf...
Maaf…kerana telah menyakitimu tanpa sedar,
Maaf…kerana telah membuatmu berasa sedih…juga jauh hati,
Maafkanlah atas keterlanjuran langkah ini…
Sungguh demi-Nya tiada sezarah niat dihati ini untuk melukakanmu…

Tidak tahu bagaimana harus aku luahkan kata maaf buatmu…
Kerna aku bukanlah si pujangga yang tahu memujuk rayu dengan bilah kata-kata…
Tidak tahu bagaimana harus ku nyanyikan lagu maaf buatmu…
Kerna aku bukanlah sang seniman yang merdu suaranya melantun lirik indah…
Kerna duniaku yang tersarung jubah putih dibadan ini hanya kenal bau ubat dan darah…

Aku tidak berdaya lagi meneriak lafaz rindu ini
Bila kau hanya membisu, menutup tiap ruang jiwamu
Tolonglah…buka kanvas hatimu
Agar aku bisa membuka selimut amarah serta dukamu
Mengalirkan embun kasih di ujana sanubarimu
Moga kau kembali berseri…seperti bidadariku yang selalu kutatapi

Kau…adalah anugerah yang terindah didalam hidupku
Umpama jaluran pelangi yang menyinari langit
Sejambak teratai putih maaf kuhulurkan
Dengan harapan ku temui semula cahaya yang hilang
Cahaya yang telah menyinari ruang hatiku yang dahulunya sepi...

(Taufik)

Mata Duhaila sudah berkaca-kaca. Kad didakap erat didadanya. Matanya dipejamkan. Nafas bagai sudah teratur. Perlahan-lahan kad diletakkan diriba. Kotak merah bersegi disudut kanan meja dicapai lantas dan dibuka. Seutas rantai tangan kristal berwarna putih yang indah berkilau ditatap. Tangan sudah menutup mulutnya mungilnya. Rantai kristal perlahan-lahan dikeluarkan dari kotak lalu dipasangkan ke pergelangan tangan kanannya. Cantik! bibir sudah menguntum senyum. Saat matanya terpandang jambangan teratai putih yang tadinya diletakkan diatas meja lalu pantas tanganya mencapainya. Matanya bercahaya saat menatap bunga kesukaannya itu. Diletakkan bunga diatas meja. Duhaila bingkas bangun dari sofa dan berlari masuk kedalam bilik.

Pintu bilik ditolak perlahan. Matanya meliar mencari sesuatu dan saat terpandang benda yang dicari dia pantas menyambar lalu melabuhkan duduknya diatas katil. Skrin gajet bersegi empat itu ditatap. Ditekan-tekan mencari nombor yang mahu dihubungi dan setalh berjumpa butang hijau ditekan.

"assalamualaikum..."

"wa'alaikumsalam..."

"Fik...terima kasih..."

"untuk?"

" untuk bunga yang cantik, rantai tangan yang mahal....dan sebuah puisi yang cukup indah...tak tahu Fik pandai tulis puisi ye...hebat!"

" hmmm...puisi tu adik yang bantu, Fik manalah mahir dalam hal-hal ni...tak apa apa sangat pemberian tu jika nak dibandingan dengan kesalahan yang Fik dah lakukan pada Duha... Fik lukakan hati Duha...Fik buat Duha sedih...Duha kecil hati juga kan pada Fik."

"Fik..." Suara Duhaila sudah bertingkah dengan esakan kecil.

"maafkan Fik Duha...Fik tahu Duha marah..." Duhaila sudah menggeleng kepala. Nafasnya dihela pantas.

"Duha tak marah Fik...Duha pun salah...maafkan Duha...Duha memang jenis cepat terasa..."

Jeda antara mereka. Hanya hembusan nafas antara keduanya yang kedengaran.

"Maafkan Fik...Fik buntu bila Duha sepi...tak hiraukan setiap pesanan Fik...Fik tak tahu nak buat macammana dah..."

"kenapa tak hantar sendiri barang-barang ni..?"

"Fik tak berani...takut Duha tak terima.."

" kalau Fik ikhlas, insyaallah..."

"Duha maafkan Fik?"

"hmmm...Duha pun minta maaf..."

Sepi kembali.

"Duha.."

"hmm.."

"Fik tanya sikit boleh?"

"tanya apa?"

"Duha janji jangan marah ye..."

"Fik...cakap je la.."

Terdengar ketawa kecil dihujung talian. Dahi Duhaila sudah berkerut.

"Fik...kata nak tanya Duha...tanyalah."

"Erk...Duha dah mandi ke belum ni...lain macam jer yang Fik bau ni.."

"Fik!!!!..."

ketawa Taufik sudah pecah dihujung talian.

Wednesday, January 6, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 12

Bab 12

Keputusan ini seperti diduga memang akan mengundang reaksi yang pelbagai lebih-lebih lagi keputusan ini telah mengubah sebuah institusi perkahwinan yang dibina atas usahasama dua buah keluarga yang mahu hubungan ini akan tambah mengeratkan ikatan antara mereka...dan mengukuhkan kedudukan dan memperluaskan lagi empayar perniagaan mereka. Aah, betapa murahnya nilai sebuah perkahwinan bila kepentingan duniawi mengatasi barakah yang begitu dituntut dan dimuliakan di sisi agama. Inilah natijahnya. Yang menjadi mangsa...ialah aku!

"fikirkan semula keputusan Zita ni sayang...tolonglah".

"maaf mama...Zita tak boleh."

"Zita, tolonglah..kasihanlah pada mama...kakak dan abang merayu pada Zita..."

"Zita minta maaf abang...kakak. Tolonglah hormat keputusan Zita ini."

"sampai hati Zita..."

Biarlah apa jua tanggapan mereka semua terhadapnya, Zita sudah tidak peduli lagi. Zita sudah tidak kisah lagi. Cukuplah selama ini dia mendahulukan kepentingan orang lain dari memikirkan dirinya sendiri. Zita sudah lelah dengan semua ini. Sabar sudah sampai kemuncaknya. Dia cuma manusia biasa...ada rasa marah, ada rasa sedih, ada rasa malu, ada rasa sakit hati. Cukup-cukuplah kolam matanya dilimpah air selama ini. Dia tidak ingin menumpahkannya lagi.

Mama yang sedari tadi hanya mempamerkan sendu pada Zita, mungkin masih mencuba meraih belas kasihan dan ikhsan darinya. Mata coklat mama yang cantik itu berkaca-kaca. Zita tidak mahu membuka bicara lagi. Bicara pentingnya sudah ternoktah sebentar tadi. Pandangan Zita bertembung dengan renungan papa. Senyuman hambar menghiasi bibirnya. Zita tahu papa serba salah bila berhadapan dengan ayah dan mama. Bukan mata Zita tidak nampak betapa ayah cuba berbincang dengan papa sedari tadi. Mama juga ikut campurtangan. Meminta papa memujuk Zita mengubah keputusan. Papa tersepit antara rasa belas kasih pada anak tunggalnya ini dan rasa hormat pada besannya itu. Kedua rasa itu kemudian menghimpit dada papa tanpa mahu memberi ruang untuknya bernafas. Kasihannya papa!

Faisal?...aah, lelaki itu sudah melarikan diri entah ke mana. Dasar lelaki pengecut! Zita sudah tidak mahu tahu lagi atau ambil tahu tentang dia. Kasihan mama dan ayah punya anak seperti Faisal. Mengutuk Faisal?, tidaklah!...cuma simpati pada orangtuanya sahaja. Zita lihat tadi bagaimana mama dan ayah juga adik beradiknya yang lain cuba menghubungi Faisal. Menalipon ke sana sini. Gagal mereka menjejaki lelaki itu. Sudahnya mama yang terjelepuk ke sofa. Sedih atau mungkin malu dengan sikap anak kesayangannya itu. Lantas tepat bukan keputusan Zita ini. Lelaki yang begini tidak punya rasa tanggungjawab...tidak punya perasaan simpati pada oranglain...hanya mementingkan dirinya sendiri. Lalu atas alasan apa lagi untuk Zita teguh mempertahankan mahligai ini. Lelaki seperti Faisal memang tidak layak menyandang status "suami"!.

Kepulangan Zita dan papa petang itu diiringi linangan airmata mama dan wajah duka ayah. Genggaman tangan mama pada Zita begitu kejap seolah tidak mahu dilepaskan. Puas juga ayah memujuk mama...menenangkan mama.

Maafkan Zita mama!

Airmata sudah terlalu banyak tumpah hari ini...tapi airmata darah sekalipun tidak mungkin akan dapat menebus lara yang sudah sekian lama Zita tanggung sendiri...

* * * * * * *

"kau tak boleh buat macam ni Faisal." Fazwan sudah menggeleng-gelengkan kepala. Kecewa dengan tindakan teman akrabnya itu. Bagi Fazwan tindakan Faisal itu satu tindakan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri. Sebijaknya Faisal harus berdepan dengan masalah ini dan menyelesaikan kerana segala yang berlaku sememangnya berpunca dari tindakan Faisal. Fazwan amat maklum bahawasanya Zita tidak bersalah dalam perkara ini dan hanya mangsa dalam kemelut yang dicipta oleh Faisal sendiri. Kemelut yang disebabkan oleh kegagalan Faisal mengawal diri dan hawa nafsunya sendiri. Faisal memang tamak dan ketamakan itu akhirnya menjerat dirinya sendiri.

"aku terpana Wan dengan kata-kata Zita...Zita tiba-tiba minta diceraikan...aku blank masa tu...aku terkejut...aku tak boleh nak fikir apa...langsung tak sangka Zita cakap macam tu depan keluarga aku....aku...aku malu Wan...aku takut nak berdepan dengan ayah aku...kau tahu kan ayah aku macammana..." Kedua-dua belah tangan yang menutup raut wajahnya dibuka. Diraup kedua-dua belah tangan tadi pada kepalanya pula. Terdengar keluhan kecil yang terlontar dari rongga mulutnya. Faisal berdiri, berjalan mundar mandir di hadapan Fazwan. Buntu. Fawzan menghela nafas perlahan-lahan. Simpati juga dengan nasib dan keadaan yang dihadapi Faisal saat ini.

"Zal...masalah takkan selesai kalau kau melarikan diri macam ni. Jomlah aku hantar kau balik. Bincang baik-baik dengan keluarga kau...kesian kat mama kau tu." Faisal berhenti dari mundar-mandir. Matanya tepat memandang ke wajah Fazwan. kepalanya digeleng-gelengkan.

"No Wan...aku tak boleh..."

Fazwan mara ke arah Faisal. Bahu teman akrabnya itu dipaut lembut.

"tiada masalah yang tak boleh diselesaikan...kau harus jadi lelaki berani Faisal...berani buat, berani menghadapi natijahnya. Soalnya disini kau harus tunjukkan sikap bertanggungjawab kau pada mereka semua...pada keluarga kau...pada keluarga mertua kau....jodoh kau dengan Zita tu bukan ditangan sesiapa...kalau dipanjangkan syukurlah, kalau sebaliknya kau harus redha Zal."

"tapi aku tak mahu lepaskan dia Wan...aku menyesal atas semua yang berlaku, aku mahu Zita beri aku peluang sekali lagi Wan...aku...aku sayangkan dia Wan!...aku tak mahu kehilangan isteri aku Wan."

Faisal melabuhkan duduknya. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan sebak. Fazwan turut melabuhkan duduknya disebelah Faisal. Bahu temannya itu ditepuk-tepuk perlahan sambil melafazkan kata-kata semangat agar Faisal bersabar. Dia membiarkan temannya itu melayan perasaan sedih itu untuk seketika. Faisal menghela nafasnya perlahan-lahan lalu duduk menegak. Wajah Fazwan dipandang lalu lengan temannya itu dipegang. Dahi Fazwan sedikit berkerut denga perlakuan Faisal.

" Wan, kau kena tolong aku...tolong aku ye Wan.."

"tolong apa Zal?" Mata Fawzan tepat memandang ke arah raup wajah sedih disebelahnya. Menunggu butir selanjutnya dari Faisal. Mata Faisal yang berkaca-kaca itu sayu sahaja pada pandangannya.

"tolong pujuk Zita Wan...tolong pujuk Zita tarik balik permintaan cerai dia Wan!"

Fazwan sudah kehilangan kata-kata!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...