Friday, October 12, 2012

EHEM EHEM...SITI, ABANG AKHMAL DAN BEN DAH SEDIA NAK JUMPA TAU..MEH LAH PELUK KAMI!!! KAMI RINDU KAT KORANG SEMUA!!


Ben:
“Papa…boleh tak Ben panggil kakak Siti…mama Siti?”

 Akhmal : 
"Saya mungkin tak pandai nak susun kata-kata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu..." Akhmal hela nafas. "saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya...sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin bertambah utuh di hati saya. Saya...harap Siti faham maksud saya."

Siti: 
"Saya tak tahu nak cakap apa encik Akhmal, cuma..." Siti hela nafas. Air hangat yang mengalir diseka dengan hujung jari. Akhmal penuh takzim memerhati gerak geri Siti. "Saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali." Siti mengatup bibir. Sedih dan gembira saling bersilih ganti. Wajah kacak Akhmal ditatap. Perlahan-lahan bibir mengukir senyum." Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!"

Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat.  Catatan jodoh yang terpahat di loh mahfuz termetrai penuh adat dan hukum di kanvas hidup kedua-duanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.  Kisah silam yang masih samar terus mengejar.  Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji pada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!

Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya!




Alhamdulillah syukur pada-Nya yang memakbulkan segala-segala perancangan hambanya yangkerdil ini. Ameen..ameen..ameen

Pada semua yang pembaca, pengunjung, teman, kawan, geng bla bla di teratak kucc yang tidak sempurna ini, jutaan terima kasih atas segala sokongan kalian yang tidak pernah pudar dan makin utuh dari dahulu hingga kini...jutaan terima kasih..kucc sayang korang semua..muaaahhhh

Hmmm..nak cakap apa ye..hehehehe...well ini dia yang korang nanti-nantikan..khasnya buat semua yang mengikuti perjalanan kisah Nasi Lemak Buah Bidara dahulu. Siti yang polos, Akhmal yang menawan dan Ben yang comel..harap-harap masih segar dalam hati dan jiwa kalian. Naskhah ini sangat istimewa kerana naskhah ini banyak mengajar kucc erti kesabaran, erti pasrah, erti kemanusiaan..erti kasih sayang..erti cinta. 

Dan untuk segala yang istimewa ini, naskhah versi cetak ini kucc hadiahkan istimewa untuk kalian semua yang kucc sangat sayang. Nasi Lemak Buah Bidara akan menemui anda tidak lama lagi( kucc diberitahu Penerbitan Kaki Novel akan buka pesanan mulai 15 Oktober @ isnin so bolehlah pesan ye)...kucc juga akan buka pesanan untuk sesiapa yang nak memesan menerusi kucc (first 50 sahaja  yer....so cepat bagi nama ok..hehehe)

Mungkin ada yang bertanya apa makna cover itu. Lubang apa pulak tu? Ok,itu lubang pintu.Lubang pintu itu apa maknanya? .Well..masa KN tanya cover macammana yang kucc mahu, kepala pening sungguh mencari gambar yang mampu menzahirkan makna naskhah ini. Yelah kiter bukan orang seni...haram tak pandai. Jenuh jugak minta tolong pakcik google..jumpa la yang rasa-rasa ok kut. Email beberapa gambar sebagai rujukan pihak grafik..moga-moga mereka faham apa yang kucc cuba sampaikan. Alhamdulillah...faham jugak pihak grafik. 

Kepada yang pernah mengikuti perjalanan kisah Siti, Ben dan Akhmal akan faham terjemahan cover ini. Dunia Ben yang sepi, dunia muram Akhmal dan pasti akan simpati pada dunia pilu yang penuh kesedihan Siti. Lubang pintu itu simbol sempadan dua dunia. Jika dintai dari lubang yang sangat kecil itu akan terlihat dunia diluar sana yang indah, penuh bahagia..berwarna-warni, dilatari hamparan kembang-kembang yang cantik namun awas! dunia ini tidak seindah yang disangka. Harap semua boleh faham ye...kalau tak faham jugak..buat2 faham laa...dan gerenti lepas baca dan katam NLBB nih insyaallah akan faham...hehehehe

Last but not least...selamat menjamu jiwa bersama Nasi Lemak Buah Bidara . Moga hidangan ini akan dapat memikat selera hati kalian semua hingga ke aksara terakhir. Ameen.




Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...