Wednesday, December 30, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 14

Bab 14

Issh, Mustaffa ni...biar betul!..

"Kalau kau tak mahu cuba mana kau nak tau jawapannya...dalam hal ni kau tak boleh nak malu...buat muka tak malu jer, kalau tak, sampai ke sudahlah kau tu jadi tukang tengok jer...tukang jeling...sudahnya nanti terkulat-kulat bila orang lain yang sambar dia...ha masa tu kau buat muka tak malu setebal tembok besar negeri China pun dah tak guna dah...mangkuk la kau ni Rif...lembab!"

Mata Azrief sudah menikam tepat ke anak mata Mustaffa. Sengihan selamba yang menguntum segar di tubir bibir wajah dihadapannya itu tambah menyemarakkan perasaan geram Azrief. Kalau diikutkan hasutan hati saat ini mahu saja diletupkan mulut celupar Mustaffa. Sesedap barli cincau sahaja dia mengutuk...memangkukkan orang.

"nak suruh aku jadi macam kau?...issh..."

Mustaffa sudah menggeleng-gelengkan kepala. Tidak setuju dengan jawapan ringkas Azrief. Geram juga hatinya dengan sikap sahabatnya itu. Baginya Azrief terlalu menjaga gengsi...malu yang tidak bertempat, mengalahkan perempuan!

"kau tau Rif, soal cara yang dipilih untuk memulakan langkah mengurat ni janganlah terlalu rigit orang kata...terikat dengan perihal nak jaga status diri bagai...asalkan tindakan yang kita pilih tu bukan bertentangan caranya atau ia ditegah agama, adat dan budaya masyarakat sekeliling teruskan saja la...kita bukannya nak culik atau bawak lari anak dara orang ker...aku bukan tak tahu kau tu... nak jaga gengsi la kunun kununnya kan!.." lontaran smash tajam Mustaffa dibiarkan seketika. Jeda mengisi ruang antara kedua-dua jejaka itu. Suasana bingit di ruang tempat makan kompleks Midvalley itu langsung tidak memberi kesan pada pertembungan bicara antara kedua-duanya.

Mustaffa meneruskan suapan. Pinggan kaca berisi mee goreng mamak yang sudah tinggal separuh itu dihadap dengan tekun. Sesekali ekor matanya memandang ke arah wajah Azrief yang polos. Straw ditangan dipusing-pusing oleh Azrief. Fikirannya masih cuba menghadamkan kata-kata yang diluahkan Mustaffa sebentar tadi. Benarkah dirinya sedemikian rupa?..Menjaga gengsi sangatkah dia?. Azrief menyuap ke mulut isi hidangan dari pinggan dihadapannya. Mee Hoon Singapura sudah terasa sejuk kaku ditekaknya.

"Aku fikir kita ni patut jugak ada rasa segan Mus walaupun kita lelaki...patut-patut jugak jaga harga diri. Kalaupun suka sangat dengan seseorang tu kenalah juga tengok caranya...janganlah nampak sangat yang kita ni tersua-sua, terhegeh hegeh kat dia...hadap sangat kat dia ke...kita pun ada maruah diri Mus!"

sapa pulak suruh dia pergi terhegeh-hegeh kat orang tu...apalah mamat sekor ni...memang sah lembab!

Mustaffa menghela nafas panjang. Pinggan dihadapan ditolak ke tengah. Gelas berisi air tembikai dicapai lalu straw berbelang kuning merah itu disua ke mulut lalu disedut perlahan-lahan air berwarna merah didalamnya. Laju sahaja alirannya menembusi kerongkong. Gelas ditolak ke tepi. Tubuhnya disandarkan ke belakang. Mustaffa memandang tepat pada wajah Azrief yang leka memandang suasana sekeliling.

"aku tak kata dan tak suruh pun kau buat sampai macam tu...takkan la semua aku nak kena ajar Rif...takkan la kau tak reti nak mengurat perempuan kut...gunalah cara dan kaedah kau sendiri...yang utama kau kenalah selidik latar belakang target kau tu...cari sebanyak mungkin maklumat pasal "dia"...baru lah kau boleh bertindak..."

Mata Azrief sudah membulat. Panahannya tepat ditujukan pada Mustaffa yang tenang memandang ke arahnya. Mustaffa ni..biar betul!

"nak selidik target?..cari maklumat?...apa ni Mus..issh, dah macam buat strategi nak pergi berperang je...buat lawak betul la kau ni.."

"lawak hotak kau...karang aku cakap kau lembab kau marah...jengil bijik mata kat aku...tapi tengok la...aku cakap yang betul kau boleh kata aku buat lawak...ni bukan masa nak lawak lawak la Rif...ni serius tau...hal serius!" Azrief sudah ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesekali jarinya digarukan pada kepalanya yang tidak gatal.

Mengenali Mustaffa sahabatnya ini sejak sepuluh tahun lalu Azrief arif dengan perangai gila-gila Mustaffa. Mustaffa tidak sepertinya. Dia akur dia memang tidak seberani dan seselamba Mustaffa bila datang soal hati..soal perasaan. Apatah lagi jika disuruh mengurat perempuan secara terang-terangan. Sungguh dia masih ada segan dan silu...lagipun Azrief sendiri tidak pasti "dia" itu sudah ada teman atau belum. Nanti buatnya memang sah ada...mahu letak dimana muka dia ni..aduh malunya!

"Rif...kau kena berani la kalau kau betul-betul serius nakkan "dia"...soal malu, segan atau apa-apa je yang sedaerah dengannya tolong ye tolak tepi sekejap...takpun simpan dalam poket kau tu...aku cakap sebab kau tu kawan baik aku...aku taknak nanti ada orang yang menonggeng separuh tiang bila "dia" tu kena kebas dek orang lain...ha time tu kau jangan nak mengadu dengan aku raih simpati...mahu aku tinju kau nanti ada!..."

Mata saling memandang...saling bertentangan. Azrief menghela nafasnya perlahan-lahan.

"oklah cikgu Mustaffa...apa yang aku nak kena selidik dulu?"

"cuba selidik kegemaran dia...kau tau apa dia suka buat?" Azrief sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mustaffa sudah menjeling sedikit padanya.

Marah aku la tu!

"bunga..."

"bunga?'

Mustaffa menganggukkan kepala. Mata Azrief tidak berkelip memandang. Kagum.

"kau tak tengok ke halaman rumah dia penuh dengan bunga...yang paling banyak bunga warna kuning...kau tak perasan ke Rif dia selalu dan suka sangat kemas-kemas laman bunga dia...issh lembab lembab...kan betul kau ni memang spesies jejaka lembab!"

Amboi mulut...ada yang kena sumbat dengan pinggan karang ni!

Tuesday, December 29, 2009

Rindu Semalam - Bab 31


Bab 31
Sukarnya memahami hati seorang lelaki rupanya...

Pesanan ringkas dari Ziha yang singgah di telefon bimbitnya tengahari tadi masih berlegar-legar di minda hingga kini. Baris kata-kata yang pendek disusun namun cukup mendalam maknanya hingga kini masih menampar-nampar kotak fikiran. Duhaila cuba menilik diri sendiri. Apa yang ada pada dirinya yang serba biasa ini agaknya hingga boleh sampai mencetuskan perkara yang disebut Ziha itu. Matanya masih redup memandang padang bola dihadapan. Sesekali Duha suka juga datang menghabiskan masa rehatnya di sini. Tidak tahu untuk menjelaskan sebab kegemarannya yang satu ini, tapi sesungguhnya dia suka memandang dan menikmati hamparan hijau yang terbentang dihadapan. Bau rumput yang harum seakan memberi kedamaian pada jiwanya. Langkah diatur ke bangku batu disudut padang. Cuaca malam ini sangat cerah. Bintang-bintang berkerlipan saling bersaing memancarkan cahaya di langit malam yang biru.

" Taufik jumpa Akhmal pasal kau, kau tau tak Duha?...man to man talk aku dengar...wah, hebat kawan aku ni,jadi rebutan 2 orang sahabat karib..."

Tidak disangka dia ketinggalan didalam hal. Jika tidak dari maklumat Ziha, mungkin sampai bila-bilapun dia tidak akan tahu. Sampai hati mereka! Kenapa Taufik tidak langsung menyatakan hal ini padanya tatkala mereka makan malam semalam. Padanlah gerak geri Taufik agak berlainan semalam...lincah bicaranya selama ini pun tiba-tiba bagai hilang rentak. Langsung tidak terfikir diminda bahawa ada hal yang sedang menganggu. Fikirnya mungkin Taufik letih dengan tuntutan tugas yang makin mendesak kebelakangan ini.

Aah..Taufik, Taufik kenapa ketepikan Duha begini?...tidak boleh kita berbicara secara dewasa dan terbuka?.

Sebab Akhmalkah maka Taufik bersikap sedemikian rupa?..Aah...Akhmal pun sama, kenapa Akhmal tidak terus bertanya padanya jika mahu jawapan..pasti akan diberi lintas langsung jawapan berkenaan perihal itu. Mengapa dia diketepikan begini?. Tiada hakkah dia untuk mengetahuinya sedangkan dirinya yang menjadi subjek utama dalam perkara ini. Diri cukup terasa dipinggirkan. Langsung dia tidak diberi peluang bercakap, berkata tentang haknya terhadap mereka. Amarah bagai mahu saja diletuskan pada kedua-dua lelaki itu. Bencinya diperlakukan begini! Sakitnya hati diketepikan sewenangnya. Bunyi panggilan masuk dari telefon bimbit yang berada didalam poket jubah putihnya tidak dihiraukan. Sudah dimaklumi siapa pemanggilnya. Dia juga ada perasaan...bukannya seperti si patung cendana yang kaku tanpa suara!

Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Jam dipergelangan tangan kanan ditoleh sekilas. Bunyi panggilan sekali lagi bergema dari dalam poket jubahnya. Mata dipejam seketika. Dibiarkan sahaja bunyi itu bingit dalam jubahnya. Tidak dihiraukan. Lantaklah!..menjeritlah sampai pagi!

* * * * * * *

Kenapa panggilannya dari malam tadi tidak dijawab...pesanan juga tidak dibalas?...ada apa-apa yang berlakukah pada si dia...atau si dia memang tidak mahu menjawab dan membalasnya...ada apa kesalahan ke yang telah dilakukannya pada si dia?. Taufik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gusar hatinya memikirkan perkara ini. Duhaila tidak pernah begini selama mereka berkawan. Janganlah dia merajuk fikir Taufik, matilah kalau buah hatinya itu tidak menghiraukannya. Tidak mampu rasanya menghadapi keadaan sedemikian. Duhaila memang sukar dijangka tindakbalasnya. Taufik sedia maklum perilaku Duhaila. Perjalanan pagi ini ke hospital dirasakan cukup panjang.

aahh, jam pulak, ...sah lambat ni!

Tangan lincah menekan aksara-aksara blackberry hitam mengarang ayat. Pantas pesanan ringkas dihantar pada si dia. Gajet hitam itu kemudiannya diletakkan di sebelah kiri lalu tangan kembali menggenggam stereng. Satu minit...lima minit...sepuluh minit...Sunyi. Kepala menoleh ke arah gajet tadi. Kaku sahaja, tidak menjerit-jerit nyaring menandakan ada pesanan masuk. Taufik menghela nafas. Matanya dihalakan ke hadapan semula. Deretan kereta yang umpama gerabak keretapi yang panjang bergerak seperti tentera semut...perlahan-lahan. Aduhai, bila agaknya hendak sampai ni!

Punat penggera ditekan serentak lalu langkah diatur pantas ke arah bangunan hospital. Taufik melemparkan senyum pada kakitangan-kakitangan yang berpapasan dengannya. Taufik menekan butang lif dan berdiri dengan sabar walau didalam hati sedang berperang dengan rasa khuatir yang sukar dilupuskan...Duha, kenapa?. terasa bahunya ditepuk perlahan. Kepala pantas menoleh. Senyuman kecil dilemparkan pada wajah disebelah.

"dari mana?" Mata Taufik redup memandang wajah sahabat baiknya itu. Surat khabar ditangan diangkat sedikit sebagai jawapan pada soalan Taufik.

"apasal kau Fik...macam orang mati bini je aku tengok muka kau." kepala digelengkan perlahan. Dr. Wan mengerutkan dahi.

"kau apahal ni sebenarnya Fik...cubalah beritahu aku kut kut aku boleh tolong..." Bahu Dr. Wan ditepuk. Mata Taufik memandang pada pintu lif yang sudah terbuka dihadapan. Tangannya pantas menarik Dr. Wan masuk ke perut lif. Hanya mereka berdua didalam. Taufik menghela nafas perlahan-lahan sambil menoleh jam dipergelangan tangan kirinya. Mata Dr.Wan tunak memandang perlakuan sahabatnya itu.

"Fik...ada hal apa ni sebenarnya. Kau tak pernah macam ni aku tengok."

"tak ada apa-apa Wan. Hal kecik je...don't worry ok." Kepala dianggukkan. Akur dengan kemahuan sahabatnya itu yang mungkin tidak mahu berkongsi apa-apa saat ini. Bukan dia tidak boleh melihat garis kegusaran diwajah Taufik tapi demi menghormati kemahuan Taufik dia tidak mahu mendesak atau bertanya lanjut.

Langkah diayun keluar dari perut lif. Masing-masing sudah melangkah ke arah destinasi bilik masing-masing.

"eh by the way Fik, awal pagi tadi aku terserempak Duhaila kat kafe. Semacam je aku tengok muka buah hati kau tu. Aku ajak minum sama dengan si Syed dia menolak...rela dia duduk sorang-sorang kat sudut kafe...pelik la dia pagi ni Fik. Dia ada masalah ke Fik?". Langkah Taufik terhenti seketika.

"kau ada nampak dia pergi mana lepas tu?" Wan menggelengkan kepala. Taufik mengurut dahinya seketika.

"apahal Fik?" Taufik menggeleng-gelengkan kepala. Langkah diatur semula ke arah biliknya yang tidak jauh dihadapan.

Kepala disandarkan pada bahu kerusi. Cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Mata dipejamkan. Pergelangan tangan kanan diletakkan pada pangkal dahi. Resah Taufik memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada Duhaila. Sedaya upaya cuba diingati ada apakah perlakuannya yang telah menyinggung perasaan buah hatinya itu. Pertemuan terakhir mereka malam kelmarin berlaku seperti biasa. Tiada yang aneh pada perlakuan Duhaila dimata Taufik. Taufik akui dia tidak banyak berbicara dengan Duhaila malam itu, tidak seperti pertemuan yang lepas -lepas pasti ada sahaja cerita dan topik yang mereka berdua akan perkatakan. Pertemuaannya dengan Akhmal kelmarin sedikit sebanyak memberi kesan pada perilakunya malam itu. Tiada kelainan yang dilihat pada Duhaila malam itu. Hingga pada saat dihantar pulangpun dia masih memberi senyuman manis kala mengucapkan terima kasih dan selamat malam pada Taufik. Lalu apa yang sedang mengganggu diri Duhailanya itu kala ini?. Siapakah agaknya yang dapat dirisik untuk mengetahui perihal masalah yang sedang menimpa buah hatinya itu. Mata Taufik terbuka saat sebaris nama melihat di layar mindanya. Pantas blackberry hitam dicapai.

"Assalamualaikum Dr. Ziha." terdengar balasan salam dari suara di hujung talian sana.

"i alhamdulillah...you sibuk tak?..i nak mintak tolong dengan you."

"yup is about Duha, tau jer you ye...she being act so weird since yesterday Ziha...and i'm so worried about her...i call berkali-kali dia tak jawab, sms tak reply...dia ada cerita apa-apa pada you ke." terdengar keluhan kecil ditalian sana. Dahi Taufik sedikit berkerut. Dan...

" takpa la...perkara dah berlaku...at least i rasa i tahu dah kenapa dia behave pelik macam tu ...thanks anyway Ziha..assalamualaikum."

Taufik sudah sedikit lega selepas mendengar cerita Ziha. Tahu dia kini punca kenapa buah hatinya itu berkelakuan sedemikian rupa.

Duhaila...maaf sayang, tapi ada kalanya tidak semua perkara boleh dikongsikan...apatah lagi jika ia akan hanya membuat luka yang sudah kian sembuh tercarik kembali...

Dan tidak mungkin dia akan membiarkan Duhailanya itu terluka lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 11

Bab 11

Perjalanan terasa begitu singkat. Kalau diikutkan jarak, destinasi yang dituju agak jauh juga namun kerana hati dan jiwa sedang berperang dengan pelbagai tingkahan rasa, tidak langsung dirasakan panjangnya perjalanan yang telah ditempuh. Mata dipejamkan seketika. Cuba menyeru kembali semangat yang telah disematkan di jiwa sejak mula dia mengambil keputusan nekad dahulu. Zita tahu dia harus berani menghadapi pertemuan ini. Dia tidak boleh menoleh kebelakang lagi.

Kereta dipandu pak Din sudah membelok masuk ke perkarangan banglo indah tapi masih mengekalkan ciri tradisional pada struktur binaannya yang masih mengekalkan penggunaan kayu sebagai bahan utama. Mata Zita sedikit mekar melihat perkarangan rumah yang sudah terlihat beberapa kereta mewah sudah siap terparkir. Hati kecil berdetik adakah semua ipar duainya turut serta dalam perjumpaan ini. Motif apa yang cuba digunapakai keluarga mertuanya ini. Terasa ada tangan kasar yang memegang tangannya. Zita menoleh, papanya melontarkan senyuman kecil. Genggaman dieratkan lagi.

Kereta diparkir pak Din di sudut yang sudah tersedia menanti. Perlahan-lahan kaki dilangkah keluar dari perut kereta. Zita berdiri memandang sekeliling banglo mewah milik keluarga mertuanya. Tempat ini penuh dengan kenangan dalam hidupnya. Di sinilah tempat dia dipertemukan dengan Faisal buat pertama kalinya. Di sinilah juga mereka pernah disandingkan penuh beradat pada majlis resepsi penuh warna-warni. Ahh...kenangan .

"Zita...jom sayang." Senyuman diberi sambil menganggukkan kepala pada papa yang sedang sabar menanti dia mengulangi imbauan kenangan silam. Nafas dihela perlahan. Lafaz Bismillah terluncur perlahan. Langkah penuh yakin diayun.

Bersama tangan yang saling bergandingan, mereka berdua melangkah tenang ke arah pintu utama. Terlihat Zita susuk Puan Sri Marini sedang berdiri disitu. Senyuman hambar yang hadir dibibir ibu mertuanya itu cuba tidak dihiraukan Zita. Dia tidak mahu ia bakal mempengaruhi keputusannya nanti. Senyuman manis diberikan Zita. Tangan mereka sudah saling bertaut. Jari jemari itu dikucup hormat sambil badan dibongkokkan sedikit.

"assalamualaikum mama...mama sihat?"Tubuh kurus dan tinggi Zita tenggelam dalam dakapan Puan Sri Marini. Kepalanya diusap-usap perlahan. Terasa penuh kasih dan sayang.

Tuan Zainal hanya memerhatikan adegan dihadapannya. Dia tahu Marini amat menyayangi Zita bagaikan anak sendiri. Tuan Zainal juga tahu betapa akrabnya hubungan Marini dan arwah Maizurah. Zita bagaikan pengganti kasih sayangnya pada Maizurah. Justeru itu, dialah juga yang bersungguh-sungguh mahu Faisal menikahi Zita dahulu.

"wa'alaikumsalam. Mama sihat sayang...Nal, apa khabar?." Tuan Zainal hanya mengganggukkan kepala sebagai membalas pertanyaaan besannya itu.

"Zita nampak kurus sangat...mama minta maaf sayang...mama..." air hangat mula terbit pada kolam mata wanita separuh abad ini. Tuan Zainal menundukkan pandangan. Zita memaut bahu Datin Marini lalu mengenggam erat tangannya.

"mama...mama taknak jemput Zita dengan papa masuk ke?"

Pertanyaan Zita berjaya menghentikan sedikit sendu Puan Sri Marini. Bersama tangan kanan Zita yang erat digenggam mereka berdua dipersilakan masuk ke dalam. Langkah mereka berdua dihalakan ke tingkat dua banglo tersebut. Kaki melangkah perlahan-lahan mendaki tangga. Sesekali Zita menoleh papa yang berada dibelakang. Di ruang tengah yang sering dijadikan tempat berbincang sudah sedia menanti insan-insan yang sudah seperti diduga hatinya sebentar tadi. Selain bapa mertuanya; Tan Sri Sulaiman yang sudah sedia duduk diruang itu, abang ipar sulungnya Farid bersama isterinya kak Intan, abang Fazlan dan kak Mira juga kakak Farah Hanim bersama suaminya abang Ikhsan turut serta disitu. Pandangan mereka semua terarah pada Zita yang sedang berdiri. Senyuman manis penuh ikhlas dihulurkan. Di sudut paling hujung Zita melihat Faisal sedang tunak memandangnya. Pantas dilarikan anak mata dari membalas renungan lelaki itu. Tangan Tan Sri Sulaiman dicapai lalu dikucup penuh hormat.

"assalamualaikum ayah...". Salam Zita dibalas lembut oleh bapa mertuanya. Ya, bapa mertuanya memang seorang lelaki yang berhemah. Alangkah baiknya jika Faisal juga punya peribadi sedemikian.

Ahh..perkara lepas usah dikenang Zita!

Seorang demi seorang ipar duainya disalam penuh hormat. Papa turut sama menyertainya. Papa kemudian melabuhkan duduknya disebelah Tan Sri Sulaiman. Kakak Farah Hanim memeluknya erat sambil mengalirkan airmata. Zita hanya membiarkan kakak ipar yang sangat dihormatinya itu melepaskan sendunya. Pelukan terlerai. Wajah Zita dikucup kakak iparnya itu. Zita hanya membiarkan.

"Zita..maafkan kakak...kakak tak tahu. Maafkan kami Zita..." senyuman kecil diberikan pada Farah. Tangan kakak iparnya itu diusap lembut.

"mari duduk di sebelah mama Zita. Faisal kamu juga..." Zita akur. Langkahnya dihalakan ke arah sofa yang diduduki Puan Sri Marini. Tan Sri Sulaiman dan Puan Sri Marini saling memandang. Tuan Zainal menganggukkan kepala tanda memberi izin.

"ayah dan mama panggil kamu semua hari ini kerana satu hal yang sangat penting. Ayah tahu kamu memang sudah sedia maklum tentang perkara itu. Kamu semua malah ayah dan mama juga dah dengar cerita dari mulut Faisal. Ayah panggil Zita dan uncle Zainal kemari kerana ayah mahu kita semua dengar cerita dari Zita pula. Zita tidak pernah sekalipun berkata apa-apa tentang hal ini. Baik pada ayah pada mama juga pada kamu semua malah juga pada saudara mara yang lain. Zita hanya berdiam diri selama ini dengan apa yang berlaku. Ayah kagum pada Zita kerana sangat menjaga aib dan kehormatan keluarga kita ini. Ayah banyak berterima kasih pada Zita kerana sudi hadir hari ini demi memenuhi permintaan ayah dan mama. Zita...ceritalah...ayah dan mama juga semua di sini mahu dengar segala apa yang berlaku dari mulut Zita pula. Ayah dan mama mahu bersikap adil..ceritalah pada kami.."

Wajah yang hanya ditundukkan sedari tadi terangkat sedikit tatkala mendengar bait-bait akhir yang keluar dari mulut ayah mertuanya itu. Zita menoleh memandang wajah Datin Marini yang sudah basah dengan linangan air hangat yang turun dari tubir matanya. Tangan Zita digenggam erat oleh ibu mertuanya itu.

ceritakan semula perkara itu?...mahu digali kembalikah kenangan maha pahit itu lalu dibentangkan pula disini...tapi untuk apa lagi?..tidak sanggup rasanya...

Tapi..inikan masanya yang kau tunggu-tunggu Zita, jadi rebutlah peluang yang sudah terbentang luas ini demi masa depan kamu...ceritakan sahaja pada mereka Zita...ceritakan semuanya,,jangan tinggal barang sekelumit pun...biar mereka tahu...biar mereka rasa apa yang kau rasa dahulu..ceritakan Zita!

Tidak!, aku tak mahu lagi mengingati perkara yang sangat menyakitkan itu...aku mahu lupakan semuanya...

memang bodoh kau ni!...kalau kau tak ceritakan, mana mungkin mereka tahu apa yang dah kau alami...kau tak mahu mereka rasa ke apa yang kau rasa dahulu Zita?

Zita menarik nafas perlahan-lahan. Wajah diangkat memandang pada semua yang sedang menumpukan pandangan padanya. Matanya singgah pada wajah jernih papa. Senyuman papa dibalas Zita.

"ayah..."

"mama..."

"abang-abang dan kakak-kakak semua...."

Nafasnya dihela lembut.

"Zita minta maaf banyak-banyak ayah, mama dan semua....Zita fikir tak perlulah Zita bercerita lagi tentang apa yang berlaku atau yang telah berlaku dalam rumah tangga kami...semua perkara itu dah lepas...Zita tak mahu nak ingat-ingatkan lagi perkara yang sungguh menyakitkan itu. Luka di jiwa Zita ini masih terasa lagi. Biarlah apa-apa yang pahit itu Zita telan sendiri. Biarlah Zita simpan semua segala aib dalam rumah tangga Zita itu di hati...Zita tak sanggup nak gali semula perkara yang sudah Zita kuburkan dalam hati ini." Nafas dihela seketika.

"Zita banyak berfikir selama dalam pelarian dan persembunyian Zita ini. Zita cuba bertanyakan pada diri Zita kesudahan perjalanan rumah tangga Zita ini. Zita tahu Zita bukanlah wanita dan calon isteri yang memenuhi piawaian Faisal. Zita bukan pilihan hatinya sejak dahulu...Zita cuma pilihan ayah dan mama...justeru,Zita mahu....Faisal lepaskan Zita...Zita mahu bercerai dengan Faisal. Ini keputusan akhir Zita. Zita minta maaf pada semua. "

Semua mata dihadapannya saat ini sudah membulat dengan mulut yang sudah melongo memandang kearahnya. Farah Hanim sudah menutup mulut dengan bahu yang sudah terhinggut-hinggut. Papa cuma menundukkan wajah. Faisal sudah bangun melangkah ke arah balkoni. Ayah dilihat cuma menggeleng-gelengkan kepala.

Tubuhnya didakap kemas oleh Puan Sri Marini yang sudah meraung.

"sampai hati Zita...kasihanlah pada mama sayang, mama sayang sangat pada Zita!"

Tiada siapa tahu saat ini hatinya sudah lebat dengan siraman airmata..tapi dia tiada pilihan lain. Inilah yang terbaik.

Maafkan Zita mama!.

Maafkan Zita...

Monday, December 21, 2009

Rindu Semalam - Bab 30

Bab 30

Bila orang yang kita sayang bahagia...kita juga akan rasa bahagia biarpun bukan bersama-sama kita bahagia itu dia perolehi..

Benarkah begitu aturannya?...itukah hukum alam yang sudah tersurat sekian lama?...atau ia cuma falsafah yang diperturunkan atau pujangga kata entah dari mana lalu digunapakai pula seenaknya..diaplikasikan dalam kehidupan dan diterima pula sebagai lumrah hidup.

Hidup ini memang sukar benar dimengerti rupanya...

Atau...dia yang tidak mahu mengerti sebenarnya...

Sungguh jiwanya terseksa sekali dengan kenyataan ini...berulang kali ditanyakan pada diri...

Mengapa dia?...

Akmal merenung jauh ke ufuk barat. Serakan warna jingga yang mula terbit di kaki langit menerbitkan suasana indah dengan biasan jalur jingga yang sudah memenuhi ruang langit. Kedua-dua belah tangan disilangkan ke kepala lutut. Ahh...sukarnya untuk menerima kenyataan ini. Hakikat ini amat payah untuk ditelan. Biar cuba ditenangkan hati yang kian luka parah dengan pelbagai usaha, gagal juga Akmal sudahnya...jiwa lelakinya ini sudah terlalu lama sengsara...pertemuan semula dengan si dia yang disangka menerbitkan cahaya, tapi sayang, cahaya tidak sudi rupanya menumpangkan sinar..cuma Akhmal seorang sahaja yang menganyam angan mencorak mimpi, sedangkan bulan yang dipuja sudah beralih arah...

Dan..yang jadi pilihan sang bulan rupa-rupanya teman akrab Akhmal sendiri...pahit sungguh kenyataan yang terbentang didepan mata ini!. Sungguh tidak dapat digambarkan perasaan saat dikhabarkan berita tentang mereka berdua oleh sahabatnya Wan saat mereka bertemu di padang tenis minggu lalu.

"Taufik tak main ke petang ni Wan?"

"Tak la Mal...dia ikut kawan balik kampung?"

"kampung kawan dia? sapa Wan?"

"Duha.."

"Dr. Duhaila maksud kau?"

"ha ah.....dia ikut Duhaila balik Bentong...3 hari katanya. Dia tak beritahu kau ke Mal?"

Kaku dan kelu lidahnya untuk menjawab apatah lagi bertanya lanjut saat itu. Lirikan mata dan bahasa tubuh Wan cekap ditangkap maksudnya. Lirih hatinya diperlakukan begini oleh teman akrab sendiri. Kenapa perlu berahsia sampai begini Fik?.

Bangkitlah Akmal!..

Sedarlah Akmal!...

Perlahan-lahan Akmal bangun. Matanya terus singgah di kaki langit yang semakin pekat jaluran warna jingga. Nafasnya dihembus lembut.

Moga kau bahagia Duha!

Moga kau bahagia juga Fik!

Langkah diayun perlahan menghampiri kereta yang diparkir tidak jauh dari pohon tempat dia melabuhkan duduk, melepaskan lirih jiwa. Punat kunci kereta ditekan.

* * * * * * *
Perasaan ini sebenarnya datang tanpa diundang...Taufik tidak pernah menduga akan kehadiran rasa ini, jauh sekali menggamitnya ke sini, lalu salahkah dia jika kamar jiwanya yang sekian lama terkunci ini dibukakan seluas-luasnya demi menerima perasaan itu untuk bersemayam diruang yang sudah sekian lama menanti penghuninya sebagai pelengkap mahligai hatinya ini.
Sesungguhnya Taufik tidak pernah menduga dirinya bisa terpaut lalu jatuh hati pada Duhaila...ya, Duhaila si kembang yang juga idaman teman akrabnya sendiri. Pernah Taufik cuba mengusir rasa itu jauh-jauh..tapi siapa dia untuk menghalang takdir yang tertulis...takdir bahawasanya si pemilik separuh lagi hatinya adalah si dia itu.
Jendela kamar kerjanya berlangsir biru tua bercorak bunga tabur berwarna putih gading dibuka perlahan-lahan. Bayu malam yang dingin begitu lembut menyapa kulit pipinya yang sudah kepenatan. Kesibukan di wad hari ini benar-benar luar biasa ditambah dengan kekurangan kakitangan cukup membuatkan Taufik tidak menang tangan. Ada kalangan staffs yang sememangnya bercuti, yang bercuti kecemasan pula tidak mampu untuk dipersoalkan. Musibah datang tanpa diundang, siapa dia untuk mempersoalkannya!.
Kepala kembali memikirkan kata-kata temannya, Dr Wan saat mereka berjumpa di ruang makan tadi.
"kau tak beritahu Akhmal ke kau ikut Duha balik kampung?.." terkaku sebentar lidahnya untuk memberi jawapan balas pada pertanyaan temannya itu. Hanya gelengan diberikan pada Wan.
"patutlah..." dahi Akmal sedikit berkerut.
"patutlah?"
"member nampak terkejut bila aku cakap kau balik kampung Duha...kesian gak aku tengok muka dia Fik. Dia mungkin cuba nak sembunyi, tapi aku perasan. Kau patut jumpa dia Fik. Settlekan hal korang bertiga ni...jangan sampai dah parah nanti, baru nak semuka dah terlambat masa tu Fik...kau dengan dia kawan akrab dah lama Fik..lebih lama kau kenal dia dari kau kenal aku...kau tentu lebih faham maksud aku kan?"
Bersemuka?...sudah bersediakah dia untuk itu.
"jangan sampai dah parah nanti...baru nak semuka, dah terlambat masa tu Fik.."
Dan kata-kata yang terluncur dari mulut temannya itu berlegar-legar diminda Taufik. Perlahan-lahan matanya memandang ke arah meja kerja. Telefon bimbit yang terdampar diatas meja direnung. Bingkas telefon bimbit yang kaku diatas permukaan kayu berwarna perang gelap dicapai. Nafas dihela perlahan-lahan.
"Assalamualaikum...Mal, boleh kita jumpa?.."

Thursday, December 17, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 10

Bab 10

Dulu bila ditanya apa impiannya jika berkahwin...cuma satu perkataan sahaja yang terlafaz ...

cuma satu...bahagia!..

Lalu bila termeterai perkahwinannya bersama Faisal...dia tetap redha...

Impian hatinya itu tidak bertukar biarpun orang lain sudah menjadi pendampingnya...bukan orang yang dia harap-harapkan...Tapi bayang bahagia itu tidak pernah singgah dalam rumahtangganya...Faisal memang kejam!...dia benci pada lelaki itu...tega Faisal memperlakukannya seenaknya tanpa mahu melepaskannya!...dia hanya burung hiasan dalam sangkar Faisal!

Kerana dia perempuan lantas dia harus tunduk pada lelaki itu?....Tidak mungkin!

Atau sebab dia isteri lantas dia boleh diperlakukan sesuka hati?....Tidak lagi!

Salahkah tindakan nekadnya ini?...Tidak!, dia tidak salah...

Masih adakah pilihan lain untuknya selain dari yang satu itu?...memang tiada!...

Mahu pinta tolong dari siapa dia ketika itu?....memang tiada siapa siapa!

Ada...

Siapa?...

Dia...pintalah dari Dia...mohonlah dari Dia...hanya Dia!...

Kedua-dua belah tangan diraup ke muka. Dibiarkan seketika kedua-dua tangannya itu berkeadaan begitu. Degupan jantung yang kian rancak cuba diredakan dengan helaan nafas yang perlahan-lahan dihembus. Mata yang terpejam...namun dia masih bisa melihat peristiwa itu...terhampar di depan kanta matanya yang tertutup rapat. Tidak!. Sepantas kilat kedua-dua belah tangan terbelah lantas kelopak matanya terbuka luas. Lafaz istighfar bergema di hati..kepalanya dijatuhkan ke permukaan meja. Tercetus rintihan sendu bersama titisan panas yang mengalir dari kolam matanya.

Kata-kata papa kelmarin masih terngiang-ngiang ditelinga.

"Papa faham situasi Zita, papa minta maaf..tapi kita tiada pilihan sayang, kita harus selesaikan masalah ini...mereka nak jumpa Zita, boleh ye sayang?..."

Mereka?...

Lalu panggilan dari ayah menyusul.... dan bicara sendu mama di hujung talian membuatkan dia terkelu...patah bicaranya, mati kata-katanya disitu!..

Tapi...bagaimana dengan dirinya sendiri?..hatinya? tega lagikah beralah?..

Umi...Zita buntu umi...

Kepala ditegakkan perlahan-lahan. Rambut panjangnya yang menutupi keseluruhan wajah dikuis dengan hujung jari. Wajah yang basah disapu dengan kura tangan.

Ya Tuhan...lapangkan dada hambamu yang kian sesak ini...

Ya Tuhan...permudahkan urusan hambamu ini...

Ya Tuhan...bantulah hambamu ini memilih jalan hidup yang terbaik...membuat keputusan yang terbaik...

* * * * * * *

Wajah yang sudah siap dirias ringkas dipandang. Seulas bibir yang indah bercalit warna coklat tersenyum hambar. Pipi mulus yang bersalut nipis bedak dibelek. Cermin besar dihadapan memperlihatkan sesusuk tubuh kurus tingginya yang lengkap berbaju kurung dan berselendang tipis. Dia berpusing sedikit ke kiri dan kanan. Puashati dengan penampilan. Tas tangan yang terletak diatas meja disambar. Perlahan-lahan langkah diatur ke muka pintu. Tangan sudah mencapai tombol pintu. Nafas dihela perlahan. Lafaz bismillah ditutur.

Ya Tuhan...bantulah hambamu ini...permudahkanlah urusanku ini....lindungi hambamu ini dari sebarang musibah...

"assalamualaikum...selamat pagi mak Ton..." senyuman manis dihulurkan pada pembantu rumah yang sudah dianggap seperti ibu sendiri. Senyum berbalas. Langkah diatur ke meja makan di ruang tengah. Kerusi ditarik perlahan.

"waalaikumsalam Zita...cantik Zita pagi ni mak Ton tengok...". Tangan mak Ton menghulurkan cawan beralas piring yang sudah terisi air koko panas kepada Zita.

"terima kasih mak Ton..."

"mana ada cantiknya mak Ton..biasa je Zita tengok...papa mana mak Ton?" kepala mak Ton menjengok ke bilik bacaan.

"ada dalam bilik bacaan..dari subuh tadi mak Ton tengok papa Zita dah ada kat dalam tu..". Mata Zita dan mak Ton saling bertemu. Cawan berisi air koko yang baru beberapa teguk diletakkan kembali diatas piringnya. Zita bangkit dari kerusi. Mata mak Ton memandang dengan sedikit kerutan di dahi.

"Zita nak kemana?'

"mak Ton minum dulu dengan pak Din ye...Zita pergi panggil papa ye.."

Tombol pintu bilik berlatar warna coklat tua dipulas perlahan. Matanya meliar memandang ke dalam. Langkahnya diatur perlahan-lahan ke sofa yang menghadap ke jendela. Tangannya dilabuhkan lembut pada bahu tuan Zainal. Tuan Zainal menoleh kebelakang. Senyuman manis yang dilempar dibalasnya. Tangan dibahunya ditarik kesisi. Zita melabuhkan duduk. Wajah anak tunggalnya itu direnung. Senyum Zita masih kekal di bibir.

"papa, mari kita minum...mak Ton dah masakkan sarapan kegemaran papa; nasi dagang dengan kari ikan..jom!" Tangan Zita masih digenggam erat.

"maafkan papa Zita..." Zita sudah menggelengkan kepala. Tangan tua yang erat menggengam jari jemarinya itu diusap perlahan-lahan.

"papa...kita jangan cakap lagi hal tu ok...Zita tak pernah salahkan papa...sekalipun tidak."

Tuan Zainal merenung wajah mulus anak tunggalnya itu. Benarlah seperti dikata, segala sifat indah arwah Maizurah tercurah pada Zita. Kadangkala dia tidak tahu kenapa dahulunya dia tidak pernah memikirkan hati anaknya ini sebelum bersetuju dengan rancangan Tan Sri Sulaiman. Sangkanya keputusannya itu adalah yang terbaik untuk masa depan Zita.

Tapi..benarkah demi masa depan Zita?...hanya dia yang tahu jawapannya.

"papa banyak buat salah pada Zita...papa pentingkan diri sendiri...papa langsung taidak ambik tahu tentang perasaan Zita...papa rasa tak layak jadi papa pada anak sebaik Zita..."

"papa!..." tubuh tua itu kemas didakap. Ada terbitan air hangat yang mula mencecah tubir kolam matanya.

"maafkan papa Zita...maafkan papa.."dakapan Zita dibalas lembut.

* * * * * * *

Pak Din sudah sedia menunggu di luar rumah. Pintu kereta segera dibuka saat melihat langkah tuan Zainal dan Zita sedang beriring keluar.

"Zita sudah sedia?" wajah cantik anaknya yang indah bersarung kurung pahang berwarna merah muda bercorak bunga tabur kecil berwarna putih dan kuning air itu direnung sekilas. Selendang merah senada melengkapi penampilan puterinya ini.

"insyaallah papa..."

Tuhan...lindungi perjalanan kami ini...permudahankanlah urusanku ini...

Tuesday, December 15, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 13


Bab 13

Kereta yang dipandu Ku'a perlahan-lahan memasuki selekoh ke Taman Berlian. Dia menoleh seketika ke arah kerusi penumpang disebelah. Azarina sedang enak terlena dibuai mimpi sejak dari mula. Kepalanya yang sudah hampir terlentok ke arah cermin tingkap disebelah kiri perlahan-lahan dialihkan Ku'a . Ku'a tersenyum kecil.

Keretanya diberhentikan betul-betul di hadapan rumah. Ku'a lantas keluar. Langkahnya dihala ke arah pintu pagar rumahnya yang sedia berkunci. Pantas anak kunci yang sudah sedia ditangan dimasukkan ke muncung mangga. Pintu pagar dibuka. Langkah dihala kembali kearah kereta lalu segera meloloskan tubuh kecilnya kedalam. Kereta dipandu perlahan-lahan memasuki halaman rumah. Enjin kereta segera dimatikan. Ku'a menoleh ke arah kerusi penumpang. kepalanya digelengkan lalu tangannya perlahan-lahan memegang bahu sebelah kanan teman serumahnya itu.

"Azad...Azad!, bangun... kita dah sampai ni.." Azarina membuka matanya perlahan-lahan.

"dah sampai ka?, awat la hang drive laju sangat ni Ku'a...aku rasa baru sat ja aku tidoq...issh, kacau la hang ni!". Tangan Azarina pantas membelek muka dan rambut pada cermin sisi.

"dah tu, hang nak suruh aku bawak gear apa..gear kete lembu?". Mata Ku'a sudah memandang pada Azarina yang masih selamba.

"dak la teruk sampai macam tu...gear tu sampai kurun bila kita nak sampai rumah ..tapi best gak, aku sure boleh mimpi beberapa round kan..." Sengihan Azarina langsung tidak diendahkan Ku'a. Bukan boleh dilayan Azad ni!

"dah jangan banyak cekadak...jom tolong aku pi keluarkan "harta-karun" kat bonet...hang punya paling banyak!.."Azarina sudah mencebik. Pantas pintu dibuka mengikuti jejak Ku'a yang sudah menghala ke arah belakang kereta.

"baru balik ke cik adik?" Ku'a dan Azarina yang sedang membongkokkan badan segera menoleh pada suara yang menegur. Azarina sudah mencebik sambil menyiku Ku'a disebelah. Ku'a menggelengkan kepala. Tak habis habis korang berdua ni!

"menyibuk!" suara lantang Azarina bergema dari dalam bonet kereta.

"bukan menyibuk...ambik berat je..kita kan berjiran, kena la ada semangat kejiranan..kan Rif?..betul tak Salha?". Mulut Azarina diherotkan cuba mengajuk kata-kata Mustaffa.


"yelah Mus, betul tu...sesama jiran kena ambik tahu..." Ku'a melemparkan senyuman pada Mustaffa dan Azrief yang sedang santai berdiri ditepi pagar. Barang-barang di tangan di bawa ke tepi pintu. Azarina yang juga sarat dengan barang-barang di tangan kanan dan kiri menjeling pada Mustaffa yang sedang tersenyum padanya. Menyampah betul aku!


"berat tu...nak kami tolong ka cik kak tocang dua?'..kesian jari tu, nanti patah pulak...abang Mus juga yang susah kan.." Mustaffa sudah mengenyitkan matanya pada Azarina.


"jom masuk Ku'a...mata aku sakit la tengok pemandangan kat tepi pagaq ni!...semak sungguh la!"


Azrief sudah menghamburkan ketawanya. Tangannya menepuk-nepuk perut. Mustaffa sudah mempamerkan muka selamba.


* * * * * * *

Cermin mata yang melorot sedikit ke pangkal hidung ditolak ke atas. Matanya masih melekat pada skrin laptop yang didaratkan di atas pangku dengan keadaan kedua-dua belah kaki bersila di atas sofa. Sesekali nafasnya dihela perlahan tika memandang di skrin. Seketika kemudian senyuman terukir pada bibir comelnya. Pantas kedua belah tangan di tutup ke mulut, menghalang letusan suaranya dari melantun keluar dari lohong mulutnya.

"Ku'a.."

"hmm..." matanya masih melekap di skrin empat segi dihadapannya itu. Senyuman masih bersisa dihujung bibir. Azarina terus memandang.

"Ku'a.."

Tiada balasan.

"hang tengah buat apa tu?".

"Zaid..." Dahi Azarina sudah berkerut. Eh, cik kak ni, lain kita tanya, lain yang dia jawab.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke belakang sofa Ku'a. Badannya ditundukkan sedikit cuba melihat pada skrin yang sedang ditenung temannya itu. Sengihan Azarina makin lebar.

"ooowhhh...ada orang dapat email dengan lukisan bunga rupanya..patutlah tersenyum-senyum..tersengih-sengih...sampai aku tanya soalan, di jawab dengan nama orang yang kirim email tu..."pantas Ku'a melekapkan kedua-dua tapak tangannya di skrin laptop. kepala ditolehkan memandang Azarina yang berdiri dibelakang sambil tketawa.

"Azad!.......hang ni, teruklah tau!"

"Ku'a...dia tulis apa kat hang..panjangnya email..." Jelingan Ku'a dilemparkan pada Azarina yang tidak henti menyakat teman serumahnya itu.

"menyibuk!"

"ala...aku dah tengok la Ku'a...dah dapat baca pun!...waduh ayat mamat tu, boleh tahan...jiwangnya!, habislah, cair la kawan aku ni!"

Ku'a pantas bangun mengejar Azarina yang sudah pantas mengatur langkah seribu ke arah tangga.

"Azad!..."

Monday, December 14, 2009

Rindu Semalam - Bab 29

Bab 29

Jemari runcing Duhaila pantas menyemak laporan yang sudah siap dicetak sebentar tadi. Helaian demi helaian diteliti. Bebola matanya menyoroti tiap baris perkataan yang tercetak. Tiap aksara. Seboleh mungkin Duhaila tidak mahu ada sebarang kesilapan pada laporan tersebut sebelum menyerahkannya pada Taufik...takut jugak kalau kena marah lagi dengan Taufik macam kes dahulu. Garang jugak pakcik sorang tu kalau tengah naik angin!. Langkahnya diatur kemas ke bilik Taufik sambil matanya masih tidak lepas menilik laporan yang kemas ditangan.

"kalau ye pun nak membaca sambil berjalan cik adik...mata tu kenalah tengok-tengok sama ke hadapan, kang ada pulak dahi licin yang tak bersalah tu bengkak tercium tiang batu..." spontan kepala Duhaila mendongak. Bibirnya mencebik.

"makcik...aku tau la kau tu rajin..malah teramat-amat rajin sekarang...maklum la kan..." sengihan yang terukir di bibir insan dihadapannya saat ini memang mempunyai makna tersirat. Adalah tu, semacam je sengih makcik ni!

"maklum la apa?...ayat tu tolonglah lengkapkan ye, jangan tergantung je...jangan nak tutup ayat awak dengan sengih-sengih macam tu pulak...saya ni tak reti nak tafsir perilaku macam tu tau makcik!". Saling memandang antara satu sama lain. Senyum cuba disembunyikan, namun gagal akhirnya dan..terburai ketawa dari mereka berdua. Pantas kepala ditoleh ke kanan dan kiri. Takut kalau ada yang melihat perlakuan mereka berdua yang terlepas begitu. Buruknya perangai dua doktor ni!.

"jahatlah kau ni Duha..."

"eh..kau yang mula dulu ye cik Ziha..."

"aku cakap yang betul apa..."

"apa yang betulnya makcik...cuba terangkan apda aku..."

"yelah..yelah...aku je yang selalu kena mengalah..nak usik sikit pun tak boleh". Bibir Ziha sudah dimuncungkan. Saja dibuat begitu untuk meraih perhatian Duhaila.

Ziha..Ziha. Manjanya tidak pernah berubah dari zaman belajar lagi. Duhaila memaut mesra bahu teman akrabnya itu. Memang diakui sejak kebelakangan ini mereka jarang dapat berjumpa atau bersua muka biarpun bekerja di bawah bumbung yang sama!. Kesibukan tugas masing-masing lantaran bertugas di bahagian yang berbeza ditambah jadual tugas yang tidak sama membuatkan mereka berdua seolah-olah terpisah...dipisahkan oleh aturan masa kerja yang tidak mengizinkan mereka bertemu muka!.

"alahai cik Ziha...takkan nak merajuk kut?...aku pun nak usik usik kau jugak. Maklum la kan sekarang ni memang susah sangat nak jumpa muka kau...rindu la aku kat kau tau!". Senyum Duhaila makin lebar. Memang dia rindu sungguh pada temannya yang satu ini.

"eleh rindu kunun..yelah tu cik Duha".

"la, tak percaya pulak dia...betul la Ziha..tak baik tau kau cakap macam tu, sedih aku.." Duhaila sudah membuka langkah meninggalkan temannya. Ziha sedikit terpempan. Terkejut dengan tindakan spontan Duhaila. Ahh sudah, marah ke Duha dengan kata-kata gurauannya itu?.

alamak, mati la aku, Duha marah!

Langkah Ziha laju mengejar Duhaila dihadapan. Pantas lengan temannya itu dipegang.

"Duha, sorry la...aku gurau je, tak maksud apa-apa pun...sorry ok?". Mata Ziha tunak memandang wajah Duhaila yang tiba-tiba tersenyum.

"ha tau kau takut..." Ziha sudah membulatkan matanya pada Duhaila. pantas lengan temannya iru dicubit. Rasakan!

"aduh!...kau ni kan memang eh, patutlah pun lahir tahun ketam..asyik nak mencubit orang je!..aku report kat boyfriend aku nanti, baru kau tau!"

Opps!. Pantas tangan Duhaila menutup mulutnya. Alahai mulut ni, kenapalah boleh terbabas sampai begini. Matanya menyorot bibir Ziha yang sudah mempamerkan senyuman. Senyuman yang cukup bermakna!.

"ooo..sampai nak report kat boyfriend tu...eh, sapa ye boyfriend kau Duha?...sampai hati ye tak beritau aku." Duhaila sudah menggeleng-gelengkan kepala.

"mana ada la...aku saja je cakap tadi...main-main.."

"eleh, jangan nak kelentong...macam le aku tak tau aktiviti kau ye...amboi amboi...muka tu bukan main berseri-seri la ni aku tengok..." Duhaila sengaja mengerutkan dahi, cuba menyembunyikan getar.

"siap ikut kau balik kampung tu...hai, nak berkenalan lebih rapat dengan bakal mak mertua ye...wah untungnya cik Duha kita ni dapat pikat hati ehem ehem...bukan calang calang tau orang tu!." Duhaila sudah tersenyum kecil. Hai, cepatnya tersebar berita ye!

"aku tak ajak dia tau...pakcik tu yang beria-ia nak ikut, nak tengok dan rasa suasana kampung...takkan aku nak kata tak boleh pulak kan..kesian la pulak."

Erk ye ker kesian?..ke suka?...eh..apa ni!

"hmmm..kesian ye?"

"ala dah dah la Ziha..taknak la cakap pasal benda ni lagi...aku nak kena bagi report ni cepat kat Dr. Taufik..karang dia naik angin lagi, mati aku!" Ziha sudah mencebik. Alasan nak larikan diri la tu!.

"tak kira...cerita tak habis. Aku jumpa kau karang masa lunch kat kafe...haa, jangan tak datang aku belasah kau nanti, no excuse ye my darling!"Ziha sudah melambaikan tangan sambil mengenyitkan mata.

Eei, Ziha ni..saja je tau!

* * * * * * *

Taufik mengangguk-anggukkan kepala sambil matanya masih memfokus pada laporan yang sedang dipegang. Sesekali dahi Taufik berkerut dan sesekali dia menolak ke atas cermin mata yang melorot sedikit ke pangkal hidung. Duhaila tekun memerhati tiap tingkah laku lelaki dihadapannya itu. Laporan diletakkan diatas meja. Kepalanya disandarkan pada kerusi. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Mata Taufik tepat memandang wajah manis dihadapan yang mempamerkan riak gementar. Senyumannya cuba disembunyikan dari si manis. Mahu ketawa juga dia melihat wajah takut-takut Duhaila. Hai buah hati aku ni!

"good report...well done. Adalah sikit yang perlu diperbaiki..tapi just minor, nanti i tunjukkan apa yang you perlu baiki...so not to worry ok. Senyum la sikit, dari masuk tadi muka tegang je i tengok...i ni tak makan orang la Dr. Duhaila!" Taufik sudah ketawa melihat jelingan Duhaila. Comelnya dia!.

"oklah, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu Dr. Taufik." Pantas Taufik memberi isyarat meminta Duhaila agar tidak meninggalkan biliknya. Duhaila mengangkat kening pada Taufik.

"kita lunch?" Duhaila menggeleng.

"sorry...i dah ada date...date terpaksa, kalau tak pergi, nanti kena belasah!"

"you date ngan samseng mana ni sayang?...jom i temankan ok, bahaya ni..karang buah hati i masuk wad kecemasan pulak," Sekali lagi Duhaila menggeleng. Senyuman kecil dilemparkan pada Taufik.

Amboi mulut dia ni, jaga-jaga la break sikit, nasib baik la dalam bilik dia !

"dun worry ok...i boleh jaga diri."

"kalau tak bagi i ikut tu, mesti ada rahsia kan..." Duhaila pantas mengatur langkah ke pintu. Sebelum tombol pintu dipulas, namanya dilaungkan.

"Duha..you suka bunga apa?"

"haa?"

"jawap je cik adik..."

"teratai...teratai putih...kenapa?" Taufik mengurut dagunya sambil mengangguk anggukkan kepala.

"saja nak tau..."

" oklah...see you later...you date je la dengan Dr. Wan hari ni ye..." Duhaila mengenyit mata pada Taufik.

Taufik menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Nakal sungguh dia!

* * * * * * *

Lambaian tangan Ziha pantas dapat dilihat oleh mata Duhaila. Langkahnya diatur kemas ke meja Ziha. Senyuman Ziha makin lebar dilihat. Duhaila melabuhkan duduknya dihadapan Ziha yang masih tersenyum.

Makcik ni kan, eei nak je aku pulas-pulas hidung mancung dia...

"kau belanja ok...tak kira...aku nak nasi paprik udang, tomyam, telur dadar, kerabu mangga.."

"mak aai..". Kening Ziha sudah terangkat.

"kau yang ajak...ajak paksa pulak tu, so aku pun nak paksa kau belanja aku..baru fair kan.." Ziha menganggukkan kepala. takper, fair ye...

"hmmm..ok, no hal...tapi, kena ikut syarat aku..." Duhaila memandang wajah selamba Ziha.

"apa ni ada syarat-syarat pulak...aku dah datang ni tau.." Ziha melambaikan tangan pada pelayan.

"adik..nasi paprik udang 2, tomyam, telur dadar dan kerabu mangga untuk 2 orang makan ye.." pantas jemari pelayan dihadapan mereka menulis pesanan yang disebutkan Ziha.

"air kak?" Ziha memandang Duhaila.

"laici kelapa ye dik..."

"akak tembikai..ok tu jer dik, terima kasih.." pelayan menganggukkan kepala lantas pantas meninggalkan meja mereka berdua.

"syarat apa tadi Ziha?"

"cerita kau dengan ehem-ehem kau la...kan pagi tadi tak habis, kau la saja kan nak larikan diri.."

"hmm....kau nak tau cerita aku dengan ehem ehem aku...cerita kau dengan ehem ehem kau macam mana pulak?" Ziha mengerutkan dahi.

"aku mana ada ehem ehem...haa jangan nak lari tajuk ye makcik..." Duhaila menggeleng-gelengkan kepala.

ingat aku tak tahu ye....hehehe

"owwh...tak silap aku kan...ada orang tu pergi dinner...dinner kat seafood restaurant lagi..berdua pulak tu...hai, senyap senyap ye orang tu...pandainya simpan rahsia...issh issh tak patut sungguh!.."

Ketawa Ziha sudah pecah. kedua-dua tangan diangkat ke atas. Kantoi!

Thursday, December 10, 2009

Istikharah Terakhir -Bab 9

Bab 9
Faisal bin Tan Sri Sulaiman.
Sudah hampir lupa Zita pada sebaris nama itu...dan memang dia ingin terus melupakan nama itu. Mahu nama itu lenyap dari kotak memori dirinya...mahu ia terpadam dari ingatan... terhapus terus!
Faisal...ya, lelaki itu suaminya, masih suaminya hingga saat ini...suami kepada Zita Asyikin binti Zainal.
Lelaki itu yang menerima ijabkabul, melafaz janji di hadapan papa Zita disaksikan sanak saudara kedua-dua belah pihak...namun...janji tinggal janji. Lafaz hanya di bibir, bukan di hati. Faisal tidak pernah ikhlas menerimanya. Tidak pernah tahu pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan Zita. Demi papa, Zita rela dianggap penipu...demi papa Zita sanggup kehilangan seorang insan yang sangat dikasihinya. Biarlah apa sahaja tanggapan Zakrul padanya...dia tidak akan membalasnya. Doa Zita moga Zakrul memahami keputusannya itu. Dan biarpun airmatanya mengalir saat menerima kiriman kad keemasan dari Zakrul, dia berharap Zakrul bahagia dengan jalan yang dipilih. Tiada sekelumit amarah yang singgah di hati Zita. Sudah tersurat bukan dia jodoh Zakrul. Bukan dia yang akan memegang status isteri pada insan yang sangat dikasihinya itu.
Isteri..ya dia seorang isteri. Isteri yang sepatutnya punya kedudukan yang diiktiraf di sisi seorang suami..tapi...
Jika benar isteri tu anugerah dari-Nya buat insan bernama suami maka Zita tidak pasti dimanakah kedudukan dirinya di mata Faisal. Status itu langsung tiada nilai dan harganya di mata seorang Faisal. Memang Zita tidak pernah dimarahi Faisal apatah lagi dicuit namun penderaan rohani yang ditanggungnya sejak mereka berkahwin lebih menyakitkan!. Bagi Faisal, Zita hanya isteri pada sehelai kertas. Sering berdetik di hati kecilnya betapa jika dahulu tatkala mereka mahu disatukan dia berharap dan berdoa agar Faisal menolak rancangan kedua orang tua mereka lantaran mereka begitu asing antara satu sama lain tetapi Faisal tidak langsung membantah, menerima sahaja rancangan ayah dan uminya. Hipokritnya seorang Faisal!.
Kalau maruah dan harga diri sebagai isteri sudah diletakkan pada tahap terendah oleh seorang suami, apakah lagi yang tinggal buat dirinya sebagai seorang isteri. Untuk apa lagi dia masih menunggu. Dia juga ada harga diri. Dia juga ada maruah sebagai perempuan. Sudah puas dia mendiamkan diri, sudah cukup dia menulikan telinga dan membutakan mata menyaksikan perlakuan mungkar Faisal. Sudah terlalu lama dia menjadi tunggul, menjadi patung tidak bernyawa di dalam rumah itu. Cukup!, Zita sudah tidak mampu lagi bertahan. Tidak mahu papa tahu segala kepincangan rumahtangga membuatkan dia berdiam diri selama ini. Mulutnya dikunci rapat-rapat. Tapi tidak lagi kini. Biarlah papa tahu. Biarlah ayah dan mama tahu. Biarlah semua sanak saudaranya tahu, Zita sudah tidak kisah. Yang penting Zita tidak mahu lagi pulang ke rumah itu..pulang ke pangkuan lelaki itu....kembali kepada Faisal. Tidak sama sekali. Titik.
Titis-titis yang hangat mengalir di tubir mata pantas diseka dengan kura tangan.
* * * * * * *
"Waalaikumsalam.."langkah mak Ton dilajukan ke pintu dapur.
"la, kak aji rupanya..Ton ingat suara siapalah tadi, apasal la pulak ikut dapur ni. Masuk kak...jom Sarah." Kepala si kecil diusap lembut. Langkah mereka bertiga seiring memasuki ruang dapur di banglo itu. Mak Ton membawa mak Zainah dan Sarah ke ruang meja makan di dapur.
"tetiba jer muncul ni kak aji...ada hajat apa?". Mak Ton sudah tersenyum sambil mempelawa mak Zainah dan Sarah untuk duduk.
"alahai Ton, si Sarah ni yang beria-ia benar nak ke sini, jadi terpaksalah kak aji yang kena hantarkan..dah takde orang kat rumah tu yang boleh disuruh...budak bertuah ni bukan Ton tak tahu, kalau dia nak sesuatu tu memang digesanya kita...nasib baik la cucu Ton..." Mak Zainah sudah menarik kerusi didapur lalu melabuhkan duduknya. Kerusi disebelah turut ditarik lalu menyuruh cucunya itu duduk. Mata mak Zainah memandang tangan mak Ton yang sedang mengeluarkan teko kaca dari kabinet.
"issh tak payahlah susah susah nak buat air Ton..kak aji kejap je ni.."
"takpe la kak aji...bukan susah mana pun..kejap je buat air ni...kita duduk duduk la dulu...lama dah tak sembang ngan kak aji ni. Sarah nak air apa sayang?..air coklat ye, nanti nenek Ton ambikkan kat dalam peti sejuk ye...Sarah mesti suka kan.." Mata mak Ton bertembung dengan wajah mak Zainah yang sudah menggeleng-gelengkan kepala. Sarah sudah tersengih sambil menganggukkan kepala. Langkah mak Ton diatur ke peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka lalu dicapai sekotak air susu coklat berjenama Magnolia.
"abang haji mana kak aji?...ayah si Sarah ni kemana pulak kak aji?". Mata mak Ton memandang sekilas pada Sarah yang sedang duduk di sebelah sambil melemparkan senyuman. Kotak susu coklat Magnolia disuakan pada Sarah.
"abang hajinya ke pekan dari pagi tadi. Ada urusan masjid katanya dengan orang jabatan agama. Si zahar pulak balik ke Kuala Lumpur nak uruskan kerja dia kat pejabat baru tu." Mak Ton menganggukkan kepala. Mak Zainah memandang sekeliling rumah.
"Ton, mana Zita?..takda kak aji nampak dia dari masuk tadi. Senyap je rumah ni..."
"ada kat atas dalam bilik dia kak aji...membaca buku la tu kalau dah dia tak turun ke bawah ni.."
Mak Ton meletakkan dua cawan lengkap beralaskan piring di atas meja lalu menuangkan ke dalamnya perlahan-lahan air dari dalam teko yang rancak mengeluarkan asap dari muncungnya. Cawan beralas piring tadi diangkat lalu diletakkan perlahan-lahan dihadapan mak Zainah. Mak Ton meletakkan teko ditengah meja. Langkah diatur ke dapur semula. Kuih talam gula melaka yang dikukus pagi tadi dikeluarkan dari loyang pengukus lalu dipotong dengan teliti dan diletakkan ke dalam piring lalu dibawa ke meja.
"makan kak aji...ni kuih talam gula melaka Ton kukus pagi tadi. Si Zita la yang beria -ia suruh buat dari kelmarin...dia memang suka sangat kuih ni. Meh makan Sarah kuih nenek Ton buat ni, sedap tau..."
"si Sarah ni nanti duduk ngan kak aji la ye bila Azhar dah mula keje di Kuala Lumpur tu?". Kepala si kecil yang sedang asyik menyuap kuih talam diusap-usap perlahan.
"buat sementara ni kak aji jaga lah Ton. Nanti dia dah mula nak sekolah si Zahar ambiklah balik. Anak orang Ton, manalah boleh nak jadi hak mutlak kita kan.." Mak Ton mengganggukkan kepala. Cawan dihadapannya dicapai perlahan.
"nenek...Sarah nak gi bilik kak Zita boleh?". Mata bulatnya yang bersinar itu sudah tepat memandang ke wajah mak Ton dan mak Zainah.
"issh, kak Zita tengah baca buku tu Sarah...tak eloklah kacau kak Zita.."bibir mungil itu sudah memuncung memandang ke wajah mak Zainah. Mak Ton sudah ketawa melihat telatah comel Sarah.
"tak pe kak aji. Zita bukan tak biasa dengan Sarah ni. Pergilah sayang. Hati-hati naik tangga ye.". Matanya mak Zainah menyoroti langkah pantas Sarah ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.
"kak aji..Ton tanya sikit boleh kak aji?". Mata mak Ton dihalakan pada wajah mak Zainah.
"tanyalah Ton...macam tak biasa pulak dengan kak aji."
"mak si kecik tu mana kak aji?...tak dapat ikut balik sama ke dengan si zahar ke?". Mak Ton melihat mak Zainah menghela nafas perlahan-lahan sambil memandang mata ke wajah cucu disebelah.
"susah kak aji nak cakap Ton.."
Mata mak Ton merayap pada wajah sugul mak Zainah. Terdetik rasa bersalah kerana bertanyakan soalan itu.
"maafkan Ton kak aji kalau soalan Ton tadi menyinggung hati kak aji...Ton minta maaf."
Mak Zainah menggeleng-gelengkan kepala. Tangan mak Ton dicapai lalu digenggam erat.
"dia tak nak ikut zahar balik Ton. Dia taknak tinggalkan kehidupan dia disana, kawan-kawan dia disana, saudara mara dia disana. Dah kontrak kerja Zahar tu tamat, kenalah dia balik kerja di sini macam yang diarahkan majikan dia. Zahar puas pujuk pun dia tak mahu jugak. Dia taknak tinggalkan bumi England. Taknak ikut perjanjian masa diorang kahwin dulu sedangkan dia dah bersetuju untuk ikut Zahar balik ke sini bila kontrak kerja Zahar tamat di sana."
"macam tu pulak ye kak aji. Dah isteri tu kenalah ikut kat mana suami berada kan...dah dia pun setuju masa kahwin dulu, apasal pulak tetiba buat perangai. Memang begitu ke perangai dia kak aji?".
"hmmm...bukan kerja mudah kahwin dengan orang putih ni Ton...lagi-lagi yang peluk islam sebab nak kahwin je. Bukan sebab ikhlas demi agama islam tu sendiri. Banyak kali dulu kak aji dah ingatkan Zahar pasal benda ni. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan nak kahwin dengan si Marina tu. Jadi suami saudara baru ni bukan mudah, tanggungjawabnya berat. Kalau suami tak bimbing dan tak tegas, huru-hara la rumahtangga jawabnya...yang jadi mangsa, haa si kecik tu la. Sekarang ni seorang ke hulu seorang ke hilir. Sakit kepala kak aji ni bila fikirkan hal rumahtangga si zahar tu. Kak aji dah suruh dia pergi pejabat agama mintak nasihat tentang perkara ni...kalau dah jelas perihal nusyuz si Marina tu, bolehlah dia buat keputusan yang terbaik. Kak aji ni bukan apa Ton, kita sama tanggung dosa kalau biarkan si Marina tu terus hidup ikut rentak dia macam tu..". Mak Ton mengganggukkan kepala,setuju dengan apa yang dikatakan oleh mak Zainah.
"tak jauh bezalah kisah rumahtangga Zahar dengan kisah rumahtangga Zita..." . Mak Zainah memandang tepat ke muka mak Ton.
"Zita ada masalah rumahtangga Ton?. Kak Aji tengok dia ceria je bila jumpa. tak sangka pulak dia simpan masalah didalam hati.."
"Zita tu baik budaknya kak aji...kesian sungguh Ton dengan nasib dia. " Mak Ton melepaskan pandangannya ke arah pintu dapur yang terbuka luas. Mak Zainah masih menanti butiran kata-kata selanjutnya dari mulut mak Ton.
"dia bergaduh ke dengan suami dia Ton?". Mak Ton menggeleng-gelengkan kepala.
" Zita lari dari suami dia kak aji...suami dia ada perempuan simpanan...perempuan mat salleh."
Mulut mak Zainah sudah terlongo!.

Friday, December 4, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 12


Bab 12

Kanak-kanak dan air memang tidak boleh dipisahkan!. Itu memang nyata dan benar. Ku'a menyaksikan sendiri dengan matanya kesahihan kenyataan itu. Dihadapannya petang ini kemeriahan dari riuh rendah kanak-kanak dari rombongan yang dibawa dari tadika kendaliannya di Kuala Lumpur menguasai keseluruhan daerah pantai tempat mereka berkumpul. Suara mereka memonopoli riuh rendah pantai lalu menenggelamkan suara pelawat-lawat yang lain. Suara sorak gembira dan seronok mereka yang saling teruja bertingkah antara satu sama lain yang turut mengundang mata para pengunjung lain. Jeritan mereka memenuhi tiap ruang. Indahnya dunia kanak-kanak!. Ku'a tersenyum melihat telatah dan ragam anak didiknya.

Gelak ketawa dan jeritan riang kanak-kanak dari arah hujung kanan pantai yang pertama kali melakukan aktiviti snorkling bersama beberapa orang jurulatih yang disediakan pihak resort mengundang tawa Ku'a yang turut sama menyertai aktiviti berkenaan. Kumpulan kecil yang diawasi Ku'a dan Azad yang turut mahu menjadi jurulatih tidak berlesen juga tidak kurang teruja dengan aktiviti tersebut. Biar tidak tahu berenang, mereka tetap mahu memberanikan diri melakukan aktiviti tersebut dengan diawasi Ku'a dan Azad. Demi keselamatan, mereka hanya membawa kumpulan kanak-kanak berkenaan melakukan snorkling di kawasan tidak jauh dari gigi air dan tidak membenarkan sama sekali mereka pergi lebih jauh dari had yang sepatutnya seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak jurulatih resort. Tanggungjawab memastikan keselamatan semua kanak-kanak tersebut terletak dibahunya sebagai pengetua tadika. Ku'a maklum tentang itu.

"cikgu...esok kita buat macam ni lagi ye..best laa, Aiman suka..." Ku'a memandang wajah Aiman; salah seorang penghuni lincah di tadikanya yang sudah menegakkan kepala di permukaan air. Senyuman dibibir mungil si kecil itu cukup membuktikan kegembiraan yang dialaminya bersama aktiviti tersebut. Anggukan kepala dari Ku'a mengundang jeritan dari Aiman dan tiga lagi rakan-rakan sebaya yang lain. Ku'a tersenyum.Azad turut terjerit kesukaan.

Aiman dan tiga orang rakannya itu dilihat Ku'a meneruskan selamannya sambil dibantu salah seorang jurulatih resort.

"cikgu..boleh tak kami ikut kumpulan Aiman...abang-abang tu ajar macam best la, tak macam kak Azad ajar...tak seronok la..." ketawa Ku'a sudah tercetus tanpa dapat ditahan.

"ha'ah la cikgu...kak Azad ajar tak macam abang-abang tu..tu cuba cikgu tengok, bestlah dia ajar kumpulan Aiman..kak Azad tak pandai la macam abang-abang tu.."

Azad sudah bercekak pinggang sambil memandang tepat pada Irwan dan 2 rakannya yang lain yang sudah tersengih-sengih. Tangan Irwan yang sedang lincah cuba berenang dicapai.

"oo korang kutuk kak Azad ye...wah sedap je ek kata kak Azad ajar tak seronok...apa, ingat kak Azad tak terror ke macam abang-abang tu...ala kak Azad lagi terror tau!...kalau nak tau kak Azad ni pemegang pingat emas sukan olimpik acara snorking tau..haa jangan tak tahu ye adik adik kecil!" Ku'a sudah mengigit bibir menahan ketawa dengan kenyataan lucu Azad.

"ye ker?..tapi tak macam pandai pun kak Azad berenang..tak macam abang-abang tu..."Azad dengan riak selambanya memandang tiga kanak-kanak tersebut.

"ala kak Azad saja jer tak nak tunjuk skill hebat kak Azad tu...nanti diorang segan sebab kak Azad lebih terror dari diaorang..."

"tak percayalah...kami nak jugak gi kumpulan Aiman tu...cikgu, boleh ye..."wajah Irwan memandang Ku'a meminta keizinan. Ku'a tersenyum lalu menganggukkan kepala. Dia melaungkan pada dua jurulatih resort yang sedang mengawasi kumpulan Aiman lalu memberi isyarat tangan untuk menyerahkan tiga kanak-kanak ke kumpulan mereka. Anggukkan mereka dibalas senyuman dan isyarat bagus oleh Kua. Ku'a memandang ketiga-tiga kanak-kanak tadi ditarik oelh salah seorang jurulatih untuk ke kumpulan sana. Azad yang sedari tadi sudah berdiri disebelahnya mencuit lengan Ku'a.

"wei Ku'a...apa kes kita berenang kat gigi air ja ni, ni standard kolam renang budak-budak bawah umur la...since budak-budak tu dah joint group sana jom aar kita berenang tengah sikit..."Ku'a menggeleng.

"Mana boleh camtu Azad...aku kan penjaga diaorang...aku kena jugak perhatikan diorang semua dari sini walaupun aku tak terlibat secara langsung dengan aktiviti diaorang tu...alah hang snorkling jer la kat sini bukan orang peduli pun...hang tu pun bukan reti sangat berenang ..pemegang pingat emas olimpik kunun!.." Ku'a sudah mencebik menahan ketawa. Azad mempamerkan muka selamba.

"eh...memang la aku pemegang pingat emas olimpik tapi kategori orang yang baru belajar berenang la Ku'a...kira aku dah handal la ni sebab dah ada anak murid biarpun budak -budak pra sekolah...ok apa tu.."Ku'a sudah ketawa. Azad ni, ada je!

"banyak la hang punya handal...dah la pi je snorkling kat tepi situ ha senang aku nak perhatikan hang..mana tau kan..karang hang terlebih excited menyelam tetiba tenggelam la pulak, aku jugak yang susah nak buat CPR.." Ku'a menunjukkan Azad kawasan yang dimaksudkan dengan jari telunjuknya sambil tersenyum. Azad mencebik.

"eh ada pulak hang yang buat CPR untuk aku, tak syoklah Ku'a...hang carilah mamat yanng handsome-handsome sikit barulah aku boleh cepat beri reaksi...terus buka mata.." Ku'a sudah membulat mata. Azad sudah ketawa.

"Azad!..hang ni, issh teruk betul la..."

"ala aku saja saja jer cakap...aku ni waras lagi la makcik..."

"Ku'a.." suara Azad yang sedikit berdengung dari dalam air mengundang pandang Ku'a.

"ha.." Ku'a memandang Azad yang sudah menjengahkan kepalanya ke permukaan air manakala separuh badannya masih didalam air.

"hang ada jumpa sesiapa kat sini?..maksud aku orang yang hang kenal?"

"siapa?" Ku's sekadar menguji.

"sesiapa jelah yang hang kenal..ada?" Ku'a mengosok ibu jari dan jari telunjuknya ke bawah dagu sambil mempamerkan aksi sedang mengingati sesuatu. Ku'a menggeleng-gelengkan kepala.

"Takde...kenapa?"

"Takder?..betul ni takder?" Ku'a menganggukkan kepala sambil memandang wajah Azad yang sedikit berkerut. Senyumannya cuba disembunyikan.

"kenapa hang ni semacam je muka tu aku tengok..ada apa-apa yang aku tak tahu?"

Azad tersengih-sengih memandang Ku'a. Perlahan-lahan dia berdiri lalu mengatur langkah ke arah Ku'a dihadapan. Ku'a sudah merenung Azad sambil memeluk tubuh.

"hang ada buat apa-apa yang aku tak tahu dibelakang aku ke cik Azarina?" Azad sudah memaut bahu Ku'a.

"ala, jangan aar pandang aku macam tu beb...aku bukan buat dosa besar pun....cuma adalah sikit...tapi tu bukan dosa...aku cuma nak tolong orang je...tak salah kan aku tolong orang, iye dak Ku'a?"

"tengoklah jugak keadaan macammana dan pertolongan yang macam mana.."

"dia cakap antara hidup dan mati..so aku pun serba salah la pulak..." Ku'a mengangkat kening menoleh ke arah Azad yang sudah tersengih.

"Hmm..berat nampak...siapa gerangan orang yang minta pertolongan maha berat dari hang tu ye.." Ku'a masih tidak mengalihkan pandangannya dari merenung Azad. Azad menghela nafas perlahan-lahan sambil mengangkat kedua-dua tangan ke atas.

"ok ok...si Zaid...Zaid keding tu...tapi la ni dia dah tak keding lagi hang tau...aku gerenti hang mesti terkejut tengok dia Ku'a macam aku dulu masa jumpa dia dulu yang aku cerita kat hang...perrh mamat tu!" Ku'a mempamerkan muka selamba sambil memandang Azad. Tidak terkejut dengan apa yang baru diberitahu Azad kepadanya. Hakikatnya Ku'a sudah terlebih dahulu mengetahui cerita itu dari mulut Zaid. Kisah sesi pertemuan yang diatur oleh Azad secara diam-diam.

"hmm..ingat kan siapa." Azad mengerutkan dahi mendengar jawapan Ku'a.

"awatnya hang macam tak heran ja bila dengar nama mamat sekor ni...tak teruja dah ka?"

"nak teruja apanya cik Azad...aku dah jumpa pun dia...dah dating pun kami.." Azad sudah membulatkan mata sambil bercekak pinggang memandang Ku'a. Ku'a sudah pantas mengorak langkah meninggalkan Azad. Terdengar laungan Azad memanggil namanya dibelakang.

"Ku'a sat tunggu aku..jaga hang ya..jaga!"

Tuesday, December 1, 2009

Rindu Semalam - Bab 28


Bab 28

Persoalan itu datang lagi!..debaran rasa itu kembali lagi!...lalu bagaimana kini?...Duhaila tidak tahu!... sungguh dia tidak tahu bagaimana harus dia berhadapan dengan situasi ini sekarang...takut?,, ya dia memang takut bila perasaan itu menjelma. Tidak pastikah dia tentang jawapan dari hatinya sendiri?,..dia tidak berani menyatakannya. Aduh, sukarnya bila berhadapan dengan ledakan perasaan ini. Degup jantung makin rancak menari.

Bersediakah dia untuk melaluinya?...melaluinya sekali lagi?...sungguh dia tidak tahu.

Persoalan hati itu yang kembali menjengah laman jiwanya lalu mengetuk pintu hatinya kini. Persoalan hati yang pernah menghiris dan mencincang lumat jiwa remajanya dahulu...ya, persoalan yang hampir membuatkan jiwanya lumpuh...dirinya hampir musnah. Jika tidak kerana kerana tiupan angin semangat dari ibu, tidak mungkin dia mampu bertahan. Ingatan masih kukuh di minda tentang betapa sukarnya dia bangkit dari kekecewaan itu. Lalu bila dia kini harus berhadapan dengan gegaran rasa itu kembali, dia jadi amat takut. Takut jika dia harus melalui keperitan lalu. Duhaila tidak sanggup lagi. Parut yang dahulu masih kemas berbekas. Tandanya masih ada. Tidak mungkin akan terpadam.

Bezanya kini ia datang dari sumber yang berbeza. Dari orang lain...insan baru. Lelaki baru. Lelaki yang begitu prihatin terhadap dirinya, begitu peka dengan nalurinya sebagai wanita. Lelaki yang sangat berbeza...begitu istimewa. Ya, Duhaila akui dia lelaki yang begitu lain dari lelaki-lelaki yang pernah dia kenali sebelum ini. Lelaki ini menyejukan jiwanya. Lelaki yang sentiasa membuat dia rasa tenang. Lelaki ini buat dia selesa seadanya. Dia boleh menjadi dirinya tanpa ragu-ragu. Cakaplah apa sahaja. Katalah apa sahaja, dia akan menadah telinganya dengan rela. Lelaki ini bisa membuat dia bicara dengan seenaknya tanpa ragu dan malu. Lelaki ini bisa menyejukkan amarahnya dengan caranya yang tersendiri. Hamburkan sahaja api kemarahan, dia akan tenang sahaja. Lelaki ini tahu siapa dia sebelum ini. Sejarah dan liku-liku perjalanan hidupnya tidak satupun yang tertinggal dari pengetahuan dirinya. Justifikasi lelaki ini saksama pada apa yang terjadi pada Duhaila dahulu. Dia amat memahami. Lalu apa lagi yang dia harus tunggu. Duhaila arif peluang sebegini mungkin tidak akan datang lagi mengetuk buat kali kedua jika yang terbentang dihadapannya sekarang tidak direbut sebaiknya.

Benarkah lelaki ini anugerah untuk dirinya?...

Kata ibu kelmarin lewat kepulangannya ke kampung bersama Taufik kembali menjengah minda. Kata-kata ibu itu berlegar-legar di ruang fikiran kini. Bagai sebuah sesi ulang tayang, dia tidak lupa bait-bait kata ibu.

"ibu suka sangat dengan Taufik tu Duha...berkenan sungguh ibu dengan budi perkerti dia...tutur kata dia...tingkah laku dia...sejuk perut mak Taufik mengandungkan dia...anak yang menyenangkan mak bapak...bertuahlah siapa yang dapat dia kan...beruntunglah siapa yang dapat jadikan dia menantu..." mata ibu yang redup tenang sekali memandangnya sambil tersenyum. Duhaila turut tersenyum membalas. Entah mengapa dia merasakan kata-kata yang terbit dari mulut ibunya itu bagai kerlipan bintang-bintang yang memancarkan sinar bahagia di dalam jiwanya. Hatinya berbunga.

"hmmm bukan main lagi ibu puji Taufik, kalau dia tau ibu puji-puji ni kembang la dia...erk suka yang macammana tu ibu?..ibu minat Taufik ye?" matanya cuma dibulatkan. Cuba bergurau. Pantas lengannya dicubit perlahan. Ketawanya tercetus.

"aduh!..ibu ni, Duha main main sikit pun tak boleh tau..."

"Bertuah punya anak, kita cakap betul-betul dia main-mainkan kita pulak..haa rasakan!.."

Tawanya masih tersisa.

"Taufik pun kata dia suka sangat dengan ibu Duha ni...ibu Duha ni katanya best...dia seronok borak dengan ibu...hmmm, ibu borak apa dengan Taufik?, Duha tanya dia tak nak jawap, rahsia katanya.."

"adalah, mana boleh beritahu Duha..."bibirnya dimuncungkan.

"ibu ni, dengan Duha pun nak rahsia..."

"ibu kena pegang janji la..ibu dah janji dengan Taufik..."

"owh ada komplot ek ibu dengan Taufik..taknak cakap ngan Duha ye..tak pe tak pe..."

Pipi mulusnya dicubit perlahan oleh ibu lalu ketawa kecil ibu tercetus. Jeda seketika.

Masing-masing memandang langit malam dari tingkap bilik. Taburan bintang-bintang di langit yang bergemerlapan di tambah sinaran bulan begitu mengasyikkan.

"Duha dengan Taufik tu macammana?" Dahinya dikerutkan. Tidak faham dengan maksud pertanyaan ibunya.

"macammana apa ibu?...Duha dengan Taufik macam ni la...macam yang ibu lihat..."

"issh, budak ni...orang tanya dia betul-betul.."

"yelah, Duha tak faham maksud ibu..."

"Duha suka dengan Taufik?"

"hmmm..suka.." tersenyum Duhaila sambil memandang ibunya yang masih menatap wajahnya.

"suka?...suka yang macammana tu?.."

"suka macam kawan-kawan la ibu..."

"macam kawan je?...tak lebih dari itu?..betul Duha rasa macam tu?" renungan ibu membuatkan Duhaila sedikit serba salah. Senyuman manis diukir demi menutup debaran di dada.

"dia kan cuma kawan Duha ibu..." Wajahnya ditundukkan sedikit. Tidak berani memandang ke wajah ibu.

"tapi ibu tak rasa Duha dengan Taufik macam tu...malah ibu tahu kamu berdua lebih dari setakat kawan...betulkan?" Duhaila menoleh memandang wajah disebelah.

"maksud ibu?". Debar dihati cuba disembunyikan.

"Duha, Duha...ibu ni orang tua...sekilas sinar di mata Duha dan Taufik tu ibu dah tahu...Duha tak payahlah nak sembunyikan dari ibu...kalau betulpun Duha dengan Taufik apa salahnya kan?..ibu pun suka...Taufik tu sayang sangat kat Duha sebenarnya.."wajahnya yang sudah terbit rona merah ditundukkan.

Kata-kata itu diulang kembali..

"kalau betulpun Duha dengan Taufik apa salahnya kan?..ibu pun suka..Taufik tu sayang sangat kat Duha sebenarnya.." bibirnya menguntum senyum.

Kata-kata Taufik dan perbualan antara mereka semalam sewaktu dalam perjalanan pulang kembali menjengah..

"seronoknya dapat ikut you balik kampung...i suka sangat Duha...seronok sungguh!" senyuman terukir dibibir itu. Duhaila turut tersenyum. Duhaila tahu bagi orang seperti Taufik yang tidak punya kampung halaman pasti pengalaman tiga hari dikampung sesuatu yang cukup indah. Duhaila dapat melihatnya. Sinar dimata dan senyum di bibir Taufik menceritakan segala-galanya.

"sampai taknak balik orang tu...mandi sungai mengalahkan budak-budak, melompat-lompat dalam air,issh...teruk gak perangai you ni rupanya ye..."tawa Taufik pecah. Duhaila turut ketawa.

"eh, i tak pernah mandi sungai macam tu, mestilah terlebih excited...takat mandi kat air terjun, kolam renang tu dah biasa sangat...ni seronok dia lain Duha...yang best ibu you, siap ajar i petik pucuk paku kat tepi-tepi sungai...well, something yang belum pernah i alami dalam hidup...but one thing Duha...ibu you cool la, seronok borak dengan dia...rasa macam dah lama kenal..." Senyuman saling bertukar antara mereka.

"Duha.."mata mereka saling memandang. Renungan Taufik membuatkan Duhaila cepat-cepat mengalihkan pandangan keluar tingkap kereta.

"i actually dah cakap kat ibu you..." bait kata itu membuatkan Duhaila menoleh memandang wajah Taufik.

"you cakap apa kat ibu i Fik?"

"about us.."Dahinya sedikit berkerut mendengar jawapan Taufik.

"maksud you?"

"i serius dengan perasaan i pada you Duha...i bukan main-main. I nak you tahu you ada tempat yang sangat istimewa di dalam hati i...i tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan sebelum ni...i harap you faham maksud i..." wajahnya ditundukkan. Tidak mampu memandang wajah Taufik yang tenang memandu disebelah.

"Duha..." Suasana hening seketika antara mereka. Terdengar helaan nafas dari Taufik.

"i sayang you Duha...i really mean it...and i really hope you have the same feeling towards me..."

Renungan Taufik membuat dirinya bagai terpanah seketika.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...