Tuesday, March 24, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 8

Bab 8
"balik balik budak tu....balik balik budak tu....balik balik anak keturunan penjajah tu jugak yang Aidil sebut...dah kurang ke anak melayu dalam dunia ni sampai anak orang putih tu jugak yang Aidil gila-gilakan sangat..mama dah cakap banyak kali, mama tak suka keturunan penjajah tu jejakkan kaki dalam keluarga kita...mama takkan terima dia..never..and my decision is final, do you get that?"

"mama, kenapa mama cakap macam ni...tolong mama, please don't do this to me...she done nothing to you mama...she's innocent, she did not know anything about what had happened to our family, dia tak tahu apa-apa mama ...dia tak mintak dilahirkan sebagai anak orang putih mama...dia takda kaitan dengan sejarah keluarga kita mama...mama please, she's my everything...she's my life mama, Aidil pohon mama, tolonglah...Aidil sayang dia mama...Aidil sungguh sayang dia."

"you choose...mama or her."

"mama..."

Dentuman petir yang memancarkan warna putih di kaki langit sana menyentakkan lamunan Tengku Arisyah; wanita separuh abad yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh kurus tingginya itu. Nafas dihela panjang namun dia tindak berganjak dari kedudukan asal. Dia masih kejap berdiri di situ.

Tengku Arisyah merenung jauh dari balkoni di biliknya di tingkat satu banglo mewah itu. Banglo yang suatu ketika dahulu pernah menjadi syurga buat dirinya dan keluarga namun kini sunyi. Kini sepi. Anak-anak yang kian sibuk dengan kerjaya jarang lekat dirumah. Anak-anak yang berkeluarga pula hanya sesekali menjenguk, sesekali bertanya khabar. Dia merasakan dirinya bagai dipulaukan oleh anak-anaknya sendiri. Dia sedih sekali. Salahkah keputusan yang dibuatnya itu. Salahkah dia bertindak demi kepentingan dan masa depan satu-satunya anak lelakinya. Dia tidak mahu Aidil menerima nasib seperti dirinya nanti.

Dia masih ingat hari itu. Hari sial yang menjadi penyebab episod muram dalam hidup Aidil. Engku Aidil Zafriel, anak bongsu dari 4 beradik yang juga satu-satunya anak lelaki dari perkahwinannya bersama Engku Ismail Engku Mukriz. Aidil yang mewarisi empayar automotif dari armarhum suaminya adalah anak yang cukup mendengar kata. Anak yang bijak. Anak yang manja. Bagi diri Tengku Arisyah, Aidil adalah kebanggaannya. Justeru itu, dia bagai tidak percaya bila anaknya itu boleh terlibat dengan darah daging dan keturunan yang paling dibencinya dalam hidup ini. Mengapa Aidil tidak mahu mengerti. Mengapa Aidil tidak mahu memahami. Sudah butakah mata dan hatinya dek penangan cinta dari keturunan musuhnya itu. Benci sungguh dia pada keturunan itu. Namun hatinya bagai berbolak balik tatkala pertama kali bersua...bertentang mata dengan wajah mulus, polos itu. Matanya...matanya nan biru itu cukup menawan sekali. Dan wajah itu cukup mendamaikan sekali. Entah mengapa dia jadi terlena tatkala melihatnya. Cantik. Memang cantik.

"mama...kenalkan ini, Aishah Kesuma. Mama boleh panggil dia Echa aje...kan awak?"

Dia lihat sinar bahagia di mata putera tunggalnya itu tatkala memandang wajah mulus itu. Senyum yang mekar menguntum di bibir kedua-duanya mengambarkan segala-galanya. Dia tahu. Sangat arif tentang itu. Dia juga pernah muda. Pernah melewati saat-saat indah itu dahulu.

Dia masih ingat tatkala matanya melorot ke wajah nan indah itu...dan dia masih ingat tatkala mulut mungil itu bersuara. Bersuara buat pertama kalinya. Mersik sekali bunyinya.

" apa khabar Tengku..."

Tangan halus yang dihulur tidak disambutnya. Tidak seperti selalu. Dia sengaja berbuat begitu. Mahu melihat reaksi spontan tetamu khas anaknya itu. Aneh wajah tu tidak langsung mempamerkan riak durja atau terkejut. Masih menguntum senyum. Menunduk kepala bila salam tidak disambut. Aidil dilihat sudah berubah wajah. Marah. Malu mungkin.

" duduk..."

Dia melihat gadis itu akur. Mengambil tempat di hadapannya. Duduk sopan disitu. Tertib sekali. Mata itu memandang wajahnya sambil tersenyum. Aidil turut mengambil tempat disebelah tetamu khas yang dibawanya itu. Tersenyum memandang wajah mulus itu. Saling berpandang. Dia benci melihat adegan di hadapannya. Bibirnya digigit. Geram. Sakit hati.

" ehem...asal mana?...mak ayah ada lagi?"

Echa dan Aidil dilihat memandang padanya serentak. Echa dilihat menguntum senyum dan belum sempat mulut mungilnya dibuka...

"Echa orang Melaka mama...orang Tanjung Bidara...kan awak?"

Echa dilihat mengangguk-anggukkan kepala.

"mama tanya dia, bukan Aidil..."

"ala mama sama aja...Echa atau Aidil yang jawap takder beza..."

Aidil dilihat melemparkan senyuman manis pada wajah mulus itu. Dia jadi hairan dengan sikap Aidil. kenapa Aidil tidak bersikap begini bila bersama Tengku Layla. Ada sahaja yang tidak kena pada Tengku Layla dimata Aidil.

"macam yang Aidil katakan tadi Tengku, saya asal dari Tanjung Bidara, Melaka. Abah dan umi dah lama meninggal dunia. Saya tinggal dengan keluarga adik arwah abah. Mereka yang memelihara dan menjaga saya selama ini Tengku."

Dia memandang wajah indah itu. Dilihat gadis itu nampak tenang sahaja. Tiada riak gementar. Dia jadi sakit hati.

"arwah mak awak asal mana?"

Aidil dilihat merenung padanya seolah-olah meminta pengertiaan. Tolong mama. Dia melihat kesayuan di bola mata anak kesayangannya itu. Tidak Aidil. Dia tidak peduli. Dia tidak akan sesekali membenarkan wajah dan darah keturunan yang dibencinya itu menjadi ahli keluarganya. Dia tidak sesekali sudi bermenantukan dari darah keturunan itu.

"arwah umi asal dari Manchester, United Kingdom Tengku."

"hmm...anak keturunan penjajah rupanya awak ni. Terus terang, Saya memang tidak suka...tidak berkenan dengan orang putih ni...bagi saya mereka ini jahat, perampas, pemusnah kehidupan orang lain. Jadi awak fahamlah ye, kedatangan awak ni tidak saya alu-alukan. Saya bagi awak jejak rumah saya ni pun sebab Aidil yang beria-ia. "

"Mama..."

Dia lihat Aidil sudah merah mukanya. Marah dan malu barangkali. Ahhh..dia tak kisah. Dia tidak mahu melihat rumahnya dikotori oleh insan dari kelompok yang menjadi musuhnya sejak sekian lama. Dia melihat wajah mulus tu bagaikan terkejut mendengar bicara sinisnya tadi. Biarkan. Dia tidak kisah. Hatinya puas.

"tak mengapa Tengku. Saya faham. Saya minta maaf kalau kedatangan saya ini menyusahkan Tengku. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Dia tidak menyambut huluran tangan halus itu sekali lagi. Dibiarkan sahaja gadis itu berlalu bersama huluran salam yang tidak bersambut. Dia tidak ingin mengotorkan tangannya dengan bersalaman dengan tetamu anaknya itu. Tetamu yang tidak dia alu-alukan. Dilihat Aidil sengaja memegang erat tangan gadis itu didepannya hingga ke kereta. Walau gadis dilihat itu cuba untuk menarik tangannya, Aidil enggan melepaskan. Dari jauh dia melihat Aidil bagai cuba menyatakan sesuatu pada gadis itu. Mungkin memujuknya. Gadis itu dilihat tenang sahaja. Tidak lanngsung mempamerkan reaksi marah...reaksi tidak puashati. Terdetik rasa kagum pada gadis itu. Patutlah Aidil begitu menyayanginya. Patutlah dia cukup istimewa di mata, di hati dan jiwa putera tunggalnya itu.

Dan malam itulah juga menjadi malam terakhir dia melihat putera tunggalnya itu. Aidil bagai merajuk membawa diri. Enggan menghubunginya. Tiap panggilannya tidak diendah. Aidil tidak mahu lagi pulang ke singgahsana mereka itu. Aidil malu dengan perbuatan dan tuturnya yang lancang. Seminggu kemudian, Aidil pulang tapi...Aidil pulang dengan satu kejutan, dia mahu berpindah keluar dari rumah itu. Aidil sedih dan kecewa dengan perbuatannya. Dia tambah sakit hati. Semuanya kerana gadis itu. Salahkah dia jika hanya ingin membuat sesuatu yang terbaik demi masa depan anaknya itu. Aidil tidak faham. Aidil tidak mengerti lagi. Tengku Arisyah tahu dia harus membuat sesuatu. Mesti. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya waris lelaki dalam keturunannya. Tengku Layla...Ya Layla pasti dapat membantunya. Senyuman terukir di bibir tuanya.

Wednesday, March 11, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 7

Bab 7

Benarlah hidup ini tidak semudah yang diperkata. Tidak seindah yang dilihat. Jika dulu dia beranggapan tiada yang jelek-jelek tentang hidup ini. Tiada yang tidak elok tentang hidup ini. Semuanya manis-manis belaka. Dia hidup dengan dikelilingi warna-warna pelangi nan indah. Hidupnya penuh keceriaan. Tapi itu dulu tatkala dia belum benar-benar mengenal isi dunia ini berserta coraknya.

Beg yang berisi pakaian yang dibawa dari kampung tadi dikeluarkan satu persatu. Dia kembali semula ke rumah abang long yang turut dihuni abang ngah dan abang lang atas permintaan mak serta abah....juga permintaan abang teh dan abang chik. Mereka khuatirkan keselamatan dirinya. Echa faham. Echa akur dengan kebimbangan mereka. Selesai memasukkan kesemua pakaian di dalam almari pakaian, langkah diatur ke katil lalu tubuh kurusnya dibaringkan ke katil empuk bercadar putih susu berbunga merah jambu.Mata dipejam. Kejap. Telinganya menangkap lagu yang berkumandang dari rumah sebelah...aahh, lagu itu....

masihkah kau ingat…
pada waktu itu
sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu
masihkah kau ingat…
ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
masihkah kau ingat….

"eh apa ni awak...janganlah, tak suka laa ..."

"kan memang perempuan zaman dahulu selit bunga kat kepala dan bertudung kain batik...am i right dear?"

"itu perempuan zaman dulu-dulu laa...zaman Hang Tuah...saya ni perempuan zaman lain laa, mana sama..issy, apa laa awak ni lembab betul...cabut balik bunga ni..cabut cepat."

"eh, nama you kan nama perempuan zaman dahulu so betul laa you datang dari zaman tu...nama yang klasik sangat...but i like it so much, very unique."

"ni karang ada yang nak kena makan penumbuk free..."

" hey sayang, come on la...gurau pun tak boleh....janganlah marah."

"apa sayang-sayang ni...geli telinga saya dengar la....cepatlah buang bunga atas kepala saya ni...awak ni memang nak kena belasah laa..."

"amboi garangnya...tak padan dengan badan."

Echa tersenyum. Dalam mata yang masih terpejam mulutnya masih sama berlagu mengikut lirik yang masih terus berkumandang...

Masihkah kau ingat…
kita berlari-lari
dikaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat…
masihkah kau ingat…

Laungan abang long dari tingkat bawah memecah lamunan Echa. Dia pantas bangkit dari katil lantas keluar dari bilik. Langkah kaki di hala ke tangga kayu berukir indah menuju ke tingkat bawah. Echa sengih kerang pada abang long yang memandang tajam padanya.

" adik tido ek..apa ni anak dara tido senja-senja, tak baik tau."

"takder aa...orang baring-baring aje laa abang long..haa tengok mata mana ada merah..tengok ni."

Echa membeliakkan matanya pada muka abang long. Amir Hamzah mencebik sambil meluku manja buku limanya pada kepala Echa. Echa menepis tangan Amir Hamzah sambil memuncungkan mulutnya. Punggung dilabuhkan pada sofa hitam di ruang tamu itu. Amir Hamzah menguntum senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Adik...adik

"pandai laa awak...dah kantoi tu ngaku jer la."

Amir Hamzah turut menyertai Echa di sofa. Kaki disilangkan sambil tangannya menyambar surat khabar diatas meja kaca bujur yang cantik beralas di hadapannya itu. Matanya ditala ke naskhah itu.

"Abang long...kak long,abang ngah ngan abang lang tak balik lagi ker ni, lambatnyer...orang lapar laa...jom kita gi tapau kat warung simpang tu...lama laa adik tak makan kueh teow tomyam dia...sedapnyer, yum yum...jomm aar abang along. "

Echa merenung sambil membuat muka kasian pada Abang long dihadapannya yang sedang ralit menatap akhbar. Amir Hamzah, itulah nama abang longnya. Abang long yang bertugas sebagai pereka dalaman itu baru sahaja mendirikan rumah tangga setahun yang lalu. Kak long Humairah merangkap kak ipar sulungnya itu bertugas sebagai peguam. Abang long berkenalan dengan kak long masa terlibat mengubah-suai ruang pejabat kak long. Abang long jatuh cinta pandang pertama pada kak long. Kak long yang lemah lembut memang buat kami sekeluarga turut jatuh sayang padanya masa pertama kali dibawa ke kampung oleh abang long. Kak long macam arwah umi juga. Anak yatim piatu. Bezanya kak long dibesarkan dirumah anak yatim sejak berusia 7 tahun lagi. Kesian kak long.

Rumah abang long ni turut sama dihuni abang ngah dan abang lang. Amir Zainal dan Amir Hanif itulah nama abang sepupu kedua dan ketiga Echa. Abang ngah yang bekerja sebagai akauntan memang jarang balik awal. sibuk memanjang. Sibuk giler. Abang lang pulak lagi super sibuk giler. Tugas sebagai jurutera di syarikat minyak buat abang lang jarang lekat di rumah. Kejap kejap out-station... kejap kejap out-station...ke sana ke mari....jarang lekat di rumah sampai mak dulu siap suruh abang lang kawin aje dengan pelantar minyak tu...hahaha, kelakar la mak Echa kan.

Bacaan Amir Hamzah terhenti mendengar rengekan Echa. Adik ni memanglah...makan,makan aje keje dia dari dulu...pipi dan tembam tu.

"issh...anak dara ni, sabar laa...tak pun adik gi la masak..dalam fridge tu macam-macam ada, sianlah kat kak long sikit...penat balik keja, kena masak lak untuk lanun-lanun kat rumah ni..."

"eleh...abang long tu memang taik hidung masin kalau orang mintak gi tapau...kedeee betul."

"amboi mulut dia....sedap aje ye...sumbat ngan surat khabar ni karang baru padan...nanti orang makan nasi, awak tu makan kertas tau..."

Amir Hamzah bangkit membetulkan rambutnya yang lurus panjang mencecah bahu. Kacamata di tanggal lalu digosok-gosok pada hujung t-shirt biru gelap yang melekat pada tubuh sasanya. Tangannya pantas mencapai telefon genggamnya lantas menekan-nekan butang lantas melekapkan telefon ke telinganya. Echa hanya memerhati sambil tersenyum...hehehe, telepon buah hati dia la tu.

"dah jom ...jangan nak tersengih-sengih kat situ lagi."

"horayyy.....ok, boss....sayang abang long!..."

Echa pantas mengatur langkah ke pintu utama sambil menyarung sandal. Amir Hamzah mengekori dari belakang sambil menggeleng-geleng kepala..adik adik.

Thursday, March 5, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 6

Bab 6

biarkan bunga berkembang
diatas tangkainya
janganlah dipetik sayang
nantikan merana…

bunga berkembang di dalam hati
tak mungkin lagi aku menghindari
kasih dan sayang telah bersemi
diriku seakan bermimpi…

Matanya menatap jambangan mawar putih di tepi katilnya. Ahh..Aidil, sampai kemari kau jejaki diri ini rupanya. Lepaskanlah Echa, Aidil...lepaskanlah...tolong lepaskanlah Echa Aidil!. Hatinya dilanda kesayuan. Maafkan Echa, Aidil. Nafas dihela lalu dicapai beg pakaian yang terletak disudut almari baju didalam bilik itu. Diletakkan beg itu di atas katil. Perlahan dia duduk di birai katil sambil merenung jambangan mawar tadi. Mata dipejam...tolong pergi, tolonglah pergi...Kesianlah pada Echa Aidil...

Nafasnya cuba dihela perlahan-lahan. Wajah itu cuba dipadam dari kotak ingatan. Perlahan dia bangkit dari katil lalu menuju ke almari pakaian di hujung kaki katilnya. Kakinya dijengkit sedikit sambil tangan kanannya cuba menarik beg pakaian berwarna hitam yang diletakkan di atas almari pakaiannya itu. Beg diletakkan dilantai lalu Echa kembali duduk di birai katil. Di menarik timbunan pakaian yang bakal dimasukkan ke dalam beg tersebut.

Tangan Echa pantas mengemaskan helaian demi helaian pakaian yang mahu dimuatkan kedalam beg. Pantas masa berlalu dan diam tak diam sudah hampir 2 minggu dia menghabiskan masa di kampung. Echa tersenyum tatkala melihat mak masuk ke dalam biliknya. Echa yang sedang duduk di birai katil menolak ketengah baki pakaian untuk memberi ruang pada mak untuk duduk.

" dah siap masukkan semua baju-baju adik tu?" soal mak seraya melabuhkan duduknya di sisi katil Echa. Tangan Qamariah membelek-belek jambangan bunga mawar putih yang digubah bersama bunga lili yang cantik terletak di sudut tepi katil itu. Mawar putih yang dikirim oleh seseorang pada anak gadisnya itu diterima 2 hari lalu. Dia sedia maklum siapa gerangan tuan pengirimnya. Sukar baginya untuk menafsir apa yang tersirat dalam ujana hati anak gadisnya itu saat ini. Kuatkan hatimu anakku...

" sikit lagi mak...jap lagi siaplah ni." balas Echa sambil tangan pantas meneruskan kerja melipat baki helaian pakaian yang masih terdampar di atas katilnya.

" adik dah pikir habis ke ni?...kalau adik tak bersedia nak mula kerja, mak pikir elok laa adik sambung cuti tu lagi...Puan Sri tu tentu faham." wajah Echa direnung sayu. Kasihan anakku ini, bisik hati kecil Qamariah.

Senyuman manis dilemparkan pada mak. Tangan mak yang sudah menampakkan urat-urat yang timbul berserta kedutan yang terhias tanda peralihan usia itu dicapai lalu digenggam erat.

"mak...mak jangan risau ye, adik tak apa-apa, insyaallah...lagipun dah lama sangat adik cuti mak, bosan rasanya asyik makan tido makan tido...badanpun dah macam dipam-pam macam belon panas aje ni...ngeri la mak, nanti gemuk, habislah adik mak dah tak vogue lagi...Puan Sri tu memang akan faham tapi adik tak naklah ambik kesempatan mak...tak eloklah, kan mak kan?"

Mak senyum pada Echa. Pipi gebu Echa disentuh. Echa memegang tangan mak yang lembut menyapa pipinya.

"mak tahu anak mak ni baik orangnya...hatinya pun cantik...secantik parasnya."

Echa senyum.

"cantik ker adik ni mak?...dah tembam ni, mana ada vogue lagi."

"eh, tembam-tembam pun vogue lagi anak mak ni...cantik sangat anak mak nan sorang ni...macam kata abang chik, adik tu cantik giler taw mak!".

Ketawa pecah antara kedua-dua beranak itu. Abang chik...abang chik...ada-ada saja modalnya. Echa paling rapat dengan abang sepupunya yang itu berbanding abang long, abang ngah, abang lang dan abang teh. Mungkin jarak usia antara mereka berdua yang berselang hanya 3 tahun menjadikan mereka lebih akrab seperti kawan. Mereka boleh bersembang apa saja, malah dia tahu segala kisah rahsia cinta abang chik dan Pot. Apa taknya, dia lah si posmen yang menjadi perutusan abang chik tiap kali ingin menitip pesanan buat sang ratu hatinya itu.

Bagi Echa, dia lebih selesa bercerita tentang masalah peribadinya dengan abang chik berbanding abang-abang sepupunya yang lain walaupun dia maklum mereka semua sayang padanya. Sikap abang chik yang tidak meletakkan sempadan "abang" pada dirinya membuatkan Echa lebih cenderung menjadikan dia tempat mengadu malahan mak dan abah juga maklum tentang hal itu. Jika tidak masakan abang chik dihantar ke Kuala Lumpur sebagai utusan mak dan abah tatkala dia dirundung kesedihan, tatkala dia ditimpa musibah. Abang chik seorang pendengar yang setia. Abang chik seorang penasihat yang baik. Abang chik seorang teman yang sangat memahami. Setiap patah bicara abang chik sangat mendamaikan. Alangkah beruntungnya kau Pot. Alangkah bertuahnya dirimu Pot.

Abang chik... minda Echa mengimbau peristiwa minggu lalu tatkala abang chik menjengahnya di bilik.

"adik tengah buat apa kat jendela tu..nak terjun ker.?" sapa Lukman pada adik sepupunya yang sedang berdiri di tepi jendela. Dilihatnya ada sebuah buku pada tangan halus itu. Dia mengatur langkah ke jendela lantas melabuhkan punggungnya pada palang di tengah jendela kayu itu. Dia merenung sepasang mata biru bersinar milik adik sepupunya yang rupawan itu. Dia tahu di sebalik wajah jelita itu banyak menyimpan kesedihan yang bukan sedikit. Wajah itu senyum padanya. Cantik sekali.

"issy, takder la abang chik ni, ke situ pulak...adik saja-saja jer baca puisi Rangga ni...ingat tak cite indon tu yang abang chik cakap ntah apa-apa jer slang dia..."

"bikin pusing kepala gue..." serentak kata-kata itu meluncur dari mulut kedua-dua. Ketawa tercetus.

"prosa puisi melayu kita jauh lebih indah dan berseni dari yang tu adik. Cuba adik baca puisi-puisi yang arwah umi tulis...cuba adik lihat nilai seninya."

Echa mengangguk-anggukkan kepala mengiakan patah kata yang keluar dari mulut abang chik. Ya, arwah umi memang handal berpuisi. Koleksi puisi-puisi arwah umi sering menjadi dendangannya tika dibangku sekolah. Dia sering mendapat pujian tatkala mengalunkannya pada sambutan keramaian di sekolah. Echa sangat bangga dengan arwah umi.

" arwah umi memang hebat kan abang chik...orang melayu tulen pun kalah dengan arwah umi."

"hmmm..."

Lukman memandang Echa. Mata mereka beradu.

" adik......adik ok?. "

Echa diam. Dia menundukkan wajahnya ke lantai. Dia mahu membiarkan abang chik menyambung bicaranya.

"Abang chik tau bukan mudah untuk adik menghadapinya tapi abang chik bangga dengan adik. Adik tidak sedikitpun melatah dengan musibah yang menimpa adik. Adik bertindak dan membuat keputusan mengikut akal yang waras. Abang chik akan sentiasa sokong adik. Abang chik akan sentiasa di sisi adik. Kalau adik nak apa-apa, adik cakap jer ngan abang chik ye. Kami semua sayang adik tau...adik ingat tu. Kami tak mau adik sedih-sedih lagi....adik kena kuat lepas ni."

Echa memandang wajah dihadapannya. Setitis airmata tumpas ke pipi gebunya.

"abang chik..."

Sepi. Senyap. Lukman memandang wajah gebu mulus di hadapannya itu. Betapa dalam usia semuda ini, adiknya itu harus tega menghadapi kemelut kehidupan serumit ini. Sukar baginya mempercayai di zaman ini masih ada insan yang berfahaman kuno sebegitu. Bukankah kita sudah merdeka atau jiwa mereka itu masih terjajah dengan fahaman sedemikian rupa. Alangkah singkatnya manusia berfikir. Lupakah mereka pada Qada & Qadar-Nya.

"adik...erk apa kata adik tukar kerjaya?" Suara Lukman memecah keheningan suasana.

Echa mengerut dahi. Lukman sudah mengukir senyuman yang sukar ditafsir Echa.

"adik jadi gembala kambing kat ladang abang chik ngan abang teh nanti nak tak?, kami pun tengah nak rekrut pelatih gembala kambing ni...abang chik rasa adik calon paling sesuai...paling cun!"

"abang chikkkkkkkkkk....."

Ketawa abang chik terburai sambil tangannya bersilat menepis serangan ketam Echa.

Monday, March 2, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 5

Bab 5

Somebody's Me


You, do you remember me?
Like I remember you
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
Because I .. I walked the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I refell
And I’m going through hell
Thinking about you were somebody else...

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can’t breath without you, it’s lonely
Somebody hopes someday you will see
That somebody’s me
That somebody’s me...

How .. how could we go wrong
It was so good and now it’s gone
And I pray at night that our paths will soon cross
And what we had isn’t lost
Coz you are always right here in my thoughts...

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can’t breath without you, it’s lonely
Somebody hopes someday you will see
That somebody's me
That somebody’s me...

You all always be in my life
Even if I’m not in your life
Because you are in my memory
You .. will you remember me
And before you set me free
Oh listen please...

Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can’t breath without you, it’s lonely
Somebody hopes someday you will see...

Lunak suara Enrique Iglesias dari notebook dihadapan membuaikan dirinya seketika. Mata dipejam menghayati bait-bait yang dilontar dari suara penyanyi latin itu. Rindunya dia pada belahan jiwanya, si mata biru itu bagai tiada sempadan. Echa.....missed so much.

"hey handsome....pagi lagi dah masuk office?"

Dia terdengar pintu dibuka dan suara yang tidak diundang itu memecah kedamaian paginya saat itu. Dia membatukan diri. Tak kuasa!

"Dil...why you tak jawap call I malam tadi?..banyak kali tau i call, you tak pick up pun...teruklah you ni, tak kesian ker kat i."


Dia dapat merasakan ada tangan halus yang sedang menggoyang-goyangkan pergelangan tangannya. Dia tidak memberi sebarang tindakbalas. Aidil buat endah dengan pertanyaan itu. Ah..malas!. Kacau lah dia ni. Mata masih dipejam rapat dengan kepala yang masih enak berlabuh di sofa hitam kegemarannya itu . Minda masih mahu terus dibuai kelunakan suara latin dari notebook di hadapannya itu.

"Dil....Dil....Dil, you dengar tak apa yang cakap ni...Dil?"

Rengekkan itu cukup memyesakkan rongga nafasnya...ahhh..perempuan ni, kacau betul!. Aidil bangkit dari baringan lantas bergerak menuju ke meja di hadapannya. Wanita itu turut mengekori dari belakang. Aidil melabuhkan duduknya pada kerusi berwarna coklat kehitaman yang terletak dibelakang meja. Dengan gerakan mata dia meminta wanita di hadapannya itu duduk di kerusi baldu merah dihadapannya.

"yes...Tengku Layla Syuhadah, what can i do for you?".

Wajah dihalakan pada raut berwarna-warni yang sedang menampal senyuman menggoda dihadapannya itu. Dah macam Colourland pulak muka perempuan ni. Senyuman tercetus dari bibir Aidil. Lucu.

"Bonda Engku cakap you nak launch a new car for the AAZ Automotive...and she told me that you need a model for it?"

"jadi?"

"hmmm... so, I boleh jadi model untuk kereta baru tu...lagipun kan I ni model terkenal jugak in the country...and I can give you a special price for the job. I can talk to my agency."

Aidil senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Layla, Layla...

"untuk makluman you, keputusan bukan di tangan i. I tak involve dalam hal ni. Ada panel pemilihan yang dilantik bagi mencari calon model yang sesuai untuk hal tu. Personaliti model mesti memenuhi keperluan produk..tu yang paling mustahak."

Wajah dihadapan jelas tidak puashati. Nafas yang turun naik dengan jemari yang diramas-ramas mencerminkan perasaan itu. Aidil jelas maklum. Aidil tenang menanti jawapan balas dari mulut itu.

"but Dil...you're the boss kan...CEO of the co, your say is the final say....ke ni cuma alasan you aje?."

"Layla, I beritahu yang betul. You nak percaya atau tidak, up to you. For your information, i tak guna kuasa sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi...i bukan jenis orang yang macam tu. For me work is work...personnal is personnal."

"wah...ikut prosedur...company rules konon...atau you sebenarnya dah reserve job ni untuk betina tak tau malu tu?"

Kurang ajar!. Aidil merenung tajam pada Tengku Layla Syuhadah. Senyuman yang terbit dari ulas bibir itu cukup menyakitkan hatinya. Rasa mahu dilayangkan penampar ke pipi gebu di hadapannya itu.

"what did you say Layla?."

Senyuman sinis yang bermukim di bibir tanda puashati terpancar pada wajah Tengku Layla Syuhadah. Rasa kan kau Aidil!. Puas rasanya bila dapat menyakitkan hati si tampan dihadapannya itu yang tidak pernah mengendahkan dirinya sejak dulu. Dia seorang saja yang terkejar-kejar. Dia seorang saja yang tergila-gila. Dia seorang saja yang terhegeh-hegeh. Aidil Zafriel tidak pernah mahu memandangnya apalagi membalas cintanya. Dan selepas kehadiran perempuan itu dalam hidup Aidil, dia langsung tidak dipedulikan...hatinya sakit bila teringatkan seraut wajah itu. Ingin rasanya dihancur-lumatkan wajah itu agar hilang dari pandangan Aidil. Hilang darii muka bumi ini...aargh aku benci kau, Aishah Kesuma..benciiii!

"Hai...melenting nampak bila sebut betina tu. Memang sah kan you dah reserve untuk dia?. Bagus sangat ker dia tu yang you dah tak nampak talent orang lain haa...meluat i tengok dia tau...memang dasar betina tak tahu malu, tak sedar diri!"

Kau memang kurang ajar Layla!

" Tengku Layla Syuhadah Tengku Alauddin...dia yang you sebut tu ada nama tau; Aishah Kesuma...sedap dan cantik... sesedap mata memandang, secantik itu budi bahasanya...kalau nak bandingkan dengan you...erm jauh panggang dari api laa I rasa...and kalau nak ukur dari segi talent, dia memang hebat, very damn talented, outstanding...kalau tak, takkan dia digelar the new modern legend among the models in the asian region, great achievement for a young model like her...atau sebenarnya you ni memang irihati sangat dengan dia sebab you are nobody compared to her...rite my dear?"

"kalau setakat baru satu award, gambar keluar kat Vogue you ingat dia dah hebat sangat ker..please laa Aidil, bersepah lagi model yang jauh lebih hebat dari betina tu."

Tengku Layla tidak mahu kalah. Baginya setiap pujian yang diberikan pada perempuan yang dibencinya itu bagai sembilu yang mencarik-carik hatinya. Lebih-lebih lagi jika pujian itu datang dari mulut Aidil Zafriel sendiri. kelukaan itu lagi dalam dan begitu menghiris sekali. Sakit dan pedihnya hanya dia yang tahu.

"hmmm Layla...janganlah beri alasan zaman batu you tu. Bukannya i tak kenal you. You memang tak suka Aishah Kesuma dari awal-awal lagi kan. Sebab dia, populariti you dah menjunam. You dah tak glamour macam dulu...tak hot lagi..."

Celaka kau Aidil. Tengku Layla mengetip bibirnya kuat. Dirasakan wajahnya membahang saat itu. Panas. Hangat. Matanya merenung tepat ke wajah tampan dihadapannya sambil menuding jari telunjuknya tepat wajah itu.

"you!!!....jaga you Aidil....jaga you!...i'm not finish with you."

Doomm!. Pintu dihempas dari luar. Gegarannya boleh dirasa Aidil dari dalam biliknya. Terdengar hentakan kaki yang kuat yang mengiringi hempasan itu. Aidil ketawa besar dari dalam. You deserve it, Layla. You really deserve it.

Aidil menatap majalah Vogue dihadapannya itu. Seraut wajah itu direnung. Senyuman terbit dari bibir Aidil. Jejarinya membelai wajah itu. Baris perkataan pada permukaan majalah itu dibaca...Modern Legends...kepala diangguk bagai mengiakan perkataan itu. Aahh...nafas dihela panjang lalu dihembus perlahan bersama bebanan yang menyesakkan dadanya. Echa...nama itu bergema dalam bilik yang tersergam indah itu. Echa...

Interkom ditekan. Terdengar suara Najihah; pembantu peribadinya di hujung sana.

" Jiha...get me sis Elis."

" ok Engku..."

Bunyi deringan itu segera disambar.

" Engku...Engku Elis Zulaikha on the line."

"thks Jiha..."

"hey sis..."

"hey little bro...how's life?"

"so so la.."

" so so?..what wrong ni Dil?...lain macam aje akak dengar bunyi suara tu."

" sis...can we meet?...I really need you help and advice...please, i really can't think of anybody right now."

"hmmm...let me guess, must be mama rite?...mama, mama..."

" you know her better sis...so, boleh tak ni?"

"oklah ...Opus Bistro, 8 sharp tonite...jangan lambat Dil."

"ok...i'll be there on the dot kay...thks sis."

Aidil bersandar dikerusi sambil tangan kanan diletakkan di dahinya. Satu keluhan kecil dilepaskan...kedua-dua belah tapak tangan diraup pada wajahnya. Di minda saat itu terlintas satu wajah...wajah yang membuatkan dirinya cukup terhimpit saat ini...membuatkan dirinya di dalam keadaan dilema yang teramat sangat...membuatkan dirinya kebuntuan yang tidak berkesudahan.

Mama...nama keramat itu terlepas dari ruang bibir Aidil.

Mama...maafkan Aidil ma. Maafkan Aidil. Aidil tiada pilihan lain. Aidil terpaksa.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...