Thursday, June 25, 2009

Rindu Semalam -Bab 5

Bab 5

Fuhhh..leganya!. Duhaila menghela nafas. Mata dikalih pada lima rakan sekerja baru yang sama-sama diletakkan di unit tersebut. Masing-masing juga sama seperti dirinya yang melaporkan diri di hospital hari ini. Hari ini adalah hari yang sungguh bersejarah buat dirinya. Hari ini adalah hari pertama dia bertugas. Hari pertama dia bergelar dan digelar dengan panggilan doktor...ya Dr. Duhaila Ain Dahalan. Duhaila melihat jarum pada jam di pergelangan tangan kanannya...11 pagi.

Hampir dua jam diberi taklimat oleh Dr. Fariza Zainal yakni Ketua Jabatan Pediatrik berkenaan struktur dan tugas-tugas di Jabatan Pediatrik, Duhaila dan lima rakan yang lain turut dibawa berkenalan dengan staff di situ. mereka turut dibawa melawat di persekitaran wad-wad juga unit yang terdapat di jabatan berkenaan. Jabatan tersebut yang merangkumi lima bahagian perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit mempunyai kelengkapan yang cukup moden bagi menampung keperluan semasa juga di waktu kecemasan. Jabatan Pediatrik di hospital ini mempunyai General Paediatric Ward bagi pesakit kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, Noenatal Intensive Ward khusus untuk bayi semuda 1 bulan, Paediatric Daycare Ward yang mengkhusus pada kes-kes yang tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital manakala Insentive Care/High Dependency Units adalah memfokuskan keadaan kes-kes pesakit yang memerlukan pemerhatian rapi yang melibatkan pesakit-pesakit di usia 1 bulan dan ke atas. Jabatan ini turut mempunyai Paediatric Specialist Clinics bagi kes-kes yang dirujuk juga yang memerlukan tindakan susulan.

Penerangan yang cukup lengkap, panjang lebar dari Ketua Jabatan yang sungguh berkaliber itu yang juga akan menjadi ketua merangkap counselor mereka di sepanjang perkhidmatan di hospital berkenaan dilihat Duhaila sebagai suntikan dan tiupan semangat untuk dirinya menabur budi dan mencurah bakti kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan. Dr. Fariza Zainal yang sudahpun selesai dengan tugasnya untuk memberi taklimat kepada mereka kemudian membawa mereka semua untuk diperkenalkan dan diarahkan mengikuti juga melihat bagaimana dua orang doktor senior di jabatan berkenaan; Dr Wan Azlan dan Dr. Taufik bertugas. Dari pandangan mata kasar kedua-dua doktor berkenaan nampak tegas sekali. Kecut perutnya bila memikirkan jika nanti harus bekerja dengan mereka atau salah seorang darinya...ngerinya!Setelah memperkenalkan diri masing-masing kepada kedua-dua doktor tersebut , mereka kemudiannya dibawa oleh dua doktor berkenaan ke wad tempat mereka akan melakukan lawatan dan pemeriksaan.

Duhaila yang cantik dengan seragam putih yang tersarung di tubuh dan stethoscope yang tersangkut di poket seragam itu mengikuti rakan yang berlima berjalan dan beriringan bersama dua doktor tadi ke General Paediatric Ward. Terdapat 28 buah katil di wad berkenaan untuk kegunaan dan menempatkan para pesakit kecilnya. Terdapat juga sebuah play-ground yang amat cantik dibina di dalam wad berkenaan untuk kegunaan para penghuni cilik di situ. Duhaila juga dapat melihat terdapat sebuah perpustakaan mini yang disediakan di situ juga untuk kegunaan penghuni-penghuni kecil di wad berkenaan. Duhaila beserta rakan-rakan yang berlima melihat cara kedua-dua doktor berkenaan berbual dengan para pesakit juga ibu dan bapa pesakit yang setia menemani mereka. Setiap persoalan dijawap dengan begitu tertib dan bersopan sekali dan mereka memberikan penerangan pada skala yang mudah difahami oleh pesakit juga ibu bapa yang terlibat. Dari satu katil ke satu katil mereka dibawa, mereka diperlihatkan dengan tugas dan persekitaran yang akan mereka tempuhi sepanjang bertugas di jabatan itu nanti.

"so...Doktor semua, macammana hari ini...seronok?teruja?takut?seram sejuk?..muka semua tak senyum langsung saya tengok tadi...kena sentiasa senyum depan para pesakit kecil tu, kurang-kurang mereka taklah gerun tengok kita, ye tak?" soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Taufik, lelaki dalam lingkungan 30an itu membuatkan Duhaila dan lima rakan yang lain cuma tersenyum sambil memandang antara satu sama lain. Duhaila dapat melihat dengan jelas Dr. Taufik mengangkat kening pada Dr. Wan Azlan yang terus mengangkat bahu sambil tersenyum.

"ha Dr. Duhaila...macammana dengan you? ok?....and for your information, next week you will be my partner ye...so we both are going to work very closely yeah...mesti seronok kan..." kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Taufik itu membuatkan dahi Duhaila berkerut secara spontan....haa? jadi partner dia...ooh tidak!!....alamak, matilah aku Ziha!...Ziha tolong weii!!!. Rakan-rakan yang ada disitu sudah tersenyum-senyum pada Duhaila...ciss, korang ketawakan aku ye!tak per , tak per....

"apasal dahi awak berkerut tu Duhaila? takut ye kena kerja dengan saya?...hmmm, janganlah risau ye cik adik yang manis, saya ni tak makan orang tau..saya makan nasi jer, makan lauk, makan buah...kan Wan?...boleh tanya Dr. Wan ni kalau tak percaya cakap saya ni...so far takde lagi doktor yang mati atau separuh mati bila kena kerja dengan saya..." Seakan mengetahui apa yang berada didalam minda dan hati Duhaila, Dr. Taufik sudah cukup arif dengan setiap penerimaan doktor-doktor baru yang bakal diletakkan dibawah pengawasannya.

"erk...bukan macam tu Dr. Taufik. Saya cuma terkejut sikit. Tak sangka dapat peluang bekerja dengan doktor yang sangat berpengalaman macam doktor ni. Terima kasih beri peluang pada saya Dr. Taufik.."

amboi, best actress ye kau Duha!...padahal punyalah takut dan taknak keje dengan mamat ni..

hey...aku gerun sikit jer la, sikit hal jer tu...ok apa mamat ni, give me time ok!

Sewaktu waktu makan tengah hari, Duhaila yang sedang beratur untuk membeli nasi campur diterpa secara tiba-tiba dari belakang. Dia menoleh, Ziha yang sudah tersengih-sengih. Issy, makcik sorang ni..tak habis-habis suka terperanjatkan orang. Mereka lantas membawa pinggan dan gelas ke sebuah meja yang masih kosong di sudut kanan kafeteria. Duha mengangkat tangan membaca doa makan. Ziha juga turut sama menadah tangan. Duha mencapai gelas yang berisi air sirap, membaca bismillah lalu menghirupnya perlahan-lahan.

"Duha....kat unit kau ada doktor handsome tak?...eh kau tau tak Duha, kat unit kecemasan tadi ada doktor senior yang handsome...handsome giler beb!aduh, tak berkelip mata aku ni tengok dia Duha, handsomenyer!...single lak tu...baik sangat tau!...ni buat aku bersemangat nak kerja kat unit tu...ala Duha, handsome sungguh kau tau doktor tu...nama dia Dr. Syed Ashman..."Duha sudah mahu ketawa dengan telatah Ziha.

"Yelah tu makcik....karang jangan sebab asyik kau khayal dan berangan tengok doktor tu, nanti lain pulak yang jadi kat pesakit kau kat unit kecemasan tu...ingat sikit kau tu bertugas kat unit kecemasan tau..." Duha lihat Ziha sudah mencebikkan muncungnya. Ketawa Duha pecah akhirnya. Cepat-cepat dia menutup mulut bila melihat ada yang menoleh pada mereka berdua.

"ala kau tu...dengki la tu kan, sebab kat unit kau takde doktor yang handsome..." Ziha menyambung suapannya sambil mengenyitkan mata pada Duha.

"hello, siapa cakap takde makcik?...ada lah." Duha tersenyum pada Ziha yang sedang merenungnya.

"siapa nama doktor tu?" Ziha masih terus merenung Duha menanti jawapan.

"nama dia Dr. Taufik...and i'm going to be his partner starting next week...so jangan jeles ye makcik..." Duha sudah melebarkan senyumannya pada Ziha.

"huhh, tak heran laa....asal kau jangan jadi partner Dr. Syed Ashman aku tu sudah..."Ziha memandang Duha sambil mencebikkan bibir merahnya itu.

pulak!...apa kes la makcik Ziha ni, issy, tak kuasa!

Wednesday, June 24, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 32

Bab 32

Saat Echa sedang sibuk menolong mak bersama Pot memasang langsir baru di jendela kayu di ruang tamu, telefon bimbit Echa yang terletak diatas meja tidak jauh dari ruang tamu berbunyi. Nyaring dan lunak suara Yuna bernyanyi. Echa tahu dari siapa panggilan itu. Echa senyum lalu terus terjun dari atas kerusi meluru ke meja hingga memeranjatkan mak dan Pot. Mak sudah mengurut dada sambil mengomel kecil. Pot yang melihat aksi Echa dan mak terus melambak gelak ketawanya.

"adik...issy, apa ni anak dara main terjun macam tu...tak senonohnya rupa. Awak tu nak jadi pengantin tahu...eei budak bertuah ni!"mak terus dengan omelannya. Echa kenyit mata pada mak dan Pot...sori Mak!

"hello awak...assalamualaikum."suara Echa sengaja diperlahankan. Dari ekor mata Echa dapat melihat mak sudah menggeleng-gelengkan kepala lalu menyuruh Pot yang meneruskan aktiviti menggantungkan langsir. Pot sudah bercekak pinggang dan membesarkan matanya tanda protes ke arah Echa. Ala Pot ni...buah hati Echa tengah telefon la...kasi can la beb!

"waalaikumsalam sayang...Aidil nak beritahu sayang ni yang Aidil kena fly ke Toronto, Canada la pagi ni, urgent...ada hal penting dengan investors kat sana...diorang nak meet up ngan Aidil esok pagi la sayang. Aidil memang tak der pilihan lain...i'll make sure malam esok jugak Aidil fly back. Lusa Aidil sampai, insyaallah...rombongan Aidil akan sampai dulu petang esok dan diaorang akan bermalam kat Bandar Hilir. Aidil akan drive terus ke rumah sayang pagi lusa tu. Fuad will accompany me..." begitu terperinci penjelasan Aidil buat Echa. Kenapa hati Echa rasa seperti tidak enak saat mendengar Aidil akan terbang ke Canada. Hati Echa tiba-tiba berdegup dengan cara yang tidak seperti biasa.

"meeting ni sangat penting buat AAZ Holdings sayang... they are our major investors for the next project...we've gone through a very tough moments to convience them on that project and we did it, alhamdulillah...susah jugak Aidil dibuatnya, tapi nak buat macam mana kan...kena pergi jugak la sayang..."Aidil meneruskan penerangannya di telinga Echa sedangkan fikiran Echa sudah jauh melayang.

"sayang?...sayang?...are you there?...kenapa senyap ni?...anything wrong with you?..sayang?. please jangan buat Aidil risau...sayang?" bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Aidil bila Echa tidak langsung membalas bicaranya. Echa menghela nafasnya perlahan. Ya Allah...kenapa hati Echa rasa sungguh tidak enak?...Echa takut bila memikirkannya. Janganlah ada perkara yang buruk menimpa, tolonglah....

"Echa dengar...Echa cuma rasa tak sedap hati la Aidil. Echa...Echa...Echa takut kalau ada apa-apa yang happen kat Aidil. Lusa malam majlis akad nikah kita Aidil, Echa takutlah dengar Aidil nak fly jauh-jauh macam ni...tak boleh ker orang lain yang gantikan Aidil ke sana?..."Echa sudah lirih. Sayu suaranya kedengaran. Echa sudah menapak masuk ke dalam biliknya yang sudah cantik dihias sejak 3 hari yang lepas. Dia bersama-sama Pot yang menghiasnya. Echa tidak mahu mak dan Pot melihat kesedihan pada wajahnya. Tubuhnya dilabuhkan dipenjuru katil yang terhias indah itu. Echa buka tingkap di tepi katil. Matanya merenung jauh ke tengah laman kelibat abang-abang sepupunya yang sedang rancak bekerja di bawah khemah dengan ditemani beberapa orang kampung juga saudara-mara Echa yang sudah mula berkampung di rumah ini sejak semalam.

"sayang...kalau ada orang yang boleh ganti for sure Aidil tak pergi, but i have no choice but to go...sayang jangan risau dan fikir yang bukan-bukan ok. Itu cuma perasaan sayang aje, biasalah nak jadi pengantin kan...doakan Aidil ok....insyaallah semua akan selamat. You take care of yourself ok, kirim salam Aidil pada mak dan abah ye...i missed you so much sayang..assalamualaikum..." suara Aidil sayup-sayup hilang dari pendengaran Echa yang masih terpaku di hujung katil. Perlahan-lahan telefon bimbit dibawa ke dadanya. Echa pejamkan mata.

waalaikumsalam...Ya Allah, peliharalah dirinya dari sebarang malapetaka...aku mohon pada-Mu, tolonglah...aku takut Ya Allah!

Echa tidak sedar saat bila Pot masuk ke dalam biliknya. Tidak langsung terdengar pada telinganya langkah Pot. Sedar-sedar saja bahunya sudah dipeluk erat oleh sahabat baiknya itu. Echa memeluk pinggang Pot lalu menjatuhkan kepalanya ke bahu Pot.

"wanna talk about it?" suara perlahan Pot seakan berbisik di telinga Echa.

"entah la Pot...tadi Aidil call aku kata dia kena terbang ke Canada jap lagi....hati aku rasa tak sedap Pot bila dengar dia cakap nak kena fly tu, dah la jauh merentas lautan Atlantik ...hati aku rasa berdebar-debar jer....tak macam selalu...aku...aku, risau la Pot...macam-macam yang terlintas dan lalu kat kepala aku ni...macam-macam Pot...aku cuba tak nak fikir yang bukan-bukan..fikir yang buruk-buruk..tapi..."Echa sudah teresak-esak di bahu Pot. Pot menguatkan rangkulannya pada bahu Echa.

"issy..kau ni Echa, jangan fikir yang bukan-bukan. Saat-saat macam ni biasalah Echa. Macam-macam rasa ada...maklumlah kau tu nak jadi pengantin kan. Kau doa yang baik-baik jer untuk dia ok, insyaallah. Sudah, jangan sedih-sedih lagi..kang sembab lak mata biru kau tu...dah tak cantik lak nanti bila kena solek...sian la si Aidil nanti tengok bakal bini dia mata sembab...alamak, memang potong stim kau tau tak?...hari bersejarah mesti la pengantin jadi yang paling cantik, kau jangan la spoil kan majlis Echa...Aidil mesti nak tengok bakal wife dia ni jadi the most beautiful bride in the world..." pujukan semangat dan kata-kata gurauan dari Pot itu sedikit sebanyak mengurangkan kelirihan yang sedang kuat bersarang di minda Echa. Echa mengukir senyuman kecil pada Pot.

Aidil...Echa rindu pada Aidil!...

Thursday, June 18, 2009

Rindu Semalam -Bab 4

Bab 4

Bunyi hon yang amat nyaring dan agak lama dari arah depan rumah mengejutkan Duha yang sedang menyiang ikan di dapur...fuhh, terkejut aku!...sapa pulak yang ringan tangan menekan hon sekuat-kuat alam macam pasukan koir sprano putus anak tekak kat depan rumah aku pepagi ni gamaknya iye...nak kena maki free ni ye, siap kau!, dengus Duha. Ibunya yang sedang asyik mengukur kelapa juga terkejut lalu mengurut dada...tengok!..ibu aku pun kau terperanjatkan...cissh!. Arahan dari ibunya agar Duha pergi melihat siapa gerangan yang membunyikan hon itu menghentikan jejak angan Duha. Memang Duha nak gi pun ni ibu, bisik nya dalam hati. Duha mencuci tangan lalu mengelap tangan yang masih basah dengan sehelai kain tuala kecil yang tergantung di tepi sinki dapur. Dia menaiki tangga yang memisahkan bahagian dapur dan bahagian tengah rumah. Perlahan-lahan langkah diatur ke bahagian hadapan rumah. Sesekali terdengar bunyi berkeriut-keriut bila susunan papan yang menjadi lantai di rumah usang mereka itu dipijak.

Duha membuka selak, perlahan-lahan pintu dibuka lalu dia menjenguk keluar untuk melihat makhluk yang seenaknya membunyikan hon yang sekuat-kuat alam itu...sasau apa pepagi ni!. Dihalaman rumah Duha terlihat sebuah Toyota Vios berwarna kelabu lembut yang begitu megah menjalar di sisi pohon rambutan gading. Uik, sapa pulak punyer kereta tu ek?. Duha kecilkan mata pada makhluk yang dilihat sedang berdiri sambil bersandar pada pintu pemandu dan tersenyum lebar padanya. Gadis yang berkatamata hitam, berseluar jeans biru dan berkemeja T warna hitam masih melemparkan senyuman padanya...Duha sudah membesarkan bola matanya...dia sudah tersenyum manis.

"wei, hantu kau Ziha...." jerit Duha. Langkah Duha laju menuruni anak tangga kayu lalu menyarung selipar. Ayunan gerak kaki dilajukan ke arah halaman rumah. Dia mendekati Ziha sambil memeluk erat teman rapatnya itu. Kedua-dua saling berpelukan dan ketawa.

"eh makcik, kau ni kan salam takde hello jauh sekali la kan...tup tup kau panggil aku hantu, ciss Duha, sampainyer hatimu!..."Ziha sudah buat memek merajuk sambil menanggalkan kacamata hitamnya. Duha sudah menghamburkan gelak ketawanya sambil memeluk kejap bahu Ziha.

"haa tau pun kau ye makcik....yang kau tu...siapa suruh kau gi bunyikan hon kau sekuat-kuat alam sampai tembus gegendang telinga aku ngan ibu aku pepagi ni....kau tau Ziha, silap-silap bunyi hon kau tu dah mencederakan sistem pendengaran jiran-jiran tetangga aku sama kau tau, pencemaran bunyi tu kau tau...silap-silap diaorang saman kau pulak...haa naya kau Ziha!..." Duha lihat wajah Ziha sudah berkerut mendengar bebelannya.

"ala takder la kuat mana pun aku bunyi kan hon tu tadi...kau ni Duha, saja jer menambah perisa kan..." Ziha sudah menumbuk perlahan lengan Duha.

"adoi, sakit la makcik...dah dah la, jom naik ke rumah dulu aku dulu...nanti kita boleh cerita panjang. " Duha menolong menjinjing sebuah dari 2 beg yang baru dikeluarkan Ziha dari bonet keretanya. Mak aai, beratnya...ada tong gas kut dalam beg si makcik ni, berat gila!

Duha membawa Ziha masuk ke dalam biliknya.

"Ziha, inilah bilik aku...kita kongsi bilik la ye...rumah aku ni ada 2 bilik jer, satu bilik ibu aku, satu lagi tentulah bilik aku...sempit sikit aar, kau pun maklum hidup aku sekeluarga macammana kan..." Duha sudah meletakkan 2 beg Ziha di sudut katil usang yang menjadi tempat pembaringan sejak zaman sekolah dulu. Katil yang dibeli arwah abahnya masih dijaga dengan elok hingga kini. Ziha menghampiri Duha lalu memaut bahu rakan baiknya itu. Duha menoleh pada Ziha yang sudah tersenyum padanya.

"ala , aku tak kisahlah Duha...yang penting aku dapat habiskan cuti 2 minggu yang masih ada ni sebelum kita mula bertugas nanti...nak sangat merasa suasana hidup di kampung halaman kau ni...aku nak sangat merasai jadi budak kampung, pengalaman yang tak pernah aku dapat sepanjang umur aku ni...soal tempat tinggal atau yang lain-lain aku tak kisah la Duha...kalau kau boleh, kalau kau mampu, aku pun mesti boleh..kan?..so jangan lah bimbang sangat tentang aku ok?...aku ni kan Ziha, kau macam tak kenal aku...walaupun aku ni anak manja, aku kuat semangat tau!" Ziha mencubit pipi mulus Duha yang sudah tersenyum kecil padanya. Mereka sama-sama berbalas senyuman.

Duha menarik tangan Ziha.

"jom kita ke dapur. Kau kan nak berkenalan sangat dengan ibu aku kan?...ibu aku pun dah tak sabar nak jumpa kau...nak tengok kau...live in person, the one and only Ziha...Ziha yang manja, Ziha yang comel, Ziha yang keletah, Ziha yang banyak mulut...dan Ziha yang baik hati...sangat-sangat baik hati!..." Duha sudah menarik tangan Ziha keluar dari bilik kecilnya. Ziha hanya mengikut sahaja langkah Duha. Matanya sempat menjelajah di ruang tengah rumah tu. Terdapat sebuah peti tv lama bersaiz 20" yang terletak dia atas sebuah almari kayu yang serasa Ziha dibuat sendiri untuk meletakkan set tv tersebut. Terdapat juga 2 tingkat rak yang dibina pada almari kayu tersebut yang disusun beberapa buah buku dan kitab. Nampak begitu tersusun rapi dan dijaga dengan baik buku-buku itu. Ada set kerusi rotan lama tapi masih berkeadaan elok dan rapi tersergam di tengah-tengah ruang rumah itu. Ada sebuah meja rotan empat segi yang terletak di tengah-tengah kerusi-kerusi rotan tadi. Mereka sudah melangkah turun ke tangga batu yang dibina untuk ke ruang dapur.

Di ruang dapur yang sangat bersih pada pengamatan Ziha itu dia melihat seorang wanita separuh umur yang sedang duduk diatas sebuah bangku kayu sambil memegang kelapa yang digerak-gerakkan pada besi yang bersambung dengan bangku tersebut. Ziha tidak pasti apa yang sedang wanita itu lakukan. Dahi Ziha sudah berkerut...ek, apa pulak yang ibu Duha buat tu? benda apa tu ek?...peliknye!

"ibu, nilah Ziha kawan Duha masa belajar kat Ireland dulu, Ziha yang selalu Duha ceritakan pada ibu dalam surat tu...ni Ziha yang ibu nak jumpa sangat-sangat tu...inilah tetamu istimewa yang kita tunggu tu ibu...."Duha sudah memaut bahu Ziha sambil tersenyum pada ibunya. Ziha lihat wajah bersih jernih penuh keibuan di hadapannya itu sudah tersenyum. Ziha membalas senyuman lalu menghulurkan tangan kanannya pada wanita tersebut. Perlahan-lahan tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Rapat sekali. Dahinya dikucup perlahan sambil kedua-dua belah pipinya dipegang dengan kedua-dua tapak tangan oleh wanita itu. Ziha dapat merasakan tentunya wanita ini banyak melakukan kerja kasar di sepanjang usia. Permukaan tapak tangan yang kasar menyentuh pipinya itu adalah buktinya. Kedut-kedut pada tangan itu adalah buktinya. Saat dahinya dikucup oleh wanita itu satu perasaan yang sangat sukar Ziha gambarkan. Sayu dan syahdu sekali.

"Duha banyak cerita pada makcik pasal Ziha...makcik terharu sangat Duha dapat kawan rapat yang baik hati dan mulia pekerti macam Ziha ni...makcik ni banyak terhutang budi pada Ziha dan keluarga yang banyak tolong Duha masa belajar kat sana dulu....makcik ni mana lah mampu nak kirim duit pada Duha ni Ziha...nak harap duit motong getah tu berapa sen la sangat dapatnya nak...kadang-kadang tu makcik sedih jugak kenangkan nasib Duha ni, nasib dia tak macam budak-budak yang lain...syukurlah pada Allah yang kirimkan Ziha pada Duha...makcik tak dapat nak balas segala budi baik dan pertolongan Ziha dan keluarga tu...Allah sajalah yang membalasnya nak..." Ziha sudah mahu menitiskan airmata tapi lekas-lekas ditahan bila mendengar kata-kata dari bicara wanita cekal dihadapannya ini. Biarpun wanita itu yang diberitahu oleh Duha pada Ziha tidak pernah berpeluang ke sekolah kerana kemiskinan keluarganya tapi dia bersungguh-sungguh dan bermati-matian memastikan Duha, anak tunggalnya itu mendapat pendidikan hingga peringkat tertinggi...dia sanggup berkorban apa sahaja demi itu. Dalam diam, Ziha mengagumi semangat dan kecekalan wanita di hadapannya itu. Tangan wanita itu digengam erat. Senyuman manis diberikan padanya.

"takda apa sangat yang Ziha dan keluarga buat untuk Duha tu makcik...tak perlu lah disebut-sebut ye. Saya ikhlas pada Duha makcik....begitu juga papa dan mama." Ziha lihat wanita dihadapannya itu sudah mengesat airmata yang menitis dengan hujung baju kurungnya. Duha dilihat sudah memaut bahu wanita itu.

"ok ok ...slot drama minggu ni sudah tamat. Ibu aku ni kalau kau nak tau memang ratu airmata Ziha...dulu Neng Yatimah pun leh kalah ngan ibu aku ni kau tau kalau part nangis ni...kan ibu kan..."

"aduh...ibu ni, orang gurau la..." Duha sudah terjerit kecil bila dicubit oleh ibunya. Ziha sudah ketawa melihat aksi kedua beranak itu. Mesra!

* * * * * * *

Mata Ziha sudah membuntang melihat pelbagai hidangan dihadapannya saat dipanggil ke dapur oleh Duha untuk makan tengah hari. Tadinya dia mahu menolong kedua beranak itu untuk memasak tapi ibu juga Duha tidak mengizinkan dan memintanya berehat di bilik saja. Mahu jugak dia merasa macammana memasak menggunakan dapur kayu. Kata mak lijah; pembantu rumahnya di Serdang sana masakan yang dimasak dengan menggunakan dapur kayu jauh lebih sedap...lebih enak rasanya dari memasak cara moden sekarang, lagi-lagi kalau kayu api yang digunakan adalah kayu getah atau kayu dari dahan dan ranting pokok rambutan.

Hmmm sedapnya! Ziha memerhati satu persatu pinggan yang berisi lauk dihadapannya saat tu, ada yang sudah biasa dimakan di rumah....ada gulai lemak cili padi telur itik dengan asam belimbing, ada kerabu bunga betik, ulam pegaga serta sambal belacan, ikan kembung bakar dengan air asam, sambal tumis ikan bilis...erk yang tu lauk apa pulak, nak kata sambal kentang bukan. Ziha sudah garu kepala...lauk ni tak pernah jejak dapur rumahnya lagi. Ziha sudah menyiku badan Duha yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Duha angkat kepala sambil memandang pada Ziha...dilihat Ziha sedang memuncungkan mulut ke arah pinggan lauk dihadapannya. Laa makciknya...tu lauk-pauk la, takkan kertas pulak wei, issy Ziha ni, seligi kang!. Dilihat Ziha sudah memegang pinggan yang berisi lauk yang satu itu. Duha sudah tersengih...haa ni aku konpem kau tak pernah rasa lagi Ziha!

"tu lauk la makcik...makanlah, sedap...aku suruh ibu aku masak special untuk kau tau. Bukan senang nak buat lauk ni...kena ada musim dia, baru boleh dapat bahan mentahnya tu. Langkah kau tu memang langkah kanan, semalam ada orang kat kampung seberang hantar kat ibu aku tu yang dapat buat lauk yang sangat special ni untuk kau...ha makan la, apa yang kau tenung jer pinggan tu..." Duha sudah mencedukkan kan lauk special tersebut ke dalam pinggan Ziha. Ziha mencapai sedikit lauk yang seakan-akan hirisan kentang yang digoreng bersama ikan bilis dan cili...dibuat sambal goreng. Hmmm, sedap ..lemak, pedas...Ziha mencapai sedikit lagi lalu digaul bersama nasi dan disuap ke dalam mulutnya. Memang sedap la!..lauk apa ni ek?. Ziha lihat Duha dan ibunya yang sedang makan tersenyum padanya.

"makcik...lauk apa ni ye...sedap sungguh. Ziha tak pernah makan la lauk ni. Ini 1st time rasa...nak kata kentang bukan, nak kata keledek pun bukan...apa ye makcik?"

Duha memandang ibunya lalu mengenyitkan mata. Ziha cuba menumbuk lengan Duha tapi pantas dielak sambil ketawa. Ibu Duah turut ketawa kecil.

"Cik Ziha...kalau nak tahu, ini sambal goreng biji nangka!..."

Biji nangka?

Wednesday, June 17, 2009

Rindu Semalam -Bab 3

Bab3

"erk Kampung Simpang Pelangai, Manchis? kotak mancis ker, apsal la pelik sangat nama kampung kau tu Duha...tu kat..kat ceruk mana haa Duha?" kerut di dahi Ziha jelas kelihatan. Sempat lagi digaru-garu kepalanya dengan muka yang tak reti Duha nak discribe...lawak la kau ni Ziha!

"sah sah subjek geografi kau masa SPM dulu dapat cangkul kut...amboi, amboi...wah wah..sungguh sedap mulut kau yang lebar tu kata tempat lahir aku tu ceruk ye...mentang-mentang la kau lahir kat spital di kolumpo jangan la eksen kawan...takder ceruknye kampung aku tu, dah moden la semua kemudahan ada...memang tak sayang mulut la kau ni Ziha..." Duha dah buat-buat nak seligi kepala Ziha yang sedang elok duduk mengadapnya. Ziha cepat-cepat tutup kepalanya dengan kedua-dua tapak tangan sambil ketawa besar.

"Manchis tu untuk pengetahuan cik Aimal Faziha yang lemah mata pelajaran geografi, didalam daerah Bentong di negeri Pahang. Ikut kata arwah abah aku dulu ikut sejarah nama Kampung Simpang Pelangai tu tercipta sebab kedudukan kampung tu yang terletak di kawasan simpang dan berdekatan dengan Sungai Pelangai...eh, kau tau Ziha sungai ni kan tak jauh dari rumah aku tau betul-betul bawah jambatan...best mandi, sejuk!...la ni kata ibu aku dah tak cantik macam dulu-dulu....ok sambung cerita...oleh yang demikian, maka orang kampung pada waktu itu telah sepakat menamakan kampung aku tu Kampung Simpang Pelangai...itulah sejarah kampung aku nan tercinta ..." Duha tersengih sambil menundukkan kepalanya seperti orang memberi hormat pada Ziha yang sudah mencebikkan mulutnya.

"kau pulak...kampung kat mana Ziha?" Duha sudah menongkat dagu dengan tangan kanannya yang ditekan pada meja empat segi tempat mereka serumah menjamu selera. Meja yang dibeli oleh papa Ziha bila kasihan melihat puteri tunggalnya itu makan bersila di atas lantai sewaktu dia datang melawat Ziha ketika mereka sudah 2 minggu berada di tanah Ireland. Baiknya Datuk Yahya...inilah untungnya dapat serumah dengan anak tunggal Datuk yang kaya raya...hehehe

Duha lihat Ziha sudah menundukkan kepala memandang lantai...ahh sudah, aku salah cakap ker ni..

"Ziha...kau ok ker?...maaflah... kalau soklan aku tu kau tak suka nak jawap takpe, kita skip jer soalan tu...kita jump ker soklan lain pulak ye..." Duha cuba memancing reaksi Ziha. Dilihat Ziha perlahan-lahan mengangkat muka lalu...

"kampung aku tidak jauh mana, happening selalu, best ... 24jam kau tau Duha....tapi sebetulnya bukanlah kampung aku yang original tapi dah sebab aku, papa dan mama sering ke sana maka aku anggap tu macam kampung aku lak jugak...lagipun papa ada rumah kat situ so bila kami balik kampung tu, kami bermalam kat rumah papa tu la..."

"Eh peliklah kampung kau tu Ziha...happening 24jam?, kampung apa tu? kat mana haa?..." Duha sudah kerut dahi. Ziha dilihat sudah menutup mulut menahan ketawa...sah nak kenakan aku la ni, ciss!

"wei..aku kan orang kolumpo macam yang kau kata...jadi kampung yang paling happening kat kolumpo ni kampung mana lagi wahai cik Duhaila Ain kalau tak Kampung Baru..."

Tanpa sedar ketawa kecil terpantul keluar dari mulut Duha tatkala kenangan itu bermain-main di matanya. Ketika itu mereka dalam sesi suai-kenal tentang diri dan latar belakang masing-masing. Ziha teman sebilik dari mereka mula-mula menjejakkan kaki di tanah Ireland dan disebabkan mereka satu kursus, sepengajian maka hubungan itu tambah akrab hinggalah ke tamat pengajian di sana dan hubungan mereka pasti akan tambah tersimpul erat kerana akan bertugas di hospital yang sama nanti. Ziha teman yang baik hati, kelakar tapi manja...anak tunggal lah katakan. Mereka sering bersama berdua...ke mana sahaja,sampaikan kalau seorang dari mereka tiada, maka pasti mengundang pertanyaan dari rakan-rakan yang lain. Macam kembar kata rakan-rakan tatkala menggambarkan keakraban Duha dan Ziha...ye, kembar tak siiras, kembar sepusat sepusing!

Esok Ziha akan sampai di kampung ini...katanya lewat perbualan mereka kelmarin dia ingin sangat rasa suasana kampung....merasai pengalaman yang tidak pernah diperolehi sepanjang usianya itu. Ziha siap kata papa dan mamanya sudah berpesan bermacam-macam...yang paling kelakar katanya agar dia jangan masuk ke sawah, nanti ada lintah, ada pacat macamlah si Ziha ni tak pernah jumpa lintah dan pacat...alahai Datuk Yahya, alahai Datin Marlia takkan mati puteri datuk dan datin tu kalau digigit dua makhluk tu lagipun kampung ni dah takde dah orang bersawah lagi, jangan bimbang ye!. Duha boleh merasakan keseronokan den keterujaan Ziha dari intonansi suaranya yang ceria dan gelak tawanya itu. Sempat lagi di berpesan agar Duha memastikan ibunya menjamunya dengan masakan kampung...takmau langsung lauk orang bandar dah jemu katanya.

"aku nak lauk orang kampung...yang pure punyer tau Duha, cakap ngan ibu kau ye...lauk yang aku tak pernah makan dalam seumur hidup aku ni...tu baru boleh challenge tekak aku ni kawan...jangan lupa tau pesanan aku ni..."

"yelah tuan puteri...patik ingat.."

"podaah la kau...jumpa esok tau.."

lauk orang bandar?...lauk apa pulak tu, issy Ziha ni macam-macam la.

Lauk yang pure kampung?...hmmm, siap kau Ziha, kita tengok nanti...resipi air tangan ibu aku pasti istimewa khas buatmu tuan puteri kolumpo!

Monday, June 15, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 31


Bab 31

Rasa macam tak percaya sahaja yang bulan depan Echa bakal bergelar isteri orang...issy, dah ready ke nak jadi Mrs Aidil Zafriel ni, alamak!...takut, gementar, seram sejuk semua bagai bercampur baur di dalam hati. Adakala sukar sekali Echa percaya yang perjalanan kisah cinta kami berdua yang penuh cabaran, dugaan, halangan dari peringkat awal-awal dulu akan diakhiri dengan lafaz ijabkabul juga sudahnya, insyaallah Echa berdoa moga segala-gala berjalan lancar. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Echa tahu sebagai manusia, sebagai muslim kita akur dengan ketentuan dari-Nya. Dan sebagai manusia sudah semestinya kita memohon pada-Nya agar tidak tidak ditimpa musibah, namun jika terjadi juga, kita kena redha, pasti ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku...berlaku atas kehendak-Nya.

Lebar sungguh senyum Echa kelmarin tatkala menatap edisi khas Vogue sempena perkahwinan dimana Echa diberi penghormatan oleh pihak penerbit sebagai menjadi penghias muka hadapan...hmmm,tak sangka cepat sungguh mereka di sana dapat menghidu berita tentang hari besar Echa yang bakal tiba lalu mereka menghubungi agensi Echa di sini untuk memberikan penghormatan ini pada Echa...seronok sungguh sewaktu penggambaran tersebut dapatlah Echa melaram pelbagai koleksi gaun pengantin dari pereka-pereka terkenal di sana. Dan semalam sewaktu Echa dan Aidil yang kebetulan sedang berada di butik si Hatta yang kreatif tu untuk mencuba gaun pengantin Echa yang direka mengikut citarasa tunangan Echa yang tersayang itu, Aidil yang yang sudah ternampak majalah tersebut yang kebetulan terletak di atas meja di butik si Hatta sudah siang-siang memberi amaran pada Echa...teruk la Aidil ni!tak suka la...Aidil kata lepas kita kahwin Echa berhenti terus jadi model...bahaya sangat, nanti orang kebas wife Aidil yang cantik rupawan ni!...issy, klise sungguh prosa kata Aidil, macamlah Echa ni yang tercantik di dunia ni...ramai lagi la model-model yang jauh lebih cantik dari Echa ni Encik Aidil ooiii...takut sangat orang nak kidnap bakal wife dia yang kasar dan brutal ni, tak kuasa!Si Hatta pun satu, siap menyokong idea si Aidil sama...menyampah betul! orang bukan buat benda bukan-bukan apa, tu kan satu cabang pekerjaan jugak...tak suka la macam ni, tak kira...orang tak nak la!..tapi...bila mak long Aidil masuk and joint the club, Echa dah kalah...aaarghhhh....

Mak Engku Noor Zubaidah pun 200% setuju dengan cadangan Aidil. Kata mak long Aidil nan seorang tu tempat isteri kan seharusnya disisi suami....aduss, ayat punyalah klasik mak long ni, ni yang Echa kalah ni!. Kata mak long lagi, Echa tak perlulah susah-susah bekerja lepas kahwin katanya. Lagipun Aidil kata mak longnya itu mampu memberi kehidupan yang terjamin buat Echa. Bukan macam tu la mak long, issy... Echa bukan kahwin dengan Aidil pasal hartanya tapi kerana kualiti yang ada dalam diri Aidil itu sendiri. Lagipun macam tak best la tak kerja, kita yang dah biasa sibuk dengan kerja, tiba-tiba kena duduk diam-diam, control ayu jadi mem besar pulak, confirmed mesti bosan giler dan mati kutu Echa nanti, mesti!...dan bila Echa cakap...cakap ker?, ngadu la sedap sikit....haa ngadu hal ni dengan muka seposen kut-kut la Aidil kesian, Aidil cepat-cepat potong ayat Echa dan kata, ok kalau nak kerja jugak, Echa kena kerja dengan Aidil...alaa, lagi tak best macam tu!taknak la keje dengan Aidil nanti asyik berkepit aje kami berdua he hulu ke hilir menyampah dan berbulu mata orang tengok tau...macam tak cukup-cukup berkepit kat rumah...paling yang Echa tak sanggup kalau nanti orang kata Echa QQ tolonglah!. QQ tu si Pot la yang bagi gelaran...
"Queen Qontrol? erk..bukan QC ker Pot?..." tanya Echa pada Pot waktu kami bertekak pasal istilah huru-hara ciptaan si Pot ni.
"ala kau ni memang tak kreatif la Echa, kau kan keturunan orang-orang sastera...jadi cuba jadi insan yang kreatif sikit...QC tu dah biasalah, kita ciptalah kod yang lain pulak, baru cun..." dengan tersengih-sengih sambil angkat-angkat kening Pot pandang Echa.
"banyaklah kau punyer kreatif Pot..tu bukan kreatif mangkuk, tu perosak istilah, penghuru-hara kosa-kata adalah....dah dah tak kuasa aku ngan penjenamaan kod baru ni, cun kunun!...cun taik kucing!.."
Pot memang huru-hara dari dulu...tapi sikapnya yang huru-hara itulah agaka daya penarik hingga mampu mencarikan hati abang chik...Echa ada beritahu Pot juga pasal berhenti kerja lepas kahwin ni...yelah Pot kan kawin sekufu Echa, mesti dia akan 500% berdiri di belakang Echa menyokong pendirian Echa..tapi...
"ala kau ikut la kata dia...si mamat tu kan laki kau nanti, kau jangan Echa nanti kau tak cium bau syurga...issy, jadi penghuni neraka tau isteri yang ingkar dan derhaka ni..."
ciss, si Pot pun sama satu pasukan dengan Aidil!...bencinyer!

Lalu persoalan tu Aidil dan Echa tinggalkan dulu...tunggulah persidangan dengan ahli majlis yang lain kata Aidil..ahli majlis yang lain? sapa pulak ni? ahli majlis amenda pulak ni?....Aidil senyum-senyum aje, langsung tak mahu jawap bila Echa desak...tunggu katanya, sabar ok...eeei, saja je tau Aidil ni!

Minggu depan Echa dah mula cuti..yahhh, seronoknya balik kampung...dan semalam mak telefon siap cakap jangan balik memandu sorang-sorang ...bahaya...blah blah blah...aduss mak ni, mulalah bukak kitab dia tu...susah jugak nak jadi pengantin ni ye...macam-macam larangan...macam-macam pantang...

"yes madam.." dalam ketawa Echa membalas arahan mak. Mak..mak.

"jangan nak beryes-yes adik...ingat apa yang mak cakap ni tau...balik dengan abang lang ye...abang lang dah telefon mak kelmarin...katanya dia nak habiskan cuti dia sampai majlis adik tu selesai, elok sangat la tu boleh gak tolong abah ngan abang teh sama abang chik mana yang patut...makpun dah pesan dia bawak adik sama esok, jangan bagi adik memandu sendiri..." panjang lebar mak berhujah. Alahai mak Echa ni...takut sangat anak dara brutal dia yang sedang berdarah manis ni balik memandu sorang-sorang...hehehehe

ala, Echa ok apa mak...macam tak biasa lepaskan Echa pandu sorang-sorang sebelum ni...

"ye mak..adik ingat. Insyaallah esok tengahhari kami selamat sampai di kampung. Abang lang dah cakap semalam kat adik dah...mak esok masak best-best taw...mak asam pedas ikan parang tau mak sama telur masak kicap...mesti yang powernyer tau mak..."

"issy budak ni..yelah nanti mak masakkan...ni, hati-hati pesan kat abang lang, jangan nak bawak kereta macam pelesit pulak..abang lang kamu tu bukan mak tak tahu kalau bawak kereta, macam nak terbang..."

"hehehe, ok madam, pesanan akan segera disampaikan pada abang lang...assalamualaikum mak."

Terdengar sahutan salam di talian sebelah sana.

yaaa...esok balik kampung...yeehaaaa....best best!

Rindunya pada mak..abah..abang teh....abang chik.

Teringat kata-kata abang chik lewat perbualan kami malam kelmarin..

"adik...adik tak rindu ke pada kawan-kawan baru adik kat sini..."di hujung talian sudah kedengaran tawa abang chik...mesti nak kenakan orang ni, ciss!

"kawan-kawan baru?...mana adik ada kawan baru kat sana...mengarut aja abang chik ni.."

"ala mentang-mentang dah terkenal, lupa ye kawan-kawan baru yang sama-sama adik bersembang kat tepi sungai masa balik kampung hari tu..."

Terdengar ketawa yang sangat nyaring di hujung talian sana...sah! jahatnye abang chik..jaga la!

kambing?...eei tak kuasa!

Friday, June 12, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 30

Bab 30

Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas lalu tubuh kecilnya diloloskan memasuki kamar sederhana besar itu. Sesusuk tubuh langsing, tinggi lampai dilihat sedang berdiri di jendela langsung tidak terkesan dengan kehadirannya di situ. Dia menggelang-gelengkan kepala sambut mengukir senyuman. Merajuk konon...tak nak bercakap, tapi curi-curi intai orang tu dari jendela ye...

"ehemmmm...dengar kata orang dalam bilik ni merajuk...dah tak nak bercakap dengan orang tu...dah tu, buat apa lagi diintai-intai....orang tu dah lama balik pun cik adik....dah orang dalam bilik ni buat tak tahu aja dari tadi, apa guna ditunggu lagi kan...baik balik tidur, lagi best...."Humairah mengumpan Echa dengan kata-kata usikannya. Dilihatnya Echa sudah berpaling sambil memuncungkan mulut padanya. Lucu.

"ala..dia yang mula dulu la kak long bukan adik....mulut tu sesedap aje kutuk orang...ketawa sampai tak ingat orang keliling, seronok sangat dapat gelakkan orang...eeei, menyampah tau!...rasa macam nak sumbat mulut dia dengan pasta kat restoran tu tadi..."

Bahu adik ipar bongsunya itu dipaut mesra. Adik iparnya itu sudah melabuhkan kepalanya pada bahu Humairah. Manja!. Jari-jemari nan runcing itu digenggam erat.

"kesian kak long tengok Aidil tadi...dari air muka dia kak long tahu dia sikit pun tak terniat nak kutuk adik...apalagi nak ketawakan adik. Adik kan lebih kenal tunang adik sendiri. Aidil kan bukan begitu orangnya...adik sendiri tahu itu cuma sekadar usikan, gurauan sahaja, tak perlu la ambik hati macam ni...merajuk teruk sampai tak bertegur dari keluar restoran, kan?..peribadi dirinya sangat kak long kagumi. Kak long tak pernah tengok dia semuram tadi...nampak teruk sangat dia...dia risau sangat bila adik langsung tak bercakap dengan dia...katanya baik dia terjun bangunan sebab sedih dah tak dipedulikan tunang tersayang lagi..."

Echa dilihat serta merta menegakkan badan. Matanya yang sedia cantik itu sudah membulat!.

"aa...apa kak long kata...Aidil nak terjun bangunan?...biar betul ni kak long...janganlah takutkan adik kak long....kak long, betul ker ni?" tangan Humairah sudah digoncang kuat oleh Echa. Raut wajahnya sudah mempamerkan keresahan. Haa...panik kamu adik, tulah merajuk lagi...rasakan!.Humairah sudah ketawa didalam hati. Dia cuba mengawal diri. Tidak mahu permainannya dapat dikesan Echa. Sengaja mahu terus mengusik Echa.

"haah...dia cakap tadi kalau dah adik tak mahu pedulikan dia lagi....dah tak mahu bercakap dengan dia lagi...dah tak mahu maafkan dia lagi, dia kata tak perlah...mungkin dirinya dah tak bermakna lagi pada adik...mungkin bila dia dah tak der...dah mati mungkin adik akan puashati...pastu dia terus jer masuk dalam kereta...abang long ngan kak long tanya nak gi mana, takut gak bila Aidil cakap macam tu....dia kata nak cari bangunan tinggi...lagi tinggi lagi bagus..."

Echa dilihat sudah tergesa-gesa berlari ke meja solek lantas segera menarik beg tangan berwarna hitam yang terletak disitu. Diseluk isi beg itu dengan rakus...owh cari telefon rupanya. Echa dilihat merenung skrin telefon. Berkerut-kerut mukanya...kemudian bertukar sayu. Dilihat Echa sudah menekup mulutnya. Airmata dilihat sudah merembes perlahan-lahan menyusuri pipi mulus itu. Dilihat Echa menekan-nekan sesuatu di telefon bimbitnya itu. Dilekapkan ke telinga. Humairah memasang telinga...saje menyibuk!

"awak... awak kat mana tu...tolonglah cakap....awak, saya minta maaf....awak....jangan buat saya macam ni....saya minta maaf...awak, janganlah terjun bangunan nanti saya macammana...nanti...nanti saya tak sempat kawin dengan awak....awak, dengar tak saya cakap ni....awak pleaseeee...."

"ye...ok, saya salah...saya minta maaf...panggil awak apa?....sayang?...ok, janji..iye saya janji lepas ni saya panggil awak sayang....but please janji dengan saya jangan terjun bangunan, tolong la jangan buat benda-benda macam tu ok...apa gelak-gelak ni, saya serius laa...haa?, kan ke tadi sms kata tak nak hidup lagi...and and tadi kata nak terjun bangunan pada kak long ngan abang long?...apa? saje nak test saya?...awak sedang tengok movie kat rumah?....tengok Titanic?...awak...awak ni memang melampau laa...sayang?, tak kuasa!" Echa dilihat segera menutup telefon bimbit lalu mencampakkannya di atas katil.

Humairah sudah ketawa sambil menutup mulutnya. Echa rasanya sudah dapat meneka permainannya. Dilihat Echa sudah mencapai bantal kecil lalu melempar pada Humairah lalu disambutnya. Humairah sudah menekan-nekan perutnya menahan ketawa yang makin meronta mahu keluar dari rongga mulut. Dilihat telefon Echa bernyanyi nyaring dan senyap...berbunyi lagi...dan berbunyi lagi.

"pandai ye nak kenakan orang, seronok ye buat saya macam ni....no way...mesti, sapa suruh main-mainkan saya...."

"hmmm....99 purple roses first thing tomorrow morning infront of abang long's house...no purple roses, tiada maaf bagimu...ingat tu!" Echa dilihat sudah menutup telefon bimbitnya sambil tersenyum.

"adik ni teruk betul....sian Aidil tau..."


" kak long pun sama....main-main kan adik. Kak long pun kena denda jugak.."

"pulak dah...tak aci lah adik ni..."

"memang takde aci yang duduk dalam rumah ni pun...adik tak kira, esok nasi lemak sambal sotong....no nasi lemak sotong, tiada maaf bagimu..."

Adik ni...kejam la!

Thursday, June 11, 2009

Rindu Semalam -Bab 2

Bab 2

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Manchis melalui jalan yang ibarat lingkaran ular yang sedang tidur dengan selekoh-selekoh jalan yang sempit dan tajam begitu memenatkan Duhaila. Biarpun bukan dia yang memandu tetapi Pak Musa, pemandu keluarga Ziha yang diarah papa Ziha menghantarnya hingga ke kampung tetapi Duhaila dapat merasakan kepenatan Pak Musa.Hmmm..jalan ini dari dia kecil hinggalah sudah besar panjang begini masih tak berubah....apa yang dibuat oleh kerajaan negeripun tak tahulah...harap cakap aje berdekah-dekah!

Menyusuri perkampungan orang-orang cina di daerah Telemong, terlihat dusun-dusun durian yang luas di kiri-kanan jalan. Sesekali kereta mewah yang dinaikinya berselisih dengan motor-motor yang ditunggangi para penoreh getah yang baru pulang. Melihat para penoreh yang bermotorsikal itu ingatan Duhaila terus pada ibunya....ibu juga begitu, awal dinihari sudah menunggang motor buruk peninggalan arwah abah untuk menoreh. Dulu waktu cuti sekolah Duhaila kerap menemani ibu menoreh, biarpun dilarang...pernah juga mereka terserempak dengan Pak Belang, Babi Hutan namun alhamdulillah umur masih panjang. Adakala gerun, risau Duhaila bila jauh dirantau mengingatkan nasib ibu walaupun ibu selalu berkata mati dimana-mana pun kalau sudah sampai ajal, tapi sebelum itu usahalah sungguh-sungguh untuk hidup...aahh mudah betul prinsip ibu!..Ibu yang setia mengadap pokok getah setiap dinihari biarpun sudah dipanjat usia senja sebegini....ibu, selepas ini ibu tak perlu lagi menyembah pokok getah untuk sesuap nasi....sekarang giliran Duha pula mencari rezeki...sekarang adalah waktu untuk ibu bersenang-senang!

Lamunan Duhaila terhenti tatkala mendengar bunyi hon dari motorsikal para penoreh yang berselisih dengan kereta yang dinaikinya. Ada juga yang menoleh pada Duhaila dan Pak Musa. Mungkin mereka jarang melihat kereta jenis mewah memasuki kawasan di daerah ini.Pak Musa cuma tersenyum memandang para penoreh tersebut.

"ramai sungguh penoreh cina disini ya Duha...tua muda, semua la..."pertanyaan dari Pak Musa itu memecah kesunyian antara mereka. Duhaila menoleh sekilas pada Pak Musa yang masih tekun memandu.

"daerah ni memang orang dia jer Pak Musa....kalau adapun orang kita boleh kira dengan jari je..."

"ooo...macam tu ka...di kampung Pak Musa pulak banyak orang keturunan Siam, tapi bukanlah menoreh, depa pesawah aja..."

"Pak Musa orang mana?"

"Perlis..."

Duhaila menganggukkan kepala sambil membalas senyuman Pak Musa.

Memasuki perkampungan melayu di daerah Simpang Pelangai, hati Duhaila dipagut rasa sayu...melalui bangunan Sekolah Rendah Simpang Pelangai nostalgia zaman sewaktu di alam persekolahan bagai terlayar di depan mata...manisnya kenangan saat itu biarpun ketika itu dia tidak seperti anak-anak sekolah yang lain. Pakaian juga kasut sekolah jarang benar berganti, tapi Duhaila mengerti akan kesempitan hidup mereka sekeluarga. Baginya sudah dapat pergi ke sekolah sudah memadai...setakat tidak berganti baju dan kasut sekolah dia tidak akan sesekali berkecil hati jauh sekali merajuk, dia sedar ibu bertungkus-lumus menyembah pokok getah demi menyekolahkannya, pengorbanan itu sudah terlalu besar buat dirinya...

Kereta mewah yang dipandu Pak Musa sudah berhenti dihadapan sebuah rumah kayu yang sedikit usang...ya itu rumahnya, rumah yang begitu banyak meninggalkan nostalgia sepanjang hampir 23 tahun dia hidup di muka bumi Allah ini...ya itulah juga rumah yang sudah lebih 5 tahun ditinggalkannya. Duhaila melangkah perlahan keluar dari kereta. Dia berdiri memandang rumah yang teguh berdiri dihadapannya saat itu. Tiada apa yang berubah...sedikitpun tidak, masih kekal seperti dulu...tangga, pintu, tingkap, pokok-pokok bunga disekeliling semuanya....masih rapi dan kemas dijaga ibu.

Dari arah belakang Duhaila melibat kelibat ibu yang sedang menutup pintu pagar belakang sambil mengepit sesuatu dilengannya...hijau...daun apa pulak tu?....dan saat ibu terpandang susuk tubuhnya yang sudah berdiri di halaman rumah sambil tersenyum melambai, Duhaila sudah melihat langkah ibu makin laju menghampirinya. Mereka saling bertatapan...air mata mula tumpah dari kelopaknya...dan dia sudah dalam dakapan ibu. Saling memeluk. Erat sekali. Ibu mencium seluruh wajahnya. Esak tangis saling bersaing antara mereka. Pak Musa yang berdiri tercegat hanya memerhati dengan wajah sayu.

"alhamdulillah, syukur ibu pada Allah Duha dah selamat balik...gembiranya hati ibu ni Duha, ni tengok ibu baru petik pucuk paku di tepi sungai tadi. Ibu tahu Duha sampai hari ni jadi ibu nak buat kerabu pucuk paku yang Duha suka sangat tu...kan Duha cakap dah rindu nak makan kerabu pucuk paku yang ibu buat...haa karang Duha makan banyak-banyak ye...sambal tumis telur pun ibu dah siapkan pagi tadi lagi...ikan masin pun ibu dah siapkan tinggal nak goreng aje..."

Duhaila tersenyum melihat keseronokan ibu bercerita. Pelukan pada ibu masih belum terlerai..rindunya dia pada wanita ini. Duhaila lihat ibu tiba-tiba berhenti bercakap bila baru menyedari kehadiran Pak Musa di sisi mereka. Duhaila sudah tersenyum melihat kerutan di wajah ibu.

"ini Pak Musa ibu...Pak Musa ni pemandu papa Ziha ....Pak Musa, kenalkan inilah ibu Duha, Fatimah..."

Duhaila lihat Pak Musa menganggukkan kepala pada ibu. Ibu juga begitu...aah sudah macam orang Jepun pulak ibu dan Pak Musa ini...Duhaila tiba-tiba ketawa kecil namun cepat-cepat disembunyikan.

"eh moh la naik ke rumah dulu....Duha ajak Pak Musa nyer naik sama...boleh kita makan tengahari sama-sama...ibu ke dapur dulu ye..."

"jemput naik Pak Musa...rumah buruk aje ye...tak macam rumah Ziha di Serdang tu..."

"issy apa pulak buruk Duha...elok tegak ni rumah kamu, cantik Pak Musa tengok...ibu kamu pun cantik sama tau...berkenan pulak Pak Musa pada ibu kamu, hehehe."

Laa Pak Musa ni..ke situ pulak dia...issy!

Monday, June 8, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 29

Bab 29

" haa? cite yang tu ker, yang dialog dia ...you jump, i jump tu kan...aduh hai sayang, sejak bila pulak taste you dah tukar channel ni...ada ke minat Titanic, issy, kelakar la..."

Aidil sudah melambakkan tawanya. Echa sudah menjeling tajam pada Aidil dengan muka yang masam mencuka...menyampahnyer, cantik sangat la ketawa macam orang sewel tu!..apa, kalau minat cite Titanic ni kira dah jadi jiwang la ye...orang nak jiwang ker, nak leleh ker sukahati orang laa....apasal nak ketawakan orang macam nak runtuh restoran ni...bencinyerr!!!!

"Aidil ingat sayang tak suka la cerita romantik macam tu. Kurang-kurang Terminator Salvation ke, match la jugak ngan karektor sayang yang sedia ganas tu...ini cerita cinta jiwang, sekapal dengan si Fuad karat tu la jawapnya sayang ni ye..."

Amboi sesedap mulut aje mengata orang ganas dah tu sekapal ngan si Fuad pulak...apa, orang ganas tak boleh minat cerita romantik ke...suka hati kita la, sibuk jer!, dengus Echa dalam hati. Sakit betul hatinya melihat ketawa Aidil yang sengaja mentertawakan dirinya di khalayak ramai, sudahlah mereka makan di kawasan terbuka di restoran Rebung , mata-mata yang jelas memandang ke arah meja mereka saat Aidil melambakkan ketawanya tadi sangat menyakitkan hati Echa...eei, menyampahnya dengan Aidil ni, renyuk-renyukkan mulut dia baru padan ngan muka dia, saje jer nak malukan orang tau!

Aidil perasan yang Echa langsung tidak bercakap dengannya sejak mereka masuk ke dalam kereta selepas makan malam tadi. Echa dilihat memandang keluar tingkap sahaja, langsung tidak menoleh padanya. Aidil langsung tidak langsung menduga Echa terasa hati dengan usikannya tadi. Tidak terniat dihatinya untuk mengecilkan hati belahan jiwanya itu. Echa dilihat agak sensitif kebelakangan ini. Mudah terasa...mudah tersinggung.

Aidil menoleh pada wajah mulus disebelahnya...masih memandang keluar, langsung tidak terusik dengan deheman yang sengaja dibuat Aidil untuk menarik perhatiannya...ahh sudah! macam mana nak pujuk ni?, aduh, matilah kau Aidil... bisik Aidil sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"sayang...are you still angry with me?...i'm so sorry ok. Please don't keep silence like this, talk to me please...kalau sayang nak belasah Aidil sekarang pun takper, Aidil terima dengan rela tapi tolonglah jangan diam...jangan bisu macam ni, Aidil risau laa sayang..."

Lantaklah...sapa suruh sakitkan hati orang!...rasakan!

Echa masih terus-terusan membisu. Saat kereta Aidil membelok ke simpang masuk ke rumah abang long Echa, situasi sepi di dalam kereta masih begitu. Echa tetap enggan membuka bicara, apalagi memaafkan Aidil. Aidil sudah hilang tumpuan...kenapalah mulut ni begitu lancang berbicara tadi..issy, sungguh la Aidil rasa begitu menyesal kerana terlanjur mentertawakan Echa. walau tidak niat menyinggung hati insan tersayang, Aidil lupa hati manusia sukar diduga...inilah padahnya bila bercakap sehendaknya!

Echa langsung tidak menunggu Aidil membuka pintu untuknya seperti selalu. Setibanya di depan pintu pagar rumah abang longnya, pintu kereta dibuka segera lalu Echa terus meluru masuk ke dalam rumah membiarkan laungan Aidil. Langsung tidak diendahkan suara Aidil. Amir Hamzah dan isterinya Humairah juga Amir Zainal serta Amir Hanif yang kebetulan sedang bersantai sambil berbual di bangku di tepi kolam terkejut dengan laungan Aidil. Amir Hamzah dan Humairah bangun lalu menapak ke sisi kereta Aidil yang sedang bersandar di pintu kereta sambil mengurut belakang tengkuknya. Bahu Aidil dipaut mesra oleh Amir Hamzah. Humairah yang berdiri di sisi Aidil memandangnya sambil tersenyum.

"Gaduhlah ni, kan?...hmm, macam budak-budak korang berdua ni."tingkah Amir Hamzah sambil mengangkat keningnya pada Humairah.Kedua-dua sudah ketawa kecil.

"salah saya abang long, saya penyebabnya...mulut saya yang celupar, break mulut ni kadang-kadang tak makan, tu yang terbabas...saya gelakkan dia sebab dia kata minat giler kat filem Titanic...saya tak niatpun abang long, suka-suka aje nak usik dia...tak sangka lak jadi macam ni..aduhhh."

"terbabas then terus masuk longkang lah ye Dil...hehehe"

"macammana ni abang long, kak long...dia tak bercakap sepatahpun ngan saya dari kami keluar restoran tadi, sampai langsung tak mahu pandang muka saya ni, marah sungguh dia, habislah saya kali ni..." rintihan Aidil tu disambut dengan senyuman oleh Amir Hamzah. Bahu Aidil dipaut erat.

"jangan risau la Dil..kejap jer rajuk cik kak tu...2 3 hari baiklah dia, habis lamapun seminggu, dah jangan kerut-kerut muka macam ni, hilang handsome..hilang macho la bro....Echa tu memang macam tu kalau bab merajuk...kami ni dah masak sangat ngan perangai dia...dulu masa kecik-kecik pernah dia sekali dia merajuk panjang dengan kami semua...lebih dari seminggu tak bercakap ngan abang-abang dia ni...memang kamilah yang salah, pi pedajal dia sama kawan dia, tolak diaorang berdua dalam sungai sampai kena marah ngan mak...sudahnya dia boikot kami, masak kami Dil...mati kutu dibuatnya, yelah rumah yang selalu riuh dangan mulut popcorn dia tetiba senyap, macam kena attack ngan raksaksa gaban lak, teruk kami kena sembur ngan mak abah...adik adik..."

"aduhh abang long jangankan 2 3 hari...setengah hari tak dengar suara dia saya dah mati akal bang...mahu tak boleh buat kerja saya nanti...macammana nak pujuk ni dia ni bang, saya dah putus idea ni..tolonglah bang..kak..."

Raut wajah Aidil yang murung itu meraih simpati Humairah.

"Aidil baliklah dulu ye...nanti kak long cuba pujuk Echa...kejap jer tu rajuknye, Aidil jangan bimbang...dah malam sangat ni, esok pagi nak keje kan..so better you make a move first young man...about your sweetheart, just let me handle her ok, trust me..." Humairah melemparkan senyuman sambil memandang wajah Aidil yang dilihat masih kebingungan. Kesiannya Aidil..adik ni, nakal sungguhlah!

Kereta Aidil bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah. Aidil membunyikan hon sambil mengangkat tangan. Amir Hamzah dan Humairah membalas lambaian Aidil. Amir Hamzah memaut bahu Humairah sambil bergerak masuk.

"apasal tu Dil tu abang long, alang tengok muka macam cencorot tertelan roti krim jer..." Amir Zainal yang turut berada disebelah sudah ketawa kecil mendengar kata-kata adiknya...cencorot tertelan roti krim, eh cencorot tau makan roti krim ker?..macam-macam aje alang ni laa..

"hmmm...apalagi, adik laa...kes merajuk...hai adik adik....la ni kita serahkan tugas memujuk tuan puteri tanjung bidara itu pada kak long....kita nak tengok handal tak handal kak long kita ni kan..."Amir Hamzah sudah mengangkat-angkat keningnya pada Amir Hanif dan Amir Zainal. Humariah mencebik bibirnya pada Amir Hamzah..

Ni Humairah tau...see the legs laa..takat pujuk adik tu, macam kacang rebus jer!

Rindu Semalam -Bab 1

Bab 1

5 tahun dulu kedatangannya ke sini bukanlah sebenar-benarnya dengan sepenuh hati...sepenuh jiwa. Keputusannya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di bumi asing ini lebih kerana membawa hati yang lara. Sekeping hati yang dilukakan dengan semahu-mahunya oleh insan yang suatu waktu dahulu sering dipuja dalam diam..dikaguminya kerana budinya yang tidak terbalas. Insan itulah pencetus semangat, memberi bantuan juga dorongan tanpa erti penat lelah agar dirinya berjaya di dalam hidup biarpun tika itu dia cuma gadis kampung yang serba serbi kekurangan. Ibu yang merupakan satu-satunya saudara yang dia ada di atas muka bumi ini cuma bekerja mengambil upah menoreh di kebun orang demi meneruskan kelangsungan hidup mereka berdua selepas pemergiaan ayah. Kehidupan yang serba daif tidak memungkinkan dirinya mampu meneruskan persekolahan ke peringkat tertinggi jika bukan dengan bantuannya...ya, dengan bantuannyalah diri ini mampu berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sini...ibu yang sangat gembira ternyata tidak mampu berkata apa-apa untuk melahirkan kegembiraannya di kala itu. Pasti ibu bangga kerana dia satu-satunya dari kampungnya yang berjaya mendapat tawaran ke luar negara...dengan segala kepayahan hidup siapa sangka dia mampu melangkah sejauh ini...kalau tidak dengan bantuan dia namun alangkah ironinya hidup, dia yang menghulurkan pendayung, dia jugalah yang menghanyutkan diri ini ke tengah lautan..terkapai-kapai sendirian!...tidak disangka-sangka dia tega melukai hatinya yang sudah tepu dengan rasa kasih yang kemas tersimpan sejak sekian lama...

Pergi!...pergi!...tidak ingin diingati lagi kenangan itu...kenangan yang cukup merobek jiwanya. Cukuplah hatinya hancur ketika itu dan betapa sukarnya dia bangkit semula demi meneruskan janjinya pada ibu. Ibu yang tahu kisah pilunya terlalu banyak memberi dorongan. Alangkah tidak adilnya dunia ini pada fikiran remajanya saat itu...kenapa ditimpakan padanya dugaan sehebat itu kala dirinya masih memerlukan dia. Namun dirinya tidak tega menghancurkan kegembiraan ibu...biarlah dilontar jauh-jauh kasih yang tidak kesampaian itu...biarlah ia berkubur!

Masa bagai terlalu singkat dirasakan. Diam tak diam, pejam celik sudah lebih 5 tahun dirinya mengharungi hidup di bumi asing ini dengan segala kepayahan. Kepulangannya esok sesuatu yang bererti buat dirinya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jika tidak kerana peristiwa pilu itu mana mungkin dirinya mampu berjaya seperti ini. Menamatkan jurusan kedoktoran dengan cemerlang, terpilih sebagai mahasiswi terbaik di dalam jurusan itu adalah kejayaan paling manis buatnya. Sisa airmata yang berbaki di pipi disapu dengan kura tangannya.

Duhaila bangun dari duduknya di tepi balkoni rumah sewa yang sudah dihuni lebih 5 tahun dahulu. Rumah yang disewa bersama 8 teman yang lain dari Malaysia. Walau mereka datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza, tingkat sosial yang tidak seiring namun hidup di rantau orang menjadikan hubungan mereka begitu akrab, lebih dari adik beradik kandung. Susah dan senang sering bersama. Langkahnya lambat-lambat diatur ke dalam bilik. Rumah yang sudah sunyi kerana kebanyakkan rakan-rakan yang menghuni rumah ini telah kembali ke tanah air sejak seminggu yang lalu. Cuma dia dan Ziha sahaja yang tinggal kerana peperiksaan untuk kertas terakhir mereka baru selesai diduduki kelmarin. Malam ini adalah malam terakhir dia di sini...di rumah ini. Rumah yang terlalu banyak menyimpan cerita suka dukanya di bumi asing ini. Selepas ini rumah ini akan dihuni oleh adik-adik junior dari tanahair yang akan meneruskan perjuangan mereka menimba ilmu di sini...

Tombol pintu bilik perlahan-lahan dipusing lalu dia mengunci kembali pintunya. Tubuh tinggi lampainya itu di bawa berbaring ke tilam yang sedia terhampar. Matanya dihala kan siling. Esok dia tidak akan berbaring di sini..di katil ini lagi. Inilah malam terakhirnya di bilik ini...di katil ini. Esok tidurnya pasti didalam pesawat dan lusa nanti tidurnya sudah pasti di katilnya yang ditinggalkan lebih dari 5 tahun dahulu. Ahhh...rindunya dia pada ibu yang tercinta...pada pondok buruk mereka...pada kampung...pada sungai...pada segala-galanya.

Bunyi ketukan dari luar pintu biliknya menghentikan lamunan Duhaila. Dia bangun dari pembaringan lalu membuka pintu bilik yang dikunci. Tersembul wajah comel Ziha yang sedang tersenyum manis sambil memeluk teddy bear busuknya. Duhaila tersenyum pada Ziha. Ziha..Ziha..tidak boleh lekang dengan si teddy bear busuknya itu.

"Duha...kau dah tido ker...aku nak tido ngan kau malam ni boleh?...esok kita dah balik Malaysia...takder peluang lagi aku nak tido ngan kau macam ni lagi..."Ziha sudah meluru naik ke atas katil dan terus berbaring. Duhaila menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecil dengan telatah keanak-anakkan Ziha.

Ziha temannya sejak di tahun pertama datang dari keluarga yang begitu berada...namun Ziha tidak pernah menganggap jurang sosial itu menjadi pemisah hubungan persahabatan mereka. Ziha banyak membantunya dari segi wang ringgit. Seringkali dia menolak bantuan Ziha...dia malu kerana sudah terlalu kerap Ziha membantunya. Walau Ziha tidak berkira, tidak sesekali membangkit..dia tidak tega mengambil kesempatan. Hidup dirantau dengan hanya bergantung kepada wang biasiswa memang memeritkan...adakala harus mengikat perut lalu harus mencari jalan alternatif demi kelangsungan hidup di sini. Duhaila mengambil upah bekerja di restoran sebagai pembantu dapur. Alhamdulillah dengan wang hasil kerja di restoran itulah dia menampung baki kekurangan duit biasiswanya untuk meneruskan hidup sebagai pelajar di sini.

"Duha...nanti kau duduklah kat rumah aku la. Hospital Putrajaya tu dah dekat dengan rumah aku kat Sri Kembangan tu...mama dan papa pun seronok tau bila aku cakap kau dan aku dapat bertugas di hospital yang sama. Mama dan papa yang cadangkan kau tinggal sama dengan kami Duha, tak perlu lah kau susah-susah cari tempat tinggal lagi."

Duhaila tidak membalas kata-kata Ziha yang sedang berbaring disebelahnya. Biarlah tawaran itu dulu. Dia ingin mendengar pendapat ibu...apa kata ibu.

"Duha...kau tak suka ke tinggal kat rumah aku?."pertanyaan Ziha itu membuatkan Duhaila berpaling mengadap wajah teman baiknya itu. Duhaila mengukir senyuman pada Ziha yang dilihat sudah mempamerkan mendung pada wajah comelnya itu. Ziha...Ziha, tak sudah-sudah dengan rajuk dia!

"bukan macam tu Ziha...kau ni suka sangat merajuk la. Nantilah aku tanya ibu aku dulu tentang tawaran mama papa kau tu bila aku sampai di kampung nanti...kan kita masih ada masa 2 minggu lagi...rasanya ibu aku tak ada masalah nak benarkan aku tinggal dengan kau sekeluarga,ibu aku kan kenal kau sekeluarga, insyaallah."

Ziha sudah tersenyum manis mendengar jawapannya. Duhaila turut tersenyum membalas.

Selamat tinggal Ireland...

Aku pulang Malaysia....

Aku kembali tanahairku!...

Friday, June 5, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 28

Bab 28

"ok Echa...last shoot, smile Echa...yes, beautiful...."Arief memberi arahan pada Echa sambil mengarahkan lensa kameranya tepat pada Echa yang sedang tersenyum sambil berdiri di atas bongkah batu di tepi bukit. Pembalikan cahaya di kala remang senja cukup cantik dilihat Arief. Dia terus merakamkan aksi Echa dengan pantas dan berhati-hati. Echa yang sedari pagi tadi lagi dilihat tanpa jemu memberikan pelbagai aksi untuk tugasannya pada hari itu. Echa yang dikenali memang sangat disenangi oleh semua jurugambar. Dia sangat professional tika menjalankan tugas yang diberi.

Arief tidak pernah lagi mendengar sebarang maklumbalas atau cerita negatif tentang si model cantik nan unik ini. Dia yang sedari dulu memang sangat mengagumi kecantikan Echa...dari saat pertama tika dia terpandang raut wajah nan memukau itu lalu tanpa disedari sesiapa dia mengambil gambar Echa secara curi-curi tika gadis itu datang menemani rakan kakaknya menghadiri sesi pemilihan model iklan. Gambar yang akhirnya telah merubah hidup si cantik ini hingga dia berada di kedudukan yang sangat membanggakan dalam dunia peragaan. Siapa yang tidak kenal Aishah Kesuma!...

Keaadaan di Bukit Fraser nan indah di waktu remang senja cukup memukau pandangan. Sebaik melihat Arief memberikan isyarat ok, Echa melangkah turun dari tepi batu tempat dia beraksi tadi. Arief mendekati lalu menghulurkan tangan mahu menyambut. Echa menggeleng sambil tersenyum. Arief menggeleng-gelengkan kepala lalu menarik balik tangannya. Dia tahu Echa sudah bertunang...sayang sekali!

"you're so...so gorgeous today....mesti Chanteq bulan ni sold outttt babe!!......"

Echa hanya tersenyum sambil menunduk badannya tanda hormat dan penghargaan atas pujian Arief si jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar untuk sesi photografi Echa petang itu. Arief turut menundukkan badannya bagai membalas perlakuan Echa. Tercetus gelak ketawa antara kedua-dua. Mereka berbalas senyuman. Arief yang digelar Arief 2H di kalangan model-model memang punya ramai peminat didalam dunia peragaan.

"thanks Arief...kalau tak dengan sentuhan ajaib kau tu, tak cantik jugak jadinya gambar-gambar aku tu...kau kan memang the best photographer in town...Arief the 2H; hottt and handsome...hehehe..." gelak ketawa yang terpancar dari wajah dihadapannya itu dipandang. Arief sudah tersenyum kecil dengan kata-kata usikan Echa. Nakal sungguh dia!...wajah yang masih belum hilang senyum manis itu dipandang sekilas. Bagai ada satu perasaan yang sukar diterjemahkan Arief saat itu...

issy, kau jangan buat hal Arief..dia tu tunang orang...

ala baru tunang je...selagi belum lafaz ijabkabul kau masih ada peluang la Arief...jangan jadi bodoh bro...!

kau jangan buat gila Arief!...

Arief meraup kedua-dua belah tangan pada wajahnya. Dari jauh dia melihat Echa sedang asyik mengemaskan baju-bajunya ke dalam beg sambil dibantu Joe. Sesekali terdengar gelak ketawa antara keduanya. Echa memang mudah mesra dengan sesiapa dan disenangi oleh sesiapapun. Sikapnya yang selamba, kadangkala keanak-anakkan dan bersahaja itu cukup menghiburkan...dan adakalanya ia begitu mempersonakan sekali dimata Arief. Dia melihat Echa sudah bergerak jauh dari Joe sambil melekapkan telefon genggamnya di telinga. Jelas di matanya ketawa yang terbit dari mulut mungil itu ketika sedang melayan panggilan yang diterima. Arief pasti itu tentu Engku Aidil, tunangan Echa yang membuat panggilan itu. Rasa cemburu tanpa diundang terbit tiba-tiba dalam hatinya...aahhh, pergi!!

"Arief...since dah selesai ni kami balik KL dulu kay..."

"thks Arief....jumpa kat office you tomorrow ye..."

"Arief...Arief...heyy Arief, kau mimpi apa senja-senja ni beb?...kau jangan buat hal Arief...dahlah atas bukit ni..."

Suara Joe dan Echa yang silih berganti mengejutkan Arief dari lamunannya. Dia melihat kedua-duanya sedang memandang padanya dengan wajah sangat lucu. Arief sudah ketawa kecil.

"aku oklah..takder apa-apa..saja teringat kucing aku kat rumah...oklah Echa, Joe thks to both of you too...jumpa korang esok...drive safely Joe...ingat-ingat sikit orang sebelah kau tu tengah darah manis..."

Joe sudah mengangkat kening pada Arief sambil menjeling dan tersenyum pada Echa.

" Arief...silap peribahasa kau kau beb...bukan takat manis jer darah cik kak sebelah aku ni...dah diseliputi madu kau tau...tu yang tak putus senyum dari tadi bila cik abang dia call...tak kuasa aku nengok..."

Arief sudah ketawa galak dengan ayat yang keluar dari mulut Joe. Dia melihat Echa sudah menumbuk lengan Joe...madu?

Iye Joe...dia memang bagai madu yang cukup misteri khasiatnya!

Thursday, June 4, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 27

Bab 27

pecah belah batu di gunung
batu dibawa ke teluk kumbar
rindu di hati tidak tertanggung
rasa di jiwa tidak tergambar...

ikan gelama si ikan kerisi
helang terbang di sisi kecapi
segala janji telah diisi
segala kasih diikat rapi...

tidak dapat ku kisahkan rasa hatiku saat ini
tidak dapat ku lukiskan dunia indahku padamu ketika ini
ia...bagaikan bunga-bunga sakura menguntum mekar indah
kembang berlingkar-lingkar di dahan nan rendang
begitulah umpama kecipak kasihmu yang indah menggamit daku
menjalar-jalar ditubuh mengisi tiap urat nadiku tiap saat dan ketika...

Echa sudah ketawa gelihati saat membaca kiriman pesanan ringkas dari Aidil sebentar tadi. Aidil atau Engku Aidil yang sudah rasmi bergelar tunangannya kelmarin...sah ni mesti si jiwang Fuad punya keje ni, Echa sudah berbisik sendiri sambil mengukir senyuman. Aidil mana mungkin dapat menyusun baris ayat yang bernada jiwang karat begini kalau tak dengan bantuan sahabat penyairnya yang satu itu...Fuad, Fuad..ada ada aje kau ye!

Echa sudah menekan butang-butang di telefon genggamnya sambil tersenyum..

amboi, pandai sungguh tuan hamba bermadah pujangga iye...terawang-awang hamba dibuatnya tatkala membacanya...gerangan siapakah tuan guru tuan hamba nan bijaksana itu, ingin sekali hamba bersua dengannya...hehehe

Tidak sampai satu minit terdengar bunyi muzik pada telefon genggamnya menandakan ada pesanan baru.

sayang ni..perli la tu...kura-kura dalam perahu pulak dia, sapa lagi si Fuad ler yang bermurah idea menyumbang ayat-ayat jiwang untuk adinda...hehehe

kan betul si Fuad, mamat jiwang karat kelas pertama!...sudah melebar senyum Echa tatkala membaca balasan dari Aidil.

Echa bersyukur majlis perbincangan antara keluarganya dan keluarga Aidil 3 minggu lepas berlangsung dengan baik dan diteruskan dengan majlis pertunangan mereka kelmarin. Echa tidak menyangka sepantas ini perjalanan hidupnya. Tidak menyangka kemelut hubungannya dengan Aidil yang disangka sudah tidak dapat diselamatkan akhirnya disempurnakan dengan majlis pertunangan yang cukup indah dan bermakna. Seluruh keluarga Echa, sanak saudara sama-sama meraikan pertunangannya itu dan mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buatnya juga Aidil. Mak abah adalah insan yang paling gembira...mungkin gembira menerima bakal menantu lelaki tunggal dalam keluarga mereka. Abang teh dan abang chik bermurah hati mengorbankan 5 ekor kambing ternakan mereka untuk majlis kenduri pertunangannya. Mak abah siap menjemput seluruh penduduk kampung ke majlis kenduri itu sedangkan ia cuma baru majlis pertunangan. Mak abah bagai ingin berkongsi rasa gembira, rasa seronok mereka dengan seluruh penduduk kampung...sukar Echa gambarkan perasaannya ketika itu. Biarpun dia cuma anak saudara pada mak abah namun dia dilayan lebih dari anak-anak mak abah yang lain. Limpahan kasih sayang mereka berdua padanya tiada tolok tandingnya...terima kasih mak!..terima kasih abah!...

Tempoh pertunangan yang hanya akan berlangsung selama 3 bulan itu dipersetujui bersama. Engku Noor Zubaidah yang mewakili keluarga Aidil tidak mahu memanjangkan tempoh pertunangan mereka kepada 6 bulan sebagaimana yang dicadangkan awalnya. Mak long Aidil itu khuatir, bimbang perkara yang tidak elok berlaku antara Echa dan Aidil lantaran mereka berdua sering bertemu samada kerana urusan kerja atau tidak. Kata Mak long Aidil lebih baik disatukan mereka berdua dalam tempoh terdekat. Mak Abah tidak membantah...abang-abang sepupu Echa juga begitu...sanak saudara terdekat juga sebulat suara...dan Aidil lah yang paling gembira sakan...tak sabar-sabar betul, dah lah dengan muka tak malu Aidil ikut serta rombongan dalam majlis pertunangan mereka, mana pernah dibuat orang..sudah la tu, tanpa segan silu siap mahu bergambar dengan Echa lagi..dengan mak abah dan abang-abang semua...kenangan seumur hidup katanya...issy gelojoh betul la Aidil masa tu, buat malu Echa jer tau!...nasib baik mak abah sporting...geleng kepala sambil ketawa dengan aksi tak malu Aidil tu...Aidil ni memang la tau!

Dan paling Echa tak sangka...paling terharu dengan kehadiran mama Aidil, Tengku Arisyah yang sudi mencemar duli ke teratak buruk keluarga Echa untuk memeriahkan majlis pertunangan kami. Walau mama Aidil kurang bercakap...hanya sekadar sepatah dua dengan mak dan abah, kehadirannya sudah cukup bermakna buat Echa...buat seluruh keluarga Echa. Kehadiran mama Aidil itu bagai memberi isyarat Echa mungkin sudah diterima olehnya...iyekah begitu Echa?..ntahlah, sungguh Echa tidak pasti benar-benarkah mama Aidil sudah menerima dirinya...menerima keanggotaan Echa dalam keluarganya itu...menerima Echa sebagai bakal isteri satu-satunya putera Tengku Arisyah...namun Echa tetap memohon pada-Nya agar dilembutkan hati bakal ibu mertuanya itu untuk menerima dirinya seadanya...menerima dia..menerima seorang Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman; gadis berdarah melayu-inggeris kedalam keluarga Tengku Arisyah yang suatu ketika dulu mengharamkan mana-mana insan berdarah keturunan dari salasilah penjajah itu dari memasukinya.

Dan Echa lah yang telah memecahkan tembok itu...memecahkan tradisi yang sudah sekian lama dipertahankan oleh Tengku Arisyah!

Wednesday, June 3, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 26

Bab 26

after midnight
i shall kidnap you from the world
and i'll keep you in my room
hush now my love and hold my hand...

after midnight
i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand...

you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me...

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only...

after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i'll watch you sleep...

you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me...

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only...

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only...

Lagu alunan vokal lemak garing si manis Yuna yang diputarkan dari cd yang dikirimkan belahan jiwanya itu dihayati dengan senyuman yang terukir dibibir...hmmm...such a beautiful melody and lyric patutlah Echa suka sangat-sangat, bisik Aidil dalam hati. Dia memutarkan lagu itu kerana si belahan jiwanya itu mahu Aidil mendengar lagu yang itu dulu. Katanya dia sangat sukakan lagu dan liriknya...indah dan seksi.

indah dan seksi? seksi??...Aidil sudah ketawa kecil saat mengingati ayat yang tertera pada kad yang diselit bersama kiriman cd itu. Saat lagu itu berhenti, Aidil kembali menekan papan kekunci di komputer riba untuk mengarahkan kursornya memutarkan semula lagu tersebut sambil dia duduk di kerusinya menghayati lagu itu sekali lagi...hmmm, seksi ye?...Echa...Echa, Aidil tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bunyi muzik pada telefon genggamnya yang terletak di atas meja mengejutkan Aidil. Matanya dibuka lalu perlahan-lahan mencapai telefon tersebut. Nama yang tertera di skrin telefonnya itu mencipta senyuman mekar di bibir Aidil...

salam...mak abah dah setuju,alhamdulillah. Mak abah cakap beritahu mak long Aidil bolehlah datang kalau nak berbincang...Mak abah harap sangat mama Aidil boleh datang sama, lebih sempurna majlis.

Aidil menekan butang di telefon genggamnya itu.

w'kumsalam syg...alhamdulillah...thks for the happiest news in my life...nanti Aidil beritahu n bincang dgn mak long k...take care syg.

Mama?

Nama yang disebut oleh si belahan jiwanya dalam pesanan ringkasnya itu membuat Aidil termenung seketika. Saat ini hubungannya dengan insan tersebut kurang mesra...mama bagai memusuhinya gara-gara dia meminta pertolongan mak long demi menyelesaikan masalah hubungannya dengan Echa yang tidak langsung diterima apatah lagi direstui mama. Walau mama sudah memberi persetujuan pada mak long untuk tidak memaksa Aidil mengahwini Tengku Layla calon pilihan mama itu dan akan menerima pilihan hati Aidil, Aidil tahu jauh disudut hati mama tetap tidak akan menerima Echa semudah itu. Dendam mama tidak akan dapat terlerai semudah itu...Aidil tahu mama...Aidil kenal hati mama.

Malam sewaktu perjumpaan mereka berempat Aidil dapat lihat lirikan dan jelingan tajam mama padanya saat mendengar keputusan mak long. Walau pada mulanya mama membantah, memarahi Aidil kerana keputusan tersebut dan sampai mahu menyingkirkan Aidil dari AAZ Holdings jika masih tetap dengan keputusan tersebut, namun bila mak long menggunakan kuasanya dan mengingatkan kedudukan mama dalam AAZ Holdings, mama terpaksa akur...mama tidak mungkin mahu kehilangan kuasanya didalam AAZ Holdings...pasti berita itu nanti akan memalukan mama...menjatuhkan imejnya dikalangan kawan-kawannya...kawan-kawan plastik mama!. Itulah kelemahan mama yang dipergunakan mak long sebaiknya. Aidil cuba berlagak biasa walaupun rasa sangat terkilan dengan perbuatan mama...kerasnya hati mama!

Aidil meraup kedua-dua belah tangan ke wajahnya. Matanya dipejamkan seketika.Walau gembira dan bersyukur dengan penerimaan keluarga Echa dengan hasratnya itu, Aidil sedikit gentar bila nama mama disebut...lebih menyulitkan mak dan abah Echa sangat berharap akan kehadiran mama pada majlis perbincangan itu nanti...aarghh, Aidil menggaru-garu kepalanya. Bingung.Risau.

mahukah mama ikut serta?...mahukah?

Telefon genggam kembali dicapai. Aidil menekan butang mencari-cari nombor...

"assalamualaikum mak long..."

"waalaikum salam...haa Aidil...any good news to share..?"

"of course mak long...Aidil nak beritahu mak long ni, mak abah Echa dah setuju...mereka dah mintak kita datang untuk bincang...Aidil datang rumah mak long malam ni ok...ada benda la Aidil nak cakap...ada request from her family la mak long and i just can't say anything about that now..."

"request?...on what?..."

"malam nanti Aidil beritahu mak long ye...ok, mak long see you tonight...assalamualaikum..."

Terdengar balasan salam dari hujung talian sana. Aidil memandang telefon genggamnya..lama direnung...Matanya dipejamkan...rapat.

Mama.....

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...