Monday, May 31, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 26

Bab 26

Langkahnya disusun pantas melepasi pintu kaca utama. Tertera megah perkataan MZ Holdings yang melatari pandangan mata dihadapan berteraskan sebuah binaan empat segi dari asas kayu jati . Salam dan ucapan selamat pagi yang dihulur Aiza, si penyambut tetamu dibalas bersama sebuah senyuman.

"cantik cik Zita hari ni." Langkah terhenti dimeja bujur bertatarias dua jambangan bunga lily putih di sudut kiri dan kanan meja berkenaan. Zita menyusuri tubuhnya dari atas ke bawah. Kening diangkat sambil memandang pada Aiza yang sedang meleret senyuman padanya

"ye ker?, biasa je saya hari ni Aiza. Hari lain saya tak cantik ye?" ketawa manis tersulam di bibirnya.

"hari-hari pun memang cik Zita cantik. Orangnya pun memang semulajadi cantik kan. Tapi hari ni cik Zita extra extra cantik." Kepala digelengkan perlahan bersama senyuman.

"macam-macam la awak ye. Duit kecil takder la Aiza."

"takper cik Zita. Takde duit kecil, duit besar pun boleh."

pecah ketawa antara kedua-duanya.

Langkah diteruskan melalui bahagian pembangunan korporat yang mulai sibuk dengan aktiviti para staff sebelum memasuki bahagian pemasaran. Matanya melihat semua mata pada setiap meja yang dilalui seakan melirik dan mengukir senyuman tatkala memandangnya. Rasa hairan bertamu juga dihati kecilnya namun dibalas juga setiap senyuman dengan seikhlasnya. Kaki terus melangkah menuju ke biliknya dihadapan. Zita tahu dia punya temu janji makan tengahari bersama pelanggan barunya lalu dia tidak mahu lewat. Mahu memastikan dia sampai awal di tempat yang dijanjikan. Disebabkan itu jugalah dia menolak ajakan makan tengahari Mr. Alex dari E-Idaman Holdings yang ditemui dalam mesyuarat mereka awal pagi tadi. Mr. Alex yang merupakan teman lama papa adalah juga pelanggan setia MZ Holdings.

Dahinya berkerut saat melihat kotak merah berbentuk hati itu diletakkan di atas meja. Sejambak mawar merah yang sungguh besar dan indah turut berada disudut meja. Matanya memandang tanpa berkelip. Senyuman manis Hanim Filza si setiausahanya bersama sebuah kenyitan membuatkan Zita hampir mahu ketawa. Nakal sungguh Hanim dengan aksi mengusiknya itu.

"siapa yang hantar ni Hanim?"

"issh cik Zita ni, dah terang lagi bersuluh...tengok kat kotak tu "from your secret admirer". Manalah saya tahu siapa peminat misteri cik Zita ni. Cik Zita la yang lebih tahu kan." Tas tangan diletakkan diatas meja. Kelopak mawar disentuh perlahan. Senyuman terbit di bibirnya kala mendengar kata-kata yang dilafazkan Hanim. Kotak merah berbentuk hati itu pula dicapai. Dibelek-belek dan dipusingkan ke hadapan dan ke belakang.

"hmm, kad pun takder ye Hanim?" Jari tangan digosok perlahan pada dagu.

"takde cik Zita. Saya tanya jugak budak yang hantar bunga dengan kotak ni tadi, dia cakap diapun tak tahu. Tuan punya kedai tempat dia bekerja suruh hantar bunga dan kotak ni saja. Nak tahu kena call kedai. Macam-macam aje budak tu. Puas pujuk pun tak jalan cik Zita. Kenyit mata saya pun tak jalan. Saya cuba gak call kedai dia, tak boleh beritahu jugak sebab ini permintaan pengirimnya. Amanah diaorang ni cik Zita."

Kepala diangguk perlahan kala mendengar penjelasan setiausahanya itu. Kotak merah yang masih dipegang diletakkan kembali diatas meja.

"tak per la Hanim. Thanks anyway."

"cik Zita tak boleh agak ker siapa gerangan si peminat misteri yang hantar barang-barang ni. Mahal bunga ni saya rasa cik Zita. Hai, kalau la tunang saya romantik macam ni alangkah bestnya cik Zita." Tangan Hanim sudah melekat ke dada bersama. Ketawa kecil terlontar dari bibir mungil Zita melihat perlakuan lucu Hanim.

"suruhlah dia hantar pada you Hanim." cebikan hadir dari bibir Hanim.

"jangan harap la cik Zita. Payah ustaz seorang tu. Macam-macam hujah yang keluar nanti. Sakit telinga saya ni. Apa nak buat hati dah suka kan...terima jer la."

"takpe la, yang penting dia ikhlas sayang you kan. That the most important element. Benda-benda macam ni tak boleh beli kasih sayang Hanim." Hanim menganggukkan kepala mengiakan kebenaran kata-kata yang diucapkan Zita.

"ok cik Zita saya keluar dulu. By the way, for your info meeting you dengan Micheal Lim of Kualiti Alam at 10.30am today is postponed to another day. Nancy call saya beritahu mother-in-law Michael passed away early this morning at Kuching. She will update me on the new date for the meeting. Saya dah hantar ucapan takziah MZ Holdings to Kualiti Alam this morning."

" Thanks Hanim. Saya dah dapat sms Michael pagi tadi. Dia kata maybe seminggu dia bercuti." Langkah sudah diatur mendekati kerusi lalu dilabuhkan duduknya di situ. Hanim sudah menghampiri pintu sebelum menoleh kembali pada Zita yang sedang mencapai dokumen didalam "in-tray".

" Cik Zita, a gentle reminder...your lunch appointment with Aaron of Caltex is at 12noon. Venue will be at Eastin. You have..." jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. "another 30 minute ok." Pen ditangan terus terhempas ke meja. Pantas pergelangan tangan diraih. Mata sudah terbuka sedikit luas.

"Oooh god, i'm going to be late Hanim. Thanks for reminding me." Tas tangan di atas meja pantas dicapai. Tangan sederasnya menyelak-nyelak perlahan dan berhati-hati helaian rambut yang disanggul cantik. Hanim yang berdiri di tepi pintu dipandang sekilas.

"how do i look Hanim? ok?" senyuman manis terukir dibibir setiausahanya itu. Kepala diangguk sambil kedua ibu jari tangan ditegakkan ke atas.

"your are gorgeous boss!" senyuman manis bertaut antara keduanya.

"ok Hanim, saya pergi dulu."

"ok cik Zita. Enjoy the date."

"Hanimmmm!" ketawa kecil sudah terburai dari bibir nakal Hanim.

* * * * * * *

Waka-waka Shakira rancak berlaku dari corong stesen Hitz.FM. Stereng digenggam kemas Zita. Mata sempat menoleh sekilas pada telefon bimbit yang terbaring di sofa kerusi penumpang disebelahnya. Teringat perbualannya bersama Azhar lewat petang tadi. Kebetulan Azhar menelefon mengirim salam rindu Sarah pada Zita. Terbayang di ruang mata seraut wajah comel itu. Kata Azhar mahu mengajak Zita makan tengahari esok dirumah mereka. Kebetulan ibu dan bapa Azhar yang baru sampai dari kampung semalam turut berada di rumah. Ibu Azhar juga lah yang beria-ia menyuruh Azhar mengajaknya datang. Persetujuannya nyata menggembirakan Azhar. Lalu kesempatan yang datang diambil untuk mengumpul data.

"bunga?", i memang tak pernah hantar bunga kat perempuan lagi Zita. My ex dulu pun tak suka bunga. Tackle dia dulu tak pernah sekalipun guna bunga."

"then guna apa?"

"eh, i ni tak cukup handsome ke cik Zita?"

"perasan sungguh!"

"Untunglah you ye, tak payah bazir duit beli bunga. Tengok muka you dia dah cair ye." ketawa Azhar nyaring kedengaran dicorong sana.

"Eh, why tiba-tiba tanya i pasal bunga ni?"

"takde la, saja je nak tahu you suka bunga ke."

"i bukan mamat bunga la Zita."

"owh. Then you mamat apa?"

"coklat. I love chocolate."

coklat?..but it just not a chocolate...the roses too.

then, siapa?

"from your secret admirer."

siapa?

aku kenal ke?..issh.

Kepala terus menerawang membelah minda. Cuba sedaya upaya mencari jawaban pada persoalan yang masih tidak ditemui titiknya. Stereng ditangan terus kemas dalam genggaman. Padel minyak ditekan. Camry hitamnya laju meluncur membelah DUKE dalam kepekatan malam.

from your secret admirer?

Thursday, May 27, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 26

Bab 26

Majalah Anjung Seri yang sejak selepas makan malam tadi berada ditangan diletakkan kembali diatas meja dihadapan. Tubuh yang tadi menjalar diatas sofa ditegakkan lalu disandarkan pada badan sofa nan empuk. Jam bulat berbingkai kaca yang terlekat didinding dipandang sekilas. Nafas dihela panjang sambil sebuah keluhan kecil dilepaskan. Tubuh yang bersalut kaftan merah delima digerakkan ke kiri dan kanan sambil kedua-dua belah tangan mencekak pinggang. Pelipis digosok perlahan. Mata kemudian beralih pada sekujur tubuh diatas sofa bertentangan. Kepalanya menggeleng perlahan. Mata kemudian beralih pada skrin tv dihadapan yang sedang rancak bercakap sendirian tanpa ada siapa yang menonton. Perlahan tubuh kurusnya bangun dari sofa lalu melangkah mencapai remote yang terletak dihujung meja. Jarinya pantas menekan butang merah pada alat kawalan jauh tersebut lalu skrin tv yang tadinya berwarna-warni dengan suara yang bermacam-macam kini sudah bisu dan warna skrin sudah bertukar gelap.

Langkah diatur mendekati sofa. Perlahan tangannya menepuk lembut lengan Azarina yang begitu pulas diayun lena. Tetap juga begitu. Tiada respon dari si teman yang begitu asyik tidurnya. Tepukan dilengan temannya itu dikuatkan sedikit. Azarina dilihat sudah sedikit bergerak sambil tangannya menggosokkan mata. Kening Azarina dikerutkan sedikit sambil mata yang terbuka dikecilkan memandang Ku'a yang berdiri didepannya. Perlahan-lahan tubuhnya yang terbaring disandarkan ke sofa.

"ada apa ni Ku'a?..hmm, kul berapa dah ni ha?"

"hang tengok tv ker tv tu tengok hang Azad?" Jarinya ditunjukkan ke arah jam di dinding sebagai menjawab soalan Azarina yang kedua. Azarina sudah menepuk dahi.

"aduh, aku tertidur ka Ku'a. Penat sungguh la aku sangat hari ni. Ingat tadi nak tengok CSI sambil baring kat sofa, sekali aku pulak yang wassalam kat sofa ni. CSI ke mana, aku ke mana." Ku'a sudah ketawa kecil sambil mengambil tempat disebelah Azarina.

"banyak kerja ka hang kat office lately Azad?, aku tengok balik lewat jer hang seminggu dua ni. Muka hang punya la payah aku nak nampak dalam rumah ni. Hari ni jer aku rasa sempat dinner ngan hang kat rumah. Yang lain tu dinner la aku sorang-sorang. Boring ja aku." Azarina sudah mengangkat kening.

"hai cik Ku'a, boipren dua ekor tu hang nak wat apa? simpan dalam peti ais ja ka chek?...wei Ku'a, masa-masa macam ni la gunanya mamat dua ekoq tu..ajak la depa pi dinner. Hari ni hang pi ngan Zaid, sok hang pi pulak ngan mangkuk sebelah rumah ni. Hang bukak mulut ja Ku'a aku gerenti la berdesup mamat dua orang tu datang berdiri depan pintu pagaq tu tunggu hang. Hang tu ja yang payah nak bukak mulut. Macam ada berlian Arika dalam mulut tu." Lengan Azarina sudah ditampar kuat oleh Ku'a. Satu jelingan diberikan pada Azarina. Azarina sudah ketawa mengekeh.

"idea gila la tu, nahas aku nanti hang tau."

"awat pulak gila. Betui apa aku habaq ni. Hang kena kenai depa tu betui-betui. Kenal tingkah laku depa. " tangan Ku'a sudah dicapai lalu digenggam erat oleh Azarina. Ku'a hanya memerhatikan tingkahlaku teman serumahnya itu. Ku'a tahu apa yang sedang berlegar difikiran temannya itu saat ini namun dia tidak ingin berkata apa-apa. Dibiarkan sahaja teman disebelahnya itu terus berbicara dan dia akan menjadi pendengar yang setia.

"Hang kena decide Ku'a. Kena pilih yang mana satu antara dua depa ni. Aku tengok dua-dua tu hanyut ja ngan hang. Sekoq terlentok kiri sekor terlentoq kanan. Mabuk dah depa berdua tu kat hang. Hang dah masuk zon bahaya ni." Ketawa kecil terlepas dari mulut mungil Ku'a. Kepala digelengkan perlahan. Kata-kata lucu Azarina mengundang ketawa spontan dari rongga mulutnya.

"wah hang ni Azad, bangun-bangun dari tidoq ja laju menderu idea bernas keluaq dari otak hang ya. Aku pun nak pi tidoq la, mana tau nanti bangun dapat idea yang super duper untuk proposal aku besaqkan tadika aku tu kan. Mana taw idea yang keluaq nanti kaw kaw punya, bank terus cakap lulus!...yahooo beb." Azarina sudah memalingkan tubuhnya mengadap Ku'a. Wajah temannya itu dipandang. Tajam renungannya pada wajah selamba Ku'a yang masih sempat tersenyum.

"hang jangan nak tukar topik Ku'a. Aku lanyak hang karang. La ni kita cita pasai hang. Pasai hang dengan dua ekoq mamat yang tengah kejaq hang tu. Dan aku selaku guardian rasmi hang ada hak untuk paksa hang buat keputusan. La ni hang kena pilih antara dua depa tu. Jangan main-mainkan hati orang Ku'a. Nanti depa bomohkan hang sampai angau ka lagi naya. Naya hang tau..naya!" ketawa kuat Ku'a tersembur saat Azarina selesai berbicara. Tubuhnya bergerak-gerak menahan ketawa yang masih bersisa mengundang rasa geram di wajah Azarina. Pantas lengan Ku'a dicubit.

"aduh! wei sakit la. Perit tau tak?" Jari jemari Ku'a laju menggosok bekas cubitan Azarina dilengan kanannya. Bibirnya sudah sedikit memuncung.

"padan muka. Buat la lagi lawak tak laku hang tu ya!"

"suka hati la aku nak buat lawak laku ka, lawak tak laku ka. Hang tu saja dengki kat aku kan sebab lawak hang langsung lak laku laku!"

Saling berpandangan sesama sendiri. Bibir menguntuman senyuman. Ketawa langsung pecah antara kedua-duanya.

Jeda.

"serius ni Ku'a. Hang ni macam mana. Hang nak madukan depa berdua tu ka ha?..tapi kan aku rasa la...depa pun tak kisah kut....janji...dapat hang!" Bulat mata Ku'a memandang Azarina yang sudah tersengih.

"nak mampus ka?' sengihan Azarina sudah bertukar ketawa.

"ya la. Kalau payah payah sangat nak pilih...ambik ja dua-dua kan. Habis cerita. Titik. Takdak sapa yang kecewa...takdak sapa yang frust. Adil dan saksama."

"adil dan saksama hotak hang!"

"betui la Ku'a."

"dah la, malas aku layan cerita mengarut hang ni. Baik aku naik tidoq lagi baguih." Ku'a sudah pantas bangun dari sofa lantas mengatur langkah ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas.

"wei, tunggu la. Cerita belum habis ni. Hang tu memang saja mengelak. Aku tak kira...hang kena jugak selesaikan cerita aku ni."

Ku'a yang sudah berada di anak tangga menoleh ke belakang melempar pandangan pada Azarina.

"hang yang mulakan, hang la yang kena selesaikan. Apa pulak kena mengena dengan aku. Sudah sudah la mengarut tu Azad ooi, dah larut malam ni, moh naik tidoq. Hang tu bukannya berani sangat pun duduk sorang-sorang kat bawah ni. Apa-apa karang jangan pulak terjerit panggil aku pulak ya." Tubuh sudah dipusingkan ke hadapan lalu langkah diatur mendaki anak tangga. Senyuman meleret sudah tersuring di bibirnya. Telinga jelas mendengar namanya dilaungkan dari arah ruang tamu.

* * * * * * *

"dia dah tau?" kepala digelengkan perlahan. Teman dihadapan sudah menepuk dahi. Sama menggelengkan kepala. Dia hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Buntu.

"mangkuk la lu bro. Ingat ni perkara main-main ke."

"kalau suruh mak aku tanyakan pun apa salahnya Mus. Lagi senang aku rasa. Dia perempuan, mak aku pun perempuan."

"kau ni jantan ker apa Rif. Tanya la dia sendiri. Payah sangat ke nak bukak mulut kau yang tak lebar mana tu. Ni hal kau dengan dia. Part mak kau belum mula lagi mangkuk!"

"segan la Mus. Aku ni dah penyegan. Dia tu pemalu. Susah bro."

"kau nak dia tak ni?"

"dah tau lagi mau tanya."

"jadi,aku cadangkan kau simpan rasa segan tu dalam tangki minyak Vios kau kat bawah tu. Kau kena ingat Rif, kau ada pesaing. Kau tak ingat hari tu sapa yang kita nampak dengan dia. Kalau kau lambat, kau yang melepas bro. Aku tarak hal, target aku tu masih disahkan solo." Mustafa sempat melemparkan senyuman meleretnya pada wajah kusut Azrief.

Hatinya memang gusar saat terserempak si pujaan hati sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang asing . Kemesraan cara mereka berbual mencerminkan akrabnya hubungan antara keduanya. Mungkin sudah lama perkenalan antara keduanya. Itu detik hatinya. Dari Mustaffa yang mengorek maklumat dari Azarina yang turut berada di Fraser Hill ketika itu yang dikatakan menemani Ku'a lelaki tu rupanya teman lama ketika mereka bertiga menuntut di universiti dahulu. Dan satu kenyataan yang keluar dari mulut Azarina yang disampaikan Mustaffa padanya begitu membuat dadanya berdebar. Lelaki itu sedang cuba mengenali dengan lebih dekat lagi si pujaan hatinya itu. Satu kenyataan yang dirasakan Azrief begitu menakutkan sekali!

Monday, May 24, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 9


Bab 9

Bila buku tebu nan keras bertemu ruas lengkuas yang padu pasti bukan calang-calang impaknya...akan patahkah buku tebu nan keras atau akan remukkah ruas lengkuas nan kukuh isipadunya...

Puan Sri Aimal hanya tersenyum lebar sambil ketawa kecil dan menggelengkan kepala. Gajet berwarna perak bersegi empat bujur di tangan dipandang sekilas sebelum diletakkan diatas meja bersebelahan cermin besar di ruang tamu berkenaan. Langkah perlahan diatur dari ruang tamu utama di banglo dua tingkatnya itu ke ruang dapur. Senyuman meleret yang masih tersirna di bibir mengundang kerutan di dahi mak wan; pembantu rumahnya namun tidak mahu bibir tua itu bersuara. Dibiarkan sahaja gelagat majikannya itu. Mungkin ada kisah atau perkara yang mencuit hatinya barangkali. Itu telahan yang bermain difikiran.

Kerusi kayu ditarik perlahan Puan Sri Aimal lalu dilabuhkan duduknya disitu. tangan mencapai jag kaca dihadapan. Mug yang tersangkut rapi di penyangkut gelas kayu ditengah meja dicapai. Air jernih dalam jug dituangkan ke dalam mug. Perlahan dirapatkan mug ke ulas delimanya. Dihirup perlahan air jernih tersebut. Matanya singgah pada jug kaca dihadapan. Jug kaca dihadapan dipegang lalu dibelek-belek. Ke kiri dan kanan. Beberapa kali dia melakukan aksi demikian. Senyuman makin mekar terkembang dari bibir manisnya itu.

Jari-jemari tua mak wan yang rancak menyiang dedaun pucuk paku tanjung yang akan dibuat kerabu tengahari nanti terhenti seketika tatkala telinga menangkap tawa kecil yang tercetus dari mulut majikannya. Perasaan ingin tahu mekar dihatinya.

" kenapa Puan Sri?.Ada cerita lucu ke ni? Dari Puan Sri datang tadi mak wan perhatikan asyik tersenyum-senyum aje. Meleret-leret pulak tu. Ni ha, dah ketawa pulak. Apa halnya tu." mata mak Jah dihala memandang wajah manis dihadapan. Mata mereka bertembung tatkala Puan Sri mengangkat wajah.

"Is, mak wan." Dahi tuanya sedikit berkerut. Apa yang terjadi pada anak tunggal lelaki majikannya itu. Anak muda itu sudah berpindah keluar dari banglo luas ini dan tinggal di kondominium miliknya. Alasan mahu berdikari dengan usaha sendiri dan lokasi kondominium yang berdekatan dengan pejabatnya dijadikan modal memujuk mamanya untuk membenarkan dia tinggal berjauhan. Bukan mudah juga majikannya itu membenarkan anak lelaki tunggalnya itu untuk tinggal di luar namun setelah syarat yang dikenakan majikannnya itu dipersetujui oleh Jeffrey, barulah dia dibenarnya berpindah keluar.sana

"Is telefon mengadu pada saya mak wan. Dia mengamuk sakan dengan pembantu rumah dia tu.Tapi yang kelakarnya mengamuk sorang-sorang. Budak tu bukan ada depan mata dia pun. Ada ke dia suruh saya sampaikan rasa mengamuk dia pada budak tu. Is, Is...dah besar panjang pun adakala macam budak-budak jugak. Geli hati saya ni mak wan." senyuman masih tidak lekang dari bibir majikannnya itu. Rasa hairan makin bermukim dihati tua mak wan. Anak mengamuk boleh lagi dia tersenyum lebar. Langsung tidak terkesan apa-apa.

"budak pembantu rumah tu dah buat apa Puan Sri? ada buat hal yang bukan-bukan ke kat sana?" kepala majikannya itu dilihat digeleng perlahan. Ketawa kecilnya tercetus.

"ke budak tu ambik barang Is, Puan Sri? ada barang rumah sana yang hilang ye Puan Sri?issh bahaya tu." mata majikan dihadapan dilihat sudah membulat. Pantas tapak tangan kanan digoyangkan ke wajah mak wan.

"issh, tak de la mak wan. Noor tu baik budaknya."

"ala Puan Sri, orang sekarang bukan boleh percaya sangat. Kena hati-hati. Kadang tu pandai berlakon. Hidup-hidup kita ni ditipunya. Kita keluar ikut pintu depan, dia keluar ikut pintu belakang. Lagi-lagi budak muda macam pembantu rumah Is tu Puan Sri."

"insyaallah mak wan, saya percaya pada budak Noor tu. Setakat ni kerja dia memang bagus. Is pun cakap macam tu pada saya. Noor tu mak wan, rakan serumah dan sekampung Mariana, setiausaha Is. Mariana tu saya dah kenal lama mak wan. Baik pekertinya. Dia dulu setiausaha saya. Saya percaya pada Mariana mak wan." mak wan menganggukkan kepala. Senyuman antara keduanya bertaut. Pucuk paku tanjung yang sudah siap disiang didalam tapis plastik dibawa ke sinki. Tangan mak wan memulas paip. Kepala ditoleh sekilas memandang pada Puan Sri Aimal yang sudah berdiri dan menolak kerusi rapat ke arah meja.

"habis tu apsal yang Is mengamuk pada budak Noor tu Puan Sri? apa yang budak tu dah buat?"

Langkah Puan Sri Aimal dihala mendekati sinki. Tubuh disandarkan pada kabinet ditepi sinki. Ketawa spontannya tercetus.

"Noor jadikan jug air kristal kesayangan Is bekas isi bunga. Jug tu pemberian si minah salleh celup tu mak wan." perkataan minah salleh celup sengaja ditekankan intonasinya. Kening Puan Si Aimal yang terangkat-angkat mengundang ketawa mak wan. Dia tahu siapa minah salleh celup yang dikatakan majikannya itu. Patutlah majikannya itu nampak sungguh gembira dengan kisah yang dilaporkan Is. Barulah bertemu buku dengan ruas kamu ye Is!

"patutlah mengamuk sakan cik abang tu ye Puan Sri. Kita kat sini dulu pun tak berani nak usik benda tu, alih-alih ada pulak yang lebih handal dari tu. Bukan takat usik jer ye Puan Sri, siap dibuat bekas bunga lagi."

Ketawa pecah bergema dari dapur banglo dua tingkat itu.

* * * * * * *

"so, kau tengah bengang sangat la sekarang ni?"

"habis?, kau nak aku senyum ke? kau nak aku ketawa gembira?"

"marah giler la ni ye?" senyuman kecil tersuring dari bibir Razlan.

"of course la Lan. Kalau kau kat tempat aku, kau tak bengang ke. Kau tak marah ke. Tak minta izin dah satu hal budak tu, yang dia memandai-mandai usik benda peribadi milik aku tu siapa suruh. Suka-suka dia jer guna barang kesayangan aku. Mama aku pun sama. Bukan nak sokong aku marahkan budak tu. Menangkan budak tu pulak. Dia cakap aku macam budak-budak." Razlan menggelengkan kepala sambil ketawa kecil. Wajah cemberut teman dihadapan dipandang sekilas. Tadinya dia yang hadir bermesyuarat di pejabat Jeffrey berhubung perbincangan lanjutan tentang maklumbalas kerja-kerja fasa satu di tapak projek perumahan di Seremban. Perbincangan rasmi yang tamat langsung diheret pada cerita-cerita perkembangan masing-masing.

"come on la Jeff. Takat jug kristal hadiah bekas ex kau yang gedik tu tak payahlah nak dibesar-besarkan. Bukannya budak tu rosakkan pun. Dia pinjam aje. Itu pun untuk kegunaan menghias kondo kau jugak kan." terdengar degusan kecil dari mulut teman dihadapannya itu. Mungkin tidak suka dia menyebut gelaran yang diberi pada bekas teman wanitanya itu.

"jug tu ada hadiah akhir dari Lilac. Aku sayang sangat. Macam aku sayang dia Lan. Kau pun tahu kan macam mana perasaan aku pada dia. Walaupun aku dah lupakan dia, tapi aku hargai tiap pemberian dari dia."

Jeda.

Bukan dia tidak tahu kisah cinta Jeffrey dan Lilac, si gedik melayu yang sudah hilang melayunya itu. Lilac atau Nur Laila bekas teman wanita yang dulu begitu disayangi Jeffrey. Biarpun sikap mengada-ngada Nur Laila memualkan orang disekelilingnya hatta mama Jeffrey sendiri tidak berkenan dengan gadis tersebut Jeffrey tetap berkeras dengan pilihannya itu. Tetap mahukan si gedik itu menjadi suri hidupnya. Lalu bila si Laila aka Lilac memilih meninggalkan Jeffrey untuk berkahwin dengan ketuanya si pemuda Itali yang lebih sedikit "macho"nya dari Jeffrey, teman dihadapannya ini bagaikan hilang semangat. Entah apalah yang dipandang pada perempuan seperti Lilac itu Razlan sendiri kurang pasti. Sudahnya hingga kini temannya ini asyik bertukar teman wanita. Tiada satu pun yang kekal. Semuanya tidak sempurna dimatanya. Balik-balik si Lilac tu juga yang dikenangnya.

"dah la Jeff. Tak berbaloi kau marah pasal hal remeh ni. Jom ikut aku." Razlan sudah berdiri dari kerusi baldu yang diduduki dihadapan Jeffrey. Mata temannya itu memaku pada wajah Razlan.

"ke mana?"

"ala, ikut jer la Jeff. Sure otak kau, perasaan kau yang tengah tegang tu akan kendur."

"at least cakap la ke mana kau nak bawak aku ni Lan. Kau jangan bawak aku tempat yang bukan-bukan. Kau tu bukan boleh percaya sangat." ketawa kecil terhambur keluar dari mulut Razlan.

"Relax la Jeff. Aku nak bawak kau ke tempat yang boleh sejukkan amarah kau tu. Regangkan segala ketegangan urat-urat kepala kau yang mengembang tu. Lepaskan tekanan dalam hati kau tu Jeff. Kau mesti enjoy punya la nanti. Fresh feeling bro!..Spa la, mana lagi."

Senyum saling bertukar antara keduanya.

"Lan, kau rasa ada minah salleh tak kat tempat tu?." bahu Jeffrey sudah ditumbuk perlahan oleh Razlan. Ketawa berderai antara keduanya.

Wednesday, May 19, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 8

Bab 8

Pintu utama kondominium mewah itu ditutup Noor perlahan-lahan. Kasut sukan berwarna kelabu berjalur hitam yang tersarung di kaki ditanggalkan perlahan-lahan. Tangan membuka almari kasut kayu berwarna perang tua yang tersergam disebelah pintu utama. Kasut yang dijinjing ditangan diletakkan di barisan bawah. Mata sempat melilau melihat deretan kasut lelaki jenama terkenal yang tersusun kemas di didalam alamari kasut tersebut . Bersih dan berkilat. Nampak ia dijaga dengan rapi oleh pemakainya. Banyaknye kasut mamat kerek ni, kalah pompuan..aku pun ada 2 pasang je. Mulut sempat mengomel halus. Tangan kemudiannya tangkas menutup pintu almari kasut tersebut. Langkah dihala masuk ke ruang tamu.

Suasana sunyi yang menyambut kedatangannya pagi itu sudah dijangka. Melalui cermin besar bersegi empat bujur yang terletak di tengah ruang rumah mata Noor sempat menelek penampilan diri. Tangan pantas menggosok kee di kepala yang sedikit kusut. Wajah didekatkan pada cermin sambil memusingkan wajahnya ke kiri dan kanan. Senyuman lebar dipamerkan. Yes, gigi perfect!. Ibu jari kanan diangkat lalu ditunjukkan ke cermin. Langkah diatur melepasi ruang tamu lalu diteruskan ke ruang dapur. Beg sandang diletakkan diatas meja kabinet. Kee hitam dikepala dibetulkan ikatannya agar lebih ketat dan kemas semula. Jambangan bunga mawar putih yang dibawa sama diletakkan di sinki. Kertas surat khabar cina yang membaluti jambangan tersebut dibuka perlahan-lahan lalu dibuang kedalam tong sampah yang sudah dibalut plastik biru muda di sebelah sinki. Jambangan bunga dileraikan satu persatu dan dikemaskan. Daun-daun yang berlebihan pada batang bunga dibuang. Laci kabinet ditepi sinki dibuka. Sehelai apron berwarna hijau dan bercorak bunga merah putih diambil lalu disarungkan ke tubuh.

Pintu kabinet atas dibuka satu persatu. Tubuhnya yang sedikit rendah itu terpaksa menjongket sedikit untuk melihat ke dalam kabinet. Kepala didongakkan. Hampa. Tiada kelihatan kelibat benda yang dicari. Kepala yang tidak gatal digaru-garu sambil minda ligat berfikir. Matanya melilau ke serata kawasan dapur yang luas itu. Puas menjengah pintu kabinet atas, pintu kabinet di bawah dibuka pula oelh Noor. Tubuhnya dibongkokkan sedikit agar memudahkan dia melihat dan meneropong isi didalam kabinet. Satu persatu pintu dibuka dan ditutup. Tiada juga. Issh, takkan rumah punya luas ni takkan satu bekas bunga pun takde. Mulut dimuncungkan sedikit. Kepala ligat memikir ke mana hendak dimasukkan jambangan mawar putih yang dibawa tadi.

Pagi tadi tatkala berjalan melewati Petaling Street untuk mengambil LRT di stesen Pasar Seni dia disapa uncle Lee tuan punya Melody Florist yang mempunyai kedai bunga di situ. Uncle Lee yang merupakan "pesakit tetap" di klinik pergigian tempat dia bekerja sering kali memberikan bunga percuma jika datang mendapatkan rawatan di klinik. Tadinya dia cuma bergurau sahaja mahukan jambangan bunga mawar putih dari lelaki separuh abad itu dengan menyatakan itu bunga kesukaannya. Dan tanpa diduga, Uncle Lee tanpa banyak bicara menghadiahkan 11 kuntum mawar putih padanya. Kaget sebentar dirinya dengan huluran jambangan indah tersebut. Bila ditanya kenapa 11 dan bukan 12 , hanya senyuman kecil terpamer dibibir tua itu. Jambangan bunga mawar 11 kuntum bersama selitan bunga kecil juga berwarna putih yang sudah bertukar tangan nampak sungguh indah dimatanya. Cantiknya!

"uncle, ini 11 roses aah meaning you suka saya meh? " soalannya disambut ketawa girang oleh lelaki separuh abad tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala. Saja dia mahu berlucu dengan lelaki budiman itu.

"you aa Noor..banyak naughty haa. Eh, sudah sudah cepat pergi keleja sana, nanti boss you marah you lambat datang oo. Baik-baik keleja aa." Dan dia hanya ketawa sambil mengucapkan terima kasih atas pemberian bunga tersebut. Lambaian tangan saling bertukar antara mereka.

"bye bye uncle. Thank you for the roses. I love you!" dan ketawa mereka berdua pecah di jalanan. Uncle Lee dilihat Noor sudah menggelengkan kepala.

Mana pulak aku nak cari bekas nak isi bunga ni. Takkan satu bekas bunga pun takde dalam rumah mamat ni. Kepala digaru perlahan sambil langkah diatur ke peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka lalu tangan lincah membuka tempat penyimpanan sayur-sayuran. Sayur kobis yang berbalut kemas diambil. Begitu juga lobak merah. Saat tubuh yang tadinya dibongkokkan sedikit mahu menutup pintu peti sejuk matanya tertacap pada jug kristal berisi jus oren. Matanya sudah bersinar. Senyuman lebar sudah terukir dibibir tanpa disedarinya. Jug dihadapan mata terus disambar.

Bekas jug air tupperware di rak kabinet diambil. Jus oren di dalam jug kristal separa bulat tinggi sudah berpindah kedalam jug tupperware berwarna kuning. Bekas tupperware berisi jus oren kemudiannya dimasukkan semula didalam peti sejuk. Jug kristal dibawa ke sinki lalu dicuci bersih dan dikeringkan dengan tuala sebelum diisi air. Hampir separuh bekas kaca yang cantik itu sudah dilitupi air. Bunga mawar yang tadinya diletak di sinki dibawa ke atas meja. Dipotong sedikit batangnya lalu dengan hati hati satu persatu kuntuman mawar putih nan cantik itu sudah berdiri indah didalam bekas jug air kaca tersebut. Bunga kecil berwarna putih diselitkan diantara mawar putih sebagai penambah seri gubahan. Dibelek-belek ke kiri dan kanan jambangan yang sudah cantik tergubah dihadapan. Yes! kedua-dua belah tangan diangkat sedikit ke atas sebelum digerakkan ke bawah serentak.

Jug kristal dibawa ke ruang hadapan lalu diletakkan ditengah-tengah meja makan utama diruang tamu. Kedua-dua belah tangan sudah dicekakkan ke pinggang. Bibir mengukir senyuman manis. Langkah berlenggang diatur ke ruang dapur sambil bibir riang melagukan melodi Zee Avi..semalam i call you, you tak answer...you kata you keluar pergi dinnerrr...la la la...lalu bertukar pula ke melodi Rahimah Rahim..berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan yang manja...menuju dia kota ditangannya penuh bunga di hati penuh cintaaaa!...

* * * * * * *

Tubuh yang bersalut kemeja T putih bersama jeans paras lutut diliukkan ke kiri dan kanan beberapa kali. Mata ditala pada pergelangan tangan. Dua petang. Mulut yang menguap pantas ditutup dengan tapak tangan. Buku ditangan kiri diletakkan diatas meja disisi katil. Tubuhnya yang sasa itu dibawa mengengsot turun dari katil.

Langkah longlai dibawa ke arah pintu bilik. Perlahan tangan memulas tombol besi. Mata merayap ke sekitar ruang dihadapan mata. Langkah diusung ke arah dapur. Mata pantas menuju pada meja makan kecil di sudut ruang dapur. Tudung saji bersegi enam berwarna biru itu diangkat. Senyuman terukir dibibir.

Pandai juga minah ni masak. Minggu lepas pun sedap. Hmm, my favourite sambal tumis ikan bilis pun ada. Kobis goreng with carrot. Fantastic! Pinggan nasi kaca berbunga putih merah di rak kabinet dicapai. Paip di sinki dibuka perlahan. Kedua-dua belah tangan dicuci bersih. Nasi didalam mangkuk yang sudah sedia disenduk dengan berhati-hati. Tubuh penuh takzim duduk mengadap hidangan. Kedua belah tapak tangan diangkat ke muka. Lafaz doa terukir dari bibirnya.

Pinggan yang sudah licin dibawa ke sinki. Dicuci lalu dimasukkan ke rak plastik ditepi sinki. Gelas kaca di kabinet dicapai. Pintu peti sejuk dibuka perlahan. Dahinya sedikit berkerut. Dibongkokkan tubuh tingginya itu sedikit untuk meninjau isi didalam peti sejuk berkenaan. Hairan. Mana pulak perginya ni? Mata yang sedang liar mencari terpandang bekas jag air tupperware berwarna kuning dihadapan mata. Eh, bila pulak ada jag tupperware dalam fridge ni. Diangkat jag berkenaan lalu dikeluarkan dari peti sejuk. Jag dibawa ke atas meja. Penutup jad dibuka. Matanya sudah sedikit bulat. Eh, bila pulak jus oren aku berpindah bekas. Dibuka sekali lagi peti sejuk. Ditinjau lagi. Tiada juga benda yang dicari. Jari sudah mengusap sedikit pelipis. Rasa hairan bermukim di hati dan minda Jeffry saat itu. Dia amat pasti malam tadi jus oren yang dikisarnya sendiri dimasukkan ke dalam jag kristal kesayangannya itu..bukan jag tupperware dihadapannya ini!

Gelas yang sudah dituang jus oren dibawa ke bibir. Diteguk perlahan-lahan. Minda masih menerawang. Masih bingung dia memikirkan misteri kehilangan jag kristal dari peti sejuknya. Gelas dipegang ditangan sambil langkah dihala ke ruang tamu. Dia melabuhkan duduknya pada sofa kulit berwarna hitam. Gelas diletakkan diatas meja. Kepala disandarkan pada sofa. Saat tangan mencapai remote lalu dihalakan pada penghawa dingin, matanya tertacap pada jambangan mawar putih yang terletak di tengah-tengah meja makan utama. Dahinya sedikit berkerut. Remote pantas diletakkan diatas meja lalu langkah kaki dibawa ke meja makan utama.

Jambangan yang digubah ringkas dan cantik mengundang senyum dibibirnya. Hmm, pandai juga minah ni beri seri pada rumah aku ni. White roses... beautiful! Jambangan itu dibelek-belek lagi. Matanya tiba-tiba terpandang sesesuatu. Sesuatu yang menarik pandangan matanya.

"eh, tangkai apa pulak ni?" perlahan diselak sedikit jambangan bunga putih halus yang menutup tangkai tersebut. Mata sudah membulat. Diangkat bekas yang berisi bunga itu ke atas. Tinggi.Sah!...memang sah. Tangan sudah menepuk dahi.

Sunday, May 16, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 25


Bab 25

"terima kasih Fakrul." terdengar balasan dari ucapannya itu di talian sebelah sana. Suara Fakrul dirasakan cukup merdu kali ini di telinga. Entahlah...mungkin kerana berita gembira yang baru dimaklumkan kepadanya oleh Fakrul sebentar tadi membuatkan segala yang singgah ditelinganya dirasakan begitu indah sekali bunyinya hatta suara Fakrul itu pun dirasakan cukup indah ditelinganya biarpun selama ini dia tidak pernah sekalipun memuji suara peguam muda itu sepanjang kerjasama mereka didalam proses tuntutan penceraiannya daripada Faisal yang kini sudah rasmi menjadi bekas suaminya.

Terima kasih Faisal. Terima kasih kerana tidak memanjangkan lagi sengketa ini.Terima kasih kerana akhirnya memahami naluri hatinya yang selama ini terpinggir...

Terima kasih Faisal kerana menghargai aku sebagai wanita yang punya harga dan maruah diri...

"Sama-sama. Saya harap Zita dapat datang ke pejabat saya untuk kita segerakan proses dokumentasi rasmi perkara ini. Saya sudah pun menghubungi pihak peguam encik Shahrum Faisal berkenaan perkara ini. Mereka juga tiada masalah untuk mempercepatkan proses ini."

"baik Fakrul. Saya akan datang ke pejabat you esok pagi. Terima kasih sekali lagi atas bantuan dan usaha you didalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kes saya ini." terdengar ketawa kecil di talian sana.

"jangan cakap macam tu Zita. Itu sudah menjadi keutamaaan didalam tugas saya didalam mendapatkan keadilan yang terbaik buat anak guaman saya. Tanpa kerjasama yang baik daripada Zita saya kira saya juga akan sukar melakukannya. Apapun, syukur pada Allah yang telah memberikan kemudahan pada kita semua untuk menyelesaian kes ini. "

Ya, Allah telah membuka laluan kepada mereka semua didalam menyelesaikan perkara ini. Zita tahu dan yakin pasti Allah jua lah yang telah menumbuhkan rasa kesedaran di hati kecil Faisal untuk membuat keputusan ini. Allah jugalah yang telah membuka pintu hati Faisal untuk tidak terus berlaku kejam pada Zita. Syukur padamu ya Allah yang telah memberikan aku rasa gembira ini.

Telefon bimbit ditangan digenggam erat. Perlahan-lahan dibawa ke pinggir bibir. Dikucup gajet itu. Penuh perasaan. Lama gajet kaku itu singgah pada seulas delima merekah miliknya. Bibirnya sudah dirapatkan kembali. Rasa gembira yang tadinya cuba ditahan terhempas juga di didinding hatinya. Empangan dari dua kolam itu pecah serentak lalu memuntahkan aliran air deras yang mengalir menuruni lembah mulus kedua-dua pipinya. Akhirnya berita yang sekian lama ditunggu-tunggu hadir juga. Khabar gembira yang baru dilayangkan oleh peguamnya sebentar tadi umpama aliran air yang membasahi lembah hatinya yang sekian lama tandus dengan hujan kegembiraan. Dia memanjatkan rasa kesyukuran pada-Nya. Mata yang masih basah diseka dengan kura tangan. Perlahan-lahan langkah dibawa merapati jendela kaca di hujung biliknya. Tabir itu diselak. Pandangannya dihalakan pada jajaran pergerakan lalulintas yang begitu lancar di bawah bangunan sana. Lalulintas yang lancar, tenang...selancar dan setenang hati dan perasaannya saat ini.

Mahu dikongsi rasa gembira itu dengan seluruh alam rasanya agar alam bisa melihat wajahnya yang sedang bergemerlapan kesan tempiasan cahaya gembira itu. Kalau alam bisa melihat betapa sedang berkembangnya kuntum-kuntum ria yang berbagai warna di hatinya saat ini pasti alam mahu melompat dan menari bersama-samanya. Langkah dibawa semula ke kerusi lalu tubuh kurus tingginya itu dibenamkan ke dada kerusi. Mata dipejamkan sambil badan kerusi dipusing-pusingkan ke kanan dan ke kiri.

Gajet yang tadinya erat digenggam dilihat lalu lincah jari-jemarinya menekan pada permukaan gajet tersebut. Bibirnya menguntum senyuman. Telefon bimbit itu kemudiannya di letakkan di atas meja. Sebentar terdengar alunan merdu dan mersik suara Afgan berdendang dari gajet yang sedang terbaring diatas meja dihadapannya. Pantas dicapai, dan saat matanya memandang pada skrin gajet berkenaan, senyuman lebar sudah terukir pada bibirnya. Butang hijau ditekan lalu dilekapkan gajet itu ke cuping telinga.

"assalamualaikum..."

"waalaikumsalam...Zita, betul ke ni?" kepala diangguk sambil senyuman manis terukir seolah-olah merasakan orang disebelah sana dapat mendengar dan melihat dia sedang tersenyum.

"hmmm...at last Har. Syukur sangat. I'm so happy Har. Happy sambil menangis. Akhirnya i dapat hak i Har."

"Alhamdulillah. i'm very happy for you Zita."

"thanks Har."

"papa you dah tau?"

"Papa i awal-awal dah dimaklumkan tentang hal ni. Owner of the law firm tu kawan rapat papa. He's was so happy for me when he was told about Faisal decision."

"i see."

"Well Zita..what can i say...welcome to the club dear!" terdengar ketawa dari talian disebelah sana. Zita turut ketawa kecil saat mendengar ayat yang terlafaz dari mulut Azhar. Zita tahu Azhar tidak bermaksud apa-apa apatah lagi memperolok-olokkan dirinya dengan status yang baru disandang secara rasmi sebentar tadi.

"well, taknak la joint club you..semua ahli kelab you tu tunggu masa nak pencen jer." ketawa kuat Azhar pecah ditalian sebelah sana. Zita sudah tersenyum.

"amboii, sedapnya mengata i dah nak pencen ye..hello i ni masih macho la cik Zita. Sekali i petik 20 yang datang tau termasuk la you sekali tauu!" bibir Zita sudah mencebik.

Jeda.

"Zita..."

"yes Har..."

"kita minum petang nanti?"

"hmmm, mana?"

"up town, ok?"

"deal.."

"ok, meet you there 5pm."

"ok Har."

* * * * * * *

Bingkai gambar itu direnung. Wajah ayu bersongket biru yang manis tersenyum sambil berdiri disebelahnya didalam bingkai kayu berukir cantik itu diusap-usap. Bingkai itu dirapatkan ke dada. Matanya dipejamkan.

Zita Asyikin....

I wont hurt you anymore sweet heart. I promise you that!........and I will win your heart back..i will Zita...and i swear that no one else can get you..no one...only me!

Tuesday, May 11, 2010

...Kalaulah...




"abang memang sengaja kan buat saya macam ni?"

"sayang, jangan cakap macam ni. Sumpah abang tak bohong."

"tak perlulah bersumpah abang."
"sayang, abang tak tipu...sungguh!"
Nafas yang bagaikan tercekik disalur kerongkong ditarik perlahan-lahan. Payah sekali rasanya. Sakit. Sesakit hatinya yang selama ini ditahan biarpun bisanya bagai ditoreh-toreh belati tajam.
"Ini bukan kali pertama abang buat saya macam ni. Selalu sangat saya terkena. Selalu sangat abang mungkir. Saya sabar je dengan perangai abang. Saya diam je dengan sikap abang pada saya. Semuanya saya telan. Abang memang tak pernah sikit pun ambik peduli perasaan saya selama ini kan. Abang cuma pentingkan diri abang saja. Diri saya langsung abang tak kisah. Saya saja yang tak sedar diri selama ni. Saya saja yang terhegeh-hegeh pada abang . Saya ni langsung takde nilainya dimata abang kan."

"sayang..."

"Memang saya bodoh selama ni. Bodoh sungguh-sungguh. Diperbodohkan oleh abang. Sampai hati abang buat saya macam ni. Apa salah saya pada abang? Apa dosa saya pada abang?"

"sayang...abang tahu abang salah. Abang minta maaf ok."

"saya ni memang buta kan selama ni. Dibutakan dengan segala lafaz janji dan kata-kata manis abang."

"sayangggg...ab.."

Klik. Mata dipejamkan rapat. Hanya sebentar. Gagal mengusir rasa itu pergi.

Gajet berwarna hitam empat segi selebar tapak tangan itu pantas dilemparkan ke atas katil kayu bersaiz king dihadapan. Katil yang indah bersalut cadar berlatar rona putih bercorak bunga kecil berwarna kuning merah sungguh berseri dipandang. Namun seri itu bagai tenggelam dimatanya yang sedang dihambat kepiluan yang tidak terhitung. Bunyi yang terus-terusan menggamit dari gajet yang terbaring diatas katil tidak diendahkan. Pastinya nanti akan ada kata-kata pujukan, kata-kata manis bersalut madu yang akan membuat dia lupa diri lantas melupakan segala apa yang berlaku. Melupakan terus apa yang telah dilakukan lelaki itu padanya. Dia akan jadi alpa. Lupa diri semula. Membiarkan diri terus-terusan diperlakukan sesuka hati oleh lelaki itu semula. Tidak! tidak akan dibiarkan lagi. Cukup-cukuplah sudah. Kesabarannya sudah sampai ke landasan akhir. Dia mahu menghentikan permainan gila ini! Tidak mahu lagi dipermudahkan oleh insan yang licik itu.

Tapak tangan kiri dilekatkan ke pinggir bibir. Lama tangan itu mendakap seulas bibir yang sudah terkaku tanpa sebarang gerak kata. Air hangat yang mengalir dari kolam mata yang kian melimpah diseka dengan hujung jari. Namun air hangat itu terus juga laju mengalir tanpa mampu ditahan lalu membasahi halaman pipi putih mulusnya. Dibiarkan sahaja. Sebak yang cuba ditahan dari dinding dadanya terhambur jua. Gagal dibenteng. Bergegar tubuh kurus itu menahan rasa sedih yang makin menghambat tangkai hati. Sampai hati abang...

Kalaulah tangan ini boleh berbicara, pastinya dirinya ini akan dikutuk kerana sering sahaja tewas dengan belaian dan genggaman erat tangan itu. Tangan yang bijak memberi belaian palsu padanya...

Kalaulah mulut ini boleh berkata-kata, pastinya dirinya ini akan ditertawakan kerana mudah sahaja percaya pada lafaz janji bibir itu. Bibir yang pintar menyusun kata indah penuh pujukan dan rayuan padanya...

Kalaulah mata ini boleh bersuara, pastinya dirinya ini akan disiramkan dengan air mata sinis kerana lemah dengan renungan dusta mata itu. Mata yang hebat mengaburi dan mengkelamkan pandangan mata wanita naif sepertinya. Mata yang sungguh kejam dalam diam...

Kalaulah kaki ini boleh menjerit, pastinya dia akan diteriak dengan ketawa yang terbahak-bahak kerana terpedaya dengan langkah alim lagi santun itu. Langkah yang halus memesong langkah lurusnya selama ini menjadi songsang...

"salah kau Mas...percaya si Adli tu terlalu sangat. Dulu sebelum dapat memanglah kau ditatangnya. Pergi berjemput, balik berhantar. mengekor kau kemana aje. Jantan macam tu bersepah di luar sana. Dasar jantan tepi jalan. Kalau takat jantan macam tu, petik je jari Mas, berlonggok-longgok kau dapat. Kau tu yang bodoh. Lurus tak bertempat. Langsung tak reti nak bengkok sikit. Entah apa la yang dia dah tiup kat kau sampai jadi mamai macam ni. Bukannya takde orang lain yang nak kat kau...kau tu jer yang buta Mas. Adli tu aku agak dah bagi nasi kangkang kut kat kau ni, tu yang kau tak boleh nak kata apa bila dia apa-apa kat kau. Tengok jer sekarang ni dia buat kau dah tak ubah macam sampah. " leteran bersulam sindiran sinis yang dilemparkan Norie, rakan sepejabat dibiarkan tanpa dibalas. Mas tahu semua itu ada betulnya. Memang dia yang silap memandang. Terperdaya dengan kilauan indah yang disangka jauhari tidak ternilai tapi ternyata cuma pasir semata-mata.

Telinganya ini sudah disiapkan untuk menadah sahaja tiap kata-kata tajam dan sinis yang bakal datang. Dia tidak akan sedikitpun terasa hati. Katalah apa sahaja. Lemparlah kata-kata makian dan cemuhan, dia tidak akan sesekali melawan. Sudah terang lagi bersuluh segala-galanya berpunca dari kedangkalan akalnya sendiri. Akal yang dikurnia oleh-Nya tidak dimanafaatkan sebaiknya. Nafsu dibiarkan berkuasa...bermaharajalela!

Ya, memang salah dirinya. Ya, memang silap dirinya. Dan dia tidak sedikitpun menyalahkan sesiapa didalam hal ini. Bukan tidak pernah telinganya ini ditazkirah oleh Umi, rakan serumah yang baik hati kala melihat akan taksubnya dia pada cinta buta yang dihulurkan Adli. Tapi telinganya ini sudah ditulikan oleh bahana cinta celaka itu! Bukan tidak pernah kakinya dihalang Maira dari melangkah keluar dari rumah sewaan mereka bertiga kala Adli muncul tiba-tiba ditengah malam buta semata-mata mahu dia menemankan dia makan! Dia menurut sahaja ajakan gila Adli itu biarpun panahan amarah dari dua pasang mata teman serumah kala itu tepat memanah bebola matanya. Tidak diendah. Kala itu difikiran hanya ada kalimah ini "korang peduli apa..aku punya suka lah!". Sekarang ini, padanlah dengan mukanya bila Maira dan Umi tidak mahu mempedulikan dirinya lagi. Dia dibiarkan. Dia dipulaukan. Baru dirasakan betapa sunyinya hidup tanpa bebelan Maira. Baru diketahui betapa tidak lengkap hari yang dilalui tanpa tazkirah Umi yang saban pagi tanpa jemu menjengah cuping telinga.

Maafkan Mas, Umi...Maafkan Mas, Maira!

Kalaulah dia tahu begini sudahnya, sumpah tidak akan disambut salam perkenalan lelaki itu dahulu. Kalaulah dia tahu begini rupanya wajah sebenar lelaki itu akan diharamkan tangannya ini dari menyambut huluran bantuan lelaki itu. Kalaulah...

"Aku benci kau Adli! Penipu! Benciiiiiiiiii!" Bantal dihujung katil dicapai lalu dilemparkan sekuat hati ke dinding batu yang tidak bernyawa. Mahu dilontarkan rasa sakit hati yang mengepung dada lalu menghimpit jantungnya jauh-jauh. Tubuh yang tadinya bersandar di kepala katil sudah terbaring diatas katil. Tubuhnya merengkot. Diiringkan ke kanan. Kedua-dua belah tangan sudah dikepit antara kedua belah peha.

"Mas..." bunyi keriuk pintu dibuka bersama sapaan lembut menyapa gegendang telinga. Wajah ditolehkan pada permukaan pintu yang sudah luas terbuka. Airmata kian laju melimpahi kolam.Tubuh sudah pantas bangun lalu meluruh pada sekujur tubuh yang berdiri di palang pintu.

"umi..." Wajah sudah disembamkan ke dada teman serumahnya itu. Tubuh itu dirangkul erat. Tangisan kian bertali-arus. Belakangnya terasa hangat dengan usapan lembut tangan halus yang penuh kasih sayang. Pujukan lembut seakan berbisik sayup-sayup menyapa di telinga. Hatinya kian dihambat pilu. Sedih dengan apa yang terjadi. Malu pada temannya itu yang selama ini tidak pernah jemu menegur, menasihati hatta memarahinya tiap kali atur langkahnya sumbang. Cuma dia sahaja yang lupa diri. Mabuk dengan asmaradana palsu yang dipersembahan Adli.
Jeda menguasai suasana didalam bilik tidur utama rumah teres dua tingkat itu. Kepala Mas masih terlentok didada Umi. Esakan kecil masih sayup-sayup kedengaran.
"umi..."
"hmmm..."
"Mas minta maaf."
"sudahlah. Umi tak salahkan Mas. Umi faham."
"Mas malu pada Umi. Malu pada Maira. Mas ni memang tak sedar diuntung!"
"issh, tak baik cakap macam tu Mas. Umi dengan Maira tak pernah salahkan Mas, jauh sekali nak berdendam. Mas macam adik Umi. Umi sayang Mas." kepala yang terlentok diangkat perlahan-lahan. Dua pasang mata bertentang. Mata Umi yang bersinar sambil tersenyum nampak begitu tulus dipandangan Mas.
"Mas benci dia Umi. Sungguh benci!" tangan Mas sudah dicapai lalu digenggam erat Umi. Kepala sudah digelengkan perlahan.
"Jangan membenci sesama manusia Mas. Kita tidak diajar sebegitu. Bersyukurlah pada-Nya yang memberi petunjuk pada Mas sebelum jauh melangkah songsang. Sebelum jauh terlanjur. Nauzubillah."
"kenapa Tuhan buat Mas macam ni Umi. Kenapa mesti Tuhan temukan Mas dengan dia kalau memang Tuhan tahu dia itu memang tidak pernah berniat ikhlas pada Mas. Kenapa mesti Tuhan biarkan dia terus-terusan mengambil kesempatan pada diri Mas . Apa salah Mas, Umi?"
Sungguh. Persoalan itu seringkali menghantui dirinya saban waktu. Kenapa mesti dirinya dipertemukan dengan Adli kalau memang Dia sudah tahu niat dihati lelaki itu. Wajarkah dirinya yang langsung tidak tahu apa-apa permainan yang sudah dirangka lelaki itu terus dibiarkan tanpa diberikan amaran awal. Adakah Tuhan mahu menghukum dirinya? tapi apa dosanya pada lelaki itu sedangkan dari mula diri dan hatinya benar-benar ikhlas atas nama perhubungan yang suci. Langsung tidak terduga Adli rupanya lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya yang lemah. Dirinya hanya satu persinggahan sementara buat Adli sedangkan lelaki itu sudah ada destinasi didalam hidupnya.
"Mas...Mas percaya pada rukun iman bukan?" kepala diangguk perlahan. Senyuman Umi dihadapan masih tersimpul rapi. Mendamaikan mata yang memandang.
"tiap apa yang berlaku pada diri kita ini, tak kira perkara baik atau sebaliknya memang tersimpan hikmah yang tidak ternilai tanpa kita sedari Mas. Allah maha mengetahui apa yang dilakukan pada hamba-hambanya. Allah maha arif tentang apa yang terbaik buat diri hamba-hambanya. Mas..." Umi dilihat menghela nafas perlahan-lahan. Bahu Mas sudah dipaut erat. Rambutnya yang panjang mencecah bahu dielus lembut oleh jari-jemari Umi.

"kita ni sentiasa diuji didalam kehidupan di dunia. Ujian yang diberi oleh-Nya akan mematangkan diri kita Mas. Ujian itu akan lebih memberi keinsafan pada diri kita. Apa yang terjadi pada Mas adalah satu ujian dari-Nya. Ujian untuk melihat setakat mana kasih dan cintanya Mas pada-Nya. Setakat mana Mas bersyukur pada-Nya. "

"maksud Umi?"

"Rasa kasih dan cinta itu tidak salah. Memang itu kurnia dari Allah. Manusia sahaja yang tersalah menafsir lalu menjebakkan diri pada rasa cinta yang salah. Kita bukankah diberi akal dan iman Mas?, kemana akal itu kita gunakan kala berdepan amukan rasa cinta. Kemana perginya benteng iman itu kala diterjah taufan cinta nan menggila ini. Cinta pada-Nya dahulu Mas, barulah cinta pada yang lain, insyaallah kita tidak akan tersesat haluan. Malah limpahan nikmat kesyukuran akan lebih terasa."

Mata dipejamkan rapat. Hati makin hiba. Sungguhlah dia selama ini lalai pada keasyikan cinta yang sementara. Cinta yang tiada kepastian. Cinta yang tiada penghujungnya. Cinta yang bersifat keduniaan semata-mata. Cinta palsu. Cinta yang penuh tipu daya. Cinta yang penuh kelicikan, kerakusan. Cinta yang sia-sia!

"umi..." Sekali lagi dua pasang mata itu bertemu.

"adakah ini hukuman Allah atas kelalaian Mas?" gelengan lembut terpamer dihadapan matanya.

"bukankah ini makna Allah sangat sayangkan Mas?, Hijab di mata Mas sudah dibuka untuk melihat kebenaran siapa sebenarnya Adli. Diri Mas dipelihara dari terjerumus diseret pujukan dan rayuan Adli untuk jatuh ke lembah maksiat. Ditiupkan rasa kesedihan dihati Mas agar Mas sedar akan hakikat sebenar hubungan yang sia-sia ini. Dibangkitkan rasa malu agar Mas tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi. Allah sangat-sangat sayangkan Mas. Percayalah!"

Sungguhlah kebenaran itu adakalanya amat pahit untuk ditelan. Biar dicuba beratus kali untuk mengusir rasa itu pergi, ia tetap hadir juga diminda. Ia tetap juga terlayar diruang mata. ia tetap juga terdetik di hati. Kasih yang pernah disulam manakan mungkin terlerai benang cintanya dengan sekelip mata. Dirinya akur, dia cuma manusia biasa. Manusia yang lahir dengan pakej yang penuh kelemahan dan kekhilafan.

Ya Tuhan, kuatkan diriku. Kuatkan semangatku. Teguhkan imanku. Teguhkan jiwaku. Kalaulah ini jalan yang terbaik buatku, pimpinlah tanganku ini ke landasanmu. Kalaulah ini pilihanmu yang terbaik buat diriku, aku redha tuhanku...

Adli, kalaulah aku tahu...Aku tidak akan membenci dirimu. Tidak akan mendendamimu. Tidak akan membalas perbuatanmu. Biarlah apa sahaja yang pernah kau lakukan atas diri aku yang bodoh ini diadili oleh-Nya.

Kalaulah kau juga tahu Dia itu ada untuk melihat segala kelicikan dan tipu daya kau selama ini atas aku yang lemah ini pastinya kau tahu Dia tidak akan sesekali melepaskanmu...tunggu sahajalah balasan dari-Nya!

Kalaulah kau tahu Adli betapa benar kasihnya aku padamu, akan tergamakkah kau lakukan ini padaku...

Kalaulah kau tahu Adli...kalaulah...

Friday, May 7, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 25


Bab 25
"Insyaallah. Saya boleh bawak kawan kan sebagai peneman?"
"boleh je. Jumpa nanti. Nak saya ambil di rumah?"
"eh.. takpe takpe, kita jumpa disana je nanti. "
"oklah kalau macam tu. Jumpa disana."
"assalamualaikum." salam disambut perlahan. Gagang telefon masih tergantung ditangan. masih enggan dilepaskan. Bibirnya masih tersenyum. Kepala disandarkan dikerusi sambil digoyang-goyangkan. Perlahan-lahan. Ketukan dipintu membawa lamunan yang baru berputik dimindanya dibawa pergi. Zaid membetulkan duduknya.
"masuk."
Senyuman manis yang mekar dibibir Zaid sejak pagi tadi hingga menjadi bualan serta usikan pekerja-pekerjanya di Restoran Seri Pagi diseret hingga ke rumah. Kunci kereta dilambung-lambung sambil kaki melangkah laju ke arah pintu. Bibirnya perlahan mengalun when a man love a woman sambil tangan menyumbat kunci pada lubang pintu.

"hai...happy semacam je orang tu. Siap nyanyi nampak. Ada apa-apa ke..."

Tubuh pantas dipusingkan ke arah ruang tamu. Bibir menguntum senyuman lebar. Langkah pantas dibawa suara yang menegur.

"Hai, dah tak reti-reti bagi salam dulu adik?.."bibir comel itu sudah tersenyum seraya mengucap salam lalu disambut olehnya. Langkah diatur ke sofa. Tubuh sasanya diselitkan disebelah tubuh kecil adiknya yang sudah mengensut sedikit untuk memberi ruang padanya.

"bila sampai ni...tak nampak pun kereta adik kat luar."Tangan yang dihulur sudah dikucup. Tubuh di gerakkan sedikit ke hadapan lalu kunci kereta ditangan diletakkan diatas meja.

"demam kura agaknya. Asik menggigil jer masa nak balik tadi, terus masuk wad . Doktor cakap tengok la kalau takda apa-apa esok boleh discharge." Ketawa sudah tercetus dari mulutnya. Hidung si adik dihadapannya sudah ditarik. Tangan sasanya sudah ditepis-tepis perlahan. Tangan halus dan runcing itu menggosok-gosak perlahan hidungnya yang sedikit merah sambil memarahinya. Tubuh sasa Zaid sudah dipukul perlahan oleh si adik.

"sakit tau abang...nanti hidung orang panjang macam gajah la asik kena tarik jer." ketawa tercetus dari bibirnya dengan jawapan lucu adiknya. Macam-macam la adik ni!

Zaid menghela nafas perlahan. Bibir masih menguntum senyum. Perlakuannya itu tanpa disedari diintai dari ekor mata oleh si adik yang turut tersenyum.

"abang..." Tubuh Zamzamila yang tadi menyandar di sofa sudah ditukar posisinya mengadap Zaid yang enak bersandar.

"hmmm.."

"taknak share ke?" wajah dipaling sedikit memandang ke wajah satu-satunya adik yang dia ada. Kening Zamzamila yang sengaja digerak-gerak bersama bebola mata yang sengaja dikelip-kelipkan mengundang tawa di bibir Zaid.

"share?. Abang mana ada main share adik. Risiko tau."

"abang ni...saje je kan. Menyampah la. orang tanya betul-betul, dia main-main pulak. eei..." tangan Zamzamila sudah bertubi-tubi singgah ditubuh Zaid. Ketawa besar sudah terburai dari mulut Zaid yang cuba mengunakan kedua-dua belah tangan sebagai perisai untuk menepis pukulan Zamzamila.

"ooi, ganas la adik ni. aduh!.."

"padan muka!"

"ngerinya kalau dapat girlfriend cam adik ni. Mau kena pikir 200 kali. Kalau tak mati, parah jugak la kena kerjakan kalau time dia mengamuk."

"abanggg..."

Setelah puas dipujuk Zamzamila akhirnya Zaid mengalah.Wajah ceria adiknya itu jelas terpancar kala dia mengkhabarkan berita tersebut. Kedua-dua ibu jari tangan Zamzamila sudah ditegakkan sambil ditunjukkan dihadapan Zaid. Kedua-dua belah mata sempat dikenyitkan sambil ketawa riang.

"kat mana abang nak bawak dia?"

"issh, sibuk! Jangan nak jadi spy pencen boleh tak?" Zamzamila mencebik sambil menjelirkan lidah.

"ala, ingat adik tak boleh cari jalan ke...abang tengoklah nanti. Bersusun gambar abang dengan dia adik uploadkan...hehehe". Zamzamila sudah mempamerkan sengihannya. Zaid hanya tersenyum.

"cubalah buat kalau tak sayang elaun bulanan awak tu. Abang no hal untuk stopkan with immediate notice. Jimatlah duit abang."Tangan Zaid sudah ditarik-tarik oleh Zamzamila sambil menggeleng-gelengkan kepala. Zaid buat-buat tidak ambil kisah.

"abang..tak aci la macam ni. Main ugut-ugut tau."

"rumah ni memang tak de aci yang duduk. Mbak adalah." Zamzamila sudah bangun dari sofa sambil menjeling tajam pada Zaid. Bantal kecil di tepi sofa dicapai lalu dilayangkan kepada Zaid. Pantas disambut Zaid sambil ketawa kecil.

"takper. ketupat pulut ketupat beras, lain hari adik balas!...jaga abang."

* * * * * * *

Azarina mengangkat muka. Nasi ditangan yang sudah bergaul dengan kuah kuning pekat dibiarkan. Matanya memandang wajah Ku'a yang tenang meneruskan suapan.

"sungguh ka jadi ni hang nak pi?" Ku'a yang hendak menyuap nasi ke mulut terhenti seketika. Matanya sudah bertembung dengan bebola mata Azarina yang masih terus-terusan merenungnya.

"ha la..jadi. Hang ikut sama. awat?" Azarina sudah menggaru pelipis dengan tangan kiri.

"aku seganlah Ku'a. Kacau daun hang pa berdua nak berdating ja. Hang pi ja la sorang Ku'a. Bukan tak kenai dia pun kan." Bola mata Ku'a sudah membulat. Azad ni saja ja la!

"ha'ah iya la tu. Hang jangan nak buat lawak Azad. Aku kata hang ikut, hang ikut. Noktah. Jangan nak buat peleceh apa ka. Jangan nak durhaka pada kawan ya."

"yalah yalah...karang tak ikut durhaka la pulak, ingat ni Malim Kundang apa. Aku belum ingin nak jadi batu lagi la. Kalau hang kata sumpah aku jadi patung cendana tu takpa gak...cun!" nasi yang disuap Ku'a hampir tersembur dari mulut. Azad ni, boleh lagi dia buat lawak!

"hang ni Ku'a.." mata Azarina tepat memandang wajah selamba Ku'a yang sedang menghirup gelas berisi air berwarna hijau dihadapannya. Air pun kena warna hijau..issh dia ni.

"sampai bila nak kena ada peneman. Pi dating pun aku jugak nak kena teman. Muka aku ada tokoh jadi jaga ka?" Ku'a tersenyum. Azarina sudah menjeling sambil meneruskan suapan.

"love you Azad!"

Azarina sudah mempamerkan aksi hendak muntah sambil menjelirkan lidah. Ketawa Ku'a sudah pecah dengan aksi lucu Azarina.

Wednesday, May 5, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 7

Bab 7

Damn!

Dokumen ditangan dicampak deras ke out tray. Bergelimpangan kertas-kertas tersebut mendarat di atas bekas besi empat segi bujur berwarna hitam di sudut hujung kanan mejanya. Bunyi klip kertas yang dikepilkan bersama dokumen tersebut berlaga dengan bekas besi outraynya kedengaran di hujung telinga. Nafasnya mendengus perlahan. Kepala digelengkan perlahan. Dokumen yang dilontar tadi dipandang kembali dengan mata yang mengecil. Dada bidangnya sedikit berombak tatkala mengenangkan kertas kerja itu yang diminta dari setiausahanya pagi tadi.

what the hell is she dreaming off..Mariana, Mariana...

Tubuh ditegakkan dari kerusi yang disandar sejak pagi tadi. Skrin empat segi didepan direnung sekilas. Huh, semuanya menyemakkan mata dan menyesakkan kepala. Pantas kaki membawa tubuh tingginya ke jendela. Mundar mandir dia seketika melihat pemandangan dari tingkat 25 pejabatnya. Hati yang masih panas membara cuba diredakan. Tali leher bercorak kotak kecil bersilang rona biru dan putih dilonggarkan sedikit. Nafas dihela panjang. Kedua-dua belah tapak tangan diraup ke wajah yang tegang. Langkah dihala kembali ke meja . Punggung dilabuhkan ke kerusi.

Butang interkom ditekan. Menanti suara disana membuka kata dahulu.

"iye encik Jeffry?"

"masuk ke bilik saya sekarang."

"ok."

Terdengar pintu diketuk. Pantas dia bersuara memberi izin. Susuk tubuh gempal didepan mata direnung tajam. Setiausahanya itu tenang berdiri mendepaninya sambil memegang buku kecil dan sebatang pen ditangan. Tangan kanannya lurus dihalakan ke out-tray. Mata Mariana turut mengikut arah yang ditunjukkan Jeffry.

"take it back. Look at those amendments i have highlighted." Mariana sudah bergerak rapat ke meja Jeffry lalu dokumen yang berterabur di out-tray dikutip perlahan-lahan. Dengan teliti disusun semula lalu dipegang rapat ke dada. Jeffry hanya memerhati.

"awak tak semak betul-betul ke sebelum bagi pada saya dokumen tu Mariana? mata awak ada masalah?" suara nyaring Jeffry bergema didalam bilik. Mariana dilihat tidak lagi terkejut seperti dahulu ketika mula-mula menjadi setiausahanya. Mata mereka bertemu. Wajah Mariana tenang sahaja dilihat. Langsung tidak menampakkan rasa bersalah. Dah buat silap boleh lagi dia buat muka selamba ye. Hatinya tambah sakit!

"saya dah semak betul-betul sebelum letak dalam in-tray encik Jeffry tadi. Saya rasa memang takde apa-apa pembetulan yang saya tertinggal." Mariana tenang menjawab sambil melihat wajah didepannya yang sudah merah. Apa pulak yang tak kena lagi mamat ni, aduh hai...muka mak ooi hai gerun aku...dah iras beruang tanah tak makan seminggu!

"habis awak ingat mata saya ni yang buta ke Mariana? macam tu? tu spelling error melambak awak buat. Naik biru hijau biji mata saya ni. Awak tak buat spell check ke Mariana?" Mariana dilihat Jeffry hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil menundukkan wajah. Jeffry menghela nafas perlahan.

"saya tak tahu la apa yang awak berangan kat luar tadi tu sampai kerja senang macam ni pun tak boleh nak buat betul-betul...berangan nak kahwin ke Mariana?" Spontan kepala yang menunduk ditegakkan. Mata mereka sudah berpandangan antara satu sama lain.

"Takda la encik Jeffry. Siapa la kahwin dengan saya ni. Dah la tak cantik, gempal pulak. Gelap lagi." Jeffry sedikit tercuit dengan jawapan selamba setiausahanya itu.

"ha, tau pun awak sedar diri. Bagus macam tu. Jadi cik Mariana, jangan nak berangan lebih-lebih lepas ni, buat keje awak tu betul-betul. Faham?"

Peduli apa aku, bukannya aku berangan nak kahwin dengan kau.. beruang!

"saya betulkan semula dokumen ni encik Jeffry. Sorry."

Kepala digelengkan perlahan-lahan. Mariana yang masih setia berdiri direnung.

"awak tahu kan Mariana dari mula-mula dulu saya katakan pada awak saya ni bagaimana kala bekerja. No mistakes Mariana..remember, No mistakes!" Jari telunjuk kanan digoyangkan beberapa kali ke wajah Mariana. Tubuhnya yang tadinya ditegakkan kembali disandarkan pada kepala kerusi. Wajah yang sedang berdiri didepan terus dijamah." Saya paling tak suka kena menyemak dokumen yang sama 2 3 kali. Buang masa saya tau tak Mariana...buang masa!"

yelah tu, kau tak pernah buat silap ke..menyampah!

"yes, i remember that magical word Encik Jeffry. Sorry." Nafas dihela perlahan. Sempat lagi tu perli aku ye!

"you may go now Mariana. 30 minute for the new fresh document to be in my tray." Mariana dilihat menganggukkan kepala perlahan sebelum menghala langkah ke pintu.

* * * * * * * *

"Ana..." Mata yang tekun di skrin empat segi dihadapan dibawa singgah pada wajah teman di sebelah. Kening diangkat sedikit.

"Apanya cik Hannan..."

"Mengamuk pasal apa singa malaya tu tadi?" Hannan yang sedari tadi melihat langkah longlai Mariana berserta wajah muram sewaktu keluar dari bilik ketua mereka itu seakan tidak sabar mengetahui cerita tentang apa yang berlaku kala temannya itu dipanggil masuk "mengadap". Bukan telinganya tidak menangkap suara nyaring si singa malaya itu memarahi temannya itu.

"Takder apa-apa. Aku yang salah. Cuai. Tak hati-hati. Patut pun kena libas."

"kau kena libas? patut la sampai kat sini aku boleh dengar suara dia.."

"dengar ke Nan?" Mata Mariana sudah sedikit terjegil mendengar kata-kata teman disebelah.

"maunyer tak...singa mengaum la katakan. Bergegar jugak la PC aku ni haa. Nasib baik meja ni kebal, tak mahu bergoyang sama." spontan ketawa kecil terlontar dari mulut Mariana. Ada ada aje Hannan ni!

pasal apa Ana yang dia mengamuk sakan kat kau pagi-pagi ni?" Kertas ditangan ditunjukkan Mariana ke wajah Hainan. Dahi Hainan berkerut.

"dokumen amende tu?"

"ni kan kertas kerja yang disuruh aku taip semalam. Aku tak final buat spell check terus print pagi tadi. Kau tau la kita kan apply British english..."

"so?"

"so... some of the words dalam kertas kerja ni ada yang ikut American english..aku tak check dan tukarkan spelling ke British english. Aku terus print dan bagi kat dia. Apa lagi...macam biasalah kan...M16!"

Hannan mencebikkan bibir. Jari telunjuk dihalakan ke bilik Jeffry kemudian jari tersebut ditekan kepala. Dipusingkan beberapa kali. Mariana sudah tersenyum lebar.

"ngaji tinggi ja boleh harap dia tu kau tau...otak tak guna betul betul. Pasal tu ja takkan nak mengaum sakan. Pepagi buta pulak tu. Apa la kan. Cakaplah baik-baik. Sian kawan aku ni."

"biasalah Nan. Macam la kau tak kenal dan tahu peel boss besar kita tu. Apa-apa pun dia boss kan. Kita ni kuli je. Takat kena jerit-jerit ni tebal dah telinga aku ni. Nipis dah gegendang telinga aku ni. Apa je yang dia sembur telan je la beb."

Hannan bangun membongkak sedikit lalu merapatkan tubuhnya ke work station Mariana. Tangannya menggamit Mariana untuk rapat dengannya. Mariana mengangkat kepala. Tangan Hannan terus menggamit meminta Mariana bangun. Perlahan-lahan Mariana bangun merapatkan tubuhnya dengan Hannan. Kepala mereka berdua sudah mahu bercantum.

"apa?" suara Mariana diperlahankan. Mata memandang tepat ke hadapan. Pintu bilik diperhatikan. Takut juga kalau secara tiba-tiba ketuanya itu keluar.

"aku rasakan la Ana..." Hannan dilihat menoleh ke kiri dan kanan. Kemudian memandang tepat ke hadapan sebelum kembali memandang wajah Mariana. Mariana masih menanti bicara seterusnya dari mulut Hannan.

"sebab perangai gila dia ni la agaknya girlfriend dia lari tinggalkan dia. Mana ada perempuan yang tahan dengan jantan macam ni Ana..."

"issh, pandai je kau..ntah-ntah dia yang putuskan." Hannan memcebikkan bibirnya pada Mariana sambil mengoyangkan tapak tangannya.

"kerat kuku la Ana...mesti awek-awek dia tu yang lari dulu...kalau dah asyik hangin 24 jam, garang, suka suki dia je nak marah orang tak kira masa dan tempat sapa yang tahan wei...eei selisih malaikat la kalau aku dapat boyfriend macam ni tau."

Mariana sudah menggelengkan kepala. Kembali melabuhkan duduk pada kerusi berkaki roda lima . Mata dan jari-jemari sudah dihalakan ke skrin komputer dihadapan. Mahu segera menyiapkan dokumen tadi. Kalau lambat, pasti nanti akan "digegarkan" oleh ngauman suara si singa malaya berkaki dua itu.

"Ana..."

"hmmm..."

"camner la ek Noor agaknya kan." Mariana menoleh sekilas pada Hannan sebelum kembali menala pandangan pada skrin dihadapan. Jemari pantas menari diatas papan kekunci.

"apasal pulak dengan Noor?"

"yelah. Noor kan keje hujung minggu kat rumah dia tu. Camner la nasib Noor kan. Silap-silap digulainya budak tu. Mamat ni bukannya ada perasaan." Mariana menggelengkan kepala.

"jangan risau la Nan. Noor tu macam sang kancil kau tau. Nampak je kecil, diam..tapi haa...jangan tak tahu...akal dia...tak terduga!" Hannan pantas memetik jari didepan mata Mariana sambil mengenyitkan mata.

"elok tu Ana, cantik la...nanti aku nak ayat Noor kenakan mamat tu kaw kaw...biar padan ngan muka dia."

"issh kau jangan nak ajar budak tu buat bukan bukan Nan. Mampus nanti kita!"

"ala, aku tau la...jangan risau ye cik Mariana. Tak matinyer dia...takat patah riuk je."

Hannan hanya melemparkan senyuman meleret pada Mariana yang masih berkerut dahinya.

Monday, May 3, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 24

Bab 24


Pintu bilik dipulas rakus, ditolak lalu ditutup pantas. Langkah laju diatur Zita ke dalam bilik. Tas tangan yang sudah melorot dari bahu ke lengan diletakkan diatas meja yang bertentangan dengan katil. Tubuh yang sudah tidak mampu bertahan dilontarkan ke katil. kepala yang memberat sejak tadi terus dibenamkan ke bantal. Mata dipejamkan. Rapat. Mahu dilontarkan jauh jauh semua permasalahan yang singgah di mata...yang hadir di hati... yang mengusik tangkai jiwa...yang mengocak lubuk mindanya!

Tadi sewaktu di pejabat kala telefon dimeja yang sudah berbunyi nyaring minta diangkat pantas ditekan butang handsfree dengan tangan kanan sementara tangan kiri masih sibuk menyelak helaian dokumen didepan mata yang memerlukan tandatangannya.

"hello..." bola mata masih lekat pada dokumen didepan. Pen ditangan dipusing-pusing.

"selamat pagi Puan Zita Asyikin." Kening sudah berkerut.Tangan yang menyelak dokumen terhenti spontan. Siapa pulak gerangan yang bukan main lagi menyebut nama penuhnya. Dia yang sudah terbiasa dipanggil Zita agak kaget sedikit bila dipanggil begitu. Hanya mama dan arwah umi yang sering memanggil dirinya sebegitu.

"pagi. Boleh saya tahu siapa yang bercakap dan dari mana encik ni ye, rasanya saya tak pernah kenal encik ni." ketawa kecil kedengaran di talian sana. Eh, ketawa pulak dia, kita ni bertanya dia tu siapa boleh lagi dia gelak.

"nama saya Azuddin Yaacob dari MSF Industries, puan."

Azuddin Yaacob?.

Dan bagai mengerti kekeliruan di kepala Zita saat itu, orang ditalian sana menyambung kata bicara.

"Team saya ditugaskan oleh Puan Sri Marini untuk bergandingan dengan team Puan Zita Asyikin didalam perlaksanaan projek pemuliharaan semula bangunan ibu pejabat MSF Industries Sdn Bhd. Puan Sri akan memantau projek ini dari pejabatnya dan dari masa ke semasa Puan Sri akan berhubungan dengan saya dan Puan Zita untuk mendapat maklumbalas."

berhubungan?...maksudnya..

"Puan Sri tidak akan terlibat secara langsung didalam projek pemuliharaan ini. Saya yang mewakili MSF untuk kerja-kerja ini. Jadinya muka saya inilah yang akan kerap puan Zita jumpa disepanjang projek ini hinggalah selesai." ketawa kecil terhambur di talian sana. Aneh Zita langsung tidak terasa lawak. Kepalanya kian sesak dengan agenda mama yang makin pelik. Hijabnya masih belum mampu lagi disingkap Zita.

Jika difikirkan kata-kata Azuddin tadi bukankah itu makna dirinya ini tidak akan berjumpa mama sekerap yang disangka. Tidak akan bersua muka dengan mama selalu. Mama bagaikan tahu sahaja yang Zita tidak sanggup berdepan lebih kerap dengannya. Betulkah begitu mama?

"Puan Zita Asyikin?...puan ada masalah ke dengan penerangan saya tadi?...puan?" Minda yang jauh menerawang terhenti kala diseru bertalu.

"panggil saja saya Zita, En Azuddin. Tak perlulah sebut nama penuh macam tu. Kita kan nanti bagai satu pasukan dalam projek ini." Telinga Zita pantas menangkap nada suara seakan terkejut di talian sana.

"owh. Maafkan saya kalau puan tak selesa. Puan Sri yang minta saya panggil puan begitu. Malahan semua team juga diingatkan memanggil puan sebegitu oleh Puan Sri."

Kepala digeleng perlahan.

Mata yang terpejam rapat dibuka perlahan. Bola mata sayup menatap siling putih diatas. Tangan kanan sudah mendarat didahi.

Mama, sungguhlah Zita tidak tahu apa yang ada cuba mama lakukan ini...
* * * * * * *
"papa..." Mata yang menunduk menatap majalah ditangan diangkat sedikit memandang wajah comel yang sedang duduk bersila didepannya.
"ada apa sayang?"
"Lamanya kak Zita tak telefon kita kan papa? kak Zita dah tak ingat Sarah ke papa?"
Wajah cemberut yang comel diatas katilnya itu dipandang sekilas. Senyuman dilemparkan Azhar pada puteri tunggalnya itu. Majalah ditangan diletakkan ketepi. Kepala Sarah dielus perlahan-lahan.
"kak Zita banyak kerja kat office tu sayang. Nanti kalau dia tak sibuk papa pasti mesti dia call Sarah, ok sweetheart?"
"ala asyik busy keje macam papa je...tapi Sarah missed her so much la papa. I missed her...i missed her! I missed her this big papa.." tangan halusnya mencapai teddybear berwarna coklat muda sebesar TV 20 inci lantas disuakan ke wajah Azhar. Ketawa Azhar sudah terburai dengan gelagat lucu Maisarah. Malu ditertawakan, Wajah pantas disembunyikan Maisarah disebalik teddybear di tangan.
"oklah sayang, esok papa cuba call kak Zita ye. Then we set a date with her. Just the three of us, ok sayang?" Serentak suara jeritan nyaring terlontar deras dari mulut mungil tersebut.
"yeahhhhh!"
Leher Azhar sudah dirangkul erat bersama ciuman bertalu di kedua-dua pipinya.
"love you papa.."
papa love you too sweetheart...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...