Thursday, November 28, 2013

Tika Itu...Inai Masih Merah - TEASER Bab 1




“ENCIK HANIFF, NANTI...ENCIK HANIFF MIRZA!” Zara laju mengejar susuk tubuh lelaki didepan. Lelaki yang kebelakangan ini makin kerap hadir dipejabat ini menemui ketuanya. Langkah Zara makin deras mendekati lelaki yang langsung tidak mengendahkan panggilannya. Suara Zara terus memanggil. Issh, susah betullah bercakap dengan orang besar-besar ni. Langkah berjaya disaingi. Zara memberanikan diri menentang wajah kacak tinggi lampai disebelah yang terus berjalan tanpa mahu menoleh. Dia ni memang tak makan saman betul! Tubuh dibawa berdiri menghalang lelaki dihadapan dari meneruskan langkah. 

“Encik Hanif tak boleh masuk. Encik Haniff tak ada temujanji .”
Langkah Haniff terhenti. Sorotan mata dibawa melewati wajah bulat putih mulus dihadapan. Gadis berskirt hitam paras lutut yang dipadankan dengan jaket warna senada seakan mahu menerkam. Wajah serius dipaparkan Haniff. Dua pasang mata mereka saling beradu tentang.

“Boss awak ada kata tak nak jumpa saya?”

“Bos saya tak mahu diganggu sesiapa hari ini.”

“Saya nak jumpa dia…bukan nak ganggu dia. Awak tak perlu bimbang. Dan saya bukan nak culik boss awak yang cantik tu. ” Usai melempar kata Haniff laju membuka langkah. Zara ternyata gagal menahan lelaki itu yang jauh lebih pantas. Haniff sudah meloloskan tubuh segaknya ke dalam bilik Hannan Zahirah yang tadinya tertutup rapat. Mati la aku! Zara kemam bibir. Pesanan Hannan agar dia tidak diganggu dalam dua jam ni kerana perlu menyiapkan kertas cadangan yang diminta Datuk Hamzah gagal dilunaskan. Dan lelaki itu penyebabnya! 

Dua pasang mata berlaga. Hannan laju membawa mata ke pintu biliknya yang tiba-tiba ternganga. Zara yang tercegat dibelakang lelaki yang cukup dikenali ditatap. Dia tahu Zara tak bersalah. Lelaki ini memang tak faham bahasa!

“Cik Hannan..minta maaf saya tak sempat nak ha….”

Hannan angguk kepala. Senyum. “Tak apa.,Zara. Tolong tutup pintu.”

Zara lepas nafas. Akur. Kepala diangguk. “Baik cik Hannan.” Zara lontar lirik mata kearah lelaki segak berkaca mata yang sudah melabuhkan duduk dihadapan Hannan. Issh, tak reti bahasa betul! Tangan menarik tombol pintu.

Hannan memerhatikan langkah Zara hingga pintu ditutup. Mata kembali jatuh pada lembar kertas –kertas putih yang bergelimpangan diatas meja. Pena yang terkepil dijari kembali menari dilantai kertas. Sesekali mata melirik pada skrin empat segi Ienovo didepan. Tetikus dilarikan ke kiri kanan. Dibawa balik pandangan ke lembar kertas. Mata pena terus mencatat. Hannan buat tak endah kepada tetamu tak diundang yang sedang duduk merenungnya dari tadi. 

Tiada suara yang berdetik. Hanya hembus nafas yang dari dua tubuh berdesir memenuhi ruang bilik yang sederhana besar. Sepasang mata Haniff tidak lepas menentang raut bujur sirih yang bertudung unggu hari ini. Nampak anggun.

“Assalamualaikum.”

Hannan angkat mata. Senyum dibibir lelaki didepannya ini tidak langsung menarik bibirnya untuk membalas. “Walaikumsalam.”

“Hannan. I nak tahu keputusan you.”

Jeda.

Hannan kembali membawa tumpuan ke deretan beberapa dokumen yang diteliti sejak awal pagi tadi. Ternyata kedatangan lelaki ini mengganggu konsentrasi tumpuannya. Sungguh-sungguh mengganggu! Apalagi yang you mahu, Haniff? Apa lagi! 

Haniff terus tidak berkelip memandang raut wajah mulus Hannan yang tenang meladeni timbunan kertas yang bergelimpangan diatas meja. Panggilannya langsung tidak bersambut. Haniff sedar dia dipihak yang bersalah maka terima sahajalah apa sahaja bentuk layanan Hannan terhadapnya. 

“Hannan…please. I tahu I bersalah pada you. Tapi tolong jangan buat macam ni pada i.“

Pena ditangan dilepaskan. Suasana didalam bilik mulai dirasakan hangat. Mata dikelipkan beberapa kali. Hempasan nafas yang berkecamuk dan menggila didalam dada cuba dikawal. Tidak mahu terlihat dihadapan lelaki ini akan gelora yang sedang membadai dijiwa. Dia tidak mahu nampak tewas dimata lelaki ini. Jiwa halusnya yang dulu runtuh sudah dipasakkan semangat untuk tidak akan rebah lagi. Dia sudah cukup sengsara selama ini. Cukuplah, Haniff. Apa lagi yang you mahu dari i? Tubuh berbalut kurung unggu lembut berbunga putih bingkas dibawa berdiri. Langkah diatur ke kabinet dibelakang. Langsung tidak diendahkan tetamu tidak diundang yang sedang duduk dihadapannya. Lantaklah! Dia memang tak diundang sini. 

Haniff bingkas bangun. Langkah dibawa mendekati Hannan yang membelakanginya. Helaan nafas berlari laju. Jarak tubuh yang makin kecil jurangnya antara mereka membuatkan Hannan pantas berpusing. Dua tubuh saling bertentangan. Hannan dakap fail hitam kejap didada. Mata tajam melontar.

“Step back, Haniff.”

“Hannan..”

“I said step back!” Suara terlantun nyaring. Hannan ketap bibir. 

“No. I won’t , Hannan.”

“Haniff!!!!”

“Not until I you say yes.”

“You jangan nak kurang ajar, Haniff.”

“Just say yes, Hannan.”

“No! I won’t let you.”

“Then I’ll be standing here…with you…all night long.”

“You dah gila ke, Haniff!” Mata Hannan sudah membuntang. Sakit hatinya dengan sikap degil Haniff yang sengaja tak mahu faham akan penjelasannya.

“You yang buat I jadi gila, Hannan. The choice is in your hand now. Wanna spend a night with me here or you let me have what I want.”|

You memang gila, Haniff!!!

Tuesday, November 26, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 14

Bab 14
MATA AIDA meliar. Berpusing kepala. Dijenguk lagi di luar tingkap. Sah! Dia memang tak salah. Mata Aida masih cerah. Akal masih boleh ingat tiap inci susur perjalanan dari rumah ke My Little Sweet Home Child Care Centre biarpun disini bukan kampung halamannya. Yang pasti ni bukan jalan balik ke rumah Fyza!
         Ditoleh kesebelah. Bibir bergetaran dalam dakap gementar yang mengoncang tangkai hati. Tidak pernah dirasai debar begini. Bimbang menari-nari dibenak. Janganlah. Ditepis kencang semua rasa tidak enak yang menjentik. Tolonglah…tolonglah jangan ada yang tidak baik menimpa dirinya. 
     Digagahi bibir mengungkap kata. “Err…saya rasa abang Mat dah salah jalan ni, Fazwan.” Bola mata Aida yang redup melontar sebuah tatap. “ Setahu saya ni memang bukan jalan ke rumah sewa saya. Ni bukan jalannya. Saya tahu jalan ke rumah sewa saya bukan ikut jalan yang ni. Saya memang ingat sangat.” Dilontar sebuah lagi kata yang berpaksikan pemberitahuan yang pasti. Seratus-peratus pasti! 
      Fazwan senyum. Lirik mata dilontar ke cermin pandangan belakang. Abang Mat sudah tersengih. Kembali mengarah sepasang mata kesebelah. Aida yang tidak berganjak memandang dijamah tenang. 
    “Memang bukan. Dan kita bukan nak balik ke rumah sewa awak, Aida.”
     Aida terpanar.
   “A..ap..apa maksud awak ni, Fazwan? Tadi..tadi kan awak kata nak hantar saya balik ke rumah. Sa..saya tak salah dengar kan?”
   Fazwan tolak bingkas cermin mata yang sedikit melorot. Mata memandang ke depan. Tenang sahaja dipandangan Aida. Bibir Aida kemam. Kuat.
      “Awak memang tak salah dengar, Aida…tapi saya tak kata nak hantar awak sekarang kan. Jadi…saya boleh hantar awak bila-bila masa…samada lewat malam nanti atau esok pagi. Yang penting saya tetap kotakan janji. Saya akan hantar awak balik ke rumah. Itu pasti. Tak perlu risau.”
       Gulp! Aida telan liur. Lewat malam atau esok pagi?!!Mata terkebil-kebil bersama deru nafas yang huru-hara. Kata-kata Fazwan itu terus menerpa lagi kotak fikiran yang sudah tunggang-langgang. Bermacam-macam andaian sedang berlumba-lumba memasuki ruang kepala. Bercampur-baur segala rasa. Mata menjengah ke depan. Dari cermin pandang belakang jelas kelihataan Abang Mat yang dilihat meleret senyum. Apa semua ni?!! Dada macam nak meletup. 
     Dan kita bukan nak balik ke rumah sewa awak, Aida. 
    Tapi saya tak kata nak hantar sekarang kan. Jadi…saya boleh hantar awak bila-bila…samada lewat malam nanti atau esok pagi. Yang penting saya tetap akan hantar awak balik ke rumah.

      Rangkaian kata-kata Fazwan terus menghantui…hinggap di kepala lagi dan terngiang tak henti-henti. Aida rasa macam nak terjun sahaja dari kereta tapi pintu kereta mewah macam ni memang sah-sah dah terkunci secara automatik. Kenapa dengan Fazwan ni? Nak bawak kemana pulak Aida ni haa? Dah hilang waras ke awak, Fazwan? Pelbagai laras persoalan menujah kepala. Aida rasa macam nak pitam. Kenapa pulak tiba-tiba lelaki disebelahnya ini bersikap aneh begini. Aneh benar. Kata-katanya penuh berteka-teki daripada tadi. Fazwan, tolong jangan buat yang bukan-bukan. Saya…saya percaya awak sungguh-sungguh. Saya percaya awak lelaki baik, Fazwan. Saya percaya awak bukan begitu. Gempur nafas makin memacu deras memasuki relungnya. Allah. Hanya itu yang terdaya terhumban dari ulas bibir.   
         Aida benar-benar takut. Dia berseorangan bersama dua lelaki yang baharu benar dikenali. 
Akal dan minda masih bertempur dengan seribu satu andaian. Bisik-bisik marah menguasai ujana hati. Menghentam. Aida gigit bibir. Rasa nak menangis sungguh. Ikut lagi orang yang kau tak kenal sangat hati budi dia. Kalau jadi apa-apa pada kau nanti tak siapa yang tahu, Aida. Kalau buruk yang kena tak siapa nak percaya cakap kau nanti sebab kau yang ikut jantan ni. Kau memang tak belajar daripada apa yang berlaku dulu kan, Aida. Betullah kan kata semua orang. Kau tu memang lurus bendul tak sudah-sudah dari dulu. Percaya jantan tak bertepi. Percaya bulat-bulat. Ingat semua orang otaknya sama suci murni macam kau ke? Sebab tu kau kena tipu hidup-hidup dengan Razman. Lelaki ni kan aku dah kata sehelai rambutpun jangan kau percaya. Betulkan apa yang aku dah cakap? Kau tengok sekarang. 
        Aida kemam bibir lagi. Kolam mata terasa hangat namun sedaya ditahan supaya tidak pecah. Cuba diraih ketenangan yang kian menipis. Istighfar berlagu lagi. Kali ni lebih kerap. Berulang-ulang. Segala bisik syaitan yang cuba menempelkan awan hitam dihati dihumban jauh-jauh. Wajah dibawa keluar tingkap. Tidak sanggup memandang Fazwan. Aida takut kepada lelaki itu saat ini. Gerun jika lelaki tu bertindak yang bukan-bukan.Baik dia mematikan kata. Mengunci bahasa. Debar dalam jiwa dipegang kejap. Hanya termampu dipanjatkan kala ni cuma perlindungan daripadaNya yang satu. Hanya Dia. Aida tahu dia sudah terkepung. Tidak boleh kemana-mana. 
         Fazwan tahu Aida sedang resah. Gelisah terpamer jelas tadi kala ulas delima yang indah itu membuka kata tanya. Fazwan juga tahu bunga ketakutan pasti sedang berungkai dihati. Riak wajah dan air muka gadis disebelahnya ini tadi tidak sukar dibaca maknanya. Fazwan mahu ketawa sebenarnya. Ditahan. Senyum yang tergumpal disembunyi. Melihat Aida yang bisu tak sampai hati benar dia mahu terus mahu membiarkan Aida dilambung bimbang. Buatnya menangis si cantik disebelahnya ini nanti baru haru!
      “Awak rasa…saya ni macam nak culik awak tak, Aida ?” Fazwan lontar kerdipan bersahaja. Kerdipan yang berbaur usikan nakal sebenarnya. Mahu melihat reaksi comel Aida yang pasti sekarang ini sedang huru-hara rentak jantungnya. Fazwan tenang mengawal senyum manis.
        Aida spontan menoleh. Melihat Fazwan yang tersenyum Aida terlopong. Mata terkebil-kebil. Laju. “Cu..culik? Awak nak culik saya? Ke..kenapa awak nak culik saya, Fazwan? Saya…saya ada buat salah apa-apa ke pada awak, Fazwan? Saya…saya..” Aida tekup mulut. Tak terdaya menghabiskan kata-kata. 
         Ketawa halus Fazwan berderai memecah sunyi. Aida terkedu. Sah benar dirinya dipermainkan oleh Fazwan dan abang Mat. Bibir diketap. Laju dihumban wajah keluar tingkap. Ahmad yang memandu menggeleng kepala. Ketawa kecilnya turut terdesir. Tak sangka benar Fazwan boleh menjadi nakal begini. Tahu benar rancangan ketuanya ini tadi yang mahu mengusik Aida. Memang itu yang diberitahu kepadanya tadi sewaktu dalam perjalanan menjemput Aida.
       Hembus nafas damai Fazwan terluncur. Dua jari mengelus pangkal hidung. Aida yang membuang pandangan keluar tingkap direnung. Lama. 
       “Aida…” Perlahan diseru.
       Aida perlahan-lahan berkalih sisi pandang. Fazwan jala senyum. Aida kejap bibir dari membalas. Sakit hati masih bersisa. Dilarikan wajah semula keluar. Mata Fazwan sekilas dilontar ke depan. Abang Mat dilihat mengenyit mata sambil menganggukkan kepala. Isyarat permainan mereka harus ditamatkan. 
      “Saya tak ada rancangan nak culik awak hari ini, Aida. Jangan bimbang,hmmm. Kalau sungguh saya nak culik awak saya akan culik awak secara elok. Ikut adat. Pergi jumpa mak awak. Minta izin nak culik awak duduk dengan saya seumur hidup. Nak culik awak dan simpan awak dalam hati saya. Bukan untuk sehari dua tapi selama-lama.” Fazwan juring senyum seraya melontar renung ke arah Aida yang masih lekat matanya ke luar tingkap. Aida dilihat pantas menoleh. Bertembung empat biji mata. Senyum Fazwan tenang terhias.
         Aida menoleh kesebelah. Matanya yang bundar laju menghantar sinar. Isyarat diam yang mudah benar dibaca maknanya oleh Fazwan. Senyum dibibir makin mekar. Pandangan mereka kembali bertaut. Lama. Aida telan liur. Jantungnya bagai digoncang-goncang. Tadi kala cuping mendakap bilah-bilah kalam yang terluncur dari bibir Fazwan, tubuh rasa mahu terjelepuk. Terkejut bukan kepalang dengan baris-baris ayat yang tidak terjangka akan terlafaz oleh lelaki disebelahnya ini. Sungguh dia rasa lidah terjeda. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Segala kosa kata bagai terpadam dari kamus diri. Deru nafas turun naik. Semua andaian juga kata-kata negatif yang menekan fikiran juga kepala tadinya hilang begitu sahaja. Berganti pula dengan apa yang baru didengar. Terlafaz dari bibir lelaki disebelahnya ini. Aida tarik nafas dalam-dalam sebelum perlahan-lahan dilepaskan dari relungnya. Masih tidak melepaskan renung ke wajah lelaki disebelah.
       “Awak nak kata apa sebenarnya ini, Fazwan? Tolonglah jangan berteka-teki dengan saya. Saya tak pandai dalam urusan teka-teki begini.” Aida lega. Sudah dihamburkan rasa yang bergelumang didalam jiwa.
       Fazwan senyum pada Aida yang masih memandang.
       “Status saya maksud awak?”
        Aida telan nafas perlahan-lahan. Mata menjamu seraut wajah tampan disebelah yang dilihat tunak merenungnya.
      “ Tolonglah kasihan kan saya, Fazwan. Bolehkan awak jangan huru-harakan hati dan jiwa saya yang baru sembuh ini. Saya hormat awak, Fazwan. Terlalu. Sangat-sangat. Saya pinta tolong hormati saya juga, Fazwan. Tolong, Fazwan.”
     Fazwan angguk.
     “Maaf kalau usikan saya buat tak selesa, Aida.”
      Aida geleng. Bibir dikemam.
    “Saya..saya cuma bimbang.”
   “Bimbang saya suami orang? Bimbang menjadi pengganggu rumahtangga oranglain. Itukah yang terangkul dalam jiwa dan hati awak sejak tadi, Aida?”
      Aida jeda.

     “Aida…”
      Dua pasang mata mereka kembali bertemu untuk kesekian kalinya.
     “Saya ini hanya milik arwah ibu saya. Milik dia hingga akhir hayat saya. Selain dia…saya bukan milik mana-mana perempuan.Awak tak usah bimbang.Harap awak boleh tenang selepas ini.”
       Aida kemam bibir. Kepala menunduk seketika.
      “Masih tak percaya kata-kata saya?” 
      Aida menggeleng. Diangkat wajah. 
    “Saya..saya cuma takut. Awak..awak aneh sangat hari ini, Fazwan.”
    Fazwan melontar senyum lebar.
   “Takut saya buat yang bukan-bukan pada awak?”
     “Saya cuma manusia biasa, Fazwan. Lemah melawan ledakan perasaan yang bukan-bukan. Bisik jahat itu pasti ada. Maafkan saya kalau prasangka saya terbias dimata awak. Saya tak terdaya.”
     Fazwan angguk.
     “Beginilah, Aida. Biar saya berterus-terang. Dan maafkan saya kalau cara dan kata-kata saya buat awak jadi takut. Saya takkan sesekali melakukan hal-hal cemar pada awak. In Shaa Allah. Ini janji saya. Saya cuma nak culik awak...atau lebih manis sedikit bunyinya cuma nak pinjam awak untuk temankan saya ke satu tempat. Tapi jangan risau. Tempat ni bukan hanya ada kita berdua,hmmm. Ada ramai orang disekitar. Tak perlu bimbang ok. Boleh kan?” 
     Aida telan liur perlahan.
    “Nak pergi mana?”
      Dan senyum Fazwan meniti dibibir tanpa sepatah kata balas. Aida kembali dihujani tanya yang bukan kepalang.

Mata Aida jatuh pada sebaris nama yang memang dia tahu bukan calang dalam dunia gaya dan fesyen kaum hawa. Kaki terpasung seketika. Tidak pernah menduga akan menjejak langkah ke butik ternama ini. Bila Fazwan melebar tapak tangan mempersilakanAida masuk dahulu, Aida pantas menggeleng. Tidak mahu. Biar dia ikut dari belakang sahaja. Segan. Fazwan dilihat hanya ketawa kecil. Aida kemam bibir. Dua pasang kaki melangkah masuk ke dalam premis Louis Vuitton. Aida hanya mengekori daripada belakang. Mata terpegun melihat deretan tas tangan yang beranika bentuk dan rupa. Sapaan dari jurujual hanya dibalas dengan senyum kecil. Aida rapatkan diri dengan Fazwan. 
    “Sini ke tempatnya?’ Bisik suara terhumban.
     Fazwan angguk. Sekuntum senyum meniti dibibir. Wajah Aida yang agak rapat dengannya ditelan penuh terpesona.
    “Nak beli apa disini?”
    “Handbag.”
    "Handbag?"
    Aida pamer kerut wajah. Fazwan yang memandang makin lebar senyum. Langkah terus dihala meneliti tiap tas tangan yang terpamer. Aida terus membuntuti sebelum langkahnya mati ke satu rak. Mata tersangkut pada sebuah tas tangan yang begini menangkap mata. Menawan hatinya pada pandangan pertama. Bibir tanpa sedar ukir senyum. Senyum dan reaksinya tanpa disedari pantas dirakam oleh Fazwan. Perlahan Fazwan mengundur langkah mendekati Aida.
    “Aida…”
    “Err…iye.” Khayalan Aida berderai. 
    “Suka yang ni?”
    Aida angguk. Jujur. Senyum dibibir meniti. “Cantik kan?” Fazwan senyum balas.
    “Ambillah.”
    Aida terpinga. Mata terkelip ke arah Fazwan yang terus tersenyum.
   “Am..ambil apa?”
    Aida lurus bertanya. Fazwan ketawa kecil.
   “Handbag tu..”
   “Handbag ni?” Kerut didahi terukir. Jari dihala ke arah benda empat segi didepan mata.  

     “Un..untuk siapa?
    “Untuk awaklah, sayang.” Fazwan capai shoulder bag berwarna coklat gelap didepan Aida. Dibelek. Kepala Fazwan terangguk. Setuju dengan pilihan Aida.
   “Your wife,sir?”
     Perbualan mereka terhenti kala seorang jurujual datang. Fazwan senyum. Aida sedikit tersentak lalu menghala wajah ke arah lain. Segan kala soalan itu ditanyakan kepasa Fazwan.
   “She’s beautiful.” Senyum jurujual cantik berbangsa tionghua terhala ke arah Aida yang tergamam seketika.
   Fazwan angguk.
    “She is.”
     Aida kemam bibir.
     Fazwan terus belek shoulder bag ditangan. Dihulur pada Aida. Jurujual disisi melontar senyum.
   “Cantik. Aida pun suka fesyen yang macam ni kan.”
    Aida tengok tanda harga yang tertera. Tanpa sedar lengan Fazwan dicapai.
   “Mahal sangat, Fazwan. Tak perlulah.”
Fazwan kenyit mata. Mata jatuh pada lengan yang disentuh Aida. Mata Aida yang menyedari gerak mata Fawzan  laju menurunkan tangan. Pipi hangat. Aduh, macammana boleh terpegang ni. Malunya! Senyum Fazwan tambah mekar melihat reaksi comel Aida.
   “Tak semahal awak, Aida. Nilainya hanya sehiris. Tak terbanding diri awak. Awak tak ternilai dimata saya,Aida.” Aida terpempan dengan kata-kata Fazwan.
    Fazwan hulur shoulder bag kepada jurujual di sebelah Aida.
    “I take this.” Huluran Fazwan disambut penuh hormat. Aida yang berdiri takzim disebelah dipandang oleh jurujual yang terus menjual manis wajah.
    “Buying for your beautiful wife, sir?”
      Fazwan senyum. 
    “Yes. For my beautiful wife. Sincerely from my heart. ” Fazwan hulur kenyitan mata pada Aida. 
     “You’re so luckly. Your handsome husband is so romantic.” Senyum Fazwan tersulam manis. Dua pasang mata mereka bertembung. Pipi Aida rasa hangat bila ditatap begitu. Ada satu rasa yang sedang berkibaran dijiwa. Paras adrenalin hati rasa memuncak ke paras tertinggi. Debar dada bergetaran. Kencang. Degup jantung bertempiaran.

Tuesday, November 19, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 13

Bab 13
“NASIB BAIK BETUL DADDY SI DIAN  lalu kat situ masa hari kejadian tu, Aida. Kalau tak, hmmm…tak tahulah akak apa jadi kat kau. Silap-silap kau terbaring jer kat situ sampai petang kut. Jalan tu dah lah sunyi sepi.  Issh, mengerikan betullah hal-hal ragut sekarang nih. Kak Niza rasakan ni mesti kes budak-budak penagih ler tu. Duit tak der nak beli benda haram jadah tu, haa meragut orang jer la penyelesaiannya. Elok dipancung jer tangan-tangan peragut ni.” Puan Anne geleng kepala. Mulut Niza yang dipanggil teacher Niza itu memang cukup terkenal dengan kecoh dan bisingnya. Semua guru-guru yang bernaung dibawah bumbung My Little Sweet Home Child Care Centre cukup masak dengan mulut Niza.
            Aida senyum. Mata menyusuri wajah guru senior yang dipanggil kak Niza juga guru-guru yang lain yang berada di bilik puan Anne pagi ini. Mereka memang jarang bercakap sejak Aida mula berkhidmat disini. Mungkin Aida guru baharu sementelaah lagi Aida juga jenis yang tidak banyak cakap, jadi komunikasi antara mereka lebih bercorak isyarat. Senyum dan angguk kepala sahaja. Sesekali sahaja mereka bercakap jika bertembung di pantri jika kebetulan waktu rehat mereka sama.
Aida menjadi tumpuan hari ini setelah lebih seminggu tidak hadir berkerja. Semua sedia maklum apa yang terjadi. Dan hari ini semuanya bagai teruja mahu mendengar kisah daripada mulut Aida sendiri tentang apa yang berlaku pada hari dia diragut. Semuanya sudah diceritakan tadi. Dan alhamdulillah semalam dia sudah dibenarkan keluar dari wad  usai segala prosedur dan keterangan daripadanya diambil oleh pihak polis untuk siasatan. Nasib baik sungguh ada Fazwan yang banyak membantu Aida untuk memberi keterangan. Aida agak gementar juga waktu disoal oleh pihak polis tentang apa yang berlaku namun adanya Fazwan dan Fyza disisi yang banyak memberi kekuatan, segalanya diselesaikan dengan baik. 
          “Semua yang berlaku tu kehendak Allah, kak Niza. Apa-apapun saya bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus berada disini…memberi khidmat pada penghuni-penghuni kecil disini selagi khidmat kecil saya ini diperlukan.”
          Teacher Aini, Nancy, Laila, Vani juga Niza mengangguk serentak. Masing-masing berganti-ganti memeluk erat tubuh kurus Aida.  Ada esak yang terdesir. Ada hiba halus yang hadir menjengah cuping.  Aida kemam bibir. Ada rasa sebak yang singgah di ujana hati.
          Puan Anne yang menjadi saksi melontar angguk.  Usai semuanya bahu Aida yang berdiri disisi dipaut lembut. Saling berpandangan. Senyum bertukar.
          “Welcome back, teacher Aida.”
          Aida angguk.
          “Terima kasih, puan atas segala-galanya.”
          “Ok ladies. Back to your class.”
          “Ok, madam!” Semua menyahut serentak bersama derai ketawa.

“Aida..”
          Aida yang sedang membancuh milo panas dan berdiri membelakangkan meja menoleh. Bibir ukir senyum pada cikgu Niza yang sedang tekun menikmati kuih lapis dan bee hoon goreng yang disediakan oleh puan Anne. Memangnya setiap hari puan pengetua yang baik hati itu akan sentiasa menyediakan juadah sarapan pagi untuk semua penghuni di sini.
          “Ya, kak Niza.”
          Niza gamit tangan.
          “Meh duduk sini jap. Akak ada benda nak cakap dengan kau sikit.”
          Aida atur langkah bersama mug milo panas ditangan mendekati meja. Duduk dilabuhkan disebelah cikgu Niza.
          “Ada apa kak?” Lafaz basmallah terluncur. Sudu disua terisi milo panas perlahan-lahan disua ke bibir. Dicicip sedikit demi sedikit. Hati-hati.
          Niza tatap wajah cantik guru baharu didepannya ini. Sudah banyak bunyi-bunyi yang dia dengar dari kalangan guru-guru senior tentang “hubungan baik “ Aida dengan lelaki yang hanya mereka kenali sebagai “daddy Dian Khalisya“. Itu yang sering didengar dari bibir Dian Khalisya bila ditanyakan tentang siapa lelaki kacak yang sering menghantar dan menjemputnya dari tadika ini. Jika selama ini yang kerap dilihat mereka adalah wajah Puan Annur Qistina dan encik Johan yang menghantar si comel itu, kini wajah baharu pula yang kerap terpampang di tadika ni saban pagi dan wajah itu jugaklah kerap benar dilihat berbual-bual dengan si cantik didepannya ini. Niza ada sekali dua terlihat kereta mewah lelaki itu bersama pemandunya menghantar Dian Khalisya namun tidak pernah pula bertegur sapa.  Dan Lelaki segak tampan penuh karisma dan cukup bergaya itu lewat kebelakangan ini akrab sungguh dilihat menghantar Dian Khalisya ke sini. Dan sejak Aida bekerja disini, mereka kerap benar melihat Aida berbual-bual mesra dengan lelaki itu.  Kalau dilihat dari segi penampilan, gaya juga kedudukan sosialnya mustahil lelaki tersebut belum berpunya. Mustahil benar!
 “Akak ni bukan nak menyibuk, tapi akak ni cuma taknak kau tu dipermainkan orang. Kau tu muda, Aida..cantik sangat pulak tu.  Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya, Aida. Sehelai rambut pun belum tentu betul apa yang dia cakap.”Gelas air teh didepan dicapai lalu disua ke bibir. Diteguk perlahan. Mata mengerling sekilas ke arah Aida yang tampak manis dengan kurung yang bertanah hijau limau purut ditaburi corak bunga kecil putih.
          Dahi Aida membentuk garis kerut. Tidak faham dengan apa yang didengar.
         “Maksud akak?”
          Niza letak gelas di meja. Nafas dihela perlahan.
 “Daddy si budak Dian tu la.”
          “Encik Fazwan maksud akak?”
          “Ha’a.”
          “Kenapa dengan dia, kak Niza?”
          “Kami kat sini bukanlah nak jaga tepi kain orang, Aida tapi memang banyak jer mata yang selalu nampak Aida dengan daddy si Dian tu berbual-bual. Nampak mesra benar. Macam rapat pun ye. Akak ni bukan apa, taknak Aida ni nanti jadi barang mainan pulak. Lelaki berkedudukan macam tu, kaya pulak..hmmm,tau tau jer la kan. Kadang bini cantik macam bidadari pun belum cukup kuat nak mengikat langkah lelaki yang poket-poket tebal ni. Dapat pulak pucuk muda kampung yang cantik gila macam kau ni, Aida.  Mengaku bujang pun sanggup asal dapat apa yang dia nak. ”
          Aida senyum kecil biar hati berdetik juga kala ayat terakhir kak Niza menghentak dinding hati.  Namun bibir tidak ingin berkata apa-apa dulu. Mahu dibiarkan dan didengar apa lagi yang bakal keluar dari mulut wanita lewat tiga puluhan ini. Milo yang sudah suam dibawah ke bibir. Dihirup perlahan-lahan. Sepotong kuih lapis yang terhidang ditengah meja dicapai lalu dimasukkan kedalam piring kecil dan garfu yang sudah sama tersedia. Dibenamkan mata garfu ke tubuh kuih lapis yang berwarna-warni. Perlahan-lahan disua ke bibir. Dikunyah cermat.
          “Akak  dengar pagi ni pun dia singgah kat sini walaupun si Dian mamanya dah hantar awal-awal lagi. Singgah bawak jambangan bunga pink rose lagi katanya buat kau ye. Besar sungguh dan cantik katanya. Hmmm..bertuahnya badan…tapi jangan mudah terpedaya dengan macam-macam pemberian ni, Aida. Kena ingat jugak. Mana tau dia ada niat yang tak baik kat kau. Akak ni cuma nasihat jer. Kau tu budak..dari kampung pulak katanya..kan. Kau mentah lagi dengan permainan lelaki bandar ni. Nanti di longgokkan kau dengan macam-macam hadiah…layan kau baik-baik ngalahkan puteri…ikut apa kau mahu. Nanti dia minta balasan daripada kau. Jangan terjerat, Aida. Paling penting jangan sampai rampas suami orang. Meruntuhkan rumahtangga orang sebab nak hidup senang lenang…hidup mewah. Tak berkat hidup kau nanti. Kena sumpah hari-hari. ”Niza sambung bicara sambil lontar biji mata ke arah Aida yang takzim menghirup milo.Tiada reaksi dari  Aida. Mulutnya tenang mengunyah kuih lapis.
          Kunyahan yang hampir selesai disudahi perlahan. Aida angkat muka. Senyum kecil terhampar di pinggir bibir. Kotak tisu di sisi meja dicapai. Ditarik sehelai lalu dibawa ke bibir.
          “Terima kasih atas nasihat dan prihatin kak Niza. In Shaa Allah, saya akan hati-hati. Saya sedar diri kak. Saya tahu saya budak kampung. Dan in shaa Allah saya takkan sesekali merampas milik orang. Jauh sekali meruntuhkan masjid kasih sayang dua hati yang terbina atas jambatan akadnikah yang penuh rahmat dan barakah.”
          Niza bawa tangan ke bahu Aida. Ditepuk perlahan.
          “Kau jangan ingat akak atau cikgu-cikgu kat sini dengki ke apa dengan kau ye, Aida. Tak.” Niza geleng kepala. “Akak cakap ni sebab akak sayang kau. Akak taknak nanti kau terkena..terperangkap jerat lelaki-lelaki kaya yang dah ada isteri tapi cuba nak test market nih. Mengaku bujang demi mencapai kemahuan nafsu diri. Dunia sekarang ni macam-macam, Aida. Tau tau jer la kan.” Niza bangkit dari duduk. “Akak masuk dulu ye. Kelas akak nak mula kejap lagi ni.”
          Aida angguk. Tenang. Bibir menghulur senyum. Mata menyusuri langkah cikgu Niza hingga tenggelam di sebalik ruang pantri dan ruang tengah. Aida hembus nafas. Segala-gala yang singgah ditelinga tadi masih kukuh di kotak  ingatan. Segala-gala hanya berpunca dari satu nama. Satu wajah. Milo yang masih tersisa dihirup. Seraut wajah damai berkaca mata singgah dipelupuk ingatan. Wajah yang singgah bertanya khabarnya pagi tadi disini bersama huluran jambangan merah jambu yang indah. Wajah yang tidak lupa mencari si comel Dian bersama sebuah kucupan sayang. Bicara mereka tadi kembali menyapa fikiran.

Jambangan bunga ros merah jambu Aida sambut perlahan-lahan. Teragak-agak. Bukan Aida tidak nampak kerling mata dan senyum guru-guru di taman permainan yang berada tidak jauh dari pintu pagar utama. Semua mereka Aida sangat pasti sedang menjadi saksi mata dan teruja menjadi pemerhati tak berlesen untuk terus mendakap pemandangan yang sedang terhidang didepan mereka. Aida rasa seluruh wajahnya kini kebas. Kembang. Membengkak. Malu yang tidak terluah. Segan yang tidak tertulis dek mata pena. Tidak terdaya. Melihat wajah damai lelaki didepannya ini menjala pandangan tenang, Aida hilang kata-kata.  Sungguhlah lelaki yang bergelar daddy Dian Khalisya nan comel itu semakin berani lewat kebelakangan. Tindak tanduknya tidak terjangka dek akal Aida. Melihat jambangan ditangan hati bergetar bimbang. Sah-sah nanti dirinya akan menjadi bahan usikan kalangan guru-guru. Encik Fazwan ni pun satu. Kenapalah datang bawak bunga ke sini. Kan kita berdua dah jadi tumpuan semua. Nanti Aida jugak yang kena tanggung. Senyum dibibir pemilik nama Fazwan Anuar  ditelan dengan pelbagai rasa dijiwa.
          “Aida macammana hari ni?”
          Aida yang kembali ke lantai realiti perlahan mengangguk.
          “Alhamdulillah.”
          “Fyza hantar tadi?”
          Aida angguk lagi. Aida lihat Fazwan ukir senyum.
          “Good. Balik nanti tunggu saya,hmmm. I’ll try not to be late.”
          Mata Aida sedikit besar. Terkejut dengan apa yang didengar. Kepala spontan menggeleng.
          “Eh..takpa..takpa. Saya boleh balik sendiri. Jangan susah-susah, Fazwan.”
          “Naik bas,hmmm?”
          Aida telan liur.
          Fazwan geleng.
          “I wont let the same thing happened again to you, Aida. You knew how much I care about you, right. Don’t do this,hmmm. I won’t forgive myself if anything happen to you.”
          “Tapi…” Aida kemam bibir. Mata jatuh pada raut berkaca mata yang berdiri setentang dengannya. Jari telunjuk Fazwan yang digoyang ke kanan dan kiri buat Aida terkesima.
          “Aida…” Seru namanya yang panjang tapi cukup perlahan dengan nada dendang yang membawa makna yang cukup difahami buat Aida serba-salah.
          “Saya taknak susahkan awak. Saya…” Titik bicara bagai ternoktah kala dilihat jari telunjuk Fazwan mencecah bibir. Lontaran isyarat yang tidak sukar difahami maksudnya.
          “Tunggu saya nanti, hmmm. Saya hantar Aida balik. Saya gerak dulu. Assalamualaikum.” Salam disambut perlahan. Mata Aida terkelip. Bibir seakan mahu menyampaikan sesuatu.
          “Fazwan..” Terlontar juga secara spontan seru itu. Aida telan liur. Fazwan dilihat menghentikan langkah. Menoleh bersama kening yang memberi isyarat.
“Hmmm.”
          “Err…” Aida geleng kepala. “tak ada apa-apa. Cuma…cuma nak cakap terima kasih untuk ni..” Aida angkat sedikit jambangan di riba lengan.
          Senyum dibibir lelaki tu terjuring. Aida jeda menatap.
“Saya harap awak faham maknanya, Aida. “  Lambai tangan Fazwan terlontar. “Take care. See you later,hmmm.”

Aida kemam bibir. Jambangan ros merah jambu nan indah yang diletakkan di atas lokernya kembali singgah di mata. Tangan mengurut pangkal hidung. Kata-kata Fazwan kembali terulang di teratak  minda. Bersimpang siur dengan kata-kata cikgu Niza yang menerjah ruang fikiran. Mata terpejam sesaat. Cuba mencari ruang untuk jiwanya mencari jawapan. Cuba mencari ruang buat hatinya memandu arah diri.
         
“KENAPA NI,HMMM? DIAM JER dari tadi. Aida ada masalah?”
          Aida senyum. Kepala menggeleng. Fazwan yang duduk  berjarak sesusuk tubuh manusia masih tidak lepas dari memandang makhluk paling indah yang baru hadir didalam hidupnya.
          “Saya secara amnya memang tak pandai meneroka daerah hati orang…tapi saya secara khasnya boleh faham sikit-sikit bahasa tubuh manusia ni. Tak sukar rasanya nak faham kalau tengok reaksi secara fizikal. Tengok muka rasanya boleh tahu apa yang tersembunyi kat dalam hatinya. ” Fazwan cuba memancing dengan ayat lelucon. Tujuan hanya satu. Mahu Aida membuka bicara. Dia pasti benar ada sesuatu yang sedang bergumpal didalam hati si cantik disebelahnya ini. Namun dia tidak berani meneka dalam samar. Bimbang terkhilaf bicara biarpun lohong jawapan seakan sudah memancarkan cahayanya di wajah mulus Aida.
          Aida spontan menoleh. Bibir Fazwan yang melambai senyum singgah dimata. Kata-kata lelaki ini tadi buat hatinya tercuit juga.
          “Ye?” Aida kerdip mata. Fazwan balas kerdipan. Bibir Aida tanpa sedar menjala senyum spontan nan manis. “ Jadi bahasa tubuh saya sekarang ni sedang bawak makna apa.”
          Fazwan senyum manis. Umpannya mengena.
          “Well..looking at you..your eyes…your spontaneous body language, what i can say is that you’re hiding something from me. There is something in your eyes that you wish to tell me. You wish to ask. Am i right,hmmm?”
          Desir nafas Aida terdesir dari rongga. Mata dihala ke riba. Jambangan yang diterima pagi tadi ditatap takzim. Perlahan mata dan wajah diangkat. Dilontar pandangan ke wajah disebelah.
          “Fazwan..”
          Senyum dibibir itu buat Aida khali seketika. Liur yang terasa payau ditelan. Dia tahu dia perlu bertanya. Dia tahu dia perlu mendapat jawapan yang jelas. Bicara Fazwan di hospital dahulu masih samar.
          “Saya tak tahu nak mula dari mana.”
          “Mulakan dengan bismillah.In shaa Allah.”
          Aida senyum. Mata dihala kedepan. Pemandu Fazwan yang mahu dipanggil namanya sebagai abang Mat sahaja yang Aida kenal sejak dia dimasukkan ke hospital begitu tenang mengawal stereng. Aida jadi segan. Pasti nanti apa yang terlontar dibibirnya ini akan singgah juga di cuping abang Mat. Pasti nanti Aida dicop gadis gedik tidak tahu menjaga susila bertanya soalan sedemikian kepada lelaki bukan mahram yang baru benar dikenali.
          Fazwan yang melihat lirik mata Aida faham apa yang tertulis di fikiran Aida.
          “Tak perlu risau dan segan dengan abang Mat, Aida.  Kan abang Mat?” Fazwan seluk jari dikiri leher kusyen pemandu. Bahu abang Mat ditepuk. Ahmad mengangguk.
          Aida kemam bibir seketika. Yang terkepung didadanya saat ini harus dilepaskan. Lafaz basmallah terluncur dihati.           
          “Tentang awak, Fazwan.”
          “Tentang saya?” Fazwan mengangkat kening.
          Aida angguk halus. Tidak pasti samada mahu diteruskan mukadimah yang sudah dimulakan. Galau bertamu dihati.
          Dan seakan memahami apa yang sedang bunga-bunga risau yang bergayutan ditangkai hati si cantik disebelahnya ini, Fazwan menyambung bicara
          “Tanyalah, Aida. Anything. I’m yours now.” Aida angkat mata. Tautan dua pasang renungan buat Aida rasa liur sudah bergelen-gelen laju menuruni lembah kerongkong.
          “Saya masih samar…masih kabur tentang status awak, Fazwan. ”
          Fazwan angguk.
          “Saya sedang membuka pintu peluang seluas-luasnya kepada awak untuk tanya apa sahaja tentang saya, Aida. Just name it,hmmm. In shaa Allah saya akan jawab. Akan saya terang segala yang menjadi samar dan kabur dihati awak selama ini tentang saya..tentang diri saya.”
          Aida lepas nafas halus. Mata jatuh ke riba. Dipandangan jambangan seketika sebelum dibawa pandangan kea rah Fazwan.
          “Betul awak bukan suami orang? Betul awak bukan milik mana-mana perempuan?”
          Fazwan senyum. Raut cantik disebelah ditatap. Ada sesuatu yang tiba-tiba singgah di akal.
          “ Saya memang selamanya milik seseorang…seorang perempuan. Perempuan yang paling saya cinta didunia ini.”
          Aida terkedu!
                Jantung seakan terhenti berdenyut.

Wednesday, November 13, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 12


Bab 12

“AKU RASA ENCIK FAZWAN TU SUKA KAT kau lah, Aida.” Fyza labuh duduk di atas katil. Mata membuat pandang kea rah Aida yang leka membelek jambangan ros merah jambu yang sudah disiap diisikan kedalam bekas kaca cantik oleh Fyza. Bekas dan bunga yang dibawa  bersama oleh Fazwan tadi. Mengingatkan Fazwan, Fyza senyum dalam hati. Tanpa kedua-duanya sedar, Fyza menjadi saksi aksi suap-menyuap yang berlaku antara Aida dan Fazwan tadi. Fyza yang kebetulan mahu melangkah masuk ke wad perlahan-lahan mengundurkan langkah melepasi pintu dan hanya berdiri dibaliknya saat mata tertancap Aida sedang menyuap Fazwan dan kemudian Fazwan pulak melakukan aksi yang sama. Langsung kedua-duanya tidak menyedari kehadiran Fyza yang berada di muka pintu. Asyik betul buat adegan suap-menyuap ye!
 Kembali mengimbau raut wajah lelaki itu, Fyza jadi gusar. Bimbang bertamu dipintu hati. Kalau benar telahan abang chik, bagaimana nanti? Fyza dapat merasakan perkara yang sama. Gerak hatinya benar-benar terarah ke situ. Fazwan memang ada niat terhadap Aida namun Fyza tidak mahu buru-buru mengaitkannya dengan hal yang tidak baik. Fyza pun belum betul-betul kenal siapa Fazwan sebenarnya. Sekadar mendengar luahan abang chik sesuatu yang tidak wajar untuk membuat satu rumusan yang menyeluruh. Daripada pengamatan Fyza yang singkat, Fazwan dilihat sebagai lelaki yang budiman. Tanpa bantuannya yang seakan memang telah ditentukan untuk menemui Aida pada hari kejadian, Fyza tidak pasti apa nasib Aida. Melihat cara Fazwan melayan Aida, cara Fazwan bercakap dengan Aida, Lelaki itu sudah ikut keluar bersama doktor yang merawat Aida. Ada yang ingin dibualkan katanya. Fyza pun tak tanya sebab Fazwan sudah beri isyarat agar Fyza menemani Aida. Biar dia sahaja yang menguruskan hal-hal lain dengan pihak hospital.
Aida  kerut dahi. Fyza nih, issh!
“Mana ada lah. Dia anggap aku kawan jer lah. Lagipun aku ni kan cikgu anak dia. Tu jer. Tak lebih..tak kurang. Ada faham?” Aida lontar sengih kecil.
Fyza cebik.“Mata aku tak boleh menipu tau Aida. Apa yang tengok tadi bukan benda yang dibuat-buat. Aku nampak keprihatinan dia pada kau. Nampak sungguh ambilberat dia pada kau. Kalau setakat kawan takdernyer dia nak sungguh-sungguh suap kau makan macam tadi tuh. Takdernya dia siap tunggu kau kat hospital sampai lewat malam tadi. Tunggu sampai kau betul-betul dah lena baru dia balik. Hari ni pulak pagi lagi dia dah datang. Siap bawak bouquet pinlk rose yang gempak giler lak tu. Cuba kau fikir sendiri. Kawan biasa macam tu ker? Dan aku rasa kau pun macam suka kat dia gak kan. Haa…jangan nak tipu ek. Amboiii kemain tadi ek…main suap-suap lagi korang berdua. Boleh tahan kau yer, Aida. Issh…mau tak tidur malam laki orang tu  cik Aida ooiii.”
Aida bawa tapak tangan ke mulut. Bebola mata sedikit luas terbuka. “Macam…macammana kau tahu..kau kau kan…” Kata-kata Aida tergantung kala sengihan lebar Fyza terjala di pinggir bibir. Sengihan yang begitu dalam maknanya. Eeei…Fyza nampak ke tadi. Alaa..malunya!
“Kalau kau dah asyik tenung..renung…tatap…pandang  muka encik Fazwan yang handsome maut tu, gajah lalu pun kau tak nampak.”
Aida tepuk lengan Fyza pula.
“Kau ni, Fyza..jahat betul lah. Aku betul tak nampak pun kau masuk tadi lah. Sungguh.”
 “Takper..aku faham. Aku pun sebenarnya taknaklah kacau daun. Lagi-lagi orang tu pulak masa tu sedang seronok betul  kena suap dan bersuapan dengan hero yang menyelamatkan dia semalam kan. Bahagianya hidup jadi orang sakit ni ye.” Fyza lontar kening yang terangkat.
Aida ketap bibir. Jari-jemari dibawa ke lengan Fyza. Dicubit halus. Terburai ketawa Fyza.  
“Tapi kau pun boleh tahan ek. Tak sangka aku. Berani jugak kau suap dia.”
Aida kemam bibir seketika. Peristiwa tadi terlayar dimata. Sungguh Aida tidak tahu kenapa dia begitu berani tadi. Entah kenapa dengan Fazwan dia jadi cukup selesa sekali biar perasaan malu itu masih utuh menghijabi jendela diri.
“Aku..aku cuma sahut cabaran dia. Tu jer.”
Fyza angkat kening.
“Dia cabar kau suap dia?”
Aida angguk tulus. “Haa lah.”
“Pastu?”
“Aku suap jer la dia.”
Fyza ketawa lepas sambil hala ibu jari kanan yang ditegakkan.
Aida ketap bibir.
Fyza angguk bersama deheman pelahan. Dilepaskan nafas dalam-dalam.
“Begitu yer kisahnya. Oklah…aku terima alasan kau.  Kadangkala bila kena cabar dalam situasi macam tadi tu kita mungkin akan bertindak spontan. Bertindak diluar dugaan. Apa-apapun aku seronok sangat tadi. Yelah kan…bukan senang tau nak tengok adegan suap-menyuap ni. Kau la untung, Aida. Peerghh. Kalau kau tak kenyang, tak tau la aku nak kata. Bertukar-tukar suapan tu sambil saling merenung. Walla. Romantik sungguh korang ye. Mesti segala rasa cinta nan sepenuh jiwa bergaul dengan selaut kasih sayang dia dah masuk dalam suapan tu. Nanti segala rasa t uterus sebati dalam diri kau. Jadi darah daging. Hmmm…” Fyza hela nafas dalam.” Kalau kau kena sakit angau nanti aku tahu lah nak cari penawarnya, Aida. Aku dah tahu mana nak cari ubatnya.”
“Eeei kau ni kan…” Aida laju hala tapak tangan kanan ke bahu Fyza. Dipukul lembut. “Suka sangat laa usik aku tau. Jahat tol!” Berderai lagi ketawa Fyza.
Jeda seketika bicara mereka. Hanya ketawa Fyza yang masih berbaki.
“Aida..” Aida lontar kerling halus. Fyza yang masih menayang senyum
“Apa..”
“Amboii… marah lagi ke cik adik manja.” Fyza ketawa kecil.
“Ok..ni serius. Dengar ni apa aku nak cakap.” Fyza hembus nafas.
“Fazwan tu suami orang kan. Betul?” Fyza hulur tatap ke wajah mulus didepannya.
Aida hembus nafas. Kepala digeleng.
“Aku tak tahu dia tu suami orang atau bukan.”
Fyza kerut dahi.
“Maksud kau? Kan ke kau cakap kata bang chik hari tu dia tu laki orangdan dia hantar anak dia kat tadika yang kau kerja tu. Kan? Ni kau cakap tak tahu pulak. Apa sebenarnya ini, Aida. Kau sembunyi apa ni dari aku, haa. Cakap terus-terang, Aida. ”
Aida  elus pangkal hidung. Nafas yang terluncur berdesir lembut. Wajah Fyza yang tunak menanti jawapan daripada dipandang. Fikiran jauh menerawang pada pertemuannya dengan mama Dian beberapa hari yang lalu. Kedatangan wanita muda cantik yang wajahnyer persis anak patung itu kembali menggamit ruang ingatan. Kata-kata yang terucap daripada bibir wanita yang hanya mahu dipanggil Qis terus menari di lantai minda.
“Saya memang mama Dian…tapi saya bukan isteri daddy Dian. Suami saya; papa Dian bernama Johan Kushairy. Aida mungkin tak pernah berpeluang berjumpa dia. Dulu memang dia yang hantar Dian tiap pagi. Tapi sekarang suami saya dah jarang hantar Dian ke sekolah semenjak daddy Dian jadi rajin pulak hantar dan jemput Dian dari sini.”
Aida kerut dahi. Kepala bergumpal dengan bilah-bilah kekeliruan usai kata-kata yang terlurut dari ulas delima wanita jelita didepannya ini terdampar di lantai fikiran. Sungguh tidak mampu dihadam kata-kata yang baru didengar. Mata menjelajah ke seluruh raut mempesona milik wanita yang menjaring senyum nan manis. Aida balas senyum namun minda ligat menjana jawapan sendiri. Dia cakap dia mama Dian tapi dia bukan isteri daddy Dian. Dan nama lelaki yang disebut sebagai suaminya tadi memang nama yang pernah disebut kepadanya oleh Dian suatu masa dulu. Aida masih ingat lagi kata-kata Dian yang satu itu. Hari dimana mereka berdua saling berkenalan.
“Nama Dian panjang tau. Nama Dian...Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy."
Mungkinkah mereka pernah menjadi suami isteri suatu waktu dahulu dan kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Dan mama Dian ini berkahwin lain lalu memperolehi Dian daripada perkahwinan tersebut. Patutlah encik Fazwan sahaja yang sering kelihatan bersama Dian. Berdua. Bukan bertiga. Itu telahan fikriran Aida. Mungkin betul. Mungkin jugak tersasar jauh daripada landasan kenyataan yang sebenarnya. Sungguh hatinya meronta-ronta mahu mengetahui hubungan antara Fazwan dan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Qistina ini. Tapi Aida tahu tidak wajar rasanya dimuntahkan telahan minda kepada wanita ini tentang hubungannya dengan Fazwan hingga menyebabkan Dian memanggil lelaki itu daddy. Aida sungguh yakin pasti ada satu hubungan erat antara kedua-duanya. Jika ditanya secara tidak berhijab iItu sudah mencampuri urusan rumahtangga oranglain namanya.  Dan yang paling Aida tidak boleh lupa tentukan segaris ayat yang terluncur dari bibir mama Dian.
“Elok Aida tanyakan sendiri pada daddy Dian..siapa dia pada saya dan apa hubungan kami,hmmm. Saya tau Aida mesti nak tau kan. Saya biarkan daddy Dian  menjawab bagi pihak kami berdua.” Wanita muda jelita didepannya ini terus melontar senyum manisnya yang cukup indah dan menawan.
Kepala Aida menggeleng perlahan bersama senyum kecil. Tak terkeluar rasanya aksara untuk membentuk kata tanya kepada Fazwan berkenaan hal ini. Biarlah kata-kat itu…jawapan itu keluar daripada mulut lelaki itu sendiri.
“Aida?”
“Aku sungguh tak tahu. Yang pasti dia dan mama murid aku tu bukan suami isteri. Tapi tentang diri dia aku memang tak tahu. Sungguh.”
Fyza lontar mata yang terbuntang.
“Apa? Bukan suami isteri? Dah tu? Bercerai kut?”
Aida menggeleng lagi.”Aku tak tahu. Mama murid aku tu pun taknak beritahu. Suruh aku tanyakan sendiri pada Fazwan.” Aida geleng kepala. “Tak sanggup aku nak tanya. Buka mulut pun belum tentu aku mampu.”
“Kalau ikut cakap mama si murid kau tu nampak dorang memang dah confirm potong kek. Kalau dia sungguh bukan laki orang lagi sah-sah aku orang pertama sokong dia ngorat kau. Fullala…super hot dude ni, Aida. Duda terhangat yang handsomenya tahap CCU. Seratus peratus boleh koma kau dibuatnya”.  Ketawa kuat Fyza bergema dengan tubuh yang terhinggut-hinggut. Aida tepuk belakang Aida. Berkali-kali. Bibir diketap. Makin deras ketawa Fyza. Nyaring.
“Betul tak beb?”
“Issh kau ni, Fyza.  Teruk tau tak. Memandai-mandai jer cakap. Entah-entah dia memang ada isteri. Isteri baharu. Cuma kita jer yang tak tahu.  Takkan dia nak beritahu pulak hal tu kat kau dengan aku. Kita siapa pada dia.”
“Kan elok kau tanya dia. Baru tau duduk ceritanya.”
“Gila kau. Nanti dia ingat aku ni gedik tau tak nak sibuk-sibuk hal peribadi dia. Taknaklah aku. Buat malu jer.”
“Kalau macam tu, biar aku jer yang tanya dia.”
Aida tepuk bahu Fyza. Mata dijegil sedikit.
Issh, janganlah, Fyza. Malu tau tak.”
“Apa pulak nak malu. Tak jer laa dia.”
“ Saya setuju dengan Fyza. Tak ada apa yang nak dimalukan,hmmm.”
Dua kepala serentak berputar. Bebola mata Aida laju berlari memandang pintu yang sudah sedikit ternganga. Sesusuk tubuh yang sedang membuang tatap ke arah mereka dengan sulam wajah manis membuatkan Aida rasa sungguh-sungguh mahu melompat ke bawah katil saat ni bersama selimut yang menyelubungi seluruh tubuh. Bibir diketap. Sah-sah Fazwan sudah mendengar perbualan mereka tadi. Ya Allah, apa dah jadi dengan Aida agaknya hari ni. Sudah dua kali cuping seakan sengaja tidak mahu berkolabrasi dengannya.  Tadi Fyza. Ni Fazwan pulak. Dah pincang apa deria dengarnya hari ini?
Fyza bangkit daripada duduk. Senyum segaris dilontarkan pada Fazwan. Mata kembali memandang ke arah Aida.  Kening diangkat seraya ekor mata menghala ke arah pintu. Isyarat yang cukup mudah difahami oleh Aida. Kita memang wassalam, Aida. Kantoi dengan tuan punyer badan. Maka dengan itu baik aku blah dulu sebelum kena dengan dia.
“Err…saya nak ke bilik air jap. Encik Fazwan tolong tengokkan pesakit kita ni ye.” Fyza lalu menonong ke pintu. Laju meloloskan tubuh. Aida ketap bibir. Fyza ni, sampai hati betul laa tinggalkan Aida sensorang terima hukuman.  Fyzalah yang punya pasal ni.  Dia yang mulakan. Tidak, mesti Aida tak rasa macam nak terjun tingkap jer sekarang ni Mata jatuh ke arah Fazwan yang sedang merenungnya dengan satu pandangan yang benar-benar membuatkan Aida rasa jantung sudah tergolek ke lantai.

“Kalau saya kata saya memang belum pernah berkahwin, awak tak percaya?”
          Aida telan liur. Rasa semuanya tersangkut di kerongkong. Fyza, cepatlah balik.
          “Aida…” Fazwan hala sepasang mata yang ditabiri bingkai kaca ke arah Aida yang bersandar penuh takzim di kepala katil. “ I knew you wanna know this. Right?”
          Aida kemam bibir. Allah, apa nak jawabnya. Tulah gatal lagi mulut tu bercakap tak tengok keliling. Kan dah padan muka.
          “Err..saya..saya..tak. Fazwan..saya..saya sebenarnya tak..tak.” kepala menggeleng. Mata jatuh  ke riba. Sungguh Aida tak berani mahu mengangkat wajah untuk menghabiskan kata-kata. Pasti akan bertembung dengan tatap sepasang mata Fazwan yang Aida tahu akan menyihirnya nanti. Issh, ni semua Fyza la ni. Tanya macam-macam. Tengok mulut Aida pulak yang dah cakap entah apa-apa jer tadi.
          Fazwan sembunyi senyum. Wajah comel yang mempamer raut resah bercampur gementar juga tak tentu arah benar-benar comel dimatanya. Bukan dia tidak dengar perbualan antara Fyza dan Aida tadi. Kaki yang sudah melangkahi pintu  terhenti kala telinga menangkap perbualan kedua-dua gadis berkenaan. Dan tatkala namanya disebut, Fazwan sukar menyembunyikan rasa ingin tahu lalu perlahan sahaja tubuh dilolos masuk dan dibiarkan tegak dipintu. Fazwan hanya takzim di tepi pintu. Membiarkan Aida dan Fyza terus berbual. Berbual tentang dirinya. Perbualan yang terus mengingatkan Fazwan tentang kata-kata dan pesanan Qistina beberapa hari sudah. Qistina yang meminta Fazwan berterus terang dengan Aida tentang status dirinya dan Dian. Kata Qistina, Aida fikir Fazwan dan Qistina suami-isteri. Dan kata Qistina lagi elok Fazwan jelaskan perkara sebenar. Susah jugak nanti Fazwan kalau gadis didepannya ini jatuh cinta pada Fazwan tapi terpaksa undur diri sebab menyangka dirinya suami perempuan lain. Begitu juga sebaliknya. Yang paling Fazwan tidak sangka, Qistina begitu bijak menelah hatinya. Kata Qistina dia tahu Fazwan sukakan Aida.  Melihat Aida kata Qistina dia sungguh jatuh hati pandang pertama. Maka tidak mustahil Fazwan juga menyimpan rasa yang sama. Fazwan senyum dalam hati. Qis…Qis. Abang Wan ni siapalah yang sudi. 
          “Saya tahu awak tentu fikir saya ni suami orang. Saya ini ayah..daddy pada seseorang.” Fazwan hela nafas perlahan. Duduknya di kerusi disisi Aida dibetulkan sedikit. Kaki kanan diangkat menyilangi kaki kiri. Senyum ditabur lagi. Wajah mulus Aida yang  memandang riba si tatap. “Saya tak salahkan awak, Aida. Manusia secara normal memang akan buat kesimpulan dari apa yang dilihat. Awak tidak terkecuali. Itu biasa. Mungkin kalau saya ditempat Aida, saya juga akan berfikiran begitu. Tak ada salah dan dosanya. Cuma kita ni adakala lupa pesanan junjungan kita. Rasulullah. Jangan menilai sesuatu dari pandangan mata kasar. Selidiki dahulu. Yang paling baik, bertanya pada tuan punya badannya sendiri. Itulah yang terbaik. Sekurang-kuranganya kita boleh mengelakkan prasangka yang tak baik. Juga fitnah.”
          Aida tunduk merenung riba. Tak sanggup rasanya mahu menatap wajah disebelah yang sudah menangkap dia dan Fyza berbual tentang lelaki ini. Eeei..malunya. Sungguh Aida rasa sangat malu. Lagi-lagi setelah mendengar kata-kata yang terluncur dari bibir Fazwan.  Namun Aida tahu dia harus meminta maaf atas keterlanjuran lidahnya berbicara tadi. Kepala perlahan diangkat. Pandangan mereka bertaut. Senyum dibibir Fazwan tidak terdaya dibalas. Aida malu sangat-sangat!
          “Fazwan..”
          “Hmmm..”
“Saya minta maaf, Fazwan. Minta maaf sangat-sangat. Saya…saya tak sepatutnya cakap macam tadi tu. Awak betul. Saya sepatutnya bertanyakan terus pada awak. Bukan membuat telahan sendiri. Tolong maafkan saya, Fazwan.” Aida kemam bibir.
          Fazwan geleng kepala. Huluran senyum dibibirnya buat Aida masih terus meniti.“Untuk pengetahuan awak, Aida…saya tak pernah ada isteri dan belum pernah beristeri lagi. Saya belum pernah lagi merasa jabat tangan tok kadi untuk lafaz ijabkabul. Tapi.. kalau tak percaya dengan apa yang terucap oleh saya tadi, Aida boleh semak dengan jabatan agama islam untuk pengesahan status diri saya. Saya yakin Aida akan dapat jawapan yang paling boleh dipercayai dan disahkan benar.” Fazwan senyum memandang ke arah Aida yang tertunduk. Mungkin masih malu dengan apa yang sudah terjadi tadi.
“Aida..”
Mata kembali beradu tatap.
“Clear, hmmm.”
          Aida telan liur untuk kesekian kali. Wajah tenang yang terus-terusan menghulur bingkisan manis yang terjuring di pinggir bibir cuba ditatap.“Err..tapi”
          “Tentang Dian? Mama Dian? Kenapa Dian panggil saya daddy? Right?”
          Dan Aida bagai tersihir. Kepala takzim mengangguk. Fazwan benar-benar dapat membaca apa yang tertulis di kotak fikiran Aida kala ini.
          Fazwan senyum.
          “Panjang ceritanya. Saya akan cerita pada Aida nanti, in shaa Allah. Kisah saya..kisah mama Dian…kisah papa Dian. Kisah kami berempat. Kisah yang penuh suka duka. ”
          Aida kerut dahi.”Berempat? Termasuk Dian juga?”
          Fazwan geleng.
          “Khalish Ariq.”
          “Khalish Ariq?”
          “Hmmm.”
          “Err..siapa dia?.”
          “Arwah suami mama Dian.”

          Dan rongga mulut Aida terbuka. Mata terkelip laju memandang ke arah Fazwan yang menjala anggukan tenang.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...