Saturday, November 28, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 8

Bab 8

Zita tahu perjalanan hidup yang sudah tertulis buat dirinya ini memang amat perit untuk ditelan. Tidak tertanggung oleh bahunya dan kudratnya sebagai manusia..sebagai perempuan yang maha lemah ini. Dia tidak menyalahkan sesiapa atas tiap apa yang terjadi keatas dirinya selama ini. Jauh sekali menyesali atas apa yang menimpa dirinya. Dia akur setiap yang tertulis pasti ada rahmatnya. Cuma untuk membongkar rahsia disebalik rahmat yang tersembunyi itu bukanlah tugas sekelip mata. Masa yang akan membuktikannya suatu hari nanti. Dan dia akan menanti masa itu dengan sabar. Ya, dengan penuh kesabaran, insyaallah.

Kedua belah tangan diraup ke seluruh wajah. Mata dipejamkan sambil badannya yang masih terhenjut-henjut menahan sebak yang bertamu. Kolam mata yang tadinya cuba ditahan dari tumpah laju mengalir kini membasahi wajah bersihnya. Hujung telekung ditarik lalu pantas disua ke daerah yang kian basah dengan limpahan airmata. Kedua belah tangan diangkat ke paras dada. Doa kudus dipanjatkan memohon dari-Nya dikala tengah malam yang sunyi dan tenteram ini semoga dia diberikan petunjuk untuk memilih arah perjalanan hidup yang terbaik buat dirinya. Semoga doanya...semoga permintaannya ini dimakbulkan. Itulah harapannya. Harapan untuk istikharahnya.

* * * * * * *

Ketukan dipintu menghentikan keasyikan pembacaannya. Penanda buku diletakkan pada mukasurat dimana dia terhenti tadi lalu buku tersebut diletakkan di atas meja. Zita bingkas bangun dari katil lalu langkah diatur perlahan-lahan ke muka pintu.Tombol diputar.

"maaf Zita. mak Ton mengganggu ke?" senyuman diberikan pada wajah tua mak Ton.

"takde la mak Ton. Zita tengah membaca je tadi. Ada apa mak Ton?"

"laa Zita tengah membaca ye..maaf sangat-sangat, mesti terencat apa yang dibaca tadi kan.." Zita sudah tersenyum lebar sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"issh, takde la sampai macam tu mak Ton. Zitakan boleh sambung baca nanti. Mak Ton tak jawap soalan Zita tadi ni..ada apa mak Ton cari Zita?"

"papa Zita telefon. Tu tengah tunggu Zita jawab di bawah, cepatlah...papa tunggu tu.."lengan Zita dipegang lembut mak Ton sambil tersenyum. Zita mengangguk-anggukkan kepala. Senyum mak Ton dbalas mesra.

"yelah...terima kasih mak Ton..."Langkah diatur seiring dengan mak Ton menuruni tangga.

"Assalamualaikum papa...papa sihat?" suara cerianya dilontarkan.

"Walaikumsalam, alhamdulillah papa sihat-sihat Zita...Zita di sana apa khabar?.." namun nada suara yang menyambut di hujung talian sana tidak sama seperti yang digambarkan. Zita dapat mengesan ada kelainan pada nada suara papanya pagi ini. Apa yang mengganggu fikiran papa?, hatinya berdetik risau.

"Zita baik-baik je kat sini papa...papa jangan risau ok. Mak Ton dan pak Din jaga Zita dengan baik di sini. Zita tenang di sini papa...di sini aman..di sini tenteram...Papa jangan risaukan apa-apa tentang Zita di sini...Zita yang risaukan papa di sana...papa betul ok ke? " Terdengar helaan nafas yang perlahan di hujung talian di sebelah sana. Sunyi seketika suara di sana. Zita masih menunggu.

"papa..papa ok ke?"

"papa ok sayang...jangan risau..."

"betul ni papa?"

"ye Zita...papa ok. Don't worry."

"tapi suara papa macam lain jer, tak macam selalu, Zita tahu papa kalau happy your tone won't be like this...papa just tell me what is bothering you...ada apa-apa yang terjadi kat sana ke papa?" Tiada jawapan. Jeda seketika antara mereka.

"papa?.." Masih sepi. Zita sudah menggosok pelipisnya. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran papanya. Dia tahu. Amat maklum dengan perangai papanya itu.

"Zita.."

"ye papa..."

"papa ada berita buat Zita.."

"berita?..berita apa papa?"

"papa nak Zita tenang dengar berita yang papa nak beritahu.."

"papa...cakap lah.."

"Zita..."

"go on papa.."

"papa nak beritahu sesuatu...." Zita tidak menjawap. Masih menanti bicara dan patah kata seterusnya.

"is about Faisal Zita.."Kerlipan mata Zita seakan terhenti seketika. Air liur di kerongkong rasa tersekat.

"Faisal is back Zita..."

"Faisal dah balik ke Malaysia...Faisal, suami Zita dah balik...dan dia sedang mencari Zita...mencari di merata...dia nak jumpa Zita. Begging on papa to see you...but papa did not say anything on your whereabout to him yet...papa mahu Zita fikirkan hal ini...Zita kena berhadapan dengan dia sayang..."

"Zita...Zita?"

Zita terjeda.

Faisal...sebuah nama yang kian pudar dari ruang tinta hatinya itu kini muncul kembali.

Faisal...Mata Zita terpejam rapat.

Friday, November 27, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a -Bab 11

Bab 11

"assalamualaikum..." suara salam dari arah belakang membuatkan dia yang leka melihat pemandangan laut nan membiru yang terbentang luas di hadapan sedikit tersentak. Salam dijawap didalam hati. Wajah dan tubuh dipusingkan untuk melihat gerangan yang memberi salam. Wajah yang sedang memandangnya itu direnung. Dahinya sedikit berkerut. Takkan dia kut?, issh tak mungkin lah...tapi rupa memang ada iras macam dia.

"maaf...saudara ni..." Wajah itu masih tersenyum sambil memandangnya.

"tak ingat?" bibirnya digigit sedikit.

Dia ke ni?..tapi...

"erk Zaid?..Zaid Huhanni?"

Pemuda tinggi lampai dan bertubuh sasa dengan kacamata hitam dihadapannya itu terus tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala. Ku'a menutup mulutnya. Terperanjat akan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Perlahan-lahan pemuda dihadapannya ini menanggalkan kacamata hitamnya. Ku'a hanya memerhatikan tanpa berkelip.

"so betul lah you Zaid Huhanni?"

"yup...kenapa ni, macam pelik je cara you tengok i...pandang i tak berkelip...i memang Zaid..Zaid Huhanni Bukhari...your coursemate di U dulu...tak percaya ke?" pantas kepala digeleng.

"tak tak...bukan macam tu...cuma terkejut je...dah lama sangat kita tak jumpa, i pun dah hampir..."

'hampir lupa how i look like kan?..sebabnya i dah lebih handsome dari dulu...zaman belajar dulu i kurus kering keding je sampai geng rapat i gelarkan i ni Zaid 3K; kurus kering keding...tak cukup multivitamin la katakan yelah duit scholarship pun cukup-cukup makan je...tapi sekarang, well you pun dah hampir tak kenalkan?..maklum i dah makin segak...makin kacak, right?" Ku'a sedikit mencebik. Perasan!. Zaid spontan ketawa melihat aksi Ku'a. Ku'a turut ketawa.

"so..you apa khabar Ku'a?" Mata Zaid tidak lepas dari terus memandang wajah mulus dihadapan. Makin indah...makin ayu. Sopannya tidak sedikitpun berubah.

"sihat, alhamdulillah...you?" Zaid menganggukkan kepala.

"you buat apa kat sini?"..cari ilham melukis?"

"taklah...lama dah i tak melukis...takda kesempatan...kerja dah buat i makin jauh dari dunia lukisan."

"ruginya...hmm, mesti bercuti kan?, nak lupakan stress kerja..."

"bukan sebab tu..." Ku'a mengerutkan dahi sedikit. Zaid dilihat terus memandang ke wajahnya.

"then?"

"you..."

"Haa?..."

"sebab you. I datang sini sebab memang nak jumpa you..."

Ku'a memandang Zaid. Begitu terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki dihadapannya itu. Zaid terus tersenyum melihat.

* * * * * * *


Gelak ketawa nyaring suara-suara kecil dari arah tepi pantai menarik perhatian Zaid. Kelibat Ku'a dan tiga wanita yang sedang asyik melayan anak-anak kecil mandi diperhatikan dari jauh.
Bibirnya
mengukir senyuman melihat gerak geri Ku'a yang begitu akrab dengan kesemua anak-anak kecil berkenaan. Dia melihat Ku'a membiarkan sahaja dirinya ditarik ke sana ke mari oleh mereka....membiarkan wajahnya itu disimbahi air oleh mereka sambil ketawa riang. Wajah yang putih mulus itu sudah sedikit kemerah-merahan dipanah terik mentari petang namun sedikitpun tidak dihiraukan. Zaid memandang...dan terus memandang ke arah sana.

"kenapa nak jumpa saya?"

"kenapa?...tak boleh ke i nak jumpa kawan lama...kawan yang dah lama i tak jumpa?"

"bukan macam tu...cuma..."

"cuma rasa hairan?..begitu?"

"erk.."

"Ku'a?"

"erk...lebih kurang macam tu..."

Soalan Ku'a tadinya dijawab dengan sebuah soalan juga. Zaid sebenarnya tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan pada pertanyaan Ku'a. Sukarnya untuk dia menjelaskan apa yang sudah tertulis di mindanya sejak mula dia mengambil keputusan untuk datang ke sini. Namun dia tahu jika peluang ini dilepaskan, dia tidak pasti akan adakah lagi peluang-peluang lain dimasa hadapan. Justeru itu dia nekad. Zaid tahu dia harus berani kali ini. Kata-kata Zamzamila bermain di minda.

"abang kenalah berani kalau abang betul-betul ada niat ke arah itu...janganlah buat perangai slow kura-kura abang tu lagi, ingat!...haa nanti orang potong line abang, baru padan!...jangan frust tertonggeng atas tangga sudah laa ye, adik tak dapat nak tolong dah masa tu..."

"adik ni, ke situ pulak...patutnya berilah abang perangsang...doakan abang, ni...issh, teruklah adik ni!.."

"adik bagi semangat lah ni abang..."Zaid mencebik sambil cuba memegang kepala Zamzamila namun pantas dielak.

"semangat amende camni adik...menjatuhkan semangat abang adalah..."

"dah abang tu dari dulu asyik tak berani je...tak confident langsung nak approach dia...yang abang buat pandang je dari jauh, jeling dari dekat...wake up la bro...zaman pandang jeling ni dah ketinggalan la..sekarang ni zaman kena cepat, kalau tak wassalam..bye bye!..."

Zaid tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Zam, Zam.

Abang akan sahut cabaran adik tu...just wait and see little sis!

Thursday, November 26, 2009

Rindu Semalam -Bab 27


Bab 27

Akhmal termangu dihalaman . Banglo mewah milik keluarganya diselusuri perlahan-lahan dengan pandangan matanya. Disinilah dunianya dan Ben sejak pemergian Suhana. Bukan dia tidak mahu untuk kembali ke rumahnya yang dibeli selepas berkahwin dengan arwah Suhana dulu namun keadaan Ben yang seringkali teringatkan arwah Suhana mendorong Akhmal membuat keputusan menetap dirumah keluarganya di sini. Sekurang-kurangnya Ben dapat melupakan kesedihannya kesan kehilangan Suhana. Terlalu banyak kenangan manis mereka bertiga di sana. Lebih-lebih lagi antara Ben dan arwah Suhana. Akhmal maklum itu. Amat maklum. Ben sesungguhnya terlalu akrab dengan arwah mamanya itu. Melaut simpatinya pada satu-satunya zuriat hadiah Suhana buat dirinya. Ben terlalu kecil...terlalu muda untuk menanggung dugaan sehebat ini.

Keindahan malam dengan taburan bintang yang berkerlipan di langit nan gelap langsung tidak mampu memberi ketenteraman di hati juga di jiwanya. Mengapa sukar benar dia menggapai bahagia di dalam hidup. Seringkali dia bertanya soalan ini pada dirinya. Terlalu banyak dugaan yang menimpa. Sejak dahulu. Sangkanya pengorbanannya dahulu akan mampu mencipta kebahagiaan yang berpanjangan, namun siapa sangka dia sekali lagi di duga oleh-Nya...walau kadangkala hati lelakinya pilu, namun sesungguhnya Akhmal akur segala-galanya yang terjadi pada dirinya dan hidupnya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Dia harus redha..Ya, dia harus redha.

Redha?. Perkataan itu mengingatkan Akhmal kembali pada perbualannya bersama Taufik siang tadi. Kata-kata Taufik kembali singgah di minda Akhmal. Sanggupkah dia redha sekali lagi. Sanggupkah dia?. Dan sudah bersediakah dia untuk melepaskan wanita pertama yang bertakhta di hatinya sejak dahulu. Satu-satunya wanita yang sudah sekian lama mendiami jiwanya sebelum kehadiran arwah Suhana. Malahan arwah isterinya itu tahu kisahnya bersama wanita itu. Namun Suhana sedikit pun tidak pernah kecil hati apatah lagi rasa cemburu. Dia akur bahawasanya dirinya bukanlah cinta pertama Akhmal. Wanita itulah cinta pertama yang tidak pernah langsung dilupakan Akhmal. Tidak mampu dilupakan. Terlalu sukar dilupakan. Dan Suhana sesungguhnya wanita yang begitu memahami. Terlalu memahami.

"cinta seorang suami itu bukan milik mutlak seorang isteri Mal. Cinta sesama manusia tidak akan kekal Mal. Ia hanya sementara. Tiada guna nak berebut-rebut kasih dan rasa cinta itu sebab ia tidak akan menjanjikan apa-apa. Hanya cinta pada-Nya sahaja yang akan menjanjikan pulangan. Cinta pada-Nya sahajalah yang akan membawa bahagia yang berkekalan...Su mahu Mal tahu, Su tidak pernah kecil hati bila tahu ada orang lain yang terlebih dahulu mendiami hati Mal. Su tak marah...kerana Su tahu Mal cuma manusia biasa dan Mal bukan milik abadi Su..."

"Su...Mal..Mal minta maaf.."

"Su faham..."

Maafkan Mal, Su...maafkan Mal...

kolam mata yang sedikit basah cepat-cepat dipintas kura tangan. Kenangan itu kadangkala datang tika dia bersendirian. Suhana, arwah isterinya itu istimewa dengan caranya yang tersendiri. Duhaila juga punya keistimewaan tersendiri. Duhaila...Duha. Mindanya kembali mengingati kata-kata Taufik tadi.

"aku minta maaf Mal...aku tak mampu menunaikan janji aku pada kau dulu...maaf Mal."

"Duhaila maksud kau Fik?" Taufik dilihat lemah menganggukkan kepala. Teman akrabnya itu dilihat seakan akan resah. Menggosok pelipisnya sambil sesekali memejamkan mata. Seperti ada beban yang begitu berat menghimpit dirinya. Rasa bersalahkah dia kerana gagal mengotakan janji, namu Akhmal tidak sesekali menyalahkan Taufik.

"dia kata apa pada kau?" Taufik dilihat perlahan-lahan mengangkat wajah memandang padanya.

"dia kata..."Taufik dilihat menggosok-gosok belakang tengkuk.

"cakap je la Fik, aku sedia dengar..."

"kau dan dia akan jadi kawan sahaja...dia tidak mahu lebih dari itu....dia mahu kau terima keputusan dia ini dan hormat akan pendirian dirinya..."Akhmal menghela nafas perlahan-lahan. Duha...

Angin malam yang bertiup sesekali menampar pipinya. Akmal melurut tangan pada kepalanya.


Duha, tidak adakah lagi peluang untuk Akhmal tebus kesalahan dulu?..berikanlah Akhmal peluang itu Duha...demi Tuhan, Akhmal tidak akan sia-siakan!

* * * * * * *

"sorry...i tak boleh..."

"sebab apa tak boleh pulak ni?"

"sebab i nak balik kampung esok..."

"Balik kampung?" Mata Taufik tepat memandang pada Duhaila yang tenang dihadapan sambil menyelak helaian akhbar.

"Awak nak balik kampung?" Duhaila dilihat menganggukkan kepala perlahan-lahan tanpa memandang padanya. Fokus matanya masih pada helaian akhbar di hadapan.

issh Duha ni orang tanya dia buat layan tak layan jer!

"pasal apa nak balik kampung?..ada apa-apa pada ibu awak ke?..dia tak sihat? or dia sakit?" Gelengan kepala dipamerkan. Pandangannya masih terus pada helaian akhbar di hadapan yang nyata lebih kuat tarikannya daripada memandang Taufik.

"Duha..."

"hmmm..."

"Duhaila...."

"hmmm..." Taufik sudah menggeleng-gelengkan kepala.

Duha ni kan, memang lah tau!

Akhbar dihadapan Duhaila ditarik. Mata mereka berdua saling beradu. Duhaila dilihat menghela nafas. kedua-dua tangan dirapatkan ke tubuh.

"tak boleh ke saya nak balik kampung?, lagipun bukan senang saya dapat cuti hujung minggu...selalu kena on call...lagipun dah lama sangat saya tak balik kampung Fik...rindu sangat pada kampung...rindu pada ibu...and yang paling best, rindu nak mandi sungai...wah lamanya tak mand sungai...seronoknya dapat mandi!.." sepasang mata dihadapannya kala iu dilihat bercahaya. Senyuman manis yang terukir menjadi bukti akan rasa kerinduan yang diluahkan tadi.

"best ke mandi sungai?'

"mestilah...seronok sangat-sangat!...ala Fik, tak sabarnya saya nak mandi sungai!.."

"i ikut!..."

"eh..mana boleh.." Mata Duhaila sudah membulat.

"apsal pulak tak boleh?...i pun nak tengok dan rasa suasana kampung gak...rasa mandi sungai...hmm,pukul berapa kita nak bertolak esok?"

"Fik!...."

"i fetch you at 9am ok." kenyitan mata Taufik dibalas jelingan oleh Duhaila.

Tuesday, November 24, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a -Bab 10


Bab 10

Kata orang, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Ciptalah segala macam alasan semata-mata tidak mahu menuding jari pada diri sendiri. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Zaid akur. Memang dulunya dialah yang sering mencipta dalih. Merekacipta seribu macam alasan. Bukannya dia tidak boleh memenuhi permintaan dan keinginan diri namun sifat tidak yakin dan ego sebagai lelaki yang menjadi tembok penghalang. Sudahnya dalih dan ego itulah jugalah yang memakan dirinya sendiri. Dia yang terkapai-kapai sudahnya.

Pertemuan dengan Azarina bulan lalu dianggap rahmat buat dirinya. Harapannya kian mekar mendengar cerita si dia dari Azarina. Masakan tidak...sekian lama perasaan itu dipendam dan disimpan hanya kerana keegoan diri sendiri, dia terlepas banyak peluang untuk mendekati satu-satunya wanita yang dipuja dalam diam. Bukan dia sengaja tidak mengendahkan huluran persahabatan dari si dia dahulu...cuma, entahlah dia tidak begitu yakin pada dirinya sendiri dahulu. Bukan dia tidak tahu si dia turut jadi perhatian dan pujaan rakan-rakan sekursus di kampus dulu. Siapa tidak kenal dengan Tunku Salha, si putih mulus yang hebat di mata para pensyarah di Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran Awam. Namanya tidak pernah sekali tercicir dalam senarai Dekan pada tiap semester. Sikapnya yang lemah lembut dan merendah diri itulah yang paling memikat. Justeru kerana terlalu ramai kumbang yang memuja, dia jadi tidak yakin untuk menonjolkan diri. Rasa itu perlu dirahsiakan. Tidak siapa harus tahu...cuma pada adiknya sahaja tempat dia meluahkan segala-galanya. Harapannya kini moga permintaannya yang disampaikan pada Azarina akan diterima baik oleh si dia. Dia tidak sanggup menunggu lagi. Tidak mahu terlepas peluang lagi. Tidak mahu. Sudah terlalu banyak masa yang disia-siakan. Semuanya kerana kebodohan dirinya sendiri.

Deringan telefon diatas meja memancung kenangan Zaid. Gagang diangkat.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam...Zaid, Azad ni..." senyum sudah terukir di bibir Zaid.

panjang umur kau Azad...

"Hei Azad, kau amacam, sihat?...wah, senyap jer kau lepas jumpa aku hari tu ye...ingat dah lupa kat aku...lepas makan free kat restoran aku ni terus lesap...tak patut sungguh!" terdengar ketawa riang dari suara dihujung sana. Zaid turut ketawa kecil. Seronok mendengar tawa riang Azarina. Azarina yang dikenali sejak dahulu memang gila-gila orangnya, periang, berani. Anak mami yang tidak kalah cantiknya. Ada juga rakan-rakan Zaid dahulu yang jatuh hati pada si manis ini, tapi sikap lepas mulut dan garang si dara nan satu ini paling menakutkan mereka. Sudahnya, semua mereka tidak berani mendekati si cantik manis ini. Zaid sendiri tidak tahu siapalah yang bertuah dapat memikat Azarina satu hari nanti. Yang pasti jejaka itu mesti bukan calang-calang orangnya.

"alahai, tak baik aar kau cakap aku macam tu tau, sampai hati!..aku outstation la Zaid. Kau pun tahu kan keje macam aku ni...tak tentu, kalau boss arah pergi ke utara, ke utara la aku, kalau ke selatan..ke selatan la aku...kalau kena pergi ke benua Antartik pun aku kena pergi jugak kau tau...malanglah siapa jadi boyfriend aku kan...mesti kena tinggal jer selalu...sebab tu la sampai sekarang aku takde siapa yang hendak, hahahaa...kesian kat aku kan?."

"eleh, banyaklah kau punya kesian...entah entah kau tu yang memilih kut...satu lagi Azad, cubalah kurangkan garang kau tu...ngeri tau lelaki ngan perempuan garang-garang ni...langsung terbantut niat nak mengorat kau nanti...lemah lembut lah sikit macam kawan kau tu...haa sejuk dada..." Terdengar suara ketawa kuat di hujung talian sana. Zaid sudah menggeleng. Azad, Azad...

"kau kalau mengutuk sedap jer ye Zaid....mulut kau tu bukan main lagi, unsangkarable sungguh aku!"

"aku cakap yang betul..ikhlas ni Azad...kau tu cantik, perfect...cuma tang garang plus mulut laser kau tu la yang lelaki ngeri....aku ni lelaki, jadi aku beri pendapat dari kacamata seorang lelaki pada kau...kau jangan ingat aku ni kutuk kau pulak...salah tu!"

"yelah yelah...kau jer betul...nanti-nanti la aku berubah...kau pun doa-doakanlah kalau aku dapat petunjuk untuk jadi perempuan melayu terakhir...yang lemah gemalai, sopan santun...jalan lenggang kangkung..ha apa lagi ek Zaid?.."Zaid sudah tidak dapat menahan ketawanya dengan kata-kata lucu Azarina. Sudahnya terburai ketawa antara mereka.

"ala kau ni Zaid...tengok aku dah lupa sebab utama aku call kau ni...merapu aku entah ke mana dengan kau..issh, mangkuk betul la kau ni...terbang dah isi berita perdana aku tadi..."

"banyak la kau punya berita perdana Azad..."

"eleh kau nak dengar tak ni...ha, karang jangan menyesal...jangan salahkan aku....jangan kata aku tak beritahu..."

"ok ok, sorry....haa cerita sekarang Azad..."

"ni ha aku nak cakap pasal Ku'a..." saat mendengar nama si dia disebut, seakan ada debaran dirasakan pada jantungnya. Zaid menghela nafas.

"Eh..kau dengar tak ni Zaid?...senyap je tu...ada apa-apa ke berlaku pada jantung anda?..hahahaha.."

issh Azad ni, macam tau tau aje!..

"aku dengar...kau cakap je la..."

"wei, tapi sebelum tu...dia ada call kau tak?"

"takde pun.."

"Kau ada call dia?"

"tak pun.."

"laa..apsal yang kau lembab sangat ni Zaid. Dah dia tak call kau, kau call la dia..." Zaid sudah menggeleng kepala. Lupalah tu Azad ni..

"wei..kan kau yang pesan kat aku jangan call dia, nanti dia terkejut laa...biar jer dia yang call aku..so aku tunggu jer la dia call...tapi takde pun dia call aku..."

Jika difikirkan sudah hampir sebulan pertemuannya dengan Azarina dan sejak dari hari itu dia menanti dengan penuh debar dan sabar panggilan dari si dia...namun hingga kini tidak kunjung tiba. Hati Zaid adakalanya terdetik juga adakah si dia sudah tidak sudi lagi kesan sikap dingin Zaid dahulu.

"oopps sorry, aku lupa pulak pesanan aku pada kau tu...kau kan tahu Ku'a tu macammana dulu...pemalu. Haa sampai sekarang pun macam tu la jugak. Lain la perempuan macam aku ni...haa perempuan yang apa kau kata tadi Zaid...mengerikan!. Dia tu halus jiwanya. Sabar-sabarlah sikit mangkuk!..."

"wah, sedap je kau memangkukkan aku ye Azad..."

Azarina sudah ketawa kuat. Zaid ikut sama tertawa.

"Zaid...hujung minggu ni kau mesti freekan diri kau...MESTI...takde tapi tapi..."

"MESTI?..sebabnya?"

"sebabnya adalah KU'A."

"KU'A?"

"ye.."

"apa kena mengena dengan Ku'a pulak ni?..."

"issh, lembabnya kau ni...kan dah mula cuti sekolah ni.... so Ku'a akan bawak anak-anak murid dia bercuti di resort milik keluarga dia di Pulau Perhentian...kau jangan lepaskan peluang keemasan ni Zaid...dia ada seminggu di sana tau...aku pun joint sama, aku ni kan bodyguard Ku'a...aku akan cuba arrange kau dapat joint aktiviti kami...jangan tidak tidak pulak ni tau, aku dah baik punya bagi informasi kat kau ni...bagi jalan kat kau untuk dekat dengan dia, kau tu jangan lembab pulak bertindak...dengaq dak ni?" Tangan Zaid pantas melihat temujanjinya pada calendar peribadi di Lotus Notes pada laptop dihadapannya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mengetip jari. Yes!

"aku dengaq la...ok Azad...jumpa korang di sana this weekend." Terdengar jeritan girang Azad di hujung talian sana.

"Assalamualaikum Azad..." Salamnya disambut Azad. Terdengar talian dimatikan. Zaid pantas menekan nombor di telefon.

"Hello Nurul...Zaid ni, tolong tempahkan tiket penerbangan ke Kuala Terengganu untuk saya sabtu ni...yes, nanti awak emailkan butiran e-tiket tu pada saya. Oh, pasal tiket balik tu nanti saya akan call awak dari sana nanti untuk tetapkan tarikhnya, boleh?... ye ye, ok thanks Nurul."

Bibir Zaid sudah lebar dengan senyuman. Hatinya bergema lagu gembira. Ku'a...nama itu kian mekar dibibirnya.

hmmm...aku datang Pulau Perhentian!

Friday, November 20, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 7


Bab 7

Zainal merenung wajah didalam bingkai gambar yang terletak dihadapan mejanya. Wajah dua wanita yang sangat memberi makna di dalam hidupnya selama ini. Jarinya pantas mengusap permukaan salah satu wajah di dalam permukaan kaca tersebut. Wajah wanita yang begitu dirindui. Wanita yang banyak memberikan sinar dalam hidupnya. Wanita yang melahirkan satu-satunya waris buat dirinya. Zuriat yang amat bermakna di dalam hidup mereka berdua.

Mai, abang rindu Mai...rindu sangat-sangat pada Mai. Mai, abang bersalah pada Mai. Abang tak tunaikan janji abang pada Mai untuk jaga Zita dengan baik. Abang buat Zita sedih Mai. Abang yang menyebabkan Zita menjauhkan diri dari abang. Semuanya kerana abang Mai. Abang pentingkan diri dan perasaan abang sahaja Mai. Abang paksa Zita ikut kemahuan abang. Zita anak yang baik Mai. Zita korban perasaannya demi abang. Abang memang ayah yang tak berguna Mai. Abang ayah yang tak mampu membahagiakan satu-satunya anaknya sendiri. Kerana sikap abang yang buruk, Zita jadi mangsa. Abang sedar abang terlalu banyak buat salah pada Zita Mai. Abang malu pada anak kita Mai. Abang malu Mai. Abang cuma berdoa Zita temui bahagia di sana Mai. Abang takkan campur tangan lagi didalam soal hidup Zita. Abang dah cukup rasa bersalah pada Zita Mai..maafkan abang Mai...maafkan abang...abang bersalah pada Mai...

Hujung kolam mata diusap sedikit dengan kura tangan. Zainal menghela nafas perlahan-lahan. Mata Zainal berkalih merenung pada wajah yang satu lagi . Dia tersenyum melihat senyuman girang wajah itu. Senyuman yang cukup manis, cukup mempersonakan. Dia tahu puteri tunggalnya cukup istimewa orangnya. Zita banyak mewarisi peribadi arwah isterinya; Maizurah yang penyayang dan periang.

Zita, maafkan papa sayang...maafkan papa. Papa banyak buat salah pada Zita. Papa banyak kali buat Zita mengalirkan airmata.

Ketukan dipintu memancung ingatannya pada Zita. Zainal lekas-lekas menyapu air mata lalu membetulkan duduknya.

"masuk.." Zainal melihat setiausaha peribadinya Yumna yang cantik berbaju kurung moden biru firus masuk sambil melemparkan senyuman padanya.

"ada apa Yumna.."Zainal menghala pandangan pad Yumna yang sudah tegak berdiri di hadapannya.

"Encik Zainal, saya minta maaf...saya dah cuba, tapi dia berdegil jugak...saya tak tergamak nak panggil security seret dia keluar dari sini encik." Zainal menghela nafas. Dia tahu siapa gerangan yang dimaksudkan oleh setiausahanya itu.

"bila dia datang Yumna?"

"dia datang dari pagi tadi lagi encik Zainal. Puas saya pujuk suruh dia balik, tapi dia enggan. saya kata encik tak mahu diganggu hari ini tapi dia tetap nak jumpa encik Zainal. Katanya dia akan tunggu sampai encik keluar...sampai encik balik, dia akan tunggu juga!." Zainal menyandarkan kepalanya di kerusi.

Yumna hanya memerhatikan perlakuan ketuanya itu. Dia tahu dia tidak boleh berbuat sesuka hati kerana "dia" yang dimaksudkan itu bukan sebarangan orang.

"suruhlah dia masuk Yumna.."

"Encik Zainal betul nak suruh dia masuk?" Zainal menggangguk-anggukkan kepala sambil melemparkan senyuman pada setiausahanya itu.

"baik encik.."

Tombol pintu dibuka perlahan. Zainal hanya memandang dengan tenang susuk tubuh sederhana tinggi yang sedang berjalan menghampiri mejanya.

"papa..." Zainal hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil memberi isyarat tangan meminta pemuda yang sedang berdiri di hadapannya saat ini agar duduk.

"papa, Faisal nak minta ma..." Zainal pantas menggoyang-goyangkan jari telunjuknya kepada pemuda di hadapannya itu.

"bukan pada papa yang harus Faisal minta maaf..." Pemuda bernama Faisal itu dilihat menundukkan wajah.

"Faisal...papa rasa Faisal tahu kan situasi sekarang..." Zainal melihat Faisal perlahan-lahan mengangguk-anggukan kepala.

"Faisal, setiap yang kita lakukan akan ada kesannya...baik atau buruk. Apa yang Faisal dah buat selama ni, maka inilah kesannya yang Faisal terima. Papa minta maaf, papa tidak dapat tolong Faisal. Zita tu anak papa, satu-satunya anak papa Faisal. Papa turut bersalah di dalam hal ini. Kalau tak sebab papa yang paksa Zita terima Faisal, Zita tak kan jadi begini. Faisal dah kecewakan papa. Papa tak mahu rosakkan perasaan Zita lagi Faisal. Papa mahu dia mencari bahagianya sendiri, papa takkan campur tangan lagi..." Faisal pantas berdiri lalu meluru dan melutut pada Zainal. Zainal sedikit terkejut dengan tindakan spontan Faisal.

"papa, tolonglah bagi Faisal satu peluang lagi. Papa tolonglah beritahu Faisal dimana Zita. Faisal nak jumpa dia papa...Faisal nak minta maaf pada Zita papa...Faisal rindu pada Zita papa..tolonglah papa. Faisal dah tak boleh nak fikir apa-apa selagi tak dapat jumpa Zita papa..." Zainal menggeleng-gelengkan kepala. Pantas dia berdiri berjalan ke arah cermin tingkap.

Faisal perlahan-lahan berdiri lalu berjalan menghampiri Zainal. Tangan Zainal diraih didalam genggaman seakan meminta simpati.

"Faisal...papa tak mampu, papa minta maaf..."

"papa tolonglah..please papa.."

"Faisal..kalau benar Faisal sayangkan Zita, tolonglah biarkan dia mencari ketenangan di sana tanpa sebarang gangguan. Kalau jodoh kamu berdua masih ada, insyaallah Zita tetap akan kembali pada Faisal. Papa minta Faisal faham keadaan dan perasaan Zita. Hatinya terlalu luka Faisal. Luka yang sangat dalam."

Faisal tersandar didinding sambil memegang kepalanya. Kesal dengan tindakannya selama ini pada Zita. Zita yang tidak pernah meminta...Zita yang tidak pernah sekalipun mengeluh dengan sikapnya yang keterlaluan.

Zita, maafkan Faisal..Faisal banyak melukakan hati Zita, perasaan Zita..

Zita, Faisal rindu sangat pada Zita...mana Zita pergi?...

Zita, baliklah pada Faisal....

Friday, November 13, 2009

Rindu Semalam - Bab 26


Bab 26

Aku on call la malam ni...sorry sangat2 ye Duha, esok boleh?...

SMS ringkas dari Ziha ditenung beberapa kali. Esok?, nafasnya dihela. Matanya dikalih ke hadapan menyoroti pemandangan malam yang terbentang dari sisi balkoni apartmentnya. Kedua-dua belah tangan dirapatkan ke tubuh. Dingin dari bayu malam yang bertiup begitu kuat melekat pada kulit tubuhnya. Perlahan-lahan tubuhnya disandarkan pada dinding batu di kiri balkoni. Matanya bagai terlayar peristiwa silam. Kenangan itu...ahhh, dia menggelengkan kepala. Tak mungkin!. Dia beristighfar di dalam hati. Telah dipatrikan dalam hati akan sebuah janji. Tidak mungkin dia mengkhianatinya. Itu ikrarnya. Dan harapan menggunung disandarkan moga suatu hari yang pasti ikrar akan jadi nyata.

Langkah longlai diatur ke ruang dapur. Peti sejuk dibuka lalu dicapai kotak susu coklat Goodday. Mug di atas meja dicapai lalu dituang susu tadi kedalamnya. Disimpan kembali kotak susu ke dalam peti sejuk. Bersama-sama mug ditangan kanan langkah dibawa ke ruang tamu. Alat kawalan jauh dicapai. Ditekan. Ahhh..hiburan lagi, asyik -asyik hiburan...bosannya!. Ditekan lagi, mencari saluran lain. Tidak juga menepati seleranya, sudahnya dia lelah sendiri lalu dibiarkan sahaja apa yang terhidang di depan mata...hmm, Tom & Jerry!...kartun pun kartun laa..lagi bagus!. Susu diteguk perlahan sesudah doa dibaca. Kepala disandarkan pada sofa. Matanya tepat difokuskan pada layar kaca. Sesekali ketawanya tercetus melihat aksi si Jerry yang comel dan pintar mengenakan si Tom.

Alunan indah biola Vanessa Mae dari telefon bimbit memancung tawa Duhaila. Bingkas dia bangun mencapai gajet yang tadi diletakkan di atas meja makan di ruang tamu. Bersinar kolam matanya seiring dengan sebuah senyuman pada bibir saat melihat nama yang tertera di skrin. Pantas butang hijau di tekan. Langkah diayun ke balkoni.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam..."

"Hmmm..sorry ganggu you malam-malam ni...dah dinner?"

"takpe...hmmm, belum...ingat nak makan roti kut kejap lagi...you?"


"issh..apa makan roti malam-malam ni, jom i belanja you dinner..."Mata Duhaila melorot pada jam di meja.Issh, biar betul dia ni


"dah pukul 10 you tak makan lagi Fik...mak you tak masak ke?"


"mak i takde kat rumah...petang tadi gi dah rumah maksu i...biasalah.. meeting AJK Tupperware!...esok baru balik...boring la makan sorang-sorang kat rumah." Meeting AJK Tupperware?, ketawa kuat tercetus dari mulut Duhaila tanpa dapat dikawal. Oopss!

"kenapa suka sangat tu? "

"tak...lucu la bila you sebut meeting AJK Tupperware...ingat i pada ibu, dia pun suka tau gi kalau ada meeting tupperware ni...jarang ibu missed."

"ooo....itu kod i kalau mak gi rumah saudara mara menyembang panjang...i dengan my sis memang biasa guna perkataan tu...nanti mak sure jeling kat kami you tau...my sis lagi la siap kata mak i Presiden AJK Tupperware...selalu la dia kena cubit dengan mak...hehehehe.."

"hey jahat la you all..tak baik tau..."

"ala gurau-gurau je dengan mak...usik-usik dia..."

"hmm so presiden takde kat rumah ye?..."

"tulah..ni yang anak presiden kebulur nak makan...so boleh ke?"

"ok..."

" great....i datang fetch ok..you siap la..."


"eh nanti...kita nak ke mana Fik?"


" Nanti i beritahu ok...assalamualaikum.." Salam disambut dihujung talian. Pantas langkah diatur ke bilik.

"selalu ke you makan kat sini?..i tengok you macam dah biasa dengan kakitangan restoran ni.." Mata Duhaila begitu asyik menyorot pada persekitaran restaurant yang dikelilingi tasik. Ada hiasan beberapa barang antik yang dipamerkan didalam sebuah gobok lama yang diletakkan disebelah kaunter bayaran.

"kerap jugak la...kalau you nak tahu Duha, ni laa tempat kami lepak-lepak..port kelab orang-orang bujang tak laku!..macam i, macam Wan Azlan.."senyum Duhaila terjuring sambil menggeleng-gelengkan kepala. Taufik hanya ketawa. Mata mereka bertemu seketika. Senyum saling bertukar.

Kelab orang-orang bujang tak laku?..Ada ada je la Taufik ni...

"so...macammana food dia, sedap?" Duhaila yang sedang memotong udang mentega terhenti.

"hmm...yeah, sedap...nanti i boleh la bawa Ziha datang sini ajak dia cuba pulak makanan kat sini..." Taufik menggangguk-anggukkan kepala sambil mencapai gelas berisi air kelapa laici dihadapan.


"Ziha sure will love it. Dia tu kan hantu seafood.." mata Duha tepat memandang pada Taufik. Uik?.

"ooo you pun tahu dia gile kat seafood?"

"dia pernah cakap kat i masa i dengan Wan Azlan terserempak dia dinner dengan Dr Syed..." Duhaila memandang wajah Taufik tidak berkelip.

"kenapa pandang i macam tu?"

"hmm..takde apa apa, tengok air you minum tu macam best jer...sedap ke air kelapa laici tu?." Duhaila cuba menukar tajuk agar tidak begitu ketara di mata Taufik.

ooo..Ziha senyap-senyap keluar dinner dengan Dr Syed ye, tak cakap ngan aku pun..jaga kau ye cik kak!

"haa air ni...sedap, you try ok...i pesankan untuk you ye.."pantas tangan Taufik mengamit seorang pelayan dihadapan.

* * * * * * *

Mata Duhaila hanya memandang keluar tingkap. Alunan muzik Mohram memenuhi ruang kereta begitu mengasyikkan sekali. Bagai ingin terlena dibuai tiupan seruling dan pukulan gendang dari kedua-dua pemuzik hebat berkenaan.


"Duha.."

"hmmm.."


"i...."mata Duhaila sudah berpindah dari pemandangan di luar tingkap ke wajah Taufik yang tenang memandu.

"i...sebenarnya..." Dahi Duhaila sedikit berkerut. Hairan dengan sikap Taufik. Tiba-tiba jadi hilang perbendaharaan kata. Matanya difokuskan pada Taufik yang masih menghalakan pandangan dihadapan. Tidak sedikit terusik pada renungan Duhaila.

"kenapa Fik?, you ada masalah ke?"

"hmmm...i...sebenarnya nak cakap sikit..."

"ok..cakap apa tu?.."

"well.....i.." Duhaila menatap terus terusan ke wajah Taufik. Kenapa Taufik ni?

"Fik?...anything bothering your mind? "

"yes.." pantas dilihat Taufik mengangguk-anggukan kepalanya. Duhaila sedikit terkejut dengan perlakuan dan tindakan spontan Taufik.

Taufik dilihat memberi isyarat ke kiri, lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dilihat wajah itu menyimpan sesuatu.

Taufik menghela nafas perlahan-lahan. Lalu perlahan-lahan juga dilepaskan. Tubuhnya sedikit dipusingkan mengadap Duhaila disebelah.

"Duha..." Duhaila tersenyum sambil menganggukkan kepala padanya.


"Duha...i need you to answer me on this..."

"hmmm, tentang apa?.."

"Akhmal.."

Duhaila menghela nafas perlahan saat mendengar nama itu terlontar dari mulut Taufik. Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan pada posisi lurus memandang ke hadapan. Matanya dipejamkan seketika. Taufik memerhatikan tiap tingkah laku dan gerak geri Duhaila.

"well...apa yang you nak tahu tentang Akhmal Fik?"

"perasaan you pada dia?." Mata Duhaila sedikit membulat. Haa?. Duhaila menoleh sekilas pada Taufik.

"Fik...what kind of question is that.."

"Duha, please... I need to know.."

"you need to know?..untuk apa Fik?, untuk apa?"

"yes...i really need to know you answer..for me Duha, for me.." Duhaila menggeleng-gelengkan kepalanya. Sedikit kecewa dengan sikap Taufik.

"Fik..." Duhaila menghelakan nafasnya perlahan. Memandang tepat pada muka Taufik.

"sedari awal you tahukan kisah i dan Akhmal...dan sebab nasihat you juga lah i cuba baiki hubungan ini, i cuba muhasabah diri i ni...alhamdulillah i dan dia sudah saling memaafkan...tapi, setakat itu sahaja, i tak boleh pergi lebih jauh dari itu...Akhmal kisah silam i Fik, kenangan lama dalam sejarah hidup i...perasaan silam yang tak mungkin akan mekar kembali...tak akan Fik. You faham kan apa yang i alami selama ni Fik...betapa sukarnya i nak pulihkan hati i untuk maafkan dia... " Duhaila memandang wajah Taufik yang tekun mendengar. Mata mereka bertentang. Duhaila menundukkan wajah.

"you tahu jawapan hati i dari mula Fik...kenapa perlu you tanyakan lagi soal ni. I fikir you faham i..rupanya tidak.."

"Duha please..jangan cakap macam tu...i'm sorry ok."

"I...i...serba salah sebenarnya..." Duhaila memandang Taufik. Mahu penjelasan lanjut.

"i pernah janji dengan Akhmal dulu untuk baikkan you all berdua...you tahu kan macammana hubungan i dengan Akhmal..i..i just tak tahu nak cakap apa dengan dia Duha bila dia asyik tanyakan diri you...i just dunno what to say to him..." Duhaila menggelengkan kepala. Taufik, Taufik.

"Fik...dengar sini..."

"i boleh jadi kawan pada dia...but setakat itu sahaja...and i mahu dia hormat keputusan i ni...i tak mahu terlibat lagi dengan apa-apa hubungan perasaan dengan dia...i dah takde perasaaan pada dia...dah tak ada Fik...and i want you to convey this to him...boleh kan?"

"Duha..." agak terkejut Taufik dengan bicara Duhaila. Duhaila mengenyitkan matanya pada Taufik.

"Dah dah la tu...jangan la tunjuk muka serabut tak sudah you tu pada i...cukup cukup la i tengok rupa buruk tu kat hospital...luar dari hospital ni cubalah tunjukkan muka yang handsome pada i..sejuk sikit mata i pandang..." ketawa Taufik sudah mahu pecah dengan kata-kata spontan Duhaila.

wah wah...dalam baik awak kenakan kita ye cik kak!

Wednesday, November 11, 2009

Istikharah Terakhir - bab 6

Bab 6

"Damn you Marina!..."

Telefon bimbit dicampak ke atas katil. Terperesuk di hujung bantal. Kedua belah kelopak mata dikecilkan. Kedua belah tangan dicekak ke pinggang. Dadanya turun naik dengan pantas menahan rasa marah yang membusung. Matanya menangkap bingkas gambar sederhana besar diatas meja dihujung kanan katil. Pantas disambar bingkai gambar yang indah berukir. Matanya buntang memandang potret yang sedang tersenyum manja di dalam bingkai...Kurang ajar punya perempuan!...dan tanpa berfikir tangan yang memegang bingkai gambar nan kaku diayun ke dinding. Pranggg!. Puas dirasakan melihat cermin luar yang menyadur bingkai tadi pecah berderai menyembah lantai bilik.

Langkahnya mundar-mandir di dalam bilik yang dirasakan kian menghimpit tubuh. Kian mencengkam perasaannya. Ketukan di pintu seakan menambah rasa sarat yang kian menekan di dada. Matanya tajam menoleh pada pintu saat tombolnya diputar.

"papa...can we go now?"

"not now Sarah..."


"but papa, you've promise me..."


"i say not now Sarah...now out from papa's room Sarah...out!"


* * * * * * *

Langkah Mak Zainah diatur ke pangkin yang dipayungi pohon cermai nan rimbun. Tangan tuanya menatang dulang berisi seteko air kopi berserta sepiring pisang nangka goreng. Perlahan-lahan dulang diletakkan di muka pangkin. Matanya sekilas memandang Azhar yang sedang duduk sambil bersandar pada batang cermai. Piring dan cawan dikeluarkan dengan cermat dari dulang. Teko berisi air kopi dituangkan perlahan-lahan ke dalam cawan. Asap yang keluar muncung teko berkepul naik ke udara. Disorongnya cawan ke depan sila Azhar. Matanya memandang sekilas wajah Azhar.

"terima kasih mak..." Pantas tangan Azhar mencapai sekeping pisang nangka yang sedikit panas. Ditiup sedikit sebelum disua ke dalam mulut.

"Sarah mana mak?..." Diam. Pertanyaaannya dibiarkan tanpa jawapan. Wajah Mak Zainah direnung. Tangan mencapai telinga cawan lalu dihirup perlahan isinya.

"Dia ikut abah ke kebun ke mak?" Mak Zainah memandang tajam wajah anak lelaki tunggalnya itu. Nafas dihela perlahan. Sabarlah hati!.


"ke rumah Zita." Gigitan pada goreng pisang yang sudah separuh terhadam terhenti. Matanya memandang wajah dihadapan. Berkerut sedikit dahi Azhar. Rumah Zita?.


"bila masa Sarah pergi?..sapa yang hantar dia ke sana mak?"

"Zita datang hantar lauk tadi...Sarah langsung ikut Zita balik, dah kamu marah-marah katanya...merajuk la budak tu." Azhar menelan air liur. Terasa pahit sekali. Kepalanya ditundukkan kebawah sambil tangannya menggosok pangkal leher. Rasa malu pada ibunya menebal. Nampak benar dia gagal mengawal emosi hingga menyeret Maisarah dalam api amarahnya tadi.

"kamu tu Har...marahkan pepijat kelambu dibakar...kesian mak kat budak tu, dia tak tahu apa-apa." Mak Zainah menggeleng-geleng kepala sambil memandang Azhar.

"Har minta maaf mak...Har tahu Har salah."

"bukan pada mak...tu, pada anak kamu tu...Maisarah."

"Har..apa pun masalah kamu dengan isteri kamu tu jangan libatkan perasaan Maisarah..dia tak bersalah..yang salah kamu dan Marina..." Kepala diangguk. Mengiyakan kata-kata Mak Zainah. Azhar turun dari pangkin. Kaki mencari selipar yang tadinya diletakkan ditepi pangkin.

"Haa, nak kemana pulak kamu tu?"

"ambik Sarah mak...Har gi dulu mak."

"Haa baik-baik bawak kereta tu Har..."


* * * * * * *

"kak Zita ada papa?"

"mestilah ada sayang."

"Papa kak Zita baik tak?"

"Hmm..mestilah baik. Kenapa Sarah tanya soalan macam ni?" Wajah comel disebelahnya direnung. Tiada jawapan.

"Papa kak Zita ada marah kak Zita tak?"


"hmm...well, kalau kak Zita buat salah, papa kak Zita tegur laa...dia cakap baik baik kat kak Zita...dia tak marah..." kepala diangguk-anggukkan perlahan.

"baik papa kak Zita kan...tapi papa Sarah..."

"Sarah...kenapa ni sayang?..kenapa Sarah cakap macam tu...cuba cerita pada kak Zita." Dilihat kolam mata si comel disebelahnya itu mula terbit dengan titisan air. Dia memeluk bahu Maisarah.

"papa...papa tu sekarang selalu marah-marah je...tadi pun papa marah kat Sarah...tapi Sarah tak buat salah kat papa pun....Sa..Sarah cuma masuk bilik tanya papa....se...sebab papa dah janji semalam nak pergi bandar nak beli hadiah untuk birthday nenek hari ni...papa tipu ...papa tipu Sarah!" airmata kian lebat membanjiri kolam mata si kecil. Sayu sekali kedengaran rintihannya di telinga Zita. Dia mengeratkan lagi pelukan pada tubuh kecil itu. Kasihan dia!

"sssyyy dah dah, Sarah jangan nangis ok...papa tak sengaja agaknya...maybe papa ada problem kan...mana kita tahu."

"tapi kenapa papa marah kuat macam tu pada Sarah...Sarah tak buat problem pada papa..."

"yes kak Zita tahu. Sarah is good girl...so as a good girl Sarah jangan nangis-nangis macam ni..nanti tak cantik...erk jom kita gi bilik kak Zita nanti kak Zita tunjuk barbie dolls kak Zita pada Sarah ye."

"Barbie dolls?...kak Zita dah besar pun main barbie dolls...eei, tak malu lah!"

"Hey..." dan ketawa Sarah pecah bila tangan Zita sudah pantas mengeletek tubuhnya.

* * * * * * *

Bunyi enjin kereta di halaman mematikan gelak ketawa Zita dan Maisarah. Maisarah pantas terjun dari katil lalu pantas menuju ke jendela. Langsir diselak. Bulat matanya menoleh semula pada Zita di atas katil.

"papa datang....Sarah tak nak balik ikut papa, nanti papa marah-marah lagi..." mulut mungil itu sudah mencebik diiringi air muka yang sayu.

Zita turun dari katil lalu merapati Maisarah di jendela. Kepala si kecil itu diusap perlahan.

"don't worry ok..papa takkan marah Sarah...jom, kita turun...nanti kak Zita gi marah dia ok..." tangan halus itu dipimpin keluar dari bilik.

"Thanks Zita..."

"it's ok Azhar...well, take a good care of her ok..."

"insyaallah...thanks again ye...saya balik dulu.."kepala Zita mengangguk. Tangannya diangkat ke atas melambai pada Maisarah di tempat duduk hadapan bersebelahan Azhar.

"papa.."

"ye sayang..."

"tadi tu papa kena marah dengan kak Zita ye?"

"Haa?"

"yelah...tadi kak Zita kata dia nak marah papa sebab marah kat Sarah..." senyum Azhar sudah tersimpul dengan kata-kata yang keluar dari mulut Maisarah yang petah. Dia mengangguk-anggukkan kepala.

Rindu Semalam - Bab 25

Bab 25

Jubah putih disangkutkan di kepala kerusi. Stetoskop yang melingkar di leher di letakkan di atas meja. Langsir putih diselak sedikit lalu matanya redup melihat pemandangan diluar dari bilik kecilnya itu...namun mindanya saat itu sudah merawang entah ke mana. Ahhh...perlahan-lahan nafasnya dihela. Sesak rasa didalam. Sesak dengan pelbagai persoalan yang menekan. Taufik melabuhkan duduknya di kerusi sambil menyandarkan tubuh yang kepenatan. Kacamata ditanggalkan lalu disorong ke tepi meja. Matanya dipejamkan seketika sambil sebelah tangan diletakkan di dahi.

Semalam dia sudah dihubungi Akhmal bertanyakan tentang Duhaila. Sukarnya untuk dia membuka mulut untuk memberi penjelasan. Sudahnya dia hanya mampu berbohong. Berbohong derngan mereka sebuah cerita. Maaf Akhmal !. Sakit dadanya bila memikirkan hal ini. Dia tidak tahu apakah dirinya patut dilabelkan seperti pepatah lama; harapkan pagar, pagar makan padi...kejamkah dia hingga tergamak mengkhianati persahabatan mereka. Persahabatan yang sudah lama terjalin haruskah dinoktahkan hanya kerana keterlanjuran yang dilakukannya. Keterlanjuran perasaan yang tidak pernah langsung diduga. Tidak pernah digamit rasa itu kesisi apatah lagi bersemayam di sanubari tapi apalah daya...dia juga manusia biasa....ya, cuma manusia biasa. Berdosakah dirinya menyimpan rasa itu pada si dia. Si dia yang juga pujaan hati teman akrabnya. Taufik bingung memikirkan kemelut yang sedang melanda perasaannya. Berkali-kali dia cuba menafikannya, bukan dia tidak cuba menolaknya..namun dia gagal...tetap gagal. Si dia dan bayangan wajahnya akan sentiasa hadir. Di mana-mana sahaja.

Dan yang paling meresahkan perasaannya bila maknya sudah mula bertanya tentang si dia. Si dia yang sudah mencuri hati kecil bonda kesayangan Taufik.

"Fik dengan Duha macamana?, bila lagi nak bawak dia datang rumah jumpa mak..berkenal-kenalan dengan mak." suapan nasi ke mulut terhenti. Matanya memandang wajah tenang dihadapan yang sedang tersenyum padanya. Perlahan jari-jemari dibawa ke mulut. Diam. Tidak memberi balasan pada pertanyaan maknya tadi.

"Fik?" Tidak putus asa mak rupanya.

"insyaallah mak..."

"insyaallah tu bila Fik?..."

"hmmm...nanti ye mak. Fik pun kena tanya Duha dulu..kan mak?"

"jangan lambat-lambat Fik...awak tu jugak yang melepas nanti. Mak bukan apa, mak cuma fikirkan Fik je...dah sampai masanya Fik fikirkan masa depan...hidup berkeluarga, ada isteri, ada anak-anak. Mak ni nak gak tengok hidup anak mak yang seorang ni terurus...sekurang-kurangnya kalau mak dah takda, ada orang yang jaga makan minum pakai Fik tu...aman sikit mak kat sana nanti Fik.." pantas tangan tua dihadapan digenggam erat.

"mak....kenapa cakap macam tu?..mak dah boring ye duduk ngan Fik...ke mak nak duduk ngan adik?...mak rindu cucu mak tu ye?..esok Fik hantar mak gi rumah adik..ok mak?" Pantas tangannya dicubit.

"aduh...sakitlah mak."

"bertuah punya anak..orang cakap betul-betul, dia main-main kan kita pulak.." Ketawanya pecah melihat muka maknya yang sudah sedikit membahang..uik, mak marah laa!

"ok ok mak Fik minta maaf...sorry mak.." Tangan mak dielus-elus perlahan-lahan dengan jemarinya.

"mak, Fik sentiasa doakan mak panjang umur, sihat...Fik nak anak-anak Fik nanti kenal nenek diorang yang satu ni...dapat rasa kasih sayang seorang nenek."

Ketukan dipintu pantas memancung kenangan makan malam kelmarin. Matanya memandang wajah yang sudah separuh terjenguk dari gawang pintu.

"boleh aku masuk?" sebuah senyuman terhias di wajah putih bersih jejaka kelahiran negeri darul naim itu.

"kepala kau tu dah separuh pun masuk dalam bilik aku ni..." katanya disambut ketawa kuat Wan Azlan yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapan. Mereka saling berpandangan.

"kau tak nak lunch?..dah dekat pukul 1 ni Fik." jam di pergelangan tangan ditoleh sekilas. Kepala digeleng perlahan.

"tak lapar lagi..kalau kau nak gi dulu takpe, go ahead." tubuh Wan Azlan yang tadinya tersandar pada kerusi digerakkan kehadapan. Merenung tepat pada Taufik.

"Fik...lately aku tengok kau lain je, tak macam selalu...tak banyak bercakap. Habis kerja duduk berkurung dalam bilik, ajak sembang-sembang kat port kita ngan member-member dah taknak..kau ada masalah kan Fik?"

"takde apa-apa la Wan...aku penat je."

"kau ingat aku baru kenal kau semalam ke, haa?...dah masak sangat aku dengan perangai kau tu...cubalah jangan nak bodohkan aku dengan bagi alasan darjah satu kau tu."

Cermin mata ditepi meja dicapai lalu diletakkan pada posisinya. Nafas dihela perlahan-lahan lalu dihembus keluar. Pandangan ditebarkan pada keseluruhan bilik yang berona putih bersih dan suci. Angin yang dihembus oleh alat pendingin hawa gagal menolak kehangatan rasa yang sedang menghimpit mindanya saat ini.

"Kau rasa aku ni kejam tak Wan?"

"eh..apa punya soalan tu...cuba kau explain further."

"Hmmm..takpa la Wan..."

"hey hey...no no....kau cakap Fik...just say it ok...be sincere to me..."

Kepala ditundukkan kemeja.

"Aku tak tahu nak buat macam mana Wan...aku..a..aku keliru Wan...i'm so confuse...so stressful because of this feeling."

"Fik...just tell me what is this all about...just tell me man..."

Tubuhnya kembali disandarkan pada kerusi. Nafasnya turun naik menahan rasa yang sedang menari-nari didalam. Sakitnya.

"Akhmal.....Duhaila....dan aku."

Kepala Wan Azlan sudah terangguk sedikit. Sedikit sebanyak dia tahu perasaan temannya itu pada doktor muda nan ayu itu. Seringkali dia terserempak mereka berdua. Pernah sekali dia ternampak mereka berdua membeli barangan di pasaraya. Seperti pasangan suami isteri sahaja mesra mereka saat itu. Dia tahu Taufik benar-benar serius kali ini. Air muka gembira jelas terpancar ketika itu. Sayangnya Duhaila juga diburu Akhmal, teman akrab sejak kecil Taufik. Dia juga maklum hal itu. Taufik pernah menceritakan padanya kisah Akhmal dan Duhaila.

Redup matanya memerhati wajah muram penuh tekanan dihadapannya saat ini. Taufik, Taufik...

"kenapa...kau fikir kau dah kianat pada Akhmal sebab kau suka...sebab kau cinta pada Duhaila, begitu?"

"Wan..aku dah janji nak baikkan semula hubungan dia dengan Duhaila..i gave him my word Wan..tup tup aku pulak pi jatuh cinta kat Duhaila..issh kawan jenis apa aku ni..."

"Fik, aku faham apa yang kau rasa...dan aku pun tahu eratnya hubungan persahabatan kau dengan Akhmal....tapi kau jangan lupa dalam soal perasaan ni kita tak boleh paksa memaksa."

"meaning?"

"jangan ketepikan perasaan Duhaila...dia pun ada hak untuk menentukan pilihan untuk dirinya. Kau dah pun pulihkan hubungan diaorang berdua kan. Duhaila dah pun maafkan kesalahan Akhmal kau kata..that good, rite?. Aku tengok hari tu pun kat rumah Akhmal masa birthday Ben...ok jer diorang borak...at least that was a good sign Fik...jangan salahkan diri kau dalam hal ni...benda-benda macam ni kita susah nak kata Fik...kau tak boleh nak panggil atau tolak dia dari diri kau...biar masa jer yang tentukan...well, best man win my friend..dah la jom gi lunch...amende la kau nak jiwang sorang-sorang dalam bilik ni..."senyumnya terjuring sedikit dengan kata-kata akhir Wan Azlan.

"jom la...turn kau belanja.."

"no problem...tapi ikut menu aku la..."

"Mamak lagi...bau kari lagi la aku hari ni..." ketawa Wan Azlan pecah. Bahunya sudah dipaut erat.

Hmmm...best man win...aku?...atau...

Tuesday, November 10, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a -Bab 9

Bab 9

Mata Ku'a membulat tatkala melihat jarum jam di sebelah katil....ya Allah ya Tuhan!, macam mana boleh tak sedar ni Ku'a ooi, tidur mati ke, mulut merungut perlahan sambil tangan menggaru-garu kepala yang tidak gatal....awat la jam, awat hang ni tak bunyi....mentang-mentang la aku cuti solat, hang pun nak cuti dari berbunyi ye...cissh!, Tangan mencapai jam lalu membelek-belek. Pantas tangannya menepuk dahi.

laa...tak tarik ke atas rupanya, patutlah!....apalah hang ni Ku'a...issh

Ku'a pantas turun dari katil. Tuala di ampaian ditarik lalu berlari ke dalam bilik air. Lambatlah hari ni sampai kat sekolah jawabnya!

Kakinya cepat-cepat disarungkan kasut yang diambil dari rak tadi. Pantas pintu dirapatkan lalu anak kunci dimasukkan. Tap!. Beres. Langkah laju diayun ke garaj sambil sebelah tangan diletakkan di atas kepala mengelakkan dari rintik air hujan membasahi tudung merah jambunya. Kala anak kunci dihala ke kereta matanya sempat menoleh ke pagar sebelah. Sunyi sahaja. Tiada kedengaran bunyi suara makcik Latifah yang mesra. Tiada kelihatan kereta pak Berahim juga kereta milik Mustaffa. Cuma motor Azrief sahaja yang terdampar di garaj. Pintu pagar dilihat bermangga. Kemana pulak pergi diorang semua, bisik hati kecilnya. Dah balik ke mamat dua orang tu?...iye kut!,

issh apahal la pulak kau sibuk-sibuk ni Ku'a, dah lambat ada masa lagi menyibuk hal orang...cepat!

Fuhh!....Mata dipejamkan seketika lalu dibuka. Nafas dihela perlahan. Tangannya kejap di stereng sambil matanya menyorot pemandangan dihadapan. Bagaikan sebuah gerabak keretapi yang amat panjang dan berwarna-warni dengan saiz yang pelbagai. Kepalanya di geleng-gelengkan sedikit.

This is KL Ku'a....biasalah, asal hujan je mesti jam, asal hujan jer mesti sesak....senario normal hidup dibandaraya.

Jalanraya yang sesak pagi ini sedikit mengganggu pemanduan Ku'a. Alahai jalan, dah la orang lambat ni, jam la pulak pagi-pagi ni. Kenderaan dari arah ke pusar bandar bergerak dengan kapasiti yang amat perlahan. Hujan renyai-renyai yang melanda ibukota menambahparahkan keadaan. Jalanraya yang agak licin membuatkan semua pemandu lebih berhati-hati. Tangannya pantas mencapai CD. Tiupan saksofon dari CD instrumental Kenny G yang berlagu damai Songbirds bagai memberi ketenangan minda padanya dalam menangani tekanan emosi bila melihat keadaan di jalanraya. Serasa seperti damai tatkala melihat laut nan biru.

Bunyi hon mengejutkan lamunan sesaatnya...issh, sabar laa cik abang ooi...semua orang pun lambat ni, bukan awak seorang je. Matanya yang masih tekun dihala kedepan. Aduhai, bila la nak sampai kalau macam ni...

Sah la tersangat lambat akan sampai ni karang Ku'a....

Tangannya pantas mencapai gajet di dalam tas tangan.

"Assalamualaikum...Kak Lin. Kak Lin dah sampai ke?...alhamdulillah...ooo Jojie ngan Watie pun sama, good good...ni Kak Lin, Salha akan lambat la kak , dah la terbangun lambat pagi tadi, jam tak terlupa kunci, jalan pulak jam dari rumah tadi...ha'a jam sangat jalan menghala ke Bulatan Pahang ni kak...ha'a la kak, biasalah kan KL memang macam ni, lali dah sangat kak...tu la pasal, hujan lagi kat sini kak..owh sana tak hujan pulak ye...Kak Lin, Salha masih di Jalan Genting Klang ni kak. Salha nak mintak tolong Kak Lin signkan invoice bagi penghantaran kerusi-kerusi baru tu nanti ye. Dia orang akan deliver pagi ni kak...ha'a nanti lori tu sampai, katanya semalam pukul 9.30 pagi....nanti suruh diorang letakkan kat store dulu ye kak....Kak Lin tolong check ye condition kerusi-kerusi tu semua nanti ye kalau ada yang rosak akak reject and suruh diorang bawak balik ye...orait, ok thanks ye Kak Lin...assalamualaikum....ye ye insyaallah."

* * * * * * *

"Laa...awat hang tak check malam tadi masa nak tidoq...hang tu memang la, kalau aku tak da kat rumah lagu tu la hang...kalut memanjang." Ku'a cuma mencebikkan bibir tatkala seketika menoleh pada Azarina yang sedang asyik mengunyah kacang di meja makan. Kuali yang berisi sayur kacang buncis yang baru digoreng bersama kicap diangkat ke tepi. Piring dicapai lalu sayur tadi berpindah tempat.

"ala bukan selalu pun aku bangkit lewat, pagi tadi tu kategori tak sengaja laa....lagipun, malam tadi aku lewat tidoq hang taw Azad..kerja sekolah tu banyak nak kena siapkan...kui 2 pagi tu aku tidoq...standard la kalau terlajak."

"banyak la hang punya standard....kategori tak sengaja kunun...mengaku ja la hang tu tertidoq dengan syoknya pasai hujan...kan?"

"dah la, tak kuasa aku berdebat ngan hang ni..hujah hang ja la menang...dah la makan kacang tu, pi ambik pinggan...jom makan, lapaq la aku..."

"aku pun lapaq laa....terliuq ni tengok ikan masin sepat goreng bercili hang ni..."

* * * * * * *

"Ku'a..."

"yup..."

"Ku'a...mana perginya orang sebelah haa...senyap ja aku tengok rumah dari petang tadi...pintu pagaq pun kunci...makcik Latifah pun tak nampak, selalu dia kan rajin lepak petang-petang kat buaian tu...kalau nampak aku balik sah kena tarik joint sembang punya...hang agak-agak depa pi mana haa Ku'a?" Matanya yang sedari tadi tekun melihat kepilan invoice-invoice yang dibawa dari sekolah tadi diangkat. Wajah lucu Azarina yang diselaputi bedak sejuk dipandang.

"Dari pagi tadi memang takda...kereta pak Berahim ngan kereta si Mustaffa pun takda aku tengok.."

"Ooo hang siap tengok perhati kereta mamat sekoq tu, dahsyat hang no...awat, ada apa apa ka?" Mata Ku's sudah membulat melihat Azarina yang sedang ketawa sambil mengangkat-angkat kening.

"Laa..ke situ pulak hang ni Azad ooi, aku tenyeh mulut tu kang, baru tau...dah memang kereta dia dok parking kat laman kan...macamlah hang tak selalu nampak...bila dah takda, tak nampak depan mata mesti la perasan kan..."Azarina pantas mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara. Tanda minta maaf.

"usik ja la...tu pun hang nak marah..."

"ala aku tau la hang tu bukan apa...jeles kat aku la tu..." Azarina sudah mengerut dahi memandang Ku'a yang memandangnya dengan selamba. Langkah diayun ke sofa. Duduknya dilabuhkan disebelah Ku'a yang tekun memandang kertas-kertas diatas meja.

"Jeles hang kata?...aku jeles? jeles pasai apa pulak ni?...cuba habaq mai kat aku..."

"aku dok sebut buah hati hang tu..."

"Sapa?...mamat pasemboq tu maksud hang...eei, tolong banyak ya cik Ku'a...takdak la aku nak kat dia tu, sekelumit pun tak hingin...mulut dia tu kalah perempuan...suka tu jauh la sekali...haa, kalau menyampah tu...ada!"

"Haa..jangan cakap sebarang ya...karang orang yang benci, hang dok menyampah tahap 7 lapis langit tu la nanti yang hang dok syok nanti tau..."

Azarina mencebik pada Ku'a yang sudah ketawa sambil menutup mulut.

Mamat tu?...tak kuasa aku!...muka dah iras macam lanun terlepas ja!, Ooops, sorry haa encik Mustaffa...

Tuesday, November 3, 2009

Rindu Semalam - Bab 24

bab 24

Matanya leka memandang syiling putih diatas. Tidak berkelip. Minda sudah entah ke mana saat ini. Tangan yang tadinya diletakkan di dada sudah beralih tempat... di atas bantal dibelakang kepalanya pula . Mata cuba dipejamkan...ahh masih gagal. Suhu dari penghawa dingin di biliknya yang sudah sederhana sejuk masih gagal merapatkan kelopak mata. Kenapa agaknya malam ni sukar benar dia memejamkan mata. Tubuhnya yang sasa itu dipusingkan ke sebelah kanan. Bantal peluk bersarung coklat muda ditarik ke dalam pelukan. Matanya dipejamkan...

"Kenalkan ni ibu saya...ibu, ni Dr Taufik...dia penyelia Duha di hospital...baru sampai dari hospital...baru habis keje..." sebuah senyuman yang manis dari seraut wajah yang masih cantik menyapa matanya. Dia tahu kini dari mana wajah ayu si dia itu diperolehi. Saling tak tumpah.

"apa khabar Dr Taufik?...tolonglah tengokkan keje anak makcik, Duhaila ni ye doktor. Tegurlah dia kalau dia buat silap. Anak makcik ni masih baru..masih hijau. Banyak lagi yang dia perlu belajar. Dia pun takde sesiapa di sini...makcik ni jauh...hati ni kadang risau juga memkirkan dia kat sini. " Tangan tua itu menggenggam erat kedua belah tangannya. Sebuah harapan yang menggunung. Dia tahu itu. Kasih seorang ibu tiada sempadan. Senyuman dilemparkan pada wanita separuh abad dihadapannya saat itu.

"makcik...panggil saya Taufik saja sudah..tak perlulah berdoktor-doktor ye. Insyallaah apa yang termampu akan saya lakukan..makcik jangan risau ye...Duha ni cerdik orangnya makcik..cepat belajar....semua orang di hospital suka dan sayang pada dia..." Dia memandang Duhaila yang cuba menyembunyikan senyum. Mata mereka saling beradu.

"ye?..alhamdulillah...lega makcik dengar.."

"Taufik, moh ke dalam sana kita makan sama-sama ye...makcik dengan Duha pun belum makan lagi ni...sibuk dari tadi layan jemaah surau dengan kawan-kawan Duha." Tangannya yang masih dalam genggaman ibu Duhaila ditarik masuk ke dalam ruang tengah rumah. Ada staff-staff hospital yang masih enak menjamu juadah sambil bersimpuh menganggukkan kepala saat terpandang kelibatnya.

"Makanlah nak Taufik..lauk orang kampung aja ni...makcik memang tak tahu masak lauk moden-moden ni...Duha tahu la..." Pinggan berisi nasi yang disenduk Duhaila sudah berpindah ke tangannya. Dia memandang wajah Duhaila yang tersenyum kecil.

"sedap ni makcik...bukan senang nak jumpa lauk macam ni di bandar...lagi-lagi dari air tangan orang kampung, lagilah istimewa makcik...makcik, Duha..jom lah makan sama." Duhaila dilihat menganggukkan kepala.

"ye ye..."

* * * * * * *

Dia merapati gadis bertudung coklat muda dan berbaju blaus belang yang sedang berdiri di tepi jalan itu. Dia pasti gadis itu ingin melintas jalan untuk ke seberang sana. Kenangan dari tidurnya malam tadi kembali mengusik minda. Duhaila...

"ehemm..."

Saat si dia menoleh, wajah mereka sudah bertemu. Segaris ketawa sudah terbit dari mulut mungil dihadapannya itu. Dia turut ketawa.

"Taufik!...you ni...issh..terkejut i.."

"Dah tu...you tu berdiri bukan nak toleh ke kiri kanan...alahai cik adik manis, bahaya tau macam ni. Cubalah toleh sikit, tengok tengok sikit orang di sekeliling you...sekarang ni macam-macam cara orang kenakan orang tau...lagi-lagi orang cantik macm you ni Duha...nanti melepaslah i kalau u kena kidnap Duha..."Duhaila sudah menyimpul senyumannya dengan bicara Taufik. Wajahnya ditundukkan sedikit. Malu!

" you nak ke mana ni?"

"nak beli barang dapur sikit...dah habis semua stok kat rumah."

"boleh joint?.."

"you pun nak beli barang dapur ke?...kan ke you tinggal dengan mak you?."

"tak...saja nak temankan you...nak ikut you."

"temankan i? ikut i?...nak jadi bodyguard i ke ni?"

"haa...i takut nanti ada orang culik you...you kan buah hati i."

"Fik...you ni...macam macam la..." Dia melihat senyuman kecil terjuring pada bibir Duhaila. Wajah yang putih itu sedikit kemerahan. Dia tahu Duhaila malu tapi entah mengapa dia suka melihat wajah itu bila berkeadaan demikian.

Langkah mereka beriringan memasuki kawasan pasaraya di Alamanda. Duhaila pantas menarik sebuah troli.

"you nak masak apa malam ni?...you masak ke ibu you Duha?." Matanya memerhatikan tangan Duhaila membelek ikan tenggiri yang sudah siap dipotong dan udang putih bersaiz sederhana besar yang begitu mengujakan mata Taufik.

Hmm, sedap udang ni kalau goreng, masak kicap pun best gak..

"ibu i dah balik pagi tadi Fik..." Duhaila sudah memasukkan 2 keping potongan ikan tenggiri ke dalam plastik berserta beberapa ekor udang putih tadi lalu diserahkan pada jurujual dihadapan untuk ditimbang dan diletakkan tanda harga. Bungkusan berisi beberapa keping ayam yang sudah siap dipotong turut dimasukkan ke dalam troli.

"owh...cepatnya balik...kenapa tak stay a bit longer with you kat sini...boleh la you bawa dia jalan-jalan kat Putrajaya ni. " Troli yang ditolaknya sudah memasuki kawasan sayur-sayuran.

"ibu i tu biasalah Fik...mana boleh tinggalkan ayam itik dia di kampung..." Duhaila dilihat sudah memasukkan bungkusan sayur kailan, jagung muda dan brokoli ke dalam troli.

"orang tua Duha..macam tu la...dunia dia lebih selesa dekat dengan persekitaran yang sudah sebati dengan kehidupan mereka...mak i tu nasib baik je memang orang bandar..."

"hmmm...kadang tu risau jugak i Fik..ibu sorang-sorang kat sana...nasib baik laa jugak ada saudara-mara belah arwah abah dekat-dekat rumah tu, boleh la mintak tolong tengok-tengokkan dia..." Taufik mengganggukkan kepala. Faham dengan apa yang dirasai Duhaila.

Langkah mereka sudah ke menuju kaunter bayaran.

"eh tak payah la Fik...i bayar sendiri, ni kan barang -barang i.." Duhaila berusaha menarik wang yang sudah dihulurkan Taufik pada juruwang. Tangannya pantas dipegang Taufik. Juruwang dihadapan sudah tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Wang di tangan Taufik sudah selamat mendarat ditangan juruwang. Duhaila sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil memandang Taufik.

" and as an exchange, nanti you masak, ajak i makan...i nak rasa air tangan you pulak..ok?" Sebuah senyuman bersama kenyitan mata membuatkan ketawa Duhaila pecah . Pantas tapak tangan ditutup ke mulutnya.

"i'm serius Dr. Duhaila..."

"yelah..insyallah Dr Taufik..."

"That's my girl... i look forward for your invitation Duha.." Taufik sudah mengangkat keningnya sambil merenung wajah dihadapannya.

Erk?...Taufik ni...issh..


Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...