Tuesday, January 29, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 21

Bab 21
Qistina raup muka bersama sejalur keluhan berat yang terluncur dari bibir. Lama dua tapak tangan berlabuh di wajah sebelum dibawa singgah ke pipi. Sepasang matanya yang bundar merenung jauh ke arah cermin jendela dibelakang. Awan petang nan memutih disorot dengan kerdipan fikiran yang bergumpalan perkara baharu yang hadir tiba-tiba dalam hidupnya. Perkara baharu yang dihadirkan oleh seorang insan yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya. Wajah tenang berkaca mata itu kembali menari di layar mata. Qistina telan liur yang bagai tersekat di rongga. Deru nafas terus turun naik dan makin laju mengepam degup jantung yang sudah tidak tentu hala sejak pagi tadi. Helaan menjadi semakin tenat. Qistina geleng kepala. Apa sudah jadi dengan dirinya hari ini. Ketawa tiba-tiba terluncur. Spontan membelah rasa yang pelbagai. Qistina bagai tidak percaya. Semua jadi libang libur. Segalanya kerana jambangan indah dan bait-bait kata yang tertinta di kad comel kiriman lelaki yang bernama Fazwan Anuar itu. 


"Cloud dances because of wind. Flower sings because of rain. My heart beat tremendously because of you.  You are the only reason...You are the all reasons. If distance is what i have to overcome to be with you, then give me a map to your heart... because all i want is just You..Be with You...only You, Annur Qistina. 

Truly, FA..."

Qistina geleng kepala lagi. Sungguh, dia sendiri tidak sangka sampai begini pengaruh jambangan ungu dan susunan aksara yang merantai kata-kata penuh debaran di kad kecil itu terhadap dirinya. Jiwanya yang selama balik ke tanahair ini sudah mulai meraih alir ketenangan kembali berkocak, jadi tidak tentu hala dan serba tak kena. Semua gara-gara tindakan tak terduga lelaki yang diperkenalkan Zita sebagai abang angkatnya malam kelmarin. Mengingati Zita, bibir diketap. Nakal betul teman baiknya itu. Kala dimaklumkan menerusi panggilan telefon perihal jambangan yang diterima, Zita boleh menjerit kegirangan dan mengucapkan tahniah kerana Qistina sudah berjaya membuatkan lelaki itu jatuh cinta pada seorang gadis. Katanya dia sudah menjangkakan perkara ini berdasarkan bahasa tubuh lelaki itu kala diperkenalkan kepada Qistina malam kelmarin. Sambung Zita lagi bila ditanya Qistina tentang makna bahasa tubuh yang disebutkan itu, temannya itu menyatakan kalau sudah tidak berkalih mata memandang makhluk terindah didepan mata, memang sah-sah lah hati abang angkatnya itu sudah dikidnap dan dibawa lari oleh Qistina. Dikidnap?Dibawa lari? Bila masa pulak Qistina culik dan bawa lari hati lelaki itu. Jahat betul la Zita ni tau. Bila dimarahi kerana semua ni semuanya gara-gara rancangan Zita, boleh sahaja temannya itu ketawa selamba. Siap boleh dia mengusik Qistina agar bersedia dengan pelbagai lagi kejutan romantis dari Fazwan Anuar. 

Kejutan romantis? Janganlah ada lagi yang mengejutkan hari ini. Cukuplah apa yang diterimanya pagi tadi. Hati kencang memayung doa. Qistina hela nafas perlahan seraya memusing semula tubuh kembali memandang meja. Fail putih yang diserahkan Anis tengahari tadi ditatap. Fail butiran mesyuarat pagi tadi sudah siap disemak maklumatnya dan akan diserahkan kepada Kamal selaku ketua jabatan sebagai makluman. Mengingati mesyuarat pagi tadi Qistina rasa bersyukur segalanya dapat disempurnakan dan nasib baiklah mesyuarat tersebut yang dihadiri pasukan jurutera projek dan mekanikal yang akan turun ke platform untuk tugas pemantauan frasa kedua berjalan lancar. Kalau fokusnya lari dalam mesyuarat pagi tadi pasti jambangan yang diterima itu akan dijadikan modal oleh semua untuk mengusik Qistina. Mana mahu disorokkan muka! Anis punya pasallah sampai seluruh pasukannya tahu Qistina menerima kiriman jambangan ungu daripada peminat misteri. Silap Qistina juga. Bila Anis bertanya daripada Khal ker jambangan tersebut boleh pulak dia dengan jujur menyatakan kiriman peminat misteri. Dan Zura yang menjadi orang pertama diberitahu oleh Anis tumpang sekaki menjadi tukang mengusik dan menggiat. mahu luruh jantung Qistina diasak dengan pelbagai soalan. Berulangkali Zura bertanya Qistina siapa gerangan pengirim jambangan ungu yang sangat memukau pandangan seluruh warga jabatan mereka hari ini. Nasib baiklah sudah awal-awal disembunyikan kad comel tadi didalam laci usai membacanya. Kalau sampai jatuh ke tangan Zura, memang haru biru jawabnya Qistina hari ini! 

Jambangan ungu yang sudah selamat dipindahkan ke atas kabinet belakang masih mengimbau kenangan pagi tadi. Bait-bait kata yang tertinta di kad comel rona ungu lembut masih terus terlayar dimata dan merasuk difikiran. Dan saat mindanya sedang melayang dibawa angin yang berkecamuk menghentam kepala, ketukan dipintu mengejutkan lamunan. Segala yang melayang diminda jatuh bergelimpangan. Mata spontan terlontar ke arah pintu yang sudah sedikit terkuak. Susuk tubuh Anis yang menguntum senyum meleret membuatkan Qistina sedikit hairan. Digamit masuk dengan isyarat kerdipan mata. Dan saat pintu dikuak lebar, mata Qistina jatuh pada jambangan ungu indah yang begitu besar di tangan Anis. Air liur diteguk. Lohong rongga rasa disekat. Ya Allah, tolonglah jangan daripada dia lagi...

"taraaaaaaaaaa." Anis bergerak menghayun langkah laju yang terkedek-kedek mendekati meja Qistina dengan jambangan di hala ke hadapan. Senyum dibibir merah samar itu makin manis. Siap mengenyit mata. Qistina yang memandang dengan mata yang tidak berkelip pada jambangan ungu ditangan Anis. 

"Untuk you, Qis." Qistina terkedu bersama tatapan yang tidak sukar ditafsirkan maknanya oleh sesiapa sahaja yang melihat reaksinya saat ini. Bibir rasa bergetar. Ada bait yang mahu terhambur keluar namun kotak suara sudah hilang kuncinya. Getar bertamu di bibir.

"i..i...i..pu..punya, Anis?" Bagai terpukau, suara jujur Qistina perlahan terluncur. Tersekat-sekat. Getarannya cukup nyata hingga terbias di cuping.

"yes, my dear. It's your. Specially for Annur Qistina." Anis sengih lagi.

Qistina teguk liur. 

Anis letak jambangan ungu yang yang dirangkai bersama lavender ungu muda nan comel dan mempersonakan mata penuh berhati-hati betul-betul didepan Qistina. Mata Qistina hanya khali memerhati. Degup debar di dada sudah tak terhitung kencang rentaknya. Ya Allah..Ya Allah..

Anis takzim merenung jambangan yang sudah selamat mendarat diatas meja Qistina. "Masyallah Qis. Secret admirer you ni memang giler romantik laa. Aduhai, i pulak yang rasa nak pengsan...fuh!" Mata Anis yang terpejam-pejam kala berkata-kata membuat jantung Qistina bagai mahu melompat keluar. I ni pun dah rasa nak pengsan tau tak, Anis!

"Qis, you kenal ke mamat romantik giler nih. Bertuahnya cik Qistina kita nih. Kalau la boyfriend i romantik macam ni, Qis..." Anis siap buat aksi dengan menekan dua tapak tangan di dada."alangkah bertuahnya i. Mau jer i terus ajak dia kahwin esok..hehehe." Qistina ketap bibir. Sewel betul la minah ni tau!

Sepasang mata bundar Qistina kembali jatuh pada jambangan ungu didepan. "mana you tau bouquet ni daripada secret admirer i? Entah orang lain yang hantar ker." Suara Qistina bergetaran. Dalam hati benar-benar berharap apa yang disebut tadi benar-benar menjadi kenyataan. Sungguh hati kecil Qistina gusar. Hati kecilnya jadi tidak keruan. Tolonglah jangan daripada dia lagi kembangan ungu ini. Tolonglah. Jiwa halus Qistina terus berzikir.

Muncung Anis panjang menghala ke tengah jambangan di tangan."kad tu kan sama macam yang pagi tadi. Jumlah roses ni pun 24...macam pagi tadi gak. Mesti daripada orang yang sama kan. Iye tak cik Qistina yang cantik jelita? Cuma yang ini ditambah lavender ungu. Additional flowers yang bawak meaning yang romantik jugak tau. Hebatlah secret admirer you ni, Qis. Memang amazing cara dia nak pikat you. Romantik..sweet...and so so charming laa."

Qistina angkat kening. Kad comel yang terselit ditengah jambangan dicapai. Mata terpanar melihat sampul rona ungu muda. Sama! Perlahan ditarik keluar isi sampul. Kad dengan lukisan barbie doll berbaju kurung dengan jambangan ditangan membuatkan jantung bagai berhenti bergedup. Ya Allah. Mata spontan terhala ke arah Anis dihadapan. Dan Anis yang seakan tahu makna isyarat itu angguk kepala sambil terus menjala senyum manis.

Tangan Anis jatuh pada kuntuman lavender comel yang dijalin bersama ros-ros ungu yang mempersonakan. Diusap perlahan. "Lavender ungu ni kalau you nak tau la kan...yang i pernah dengar dari florist laa kalau dijalin sekali dengan roses selalu memang memberi makna the sender is targeting on you and wanna invoke his feelings to you. Maknanya dia memang really dah jatuh HATI kat you. Mamat ni memang suka habis kat you, Qis. Sungguh-sungguh ni. Tengoklah. Hantar satu bouquet pagi...satu lagi petang. Bouquet yang cukup simbolik maknanya. Well planned. Well prepared. Bukan sebarangan orang secret admirer you ni, Qis. Peerghh...kalau i lah yang dapat.." Anis geleng kepala."mahu i pengsan dah."

"Hai dear.." 

Ketukan dipintu bersama suara sapaan yang cukup dikenali membuatkan dua pasang mata laju memandang ke arah pintu. Anis tayang senyum lebar. Qistina telan liur. Bibir sedaya-upaya cuba mengorak senyum manis. Anis laju meluru ke arah susuk tubuh yang masih takzim berdiri di pintu. Lengan Joe ditepuk perlahan. Joe menyulam senyum manis.

"hai romeo handsome. Sihat dah?" Joe angguk. Senyum."alhamdulillah."

"Lama tak jumpa you. Rindu tau. Bertambah-tambah handsome you sekarang la, Joe. Tinggi la saham duda terhangat sorang ni kan."

Joe senyum seraya menggeleng kepala dengan kata-kata spontan setiausaha ketuanya ini. Anis memang cukup dikenali dengan mulut terlebih ramahnyan itu namun memang begitu lah sikapnya daripada dahulu. Semua dipejabat suda sedia maklum.

"i pun rindu kat you gak, Anis. Rindu kat mulut murai you." Mata Joe mencari wajah Qistina yang tenang dikerusi melontar senyum. Saling memandang dan berbalas senyum. Dan Anis yang cekap memandang makin melebar senyum.

"rindu i ker atau rindu kat orang kat dalam tuh,hmmm. Eleh, macamlah i tak kenal you, Joe. Datang ni mesti kes rindu kat anak patung tu la kan." Anis angkat kening. Sengihan selamba dilontar. Joe ketawa kecil bersama gelengan kecil. Anis turut ketawa. Qistina senyum seraya memandang ke arah Anis yang sudah mengangkat kening. Tangan digapai seraya menyeru perlahan memanggil Joe untuk masuk ke dalam. 

Joe atur langkah mendekati kerusi dihadapan Qistina. Ditarik lalu dilabuhkan duduk. Mata bulat Joe jatuh pada jambangan ungu yang indah terdampar ditengah meja. 

"beautiful purple roses.  Siapa bagi ni, Qis?"

"cik Annur Qistina kita ni kalau you nak tau Joe, ada secret admirer tau. Romantik giler mamat tu. Habis la you, Joe. Satu hari sampai dua big bouquet of purple roses dia hantar." Anis terlebih dahulu membuka kisah sebelum sempat Qistina menyusun bait kata-kata terbaik buat Joe. Dan kata-kata spontan Anis tu pantas menyentap tangkai jantung Qistina. Bibir diketap. Anis ni, issy!

Joe lontar pandangan ke arah Anis yang sedang berdiri di pintu sambil tersenyum sebelum kembali mencari raut wajah ayu dihadapan. Qistina sedaya upaya mengawal tenang.

"siapa Qis?" Joe tala renungan pada Qistina yang takzim didepan. Ada rasa yang berdetik didalam kala sepasang mata bundar yang indah itu ditatap. Sukar mahu ditafsirkan. Namun jauh disudut hati Joe dapat merasakan Qistina sedang menyembunyikan sesuatu. Mengenali Qistina sejak sekian lama, tidak sukar untuk Joe menyelami riak di wajah gadis ini. Raut polosnya tak mungkin dapat menyembunyikan apa yang sedang tergumpal dihati. Qis, please. Just share with me. I'm here..

Kepala Qistina perlahan menggeleng. Terpaksa. Lebih baik dikunci bibirnya dahulu. Belum masanya untuk diberitahu pada Joe atau sesiapa pun gerangan siapa pengirim jambangan ungu yang mencetus pelbagai reaksi dipejabat sejak dari pagi tadi. Segalanya ini harus diselesaikan sendirian. Qistina tahu dan yakin dia mampu melakukannya. Renungan sepasang mata bulat milik Joe cukup membuatkan debar dihatinya jadi huru-hara. Liur yang diteguk terasa perit. 

"tapikan, i heran tau. Macammana dia kenal Qis kan Joe. I agak la, mesti this guy somebody yang dah lama perhatikan Qis. Yelah anak patung cantik macam Qis ni, siapalah tak berkenan kan. I yang perempuan ni pun mula-mula tengok Qis dulu boleh terpegun..tak berkelip mata. Ni kan pulak lelaki. Eh..nanti nanti..." Anis laju mengatur lenggang ke depan. Langkah dihentikan betul-betul dibelakang kerusi Joe. Mata Qistina dicari. " Qis, kan ada kad tadi. Dia tulis tak nama dia ker kat kad tu. Cuba you tengok. Mesti ada. Tak pun no telefon ker. Biasalah taktik orang nak mengorat nih."

Qistina ketap bibir. Anis ni memanglah murai yang terlebih multivitamin tau. Rasa mahu sahaja ditampal sejalur masking tape ke bibir merah samar itu. Biar terkunci. Qistina rasa jantungnya sudah bergolek ke lantai dengan kata-kata tidak bertapis Anis. Melihat lirikan mata Joe yang tidak berganjak dari memandang ke arahnya dan senyuman Anis yang sedang takzim berdiri dibelakang kerusi Joe, Qistina tau dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu!

Kepala digeleng lagi. 

"tak tulis pun. Dah namanya secret admirer kan. Kalau tulis nama, tak secret la jadinya, Anis."

"tak tulis?"

"hmmm..."

"no telefon pun takder?"

"no, darling."

"sungguh?"

Qistina angguk lesu. "yes Anis dear. Tak ada."

Muncung Anis mendepa. Seakan tidak puashati dengan penjelasan Qistina. Peliknya!

"hmmm, macam tu pulak. Pelik mamat peminat misteri you ni, Qis. "Anis ketuk jari didagu. "takper. Next..mesti dia call you Qis. Trust me." Anis angkat kening sambil senyum meleret. Joe tidak berkalih memandang Qistina yang masih takzim tidak bergerak di kerusi. Wajah Qistina jelas menyimpan sesuatu yang hanya empunya diri yang mengetahui. Joe dapat merasakan. Dan perasaan itu makin kuat bila sepasang mata bundar Qistina yang cantik seakan melarikan kala direnung olehnya. Aliran tenang diwajah tu nampak seakan cuba melindungi sesuatu. You tak tahu menipu, Qis. You tak tahu. I kenal you, Qis. 

Qis, tell me..

Just tell me the truth who is this guy..


i knew you're hiding something from me...


Your eyes can't lie, Qis..


Qistina kemam bibir.


I'm sorry Joe.... 

Friday, January 25, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 20


Bab 20
Zita ketawa dengan mata yang dikenyitkan. Perlakuan yang sengaja dilempar demi mengundang reaksi spontan teman baiknya ini. Melihat Qistina yang hanya mengetap bibir bersama jelingan manis, hatinya lega. Gusar juga kalau-kalau Qistina akan memarahinya yang mungkin dianggap memandai-mandai mencampuri urusan peribadi gadis ini. Niat Zita cuma mahu membuka mata Qistina dan menyatakan bahawa diri Qistina bukan taruhan buat lelaki seperti Khalish yang tidak pernah menghargainya. Qistina terlalu istimewa. Terlalu. Kerana itu bagi Zita, hanya lelaki yang istimewa sahaja layak memiliki gadis seperti Qistina. Dan bagi Zita juga  lelaki bernama Fazwan Anuar yang diperkenalkan kepada teman baiknya ini tadi adalah yang terbaik buat Qistina. Fazwan juga istimewa bagi Zita. Karisma abang angkatnya itu tidak kurang hebatnya jika mahu dibandingkan dengan Khalish. Malahan berlebihan kalau dilihat dari segi personalitinya yang cukup mempersonakan. Fazwan lelaki yang punyai sejalur jiwa tenang dan pastinya setiap insan yang mengenalinya dan berada disisi akan merasai hembus nadi ketenangan tersebut.

Zita tahu Qistina walaupun terkejut besar dengan apa yang dihidangkan sebentar tadi,namun jauh disudut hati Zita bersyukur Qistina tidak melatah malah cukup tenang dan melayan tetamu istimewa yang diundang tadi dengan baik sekali dan selayaknya. Melihat cara Qistina yang manis kala menjawab tiap pertanyaan abang Wan tadi dan cukup sopan berbual tentang pengalaman mereka diluar negara, Zita yakin rancangannya dan Azhar pasti berjaya. Dan melihat senyum manis abang Wan kala mengucapkan salam dan selamat malam kepada mereka tadi Zita tahu senyum manis itu untuk siapa. Pastinya buat si manis didepannya ini. Zita sangat pasti. Siapalah yang tidak akan terpaut hati pada sang barbie doll secomel dan seayu Qistina. 

Fazwan Anuar. Lelaki itu cukup istimewa dimata Zita. Dia bagaikan abang Zita sejak dahulu. Penasihat dan pendengar yang cukup setia dan prihatin. Fazwan Anuar yang dipanggil abang Wan oleh Zita dahulunya merupakan pembantu kanan kepada bekas suami Zita, Faisal Tan Sri Jamaluddin. Abang Wan lah tempat Zita banyak mengadu dahulu kala hatinya pilu dicurangi perbuatan Faisal. Abang Wan yang sentiasa menjadi pendengar Zita. Abang Wan jugalah yang menasihati Faisal agar melepaskan Zita sepenuhnya. Meminta ikhsan Faisal melepaskan Zita mencari bahagia bersama Azhar. Itulah yang Zita tahu daripada Faisal ketika lelaki itu hadir dihari pernikahannya dahulu. Kata Faisal, abang Wan merayu padanya agar tidak lagi mengharapkan Zita dalam hidup. Kata Faisal lagi, abang Wan sangat menyayangi Zita bagaikan adik sendiri. Demi Zita, dia sanggup merendahkan diri merayu sesungguhnya pada Faisal agar melepaskan  dan melupakan Zita. Zita diberitahu selepas Faisal mengambilalih jawatan Pengerusi MSF Industries daripada Tan Sri Jamaluddin, abang Wan dilantik menjadi CFO menggantikan Faisal. Kata Faisal bukan dia dan Tan Sri Jamaluddin yang memilih tetapi abang Wan dipilih oleh semua ahli lembaga pengarah MSF Industries atas kapasiti pengalaman dan karisma yang dimiliki yang melayakkannya ke jawatan berkenaan. Dan abang Wan yang cukup tenang, berkarisma dan tidak kurang kacaknya itu Zita yakin paling sesuai buat Qistina. Lelaki berkarektor hebat seperti itu selayak bergandingan dengan gadis yang hebat seperti Qistina juga. Bukan mudah sebenarnya Zita memujuk abang Wan untuk bersetuju menemui Qistina. Namun demi Qistina diceritakan pada lelaki yang sangat dihormati itu tentang kisah Qistina dan Khalish. Tentang segala perit dan pilu yang terpaksa dilalui Qistina. Kelu juga abang Wan seketika. Terdiam. Dan akhirnya pujukan dan rayuan Zita berjaya melenturkan hati lelaki istimewa ini untuk akur berjumpa Qistina. Zita yakin Qistina sudah berjaya mengetuk pintu hati lelaki itu lewat pertemuan pertama tadi. Titipan  pesanan yang baru Zita terima daripada abang Wan sejurus dia meninggalkan mereka tadi membuktikannya.

"Zie betul tentang dia. She's so special. Can't removed my eyes from this alive barbie doll. Malam ini dia buat abang Wan jatuh cinta pada makhluk ciptaan Allah yang bernama Annur Qistina. Mana Zie sembunyikan dia daripada abang Wan selama ini."  Bibir Zita ukir senyum penuh makna. I told you, abang Wan! 

Qistina yang berdiri di birai katil ketap bibir. Menahan rasa. Melihat Zita yang mengenyit mata tadi dan kini tersenyum manis pula Qistina yakin pasti teman baiknya ini sengaja mengaturkan pertemuan sebentar tadi. Mahu gugur jantungnya melihat tetamu tiba-tiba yang diperkenalkan kepadanya tadi oleh Zita. Tidak menyangka Zita dan Azhar boleh berpakat "mengenakannya" malam ni. Sampai hati betul! Nasib baiklah lelaki yang dipanggil abang Wan oleh Zita tadi cukup tenang dan mungkin seolah dapat merasakan keterkejutan Qistina, dia bijak membawa perbualan berkisar tentang dunia O&G yang jugak tidak asing baginya. Rupanya lelaki ini dahulu jugak bekas jurutera ketika berkerja di sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang berpengkalan  di Irving, Amerika Syarikat. Maka perbualan jadi rancak dan tidak canggung. Macam-macam yang dikongsi. Ketawa saling bertukar memenuhi ruang. Qistina akui lelaki tadi bijak menguasai dan mengawal perbualan mereka. 

Senyum Zita yang masih belum usai buat Qistina makin geram. Bantal kecil ditengah katil pantas dicapai lalu dihumbankan ke arah Zita. Cekap dikaut oleh dua tangan Zita bersama ketawa yang terburai.  Qistina lempar jelingan kecil. Tudung dikepala ditanggalkan lalu dilontar ke dalam bakul di tepi bilik air. Qistina hempas tubuh diatas hamparan katil yang sedia menanti dan memberikan khidmat lenanya. Lengan kanan didaratkan ke dahi.  Mata bundar yang kian memberatkan dipejamkan. Alun nafas bergerak perlahan dengan helaan halus yang terbias di cuping. Zita orak langkah perlahan dengan ketawa yang masih tersisa di hujung suara. Tubuhnya yang kian berisi direbahkan disebelah tubuh Qistina yang masih lengkap berkurung kelabu. Sepasang bebola mata dilontar pada chandelier yang memancar sinar jingga di pelusuk ruang bilik. 

"Qis.."

"hmmm.." Mata yang dipejamkan masih takzim melayan letih yang bergumpalan di segenap urat tubuh. 

"kau marah?"

Qistina senyum bersama mata yang terus terpejam. "sebab tadi tu." 

"Yelah..pasal abang Wan laa."

"nak marah pun tak gunakan. Dah lepas pun."

Zita ketawa. " Tengok muka tadi pucat tak berdarah bila kena tenung dengan abang Wan." Zita lepas ketawa kecil lagi. Qistina ketap bibir lagi. Jari-jemari runcing mencari paha gebu Zita. Terluncur jeritan kecil. 

"sakit laa tau.." Zita usap paha. 

"Padan muka. Jahat! Kau dengan Azhar komplot kan kenakan aku."

"lah, mana ada kenakan kau. Kami KENALkan kau. Tak salahkan berKENALan dengan lelaki hebat macam abang Wan. Mana nak dapat cik adik ooi.."

"pandai la putar belit kau tuh. Sejak bila pandai buat keje macam ni haa."  Ketawa Zita tercetus lagi. Pipi mulus Qistina dicubit perlahan. Terjerit Qistina. Dipalingkan wajah. Mata dibuntangkan. Saling bertamparan. Pecah lagi ketawa Zita. Qistina ketap bibir. 

"suka tak?"

"suka apanyer."

"Fazwan Anuar tadi tu laa."

"Issy kau ni. Dia kan kawan kau..abang angkat kau. Kau kan cuma mahu KENALkan aku dengan dia. Tu jer kan. Tak lebih daripada tu. Right sweet mama?" Qistina gigit bibir. Mata dikelip-kelipkan. Mahu menyembunyikan senyum. Rasakan!

"ala..labi-labi dalam bot ek. Kau tau, tapi sengaja main aci-aci belakang tiang kan."

"aci mana main nyorok belakang tiang laa. Aci main nyorok belakang pintu."

Pecah ketawa lagi.

"Qis.."

"hmmm.."

"aku rasa abang Wan suka kau."

"Issy kau ni. Memandai jer."

"Iye. Dia dah jatuh cinta pada kau."

"Issy kau ni, mengarut sungguh la Zie. Orang handsome macam dia...berkedudukan..sure bersusun calon yang super duper cantik dan hebat berbaris kat belakang. Ada aku pulak. Issy..tak masuk betul."

"Eh, perempuan dengar sini.  Aku cakap betullah. Tak bohong. Sumpah." Zita angkat tapak tangan separah bahu. Dua mata saling bertatapan. Dada Qistina mengalun deru debar. Air liur ditelan. "Dia sendiri yang beritahu tadi. Dia sms aku. Dia dah jatuh hati kat barbie doll nama Annur Qistina. Siap cakap mana aku sembunyikan kau selama nih. Hebat la kau Qis. Selama ni takder sorang pun perempuan yang boleh ketuk pintu hati dia. Dan malam ni..tiba tiba.." Zita tunak memandang ke sisi wajah Qistina yang masih takzim memandang kepadanya. "hati lelakinya sudah dicuri oleh sang barbie doll comel bernama Annur Qistina. Peerrghh. So sweet laa." Zita kenyit mata.

Qistina hembus nafas. Mata dihala memandang candelier yang bergemerlapan memancar serakan jingga di seluruh ruang siling nan putih. Degup jantung berdebar kencang. Dugaan apakah ini Ya Allah. 


* * * * * * *
Azhar senyum. Tubuh yang bersandar di kepala katil dibetulkan duduknya. Sirah Teragung Muhammad SAW nukilan Dr Ahmad Hatta yang sejak tadi ditekuni ditutup lalu diletakkan cermat di atas meja sisi. Mata dilontar pada Zita yang sedang duduk di kerusi mengadap cermin meja hias dihadapan. 

"I seronok sangat baca sms abang Wan tadi. Tak sangkakan. Love at the first sight. Hebat la aura Qis. Sekali pandang..sekali kenal..sekali dengar suara, abang Wan dah terpikat. Ni baru betul buku bertemu ruas, Har. Kali ni baru Khal jumpa lawan yang sama hebat..or lebih hebat daripada dia. Right, sayang?" Azhar angguk kepala. 

"Abang Wan siap tulis dalam sms mana i sembunyikan Qis selama nih. Memang dah jatuh hati sungguh nampak gayanya tuan CFO MSF Industries tuh." Zita ketawa sambil menggeleng kepala.

Azhar senyum lagi. " Siapalah yang tak terpikat kalau tengok barbie doll hidup berdiri depan mata. Cantik giler pulak tu. Silap-silap boleh pengsan, sayang."

"termasuk orang yang bercakap tu ker,hmmm. Tak per kalau dia pun sama. I ok jer." Zita angkat angkat kening. Senyum. Mata dilontar ke wajah kacak Azhar yang bersandar di kepala katil.

Azhar ketawa. Dua tangan diangkat separas bahu "Exclude me please. No more vacancy yeah. I dah ada barbie doll nama Zita Asyikin yang lebih istimewa. Dia bukan takat boleh buat i pengsan jer, tapi... lebih daripada tu." Mata dikenyitkan. Ketawa kedua-dua saling berpadu. 
* * * * * * *
Deheman kecil terbias dicorong telinga saat kaki Qistina menyusun langkah mendekati bilik. LV yang tersangkut di lengan dikuak perutnya yang sudah ternganga. Segugus kunci ditarik keluar. Mata menoleh kebelakang. Susuk tubuh Anis yang tersenyum manis dibelakang bersama jambangan rose ungu yang indah ditangan ditatap. 

Qistina senyum."cantiknya bouquet ni, Anis. Purple roses. Boyfriend bagi,hmmm. Tapi  setahu i lah kan, purple roses ni meaning dia love at first sight to someone special." Qistina sorong anak kunci ke lubang pintu. Diputar tombol. " Mesti boyfriend you ni nak refresh sweet memories masa dia mula-mula fall in love with you dulu kan. So sweet." Qistina senyum lagi. Dikuak pintu. Tubuh dibawa melangkah masuk kedalam. Anis mengekori daripada belakang.  

Anis cebik. " I tau makna ros ungu...but this bouquet is not for me. Bukan i punya. Tapi.." Anis angkat kening. Sengih ditabur." untuk cik Annur Qistina yang cantik dan comel." Jambangan rose ungu ditangan beralih tempat. Dengan penuh hati-hati, diletakkan jambangan ros ungu ditengah meja. 

Qistina kerut dahi. Mata jatuh pada jambangan jambangan ros ungu yang takzim di tangan Anis yang kini sudah berpindah ke tengah meja. Jari telunjuk dihala ke dada. Dua pasang mata saling bertembung. " i?...you kata bouquet ni i punya? Untuk i? Biar betul ni, Anis." Qistina masih tidak percaya. Sapa pulak yang bermurah hari mengirim jambangan ros ungu seindah ini untuk dirinya. 

Anis angguk. Laju. " yes beautiful. It's your. Tengok, ada nama you kad luar kad ni. Bukan nama i..or nama orang lain, Qis." Anis tunjuk pada kad ungu muda yang terselit d tengah jambangan. "Cantik giler la rose ungu ni, Qis. Mana laa orang yang hantar ni dapat idea ni ek. Hmmm, i kira tadi. Ada 24 kuntum semuanya. 24 purple roses. Fuh, dahsyat!" Anis ketuk jari telunjuk di dagu. " Meaning what yeah, Qis?" Anis lontar kenyitan mata pada Qistina yang masih terpaku seketika memandang jambangan indah di tengah meja." i tanya pakcik google tadi. 24 roses maknanya can't stop thinking of about you..24 hours everyday...wow! Qis..siapa ni. Mamat romantik mana yang hantar bouquet ni kat you? Khal ker?" Anis kembali melontar renungan dan senyuman yang berbunga ke tengah meja.

Qistina lontar pandangan pada Anis seketika. LV diletakkan perlahan di atas meja kabinet dibelakang. Dilabuhkan duduk pada kerusi. Mata jatuh jambangan ros ungu yang indah ditengah meja. Perlahan ditarik kad ungu muda yang terselit ditengah jambangan. Air liur ditelan. Anis masih takzim berdiri dengan senyum yang cukup lebar. Dibuka sampul kad. Sekeping kad yang brwarna ungu muda dikeluarkan perlahan. Lukisan anak patung barbie doll berbaju kurung dengan sejambak bunga rose ungu dilengan menghiasi wajah kad. Cantiknya! Bibir Qistina tanpa sedar mengukir senyum manis. Diselak kad untuk melihat isi kandungannya. Mahu diketahui dari siapa gerangan kad dan jambangan bunga nan indah ini. Mata menyusuri satu persatu aksara dan kata-kata yang tertulis dikad. Dengup jantung berkejaran. Aliran adrenalin dirasakan memuncak. Bibir dikemam. Dua aksara yang menutupi ruang kata-kata ditatap tidak berkelip.  FA. Tapak tangan dibawa ke bibir. 

FA..

Fazwan Anuar..

Mata dibawa ke jambangan ungu yang terdampar di tengah meja. Bibir terus dikemam. Zie, tolong aku!!!

Monday, January 21, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 19


Bab 19
Qistina tarik tombol pintu perlahan. Senyum. Zura senyum balas sambil angguk kepala. Dua tubuh bersarung kurung biru dan kelabu lembut beriringan keluar daripada bilik mesyuarat. Qistina peluk erat 2 fail putih setebal 3 inci yang dibawa masuk ketika mesyuarat akhir dengan para kontraktor sebentar tadi. Segalanya sudah selesai dan kerja-kerja peringkat frasa kedua akan dimulakan. 

"lega?"

Qistina lepas nafas. Geleng kepala perlahan. "mesyuarat jer. Our field work gonna start soon. Kau..aku...plus Joe. Bersedialah untuk turun padang. Bersedialah untuk hilang waktu-waktu lapang. Sempit la masa kualiti kau dengan inche bakal hubby yer."

Zura tabur sengih. Angguk kepala. "sebab tu la Kamal sayang sangat kat kau, Qis. Tak salah dia pilih kau lead project ni. Memang dedikasi..kerja keras." Langkah kedua-duanya sudah melepasi meja Anis yang sedang tekun mengadap Ienovo.  Tidak langsung mengangkat muka. Pasti ada tugasan "urgent" yang dimahukan Kamal. Kedua-duanya tersenyum memandang gelagat setiausaha ketua mereka yang terkenal dengan mulut murainya tapi cekap melaksanakan tiap tugas yang diberikan. Kata Kamal takper mulut dia bising..kepoh asal kerja dia tip top. Langkah kedua-dua terhenti di hadapan bilik Joe yang berhadapan dengan bilik Qistina.

Zura toleh ke bilik Joe yang gelap sebelum melontar pandangan ke wajah Qistina. Suasana  pejabat yang terlebih sibuk pada pagi jumaat sudah mangli di mata. Kebiasaan kerana masing-masing mahu mengejar masa sebelum waktu tengahari menjelang. 

"dia dah ok ker Qis?"

Qistina senyum. Angguk. "alhamdulillah. Semalam dia call aku dari rumah. Makin sihat katanya. Suara ceria Joe buat aku lafaz syukur, Zu. " Langkah dihayun ke biliknya. Zura mengikuti dari belakang.

" Jadilah next week dia masuk office, Qis?."

"insya-Allah, jadi. Missed him so much, Zu."  Qistina ukir senyum penuh bermakna.

Senyum Qistina berbalas."aku pun. Rindu dengan usik-usik dia. Kau tau la Joe....kalau tak menyakat aku sehari tak sah hidup dia. Kamal tu pun dia kacau. Issy..rindu rindu laa dengan romeo sorang tu."

Ketawa Qistina dan Zura berangkai.

Qistina pulas pintu bilik. Tubuh kurus dilolos masuk. Zura turut sama memboloskan tubuhnya masuk ke dalam bilik Qistina. Dua fail putih yang erat dalam pelukan diletakkan dengan cermat diatas meja. 

Zura hempas punggung pada perut kerusi baldu dihadapan Qistina. Disandarkan tubuh pada badan kerusi. "hope dia boleh terima apa yang terjadi, Qis. Kesian aku tengok Joe masa kat hospital. Kalau aku kat tempat dia tak tau la macammana. Boleh hilang akal dibuatnya." Zura lontar renungan redup kearah Qistina yang tertunduk sedikit wajahnya.  Seakan sedang memikir sesuatu. Pastinya Joe sedang terlintas difikiran temannya yang cantik ini. Zura tahu dan sangat arif sejak Joe berada di wad, Qistina lah yang tidak pernah gagal mengunjungi Joe saban hari. Sibuk bagaimanapun dia, akan dicuri masa berkejar ke hospital. Tidak pernah putus asa memberi semangat kepada Joe. Sayangnya Qistina pada Joe sukar diterjemahkan makna pada zahir mata yang memandang. Zura tahu Joe ada tempatnya yang tersendiri di hati Qistina dan Zura juga tahu baik Qistina mahupun Joe bagai ada sesuatu yang tersimpan dihati masing-masing. 

Qistina raup wajah. "bukan senang untuk terima takdir yang tiba-tiba, Zu. Lidah kita boleh menyusun kata..tapi hati dan jiwa dia yang menanggung. Hilang isteri dalam sekelip mata. Tak mudah untuk ditelan, Zu. Hanya dia yang lebih tahu."Qistina kemam bibir. Ada sayu berderu menyapa jiwa halusnya.

Zura angguk. Jeda.

"aku bawak Joe ziarah arwah esok pagi. Dia mintak aku temankan. Kau nak joint?" Qistina lontar renung ke wajah polos Zura yang takzim tersandar dihadapan.

Zura geleng. "sorry dear. Tak dapatlah. Parents Kamal turun esok. Nak kena jemput kat airport dengan pakcik tu."

Qistina angguk faham. Pasti pertemuan untuk majlis perkahwinan kedua-duanya. Senyum manis dijala. "faham. Kirim salam pada bakal mertua kau yang vogue tu yer."


pecah ketawa Zura. "kau pulak...kirim salam rindu aku pada Joe nanti."

Senyum Qistina terus mekar. Kepala mengangguk lagi.


* * * * * * *
Qistina urut pelipis. Mata masih terjun dan makin tenggelam dalam timbunan kertas diatas meja. Lunak suara Afgan di Blackberry menggapai renungnya.  Qistina maklum siapa pemanggilnya. Dibiarkan hingga suara itu hilang. Pen ditangan diputar-putar. Fikiran rancak bergumpal. Memikirkan penyelesaian kerja yang sedang dihadap daripada tadi. Bibir dimuncungkan. Mata berlari ke skrin empat segi Apple disebelah. Jari-jemari menari ke atas lantai kekunci. Pantas. Ekor mata bundar cekap menekun wajah skrin. Laju gerakan jari-jemari nan runcing di lantai kekunci. Suara Afgan berderu lagi. Qistina lepas nafas.Perlahan. Dikilas memandang gajet yang terus menagih simpati. Sebuah keluhan kecil terhempas. Tangan kanan dipanjangkan menggapai gajet yang terlentang di hujung meja. Gerak jari mencapai tubuh Blackberry dengan mata masih tegun di skrin Apple. Ditekan butang dan dilekap ke cuping. Salam dihulur. Terdengar sambutan salam dari suara garau dihujung talian. Suara yang tidak asing ditelinga.

"kata nak dinner,hmmm." Bebola mata Qistina pantas terjun ke pergelangan kanan. Muka Tag Heuer dipandang. Terbuntang mata. Tapak tangan kiri menepuk kepala. Bibir diketap. Issy!

"Err...you..you dah sampai?"

"Hmmm."

"Lama?"

"adalah 15 minit."

"eer..ok ok. Give me 15 minutes, Khal. Sorry."

"sure sweet heart. Take your time. Hati-hati drive."

Qistian pejam mata. Salam dihulur lagi. Pantas butang ditekan. Tubuh pantas ditegakkan. LV diatas meja belakang disambar. Gajet ditangan dihumban masuk ke dalam perut LV yang ternganga. Langkah deras dihayun ke pintu. Suis di dinding sebelah pintu ditekan. Gelap bergema. Tombol pintu ditarik. Rapat. Gugus kunci dari dalam LV ditarik keluar lalu disorong ke muncung tombol. Diputar lalu ditarik keluar. Qistina berlari-lari anak menuju ke pintu keluar menuju ke lif. Ruang pejabat tenang. Masih ada suara-suara pekerja yang belum pulang kedengaran di cuping kala langkah makin menghampiri pintu.

"you free tak esok, Qis?"

Qistina tarik napkin diriba. Dibawa ke bibir.  Kepala menggeleng. Mangkuk grilled chicken salad ditolak ke tengah. "nak ziarah seseorang esok. Temankan kawan i."

"Pergi mana you cakap?" Khalish tenung wajah didepan. Dan raut comel bertudung serba kelabu bercorak abstrak ditatap tidak berkelip. Cadangan untuk membawa Qistina berjumpa mama masih tidak menjadi kenyataan nampaknya. Ada sahaja yang menghalang. Khalish hela nafas berat. Dia tahu dia perlu bersabar. Bukan mudah untuk merangkul kembali peluang yang dilepaskan dahulu.

Qistina senyum.  Gelas jus mangga yang sudah tinggal separuh ditolak ke tengah meja."Ziarah. Ziarah kubur seseorang."

"Ziarah kubur?" Kening Khalish berlipat . Qistina angguk. " Ziarah kubur sapa?"

"Maya."

Khalish lepas nafas. Khali. Seraut wajah sedang meniti dilayar mata. Air liur diteguk. Sesak.

"anything ke tomorrow?

Khal senyum. Geleng."nothing important."

"betul ni?" Qistina tenung. Mahu kepastian. Khalish dirasakan bagai mahu menyatakan sesuatu.

Senyum. Kepala diangguk lagi. Mahu melegakan perasaan Qistina. Khalish tidak mahu Qistina merasakan dia terbeban untuk memenuhi keinginan Khalish nanti jika dinyatakan niat sebenar. Biarlah dahulu. Dia akan menanti masa yang sesuai. Dan untuk itu dia harus tahu bersabar.

"dia macammana sekarang? I mean Joe." Cuba dilarikan renungan dan gelodak fikiran Qistina yang ternyata dan yakin sedang memikirkan jawapan yang dilontarkan Khalish tentang pertanyaaannya tadi.

Qistina lepas nafas. " look ok..much better. Harap dia boleh terima semua ini dengan tenang dan penuh redha,Khal. I knew he can." Khalish angguk. "Insya-Allah. Doakan yang terbaik buat dia,hmmm. " Renungan kedua-duanya saling berbalas. Senyum bertukar. Potongan Grilled salmon dibawa ke mulut. 

"You nak ikut i, Khal?"

Jeda. Kepala menggeleng. Kunyah terhenti. Dibawa napkin ke bibir " Maybe next time." Khalish tahu ini suasana esok pastinya tidak sesuai untuknya memunculkan diri dan berada disisi Qistina. 

"yeah..next time." Qistina tarik gelas jus mangga semula. Disedut lalu dilepaskan. 

"You pergi berdua dengan Joe sahaja?"

Qistina angguk. Jujur. Wajah Khalish ditatap. Dua pasang mata bertembung. Qistina tatap wajah Khalish yang takzim. 

"are you ok, Khal?"

Senyum. "fine, dear." Khalish telan debar dan goncangan rasa yang bertarung. Istighfar diulang-ulang. Dia tidak mahu tujahan jahat menjentik dinding hati. Dia tahu hati Qistina. Dia tidak mahu mengulang kembali khilaf silam yang menjahamankan diri. 

"betul tak nak ikut i esok teman Joe."

Geleng. Senyum terus terukir. "kirim salam i pada Joe,hmmm."

Qistina balas senyum. "insya-Allah."
* * * * * * *
Qistina parkir BMW hati-hati disebelah Mercedes putih yang cukup asing di mata. Tidak pernah dilihat selama  berpayung di banglo Zita ini. Perlahan-lahan pintu dibuka dan ditutup perlahan. Punat ditangan ditekan. Mata masih tidak berkalih.  Ralit membelek sekitar tubuh mercedes putih di sebelah. Siapa punya kereta ini? Tak pernah nampak pun selama ini? Zita ada tetamu ker? Hati kecil Qistina kencang berbisik.

Langkah dibawa ke pintu utama. Salam dihulur sebelum tombol pintu dipulas perlahan.

Suara-suara rancak berbual dengan ketawa Zita di ruang tamu utama menyambar cuping. Benarlah telahan hati kecil Qistina. Ada tetamu rupanya. Mungkin teman Zita. Mungkin juga teman Azhar. Langkah perlahan dan hati-hati diatur mendekati ruang tamu. 

Zita toleh ke ruang utama. Kelibat Qistina yang ayu berkurung kelabu dilambai. Azhar juga menoleh. Juga tetamu mereka.  Qistina atur langkah tenang. Senyum. Salam dihulur pada semua. Ruang redup sepasang mata bundar Qistina tertangkap seraut wajah berkaca mata yang tampan dan tersenyum memandang. Dibalas dan ditundukkan kepala tanda hormat.

"lambat balik, Qis?"

"biasalah. Kuli kan." Qistina labuh duduk disebelah Zita.

Pecah ketawa Azhar. "kuli first class ni."

Zita tarik tangan Qistina. Dielus lembut. Dua belahan bibir saling tersenyum. Mata dibawa pada wajah tampan berkaca mata yang juga sedang memandang ke arah kedua-duanya. 

"kenalkan. Ini abang angkat aku. Fazwan Anuar.. Chief Financial Officer di MSF Industries." Dua pasang mata saling beradu pandang. Qistina senyum. Angguk. Zita tatap sambil mengenyit mata pada lelaki yang dikenalkan sebagai Fazwan Anuar. "Abang Wan. Ni laa kawan baik Zie yang Zie cerita tu. Annur Qistina. Panggil Qis aje. Engineer hebat ni tau. Baru balik dari UK. Cantik kan. Betul tak macam barbie doll?"

Qistina ketap bibir. Jari jemari dibawa ke peha Zita. Suara jeritan halus Zita bergema. Azhar ketawa. Fazwan juga. 

Fazwan senyum. Raut wajah keanak-anakkan didepan ditatap. Mata bundar itu tidak lepas dipandang. Cantik!

Yeah, she really look like a barbie doll, Zie.

Friday, January 18, 2013

KHAL ATAU JOE?!!!

Listen! Listen! Listen!Listen!!!!!!!!!!!!..hahahaha. Mau tumpang fenomena listen gak. tak kira!

Sila tengok tajuk post kucc. Nampak kan? GUD...ok, macam nie...korang dah ikut LCDJM till B18 kan. Jadi... SUREEEE dah kenal dua-dua watak ciptaan kucc ni kan. So *tarik napas dalam-dalam dan lepas*...mana satu sesuai jadi hero? Khalish Ariq atau Johan Khusairy. Mana satu antara dua yang PALING sesuweiiiiii buat Qistina barbie doll. *angkat kening tinggi tinggi sambil kerut kening*..hehehe

Or dua-dua pun korang tamau....tak layak...hampeh...kasi cantas sama diorang... Matikan. Bungkus. Kurierkan ke laut..wakakaka. Pastu, bagi Annur Qistina hero baru. Boleh? Nak? Ngeh ngeh ngeh... 

Beri sebab. Kalau logik..kalau masuk..kalau ngam..kalau kena gaya...kucc akan pilih satu untuk lead LCDJM ni * kalau yer...LISTEN betul3x apa kucc sebut tadi..hahahaha* dan 3 pendapat terbaik akan dapat latest buku kucc yang akan diterbitkan nanti, insya-Allah. Korang semua pun kena doa2kan sama yer moga buku ke-3 kucc dapat diterbitkan. Sebab doa ni kunci untuk kita umat islam. Dan mendoakan kebaikkan untuk kawan2 kita itu sangat2 dituntut dan insya-Allah dimakbul oleh-Nya. 

Ok lah ok lah. Cepat tolong kucc. Dah nak pinsan pinsan nih aar fikir. *hempas kepala atas meja. Dua tangan paut rambut*

Undian dibuka sekarang dan ditutup pada 12 tengahmalam hari ahad, 20 Jan bersamaan 18 Rabiulawal. 

Wednesday, January 16, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 18


Bab 18

"Boleh aku kacau kau?" Kepala Qistina menjenguk kedalam pada pintu yang sudah dikuak separuh muka usai memberi salam. Dia dengar salamnya bersahut biarpun perlahan sahaja lantunan suara si penyambut. Cuping cekap menangkap desir suara yang masih bersenandung pilu. Tubuh yang sedikit terbongkok dan separuh terbenam ke ruang wad masih takzim menanti izin daripada tuan penghuni yang sedang bersandar di kepala katil. Senyum dibibir dibentangkan. Manis. Mata masih beradu dakap dengan tuan penghuni wad indah dan damai. Mewah pada skala Qistina.

Joe senyum. Kepala perlahan diangguk. Tapak tangan dihala pada kerusi disisi. Isyarat izin. Isyarat pelawa. Langkah santun Qistina diekor dengan gerak bebola mata. Senyum bertaut saat Qistina sudah tegak didepan mata. Dibetulkan sandar. Qistina pantas membantu. Bantal dibelakang Joe ditegakkan. Harum Showtime berbuai di rongga Joe saat tubuh kurus Qistina rapat disisi. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. Dari dahulu inilah haruman kegemaran Qistina hinggakan Joe arif benar jika terhidu di pejabat pasti tau Qistina ada disekitar.

"thanks, barbie doll." Joe kenyit mata.

"most welcome, romeo." Qistina balas kenyitan. 

Ketawa. 

"duduk, Qis."

Qistina tenang capai leher kerusi. Ditarik ke belakang. Tubuh bersarung ringkas kemeja lengan panjang rona biru berjalur yang dipadan dengan Guess yang sedikit pudar birunya dilabuhkan diperut kerusi. Senyum terus bertamu lagi. Jambangan lily dan lavender yang mekar dimeja sisi membuai susur pandang. Qistina senyum. Dia tahu Joe sukakan putih dan ungu. Lalu dikirimkan pesan pada Angie si pemilik Croppes Floral Designers agar menitip jambangan dua rona nan paling indah buat teman baiknya ini awal pagi tadi. Moga jambangan itu nanti bisa meniup bayu membangkit semangat di jiwa seorang Johan Khusairy yang disentap takdir pilu. Jari-jemari mencuit wajah lily nan bersih. Kelopak lavender diusap perlahan. Tanpa Qistina sedar ralitnya pada kuntum-kuntum dijambangan yang takzim di lantai meja sisi sedang diperhatikan dengan cukup leka oleh Joe. Raut mulus gebu dengan dagu yang runcing terus ditatap tidak berkelip. Leka. Saat Qistina berpusing ke arah katil, matanya bertembung dengan Joe yang sedang takzim merenung. Ada getar didada.Ulas delima mekar disulam. Menutup debar. 


"cantik kan?" Mata Qistina terus melontar sinar.

Joe senyum. Angguk.

"thanks for the lovely bouquet, Qis. Mama dan papa pun kata cantik sangat kiriman kau nih. Mama siap tanya aku kau tempah dimana. Aku cakap mama, sila tanya cik pengirimnya. Joe kan si penerima. Mama aku gelak sakan. So.."

"so what?" Qistina tabir sengih mengusik. Sengaja mengundang canda.

"so, sila update info request ni pada Datin Khalida yer cik Qistina."

Qistina senyum dan ketawa serentak. Angguk. Bual khabar terus membuka lembar petang nan damai. Terus rancak dengan adu dan celoteh Qistina tentang segalanya. Kerja yang bertambah-tambah di pejabat. Masa yang kian kedekut memberi ruang isitirehat. Letih usah dihitung. Bebel Zita dah mangli dicuping. Projek mengenalkan Qistina dengan seseorang Qistina minta Zita KIV kan dulu. Zita siap cekak pinggang. Qistina minta ampun sungguh-sungguh. Mahu berpacaran kata Qistina memang takkan mampu buat masa ini. Pasti perang dingin panas kalau buah hati lebih asyik bercinta dengan kerja dari memilih asyik bercinta dengan arjuna hati. Siapa jadi kekasihnya ketika ini pastilah lelaki paling malang di muka alam. Sehari dua bolehlah. Lama-lama, melayang semua sayang. Menyesal pasti sebab tersangkut salah bidadari.  Harap cantik tapi jiwa mati. Joe senyum. Ketawa kecil. Berselang-seli. Kepala digeleng. Rindu pada bual Qistina yang sering menambat ceria jiwa ditelan penuh nikmat. Mata bundar yang bercahaya kala tersenyum itu ditatap. Joe tenang menyusun kata melepas rindu pada semua dipejabat. Terlalu lama dirasakan Qistina dibiarkan menanggung tugasnya. Simpatinya tumpah. Dayanya belum mengizinkan. Seminggu lagi nanti baharulah Joe boleh bebas. Itu janji doktor yang mengendalikan kesnya.

"sorry susahkan kau kena take over keje-keje aku, Qis. Sah-sah sesi dating kau kena postponed ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Kalau aku boyfriend kau memang aku dah culik kau bawak lari jauh-jauh dari mamat nama Joe tuh. Menyusahkan sungguh. "

Qistina gelak sakan. Tangan Joe diketuk perlahan dengan hujung jari."issy, tak baik la kau nih. Mamat nama Joe tu baik tau. Dia best friend aku la. Kawan itu gunanya waktu sukar,waktu payah. Bukan cuma waktu ria."

"Serious, Qis. Sorry susahkan kau."

"temporary jer, Joe. Aku ok. Kamal ada. Zura pun. Budak-budak engineer lain pun ada. No worries la. "

"projek pipeline yang kita handle bertiga tu macammana? Kau dengan Zura ok?"

"budak engineer junior sub division kau tu Kamal dah tarik masuk. Sementara ni lah. Till kau balik.  Ala..jangan risau. Aku kan superlady. Turun site tu dah jadi lauk pada aku, Joe. Macam tak biasa kau nih dengan keje aku."

"berlagak tak sudah perempuan ni."

Qistina sengih. "aku memang berlagak. Tidak, Kamal tak bagi aku double promotion. Kau mana mampu. You can't beat me, bro. Never. Aku kan juara." Qistina angkat kening. 

Ketawa berderai.

"Qis.." Mata Joe lontar pada raut comel yang tampil ringkas. Kemeja dan jeans yang melekat ditubuh kurus tingginya buat Qistina persis gadis remaja.Ayu. Comel.

"hmmm.." Bibir lontar lagi senyum yang belum usai.

"sorry."

Kening berkerut. Garis senyum kendur spontan. Mata dijunam pada sepasang bebola coklat tua milik Joe.

 "sorry? Untuk apa?"

Joe lepas keluhan kecil. Nafas bagai dihela dalam-dalam.

"For not allowing you in last few days. For being unethical person."

Khali. Qistina sepi. Mata melantun pada wajah tampan Joe yang sedang berbicara.

A..ak..aku rasa sakit, Qis. Rasa..rasa…" Joe kemam bibir. Ayat yang mahu ditutur hilang. Bagai menghindar. Tidak terluah. Tersangkut didahan rongga. Daun-daun pilu berguguran dari ranting hati. Kepala menunduk. Riba ditatap. Sepuluh jari-jemari saling bertautan. Meraih semangat yang sudah lumpuh. 

Qistina senyum mengerti. Kepala belatuk dihampar. "tak per. Aku faham. Tak perlu kata apa-apa. Need no explanation for this, hmmm. Case dismissed."

Dua senyum dari dua belahan delima bertaut.

"kau ok hari ni."

Angguk. "alhamdulillah. Tak sabar nak keluar dari sini. Aku nak jumpa Maya, Qis."


Sepi.

"Qis..."

Senyum kecil membalas. 

"teman aku jumpa Maya nanti. Boleh?"

Qistina angguk. Mata terasa hangat. Dada bergetar sayu. Qistina kemam bibir. Joe senyum. Terima kasih terlantun. Gemulah Maya yang sentiasa manis sedang tersenyum di tabir mata. Ada runtun di kalbu sedang berbisik.  Ada rindu yang tidak terpadam. Sampai bila-bila!  

"Qis.."

"ye.."

"thanks. Thanks for everything."

Geleng. Senyum. Lengan Joe yang berbalut disentuh perlahan. "kita kan kawan Joe. Kau kawan baik aku. Sampai bila-bila,hmmm."

Joe telan kalam. Mata lari memandang pintu yang terkatup rapat. Serapat hati Qistina. Mungkin. Kata -kata akhir Qistina menampar-nampar dinding jiwa. Kawan baik aku.

"Qis.."

"hmmm.."

"kau ok?"

Qistina angguk lagi. Senyum dijala. Joe tatap wajah disebelah. Mata bundar Qistina yang sayu terselindung disebalik belah delima yang manis terukir mudah diterjemah maknanya oleh tajam mata Joe. Bukan sehari dua dia kenal si barbie doll yang cantik ini. Saat dia gembira, saat dia marah, saat dia tertekan, saat dia sedih semuanya akan terpancar pada sepasang mata bundarnya. Mata Qistina tak mampu berbohong.

"kau dengan..." 

Qistina angkat kening. Bebola mata terjah wajah Joe.  

Kepala Joe menggeleng. Enggan meneruskan. Tidak wajar dia masuk campur urusan peribadi Qistina. Itu hak Qistina. Tiada siapa yang boleh memangkas. Joe akur. Dia cuma kawan baik. Itu sahaja. Kuasa mutlak tetap empunya tubuh. 

Qistina teguk liur. Kalam Joe yang ternoktah itu dia tahu apa aksaranya.

"Aku tak dendam pada dia, Joe.  Aku anggap semua yang terjadi dahulu sebab aku dan dia belum bersedia untuk benar-benar saling percaya. Aku pujuk hati aku supaya redha. Alhamdulillah. Aku tenang sekarang. Pasti ada sebab. Pasti ada hikmah. Aku dah maafkan Khal, Joe. Aku dah maafkan semua yang dia dah lakukan dahulu."

"Qis..kau.." Joe terkam wajah Qistina yang tenang. Mudahnya!

Qistina kemam bibir. Fikiran Joe seakan tertulis di ruang mata.

" Aku tahu mungkin kau rasa aku lemah, Joe.  Tak, Joe. Tak. Aku tak lemah. Aku cuma mahu hidup tenang. Aku mahu kecap damai dan bahagia melayar hidup baharu aku ini. Aku balik dengan azam baharu untuk diri dan hidup aku. Aku taknak usung amarah dan dendam dalam jiwa aku. Aku tahu mesti kau tak setuju. Aku tau kau marah Khal atas semua yang berlaku pada aku dulu. Tapi aku nak kau tau satu Joe, aku cuma maafkan Khal. Aku tak kata aku mahu terima dia kembali. Aku mahu canting warna baharu dalam hidup." Qistina lontar hela nafas yang dalam. Terburai segala yang terbuku di jiwa. Joe dilihat masih takzim merenung.

"Joe.." Qistina lontar kalam.

"hmmm..."

"aku harap  kau faham. Dan aku harap kau boleh maafkan Khal atas apa yang dah dia lakukan pada kau malam tu. Aku.." Qistina hembus nafas. Dua desir suara sepi. Hanya deru pendingin udara yang berbicara. " minta maaf bagi pihak Khal, Joe. Aku tau sedikit sebanyak aku punca segalanya yang terjadi antara kau dia Khal malam tu."

Joe khali. Patah kata-kata Qistina dihadam satu persatu. Bibir diketap. Kuat. Kau memang bodoh, Khalish!

"Qis.."

Gerak mata kembali bersatu. Qistina tunduk sesaat. Terjah suara Joe dirasakan mengandungi maksud. Dada mengusung debar.

"kau nak balik pada dia?"

Geleng. "aku...aku tak tahu nak buat apa sekarang."

"dia ganggu kau?"

Geleng. Qistina raup wajah. Sukar menyusun ayat yang sesuai. Di depan Joe, Khalish tetap mahu dihindar. Begitu juga didepan Khalish. Seteru kedua-dua bagai sekam. Diam.Tapi hangatnya tak terzahir.

"Khal masih jumpa kau."

Qistina angguk. Jujur.

"kau masih suka dia kan, Qis. Kau masih cintakan dia. Mata kau tak boleh tipu aku, Qis."

Qistina geleng. "bukan macam tu, Joe. Aku..aku." Qistina bungkam lagi. Sukarnya menyusun kata paling halus buat Joe. Hati Qis ni masih milik Qis seorang, Joe.

"aku tak halang kau, Qis. Itu hak kau." Qistina terpanar. Bibir bergetar dalam diam.

Jeda.

"Joe..aku...aku..."

"kau nak aku tolong."

Qistina teguk liur. Rongga bergetar.

"maksud kau?"

Joe urai senyum. Manis.

Monday, January 14, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 17

 Bab 17

Khalish jeda sesaat usai melantun segaris nama yang sekian lama berakar umbi dijiwa. Raut keanak-anakkan yang bertudung rona merah jambu berlapis warna biru muda direnung tunak. Asyik. Kerongsang bujur yang cantik terletak ditengah tudung memancar sinar tepat ke retina Khalish. Soalan Qistina terus berlegar-legar membelah angkasa fikiran. Segala yang terjadi dahulu bagai berulangtayang di layar pancaindera. Ya, dahulu dia tidak memberi peluang yang seadilnya kepada Qistina. Dan kemuncak kepada kebodohannya yang membuta tuli bila Khalish sengaja tidak muncul di hari pernikahan mereka demi amarah keanak-anakkan yang paling dangkal pernah tercetus di fikirannya ketika itu. Entah syaitan mana merasuk hingga dia tega menjatuh hukum dan melontar aib sebesar gunung kepada sang kekasih yang terlalu tulus hati dan jiwanya ini. Sesalannya tidak pernah padam dari dahulu bila semuanya terbongkar. Terlambat bila Qistina sudah jauh membawa langkah tanpa sebarang ucapan. 

Dan sekarang Khalish sedar peluang yang dinanti sejak sekian lama...sejak bertahun sudah terbentang...terhampar didepan mata. Dua pasang mata bertembung. Qistina dilihat tenang melontar pandang. Segala pendaman rasa yang bergumpal dijiwa selama bertahun-tahun ini bagai meronta-ronta minta dilepaskan. Menolak-nolak dinding jendela kata-kata yang selama ini dikunci daripada dikalamkan kepada sesiapa. Segala gunung kecaman dan sungai amuk amarah ditelan. Pahitnya hanya sendiri yang merasai. Tidak pernah sezarah mahu dilontar balas. Salah sendiri itulah penangan yang paling layak. Nyawanya sahaja yang tidak pernah diminta sebagai balasan walau rela diberikan kalau itu nilai sebuah ampun. Terlalu besar dosanya pada Qistina. Meragui kejujuran bakal isteri sendiri adalah dosa paling jijik yang pernah dipalitkan kepada gadis dihadapannya ini. Dan menjatuhkan hukuman ke atas Qistina di malam mereka dijadualkan bersatu didalam ikatan yang direstui dengan lafaz ijabkabul tanpa memikirkan kesannya adalah sebesar-besar dosa yang tak mungkin akan diampunkan Qistina. Pinggan kaca rib eye ditolak ke tengah. Tubuh disandarkan pada bangku kayu. Aliran adrenalin memercik laju. Picu degup jantung kian memacu.

"i tahu dosa i pada you dahulu takkan terampun, Qis."

Qistina telan kalam.

"i tau khilaf i pada you aibnya bukan calang, Qis."

Ulas delima Qistina terus terkunci. Menanti luahan seterusnya.

"maafkan i, Qis. Ampunkan i."

Khal..Khal. Gelengan perlahan terpamer.

"ampunkan i kerana berlaku kejam dimalam pernikahan kita, Qis. I tak patut ikut rasa..i tak patut ikut hati. I kejam pada you, Qis. I tak muncul kerana amarah dan ego syaitan yang beraja di jiwa i. I buat keputusan bodoh kerana hati i ditakluk iblis yang melontar dendam. I malu dengan kebodohan i selama ini, Qis. I tahu i tak layak mohon maaf dan ampun pada you. I lelaki kejam."

Qistina telan aliran nafas. Sesak. Ditundukkan wajah memandang ke lapis kayu kayu yang membentuk lantai meja. Gerak sepasang bebola bundar jatuh pada bongkah-bongkah kentang yang terbongkang di lantai kaca dihadapan Khalish. Tunak ditatap. Bongkah-bongkah itu ibarat bata yang pernah menghempap lantai jiwanya dahulu. Sakitnya tidak terperi. Bibir diketap. Tapi dia sedar, segala yang terjadi dahulu bersebab. Tuhan mahu memberi peluang buat Qistina lebih mengenali sisi kurang enak seorang Khalish Ariq yang terlalu diagungkan selama ini. Tuhan mahu membuka mata Qistina yang selama ini ditutup dengan taksub cinta pada Khalish. Cinta sesama manusia itu tidak pernah sempurna. Mana mungkin melebihi cinta kepada sang Pencipta dan rasulnya. Qistina akur. Tiap yang tersurat  dalam kancah perjalanan hidup ada hikmah tersembunyi. Dia juga khilaf.

Mata perlahan diangkat. Kembali menjelajah sisi tampan raut bujur sirih setentang. "i dah maafkan you, Khal. Lama dah i maafkan. I tak pernah dendam pada you biar sezarah..walaupun." Qistina hembus nafas. Mata saling memandang " you pernah hancurkan hati i tanpa belas kasihan. I.." Jeda. Bibir dikemam. Denyut rasa bagai direntap. "anggap kita tak ada jodoh. Mungkin kita belum bersedia untuk saling percaya. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat you dan i. Kepercayaan itu kunci segala-galanya, Khal." Mata dipejam sesaat. Ya, segalanya berpunca dari kata keramat itu. Percaya.

Khalish laju memecut gelengan tidak setuju. "Tolong jangan kata kita tak ada jodoh , Qis. Tolong jangan. Ma..maafkan i, Qis. I tahu walau sejuta ampun dan maaf yang i pohon daripada you tetap takkan dapat kembalikan maruah you yang i injak, aib yang i palitkan. I bersalah hukum you sekejam itu. I bersalah biar you tanggung segala-galanya sendiri. Kalaulah..kalaulah i mampu undur masa,Qis..."

"sudahlah, Khal. Yang dah lepas takkan dapat dikembalikan pada asal. Yang dah terjadi tetap dah terjadi. Setiap kita tak sempurna." 

Khalish angguk. Akur. Memang dia yang bersalah. Memang dia yang mencemar rasa percaya itu. Dan kerana itu, dia sudah menerima hukuman. Jika selama ini ego dizahir demi enggan menidakkan dosa sendiri, jauh di lubuk jiwa, perasaannya berat terhukum. Tenteram  dan bahagia tidak pernah mahu bertamu di ruang hidup selama Qistina pergi. Hatinya mati saat dikhabar Qistina sudah terbang ke tanah ratu membuka lembar hidup baharu disana. Sikap dinginnya kepada semua sekadar topeng yang hanya terbuka rahsianya dimalam hari. Setiap malam dia menangis. Menangisi kehilangan Qistina. Setiap malam dia duduk memohon agar Qistina kembali kepangkuan. Dia ingin menebus semuanya kembali. 

"kalaulah you tau apa yang i alami selama you pergi,Qis...kalaulah you tau apa yang ada dalam hati i ini, Qis.."

"you tak pernah beri peluang pada i Khal untuk tahu apa yang ada dalam hati you selama ini."

Khalish teguk liur lagi. Jadam itu tetap bertamu di rongga. Enggan melangkah. Qistina benar. Dia yang tidak mahu berterus-terang selama ini. Kalaulah dia tahu segala-galanya akan berakhir begini...

"kejadian malam tu..." Khalish lontar renung. Mata bundar Qistina dilihat diam tanpa bicara. Segala yang terlipat dahulu kini terburai kembali. Khalish hela nafas dalam. Sesal. Malu. Semuanya. "Joe dan Kamal dah cerita semua didepan ayah you..didepan i..didepan semua." Dilepas segaris nafas. " i yang khilaf, Qis. Dan you..mangsa khilaf bodoh i. I tahu i tak sewajarnya bertumbuk dengan Joe. I..i terlalu mengikut rasa malam itu."

Qistina kemam bibir. Nafas bagai tersangkut di salur kerongkong.  Ibu jari dan jari telunjuk melurut pangkal hidung. Igau dahulu kembali menyelak layar.

"Sebenarnya i ikut you malam tu, Qis. I tau tak sepatutnya buat macam tu. Tapi i gagal kawal diri i. I tak mampu, Qis. Maafkan i."

Qistina geleng kepala terus. Terkesima dengan pengakuan Khalish.

"i tak sangka you ikut i malam tu,Khal. You ikut i sebab Joe ada atas kapal malam tu. Kan? You tak percayakan i rupanya. You ragu dengan janji setia i sejak kita lafaz ikrar dahulu. Sia-sia i junjung segala kasih sayang dan cinta i pada you selama ini. You tahu kan i pergi malam itu atas tuntutan tugas. I pergi kerana itu memang tugas i, Khal. I ingatkan selama ini you faham i...faham kerja i. Tapi i silap rupanya."

Bebola mata Khalish terpanar. Bibir terpasung. Kata-kata tersekat. Renungan Qistina buat Khalish akur. Memang benar semuanya segala bilah kata-kata yang dihumban Qistina. 

"i minta maaf, Qis. I minta maaf. I tak patut curiga pada you."

Qistina geleng kepala lagi. Ruang fikiran terasa kosong. 

"I tak sangka you curiga pada i sampai begitu sekali. Curiga pada tunang you sendiri. I tak tau apa yang berlaku lepas letupan dalam kapal malam tu tapi Joe dan Kamal dah cerita semuanya. Sampai hati you, Khal.  Kenapa sampai begini fikiran buruk you pada Joe. Kalau bukan sebab Joe, i mungkin dah mati lemas. Joe pertaruhkan nyawa dia demi selamatkan i, Khal. Selamatkan perempuan yang malam itu bergelar tunangan you...bakal isteri you. Joe kan kawan baik i. Cuma kawan baik i, Khal. Tak lebih dari itu. Sayang i pada Joe, pada Kamal dan pada semua teman setugas i tak sama dengan sayang i pada you, Khal. Seharusnya you tau apa yang tertulis dihati i. "Alur nafas bergerak-gerak deras. Bersedia memuntahkan kalam seterusnya. Qistina ketap bibir. Genang di kolam kian membuak. Mata bulat indah dihadapan direnung. Peristiwa silam melambai diruang fikiran. 

"i kecewa dengan you,Khal. Kecewa sangat."

Jeda. 

Wajah Qistina berawan pilu. Khalish maki diri dalam diam. 

"I tau siapa i, Khal. I tau status i. I ingat pesan ayah i." Kepala digeleng. "i tak pernah lupa siapa Annur Qistina kepada Khalish Ariq. I tau i tunang orang, Khal. I tau i tunang you. I tak lupa tu. Tak..i tak lupa."

"Qis.."

"Kenapa, Khal? Kenapa? Apa yang buat you sampai bertindak macam tuh. Cakap dengan i, Khal. Apa salah i pada you, Khal? Kenapa buat i begini Khal?"

Khalish raup wajah. Hembusan nafas bertempiran. Libang libur.  Biar dihamburkan segala-galanya malam ini. Biar dilepaskan semuanya yang sekian lama bersarang di pundak. Biar Qistina tahu. Biar Qistina mengerti hati dan jiwa seorang Khalish yang terlalu dalam cintanya pada Annur Qistina.

 "sebab i terlalu sayangkan you, Qis. Sebab i terlalu cintakan you, Qis. I tak sanggup tengok you dan Joe selalu bersama. Hati i sakit. Teramat sakit. I tahu sejak dahulu dia sukakan you..cintakan you. I tak sanggup hilang you. I tak sanggup lihat you dirampas Joe, Qis. I benci tiap kali tengok you dengan Joe. I marah tiap kali tengok you ketawa dengan Joe."

Qistina raup wajah.  Bait-bait kalam Khalish merengut naluri. Khal..Khal. Qis cuma cinta Khal seorang sahaja dulu. Cuma Khal..

"Joe cuma kawan baik i, Khal. Rakan sekerja i. Tiada sekelumit cinta dalam hati i untuk Joe."

Khalish angguk. Memang dia yang terburu-buru. Memang dahulu dia yang gagal memahami cinta Qistina. 

" I tau i tak sepatutnya ada perasaan begitu dahulu Qis. I dah sedar. I terlalu ikut rasa..i terlalu ikut hati. Tapi fahamlah Qis...i sayang you sangat-sangat, Qis.  Segala-gala yang i lakukan semuanya kerana rasa cinta dan sayang i pada you yang tak terhitung. I takkan biar bahagia itu nanti dirampas Joe. Dia terlalu sukakan you, Qis. Teramat cintakan you. I lelaki Qis. I faham bahasa Joe. Tiap renung..tiap tatap dan tiap tingkah bicara dia pada you i faham maksud tersiratnya. You masih ada dihati dia,Qis. Masih terus bertakhta. Dan semua itu lah yang terlalu amat menakutkan i." Khalish hembus nafas kesekian kalinya.

Qistina bawa tapak tangan ke mulut. Segala-galanya sudah dilepaskan lelaki dihadapannya ini. Semuanya sudah dibongkarkan. Semuanya sudah disingkap. Bibir dikemam. Denyut jantung deras. Sepasang bebola bulat bercahaya yang sekian lama utuh bersemayam dijiwa perempuannya ditatap.  Empangan rasa hangat.

"i tak sanggup hilang wanita  yang i paling cinta di dunia ini..i tak sanggup, Qis. Atas nama Dia yang maha segala-galanya..hanya ada satu nama perempuan sahaja yang kekal bertakhta dan tertinta dihati i sejak dahulu dan akan kekal hingga akhir hayat i..." Mata bundar Qistina yang sudah pecah empangannya ditatap. 

"hanya nama you sahaja yang tertulis di sini Qis.." Telunjuk ditekan pada dada. 

"hanya nama Annur Qistina yang kekal disini hingga hujung nafas i. Hanya dia satu-satunya perempuan yang paling i cinta dan kasih didunia ini. Hanya dia. Hanya Annur Qistina."

Qistina tersandar. Belahan nafas meluncur laju. Untuk kesekian kalinya, dua bebola mata milik Khalish Ariq dan Annur Qistina terus menjunam renungan. Tatapan tak berkelip. Tunak. Jiwa terpasung. Takzim. 

Malam di Toowomba kian hangat. 

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...