Friday, December 28, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 13


Bab 13
"perempuan ni bila kecewa...bukan mudah untuk dia pulih, Khal. Walau dia nampak tenang dan tersenyum tapi hakikatnya dalam hati dia masih lagi terluka dan bersedih. Mama pun perempuan. Mama tahu apa yang Annur rasa. Bukan senang-senang nak lupa apa yang dah jadi. Lagi-lagi kalau melibatkan maruah diri. Maruah diri seorang gadis..lagi lagi di hari paling bersejarah dalam hidup. Maruah diri takkan boleh ditukar ganti walau dengan segunung emas." Hajah Mazni melabuhkan duduk disebelah anak bongsunya. Mug coklat panas yang baru diambil dari dapur tadi dihulurkan kepada Khalish yang duduk bersandar disofa. 

Khalish telan air liur. Terpukul dengan kata-kata mamanya. Kesilapan paling besar dalam hidupnya takkan mampu terpadan dari ingatan setiap yang hadir malam itu. Mama terutama. Mama yang paling terpukul. Mama terpempan dengan tindakan kebudak-budakannya. Tindakan yang paling memalukan dirinya sendiri. Dan hingga saat ini rasa malu itu takkan mampu dihakis dari catatan hidupnya.

"Khal tau Khal yang bersalah, ma. Khal berdosa sangat pada Qis."Mug coklat panas yang dihulurkan mama disambut perlahan. Ucapan terima kasih diucapkan. Dipegang seketika. Fikiran jauh melayang. Peristiwa pertemuan dengan Qistina kelmarin kembali menerjah. Permintaaan Qistina takkan ditunaikan. Takkan mampu dilakukan. Takkan sanggup dilepaskan Qistina. Dia tahu jauh di sudut hati Qistina kasih antara mereka masih utuh. Dan kerana keyakinan itu Khalish akan berusaha sedaya habis untuk menawan kembali hati seorang Annur Qistina. 

"Khal akan lakukan apa sahaja untuk raih kembali kasih dan cinta kami,ma. Khal tau Qis pun punyer rasa dan rentak hati yang sama dengan Khal. Apa yang Qis katakan semalam cuma nak elakkan diri daripada Khal sahaja. Semua tu cuma cara dia untuk mengelakkan diri jer." Qis, tolonglah beri peluang kedua buat Khal. 

Hajah Mazni jeda sesaat. Cuba dikutip kenangan dahulu. Waktu manisnya hubungan antara Khalish dan Annur Qistina. Gadis manis lemah lembut itu sedari pertama kali dipertemukan sudah membuatkan hati tuanya terpaut. Bak kata Khalish, siapalah yang tidak tertawan dengan anak patung hidup yang menawan dan secomel Qistina. Ya, memang diakui Hajah Mazni sesiapa pun pasti tertawan dengan Annur Qistina.

 "Annur tu budak lembut. Budak baik. Mama sayang sangat pada dia. Mama terkilan sangat. Mama.." Dihempas nafas. Ada rasa pilu yang tersangkut di jiwa tuanya saat nama itu meniti di bibir. "Tapi nak buat macammana kan tak sampai hajat mama lagi. Mama ni berharap sangat dia yang jadi menantu mama. Berharap sangat dia jadi isteri Khal. Mama tak tau la kalau mama ni boleh nak terima oranglain jadi menantu mama nanti. Annur tu macam dah sebati dengan jiwa mama. Nama Annur dalam hati mama ni sampai bila-bila takkan lupus."

"ma...Khal minta maaf." Mug dibawa dekat ke sisi. Lafaz bismillah teralun damai. Bibir didekatkan ke mulut mug. Dicicip perlahan-lahan. Diletakkan mug ke meja sisi disebelah.  Wajah dipaling memandang ke hadapan. Hanyut seketika dengan segala kenangan dahulu. Langkah yang penuh dosa tak mungkin mampu dan boleh diundur. Tidak terhitung dosanya pada Qistina. Biarpun bibir mungil itu sudah memaafkannya tapi jauh disudut hati gadis pujaannya itu Khalish tahu segala yang terjadi antara mereka dahulu takkan terpadam . Sampai bila-bila!

 Dihembus nafas perlahan. Ada rasa yang menghimpit. Menekan rakus. Silap salahnya dahulu menghambat jiwa sehingga kini. "Khal tau semua ni salah Khal,ma." 

"jadi sekarang nak buat macam mana? Mama dan baba dah jumpa dan cakap dengan uncle Aziz. Mama jumpa uncle semata-mata untuk Khal. Mama tak mau hilang Annur lagi. Mama tau Khal pun tak sanggup kan nak hilang Annur lagi?" Khal kemam bibir. Kepala diangguk perlahan. " tapi kali ni, uncle tak mahu bagi keputusan macam dulu. Kata uncle dia  terlalu bersalah pada Annur dahulu. Uncle tak sanggup nak lihat Annur menderita  lagi. Sekarang ni dia serahkan pada Annur. Dia akan terima sahaja siapa pun yang Annur pilih nanti. " Kepala Khalish laju berputar lalu jatuh ke raut wajah mama yang redup disebelah. Ada rasa gusar dan bimbang yang bertamu saat mendengar perkhabaran yang mama bawa dari rumah uncle Aziz.

Sejak segalanya secara terperinci dijelaskan oleh Kamal dan Johan kepada ayah Qistina juga kepada dirinya tentang peristiwa sebenar yang terjadi malam itu dia rasa tertampar dengan tindakan sendiri. Yang nyata Qistina terbukti langsung tidak bersalah.  Kata-kata Johan yang penuh sinis membuatkan dirinya terpempan. Masih Khalish ingat mereka berdua bertumbuk malam itu. Semuanya kerana Qistina. Kata Johan makin menghiris . Jika dia mahu dia boleh sahaja memerangkap Qistina malam itu. Pasti Qistina akan jadi miliknya abadi. Qistina yang terlalu polos jiwanya. Tapi rasa kagum Johan terhadap keluhuran semangat diri Qistina yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan Johan dan rakan-rakan di atas kapal membuatkan dia tidak tega melakukan perkara yang mungkin memusnahkan persahabatan mereka. Kata Johan didepan ayah Qistina, jika dirinya yang menjadi punca kemelut ini semua, dia sedia bertanggungjawab terhadap Qistina. Pantas sahaja ditingkah Khalish. Mana mungkin! Mana mungkin dibenarkan hasrat Johan. Cinta dan kasihnya buat Annur Qistina tak pernah pudar. Terlalu jitu untuk dimusnahkan oleh sesiapa pun. Tidak akan dibenarkan siapapun mengambilalih hatinya dari jiwa Qistina. Didepan semua dipohonkan keampunan daripada ayah Qistina atas kebodohan dan keterlanjuran kata-katanya terhadap Qistina. Akan dijejaki Annur Qistina sampai berjumpa.  Namun hasrat tinggal hasrat. Kata-kata ayah Qistina bagaikan penamat. Dalam penuh keterpaksaan dia akur.

Tangan  mama dicapai. "mama..."

"hmmm."

"uncle..uncle masih marahkan Khal lagi ke, ma?" Terdengar keluhan kecil dari mulut mama. Bibir rona merah lembut mama sudah Qistina belikan.

"uncle tu sama macam Khal. Rasa bersalah dan berdosa sangat pada Annur. Tu sebab dia tak mau lagi buat keputusan untuk Annur. Dia dah serik. Dia rasa sangat sedih atas tindakannnya dahulu. Sekarang ni terpulang cara apa yang Khal nak buat untuk raih semula hati dan cinta Qistina. Khal jangan hampakan Qistina lagi. Jangan hampakan mama dan baba."

Khalish telan air liur.  Bagai mengerti apa yang dirasai oleh ayah Qistina. Jika dia ditempat ayah Qistina, dia juga pasti tak mampu nak maafkan dirinya sendiri. 

"mama.."

"hmm.."

" uncle..uncle dah tau Qis dah balik ke ma?"

Senyum. Kepala Khalish diusap perlahan.  "Mestilah tau. Segala yang jadi kat Qis selama 5 tahun kat sana pun semua dia tau."

Kening Khalish berkerut. Terkejut. " maksud mama?"

"rumah yang Qis duduk kat sana tu..tuan rumah tu, budak Layla..dia tu kan anak angkat uncle. Mama dan baba pun baru tau. Jumpa uncle kamu tu baru terbuka semua cerita. Patutlah uncle kamu tenang jer selama Qis tak ada kat sini."

"jadi?"

"jadi segala apa yang berlaku kat sana uncle tahu la. Segala tentang diri Qis kat sana semuanya uncle tahu."

"so..dia..Layla tu jadi informer uncle laa."

Angguk. 

"Qis tau?"

Geleng. "Is just between both of them. Qis tak tau kata uncle. Layla tu pun sebab kesian kat uncle yang merayu kat dia." 

"dan sekarang ni uncle tau ker Qis stay dengan sapa ma." Sejak Qistina balik cuba dijejak tempat tinggal gadis itu tapi seakan menemui jalan buntu. Cuba diekori tapi ternyata Qistina sangat bijak mencium langkahnya. Selalunya sahaja rancangannya gagal. Cuba diminta daripada adik ipar Ray untuk merisik khabar. Juga gagal.

"kata uncle apa yang dia dapat tahu daripada  Layla Annur tinggal dengan her school cum uni best friend..Zita. Uncle tak mahu kacau Annur dahulu. Uncle mahu beri ruang buat Annur buat keputusan untuk tinggal di sana atau kembali tinggal semula dengan uncle. Tapi mama tau uncle berharap sangat Annur balik semula tinggal dengan dia."

"Zita?...Zita Asyikin. "

"a'ah. Zita Asyikin. Khal kenal kan dia."

apa pulak tak kenal! Musuh ketat tuh..
* * * * * * *
Zita senyum. Yes! Padan muka kau, Khal..

"so muka dia mesti terkejut habis kan. Aku boleh bayangkan mengelabahnya dia bila kau cakap korang dah putus. Dah habis."

Qistina senyum.  Coach dibahu diletakkan ke meja hiasan. Dilabuhkan duduk sebelah Zita. Dipaut bahu Zita. Erat. Seketika. Dilepaskan nafas. Pertemuan dengan Khalish masa basah diingatan. Ternyata telahan hati kecilnya benar. Khalish takkan mahu akur dengan permintaannya sedangkan Qistina mahu diberikan ruang buatnya untuk kembali mengatur langkah sendiri. Tautan hati dan jiwa antara mereka biarlah Dia di atas sana yang menentukan. Qistina akan akur dengan ketentuan dari-Nya nanti. 

"ko patut balas balik apa yang dia dah buat kat kau tu, Qis."

Qistina menggeleng. Kalau dia muntahkan segala yang terjadi dahulu pun segalanya takkan kembali seperti sedia ada. Yang berlalu takkan mungkin mampu diundur. Jika dihitung pasti nanti akan ada hati yang terluka. Dan dia sendiri sudah lelah dengan airmata. Impian indah yang hancur dan dihancurkan dahulu takkan mampu dicantum kembali. 

"yang dah lepas takkan boleh di ulang semula. Yang dah terjadi takkan mampu ditarik balik, Zie."

"betul...tapi adakalanya  pengajaran tu baik untuk orang ego dan bodoh  macam si Khal tu."

"aku dah maafkan segalanya, Zie. Dia..ayah...Joe. Semunya. Cukup cukup la semuanya. Buat aku..buat Khal...biar kami pilih haluan hidup sendiri. Urusan jodoh aku serahkan pada yang Khaliq. Aku yakin Dia sudah menetapkan siapa yang terbaik buat aku nanti. Aku yakin, Zie." 

"Qis.." Qistina toleh memandang ke wajah Zita. Dielus perlahan tangan teman baiknya ini. 

"aku ada idea untuk ajar Khal ni, Qis."

Qistina terus menggeleng. " tak mau la aku, Zie. Zie, please. Sudah sudahlah,hmmm. Aku tau kau tak suka dia dari dahulu. Aku fahamkan sangat hati kau. Biarkan dia. Nanti jadi lain pulak aku juga yang pening. Khal tu kau bukan tak kenal kan." 

Zita tersenyum. " Pasal aku kenal sangat  mangkuk tu laa aku nak tolong kau, Qis. Kita tengok nanti macamana dia." 

Qistina senyum. Mangkuk. Zie..Zie.

 "Ni akan jadi sweet revenge. Paling sweet tau. We'll see how good is our Mr Khalish Ariq. Kalau dia lulus, alhamdulillah, dia memang untuk kau...but if he fail..bye bye then. You go girl. Find another gentleman who love you more then Khalish Ariq." Qistina menggeleng lagi. "janganlah, Zie. Tak baiklah buat orang,hmmm."

"Qis, aku tahu..."

Mata kedua-duanya bertembung lagi. 

Zita senyum segaris. "Kau masih sayangkan dia. Dan kau tak boleh lupakan dia sampai sekarang. Kan Qis,hmmm. Walau kau cuba, hakikatnya kau tak mampu."

Qistina hembus nafas. Sukar ditepis kata-kata Zita sebentar tadi. Hati dan jiwanya terlalu sukar membuang nama itu. Nama yang kukuh terpahat didalam setiap urat nadinya. Disetiap detik jantungnya. Nama yang terlalu memberi makna didalam hidup Annur Qistina.

"kita tengok nanti sejauh mana sayangnya dia pada kau. Sedalam mana cinta dia pada kau yang dia ulang-ulang lafazkan .Aku nak tengok dia buktikan kata-kata dia tuh."

"Zie.." Qistina geleng lagi untuk kesekian kalinya. Zita genggam erat tangan Qistina. Faham apa yang tertulis dihati teman baiknya ini. Qistina yang polos. Qistina yang terllau menjaga hati setiap insan disekilingnya."kau mesti nak tahu jugak kan. Ini masanya, Qis. Kita tengok samada dia Khal yang masih ego seperti dulu atau dia dah berubah. Kalau dia betul-betul sayang dan cintakan kau sepenuh jiwa dia, dia kena buktikan."

Qistina rasa tidak sedap hati. Tidak mahu akan tercipta nanti perkara yang bukan-bukan yang nantinya akan menjejaskan hubungan Zita dan Azhar. "kau nak buat apa, Zie. Kau nak buat apa pada Khal? Kau jangan Zie, nanti Azhar cakap apa pulak. Jangan la Zie. Aku ok..kau jangan bimbang. Aku tahu jaga diri..lagi..lagipun Khal takkan lakukan apa-apa pada aku. Percayalah. Aku kenal Khal. Aku tahu hati dia."

Senyum. Genggaman tangan Qistina dieratkan. Kenyitan mata dihadiahkan pada seraut wajah comel keanak-anakkan yang amat disayanginya. Segalanya sudah dibincangkan bersama Azhar. Hanya ni yang mampu dilakukan untuk memastikan Qistina kembali menggapai bahagia yang terlerai dahulu. 

"just wait ye my sweet barbie doll."

Qistina lepas nafas. Dalam dalam. Seraut wajah tampan Khalish terlayar dimata. Dipejamkan mata. Ada desir suara berbisik di telinga. Nama itu terucap dibibir tanpa sedar. Zita disebelah memandang tunak. Takzim melihat. Bibir mengukir senyum. Seraut wajah Khalish terpampang diruang fikiran. Kau kena menang dalam ujian ni Khal kalau kau betul-betul sayang dia. Kau kena menang, Khal..

Monday, December 24, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 12


Bab 12

Qistina tenang menadah kata-kata Zita yang sedang bersila diatas ranjang dibilik Qistina. Jari jemari nan runcing damai merapikan hujung lengan kemeja petak-petak kombinasi merah hati putih dan hitam. Butang dicantum teliti. Usai dikhabarkan hal janji temu antara dia dan Khalish malam ini sewaktu pulang petang tadi, Qistina sudah nampak riak gundah yang terbit di wajah Zita. Dalam hati Qistina tahu Zita risau. Dalam hati Qistina tahu Zita marah. Dalam hati Qistina tahu Zita geram. Segala-galanya demi kerana kasih dan sayang Zita kepadanya. Qistina cukup tahu tentang itu. Qistina sedar dan amat maklum. Zita tidak mahu apa-apa yang tidak elok menghampiri diri Qistina. Zita ni bak kata Azhar, kan guardian angelnya sekarang. Si pari-pari cantik penjaga tuan puteri jelita. Itulah yang Azhar selalu usik-usik bila Zita selalu sahaja risau bila Qistina lambat balik atau tidak menghubungi kala sudah tiba di pejabat tiap hari. Azhar kata Zita takut Qistina diculik dan dibawa lari oleh mangkuk bernama Khalish. Paling Zita takut Qistina diculik dan dibawa lari ke sempadan. Kena paksa kahwin. Yelah orang dah gila talak. Memang pecah ketawa Qistina bila Azhar membuka cerita. Zita..Zita, boleh sampai ke situ imaginasi dia. Zie, terima kasih. Aku tau kau sayang aku. 

Hujung selendang hitam panjang yang digaya ringkas malam ini dipinkan di tepi pelipis. Dipusingkan kepala perlahan ke kiri dan kanan memandang ke arah muka cermin panjang didepan. Tangan kiri menarik kemas juntaian selendang dibelakang tubuh. Senyum tanda puas terluncur dari tangkai hati. Ok, perfect! Dari ekor mata melalui sisi cermin Qistina jelas dengan renungan Zita yang takzim bersila diatas katil. Dibiarkan sahaja. Wajah yang sudah siap berhias ringkas dirapikan dengan hujung jari.

"betul kau taknak aku temankan kau ni? Azhar bagi aku teman kau, Qis."

Senyum. Kepala yang masih membelakangi Zita digeleng perlahan. "aku ok, Zie. Jangan risau,hmmm. Kau tu bawak budak. Kena jaga diri kau tu dulu." Guess yang terdampar di permukaan meja hias dicapai lalu disarung ke pergelangan kiri. Dicantum kemas.

"gila kau tak risau. Yang kau nak jumpa tu bukan manusia..kau tau tak."

"issh, mulut.."  Qistina ketap  bibir sambil menggeleng kepala lagi. Dipusing tubuh sekilas memandang ke arah Zita. " Tu dalam perut tu ingat sikit." Jari dihala ke arah perut Zita. Makcik ni sejak pegang title mama to be memang sensitif betul. Pantang jer dengar nama "orang tu". 

Zita cebik bibir memandang Qistina yang membelakanginya. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Qistina."memang pun. Kalau dia manusia, dia tak buat kau macam tu dulu. Dia tak buat kau sengsara bertahun-tahun."

Qistina senyum. Dilepaskan nafas perlahan. Sayup. Dihala langkah mendekati Zita. Dilabuhkan duduk disisi teman baiknya itu. Bahu Zita yang bersalut kaftan biru laut dipaut kemas. Dielus lembut.

"Zie..nak tak nak aku kena jumpa dia. Suka tak suka, aku kena berdepan dengan dia jugak. Tak hari ni, mungkin esok..tak esok tulat. Selagi tak jumpa dia, antara aku dengan dia takkan ada penyudahnya."

"Qis..." Qistina geleng kepala. Dua pasang mata bersatu. Qistina senyum. "biar aku habis cakap dulu,hmmm."

Khali. 

"aku tau kau risau Zie. Aku tau kau bimbang..kau takut. Macam-macam benda yang bergolak dalam fikiran kau. Aku tau kau sayang aku. Terima kasih atas prihatin dan perhatian kau, Zie. Aku hargai sangat-sangat. Tapi aku mohon kau beri kepercayaan kau pada aku untuk selesaikan hal aku dan dia. Aku  dan Khal perlu jumpa..perlu bercakap. Perlu, Zie." Pautan dibahu Zita dikemaskan. Seakan mahu menzahirkan apa yang sedang bergumpalan didalam jiwa. Hembusan nafas beralun dikemudi untuk setenang mungkin. Mata memandang ke arah cermin dihadapan. Biasan wajah terlontar di wajah cermin nan kaku.

"dulu..." bibir dikemam. Ada rasa yang sayu yang menyapa bila perkataan"dulu" itu terluncur. Mana mungkin dibuang segala ingatan tentang apa yang telah terjadi dahulu. Mana mungkin dilupakan biar sehabis daya cuba dilakukan. Cuba ditolak, cuba dihumban...cuba dikuburkan. Hakikat, dia cuma perempuan yang tidak mampu menolak rasa halus yang dikurniakan kepadanya. Rasa itu akan datang menyapa. 

"masa aku ambil keputusan untuk balik ke sini aku fikir aku tak kan jumpa dia lagi, Zie. Sungguh aku fikir benda tu akan jadi semudah yang aku ingatkan. Aku cuba tanamkan dalam kepala..dalam hati, aah bumi Allah ni kan luas...tak semestinya aku akan jumpa Khal lagi. Tu jugak yang aku cakapkan pada Layla masa nak balik ke sini dulu. Berlagaknya aku. Bukan dia tak ingatkan aku. Banyak kali. Aku lupa rupanya bumi Allah ni biar luas macammanapun kalau sudah tersurat aku dan dia kembali ditemukan siapa aku untuk menghalang. Aku nak lari lagi? Ke mana, Zie? Sampai bila aku nak lari dari terus elak jumpa dia. Takkan ada sudahnya  Dan Khal akan terus buru aku...ikut aku..kejar aku. Kau pun kenal dia macammana kan."

Zita lepas keluhan kecil. Tangan dibawa ke peha Qistina. Ditepuk perlahan. Ditarik jari jemari runcing Qistina. Dielus perlahan. Mata dibawa memandang kesebelah. Wajah Qistina yang keanak-anakkan ditatap tidak berkelip. Lingkaran peristiwa pilu yang menghempas hidup teman paling akrabnya ini terlayar di fikiran. Bukan calang-calang orang yang mampu bangkit semula setelah impian hidupnya dimusnahkan dengan kejam sekali. Bukan calang-calang perempuan yang mampu berdiri semula setelah maruah diri dan keluarga dimusnahkan di malam pernikahan.  Bukan calang-calang perempuan yang cukup redha terima hakikat kepercayaan keluarga terhadap dirinya hilang akibat kesilapan manusia. Walau ada rasa terkilan yang teramat sangat dihati Zita bila ayah Qistina sendiri tergamak mempercayai tuduhan  tidak berasas Khalish, jauh disudut hati terbit kagum dengan diri Qistina yang tidak pernah sesekali menyalahkan keluarga biar dirinya disisih akibat perbuatan Khalish..akibat tuduhan Khalish.  Ada rasa hangat yang terbit di tubir mata. Pantas dikelip-kelipkan mata. Hujung jari disapu ke tubir mata.Tidak mahu disedari dan tertangkap oleh Qistina nanti. Mengingatkan seraut wajah Khalish, Zita ketap bibir. Kuat. Khalish memang lelaki tak guna! Sungguh tak guna! 

"Qis..." Jari jemari Qistina digenggam.

Qistina lontar senyum. Genggaman jari-jemari Zita dieratkan.

"Kau rasa.." Mata dibawa memandang ke sepasang mata bundar bercahaya milik Qistina. Wajah Qistina yang manis tersenyum ditatap tidak lepas. Sungguh dia tidak sanggup melihat Qistina menangis lagi. Sungguh Zita tidak mampu melihat Qistina disakiti lagi. Tidak sedarkah selama ni betapa Khalish rugi bila dia melepaskan gadis sebaik Qistina.  Tidak cukupkah setia dan patuh Qistina selama ini. Kenapa perlu disangsikan jujur seorang Qistina yang tidak pernah sekali dia mungkir. Tidak sedarkah Khalish kerana perbuatan bodohnya dahulu Qistina terpaksa menanggung akibatnya yang bukan kecil. Malu tidak terdaya dihindar walau diceruk mana wajah disembunyi, sedih yang tidak tergambar biar sejuta kanvas dihampar buat melontar warna. Jiwa Qistina yang luluh, pernahkah dihitung kecewanya.

"kalau lepas kau jumpa dia malam ni dia takkan buru dan kejar kau lagi ker, Qis. Kau pun cakap kan bukan aku tak kenal Khal tu macammana. Sebab aku kenal dia sangat-sangat la aku risaukan kau nak pergi jumpa dia malam nih, Qis. Aku bimbang sangat-sangat. Khal tu.." Zita hembus nafas. Ditelan liur yang terasa pahit. Tak mampu dihabiskan ayat. Tidak mahu sampai menyinggung hati kecil Qistina. Bukan Zita tidak mengerti. Bukan Zita tidak memahami. Walau siapapun dan apapun yang telah dilakukan  oleh lelaki bernama Khalish itu terhadap diri Qistina..hidup Qistina,hakikat yang tidak mampu dilenyapkan dari lohong jiwa Qistina, dihindari dari kerdipan mata Qistina, dipadamkan dari ingatan Qistina adalah Khalish itu lelaki yang pernah bertakhta di jiwa dan hati Qistina. Kukuh. Utuh...bagaikan sebuah tugu.

"Zie.."

Qistina  sedar dan tahu bayangan apa yang sedang merantai hati Zita. Sebagai teman akrab, hubungan perasaabn antara mereka sangat kuat. Baik dia mahupun saling mengenali perasaaan dan jiwa masing-masing. Sedaya manapun dia mahu menyembunyikannya, Qistina tahu dia takkan mampu melakukannya. Zita cukup mengenali jiwa dan hati seorang Annur Qistina.

"doakan aku. Doakan segala-galanya akan berjalan lancar malam ini."

Khali. Ditelan nafas yang dihela.

"aku sedar bukan mudah. Berdepan dengan Khal bukan seperti berdepan dengan lelaki biasa. Aku lebih mengenali dia, Zie. Tujuh tahun bukan singkat, Zie..tapi aku tahu aku takkan buka ruang lagi buat dia kembali dalam hidup aku yang sudah dia musnahkan dahulu. Luka itu masih ada lagi sampai ke hari ini, Zie. Aku takkan lupa. Aku takkan mampu untuk lupa apa yang dah dia lakukan terhadap seluruh hidup aku dahulu. Lima tahun Zie..lima tahun aku bawak rasa sedih dan kecewa tu sendiri. Lima tahun aku cuba rawat hati aku yang parah. Lima tahun aku kuatkan jiwa untuk redha atas apa yang dah terjadi. Segalanya. Yang terjadi dahulu takkan mampu diundur kembali. Aku ingin tenang menjalani hidup aku yang baharu, Zie. Biarlah aku dan dia dengan jalan hidup masing-masing. Itu sahaja yang aku mahu sekarang. Aku tak mahu fikirkan yang lain. Aku balik kerana tanggungjawab aku pada syarikat yang selama ini tak pernah berhenti memberi sokongan pada aku..saat aku berdiri, saat aku hampir rebah." Qistina terhutang budi dengan sokongan ketuanya kala dia sudah hampir tersungkur. Jika bukan kerana usaha kuat Kamal yang mencari jalan agar Qistina "dilarikan" ke pejabat di Manchester, takkan mampu Qistina rawat jiwa yang hancur dicincang oleh perbuatan Khalish. Qistina malu pada Kamal. Malu sangat-sangat. Kasihan ketuanya yang baik hati itu. Terbabit  dan tercalit sama dalam kancah masalah peribadi Qistina. Semuanya kerana bodoh seorang Khalish!

"Qis..."

Qistina angguk kepala. "tolong Zie, doakan aku,hmmm." Tubuh Qistina ditarik dalam pelukan. Doa aku tak pernah putus buat kau, Qis. Tak pernah!

Tangan Zita melingkari pinggang Azhar. Dua pasang mata memandang BMW hitam yang sudah bergerak perlahan meninggalkan perkarangan halaman banglo. Zita lepas nafas perlahan. Mata memandang terus ke hadapan hingga pintu pagar tertutup dan kelibat Qistina dan kereta Ziat hilang daripada pandangan. 

"Har.."

"hmmm..."

"is she gonna be ok?"

Angguk. Rambut panjang Ziat dibelai lembut. "insya-Allah. Qis tahu jaga diri dia. You need to trust her, sayang."

"but Khal..i...i..bimbanglah, Har. Bukan you tak tau apa yang dah mangkuk bodoh tu buat dulu pada, Qis." Ada desir bimbang di bibir Zita. Sungguh dia bimbang! dan kerana rasa itu yang kuat bertamu dihati dipohon izin daripada Azhar untuk menemani Qistina bertemu dengan Khalish malam ini. Ziat tahu Qistina hatinya terlalu halus..terlalu polos, sepolos wajahnya.

"kalau dia berani buat apa-apa, cubalah. I cari dia sampai ke lubang cacing nanti."

Dijatuhkan kepala ke dada Azhar. Dalam hati dititipkan doa moga Qistina tidak akan diapa-apakan oleh Khalish. 
* * * * * * *
Tak mungkin!

Tidak sama sekali!

Khalish jeda. Wajah tenang keanak-anakkan gadis yang digelar barbie doll ini ditatap lagi. Tidak puas. Dan takkan puas. Dalam persalinan penuh ringkas dan santai, Qistina tetap mempesonakan. Sama seperti dahulu. Disebalik selendang panjang hitam yang kemas berlilit dikepala, seri wajah comelnya itu begitu membuai perasaan lelaki Khalish. Justeru mana mungkin mampu dia menerima permintaan gadis dihadapannya ini. Tahu, ye memang dia yang berdosa selama ini. Memang dia yang bersalah. Memang dia yang khilaf. Memang dia yang bodoh. Egonya yang melangit memakan diri. Allah itu maha kaya bukan? Sekarang dia pula yang merasakan kesan kebodohannya dahulu. Kesan ego yang tidak bertepi. Tapi tolonglah beri dia sekali lagi peluang. Tidak akan disia-siakan. 

Piring terisi mini alexis pavlova wih fresh berries ditarik kemas kehadapan. Dicapai sudu kecil disisi. Dibenamkan ke wajah pavlova yang cukup memikat. Lafaz bismillah teralun dihati sebelum dibawa suapan pertama mencecah bibir. Tenang dan lembut. Suapan demi suapan dirangkai hingga selesai. Piring spaghetti  dihadapan dilihat masih berbaki separuh. Hairan juga. Inikan makanan kegemaran Khalish tiap kali mereka ke sini biarpun sringkali Khalish memberontak kerana tidak gemarkan suasan damai disini yang disifatkan sungguh membosankan. 

Dari ekor mata bukan Qistina sedar tatapan Khalish yang tidak berganjak dari merenungkan.  Langsung tidak dihiraukan...atau cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukannnya. Dalam hati dipanjatkan kesyukuran. Segala yang tersimpan selama ini, sudah dimuntahkan dihadapan Khalish. Semuanya. Qistina mahu Khalish sedar apa yang ditanggungnya selama ini. Qistina mahu Khalish sedar, Qistina dihadapannya malam ini bukanlah Qistina lima tahun dahulu. Biar tempat ini yang pernah menjadi saksi indahnya cinta mereka dahulu yang tersulam kata-kata manis Qistina, tempat ini juga akan turut menjadi saksi lafaz kata-kata kejam seorang Qistina. Sebagaimana kejamnya seorang Khalish Ariq menjatuhkan hukuman kepadanya dahulu.

"lupakan i Khal. Jangan ganggu i lagi. Jangan cari i lagi. Jangan campur urusan hidup i lagi. Jangan muncul dalam hidup i lagi selepas ini. I mohon dengan setulus hati. Biarkan i hidup dengan tenang, Khal."

"lupakan you?"

"yes. Lupakan i. Buang i dari ingatan you...dari hati you. Selamanya."

" No way, Qis!. No way."

"you dah mati dalam hidup i, Khal. Dah mati lima tahun dahulu. Saat you campak maruah i ke kaki setiap tetamu yang hadir malam tu, you dah mati dalam hidup i."

"Qis...i..i..minta maaf. I tau terlalu besar dosa i pada you."

Senyum sinis dilontar. "maaf? Pernah you selami apa yang rasa malam tu, Khal? Pernah you selam apa yang i hadapi malam tuh? Pernah you rasa hancurnya jiwa i diperlakukan sekejam itu oleh lelaki yang paling i cinta dalam hidup i selama ini. Apa salah besar i pada you, Khal?"

"Qis.."

"Pernah you rasa betapa luluhnya hati i diherdik ayah sendiri dihadapan semua orang. Perit tamparan ayah lima tahun dahulu masih terasa bisanya hingga kini, Khal. Pernah you  rasa sedih i. You tak kan dapat rasa, Khal. Mana maruah i sebagai perempuan yang you cinta selama nih, Khal. Mana you letakkan? Tergamak you kan. Tergamak you. Sampai hati you. Sampai hati you buat i macam tu, Khal,. Kejamnya you, Khal. Siapa i selama ini dihati you, Khal? Sekadar nama yang langsung tiada ertinya buat you kan. Dimana you letak Annur Qistina, Khal? Dihati?." Qistina geleng. "Dijiwa? Jauh sekali." Digeleng lagi. "I tahu. Dikaki you letaknya Annur Qistina yang memuja you separuh nyawanya selama ini. You humban Annur Qistina yang menyintai you sepenuh jiwa ke lubang kehinaan yang paling jijik."

"Qis.."

 Qistina hela nafas dalam-dalam. Suara Qistina yang tenang terluncur didalam bilik khas yang cukup eksklusif yang ditempah Khalish ini membuatkan percikannya bertempiran diseluruh pelusuk ruang. Hanya cupingnya dan cuping Khalish yang menerima segala lontaran kata-kata yang dimuntahkan. "You tahu Khal. Impian hidup i selama ni mudah sahaja. " Bibir mengukir senyum. Memang impian hidupnya memang mudah. Malah impiannya itu sering juga menjadi bahan usikan dan gurauan teman-teman sekerja. Zita dan Layla paling kuat mentertawakannya. Apa punyer jurutera. Dalam kerja punyerlah hebat, dalam cinta kalah sampai jadi macam batang padi ek. Qistina tidak kisah ditertawakann. "Hidup bahagia dengan lelaki yang paling i cinta...lelaki yang paling i sayang itu sudah memadai. I takder impian lain Khal. Tak ada. Tapi..impian tu dah tak ada lagi. Dah berkecai. dah hancur.  Dah musnah. Dan insan yang memusnahkan segala impian bahagia i adalah lelaki yang paling i cintai itu sendiri."

"Qis.."

"Khal, selama lima tahun i bawak diri dengan segunung harapan. I mahu lupakan segala yang berlaku dahulu. Kalau you bimbang i akan mendendami you..." Kepala digeleng. " i dah redha atas segalanya, Khal. I dah maafkan you. Tapi tolong...jangan harap apa-apa lagi antara kita. Sebab tak mungkin ada apa-apa lgi antara kita. You.." Mata bundar Qistina terjunam ke arah sepasang mata Khalish dihadapan. Mata yang seringkali membangkitkan rasa bahagia setiap kali direnung. " dah mati dalam diri i. Khalish Ariq dah mati dalam hati..dalam jiwa Annur Qistina."

"Qis, please."

"it's all over, Khal. Tolong lah benarkan i hidup dengan cara i. Lepaskan i dari hati dan jiwa you. You dah pernah buang i dalam hati you Khal. You boleh lakukannya sekali lagi. Lakukannya untuk kali terakhir."

"Qis, i tahu i salah..i kejam..i..i..bodoh..ego. I admit. Kalau you nak marah...nak maki..nak pukul i sekali pun i rela Qis..i sanggup. Tapi tolonglah Qis...beri i peluang sekali lagi. Please Qis. I'm begging you. Selama lima tahun ini, hidup i tak pernah tenang Qis. I tahu you tak bersalah. Kamal dah ceritakan segala-galanya. I dan Joe nyaris bertumbuk lagi bila you lari ke Manchester. Kamal beritahu you hanya datang membantu Joe, tapi kemalangan yang terjadi bukan rancangan Joe. Memang berlaku kecuaian kakitangan di platform masa malam kejadian tuh. Joe cuma mahu selamatkan you. Kamal saksinya.  Macam yang you cuba terangkan tapi i yang buta..i yang ego sebab cemburu buta pada Joe yang memang sukakan you..yang memang ada hati pada you. It's all my fault, Qis. It all fault."

Khalish sedar segala yang terjadi semua kerana rasa cemburunya yang menggila. Kerana terlalu cintakan Qistina, mata dan hati bagai diamuk rasa cemburu yang bukan kepalang saat melihat tubuh Qistina yang sudah basah lencun berada dalam dakapan pelukan Johan. Andai dapat diulangi masa silam. Tidak akan dilakukan kesilapan paling besar..paling bodoh dalam hidupnya ini. 

Qistina ketap bibir. Dihela nafas. Segalanya dah berlalu, Khal. Dah terlambat. Hati Annur Qistina yang terluka takkan kembali seperti sediakala. 

"Dah lepas. Tak guna lagi semua itu. Dah tak ada apa-apa lagi antara kita,Khal. Cukuplah apa yang dah you buat pada i..pada hidup i..pada keluarga i lima tahun dahulu. I takkan terima you lagi. Takkan, Khal. You dah mati dalam hidup i."

"Qis..."

Napkin diriba dibawa ke bibir. Dilap kemas. Penih tertib. Piring dihadapan yang sudah licin ditolak ke depan.  Senyum manis dilontar kepada lelaki dihadapan. Dalam hati dilagukan kata-kata semangat buat diri untuk menatap wajah ini buat kali terakhir. Itu janjinya. Itu juga pintanya.

"promise not to look for me again, Khal."

Kepala digeleng. Tak mungkin, Qis. Tak mungkin..

"terima hakikat ini, Khal. Dah tak ada "kita" antara kita. You..me... dah habis. Over. Titik."

Qistina bangkit dari duduk. Coach diriba dibawa ke jari-jemari.  Khalish ikut berdiri. 

"thanks for the lovely dinner, Khal." Senyum. " i balik dulu,hmmm." Salam dihulur perlahan bersama ayunan langkah kemas menuju ke pintu.

"Qis..."

Tubuh Qistina berpaling. Khalish sudah berada selangkah dibelakang. Tanpa disedari Khalish rupanya mengekori daripada belakang. Tubuh takzim berdiri. Dia pasang mata kembali saling memandang. Bibir Khalish dilihat tenang melontar senyum halus.

" i akan tetap berusaha untuk dapatkan you semula, Qis. I will. No matter how."

"Khal.."

Khalish menggeleng. 

"antara kita belum selesai lagi, Qis.."

"apa nih, Khal. I dah cakap baik-baik dengan you. Please, Khal. Just let me go."

Kepala menggeleng lagi.

" nama you..wajah you...diri you...segala-galanya tentang Annur Qistina akan kukuh bertakhta dalam hati..dalam jiwa Khalish Ariq. Selama-lamanya. Takkan ada yang lain. Hanya lafaz cinta yang akan bersaksikan seluruh keluarga menjadi penanda sudah selesai antara kita nanti. Lafaz cinta yang akan Khalish sematkan di jari manis Annur Qistina. Tanda dia milik mutlak seorang Khalish Ariq. Insya-Allah. "

Qistina terpempan.

Thursday, December 20, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 11

 Bab 11
Jeda.

Dua pasang mata saling memandang. Qistina bawak lari mata merenung pintu yang sudah tertutup rapat. Ditarik dari luar oleh Anis tadi sebaik sahaja lelaki didepannya ini dengan selamba dan tak malu melabuhkan duduk. Kalau ikutkan hati mahu sahaja Qistina sembur segala kata-kata makian yang tersenarai dalam kamus jiwanya sejak sekian lama. Namun, berbaloi ke semua itu? Bukankah dia sudah berjanji untuk mengawal diri dan menjauhi lelaki ini daripada mendekati hidup barunya. Kata-kata amarah yang sekian lama terperam dilubuk jiwa nanti pasti akan terus rancak mengundang langkah lelaki ini makin merapati diri. Qistina cukup kenal siapa Khalish Ariq. Makin dihalang, makin dia mara. Makin dimarah, makin dia giat.  

"apa yang awak mahu lagi daripada saya, encik Khalish Ariq?"

"Is Khal, dear. Dah lupa yang awak suka sebut nama saya macam tuh."

"Khalish.." ditekan sedikit suara. Dinding sabar bergegar. Berdetap jari-jemari yang diramas-ramas dibawah meja. 

" saya nak awak, Qis. I want you. Like it or not. You don't have the choice."

Qistina lepas nafas. Dalam-dalam. Wajah tampan dihadapan direnung. Sukar dijelaskan perasaannya saat ini. Getar di tabir jendela hati menjentik naluri. Istighfar dialun. Ya Allah.

"Jangan cabar saya lagi Khalish. Cukup cukup lah kuasa veto awak dahulu. It's over. I'm no longer the old sweet Qistina that you knew five years ago. It's all over between us. You picked the choice. Remember?"

"my mistake, Qis."

Qistina senyum sinis. "dah terlambat.."

"you're my love, Qis. No once else in my heart. Only you."

Ketawa Qistina terluncur. Lucu dengan pengakuan Khalish. Kata cinta tapi faham ker sungguh-sungguh makna cinta tu. Kalau cinta harus percaya. Kalau dah tak percaya jangan berani berani kata cinta pada dia. Cinta la sangat!

Direnung wajah tenang dihadapan. Terdetik rasa hairan dihati Qistina. Lelaki ini cukup tenang menghadapinya, Bukanlah sepatutnya dia yang yang dikurniakan ketenangan itu.

"it 's all over between us. Titik."

Khalish senyum. Senyuman yang dirasakan begitu menyakitkan di mata Qistina. 

"you are the same Qis who still love me..till now..and forever. Am i right? Don't try to denied it, Qis. I knew it from your look. You eyes tell everything. And so do i, Qis. I never change. Never. It's your name beautifully crafted in my heart. Let start all over again. " Khalish tidak mahu mengalah. Bukan mudah dia dapat melolos naik ke atas bilik gadis pujaan hatinya ini. Puas dia memujuk Ray agar membantunya untuk slow talk dengan adik iparnya, Shima si penyambut tetamu di bawah tadi. Untuk mengambil hati Shima dia siap bawak sejambak bunga ros putih dan menjinjit beg kertas tertera Estee Lauder. Siap dipujuk setiausahanya mencari dan membelikan wangian Sensuous Nude dari jenama tersebut. Nude? Terburai ketawanya bila mendengar perkataan yang terluncur dari corong suara Ray ditalian. Itu yang dikhabarkan Ray mengenai kegilaan baru Shima tentang wangian dari jenama itu. Siap korek dari adiknya sendiri merangkap suami Shima lagi. Lebar jugak senyum Shima tadi namun Khalish tetap diberi amaran..jangan buat hal dengan Qis. Kalau Kamal tahu nanti Shima kata dia pasti mati kena tembak! Senyum terukir mengingatkan kembali kata-kata lucu Shima sebentar tadi. 

"jangan main-main boleh tak?" Nada suara sudah naik satu anak tangga. Kenapalah lelaki ini datang mengucar-kacirkan kembali sinar pelangi yang cuba dibina sejak bangun dari tidur pagi tadi. Semalaman dia berkurung didalam bilik. Cuba mencari tenang. Cuba mencari kekuatan. Cuba membina semangat yang goyah. Dan Zita yang bagai memahami hanya mengetuk pintu memanggilnya turun untuk makan malam. Langsung tidak mengganggunya sejak dari dia pulang tengahari semalam. Terpaksa dibohongi menyatakan dia tiada selera, sedangkan hakikat dia tidak sedia berdepan dengan sahabatnya itu. Pasti Zita yang bijaksana sudah dapat mengagak. Pasti Azhar yang tenang dapat membaca keruh dijiwa Qistina. Ya Allah tak sudah sudah dia menyusahkan keluarga ini dengan masalahnya.

"i'm serious. Qis."

Pergi jahaman la dengan serius awak. Kan dah mula! Dan ini yang dia tidak gemar. Dia tidak mahu menyingkap kisah lampau nan pedih yang akan membuatkan perasaan amarah kembali menggelegak. Qistina sudah berjanji untuk menjadi Qistina yang baharu. Qistina yang matang. Qistina yang sabar. Qistina yang tenang. 

"serious?" Kepala digeleng. Kalau awak serius, kita takkan jadi begini, Khal. Kalau awak serius kita dah lama bahagia, Khal. Dan saya takkan terdera selama bertahun dinegara orang. Awak bukan serius, awak ego, Khal. Ego awak sebesar gunung Himalaya. Dihempas nafas lagi. " Khalish, listen..." Dan belum selesai ayatnya disusun, Khalish sudah memintas.

"Qis please. Just gave me another chance. I'll proved it to you. I promise...swear in the name of Allah." Dua pasang mata tepat memanah. Khali. Qistina telan air liur yang macam tersekat untuk menuruni lembah kerongkong. 

Telinga pantas menangkap pintu bilik deras dipulas dari luar. Mata Qistina tidak berkelip. "Qis babe, jom... meeting is gonna start." Dan empunya suara terbisu sesaat. Tiga pasang mata saling memandang. Tatapan redup meraih simpati. Tatapan tajam. Tatapan terkejut. Joe bijak mengawal suasana. Mamat poyo berlagak ni rupanya. Bila pulak dia tahu Qis dah balik nih haa? Macammana pulak boleh terlepas sampai ke atas ni. Sinaran tajam dari sepasang mata yang menoleh penuh takzim memandangnya ditentang dengan tenang. Dah lama aku tunggu kau, Khal. Joe tayang senyum bila pandang wajah redup Qistina. Cukup dia mengerti isyarat itu. Joe tidak sampai hati. Kalau diikutkan rasa dan dendam mahu sahaja di hamburkan segala makian serta dibalas balik apa yang dia terima dahulu daripada Khalish.  Pantas dua tapak tangan diangkat separas dada. "Opps..sorry.didn't know you got a special guest here."

Kepala Khalish spontan menoleh saat cuping tegak bila perkataaan " Qis babe " menerjah lubang telinga. Dua pasang mata saling bertentang. Huh, mamat romeo tak pencen ni lagi. Tak sudah-sudah mengayat dan pasang niat nak merampas barbie doll gua ker, bro? Tolong jangan cari pasal lagi dengan aku, bro! Ker, kau nak rasa lagi penangan buku lima aku macam lima tahun dulu. Jaga bini kat rumah tu baik baik laa. Jangan kacau hak oranglain. Khalish tau ayat"special gueast" dihujung ayat lelaki yang sedang berdiri didepan pintu Qistina ditujukan secara sinis kepadanya. Aku memang istimewa, bro. Sangat istimewa dihati Qistina. Kau? Bibir menyuring senyum meleret. Jangan lupa siapa kau sekarang. 

Kepala Joe yang masih mematung di depan pintu yang terkuak sambil mengangguk ditatap. Qistina nampak mata dua lelaki ni saling bertentangan. Tajam. Ya Allah, tak sudah sudah lagi ker cerita dulu. Joe..Khal..stop it!  Air liur yang Qistina telan terasa pahit. Dada bergoncang hebat. Melihat reaksi Joe dan Khalish, kisah silam mereka bertiga kembali menerjah fikiran. Ya Allah tolong hambamu ini. Joe, tolong jangan buat hal lagi. Tolonglah, Joe. Khal..please, kesiankan saya. Qistina rasa nak meraung bila pandang wajah tegang kedua-duanya. 

"Qis..are you coming?" Joe angkat kening. 

Senyum Qistina terasa payah diukir. Hati brlagu bimbang melihat wajah kedua-duanya.  "Joe, you go ahead first with Zura,hmmm. I'll be joining you guys in five minutes.  They are here?." "They" tu merujuk kepada kontraktor yang Qistina minta Zura panggil untuk datang hari ini. Dia perlu berjumpa dan berbincang mengenai kertas cadangan yang dibentangkan mereka sebulan lepas. Itu tiga minggu sebelum kepulangannnya. Tapi bila Kamal meminta dia mengetuai projek baru di Borneo ini, Qistina mahukan segala maklumat terperinci daripada pihak kontraktor yang dilantik. Dia mahu teliti segala maklumat berkenaan. No mistakes! Jangan buat hal. Ni minyak. Ni gas. 

Fail tebal warna putih dihadapan dicapai. Organiser bersama sebatang pilot G-1 hitam disambar dari bekas bulat dihadapan. Qistina buat-buat tak nampak renungan sepasang mata Khalish. Mata dilarikan ke skrin apple dihadapan. Jari jemari runcing galak menekan papan kekunci. Kembali wajah ditala ke depan. Khalish yang tersenyum ditatap tenang. Getaran didada kembali memacu. Wajah ini tidak putus-putus menyerang kembali kotak memori silam. Manis. Pahit. 

"i got a meeting. An important meeting."

"So?" Khalish cuba mengusik. Bukan dia tidak faham tugas Qistina sebagai jurutera kanan yang selalu sahaja sibuk. Sejak dahulu gadis ini begitu komitet dengan tugasnya ini. Pernah juga mereka berselisih faham gara-gara Qistina yang sering turun ke platform diawal penglibatannya di bidang ini. Seringkali juga Qistina yang lembut terpaksa beralah dengannya. Kata Qistina, Khalish kena faham. Jurutera dan dunia kewangan tak sama. Lagi-lagi jurutera mekanikal sepertinya yang bergelumang dengan subjek saliran pam dan paip sepanjang masa. Turun ke pelantar jika diperlukan.

"So please leave my office."

"i'm not leaving till you say something, Qis. We need to talk."

Qistina mendengus perlahan. Dada turun naik menahan rasa yang bergumpal dan menendang-nendang dinding hati.

"Khalish..." Sedaya upaya dikawal suara. 

"I' wait here till you finish with your meeting."

Ya Allah. Bibir dikemam. 

" Qis.."

Akhirnya kepala diangguk. Berbalah diwaktu ini tidak akan memberikan apa-apa manafaat.  Tuntutan tugas yang menantinya lebih utama. Susah payah Zura mengaturkan nya buat Qistina. Bukan juga senang mahu mengumpul kontraktor yang terpaksa turun dari "site" demi memenuhi tuntutannta. Dan Qistina tahu Khalish takkan mengalah. Qistina kenal benar sikap "suami tak jadinya" ini. 

"fine. Tonight. 8pm. Sharp. Alexis."

Khalish senyum. Hati sudah melonjak riang. Rasa mahu melompat saat ini.

"i'll fetch you from here."

Qistina menggeleng.

"we meet there. I'm driving from my friend place."

"Friend place?" Kening Khalish terangkat. "who? where?"Qistina buat-buat tak nampak reaksi Khalish. Buat buat tak dengar pertanyaan lelaki ini. Khalish..Khalish. Tak sudah sudah nak ambil tahu semua perkara yang dilakukan Qistina. Persis dahulu. Tubuh Qistina ditegakkan. Dicapai blackberry yang terdampar di atas meja kerja yang bersepah dengan kertas dan fail yang diperlu dia semak. Dengan isyarat tangan penuh berhemah dan sehabis sopan dipersilakan lelaki yang masih duduk dihadapannya ini untuk keluar daripada bilik.  Dua pasang kaki melangkah serentak. Qistina mendahului. Sampai dipintu tubuh berdiri seketika. Memberi ruang buat Khalish melangkah keluar sebelum tangan menarik tombol pintu. 

Khalish berdiri rapat disebelah. Dirapatkan wajah ke sisi Qistina.  Saat Qistina berpaling, wajah Khalish sudah betul-betul dikedudukan sebelah telinganya. Bisikan perlahan penuh aura itu kembali menerjah cuping. Sungguh Qistina tidak sempat mengelak. 

"i meet you tonight, sayang." Ditegakkan kembali wajah. Sempat dilontar senyum manis bersama kenyitan mata kepada Qistina yang mahu terkesima. Pasti terkejut besar! Pasti tidak menyangka Khalish akan bertindak seberani ini. Qis, demi dapatkan awak semula, saya sanggup lakukan apa sahaja. Apa sahaja, Qis. Diatur penuh yakin langkah ke hadapan menuju pintu keluar usai membisikkan kata-kata itu ditelinga barbie doll kesayangannya. 

Qistina masih takzim didepan pintu bilik. Tergamam diri dengan tindakan spontan Khalish. Merah wajah menahan malu dengan pandangan dan renungan para staff di hadapan yang menyimpul senyum. Dalam hati menyumpah-nyumpah tindakan drastik Khalish. Namun mengapa dirasakan degup jantung laju memacak. Degup yang membawa bersama satu perasaan lain saat diperlakukan sebegitu tadi oleh Khalish. Indah? Qistina mengeleng kepala. Menolak deras. Tak mungkin!

Tanpa  Qistina mahupun Khalish sedari adegan "mesra" Khalish terhadap Qistina tadi menjadi santapan sepasang mata yang tidak berkelip memandang. Dihadapan pintu bilik Merak, Joe tegak mematung. Mata mencerlung tajam. Nafas dihempas kuat. Dua tapak tangan digenggam kemas. Ada perhitungan yang belum selesai.

Monday, December 17, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 10


Bab 10
Pintu pagar yang ternganga kala kereta yang dipandu Qistina memasuki halaman utama banglo putih milik Zita sudah tertutup sepenuh. Dipandu penuh cermat enjin jenama Jerman yang cukup terkenal ini memasuki kawasan garaj yang turut sama menempatkan sebuah Lexus LS milik Azhar. Qistina tekan punat ditangan sambil kaki melangkah perlahan menuju ke pintu utama banglo yang didiami sejak kembali ke Kuala Lumpur. BMW Zita yang terparkir ditoleh sekilas sebelum kembali meneruskan langkah yang terhenti. Salam dilontar perlahan sebelum tangan mencapai tombol pintu. Azhar dan Zita juga Maisarah yang bersantai diruang tamu utama sambil menonton hanya disapa dengan senyuman dan lambaian tangan. Tidak pula mahu menyertai mereka. Tidak sekarang. Moodnya sedang tidak tentu arah sekarang. Jiwanya sedang kacau! Tidak mahu nanti akan dikesan Zita mahupun Azhar. No..no. Tidak mahu nanti akan timbul rasa bimbang di hati Zita. Sahabat baiknya ini sudah cukup baik meladeni diri Qistina dan masalah yang mengepung hidupnya tanpa jemu. Kaki dihayun terus menaiki tangga. Dia mahu segera mencari katil. Mahu merebahkan tubuh. Mahu meredakan segala beban perasaan yang berantakan didalam dada. Mahu melupuskan segala yang dialaminya sebentar tadi. Mahu membuang jauh jauh wajah itu. Mahu melupakan semua yang dilafazkan bibir itu sebentar tadi. Mahu membenamkan renungan sepasang mata juga senyuman manis itu dari terus menabir dijendela hati. Pintu bilik kian dihampiri.

Sepasang mata Zita masih jeda biarpun bayang Qistina sudah lama tenggelam ke tingkat atas. Dadanya bergetar. Senyum Qistina sedang ditafsir. Ada sesuatu pada garis senyum yang dilontar sebentar tadi. Zita yakin ada sesuatu telah menimpa Qistina. Sesuatu yang mengganggu jiwa. Azhar pandang Zita yang masih tunak merenung tangga. Kelibat Qistina sudah lama hilang. Hairan jugak dengan sikap isterinya yang masih setia memandang ke arah tangga sejak tadi. Pasti ada sesuatu yang sedang berputar didalam fikiran Zita. Dibiarkan dahulu kerana Zita pastikan akan membuka mulutnya sebentar nanti.

"Har.."

"hmmm.." Mulut dinganga membenamkan seulas anggur hijau dari segugus yang dihulur Zita sebentar tadi. 

"did you see what i see just now." Mata Zita masih takzim ke arah tangga dengan tapak tangan menepuk peha Azhar perlahan. Dijengah wajah suami disebelah yang sedang melayan gugus anggur.

"meaning?" Mulut Azhar masih terus mengunyah. Hmm, manis masam pulak anggur nih. Masamnya lebih dari manisnya. Azhar telek gugus anggur ditangan. Dihulur pada Maisarah. Laju kepala Maisarah menggeleng dengan lidah dijelir. Jari telunjuk dihala pada Azhar. Azhar ketawa. Bahasa mudah Sarah. Taknak, masam...papa makan. Ni mama Sarah la yang suruh papa beli nih. Mengidam nak anggur hijau yang besar, bulat dan takder bijik. Kata baby nak makan. Puas jugak Azhar mencari. Akhirnya  jumpa gak di  KLCC. Tapi tu laa..macam nih la rasa dia. Azhar tengok Zita laju aje mengunyah tadi. Sedap kata isterinya itu. Siap suruh Azhar beli lagi esok. Beli banyak sikit. Ni tak cukup. Sekali hadap sure Zita boleh habiskan. Azhar senyum bila Zita selamba lontar kata. Siap ditarik hidung mancung Zita yang comel.  

Zita tatap terus wajah Azhar. Dua pasang mata kini bertentangan. "Khal..."

Azhar kerut dahi. Khal? Ulas anggur terakhir dilontar masuk ke dalam mulut. Laju dikunyah. Mata terlus ke arah wajah Zita yang sedang merenungnya. Sedang menagih susulan kenyataan daripadanya tentang subjek yang disebutkan sebentar tadi. Apahal pulak dengan hero handsome tak berapa nak matang tuh. Azhar hanya tahu kisah Qistina dan Khalish daripada Zita. Sejak mereka mula-mula berkahwin dahulu hubungan isterinya dengan Qistina terjalin erat biar cuma di pentas maya. Daripada Zita, Azhar diberitahu Qistina kawan baiknya sejak di zaman sekolah lagi. Dan daripada Zita, dia kenal Annur Qistina dan Khalish Ariq. Daripada Zita juga laa Azhar tahu kisah hubungan antara kedua-duanya. Segala-galanya. Manis awalnya yang dinoktahkan dengan titik yang cukup tragis. Kisah hubungan dua hati yang  sewajarnya tidak berakhir sedemikian rupa.  Bagi Azhar hanya satu perkataan mudah untuk menyatakan tentang lelaki itu. Khalish memang tolol! 

"i didn't get you. Why Khal?"

"Khal mesti dah dapat jumpa Qis. I knew it. Tengok muka Qis tadi i dah dapat agak."

Oo itu sebenarnya. Tapi Azhar macam tak rasa itu jawapan pada perlakuan Qistina sebentar tadi. Senyum, lambai dan menonong sahaja naik ke atas. "Tak kut, sayang. Maybe she's tired and wanna have a rest. Keje sampai malam. Penat jangan cakap. Penat otak...penat badan. Ingat nak rehat, weekend pun kena kacau. Nak tolak tak sampai hati sebab kawan baik dan boss yang ajak."Zita yang beritahu Azhar tentang hal itu bila dia bertanya dimana kereta Zita ketika dia keluar ke garaj mahu mengambil sesuatu dari Lexusnya. Terkejut besar Azhar bila mendapati BMW isterinya itu tiada di parkir garaj.

Zita geleng kepala. Dia cukup kenal Qistina. Sikap dan perangai Qistina sudah cukup masak di hati Zita. " no. I knew is Khal. Maybe..maybe he had done something to Qis. Say something bad to her. I naik jap tengok Qis. Maybe she need someone to talk. "Zita bangkit daripada duduk. 

Azhar menggeleng. Tangan Zita lembut dicapai. Digenggam. Enggan membenarkan tindakan Zita. Kerut di dahi Zita dibalas dengan kenyataan agar jangan diganggu gadis itu. Jika benar apa yang disangka Zita benar, pasti Qistina mahu bersendirian seketika. Pasti Qistina mahu memenangkan hati dan perasaannya yang mungkin telah terganggu atau seperti kata Zita tadi yang si dia "may have done something" pada Qistina. 

"let her be alone. She need it, dear."

"but Har..i risau. Qis tu hati dia lembut. Perasaan dia halus. Nampak jer kuat. Tah haper si mangkuk tu dah buat agaknya. Jangan jangan dia ada kata something yang teruk kat Qis nih. Muka Qis tadi memang nampak sedih jer walau dia cuba senyum. I kenal sangat Qis. Dia cover macammana pun i tahu. I tak mau Qis sedih sedih lagi. Dah cukup laa lima tahun dia tanggung semua kisah sedih dek keje bodoh si mangkuk tuh."

Mangkuk? Azhar senyum dalam hati  dengan kata spontan Zita. Isterinya ini adakala memang spontan sungguh. Azhar paut tubuh Zita. Dielus hujung rambut isterinya yang terbuai di lantai bahu.

"trust me. She'll speak to you on this once she's ok. Bagi dia peluang untuk selesaikan sendiri. Bagilah dia masa untuk lepaskan semuanya. Bagi dia masa untuk tenangkan diri."

Zita lepaskan nafas perlahan-lahan. Dijatuhkan kembali punggung disebelah Azhar. Tangannya masih erat digenggam Azhar. Bahunya dipaut dan dielus perlahan. Bisikan Azhar ditelinga cukup jelas. Let her be with herself. She need it...she need time to be alone.

Coach dilurutkan dari bahu. Langkah dibawa ke meja hias di tepi pintu. Diletakkan tas tangan kesayangannya di lantai meja. Ditarik deras tudung lalu diletakkan di bahu kerusi dihadapan meja hias. Langkah di bawa laju ke katil. Direbahkan tubuh. Mata terpejam seketika. Nafas beralun perlahan. Kitaran masa kembali menerjah ruang fikir. Dia jauh dibawa ke awan. Jauh.

Mata Zita sedikit terbuntang. Tubuh Qistina yang melintasi masuk ke dalam bilik mereka ditatap tunak. Lontaran kata-kata Qistina yang baru pulang dari keluar bersama Khal cukup mengejutkan.

"Khal suruh kau pakai tudung?"

Bibir Qistina menjuih muncung. Kepala diangguk laju. Suara lembut masih terjeda.

"apsal tetiba jer suruh kau bertudung. Selama ni elok jer dia layan kau aku tengok. Takder pulak dia tegur kau tak bertudung atau cakap pasal nih pun. Kemain puji lagi rambut kau. Cantik..seksi." Zita terus mengasak. Tidak puas hati. Qistina sudah sedia maklum yang Zita memang tidak begitu setuju perhubungannya dengan Khalish wala sudah dinyatakan dan diyakinkan lelaki itu yang terbaik buatnya. Sikap Khalish yang terlalu mengawal Qistina bagi Zita keterlaluan. Kata Zita kata Khalish sewajarnya percaya dengan sesungguhnya kepada Qistina. Hati perempuan seperti Qistina ni kalau dia sudah kata sayang dan cinta pada lelaki yang itu, akan dikotakan. Takkan dicurangi lafaz janji itu. Biar dibariskan lelaki setampan bidadara sekalipun hati Qistina akan tetap memilih Khalish. Qistina tahu jauh disudut hati Zita, temannya ni sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Bukti biar dia tidak bersetuju dengan pilihan Qistina, biar dia tidak begitu sukakan Khalish tidak pernah sesekali dia meminta Qistina meninggalkan Khalish. Kata Zita dia akan mencapai bahagia jika Qistina juga menggenggam bahagia.

"sungguh-sungguh ker ni?" Zita masih terus mencari jawapan. Tubuh Qistina terus dipandang.

"Iye. Siap pakai sebut hukum. Bawak ayat al-quran bagai. Dah sama macam ayah aku gak. Ngeri tau." Satu demi satu bilah kata terlompat dari bibir merah jambu mungil Qistina. Langkahnya satu persatu dihayun perlahan ke katil dihadapan.

Zita pusing tubuh dari duduk yang tadinya mengadap ke dinding meja studinya. Buku Statistik ditangan ditutup. Dua kaki diangkat keatas. Dilipat ke riba. "pelik la. Khal tu apahal sebenarnyer. Ker.." Ditenung tubuh kurus Qistina yang kian menghampiri katil. "..ada benda lain dah jadi nih. Khal tu mesti ada sesuatu dalam kepala. Bukan aku tak kenal dia." 

Qistina hembus nafas. Langkah longlai dibawa ke katil. Dihempaskan tubuh. Terlentang di ranjang yang cuma berbalut cadar putih. Kaki terjuntai ke bawah. Dibalut raut wajah dengan dua tapak tangan. Dipejamkan mata. Dilontar hembusan sekali lagi. Kali ini lebih kencang hingga menampar ke cuping Zita.

"Qis..." Qistina tahu Zita masih tidak puas hati. Sah dalam kepala temannya itu akan cakap tak kira. Nak korek jugak. Qistina bukan tidak kenal sikap tidak putus asa Zita. 

"jealous kut.."

"jealous? " Terbeliak kembali mata Zita. Qistina mengangguk lesu. 

"sebab apa pulak.."

Qistina terjeda. Tidak memberikan apa-apa balasan pada pertanyaan Zita. Tubuh yang berbaring kini ditegakkan. Dilipat dua belah kaki ke atas. Dua tangan diletak dibawah dagu. 

"Zie..." Kepala Zita terangkat sikit. Kening turut terjongket. Isyarat berkata.. apa?

"aku ni..." Mata Qistina jatuh pada wajah Zita yang memandang tunak. "..cantik sangat ker."

Kepala Zita dilihat mengangguk laju sambil tersenyum. Dilihat Zita mula bangkit dari duduknya menuju ke arah katil. Tubuh Zita dilabuhkan disebelah Qistina. Bahu Qistina dipaut mesra. 

"bukan cantik, Qis...tapi sebenarnya sangat cantik. Tak berkelip mata orang yang pandang kau. Siap tertoleh-toleh. Tau tak budak-budak mekanikal panggil kau apa?" Qistina menggeleng. Langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini. Selama menjadi rakyat di universiti ini dia mana ada masa untuk bermesra-mesra dengan rakan sefakultinya. Usai kelas dia akan terus sahaja keluar menghabiskan masa di perpustakaan. Dia tidak selincah Zita yang punya skop pergaulan yang jauh lebih luas. Dengan siapa sahaja di boleh jadi kawan. Sebab itu agaknya dia mudah saje menerima Zita yang mesra dan lincah sebagai temannya sewaktu di sekolah. Dan hingga kita Zita kekal menjadi sahabat baiknya selain Layla yang sama-sama dikenali di sekolah. 

"anak patung."

Qistina kerut kening. Anak patung? Dia..anak patung?!..bukankah itu juga yang dikatakan Khal tadi. 

"macam barbie doll?"

Zita angguk. Senyum. "nak sebijik pun..cuma rambut kau tu jer yang tak blonde. Kalau tak, sah orang ingat barbie doll tu hidup."

Qistina raup muka. 

"Kenapa?"

Qistina geleng kepala.  Kata-kata Khalish tadi kembali terlayar di mata. Bilah bicara dari bibir lelaki yang amat dia cinta itu kembali terngiang-ngiang di cuping. Rupa dan penampilan dirinya ini rupanya menjadi satu ancaman pada perasaan lelaki itu. Qistina masih sukar menghadam kenapa perlu ada rasa sedemikian didalam hati Khalish. Bukankah selama ni sudah dikatakan pada Khalish agar percaya pada cintanya...percaya pada Qistina. Didalam hati dan jiwa Qistina hanya ada Khalish. Sampai bila bila. Sampai mati!

Kelopak mata terbuka. Siling putih susu yang dihiasi chandelier ditatap tidak berkelip. Warna jingga chandelier itu ditenung lama. Dalam-dalam. Jingga yang makin kelam lalu memercik bias kemerah-merahan disegenap ruang bilik. Qistina telan air liur. Ada rasa yang kembali menerjah didada. Rasa yang mengumpil dari dalam jendela jiwa. Hati bagai terhiris kembali. Dalam. Sakit. Terlalu sakit. 

Kenapa tak percayakan Qis, Khal. Kenapa?!!!

* * * * * * *
Khalish capai gelas tinggi didepan. Titis dari dindingnya yang berpeluh dibiarkan membasahi ke tapak tangan. Pandangan Ray disebelah dibiarkan sahaja.  Disua ke bibir. Laju aliran lemon juice terjun memasuki lorong kerongkong. Suku sahaja lalu ditarik muncung gelas dari bibirnya. Diletakkan kembali dihadapannya.  Bekas bakul comel berisi kacang didepan dicapai. Dilontar laju kedalam. Ruang udara Ovo Live Bistro cukup meriah. Khalish lebar senyum melihat DJ yang rancak berceloteh sambil berkata akan memutarkan rangkaian lagu-lagu malar segar buat pengunjung bersesuaian dengan tema Oldies- the evergreen untuk malam ini. 

"kau terjah masuk dalam kereta dia?"

Senyum. Dilontar lagi kacang kedalam mulut.

"gila kau, Khal." Khalish ketawa. Rayyan geleng kepala. Mata dilontar pada wajah tampan disebelah.

"Really crazy, man. Kalau dia jerit sah sah kau mampus kena seret ke balai. Jangan harap aku nak jamin kau keluar lokap. "

Ketawa. "yup. I'am. The crazy virus exist  because of her."

"kau jangan lupa kau yang buang dia dulu. It's you, Khal. You start the fire."

Angguk. Gelas jus lemon dihirup lagi. Rakus. "those was my bad day, Ray. Admit." Tangan menggamit seorang pelayan dengan gelas diangkat sedikit. Isyarat mahukan jus lemon yang kedua.

Rayyan geleng kepala lagi. Sah gila dah kawan baiknya ini.

"Senang kau cakap. Tapi yang pasti dia takkan maafkan kau semudah macam ni.." Dicapai butir kacang lalu dilontar ke dalam mulut. Khalish agguk. Setuju. "yup. I knew. But i knew one thing for sure.."

Rayyan terus memandang. Menanti. Mata sempat menjelajah kesekitar ruang Ovo yang mulai bingit dengan suara para pengunjung yang tenggelam timbul. 

Khalish senyum. Wajah Qistina sedang terlayar diminda. Kerlingan Qistina sedang menari di mata. "She still love me, Ray. She still. Her eyes can't denied it." Rayyan tatap wajah Khalish yang tenang disebelah. Dicapai cawan latte didepan. Disua ke bibir. Wajah cantik dan keanak-anakkan Qistina terlayar di ruang fikiran. Qistina yang lembut. Qistina yang patuh. Qistina yang setia. Gadis itu tidak pernah bersalah selama ni. Qistina tidak pernah mencurangi hubungan kedua-duanya. Rayyan tahu Qistina hanya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Yang pasti Qistina berada disitu atas tiket tuntutan tugas. Bukan sebab lain. Hanya salah faham Khalish ditambah cemburunya yang menggunung memburukkan keadaan. Dan di saat semuanya terbongkar Ray tahu Khalish sudah terlewat. Qistina sudah jauh membawa diri dan hati yang parah terluka. Tawaran dari pejabat di seberang laut tepat pada waktu. Qistina pergi. Langsung tidak menoleh. Dan langkah Qistina tak terdaya dituruti Khalish akibat ego diri yang kuat memasung. Namun Rayyan tahu jauh dilubuk hati Khalish, lelaki ini tidak pernah melupakan Qistina. Dan hingga kini hanya nama itu yang terus bertakhta dijiwa dan tertulis dihati Khalish. Lelaki ini tidak mungkin boleh melupakan gadis yang sudah menguasai hati jiwa sekian lama. Nama yang menjalar diseluruh urat nadi..meniti di setiap aliran darah...berhembus disetiap helaan nafas...berdegup disetiap denyut jantung.  

"pandangan mata tak semesti betul, bro. Kau kena tau Qis sekarang bukan Qis yang kau campak lima tahun dahulu. Qis yang dahulu mungkin dah jauh berubah, Khal. Tak semudahnya dia akan lupa apa yang kau dah buat. Memaafkan kau juga tak semudah itu. Hati perempuan ni sedalam lautan..nampak tenang tapi didasarnya kau takkan tau. Mungkin tenang...mungkin berkocak...mungkin juga bergelora."

Khalish campak sebutir kacang kedalam mulut. Dikunyah perlahan. Kata-kata Rayyan berkumandang di kepala. Terngiang-ngiang dicuping. Tidak dinafikan apa yang dikatakan teman baiknya ini semuanya benar. Dia jangan mengambil mudah. Qistina yang ditemui pagi tadi mungkin bukan "Qistinanya" lima tahun dahulu.  Segala yang berlaku antara mereka tidak akan dilupakan sebegitu mudah oleh Qistina. Memaafkan Khalish juga belum tentu. 

"aku tahu, Ray." Khalish mengangguk perlahan sebelum menyambung bicara. " aku tahu tak mudah untuk dia maafkan aku atas apa yang dah aku lakukan dahulu. Aku tahu dia memang terluka sangat. Aku memang bodoh." Khalish hela nafas dalam. Dihembus semula. Hakikat cabaran untuknya meraih kembali Qistina takkan semudah dahulu. Seperti kata Ray, lima tahun pasti sudah menjanjikan sebuah perubahan diri seorang Annur Qistina. 

"Tapi aku akan lakukan apa sahaja untuk menangi hati Qis semula. Akan aku lakukan apa sahaja untuk meraih ampun maaf dari dia. Kalau perlu melutut didepan khalayak ramai aku akan buat. Apa sahaja aku sanggup." Diraup wajah dengan tapak tangan. Khali sesaat. Rayyan hanya jeda. Memberi ruang buat seketika. Menanti bicara Khalisg selanjutnya.

Khalish melihat ke hadapan.  Merenung tabir masa depannya bersama Qistina. Dia sudah punya peluang itu dahulu namun kerana kebodohan diri peluang itu terlepas. Untuk meraihnya kembali, cabaran getir pasti menanti dan Khalish sudah menanam tekad akan melakukan apa sahaja untuk meraih kembali cinta Qistina.

" aku tak sanggup lagi hilang Qis untuk kali kedua. Aku tak sanggup hilang dia lagi dalam hidup aku, Ray. Qis segala-galanya buat aku...buat hidup aku selama ini. Aku tau ego aku selama nih memakan diri. Depan kau..depan yang lain aku cuba berbohong..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri, Ray. Aku tak boleh. Masa kau cakap dia dah balik hati aku ni macam nak melompat keluar. Tak tergambar gembira. Aku rasa doa aku selama bertahun-tahun ni Allah dah makbulkan.Akhirnya dia balik jugak. Dan aku akan tebus khilaf aku pada dia walau apa cara sekalipun Ray.Kalau Qis nak jatuh hukuman pada aku, aku sanggup. Dia dah balik...dia dah ada depan mata dah cukup buat jiwa aku kembali bernafas." Tapak tangan Ray singgah dibahu. Ditepuk penuh semangat. Tanda sokongan. Tanda dorongan. Tanda akan sentiasa bersama disisi biar apapun juga keputusan Qistina nanti. 


* * * * * * *
"who?" Qistina angkat muka. Anis yang berdiri dipalang pintu ditatap. Fail ditangan masih dipegang. Tadi saat ditengah leka meneliti dokumentasi baharu yang diberikan kontraktor  pintu biliknya diketuk oleh Anis; setiausaha Kamal memberitahu ada seseorang mahu berjumpa dengannya. Wajah Anis dirasakan seperti lain sahaja. Pelik sungguh. Anis kan kecoh jadi bila tiba-tiba dia jadi seperti budak yang baharu memulakan alam darjah satu Qistina memang rasa begitu pelik.

"err..actually Qis..he is..."

Dan belum pun habis petanyaannya dijawab oleh setiausaha ketuanya itu, mata menangkap jelas sekujur tubuh berkemeja biru dengan tali leher warna sedondon dengan rona yang lebih gelap tiba-tiba muncul dibelakang Anis dan berdiri didepan pintu biliknya yang ternganga. Qistian tersentak namun cuba dikawal diri agar bertenang. Dia tidak akan sesekali tewas pada insan dihadapannya ini. Lontaran nafas dikawal. Degup jantung dibawa meniti perlahan. Etika dan integritinya sebagai profesional di syarikat ini harus dijaga. Tetamu kan harus dilayan dengan baik sekali! Kerdipan mata dihala pada Anis yang jelas memapar riak risau..riak gusar..riak bimbang. Seperti biasa senyum dilontar. Anis tidak harus dibebani rasa bimbang. Qistina tidak mahu Kamal diberitahu. Makin haru nanti. Isyarat senyum manis itu mudah difahami Anis. Qistina tahu itu. Ia menyatakan dia ok. I can handle him, Anis!

Mata dilontar pada wajah yang takzim bersandar di pintu. "do you have an appointment?" Sah Shim yang bagi dia naik nih. Shim, what have you done, gal!!!

"you just did.." Dan tanpa dipelawa susuk tubuh tampan dan segak itu bersahaja pula melabuhkan duduk dihadapan Qistina. Nafas dihela perlahan. Cuba bertenang walau hakikat sebenar Qistina rasa jantungnya mahu melompat keluar! Tidak menyangka seberani ini lelaki yang sedang duduk dihadapannya ini bertindak.  

Mata dihumban lagi ke arah raut tampan dihadapan. Qistina sedang sedaya upaya mengawal debaran didada. Mata mereka saling bersabung pandang.

 "what can i do for you encik Khalish Ariq?"

Khalish lontar senyum manis  pada wajah cantik bertudung biru dihadapan yang jelas sedang mengawal rasa terkejut yang teramat dengan kemunculannya yang tiba-tiba. Sedondon mereka hari ini. Macam berjanji pulak. Sejiwa kan. Hati sedang tersenyum lebar. "is not what you can do. Is suppose to be what i want. And i want you. Only you, Annur Qistina. No matter how...like it or not."

Qistina ketap bibir. Gila!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...