Tuesday, May 31, 2016

Lempaqbelakang sat naa sementara tunggu buku sampai..


"Diaorang dah selesai. Let's meet the hottest newlyweds in town. Hubby Ed memang mengancam…super sexy and delicious.”

“Jom jom.” Ketiga-tiganya meluru laju mengatur langkah tumit tinggi. Jay, Nico dan Chin yang segak berbaju melayu dan bersampin mengekori dari belakang.

“Depa kata Am sexy delicious woo. Haish…” Jay geleng kepala.
“.. anak-anak dara la ni memanglah menakutkan. Ingat kami oghang jantan ni makanan ka?”

“Aku seksi jugak, Jay. Saja aku tak nak tunjuk kat diaorang tu. Takut nanti ada yang ikut aku balik rumah.” Nico urut dagu.

“Hang seksi?” Jay hala telunjuk pada Nico. “Hang tengok apek. Dia seksi ka?” Chin kerut dahi.

“Hangpa tak perasan ka selama ni? Buta betul hangpa dua ekoq ni.”

“Aku ghasa cermin rumah hang tu buta. Tu pasal mata hang pun dibutakan.”

“Kuang ajaq la tu. Ayat bisa macam racun ipoh.”

“Hakhakhak. Racun itu ubat, bro.” Jay sambung gelak sambil paut bahu Nico.

“Babe!” Ria, Puteri dan Dina hulur depa tangan.

“Ria!Puteri! Dina!” Edrina ikut meluru kala melihat Ria, Puteri dan Dina sedang mendekatinya. Pautan tubuh keempat-empat makin erat. Melompat-lompat. Ilham senyum. Tan Sri Ekram Syah dan Puan Sri Sarah geleng kepala.

“Tu dia. Dah macam adegan cita hindustan. Keretapi ja tak dak. Tidak memang complete prop dia.” Jay geleng kepala. Nico dan Chin lambak ketawa.

“Babe..congratulations.” Ria cium pipi Edrina. Puteri dan Dina ikut mencium. Ria pandangan Ilham.

“Am..take good care of my babe.”

“Insya-Allah.”

“Jangan buat Ed nangis. If I ever find out I will cut you into pieces. I swear.”

Ilham senyum.

“Amboii. Garang sungguh cheq noo. Abang Jay takut lagu ni, Ria oooi. Ingat cheq yang segak ni kucing siam. Rupanya marka rimau bintang. Lagu mana nak buat bini ni. Mampuih nanti malam-malam kena baham.” Jay tayang sengih mengusik.

“Jay!” Ria bulatkan biji mata. pecah ketawa semua.


Tuesday, May 24, 2016

Ulangtayang lagi...

“ Kak Ed skodeng Abang Am ek?”

“Skodeng?” Kening Edrina berkerut. Mata pandang Ria, Puteri dan Dina. Ketiga-tiga menggeleng. Nani gulung mata ke langit. Skodeng pun tak tau ke? Buat keje-keje skodeng tau pulak!

“Mengendap. Curi-curi tengok. Faham?”

Edrina sengih. Ria, Puteri dan Dina ikut tayang sengih tak malu. Nani dan Nini lontar renung.

“Tak boleh ke kak Ed mengendap Abang Am, Nani dan Nini? Tak dosa kan. Bukan Kak Ed pergi cium Abang Am. Tapi kalau dapat cium best jugak tau. Mesti tak lepas. Lama lama cium abang Am.” Edrina sengih gatal. Selamba. Nini tekap bibir. Tahan gelak. Kak Ed ni comel laa!

Nani lepas nafas. Kakak rambut karat ni memanglah surat saman pun tak sanggup nak dekat dia. Mata kemudian jatuh pada telefon yang dalam genggaman Edrina.

“Tu telefon kat tangan tu buat apa?” Bibir Nani dimuncungkan ke tangan Edrina.

“Snap picture Abang Am, Nani. Nice ones. Nanti Kak Ed nak print buat poster besar-besar letak dalam bilik. Boleh kiss sebelum tidur. Nanti boleh mimpi abang Am. Syoknyer.” Edrina tayang senyum gatal sambil kenyit mata. Ria, Puteri dan Dina dah tekup mulut. Tahan ketawa dari meledak.

“Gambar apa?” Nani jongket kening.

“Bumper. Tau bumper? Burger buns. Yang ni.” Tangan Edrina sentuh sambil tepuk punggung sendiri. “Sexy tau Abang Am punya burger buns. Muahhh.” Ria, Puteri dan Dina lepas ketawa dengan gelagat bersahaja Edrina.

Nini ketawa. Pecah berderai. Tak tahan. Nani tahan ketawa walaupun dalam hati dah pecah. Ya rabbi gila selamba betullah kakak rambut kuning berkarat ni. Nini laju sambar lengan Edrina. Senyum dilontar. Edrina ikut membalas.

“Gambar macam ni kena tanya dulu Abang Am dulu. Dia izinkan ke tak Kak Ed simpan dan buat poster besar gila tu.”

Edrina garu pelipis. “Ala. Tak payah la. Takkan la picture burger buns pun tak boleh. Kak Ed bukan snap gambar bogel Abang Am. Kalau yang tu, harus Kak Ed mintak izin. Nanti tak boleh tidur. Auww.” Mata dikenyit.

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan

MATA AZHAD tak berkelip saat Maserati yang dipandu Jo memasuki kawasan yang tertera perkataan Raudhatul Sakinah. Mata jelas nampak deretan nisan putih yang tersusun seragam di setiap pusara. Liur berkali-kali ditelan. Dilirik memandang Jo yang sudah memarkir kereta. Enjin yang bernafas mula lemah dan akhir berhenti berdenyut. Jo dilihat menarik kunci dan menolak pintu. Azhad masih takzim merenung Jo dan saat gadis ini berpaling, dua pasang mata mereka bertembung.

“Kau kenapa? Takut tengok kubur?” Jo jongket bibir.

Azhad geleng perlahan. Jo capai pemegang pintu.

“Jom.”

Jo sudah melolos keluar dari perut kereta. Namun Azhad masih statik di kerusi penumpang hadapan. Ombak keliru masih membadai. Membelah laut hati demi mencari jawapan pada tindakan Jo datang ke sini. Rasa terkejut masih belum surut. Mata merenung jauh ke deretan perkuburan yang terbentang di hadapan. Hanya ketukan di cermin pintu yang secara tiba-tiba buat segala rasa itu terbang. Jo yang menyua muka di luar cermin memberi isyarat agar Azhad keluar. Dilepaskan nafas. Perlahan-lahan dicapai pemegang pintu. Dada terus meniup gendang debaran yang dia sukar benar mahu menafsirkannya. Ditolak pintu. Jo yang tegak dipandang lama.

“Jo.. tempat ni.” Tidak dapat ditahan bibir dari bertanya. Dan seakan faham bahasa debar Azhad, Jo tunduk seketika memandang lantai tar. Bohong jika dia mengatakan tidak rasa apa-apa bila kembali ke sini. Walaupun dia seperti sudah bersumpah sendiri untuk tidak lagi menjejak langkah ke sini, sumpahnya lebur hari ini. Lebur semata-mata kerana Azhad. Dia perlu membuat pengakuan di depan lelaki ini. Jo tahu dia tiada jalan lain. Hanya ini sahaja satu-satunya bukti yang akan mengukuhkan penolakannya pada niat Azhad. Juga pada niat mana-mana lelaki bernama melayu yang mahu meneroka hatinya. Tak mungkin akan dibenarkan. Cukuplah sejarah duka dahulu yang pernah tercatat dalam hidup insan yang melahirkan dia ke dunia ini.

“Aku nak tunjuk pada kau sesuatu.” Dan usai dilafaz, langkah Jo terhala ke hadapan. Azhad akur mengikut langkah Jo walau hatinya dihambat beribu soalan. Mata menyusuri barisan kubur yang tersusun kemas sekata di kiri dan kanan. Bibir yang bisu terus melewati setiap zon di Raudhatul Sakinah. Azhad dapat merasakan jiwa seakan lain ketika ini. Bukan takut. Bukan juga debar. Rasa itu sudah laju meninggalkan diri usai dia melangkah tadi. Sekeliling yang dilihat cukup menyejukkan pandangan mata.

Damai.

Ya. Itu perasaan yang singgah di jiwa saat ini. Lambaian pohon-pohon kecil yang tidak diketahui namanya kecuali cempaka putih yang biasa dilihat menciptakan persekitaran nyaman yang tidak pernah dirasai tatkala mengunjungi kawasan perkuburan lain. Azhad terasa jiwanya begitu tenteram. Tiada gerun. Debar yang bertiup tadi sudah lenyap.

Langkah Jo terhenti di depan sebuah nisan. Mata menjunam pada leret tulisan yang tertinta pada tubuh nisan yang kaku. Azhad yang mengekori di belakang ikut terhenti. Mata turut menghala pada apa yang direnung oleh Jo. Dibaca nama yang tertera. Akal cuba mengandaikan bermacam-macam jawapan. Jawapan untuk dikaitkan nama ini dan hubungannya dengan Jo. Perlahan-lahan Jo merendahkan tubuh. Azhad ikut sama tanpa bertanya apa-apa. Mengunci tanya biarpun rasa itu membuak-buak mahu keluar dari fikiran. Mata hanya bisu memerhati tiap perbuatan Jo yang dilihat hanya merenung nisan putih di hadapan mereka.

“Ini kubur ayah aku.” Seluncur diucapkan. Tanpa rasa. Tanpa perisa. Jo lirik pada Azhad.

Mata Azhad ternganga. Tidak berkelip.

Terkesima.


Monday, May 23, 2016

ORDER...Part 1

Perhatian jap naaa semua. Tak pjg status ni sbb tau orang kita xsuka bc status pjg berjela yg tahapaapa jer. Buhsan sih. Status pencerahan ni pun sebab ramai sangat la pm aii pasai ABE ni. Adoiila. Pakat tak sabaq nak terkam si burger buns seksi sungguh hangpa ni.
ABE ni ada 2 EJEN bantu jualkan ABE.
1. Liza Wati - kenaikan dia? Pepeler oooi dia ni. Kalau dak kenai hangpa bukan peminat buku sejati..kikiki
2. Che Pepel - Cik adik manis yg malu2 ni aii suka dia. Ngee
Sebab depa ejen, depa kena bukak pre-order. Tu mmg cara ejen. Aii dah bagi kebenaran. Harga tetap sama.
Utk yang order dengan aii, sila tunggu aii up poster order ye. Selagi buku tak sampai di tangan, aii takkan bukak order, Aii tak mahu ambil duit orang dahulu tanpa barang sah di tangan. Harap bersabar ye. Yang penting, siap2 asingkan duit dulu naa. Almaklum posa nak mai dah ni. Sat2 lepas tu, raya. Tak simpan kalu, hangpa gigit kuku laa naa sbb ABE aii tak print banyak.
Satu lagi. ABE limit satu customer SATU buku sahaja. Harap maklum. No beli2 untuk oranglain naa. Harap maklum.
Tu aje buat masa ni. T/kasih.


ABAYA BUAT ED...Ulangtayang 2

Sabaq naa Am. Siapa suruh hang jadi gojes sangat kat mata si gediks ni...kan dah dia panjat meja. kikiki

“Ammm…you tenung apa ni darling, hmmm.” Edrina hala mata ke dadanya sambil angkat kening. “You pandang dada I kan. Seksi tak? I tau you suka tengok perempuan seksi kan. Lagi-lagi I. Right, darling?” Bibir menjala senyum penuh makna.

“Charge I mahal tau, Ed. Ikut minit. Nak buat overall check and service ni makan masa lama jugak. Maybe berjam-jam. Boleh? Sanggup bayar?” Ilham humban kata-kata bersahaja pada Edrina demi mengelak soalan Edrina tadi. Kepala kembali tunduk menulis. Pertanyaan Edrina itu buat darah menyerbu deras naik ke lantai pipi. Ed, awak ni kan..issh!

“tak kisah. Charge per saat pun boleh. I akan bayar in full tau, Am. Not a big problem to me. Janji…” Edrina terus selamba depa muka ke depan dengan suara yang seakan berbisik. Serapatnya ke wajah Ilham. Tubuh yang duduk sudah terangkat tinggi. Segala lekuk di tubuhnya terhumban jelas di depan Ilham. Ilham yang tunduk tersentak bila tengok Edrina sudah seakan mahu duduk di atas meja! Spontan tubuh sasa Ilham tersandar ke dada kerusi dengan mata yang ternganga. Terkejut dengan tindakan berani Edrina yang macam mahu menciumnya. Jantung bagai mahu melompat keluar. Senyum Edrina terus meleret.

“Ed..tolong duduk ye. Duduk atas kerusi Ed. Bukan atas meja. Okey?”


Thursday, May 19, 2016

ABAYA BUAT ED - Ulangtayang

“Amm..”

Ilham angguk kepala. Mengalah. Susah betul la nak handle budak sorang ni.

“Okey. Kita discuss benda tu kemudian. Puas hati?”

Edrina angguk. Spontan tapak tangan cecah pipi Ilham. “Thank you, darling. Muahhh. I love you.” Bibir dimuncung. Seakan aksi mahu mencium. Ilham undur sedikit tubuh. Issh, budak ni. Ada ke nak cium aku siang–siang buta ni!

Langkah Ria dan Jay menghampiri Ilham.

“Boss..”

“ Kau hantar diaorang berdua ni balik, Jay. Aku nak siapkan kereta Ed ni dulu.” Jay sengih. Sebelah tangan hala ke pelipis. “ Yes, boss. Hamba menjunjung perintah.” Jay humban senyum pada Ria. “Jom cheq, Abang Jay hantaq balik ghumah noo. Sampai kat pintu bilik pun abang rela. Jangan tarik masuk bilik pulak noo..nanti kena tangkap basah. Naya kita.” Kenyitan mata Ria terlontar bersama ketawa. Jay ikut ketawa. Senyum Ria terukir. Jari-jemari dielus pada rambut merahnya yang terurai. Jay balas senyum. Cheq ni suka noo goncang iman Abang Jay. Ilham yang memerhati reaksi kedua-dua geleng kepala. Sempat lagi main drama depan aku tu! Ilham hala mata pada Edrina.

"Ed..awak ikut Jay." Ilham yang sandar tubuh ke pintu kereta ulang balik apa yg diberitahu sebentar tadi. Tapi tengok reaksi cemberut muka Edrina, Ilham dah dapat agak jawapan si rambut kuning ini.

Haa? Ikut Jay? Ala..tak best. I nak duduk sebelah you la, Am. Boleh tengok lama-lama muka you yang super handsome tu , pipi you yang…eeei geramnya I nak cium, mata you yang aarghh.. and your sexy lips..hmmm so tempting, bestnya kalau dapat kiss tau. Bibir ukir senyum.

Tengok Edrina yang khayal sambil tersenyum, Ilham geleng kepala. Tah apa la dalam kepala dia tu!

“Ed, awak ikut Jay, okey.” Ilham ulang lagi pesanan pada Edrina.

"Taknak. I tak nak ikut Jay. Kalau nak hantar I balik, I nak you yang hantar. I tak nak ikut Jay." Edrina keraskan tubuh. Dua tangan bersilang erat di tubuh. Bibir ditarik ketat. Masam. Ilham humban mata pandang Jay. Dua bahu Jay terangkat. Macam nak kata, aku tak tau, bro. Hang settle sendiri noo. Mata beralih pula pada Ria. Ria humban kenyitan galak pada Ilham. Issh rambut merah ni, sempat lagi tu!

Sebelah tapak tangan Ilham elus pelipis. "Kan awak tadi cakap nak saya yang check kereta awak ni. Kalau dah saya yang hantar you balik, siapa pulak yang nak buat kerja saya ni. saya tak suka tangguh kerja, Ed. Tu bukan cara saya."

"Alaa... you kan boleh hantar I dulu. Lepas tu you bolehlah continue kerja you tu." Edrina masih berkeras. Terus memujuk. Ikut Jay tak best. Nanti I tengok drama romantik dia dengan Ria jer. Takkan I nak jadi penonton. I pun nak jugak buat drama super romantik dengan you jugak tau! Edrina sengih dalam hati.

"Ed..."

"Taknak. I cakap taknak. Nanti kita tak boleh.." Edrina gigit bibir. Oopss. Mata mengecil.

Ilham kerut dahi. "Nanti kita tak boleh apa?" Mata tajam pandang Edrina.

Edrina sengih. Toleh pandang Ria. Kening Ria terangkat kemas. Penuh erti. Jay pandang reaksi kedua-duanya. Kening ikut terangkat dilontar pada Ilham. Dua biji mata saling bertembung. Jay urut dagu. Kerut Ilham makin berlapis. Kau nak cakap apa, Jay? Jay sengih.

Bro, aku ghasa Ed ni ada plan nak cabui hang. Berhati-hati di highway, bro. Aku tak boleh tolong hang. Nanti Ria marah, punahlah harapan aku yang sedalam lautan Hindi nak kapel dengan marka rambut meghah. Mana nak cari Am oooii, Selena Gomez rambut meghah lagu ni.


Wednesday, May 18, 2016

ABE DELUXE EDITION – Part I

Pesan Dato Usman Awang;
Jangan diam. Susah untuk menjadi penulis dan lebih susah untuk menjadi penulis yang berani. Seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.
Saya lantas tak mahu diam. Pesan ni jadikan saya berani untuk terbitkan ABE. Berani kerana;
Saya tahu apa yang saya tulis.
Saya tahu had tulisan saya.
Saya tahu impaknya.
Saya tahu nilai karya saya.
Saya sayang naskhah saya.
Dan;
Saya tahu saya tak tulis benda keji lagi kotor.
Saya tahu saya tak tulis benda tak senonoh.
Saya tahu saya tak tulis benda tak semenggah.
Saya tahu saya tak tulis benda intim lagi lucah!
Saya tulis tentang realiti kehidupan.
Jadi tak perlu bimbang kalau beli ABE. Otak anda takkan berubah warna menjadi kuning hijau kelabu lalu akhirnya bertukar kehitaman. Anak remaja anda juga boleh baca ABE. Saya jamin. Tak memudaratkan. Sebab dalam ABE ada ilmu yang disisip untuk dikutip. Ada tinta amalan yang boleh diikuti. Ada panduan yang dipesan untuk dijadikan rujukan hidup. InsyaAllah.
Anda..anda …dan anda yang ikuti ABE selama ini tahu;
ABE ada si rambut kuning emas kaki goda paling daring tahap A’la – Itu Ed
ABE ada si handsome nan alim pemilik burger buns super seksi yang aummmyumyum – itu Am
ABE ada si rambut merah yang tahap petala langit punya daring – itu Ria
ABE ada anak jati KSS yang macho lagi lucu – itu Jay
ABE citernya gediks melimpah2 Atlantik pun kalah – Itu Ed & gengs
ABE citernya gatai2 merenyam hantuk kepala – Itu Ed
ABE citernya tentang dunia bengkel – Itu geng Jejaka Malaya
ABE citernya tentang tanggungjawab – Itu Am pada adik2nya
ABE citernya tentang CINTA, tentang kuasa CINTA – Itu Ed dan AM
ABE citernya tentang persahabatan & kasih sayang kesemua pelakunya.
Penat dah tulis. Penat dah cakap. Kesimpulannya. Simpanlah duit dari sekarang dan belilah ABE bila saya bukak order nanti. Tak beli, anda rugi. Pasti.
Sekian.
Jap2. Deluxe Edition tu menatang apa?
Akan bersambung lagi. Tunggu Part II. Nanti saya kasi tau apa itu Deluxe Edition. Yang pasti ia bukan menatang. Ahaaks

Wednesday, May 11, 2016

Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan


“SEKIRANYA SAYA mempunyai kekasih lain atau mahu berkahwin dengan perempuan lain maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya." Ustaz Azman angguk kepala. Puas hati dengan lafaz tambahan yang usai diucapkan pengantin lelaki ini. Lafaz yang diminta sendiri oleh pengantin ini untuk ditambah dalam lembar lafaz ta’liq. Beberapa saksi dari pihak masjid dan keluarga pengantin lelaki ikut mengangguk sama.

“Sila tandatangan pada dua salinan dokumen yang Encik Azhad pegang tu.” Ustaz Azman beri arahan. Azhad toleh ke sebelah. Mata terhala pada Khairil. Khairil yang faham, tarik pen hitam yang tersangkut di saku baju melayu. Azhad capai pen yang dihulurkan Khairil. Pena hitam ditenyeh pada helaian kertas yang dipegang. Dihulurkan lembar kertas yang tertera perkataan lafaz ta’liq yang sudah ditandatangani pada Ustaz Azman, jurunikah yang mengetuai majlis malam ini. Lembar kertas disambut tenang oleh Ustaz Azman. Tangan Azhad dijabat. Erat. Senyum terukir mekar di bibir kedua-duanya.

“Alhamdulillah. Tahniah. Selamat pengantin baru Encik Azhad Nufail dan isteri. Jaga isteri baik-baik ye. Layan isteri elok-elok. Ingat ta’liq yang dah lafaz tadi.” Azhad angguk. Faham dengan makna kata-kata lelaki separuh umur di hadapannya ini.

Azhad toleh ke belakang. Jo yang bersimpuh tenang di sebelah mama direnung. Senyum dihulur. Azhad lihat Jo tersenyum. Manis sekali.

I dah tunaikan janji I pada you, Jo.




Akan Datang...insyaAllah.

Buku ke-10, insyaAllah. 
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian. 
Tunggu naa. 




Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...