Wednesday, November 28, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 5

Bab 5

"naik, aku hantar kau balik." Senafas terluncur kata-kata yang Khalish sendiri tidak percaya diucapkan oleh bibirnya. Lain yang disusun rapi, lain pulak yang terkeluar. Issh...Tadi sudah dia rancang mahu berkata yang lebih sopan dan berbahasa pada si dia yang sudah lama ditunggu kepulangannya ini. Khalish mahu menyelesaikan perkara yang tidak selesai antara mereka selama bertahun-tahun ini. Dan perkara itulah yang menghantui hidupnya sejak si dia ini pergi. Pergi membawa diri demi maruah diri yang teruk tercalar. Dan pemergiaan itu tanpa si dia ini sedar turut menyeret sekeping hati milik orang lain bersama. Sekeping hati milik seorang Khalish Ariq.

Nak buat apa sekarang?  Mulut tidak berjahitnya ini sudah terlajak menguntum kata yang kesat pengucapannya biarpun dia tidak berniat begitu sebenarnya. Sungguh, Khalish tidak sengaja. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya yang tidak mahu langsung berkompromi. Sekian lama Khalish menunggu saat ini. Alih-laih lain pulak jadinya. Tadi didepan Ray dia cuba menyembunyikan egonya. Tidak mahu mengakui hakikat sebenar tentang apa yang disebut oleh Ray. Ya, memang benar Khalish berhutang dengan si dia didepannya ini. Hutang maruah yang membuatkan hidupnya selama lima tahun ini tidak pernah tenteram. Bayangan wajah persis anak patung comel itu mengekori hidupnya tanpa surut. Tanpa henti. Setiap saat dan ketika. Cuma dia sahaja yang awal-awal dahulu enggan mengakui akan hakikat sebenar yang sedang membadai didalam jiwanya. Si pemilik wajah anak patung comel inilah penyebabnya. Annur Qistina jauh membawa lari hati Khalish. Jauh menyeberang lautan dan pentas benua.

Mata masih dilontar pada susuk tubuh didepan. Aneh, wajah lembut yang sering dilabel orang sekeliling bagaikan patung barbie doll yang terkenal itu tidak lagi  seperti dahulu kala memandangnya. Tiada lagi riak manis. Senyumnya langsung tenggelam disebalik wajah tenang yang tidak berkutik saat kedua-dua saling bertatapan tadi. Tubuh itu dilihat masih  takzim duduk. Langsung tidak mempamerkan apa-apa reaksi atas kata-kata arahan yang tersasar dari paksi sebenarnya. Kepala yang bersadur tudung corak abstrak yang lembut dilihat sedang terjenguk-jenguk ke arah jalan. Khalish turut menoleh ke belakang. Mahu melihat apa yang dilihat oleh Qistina. Kosong. Lengang. Kembali dihala mata pada wajah yang sedikitpun tidak menoleh padanya. 

Qis..please. Please look at Khal, Qis..

Qis...we have to talk. A talk between you and me. A deep talk.

Qis, i knew the whole story...but it's late. You've gone. Gone without saying goodbye to me. 

Qis, i knew it's hard for you over there. 

Qis, i knew you suffer..big suffer. Huge. A lot.  I am too. 

Please...please taxi..please come. Dear taxi where the hell are you!!!  Ohh tolonglah. Qistina terjenguk lagi ke tengah jalan. Ya Allah, kenapalah harus aku jumpa dia lagi. Kenapa harus Kau temuikan aku dengan wajah ini lagi. Kenapa Kau datangkan dia lagi didepan aku hari ini. Kenapa Kau kirimkan dia di sini temui aku lagi. Kenapa Kau seret lagi kenangan itu. Kenapa Kau kembalikan lagi segala yang ingin aku lontar jauh dari hidup aku ini. Kenapa?!!! Qistina ketap  bibir. Dibawa lari wajah dan sisi mata dari memandang ke depan. Tidak mahu. Tidak sanggup. Just go away, Khal. Just go away...

"Qis.." Khalish memulakan lagi. Diatur langkah ke arah palang besi diperhentian. Mata Qistina bercahaya. Tubuh buru-buru ditegakkan lalu berlari-lari anak ke jalan. Tangan kanan digoyang-goyangkan. Deras. Laju-laju. Khalish nyata terpinga-pinga. Tergamam dengan tindakan pantas Qistina yang tiba-tiba. Kepala berpusing 180%. Enjin merah putih berhenti di belakang BMW hitamnya. Tubuh Qistina sudah hilang dalam perut enjin merah putih yang meluncur laju. Segalannya cukup pantas. Umpama kilat. Mata tidak lepas memandang ke arah teksi merah putih yang melepasi dia yang  sedang tegak tidak bergerak dihentian. Qistina dilihat tidak menoleh. Memandang ke arah bertentangan. Tidak sudi mahu menatap seraut wajah Khalish. Padan muka kau, Khal! Itu baru permulaan. Not easy, Khal. Not easy. Dilepaskan nafas yang tersangkut. Halkum bergerak-gerak menahan lonjakan rasa amarah yang mahu melepaskan diri keluar dari tubuh. Kedua-dua tangan mencengkam pinggang. Bibir kejap diketap. 

Annur Qistina. Nama itu terluncur lagi.

Qistinaaaaaaaaaaaaaaaa!!

* * * * * * *
"what?!!!" Dua bijik mata Zita terbuntang. Tubuh dihempaskan pada sofa disebelah Qistina. Diengsut tubuh kurusnya sedikit. Memberi ruang pada sahabat baik merangkap tuan rumah tempat dia menumpang teduh sejak kembali menjejak bumi Kuala Lumpur. 

"wowowo..dear mama in the making, could you please slow down your soprano tone. Sakit telinga laa.  Bergegar gegendang. Sekarang waktu untuk aku bersantai-santaian. Pleaseeeee, mama." Mata Qistina dikelip-kelipkan. Zita ni kalau menjerit boleh tahan melangsing suara dia. Janganlah yang dalam perut itu kuat menjerit nanti, parah la Azhar dibuatnya. Cakap pasal Azhar. Lelaki itu tiada bersama mereka malam ini. Malam ni hanya mereka bertiga yang menghabiskan hidangan makan malam yang dimasak oleh Zita dan Qistina. Azhar tidak ada malam ini kerana akan pulang lewat kerana ada perjumpaan dengan rakan-rakan sekolej lamanya. Ada sesi bual-borak perasan bujang kata Zita. Hahaha..Zita Zita ada saja topik mengenakan Azhar. Dan Azhar akan tenang sahaja. Sabar jer la kan Har. Pembawak budak macam tu la gayanya. 

Maisarah sedang leka menonton Si Alvin dan rakan-rakannya menaiki kapal untuk bercuti bersama Dave. Layan Alvin, Simon dan si debab Theodore dengan Sarah mesti best ni kan. Tubuh mahu bergerak turun ke arah Sarah yang sudah terbaring mengadap skrin Samsung gedabak sebelum tangannya deras ditarik oleh Zita. Issh, makcik ni pantang aku bukak mulut. Tu yang malas nak cerita nih.

"dah dah jangan cuba nak lari selagi cerita kau tak habis yer, makcik. Duduk diam-diam kat sebelah aku nih." 

"Makcik?!! Hello aku tak kahwin lagi ok. Bergetah dan kenyal kalah chewing gum dikunyah tau!"

"perrghhh.."

Berderai ketawa.

"si kurang ajar tu datang  tunggu kau kat office?"

"hmmm.."

" dan kau..."

"cabut. Blah. Chow..dan segala perkataan yang sewaktu dengannya. Suka tak suka tak dengan apa aku buat." Qistina mengajuk cara chef Ammar yang cukup terkenal dengan slot hidangan barakah di tv alhijrah yang dia tonton semalam. Seronok melihat chef asal timur tengah tu berbahasa melayu sambil memasak.

"that is my girl. Bravooo. Yesssssss!" Zita terjerit kecil. Qistina tergelak. Maisarah menoleh sambil mendengus perlahan dengan jari telunjuk keras di bibir. Woo amaran. Zita dan Qistina dua-dua serentak angkat tangan. 

"Baru padan dengan muka jantan tak guna tuh." 

"Jantan? Kasarnya bahasa kau Zie."

"dah tu? Kau nak sebut apa. Jejaka? Teruna? Lelaki budiman? Or an idiot handsome bachelor."

"hmmm..yang last tu kalau buang "idiot" memang confirm sedap bunyinya kat gegendang, don't you think so dear?"

"aah.. takder maknanyer. Buang masa tau tak.  Boleh blaah laa dengan jantan macam tuh. Just got to he.." Zita pandang Qistina yang sudah mengeleng. Zita mencebik. Qistina senyum seraya ketawa kecil. Mug coklat panas yang sudah suam-suam ditangan dibawa ke bibir. Lafaz bismillah dilafaz sedikit kuat. Maisarah menoleh sambil tersengih. Qistina mengenyit mata. Dicicip sedikit cairan coklat yang sudah suam. 

"yang patut marah kan aku, Zie. Yang patut sakit hati kan aku. Yang patut nak keluar segala kata-kata makian tu kan dari mulut aku,hmmm."

"Qissss..."

Qistina geleng kepala. " aku balik bukan untuk kutip kenangan lalu. Aku balik bukan untuk toleh balik dan jejak sejarah lepas. Aku balik bukan untuk kutip segala yang tertinggal dahulu. Tak..tak, Zie. Tak. Aku balik sebab tanggungjawab aku memanggil aku balik. Past is past, Zie. Yang dah lepas takkan kembali seperti biasa, Zie. Hati aku ni dah kosong. Plain. Empty." Betul ke Qis? Mata dipejam sesaat. Dihela nafas. Mata memandang pada skrin yang sedang menayangkan Alvin sedang galak berdansa. Ahh..alanglah bahagia jika hidupnya seindah dan seceria seperti itu. Tiada masalah yang singgah dan menghantui saban ketika.

Terasa elusan lembut dibahunya. Dilentukkan kepala ke bahu Zita. Mahu meminjam sedikit bahagia." Aku bukan Annur Qistina lima tahun dahulu. Aku Annur Qistina yang sudah lalui masa lima tahun yang penuh sengsara. Aku Annur Qistina yang sudah hilang rasa cinta dihati dan jiwanya. "

Zita dakap bahu Qistina. Kuat. Kejap. Mata jauh merenung Maisarah yang mengekek memandang Alvin yang sudah terbang ke udara bersama rakan-rakannya.

* * * * * * *
"Ma.." Tubuh dihenyak pada sofa gebu yang menanti di ruang tamu utama.  Kepala sudah terbaring di riba sang ibu. 

"Khal dari mana ni, sayang." Elusan di rerambut cukup mendamaikan. Mententeramkan dada yang hangat dan terasa mahu pecah. BMW dibawa deras bagaikan bersayap. Nasib baiklah jalan lengang dan tiada mata-mata penguatkuasa undang-undang yang berada di lokasi. Tidak, penyata pasti sampai. Hulur sahaja keping-keping ungu di kaunter. Selesai.

"no where...."

Hajah Mazni lepas nafas. Gerak geri si anak tidak sukar di jebak. Dibiarkan dahulu. Dia belum mahu memulakan. 

"dah makan,hmm. Kalau tak mama suruh mak ning panaskan. Ada your favourite dish...kari ketam. Sedap sangat mak ning masak hari ni. Baba makan tiga kali tambah."

Khalish geleng kepala. "tak selera la, ma. Penat. Penat sangat. Nak lelap jap." Mata lantas terpejam. Hajah Mazni hanya memerhati raut wajah bujur sirih cerah yang sedang lena diriba. Ditelan nafas lembut. Diusap wajah anak bongsunya itu. Anak yang sangat dia sayang. Anak yang paling manja dengannya. Anak yang memberi ceria dalam hidupnya yang begitu kepinginkan seorang putera setelah dua puteri berada dalam senarai ahli keluarganya bersama Haji Azman.

"Khal.." Dielus perlahan rambut lurus panjang milik Khalish.

"hmmmm..." Suaranya tenggelam dalam lena yang mula meniti. Desiran nafas turun naik.

"Khal pergi jumpa Annur kan.."

Air liur rasa tersekat. Mata masih terpejam. Dada bergetar. Degupan jantung berlari laju.  Ada hentakan dihamparan dada saat nama itu kembali meniti dibibir mama. Nama yang cukup bermakna buat mama suatu waktu dahulu. Nama yang cukup memberi bahagia dalam hidup mama.

Mama, Khal minta maaf...

Khal sungguh sungguh minta maaf, ma..

Monday, November 26, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 4


Bab 4
Mata dikelip-kelipkan beberapa kali pada skrin Apple yang terhampar didepan. Kepala dilentokkkan ke kiri dan kanan. Diluruskan dua-dua tangan kedepan lalu dijalin jari-jemari. Ditekan sedikit kura tangan. Terdesir bunyi letupan kecil. Kedua-dua tangan dibawa ke sisi lalu diletakkan semula ke meja. Jari jemari kembali mencari papan kekunci. Keje , Qis..keje. Pipi ditampar perlahan. Dijegilkan mata. Ya Tuhan, kenapalah mengantuk sangat biji mata nih. Tolonglah aku banyak kerja hari ni. Banyak tau tak! Makan dah banyak sampai tak sedar diri inilah akibatnya, Qistina. Layu dan penat. Diet lima tahun yang tiba-tiba bertukar paksi hari ini membuatkan Qistina sungguh terlupa diri waktu makan tengahari tadi. Dan Zura si teman baiknya itu sungguh cekap mengenakan perut Qistina. Membuatkan biji mata Qistina menjadi rambang bagaikan sedang melihat talam-talam didalam restoran selera kampung tadi yang semua sedang melambai-lambai sambil tersenyum kepadanya. Puluhan lauk kampung didepan mata mana boleh tahan kan. Hilang telinga seketika dibuatnya. Christiano Ronaldo kalau terpacak depan mata pun haram tak layan. Baik terkam terubuk bakar dengan air asam. Sorry CR, you're not sexy enuff, darling...hahahaha.

Suara pintu diketuk sayup terdengar sebelum tombol pintu dipulas. Kepala yang tertunduk di skrin diangkat perlahan-lahan. Sapa la pulak yang datang masa orang tengah mengantuk nih. Aduh, jangan encik Kamal. Mahu satu bab lagi nak melayan dia bercerita dan bertanya cerita. Pagi tadi dah satu round. Tolong bagi saya bernapas sikit boleh,boss! Orang tua tu kalau bercerita kalau tak satu jam tak sah. Ada banyak jer cerita dalam kepala dia yang tak berapa nak besar tuh. 

Susuk tubuh yang sedang terpacak didepan pintu yang ternganga sambil meleret senyum sangat Qistina kenal. " Hai...kenal i lagi, babe?" Qistina mencebik. Sapa laa yang tak kenal kau tuh, Joe...romeo terhangat cengkerang oren kuning nih. Err..romeo terhangat lagi ker mamat ni. Rasa dah patut tanggalkan crown nih. Perut dah sikit ke depan jer tuh. Issh, Qistina jahat la ko tau. No laa, i'm just being honest dan sincere ok! Cuba tengok perut dia tuh haa kalau tak percaya...kan?

“ganggu kau kejap, boleh?”

Senyum. "meh la ganggu aku...dah berkurun pun kau simpan gangguan kau tu kan." Ketawa bergema dari lontaran suara si tukang pengetuk pintu biliknya itu. Tapak tangan Qistina dilambai pada susuk tubuh tegap berkemeja biru gelap berjalur dipadankan dengan tali leher kuning cair corak abstrak. Kalau aku kata tak boleh, kau tetap akan masuk jugak kan, Joe. So better ko jangan tanya soklan boring tuh tau!

“so? best haa?” Tanpa dipelawa tubuh tegap didepan Qistina ini selamba melabuhkan duduk. Wajah cantik Qistina direnung dengan senyuman yang tidak sukar ditafsir maknanya oleh gadis dihadapannya ini. Dahulu pun memang dia suka merenung wajah mulus ini. Anak dara ni makin cantik la pulak lepas lima tahun. Gebunyer kulit. Haish menyesal pulak aku tak ngorat dia habis-habisan dulu lepas kes dia tuh. Tidak, kan dah dapat bini cun giler tak hinggat macam barbie doll...perrghh. Joe senyum sendiri. Bongok la jantan sekor tu. Kalau dari awal lepaskan barbie doll lawa ni kan dah bahagia aku. Tengok, kan aku dah kahwin dengan orang lain. Tapi ada lagi tiga tempat kosong kan. Yang, i nak kahwin satu lagi boleh? Joe geleng kepala sambil sengih meleret.

Tu yang tersengih-sengih tu sah-sah ada kelabu dalam kepala dia nih. Joe ni bukan Qistina tak tau otak tercemar dia. Selalu jer tergelincir jarum kompas waras dalam kepala dia tuh.

“perkataan best tu kau nak tujukan pada yang mana? The country? The office? Or my scandal over there??” Qistina angkat kening sambil menyuring senyum.  Jari jemari yang menekan butang kekunci Apple terhenti. Aku ni bukan tak tau apa yang dalam kepala otak kau yang tak berapa nak jernih tu Joe.

Joe angkat -angkat kening. "Whoaaa...mana-mana pun kau pergi mesti rembat skandal kan, Qis. Tabik la dengan kau. Sini dulu pun berbaris skandal ko..termasuk la aku yang handsome maut nih. Angau tahap kronik tu semua jantan-jantan kat area sini. Ko pakai susuk kan, Qis.  Baik ko ngaku. Tak per, akau takkan beritau sapa-sapa pun..hatta si Kamal tak berapa nak tinggi tuh." Oit!..kutuk boss sendiri yer. Nanti aku report kat Kamal. Boss, tadi Joe kata you ni tak berapa nak tinggi. Tadi si romeo ini ada sebut apa yer. Alaa..issh. Qistina kerut dahi seketika. Mentol kepala menyala. Susuk. Oitt!!

"Banyak kau punyer skandal mendal...hotak kau la. Kau tu yang banyak skandal. Romeo yang tak sanggup nak bersara. Bertaubat la." Gelak Joe bergema. " Apa kau cakap tadi. Susuk ek..haa susuk kepala lutut kau la, Joe." Joe sudah mengekek ketawa. Rindu menyakat Qistina selama bertahun-tahun  sejak pemergiaan Qistina ke Tanah Ratu seakan terlerai hari ini. Melihat bahasa lepas Qistina, mulutnya yang selamba melontar kata yang sebenarnya tiada mengandungi maksud apa-apa sesungguhnya bagai siraman embun yang menyegarkan minda. Bosan tau tak kalau asyik serius jer dengan keje ni. Dan menyakat Qistina adalah acara wajib untuk kecergasan minda sejak dahulu. Dan yang lebih penting menatap wajah mulus nan cantik ni sejak dahulu adalah kemestian baginya. Wajah yang akan sentiasa membuat harinya bahagia. Sehingga dia pergi. Pergi bertahun-tahun. Dan Joe rasa kehilangan yang teramat sangat.

"Ok.ok. Serius." Deheman Joe berkumandang. "Back to my question tadi. Of coz pasal boy friends kau kat benua sana la. Sah-sah skandal ko kali ni gempak giler kan. Londonian tuh. Kau kan hot chick, Qis. So, kau dapat cipta berapa skandal dalam masa lima tahun kat sana?" Joe angkat kening. Senyum meleret. Qistina jeling kecil. Dia ni kan mulut dari dulu tak surut-surut darjah kepuakaannya kan. Nasib la tak jadi bini kau Joe. Tidak mau jer kena sumpah jadi tudung periuk. " Aku bet sepuluh jari aku tangan ni pun kalah." Asal ko tak masukkan jari-jari kaki ko tuh. Kan bagus. Kalau tak cukup, ni calcalutor aku pun boleh tolobng kirakan sama. Nak? Bengong la ko, Joe.

Londonian?? Tah haper haper jelah si Joe romeo ni tau. "Hotak kau laa. Banyak kau punyer hot chick. Ingat aku ayam KFC ker. Aku ayam belanda ok. Omputih tu mana suka ayam KFC..kecik jer."

Ketawa Joe bergegar. Bergema. Qistina jegilkan mata. Pen mata bola didepan mata pantas dilontar kedepan. Dan cekap disambar oleh kedua-dua tangan Joe. "kau baru masuk ek. Pagi tadi aku tak nampak pun kau. Tadi masa lunch pun tak nampak muka miang kau tuh. Kau mengular kan, Joe. Baik mengaku." Qistina sengih. "Kau tu kan memang kaki mengular dari dulu, Joe. Bukan aku tak tau." Joe atau nama lengkapnya Johan Khusairy, salah seorang jurutera mekanikal kanan yang sama-sama didalam pasukan Qistina setiap kali turun ke platform. Senang cerita dia, Zura dan Joe adalah team ngam dari zaman jadi jurutera junior lagi. Apa-apa masalah memang dia orang bertiga akan bincang bersama. Joe ni muka memang handsome. Qistina tidak menafikan fakta ini. Putih dan mata sepet macam Farid Kamil. Tinggi cuma tak kurus macam Farid Kamil. Joe tegap. Joe dari mula Qistina masuk joint dalam company ini memang dia terus terang cakap suka pada Qistina. Suka habis. Memang Qistina maklum tentang yang satu itu. Dan Qistina jugak cakap terus terang tak boleh terima Joe lebih dari best friend sebab dia dah ada someone dalam hati. Dan "someone" Qistina tu pun dia kenalkan pada Joe supaya Joe tak fikir dia reka cerita. Joe memang frust. Qistina tau,tapi hati kan tak boleh nak dipaksa-paksa. 

"kau stay mana sekarang?"

"apsal? Ko nak ajak aku duduk serumah dengan kau ker."

"stadium olimpik hamba tadahkan." Joe sudah buat aksi tapak tangan dicantum dan disua ke arah Qistina. Bertalu-talu. Pantas ditepis. Gelak.

"aku duduk rumah Zita buat sementara nih."

"rumah Azhar la tu."

"yup."

"bahaya ni." Joe geleng kepala.

"apsal pulak."

"karang Azhar ngorat kau..habis la aku. Aku tak nak bermadu. Rugi." Joe tayang sengih lawa. Qistina mengacah mahu mengetuk kepala Joe. Pantas dilarikan kepala. 

"gile kronik kau nih la Joe."

Ketawa.

Jeda.

"Qis.."

"hmmm.." 

"kau tak nak balik jumpa ayah kau?." Qistina pandang muka Joe seketika sebelum melarikan wajah ke arah skrin didepan. Pandangannya kosong. Soalan itu dibiarkan tersangkut di telinga. Tiada jawapan buat masa ini dari Qistina. Biarlah. Dia belum bersedia mahu menjawabnya.

Diam yang merimaskan. Joe masih merenung wajah mulus didepan yang sedang memandang ke arah skrin Apple. Salah masa ke dia bertanya soalan yang satu itu. Tapi dia harus tahu. Qistina tidak harus dibiarkan begini. Dia juga rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap gadis didepannya ini. Takdir pahit gadis turut memalit beban dihatinya sehingga ke hari ini. Bukan dia tidak tahu Qistina kembali ke pejabat hari ini. Sengaja Joe tidak memunculkan diri dahulu. Sengaja disusun temujanji dengan kontraktor pagi ini. Dia sebenarnya mencari ruang dan masa yang sesuai untuk berdepan dengan Qistina. Kekuatan yang luar biasa diperlukan untuk kembali berdepan dengan teman baiknya ini. Teman yang pernah mengetuk pintu hatinya suatu waktu dahulu. Dan masih terus menghuni hatinya  hingga kini. Dia tidak mampu membuangnya. Tak mampu... 

Qistina toleh pergelangan tangan. " Aku nak solat asar jap aar Joe. Dah lambat nih." Joe angguk kepala. Tubuh kedua-dua serentak berdiri. Joe senyum. Dia mengerti Qistina belum mahu memberikan jawapan. Dan dia akan menunggu kerana itu salah satu tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Itu janji Joe pada ayah Qistina.  Joe atur langkah seiring dengan Qistina mendekati pintu. "aku balik, Qis. Maya ajak dinner rumah parent dia malam nih." Joe angkat tangan. 

Qistina mengangguk.  Senyum. Lambaian Joe dibalas. Maya, isteri teman baiknya ini. Perkahwinan yang berlangsung setahun yang lalu hanya diketahui Qistina melalui Zura yang mengirimkan email dan gambar-gambar perkahwinan Joe. Qistina tidak berkecil hati bila Joe hanya mengirimkan email tentang perkahwinannya sebulan selepas segala-galanya berlangsung. Itu hak Joe. Sebagaimana jugak haknya untuk mengambil keputusan untuk pergi lima tahun dahulu biarpun ditentang hebat oleh Joe. Pujuk dan rayuan Joe tidak diendah. Qistina tau jauh disudut hati Joe, masih tersimpan rasa itu. Dan dia harus menghindarinya. Joe kini bukan Joe yang dahulu. Joe kini sudah ada Maya. 

"Take care, Joe. Kirim salam pada Maya ok."


* * * * * * *
Tangan diketuk-ketuk pada stereng. Kepala masih takzim memandang bangunan di depan yang kian lengang. Sunyi.  Sudah hampir dua jam dia menanti tapi susuk tubuh yang dinanti tidak langsung terlintas didepan mata. Takkan dah balik awal kut. Issh. Bukan dia tidak kenal dengan perangai orang yang ditunggu sejak tadi itu. Workaholic. Ker dia stay back? Mata menoleh pada jam di dashboard. Jari diketuk pada stereng. Dia memang pasti ornag yang dia tunggu masih berada didalam bangunan. Dan kata Ray tadi, orang yang dia tunggu itu akan balik menaiki teksi hari ini. 

Sejam. Tambah dua jam. Sudah tiga jam. Mana pulak dia nih. Mata yang memandang ke arah pergelangan diangkat ke depan. Takkan tidur kat pejabat pulak. Dan saat diangkat kepala, lampu kereta yang sudah terpasang menyuluh sesusuk tubuh kurus tinggi sedang menuruni tangga lobi. Tas tangan yang tersangkut di bahu cukup dikenali. Tubuh yang bersarung skirt hitam labuh dipadan dengan jaket hitam sedondon bersama tudung merah samar corak abstrak gabungan warna dua warna lain putih dan hitam cukup membuatkan Khalish terkesima seketika. Nafas berlari kencang.

Qistina melabuhkan duduk perlahan-lahan di hentian teksi. kepala menoleh ke kiri dan kanan. Issh, takder pulak. Tadinya waktu dia solat asar yang agak kelewatan, dia terus duduk didalam surau menanti maghrib. Tidak mahu terlepas kalau nanti pulang kelewatan sebab waktu-waktu begini pastinya kesesakan jalan sukar dibendung. Kuala Lumpur kan memang begini tata hidupnya. Zita sudah berpesan kepadanya, kalau takde teksi dalam masa setengah jam, telefon sahaja Zita. Issh, tak sanggup rasanya mahu menyusahkan bakal ibu muda itu. Cukup-cukuplah selama ini dia banyak menyusahkan Zita. Dilepaskan nafas. Mata menyorot ke jalan yang sedikit lengang. Tubuh dijenguk lagi. Teksi, tolonglah datang...

Susuk tubuh yang terjenguk-jenguk ditatap. Nafas yang sesak kian dapat dikawal. wajah yang terselindung disebalik tudung cantik tu direnung tidak berkelip. Brek tangan dijatuhkan.  Stereng diputar perlahan. Pedal minyak ditekan. 

Telinga menangkap bunyi enjin kereta yang berhenti di hadapannya. Qistina menangkat kepala. Cermin BMW hitam yang sedikit gelap menyukarkan sorotan matanya. Hati sedang berdegup perlahan. Tunggu orangkah tuan kereta ini. Qistina menoleh ke belakang. Kiri dan kanan. Tiada kelibat manusia yang mendekati kawasan hentian. Air liur ditelan. Berkali-kali. Allah, janganlah ada apa-apa. Tali coach digenggam. 

Ditolak pintu perlahan-lahan. Tubuh tingginya dikeluarkan perlahan-lahan dari perut BMW yang masih tidak dimatikan enjinnya. Mata dilontar tepat pada wajah yang sedang duduk dipalang hentian teksi dihadapannya ini.

Jantung Qistina bagaikan terhenti. Tangan menggigil. Matanya tidak berkelip memandang susuk tubuh yang keluar dari perut BMW dihadapannya ini. Susuk tubuh yang sedang berdiri dan memandang tepat kepadanya. 

Allah.

"Qis.."

Jantung Qistina benar-benar mahu terhenti. 

Friday, November 23, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 3

Bab 3
"kau ok ker ni, Qis?" Kepala Zita menjenguk pandang dari cermin tempat duduk pemandu. Bangunan syarikat minyak yang menaungi kerjaya teman baiknya ini sejak menamatkan alam universiti dipandang tidak berkelip.  Ada sedikit rasa tidak sedap di hati. Entah kenapa seakan dapat dihidu sesuatu yang bakal terjadi pada Qistina hari ini. Debaran dihati diredakan dengan lafaz istighfar. Kan tak baik berburuk sangka. Kata Azhar hati manusia tu kan kuncinya ditangan sang Pencipta. Mana tahu "dia" itu sudah berubah. Entah. Zita sendiri tidak pasti. Lama benar dia tidak berjumpa makhluk pemusnah hati Qistina itu. Harapannya cuma satu. Janganlah Qistina bertemu jantan keparat itu dihari pertamanya selepas lima tahun tidak menjejak bumi Kuala Lumpur.

Qistina menabur senyum. Dalam kepala sudah dapat dibaca apa yang sedang tertulis di hamparan minda Zita. Mata dikenyitkan pada Zita yang takzim dikerusi pemandu. "insyallah...and bebanyak terima kasih sudi hantar aku on my first day to office. Muaahhh." Bibir dimuncungkan. Mengusik.

Zita mencebik. Walang dan risau didalam hati diikat kemas. Tidak mahu terpamer. Qistina ketawa kecil. "banyak la kau punya first day. Dah berkurun pun kau duduk bawah si cengkerang kuning oren ni. Bila nak berhijrah tak tau la aku."

Qistina angkat bahu. Bibir mencebik. "dah takder yang offer aku..."

"eleh. Melambak yang offer...kau tu yang jual mahal. Agaknya si cengkerang ni dah tiup tiup kau tak. Tu yang hati kau berat jer nak tinggalkan dia."

"issh...tak baik. Khurafat semua tuh." Zita mencebik lagi. Lebih panjang muncungnya. Qistina meleret senyum. Pintu dibuka. Coach yang kaku diriba berpindah ke bahu.  Tali Vernazza coklat gelap di jinjing kejap. Bahu Zita ditepuk lembut. " thanks Zie. Tak payah jemput. Aku balik sendiri nanti. Sure banyak hal hari ni. Mengadap segala tok nenek dalam office tuh." Zita angguk. Senyum. Salam dihulur Qistina. Disambut senafas Zita. Langkah teman baiknya itu dipandang hingga hilang  dari sisi mata. Nafas dihembus perlahan. Stereng BMW dikilas. Meluncur laju. 

Senyum si penyambut tetamu yang jelas terkejut dengan kemunculannya pagi ini dibalas dengan senyum lebar dan manis. Gadis itu laju menolak kerusi belakang dan keluar dari kepungan wilayah jagaannya.

" Qis?!!.." Tubuh kecil Qistina tenggelam dalam pelukan. Erat dia didakap. Dibalas. Memang Shima yang mesra dipanggil Shim; si penyambut tetamu ini cukup dia kenal. Masih setia disini rupanya wanita ayu berkulit hitam manis dan berambut pendek paras bahu ini. Sejak hari pertama Qistina bertugas di sini dahulu, inilah wajah yang pertama yang menyambutnya di sini. Dan saban hari senyuman manis berlesung pipit ini tidak pernah gagal melontar sapaannya  kepada Qistina sebaik kaki melangkah masuk ke pintu utama. 

"Bila balik?" Pelukan perlahan dileraikan. Tangan masih saling menggenggam. Erat..seerat  hubungan mereka berdua selaku rakan sekerja disini."kelmarin. Semalam aku singgah sekejap kat sini. HR nak jumpa. Tengok kau tak der. Kata Jessy, kau cuti." Jessy adalah rakan setugas Shima. Qistina tidak nampak pulak gadis serani itu tadi. Mungkin keluar sebentar membeli sarapan agaknya. Mata Shima dilihat membuntang bila dikhabarkan akan kedatangan ke sini semalam." dan hari ni dah masuk kerja?" Kepala Qistina terangguk perlahan. Senyum dibibir belum usai. Shima menggeleng kepala. " teruknya encik Kamal. Tak bagi langsung kau rehat, Qis. Orang tua tu memang kan. Dari dulu.  Tapi..dia sayang kau, Qis. Macam kucing hilang anak jer dia sejak kau takder. Muka pun tak pernahnyer nak senyum kalau lintas kat depan ni. Menyampah aku kengkadang tengok dia. Nasib baiklah handsome kan walaupun dah tua. Dapatlah aku cuci mata gak kat sini. " Shima angkat kening sambil tergelak. Ketawa Qistina turut terluncur. Seronok jugak mengutuk boss sesekali kan. "oklah Shim, aku gerak dulu. Nanti kita lunch yer. Aku belanja,hmmm. Lama tak borak dan meroyan dengan kau ni. Missed those days soooo much."Qistina minta diri usai berbual ringkas dan bertanya khabar. Shima ketawa lagi sambil angkat ibu jari."set baby. Jumpa lagi. Eh, jangan lupa kirim salam kat boss kau yang handsome tapi muka ketat tuh." Qistina ketawa lagi. Tapak tangan kanan diangkat dan digoyang perlahan.

Pintu kaca ditolak perlahan bersama lafaz bismillah. Mata sempat menjelajah keseluruh ruang pejabat yang sudah berwajah baru. Segar. Hiasan didinding sudah bertukar. Cantik. Susuk tubuh Anis yang sedang berdiri didepan sebuah meja menangkap pandangan matanya. Gadis lincah itu dilihat sudah berlari ke arah bilik encik Kamal. Qistina menggeleng kepala. Bibir menyulam senyum. Kaki terus melangkah. Coach dibahu bergoyang lembut seiring dengan gerak tubuh Qistina. Tali Vernazza terus lekat dikelopak jari-jemari. Langkah diatur. Tenang. Senyum dilontar bersama lontaran ucapan salam dan selamat pagi pada rakan-rakan sepejabat yang sudah berada di meja masing-masing. Rakan-rakan lain yang berada didalam bilik sudah keluar menyertai saat kedatangannya diwar-warkan oleh Anis, si setiausaha ketuanya. Siap diketuk semua pintu bilik yang tertutup tadi sebaik melihat kelibat Qistina melangkah masuk. Qistina sudah dikelilingi dan diserbu. Suasana yang tadinya senyap mulai meriah dengan gabungan pelbagai suara yang pelbagai. Dirinya ditubi dengan pelbagai soalan. Segalanya diladeni sebaiknya. Ketawa bergema. Ruang pejabat bagaikan berpesta. Encik Kamal Rizki, ketuanya turut dilihat keluar dari bilik. 

"welcome back, Qis."Tutur tenang yang terluncur dari bibir ketuanya itu dibalas dengan senyum dan anggukan. "terima kasih sebab masih perlukan khidmat saya lagi disini, encik Kamal." 

"you my best senior project engineer, Qis."

"Well..glad i'm back to this office. Feel great. Feel nice. No more homesick like those days. Missed the food so much."

"takper nanti lunch encik Kamal mesti belanja. Right, boss?"

Encik Kamal dilihat Qistina menggangguk sambil tersenyum kecil. " my treat. Everybody is invited. Ok everybody?" Tepukan bergema disertai siulan kecil yang sahu menyahut. 

"so Qis, which country will be your next secondment application? State kut,hmmm. " Zura, temannya si jurutera kanan menyampuk. Bahu Qistina dipaut lembut. Hubungan mereka sebagai rakan setugas sangat akrab. Selaku operation engineer, Zura juga seperti Qistina sesekali akan turun ke pelantar melakukan tugas-tugas pemeriksaan. Dan pengauditan akan dilakukan mereka berdua jika timbul sebarang masalah di pelantar.

" I wont let her go anyway, Zura. Not anymore. You're needed here more, Qis. Everybody here missed your work so much, Qis." Soalan Zura pantas dijawab encik Kamal. Sedikit terkejut Qistina dengan tindakan spontan ketuanya ini. Zura menoleh seraya mengangkat-angkat kening sambil ketawa. Apa yang angkat-angkat kening ni Zura. Tolonglah weh, mamat ni skandal kau, beb. Issh...

Sorakan bergema. Bertindan dengan siulan yang diiringi suara-suara nakal mengusik. "ala encik Kamal tu yang rindu kat Qis. Jangan la nak coverlah boss."  Ada suara yang membuka gelanggang usikan. Ketawa Qistina, Zura dan encik Kamal turut sama bergabung. 

Tubuh dilabuhkan pada permukaan kerusi yang menaungi bilik yang sudah lima  tahun ditinggalkan. Coach dan Vernazza di letakkan diatas kabinet hitam paras pinggang di belakang kerusi. "so..how is  William and Kate?" Wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapan ditatap. Senyum. Dipelawa ketuanya itu untuk duduk namun lelaki ini menolak dengan alasan ada mesyuarat yang perlu dihadiri sebentar lagi.  

"fine..very very fine. Diaorang kirim salam pada you, Kamal."

Ketawa.  Perbualan bersambung tentang tugas Qistina disana. Ketuanya itu turut berkongsi kisah-kisah di pejabat ini selama ketiadaannya. Kata Kamal, ketiadaan Qistina cukup dirasai lebih-lebih lagi Zura yang selama ini adalah rakan akrabnya setiap kali harus turun ke platform. Kata Kamal lagi, Zura memang tidak selesa digandingkan dengan jurutera yang lain selain Qistina. Chemistry takder kata Zura. Susah nak buat kerja. Pening kepala dibuatnya kata Kamal. Nasib baiklah Zura tu cekap. Jadi susah payah pun dia akan buat sendiri. Qistina senyum sambil menggeleng kepala. Zura..Zura. Nasib baiklah boss kita ni skandal kau beb. Tidak, mahu hangin dia dengan peel ko tu la. 

Kamal Rizki menoleh Tag Heuer dipergelangan kiri. "ok Qis, need to go. See you later. Lunch with the team, ok...my treat. Pick the place. Get Zura to buzz me here." Blackberry yang diseluk dari poket kiri diangkat lalu digoyangkan. " I'll be there." Qistina angguk. Senyum bertukar. Tubuh tegap lengkap berkod hitam dan tali leher biru abstrak dipandang hingga hilang dibalik pintu yang ditarik dari luar.

Nafas Qistina teralun perlahan. Lembut. Tangan menarik laci disisi meja. Sebuah frame kaca yang terlungkup diangkat keluar. Diterbalik. Nafas yang lembut mula berliku. Bibir dikemam. Laju dimasukkan kembali frame kedalam laci. Ditolak deras. Kuat. Kepala dan tubuh dihempas pada kerusi baldu hitam yang menaungi belakang tubuh.

* * * * * * *
"Dia dah balik."

"sapa?"

"Qis..Qistina."

Fail hitam ditangan yang dipegang tergantung seketika. Wajah Ray yang sedang melipat lengan baju direnung. Kalau Ray melipat lengan baju pastinya waktu pejabat sudah tamat. Itu memang cara Ray. Rimas katanya. Bila disindir Khalish dahulu dengan menyatakan cara teman baiknya itu betul kekampungan, Ray tidak pernah berkecik hati. Suka hati lah nak kata apapun dengan caranya ini. Asal sahaja dia selesa. Itu yang lebih penting.

Kepala kembali mengundur masa. Apa yang terluncur dari bibir lelaki didepannya sebentar tadi buat Khalish terpanar. Nama yang sekian lama tidak didengar itu meniti kembali. Menghentak kuat hingga ke jantung. "Dia" dah balik? Bila? Takkan papa dan mama tak tau pulak. Mustahil! Atau mahu merahsiakan berita ini daripada sampai ke telinganya. Mahu menghukum dirinya lagi. Air liur cuba ditelan. Pahit. 

"mana kau tau?"

"adik ipar aku kan receptionist kat sana."

"baguslah. Takkan nak bertapa kat negara orang sampai kiamat."

"kau nak pergi jumpa dia?"

Ketawa. Sinis.

"Apahal aku nak pergi jumpa dia. Dia dah takder kena mengena dengan aku lagi."

"Apa kau cakap, bro? Takder kena-mengena dengan kau lagi? Yang kau dah buat dulu pada dia tu apa cerita."

Jeda.

Ray bangkit dari duduk. Wajah endah tak endah Khalish Ariq direnung dengan satu rasa yang bergumpal dijiwa. Sudah terlalu lama tersimpan. Mahu dilontarkan hari ini. 

"kau kena ingat satu, bro. Kau hutang dia. H-U-T-A-N-G. Bukan sebarang hutang. Hutang maruah! Kau jangan lupa tu. Jangan kau buat-buat lupa. Dan Dia.." Jari telunjuk Ray tegak menunjuk langit siling bilik yang berwarna putih. " juga tak lupa apa yang kau dah buat."

Khali.

Ray hembus nafas. Lega. Sudah dilepaskan segala yang terbuku dihati sejak lima tahun dahulu. Sudah berjaya dilunaskan hutangnya hari ini. Khalish perlu disedarkan. Perlu! 

"Aku chow dulu. Wife aku ajak dating petang nih." 

Khalish angkat kening. " Mana.."

"TGV.." 

Kepala Khalish terangguk. "enjoy your date, bro. Kirim salam aku pada Farah."

"insyaallah. Chow, bro. Assalamualaikum."

Salam dijawab perlahan. Langkah Ray yang meninggalkan bilik dipandang hingga hilang disebalik pintu. Bunyi pintu ditarik deras dari luar menghentam cuping telinga. Kepala digeleng perlahan. Senyum kecil dibibir menguntum.  Fail ditangan kembali diletakkan diatas hamparan meja yang berselerak.


Dia dah balik!

Dia dah balik...

Kata -kata Ray bergema lagi. Dua belah tapak tangan diraup pada wajah. Lama. 

Kau yang hutang dia, bro...

Hutang maruah!

Dilepaskan nafas yang terasa sesak didalam. Mata menjeling pada laci dimeja sisi. Tapak tangan dikepal kuat. Menahan. Gagal. Laci ditarik. Sebuah frame kaca yang dibalikkan diangkat keluar. Ditegakkan diatas meja. Matanya terus menikam frame kaca yang berada didepan mata. Halkumnya bergerak-gerak. Sebaris nama sedang meniti di rongga mulut.

Annur Qistina..

Monday, November 19, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 2


Bab 2
Tombol pintu bilik yang tersergam dihadapan diputar perlahan-lahan sambil ucapan bismillah terlaung didalam hati Qistina. Ada senyum manis yang tersuring di bibir. Cantik! Itu luahan pertama yang singgah dihati kala mata dihidangkan dengan apa yang terbentang didepannya kala ini. Sentuhan Zita pada tatarias bilik ini sangat menyenangkan. Tadinya sampai sahaja ke banglo ini dari KLIA, Zita terus membawa dia naik ke tingkat dua banglo ini. Kata Zita, Qistina pasti penat kesan dari perjalanan yang panjang dan mahu berehat dahulu. Bila dikhabarkan dirinya sudah biasa dengan perjalanan jauh sebegini lantaran tidak mahu teman baiknya itu gusar, ternyata teman baiknya ini tetap mahu dia merehatkan diri dahulu. Kata Zita lagi usai maghrib nanti mereka boleh berbual panjang sambil menikmati hidangan makan malam yang akan disediakan sendiri oleh Zita. Waktu Qistina menawarkan diri membantu, laju sahaja gelengan kepala Zita dengan jari telunjuk yang turut digoyangkan. Bibir siap dimuncungkan. Mahu ketawa Qistina melihat telatah comel Zita. Kata Zita malam ini Qistina tetamu terhormat dia dan keluarga di banglo ini. Kalau mahu membantu dia didapur esok esok sahaja lah. Dia akur bila tawaran yang dibuka kali kedua tetap ditolak Zita bersama dengusan dan amaran kecil. Jangan degil boleh tak, Annur Qistina. Zita kalau sudah menyeru nama penuh Qistina, alamatnya jangan cari pasal, nanti pasti free dia kena bebel. 

Dihadapan pintu bilik yang berkedudukan di sudut hujung tangga tingkat dua banglo ini Qistina dimaklumkan inilah biliknya oleh Zita. Waktu Zita mahu membantunya membawa masuk bagasi tadi Qistina awal-awal menolak. Tak mahu menyusahkan teman baiknya itu. Kata Zita memang bilik ini dikhaskan untuk tetamu di banglonya. Saat dikhabarkan yang Qistina mahu pulang ke tanahair, dan sejurus sahaja mendapat persetujuan Azhar, Zita terus sahaja menghias bilik ini khas buat Qistina. Seakan yakin benar yang Qistina akan bersetuju untuk tinggal disini.  Qistina akui Zita begitu mengambil berat akan dirinya sejak dahulu. Dan ketika dia dilanda dugaan terbesar dalam hidup Zita sentiasa dekat. Zita dan Layla lah penguat semangat untuknya terus bangkit menerus langkah hidup yang seakan goyah kesan tekanan yang terpaksa ditanggung. Polo besar segi empat yang ditarik cermat lalu disandarkan ke dinding bersebelahan pintu. Tangan menutup kembali muka pintu dengan penuh hati-hati. Mata bundarnya yang sedikit keletihan menerawang kesekitar ruang bilik yang cukup luas dan kemas. Katil king size yang disalut cadar putih susu nampak cukup sesuai dipadankan dengan set perabut warna senada. Langsir juga dari rona yang sama. Keseluruhan bilik terasa damai sekali. Dilepaskan nafas perlahan. Diatur langkah mendekati pintu gelangsar. Ditolak keatas punat kunci lalu ditarik perlahan-lahan pintu tersebut. Ditolak langsir ke hujung. Langkah kaki menjejak permukaan balkoni. Hembusan angin lewat petang yang menyerbu masuk menampar kedua-dua pipi. Disedut penuh nikmat. Kelopak mata terpejam seketika.  Didekati tubuh pada palang balkoni. Kedua-dua tangan disilangkan pada tubuh. Permandangan kejiranan di lereng bukit yang cukup mendamaikan. Bibir tanpa sedar mengukir senyum lagi. Kaki langit yang mula mengorak riak jingga ditatap seketika dengan penuh takjub.  Akhirnya dia kembali memandang jingga kaki langit tanah kelahirannya ini setelah lima tahun tidak berkesempatan menjamahnya. Tidak berkesempatan? Kata hati bagai keras menangkis. Bukankah itu kemahuannya kau sendiri Qistina. Kau yang memaku langkah di tanah ratu. Kau yang mematikan hati untuk tidak kembali ke sini. Bibir dikemam. Ada liur yang tersekat. 

"Qis tak tau apa-apa, ayah. Demi Allah, bukan Qis yang rancang semua ni. Qis.."

"Sudah. Cukup, Qis. Jangan cakap apa-apa lagi. Ayah tak mahu dengar. Itu semua bohong. Qis bohong!" Suara ayah yang bagai halintar membelah awan masih kuat melekat diingatan. Mata dipejamkan. Mahu diusir kenangan yang kembali menyapa.

"Qis cakap benar, ayah. Qis tak bohong ayah. Tolonglah percayakan Qis."  Ternyata airmata dan penjelasannya tidak laku dimata ayah. Salah tetap dibahunya. Salah tetap di pundaknya sedangkan "dia" yang melakukan segala kemusnahan itu dahulu sewenangnya terlepas dari hukuman ayah. Segala yang berlaku semuanya berpunca dari dia..bukan Qis ayah! Ayah, sampai hati ayah lebih percayakan oranglain dari anak ayah sendiri. Qis benci, ayah!

Ketukan di pintu mengejutkan seketika khayalan Qistina. Diraup wajah bersalut kenangan silam nan menyakitkan bersama helaan nafas. Entah kenapa sehingga saat ini Qistina masih gagal menbuang peristiwa itu dari lipatan ingatan. Dihumban sejauh manapun ia kembali juga hinggap menyapa jiwa halusnya. Kaki langit yang mula memancar cahaya jingga ditatap tunak. Lambaian senja sudah menjelma. Ketukan di pintu bilik terus bergema membuatkan Qistina kembali tersentak.  Pantas diatur langkah keluar dari balkoni. Pintu gelangsar ditarik lalu dikunci. Langkah laju di bawa ke pintu bilik. Dipulas perlahan. Terjenguk wajah comel Maisarah yang menjual senyum manis. Qistina membalas senyum.

"yes sayang... maaf, auntie lambat sikit. Ada apa,hmmm."

Maisarah yang mendongak sedikit sedang menjual senyum. "auntie Qis, mama cakap kalau nak solat, kiblat ikut pada arrow yang ada siling. Mama cakap tadi mama lupa nak beritahu auntie."  Arrow kat siling?  Kening Qistina terjongket. Biar betul Zita nih.  Qistina laju menoleh ke dalam bilik lalu kepala didongakkan ke atas. Tak perasan pulak matanya tadi kala menjelajah ke dalam ruang bilik ini. Mata terpempan pada "arrow" yang dimaksudkan Maisarah. Ya rabbi Zita. Mahu tersembur ketawanya. Dia yang panjat ker nih. 

"mama ker yang letakkan arrow tu, sayang?"

Maisarah dilihat menggeleng. " tak. Mama suruh papa panjat hari tu." Qistina menggeleng kepala. Tersenyum. Zita..Zita. Habis laki kau kena dera yer.

"mama cakap lagi lepas solat nanti auntie turun ok. Mama kata kita boleh dinner sama-sama. Kejap lagi papa Sarah balik."

Qistina menabur senyum manis lagi sambil mengangkat ibu jari kanan. "ok sayang. Cakap terima kasih pada mama yer. Nanti lepas solat auntie turun ye." Maisarah mengangguk laju sambil menjaring senyum.

"auntie Qis.."

Kening Qistina terangkat lagi saat mata menangkap senyum meleret Maisarah. Masih sukar menangkap maksud disebalik senyum manis Maisarah yang berwajah comel.

"ada apa, sayang?"

"auntie tau tak auntie ni cantik macam barbie doll Sarah." Maisarah tersengih lalu buru-buru lari meninggalkan Qistina yang terus termanggu didepan pintu. Barbie doll? Tanpa sedar bibir bergetar. Kata-kata itu kembali menghenyak minda. Kata-kata itu pernah membuatkan jiwa perempuannya rasa terhina. Sangat terhina!

"barbie doll cantik macam kau ni tak susah cari ganti. Petik jari. Bersusun nanti. Kalau tak kau tak jadi kahwin dengan aku pun kau tak rugi apa-apa. Kau senang, aku pun senang kan."

Kata itu masih segar di kepala. Terpahat kuat di fikiran. Bibir diketap kuat. Tangan perlahan-lahan menutup pintu.
* * * * * * *
Ucapan salam yang singgah di telinga membuatkan tangan Zita yang rancak menari di atas dapur terhenti. Salam dibalas. 

"dah sampai ker kawan baik you tu,sayang..." Langkah Azhar mendekati isterinya sambil kepala menjengah ke dalam kuali. Hmm..goreng sayur kailan dengan ikan masin. Patutlah bau dari pintu masuk tadi. Sedapnya! Tangan Azhar memaut mesra bahu Zita. Pelipis Zita dikucup perlahan. 

Zita senyum. Kepala diangguk. Tangan Azhar diraih dan dikucup lembut. "Dah. Ada kat atas. I suruh dia rehat dulu then turun lepas solat nanti. Boleh dinner sama-sama dengan kita nanti. I masak special tau untuk kita punya special guest malam nih, Har."

"wah, berani dia dera my beautiful wife ni yer. Dah la kena jemput dia kat airport. Then kena masak special untuk dia pulak. I pun tak pernah dera you tau sayang. Macam ni i pun nak dera you jugak la. Baru aci kan."

Zita bulatkan mata. Sengaja mengusik. "berani la you dera i, i tinggalkan you nanti baru you tau."

"janganlah..." Bahu Zita makin erat dipaut. Kucupan di pelipis singgah lagi. "mati la i nanti sayang. Hilanglah teddy bear i yang comel nih. Tak best la tidur takder teddy bear tau lagi-lagi teddy bear yang nama dia Zita Asyikin. Mana nak cari...takder. E-bay pun tak jual. Jangan la tinggalkan i sayang."

Zita ketawa melihat memek wajah Azhar yang sengaja dimuncungkan. Tangan pantas menarik pipi Azhar. Terburai ketawa kedua-duanya."dah la, you naik atas mandi. Sekejap lagi i naik lepas siap masak sayur nih, hmmm. Kita solat sama." Azhar kenyit mata sambil angguk kepala. "ok my teddy bear." Pantas cubitan kecil Zita singgah dipinggang. Langkah laju Azhar diatur dengan ketawa yang mengekek. Jeritan kecil Zita dari arah dapur singgah di cuping. " Har, suruh Sarah mandi sama. Karang nak solat sama." Dibalas laungan  isterinya itu bersama senyuman yang tersuring dibibir. "yes boss!!!" 


* * * * * * *
"selalu you kena turun ke platform kat sana?" 

"bergantung juga pada keadaan. Kalau field manager tak boleh solve then i'll take over. Tapi i suka sebenarnya turun ke platform ni. Bukan senang nak tengok platform kat tempat orang, Har. Selalunya i yang offer diri turun ke platform. I really enjoy it." Sebagai jurutera  kanan projek tugas utama Qistina kebanyakkan hanya tertumpu didalam pejabat yang melibatkan tugas-tugas dokumentasi dan kertas kerja namun sememangnya dari dahulu dia sukakan cabaran dan kala tawaran itu datang untuknya bertugas di Shell U.K ditambah dengan tawaran tambahan yang akan memberinya peluang yang lebih kerap berada dipelantar mahupun diatas kapal membuatkan dia tidak berpaling. Kata pemutus pantas dihulur. Tambahan kala itu situasi diri sememangnya memaksa dia "melarikan diri" seketika dari kalangan sekeliling. Malu yang menyalut diri tidak mampu ditanggung sendiri. Menghadap manusia-manusia sekitar akan menambah beban perasaaan. Sakit hatinya harus diubat. Qistina tahu kala itu, inilah keputusan paling tepat buat dirinya. Dia harus pergi. Dia harus meninggalkan segala yang ada disini. 

Azhar angguk kepala. Peluang turun ke pelantar di negara lain satu pengalaman yang seharusnya tidak dilepaskan. Dia sudah merasai pengalaman tersebut kala bertugas di negara uncle Sam suatu waktu dahulu. Mug berisi coklat panas dihadapan dicapai lalu dibawa ke bibir. Ruang tamu yang hanya dihuni mereka bertiga sedikit sunyi selepas Maisarah yang banyak mulut kata Azhar meninggalkan mereka untuk masuk ke bilik. Usai makan malam yang cukup meriah dengan sesi perkenalan tadi bagaikan ada empat puluh orang tetamu. Semuanya kerana Maisarah yang keletah dan banyak bertanya itu dan ini pada Qistina. Macam wartawan gossip canda Zita habis semua mahu dikorek. Kata yang mengundang ketawa semua. Mulut banyak yang tak reti nak break, Azhar menambah perisa membuatkan Maisarah yang comel makin galak bertanya yang macam-macam sahaja pada Qistina. Hampir putus nafas Qistina juga dibuatnya oleh si comel itu. Bagaikan mahu diceritakan semua pengalaman selama lima tahun di tanah ratu sana didalam satu malam. Mana la boleh Sarah sayang...

"sana more to offshore.."

"yup." Qistina mengangguk perlahan. Dan Qistina laju bercerita pengalamannya melakukan tugas offshore yang membuatkan dia seringkali berada jauh dari daratan hampir berminggu-minggu. Pengalaman yang sangat berharga kerana ia dilakukan ditempat orang. Kesempatan yang tidak akan berulang jika tidak direbut. Azhar mengangguk setuju. Dia turut berkongsi pengalamannya kala bertugas di Louisiana dahulu. Turun ke pelantar mengawasi kerja-kerja para kontraktor memang sangat mencabar kata Azhar namun peluang sebegini takkan datang berkali-kali dalam hidup. 

"platform team production dengan kapal punya team installation sana ada beza tak dengan team kita kat sini."

Qistina menggeleng. "sama sahaja. Sikit beza tu adalah Har. Just minor."

Azhar angguk kepala. Zita disebelah yang takzim dari tadi ditoleh." senyap jer you, sayang. Ngantuk yer,hmmm."  Bahu Zita dielus perlahan. Qistina yang duduk setentang turut tersenyum. Mug coklat panas yang berada dihadapan dicapai perlahan. 

"i'm lost at the oil platform..." Pecah ketawa Azhar. Qistina turut ketawa kecil.

Azhar angguk. Bahu Zita makin erat dipaut. Ketawa masih belum usai. "sorry sayang. Seronok berbual dengan orang minyak lupa pulak orang kat sebelah ni. Bukan senang sebenarnya nak dapat peluang jumpa jurutera kanan projek perempuan dalam oil and gas industry ini. Lagi-lagi yang dah ada pengalaman di luar negara. Turun ke platform..turun ke kapal. Wah, i memang salute your best friend ni sayang. Girl yang ada power." Zita angkat kening lalu tersenyum memandang Qistina yang menyimpul senyum dipuji Azhar. "well, kawan baik i ni memang ada girl power. So..you guys better watch out yer. Right, Qis.." Zita angkat kening lagi. Kali ni lebih tinggi. Pecah ketawa Azhar melihat aksi spontan Zita. Masing-masing saling memandang. Tersenyum dan ketawa lagi. Qistina hanya memandang kedua-dua. Ada rasa yang sedang menyapa dihati. Diketap bibir.

"you masuk office bila, Qis." Pertanyaan Azhar buat Qistina yang sedang terleka memandang kedua-duanya tersentak. Ditelan air liur. Cuba ditutup rasa itu dengan senyuman kecil.

"esok i singgah kejap nak uruskan dokumentasi. Lusa i masuk..officially."

"cepatnya, Qis. Penat terbang tak habis lagi."

Senyum. "dah biasa, Zie. Takde masalah pun. Lagipun memang email mention aku kena masuk lusa."

"Qis.."

"hmmm..."

Zita kemam bibir. Bagai teragak-agak mahu bersuara. Wajah comel Qistina yang bertudung coklat muda ditatap. Ada getar bergema di dada."aku dengar dia masih keje kat situ lagi."

Jeda.

Nafas dihela perlahan. Senyum sedaya upaya diraih." aku ok, Zie. Jangan bimbang,hmmm." Sedaya upaya cuba dikawal perasaan yang sedang berkecamuk didalam jiwa. Ditelan liur berkali-kali. Nafas yang tercerna dikawal perlahan. Tubuh perlahan-lahan ditegakkan. " aku masuk dulu,Zie." Senyum. Wajah Azhar diraih. Senyum dihulur sama " I masuk dulu, Har. Nice talking to you. Selamat malam. Assalamualaikum." Ucapan selamat dan salam serentak dibalas oleh kedua-duanya. Langkah perlahan Qistina yang menaiki tangga diekori oleh pandangan mata Zita.

"sayang..." Zita menoleh. Wajah Azhar yang begitu hampir dipipi ditatap.

"Khalish?"

Zita angguk perlahan. Azhar geleng kepala. Sebelah tangan meraup bibir. Wajah seseorang menerpa minda.

Tuesday, November 13, 2012

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 1


Bab 1
Mata Qistina jauh merenung kaki langit dari tingkap kecil pesawat MH1 yang sedang membawa dia pulang. Pulang menjejakkan semula kaki ke bumi bertuah yang sekian lama ditinggalkan. Ditinggalkan demi sebuah harga diri dan luka dijiwa yang terlalu parah untuk diungkap dengan bilah kata. Jika tidak kerana tuntutan tanggungjawab yang memanggilnya pulang sumpah yang tertusuk dihati takkan dipadamkan sampai bila-bila.  Dibumi bertuah ini tercatat peristiwa yang sukar dibuang dari lipatan ingatan sampai hari ini. Sukarnya mahu melupuskan kenangan itu dari terus bertamu. Ingatan tentang darah merah dari luka yang rabak merobek jiwa halusnya deras membasahi lantai hati kembali menyapa.  Dipejamkan mata. Dihela nafas sejenak. Peristiwa itu sudah lama diikat kemas, dilipat dan disorong ke ruang paling dalam di ujana hati. Tidak mahu dingati lagi kepahitan yang menjadi penyebab langkahnya berlari tanpa berpaling meninggalkan segala yang dikasihi dan disayangi di bumi bertuah ini suatu waktu dahulu.

Dikerdipkan mata berkali-kali kala mata menyapa kepulan awan nan memutih. Ada rasa hangat yang hadir ditubir kolam matanya yang bundar. Pantas disapu dengan hujung jari sebelum titis itu melimpahi tebing. Langit petang masih cerah dan beriak tenang menyambut kepulangannya. Dikalih mata kala melihat penumpang disebelah sedang membetulkan duduk dari lena yang panjang. Senyum bertaut. Disusuri pandangan mata pada langkah beberapa anak kapal yang sedang mundar-mandir meladeni para penumpang. Pesawat sudah memasuki langit Kuala Lumpur dan sebentar lagi pesawat akan mendarat. Itu pengumuman dari kapten bertugas yang mengemudi Airbus A380 ini dari Heathrow lebih 12 jam yang lalu. Kenangan tentang perbualannya bersama Layla Aisyah malam tadi kala di terminal 4 sebelum memasuki balas berlepas di lapangan terbang antarabangsa Heathrow masih segar di fikiran. Berkali-kali teman baiknya itu bertanyakan keputusannya untuk kembali. Kuatkah langkah ini untuk kembali di bumi kelahirannya ini setelah apa yang telah berlaku lima tahun dahulu. Kuatkah hatinya untuk menangkis rasa itu dari kembali menghentak jiwanya yang cukup terluka dan dilukai dahulu. Sakitnya masih terasa hingga kini. Tidak terpadam biar ditiup bayu masa yang panjang.

"kau pasti dengan keputusan kau nih." Tatapan mata Layla tepat memanah. Qistina khali sejenak. Memandang kosong pada bangku hadapan yang diletakkan beg kertas sederhana besar berisi strawberry crepe dari air tangan Layla yang begitu enak.  Dua bekas plastik empat segi didalam yang diisi manisan tersebut. Satu untuknya dan satu lagi untuk teman akrab mereka Zita Asyikin yang akan menantinya di KLIA nanti. Mereka bertiga teman akrab sejak di sekolah menengah lagi dan sehingga kini terus utuh tersimpul. Mata masih merenung wajah cantik Layla. Teman akrabnya ini terlalu baik. Menjaga dia selama membawa diri ke tanah ratu ini atas tiket tuntutan kerja biarpun kisah disebaliknya bukanlah begitu. Layla tahu segala yang telah berlaku. Tiada satupun yang dapat disembunyikan daripada temannya ini. Mungkin kerana itulah Layla berat mahu melepaskan dia pulang. Layla tahu hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Riak ceria diwajah Qistina yang selama ni dipamerkan gagal menipu mata hati seorang Layla.

Tangan yang disilang ke tubuh dileraikan."tak selamanya aku terus di sini, Layla. Lagipun kontrak aku disini dah tamat. Aku kena balik. Kerja disana dah menanti aku. Kau pun tahu kan komitmen aku. " Pergelangan tangan ditoleh. Ada sedikit masa lagi sebelum dia melangkah memasuki balai berlepas.

Layla dilihat menghela nafas panjang bersama gelengan perlahan. Rambut perang gelap temannya itu cantik sekali terbuai. "boleh jer tukar co. lain kalau kau mahu. Offer bukannya tak ada. Banyak. Kau tu jer... yang tak nak kan. Bukan aku tak tau."

Jeda. Dibiarkan persoalan dan pertanyaan Layla tanpa mahu memberikan apa-apa jawapan.  

"Qis.." Bahunya dipaut erat. Senyum terukir. Mata indah Layla bertembung dengan sinar bundar matanya.

"kau pasti akan jumpa dia disana nanti, Qis."

Bibir dikemam. Entah mengapa terasa ada sesuatu yang kembali menampar dinding hati. Di bawa mata lari ke dinding cermin setentang. Lama matanya singgah disitu. Seakan ada lakaran seraut wajah terbias. Kabur. Dihela nafas perlahan. "bumi Malaysia tu luas, Layla. "

"kalau kau jumpa dia jugak, macammana?"

Dilepaskan nafas dalam-dalam. Mata Layla dicari dan ditatap. "buat dunno jer lah. Habis cerita kan. Aku dah lupa pun muka dia macammana. Dan dia pun tentu dah tak ingat apa-apa lagi pasal aku. Memang mahunya begitu." Akal menyangkah. Mana mungkin dilupakan wajah itu. Akan tertanam difikiran sampai mati. Tidak! Dia mahu melupakan wajah yang satu itu. Tidak mahu mengingatinya sampai bila-bila!

"semudah tu? Kau ingat aku nak percaya kata-kata kau nih. Come on la, Qis. I'm not your barbie doll ok."

Ketawa halus terluncur. Bahu Layla dielus lembut."doakan aku, Layla." Senyum bertaut. Pelukan kedua-dua makin erat. Itu perbualan terakhir sebelum kaki melangkah masuk ke balai berlepas. Langkah terakhir meninggalkan bumi yang memayunginya sejak enam puluh bulan. Bumi yang meminjamkan tanahnya untuk dipijak Qistina selama menjadi pemastautin di sini. Selamat tinggal tanah Manchester. Selamat tinggal tanah ratu.

Troli yang mengusung bagasi ditolak melepasi balai berlepas. Langkah tenang dibawa menyusuri celahan manusia yang turut sama menolak troli sepertinya. Hingar-bingar menyapa cuping. Suasana yang lazim dimana-mana lapangan terbang. Mata meloncat memandang dicelahan orangramai yang berbaris didepan. Pasti menanti kepulangan orang tersayang.  Tiada kelihatan wajah yang dicari. Ditolak troli melepasi deretan orangramai yang bersesak didepan. Dibawa troli ke bangku didepan. Dilepaskan nafas. Ditoleh sekali lagi ke kiri dan kanan. Ditoleh Guess dipergelangan kanan. Jam agaknya ni. Dilabuhkan duduk dibangku sambil mata memandang ke pintu masuk. Beg kertas yang berisi stwaberry crepe yang kemas berbalut plastik kedap udara diletakkan ke riba. Beg sandang LV hadiah dari Layla sempena ulangtahun harilahirnya dua tahu lalu diletakkan di riba juga.

Duduknya takzim memandang gelagat manusia yang lalu lalang dan mundar mandir. Akhirnya dia jejak kembali tanah bertuah ini. Akhirnya dia pulang dari pelarian sejak puluhan purnama. Pelarian dari luka yang mencarik jiwa. Pelarian yang terpaksa dilakukan demi sebuah maruah diri yang teruk dihenyak. Pelarian yang membawa diri jauh dari kasih sayang keluarga. Pelarian yang membawa diri jauh terhumban dari kehidupan bahagianya suatu waktu dahulu. Qistina tahu luka dihatinya ini tidak akan sembuh semudahnya biar sekian lama segala-galanya itu berlalu. Apa yang dirasai selama ini, tidak pernah dirasai oleh sesiapa. Tiada siapa yang tahu perasaannya. Tiada siapa yang tahu penanggungannya. 

Lambaian seorang wanita muda cantik  dipintu masuk yang manis berskaf dengan tee hitam  dan berjean pudar sambil menggenggam erat tangan seorang gadis kecil berambut perang tidak sukar diteka siapa gerangannya. Zita Asyikin masih cantik seperti dahulu juga. Zita Asyikin teman akrabnya selain Layla Aisyah. Zita Asyikin yang sudah menemui bahagianya selepas kecewa dan dikecewakan oleh kecurangan bekas suaminya dahulu. Qistina tahu Zita sangat bahagia dengan kehidupan baharunya bersama Azhar dan Maisarah. Cuma sayang dia tidak berkesempatan pulang meraikan hari bahagia teman baiknya itu. Kekangan diri memaksa Qistina menghampakan permintaan teman baiknya ini. Namun Qistina bersyukur, Zita memahami keadaan dirinya. Selalu sahaja mereka berutus berita di alam maya selama ini sejak berpisah pentas benua.  Dibalas lambaian dengan senyuman yang manis nan lebar. Ditegakkan tubuh. Beg kertas dijinjit. LV disangkutkan ke bahu.  Zita sudah memanjangkan depangan tangan sambil meluru  ke arah Qistina. Bibir dikemam. Qistina tenggelam dalam pelukan kecil Zita. Esakan halus bersaing di cuping. Belakang tubuh Zita diusap perlahan.

Pelukan terlerai. Senyuman Qistina masih belum usai. Bahu Zita dielus lembut. Teman akrabnya ini menyapu hujung mata dengan anak jari. 

"lamanya tak jumpa kau, Qis. Bertahun-tahun. Rindu sangat kat kawan aku sorang nih."

"aku rindu kau jugak, Zie. Sihat nampak...berseri-seri puan Zita Asyikin sorang nih yer."

"yelah tu membodek aku kan...." Zita mencebik yang mengundang ketawa Qistina. " kau tu kata rindu tapi taknak balik."

Senyum. Mata masih bertaut.

"Lama tunggu tadi? Maaflah..lambat cari parking."

"faham. Don't worry ok. Aku yang patut say sorry sesangat sebab menyusahkan kau datang petang-petang nih jemput aku. Aku nak naik cab kau tak bagi."

Zita menggeleng." tak ada susahnya. KL memang macam nih. Jam tu dah jadi acara wajib."

"Qis..kau makin cantik...slim maintain macam dulu. Kena bayu selat inggeris makin putih kau kan." Tubuhnya yang ringkas berjean dan berkemeja petak-petak merah hati dan tudung sedondon dipusing-pusingkan Zita persis  model peragaan pakaian. 

Ketawa. "tapi tak boleh lawan cantik kau, Zie.."

Zita mencebik kecil. "dah gelap aku nih. Nasib baik tak berkilat. Berjemur jer. Kena dera jogging every weekend dengan my roommate tuh." Qistina geleng kepala. Ketawa lagi. Beg kertas yang dijinjit dihulurkan. Zita angkat kening.

"cik puan Layla Aisyah kirim salam dan kirim bendalah nih.."

Salam disambut perlahan oleh Zita menyapa pendengaran. "apa tuh.." Dibelek beg kertas dari luar dengan mata yang dikalih kembali memandang Qistina.

"strawberry crepe kesukaan kau tu laa. Tapi cream takda ye...sila bubuh sendiri dia pesan." Qistina ketawa. Lucu dengan pesanan Layla untuk Zita malam tadi. Bebola mata Zita yang galak kian besar. Senyum lebar sambil kepala menjenguk isi kertas. "sedap nih. Makcik tu kan memang pandai buat strawberry crepe terbest di dunia...dan pandai jugak mengenakan aku. Tengok laa..strawberry crepe botak yang dia kirim. Hampeh betul!"

Ketawa kedua-duanya berderai.

Mata jatuh pada gadis manis yang sedari tadi merenungnya tidak berkelip. Mata diangkat memandang semula ke arah Zita." Maisarah kan?" Zita angguk. Senyum. 

"sayang..kenalkan ni kawan baik mama..auntie Qis."

Dahi Maisarah dilihat Qistina berkerut halus.

"Kiss? Like this mama?"Bibir Maisarah dimuncungkan.

Ketawa Zita dan Qistina berpadu.

"no no sayang. Not that kissed. Is Qis..Q-I-S."

"Qis? Nama kawan mama pendek."

Qistina senyum. Diusap lembut pipi mulus Maisarah.

"Nama auntie Annur Qistina. Mama Sarah panggil auntie Qis sahaja. Mama Sarah dan auntie Qis kawan baik dari sekolah lagi. Sarah pun boleh panggil auntie as auntie Qis so nanti kita pun boleh jadi kawan baik jugak. Nak tak?"

Maisarah angguk. Senyum manis terserlah dari bibir mungilnya."ok auntie Qis. Kawan mama pun kawan Sarah jugak. Right, mama?" Giliran Zita mengelus pipi mulus Maisarah.

"ok..jom." Zita tarik tangan Qistina dan menggenggam tangan Maisarah.Troli ditolak melepasi pintu masuk.

Tali pinggang ditarik dan ditekan ke punatnya. Zita disebelah sudah memutar stereng. BMW hitam menluncur perlahan meninggalkan kawasan parkir.

"Qis.."

Pandangan mata yang tadinya leka memandang ke luar tingkap menyaksikan kaki langit yang kian jingga dibawa ke dalam. Sisi wajah Zita yang sedang tenang memandu ditatap. Jalanraya yang sedikit sesak membuatkan pemanduan Zita sedikit perlahan. 

"hmmm.."

"kau tinggal dengan aku yer. Azhar ok. Lagipun bilik rumah kami tu banyak. Sunyi jer pun."

Qistina menggeleng." seganlah Zie. Aku cari rumah sewa jer nanti."

Zita melontar jelingan halus. "aah..mengada kau tuh. Aku dah cakap dengan Azhar. Dia ok sangat-sangat. Aku ada gak kawan kalau malam-malam or kalau dia kena outsation. Kadang Maisarah pun bosan asik pandang muka aku jer kalau papanya outstation. Tu yang kadang-kadang berangkut rumah papa aku. Naik pening orang tua  dengan perangai kita orang berdua. Ok yer Qis....pleaseeeeeeee."

Qistina senyum. Angguk. " Sementara sahaja ok. Aku cadangkan jugak kau beranak la banyak-banyak Zie. Sure meriah nanti banglo kau tuh. Jangan runtuh sudah."

Tangan kiri Zita menghala ke perut sambil tersenyum memandang sekilas Qistina yang tunak merenung dari tadi dengan mata tidak berkelip.

"ada?" Qistina teruja. Zita mengangguk. "on the way."

"alhamdulillah. Akhirnya kan. Ameen..ameen...ameen." Qistina raup wajah. Senyuman kedua-duanya bertaut.

"Qis..."

"kau dah sedia.."

"maksud kau?"

"Dia.."

"he is just a history in my life, Zie. Aku takkan toleh ke belakang lagi."

Zita senyum. " aku akan setiasa sokong kawan baik aku ni. Aku tau kau boleh..kan?" Qistina angguk. Lengan Zita diusap lembut. "Insyaallah. Doa-doa kan aku Zie,hmmm." Pandangan kedua-duanya bertaut. Penuh bermakna.

Jika tak sedia, dia takkan pulang!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...