Tuesday, March 29, 2016

Dia...Siratul Mustaqeem

“AKU bukan budak kecil lagi. Aku tahu jaga diri aku sendiri. Kau tak payah buang masa hantar orang-orang kau jaga aku. Kau jugak tak payah nak tunjuk muka kau lagi. Tau tak kau menakutkan semua orang kat sini. Tolonglah jangan ganggu hidup aku. Susah sangat ke kau orang semua nak faham. Susah sangat ke, Blood?” Sofia humban jeling pada Blood. Setiap kemunculan lelaki ini pasti akan menumpahkan amarah Sofia. Acapkali sabarnya lebur bila berdepan lelaki ini. Amarahnya akan membadai. Menghempas ruang jiwa. Anehnya lelaki ini seperti tiada jiwa. Langsung tak terkesan dengan setiap sinis yang dilontar.
Tubuh yang bersandar di dinding mula bergerak ke ruang tengah. Dikemas beberapa helai yoga mat yang terhampar di lantai. Digulung dan diletakkan kembali pada rak di kanan pintu masuk. Lelaki kepercayaan papanya ini tenang sahaja duduk di sofa bersebelahan bilik pejabat kecil Sofia. Langsung tidak membalas. Dengus kasar terluncur. Geram bercampur sakit hati bergumpal dalam alir rasa. Enggan tenggelam dalam laut amarah yang bergelora, dibawa langkah ke arah cermin jendela. Diintai ke bawah. Pekat malam yang dipayungi linggaran neon jalanan menebar layar. Beberapa orang lelaki berpakaian hitam yang sedang bersandar di kereta masing-masing sambil berbual dan ketawa menangkap pandangan. Bibir diketap. Seraut wajah yang amat dibenci tegak di layar mata.
Blood masih statik di sofa. Dia hanya mendengar. Hanya memerhati. Tidak mahu memberi apa-apa balas. Sosok tinggi anak tunggal ketuanya ini terus melekap di mata. Tugas dan tanggungjawab mengawasi keselamatan Sofia membawanya ke sini saban malam. Dan malam ini dia ada tugas penting yang perlu dilakukan.
 Dipusingkan tubuh. Blood yang tetap bisu direnung. Ditarik tuala yang tersangkut di leher. Disapu ke wajah yang berpeluh. Ruang gym yang kosong sepi dilirik sekilas. Segala bibit suara dan hilai tawa dari ahli Fitness World sudah tiada. Bunyi dari gegak muzik juga sudah bisu. Sunyi bermaharajalela. Semua yang berada di lapangan kelab kesihatan ini tadi bagaikan mengerti harus segera beredar bila melihat Blood melangkah masuk. Setiap kali lelaki ini muncul gerunnya menebar keseluruh pelusuk ruang dan penjuru. Biarpun tiada apa yang dilakukannya, sosok yang sasa ini buat tiap mata yang memandang terasa dipanah busar beracun. Langkah di bawa menuju ke dalam bilik. Dikuak pintu. Tas tangan yang terdampar di atas meja disambar. Suis lampu di kiri pintu ditekan. Gelap. Pintu ditarik. Dibaling jeling pada Blood.
 “Aku nak balik. Sila keluar.” Suara keras Sofia terhumban. Dikuak perut Michael Kors hitam yang diletakkan di meja kecil di luar bilik. Ditarik iPhone dan segugus kunci. Jari-jemari menari di skrin iPhone. Blood bangkit tenang. Sofia yang asyik di skrin iPhone didekati.
  “Ramone suruh aku bawak kau jumpa dia.”
  Sebaris nama itu buat kepala Sofia terangkat. Blood yang menghumban renung dibalas.
  “Aku taknak jumpa dia.” Mata masih tidak bergerak memandang lelaki di depannya ini. Dia tidak gentar. Pergi jahanam dengan arahan Ramone. Dia bukan orang tawanan lelaki itu. Go to hell, Ramone!
 “Kau nak jalan atau kau nak aku angkat kau? Pilih yang mana satu, Sofia.” Dua tangan Blood merangkul tubuh sasa. Wajah Sofia yang tegang dijamah tenang.
  Bibir diketap. Dua tangan dikepal sekuat rasa.
 “Aku taknak jumpa dia. Kau faham tak?!” Suara keras Sofia bergema.
  Blood humban renung. Serentak tubuh kurus Sofia terlambung rendah. Mencetus jerit gadis itu. Pantas disauk dan disangkut ke bahu. Tangan kanan capai Michael Kors. Dijinjit kemas. Langkah dihala ke pintu keluar. Rontaan dan jeritan Sofia yang bergema tidak dihirau. Ditarik pintu keluar Fitness World. Jengka yang terpacak di luar pintu mendekat.
 “Padam semua suis. Kunci pintu. Selesai turun bawah. Cepat.” Jengka angguk faham. Kunci pendua yang dihulurkan Blood tadi dikeluarkan dari dalam poket jeans. Sofia yang meronta-ronta dan tersangkut di bahu Blood dilirik. Tahu benar hendak ke mana gadis itu di bawa. Telunjuk Sofia hala pada lelaki yang terpacak di depan.
 “Kau…cepat turunkan aku. Cepat!” Langkah Blood melepasi Jengka. Jerit Sofia tidak dihirau. Jengka ikut melangkah masuk ke dalam Fitness World. Arahan Blood perlu disempurnakan secepatnya.

  “Lepaskan aku. Let me go. Aku benci kau. Damn you, Blood. Damn you!” Dibiarkan Sofia terus meluahkan amarah. Maki dan jerit Sofia tidak berbekas di hati. Tidak perlu ambil rasa dengan kata-kata anak ketuanya ini. Arahan Ramone lebih penting. Arahan Ramone harus disempurnakan biar dengan apa cara sekalipun. Tiada arahan yang lebih utama selain arahan Ramone Commando.


Sunday, March 27, 2016

Akulah PEREMPUAN yang kau singkirkan


"Kau blaah. Aku cakap kau blaah laa." Jo tolak kasar tubuh Azhad yang sejak dari tadi enggan bergerak. Enggan meninggalkan kawasan luar rumah sewa Jo. Terus tercegat depan pintu pagar. Sakit hatinya masih belum surut. Azhad tetap mematung. Dibiarkan sahaja Jo melampiaskan amarah.

Azhad yang tegak tidak berganjak buat marah Jo makin marak. Ditekan kuat tapak tangan ke dada lelaki ini.

"Pekak ke?" Mata Jo menjala cerlung.

"Jo. I am sorry okay." Suara lembut berbaur pujukan Azhad terluncur. Tangan Jo yang menekan dada cuba dicapai. Pantas direntap Jo bersama dengus amaran. Azhad lepas nafas. Sukar benar menyakinkan gadis ini. Keras hatinya bagai karang.

"Sorry? "Mata dibesarkan. "Kau punya pasal aku kena emergency leave malam ni. Gaji aku kena potong free free aje sebab kau. Simpan sorry bodoh kau tu dalam bonet kereta ."

"Berhenti kerja tu, Jo. I akan bayar sebagai ganti. Name me the figure."

Ketawa sinis Jo terhumban.

"Kau siapa nak arah-arah aku. Eh.." Jari telunjuk lurus dihala tepat ke wajah Azhad. "Kau jangan fikir kau orang kaya...banyak duit kau boleh beli aku. Kau silap, Azhad. Kau silap." Jo lirik jeling pada Azhad yang tidak beralih tatap.

"Jo...I care about you. I sayang you, Jo. I lo..."

"Kau balik." Laju kata Azhad dicantas. Enggan mendengar ayat beli jiwa lelaki ini. Tanpa belas ditolak kasar ke belakang tubuh Azhad. Ditarik pintu pagar. Dikunci. Azhad raup wajah yang masih lembab. Tapak tangan ikut meraup rambut yang masih basah. Jo yang mengunci pintu pagar direnung. Hela nafas ditarik. Dirapati langkah ke depan.

"Beri I peluang untuk jaga you, Jo. Beri I peluang jadi lelaki dalam hidup you. The only man, Jo."

Jo angkat mata. Dihumban pandangan tajam pada lelaki yang tegak di depan pintu pagar. Patah-patah kata tadi terngiang di cuping. Sabung mata bertaut. Azhad dilihat menganggukkan kepala.


Wednesday, March 23, 2016

Antara Artik dan Antartika.


E-ceritera akan datang. InsyaAllah. Storyline akan meneyentuh sedikit sebanyak tentang dunia syarie. Hohoho... saya sangat minat dunia syarie. So kita saksikan nanti debat antara Artik dan Antartika. Siapa Artik? Siapa Antartika?...Cuba teka. Ngeee.

Kalau tak dapat nak teka.....kena..........tungguuuuuuuu.

lalalalala...

Antara Artik dan Antartika
Itulah kita.
Bagaikan dua garis.
Sama bentuk…tapi tak selari penjuru.
Kita ini sifatnya serupa…tapi ada beda
Melihat kamu…aku lihat diriku
Kenali kamu…aku kenal diriku
Sinis aku…bisa lagi bicaramu
Sedingin aku…dingin lagi kamu

Antartika…aku mahu kamu.
Sungguh aku mahu kamu.
Bekumu…dinginmu…bisa bicaramu
Antartika…izinkan aku si Artik yang sudah lebur bongkah egonya ini
Menjadi penghuni pergunungan hatimu yang beku
Biar hangat yang aku bawa dari daerahku
Akan bisa mencairkannya.
Aku tahu aku mampu.
Kerana Artik itu tercipta bersama Antartika.
Bukan bersama yang lain.



Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...