Friday, August 24, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 30

Bab 30

Riak muka selamba Jane yang masih rancak mengunyah lebihan karipap daging ayam yang dibawa oleh Teja dari rumah tadi sambil bersila diatas karpet nipis yang menjadi alas lantai bilik stor merangkap pejabat kecil Teja ditenung tidak berkelip. Karipap tu sebahagiannya awal pagi tadi Teja dah bagi kat Man. Dia tak sempat nak  sarapan dengan Teja macam biasa sebab ada mesyuarat awal pagi nanti katanya dengan 2 pelanggan baharu dari Osaka untuk perbincangan lanjut projek usahasama Kiara  Arena dengan syarikat dari Osaka tersebut. Orang Jepun ni kan penjaga masa yang  terbaik jadi kata Man dia juga kena jaga masa dia. Mata Teja masih dicerlung ke arah Jane yang buat-buat tak nampak renungan Teja. Teja ketap bibir. Dah karipap keenam tuh! Issy Jane Jenab ni kalau mana-mana makcik yang tengok dia sedang mencekik laa nih memang gerenti hancur jadi calon menantu. Nasib baik la bukan aku yang jadi calon mak mertua kau Jane..tidak, alamatnyer kensel laa kau nak jadi menantu aku. 

Tapi... nasib kau tersangat laa baik Jane sebab si Mike lemau tu memang sentiasa aje tutup mata dengan skill kau yang satu nih. Nak buat macammaner kan...dah suka, dah sayang dan dah cinta. Tutup mata jer laa. Sebab tu laa agaknya orang cakap cinta tu buta. Dan cinta itu jugak bagi Teja sah-sah pekak dan bisu. Sebabnya...apa-apa pun orang kata pasal orang yang kita suka, sayang dan cinta, kita akan buat-buat tak dengar ajer. Bo layan...boleh blah. Buat dek jer. Kita akan tutup mata, tutup telinga dan tutup mulut. Kita takkan nampak atau dengar apa yang orang cakap tu sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Sebaliknya kita akan anggap itu adalah apa yang disebut give and take. Baik dan buruk pasangan kita tu kita kena laa terima sebab kita dah pilih dia jadi soulmate kita kan. Err... tapi ..ye ker macam tu ek.  Masaklah kalau dapat macam soulmate yang macam depan Teja nih. Udahlah tak makan saman, garang kemain...kuat makan pulak tuh! Nasib kau la Mike. Eh, apa bende yang Teja merapu ni. Apa kes cakap pasal hal cinta-cintaan pepagi alam nih. Syoh syoh. Eleh, poodah la kau Teja. Kau tu sebenarnyer sedang cakap pasal diri kau ngan si mamat sirap bandung tu kan. Kau tu pun dua kali lima jer dengan si Jane..jangan nak kutuk orang ek. Eh, maner ada aar. Kitaorang bebiase jer laa. La...lagipun kitaorang baru jer nak kenal diri memasing aar. Teja baru nak kenal diri Man...dan Man pun sedang nak kenal sapa Teja nih. 

Teja sebenarnya buat karipap yang isi kentang dan daging ayam tu sebab si sirap bandung tu yang nak makan sesangat. Dia dah bagi siap-siap dua ratus hinggit kat Teja dua hari lepas. Nak jugak Teja buat untuk dia. Teja mula memang segan nak ambik duit yang Man bagi. Banyak tu dua ratus hinggit weh. Setakat dia jer nak makan buat 6-7 biji jadilah kan. Nak makan sampai muntah karipap haper sampai banyak tu duitnya. Man cakap takper jer Teja buat lebih..yang balance tu nanti Teja sedekah jer kat budak-budak logistic ngan mailing centre. Tau tau ajer si sirap bandung tu yang budak-budak kat dua department tu memang geng juara melantak. Termasuk laa kepala dia yang kat depan Teja ni sekarang. Man cakap, kan Teja jugak yang suruh dia banyak bersedekah. Harta dia berkepuk tu nak buat haper. Bukan boleh masuk kubur pun. Nanti kena audit kat "sana" kan senang nak menjawab. Bagus..bagus. Dengar kata orang budak nih kan. Sedekah banyak-banyak ye awak..nanti makin murah rezeki awak. Saya pun leh tumpang dua kaki..hahaha. Boleh aar dapat sebiji lagi Ducati ker..takpun Harley merah. Cakap pasal Harley merah ni lama dah Teja tak nampak Harley merah yang Teja pedajal kan tuh. Tah kemana agaknya mamat Harley merah tu. Man pun tak cerita pasal kes dia jumpa mamat tu dengan si Mike dulu. Sah-sah dia serik nak letak Harley dia kat sini. Entah berbakul-bakul agaknya dia maki hamun Teja kan.


Petang semalam masa Man escort Teja ke parking dia pesan lagi pasal karipap nih. Dia cakap karipap yang Teja buat memang sangat sedap..sama jugak dengan kuih-kuih yang lain. Tangan Teja ni macam ada magik. Teja memang dah rasa kembang jer masa tu, kalah buah kembang semangkuk...kembang setempayan rasanya masa tuh  tapi  Teja tak tunjuk aar depan dia. Buat muka selamba badak jer. Teja kan sebenarnya masa tuh segan yanga amat aar kena escort dengan dia. Dari lif sampai parking tuh si sirap bandung tuh escort...aduh.  Sakit kepala Teja nih nak layan perangai dia yang protective sesangat. Leceh aar. Apa barang minah brutal macam Teja ni nak pakai escort bagai kan. Buat malu tuan punya badan jer.  Walaupun banyak kali dah Teja cakap tak payah ler nak teman meneman nih, si sirap bandung tu tetap jugak nak escort Teja. Issy, degil betul aar dia nih. Boleh dia cakap nanti kalau orang culik atau apa-apakan Teja macam maner. Bila Teja cakap alah, sapa la mangkuk paku karat yang nak culik budak giler-giler macam Teja ni. Dah la tak seksi ..sekeping macam plywood tampal dinding, miskin kedana pulak tu. Kalau orang tu buta warna mungkin la kut. Man balas kata tak kira la tak seksi ker haper yang dia tahu Teja kan buah hati dia. Dia kenalah jaga keselamatan Teja. Cuping telinga Teja ni pun rasa nak guling-guling ketawa tau masa tuh. Teja tau aar jaga diri sendiri. Dah lama hidup pun. Selama nih Teja tau jer jaga diri sendiri haper. Lagipun sesapa yang cuba nak buat hal ngan Teja tu sah-sah tempah lubang kubur sendiri. Helmet Jerman Teja tu memang lama dah tunggu mangsa.  Kalau rasa nak makan helmet Jerman  tu trylah. Teja tenung lagi muka Jane yang sudah diangkat sedikit. Berlaga dua pasang biji mata. Jane angkat kening sambil tayang sengih. Teja mencebik balas. Mug gambar tiga ekor kucing Siam berisi air milo panas  didepan yang dibancuh Teja selamba dicapai lalu disua ke bibir. 

"Hoi makcik Jane Jenab, tu aku punya air milo aar. Kau ni kan Jane...main rembat sesuka jiwa remaja tua kau tu jer ek.  Dah laa telan 6 ketul karipap tak toleh kiri kanan. Baek punyer sumbat. Cuba laa minta izin dulu sebelum nak telan milo tuh masuk dalam perut kau. Aku tak halal kan nanti mau kembung perut kau tu. Baru padan ngan muka kau, beb."


Jane cebik. Terus dihirup selamba air milo yang dicapai tadi. Teja mengacah mahu meluku kepala Jane. Pantas dielak oleh Jane.


"ala.. milo cap balang merah pantry office ni pun nak berkira ngan aku . Hello cik TJ, milo cap balang merah ni harta benda Kiara Arena tau. Air panas yang kau bancuh ni pun hak office gak. Yang hak kau cuma mug katun ngan sudu besi ni jer haa." Jane sua mug sambil goyang sudu depan mata Teja. Teja  lontar jelingan halus.  " Jadi apa kes kau kata ni air kau..haa, cuba stori mori  kat aku."


"banyak laa kau punya harta benda Kiara Arena. Dah benda tu diwakafkan kat semua staff di sini..jadilah milik bersama...mangkuk aar kau ni Jane." 


Jane geleng kepala. Mug yang baru dihirup sedikit diletakkan kembali didepan.

"eh, apa pulak. Benda-benda tu tetap hak milik syarikat. Jadi jangan ler sesedap rasa, semanis delima nak kata benda-benda tu kau yang punyer ek. Tolong banyak sikit, beb."

 Teja geleng kepala. Laju. Malas betul aku nak bertekak dengan minah sekor ni. 

"Huh, tak kuasa aku nak layan kau ni Jane. Nak menang  aje keje nyer. Baik aku gi belakang kira stok ink printer... lagi bagus. Dapat gak pahala. Huh!" Teja mendengus kecil seraya bingkas bangkit dari duduk. Namun belum sempat kaki melangkah tangannya sudah dipaut oleh tangan Jane. Dengan isyarat mata yang dibuntangkan, Jane suruh Teja duduk semula. Teja ketap bibir. Ni apa kes buntang-buntangkan bijik mata ni..lapar lagi ker. Dah makan 6 ketul karipap pun tak kenyang lagi ker perempuan perut belanga tanah nih. Karipap daging tuh..bukan karipap kosong tau!

"Dah dah. Cepat jawab soklan aku tadi. Jangan cuba cari idea nak mengelak ek...aku debik kau karang, TJ. Duduk cepat!"

Teja garu kepala yang tidak gatal. Aduh perempuan nih. Ingat dia dah lupa pasal soklan tadi sebab dah melantak banyak karipap daging tuh. Teja ramas kesemua jari-jemari. Pagi tadi Jane masuk jer stor terus serbu dan tarik tangan Teja. Dia suruh Teja citer macammaner Teja boleh "terjadi" dengan CEO Kiara Arena nih. Ala Jane nih, bukannyer dia tak tau kisah Teja dengan Man dulu.  dah citer haper kat dia..issy! Teja ngan Man kan memang dah declare jadi couple lepas kes Man menyamar jadi boyfriend Teja dulu. Sama jer kan bendanya. Yelah, dulu tu lain sebab kisah Teja dengan Man. Sekarang nih dah jadi lain sikit sebab Man tu sebenarnya CEO Kiara Arena. Tu jer bezanyer. Isinya tetap sama. Tapi Jane tetap nak Teja citer gak semuanya semula. Huh!  Dia nak tau hari ni jugak citer tuh. Jane kata dia tak sempat nak tanya Teja lepas kes hari tu sebab dia kena balik kampung nenek dia sakit. Tu yang jadi senyap sekejap. Teja ingat dah selamat aar sebab mesti Jane dah lupakan hal tu ataupun Mike dah story semua bende itu..kan Jane buah hati dia. Tup tup Teja kena serang hari ni ngan Jane. Alahai..apa yang Teja nak citer pasal macammaner dia dan si Man boleh jadi macam sekarang nih. Alaa, ni kan semua urusan Dia...maner laa Teja tau kan..ngok la Jane ni tau. Itupun tak boleh fikir ker..huh!

Teja hembus nafas kuat. Air liur ditelan. Apa benda nak cakap ek...issy.

"ala..nak citer amendenyer Jane. Kau memang dah tau kita orang couple kan. Dan kau pun mesti dah tau punyer citer nih yang sebenarnya. Sure si Mike lemau tu dah citer  kat kau semua kan. Mike tau aar Jane semua pasal nih. Diaorang berdua tu sama jer subahat tipu aku hidup-hidup aar Jane...mangkuk ayan betul! Sib baik aku ni waras lagi tau..tidak, mahu wassalam dua-dua ekor tu aku kejekan. Habislah kau jadi janda berhias nanti Jane."

Jane cubit lengan Teja sambil jegilkan mata. Bibir diketap. "Mementang si biskut lemak berkrim kau tu rangup, sesedap kuih talam jer kau panggil si Mike aku tu lemau ek.  Pastu ada hati pulak nak jadikan aku janda berhias. Banyak kau punyer janda berhias ek. Tak sayang mulut kau nih kan. Aku cili-cilikan karang baru kau rasa."

Teja muncungkan bibir sambil gosok pangkal lengan yang sedikit perit dicubit Jane. "ala...aku tak sengaja aar, Jane. Sori ek."

"banyak kau punyer sori mori. Dah cepat citer. Aku nak dengar jugak. Jangan banyak cekadak. Aku debik kau betul-betul karang, TJ. Aku tak kira laa kau awek CEO ker, CFO ker, COO ker, UFO ker. Aku belasah jer kau karang."

Teja garu lagi kepala. Alaa..macammana nak citer ek hal dia dengan si sirap bandung nih. Teja sungguh tak reti nak cakap. Bab-bab perasaan nih Teja akui dia memang fail laa nak explained. Rasanya si sirap bandung tuh lagi handal express feeling dia kat Teja. Tengok ajer la hari tuh. Langsung Teja tak jadi nak marah..jauh sekali nak belasah dia. Baek jer dia pukau Teja. 

"ala Jane..Mike ka.."

Jane geleng kepala sambil lepaskan nafas kuat. "Aku nak dengar citer side kau ek. Citer Mike tu untuk simpanan pengkalan data kepala aku sorang jer. Dah cepatttttt!"

Teja cebik. Huh..garang ngalahkan singa betina beranak sulung!

"Ala Jane aku tak reti aar nak explained. Kan dulu aku dah citer kat kau masa kita orang declare. Oklah tu. Kau pun tau kan aku dengan Man macam maner. Oklah tu. Apa lagi beb. Kalau kau nak details aku dengan si biskut lemak berkrim meletup yang kau kata tuh boleh tetiba jer jadi macam sekarang nih..aku...dia..aku..issy." Teja garu kepala lagi sambil tayang muka simpati.

Jane hala telunjuk depan mata Teja. "kau yang ngorat dia dulu ek. Tu yang kau tak citer kat aku kan?"

Oit!! Teja jegilkan mata. Pantas telunjuk Jane ditepis. Apa kes pulak Teja yang usha si sirap bandung tuh. Tolong banyak-banyak ek!

"eh eh, apa barang aku ngorat dia. See the legs laa, beb. Ni Tun Teja Ratna Sari occay. Sekali aku petik bersusun yang datang laa. Dia dulu yang cakap suker kat aku laa. Kau tak ingat kes dia nak aku jdi buah hati dia." 

Jane cebik sambil membetulkan sila. "Banyakkkk la kau punyer petik. Dah tu....sapa yang mula dulu? Dia?" Jane angkat kening. Sengih meleret dilontar. "macam tak caya jer aku. Sah-sah kau laa tu yang lentuk-lentuk kat dia kan. Kan memang dia dulu kena menyamar jadi boyfren kau.. kan. Bukan aku tak tau taste kau. Biskut lemak berkrim yang manis dan rangup tuh. Dimple kiri kanan lagi. Rambut ikat...perrghh. Rugi aar tak sambar kan beb. Depan mata tuh...hehehe."

"weh weh Jane...kau ingat aku nih spesies minah gedik + gatal ker. Kita orang dulu menyamar jadi couple pun sebab terpaksa ek. Aku...aku tak paksa pun dia ye. Harap maklum. Then dia yang sukarela nak permanent jadi boyfriend aku. Kau pun tau kan pasal nih. Haa jangan cakap aku tak citer kat kau ek, aku debik kau karang. Bila dia kata macam tu, aku on jer la. Dah dia kata dia ok."

Jane sengih lebar. " tapi..kau memang dari mula dah mula suka kat dia kan...haaa, jangan nak kelentong aku, TJ..Aku ingat lagi ye. Muka kau tu kalau citer pasal dia mesti merah..bercahaya semacam." Jane hala telunjuk ke muka Teja.

Teja hela nafas sambil hala angkat dua tapak tangan separas bahu.

"Ok, fine..memang aar aku tak nafikan dia tu taste aku dan aku memang dah mula suka kat dia masa kami start jadi kawan lagi. Tapi..tapi aku takdernyer gelojoh macam tuh ek Jane. Kau ingat aku hilang akal haper nak lentuk-lentuk kat maner-maner biskut lemak tak tentu hala.  Kalau suker pun aku simpan jer dalam hati ye. Takdernyer aku nak tunjuk depan-depan dia. Eei..pleaseeeee ek." Teja buat aksi geli-geleman sambil bahu yang digerakkan sedikit.  Teja pasti walaupun dia suker giler kat si sirap bandung tuh dia masih ingat diri. Dia takkan memalukan diri sendiri dan yang paling utama memalukan abah. Kata orang biar miskin harta jangan miskin perangai. Buruk tau!

"dah tu...macammaner mulanya korang berdua tetiba dah semacam jer aku tengok sekarang." Jane cuba pancing Teja. Hakikatnya dia memang sudah tau perasaan kedua-duanya. Jane cuma mahu memastikan yang Teja sudah pasti dengan perasaannya terhadap Thaqif. Jane tidak mahu kerana kes identiti ketuanya itu terbongkar akan menyebabkan perasaan Teja terhadap lelaki itu sudah lenyap. Dia tidak mahu begitu. Jane tahu baik Thaqif mahukan Teja masing-masing saling menyukai antara satu sama lain.

Teja angkat kening. "semacam haper?  Kau ni macam-macam aar Jane. Aku dengan dia tuh takdernyer semacam semacam. Kita orang memang macam nih laa. Haa...kau tengok aku nih. Mana ada semacam. Aku memang macam ni haper."

"issy..dia nih memang tau..buat loyar buruk pulak. Aku luku kau karang nih, TJ." Jane acah mahu meluku kepala Teja.  Kedua-dua tangan Teja pantas buat aksi ultraman sambil tayang sengih lebar. Jane lontar jelingan tajam.

"Mike cakap si Qif..eh eh..sori.." Jane tepuk mulut berkali-kali. "encik Qif. Kena hormat tuh. Dia BIG boss ok." Teja cebik. Jane pulak tayang sengih. "Kata Mike, encik Qif tu memang dah ngaku dia sayang giler kat kau. Dan dia cakap kat Mike dia taknak hilang kau...dia tak boleh hilang kau. Sebab tuh laa dia buat keputusan bukak rahsia diri dia yang selama ni dia sembunyikan daripada kau, beb. Dia nak kau tau sapa dia sebenarnya."

Teja telan air liur. Cuba menahan wajah yang mula terasa hangat. Wah Man dah confess tuh. Hari tu dah cakap depan Teja. Cuma Teja ajer yang belum cakap depan-depan dia. Teja..Teja segan aar. Awak...saya pun sayang giler tau kat awak! Awak ingat nih tau!

"dia...dia cakap macam tuh kat Mike, beb?"

" Hmmm. Mike cakap dia kenal encik Qif dari kecik. Jadi dia tau kalau dah encik Qif cakap macam tuh maknanyer dia memang sungguh-sungguh kat kau, beb. Dia tak main-main!" Jane bangkit lalu labuhkan duduk dipangkal lengan kerusi Teja. Bahu teman akrabnya itu dipaut erat. "untungnya kawan baik aku nih. Bukan calang-calang orang yang sayang giler kat kau nih, beb..CEO tuh..perrghh! Dah lah handsome maut!" Pecah ketawa kedua-duanya.

"TJ.." 

Teja dongak memandang wajah Jane. Angkat kepala. Isyarat. 

"aper.."

"encik Qif ada cakap tak i love you kat kau..."

Teja buat aksi nak muntah.

"giler kau!...dia tu bukan mamat jiwang laa. Issy!" Pecah ketawa Jane.

Khali sejenak. Jane ambil peluang beralih tempat lalu melabuhkan duduk di hujung meja kerja Teja.

"TJ..."

"aper.."

"macammana ek kau boleh tak kenal CEO sendiri nih. Teruk la kau!" Jane tolak perlahan bahu Teja.

"dah aku tak kenal. Nak kata haper. Kalau tak..takder la sejarah tercipta." Teja angkat kening sambil senyum meleret. Jane turut angkat kening. Pecah ketawa kedua-duanya.

Teja ketawa lagi sambil geleng kepala. Manalah dia tau si sirap bandung atau si Man despatch tu rupa-rupanya BIG boss Kiara Arena. Sungguh! Kalaulah dia tau dari mula sah-sah dia takdernyer tunjuk perangai giler-giler dan selamba badak nih. Dan mungkin juga dia takkan "jadi" dengan lelaki tu seperti sekarang nih. Tapi..semua ni kan urusan Dia. Dia yang atur semua. Dia yang tanamkan rasa selesa Teja bila berkawan dengan Man. Sama jugak pada Man. Dia juga yang cambahkan rasa kasih dan sayang antara mereka. Kalau tak..takkan mereka boleh sampai ke tahap ini sekarang kan. Rahsia kehidupan ni kan di tangan Dia. Dia yang atur dan tentukan segala-galanya. 

Bila fikir-fikir semula malu jugak Teja. Yelah dah Teja ni kan main sesuka jiwa remaja belia jer cakap pung pang pung pang depan dia. Langsung tak control tatabahasa. Main belasah ajer. Tapi Teja perasan Man ni suka jadi pendengar. Jarang dia bercakap. Teja jer yang tak cukup mulut. Sah-sah selama nih apa yang dia bualkan dengan si sirap bandung pasal hal-hal pejabat nih diambil perhatian oleh lelaki itu. Sekarang baru Teja ingat pasal kes surau. Teja la dulu yang mula-mula citer pada lelaki tuh. Patutlah kan. Dan patutlah naluri Teja masa awal-awal dulu seakan dah rasa yang lelaki tuh bukan sebarangan. Tengok cara tutur kata dia yang sopan, bahasa omputih dia yang kebaboom, Ducati dia yang meletup tuh, baju-baju dia berjenama tuh termasuk la koleksi warna yang "itu"  macam tak langsung gambarkan dia dari golongan marhaen macam Teja. 

"TJ.."

"yup..."

"macammaner kau mula-mula kenal dia? Kau jumpa dia first time kat maner, beb.."

Teja sengih. Ingatan pada hari tu masih segar dalam kepala. Mana boleh lupa weh!

"dalam perut lif. Aku jumpa dia first time dalam lif."

Mata Jane bercahaya. Senyum terukir.

"sah romantik masa tu kan, beb. Wah..aku boleh bayangkan. Dia pandang kau. Kau pandang dia..chewah.." Jane ketawa halus sambil tepuk tangan. 

"romantik kemende. Aku jerit kat lif yang hampir nak tertutup pintunya. Sib baik dia ada dalam tuh. Dia yang tahan pintu tu sambil tunggu aku masuk. Aku dah la sarat barat bawak plastik kuih masa tuh. Selamba badak jer la aku masuk dalam lif masa tuh."

"Haper?" Jane jegil bijik mata. "Kau jerit? Dengar suara kau yang kalah meriam buluh tuh? Sah-sah muka kau serabai bawak plastik kuih masa tuh kan. Issy...spoil la kau nih,beb."

"weh...sedap jer kau kata muka aku serabai ek. Kau jer yang kata spoil. Ntah-ntah masa tuh dia nampak aku comel...cute habis. Yelah aku kan memang cun sentiasa." Teja kelip-kelipkan sambil tayang sengih.

"poodah!.."

"beb.."

"haa.."

"habis sekarang nih kat office korang macammaner. Orang tak tau lagi kan."

"Aku dengan dia buat macam biasa jer la. Takder yang berubah. Kat sini aku pekerja, dia boss.  Jangan ada yang lepas sempadan tuh. Kat luar lain citer. Aku dah cakap siang-siang macam tuh kat dia..dan dia pun dah agree. Lagipun aku dengan dia masih dalam proses nak kenal diri masing-masing. Biarlah benda nih berjalan secara semulajadi, beb.  Aku nak lalui semua ni secara semulajadi. Aku nak rasai dan lalui perasaan tuh. Kau faham kan, beb." Jane angguk. Bahu TJ dielus lembut.

"beb..."

"amende.."

"keluarga dia macammaner. Tan Sri..Puan Sri. Puan Sri tu leh tahan cerewetnyer lagi-lagi kalau pasal calon isteri anak tunggal dia tuh."

Cerewet ker? Masak laa kau Teja..

"mana kau tau nih."

"ala Mike kan serumah dengan encik Qif. Kau pernah jumpa Puan Sri?"

Teja geleng. 

"annual dinner kan dia ada. Aparaa kau beb."

"kau nih, Jane. Lupa laa tuh. Aku maner pernah gi annual dinner. Sapa nak jaga abah..adik-adik aku kalau aku gi. Issy." Jane tepuk dahi. Lupa sungguh dia. Teman baiknya ini memang tidak pernah menghadiri jamuan tahunan Kiara Arena sejak menjadi kakitangan disini. Teja tak mahu menyusahkan sesiapa. Memang abah Teja tak pernah menghalang tapi kata Teja dahulu takkan nak menyusahkan mak langnya untuk menjaga abah dan adik-adiknya pulak. Sudahlah di siang hari waktu Teja di pejabat mak langnya itu laa yang tolong menengokkan makan dan keadaan abah Teja juga adik-adik Teja bila mereka pulang dari sekolah. Teja tak mau nak menyusahkan mak lang  untuk hal-hal yang tidak penting seperti ini.

"sori sori beb aku lupa. Haa...nanti kau kalau jumpa Puan Sri...jangan pulak nak tunjuk perangai selamba badak dan giler-giler kau tuh. Elok-elok sikit."

"Jumpa Puan Sri? Kena jumpa ker, Jane."

"Hey..itu kan bakal mak mertua kau. Apa kes kau taknak jumpa dia. Encik Qif mesti bawak kau jumpa dia tak lama lagi. Kau tengok la nanti, beb."

"Pu..Puan Sri tu garang tak ek.."

"aku pernah jumpa dia sekali dulu. Err..kau jangan cakap ngan encik Qif tau..rahsia nih." 

"ok ok beb...zip molot." Teja buat aksi menzip mulut sambil tapak tangan kanan ditegakkan separas bahu. "Kalau aku pecah lobang, aku mesti kena sambar petir."

"Issy..." Jane geleng kepala lalu mata meoleh kearah pintu sebelum menundukkan tubuh seraya mendekatkan wajahnya ke wajah Teja.

"Puan Sri tu..." Jane berhenti seketika. Suara diperlahankan.

"dia haper beb.." Teja sudah tidak tentu arah. Lain macam jer si Jane Jenab nih, issy menakutkan Teja la pulak..

"Puan Sri tu kerek giler beb!"

Mata Teja terbuntang. Kerek giler? Mampus!

* * * * * * *

"awak???" Teja pantas toleh kiri dan kanan sebelum arah Thaqif cepat-cepat masuk ke dalam. Pintu dirapatkan. Issy, karang orang nampak ni mampus weh! Teja nih dah la fofular yang amat kat Kiara Arena nih. Sekali kuar gossip berdua-duaan pulak dengan big boss...haa baru la cerita terhangat di Daily Buletin Kiara Arena. Ada yang kena sembelih dek si sirap bandung nanti...

"laa apsal awak datang kat sini. Kan saya dah cakap jangan datang waktu-waktu keje macam nih. Nanti orang nampak, mampus la  kita tau tak. Awak nih, issy.." Teja lepaskan keluhan perlahan.

Thaqif selamba melabuhkan duduk dikerusi Teja. Mata Teja terbuntang. Eh dia nih, ingat orang memain ker haa. Eei, ada jer yang nak kena telan ni karang. Kita punyer risau, dia baek punyer landing ek..

"sayang..sekarang nih lunch time ok. Semua orang dah turun. Awak tu ajer yang tak turun lagi. Tu la sebabnya saya datang sini dan bawak ni untuk awak." Thaqif hulur pada Teja beg kertas yang terjinjing ditangan kanan. 

Sayang? Awak..sebut sekali lagi boleh. Sedap pulak bunyinyer kat cuping telinga saya ni.

Amboi Teja...mula la tu bunga-bunga miang dah nak mengembang kan..

ala, maner ada aar. Takkan mintak tu pun dah miang, ciss!

Teja tatap beg kertas warna tanah yang terjinjit di jari Thaqif yang dihulurkan kepadanya. Wajah lelaki itu yang masih belum usai senyum dipandang lagi tidak berkelip. Dahi Teja sedikit berkerut. Dia nih kan dari dulu tak sesudah tersenyum. Overdose gula gamaknya dia nih. Sib baik tak kena diabetes.

"apa nih?"

"your lunch my dear. Take it,hmmm. Saya beli special untuk awak. Saya tau awak belum makan lagi kan."

Teja capai lambat-lambat beg kertas yang dihulur. Teja kuis sikit dinding beg kertas tersebut. Ada bekas plastik empat segi sederhana besar. Teja nampak isi didalam bekas berkenaa. Bibir tanpa sedar tersenyum lebar. Wah...steak tuh...perrghh terbaek la awak nih!Tau tau jer Teja nih belum melantak makan tengahari ek. Sah-sah si sirap bandung pasang cctv dalam stor nih dan linkkan kat dalam bilik dengan iphone dia yang canggih manggih tu. Yelah orang duit berkepuk kan..semua boleh dibuatnya. Mahunya apa-apa yang Teja buat dia tau dan nampak. Alamak! sah-sah dia nampak Teja korek hidung tadi ngan buat taik mata kejap tadi. Haiyak!!!

"ma..mana awak tau saya tak makan lagi nih. Aw..awak pasang cctv ek kat dalam stor nih. Haa..baik ngaku. Tidak saya belasah awak karang." Teja lontar renungan pada Thaqif dihadapan. Teja lihat lelaki itu tersenyum manis sebelum melambakkan ketawanyer. Teja jegilkan mata. Dia nih, karang orang dengar ada suara lelaki ketawa dalam stor Teja yang bertutup pintunya ini tak ker naya.

"hmmm, good idea kan. Nanti saya nak mintak Mike pasangkan satu kat sini dan linkkan terus ke pejabat saya. Senang saya dapat tengok awak tiap saat."

"jangan nak cari pasal ek. Karang dengan awak dengan si Mike tu sekali saya belasah. hari tu korang berdua selamat sebab saya masih waras. Kalau yang ni sah-sah saya takkan waras punyer. Cubalah kalau rasa nak berkampung kat ICU tuh berbulan-bulan." 

Ketawa Thaqif pecah lagi. Kali ini lebih nyaring. Teja sudah siap mahu menutup mulut lelaki dihadapannya ini. Dia ni, eei, nak sangat ker terkantoi kat sini. 

"awak ni memang cute la, Teja. Selamba saja kan. Itu antara sebab utama yang jadi saya sukakan awak. Awak tak selindung. Awak tak pura-pura. Dan sebab tu awak ni special di hati saya,hmmm." Thaqif kenyit mata. Teja ketap bibir. Ada rasa hangat menjalar disekitar tulang pipi. 

"Awak dah makan?" Cuba meredakan rasa malu yang menjengah.

Thaqif senyum seraya mengangguk kepala. "Yup. I had  lunch with the 2 Japanese. Mike was there too. And they love your currypuff this morning. Damn tasty!" 
"awak bagi diaorang karipap tuh?"

"yup. 10 biji tu tak larat saya nak habiskan sorang-sorang. So sedekahlah kat Jepun berdua tu for breakfast. Diorang suka sangat." Teja angguk kepala. Senyum.

Thaqif bangkit dari duduk. Wajah Teja yang takzim berdiri di tepi dinding ditatap. Senyum dilontar pada Teja. Gadis itu dilihat tersenyum kecil.

"Teja.."

"eer..ye.."

"saya fikir dalam waktu terdekat nih saya nak kenalkan awak pada daddy dan mummy saya. Awak ok kan. Saya akan cakap pada daddy dan mummy pasal kita. Pasal our relationship,hmmm."

Gulp! Teja telan air liur. Tangkai jantung seakan mahu tertanggal dari tampuknya. 

"err..sa..sa..saya..err.." Teja garu kepala yang tidak gatal. Kata-kata Jane pagi tadi pantas menerpa. Mak dia tu cerewet beb. Kerek giler! 

"anything dear,hmmm." Thaqif seperti mengesan sesuatu dari riak wajah dan tutur kata si buah hatinya ini. Janganlah si dia ni enggan berjumpa daddy dan mummy pulak.  Mahu haru dibuatnya! Macammana harus dia katakan pada mummy dia sudah ada calon kalau Teja enggan berjumpa mummynya nanti.

"ma..mak aw..mak awak tu..err..Puan Sri tuh..dia..dia.." Issy, apa ni Teja. cakap aje la. Baik cakap sekarang sebelum kau kena telan depan-depan nanti. Cakap cepat!

"Teja.."

"mak awak tu cerewet dan kerek giler kan? Saya takut aar nak jumpa mak awak kalau macam tuh." Senafas dilafazkan. Nyaring. Teja pandang wajah Thaqif yang sedikit terkejut. 

"What?" Thaqif kerut dahi. Mana pulak dia tahu nih mummy cerewet..God! And that second word. Kerek giler. Kerek giler tu apa?  Gosh!  Thaqif geleng kepala sambil tatap wajah polos dihadapan. Nafas dilepaskan perlahan. Teja, awak buat kamus bahasa saya huru-hara la sayang. 


Mike, i need your help, bro!

Wednesday, August 15, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 29

Bab 29

"saya ada sebab buat macam tu. Tak ada niat nak tipu awak, percayalah."

Teja angkat kening. Bibir mencebik kecil. Mata memandang sekilas ke sebelah sebelum kembali memandang ke arah jalan.  "alaa...banyaklah sebab awak kan. Sengaja sebenarnya awak tuh. Nak main-mainkan saya. Kan?" Langkah mereka berdua yang seiring sejak menuruni tangga dari rumah Teja tadi kini sudah sampai ke gerai abang Joe yang sentiasa meriah saban malam. Teja hala kaki ke arah salah sebuah meja plastik di belakang. Tangan perlahan menarik kerusi plastik warna biru muda lalu melabuhkan duduknya disitu. Dengan isyarat mata, Teja suruh Man agar duduk disebelah. Man tak pula terus duduk tapi bertanya Teja nak makan apa sebab dia nak order burger dahulu. Sambil cerita nanti boleh makan burger kata Man. Hmm, bagus jugak kan. Kalau rasa nak meletup karang, Teja boleh jer sumbat burger tu dalam mulut si sirap bandung nih. Takpun, boleh buat alat lontar peluru. Kalau kalau rasa dah kuar asap berkepul-kepul kat telinga Teja ni karang memang Teja gumpalkan burger tu lepas tu  baling kat muka dia. Ok tak..terbaek punya idea kan. Haper?Ganas? Ekeleh, apa barang lontar burger pun dah cop Teja ganas. Teja bukannya lontar bom mortar kat dia pun. 

Teja ketuk jari telunjuk kat bibir beberapa kali. Teja perasan Man berdiri takzim dengan penuh sabar aje tunggu order Teja. Hmmm..kejap ye awak, saya tengah fikir ni. Ok, Teja nak order dua la sebab dah terlanjur ada orang nak belanja kan. Apa lagi ambik la kesempatan yang terbentang di depan bijik mata nih. Teja suruh Man orderkan satu benjo dengan satu burger ayam double special yang letak telur mata lembu ditengah-tengah. Letak sayur dengan timun banyak-banyak. Nenas bulat manis pun nak jugak. Kalau dapat dua keping pun cantik. Sos cili jangan banyak sangat. Sos tomato taknak sebab Teja memang tak suka benda-benda masam. Abah cakap makan benda masam-masam ni tak berapa elok untuk otak. Elakkan kalau boleh.Teja kan sekarang ni sedang menghafaz al-quran. Abah selalu pesan jaga makan kerana akan beri kesan pada kemampuan Teja menghafaz nanti. Man Teja tengok senyum jer seraya menapak kearah arah abang Joe. Alaa, cover jer senyum tuh. Dalam hati, mesti kutuk Teja kaw-kaw punyer. Tengok muka dia pun Teja dah tahu. Mesti Man cakap tak padan dengan badan, kus semangat bila melantak. Lepas tu banyak pulak pesanan tambahan. Nak tambah itu la, tak nak inilah. Melampau punya perempuan! Aah, Teja tak kisah. Part makan tak kuasa nak kontrol ayu. Nanti kebulur sapa nak jawab. Biarlah Man tahu Teja ni memang kaki kuat makan. Eh jap jap...apsal yang Teja sesuka jiwa raga jer panggil dia Man ek. Kan ker kata Jane, dia suruh semua staff kat Kiara Arena panggil dia encik Qif.  Encik Qif? Amboii dah macam bunyi aura romeo jer kat telinga Teja nih. Sib baik tak encik Qis kan...hehehe. Apa.apa Teja, kiss? Amboi amboi mula la bunga-bunga gedik kau tu kan. Gatal punya anak dara! Teja kemam bibir, cuba menahan senyum. Sib baik si sirap bandung tu takder kat depan Teja ni sekarang. Tidak sah-sah dia tahu Teja tengah berangan.

Teja hala mata ke arah Man yang sedang berbual dengan abang Joe. Sempat lagi tu borak. Ni tugas dia kat sini tak selesai lagi.Issy dia nih! Teja hala pandangan pula pada meja sebelah gerai abang Joe. Nampak ada dua tiga orang sedang beratur mengambil air minuman. Gerai burger abang Joe ni bagus. Selain jual burger dia turut sediakan air panas mati dalam bekas plastik besar yang dia letak di tepi meja sebelah gerainya ini. Jadi kalau ada orang yang nak makan kat sini dan rasa nak minum, bolehlah ambik air kat tu. Self service. Gelas plastik pun abang Joe sediakan sama. Baikkan dia. Kata abang Joe pada Teja masa Teja tanya dia dulu sebab apa nak sediakan air bagai kat sini, balik rumah ajer laa kalau nak minum. Abang Joe jawab bukan apa Teja, nanti takder ler kes tercekik burger kan. Dia pulak nanti jadi subjek kes sebab orang tu mati tercekik makan burger yang dia beli kat gerai abang Joe dan mati kat gerai abang Joe pulak tuh.  Abang Joe cakap habislah reputasi gerai burger dia yang sudah terkenal ini. Abang Joe ni memang pandai buat kelakar sebab tu ramai yang suka beli dan lepak makan burger kat sini.

Teja nampak Man menapak ke arah meja mereka sambil bawak dua gelas air putih. Wah wah tengok, baek punya dia nak bodek Teja kan. Teja senyum dalam hati. Awak, jangan ingat saya mudah terpedaya ye. Ingat senang ye nak beli jiwa Tun Teja Ratna Sari yang satu dalam sejuta nih. Teja perhati aje Man letak gelas depan Teja sambil tersenyum manis.  Teja sebenarnya nak senyum jugak tapi mana boleh tunjuk, nanti naik lemak la dia nih. Ingat sensenang jer ker nak pujuk Teja nih. Teja nak tengok tahan tak dia dengan hangin Teja nanti. Kalau dia betul-betul sayang Teja la kan.

"sekejap lagi siaplah burger kita. Sabar kejap ye." Man disebelah lempar senyum lagi. Teja buat muka selamba sambil angguk kepala. Tadi usai kelas mengaji, Teja yang ketika tu dah siap kemas dapur nampak Man macam tengah cakap sesuatu dengan abah. Teja pun cuba pasang telinga kat tepi dinding dapur tapi tak dapat dengar apa-apa pun. Ciss! Teja tak tahu laa apa bendanya yang si sirap bandung depan Teja ni cakapkan tapi Teja memang nampak jelas abah senyum sambil angguk kepala dan tepuk-tepuk bahu Man.  Man lepas tu terus selamba jer masuk ke dapur dan ajak Teja turun ke gerai abang Joe.  Man cakap dia dah mintak izin abah Teja. Bila Teja tanya nak buat apa pergi gerai abang Joe, dia terus kata nak cakap pasal perkara pagi tadi tuh. Lepas tu dia boleh selamba jer capai sepotong kuih bingka ubi yang Teja baru masak. Tengok dia nih, macam rumah abah Teja rumah dia pulak dibuatnya. Teja jegil mata kat dia tapi dia boleh tayang senyum terlebih gula pulak kat Teja. Sesuka hati jer masuk dapur orang. Teja cakap apsal nak pergi kat itu semata-mata nak cerita hal sebenar pasal rahsia diri dia yang sudah terbongkar pagi tadi. Kat rumah ni kan boleh jer cakap. Man cakap dia sebenarnya nak cakap berdua jer dengan Teja tapi tak manis la duduk berdua dalam rumah ni walaupun abah Teja ada dalam bilik. Lagipun kata Man biar pun mereka duduk berdua kat sana, kan orangramai jadi takder mereka nanti kena sport berdua-duaan pulak. Man kata dia hormat Teja dan abah Teja. Abang Joe pun ada untuk jadi saksi kan kalau ada apa-apa. Bebudak mengaji pun ada sama.  Wah wah bagus budak sirap bandung nih kan. Leh jadi stok buat suami ni. Hmm, kau sebut apa tadi Teja..suami ek...hehehe. Penyakit gatal kau ni kan Teja dah merebak sungguh nampaknya Teja oooi. Teja tak sedar dia senyum dan lelaki disebelahnya sedang tunak memandang. 

"apa yang awak senyum sorang-sorang ni, hmmm. Wanna share with me, dear?"

Sapaan Man buat Teja tersedar dan tersentak. Alamak, haper ni Teja, berangan lagi. Kan dah kantoi. Padan muka!  Cepat cepat, cari idea nak cover. Cuba kau tengok si sirap bandung ni baek punyer senyum tengok kau yang dah terkantoi. Sah-sah dalam hati dia tengah gelakkan kau yang tak sudah-sudah terkantoi dengan dia sebab berangan. 

Issy!

Teja cuba buat buat muka suci dengan kata dia tadi sedang teringat sebab yang Man ajak dia datang kat sini. Bila Man cakap apa yang Teja fikirkan pasal diri dia, Teja selamba aje sound kat Man.

"Yelah...orang-orang atas ni memang kepalanya kan dua kali weng dari orang yang bawah-bawah ni sebab banyak fikir. Tu pasal kengkadang tak boleh fikir waras. Sesuka hati jiwa raga dia jer wat orang. Mementang dia orang BESAR kan. Macam awak la. Sesuka jiwa raga muda belia awak ajer tipu saya hidup-hidup. Kan?"

Thaqif geleng kepala. Senyum. Bicara kedua-dua terhenti saat abang Joe jerit panggil nama Man dan beritahu burger yang Man pesan dah siap. Man angkat tangan. Isyarat.

"bukan macam tu, sayang.  Saya tak berniatpun nak tipu awak. Sungguh. Kejap ye, saya pergi ambil burger kita. Tunggu ok. Nanti saya ceritakan semuanya,hmmm." Thaqif kenyit mata. Teja terpanar seketika. Ada debaran singgah di hati. Teja garu kepala yang tidak gatal. Rasa tidak selesa dengan apa yang sedang melanda didalam hatinya. Issy, apsal ni rasa lain jer tengok dia. Dia nih saje jer nak buat hati Teja tak tentu hala tau. Karang nak marah dan belasah dia sah-sah tak jadi. Mesti dia jampi-jampi jadi masa kenyit mata tuh sebab tu hati Teja rasa macam sejuk lak pulak. Mesti la tu, confirm! Awak..awak pukau saya ker tadi. 

Teja tunak pandang langkah Man yang tenang bergerak menghampiri abang Joe. Kata "sayang" yang dilafazkan lelaki itu masih terngiang-ngiang ditelinga Teja. Teja kemam bibir. Dia ni kan apakehal tak sesudah dari siang tadi sebut bendalah tu. Awak ni memang ada pengalaman jadi romeo ek, Man. Sah-sah awak ni juara mengayat perempuan kan, ciss..bedebah betul! Mata Teja masih tidak berkalih dari memandang ke arah Man yang sedang menapak ke arah meja yang sedang didudukinya sambil membawa 2 bungkus plastik. Teja tidak berkelip lihat Man yang tertib mengeluarkan 2 biji burger daripada plastik putih yang diletakkan di depan Teja. Sekeping tisu diletakkan disisi meja Teja. 

"awak nak makan yang mana dulu, hmmm. Benjo or chicken double special?" Senyum Man buat Teja ralit seketika. Kesempatan yang digunakan Thaqif untuk meneliti seraut wajah polos bertudung putih dihadapan. Dengan tulang pipi yang tinggi digandingkan dengan hidung mancung yang comel terletak bersama sepasang mata yang bulat bersinar, gadis ini punya pesonanya yang tersendiri dan Thaqif yakin dengan perasaannya terhadap si dia disebelahnya ini. Perasaan yang kian subur dan utuh di jiwa. Suasana khali yang terbentang lekas-lekas disedari Thaqif. Niatnya mahu berterus terang dihadapan gadis ini harus dilaksanakan.

"Teja.."

Jeda.

"Teja?"

Teja tersentak. Terpinga-pinga.  Matanya yang bulat terkelip-kelip. 

"haa?..a..awak cakap apa?"

Thaqif ketawa kecil seraya menggelengkan kepala. Riak wajah Teja yang terpinga-pinga nampak sungguh comel di matanya. Teja telan air liur. Adus! terkantoi berangan lagi. Haiyakk! Depan sirap bandung pulak tuh. Eeei, malu malunyer.  Kau ni memang teruk la Teja. Huh!Tanpa sedar tapak tangan singgah di kepala. Perbuatan yang mudah sahaja difahami maksudnya oleh Thaqif. Senyum disembunyikan. Tidak mahu disedari oleh Teja. Mesti tambah malu nanti buah hatinya ini.

"awak nak makan yang yang mana dulu. Benjo or the chicken double special,hmmm."

Teja garu pelipis. "aa..benjo la."

Thaqif angguk kepala. Senyum masih melekat di wajah tenangnya melihat telatah Teja. Balutan benjo dibuka perlahan-lahan. Teja hanya memerhati perlakuan lelaki dihadapannya ini.Tidak berkelip. Gulp! Awak...awak buat apa nih? Biar betul nih, Teja..sirap bandung bukakan untuk kau la Teja..perrgh sikit punya romantik aar buah hati kau nih. Teja tenung wajah lelaki didepannya. Lama. Khayal. Seakan ada satu perasaan halus yang sedang menggamit jendela hati. Teja rasa pipi dah rasa merah menyala. Pantas cuba dilarikan mata dan saat dia tiba-tiba melarikan mata itu seketika ke arah hadapan, abang Joe rupanya sedang memerhatikan mereka. Abang Joe tunjuk isyarat bagus sambil mengenyitkan mata lalu tersenyum. Aah, malunya! Macammana ni tengah-tengah Teja ralit tenung si Man, abang Joe dah nampak pulak. Nyorok bawah meja aar macam ni. Eh jangan..karang lagi extra malu. Relax Teja. Kau pandang meja Teja, pandang meja ajer. Jangan kau nak tenung-tenung lagi orang kat sebelah kau nih. Karang abang Joe nampak lagi habislah kau kena gelak dengan dia nanti. 

"hmm..ok, sekarang awak boleh makan. Makanlah.." Thaqif bersuara lembut seraya mengelipkan mata. Isyarat. Teja yang sedang menunduk memandang meja spontan mengangkat wajah tidak sukar ditelah reaksinya. Terkejut..dan malu-malu tapi seakan cuba menyembunyikan perasaan itu. 

 Teja capai hujung pembalut benjo yang sudah terbentang."eer..terima kasih, awak. Err.." Teja tunjuk bekas plastik didepan Man. "awak tak makan ker?" 

Thaqif senyum. Kepala diangguk. Tangan perlahan mengeluarkan burger ayam yang dipesan tadi. Dari ekor mata Thaqif sedar segala perlakuannya sedang menjadi tatapan penuh khusyuk oleh si dia disebelahnya ini. Bibir tanpa sedar mengukir senyum. 

"awak ni memang suka curi-curi pandang dan tenung saya kan,hmmm." Dua pasang mata bertembung serentak. Teja telan air liur. Alamak dia perasan ker? Apalah nasib malam hari ni asik terkantoi aje depan dia. Teja tak tahu nak letak muka kat mana. Rasanya darah sudah menyerbu ke seluruh wajah. Hangat. Dia tertangkap lagi untuk kesekian kalinya. Adus! 

"eer..mana..manader. Sa..sa..saya...pandang burger yang..yang awak nak bukak pembalut dia jer. Saya...saya tak pandang awak pun  laa. Tak kuasa aar nak pandang muka awak." Thaqif tunak memandang wajah gelabah Teja. Kepala digeleng. Senyum masih tetap di bibir. Teja pantas melarikan mata ke arah benjo ditangan. Bismillah sekali nafas diucap lalu pantas disumbat benjo ke dalam mulut. 

"awak ni kan..nampak comel sangat bila panik tau. I love to look at your face when you're caught in action like this...damn cute!" Thaqif baca bismillah sebelum burger ditangan dilolos masuk ke dalam mulut. Perlahan-lahan dikunyah tanpa mata sedikitpun dikalihkan daripada memandang si dia disebelah yang sudah tertunduk.

Teja sedang menyembunyikan senyum. Mulut terus mengunyah laju benjo tanpa sedikit pun mengangkat muka. Awak, saya memang dah lama aar tau pasal nih. Awak baru perasan ker saya nih cute giler.

Thaqif masih takzim memandang wajah Teja. Kepala digeleng sambil tersenyum kecil saat menangkap sesuatu yang mengalir di pinggir bibir si dia disebelahnya ini. Tisu di sisinya seraya dicapai lalu didaratkan dipinggir bibir Teja. Perbuatan yang membuatkan Teja tersentak lalu pantas mengangkat muka tapi langsung tidak membantah. Hanya membiarkan sahaja pinggir bibirnya disentuh oleh lapisan tisu yang dipegang oleh lelaki disebelahnya ini. Teja tarik tisu perlahan dari tangan Man bila menyedari wajah lelaki itu makin dekat dengan wajahnya. Teja ucap terima kasih sambil buat-buat tak rasa apa-apa dan terus lap sos yang tertinggal di bibir walaupun didalam hatinya ini hanya Tuhan yang tahu rasa gementar bila wajah lelaki itu seakan hampir menyentuh pipinya. Nasib baik tak kena!

Thaqif sedar Teja sedang cuba melawan rasa gementar. Pipi si dia ni jelas garis kemerah-merahannya. Thaqif seronok melihat wajah malu-malu Teja kala tertangkap begini.

"sedap sangat benjo tu sampaikan sos dia mengalir keluarpun awak tak sedar,hmmm."

Teja jadi bisu seketika. Tidak tahu mahu membalas apa. Kepala sedang ligat mencerna jawaban tapi renungan lelaki disebelahnya ini buat Teja jadi tak tentu hala. Dia ni apsal lain macam la sangat perangainya malam nih. Ngeri betul aar tengok dia tenung Teja macam nih. Awak..awak ni sebenarnya sedang buat sesuatu supaya saya tak jadi belasah awak kan? Issy, tak boleh jadi nih...

"ok..tadi awak kata nak cerita sambil makan kan. Sekarang awak boleh cerita. Saya nak dengar semua." Teja gigit lagi benjo ditangan. Wajah bersahaja dilemparkan pada lelaki disebelah agar rasa gementarnya dapat ditutupi dan tidak dikesan oleh lelaki ini. 

Thaqif angguk. Senyum. Burger ditanya diletakkan semula diatas kertas pembalut dihadapan. Tisu disisi Teja dicapai lalu dibawa ke pinggir bibir. Teja kerut dahi. "eh tu tisu saya laa awak." Thaqif angkat kening. Sambung senyum. " kan awak dah ambik tisu saya tadi sayang. Lupa ye,hmmm."

"ooo...lupa. Sorri." Teja tayang sengih malu. Thaqif turut tersenyum melihat wajah polos disebelah yang seakan mahu menyembunyikan rasa malunya bila berjaya ditebak begini.

Thaqif hela nafas perlahan.  Gelas dihadapan dicapai lalu disuakan ke bibir bersama lafaz bismillah. Diteguk perlahan sebelum kembali diletakkan dihadapan. Wajah bersahaja disebelah yang asyik mengunyah benjo ditatap.  Awak ni Teja kenapa ye mudah sahaja buat hati jadi tak tentu arah setiap kali tatap wajah awak. Apalah ilmu yang awak pakai ye buat jiwa saya makin tak boleh berjauhan dengan awak.

"saya minta maaf banyak-banyak ,awak." Senafas dilafazkan.

Khali.

Thaqif toleh melihat wajah Teja yang diam. Tidak bersuara namun terus sahaja mengunyah. Sedikitpun tidak memandang ke arahnya. Masih marahkah dia kerana merasakan dia ditipu. Sungguh, bukan niat Thaqif. Demi Tuhan tiada langsung lorongan ke arah itu apalagi mahu menyakitkan hati si dia yang sangat dia sayang ini. Namun, semakin mereka berkawan Thaqif menyedari hanya masa yang memisahkan untuk dia mencari keadaan yang sesuai untuk berterus-terang tentang siapa dirinya yang sebenar kepada Teja. Thaqif perlu tahu isi hati Teja dahulu sebelum berterus-terang. Dia perlu tahu perasaan si dia ini terhadap dirinya. Dia mahu diterima kerana dia adalah dirinya...lelaki bernama Man yang Teja kenal sejak hari pertama mereka bertemu dan bukan kerana dia adalah Thaqif Jazman Tan Sri Tajuddin, tuan CEO Kiara Arena. Dan kini setelah dia benar-benar pasti tentang perasaan mereka berdua, dia merasakan masa yang dicari itu telah hadir. Dan Thaqif tidak mahu kehilangan satu-satunya insan yang telah membuatkan dia merasakan betaap hidup ini sebenarnya sangat indah. Satu-satunya insan yang telah berjaya membuka mata hatinya untuk melihat akan kebesaran sang pencipta yang Esa. Satu-satunya insan yang telah menyebabkan dia kembali mendekatkan diri menjadi hamba-Nya yang kerdil.

"saya tahu awak rasa ditipu..saya tahu awak rasa sangat marah diperlakukan begini..tapi percayalah Teja...saya tak pernah ada niat ke situ." Thaqif kemam bibir. Ada rasa yang tersangkut. Sungguh dia tidak pernah berniat mahu menipu Teja. Dia cuma tidak mahu Teja merasa tidak selesa berkawan dengannya hanya kerana jarak antara mereka sedangkan hati Thaqif sudah mula jatuh sayang pada Teja yang sangat istimewa. Istimewa dengan sikapnya yang polos, telus dan bersahaja. Thaqif tidak mahu nanti gara-gara statusnya, Teja akan menjauhkan diri. Lari meninggalkannya. Tidak mungkin dia dapat melepaskan si dia ini. Teja sudah utuh bertakhta di hatinya. 

"Saya ikhlas berkawan dengan awak. Dari kita mula kenal saya dah rasa suka berkawan dengan awak, Teja. Awak berbeza. Mungkin orang nampak awak pelik tapi bagi saya awak istimewa. Awak banyak bawak perubahan pada diri saya...hidup saya. Awak merubah seluruh lanskap hidup saya. Jarum perjalanan hidup saya berubah 360 darjah dari asal...semuanya kerana awak. Kerana awak, saya kena kembali siapa Tuhan. Kerana awak saya kenal makna bahagia. Kerana awak saya kenal makna dikasihi dan mengasihi.  Kerana awak saya merasakan hidup saya ini lebih bermakna sekaranga. Awak buat saya bahagia disayangi. Saya sayang sangat pada awak, Teja. Takkan ada yang berubah antara kita. Awak dan saya akan tetap bersama...sampai bila-bila. saya mahu awak tahu itu. Dan saya..tetap Man si budak despatch yang awak kenal dari hari pertama kita jumpa. Cuma si Man ini dah naik pangkat jadi CEO..itu sahaja. Jangan kerana status saya jadi halangan antara kita. Dan itulah sebab yang membuatkan saya rahsiakan siapa saya sebenarnya pada awak.  Saya mahu awak terima saya kerana saya dan bukan kerana siapa saya. Semua ini kerana saya terlalu sayangkan awak, Teja.  Saya tak sanggup lihat awak hilang dari sisi saya kalau awak tiba-tiba tau siapa saya sebenarnya. Dan saya tak mahu awak fikir yang kerana status saya ini saya akan tiba-tiba tinggalkan awak. Saya mahu awak tahu tidak akan ada sesiapa yang dapat ambil tempat awak dalam hati saya..sampai bila-bila. Sampai mati. Dan selepas ini kalau awak masih tak puas hati..dan awak rasa nak belasah saya sampai mati pun saya rela...sebab saya dah luahkan segala isi hati dan perasaan saya pada awak."  Thaqif melepaskan nafas dalam-dalam. Ada rasa lega yang teramat. Wajah bisu yang masih tekun mengunyah disebelah direnung. Thaqif geleng kepala perlahan. Senyum terbit dari pinggir bibir. Hai, punya penuh perasaan kita luah kat dia, boleh aje dia buat muka selamba macam nih. Teja, Teja..awak ni memanglah pelik. Satu dalam sejuta. Namun pelik dan selamba awak nilah yang memikat hati saya tahu tak.

Mati? Awak, jangan aar sebut mati. Tadi kata sayang sangat kat saya..ni sebut mati lak..waaaaa..taknak! Saya dah maafkan awak. Saya tahu awak takder niat nak tipu saya. Saya dah faham kenapa awak buat macam nih. Saya tahu hati awak baik. Err..saya takkan belasah awak. Saya, janji!

Teja kunyah bahagian terakhir lalu didorong kedalam mulut. Dikunyah laju lalu gelas air putih dihadapan dicapai. Dilekatkan kebibir bersama lafaz bismillah. Alhamdulillah. Teja tolak gelas yang sudah tinggal separuh ke tengah. Teja toleh memandang ke sebelah yang diam usai meluahkan segala-galanya. 

"awak.."

"hmmm..." 

Mata kedua-duanya saling berpandangan seketika. Thaqif senyum. Teja terpanar sesaat. Alamak..nak cakap apa tadi kat dia ni tadi ek.  Apasal dah lupa pulak nih. Issy!

"kenapa awak tak habis makan burger tu?"

Adus! Apa kes tanya pasal burger la pulak. Teja rasa macam nak hantuk kepala kat muka meja.

Thaqif senyum. 

"saya tunggu awak belasah saya dulu. Karang dah perut penuh lagi senak kalau kena belasah kan. Yelah, sah-sah saya memang akan separuh nyawa nanti kena kan, right dear?"

Perli orang la tu,issy. Belasah betul-betul karang baru tau!

"takdernya saya nak belasah awak tak tentu hala...kecuali la kalau awak yang nak sangat rasa kena belasah dengan saya. Nak ke?"

Thaqif pantas senyum dan kenyit mata.

"thanks sayang sebab maafkan saya."

Teja jeling kecil. Asik-asik kenyit mata. Jahit mata tu karang baru tau!

"saya tak cakap lagi maafkan awak ek. Jangan nak cepat perasan. Takdernya sensenang nak lepas macam tuh jer ye. Awak tetap bersalah kat saya."

Thaqif senyum. Dia tahu Teja tidak bermaksud sedemikian. Awak ni nakal kan, Teja.

"oklah sayang. Apa yang saya kena buat nak tebus salah saya pada awak. Just name it. Just say it. I'll make sure i get it for you. I'll make sure i'll complete it for you."

Teja tayang senyum. Yada yada...ding dong...yeay yeay. Mata menghala pada Ducati Man yang terbentang tidak jauh dari gerai abang Joe. Dah lama dia idamkan si dia yang mengancam tu. Mata bulatnya yang bercahaya mudah sahaja ditangkap oleh renungan Thaqif. Lain macam ajer senyum dia nih. Hai lah sayang, jangan mintak yang bukan-bukan ye. Jangan la dera saya lebih-lebih ye awak.

"pinjam Ducati awak tu boleh. Sehari pun jadilah. Saya nak rasa bawak aar motor awak yang kebaboom tuh. Boleh tau.."

Laa.  Itu jer ker.Kalau tau awal-awal lagi dia dah serahkan. Tak payahlah dia susah hati memikirkan perkara ni dari dulu. Thaqif geleng kepala. Senyum tersimpul di pinggir bibir.

"sayang.."

Dia ni kan..eei, asik asik sebut tuh. Seram sejuk aar dengar.

"issy awak ni. Sudah sudah la sebut benda tu. Meremang bulu tengkuk saya nih tau tak. Panggil macam biasa jer kan boleh."

Thaqif geleng kepala.

"saya boleh bagi...bagi terus kat awak pun tak ada masalah..."

 Mata Teja sudah bulat bagai biji guli.

"awak nak bagi terus kat saya? Biar betul ni awak?"

Thaqif angguk. "tapi ada syaratnya.."

Teja kerut dahi. Tadi kata nak bagi. Ni ada syarat la pulak. Macam nak perangkap jer. Awak, jangan ngada-ngada ek..karang kena backhand saya mahu patah lapan awak.

"syarat amende lak nih. Patut saya yang bagi syarat kat awak. Ni dah terbalik pulak.Siapa yang buat salah ni sebenarnya ek."

"nak tak Ducati,hmmm."

Teja jeling. "yelah yelah. Awak menang. Syarat apa.."

Thaqif senyum.

"kena benarkan saya panggil awak sayang. Deal? Dan awak pula kena panggil saya.."

"Man. Saya tetap panggil awak Man jugak." Teja lebih awal memotong.  Dia tidak mahu lelaki ni mahu dia memanggil dengan nama yang sama. Eei, mahu pengsan dia nanti. Buat Jane dengar sah-sah dia kena gelak tak cukup mulut nanti. 

"Jangan nak suruh-suruh saya panggil awak nama yang bukan bukan ye. Qif pun taknak..karang tersalah sebut jadi Qis pulak. Nanti awak salah faham pulak bila saya tersasul nanti." Teja larikan wajah seketika ke arah lain. Sah-sah lelaki di sebelahnya ini sedang membuang padangan ke arahnya. 

Thaqif senyum lebar. Dia sekadar mahu mengusik Teja.

"Qis? Hmmm...not bad. boleh jugakkan. Lain dari biasa. I like it."

 Teja jegil mata. 

"jangan nak mengada ek. Kang saya belasah betul-betul baru awak tau. Lebih-lebih tau awak nih." Teja senafas melontar amaran. Penumbuk dihala kearah wajah Man.

Thaqif angkat kedua-dua belah tangan. "Garang betul buah hati saya nih." Ketawa kecil terluncur.

Teja bangkit dari duduk. Plastik berisi burger yang masih ada sebiji dijinjit. "dah, jom balik. Karang lambat. Tak isyak lagi nih."

Kedua-duanya hala langkah ke arah Ducati Thaqif yang diparkir bersebelahan gerai abang Joe. Thaqif angkat tangan pada abang Joe. Isyarat. 

"sayang.."

Teja jegil mata. Thaqif senyum.

"thank you..."

Saling berbalas senyum.

"awak..."

"Qis.."

Teja hala penumbuk. Pecah ketawa Thaqif.

"ada apa,hmmm.."

"mak ayah awak dah tau ke pasal nih. Maksud saya pasal.." Teja tak habiskan ayat. Hanya mata mereka yang berbicara. Teja tahu Man faham maksud Teja. 

Senyum. Soalan Teja buat Thaqif terdiam seketika. Fikiran dan akal saling bergabung. Sesuatu perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi mummy. Thaqif kenal mummy dan dia perlu pastikan mummy tidak akan membantah dengan pilihannya ini. Dia tidak mungkin boleh melepaskan Teja. Tidak sama sekali.

Monday, August 13, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 28

Bab 28

Kepala yang berbalut tudung bawal berwarna hijau limau nipis ligat meninjau ke kiri dan kanan pintu bilik stor yang menjadi bilik pejabat rasminya di Kiara Arena. Bibir mengukir sengih. Fuh, lega. Mangkuk tu dah takder. Mesti dah blah naik ke atas. Padan muka awak! Apa tunggu lagi tu. cepat aar cabut, Teja. Line clear tengah ni, beb. Eh eh Teja jap, tadi kau panggil dia mangkuk ek? Hello dia tu boyfriend kau yang terchenta okay! tak baik aar. Sian dia. Aah, tak kira..hati tengah panas ni tau tak. Sib baik orang tak panggil dia periuk belanga tau tak, huh! Tangan pantas menekan suis lampu di dinding sebelum pintu dirapatkan. Beg sandang dibetulkan kedudukannya di tubuh.Plastik merah yang terisi bekas-bekas plastik yang sudah kosong dijinjit. Kaki laju menuju ke atas pintu kecemasan. 

Langkah Teja deras menuruni anak tangga untuk ke parkir sambil hati tak habis-habis berdoa agar tidak bertembung dengan lelaki itu.  Teja tak mau berjumpa lelaki itu buat masa nih. Dia nampak lelaki itu menunggu didepan lif sewaktu dia mahu keluar. Langsung niat mahu balik cepat tadi dibatalkan. Dia masuk semula kedalam bilik pejabatnya yang sekangkang kera itu mengurung diri. Lebih kepada mahu melarikan diri daripada lelaki itu. Nasib baik lelaki itu tidak datang menyerbu terus kedalam bilik stor selepas Teja lari daripadanya dari training room pagi tadi usai sesi townhall bersama tuan CEO Kiara Arena. CEO? Hati Teja jadi sakit bila memikirkan. Nafas dilepaskan dalam dalam. Dah dah..taknak fikir pasal benda nih sekarang. Teja tak mahu serabutkan kepala. Dia ada benda lain nak fikir dan perlu diselesaikan segera. Karang kalau dia fikir pasal "hal ni" mesti kerja dia yang satu itu tak selesai. Teja tak mahu dianggap tidak menepati janji sebab Teja selalu ingat abah cakap janji itu amanah. Jangan buat main.

Tadinya Teja bersyukur sangat-sangat budak yang hantar stok kertas A4 dari pihak pembekal telah menyelamatkannya dari diserbu oleh lelaki itu. Jika tidak, Teja tak tahu apa akan jadi tadi. Kalau lelaki itu masuk tadi memang sah-sah Teja akan belasah dia masa tuh jugak.  Nanti jadi kes polis pulak sebab Teja belasah CEO Kiara Arena. Tapi bukan salah Teja kan. Dia tu yang jadi punca. Siapa suruh tipu Teja. Teja sakit hati tau kena tipu hidup-hidup macam nih. Sampai hati dia buat Teja macam nih. Teja tau la Teja budak yang tak sekolah tinggi tapi Teja pun ada perasaan jugak.  Kenapa buat Teja macam nih. Susah sangat ker nak terus-terang ngan Teja nih. Haper, Teja ni spesies baham orang ker yang dia sampai kena buat "pengakuan" depan orangramai macam pagi tadi tuh. Lepas tuh boleh senyum-senyum lagi dengan HJA yang sengal tuh. Benci betul!

Kalau tak fikirkan sabar memang Teja dah serbu dia depan-depan kat dalam training room tadi dan cepuk dia masa tu jugak. Lantaklah. Tapi Teja fikir panjang walaupun memang rasa telinga memang dah macam kuar asap gunung berapi jer masa tuh. Teja tak mahu malukan lelaki itu didepan staff-staff lain. Teja masih ada hormat pada dia. Teja taknak benda yang buruk berlaku depan mata staff-staff yang lain. Teja taknak diorang semua tahu hal mereka berdua. Tau tau aje la bila hati tengah panas macam-macam boleh berlaku. Mati pulak anak orang nanti Teja kerjakan. Langkah Teja sudah sampai ke tingkat bawah. Lenguh giler kepala lutut turun tangga sampai 18 tingkat nih. Semua nih dia tu la punya pasal. Hei Teja, kenapa ni asik fikir pasal dia. Makin Teja tak nak fikir, makin kuat dia merayap dalam urat nadi Teja, Issy..tak suka betul!  Teja hela nafas saat kaki jejak anak tangga terakhir. Teja tak mau dengar dan cakap apa-apa sekarang. Teja hanya nak balik dan sampai rumah cepat-cepat. Teja tak mahu fikir apa-apa buat masa nih. Pergi..pergi! Teja tak mau ada apa-apa benda yang kacau kepala dia. Banyak benda sedang tunggu dia di rumah. Dia kena sampai awal di rumah. Dia nak kukus kuih kaswi dengan goreng cucur badak yang dia dah siap buat awal pagi tadi untuk pesanan daripada pihak surau lepas maghrib nanti. Ada ceramah ustaz muda yang dari program Iman Muda. Teja lupa pulak nama dia. 

Tangan tolak muka pintu keluar untuk ke parkir. Teja jengah dulu kepala sedikit dari pintu yang ditolak perlahan. Mata bulat memandang ke kiri dan kanan. Clear!. Teja atur langkah laju memandang ke depan. Cepat Teja!

"Teja.."

Alaaa...issy!  

Telinga menangkap ayunan tapak kaki dibelakang yang laju mengekorinya. Langkah makin deras dihala ke hadapan. Agak-agak kalau lari ok tak ek. Issy, jangan karang jatuh wat malu jer! Ha'a la pulak. Karang jatuh habislah saham gadis ayu Teja. Tapi dia tuh ada kat belakang aar. Eei..geram tol la dia nih. Kita tak nak jumpa awak laa. Kita tak nak dengar apa-apa tau tak. Awak pergi aar balik!

"Teja...nanti."

Teja masih laju berjalan. Tak toleh belakang. Thaqif geleng kepala. Sesak nafas mengejar si dia yang satu nih. Pantas aje dia larikan diri. Teja, tolonglah. Saya tau saya salah..tapi awak kena dengar dulu penjelasan saya. Jangan la macam ni, sayang..

"TJ...please."

Please tengkorak awak aar! Please kunun..poodaah!

"awak...awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu."

Boleh jalan aar! Despatch kunun..Huh, penipu!  benci aar. Benci!! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak namun suara di belakang tak henti memanggil. 

"dear..janganlah macam ni."

Haper dear dear. Orang tengah bengang nih tau tak..Huh!

"Tun Teja Ratna Sari binti Ismail..."

Oit!!!!!!!!!!!. Spontan langkah Teja spontan terhenti kala namanya diseru. Nak kena sungguh awak ye! Apahal yang sebut nama penuh orang nih haa. Saya tak suka tau tak!  Suka suka awak jer sebut nama penuh saya ek. Nak akadnikah haper. Opps.! Tangan Teja pantas menepuk mulut.Syoh syoh syoh. Tamau sebut. Orang tengah sakit hati ni aar. Tubuh laju dipusingkan. Mata mencerlung memandang susuk tubuh dihadapan yang juga sedang tegak mamatung memandang ke arahnya. Senyum dibibir itu buat dada Teja macam nak pecah. Jangan nak senyum-senyum ek. Ingat awak handsome meletup saya heran ke. Tak heran aar! Orang tengah sakit hati nih tau tak!

Telunjuk Teja lurus menuding ke hadapan. Saling memandang. Lelaki itu dilihat tersenyum. Teja ketap bibir. Eei, dia nih memang laa...orang dah lambat nih tau tak!

"saper bagi awak mandat panggil saya dengan nama tuh, haa?? Tarik balik! Cepattttttt!" Teja jerit. Dia dah tak kira kalau lelaki dihadapannya ini kata dia dah macam perempuan giler. Memang dia tengah naik giler sekarang!

Thaqif senyum. At last i hear you voice, dear. Alhamdulillah.

"apa yang awak senyum-senyum. Cepat tarik balik! Awak takder hak nak panggil saya dengan nama tuh, huh!" Teja mendengus kuat. Bibir diketap kuat. Mata masih tajam memandang ke hadapan.

"no..i won't."

Teja ketap bibir. " Cepat!!!!!!!!!!  Tak faham bahasa ker. Mangkuk betul!" Eei, geramnyer!

Mangkuk?..Takper laa awak, mangkuk pun mangkuk la janji awak puas hati sebab dapat marah saya.

"saya kan buah hati awak,hmmm. Saya ada hak kan nak panggil awak dengan nama penuh awak yang sangat cantik tu. Saya tak perlu mandat sebab kita kan dah declare as attached to each other, dear. I'm yours and your're mine. So, do i still need a permission from you to call you with the name that i love to?"

Baaaaanyak cantik! I'm your's and you're mine kunun. Poodaah!

"Eh, jangan nak perasan ek. Bila masa saya ni jadi hak awak. Cakap??? Awak jangan nak tambah marah saya pada awak ek. Karang saya mengamuk kat sini, baru awak tau. Awak belum tengok saya naik antu lagi tau tak!"

Thaqif senyum.  Marah sungguh dia ye..hehehe. Teja tajam menjeling.

"soon, dear. Kalau you nak..hari ni pun boleh I'm, ready."

Teja rasa nak tepuk tepuk aje mulut lelaki dihadapannya ini. Sedap aje dia bercakap. Ingat orang ni kebulur sangat ke nak kat dia. Menyampah! Eei...

"jangan nak mengada ek. Haper, ingat saya anak ayam ker sesuka awak jer nak buat. Ingat orang hadap sangat ke haa.."

Thaqif masih tenang dan tersenyum.

"saya cakap dengan abah malam nih..ok?"

Abah? Ehwah ehwah, sedapnya dia bercakap ye.

"Itu abah saya..bukan abah awak ye. Ingat sikit. Jangan nak lebih-lebih ye. Karang saya hempuk baru padan muka awak tau."

Amboi garangnya dia. Tapi awak marah-marah ni, makin comel la, Teja. Thaqif ketawa kecil. Teja menjeling tajam.

"soon akan jadi abah saya juga kan,hmmm."

Eeei, benci tol cakap dengan dia nih!

"Huh, menyampah!"Teja mendengus kuat. 

"Dah, saya nak balik. Banyak keje tunggu saya kat rumah. Malas nak layan orang macam awak. Buang masa aje. Saya tak nak cakap apa-apa lagi dengan awak." Teja pusing tubuh lantas laju berjalan. Thaqif lebih pantas memintas. Dia tak akan lepaskan Teja. Sekurang-kurangnya dia mahu Teja dengar penjelasannya. Dia mahu Teja tahu dia bukan main-main dengan perhubungan mereka. Dia sungguh-sungguh. Dan kerana rasa sunguh-sungguh itulah yang mendorong diri Thaqif melakukan pendedahan tentang siapa sebenarnya dia pagi tadi secara langsung didepan Teja dengan disaksikan oleh puluhan staff sokongan yang lain. 

Tangan direntang dihadapan. Langkah Teja terhenti tiba-tiba. Kalau dia tak break tadi sah-sah tubuh dia terbenam ke dada bidang lelaki ini. Ni apakehal yang rentang-rentang tangan nih. Naik main galah panjang haper. Dia ni kan sungguh laa nak kena dengan Teja hari nih. Baik! Mata Teja mencerlung menikam sepasang bebola bundar yang tunak memandangnya. Jarak yang agak rapat antara mereka hingga deria bau Teja cepat sahaja menghirup haruman yang dipakai lelaki ini. Wanginya. Dia pakai jenama apa ek. Ooi, Teja dalam marah pun sempat ek kau...hehehe. Dah dia berdiri dekat, memang aar akan bau..bukan orang yang hingin nak cium sangat tau tak, huh! Telunjuk Teja lurus yang sedikit gementar dihala pada dada bidang dihadapannya. Debaran yang singgah didada buat Teja sedikit gelisah namun dia tetap berani kan diri. Dia tidak mahu lelaki dihadapannya ini perasaan apa-apa. 

"awak ni nak apa lagi. Kan saya dah cakap saya tak mau dengar apa-apa."

Thaqif senyum. Mata Teja yang bulat dia tatap puas-puas. Cantik! Raut wajah yang sangat hampir menjamah kulit wajahnya diselusuri penuh takjub. Indah sekali ciptaan Tuhan yang satu ini. 

"saya nak awak."

Gila!

"sayang, please listen to me..let me explained everything."

"banyak la awak punya sayang."


"saya memang sayang awak, Teja..sungguh-sungguh sayang. Saya tak main-main. Saya berani sumpah. Please, sayang." Thaqif angkat tapak tangan paras bahu sambil senyum. Mata terus dijunamkan pada sepasang mata Teja yang bulat bercahaya.


Teja cebik. Yelah sangat tuh. Dah kantoi barulah mengalabah kan. Sayang laa, dear la. Itu laa..ini laa. Eei..benci tau! Teja tengok wajah lelaki itu masih lagi manis tersenyum memandangnya. Nih satu hal...asyik asyik senyum. Cepuk karang, baru padan. "haper yang pandang-pandang saya sambil senyum. Ingat handsome sangat ker awak tuh..huh!" Teja jeling tajam sambil menoleh sekilas ke arah lain. Thaqif merapatkan sedikit wajahnya ke wajah Teja. Teja telan air liur. Gementar terus direnung secara dekat begini. Kalau Teja pecut aje lari boleh tak. Haiyak nanti habislah dia tau Teja kalah dengan dia. Tak nak kalah. Mana boleh! Dia yang salah. Bukan Teja.  Hapa nak buat ek, hentak ngan bekas kuih ni leh tak.... Eh jangan jangan Teja. karang cacat la muka dia. Rugi la..Muka dia handsome tuh. Dah tu nak belasah kat mana lak nih. Ala, sepak jer kaki dia, Teja.Tak pun pijak kaki dia kuat-kuat. Biar padan muka dia! Sapa suruh tipu Teja hidup-hidup kan.

Makin lebar senyum Thaqif. Dia tahu Teja sedang cuba melawan perasaan dalam hatinya yang sedang berperang. Riak gementar gadis itu mudah sahaja ditangkap oleh renungannya.  Thaqif tahu sungguh perasaan sebenar Teja terhadapnya. Sama seperti apa yang dia rasa pada gadis ini. 

"sebab orang kat depan saya ni cantik sangat..tu sebab saya asik pandang dia dan senyum. Tapi dia saje taknak senyum kat saya."

Ada jer yang kena baham dengan Teja ni karang!


"sayang....listen to me, hmmm."

Teja ketap  bibir. Tumbuk dia ni karang. Suka jiwa dia aje panggil orang sayang tau. Teja pandang lelaki didepannya. Masih lagi tenang melontar wajah manisnya. Nak sangat kan..haa amekaw! Eh jangan tumbuk dia laa..nanti kau juga yang rugi Teja. Habislah muka boyfriend kau yang terchenta nih. Yelah...yelah, huh!

"aduh...sakitnya." Thaqif tunduk kebawah. Kesho hitam Teja sedang kuat menekan kaki. Thaqif angkat muka. Teja tayang muka tak bersalah. 

"sayang..kalau awak rasa dengan buat macam nih boleh maafkan salah saya, buatlah...pijak kuat-kuat pun takper. Patah kaki saya pun takper. Asalkan awak puashati."

Patah??..Oit Teja..jangan! Karang tempang pulak laa boyfriend kau nih. Muka handsome meletup..tapi tempang la pulak. Rugi woo. Teja pantas angkat kakinya yang kuat menindih kaki lelaki dihadapannya ini. Tubuh dibongkokkan sedikit. Biar betul. Patah ker? Tapi Teja bukannya pijak kuat sangat pun. Alamak..mati la, Teja. Kalau dia saman Teja nanti sebabkan kaki dia patah, macammana..waaaaa.

Tubuh pantas ditegakkan semula. Wajah ketat Thaqif yang sedang memejamkan mata ditatap. Teja telan air liur. Haa, sudah..biar betul nih. Ya Tuhan..apa Teja dah buat nih. Abah, Teja tak sengaja. Teja nak lepaskan geram aje. Teja takder niat nak patahkan kaki Man. Awak...saya minta maaf. Sa..saya pun sayang awak tau. Sayang sangat. Saya cuma..cuma nak lepaskan sakit hati dan geram saya saje. Awak...janganlah buat saya takut.

Khali.

Teja kuis perlahan bahu Thaqif dengan jari-jemari halusnya. Rasa bimbang dan gusar sedang kuat menghentak kepala. 

"a..aw..awak...awak, sakit ker awak."

"sakit la, sayang.." Thaqif tala sepasang mata bundarnya dengan wajah yang masih ada kesan kerut kerana menahan sakit.

Teja kemam bibir. Wajah ditundukkan.

"sa..saya minta maaf." 

Thaqif senyum saat lihat wajah polos Teja yang sedikit tunduk memandang ke bawah.

"sayang juga awak pada saya kan. Awak sayang saya kan? Betul nih? Tak tipu kan. Janji jangan tipu saya.."

Teja spontan menganggukkan kepala. "mesti la sayang. Awak kan buah hati saya. Ye, janji tak tipu. Sumpah!"

Sumpah?? Oit Teja..apa kau dah cakap nih. Teja bulatkan mata. Alamak! Tapak tangan menekup mulut yang sudah terbabas. Kantoi! Kepala laju menegak memandang ke hadapan. Teja gigit bibir saat lihat senyum yang terukir dibibir lelaki dihadapannya ini.

Thaqif senyum. Mata dikenyitkan.

"so..tak boleh marah-marah lagi, hmmm. Awak dah confess kan. Tak baik mungkir janji. Munafik tau. Awak dah janji dua kali kat saya nih. Saya pegang janji awak."

Mata bulat Teja tajam menikam. Jahat betul!


"sayang...listen, let me explained everthing,hmmm. Lepas tuh kalau nak belasah saya pun saya rela. Belasahlah..sampai pengsan pun takper. Jangan mati sudahlah. Kita belum kahwin lagi. Rugi tau."

Teja tajam menjeling. Eei dia nih..geram betul laa.

Teja atur langkah semula ke parkir. Thaqif yang terhencut-hencut juga turut mengatur jalan sama. Ganas jugak buah hatinya ni rupanya. Tak padan dengan badan. Sekali dia pijak memang macam kena hempap dengan besi mampat. Thaqif toleh wajah polos disebelah yang sudah tenang. Fuh, lega dia tak marah-marah lagi. Tak kisahlah kalau ini harga yang dia harus bayar untuk dapatkan semula kedamaian pada wajah si dia nih.

Teja capai helmet. Dari ekor mata,Teja tahu dia sedang direnung tunak. Teja buat buat tak tahu. Dia tak mahu terkantoi lagi. Lelaki ini lebih bijak memerangkapnya untuk berjanji semalam dan hari ini telah memerangkapnya sekali lagi. 

"sayang..."

Teja angkat dua belah tangan.

"boleh tak jangan panggil dengan nama tuh. Meremang bulu roma saya nih tau. Awak jangan nak asah ilmu mat romeo awak tu kat saya ye..saya belasah awak sungguh-sungguh nanti."

Thaqif angguk senyum.

"Tun Teja Ratna Sari..boleh?"

"dah lama hidup ker? Jangan nak mengada-ngada ye."

Thaqif ketawa kecil.

"Awak jangan nak gelak-gelak ye. Saya belum habis buat perhitungan dengan awak. Jangan ingat saya mudah nak maafkan awak atas apa yang awak dah buat nih. Awak belum selesai dengan saya. Malam nih awak kena cakap semua. Denagr ni...SEMUA! Jangan tinggal satu pun. Kalau saya dapat tau awak tipu saya lagi...awak memang wassalam lepas nih. Jangan nak saman saya kalau apa-apa jadi kat awak lepas nih. Awak puncanya. Faham?"

Thaqif letak tapak tangan yang diserongkan ke pelipis. Senyum.

"ok, sayang. Promise. Tapi..kalau saman dengan cincin kahwin bolehkan,hmmm." Serentak itu mata dikenyitkan.

Eeei, dia nih. Sengaja betul laa. Teja tumbuk perlahan dada Thaqif sambil lontar jelingan tajam. 

Berderai ketawa Thaqif. Kali ini lebih nyaring.


* * * * * * *
Mike geleng kepala. Parah kau ni, bro!

"kan aku dah cakap. Tengok apa dah jadi."

"i'm fine, Mike. She just need a time to adjust with all this."

"habis tadi dapat kau tangkap dia."

Thaqif angguk. Kenangan di parkir petang tadi masih utuh terpahat di kepala. Mana mungkin dia lupa. Wajah polos yang jelas menyala amarahnya pada mulanya kala mereka bertentangan namun entah mengapa dimatanya Thaqif yakin si dia itu tidak bermaksud apa-apa. Hanya sekadar ledakan perasaan kecil hati mungkin kerana merasakan dirinya ditipu. 

"aku panggil dia dengan nama penuh dia tuh baru dia berhenti dari ignore aku. At last dia cakap dengan aku. Tapi..." Thaqif senyum." macam kau cakap laa...berdas-das dia tembak aku. Dah tu dia pijak kaki aku, bro. Kuat giler. Macam nak patah rasanya. Punyalah sakit. Tapi aku seronok tengok dia marah. Dia cakap macam keretapi..laju giler..but she's damn cute laa, Mike."

Giler betul kawan aku nih. Kena maki bagai nak pecah telinga..kena pijak sampai nak patah kau boleh senyum dan relax lagi. Teja..kau dengar nih. Sayang sungguhlah tuan CEO nih kat kau. Mana ada awek kat Kiara Arena nih yang bertuah macam kau la, Teja. 

"kau yang cari pasal, bro. Kan aku dah warning kau jangan panggil dia dengan nama tuh. Kau degil. Nasib baik dia cuma maki kau jer. Tak baling kau dengan helmet Jerman dia pun dah kira untung tau. Tidak..kau wassalam, bro!"

"aku tau dia sayang aku. Takkan dia tergamak nak baling aku dengan helmet. Dia marah-marah sayang jer tu kat aku. Tengok mata dia pun aku tau. "

"so..macammana. Dah settle la kiranya nih. Dai dah maafkan kau la ye."

Thaqif geleng. Senyum. Tubuh yang tersandar dikerusi digerakkan ke kanan dan kiri.

"malam ni malam penentu untuk aku la, bro. Kalau dia terima explaination aku..aku selamat laa. Kalau tak..." Thaqif angkat bahu. " but  i really hope she can accept my explanation...and forgive me. Aku tak mampu nak lepaskan dia dari hati aku, Mike. I really love her.  Very much."

Mike senyum. 

"insyaallah, bro. Aku tau dia sayang kau. Tengok muka dia pun aku tau. Kau jangan risau la. Dia merajuk sikit jer tuh."

Thaqif angguk kepala. Insyallah. Seraut wajah Teja yang malu-malu saat mereka bertentang tadi terlayar kembali. Thaqif senyum.

Awak, saya sungguh sayang awak.

Sayang sangat-sangat!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...