Thursday, November 25, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 36


Bab 36

Kasih aku padamu sudah tiada lagi...sudah berkubur. Mengertilah!...

Selangkah kaki ini mengorak kehadapan tidak akan sesekali berpaling lagi berundur. Bukankah pernah aku lafazkan dahulu padamu. Padamkanlah niatmu itu. Jangan sesekali cuba mengetuk pintu hidup ini. Perasaan itu tidak akan mungkin datang semula. Tidak akan datang. Aku amat pasti tentang itu. Tidak pernah terdetik disanubari ini ingatan padamu, jauh sekali mahu membuka ruang hati yang sudah aku simpul mati ikatannya. Jangan buang masa mengejar bayang-bayang. Sedarlah...

Fahamilah...bila hati ini sudah memilih, jiwa ini tidak akan berganjak biar seinci! Takkan mampu digugat oleh sesiapa. Berkerat rotan berpatah arang pada keluargamu tidak pernah terlintas dihati ini. Mama dan ayah itu insan mulia yang aku hormati. Jangan sesekali kau mempergunakan mereka untuk meraih kasih ini. Jangan kau jadi lelaki begitu. Jangan biar aku benci padamu untuk kali kedua. Jadilah adam yang mulia disisi hawa.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Khalid...moga ini adalah jawapan-Mu atas doa-doa hambamu ini. Moga ini adalah noktah pada doa-doaku selama ini. Rahmati dan berkati hambamu ini Tuhan.

* * * * * * *

Kereta yang dipandu sudah membelok memasuki simpang di Jalan Kuantan. Ketenangan Tasik Titiwangsa petang itu dipandang sekilas sebelum pemanduan diteruskan ke destinasi yang ingin dituju. Insan kecil disebelah kerusi penumpang dipandang. Senyuman manisnya sungguh mendamaikan.

"papa, bila kita nak sampai ni? jauh lagi ke papa?"

Mata terus memandang ke hadapan. BMW hitamnya terus meluncur perlahan.

"sekejap lagi sayang..."

Banglo putih dua tingkat berpintu pagar kayu sudah tersergam didepan mata. Kelihatan pintu pagar sudah siap dibuka. Kereta dipandu memasuki banglo.

"come sweet heart, let's go..." Pintu kereta dibuka.

Figura yang begitu dikenali sudah berdiri didepan pintu sambil tersenyum menyambut kedatangan mereka dua. Tangannya sudah ditarik-tarik perlahan oleh insan disebelah. Kepalanya sudah menunduk memandang.

"ni rumah kak Zita ke papa?" bibir mengukir senyuman.

"rumah kak Zita dan papa kak Zita." Mata si kecil dilihat sudah bercahaya. Senyumannya makin menyerlah. Tangan sudah melambai pada Zita yang sedang berdiri di pintu. Sengaja Azhar merahsiakan tentang destinasi mereka petang ini dari puterinya itu. Dia menyebut akan ke rumah "mama baru" sahaja. Maisarah kala itu masih tidak berpuashati dan terus bertanya siapa "mama baru" yang dimaksudkan dan adakah dia pernah berjumpa dengannya. Azhar terus mengunci mulut. Mahu melakukan kejutan buat puteri tunggalnya itu. Mahu melihat reaksi pertama puterinya itu. Dan melihat senyuman manis Maisarah tadi kala melihat Zita, Azhar yakin keputusannya ini tepat.

"assalamualaikum..." Mata Zita sudah mendarat pada wajah tenang Azhar sebelum singgah pada wajah comel Maisarah. Sejambak mawar ditangan Maisarah menarik perhatiannya.

"walaikumsalam...jom masuk. Jom Sarah. Hmmm,bunga ni untuk kak Zita ke?"

"Papa cakap bunga ni untuk mama baru Sarah. Tadi papa cakap nak pergi rumah mama baru Sarah. Kan papa? Kak Zita mama baru Sarah ye." Azhar sudah tersenyum. Zita sudah tersipu. Pipi mulus Sarah sudah dicubit manja.

"Zita, kenapa biar tetamu berdiri lama depan pintu ni?" tepukan lembut pada bahu mengejutkan Zita. Empat pasang mata saling memandang. Bebola mata Maisarah sudah berkelip-kelip memandang susuk tubuh yang berdiri disebelah Zita.

"ini papa kak Zita ye?" Tuan Zainal sudah tersenyum. Tubuh sudah direndahkan agar setara dengan Maisarah.

"ni Sarah kan?. Ya, atuk ni papa kak Zita. Tapi nanti atuk ni akan jadi atuk Sarah. Suka tak?" Kepala Maisarah sudah laju mengangguk. Jambangan bunga terus dihulurkan pada tuan Zainal.

"eh nape bagi bunga kat atuk ni. Bunga ni bukan untuk kak Zita?" kepala digelengkan. Azhar dan Zita sudah memandang dengan wajah hairan.

"ala atuk, nanti bila kak Zita jadi mama Sarah, hari-hari papa boleh bagi bunga. Lagi banyak dan lagi besar dari bunga ni. Kan papa?"

Ketawa tuan Zainal sudah berderai. Kepala Maisarah diusap-usap lembut. Azhar dan Zita sudah saling bertukar senyuman.

* * * * * * *

Takdir ini adalah yang terindah...

Terima kasih Tuhan. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana memakbulkan doa istikharahku yang terakhir. Terima kasih atas destinasi hidup yang telah Kau pilih untukku ini. Terima kasih kerana terus disisi hambamu ini.

Syukur, alhamdulillah.Segala sudah selesai. Mama dan ayah sudah dapat menerima keputusannya. Doanya agar Faisal juga begitu. Pada mama sudah dititipkan agar menyampaikan pesanan ini pada Faisal. Harapannya moga Faisal akan bertemu insan lain yang jauh lebih baik dari dirinya. Doanya moga dibukakan pintu hati Faisal untuk menerima takdir ini.

Tangan sudah meraup wajah. Tubuh yang masih berbalut telekung masih bersimpuh di sejadah. Ketukan dipintu disertai bunyi tombol pintu dipulas perlahan menarik perhatian. Wajah manis Maisarah sudah menggamit senyuman Zita.

"mama....."

- Tamat-

Sunday, November 21, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 35

Bab 35

Bicara papa lewat pagi tadi ketika mereka bersarapan masih bersauh dikotak minda. Masih segar tiap patah perkataan yang berhati-hati disusunatur papa...bagai rangkap gurindam yang terus terngiang-ngiang ditelinga. Zita tidak memberikan jawapan pada persoalan yang diajukan papa. Persoalan yang sangat memerlukan kata pemutus darinya. Dari mula papa berbicara, sepatah pun dia tidak memberi reaksi dan tindakbalas. Peti suara terus dimatikan sambil tangan digagahi menyumbat nasi lemak yang dimasak pembantu rumah mereka. Tekak tidak langsung mampu mencerna kesedapan nasi lemak yang dimakan untuk disalurkan ke minda. Sudahnya bicara tamat saat Zita minta izin papa untuk pamit ke pejabat kerana dia perlu mempengerusikan mesyuarat kewangan bagi suku tahun ketiga pagi ini.

Fail-fail dari bahagian kewangan yang dibawa masuk Hanim dari bilik mesyuarat masih terhampar diatas meja. Mesyuarat berlangsung dengan lancar biarpun dia bagai tidak sepenuhnya memberi perhatian dan tumpuan. Nasib baik ada Hasanah; pengurus kewangan mereka yang banyak membantu dirinya didalam mengendalikan hal ehwal kewangan syarikat. Hatinya bagai tiada keinginan untuk menyentuh fail-fail tersebut. Hatinya sedang gundah. Hatinya sedang libang-libur saat ini. Dada terasa begitu sesak ketika persoalan papa tadi kembali mengasak dinding hati. Zita faham papa hanya utusan. Hanya menyampaikan hasrat orang. Papa sudah awal-awal menyatakan dia tidak akan sesekali masuk campur jauh sekali memaksa. Segalanya diserahkan pada Zita. Budi bicara Zita sendiri. Ini soal hidup...dan masa depan Zita. Ya...ini soal hidup...soal masa depan dirinya. Tidak mungkin dia akan sewenangnya memberikan jawapan. Dia bukan lagi Zita yang dahulu. Dia kini sudah berikrar akan memperjuangkan masa depannya sendiri. Tidak mahu lagi menyerahkan nasib diri ditangan orang lain seperti dahulu. Tidak mahu lagi menjadi insan pasif. Bunyi telefon yang menjerit terus menerbangkan segala yang sedang bersarang dikepala. Dibiarkan sahaja jeritan mesin empat segi itu memenuhi ruang biliknya.

Telefon dimejanya terus berbunyi. Tubuh yang tadinya bersandar pada dada kerusi ditegakkan. Mata dibawa menoleh untuk melihat nama yang tertera di skrin telefon...Hasanah. Segera ditekan butang speaker.

"ya Hasanah."

"cik Zita...saya dah update semua data dan maklumbalas dari setiap pengurus bahagian yang diperolehi didalam mesyuarat tadi. Cik Zita boleh menyemak semua data berkenaan pada database kewangan di T drive. Terus sahaja pada folder 2010 dan kemudian ke sub folder 3rd Quarter Finance Report." Jari terus dibawa ke skrin notebook dihadapan. My computer ditekan lalu T drive dicari. Terus diklik Zita sudah melihat beberapa folder bahagian kewangan mengikut turutan tahun. Folder 2010 diklik kemudian jarinya terus menekan pula sub folder yang disebut Hasanah diclik. Beberapa fail berformat excel terpapar.

"ok Hasanah. Saya dah buka sub folder tu. Saya akan semak semua fail yang awak sediakan. Terima kasih. Kalau ada yang saya tak faham nanti saya akan email pada you, ok."

"no problem cik Zita. Dah tugas saya."

Butang speaker dimatikan. Nafas dihela perlahan. Teringat pesanan papa sewaktu dia memulakan tugas...jangan sesekali terganggu dengan masalah peribadi tika mengendalikan soal kerja. Akan menjejaskan prestasi kerja nanti. Cubalah "simpan" sekejap masalah peribadi yang melanda. Ya, dia sedang cuba mencari ruang kosong untuk menyimpan sebentar persoalan peribadi yang melanda diri. Tidak mahu persoalan itu mengganggu kerjanya yang menuntut tumpuan demi kelancaran operasi syarikat. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawab baru yang terpikul dibahu. Tidak mahu juga mempersia-sia kepercayaan yang diberikan papa padanya.

Di saat begini, dia benar-benar memerlukan kata-kata semangat itu. Kata-kata semangat dari seseorang yang sentiasa memberi dorongan dan keyakinan padanya. Seseorang yang telah berjanji akan sentiasa disisi...kala suka dan duka.

* * * * * * *

"Eh, kenapa balik ke rumah ni? Kan ke semalam kata kat mama nak terus pejabat dari airport?" langkah laju diatur ke sofa. Kepala ditoleh ke bilik bacaan. Soalan Puan Sri Marini dibiarkan sepi.

"papa mana mama?"

"mana lagi petang-petang ni....meeting kat padang golf la papa tu." Kepala diangguk.

"Macammana mama?" Mata Faisal terus menjunam pada tubuh Puan Sri Marini sedang santai di sofa. Punggungnya dilabuhkan disebelah mamanya itu. Pertanyaannya masih tidak dijawab mamanya. Tadi selepas dijemput pulang oleh Pak Jalil; pemandu keluarganya dari KLIA dia segera minta dihantar ke rumah dahulu walaupun sepatutnya dia ada mesyuarat di pejabat petang ini. Sudah diminta Irene menunda mesyuarat tersebut. Baginya ada perkara lain yang jauh lebih penting.

"Mama...macammana?" Terluncur lagi pertanyaan yang sama untuk kali kedua.

Tangan Puan Sri Marini menepuk perlahan paha anak bongsunya yang sedang tunak memandangkan sejak mula sampai tadi. Bukan dia tidak mahu menjawab pertanyaan anaknya itu tapi sememangnya dia tiada jawapan untuk pertanyaan anaknya itu. Dia harus akur permintaan pihak disebelah sana. Dia tidak mahu dikatakan mendesak dan memaksa. Ini soal hati dan perasaan. Ini soal masa depan anak orang biarpun anak orang itu pernah bergelar "menantu" keluarganya.

"uncle Zainal dah cakap pada mama dan papa." Wajah mama direnung.

"uncle cakap apa mama?"

"Uncle serahkan pada Zita untuk buat keputusan. Dia akan terima apa pun keputusan Zita. Dia harap kita faham dan akan terima apa jua keputusan Zita nanti."

"kenapa pulak uncle tak boleh buat keputusan macam dulu?...Zita tu kan anak dia, mestilah kena dengar cakap orang tua. Faisal tahu uncle masih tak maafkan Faisal mama."

"Faisal..." kepala digeleng perlahan."tak baik cakap uncle macam tu."

Kepala dihempaskan pada tengkuk sofa yang disandar. Mata dipejamkan. Terasa tangannya diusap lembut oleh mama. Dibiarkan sahaja. Hatinya kecewa dengan apa yang dikatakan mama sebentar tadi. Harapannya begitu menggunung untuk mendapatkan Zita semula. Dia bersungguh-sungguh meminta mama dan papanya pergi melamar Zita kembali sejak minggu lepas lagi. Dia tahu mama dan papa keberatan kerana masih segan pada uncle Zainal dengan apa yang pernah terjadi. Dia tahu papa masih marah padanya. Dia tahu dia tersilap langkah dahulu. Dia terlalu mengikut hati mudanya dan kesannya dia kehilangan insan paling baik yang dianugerahkan Tuhan padanya. Dia sedar kini hatinya dan jiwanya sudah dicuri wanita itu. Dia kesal terlewat menyedari perkara ini.

"mama faham perasaan Faisal..."

"susahnya Faisal nak bahagia mama. Faisal cuma minta peluang kedua mama." Tercetus keluhan kecil Faisal.

"jodoh tu urusan Tuhan Faisal. Kita tak mampu nak buat apa tentang perkara ni. Buat masa sekarang kita kena tunggu jawapan Zita. Faisal kena ingat kalau ada jodoh Faisal dengan Zita semula tiada siapa mampu menghalang...sabar ye." tangannya terus diusap mama.

"Faisal sayang Zita mama...Faisal sayang dia." Kepalanya dilentukkan ke bahu mama. Rambutnya dilurut perlahan-lahan lalu diusap lembut oleh mama.

"mama tahu..."

* * * * * * *

"i akan jumpa papa you dan terus melamar. Kalau papa you setuju i akan hantar mak dan ayah datang jumpa papa you. Kita kena ikut adat kan."

"Har...jangan dulu."

"why not? I'm serius."Wajah Zita direnung.

"i belum cakap apa-apa pada papa pasal kita. I taknak papa terkejut kalau tiba-tiba saje you datang and propose me."

"Jangan bimbang sayang. I akan cakap nanti and i pasti dia boleh faham. I taknak bercinta lama-lama. Letih." Kepala digelengkan. Tidak setuju. Tangan sudah digoyang pada Azhar dihadapan.

"jangan Har. Biar i cakap dengan papa dulu ok, lagipun...lagipun i kena selesaikan satu perkara penting dulu."

Dahi Azhar sudah berkerut.

"perkara penting?"

nak cakap ke tidak ni?. Bibir diketap. Kepala ditundukkan sambil jari jemari terus memutar-mutar straw didalam gelas dihadapan.

"Zita?"

Kepala diangkat perlahan-lahan.

"sayang?"

"Faisal...." Mata Azhar lekat diwajah Zita saat nama itu disebut.

"Di...dia..dia hantar mama dan ayah jumpa papa semalam.."

Dan mata mereka terus bertaut...

Monday, November 15, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 34

Bab 34

Mengapa kau harus muncul lagi sekarang Zakhrul!

Setelah apa yang telah kau lakukan dahulu pada aku, tega kau kembali menagih kasih itu semula. Tidak terfikirkah betapa kejamnya kau dahulu. Tidak terlintaskah difikiranmu betapa sengsaranya aku melalui hidup sendirian. Tidak terasakah dihati segala perbuatan kau pada aku dahulu. Kau, satu-satunya lelaki yang aku harapkan dahulu pergi meninggalkan aku menghadapi papa sendirian sedangkan kau telah berjanji untuk bersama-sama denganku dikala senang dan susah. Kau langsung tidak memberi peluang aku menerangkan hubungan kita pada papa. Kau tuduh aku macam-macam. Sanggup kau berpaling dari menadah telinga mendengar penjelasan dari aku hanya kerna egomu yang terlalu agung itu. Sudah lupakah kau tentang semua itu Zakrul? Mudahnya kau melupakan semua itu...mudahnya kau Zakhrul!

Tahukah kau Zakhrul hati aku begitu pilu diperlakukan kau. Langsung tiada rasa kasihan dan simpati kau pada aku dahulu. Saat kiriman kad undangan kau aku terima, hati dan jiwa aku "mati". Semuanya sudah tiada erti. Aku terima segala yang sudah tersurat. Aku bakar segala kenangan bersama kau. Aku kuburkan semua abu-abunya. Aku berkelana sendirian dirantau orang. Status isteri yang aku sandang hanya pada nama. Zahirnya sahaja. Derita batin yang aku tanggung tidak pernah aku dedahkan. Segalanya aku simpan rapat. Kejap. Selagi aku mampu bertahan. Itulah yang aku lakukan hinggalah aku tiba ke titik kemuncak kesabaran. Dan kesudahannya disinilah aku sekarang. Kembali ke tanahair dan kini memegang status baru.

Tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku antara kita Zakhrul. Cuma...aku kesal. Kesal dengan sikap kau. Kesal dengan tindakan kau.

* * * * * * *

Kenapa mesti jumpa dia?

"pergilah jumpa dia. You kena bersemuka dengan dia Zita."

"untuk apa lagi i jumpa dia Har. I tak mahu. Tak mahu! "

"I fikir selagi you terus mengelak begini selagi itu dia akan terus mengejar you."

"Biarlah. Kalau dah penat dan bosan nanti dia berhenti."

Terdengar keluhan kecil. Azhar dilihat menggelengkan kepala.

"Kalau dia tak penat dan bosan malah tambah bersemangat macammana?"

Mata sudah saling bertaut.


* * * * * * *

Straw ditangan sudah entah kali keberapa diputar. Gelas berisi jus mangga itu dipandang sekilas. Mata dibawa melihat ke arah luar Restoran Bunga Emas di The Royale Chulan itu. Susuk tubuh yang dinanti masih tidak kunjung tiba. Mungkirkah dia? hati kecil sudah berdetik. Tak mungkin! Dia kenal sungguh dengan orang yang dinanti. Bukan begitu sikapnya. Dari jauh dia sudah melihat. Senyum sedikit mekar. Tapi cuma sebentar. Susuk tubuh yang saling berganding dengan insan yang dinanti sedikit mengurangkan rasa yang mula berbunga.

Dia tahu siapa lelaki itu. Sudah kerap dilihat mereka berdua berganding sama. Kemesraan mereka berdua cukup menggugat hati lelakinya. Dia sudah menyelidiki latar belakang lelaki itu. Bukan calang-calang juga orangnya. Dia melihat lelaki itu pesaingnya yang paling utama. Dia tidak akan mengaku kalah. Dia tidak mahu silap lagi seperti dahulu. Dia kesal dengan kebodohannya dahulu. Dia kesal dengan sikap terburu-burunya dahulu. Egonya telah menyebabkan insan yang dia sayang dan puja terlepas ke tangan orang.

Dia akan cuba sedaya-upaya mendapatkan semula Zita. Dia tidak pasti peluangnya namun dia tidak akan sesekali mengalah. Selagi Zita belum menjadi hak milik sesiapa, dia masih berpeluang.

"assalamualaikum . Maaf terlambat." Zakhrul yang sudah awal-awal berdiri menganggukkan kepala sambil menjawab salam dan tersenyum. Mata memandang wajah dihadapan. Wajah yang sekian lama dirindui. Zita dilihat sedikitpun tidak memberi reaksi. Sedikit pun tidak mahu membalas senyumnya.

"kenalkan...ini Azhar." Tangan Azhar sudah menghulur jabat.

"Azhar..."

"Zakhrul..."

Kedua-dua dipersilakan duduk oleh Zakhrul. Azhar sedia maklum tujuan pertemuan ini. Mulanya memang dia tidak mahu ikut serta. Tidak mahu mengganggu kerana ini pertemuan yang sangat peribadi namun permintaan Zita yang tidak mahu bersendirian menemui Zakhrul dan mahu dia ikut menemaninya. Zita tidak pasti apa tindakan Zakhrul nanti bila dikhabarkan tentang keputusannya. Bila difikirkan keselamatan Zita, Azhar akur dengan permintaan Zita. Azhar tidak mahu apa-apa yang tidak elok menimpa Zita nanti. Pastinya nanti Azhar akan menyesal seumur hidup jika apa-apa berlaku ke atas diri Zita. Azhar tidak mahu Zita diapa-apakan. Zita sangat penting dalam hidupnya kini.

"Saya tau saya memang salah. Saya tau awak masih marahkan saya sebab tu. Saya mohon maaf pada awak...tapi tolonglah awak...tolonglah maafkan saya. Hidup saya tidak tenteram selama ni disebabkan perbuatan saya pada awak dulu. Saya sentiasa diburu rasa bersalah. Dan Tuhan membalas segala perbuatan saya pada awak. Perkahwinan saya tidak bertahan. Isteri saya lari dengan kekasih lamanya selepas enam bulan kami berkahwin. Saya ditimpa aib yang sedemikian rupa."

Zita dilihat sudah tersenyum sinis. Zakhrul faham erti senyuman itu. Dia tahu dia memang layak disinis begitu. Padan dengan mukanya.

Azhar dilihat tenang mendengar dia membuka pekung sendiri.

"saya mahu menebus kesalahan saya pada awak dulu. Saya akan pastikan awak tidak akan dipersia-siakan lagi. Saya mahu kita kembali seperti dulu."

Gila!

Zita dan Azhar saling berpandangan. Azhar dilihat menganggukkan kepala.

"Zakhrul..." wajah manis Zita dipandang.

"saya tidak pernah doakan yang buruk-buruk untuk awak Zakhrul." Helaan nafas perlahan dilepaskan.

"saya juga tidak pernah berdendam pada awak atas segala yang berlaku. Saya belajar menerima takdir diri saya. Saya akui saya memang sedih dan kesal dengan tindakan awak dulu...hingga kini saya masih mengingatinya. Saya tidak akan boleh lupa."

"awak...sa.." Zita pantas mengangkat tangan mengisyaratkan bahawasanya dia belum selesai.

"Zakhrul..." Zita mencapai tangan Azhar. Digenggam erat. Azhar dilihat membalas genggaman tangan Zita. Dada Zakhrul sudah bergetar. Kencang.

"Segala yang awak lakukan kebelakangan ini tidak akan dapat mengubah apa-apa. Pendirian saya tetap sama. Saya bukanlah Zita Asyikin yang awak kenal lima tahun dulu. Saya sudah berubah Zakhrul. Berubah menjadi Zita Asyikin yang baru. Zita Asyikin yang sudah memilih jalan hidupnya sendiri. Saya sudah memiliki kehidupan baru yang saya pilih sendiri. Dan saya yakin dengan pilihan ini." Zita menoleh pada Azhar. Senyuman antara keduanya saling bertaut.

"saya tidak mahu kita menoleh ke belakang lagi. Apa yang terjadi antara kita dulu adalah sejarah. Sejarah yang akan kita kenang dalam lipatan kehidupan akan datang. Sejarah yang akan mematangkan diri kita. Saya sudah menemui kehidupan baru. Saya bahagia kini."

Zita memandang pada Zakhrul dihadapannya yang tersandar diam penuh takzim. Dia berharap sangat agar Zakhrul dapat menerima keputusannya.

"saya sudah memaafkan segala perbuatan awak Zakhrul. Tak perlu awak bimbang apa-apa. Saya mohon awak hormati keputusan saya ini. Saya sudah ada pilihan sendiri." Zita menoleh pada Azhar yang masih mengenggam erat tangannya. "Azhar adalah pilihan saya. Saya menyayangi dirinya. Saya harap awak faham dan dapat menerima keputusan saya ini."

"saya harap... kita akan kekal sebagai kawan Zakhrul."

Azhar dan Zita memandang pada Zakhrul yang hanya berdiam dari tadi. Azhar faham apa yang sedang melingkari hati dan jiwa Zakhrul saat ini. Tapi apa kan daya dia tidak mampu membantu. Ini soal hati. Soal perasaan. Tidak boleh dipaksa. Tidak akan boleh disua-sua. Dia juga menyayangi Zita dan tidak akan mahu kehilangan wanita yang kini bertakhta dihati.

Peritnya menerima segala luahan kata-kata yang dilafazkan Zita sebentar tadi. Inikah pembalasan yang harus diterima atas perbuatannya dahulu.Benarlah kini peluang dirinya untuk kembali menghuni dihati Zita sudah tiada lagi. Sudah tertutup. Keputusan Zita bak halintar yang membelah jiwanya. Bagaimana mahu dipujuk lara hatinya ini. Zita sudah tidak sudi lagi padanya. Zita sudah menyatakan keputusannya.

Dia sudah tewas pada Azhar!

* * * * * * *

Genggaman tangan dilepaskan saat memasuki lif. Kedua-dua hanya membisu seribu bahasa. Zita hanya tegak memandang pintu lif yang tertutup rapat. Sunyi dan sepi hinggakan hembusan nafas Azhar bagai jelas ditelinga Zita.

"betul ke apa yang you cakap pada dia tadi?"

"Haa?"

Azhar sudah tersenyum. Zita sudah tersipu. Malu!

"i tanya betul ke apa yang you cakap pada Zakhrul tadi."

Kepala diangguk laju memandang Azhar. Azhar sudah ketawa kecil melihat telatah lucu Zita. Comel!

"so, bila boleh i jumpa papa you?"

"Haa? you nak jumpa papa i? buat apa?" Mata Zita sudah membulat memandang Azhar disebelah.

Ketawa Azhar bergema.

"nak pinang you la sayang. Kan tadi you cakap kat Zakrul you dah pilih i."

Mata Zita sudah terkelip-kelip.

"i...i..." Azhar sudah mendekati Zita. Debaran didada Zita kian kencang.

"kita kahwin?"

Mulut Zita sudah sedikit terbuka.

Sunday, October 31, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 33

Bab 33

Pekat langit malam direnung dari balkoni bilik.

Mata terus lekat pada tirai malam yang dihiasi kerlipan bintang-bintang yang bertaburan pada dada langit. Tangan yang kejap memeluk tubuh makin dikemaskan. Bayu yang bertiup makin menyuluh hingga ke tulang. Minda masih merawang. Jauh menerawang. Di dada langit yang gelap pekat mata terus menebus ke situ...

Langkah diatur pantas. Laju. Tidak dihirau suara yang menggamit dari belakang. Makin jelas suara itu. Dia maklum suara itu milik siapa. Tidak mahu membiarkan diri terus hanyut. Itu dulu. Dulu yang sudah lama hilang dari lipatan sejarah dirinya.

Sepasang Bonia rona perang gelap berketinggian dua inci itu terus diayun tangkas. Medan letak kereta One Utama yang sedikit sesak itu pantas dituju.

"awak..."

"awak..."

"Zita..."

"Zita Asyikin!!!......"

"Zita please........"

"Zita tungguuu!....."

Namanya terus -terusan bergema. Tidak dipeduli. Tidak dihirau. Persetan dengan dia!

pergiiiiii!

Kedua-dua belah tangan meraup wajah.

* * * * * * * *

"you takut?"

"bukan...bukan pasal tu."

"then?"

Jeda.

"you masih benci dia lagi?"

"i tak mahu jumpa dia lagi. I tak mahu tengok muka dia lagi. Thats all. "

"you masih marah dia? masih dendam? masih tak boleh lupa?"

Nafas dihela perlahan. Tasik Putrajaya yang luas terbentang dihadapan direnung.

"i faham perasaan you Zita."

Kepala digeleng perlahan. You tak faham Har...You tak faham.

"parut tu masih kekal disini..." Jari ditekan pada dada. "dihati i ni Har."

Wajah muram itu dipandang. Wajah yang mengundang pesona tiap mata yang memandang. Pesona yang sedang kembang menyuluh harumnya pada tiap yang mampir. Siapa yang mampu menidakkan tarikannya.

"jangan fikirkan sangat pasal tu. He can't do anything to you."

Mata mereka beradu seketika.

"mana you tahu? jangan underestimate dia Har. I'm alone...alone facing him. You faham tak?"

Duduknya yang tadinya selesa dibangku kayu berpindah posisi. Tubuh kini sudah tegak menghampiri tasik. Azhar sudah berdiri disebelah. Wajahnya dipandang Azhar dari sisi. Dia menyedari namun tidak mahu memberi apa-apa reaksi. Dibiarkan. Pandangan terus dilontar pada tasik dihadapan.

"i ada. I'll be at you side. insyaallah."

"i tak tahu la Har. Runsing sangat. Keje i terganggu...kehidupan seharian i terganggu. I...i..."

Jari telunjuk dilekat pada bibir itu. Jeda.

"i ada...i always there when you need me. Hell and Well. Remember that."

"Har..."

* * * * * * *

"siapa wan?"

"bekas teman lelaki Zita."

Dahi luasnya berkerut.

Bekas teman lelaki?...bekas teman lelaki Zita? Zita ada teman lelaki dulu?..kenapa dia tidak tahu....

"kau pasti?"

Kepala dihadapan mengangguk yakin.

"100%!"

Jahanam!


Thursday, October 14, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 32

Bab 32

Mata bundarnya yang dilindungi Burberry hitam menjelajahi persisiran Pantai Cenang nan memutih pasirnya. Desiran air laut yang mencecah gigi pantai bagai alunan melodi indah yang mendamaikan seluruh pancaindera. Zita membongkokkan tubuh lampainya hingga mencecah gigi air. Jari jemari nan runcing mencapai ombak kecil yang sampai ke gigi air lalu dikuis-kuis perlahan. Seketika dirinya tenggelam dengan keasyikan yang tercipta. Ketawa kecil tercetus dari bibir mungilnya. Matanya memandang pada kaki horizon di hadapan. Burberry ditolak ke atas kepala. Serakan warna jingga muda yang mula menguasai langit alam diamati dengan penuh kesyukuran. Indahnya ciptaan illahi.

Laut dan pantai sentiasa ada tempat yang istimewa dalam hatinya...sejak dulu.

Kerana... laut dan pantai itu mengingatkan dirinya pada seseorang. Seseorang yang pernah dekat di jiwanya. Walau seseorang itu pernah meninggalkan luka yang paling dalam hidupnya, cintanya pada laut dan pantai tidak pernah tergugat. Laut dan pantai tidak pernah melukakan...laut dan pantai tidak pernah meninggalkannya seperti dia. Laut dan pantai sentiasa memberi kedamaian pada jiwanya tiap kali dihampiri.

Kenangan itu kembali hadir dilayar mata.

Laut dan pantai menemukan mereka. Laut dan pantai mengikat mereka. Seseorang yang dulunya hadir tatkala dia memerlukan. Seseorang yang pernah menjadi sandaran hidupnya, dahan berpaut kala dia hampir tewas pada kehidupan. Namun dia yang diharap tiba-tiba pergi tanpa pamit...pergi meninggalkan dirinya terkapai keseorangan..pergi dengan satu pesanan yang langsung tak diduga...sampai hati sungguh dia!

Persisir pantai yang memutih terus dijejaki dengan langkah perlahan. Satu persatu. Sepasang kakinya yang tiada disaluti sepatu itu terbenam ke wajah pasir tiap kali kaki melangkah. Tangan yang menjinjing sandal sama berayun bersama kaki yang melangkah. Matanya memandang pada gelagat beberapa pengunjung yang kebanyakkan pelancong asing yang sama-sama menikmati keindahan Pantai Cenang. Suara-suara gembira anak-anak kecil yang seronok mengejar ombak yang sampai ke gigi air menerbitkan senyum dan ketawa kecil Zita. Indahnya menjadi kanak-kanak!

Hadirnya di Pulau Lagenda ini tidak dirancang namun atas sebab mengantikan papa yang mahu dia menghadiri perjumpaan dengan Mr Mike Adrian Ball dari Rhodes Swatchrz Technologies iaitu pelanggan utama syarikat mereka semalam, Zita akur. Papa mahu dia mengenali dengan lebih dekat pelanggan berkenaan demi kelancaran urusan syarikat, lalu semalam selepas tamat perjumpaan pertama di Dayang Cafe, Zita bersyukur Mike Ball berpuas hati dengan prestasinya mengendalikan perjumpaan mereka. Lebih mengembirakan, Mike Ball bersetuju berjumpa Zita di Kuala Lumpur untuk urusan mereka yang seterusnya.

Laut dan pantai itu terus menggamit jiwanya.

Hatinya diusik lagi oleh kedamaian laut dan pantai disitu, lalu dia terus meminta penginapannya di Berjaya Langkawi Resort itu disambung dua hari lagi. Dia ingin menghabiskan hujung minggu nya di sini. Bersama laut dan pantai disini. Laut dan pantai di sini sentiasa melambai-lambai di layar mata sejak mula kakinya dijejakkan di bumi Mahsuri ini. Pada papa dikhabarkan dia akan pulang pada hari isnin dan terus ke pejabat seperti biasa walaupun papa meminta dia bercuti sahaja pada hari tersebut kerana tidak mahu dia kepenatan.

Kaki yang sudah separuh bermandi pasir terus diseret. Burberry sudah berpindah ke dada, disangkut pada leher baju t-shirt kelabu berlengan pendek paras siku. Tiupan bayu petang yang menyejukkan menerbangkan rambutnya yang dilepaskan. Dikuis helaian rambut yang terbuai-buai pada wajah lalu diselitkan ditepi cuping. Kedua-dua belah tangan disilang ke tubuh. Erat. Mata dibawa menjelajahi kebiruan laut petang.

Terasa hujung bajunya seperti ditarik-tarik perlahan. Kepala ditoleh lalu ditundukkan sedikit kebawah. Matanya terhenti berkelip seketika saat bertembung dengan wajah cilik yang sedang tersenyum manis itu. Kepala ditoleh laju. Kiri dan kanan. Sekali lagi ditoleh. Tubuh lampainya dibongkokkan sambil tangan halus itu dicapai dan digenggam erat.

"Sarah!..datang dengan siapa ni sayang?" Tangan halus itu lurus menghala pada pohon dipantai. Mata bundarnya dikecilkan memandang pada arah yang ditunjukkan si comel. Terlihat sepasang tangan sedang melambai sambil berlari perlahan ke arah mereka. Azhar!

"papa?" Mata dihala ke wajah comel dihadapan. Kepala si comel laju mengangguk. Senyum manisnya masih tidak lekang dibibir mungil itu.

"Har?" Azhar yang santai berseluar jeans separas lutut dengan kemeja putih lengan pendek direnung.

"Yes it's me my dear. Surprise ye? mana you ada, mesti i ada." Senyuman diukir bersama gelengan kepala. Azhar, Azhar...

"Meeting? or...meeting someone overhere, hmmm?" kening diangkat sambil mata dikenyitkan pada wajah cantik dihadapan.

"hahaha...so cute encik Azhar. Jauhnya i kena date ye. Baik i ke Songkhla terus kan."Azhar sudah ketawa dengan jawapan spontan Zita. Nakalnya dia!

* * * * * * *

"ntah la Har. Buntu rasanya. Kiri macam ni, kanan macam tu."

"dah cuba bincang?"

Kening Zita diangkat sedikit. Bincang? Tak mungkin Har...

"semua tu dah takde makna lagi Har. Dah lepas. Dah lama berkubur.Kalau la boleh, i taknak fikir lagi tentang ni. I dah letih Har."

"you kena fikir juga macam mana nak selesaikan. Ini demi kebaikkan diri you juga. If you need me, i'm always here for you. Always dear. " Kata-kata Azhar berlegar-legar diminda. Tidak bolehkah dibiarkan sahaja begitu. Biar sampai mereka bosan sendiri dan akhirnya meninggalkan dirinya tanpa gangguan. Bukankah lebih baik begitu?

Mata terus dihala ke pantai memandang pada Maisarah yang asyik berlari-lari di gigi air. Ketawa dan jeritan keseronokannya mengejar air dapat dilihat dari tempat dia melabuhkan duduk bersama Azhar. Senyuman tanpa disedari terbit dibibirnya melihat aksi Maisarah yang ternyata begitu gembira di pantai. Comelnya Maisarah dengan rambut perangnya yang panjang dilepas bebas begitu.Ketawanya tercetus melihat Maisarah yang berbaring di gigi air sambil menepuk-nepuk air.

Wajah wanita disebelah yang sedang asyik memandang ke arah laut lepas dihadapan direnung. Zita dilihat tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan. Simpatinya singgah pada Zita. Pada usia yang masih muda sudah bergelar janda. Sekarang pula perlu berdepan dengan karenah bekas suami yang sukar menerima perceraian mereka lalu terus-terusan memburunya kembali. Dan terkini sedang diburu pula oleh bekas kekasih yang mahu menyambung kembali kasih mereka yang terputus suatu waktu dahulu. Lalu dirinya, bagaimana? Sukar baginya menidakkan betapa wanita ini mula bertapak di hatinya malah semakin kuat kesannya di jiwa.

Nafas dihela perlahan. Dari laut pandangannya berpindah pada pada wajah Azhar disebelah. Seketika pandangan mereka bertembung. Bertaut erat. Senyuman diukir demi mengurangkan debar di dada. Azhar turut tersenyum.

"kak Zita...marilah...marilah main air dengan Sarah kat sana tu, seronok tau!" suara keletah Maisarah yang tiba-tiba menerpa mematikan renungan antara kedua mereka. Azhar sudah tersenyum memandang puteri tunggalnya yang sudah kuyup seluruh tubuh sedang menarik-narik tangan Zita. Azhar bangun dari duduknya sambil menepuk-nepuk pasir yang terlekat di bahagian belakang seluar. Zita hanya memerhati perilaku Azhar. Tangan halus Maisarah sudah dicapai Azhar.

"jom kita main air puas-puas."

Maisarah sudah melompat-lompat. Tangan Zita ditarik-tarik.

"jom lah kak Zita, jomlah...jom lah main air dengan Sarah dan papa." Duduk Zita masih tidak berganjak. Kepala sengaja digelengkan. Matanya terus memandang cebikan pada wajah comel Maisarah. Seronoknya dapat menyakat si comel itu.

"papaaaa..ajaklah kak Zita sama main air dengan kita."Wajah comel itu terus menagih simpati pada Zita.

"jommmmmmmmm!" Zita sudah bingkas bangun lantas berlari ke arah pantai dengan Maisarah yang mengejar dari belakang sambil menjerit memanggil namanya. Azhar yang mengekori dari belakang hanya memerhati gelagat kedua-duanya dengan senyuman yang semakin lebar.

Thursday, October 7, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Epilog

Epilog

Di bumi sana...
kasih pernah mekar...berbunga
hadirmu dalam hidup ini
satu kurnia yang tak terucap...


Jauh lebih mudah bagiku melontar warna hati didada kanvas
daripada mencuba menganyam kata tentang hempasan ombak rasa di jiwa...
kerana ketika kutorehkan pena ini di atas kertas putih
bagaimana sungguhpun aku sedaya cuba untuk menghilangkannya
tetap juga dirimu terbait di antara untaiannya...

Sukarnya melepaskan rasa itu pergi...
daripada menghuni seluruh maya jiwa ini
kerna rasa itu sudah semakin sebati dalam kamar nurani
lalu bagaimanapun aku mencuba untuk melenyapkanya
pasti masih ada rindu padamu yang masih terpahat
pada celahan helai-helai tabir jendela sukma...

Langkahmu sudah semakin menjauh...mustahil untukku menggapai...

Sudah semakin lenyap harapku padamu...
biar masih ada cintaku yang tertinggal

takdir-Nya mengatasi daya upaya
kerna Dia penentu maha segala
kejujuran dan keikhlasanmu..
membuatkan kutewas jua...
pada sebuah keputusan...

Aku sedari..
untuk terus melakar mimpi bersamamu.. tidakkan mungkin lagi
lantas ku lepaskan dirimu pergi
dalam kepayahan hati....
penuh keterseksaan jiwa..
dengan harapan suci dinurani....
dirimu akan bahagia
biarkan lah aku terus bernafas dengan kenangan yang ada
semoga aku juga akan temui cahaya dibumi ratu ini
cahaya bernama bahagia...

Buatmu... yang aku panggil Ku'a...
buatmu...yang pernah bertakhta di sukma...
Sepersalinan sulaman hijau ku titip sebagai hadiah dihari bahagia
Doa tulusku mengiringi dirimu...moga berkekalan hingga ke syurga...

* * * * ** *

"cantik..."

"hmmm...cantik sangat. Hijau."

"warna sayang tu kan. Mesti mahal ni. Jauh datang. Seberang laut."

"tak tahu la bang. Saya tak pandai nilai songket ni."

"siapa yang hadiahkan?"

"kawan...kawan lama saya bang."

Terima kasih Zaid Huhanni...

Moga kau juga temui bahagia di sana nanti....

Monday, September 27, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 32

Bab 32

"hijau lagi?..tak dak warna lain ka hang ni."

"Cantik apa hijau lumut ni."

"cukup cukup la hijau tu. Takkan kat masjid pun hang nak pakai hijau gak. Tak kena la, issy biul la hang ni Ku'a. kesian dia hang tau, mau kena gelak kat orang masjid ikut kepala katak hijau hang tu 24 jam."

"dia tak kata apa pun. Ikut suka aku ja dia kata. Hang tu pandai ja."

"ya la, nak bantah lagu mana. Hang monopoli semua. Tak kuasa dia nak bukak mulut. Nanti karang hang merajuk panjang dia pulak yang susah. Nak tak nak ikut ja la walau tanpa kerelaan hati. Hijau pun hijau lah janji dapat kawin dengan hang si ratu katak pisang."

"dengki la tu kan. "

"tak kuasa aku nak dengki kat hang, takdah pekdahnya pun. Issy, tukar la weh. Buruk la hijau lumut ni. Dah macam taik lembu ja aku tengok. Tukar la warna yang lembut sikit. Ni kat masjid la weh. Putih ni kan cantik Ku'a. Putih la baru kena dengan majlis di masjid. Bersih dan suci. Tukar no?"

"weh tu hijau lumut la, taik lembu hotak hang. Aku taknak putih. Hang nak hang ja ambik masa majlis dengan Mus nanti."

"ketegaq hang ni sama besaq dengan Gunung Jerai tu hang tau dak. Tak padan ngan kurus keding."

"amboi sesedapnya aja mengata aku ya."

"mana ada mengata hang, aku cakap depan hang ni. Mengata tu cakap kat belakang hang dan hang tak dengaq. Ni hang dengar...live tu!"

"ok kak, hijau lumut ni ya untuk akadnikah. Fitting nanti kami mai berdua."

"dah final ka ni Ku'a. Hijau ni? Hijau taik lembu ni ka?"

"hijau lumut Azad!"

"ya la, ya la. Issy dia ni memang la tau."

"berdua dengan cik ni?"

"dak eh. Dengan ehem ehem dia la kak. Saya coming soon."

"boleh ja buat sama dengan aku kan hang tu aja juai mahal."

"tak hingin aku. Rosak majlis gilang gemilang aku nanti pasal hang. Majlis bertemakan hijau...hijau katak pisang."

"amboiii mulut. Aku sumpah nanti hang jadi katak pisang baru padan."

"issy cabui la mulut hang ni Ku'a."

"padan muka hang."

"katak pisang kejam rupanya hang ni. Malangnya laki hang Ku'a...dah la dapat bini keding, kejam lagi...katak pisang pulak tu, kesian kesian..."

"Azad!"

* * * * * * *

Sedih?...tipulah kalau kata hati kecil ini tidak langsung disinggahi rasa itu. Bohonglah kalau jiwa ini tidak tersiat dengan keputusan dia ...tapi daya apa lagi yang diri ini ada. Itu haknya. Hak yang tidak boleh dicabar walau dengan mana-mana akta sekalipun. Soal hati..soal perasaan mana mungkin boleh disua-sua. Mana boleh ditegah-tegah. Mana boleh dicuba-cuba. Mana boleh dipaksa-paksa!

Kecewa?...kalau dikatakan tidak, sah dia penipu paling hina di muka alam ini. Mana mungkin tidak! Tuhan sahaja yang tahu pilu lara dijiwa tapi cuba disembunyikan bibit bibit itu kala berdepan dengan dia waktu itu. Cuba disembunyi dengan lontaran suara ceria bersilih ganti ucap tahniah. Cuba ditabir dengan pelangi berwarna warni biarpun pelangi sebenar dihatinya sudah bertukar kelabu pekat...kelam.

Selama ini dia khilaf membaca riak wajah si dia. Silap menilik hati sang bunga. Tersasar menyimpul kata. Tidak langsung terduga duduk sebenar ceritera mereka. Rupa-rupanya dia bertandak riang seorang diri selama ini sedangkan si dia sekadar memerhati.

Butanya mata hati lelakinya selama ini pada kemesraan yang dihulur.

Lalu, ikhlaskah melepaskan dia pada jejaka lain?

Ya, dia ikhlas melepaskan bunga hatinya itu. Seikhlasnya merelakan si dia mengorak langkah demi membina bahagia yang hakiki. Bahagia si dia, dia juga cuba menanam benih bahagia. Demi sayang yang tidak bertepi, demi kasih yang yang tekat bersulam dihati dia tega dengan takdir ini. Suratan yang sudah tersurat di depan mata ini cuba didakap kejap dijiwa lelakinya. Redha itu ada hikmahnya.

Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa Ku'a...

Selamat tinggal belahan jiwa...

Saturday, September 25, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 31


Bab 31

Mata yang sudah sedia letih sejak pagi tadi mengadap timbunan data dan angka berbagai nilai di skrin Apple jadi makin pedih saat menatap kad yang baru diletakkan Hanim diatas meja bersama jambangan merah nan mempesona. Jambangan yang sudah tidak asing dipandangan mata tiap penghuni pejabat ini. Jambangan yang tidak jemu-jemu hadir dan singgah di sudut mejanya saban minggu.

Dikedipkan kelopak mata yang indah berhias nada nightblue sea Kryolan. Beberapa kali. Cuba dilontarkan jauh-jauh bayangan yang singgah dilayar mata. Ayat-ayat yang tertinta dihamparan coklat muda berlatar belakang percikan merah darah direnung kembali. Tapak tangan didaratkan dipinggir bibir. Dielus-elus perlahan dua ulas delima sambil minda jauh menerawang. Cuba dicari niat yang tersembunyi disebalik kiriman kiriman indah yang bertali arus hadir tanpa salam sebelum ini.


Misi memikat?

"awak ni macam tekukur tau...tapi nakal."

"tekukur? apa tu, erk...kukur kelapa ye."

"bukan la sayang."

"dah tu apa, issy cepat la awak ni beritau...saje jer main-mainkan orang, benci la."

"betul tak tahu?...poster besar kat pintu studio saya tu."

"burung tu. Awak samakan saya macam burung tu, teruk la awak ni!"

"sifat yang sama. Unik, cuma awak..."

"cuma saya apa? haa nak kutuk orang la tu."

"laa, mana ada. Ini penghargaan saya untuk awak."

Mengapa mahu dipikat kembali si tekukur nakal ini?

Bukankah dahulu si tekukur ini sudah dilepas pergi dari menghuni dahanan lengan yang satu itu?

Helaan nafas perlahan lahan dilepaskan. Untuk apa lagi semua ini. Jambangan merah direnung. Dada terasa sesak tiba-tiba.

"tak suka la bunga ni awak. Merah. Macam darah je, tak suka laa!"

"saya suka. Cantik."

"awak suka awak la ambik buat apa bagi kat saya."

"saya bagi kat awak sebab saya suka. Apa-apa yang saya suka saya akan bagi kat awak. Nanti awak akan ingat saya bila tengok bunga ni."

"kalau tak ingat?"

"mesti awak akan ingat."

"iye la tu. Alasannya?"

"hanya saya seorang saja yang bagi awak bunga merah ni. Tak ada orang lain. Bunga yang awak tak suka."

Mata dipejamkan. Rapat. Ibu jari dan jari telunjuk diurut pada pelipis.

Janganlah lagi singgah mengirim utusan rindu yang sudah sekian lama dipasungkan jauh dilubuk hati yang pernah tersiat parah suatu waktu dahulu. Sudah dihumban pergi hikayat ceritera cinta yang tidak kesampaian itu walau dia pernah mengharap akan bersanding berdua di mahligai impian mereka. Sudah tidak mengharap apa-apa lagi. Sudah puas dahulu rintih dan ratap berlagu di tasik jiwa. Kolam rindunya tidak lagi menunggu hadirnya kolek kasih yang sudah jauh berdayung ke muara. Sudah jauh meninggalkan dirinya. Membuang dirinya. Melontar dirinya ke dalam lautan bersangkar yang tiada ikhsan. Sangkar yang memenjarakan seluruh jiwa dan raganya tanpa belas kasihan.

Sudah diredhakan segala yang terjadi. Hatinya kini baru mendapat sayap kebebasan. Mahu merasa riang terbang di langit nan biru. Mahu menghirup segar angin kedamaian yang selama ini tidak berani menjenguk wajah di beranda hatinya. Mahu menatap sepuasnya serakan pelangi kehidupan. Mahu terbang berdendang lagu ria mengisi duka ditaman jiwa yang menyepi sunyi bagai berkurun lama.

Kenapa muncul sekarang?

Selepas 5 tahun?

Kenapa setelah hatinya dapat membenam seluruh cinta itu, ia mahu digali kembali kini?

Bunyi jeritan interkom pantas mencantas kotak lamunan. Jari telunjuk nan runcing dibenamkan pada butang hijau.

" ya Hanim."

"Cik Zita, Encik Fazwan Anuar dari MSF Industries sudah sampai. Boleh saya bawa masuk?"

"sebentar Hanim."

Tangan pantas melontar kad yang dipegang ke dalam laci dikiri kerusi yang sedia ternganga. Ditolak rapat laci. Dikemaskan duduk. Tubuh yang tadinya mengelunsur didada kerusi pantas ditegakkan. Jari jemari pantas berlari disekitar wajah. Mahu dikemaskan penampilan agar tiada yang perasan apa yang bersarang dan bergelora di jiwanya saat ini. Tidak mahu dikongsi rasa itu. Tidak mahu dimaklum pada sesiapa pun.

"ok, bawa Encik Fazwan masuk ke bilik saya Hanim."

Ketukan dipintu disambut dengan silaan masuk. Hanim sudah membuka pintu. Senyum manis sudah bertukar dan bertaut. Tetamu sudah melangkah masuk menyusun langkah ke hadapan lalu kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan. Mata saling bertukar pandangan. Mesra dan santun Hanim mencelah bertanyakan minuman yang dimahukan sebelum perlahan mengatur langkah keluar.

"Zita sihat?" Anggukan kepala disua sambil senyum manis pantas diukir.

"macam yang abang Wan tengok sekarang. Sangat-sangat ceria. Kan?"

Bibir berkumis nipis itu menyimpul senyum bersama anggukan kepala.

"ceria dan bertambah cantik. Berseri-seri." Ketawa kecil tercetus dari mulut mungil Zita.

"Ada-ada je. Abang macam mana?"

Helaan nafas dihembus. Jawapan yang dinanti tergantung seketika. Cermin mata yang melorot ditolakkan kembali ke pangkal hidung. Pandangan mata mereka bertaut.

"diri abang secara peribadi atau secara keseluruhan?"

Berkerut dahi Zita mendengar kata yang keluar dari mulut lelaki dihadapan. Apa pula kisahnya ni?

"apa maksud abang ni. Zita tak faham. Lain macam saje bunyinya. Wanna share?"

Tolakan pada pintu mematahkan butir kata yang sudah siap disusun dari bibir Fazwan. Mata dikedip memandang Hanim yang sopan menyorong cawan berisi nescafe dihadapan. Ucapan terima kasih dilaungkan perlahan. Cangkir yang masih bersisa awanan asap itu dicapai perlahan. Ditiup perlahan-lahan sebelum dihirup penuh hati-hati.

Zita masih setia menanti Fazwan melengkapkan susunan kata yang terputus sebentar tadi. Fazwan dilihat mengelus jambangan merah indah yang tersergam disudut mejanya.

"beautiful. Azhar bagi?" Gelengan kepala dihadiahkan pada soalan Fazwan.

"owh. Then, siapa?"

"someone."

"someone who?"

"abang tak kenal."

"then kenalkan."

"kalau jumpa."

"hmm, secret admirer i guess?"

Ketawa kecil terletus dari ulas delima itu. Fazwan hanya memerhati. Makin berahsia wanita cantik dihadapannya ini. makin berhati-hati dalam berbicara.Tidak seperti dahulu.

"abang tak jawab soalan Zita tadi kan. Pandai ye tukar topik. Cepat." Giliran Fazwan yang memecah suasana dengan tawa. Zita hanya memerhati."

"Zita pun. Tu, tak jawab soalan abang."

Kalau boleh memang tak akan dijawab soalan itu abang. Tidak akan dijawab sampai bila-bila pun abang. Biar Zita simpan saja jawaban itu. Biar tiada siapa-siapapun yang tahu. Biar terhapus tanpa dapat dikesan. Biar hilang lenyap. Zita tidak ingin mengingatinya lagi. Carikan dihati yang sudah sembuh ini tidak akan diizinkan untuk dilapah lagi. Cukuplah.

Zita, makin sukar sungguh memahami hatimu. Zita yang sudah menutup jendela dan pintu dirinya dari dihampiri sesiapa jua. Mana perginya Zita yang dahulu. Zita yang mudah berbicara apa sahaja. Zita yang mudah bercerita dan mengadu rasa.

"Zita." Wajah diangkat sedikit. Raut berkumis itu terus dijamah.

"Faisal. Dia ada hubungi Zita?" tangan yang tadinya selesa berbaring diatas riba diangkat sedikit. Owh, jadi ini tujuan kedatangan rupanya.Abang...abang. Masih tidak putus asa merisik khabar rupanya. Masih setia demi seorang Shahrum Faisal.

"abang, urusan Zita dengan Faisal sekarang hanya berasaskan urusan professional. Urusan kerja dengan MSF Industries Group. Itu sahaja. Tidak lebih. Tidak kurang." Nafas dihela sedikit. Senyuman manis cuba diukir.

"Zita ada tanggungjawab baru. Tanggungjawab yang amat berat. Syarikat ini..." Mata dibawa melihat disekitar bilik.

"papa akan serahkan pada Zita abang. Zita tidak mahu fikirkan yang lain-lain. Zita mahu mulakan hidup baru. Terlalu banyak masa yang Zita sia-siakan abang. Lima tahun yang sia-sia. Cukuplah."

Ya, cukuplah apa yang sudah aku lalui dahulu. Aku bukan lagi si tekukur nakal itu yang dipaksa terbang ke dahan lain tanpa kerelaan hati. Bukan juga isteri yang pasrah yang hanya menyerah takdir diri pada suami. Aku tidak mahu lagi jadi Zita yang itu. Zita yang itu sudah tiada lagi. Sudah lama tiada di muka alam ini. Sudah terkubur. Sudah mati!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...




Buat semua pengunjung tersayang diteratak tempat kucc merapu meraban tak tentu hala ni selamat menyambut eidulfitri nan bahagia...maaf zahir batin jika ada salah silap kucc disepanjang pengendalian blog ini...samada yang disedari atau tidak...samada yang disengajakan atau tidak. Moga kita semua akan berjumpa lagi di ramadhan al mubarak yang akan datang, insyaallah...

Thursday, August 19, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 31

Bab 31

Jalan bahagia sudah terbentang di depan mata........

Azarina menyarung selipar getah berwarn jingga dengan lakaran kartun kucing gemuk terkenal itu lalu melangkah menjenguk ke luar laman. Mata terpandang susuk tubuh kurus lampai Ku'a yang sedang mencangkung mencabut rumput di tepi tembok pagar. Dilabuhkan tubuh langsing disebelah teman serumah yang kelihatan asyik melatakan jari-jemari pada permukaan tanah. Ku'a menoleh pada Azarina sekilas. Senyuman meleret terukir dipinggir bibirnya.

"hmmm cepat hang bangkit Azad...tak ngantuk ka, kan baru sampai ja pagi tadi." Kepala teman disebelah dilihat tergeleng perlahan. Jari jemari Azarina turut mencabut rumput-rumput liar yang masih tersisa.

"dak eh...aku biasa dah benda ni. Balik awai pagi, takdan buat taik mata dah kena bangkit pi keja." Ku'a mencebikkan bibirnya. Ya la tu Azad..

"kononlah hang tu, pii daa...macam aku tak kenai hang. Pandainya berlakon ya." Azarina sudah mengerutkan dahi.

"hang cakap apa ni Ku'a. Awat dok mengarut pepagi buta ni. Hang ni sah lapaq kan, takpa jom aku belanja hang pekena lontong Restoran Roseyatimah kat batu 5 yang best gila tu..ni karang tanah ni pulak yang jadi sasaran hang, dah lunyai ni aku tengok hang lanyak."

Ku'a sudah tergelak kecil .

"hang jangan nak lari tajuk ya. Mata hang tu segar bukan apa..tuu orang sebelah yang jemput hang pagi tadi kan yang buat hang tak lena nak tidoq.." Tangan Ku'a sudah dihalakan pada pagar disebelah. Azrina sudah membeliakkan mata. Tangan pantas mendarat pada mulut Ku'a sambil badan didirikan sedikit dengan mata dan kepala dijengukkan pada pagar sebelah. Fuhh, nasib baik mamat tu takdak..selamat!..makcik keding ni memang nak kena ni!

"issh, mulut hang ni...pelan la sikit. Ni apasal cabui ja pepagi buta." Ku'a menolak tangan Azarina. Ketawanya pecah. Lucunya melihat gelagat lucu Azarina. Ku'a sebenarnya gembira dengan perkembangan temannya itu. Doanya moga hubungan Azarina dan Mustapha akan menemui titik penamat yang manis. Ku'a yakin Mustapha calon yang terbaik buat temannya yang satu ini. Baginya Mustapha yang kelakar itu sebenar-benarnya memang sangat menyayangi Azarina. Mata dan seluruh pancainderanya menjadi saksi Mustapha yang bersungguh-sungguh memikat Azarina biarpun lencun ditempelak dan dihambur dengan pelbagai perlian namun sedikitpun tidak mematahkan azamnya. Jelas membuktikan niat ikhlas Mustapha pada Azarina yang bukan sekadar untuk main-main.

"awat yang hang kalu semacam ja ni Azad. Alahai, macamlah aku tak tau ya. Aku tumpang happy tengok hangpa dua orang. Bila nak bawak si Mus pi jumpa mak abah hang." Azarina sudah menggaru kepalanya sambil menyimpul senyum. Ku'a sudah tergelak melihat wajah malu-malu temannya itu. Azad, Azad malu-malu kucing pulak...dulu punya garang kalah singa Afrika!

"issh hang nanti nanti la dulu...aku baru ja dengan mangkuk tu. Kena test dia sungguh-sungguh dulu Ku'a. Buli dia cukup-cukup dulu, kalau dia lulus alhamdulillah, amin amin amin... boleh la aku bawak dia pi Guar Chempedak jumpa mak abah." Ku'a sudah tersenyum.

"tu kalau dia lepaih...kalau tak lepaih, lagu mana?"

"kalau mangkuk tu tak lepaih...aku lempaq ja dia masuk Pedu. Habis cerita." Ku'a sudah menggeleng sambil ketawa kecil. Azad ni, ada ka nak lempar si Mus dalam Tasik Pedu..ganasnya!

"amboi hang..ganas nak mampuih! Malangnya la si Mus tu dapat marka macam hang ni."

"sapa suruh dia suka sangat kat aku...suka gila tu hang tau!" Ku'a sudah mencebikkan bibirnya pada Azarina. Perasan!

Kedua-dua sudah bangun sambil menuju pada paip di tepi pagar. Kepala paip diputar Azarina. Kedua-dua belah tangan disuakan Ku'a ke corong paip lalu digosokkan. Bekas sabun yang sedia ada ditepi paip dicapai. Tubuh ditegakkan lalu langkah diatur Ku'a ke kerusi kayu di laman. Azarina sudah mengekori dari belakang. kedua-duanya sudah melabuhkan duduk di kerusi kayu berona perang gelap. Pandangan dilontarkan pada laman kecil mereka yang dipenuhi bunga-bunga kecil Japanese roses kegemaran Ku'a.

"hang pasti dah dengan keputusan ni Ku'a?" Ku'a yang sedari tadi ralit memandang deretan Japanese roses kesayangannya menoleh memandang wajah Azarina. Senyuman kecil terbit dipinggir bibir mungilnya.

"dia ok ka dengan keputusan hang ni. Dia cakap pa Ku'a?" Ku'a hanya menganggukkan kepala. Senyuman masih bersisa dipinggir bibir.

'dia boleh terima keputusan hang ni?"

Soalan Azarina dibiar sepi. Ku'a tidak mahu membicarakan perihal perkara itu. Ia sudah berlalu. Dia mengharapkan "dia" dapat menerima keputusannya ini tanpa menyimpan sebarang rasa. Sudah dikhabarkan apa yang tersimpan dijiwanya selama ini. Moga dia mengerti. Moga dia menerima dengan lapang dada. Itulah juga yang dipinta lewat pertemuan terakhir mereka. Jangan ada benci antara mereka. Terimalah ketentuan ini.

Ku'a memandang Azarina disebelah. Saling memaku pandangan. Tangan temannya itu digenggam erat. Saling memandang. Azarina menganggukkan kepala.

Hatinya ini cuma satu...tidak mungkin boleh dibahagi dua!

Monday, August 16, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 30

Bab 30


Susahnya bila dah terkena sindrom gila talak ni...akal yang sembilan seakan tidak berfungsi tersungkur dikaki nafsu nan satu!

Fazwan mematikan punat speaker phone pada Meridian empat segi disebelah kanannya. Tubuh disandarkan pada bahu si baldu hitam yang sentiasa sedia menghamparkan tubuhnya pada sesiapa yang memerlukan. Cuma menenangkan diri. Dipusingkan si baldu ke kiri dan kanan beberapa kali dengan mata yang sedikit terpejam. Dia memang mahu menolong sahabatnya itu mendapatkan kembali bekas isteri yang sudah terlepas bebas dari sangkar perkahwinan, memang mahu sungguh-sungguh menolong ...namun sikap tidak sabar dan mendesak Faisal sangat merimaskan. Mahu sahaja ditempelak Faisal agar tidak mengulangi kesilapan dahulu. Belajarlah dari kesilapan dungumu wahai Faisal!

Langkah diatur menuju ke pintu keluar. Kad access disentuh pada sensor berbentuk empat segi serta mempunyai lampu infra merah yang melekat di dinding batu disebelah kanan sebelum pintu kaca dihadapannya terbuka. Diayun langkahnya ke hadapan lalu punat pada lif ditekan. Sebaik pintu lif dibuka, butang bulat bernombor 28 terus ditekan.

"tell me, what's your finding?" Soalan Faisal dibiarkan mati tanpa jawapan. Fazwan menghayun langkah ke sudut kiri bilik lalu melabuhkan duduk dengan posisi bersandar santai pada sofa perang muda di dalam bilik mewah Faisal. Bidai kayu berona senada nampak ukup serasi dengan persekitaran bilik Chief Financial Officer Kumpulan MSF Industries ini. Cermin mata ditanggalkan seketika. Pangkal hidung diurut-urut perlahan sebelum cermin mata itu diletakkan semula pada tempat asalnya. Mata menala pada susuk tubuh yang sedang memandang tepat padanya.

"Wan?" Faisal menekan sedikit suaranya. Soalannya tadi langsung tidak dilayan Fazwan Sedikit bibit amarah mula bermula di pinggir hati namun ditolak jauh. Dicuba lagi bertanya. Faisal tahu sahabat akrab dihadapannya ini tidak pernah menghampakan permintaannya.

"tetamu datang "rumah" kau tak layan ke Zal...kurang-kurang hidanglah air bujang. Aku tak mintak yang mewah mewah tapi kalau ada Obriens chicken crisp with lettuce and tomato pun jadilah. Aku tak breakfast lagi ni. Lapar gila! Ingat nak singgah kat SF kat bawah tadi, tengok ramai pulak beratur, malaslah aku memanjangkan barisan. Ingat nak larikan tin biskut lemak si Nada je tadi dan bancuh kopi. Kau dah panggil aku mengadap pulak terus terencat rancangan aku nak kidnap tin biskut makcik tu. "

Kedua-dua belah tangan sudah disilangkan Faisal ke dada. Matanya tepat dihalakan pada Fazwan. Langsung tidak terusik dengan lawak yang cuba dicipta Fazwan. Fazwan menganggukkan kepala. Kedua-dua belah tangan diangkat sedikit. Tanda maaf. Duduknya yang tadi terkulai sahaja dibetulkan tegaknya. Wajah Faisal dilihat langsung tidak mesra pengguna pagi ini...issh! Fazwan berdehem sebentar sebelum memulakan bicara.

"Mohammad Azhar Hj Kamil, 35. Attached to a very wellknown O&G company located at Damansara as a GM. Back to Malaysia 6 months ago after contributing his expertise at the company US head office in Houston, United States for 6 years." Fazwan memandang seketika pada Faisal dihadapan.

"that all?"

"ada lagi..." Faisal tekun menanti.

"this is the most interesting part...kau mesti dengar ni." kening Faisal sudah terangkat. Interesting?

"A very young and handsome divorcee with a five years old daughter; Maisarah. Ex-wife; Nur Marina Aida Grover Abdullah a british borned women. She's now in UK...with her family."
a divorcee..a handsome divorcee...a young handsome divorcee. Hati Faisal rasa teramat sakit seperti mencucuk-cucuk mendengar kata-kata yang dihamburkan Fazwan.
Jadi benarlah telahannya bahawa kanak-kanak perempuan yang pernah dilihat bersama Azhar dan begitu mesra dengan Zita di taman rekreasi di Jalan Kuantan tidak lama dulu ada hubungan dengan Azhar. Dan patutlah wajahnya ada salinan wajah wanita inggeris. Mengikut keturunan sebelah ibunya rupa-rupanya. Dan ibunya Nur Marina Aida...Aida Grover...AG...nama itu seperti sangat mesra dipendengaran Faisal, tapi dia kan...tak mungkin, tak mungkin!

"Zal... " Fazwan memerhatikan Faisal yang sudah bangun. Perlahan-lahan dihampiri jendela lalu disebak bidai. Mata jatuh pada lalu lintas dibawah. Dari aras 29, sayup dilihat kenderaan-kenderaan yang lalu lalang dibawah sana. Panggilan Fazwan dibiar sepi. Sesak dadanya dengan maklumat yang baru dibentangkan Fazwan. Macam-macam anasir sedang berputar dimindanya saat ini.
"diorang serius ke Wan?" Fazwan menggelengkan kepala. Dia tiada jawapan untuk itu. Sungguh. Pandangan kasar mata tidak menafikan keakraban juga kemesraan antara Azhar dan Zita. Nampak cukup serasi. Seganding tanpa ada cacat cela. Sejuk mata melihat. Itu kesimpulan dari pandangan kasarnya. Selebihnya, entahlah. Hanya tuan punya tubuh yang lebih arif. Hanya Zita juga Azhar yang lebih tahu.

Faisal jadi penasaran. Awan mendung kian berarak di kalbu. Dia tidak sanggup melihat Zita jadi milik orang lain. Zita itu hanya untuknya. Dijadikan untuknya.Titik. Jari-jemari digenggam erat. Faisal tidak akan membiarkan gelanggang dimonopoli Azhar. Dia akan masuk untuk sama bertarung, sama berentap...kalah menang itu memang adat tapi dia akan memastikan dirinya nanti dinobatkan sebagai pemenang. Dia sangat pasti. Tunggu Faisal Zita...tunggu sayang!

"Wan..." Fazwan memandang pada Faisal yang mahu tegak dijendela.

"ajar aku..." Dahi Fazwan sudah membentuk kerutan kecil. Ajar?..ajar apa?

"pikat Zita...aku mahu pikat dia semula Wan. Dia milik aku Wan."

Nafas dihela panjang.

Wednesday, August 4, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 30

Bab 30

Benarkah rasa suka pada si dia suatu waktu dahulu itu sebenarnya cuma detikan perasaan yang sekadar singgah dan hadir dalam hidupnya...

Dan benarkah rasa baru yang mula bermukim dihatinya dan makin mekar sejak kebelakangan ini bukan sekadar sebuah persinggahan...

Kadangkala tanpa kita sedari rasa suka pada seseorang yang hadir suatu ketika dahulu didalam hidup kita sebenarnya hanya satu persinggahan sementara pada perjalanan hidup ini. Gelora rasa suka yang biasa wujud dijiwa kala bergelar remaja. Rasa yang sungguh membuai jiwa. Ya, dia akur rasa itu ada juga yang berterusan didalam jiwa seseorang hingga menerbitkan sebuah jalinan perhubungan yang lebih erat dan berkekalan didalam kehidupan tapi dia tidak pasti samada rasa itu yang pernah hadir dan wujud didalam dirinya suatu waktu dahulu bersifat kekal atau ia hanyalah sebuah hentian sementara. Dia akui rasa itu memang masih ada lagi dihati buktinya kala bertemu kembali Zaid setelah sekian lama "terpisah" dia dapat merasakan debaran itu namun yang pasti ia tidak sehebat dahulu...tidak semerah dan sehangat dahulu.

Kedua -dua tapak tangan diraup pada wajah putih bersihnya. Kelopak mata tertutup sambil lidah khusyuk melafaz syukur pada-Nya...lafaz yang sama turut bergema dihati. Kelopak mata dibuka perlahan.Nafas dihela panjang. Telekung yang tersarung ditubuh dileraikan lalu dia bangkit dari timpuhnya. Hamparan sejadah diambil lalu diletakkan pada penyidai kayu di hujung kaki katil. Telekung ditindihkan diatas sejadah yang terlentang di kayu penyidai. Langkah diatur ke jendela. Langit malam berwajah pekat diluar sana dijengah. Kedua tangan kejap didada. Wajah langit terus direnung.

"saya memang sungguh-sungguh pada awak Salha..."

"saya suka awak...suka yang betul-betul suka, bukan main-main."

"saya memang tak reti berbahasa indah dengan perempuan Salha tapi ikhlas dan jujur saya memang sangat suka pada awak Salha..."

"saya sanggup tunggu awak sampai awak benar-benar bersedia..."

"masih adakah rasa suka awak pada saya lagi Ku'a?"

Zaid...saya, saya...

Azrief, awak sebenarnya saya...

"hang kena pilih Ku'a...kena hang tau!"

"tak bolehlah macam tu Ku'a...hang tak boleh la lagu tu..sian kat depa."

Aku tau la Azad, tapi aku...

"jangan dok main aci-aci buka pintu lagu ni la Ku'a...ha nanti aya mana tah yang bukak pintu baru hang taw, padan muka!"

issh hang..cabul mulut no!

"tanyalah diri hang..tanya hati hang...ni bukan benda main-main macam hang main pondok-pondok. Ni nak bina masjid hang tau,pondok...MASJID!"

tau la masjid, takdak sapa eh yang nak pi bina pondok la Azad!

Nafas dihela panjang. Bebola mata dibawa pada komputer riba yang terbuka di atas meja disebelah katil. Langkah kaki diayun perlahan menghampiri meja. Kerusi kayu ditarik perlahan. Skrin empat segi dihadapan dipandang. Tetingkap yahoo massengernya yang tadinya tidak diaktifkan dibuka semula. Id ZaidH dilihat menyala. Wira Angkasa juga sedang ditalian. Jemarinya pantas dihala pada tetingkap untuk menukar statusnya menjadi "invisible".

"hang kena pilih Kua...aku tau hang dah ada jawapannya kan."

"sian kat depa berdua tu...bagi tau la jawapan hang tu."

Suara Azarina bergema diruangan bilik tidur. Wajah temannya itu sudah terlayar di skrin empat segi didepannya. Wajah yang sedang bulat memandangnya sambil mengigit bibir. Jemari seakan terpaku dan terhenti..bagai menghalangnya dari menukar status.

Jemari dibawa ke id Wira Angkasa. Maafkan saya awak!

Jemari laju menekan papan kekunci...

Songket Hijau : salam.

Wira Angkasa : wkumsalam..

Songket Hijau : awak...

Wira Angkasa : ya saya..

Songket Hijau : saya nak jumpa awak esok, boleh?

Wira Angkasa : boleh, kul berapa n kat mana?

Songket Hijau : SR, JJ Wangsa Maju..6pm, boleh?

Wira Angkasa : insyaallah. Jumpa awak nanti...

Songket Hijau : taknak tanya sebab apa saya nak jumpa awak?

Wira Angkasa : saya kan akan tahu juga esok awak...kenalah sabar kan?

Songket Hijau : oklah, jumpa awak nanti. Selamat malam. Assalamualaikum.

Wira Angkasa : Gudnite 2u2. Jangan lupa cuci kaki sebelum tidur ok, nanti mimpi lak. Waalaikumsalam.

Bibir menguntum senyuman sambil ketawa kecil. Kepala digelengkan.

Mata beralih pada ZaidH. Air liur bagai tersekat dikerongkong bila melihat nama itu di skrin. Zaid, saya...

Jemari pantas menari di lantai papan kekunci.

Songket Hijau : Salam..

ZaidH : wkumsalam..hmmm, Ku'a. Ada apa ni tetiba u ym saya lewat-lewat macam ni.

Songket Hijau : saya mengganggu u ke Zaid?..sorry then. Sekejap je..ada hal sikit nak beritahu u.

ZaidH : Bukanlah macam tu...just rasa pelik je sebab u kan jarang online lewat-lewat macam ni. Hal?..hal apa tu..

Songket Hijau : Esok lunch time dalam 1pm u ada kat restoran?

ZaidH : Yup...sentiasa di sana. Nak i belanja u ke..anytime, datang je.

Songket Hijau : Eh bukan macam tu..saya nak jumpa u...i datang jumpa u kat sana esok around 1pm ye.

ZaidH : ok, i tunggu u. Nanti i boleh minta my chef masak special untuk u.

Songket Hijau : jangan jangan Zaid. Saya cuma nak jumpa u saja. Usah susahkan chef u ok.

ZaidH : Oklah...i usik-usik u aje. Jumpa u esok di Seri Pagi.

Songket Hijau : thks. Selamat malam Zaid. Assalamualaikum.

ZaidH : Selamat malam Ku'a . Waalaikumsalam.

Tubuh disandarkan pada dada kerusi. Kedua tapak tangan meraup wajah perlahan. Tapak tangan dilorot kebawa mendarat didada. Kejap tangannya disitu. Mata dipejamkan. Rapat.

Tuhan...bantu hambamu ini. Moga hambamu ini membuat keputusan yang betul...aku mohon ya Tuhan...jangan biarkan aku memilih jalan yang tidak akan memberi bahagia didalam hidupku nanti.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...