Wednesday, March 15, 2017

DaYanG


“Pakcik berhenti kat depan simpang tu ye.” Dayang seluk pipi tas tangan. Dicapai beg kecil.
“Baik, nak.” Teksi yang dinaiki dari hospital tadi berhenti.
“Berapa pakcik?”
“Dua puluh ringgit, nak.”
Dayang hulur dua keping not merah.
“Terima kasih, pakcik.”
"Anak nak pergi mana?" Dayang faham makna pertanyaan pemandu teksi ini. Turun di simpang sunyi kala senja hampir menjelang seorang diri dengan perkuburan di hadapan cukup mengundang tanya tanda siapa sahaja.
"Saya nak pergi kubur arwah suami saya, pakcik.Saya tak berkesempatan hadir masa dia dikebumikan. Saya ada di hospital masa tu. Hari ni saya baru dibenarkan keluar."
"Ooo." Dayang tayang senyum.
"Hati-hati ye, nak. Jangan lama-lama. Dah nak senja ni." Dayang angguk kepala.
"Baik, pakcik. Terima kasih."
Tangan capai pemegang pintu. Tubuh melolos keluar. Ditolak pintu. Teksi yang berdenyut perlahan merentasi sunyi kawasan perkuburan dipandang hingga hilang dari kornea. Dayang betulkan selendang di kepala. Mata merenung pohon kemboja yang memutih. Kaki dibawa melangkah perlahan-lahan.
Har…Hajar datang.

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...