Thursday, June 27, 2013

13 Ros Merah - Bab 13

 Bab 13
"INI KE tempatnya?" Stereng yang diputar memasuki kawasan parkir. Iqram sempat toleh ke arah Pusat Kesihatan Tanglin tadi waktu membelok naik ke kawasan parkir ini. Sungguh tak pernah dia jejak ke mari. Tak tahu pulak ada tempat makan kat sini. Bak kata si pipi merah kat sebelah dia ni tadi waktu dalam perjalanan, ini tempat makan ikan bakar yang terbest di Kuala Lumpur. Boleh kerat jari kalau kata tak best nanti. Bila Iqram sebut Bellamy langsung bibir comel tu menggeleng. Iqram pun cuma dengar jer tempat tu tapi memang tak pernah pergi pun. Dia bukan kaki ikan bakar. Rasanya hari ini memang kali pertama dia akan makan ikan bakar. Tu pun sebab si pipi merah ni yang pilih tempat ni. Dia ikutkan sahaja janji dapat larikan diri daripada suasana panas di pejabat dek kehadiran Mimi pagi tadi. Kata si pipi merah ni tempat yang Iqram sebut tu giler mahal. Orang macam Iqram takper la dia cakap. Tak der hal kalau nak makan kat situ. Poket kembung macam belon 24 jam. Iqram lepas ketawa sahaja bila si pipi merah cakap macam tu. Apa punya perumpamaan lah si pipi merah ni bagi.
     "Yup, bro." Damia picing mata pandang ke depan. Sengih dah lebar tahap tak tahu nak ukur. Seronok sungguh dapat makan kat sini. Dah terbayang macam-macam dalam kepala. Mata pandang arah kat selekoh depan. Eh, pakcik jual rempeyek rangup ada aar. Cantik! Boleh paw si mata cokolat seksi sebalang dua ni karang. Satu gua buat stok kudap kat APAC, satu lagi stok depan tv kat rumah waktu wat aksi terlentang depan peti empat segi yang ada suara dan gambar tu bak kata abah. Cantik kan perancangan gua. Rezeki depan mata jangan dilepaskan. Rugi beb. Damia sengih lebar dalam hati.
     "Apa nama tempat ni yang awak cakap tadi, D?" Iqram laju menutur sedang tangan pantas memutar stereng. "Ikan bakar Tanglin." Laju sahaja si pipi merah disebelahnya ini membalas. Kepala Iqram ligat berfikir. Nak park kat mana ni ye. Tempat kosong memang banyak tapi tengah kawasan lapang ni kalau dia park panas pulak dalam kereta ni nanti. Nak balik nanti mahu rasa macam ikan kena panggang atas bara kat dalam kereta ni pulak. Stereng terus diputar. Beberapa kereta dilihat memasuki kawasan parkir. 
    Damia toleh sebelah. Bila nak turun ni. Hairan dengan si mata cokolat seksi yang masih berputar-putar dari tadi. Nak kata tempat parking takder, penipu la sangat kan..punyalah melambak kat sini. Bila nak parking ni bro. Gua dah kebulur gaban ni. Cepatlah bro. Nanti nasi habis, susah la kita tau tak. Tengok orang sebelah yang terus asik memandang ke kiri kanan sambil memutar stereng, rasanya Damia dah bolah agak apa dalam kepala si mata cokolat seksi ini.
     "Bro.."
     "Hmmm.."      
     "Gua fikir elok lu park kereta gempak peergh lu ni kat bawah pokok  besar kat hujung tu." Jari telunjuk Damia hala ke sebatang pokok saga dihujung sudut kiri kawasan parkir.
      Iqram hala mata ikut telunjuk D." Kosong lagi tu, bro. Redup pun redup. Baek punya port. Kurang-kurang karang kita balik tak lah rasa macam ikan terubuk kena bakar bila masuk dalam kereta ni nanti. Iqram senyum. Laju dipusing stereng. "Pandai awak baca apa dalam kepala saya ye, D." Damia sengih. "Tengok kaki laa, bro." Tengok kaki? Kaki dia ker? Iqram toleh sekilas. Biar betul D ni.   
     Pintu kereta ditolak. Si pipi merah awal-awal dah turun berdiri kat tepi pintu. Sah lapar ni. Iqram senyum dalam hati. Mata yang berbalut rayban menyusuri pemandangan didepan. Bangunan tempat makan yang pertama kali Iqram jejak. Sungguh. Tak pernah kakinya ke sini. Tangan mencari tali leher. Dilonggarkan ikatan. Melorot pula dua belah tangan ke hujung lengan kemeja. Dilipat  sedikit. Panas mentari begitu membahang. Hangat hingga terasa pijar ke pipi. Mata memandang ke kawasan belakang bangunan. Terdapat banyak khemah yang terpasang memayungi meja dan kerusi dibawahnya. Kelihatan beberapa orang sedang duduk disitu. Pasti pelanggan yang sedang menjamu selera. Dibawa mata memandang ke sebelah. Damia tabur sengih. 
    "Selalu awak makan kat sini?" Kaki mula melangkah ikut langkah Damia. 
     "Port Demang ni,bro. Dia la ajar gua dengan Pot makan kat warung pak Din ni sampai kitaorang sampai termimpi-mimpi ikan bakar kat sini."
     "Demang? Pot?" Iqram tahan senyum. Uniknya nama. "Siapa tu?"
      "Tu kawan-kawan baik gua..masuk kumpulan kawan dunia akhirat." Damia sengih lagi.
       "Hmmm..i see. Ada kategori ye kawan-kawan awak." Senyum kecil terukir. Iqram lihat si pipi merah tayang senyum. I ni kawan you yang kategori mana pulak ye, D. Nak jer Iqram tanya tapi tak terluah pulak. Kaki kedua-duanya terus melangkah tenang ke hadapan. Iqram nampak beberapa pelanggan sedang beratur dihadapan sebuah kedai. 
    "Jom, bro. Kita kena beratur dulu. Sekejap lagi gerenti panjang barisan. Orang-orang area ni kalau keluar waktu makan tengahari memang serang tempat ni jer." Damia angkat kepala memandang ke arah Iqram. Isyarat. Kaki mula menghampiri bangunan hadapan. Bibir terus ukir senyum lebar. Kepala dah terbayang ikan terubuk bakar yang sungguh menyelerakan. Ditambah dengan kuah pencecahnya yang bagi Damia tersedap pernah dia rasa. Liur sudah membasahi tekak. Wah, tak sabar gua nak makan. Orang belanja ni apa lagi...belasah jer laa. Nanti gua nak tambah sotong lah. Gua nak rembat yang paling besar punya. Si mata cokolat seksi ni sure tak kisah kalau gua rasa-rasa nak tambah lagi nanti kan...hehehehe
  "Serang?" Dahi Iqram berkerut. Muka si pipi merah dikerling. "Nak serang siapa?" Kaki ikut melangkah. Mata hala ke wajah sebelah semula. Iqram tengok Damia garu kepala. 
   Issh. Tangan masih lekat di kepala. Susah jugak nak cakap guna bahasa sempoi gua kat mamat korporat ni. "Takper takper. Lu tak faham takper, bro. Nanti gua bagi lu faham ek. Gua demo kat lu kejap lagi ek. Yang penting sekarang kita kena beratur dulu ambik nasi. Jom jom, bro. Ikan terubuk kat belakang tu melambai-lambai dah panggil gua aar, bro. Kesian terubuk tu. Cepat cepat, bro." Damia laju melangkah sambil melambai deras meminta Iqram ikut sama berjalan laju sepertinya. Iqram rasa nak ketawa dengan kata-kata spontan Damia yang sunggguh selamba. Kaki mengikut langkah Damia daripada belakang.
   
"TIGA EKOR? Sure awak boleh habis kan ni, D?"Mata Iqram terjunam pada seekor ikan terubuk sederhana saiznya berserta dua ekor sotong yang masih panas selepas diambil dari tempat ia dibakar tadi oleh Damia. ketiga-tiganya cantik terletak didalam dua bekas dulang seperti bentuk daun pisang. Semangkuk cecair berwarna kehitaman yang diberitahu Damia sebagai kuah pencecah ikan dan sotong tersebut diletakkan ditengah-tengah meja.
      Damia tayang sengih selamba. Kerusi plastik berwarna biru ditarik ke belakang."Gua lupa nak beritahu lu bro." Iqram tarik gelas air barli ais yang diambil tadi. Si pipi merah ni la yang cadangkan. Elok minum barli panas-panas ni. Iqram pun ikut sahaja ambil bila tengok si pipi merah ni capai air tu tadi. Terkejut jugak Iqram tengok saiz gelas yang tinggi. " Beritahu apa?" Straw dah disua ke mulut. Hmmm...nice. Sedap jugak air barli ni rupanya. D geleng kepala tengok si mata cokolat selamba minum. Sah tak baca basmallah la tu. Laju jer teguk. "Gua ni kembar dengan kucing, bro. Jangan risau. Takat tiga kat depan ni tak jadi hal. Gerenti bersih punya gua belasah, bro."
       Iqram senyum. Kepala menggeleng. Damia pandang keliling. Mata tertancap ke arah bekas garam di meja hadapan bersebelah meja air. Ala lupa pulak nak capai bendaalah tu tadi.  Issh, Damia. Lu tu kalau nampak terubuk bakar boleh hilang akal sekejap. Tubuh ditegakkan perlahan. Iqram angkat muka. Si pipi merah yang kembali berdiri dipandang.
    "Awak nak pergi ni, D. Kata tadi lapar gaban kan. Saya tak tahu lah kalau lapar gaban tu rupa macammana tapi rasa-rasanya mesti heavy punya lapar." 
    Damia tayang sengih. "Gua nak pi ambik bekas garam tu. Lupa tadi gua nak capai." Iqram lambai tangan. Isyarat suruh Damia duduk kembali. "Takper awak duduk, D. Biar saya yang pergi ambik,hmmm."
   Damia geleng kepala. "Eh, takper bro. Bukan gua nak kena pikul pun bekas garam tu, bro. Gua boleh pergi ambik sendiri. Takder hal punya." Iqram laju bangun dan melangkah ke arah meja dihadapan. Tidak mengendahkan Damia yang cuba menahannya. 
   Punggung kembali dilabuhkan di lantai kerusi tapi mata masih tidak berganjak dari memandang ke arah meja hadapan. Damia nampak Iqram capai bekas garam lalu diangkat sedikit dan dihalakan ke arah Damia. Wajah si mata cokolat seksi tu tayang senyum ke arah Damia. Senyum tanpa sedar tersua dibibirnya. Kepala spontan mengangguk perlahan. Apsal gua hari ni asik senyum jer kat si mata cokolat seksi ni ek. Issh, dah weng apa lu Damia. Kepala laju dipusingkan 180 darjah. Mata ikut sama berlari mengikut arah pusingan kepala.
   Bekas garam ditangan digoncang perlahan. Dibuka sedikit lalu diletakkan di hujung jari manis kanan. Dihala jari ke mulut serentak lafaz basmallah teralun. Iqram didepan tenang memerhati. "Ok, kita baca doa dulu, bro. Lu baca ye." Iqram senyum. Angguk. Masih ingat doa yang si pipi merah ini "ajarkan" kepada dia. Walau cuma klip video dua kanak-kanak botak yang comel membacanya, lalu diulang-ulang beberapa kali...diakui memang cara si pipi merah ni berkesan. Mudah sahaja dihafal. Lekat dikepala. "Ok bro, baca doa. Gua dah tak sabar nak belasah ikan terubuk dengan sotong kat depan ni." Damia dah siap sedia tadah dua tapak tangan. Tangan kanan Iqram dihala ke arah Damia. Kening Damia terangkat. "Ada apa, bro?" Hujung jari Iqram hala ke arah bekas garam di sisi Damia. Kepala Damia toleh ikut arah hala hujung jari si mata cokolat seksi. "Garam ni?" Iqram angguk. "Saya pun nak ikut sunnah jugak. Macam awak. Mulakan dengan secubit garam. Nak sihat kan. Right?" Iqram tayang senyum lagi. Dalam tergamam tangan Damia capai bekas garam disisi. Dihulurkan ke tapak tangan yang siap sedia menadah didepan. Bekas garam bertukar tangan.
   Tapak tangan Damia raup muka. Ameen. Lega dengar si mata cokolat didepan dah selamat baca doa makan. Elok jer bunyinya ditelinga. Boleh la bagi 7/10. Markah penuh tu tunggu lah dia praktis selalu. Practice make perfect kan. Maknanyer kenalah mamat si mata cokolat nan seksi kat depan Damia ni belanja Damia makan selalu kan. Barulah boleh selalu praktis..hehehe. 
  "Ok bro..apa lagi.." Damia hala mata ke arah ikan terubuk kat depan. "jom serangggg." Tangan Damia laju mendarat kat badan terubuk. Iqram yang jadi pemerhati dah sembunyi senyum dengan gelagat si pipi merah didepannya ini. 
   "Oh, ni la makna serang  yang awak sebut tadi ye." Kepala digeleng."D..D. Bahasa awak ni sungguhlah buat kepala saya ada macam-macam bentuk tanda soal."
   Damia tayang sengih. "Tau takper. Gua kan sekolah tinggi tapi bukan atas pokok." Iqram ikut tersenyum. Tangan Damia laju dan cekap mengasingkan tulang-tulang halus dari isi ikan terubuk. Diletakkan didalam pinggan Iqram. Dan Iqram terpegun seketika dengan apa yang sedang dilihat. Mata takzim pandang si pipi merah. She's is doing that for me? Kepala laju teringat mama. Satu-satunya perempuan yang pernah lakukan apa yang dilihat sekarang kepadanya. Tiada perempuan lain. Dan sekarang. Di depan mata. "Makan, bro. Lu kata tadi masa dalam kereta lu tak pernah makan ikan terubuk kan. Haaa..cuba yang ni. Terubuk bakar. Terbaek punya. Cecah dengan kuah hitam ni." Damia capai sudu. Dicurahkan sedikit kuah berwarna hitam yang ada campuran bawang, tomato yang dipotong dadu dan kecil juga hirisan cili padi." Kuah ni bukan sebarang hitam. Sekali lu rasa memang terangkat, bro. Mahu lu termimpi mimpi malam nih." Damia capai pinggan sotong yang sudah siap dipotong-potong kecil seraya dicurahkan kuah keatasnya. Tangan laju suap nasi dan sotong ke mulut. Mata terpejam. Peergh. Sedap giler woo. Pot, sila jeles dengan gua hari ni...muahahahaa. Tangan terus sambung suapan lagi. Suapan demi suapan makin laju. Dicapai isi ikan terubuk. Eh, apsal gua rasa senyap jer ni. Damia angkat muka. Mata tengok mamat kat depan tengah pandang dia. Tidak berkelip. Damia telan liur. Gua salah buat apa-apa ke? Ker gua salah cakap apa-apa tadi ni. 
   "Bro? Lu ok tak ni? Lu tak makan ikan terubuk ke. Takper. Gua ambik ikan lain ek. Pari ok? Ker talapia?"  Damia dah mula nak berdiri namun Iqram pantas bagi isyarat untuk Damia kembali duduk. Damia tengok mata si cokolat seksi ni masih tegun memandang kepadanya. Ada apa kat muka gua ni ek. Gua memang tahu gua cun, bro.
   Iqram senyum. Kepala digeleng. Dicapai bekas tisu di kanan meja. Sehelai ditarik keluar. Tangan dipanjangkan ke arah wajah Damia. Tisu ditangan dah cecah hujung bibir. Dilap perlahan. Damia sengih. Ditarik tisu ditangan Iqram. Dilap kembali. "Gua memang camni kalau makan sotong bakar, bro. Tak hinggat dunia. " Sengih ditabur menutup malu. Menutup debar yang tiba-tiba bergendang. Issh apa pulak ada rasa camni ek. Syoh syoh syoh. Iqram senyum lagi. "Ok, boleh sambung makan,hmmm. Dah comel." Damia telan liur. Comel? Gua comel!!!..Pot, gua nak pengsan!
   Tangan Iqram cecah pinggan. Diletakkan sedikit isi ikan diatas nasi. Mata masih tak lupa cara Damia yang nampak sungguh berselera makan tadi sampai ke hujung bibir kuah terlekat. Hati tersenyum mengenangkan gelagat spontan si pipi merah yang nampak sedikit malu kala dia mengelap baki kuah yang terletak di hujung bibirnya tadi. Suapan singgah ke dalam mulut. Perlahan-lahan dikunyah. Mahu menghayati rasa ikan terubuk bakar yang dikatakan si pipi merah ini tadi sebagai yang terbest di Kuala Lumpur. Hmm, sedap! Bibir ukir senyum. Damia yang memerhati tegun jadi penonton. Mak aai. Sopannya mamat ni. Mampus la gua camni. Sah dia terkejut tengok gua yang makan macam beruang lapar tadi. Sampai sememeh bibir. Patut aar mata si mata cokolat seksi tak berkelip tadi. Ciss, rosak imej anggun gua!
   Suapan Iqram diteruskan. Isi ikan yang lebih banyak diletakkan diatas nasi. Tangan capai sudu kuah pencecah. Dicurahkan sedikit banyak dari tadi. Bebola mata diangkat. Kening turut terangkat sama. Si pipi merah yang memandang buat Iqram hairan." Kenapa berhenti? Makanlah. Tu.." Bibir hala ke arah pinggan-pinggan terisi sotong dan ikan terubuk." awak yang kena habiskan tau. Kata kembar kucing. Tentu tak jadi masalah nak belasah sampai bersih kan." 
   Pecah ketawa Damia. Iqram terus tabur senyum.

Monday, June 24, 2013

13 Ros Merah - Bab 12


Bab 12
"SIAPA?!!" Suara Iqram bergegar. Sepasang matanya dicerlung. Tajam menikam. Susuk tubuh setiausahanya yang sedang berdiri tegak depannya direnung. Baharu sebentar tadi setiausahanya yang dipanggil Jijie ini memberitahu ada tetamu yang berdegil mahu berjumpa dengannya walaupun sudah dimaklumkan Iqram tidak mahu berjumpa sesiapa pun hari ini. Geramnya hati bila arahannya seakan tidak dihormati. Jijie ni tak faham arahan apa?  Tak boleh bertegas sikit ke. Hati mengepam alir darah yang hangat ke muka. Sakit hati yang belum surut sejak awal pagi tadi akibat diganggu bertalu-talu oleh panggilan Mimi dari lewat malam semalam makin kuat menyentap dalam dada. Wajah Mimi kembali bertamu di mata. Iqram kepal dua tapak tangan. Kuat hingga berketap bunyinya. Tak reti bahasa betul! Nak aku cakap bahasa Jepun apa! Issh, rimas sungguh dengan perempuan ni. Dan sekarang dengan Jijie didepan mata yang menunggu jawapan daripadanya bagai menanti saat sahaja segala yang berkumpul didalam dada sejak malam tadi meletus keluar. Iqram lepas dengusan kasar. Gigi diketap. 
     Jijie telan liur. Berkali-kali. Tengok wajah ketua kat depan yang bertukar warna dada kat dalam dah rasa bergoncang. Matilah kau, Jijie. Rasa nak putus tangkai jantung disergah tiba-tiba. Tak pernah-pernah dia kena sergah begini. Dah la awal-awal masuk pejabat muka langsung tak senyum macam selalu. Nak ucap selamat pagi pun Jijie tak berani. Tadi pun semua budak-budak sales yang dok berbual kat pantry kena bambu tak pasal-pasal. Selalu takder hal pun borak-borak sebelum start kerja. Apa punya angin lah mamat sekor ni. Nak marah jer dari tadi. Lapar apa! Tu, kat pantry ada banyak nasi lemak encik Firdaus belanja. Pergilah makan puas-puas. Habiskan semua. Biar hilang rasa lapar tu. Eei... dia bengang dengan awek dia yang menipu dia hidup-hidup, kita pulak jadi mangsa. Lepuk kang, baru padan! Jijie mengguman dalam diam. Tak berani mengangkat muka. Tengok muka boss didepannya ini dah macam harimau tak makan seminggu je gamaknya. Tak pernah-pernah ketuanya marah-marah begini. Selama tiga tahun berkerja dibawah encik Iqram Faysal tidak pernah sekalipun Iqram meninggikan suara kepadanya. Jauh sekali mahu marah-marah. Betul-betullah hari ini hari dalam sejarah. Rekod tercipta. Dia kena sergah dengan Iqram Faysal yang terkenal baik dan tak pernah marah. 
    "Err..cik Mimi, encik Iqram. Di...dia ada diluar." Terdengar suara Jijie ditelinganya seakan takut-takut. Sah setiausahanya ini terkejut disergah tiba-tiba. Iqram lepas dengus kasar saat nama yang itu terlepas dari bibir Jijie. Mata masih tajam melontar pandangan ke arah Jijie yang tegak bagai tiang bendera didepan. 
     "Yang awak bagi dia masuk ke pejabat saya, kenapa? Dah tak reti-reti buat kerja. Tak faham arahan yang saya dah bagi tadi? Dah tak faham peraturan dan undang-undang syarikat? Awak baru kerja semalam ke Jijie? Kebenaran tu kan awak kena dapatkan daripada saya dahulu sebelum beri siapa-siapa masuk dalam area pejabat saya ini? Awak nak saya ulang semua yang saya pernah beritahu pada hari pertama awak di sini dahulu ke?"
      Jijie terkaku. Telan liur lagi. Nak kata apa lagi kalau boss dah buka kitab undang-undang syarikat. Dah terang lagi tersuluh dia dah langgar peraturan sebab benar orang luar masuk ke bilik big boss. Nak mampus betul kau, Jijie! Kalau kena pecat 24 jam memang kau wassalam Jijie ooi! Tapi..tapi, eh jap jap. Kepala berputar ligat. Jijie cuba menggali ingatan. Jijie rasa dia masih tak lupa kata-kata Iqram suatu waktu dahulu. Kalau cik Mimi Syafina yang datang, suruh receptionist bawak terus ke atas. Ke pejabat Iqram. Tak payah nak tanya macam-macam. Masa baharu tahu siapa cik pelakon yang cantik tu sebenarnya kepada big boss mereka ini. Semua kat pejabat ni kenal Mimi Syafina si pelakon terkenal tu. Pelakon cantik tu rupa-rupanya teman wanita istimewa Iqram. Jijie angguk dalam hati. Ha..betullah. Dia yang bagi arahan macam tu apa. Dah tu apa pulak aku yang kena sound ni. Eeei mamat ni. Habis apa aku nak buat pulak sekarang ni. Minah sekor kat luar tu satu hal. Orang dah cakap encik Iqram tak jumpa sesiapa pun hari ini tetap tak reti nak faham.
     Jijie garu pelipis. "Habis...macammana cik Mimi ni encik Iqram? Dia tetap tak mahu keluar jugak. Saya dah cakap encik Iqram memang tak nak jumpa sapa-sapa pun hari ni.  Nak saya panggilkan security ke encik Iqram. No hal." Iqram yang masih tersandar melatar kerlingan. Kepala digeleng.
     "Bawak dia masuk."
     Mulut Jijie separa ternganga." Ha? A..apa encik Iqram cakap?"
    "Sejak bila yang awak dah tak faham bahasa melayu ni, Jijie. Nak saya cakap Jawa ke?"
    Amboii. Perli nampak. Mementang aku ada darah keturunan jawa. Sensitif tau tak. "Tahu la muka saya ni memang confirm jawa look. Takyah la encik Iqram cakap macam tu. Kecik tau hati saya yang sedia kecik ni."
   "Dah kalau awak tak faham bahasa melayu standard, kena la saya guna bahasa ibunda awak. Sure awak faham kan."
   "Bukan macam tu encik Iqram. Saya cuma nak confirmkan jer. Karang salah, kena sembur pulak. Jadi kuli ni memang camtu encik Iqram. Kena tahan jer walaupun kadangkala kita ni tak salah. Kena sabar banyak-banyak."
    "Awak nak cakap saya yang salah?"
     Jijie pantas geleng kepala. Sengih dihumban. Terasa pulak mamat nih. Dia cakap sesuka jiwa dia takper. Kena kat batang hidung tau pulak panas telinga..kihkihkih. "Eh, takder la encik Iqram. Mana ada saya kata. Tak sebut pun nama encik Iqram kan. Saya bagi contoh je. Umum je tu encik Iqram." Sengih terus dijala. Mata coklat Iqram yang bersinar dijamah. Boss aku ni memanglah tersangat handsome. Nasib baik la aku dah kahwin, tidak sah aku masuk jarum..hehehe
    "Yang awak tercegat dan tersengih lagi tu kenapa. Dah cepat. Pergi bawak cik kak tu masuk. Saya nak keluar sekejap lagi."
       Jijie angguk. "Baik encik Iqram." Langkah Jijie yang bertubuh gempal terkedek-kedek laju menuju ke pintu yang tertutup.
   
MIMI yang tersandar disofa menoleh lagi ke arah Cartier pergelangan tangan kiri. Issh, dah setengah jam ni. Apahal yang lambat sangat si pendek tu kat dalam. Ingat aku ni takder kerja lain ker nak duduk macam tunggul kayu kat sini. Pintu yang terkuak mengundang bebola mata Mimi laju menghala ke situ. Susuk tubuh gempal rendah setiausaha Iqram dilihat laju menghampirinya.
      "Apasal yang lama sangat kau kat dalam tu. Lama tau aku tunggu kat luar ni. Ingat aku ni tunggul kayu mati  ke haa? Huh!" Mimi lontar jelingan bersama dengusan kuat.
       Jijie hala dua biji mata ke siling. Berlagak tak sudah-sudah si mangkuk perasan lawa ni. Eh...memang dia tersangat lawa pun la, Jijie. Kau tu yang tak lawa. Jijie cebik bibir. Nasib baiklah aku ni tak minat kau tau Mimi. Tidak sah-sah aku menyesal seumur hidup.
       "Encik Iqram suruh cik Mimi masuk sekarang."
        Mimi bangun dari duduk. Dilontar jelingan ke arah Jijie sebelum melangkah penuh bergaya dengan lenggang yang sengaja dibuat-buat. Jijie yang masih berdiri memerhati gerak langkah Mimi menjelir lidah. Macamlah bagus. Eei menyampah betul! Tunggu jer la kau kena baham dengan harimau lapar kat dalam tu Mimi ooi. Rahsia kau dah pecah kan. Ingat kau boleh pujuk ke boss aku yang handsome maut tu. Kirim salam laa bebanyak ye. Jijie melontar senyum sinis.
      "Sayanggggggg." Mimi cuba merapati kerusi Iqram. Seperti biasa. Namun Iqram pantas menghala isyarat mengarahkan Mimi duduk dihadapan. Mata dihala tajam ke arah Mimi yang menunjukkan protes namun tetap juga akhirnya patuh dengan arahan Iqram. Terdengar dengusan kecil yang terluncur keluar dari ulas delima Mimi. Iqram buat tak endah. Malas mahu melayan. Rimas!
      Iqram capai pen disisi. Fail putih didalam in tray dihadapan dicapai. Diselak. Mata jatuh ke lantai dokumen. Mimi yang duduk dihadapan tidak dihiraukan.
    "Apa lagi yang you tak faham ni, Mimi. Isn't my words last night was damn clear. Ke..you nak i ulang lagi apa yang cakap?" Tangan laju  mencatat sesuatu pada dokumen yang sedang dilihat. Langsung tidak mengangkat muka memandang ke wajah Mimi. Sakit hatinya pada wanita didepannya ini masih merah menyala.
      Mimi cebik. Buat-buat merajuk.  Tahu benar yang dirinya kini dalam zon bahaya. Dia perlu memujuk Iqram agar tidak memutuskan hubungan mereka. Dia tidak mahu terlepas lelaki ini. Bersusah payah dia memancing perhatian Iqram yang terkenal ramai teman perempuan hingga akhirnya dia berjaya memiliki hati anak lelaki hartawan yang cukup terkenal ini. Hati Mimi memang menyumpah-nyumpah berita tentang dirinya yang tersiar di akhbar dan media. Semuanya kerana suaminya itu. Menyesal sungguh Mimi percayakan lelaki itu yang berjanji bermacam-macam dahulu dengannya. Sekarang ni dia pula yang menanggung kesannya. Permohonan cerai sudah dilakukan. Mimi tidak kira. Dia sudah beritahu suaminya itu supaya lepaskan dirinya. Dia tak mahu bermadu lagi. Seksa jadi isteri rahsia macam ni. Dia dah tak mahu lagi terikat dengan lelaki tu. Selama ini pun lelaki itu bukannya adil dengannya. Nama sahaja tokoh korporat terkenal tapi takut bini! Gusar benar kalau bini tuanya tahu. Sekarang dah terbongkar, nak selindung macammana lagi. Mimi tak kisah. Dia sudah ada Iqram sekarang. Dia sudah bagi kata dua kepada lelaki tu. Ceraikan dia atau dia akan pergi jumpa bini pertama suaminya itu dan beritahu segala cerita buruk yang suaminya itu beritahu tentang diri perempuan tua itu. Suaminya itu akur akhirnya untuk lepaskan Mimi. Mereka akan ke mahkamah lusa nanti. Semuanya akan selesai dan Mimi akan bebas. Mimi pandang ke arah Iqram yang jelas langsung tidak mengendahkannya. Mimi tahu dia kena bijak susun strategi. Dia perlu pastikan Iqram kekal dalam genggaman.
    "Sayang. Janganlah buat i macam ni. Tak baik tau marah-marah i. I kan dah minta maaf kat you malam tadi. I tak bermaksud nak tipu you. Keadaan i yang memaksa. You tak tahu masalah i dulu. I terpaksa kahwin dengan si tua tu. Tapi sekarang dah selesai. Si tua tu dah setuju ceraikan i. Lusa nanti i pergi mahkamah.Lepas tu i dah bebas, sayang."
    Iqram tutup fail yang selesai disemak. Dilontarkan perlahan ke dalam out-tray. Mata diangkat memandang wajah yang berada didepan.
    "You fikir kalau you dah bercerai dengan suami you tu, semua perkara boleh selesai. Mimi...Mimi." Iqram geleng kepala. Senyum sinis terhumban dari bibir. " I peduli apa you bercerai ke tidak dengan suami you tu. Not my business anymore. You dengan i are finish. Titik. You got that ms actress?"
     "Sayang. Sampai hati cakap macam tu kat i."
     " I dah tak mahu cakap apa-apa lagi tentang hal you. You are smart enuff to understand what i've told you last night. Tolong jangan ganggu i lagi dengan panggilan dan message you yang macam budak-budak tu.  Antara you dengan i..." Mata Iqram menyusuri wajah cantik didepan. Lahar yang  membuak didalam dada kesan perbuatan Mimi masih membakar jiwa. Sukar diterima akan hakikat dirinya ditipu dan diperdaya hidup-hidup oleh perempuan yang paling dia cintai ini. " dah tak ada apa-apa lagi. So sila hormat keputusan i ini. Tolong jangan datang ke sini cari i. Please go from my life. I dah tak mahu tahu apa-apa pasal you lagi." Iqram lepas nafas yang tertahan.
    Mimi ketap bibir. Sakit hati dengan kata-kata Iqram. Dada rasa bergetaran. kesemua sepuluh jari digenggam kuat. Kurang ajar kau kan Iqram. Kau ingat semudah itu aku akan lepaskan kau. Kau tak kenal aku lagi Iqram.
    "Sayang...please. I minta maaf. Tolong maafkan i. I love you so much. As much as you love me. Takkan you nak kita end macam ni jer. Just because of this stupid matter. He will divorce me. I tak cintakan dia. I love you, sayang."
    Iqram lepas dengusan kasar. Lelah dengan kata-kata Mimi yang memualkan tekak. Tubuh spontan bangkit dari duduk. Segugus kunci yang terdampar disisi disambar. Kerusi dibelakang ditolak. Tubuh yang segak berbalut kemeja biru muda dengan tali leher rona yang lebih gelap dibawa melangkah ke depan. Mimi ikut berdiri. Tangan Iqram cuba disambar. Pantas dielak. Mata tajam dihala ke wajah cantik Mimi yang sayu.
   "Leave my office Mimi. I'm off for a meeting. When i'm back i hope not to see your face anymore. I harap you faham. I dah tak mahu diganggu oleh you lagi. Go back to your husband. He deserved you more." Iqram laju melangkah meninggalkan Mimi yang masih tercegat.
   Mimi lepas dengusan. Sebelah tangan dihala ke pelipis. Mata masih memandang ke muka pintu. Jaga kau Iqram!

"UIT BRO?! Apa kes lu terpacak depan rumah gua ni. Lu tak kerja ker?" Damia dah bulat biji mata tengok si mata cokolat seksi sedang terpacak kat luar pagar. Hampir terkejut dia kala disapa dengan siulan waktu sedang enak melagukan Penawar Rindu yang abah selalu nyanyikan buat emak. Nasib baik dia tidak maki hamun tadi. Damia ingatkan pakistan jual karpet yang selalu datang kat taman ini yang cuba nak mengorat. Tak insaf lagi haper lepas kena kaw-kaw dulu dengan Damia. Dia dan Pot pernah kena usik dulu. Dasar pakistan gatal! Damia memang hangin masa tu. Dan dan dia kuar segala ayat sengal yang buat mamat pakistan tu minta maaf dan cabut. Nasib baik dia sarung tudung tadi masa nak keluar sidai baju-baju kat jemuran. Selalu Damia main belasah jer sambar tuala mandi bubuh atas kepala. Macam tau tau jer ek kau tangan si mata cokolat seksi ni nak datang mencemar duli kat teratak aku ni ek.
    Iqram yang tersandar dipintu Lexus hitam dengan tangan bersilang ditubuh menghala pandang ke susuk tubuh yang berkain batik dan berbaju tee lengan panjang merah didepan. "D..boleh tak jangan sebut lu gua dengan saya. Saya pakai kemeja dengan tali leher hari ni. Bukan jeans koyak kat lutut dengan tee hitam gambar Linkin Park. Rambut saya ni pun kemas pendek tau walau cecah bahu. Belum lagi kategori kena diikat." Mata masih tidak lepas pandang tubuh kurus didepan yang berkain batik. Hmmm zaman-zaman sekarang ni ada jugak anak dara yang pakai kain batik. Susah nak jumpa pemandangan macam ni. Cute juga D ni pakai kain batik. Bibir ukir senyum halus.
  Damia yang masih selamba sidai baju perasan akan senyum yang terukir dibibir si mata cokolat seksi. Sah-sah ketawakan aku la yang sedang pakai uniform lepas mandi la tu. Ciss! "Ala bro. Gua lupa aar. Issh..lagipun gua dah biasa aar. Susah lidah ni nak tukar landasan. Slow-slow aar." Damia hala sengih. Tangan terus sambar baju yang penghabisan. Bakul yang terdampar di rumput diangkat. Langkah dihala mendekati pagar yang jaraknya tidak jauh dari ampaian.
  "Eh..tapi kalau lu pakai macam yang lu sebut tadi, mesti meletup handsome punya. Linkin Park tu...peergh. Gua kerat jari aar bro. Gerenti awek bersusun minta borang nak kapel dengan lu. Amacam? Nak cuba pakai kasi gua tengok dulu. Nanti gua kasi markah...hehehe." Damia terus tabur gelak.
   Iqram geleng kepala. Turut ketawa. Hilang segala masalah yang bergumpal didalam kepala. Melihat telatah dan kata-kata si pipi merah yang spontan hatinya rasa lapang. Lega. Iqram hala mata ke Tag Heuer di pergelangan kiri. Tadinya lepas keluar dari pejabat usai pertemuan dengan Mimi yang menyakitkan hati kaki dihala ke arah APAC. Ingin mencari D tapi Iqram diberitahu Ekin yang D akan datang petang nanti sebab minggu ini si pipi merah itu bertugas shift petang. Lalu laju sahaja dihala stereng Lexus ke taman ini. Entah kenapa Iqram rasa dia perlu berbual-bual dengan seseorang dan dalam kepalanya hanya wajah si pipi merah yang suka mengenakannya itu sahaja yang terpapar.
   "D..jom makan."
    Damia ternganga sedikit. "Lu nak belanja gua ke, bro."
    Iqram angguk. Senyum.
    Damia hala dua ibu jari tegak keatas.
    "Cantik. Jap gua siap ek. Eh..eh jap. Nak makan kat mana kita. Gua kebulur ni bro. Dari pagi tak makan. Gua ingat Pot belikan sarapan. Hampeh minah tu. Dia ingat gua puasa ganti macam dia."
   "Ada cadangan nak gi makan kat mana. Saya ok jer."
    Damia angkat kening bersama sengihan lebar.
    "Ikan bakar kat Tanglin boleh tak, bro."
    Iqram angguk. "Tau jalan?"
    Damia angguk laju.
   "Ok jom."
   "Err bro.."
   "Hmmm..."
   "Gu..gua nak makan 2 ekor ikan bakar nanti boleh?"
    Iqram ketawa. Lucu dengan kata-kata spontan dan jujur D.
   "Dua puluh pun ok D. Asal you larat nak habiskan."
    Damia tabur sengih dengan satu tangan menumbuk langit. Langkah laju dihala ke dalam rumah. Iqram mengeleng dengan senyum yang bertaburan.    

Wednesday, June 19, 2013

Sneak Peek : Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 43


Hehehe...ok ok..jangan marah haa.. Last  sneak peek untuk LCDJM. So macammana ending?..kihkihkih....tunggu ye. Kalau tak lulus penilaian penerbit kita kasi pecah itu rahsia...kalau lulus, tunggu ler versi cetak...lalalalala...kbaiiiiiiiiii                                     
---------------------------------------------------------------                 
43
            ANIS sambut dokumen yang sudah ditandatangani oleh Qistina. Senyum bertukar.  Diselak semula semua dokumen berkenaan untuk memastikan segalanya betul sebelum dibawa ke jabatan pengurusan sumber manusia. Kemasukan Qistina semula di sini sebagai ketua jabatan yang baharu menggantikan Kamal memerlukan Qistina mengisi beberapa maklumat lain sebagai tambahan kepada maklumat tentang dirinya yang sedia ada dalam simpanan jabatan berkenaan.
            “Ok Qis. I naik ke HR dulu. Nak serahkan semua dokumen yang you dah sign ni.” Anis pusing tubuh dan menyusun langkah ke pintu. Dokumen ditangan didakap kemas.
            “Anis..”
            Langkah Anis terhenti. Dipusingkan tubuh semula memandang ke belakang. Mata hala ke wajah ketua baharunya yang anggun berbaju kurung gabungan warna hijau epal dan merah muda yang bercorak abstrak. Tudung merah jambu lembut  dipadan dengan  skaf hijau yang tersarung di kepala melengkapkan penampilan indah si pemilik nama Annur Qistina ini.
            “Anything, Qis?”
            Qistina cuba meraih tenang walaupun didalam dada debarnya memacu kencang degup jantung. Persoalan yang bersarang di fikiran perlu dileraikan hari ini. Hanya kepada Anis sahaja yang diharapkan mampu ditemui jawapan tentang Joe setelah Zura melontar dingin semua pertanyaannya tentang lelaki itu..tentang bekas suaminya itu. Sejak dari hari pertama Qistina disini, Zura hanya membisu sahaja kala Qistina bertanya tentang Joe. Mengelak setiap kali nama Joe disebut. Pelbagai alasan diberi. Hatinya cukup pilu dengan sikap Zura. Marah benar Zura kepadanya  atas apa yang terjadi diantara Qistina dan Joe. Qistina tidak berkecil hati dengan sikap Zura kepadanya. Tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Zura juga yang lain akan apa yang tertulis di kanvas hatinya ini. Bukan niat Qistina mahu melukakan hati sesiapapun. Segala yang dilakukan bersebab. Dia punya sebab tersendiri untuk berpisah dengan Joe.  Sungguh Qistina tidak tahu yang Joe secara tanpa pengetahuannya sudah tiada lagi di sini. Yang cuma diketahui daripada risiknya di bahagian sumber manusia kelmarin, Joe sudah lebih lima bulan meletakkan jawatan. Bila dihitung, bermakna selepas mereka bercerai, Joe terus meletakkan jawatannya disini. Tapi kenapa? Adakah Joe tahu yang Qistina pasti akan kembali ke sini semula. Joe…aku tahu aku bersalah kepada kau. Tolonglah Joe, Jangan buat aku begini. Tolonglah beri aku tahu dimana kau. Aku nak jumpa kau, Joe. Qistina tahan sebak. Bibir diketap.
            “Qis?” Anis seru lagi nama Qistina. Melihat wajah Qistina yang rusuh dia cukup pasti wanita cantik dihadapannya ini sedang hanyut dibawa menerawang ke alam fikiran.
            Qistina mengukir senyum malu. Segan diri tertangkap kala sedang jauh berfikir. Jauh  membawa fikiran. “Err..sorry. Boleh kita bercakap sekejap?”
            Anis kerut dahi. “Apasal formal sangat ni, Qis. You macam tak kenal I pulak.” Anis atur langkah mendekati kerusi dihadapan Qistina. Ditarik leher kerusi lalu dilabuhkan duduk.” Ok. You nak cakap apa dengan i, Qis. Just say it,hmmm.” Anis lempar senyum kecil.
            Qistina telan liur. Senyum Anis dibalas.
            “Anis..i nak minta tolong sesuatu daripada you. I..i harap you boleh bantu i.”
            “Bantu you?” Kening Anis terangkat sedikit. “Bantu apa tu, Qis?”
            Qistina hela nafas perlahan.  Mata galak Anis ditatap tenang.
            “Joe.”
            Anis tunduk memandang riba.
            Qistina tidak lepas melihat reaksi Anis. Dia yakin Anis tahu di mana Joe.
            “Anis…dimana Joe, Anis? Tolonglah beritahu I dimana, Joe. I…i dah tak tahu nak minta tolong kepada siapa. I harap you dapat bantu i…beritahu I dimana Joe. I nak jumpa, Joe. I perlu jumpa dia, Anis. I tahu you tahu di mana Joe. Tolonglah beritahu I, Anis. ”
            Anis lepas keluhan. Dalam. Dokumen yang berada ditangan dihamparkan ke atas meja.  Tapak tangan dibawa ke bibir. Anis geleng kepala perlahan. Kata-kata yang terluncur daripada bibir Qistina sebentar tadi buat dirinya serba-salah. Bukan Anis tidak mahu membantu, namun diri sudah terikat dengan janji kepada Joe untuk tidak mendedahkan tentang dirinya kepada Qistina. Anis tahu, Joe pasti sudah dapat mengagak yang Qistina tentu akan mencari Anis untuk mengetahui dimana Joe. Tidak mungkin akan dimungkiri janji yang sudah dimetrikan. Seraut wajah tampan Joe terlayar di fikiran. Jelas garis-garis kesedihan biar cuba diselindung dengan senyumannya yang tenang. Anis tahu Joe terlalu bersedih atas penceraiannya dan Qistina. Anis sebenarnya hingga kini masih kurang mengerti kenapa sampai begini akhirnya ikatan mereka berdua. Semua disini begitu mendoakan Joe dan Qistina akan kekal hingga ke akhir hayat bila dikhabarkan dahulu akan berita pernikahan mereka berdua. Biarpun ketika itu Qistina baharu sahaja kehilangan Khal, semua mengharapkan dan mendoakan Joe akan mampu memberi cahaya kegembiraan semula didalam hidup Qistina. Tidak Anis sangka begini sudahnya perkahwinan antara mereka berdua. Anis pernah terdengar perbualan Kamal dan Zura. Qistina yang meminta penceraian ini. Qistina yang mahu Joe menceraikannya!
            Reaksi Anis buat Qistina terpanar. “Anis?”
            Anis hala tatapan ke wajah ayu dihadapan.
            “I sebenarnya tak mampu nak tolong you untuk hal ini, Qis. I minta maaf.”
            Qistina depa tubuh ke meja. Wajah mendekati Anis yang tenang duduk dihadapan.
            “ Tapi kenapa Anis?”
            Anis telan nafas perlahan.
            “Kerana I dah janji dengan Joe. I minta maaf, Qis.” Tubuh ditegakkan. Dokumen yang terdampar di lantai meja diambil semula.  Qistina capai tangan Anis. Digenggam erat. Mata mula memancar cahaya bening. Cahaya pengharapan. “Tolonglah Anis. I..i nak jumpa Joe. Tolonglah beritahu I dimana dia.”
            Anis lepas nafas tenang. Genggaman tangan Qistina dibalas. Senyum.
            “Biarlah Joe cari damainya sendiri. Joe pasti ada alasan dia buat begini, Qis. Dan i dapat rasa Qis apa yang Joe buat ini demi you…demi kebaikkan you…demi kasih sayang dia kepada you.  Dia terlalu menyayangi you, Qis…terlalu menyintai you walau mungkin you  tak pernah sedar atau tahu tentang itu.” Genggaman di tangan Qistina makin dieratkan.
            Kata-kata Anis buat Qistina terpanar. Joe menyintainya? Benarkah? Mengapa dia tidak pernah tahu dan diberitahu? Kepala digeleng. Mata dipejam. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan? Wajah dibawa memandang ke permaidani kelabu yang menghiasi lantai pejabat. Kelopak kekesalan terus bertiup kencang.
            “You tahu Qis, Allah tak pernah rampas apa yang kita sayang. Sebaliknya Dia gantikan dengan yang jauh lebih baik daripada itu. Allah maha adil. You hilang Khal..tapi Allah gantikan dengan Joe. Betapa sayangnya Allah kepada you, Qis.  You tak sedikitpun kekurangan apa-apa…malah makin melimpah kasih sayang yang you dapat. Joe lakukan apa sahaja untuk you, Qis. Demi cinta dan kasih sayang dia yang tiada sempadan buat you.”
            Qistina angguk. Akur dengan kebenaran kata-kata Anis. Cuma dia yang buta! Langsung tidak melihat akan ketulusan cinta seorang Johan Khusairy. Maafkan aku, Joe. Maafkan aku!
            “Anis…i..i tak tahu Joe cintakan I selama ini. Tolonglah Anis. Beritahulah I dimana I boleh jumpa Joe. Sekejap pun jadilah. Asal I berpeluang lihat dia…jumpa dia…dan cakap dengan dia sesuatu yang selama ini I sembunyikan daripada dia. Sesuatu yang tak berpeluang beritahu dia.”
            Anis telan nafas. Cuba meraih tenang biar hati cukup terusik dengan  lafaz kata-kata Qistina. “Tunggu dan sabarlah kalau you benar-benar sungguh nak jumpa dia, Qis. Joe pasti akan you temui nanti. I yakin. Dan you juga mesti yakin.” Qistina kemam bibir. Kata-kata Anis buat dia terus gusar. Tunggu. Tapi sampai bila harus Qistina menunggu sedangkan tiada sebarang tanda-tanda yang Joe akan dia temui. Semua insan-insan yang rapat dengan Joe yang dia jumpa seakan mengelak.  Baik Anis mahupun Zura dan Kamal. Semunya bagaikan berkomplot! Tidak mahu membuka mulut. Fikirannya buntu. Qistina rasa mahu menangis!

ZURA hulur sampul biru kepada Qistina yang sedang penuh takzim bersandar di kerusi baldu hitam dengan kepala yang menunduk memandang fail hitam ditangan. Pintu bilik yang ternganga biarpun waktu sudah menginjak malam menggamit Zura untuk terus menyerahkan kiriman yang diperolehi daripada Joe siang tadi. Rencananya tadi waktu meninggalkan pejabat Joe mahu menyerahkannya kepada Qistina esok pagi sahaja namun langkahnya yang singgah ke pejabat sebentar tadi kerana mahu berjumpa suaminya telah mengheret langkah ke bilik si barbie doll yang banyak berdiam diri kebelakangan ini. 
           Huluran disambut Qistina dengan wajah yang penuh lukisan pertanyaan. Wajahnya masih ditatap Qistina. Dilabuhkan duduk perlahan-lahan dihadapan Qistina. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Wajah Qistina dengan redup mata bundarnya yang jelas terpendam lara dijamah. Simpatinya melaut namun Zura tak berdaya membantu. Kaki dan tangannya sudah terikat dengan janji kepada Joe.
            “Istimewa untuk kau.”
            Qistina sambut dengan pandangan mata yang penuh tanda tanya. “Apa ni, Zu?”
            “Bukalah.”
            “Untuk aku?” Mata Qistina terus terkerdip.
            Zura angguk tenang.
            “Siapa yang bagi?”
            “ Bekas suami kau. Kenalkan?”
            Qistina telan liur. Joe.  Tanpa sedar nama itu terluncur. Mata dibawa ke sampul ditangan. Kata yang diucapkan Zura membuatkan jiwanya bagai direntap. Bekas suami. Bekas suami yang tidak pernah dia hargai. Ya Allah. Betapa besar dosa yang telah dia lakukan terhadap lelaki itu. Lelaki yang tulus mencintainya dalam diam tanpa langsung dia menyedari. Betapa butanya mata hatinya ini hingga tidak sedikitpun melihat akan cinta lelaki itu kepadanya. Mengapa hanya beban simpati, beban amanat yang terpikul di pundak lelaki itu yang terpancar di mata. Mengapa harus setelah rasa itu singgah mengetuk pintu hati, dia dikejutkan dengan rahsia hati lelaki itu. Mengapa tidak daripada dahulu kau beritahu aku rahsia hati kau ni, Joe.
            Tangan perlahan-lahan menyentuh sampul. Dibuka berhati-hati. Ditarik isi sampul. Sekeping kad berwarna biru. Dibelek kad yang tertera sepotong tulisan khat kufi ditengahnya. Qistina senyum dalam sebak yang menggunung. Dia masih ingat. Itu tulisan khat kufi namanya. Qistina pernah meminta Joe melakarkan buatnya suatu ketika dahulu. Perlahan-lahan kad diselak.
                        Assalamualaikum buat  Annur Qistina Abdul Aziz yang tercinta..dan akan terus dicintai hingga nafas akhir Johan Khushairy. Qistina kemam bibir. Sebenarnya aku memang tak pandai melakar kata-kata indah  walau aku ini pernah digelar Romeo terhangat..hehehe. Qistina ikut ketawa dalam sebak yang menggigit. Aku minta maaf kalau kehadiran nota singkat ini mengganggu namun demi menjelaskan pertanyaan demi pertanyaan dan risik khabar kau tentang aku daripada Zura maka aku layangkan nota ini buat kau.
            Qis, mengertilah. Tiada niat aku untuk  meninggalkan kau…namun aku tiada pilihan lain. Sinar mata kau sudah menceritakan segalanya. Aku tahu duka itu masih terpendam dalam lubuk jiwa kau walau ia cuma memori semalam. Cinta yang dia tinggalkan buat kau masih menjadi mimpi indah yang membuai lena tidur kau selama ini. Dan cinta itu buat kau rasa serba salah dengan ikatan kita dahulu. Aku faham Qis. Aku faham situasi kau. Lalu aku rasa keputusan aku ini yang terbaik. Berada didepan kau..disekeliling kau pasti akan buat kau dalam dilema nanti. Buat kau rasa serba salah selamanya. Dan aku tak mahu kau rasa begitu. Aku mahu kau tenang dalam menjalani hidup ini, Qis. Qistina pejam mata sesaat. Joe…maaf kerana tak pernah sedar akan kehadiran cinta kau selama perkahwinan kita. Aku tak tahu, Joe.
            Qis..aku cuba sedaya habis menyemai cinta, menanam benih-benih asmara dalam perkahwinan kita namun aku sedar segala  cinta  yang ada dalam diri kau telah pergi dibawa Khal. Aku gagal Qis. Aku kira setakat ini sahaja masa yang kita nikmati bersama. Terima kasih kerana sudi mengizinkan aku berada di sisi kau..biar cuma seketika. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri aku biar cuma sedetik lebih. Andai pemergiaan aku ini telah melukai kau, maafkan aku, Qis kerana inilah yang terbaik buat kita..buat kau dan aku. Selamat tinggal, Qis. Izinkan aku pergi. Selamat tinggal, sayang. Jaga diri kau, Qis. Doa aku akan sentiasa dengan kau.
            Tubir kolam pecah. Air hangat gugur membasahi lantai pipi. Perlahan-lahan dilipat lembaran kad biru lembut yang dihulurkan Zura tadi. Mata yang bergenang dihala ke Zura.
            “Zura..aku mohon untuk kesekian kali. Tolong beritahu aku dimana Joe. Tolong Zura. Beri aku peluang terakhir untuk jumpa Joe. Aku nak jumpa dia dan katakan sesuatu. Sesuatu yang aku tak sempat beritahu dia selama ini. Aku…tak tahu Joe cintakan aku.”
            Zura geleng kepala. Inilah jadinya kalau saling mengunci kata-kata. Tak mahu berterus-terang. Sudahnya..dua dua yang tersiksa.
            “Qis…dah lama Joe cintakan kau. Sejak dari dahulu. Kau pun tahu kan.”
            “ Aku..aku…sangka…” Memang sungguh Qistina tidak tahu. Sangkanya selama ini apa yang dia perolehi daripada Joe sekadar penunaian janji dan menjunjung amanat daripada seorang teman.
            Zura angguk kepala. “Ya..dulu dia undur diri..cuba buang rasa cinta pada kau sebab kau dah ada Khal dan hanya boleh anggap dia kawan baik sahaja. Waktu kau  tak jadi kahwin dengan Khal dahulu, Joe rasa sangat bersalah. Dia fikir sebab dia…sebab kejadian malam tu kau tanggung akibat ini semua. Dia terima Maya dengan harapan dia mampu bina cinta baharu..dan memang dia berusaha sesungguh untuk menyintai Maya dan melupakan cinta dia kepada kau. Bila Maya meninggal, dia rasakan kehadiran kau disisi sedikit sebanyak mengubat rasa kesedihan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh cinta kepada kau Qis…tapi dia tak berjaya. Dan aku tahu cinta dihatinya buat kau tak pernah pudar sejak dari dahulu. Cinta itu sentiasa ada dihati dia.” Qistina tunduk ke riba. Tangan dibawa ke bibir.
            “Bila Khal kembali mengejar kau..kemudian muncul pula Fazwan dia cuba untuk kawal perasaan dia kepada kau kerana dia tahu dan yakin cinta kau terhadap Khal terlalu kuat biar kau cuba nafikannya. Dia cuba jadi kawan kau yang terbaik. Memberi nasihat dan menyokong kau dalam memilih jalan bahagia. Baginya bahagia kau akan buat dia bahagia juga. Aku tahu jauh disudut hati dia begitu mengharapkan akan ada keajaiban. Mengharapkan kau sedar akan kehadiran kasih dan cinta dia tapi sia-sia.”
            “Zura…aku…” Zura beri isyarat tangan. Meminta Qistina memberi ruang untuknya menghabiskan bicara.
            “ Aku pernah marah dia, Qis. Marah dia kerana enggan berterus terang dengan kau. Aku sampai pernah paksa dia beritahu rahsia hati dia kepada kau…tapi Joe tak mahu. Dia tak mahu nanti kalau kalau dia dianggap sebagai mengambil kesempatan. Mendekati kau…rapat dengan kau sebagai kawan baik dengan ada niat tersembunyi. Dia simpan rapat-rapat segala rasa cinta dia kepada kau dalam hatinya. Didepan kau dia berlagak biasa…tenang dan sentiasa menjadi kawan dan pendengar yang baik. Bagi Joe, berada disisi kau sudah cukup buat dia. Biarlah segala rasa cinta itu dia simpan untuk diri dia seorang. Dia tak mahu kau tahu, Qis. Dan bila kau pilih Khal dan menolak Fazwan, Joe pasrah dan redha akan ketentuan-Nya. Mendoakan kau…perempuan yang paling dia cinta di muka bumi ini bahagia sudah cukup baginya. Joe..lelaki yang terlalu baik, Qis. Cinta Joe buat kau terlalu tulus. Aku tak pernah jumpa lelaki sehebat Joe. Lelaki yang tega mengorbankan perasaannya sendiri demi bahagia insan yang paling dia kasih dan cinta. Kau tak tahu betapa beruntungnya kau kerana dicintai Joe dengan sepenuh jiwa dan raga…melebihi nyawanya sendiri.”
            Qistina tertunduk menahan sebak. Esaknya pecah.
            Jeda. Qistina sapu tubir mata dengan hujung jari. Desir halus sisa esaknya masih menyapa cuping. Zura tenang. Lega sudah meluahkan segala rahsia yang tersimpan kemas di hatinya. Seraut wajah tampan Joe terlayar. Joe…aku lakukan semua ini demi kau. Aku mahu Qistina tahu siapa kau yang sebenarnya selama ini. Aku tak mahu kau terus terkorban lagi. Kau berhak bahagia, Joe. Kau berhak!
            “Aku tak tahu Zura. Aku tak tahu. Kalaulah aku tahu dari awal semua ini…kalau Joe beritahu aku dari mula, aku…aku tak mungkin akan buat keputusan ini. Selama ini aku fikir Joe tak pernah ada rasa cinta buat aku. Dia mengahwini aku demi amanat dan janji dia kepada Khal. Tak lebih daripada itu. Dalam fikiran aku ini, segala yang dia lakukan kepada aku hanya kerana memenuhi amanat itu. Lalu rasa kasih dan cinta yang hadir dalam hati aku ini buat dia aku tak terdaya meluahkannya. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu demi Joe. Terlalu banyak pengorbanan dia buat aku selama pernikahan kami. Aku tak mahu Joe rasa terbeban lagi kalau terus berada disisi aku. Aku tahu aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Joe berhak mencari bahagia untuk dirinya sendiri. Aku tak  sanggup biar dia terus terikat dan terbelenggu dalam ikatan yang tak pernah dia rela sepenuh jiwa.”
            Zura raup wajah. Pengakuan Qistina mengejutkan namun ada rasa bahagia yang tersirna di hati Zura. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu demi kedua-dua insane yang amat dia kasih ini.
            “ Kau kan kata kau rasa bersalah pada dia kalau terus berada di sisi dia. Apa yang dia lakukan ini semata-mata agar kau tak rasa bersalah pada dia lagi Qis. Dia tak mahu nanti kalau kau jumpa dia…nampak dia kau akan rasa terhukum. Joe tak sanggup lihat kau tersiksa lagi. Tengok kau bersedih akan  buat dia tambah pilu, Qis.”
            Qistina geleng kepala.
            “No..tak..tak. Aku tahu aku salah tafsir selama ni. Tolonglah, Zura. Aku dah tahu segala-galanya sekarang ini. Tolonglah beritahu aku dimana Joe.” Qistina bangkir daripada duduk. Tubuh Zura yang takzim dihadapan dirapati. Qistina merendahkan tubuh. Dua tangan Zura dicapai. Digenggam erat.
            “Please Zura…I am begging you.”
            Zura hempas nafas dalam-dalam. Mata menjunam ke wajah Qistina yang lencun dengan airmata.
            Qistina tunduk sesaat. Kembali di bawa wajah memandang raut hitam manis milik Zura.
            “Aku tak akan punya peluang lagi untuk luahkan perasaan yang selama ini aku  sembunyikan daripada Joe kalau aku terlepas untuk menzahirkannya kali ini. Tolonglah Zura. Tolong bantu aku. Aku tak mahu kehilangan Joe lagi. Aku perlukan Joe dalam hidup aku. Aku tak mampu nak teruskan hidup ini kalau tanpa Joe disisi aku. Hanya dia yang aku mahu. Please Zura..i need him to be  with me..at my side for the rest of my life.” 
                    "Qis...this is not easy.  Aku kena pegang janji aku pada Joe."
              Dihela nafas dalam-dalam sebelum dilontar. Mata Zura yang sedang merenungnya dibalas. " I do love him too, Zura. I sincerely love him. Please….give me a chance to say this to him.”

Friday, June 14, 2013

13 Ros Merah - Bab 11

Bab 11
                 DAMIA tayang sengih selamba depan Pot yang dah macam memerang tercekik ikan kod. Erk..ada ke ikan kod kat perairan sini? aahh, belasah je la....janji ikan. Tangan terus menyuap nasi yang sudah tinggal separuh didalam pinggan. Peerghh betul aar sambal tumis udang petai Pot ni. Kena pulak dengan sayur lemak labu kuning ni. Perut gua yang dah kenyang ni pun kembali lapar. Dah dua pinggan ni  gua sebat. Abah kalau nampak ni harus gua kena tazkirah free tentang adab makan orang perempuan. Gua..sambil mengunyah, kepala Damia laju fikirkan sesuatu. Teringat pulak Damia pada kata-kata si mata cokolat seksi tu tadi. Boleh tak jangan cakap lu gua dengan saya. Saya rasa macam tengah pakai jeans koyak dan rambut panjang bila awak cakap macam tu. Bibir dimuncung. Kepala tengah berimaginasi tentang rupa si mata cokolat seksi jika berkeadaan sedemikian. Jeans lusuh yang koyak..rambut panjang lurus  yang cecah bahu. Bibir tanpa sedar mengukir senyum lebar. peerghh...seksi woo bro! Harus gua terlentang tengok si mata cokolat seksi tu nanti..muahahaaa
             Pot ketap bibir. Mata lontar jelingan halus kepada teman serumah didepannya ini yang sedari tadi langsung tidak membalas pertanyaannya tentang siapa si pemilik mercedes sport hitam yang menghantar Damia pulang tadi. Pot memang tak pernah nampak pun kereta kebaboom meletup peerghh itu selama ini mencemar duli berhenti didepan pagar rumah sewa mereka ini. Puas jugak Pot skodeng belakang langsir bersama teropong ditangan dengan harapan tuan bawak kereta peerghh tu akan keluar. Haram. Siapa ek si mercedes hitam sport kebaboom tuh. Pot garu kepala yang tidak gatal. 
             Mata hala kembali ke arah Damia. Kepala menggeleng. Melantak tahap tak hinggat cik kak ni, badan tetap maintain versi papan lapis jugak. Tak besar-besar pun gua tengok. Kena sumpah dengan nasi haper ko ni beb. Pot tarik gelas air kosong disisi. Disua ke bibir. Perlahan-lahan diteguk. Damia yang asyik mengunyah dilihat sedang tersenyum lebar. Mesti ada apa-apa dalam kepala otak Damia ni. Tak boleh jadi..tak boleh jadi. Pot geleng kepala. Apa barang sorok-sorok cerita. Gua nak tahu jugak apa kes  lu senyum sensorang nih beb. Diletakkan gelas kembali di sisi. 
             "Weh beb,apa nih. Gua tanya bukan nak jawab. Boleh pulak lu sengih-sengih ek beb. Cantik betul muka lu sengih-sengih sensorang tu ek. Panas jer hati gua ni tau tak. Baik lu cakap cepat apa yang ada dalam kepala otak lu tu sebelum gua mandikan lu dengan gulai lemak labu kuning ni. "Pot dah capai mangkuk gulai lemak didepannya. 
             "Woahahahaa..peerghh punya ganas ni beb. Masak Demang nanti. Gua harus bagi amaran peringkat laut bergelora kat dia nih. " 
             "Banyak lu punya amaran laut bergelora. Ni bukan bergelora lagi tau, gua bagi tsunami terus." 
             Damia sengih lagi.
             "Relax aar. Bagi can gua menikmati keenakkan masakan lu yang peerghh ni beb. Potong stim aar lu ni beb." Jari-jemari kanan di bawa ke mulut. Dijilat satu persatu. Kerusi ditolak ke belakang. Tubuh ditegakkan. Pinggan yang sudah licin diangkat. Pot pantas capai mangkuk sambal tumis sambil arah Pot simpan mangkuk gulai lemak labu di dalam peti sejuk. Selamba sahaja Damia meninggalkan meja. Pot dibiarkan memandangnya tidak berkelip. Damia ketawa kecil sambil menyanyi-nyanyi dengan ayunan langkah ke peti sejuk. Ditarik lalu diletakkan pinggan berisi sambal tumis tadi ke dalamnya. Pintu dibiarkan ternganga. Langkah dibawa ke sinki. Pot ikut langkah Damia daripada belakang usai memasukkan mangkuk gulai labu kedalam peti sejuk. Kalau gua panggil doraemon pinjamkan poket ajaib untuk gua mintak hilangkan si Damia ni agak-agak kejam tak?. Eei..geram betul gua la dengan Damia ni tau.
              "Beb.." Pot silang tangan di tubuh yang disandarkan pada kabinet di tepi sinki.
               Damia putar kepala paip. " iye Puteri Mariana Aida." Pinggan dihala ke bawah aliran paip. Dibilas.
               "Ada je yang nak kena sembur api dari mulut naga ni karang. Gua memang lama tak main bunga api ni."
                Pecah ketawa Damia. "Garang betul. Haa, amendenyer cik Pot.." Pinggan yang sudah dibilas diletakkan ke dalam rak plastik di tepi sinki.
               " Sila jawab soklan gua tadi."
                Damia angguk kepala. "ooooo..yang itu rupanya." Damia tayang sengih lagi. Tuala di rak  dicapai lalu dilap pada dua belah tapak tangan. "errk...apa ek soklan lu tadi. Gua tak ingat pulak." Damia buat-buat aksi garu kepala. Sengaja mengusik Pot.
                "D!!!!!!!!!" 
                 Damia ketawa lagi. "whoahahaaaa. Oklah, gua cakap." 
                 Pot cekak pinggang. "cepat cakap!"
                 "si mata cokolat seksi pujaan lu tu lah." Damia beri isyarat mereka  berdua bergerak ke ruang hadapan. 
                 Mata Pot terbeliak. " Mercedes hitam sport tadi tu dia?"
                 "iye." Damia hempas punggung di sofa. Alat kawalan jauh dihala ke skrin sempat segi bujur dihadapan. 
                 "apasal dia hantar lu balik?" Pot labih duduk bersebelah Damia. 
                 "dia baru jadi driver rasmi gua." Damia toleh kesebelah. Sengih terukir. Kening diangkat.
                 Pot cebik. "Agak-agak la kalau nak kelentong gua pun."
                 Damia sengih lagi seraya memusing tubuh sedikit mengadap Pot." Sebenarnay dia nampak gua tadi masa tunggu teksi. Dia pelawa nak hantar gua balik. Mula tu, gua segan aar nak naik walaupun gua tengok mercedes sport hitam dia tu beb sangatlah kebaboom peerghh. Kereta tu macam melambai-lambai jer kat gua. Siap dia takut-takutkan gua pulak area tu malam-malam susah dapat teksi...buatnya ada penculik ke kidnap gua bla bla...mau gua tak seram. Gua pun apa lagi...mengambil kesempatan yang terbentang didepan mata laa."
                Pot ketawa."Lu memang. Pantang dapat peluang. Tapi memang peerghh beb. Harus gua pun tak lepaskan peluang kalau dapat naik."
               "Eh, ada citer panas ni beb. Tadi daalm kereta dia cerita pasal kes dia dengan awek dia. Lu tau beb..si mata cokolat seksi tu dah putus dengan awek dia yang aktres popular dan terkenal tu. Ala yang lu cakap kau gua tu."
                Pot cebik lagi. "Ala..gua agak dah pun. Semua orang dah jangka benda ni mesti jadi punya. Awek dia tu bini orang rupanya. Memang sensasi betul berita ini."
                 "Eh, apahal gua tak tahu ni. Harus gua boikot semua surat kabar yang tak laporkan berita sensasi ni."
                  "Surat kabar tu tak salah. Lu tu yang tak baca. Balik-balik  buat taik mata jer keje. Asal dapat peluang, cari bantal. Bukan nak tambah pengetahuan tentang perkembangan semasa."
                   Ciss!
                   "Beb.." Bahu Damia ditepuk kemas.
                   "Amende.."
                   "Lu tak nak cuba ke? Mana tau...rezeki lu ker." Pot angkat kening. Sengih melebar. 
                    Damia kerut dahi. Cuak dengan reaksi Pot. Apa kes ni. Nak cuba apa? Rezeki apa? Weng aper Pot ni.
                    "Apa kes ni.."
                   " Gua nak tanya...lu taknak cuba usha si mata cokolat seksi tu la.  Dia kan dah   single semula." Pot terus tayang sengih lebar. 
                    Damia bawa dia bijik mata ke siling. Dipusingkan tubuh semula mengadap skrin TV dihadapan. Alat kawalam jauh ditekan-tekan sambil dihala ke hadapan. Gua tengok citer tamil lagi best.
                    "Beb.." Pot tepuk bahu Damia. Masih menunggu jawapan Damia.
                     "Dia tu mana ada tokoh masuk kebun pisang. Main ghazal...lagilah."Damia geleng kepala. Ketawa kecil terluncur. "Gua gerenti beb, mesti dapat taugeh punya."
                     "Eh...belum try, belum tau. Lu jangan underestimate si mata cokolat seksi tu. Ha mana tau kan. Jangan pandang orang dengan mata lanun ok."
                      Damia angguk kepala. yakin dengan kata-katanya."Gua kerat jari sepuluh laa beb. Tengok muka dia pun gua dah tau. Dia tu spesies mamat korporat la. Apa barang dia nak masuk kebun pisang. Entah-entah pokok pisang pun dia tak kenal beb. Ekeleh, lu memang aar...buat lawak super mega malam-malam ni. Baik lu buatkan gua milo peerghh ada gak pekdahnya."
                      "Kita tengok jer nanti beb. Jodoh ni di tangan Tuhan. Mana lu nak tau...kut kut memang dia tu jodoh lu. Tapi kalau memang...gua yang pertama akan kerat jari lu dulu. Ingat beb." Pot angkat punggung dengan senyum lebar. Damia hanya mengekori langkah Pot dengan pandangan mata. Alat kawalan jauh dihala ke bibir. Diketuk perlahan. Mata dikerdip. Laju. Kata-kata Pot sedang terulang-ulang di fikiran. Isssh..biar betul Pot ni. Weng apa..
                      Damia tegakkan tubuh. Dua kaki diangkat keatas sofa lalu disilangkan. Bibir dimuncungkan. Gua dengan si mata cokolat seksi tu? Kepala menggeleng laju. Sah gua mimpi ngeri malam nih!

IQRAM laju melangkah masuk ke ruang tamu yang agak suram cahayanya. Mata melewati keseluruh pelusuk ruang. Tiada susuk tubuh yang biasanya berada disitu waktu-waktu begini. Pasti mama dan papa sudah naik ke bilik. Kunci ditangan dilambung-lambung. Siulan kecilnya berdesir memenuhi ruang tamu. Kaki mencecah anak tangga untuk ke tingkat atas. Laju didaki. 
               "Iq.." Terdengar namanya diseru daripada aras bawah. Kepala menjenguk ke bawah. Ternampak mama menggamit. Dipusing langkah kebelakang. Anak tangga dituruni. Tenang. Bahu mama dipaut. Pipinya dielus lembut. Senyum dilempar. 
              "Mama tak tidur lagi? Papa mana?" 
               Puan Sri Zarida geleng perlahan. "Mama tunggu Iq. Papa dah tidur."
               "Tunggu Iq? Mama ada nak cakap apa-apa ke dengan Iq?" 
               Puan Zarida tarik tangan Iqram lembut. Sofa berwarna putih susu yang terletak di ruang tamu utama dihala. Dua tubuh menghempas lembut duduk masing-masing dilantai sofa moden berbentuk separa bulat. Puan Sri Zarida tarik naskhah surat khabar yang terletak diatas meja kaca dihadapannya. Dihulurkan kepada Iqram. Perlahan disambut Iqram. Mata dibawa memandang ke atas muka surat yang sudah sedia dibuka oleh mama. Dilepaskan nafas dalam-dalam. Diletakkan kembali naskhah ke atas meja. 
              "Iq dah baca mama."
              "Mama kan dah cakap dari dulu Mimi tu bukan perempuan yang baik-baik. Dia tak ikhlas nakkan Iq."
              Kepala diangguk. "Iq minta maaf,mama."
              "Iq dah jumpa dia?"
              "Tak perlu mama. Bukti semua jelas. Iq tak mahu ambil tahu lagi pasal dia. Dia dah mati dalam hati Iq."
              Puan Sri Zarida tarik tangan Iqram. Dibawa ke dalam genggaman.
             "Iq akan jumpa perempuan lain nanti. Yang lebih sesuai dengan Iq."
              Senyum. Kepala digeleng.
              "Iq tak mahu fikir lagi pasal ni mama. Iq lebih suka berkawan. Lebih mudah nak kenal hati budi. Mudah nak buat keputusan nanti."
               "Pandai pun anak mama. Dah ada kawan baharu ke ini?"
               Iqram senyum manis.    
                 

Tuesday, June 11, 2013

13 Ros Merah - Bab 10

Bab 10
                 Damia kerut dahi. Apa kes tiba-tiba bisu pulak nih. Gua rasa gua tak ada tanya soalan-soalan alam ghaib kat mamat ni tadi kan. Gua rasa gua tanya soalan tahap pmr je pun.  Takkan salah kut? Mamat ni angin betul laa. Tadi elok gelakkan gua kat taxi stand.  Elok tanya gua macam-macam soalan. Gua ok ja. Bila gua pulak tanya terus jadi patung hidup yang bisu pulak. Amende la.
                 "Bro, kereta peerghh lu ni memang suka suasana sunyi sepi ek. Muzik latar pun tak ada ni. Kalau gua la bro, memang mati kutu. Gua ni celik-celik mata jer, gua dah dengar bunyi gambus abah gua. Gua ni memang membesar dikelilingi bunyi-bunyian." Damia tengok muka si mata cokolat seksi yang dah macam patung hidup pegang stereng. Langsung tak toleh. Langsung tak bagi respon. Jauh sekali nak jawab balik soalan Damia tadi. Ciss, gua ni cakap dengan patung gamaknya kut. Mata hala semula mata ke jalanraya yang gelap didepan. Banyak la pulak kereta. Apasal la malam-malam pun jalan sesak ni. Diorang ni tak nak balik tidur apa? Jari-jemari runcingnya diketuk-ketuk ke dashboard dengan tujuan dapat menarik mata orang disebelahnya ini untuk menoleh. Mata dikerling sedikit ke sebelah.  Si mata cokolat dilihat masih memandang ke depan. Langsung tak pandang pun kat Damia yang masih mengetuk papan dashboard. Issh..gua yang punya peerghh cun ni pun gagal tarik perhatian mamat ni ke. Tak boleh jadi nih!
               Iqram kerling sekilas mata ke arah dashboard. Dia tahu pasti si pipi merah disebelahnya ini hairan dengan sikapnya yang tiba-tiba mengunci mulut. Dia sesungguhnya malu bila si pipi merah ni dapat menebak dirinya dalam pertanyaan yang diajukan tadi. Dia tidak tahu hendak memulakan bicara bagaimana dengan si pipi merah. Dia yang bertanya dia pulak akhirnya yang terperangkap.
                 "Bro, lu ada masalah ke nih?" Damia tadah muka kesebelah. Masih senyap dan tak bereaksi. Damia elus pangkal hidung. " Gua bukan apa. Bukan nak menyibuk pun tapi...kalau memang betul lu ada masalah, boleh jer lu share dengan gua. Gua boleh tadah telinga gua dengar problem lu. Manalah tau gua boleh bagi idea kat lu camner nak settle kan. Kadang-kadang kita ni kena kongsi masalah kita dengan orang gak. Simpan senyap-senyap dalam hati ni bahaya. Nanti sekali dia meletup...berkecai  bro. Gua tengok lu ni, gua memang confirm kerat jari sepuluh laa lu ada masalah. Cer cerita dengan gua apa masalah lu sebenarnya ini."
                Diam lagi.
               Apasal pakat diam terus mamat nih. Gua salah tanya lagi ke nih? ke...gua salah cakap? Apa...suara gua tak cukup sedap didengar ke? Damia garu perlahan kepala. Mati akalnya bila keadaan jadi diam dalam perut kereta. Hanya bunyi angin dari pendingin hawa yang menderu kuat yang diselang seli dengan desir nafas mereka berdua. Damia lepas deheman. Kuat. Cubaan untuk terus menarik perhatian pemandu disebelah yang dia rasa tiba-tiba bertukar mode model handsome peerghh tapi bisu. Namun tetap tak ada sebarang respon. Apa macam gua nak buat lagi ni ek. Karang gua terjun dari kereta lu ni bro. Gua dah super boring ni. Lu gila apa D, nak terjun-terjun ni. Ingat lu Ratu terjun macam Pandela Rinong apa! Dia dah tentu terjun masuk kolam, lu nanti salah-salah masuk gaung terus wassalam. Damia cebik. Ala..gua memain jer aar. Mata tengok orang sebelah balik yang masih kekal di posisi mulut yang terkunci.
               "Err...bro...gua.." Damia toleh sedikit kesebelah. Tengok muka orang sebelah yang macam mati bini Damia memang yakin sungguh ada yang tak kena. Pasti ada kena -mengena dengan soalan yang mamat nih tanya Damia tadi. Awek dia yang Ekin kata aktres terkenal yang meletop lawa itu minta cerai kut. Damia tahulah pelakon yang Ekin cakapkan tu. Selalu jugak tengok muka dia kat surat khabar dan majalah hiburan  entah haperhaper yang Pot rajin beli tiap bulan tu. Bila Damia beritahu Pot citer ni, walla ternganga besar gua Pot.  Pot siap cakap tak sangka pulak pelakon terkenal tu rupa-rupanya awek si mata cokolat seksi ni. Melepas dia nak ngorat mamat mata cokolat nan seksi tak hinggat ni. Kira gempak peerghh betul lah si mata cokolat seksi ni sebab dapat ngorat pelakon paling popular kat Malaysia. Bangga woo!
              Iqram lepas keluhan berat.  Damia kerut dahi. Lain macam punya masalah jer mamat mata cokolat nih.
              "Saya sakit hati bila kena tipu macam ni. Saya tak sangka dia sanggup tipu saya. I hate her! I hate her so much!"
               Walla....kuang kuang kluang man. Gua dah kata. Kan betul. Yes! Yes!
               Damia pusing badan menghala muka ke arah si mata cokolat seksi.  Sebelah kaki dinaikkan ke atas kusyen tempat duduk. Duduk yang mengiring dengan mata dihala terus ke wajah disebelah yang masih memandang ke arah jalanraya didepan. "Ok ok." Tapak tangan kanan dihala  ke sebelah. "Relax aar, bro. Macam ni. Cuba bawak bincang. Cuba tanya awek lu tu apa kes dia tipu lu. Mana tahu dia ada sebab ker. Dia tak nak lu marah dia ker kalau dia cakap terus terang. Lu jangan terus jatuh hukum. Tak best aar macam tu bro. Hero kena aar cool, bro."
              Iqram toleh sekilas ke sebelah. Wajah comel si pipi merah yang sedang memandang ke arahnya ditatap. "Masalah saya ni bukan kecil, D. Ni masalah besar. Sangat besar. Awak tak faham apa yang saya rasa. Awak tak rasa macammana rasanya ditipu oleh orang yang paling awak sayang dalam dunia ni. Saya malu dengan diri saya sendiri." Iqram macam ternampak-nampak senyum mama dan papa. Bibir diketap. Sakit hati bila Mimi sanggup menipunya tanpa sedikitpun rasa bersalah.
              Damia geleng kepala. " Bukan macam tu. Betul gua tak rasa apa yang lu rasa bro tapi tak bermakna gua tak faham. Kecil besar boleh settle bro kalau bincang baik-baik. Takkan lu tak sayang awek lu tu. Mesti sayang kan? Popular peergh tu. Terkenal satu Malaysia. Gempak punya cun,bro. Jangan salah ambilk keputusan yang akan buat lu sesal seumur hidup nanti."
               "Masalah saya rumit, D. Bukan sebarangan masalah."
                Dahi Damia dikerut. " Rumit? Rumit macamana, bro?"
               "D..." Iqram toleh kesebelah. Sepasang mata coklatnya yang indah itu dihala ke arah si pipi merah. "saya baru tahu yang dia..." Iqram kemam bibir. Hati bagai disagat kasar." sebenarnya isteri orang."
                Mata Damia terbuntang pandang si mata cokolat. Haa? Gila perrghh punya kes ni.
               "Awek lu yang boom punya cun tu isteri orang? Biar betul, bro. Apa kes lu berchenta dengan isteri orang. Lu memang tempah maut la nih. Baik siasat betul-betul dulu. Mana tau ni fitnah orang pada lu...pada awek lu. Orang terkenal dan popular macam awek lu tu memang aar tak lari dengan cite-cite tak betul ni."
               Damia tengok si mata cokolat seksi angguk kepala lemah. Terdengar dia lepaskan nafas. Lama. " Dia memang isteri orang. Bukti dah ada...dan dia pun dah mengaku."
             Damia muncungkan bibir dengan kepala yang tergeleng spontan. Macam tak percaya pun ada tapi takkan lah mamat ni nak tipu pulak kan. Tengok muka monyok si mata cokolat seksi ni yang dah mengalahkan unta mati bini memang confirmlah sedang berduka-lara. Patutlah mode ke laut jer dari tadi. Ni rupanya al-kisah punya cerita.  Peerghh betul aar hikayat cinta si mata cokolat ni. Gua boleh beritahu Pot ni dengan kata-kata semangat..lu ada harapan untuk ngorat si mata cokolat seksi ni beb sebab dia sudah kembali single..ahaaks! Kalau Demang tahu ni, confirm gua mampus kena belasah dengan mamat tu...hahaha.
          "Tak apa aar, bro. Kurang-kurang lu kena bersyukur kepada Dia. Lu belum ada apa-apa ikatan dengan awek lu tu. Tidak, memang lu masuk kes makhluk ternaya.". Iqram kerut kening. "Dia? Who?" Damia tepuk dahi. Apa punya mangkuk plastik dia ni. Jari telunjuk kanan Damia hala ke siling kereta "Allah." Iqram dilihat mengelipkan mata sebelum kembali menghala muka ke hadapan. Stereng dipusing membelok ke simpang memasuki taman perumahan tempat tinggal Damia.
          "Bro.."
           "Hmmm..."
          "Habis sekarang macammana dia dengan lu, bro?"
           "Putus lah."
           "Putus?"
           "Dah tu. Gila ker nak ada affair dengan bini orang. Saya masih waras lagi lah, D."
           Damia angguk kepala. Dua ibu jari ditegakkan lalu dihala ke wajah disebelah. "Nasib baik lu waras bro. Cayalah. Terbaek lu, bro."
           Iqram toleh. Kening terangkat. Mata ditala ke arah si pipi merah yang tenang memandang ke arah hadapan.
           "Kalau tak waras kenapa?"
           Damia toleh. Tayang sengih. "Lu bermadu la. Apa lagi. Punya la lembab otak lu nak pick up. Harap muka je peerghh punya handsome. Membazirkan aset kurniaan Allah betul lu ni."
            Iqram besarkan biji mata. Si pipi merah dilihat terus tayang sengih selamba. Dia ni kan mulut memang boleh tahan punya laser.
            Enjin Mercedes sport hitam Iqram dihentikan betul-betul dihadapan pagar rumah sewa si pipi merah sibelahnya ini. Dihala mata memandang ke arah rumah teres setingkat yang sunyi. Sebuah Pesona merah terparkir di halaman. Mata kembali dihala ke dalam perut kereta. Si pipi merah disebelah dilihat Iqram sedang membetulkan beg sandang yang diselempang ke tubuh.
           "Bro, terima kasih hantar gua balik dengan selamat sampai ke pintu pagar rumah."
            Iqram senyum segaris. Angguk." No problem, D. Hari-hari pun tak apa hantar awak. Saya seronok berbual dengan awak."
            Damia tayang sengih."Hari-hari? Lu biar betul, bro. Harus gua bermaharajalela nanti dapat driver yang perrghh punya handsome. Harus gua nanti jadi sasaran awek-awek yang dengki dengan gua sebab dapat rembat driver segak giler macam lu."
          "What? Driver?"
          Damia lempar senyum. "Oklah tu bro. Lu ingat senang ke nak dapat jadi driver awek perrghh punya cun macam gua ni. Lu ni kira bertuah tau sebab terpilih. Lu tak bangga ke? Lu wajib bangga, bro." Damia angkat kening. Sengih makin lebar.
          Iqram geleng kepala. D...D. Macam-macam betul.
          Damia capai pemegang pintu. Ditoleh kembali kesebelah. "Ok, bro. Gua chow. Assalamualaikum. Jutaan terima kasih sebab hantar gua balik malam ni. Dan terima kasih sebab lu sudi cerita masalah lu dengan gua." Damia tolak pintu.
         "D.."
          Tubuh yang separuh sudah terlolos keluar terhenti. Dilabuhkan duduk semula. Damia toleh kesebelah.
          "Thanks atas nasihat tadi."
          Damia sengih. "No hal, bro."
          "D.."
          " Yup.."
          "Boleh terima saya jadi kawan awak?."
          "Walla bro. Gua ok jer. Best woo dapat kawan yang peerghh punya handsome macma lu." Damia kenyit mata. Iqram senyum.
           "Err D.."
           "Ya.."
           "Boleh tak...awak jangan guna lu gua bila dengan saya. Saya rasa macam sedang pakai jeans koyak dengan rambut panjang bila awak cakap macam tu dengan saya."
           Pecah ketawa Damia. Kepala diangguk. Dua ibu jari ditegak dan dihala ke arah si mata cokolat seksi disebelah. Iqram hulur senyum. Manis.
            

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...