Friday, July 31, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 37

Bab 37
Tubuh kurus tinggi yang dibalut pijama satin berwarna putih gading sedang berdiri sambil bersandar pada dinding di luar kamar mewah itu. Sesekali tiupan bayu malam yang menyapa, membuai-buai helaian rambutnya yang mengurai beralun mengikut alunan bayu. Dia membawa kedua-dua tangan memeluk tubuhnya. Kedinginan malam berserta tiupan bayu yang sesekala berlagu menyerap hingga ke dalam tubuh. Dia merenung jauh melihat ke langit malam. Kerlipan bintang yang indah bertaburan bagai ingin dicapai. Dari balkoni kamar yang serba mewah itu dia dapat melihat suasana malam yang masih rancak di kota metropolitan Kuala Lumpur biarpun malam sudah lama melabuhkan tirainya dan dinihari kian merungkaikan kelopaknya.

Entah mengapa hatinya bagai tidak enak sungguh malam ini. Dia cuba membuang jauh-jauh segala tanggapan yang tidak elok yang singgah dikepalanya. Dia gagal melabuhkan mimpi sejak cuba melelapkan mata sedari awal malam tadi. Lalu perlahan-lahan dia bangkit dari katil agar tidak mengganggu tidur suaminya yang begitu pulas tidurnya. Langkah halusnya itu dibawa menuju ke sudut balkoni kamar mewah tersebut. Sudah kerap hatinya dilanda rasa yang sedang dialaminya malam ini. Sewaktu akan berlangsungnya majlis akadnikahnya sedikit masa lalu juga begitu perasaan yang melanda dirinya. Tika itu dia menangis memikirkan jika perkara yang tidak elok akan menimpa Aidil. Dia takut sekali kehilangan Aidil. Dan sekarang ini degupan yang sama menyerang dirinya kembali. Dia tidak tahu petanda apakah ini. Dia jadi sangat takut memikirkan semua ini.

Dulu sewaktu kecil dia selalu mendengar dan menyaksikan berlakunya sesuatu peristiwa duka dan rentetan sebelum peristiwa itu menimpa kalangan ahli keluarga adakalanya tanpa terfikir apa-apa diperlihatkan tanda-tanda aneh yang sebenarnya membawa mesej tersirat. Hanya selepas musibah itu menimpa barulah kesedaran itu menjelma. Dia jadi khuatir apakah apa yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini ada membawa maksud tertentu. Apakah ada musibah yang bakal menanti untuk diperlihatkan padanya. Dia jadi sungguh takut bila memikirkan semua itu.

Ya Allah, ya tuhanku...pelihara diri suamiku, keluargaku dan diriku ini. Jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka dan hasad dengki manusia. Berkati dan rahmatilah ikatan kekeluargaan kami ini. Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah dan kerna itu hanya pada-Mu tempat hambamu ini memohon belas kasihan, berilah ketenangan hati dan jiwa pada hambamu ini yang begitu tidak tenteram kebelakangan ini...amin, ya rabbal'alamin. Kedua-dua belah tapak tangan diraup ke wajahnya. Perlahan-lahan juga airmata yang terbit dari tubir kelopak matanya diseka dengan jari-jemarinya.Dia menghela nafas perlahan-lahan lalu mengatur langkah masuk semula ke dalam kamar tidurnya. Dia melihat sekujur tubuh itu masih enak berbungkus selimut. Senyuman terbit dari bibir mungilnya. Perlahan-lahan tubuh kurusnya itu dibaringkan disebelah suaminya itu.

* * * * * * *
Ayunan langkahnya dipercepatkan. Segugus kunci dari tas tangan Louis Vuitton dikeluarkan. Salah satu anak kunci disorong ke dalam lalu pintu kereta mewah BMW berwarna hitam itu dibuka. Tubuhnya dihenyak di tempat kerusi pemandu. Kacamata hitam yang disangkut pada kepalanya sebentar tadi diturunkan lalu disarungkan ke posisi asalnya. Pintu lalu ditarik kuat. Dia mencapai telefon bimbit yang berada didalam tas tangan. Dia lantas menekan-nekan mencari sebaris nama dan setelah berjumpa dia pantas menekan butang hijau.

"plan kau macammana?. Hmm great. Kau dah pergi tinjau lokasi majlis mereka tu?.Bagus...jangan buat silap. Aku tak suka kesilapan. Zero mistakes!. Pastikan kau buat macammana yang telah kau maklumkan pada aku tempoh hari...aku nak kau hati-hati. Kawalan keselamatan di sana nanti memang ketat. Aku dapat tahu Aidil ada upah syarikat ternama untuk menjaga dan mengawal keselamatan majlis. Jangan sampai ada orang yang perasan tindak-tanduk kau dalam majlis tu nanti, itu pasti akan membahayakan kau...dan indirectly juga akan membahayakan aku. Kau faham maksud aku bukan?.Hubungi aku untuk perkembangan lanjut. Ok, bye." Dia menekan butang merah lalu mencampakkan telefonnya itu ke tempat duduk penumpang disebelahnya.Engin kereta hitamnya dihidupkan. Stereng diputar dan kereta mewahnya itu meluncur laju membelah lalu lintas menuju ke pinggir bandaraya.

Pintu pagar banglo 3 tingkat di pinggir bandaraya itu terbuka lalu kereta mewahnya meluncur masuk di perkarangan banglo tersebut. Dia lantas masuk ke dalam dan melihat sekilas. Tiada kelihatan kelibat sesiapa di ruang tamu hanya terlihat susuk tubuh 2 orang gaji rumahnya yang sedang menyusun sesuatu ke dalam almari sambil berbual-bual. Dia tidak mahu ambil peduli. Langkahnya diatur naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan tangga didaki untuk naik ke tingkat atas.
Telefon bimbit berwarna hitam yang berkilau itu dicampakkan ke atas katil. Dia melihat wajahnya di cermin. Wajahnya didekatkan pada cermin. Dia tersenyum. Dia ketawa. Kuat sekali. Tubuhnya dihumbankan pada katil. Ketawanya masih bertali arus. Makin nyaring. Tiba-tiba ketawanya terhenti. Matanya membulat tatkala minda memutarkan peristiwa yang secara tiba-tiba melalui ruang matanya. Fragmen yang dilihat pagi tadi sangat menyakitkan hati. Mahu rasanya dia mencakar-cakar wajah jelita itu. Mahu rasanya dia mengoyakkan mulut mungil yang tersenyum dan tertawa manja itu. Mahu rasanya dia mencincang lumat tubuh itu. Arrghhh...dia benci yang teramat sangat pada wajah itu. Rasa benci yang tidak dapat digambar dan diluah dengan kata-kata. Rasa yang pastikan akan dikuburkan tidak lama lagi. Ya, dia sangat pasti tentang itu. Tiba-tiba dia tersenyum.

Masa kau sudah tiba Aishah Kesuma!...

* * * * * * *

Dia senyum. Wajah dihadapannya itu turut tersenyum manis. Kedua-dua belah tangan itu dicapai lalu tubuh itu ditarik ke dalam dakapan. Mereka saling berdakapan. Erat sekali.

"weh, bila kau sampai ni, kata kursus kat KK?...haa, aku tau, abang chik jemput kau ek?...hehehe, bestnya kau dapat datang Pot...jom jom masuk dulu...eh, mana abang chik?...aah takper laa, biarkan dia..." Dia sudah menarik tangan teman didepannya itu masuk kedalam kamar tersebut. Gembira sungguh dengan kehadiran rakan akrabnya yang satu itu. Lepas majlis di kampung dulu Pot ada memberitahu yang dia berkemungkinan tidak dapat hadir majlis resepsinya di Kuala Lumpur kerana harus menghadiri kursus di Kota Kinabalu. Dia sungguh sedih waktu itu. Pot antara insan yang sangat bermakna dalam hidupnya. Anatara insan yang sangat dikasihinya. Rakan akrab sejak kecil.

"ala...kalau aku tak datang karang ada orang yang melalak pulak...siap ugut nak putus sahabat la, itu la ini la, issy amende la kau Echa...kau ni kan teruk betul tau!, because of you my dear siap aku kena lecture free ngan penyelia aku pasal mintak pelepasan dari hadir kursus tu...nasib baik la aku kamceng ngan penyelia aku tu cik kak ooi, lepaslah aku dari kena gi sana..kalau tak..."

"kalau tak apa Pot?..."Echa sudah meletakkan tangannya pada bahu rakan karibnya itu merangkap bakal kakak iparnya.

Pot menoleh sekilas melihat wajah Echa yang sudah tersengih-sengih memandang ke arahnya. Tangannya kemudian dilingkarkan pada pinggang ramping Echa.

"hmm..kalau tak, jawapnya banjirlah nanti Ballroom ni nanti dengan airmata pengantin!..."

"adoiii...sakitlah Echa...."Pot sudah terjerit sambil menggosok-gosok lengannya.

"padan muka!..." Echa sudah mencebik sambil mentertawakan Pot yang masih memuncungkan mulutnya sambil mengomel-ngomel memarahi Echa.

Pot, Echa sayang Pot tau!...

Tuesday, July 28, 2009

Rindu Semalam -Bab 8

Bab 8

"Kau kenal dia? sejak bila?..." Taufik merenung mata teman dihadapan yang sedang tunduk merenung potongan kuih talam ubi di dalam piring di atas meja. Pertanyaannya sepi tanpa balasan. Dia diam. Tidak mahu mengulangi pertanyaan kerana dia pasti teman dihadapannya itu mendengar dengan jelas apa yang keluar dari rongga mulutnya sebentar tadi. Dia memerhatikan sahaja aksi temannya memotong dan menyuap potongan kuih berlapis hijau coklat itu ke mulut. Sedari dahulu dia tahu temannya yang satu ini sangat menggemari kuih yang satu ini. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu keistimewaannya.

Persekitaran restoran di Putrajaya itu cukup mendamaikan kala petang-petang begini. Teman di depan masih diam tidak berkutik. Taufik meniup sedkiti lalu menghirup perlahan-lahan air teh di dalam cawan yang sedang dipegang. Dia menggeleng-geleng kepala melihat aksi teman di hadapan yang sedang hanyut entah ke mana. Sedikit senyuman terukir pada hujung bibirnya.

"kau tau Fik, kuih ni dulu dia la yang perkenalkan pada aku. Mak dia dulu jual kuih muih di kampung dan menghantarnya ke kedai-kedai makan di sekitar kawasan tempat tinggal kami para guru. Kuih-muih mak dia memang terkenal sedap. Aku selalu dengar member-member aku sebut pasal kuih-muih jualan mak dia. Aku ni masa mula-mula mengajar memang tak masuk la kuih-kuih tradisional ni lagi-lagi yang manis-manis ni...tapi bila cuba rasa kuih talam ubi yang dia bawa ke sekolah...aku jadi tak boleh miss kau tau...macam ketagih pulak, kelakar sungguh...tapi memang sedap kuih yang mak dia buat, yang ni pun tak leh lawan..."tangannya pantas menyuap baki kuih yang di dalam piring terus ke dalam mulut. Taufik memerhatikan sahaja gelagat temannya itu.

kata tak leh lawan dengan yang satu tu, tapi licin juga satu piring kau sebat Akmal!...

"dia tu bekas anak murid aku masa dia Form 5. Frankly aku suka dia. Suka tengok dia. Tengok dari jauh la...suka perhati gelagat dia waktu dalam kelas. Dia masa di sekolah memang pendiam, dia sedikit pemalu budaknya tapi...genius giler!. Dengar lepas tamat sekolah rendah dia dapat offer gi MRSM kat Kuantan tapi dia tolak sebab taknak tinggalkan mak dia sorang-sorang di rumah. Aku diberitahu oleh cikgu-cikgu kat sekolah dia takde saudara-mara terdekat. Mak dia tu orang pendatang...melayu siam, lepas kahwin ngan arwah abah dia terus mak dia dibawa tinggal di kampung arwah di Pahang."

patutlah dia cantik gebu mulus macam kata si Wan...produk kacukan siam rupanya!

"kau tau Fik, kawan-kawan aku dulu ramai yang jatuh hati kat dia...usha usha la jugak tapi takde sorang pun yang berjaya ngorat dia. Punya la frust member-member tu, aku lak tukang gelakkan diaorang, dia boleh wat bodoh jer bila diaorang cuba ajak dia keluar...last-last diorang yang malu sendiri sebab si cantik manis tu wat tak layan jer..."

"kalau nak ikutkan aku mula rapat dengan dia bila dia ikut perkhemahan sekolah ke Air Terjun Berkelah di Maran, masa tu aku yang jadi team leader...dia ni nampak jer diam,lemah lembut Fik...rupanya lasak habis, tak padan dengan badan... Aku tegur dia sebab tak sangka dia yang terawal sampai ke puncak Air Terjun tempat kami decide nak pasang khemah, aku pun kalah dengan dia kau tau!...murid-murid yang lain jauh tertinggal di belakang. Dia kata dah biasa dari kecil ikut arwah abahnya masuk hutan dan bermalam kat hutan sebab arwah abahnya rajin berburu...jadi takat perjalanan dan pendakian macam ni dah biasa sangat...takde masalah untuk dia. Siap dia pasangkan khemah, kutip ranting-ranting dan batang-batang kayu untuk kami buat unggun api juga untuk masak masa tu. Cekap aku tengok dia buat kerja masa tu. Terpegun mata aku tengok kepantasan dia...slowly kami jadi akrab...tapi masih lagi la hubungan antara guru dan anak murid..." Taufik lihat teman dihadapannya itu menghela nafas sambil menghirup air di dalam cawan yang dipegangnya perlahan-lahan. Matanya mengecil seakan cuma mengingati sesuatu...sesuatu yang lampau.

"lepas pada perkhemahan tu, banyak la jugak dia ikut aktiviti perkhemahan yang lain...dia memang hebat part-part dalam hutan ni...kadang tu macam tak percaya jer kalau tengok penampilan fizikal dia, dia sebenarnya dah macam sebati dengan hutan. Pernah dia beritahu aku dia pernah terserempak dengan harimau waktu ikut mak dia menoreh getah...waktu tu dia menoreh di kawasan atas bukit , mak dia di bawah...anehnya pak belang tu tak terkam dia cuma pandang then lari masuk jauh ke dalam hutan...hai, kalau aku la mau pengsan kat situ jugak Fik...pak belang tu!...."

hmmm...menarik kisah dia ni...

"then slowly aku rasa macam mula sayang kat dia...sayang yang bukan pada guru pada murid...sayang antara seorang lelaki pada perempuan. Aku pun tak tahu macam mana perasaan tu datang Fik...aku selalu gak kata pada diri aku masa tu gila ke jatuh cinta kat anak murid sendiri...tapi macam tak boleh nak tolak ke tepi perasaan tu..makin aku tolak makin hampir jadinya...aku macam angau jadinya bila tak tengok muka dia sehari di sekolah. "

"mula aku luahkan perasaan kat dia...kau tau Fik, dia diam jer...sikit pun tak cakap apa. Aku fikir masa tu wassalam la kau Akhmal sebab lepas tu dia cuba jauhkan diri dari aku, cuba elak dari bertembung dengan aku...asal aku mengajar dalam kelas, dia sikit pun tak angkat kepala..tunduk ke bawah aje...aku fikir dia marah pada aku...then lepas seminggu bila aku dapat kesempatan bertembung dengan dia aku tanya dia....kau tau apa Fik, dia hulurkan sepucuk surat kat aku.....walla, aku tak leh nak gambarkan perasaan aku masa tu, rupa-rupanya dia pun suka kat aku...cuma dia segan, dia malu...dia kata aku cikgu, dia murid, aku kaya dia miskin...tapi sungguhlah aku rasa gembira sangat bila dia sudi terima aku. Aku ni Fik siap pi jumpa mak dia cakap terus terang...taknak nanti mak dia ingat aku main-mainkan anak dia...aku memang sayang sangat-sangat kat Duhaila...sampai sekarang pun Fik, tak sikitpun berubah...aku masih sayang dia..."

Duhaila Duhaila....dalam diam hebat awak ni rupa-rupanya ye!

Thursday, July 23, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 36

Bab 36

Dia tidak pernah tewas sebelum ini. Dia tidak pernah gagal selama ini. Tidak pernah sekali. Titik. Segala apa yang diingini pasti akan dia perolehi dengan mudah. Petik saja jari...kelip saja rongga mata, sudah terhampar permintaannya didepan mata. Tiap patah kata yang keluar dari belahan mulutnya yang mungil itu bagai punya kuasa sakti. Punya kuasa nan ajaib. Dia tidak perlu bersusah payah hatta bertungkus lumus. Tapi kini...

Sejak kecil dia tidak pernah tahu dan kenal apa itu erti susah payah, apa itu erti kekalahan kerna baginya yang sudah terdidik dengan limpahan kemewahan, dunia bagai digenggaman sahaja. Dunia ini dia yang punya!. Akan tetapi kini dia tewas. Dia kalah. Tewas dan kalah untuk julung kalinya sepanjang dia hidup di muka bumi ini. Betapa aib sekali dirinya dirasakan saat ini. Malu yang tidak tertanggung!. Dunia yang dahulunya digenggaman kini terlepas dari ikatan jari jemarinya. Ironis bukan!. Dunia sudah mencebik kemudian perlahan-lahan mentertawakan dirinya dengan angkuh sekali.

Kau sudah tewas ditangan dia!.

Tidak!, aku tidak akan mengalah...perlawanan ini belum tamat!

Sudahlah...kau harus terima hakikat ini. Dia lebih hebat dari kau!, hahaha...

Tidak!...tidak sekali-kaliiiiiiiiiiii!

Ekor matanya nan tajam dan galak itu menyusuri sepasang tubuh dari kejauhan. Sedari tadi dia membuntuti mereka secara diam-diam. Melihat kemesraan mereka bagai mendalamkan lagi carikan luka nan sungguh pedih didadanya yang sudah sarat dengan gelodak perasaan amarah dan dendam yang tidak bertepi. Sakitnya tidak tergambar, tidak terlukis dengan luahan di kanvas yang kaku!. Percikan bara dari api kebencian yang kian memarak di dalam ujana hati bagai meronta-ronta meminta dilepaskan.

Tubuh tinggi langsing perempuan yang sedang ketawa manja sambil memaut erat lengan jejaka disebelah dipandang. Keintiman mereka cukup menjengkelkan nuraninya. Tajam renungannya pada sesusuk tubuh yang membangkitkan sakit hati dan dendam yang semakin membuak hari ke hari. Dia harus melunaskan rasa itu sesegera yang mungkin. Dia tidak sanggup lagi menelan kata-kata sindiran dan menadah telinga mendengar bisikan-bisikan nakal yang mentertawakan kekalahannya. Ya, kekalahan di tangan perempuan durjana itu!. Perempuan celaka itu!

Kau tunggu Aishah Kesuma!...

* * * * * * *

"waaaahhh!.......a light green wedding gown...and also a green purple kebayaaa!,...woooo,i just can't believe this is mine Joe...Abang, this is so beautiful!, l love it so much....thanks sweet heart..." Echa mendakap Aidil tanpa mempedulikan kehadiran Joe didalam kamar mewah itu. Aidil yang sedikit tersipu dengan perilaku spontan isterinya itu hanya mampu mengenyitkan matanya pada Joe. Joe melempar senyum sambil menggeleng kepala melihat reaksi Echa yang penuh keterujaan dengan persalinan istimewa yang ditempah khas oleh Aidil buatnya untuk digayakan pada majlis resepsi mereka nanti.

Sungguh Echa tidak menyangka akan dipersembahkan dengan sesuatu yang cukup istimewa dari insan yang sangat dicintai itu. Saat melihat kedua-dua pakaian itu dikeluarkan dari kotak dan dibentangkan di atas katil mereka oleh Joe , Echa sudah menutup mulutnya yang terbuka luas dengan mata yang membulat. Tidak percaya!. Matanya menatap mata Aidil yang sedang tersenyum memandangnya sambil mengangguk-anggukkan kepala. Isyarat yang seolah-olah jika diterjemahkan dengan kata-kata...

yes , this is specially tailored for you sayang!...from me to my beloved wife.

Hijau itu warnanya dan ungu itu warna Aidil. Sungguh dia tidak menyangka Aidil memberinya kejutan yang sangat indah ini. Sukar dilafazkan keterharuan ini.

Terima kasih abang!..terima kasih sayang!.

"sudah-sudahlah dengan aksi terlampau kau tu makcik...simpan sikit untuk sesi malam nanti. Ni Echa, kau pergi cuba dulu dua-dua persalinan ni...aku nak tengokkan kut-kut ada apa yang kena dibetulkan ker, boleh aku beritahu si mamat Radzuan tu..." Joe sudah bercekak pinggang menyuakan kedua-dua helaian pakaian tadi ke arah Echa yang masih erat memeluk pinggang suaminya. Dengan bibir yang sedikit dicebikkan Echa mengambil kedua-dua pakaian itu lalu terus melangkah ke bilik disebelah.

"macammana Nina sekarang lepas i temporary kidnap Echa from there Joe?..." Setin minuman bergas berwarna hijau yang diambil dari peti sejuk di hujung sudut kamar dihulurkan Aidil pada Joe yang sedang enak duduk di sofa bercorak bunga kertas kecil berwarna perang keemasan yang disuaipadan dengan warna bilik dan langsir kamar ini. Aidil turut melabuhkan punggungnya dihadapan Joe.

"thanks Engku.." senyuman kecil dilemparkan Joe pada susuk tubuh sederhana berwajah tampan dihadapannya. Dia lihat Aidil ketawa kecil.

"tak perlulah berengku engku dengan saya Joe. Macam you biasa panggil my wife dengan nama Echa, you also can just call me Aidil...saya lebih suka begitu. Nampak mesra kan. Kadangkala saya rasa jealous jugak tengok Echa boleh mesra dengan sesiapa saja. Tak sukar untuk dia berkawan dengan sesiapa sahaja. Lepas ni kalau saya tak dapat teman atau berada di sisi Echa, saya minta Joe tengok-tengokkan dia ok. Saya risaukan dia. Dia sudah jadi tanggungjawab saya sekarang. Saya sudah berjanji untuk menjaganya sebaik mungkin bersaksikan semua yang ada saat kami diijabkabulkan.."Nafas Aidil dihela lalu dihembus perlahan-lahan. Joe hanya membiarkan. Menanti dia menyambung bicara.

"Saya sebenarnya mahu dia berhenti di Nina's, in fact saya dah sediakan tempat untuknya di AAZ Holdings yang bersesuaian dengan kemampuan dia, tapi you tahulah Echa. Dia mana mahu dipaksa-paksa, disua-sua. Dia taknak bekerja di pejabat saya. Tak selesa katanya. Dia mahu terus di Nina's, sudah jemu nanti barulah dia fikirkan tawaran saya tu. Saya faham maksud my wife. Dia sebenarnya taknak orang salah anggap pada saya walaupun saya dah jelaskan dia ditawarkan jawatan ini atas kelayakan akademik yang dia ada, saya tidak campur tangan langsung dalam soal pemilihan ini...penglibatan saya cuma pada peringkat meminta pihak Jabatan Sumber Manusia meneliti kelayakan akademi Echa dan letakkan dia di posisi yang setaraf dengan kelayakan itu..." Joe memandang wajah lelaki yang penuh rasa cinta dan tanggungjawab dihadapannya itu. Saat matanya dan mata Aidil bertemu, ada segaris senyuman pada wajah tampan itu.

Bertuahnya kau Echa!...betapa lelaki ini begitu menyayangi dan menyintai dirimu lebih dari dirinya sendiri.

"Taraaa...abang, tengok ni..cantikkan!...."Aksi Echa yang berpusing-pusing dengan gaun hijau lembut itu bagaikan lagak anak patung mainan yang menari berpusing-pusing saat suisnya ditekan.Comel sekali!. Aidil mengenyitkan mata pada isterinya sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan ke atas isyarat "cantik sekali!".

Echa mengangkat kepala pada Joe seperti bertanya "macamana?ok ker?". Joe mengukir senyuman pada Echa dan Aidil yang sedang serentak memandang padanya.

"beautiful! perfect!...you shall be the star for the day Echa...aduh, cantiknya kamu nona...bikin aku penasaran aja deh!..."

Echa dan Aidil sudah ketawa besar mendengar kata-kata lucu yang keluar dari mulut Joe.

Wednesday, July 22, 2009

Rindu Semalam -Bab 7

Bab 7

Entah kenapa semacam ada rasa yang sukar untuk dilafazkan. Semacam ada kata yang tidak dapat diluahkan...bagai tersangkut di hujung kerongkong lagaknya. Dia cuba mengusir segala gundah itu jauh jauh dari singgah dan bersemayam di ruang hatinya kala ini. Dia tidak suka ada sebarang tingkah, sebarang prasangka, tapi...duhai hati, tenteramlah dikau, janganlah berkocak, usahlah menambah gelisah di minda tuanmu saat ini, kasihanlah dia wahai hati!.

Langkah diteruskan ke destinasi seperti yang dipinta. Tamat sesi lawatan ke wad-wad bersama Dr. Taufik tadi dan ketika sedang berjalan bersama menuju ke bilik Dr Taufik untuk sesi semakan tugasan dan jadual untuk bulan hadapan Duhaila dikejutkan dengan pesanan ringkas dari Ziha. Pesanan yang pada firasat akal warasnya cukup berlainan sekali nadanya. Tidak seperti selalu. Apa kenanya si Ziha ni?. Dahinya berkerut habis tatkala membaca sebaris ayat ringkas yang tertera di skrin telefon bimbitnya saat itu hinggakan tanpa disedari perilakunya menjadi tatapan mata Dr. Taufik yang memandang aksinya tanpa berkelip.

"anything Duhaila?..."Diam.

"Duhaila?.." Diam.

"Dr. Duhaila? are you ok? anything happened?..." gelombang bunyi dari suara nyaring Dr. Taufik yang bergema seakan menusuk masuk secara tiba-tiba ke dalam gegendang telinganya lalu membangkitkan Duhaila ke alam nyata. Duha menghela nafas perlahan-lahan sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket jubah putihnya. Dia memandang wajah Dr. Taufik yang sedang merenungnya. Serius sekali riak wajahnya. Dia cuba mengukir senyuman pada wajah dihadapannya saat itu.

issy, mamat ni muka punyalah serius habis, menakutkan sungguh la...nasib baik la kau hensem Dr Taufik ooi, kalau tak....

"takder apa-apa Dr. Taufik, cuma sms giler dari kawan yang dah putus wayar bumi macam tu la...don't worry ok...so boleh kita bincang pasal jadual tugasan bulan depan?..."Duhaila meneruskan ayunan langkahnya ke bilik Dr. Taufik. Duhaila tahu Dr. Taufik seakan tidak berpuashati dengan jawapannya tadi. Riak wajahnya jelas menggambarkan jawapannya. Biarkanlah. Duhaila tidak mahu bercerita apa-apa saat ini. Bagi Duhaila saat bekerja harus ditumpukan dengan sepenuhnya, harus jujur dan ikhlas kerana dia dibayar untuk bekerja, bukan untuk bercerita kisah peribadi, bukan juga untuk berkhayal yang bukan-bukan. Duhaila masih ingat pesanan ibu saat dia melangkah ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas di sini.

"waktu berkerja, kerjalah dengan sepenuhnya Duha...jangan pulak kamu buat "kerja" yang lain masa kamu bekerja...nanti tak berkat rezeki yang kamu dapat tu. Tak halal Duha...ingat tu!..." dan berkali-kali juga pesanan yang sama itu singgah di cuping telinganya jika dia bercakap atau menghubungi ibunya di kampung. Ibu tidak pernah jemu mengingatkan hal yang satu ini.

Dr Taufik sudah mengambil tempat tempat di hadapan Duhaila. Sehelai kertas yang sudah siap bercetak dihulurkan kepada Duhaila. Dengan isyarat mata Dr Taufik meminta Duhaila duduk.

"ok...let us see the schedule for next month...".

* * * * * * *

Kepala ditoleh ke kawasan sekitar. Memandang sekeliling dengan hati-hati. Sunyi sekali. issy, apahal lah si Ziha ni, sah betul putus wayar bumi makcik ni...apa ke hal suruh aku datang sini. Telefon dari dalam poket jubah putihnya dikeluarkan lalu ditekan mencari sesuatu. Mesej dari Ziha dibaca sekali lagi.

Betul la ni lokasinya!bisik Duhaila dalam hati kecilnya..tapi apasal sunyi jer kawasan ni, mana pergi semua orang. issy!

"kau datang jumpa aku waktu break nanti kat bilik rehat tingkat 3...yang hujung sekali tu...datang sorang je...

KAU MESTI DATANG!

ada hal mustahak aku nak selesaikan dengan kau hari ni!..

Tombol pintu diputar perlahan-lahan. Kepalanya dijengokkan sedikit ke dalam bilik rehat yang disebut dalam mesej Ziha tadi. Gelap. Dan tiba-tiba tangan bagai ditarik kedalam, mulutnya mahu menjerit namun tiba-tiba biliknya yang tadinya gelap sudah terang benderang. Matanya bulat melihat apa yang terbentang di depan mata. Terjeda nafas dan suaranya saat itu. Terpasung gerak tubuhnya!. Wajah-wajah ceria dan tersenyum dihadapan dibilang satu persatu.

Ziha, Man, Liya, Munirah, Anna, Hilmi, Dr Wan Azlan, Dr. Taufik, Dr. Wong, Dr. Anne, Dr. Rashid, Dr. Kamala, Nani, Ima, Azean, Jee, Kawaljit, Chin...

"Happy birthday to you...Happy birthday to you...Happy Birthday to Duhaila....Happy Birthday to youuuuu!"suara nyaring Ziha yang bergema mengisi ruang di bilik rehat yang dipenuhi pelbagai hidangan dan makanan disambut pula oleh suara-suara yang lain bagai satu melodi yang begitu sayu sekali pada pendengaran Duhaila. Terharu sekali dirinya saat itu. Tiada kata yang mampu diucapkan. Tangannya ditutup ke mulut. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Saat tangannya ditarik Ziha ke ruang tengah di mana sebijik kek cantik yang sudah terhias lilin yang sudah siap dinyalakan Duhaila masih diawang-awangan.

"tiup laa Duha..kang cair lak lilin tu...habislah nanti kita semua makan kek yang dah dicemari lilin cair, ooowhhh...."mulut Ziha yang tidak henti-henti bercakap bagai bertih jagung separa masak tu mengundang tawa yang lain. Lilin ditiup perlahan lalu tangannya sudah siap diletakkan pisau oleh Ziha tadi pantas membenamkan mata pisau ke perut kek dihadapannya itu. Ziha memotong sedikit lantas disua ke mulut Duhaila.

Sedapnya!.Dia mengambil sedikit potongan tadi lalu disua ke mulut Ziha pula. Adegan suap-menyuap antara mereka berdua mengundang ketawa semua yang hadir di dalam bilik itu.

"Kenapa pelangi?..." pertanyaan dari Dr. Wan Azlan itu menghentikan keasyikan perbualan antara Duhaila dan Ziha. Duhaila tersenyum memandang ke wajah Dr. Azlan. Wajah Dr. Taufik yang berdiri disebelah Dr. Wan Azlan turut dijamah sama.

"yup, kenapa pelangi Duhaila?, bila Ziha beritahu pasal surprise party ni, saya offer nak belikan cake...Ziha cakap xper, dia dah tempah kek yang punyer 7 warna...pelangi!. Kata Ziha awak suka betul dengan pelangi...tapi bila saya tanya pasal apa, dia suruh saya tanya awak sendiri..." Dr. Taufik yang sedari tadi memandang wajah Duhaila, mula bersuara.

"bukankah pelangi itu melambangkan diri kita dan kehidupan kita di dunia ini Dr., hmmm?"Duhaila tersenyum melihat Dr.Taufik dan Dr. Wan Azlan yang saling berpandangan anatara satu sama lain.

"maksud you Duha?..."Serentak suara kedua-dua doktor itu bertanya.

"bukankan pelangi tercipta ketika rintik-rintik hujan bertemu dengan sinar matahari yang jelas berbeda karakter antara keduanya?...begitulah juga kita dan kehidupan ini. Walau tidak sama sifat, mungkin berlawanan, tidak sependapat tapi kita tetap saling memerlukan antara satu sama lain."Tambah berkerut dahi kedua-dua doktor senior dihadapannya saat itu. Duhaila hampir mahu ketawa tapi mampu ditahan agar tidak tergelongsor keluar dari mulutnya. Nahas!

"Duha, saya tak faham, boleh jelaskan?..."Ziha sudah mengangkat keningnya pada Duhaila sambil ketawa kecil.

"Dr Wan ngan Dr. Taufik kenalah ambik kelas tuisyen dengan Duhaila kalau nak tahu lebih lanjut pasal pelangi ni ye..."Duhaila sudah membulatkan bijik matanya pada Ziha.Pandai-pandai aje makcik sorang ni. Sudahlah memeranjatkan Duhaila dengan kiriman mesejnya yang semacam tu, kemudian majlis terkejut ni...then kelas tuisyen la pulak...eeei, memang nak kena cekik la !!!

"boleh...saya no problem. Saya ni memang out bab-bab ni. Kau Fik, ok tak?"

"hmm..ok."

Ziha ni kan, memang la kena tau!

Zihaaaaa!!!

Monday, July 20, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 35

Bab 35

Pintu kaca yang memisahkan balkoni dan kamar beradu suite mewah ditingkat tujuh bangunan hotel bertaraf lima bintang di pinggir ibukota Kuala Lumpur bersinar oleh percikan cahaya suria pagi yang sudah memulakan tugasnya nun di ufuk timur. Cahaya yang membiasi membentuk jaluran lorong cahaya putih kekuning-kuningan yang menembusi jaringan langsir putih terus ke dalam kamar beradu nan serba mewah itu.

Echa duduk di birai katil kamar mereka sambil tangannya sibuk mengeluarkan baki pakaian mereka berdua yang tidak sempat disusun kelmarin dari dalam beg hitamnya itu. Dia langsung tidak mengetahui yang suaminya itu sudah menempah suite mewah ini untuk tempoh seminggu. Fikir Echa mereka akan pulang dan bermalam di rumah bonda mertuanya atau setidak-tidaknya ke rumah mak long dahulu sementara menanti majlis resepsi mereka di sini. Kata Aidil, dia mahu menghabiskan masa dengan Echa di sini...di dalam kamar ini dan pada suasana sebegini tanpa gangguan sesiapa..amboi amboi, bukan main lagi ye Aidil!.

Bisik Aidil pada telinga Echa sewaktu dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur kelmarin biar aje mak, abah serta abang chik juga abang teh yang tinggal di rumah mak long...hanya mereka berdua sahaja akan tinggal dan bermalam di sini sehingga majlis resepsi mereka selesai..alahai Aidil, tersenyum-senyum mak long juga yang lain-lain tatkala mendengar hujahnya itu. Echa yang sepatutnya malu, sudah tak jadi malu pulak...malah rasa sangat lucu dengan perilaku Aidil. Sudahnya kami semua mentertawakan Aidil yang dilabelkan gelojoh oleh mak long. Marahnya Aidil tatkala ditertawakan Echa bila mengetahui sebab dia berbuat demikian...kata Aidil, Echa ni sudah lah tidak romantik langsung pulak tu boleh bersekongkol dengan yang lain-lain mentertawakannya...ada pulak macam tu Aidil ni, dah memang rancangan Aidil tu sungguh terang tidak tersuluh gelojohnya apa lagi yang nak Echa pertahankan...jadi untuk selamat Echa joint the club la dengan pasukan sorak gelakkan Aidil...takkan Echa nak sokong pasukan yang terang-terang akan kalah, hehehe..janganlah marah Aidil sayang!

Aidil kata seorang isteri tu kan kena sentiasa sokong suami...itukan syurga seorang isteri!, aduh hai Echa confirmed kalah bila dibentangkan hujah sebegini... lalu dengan akur, penuh takzim dan taat setianya Echa membuntuti sahaja la Aidil melangkah masuk ke ruang bangunan serba mewah ini sebaik tiba dari kampung kelmarin. Seronok jugak Echa rasakan bersemayam di sini..hmmm, dilayan bagaikan anak raja !. Hendak apa, tekan sahaja butang telefon lalu pasti ada vokal lemak manis dengan intonansi suara yang cukup memikat menyambut di hujung talian sana dengan penuh hormat menyapa panggilan kita..

"yes miss, what can i help you?, sure miss, will send it shortly right to your door...thank you, anything else miss?...ok , have a nice day."

Mata Echa terjunam pada susuk tubuh dihadapannya tatkala ini yang begitu pulas dan enak berselimut. Echa menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aksi Aidil yang sedang lena diayun mimpi. Wajah Aidil yang putih jernih tatkala sedang beradu direnung Echa. Sebuah senyuman manis terbit dari bibirnya. Alunan muzik dari telefon bimbitnya mematikan lamunan Echa. Dia bangkit perlahan-lahan dari birai katil lalu mengatur langkah pantas ke almari solek yang terletak di hadapan katil. Gajet itu dicapai lalu terlihat nama yang tertera di skrin. Echa senyum lalu menekan butang hijau dan memberi salam. Langkahnyer dibawa menghala ke ruang balkoni.

"walaikumsalam wbt...hello makcik, aku ni ha Joe. Echa, aku sangkut kat Dayabumi la ni la beb..jam giler aar kat sini sebab jalan depan Dataran Merdeka ni diaorang tutup...ha? ntah aku pun tak tahu pasal apa jalan tu ditutup...ni aku fikir aku akan slightly late rasanya nak sampai kat hotel kau tu. So, sementara kau dok tunggu aku ni better kau jalan-jalan lah kat sekitar or lepak-lepak dulu kat sana ye...nanti aku dah nak sampai aku call kau, ok ye...apa?, alahai makcik ni...takder la lambat sangat macam tu sekali, baru kul berapa ni makcik ooi, relax aar, mengelabah la kau ni Echa!... wei, resepsi kau tu lusa laa makcik, ada banyak masa lagi ni haa...tunggu aku ok...eh by the way, laki kau yang hensem giler tu mana?...ha?tido lagi laki kau tu?, ya rabbi lelaki sorang tu, dah nak tengahari ni Echa ooi, pergi ler bangunkan laki kau tu...eh, apa korang buat malam tadi haa, overtime ker?...hahaha, ala Echa aku gurau pun tak boleh...eleh, banyak la alasan kau tu, sudahlah...ok ok lah aku tengah drive ni takleh lama-lama cakap, kang kena saman lak dek datuk polis, ya ampunnnn tak kuasa aku Echa oooi!...assalamualaikum, daaaa darling..."

Waalaikumsalam, bisik Echa perlahan. Echa tersenyum sambil memandang dan menekan butang merah. Matanya dihalakan pada pemandangan yang terbentang di hadapan matanya saat ini. Deretan kereta yang kelihatan sayup dan kecil di lebuh raya nun di sana begitu menarik matanya utuk terus memerhati gerak perlahan deretan kereta-kereta tersebut. Tangannya disilangkan ke tubuhnya yang dibaluti kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar jeans biru. Rambut coklat pekatnya yang panjang mengurai itu diikat ala ekor kuda...comel sekali persis remaja sekolah!..

Oppss, langkah kaki Echa tersasar sedikit ke belakang tatkala merasakan pinggangnya dirangkul kemas dari belakang. Dia memusing sedikit wajahnya dan terlihat senyuman Aidil. Echa membalas senyuman lantas memegang kemas rangkulan Aidil pada pinggangnya.

"sapa tadi tu?, rancak sungguh berbual sampai bergelak sakan...abang yang tengah lena tidur boleh terjaga dengar suara sayang ketawa tau, kuat sungguh!..."Echa sudah tersenyum mendengar kata-kata Aidil.

Uik kuat ker suara aku ketawa...ntah macam jin dalam Ahmad Albab tu gamaknya kan, hehehe

issy tak senonoh la kau ni Echa, jagalah perilaku sikit!

sori ler, tak sengaja!

"si Joe la abang... dia lewat sikit jumpa kita. Katanya terperangkap kat depan Dayabumi, jalan sesak giler kat sana...jalan tutup kat depan Dataran Merdeka...hmmm, abang...since Joe gonna be slightly late apa kata kita jalan-jalan kat nearby area...lama la Echa tak gi window shopping, boleh kan abang?...jom laa..."Echa sudah buat muka menggoda sambil mengadap wajah Aidil dan dengan sengaja mengedip-gedipkan matanya pada Aidil. Aidil sudah ketawa sambil mencubit perlahan pipi Echa. Tangan Echa dipimpin masuk ke dalam kamar mereka.

"ok, no problem...tapi... Abang nak upah dulu...boleh sayang?"Aidil sudah mengangkat keningnya sambil tersenyum kecil.

Echa sudah membulatkan matanya sambil jejari runcingnya terus mencari sasaran di lengan Aidil yang sudah jatuh terbaring di katil sambil ketawa kuat cuba sedaya upaya menangkis serangan Echa.

Suara ketawa dan jeritan kecil saling bertingkah di dalam kamar mewah itu.

Tuesday, July 14, 2009

Rindu Semalam -Bab 6


Bab 6

Duhaila bergegas naik ke tingkat dua untuk ke bilik Dr Taufik. Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Kain baju kurung disingsing sedikit untuk memudahkan dia membuka langkah dengan lebih pantas...cepat Duha!

Issy, dah lambat dah ni, matilah aku...kenapalah kereta si makcik tu Ziha buat hal hari ni, buat la perangai hari lain...dengus Duhaila.

Langkahnya dicepatkan. Awal pagi dia menerima kiriman sms dari penyelianya itu. Hari ini Dr Taufik akan datang lewat sedikit. Ada hal penting di rumah katanya dalam sms yang dikirim tadi. Tidak pula diperincikan sebabnya dan mulut Duhaila pulak bagai terkunci untuk bertanya lanjut. Haa, tak pasal-pasal dia "terpaksa" menyempurnakan laporan kerja Dr. Taufik yang sepatutnya disiapkan hari ini dan diserahkan pad Ketua Jabatan Pediatrik.

Hal apa pulak mamat tu...bukan ada sesiapapun kat rumah dia tu...awek dia merajuk kut?...

eh...menyibuk jer kau ni Duha...manalah tau kut kut dia betul ada hal kecemasan di rumah...buat jer la kerja tu...tu kan boss kau jugak...

ala..takkan tanya pun tak boleh kut!...

Pagi- pagi tadi Dr Taufik menghantar pesanan ringkas di telefon bimbitnya meminta "jasa baik" Duhaila untuk membantunya mengemaskini laporan kerja minggu lepas untuk dihantar kepada setiausaha Dr. Fariza bagi tujuan mesyuarat antara Jabatan petang nanti. Dia juga memberitahu Duhaila yang Dr.Wan Azlan akan menggantikan dirinya untuk sesi lawatan ke wad pesakit untuk pagi ini. Maka nanti untuk sesi lawatan dan pemeriksaan di wad pesakit-pesakit pagi ini dia akan menjadi pembantu kepada Dr. Wan Azlan. Dr. Wan Azlan yang lebih pendiam dari pandangan Duhaila jika dibandingkan dengan Dr. Taufik yang "terlebih" peramah itu mungkin tidak akan bertanya soalan-soalan yang "mengejutkan" berbanding Dr. Taufik bila sesi rawatan pada pesakit. Adakala memang menyakitkan hati sahaja cara Dr. Taufik itu. Duhaila seringkali mengadu pada Ziha, tapi makcik sorang tu memanglah tak membantu langsung.

"ala Duha...kau pekak telinga sudahlah...tengok muka dia yang handsome tu pun boleh hilang amarah kau yang mengelegak tu...eh, mamat tu memang mencairkan perasaan sungguh kan..kau tak rasa apa-apa ke?..."

eei...tak kuasa sungguh la dengan makcik Ziha karat ni tau!

Duhaila melemparkan senyuman sambil menundukkan kepala pada staff-staff yang berpapasan dengannya di laluan ke bilik Dr. Taufik. Anak kunci yang diambil dari pejabat pentadbiran tadi disorongkan ke laluannya. Lalu anak kunci tadi dicabut dan tombol pintu yang berwarna perang gelap diputar perlahan-lahan.

Mata Duhaila memandang ke kiri dan kanan mencari papan suis lampu dan setelah menlihat papan suis yang berada di dinding sebelah kanan berdekatan dengan pintu dia lalu menekan kesemua suis di situ. Bilik yang tadi agak suram sudah terang benderang. Dia bergerak ke meja yang terhampar sebuah notebook diatasnya. Perlahan-lahan Duhaila melabuhkan punggungnya diatas kerusi baldu berwarna merah hati itu. Pantas jari-jemarinya yang runcing menekan lantai kekunci akasara lalu menekan kata nama dan kata laluan yang tertera di skrin notebook dihadapannya. Sementara menanti proses diaktifkan, matanya sempat melilau melihat taburan dokumen juga fail-fail yang berselerak diatas meja Dr. Taufik. Matanya tiba-tiba menangkap sesuatu yang cukup menarik dan membuatkan bibirnya menguntum senyum tanpa disedarinya.

Budak kampung a.k.a Kampung Boy?...owwh, mamat ni minat baca kartun rupanyer..hehehe. Tangan Duhaila pantas menarik naskhah yang terletak di hujung meja Dr Taufik. Tangannya menyelak perlahan-lahan helaian mukasurat yang terpapar lukisan-lukisan comel berserta dialog-dialog lucu dan spontan ketawa Duhaila meletus. Tatkala menutup naskhah matanya terlihat sesuatu di hujung kanan muka surat pertama...

"...ini Adrian Imran Benjamin bin Akhmal Hafiz punya..."

Akhmal Hafiz!...Akhmal Hafiz?...

Tangan Duhaila tiba-tiba mengigil saat matanya berpapasan dengan sebaris nama itu.

Tak mungkin dia!....tak mungkin!

Tolonglah....aku tak mahu bersua muka dengan manusia bernama Akhmal Hafiz yang satu itu...

cukup-cukup lah apa yang telah berlalu...aku tak ingin mengingatinya lagi...

pergiiiiii!......suara Duhaila bergema didalam bilik Dr Taufik.

Thursday, July 9, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 34

Bab 34

Sepasang tubuh yang sedang menyusuri gigian pantai pada petang itu begitu asyik sekali menjamu pandangan melihat keindahan ciptaaan tuhan yang terbentang luas didepan mata. Terdengar jeritan kecil yang keluar dari mulut mungil si gadis saat dirinya diangkat oleh si jejaka yang seakan-akan cuba menghumbannya ke laut. Kedua-duanya kemudian memercikkan air laut ke arah tubuh lawan masing-masing . Sesekali tercetus ketawa riang dan jeritan halus dari kedua-duanya.

Jari-jemari yang masih merah berinai itu saling bertautan. Erat dan mesra sekali gerak bahasa tubuh antara mereka. Langkah perlahan dua susuk tubuh yang saling tersenyum dan sesekali gelak tawa mereka bergema di gigian pantai tersebut mengejutkan burung-burung kecil yang sedang enak bersantai di dahanan pokok menikmati keindahan dan kedamaian alam ciptaan-Nya.

Echa menarik tangan Aidil ke dahan pokok yang terbujur di tepi pantai tersebut.

"jom kita duduk kat situ abang..."Aidil mengikut sahaja langkah isterinya itu. Jari jemari merah isterinya itu masih digenggam lembut. Echa melabuhkan punggungnya di atas dahan pokok sambil diikuti Aidil. Pandangan mereka dihalakan pada lautan membiru dihadapan yang terbentang luas. Saujana mata memandang. Percikan cahaya matahari petang tambah membuat permukaan laut yang biru itu begitu bercahaya. Indah sekali.

"cantikkan abang..." Echa menoleh pada suaminya disebelah sambil tersenyum manis. Aidil membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.

"hmm...very beautiful place...very peaceful feeling...untung ye sayang tinggal dekat kawasan yang dekat dengan laut...so hari-hari dapat tengok laut...manin-main kat laut...mandi laut...seronok kan..." Echa mengangguk-anggukkan kepalanya membalas kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

"dulu, masa kecil-kecil Echa suka duduk kat sini...kat atas dahan mati ni dengan Pot. Kami suka lepak kat sini. Kadang-kadang tu, bila dah boring lepak kat sini, kami lepak kat atas batu-batu besar kat sana tu pulak...Kadang-kadang tu sampai sehari suntuk. Lupa nak makan...lupa segalanya...selalu la jugak Echa kena marah dengan mak..tapi yang bestnya abah la nanti jadi kesatria selamatkan Echa dari terus kena bebel dengan mak..."Aidil menggengam erat jari-jemari isterinya itu. Membiarkan Echa terus berkisah tentang masa kecilnya yang ingin dikongsi bersama. Sesekali tiupan bayu yang menyapa menerbang rambut Echa yang lebat dan panjang tu menutupi sedikit wajahnya. Aidil menguis rerambut isterinya itu kebelakang.

"Tak tahu kenapa abang....tapi Echa memang suka sangat dengan laut ni...rasanya dengan lihat laut yang tenang, laut yang biru...semua masalah Echa akan lenyap, hilang...lenyap ditelan air laut tu...hilang dibawa ombak. Abang tahu...dulu waktu hubungan kita dilanda masalah...balik dari London, Echa banyak habiskan masa disini. Echa rasa tenang disini...laut ni macam beri kekuatan pada Echa...beri semangat pada Echa..."

Aidil mendengar dengan setia tiap patah bicara isterinya nan tercinta itu. Dia tahu Echa banyak menanggung duka saat hubungan mereka dilanda badai dahulu...tapi dia tahu Echa gadis yang tabah, gadis yang baik...terlalu baik...dan kini selepas melalui segala kepayahan mereka akhirnya bersatu juga. Aidil begitu bersyukur sekali dengan anugerah yang diperolehinya ini.

Biasan cahaya jingga yang memancar dari arah kaki langit cukup indah sekali. Echa berdiri lalu menarik tangan Aidil yang sedang leka duduk sambil memandang ke arah laut dari atas batu-batu besar itu. Aidil memandang Echa sambil mengerutkan dahi. Echa tersenyum melihat aksi suaminya itu. Dia kembali melabuhkan duduknya disisi Aidil.

hmmm...abang tak nak balik lagi ker, dah nak senja ni tau, tengok kat kaki langit sana...or you wanna sleep here?...boleh jugak!...emm, kita pasang khemah kat bawah sana nak?...nyalakan unggun api, duduk berdua-duaan tengok laut waktu malam...sure romantik kan abang kita spend honeymoon macam ni?..." Echa sudah melebarkan senyumnya pada Aidil yang sedang merenungnya. Aidil mencubit lembut pipi Echa sambil ketawa.

"issy, tak nak la sayang...buat apa nak susah-susah berkhemah kat sini...kan baik tidur kat rumah...lagi seronok!, ada tilam empuk...emm, bantal peluk yang boleh gerak-gerak pun ada tau sayang, best giler tau bantal peluk tu!...haa, honeymoon macam tu la baru romantik, lagi best kalau kita berdua jangan keluar bilik tau sayang...hmmm?" Aidil sudah mengenyitkan matanya pada Echa yang sudah berdiri. Aidil ikut sama berdiri disebelah isterinya itu. Echa sudah mencubit perlahan lengan Aidil sambil menjeling kecil pada suaminya itu. Aidil sudah melambakkan ketawanya. Bahu isterinya itu dipaut mesra.

"jom balik sayang...nanti mak mertua Aidil yang tercinta tu tercari-cari pulak menantu kesayangan dia ni...maklumlah satu-satunya menantu lelaki dia kan..."

Echa sudah mencebikkan bibirnya.

Menantu kesayangan?...eeei, perasannya Aidil ni!


* * * * * * *

"haa panjang umur, ni pun korang...ke mana sajalah pengantin baru berdua ni merayau ye...senja-senja baru balik ni haa...adik, tak elok la merayap senja-senja ni...awak tu kan pengantin baru ...nanti minggu depan nak kena bersanding untuk belah Aidil pulak, kalau apa-apa jadi kat korang karang, kan ke susah...abang chik jugak yang susah tau..."Amir Lukman yang tadinya duduk di tangga di hadapan rumah sudah bangun menyambut tangan Aidil dan Echa. Echa memandang pada Aidil.Saling berbalas senyum. Amir Lukman sudah mengerutkan dahinya. Matanya dihalakan pada Aidil. Menanti jawapan.

"ada orang tu abang chik ajak Aidil berkhemah kat pantai malam ni...nyalakan unggun api pulak tu...romantik katanya kalau honeymoon macam tu..."Amir Lukman memandang Echa sambil ketawa. Adik, adik..tak sudah sudah ngan berkhemah kat pantai tu...Echa sudah menjeling kecil pada Aidil sambil menepuk bahu suaminya itu perlahan.

"aduh hai kelakar la adik ni, nak berkhemah pasang unggun api bagai..hello ni aktiviti ko-kurikulum pasukan pengakap ker...atau kumpulan kembara kat kolej adik tu dulu ye...alahai, zaman tu dah berlalu la cik kak ooi...ada ker macam tu adik kata romantik, issy buat malu jer...tak payah susah-susah, tu... dalam bilik tu boleh honeymoon tau adik...lagi best kan Dil?.." Amir Lukman sudah mengangkat keningnya pada Aidil...kedua-duanya sudah ketawa sakan. Kuat sekali ditelinga Echa. Echa sudah melangkah masuk ke dalam anjung rumah sambil menjeling pada kedua-dua mereka.

eeei, menyampahnya!

* * * * * * *

"tu, kau nampak tak perempuan tu...aku nak kau buat apa yang aku suruh...buat yang macammana kita dah rancangkan sebelum ni...aku nak kau hati-hati....dan aku tak mahu kau buat silap, zero mistake!....aku tak nak rancangan ni gagal, faham?..." perempuan berkacamata gelap dan berselendang hitam memandang ke arah rumah besar yang tersergam indah di seberang jalan sana. Dia memandang ke arah susuk tubuh yang dimaksudkan sambil tersenyum.

masa kau dah sampai Echa!...bisik hatinya.

"you don't have to worry...saya akan pastikan plan ni berjaya....saya tak pernah gagal dalam apa-apa assignments sebelum ni...you knew my track record very well right?...so you just wait for the good news ok...i won't let you down..."lelaki berkacamata hitam itu memandang perempuan disebelahnya sambil tersenyum. Kedua-duanya tersenyum. Kereta Honda CRV hitam yang dipandu lelaki tegap dan sasa itu bergerak perlahan meninggalkan kawasan di tepi jalan tersebut.

Friday, July 3, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 33

Bab 33

"Aku terima nikahnya Siti Nur Kesuma Sari Annisa Aishah binti Qamarulzaman dengan mas kahwinnya RM222.22 tunai..."dengan sekali lafaz dan nafas Engku Aidil Zafriel yang segak duduk bersila dikelilingi sanak saudara kedua-dua belah pihak juga rakan-rakan sepejabat yang turut serta menyertai majlisnya tenang menuturkan kata-kata keramat itu sambil menggenggam erat tangan tuan kadi daerah Alor Gajah yang mengetuai majlis akad-nikah pada malam itu.

"sah?.." tutur tuan kadi sambil matanya memandang pada lelaki-lelaki yang duduk rapat disisinya.

"sah..." serentak lelaki-lelaki berkenaan mengangguk-anggukkan kepala. Aidil memejamkan mata sambil menundukkan kepalanya.Sukarnya baginya menggambarkan perasaannya saat itu. Gembira. Terharu. Saat yang sudah lama dinanti-nantikannya. Akhirnya segala impian dan doanya yang tidak pernah putus selama ini termakbul sudah. Alhamdulillah,syukur...terima kasih ya Allah!

"alhamdulillah..." tangan Engku Aidil Zafriel yang kemas digenggam tadi perlahan-lahan dilepaskan lalu masing-masing mengangkat tangan mengaminkan doa kesyukuran yang dibaca oleh tuan kadi.

"haa...ketepi, ketepi sikit budak-budak...issy kamu semua ni, bagilah pengantin lelaki tu masuk....pengantin lelaki tu nak masuk sarung cincin kat pengantin perempuan kat dalam bilik tu untuk batal air sembahyang...ha, bagi laluan sikit..."kecoh suara Mak Tijah, jiran sekampung Echa yang sama-sama menyumbang tenaga dalam majlis akad-nikah malam itu.

* * * *

"Terima kasih Aidil kerna sudi terima Echa yang ganas ni, Echa budak kampung ni, Echa yang kepala angin ni, Echa yang...macam-macam lagi la jadi isteri Aidil.Echa rasa macam tak percaya aje Echa dah sah jadi isteri Aidil. Rasa macam mimpi aje. Echa gembira sangat Aidil...rasa syukur sangat Echa dan Aidil dapat disatukan akhirnya..." Echa memandang wajah Aidil yang sedang duduk disisinya di dalam kamar pengantin. Mereka dibenarkan untuk berbual seketika sebelum Aidil harus berangkat untuk bersiap bagi majlis berinai malam nanti.

"Aidil rasa macam nak menangis tadi bila dengar saksi-saksi tu sebut sah...rasa macam satu perasaan yang sukar Aidil nak gambarkan...rasa terharu sangat...sebak. Lagi tambah terharu bila abah yang mula-mula peluk Aidil tadi...bila abang long, abang ngah, abang lang, abang teh dan abang chik datang peluk sama, Aidil betul-betul menitiskan airmata masa tu...Aidil rasa gembira sangat diterima menjadi anggota keluarga sayang..." Aidil menggenggam erat tangan Echa sambil membalas senyuman manis Echa.

"ala sayangnya Echa tak dapat tengok tadi...Echa kan sebenarnya nak duduk kat luar aje masa majlis akad-nikah tu...tapi mak tak kasi la Aidil, mak cakap ini kan kampung, kena la ikut atur-caranya...kalau tak kan, mesti dapat tengok orang tu nangis...hehehe..." Echa sudah mencubit pipi Aidil sambil ketawa kecil. Aidil turut ketawa.

"hmmm sayang...rasanya panggilan tu tak sesuai lagi la sayang. Sayang kena panggil Aidil abang, tanda hormat, tanda kasih, tanda cinta pada Aidil yang dah jadi suami sayang ni...nanti tak cium bau syurga tau!..." Aidil sudah mengangkat kening sambil tersenyum kecil pada Echa yang sudah mencebikkan bibirnya. Comel sekali wajah isterinya saat itu. Pipi yang mulus gebu itu dicubit perlahan. Manja.

Ketukan di pintu kamar Echa membuatkan pasangan pengantin baru itu menoleh ke arah pintu lalu memandang sesama sendiri sambil tersenyum. Echa bangun lalu bergerak ke arah pintu lalu membukanya perlahan-lahan. Tersembul wajah abang chik yang sudah tersengih-sengih dihadapan Echa sambil mengenyitkan mata. Echa mencubit lengan abang chik sambil membulatkan matanya. Amir Lukman sudah menggosok-gosok bekas cubitan Echa pada lengannya sambil melangkah masuk ke dalam kamar pengantin tersebut.

"aduh bisanya cubitan dia...adik ni kan, tak sudah sudah dengan perangai brutal dan ganasnya...adik, ingat ler awak tu dah jadi bini orang ye..bersaralah jadi minah brutal dan ganas ni..nanti ada pulak yang kena suami yang kena dera dek bini nanti...Dil, kau jaga-jaga sikit...adik ni kalau part mencubit memang handal...bisa giler Dil cubitan dia...hi haa, kau tengok sampai berbekas lengan aku dikerjakannya...issy adik ni, teruk betul la...habis berparut lengan abang chik ...hai susutlah nilai hantaran abang chik nanti..." Echa sudah menampar bahu abang chik sambil bergerak ke arah Aidil yang sudah berdiri. Bila Amir cuba membalas, Echa cepat-cepat menyembunyikan badannya dibelakang Aidil. Aidil tersenyum sahaja melihat aksi Echa dan Amir Lukman.

"haa..yang abang chik tu, masuk bilik kami ni kenapa?...kacau daun jer orang nak bersembang..." tutur Echa sambil memandang pada abang chik yang sudah membuntangkan matanya.

"ewah ewah sedapnya mulut dia bercakap...kacau daun ye?,..issy, tak malu betul adik ni, gelojoh sungguh! Cik kak, abang ni nak bawak balik suami awak yang kacak bergaya ni dulu ke hotel untuk bersiap untuk majlis berinai malam ni...jadi sabar-sabar ye. Tak lama jer lagi, pastu bolehlah bersembang puas-puas...borak sampai ke pagi esok pun takper cik kak...Aidil, abang chik tunggu di luar ye..." Amir Lukman memberi isyarat tangan pada Aidil sambil sempat mencubit pipi Echa yang berdiri di belakang Aidil. Echa sudah terjerit kecil.

Amir Lukman sudah bergerak keluar dari kamar pengantin dan menunggu Aidil di depan pintu. Dia menjengah di jendela untuk melihat keadaan di luar rumah. Sibuk sekali. Riuh bunyi orang bercakap sambil bekerja. Dalam cahaya lampu kalimantang yang dipasang dipasang di bawah khemah kelihatan abah sedang duduk berbual-bual bersama-sama Tok Sidang Harun juga beberapa orang anggota jawatan kuasa masjid yang sama-sama hadir di majlis akad-nikah tadi. Amir melihat jam di pergelangan tangannya...

alahai, lambatnya pulak pengantin ni keluar...sudah-sudah la tu Aidil ooi, bisik Amir Lukman.

Aidil menggenggam tangan isterinya itu sambil tersenyum. Dia mengucup dahi Echa. Lama. wajah isterinya itu dipandang, direnung. Echa turut tersenyum manis.

"Abang pergi dulu sayang...insyaallah kita jumpa malam nanti..."

Aidil melangkah perlahan ke arah pintu. Wajahnya dipalingkan sekali lagi kearah Echa yang berdiri disebelah.

"see you tonight sayang...i love you...love you so much!"

"i love you too abang..."

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...