Friday, February 26, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 19



Bab 19

Toyota Camry perak sudah memasuki medan parkir Wangsa Walk. Mustaffa sudah memarkir kereta. Enjin dimatikan. Dia menoleh pada Azrief yang sedari tadi kurang berbicara. Barangkali gementar untuk perjumpaan ini. Tangan digoyang-goyangkan dihadapan wajah Azrief. Tiada respon. Kepala digelengkan. Mustaffa menepuk bahu Azrief kuat. Dilihat Azrief tersentak.

"wei, kau kenapa ni?..."

Azrief hanya mempamerkan senyum tawar. Menggelengkan kepada. Mustaffa sudah memusingkan sedikit badannya memandang pada wajah Arief.


"kau kenapa ni sebenarnya Rif? ..kita dah sampai kat sini beb. Kau jangan la buat hal pulak aku hempuk kau kang. Kau nervous ke? " Azrief hanya mempamerkan riak yang tidak dapat ditafsirkan Mustaffa. Soalan Mustaffa hanya dibiarkan sepi. Pintu sudah dibuka Azrief. Tubuhnya sudah dibawa keluar dari perut kenderaan mereka. Mustaffa turut sama berbuat demikian.


"Mus, kau rasa apa tindakan dia kalau dia dah tau realiti sapa aku sebenarnya?"


"maksud kau?"


"yelah...bila nampak aku karang mesti dia ingat aku memang niat nak main-mainkan dia. Mesti dia cakap aku memang dah tau siapa dia dari awal lagi perkenalan kami."


Mustaffa sudah menggelengkan kepala. Lembabnya kau ni Rif!

"Rif, apalah kau ni gabra tak bertempat, karang kalau aku sebut kau bodoh kau mesti sepak aku punya tapi sekarang ni kau memang dah masuk kategori tu. kalau kau tak cakap...kalau kau tak pecahkan rahsia, mana dia tahu mangkuk!" Mustaffa menghela nafas sedikit sebelum menyambung leterannya.


"sekarang ni niat kau kan nak kenal dengan dia...kalau cara berdepan kau rasa tak yakin dia boleh bagi respon,i ni la cara yang kita dah putuskan dahulu. Yang penting niat kau bukan nak main-mainkan dia...kau cuma gunakan cara lain untuk rapatkan diri kau dengan dia...dengan tujuan untuk lebih mudah kau kenali dirinya. Itu saja."


Azrief masih diam. Tidak memberi respon pada hujah balas Mustaffa. Kedua-dua belah tangan sudah erat memeluk batang tubuhnya yang segak ber t-shirt rona biru laut dan berjean hitam.


"dah la Rif. Usah serabutkan kepala kau dengan soklan-soklan tu. Jangan risau la, takder apa punya. Jom lah, kang dia lak yang tertunggu-tunggu kau. Dan..tolong...senyum!"


Azrief yang sedari tadi tersandar pada pintu kereta memandang wajah bersahaja Mustaffa. Kalaulah dia boleh bersikap seperti teman dihadapannya ini alangkah baiknya, desis hati kecil Azrief. Tapi mana mungkin! Nafas dihela perlahan. Senyuman manis diukir sambil memandang wajah Mustaffa yang turut sama tersenyum. Kepala sudah diangguk-anggukkan. Ya, dia harus berfikiran positif. Langkah kedua-duanya sudah diatur ke arah deretan bangunan kedai dihadapan. Ku'a dan temannya pasti sudah sampai dan sedang menanti kedatangannya.


"mana si mamat wira angkasa hang ni Ku'a?..kita pulak yang tunggu dia, patut dia tunggu kita..baru betui, apalah..tak gentleman sungguh, nickname tak koman wira, wira apa lambat macam ni, ciss!..potong 5 markah dia Ku'a, aku tak kira!" Azad sudah mengangkat sebelah tangannya memberi isyarat 5 pada teman dihadapannya yang sedang menoleh pada pintu masuk di Restoran Cheng Ho. Ku'a tidak mahu membalas provokasi Azarina. Dia pasti kelewatan teman cybernya itu pasti bersebab. Tidak mungkin disengajakan. Smsnya sebentar tadi sudah dihantar memberitahu dia dan Azarina sudah berada di sini.

"hang lapaq dah ka Azad?. Kita order dulu la na, sian kat hang." Azad menggeleng-gelengkan kepala sambil menggoyang-goyangkan tangan kanannya.

"issy hang...nampak benaq aku kebuluq, jatuh saham aku depan kawan hang nanti. Sat la kita tunggu dia mai." Ku'a sudah tersenyum. Azad, Azad...

Ku'a sudah mengerutkan dahi. Tangan Azarina yang sedang asyik mengarang sms disiku. Azarina sudah menoleh sekilas sambil menggosok perlahan sikunya. Tak padan ngan kuruih dia ni, tulang tangan cam besi!

"apa ni Ku'a main siku-siku...sakit tau, tulang hang tu kalah perwaja steel!"

Amboi mulut. Pantas lengan Azarina diskru Ku'a.

"ouch!"

"tu ,tengok kat pintu tu wei, sapa yang masuk tuuu!" bisikan Ku'a terdengar jelas ditelinga Azad. Spontan matanya yang tadi ralit bersama gajet ditangan dikalihkan ke arah yang disebut Ku'a. Bebola Mata Azarina sudah membulat. Wajah Ku'a sudah menunduk. Azarina turut sama. Sempat berbisik pada Ku'a.

"alamak wei, apa mangkuk karat dua ekor tu buat kat sini..eei, menyibuk sungguh laa depa ni taw! Dia ni pasang peranti gprs ka kat kita ni Ku'a, asal mana ja kita pi ada ja muka dua ekor ni tertepek kat lokasi kita..issy, tak sukanya aku!..habislah kita Ku'a...mesti kena gelak sakan ngan mangkuk ni kalau dia tau hang ngan aku sedang buat apa kat sini nanti."

"Hang diam la Azad, jangan bising. Kita jangan bagi depa nampak kita kat sini...aduh malunya!"

Dari jauh Azrief sudah nampak susuk itu. Azrief senyum. Tidak sukar untuk mengenali si dia. Tudung hijau epal itu sangat terserlah dari sisi matanya. Mustaffa disebelah sudah lebar senyumannya sambil mengangkat kening pada Azrief.

"awek pujaan aku si tocang dua pun ada sama Rif..cantik la!"

"hang jangan buat hal Mus..hancur plan kita nanti."

" jangan risau Rif..ni Mustaffa laa, u can count on me man...5 kali aktor terbaik emmy award Festival Pilem Kepala Batas!" Ketawa Azrief sudah tercicir disitu. Macam-macam la kau ni Mus!

Langkah mereka berdua sudah menghampiri meja yang diduduki Ku'a dan Azarina.

"assalamualaikum..."

Kepala Ku'a terangkat perlahan-lahan saat mendengar salam. Azarina juga. Serentak. Kantoi!mampus! Senyum dibibir dilebarkan memandang dua susuk tegap dihadapan mata. Habislah kita Azad!

"erk..wa'alaikumsalam. Eh, Azrief... Mustaffa pun ada. Hmm, buat apa kat sini?."

Azrief lihat wajah mulus dihadapannya sudah merah. Pasti malu agaknya. Pasti tidak menyangka kehadirannya disini. Dan pasti juga Azrief kira baik Ku'a mahupun Azarina tentunya memikirkan kehadirannya dia dan Mustaffa akan mengganggu "blind date " mereka. Klisenya!

"Ku'a dan Azad buat apa di sini?" Soalan Ku'a dibalas dengan soalan.

"erk kami...kami sebenarnya...sebenarnya tunggu kawan...ha! kawan lama kami, kan Azad?" Azarina sudah pantas menganggukkan kepala.Bantai pi la apa ja Ku'a.

" Dia tu sebenarnya kawan baik masa sama-sama belajaq dulu. Ashida nama dia. Lama dah kami tak jumpa dia. Dia migrate ke Bahrain, lepas kahwin dengan orang sana. Ni kira cam reunions kami bertiga la." Azrief sudah menganggukkan kepala. Hatinya sudah tersenyum. Hmm, renunions ye! Ku'a, Ku'a...

"Azrief dengan Mustaffa nak jumpa kawan gak ke? dah sampai? " Azrief dan Mustaffa sudah saling memandang sambil tersenyum. Ha, jawab Rif...tunjuk skill kau pada si tudung hijau ni!

"hmmm...memang jumpa kawan. 1st time nak jumpa dia. Kata dia tadi dah sampai. Ikut dalam sms yang dia hantar tadi dia duduk kat meja hujung sekali sebelah kanan. Dia kata dia pakai tudung hijau epal dan kawan dia pakai blaus biru putih. Kalau ikut pada diskripsi tu nilah mejanya dan orangnya adalah orang-orang yang didepan ni. Betulkan Mus?' Mustaffa pantas menganggukkan kepala. Ku'a sudah menutup mulutnya. Matanya bertembung dengan mata Azrief yang sudah tersenyum manis. Azarina sudah tidak tahu mahu berriak yang bagaimana. Aduh, apa la punya hikayat ni Ku'a!

"Wira Angkasa? Rif ke? "Azrief menganggukkan kepala perlahan-lahan. Wajah berrona merah jambu dihadapan sudah ditatap tidak berkelip. Cantiknya dia kala begini!

Mustaffa sudah tersenyum lebar menatap si biru putih yang sedang menjeling padanya.

ni apa hal senyum-senyum, ingat hang lawa sangat?...cepuk kang!

Tuesday, February 23, 2010

Rindu Semalam - Bab 38

Bab 38

Pasir pantai. Laut biru. Hijau pulau. Cahaya matahari yang berkilauan membiasi permukaan air laut. Bersinar-sinar.

Semua itu pasti akan mengingatkan Akhmal kembali pada dia...ya, dia yang telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Meninggalkan Benjamin. Meninggalkan segala-gala kenangan yang pernah tercatat antara mereka bertiga. Kenangan yang akan tersimpan diujana hatinya hingga akhir hayat.

Ternyata dia masih belum kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Buktinya... Kakinya masih tidak berupaya menjejak ke daerah itu semula. Daerah yang menyimpan banyak catatan peristiwa manis antara mereka bertiga. Ke sana bererti akan kembali menyulam imbauan kelmarin yang pastinya akan mengepam semula ritma degupan rindunya pada Suhana. Akhmal tak sanggup!

"kenapa Su suka sangat dengan laut...dengan pantai....dengan pulau?. Asal nak pergi bercuti aje mesti tempat-tempat yang ada kaitan dengan unsur air. Dari kecik Su macam tu...kan? " Akhmal memandang pada isterinya yang sedari tadi asyik memandang gelagat Ben bermain sambil tersenyum. Pandangan mereka bertaut.

"mungkin Su ni lahir kembar dengan air kut abang..."

Ketawa Akhmal berderai. Suhana turut ketawa melihat tawa besar Akhmal. Rengekkan Ben yang sudah tertiarap di atas pasir pantas menarik langkah laju Akhmal. Suhana turut bangun. Ben sudah dicepung Akhmal. Suhana menggosok-gosokkan perlahan belakang badan Ben sambil memujuk.

"ok ok, syyyy....sian anak mama...ala sikit je sayang . Ben papa ni kuatkan?"

Akhmal sudah mengusap kepala Ben yang tersedu-sedu dengan esak tangis di bahunya.

"Ben papa ni memang kuat mama...dah dah....sikit jer ni..."

"papa?"

"papa?"

"Papaaaa?" suara nyaring dan halus itu terasa dekat di telinga. Akhmal membuka mata. Sesusuk tubuh Benjamin sudah berdiri dihadapannya sambil tersenyum. Akhmal meraup kedua-dua belah tapak tangan ke mukanya. Tubuhnya yang tadinya terbaring disofa ditegakkan. Kepala anaknya itu dielus perlahan.

"kenapa papa tidur kat sini?"

"papa terlelap tadi sebab tunggu Ben. Hmmm, Ben baru sampai ye?" Anggukkan kepala Benjamin bersama sebuah senyuman yang menggambarkan satu kepuasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Akhmal sedar akan kegembiraan anak tunggalnya itu. Raut wajahnya yang berseri-seri menceritakan segala-galanya.

"uncle Taufik dengan auntie Duha mana?"

"dah balik dah tadi lepas jumpa dengan nenek. Uncle Taufik suruh kirim salam kat papa. Dia nak kena hantar auntie Duha balik rumah dia. " Akhmal menganggukkan kepalanya. Salam dijawab dalam hati. Ben sudah mengatur langkah laju menaiki tangga ke atas sambil menyanyi riang. Akhmal hanya memerhatikan sahaja tingkah langkah Ben. Nafasnya dihela perlahan lalu dilepaskan.

Malam yang kelam. Tiada kerdipan bintang-bintang. Tiada payungan cahaya purnama. Angin yang bertiup sedikit deras menyapa tubuhnya yang sedari tadi asyik mendongak ke langit gelap dari arah balkoni biliknya . Kain pelikat yang dipakai sesekali terbuai dengan tiupan sang angin malam. Tubuh yang berbalut baju melayu teluk belanga rona firus didakap erat oleh kedua-dua belah tangan.

Soalan Ben sewaktu makan tadi kembali menerjah minda. Mengasak disetiap dinding hatinya. Mata ibunya yang memandang sayu meruntun jiwa lelakinya. Bukan persoalan mengapa atau kenapa tapi...aaaghhhhhh! Akhmal terasa ingin menjerit sahaja saat ini.

"mengapa auntie Duha nak kahwin dengan uncle Taufik, papa?...mengapa auntie Duha tak kahwin dengan papa?...kenapa papa tak kahwin dengan auntie Duha?. Papa tak suka auntie Duha? "

Jeda. Air liur yang sudah terkepung di kerongkong hanya mampu ditelan. Mulut mungil itu terus petah berbicara.

"auntie Duha tu macam mama ...cantik macam mama, baik macam mama...sayang Ben macam mama sayang Ben. Papa, bolehkan papa kahwin dengan autie Duha?. Ben sayang auntie Duha. Papa kahwin la dengan auntie Duha. "

Rambut yang melorot ke dahi diseka dengan jari. Dikuak ke belakang. Akhmal sudah tersandar pada dinding di balkoni. Mengapa harus dia dihadapkan dengan situasi nan hebat ini. Kasihan kala mengingatkan wajah mengharap Ben.

Kalaulah kamu tahu apa yang ada dalam hati papa ini Ben...

Sunday, February 21, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 17


Bab 17

Lariannya diperlahankan. Nafas yang turun naik bersama degupan jantung yang laju dirasakan didalam dada. Zita meraup wajah yang sudah bermandikan peluh. Tuala kecil yang tersangkut dileher ditarik perlahan. Dilap seluruh muka yang sudah basah dihujani percikan peluh. Cuaca sejak dua minggu kebelakangan ini sungguh perit. Panas dan kering suasananya umpama berada di gurun. Langkah diatur perlahan menyusuri laluan trek jogging. Persekitaran Taman Tasik Titiwangsa yang sudah makin cerah mula dibanjiri orangramai. Mata Zita hanya memandang tiap susuk tubuh manusia yang juga sedang melakukan aktiviti riadah hujung minggu sepertinya. Botol air mineral yang dibawa dari rumah tadinya dibuka. Lafaz bismillah bergema didalam hati. Perlahan-lahan disuakan ke rongga mulut.

Larian perlahan diteruskan. Tubuh kecilnya terpaksa menyelit di celah-celah orang ramai yang selesa berjalan di laluan trek untuk meneruskan larian. Sesekali mata Zita menoleh pada pemandangan tasik yang permai. Beberapa buah kenu pelbagai warna yang dikemudi oleh sekumpulan remaja yang lengkap berjaket keselamatan berwarna jingga sedang asyik berdayung di tengah tasik. Sayup-sayup terdengar gelak ketawa mereka. Kerap juga Zita terlihat kumpulan ini menjalankan aktiviti mereka di hujung minggu kala dia berjogging disini. Mungkin pada waktu beginilah mereka semua dapat berjumpa, berkumpul untuk beriadah bersama. Melepasi kawasan pinggir tasik, lariannya mula dipercepatkan. Disekitar kawasan berhampiran astaka agak lengang dan ini memudahkan Zita berlari dengan lebih selesa tanpa gangguan atau mungkin terlanggar tubuh manusia yang juga sedang berjalan atau yang sedang berjogging sepertinya. Lariannya mula menghampiri kawasan playground yang sudah riuh rendah dengan suara anak-anak kecil yang riang bermain. Zita memperlahan langkah dan berjalan menyusuri kawasan padang permainan tersebut. Sesekali matanya menoleh melihat kegembiraan insan-insan kecil yang seronok dan asyik bermain. Terbit senyum dibibirnya melihat aksi-aksi comel mereka.

"kak Zitaaa!...."

Langkahnya terhenti. Kepalanya ditoleh kebelakang. Tiada sesiapa.

"Kak Zitaaaaaaaaaa!"

Matanya mula mencari arah suara halus yang melaungkan namanya. Dari arah kawasan buaian, dia melihat sepasang tangan kecil sedang melambai-lambai padanya sambil ketawa riang. Zita sudah tersenyum. Lambaian dibalasnya. Dia mengorak langkah menghampiri kawasan buaian. Pipi halus itu dicubit perlahan.

"Sarah!...eh, Sarah datang dengan siapa ni sayang?"Zita lihat Sarah memuncungkan bibirnya ke arah kawasan lapang dihadapan. Dia melihat dua susuk lelaki yang sedang asyik bermain badminton.

"papa dengan uncle zamri." Zita menganggukkan kepala. Sarah dilihat sudah berdiri.

"jap tau kak Zita. Kak Zita tunggu sini tau, jangan gi mana-mana. Jaga buaian Sarah ye, nanti ada budak lain main." Zita sudah mengerutkan dahi. Jaga buaian?, issh Sarah ni, ada ada je dia!

"Sarah nak gi mana ni?" Sarah menghalakan jari telunjuknya pada papanya.

"Sarah nak panggil papa jap...kak Zita tunggu tau!"

"Sa.." dan belum sempat dia mencapai tangan kecil itu, langkah pantas Sarah sudah laju ke arah Azhar dan Zamri. Zita melihat Sarah bercakap pada Azhar sambil tangannya menunjuk pada Zita. Zita melihat Azhar sudah tersenyum sambil mengangkat tangan padanya. Zita melambai perlahan sambil tersenyum. Zamri turut dilihat melempar senyuman padanya. Ketiga-tiga mereka sudah mengorak langkah menghampirinya.

"hai..." Azhar mula menyapa. Zamri hanya menganggukkan kepala.

"hai Har...hai Zamri." Masing-masing bertukar senyum. Saling bertanya khabar tentang diri dan perihal kerja antara mereka. Sesekali tercetus ketawa mesra antara mereka bertiga dan Sarah yang bagai tidak mengerti erti perbualan hanya tumpang ketawa sama. Perlakuan lucu Sarah mengundang ketawa Zita. Pantas pipi gebu itu dicuit perlahan.

Sarah sudah mendekati Zita sambil memegang tangannya. Zita membalas genggaman erat Sarah. Mereka saling bertukar senyum dan tawa. Azhar dan Zamri hanya menjadi pemerhati kemesraan kedua-duanya. Zamri sudah mengangkat keningnya pada Azhar sambil tersenyum kecil.

"jauhnya you datang jogging sampai ke sini Zita. Setahu i rumah papa you area Damansara kan?" Zita menganggukkan kepala.

"betul, rumah papa i memang di Damansara..tapi rumah i dekat-dekat sini je Har...so kawasan taman ni memang tak asing bagai i."

"i see. I ingatkan you stay dengan papa you."

"mula-mula balik dulu memang i stay dengan papa sebab papa yang mahukan begitu. Biasalah Har, papa tu memang dari dulu very protective. Dia jadi terlebih risau tambah-tambah dengan situasi i sekarang ni." Azhar hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu bertanya lanjut tentang situasi yang dimaksudkan Zita. Lebih-lebih lagi dihadapan Zamri. Tidak sesuai dirasakan Azhar. Biarlah dahulu, nanti akan ada kesempatan untuk dia berbicara lanjut dengan Zita. Zamri hanya menjadi pendengar setia. Tidak mahu menyampuk apa-apa lantaran dia sendiri sedar dia tidak langsung tahu kedudukan dan situasi diri Zita sebagaimana yang disebutkan wanita cantik dihadapannya ini.

"papa, Sarah laparlah...Sarah nak makan roti canai la, boleh kan papa?"

Pertanyaan yang terlontar dari rongga suara Sarah menghentikan perbualan mereka bertiga. Sarah sudah memandang pada Azhar sambil menggosok-gosokkan perutnya. Aksi lucu Sarah mengundang ketawa mereka bertiga. Azhar menyentuh pipi gebu puterinya itu sambil tersenyum.

"boleh sayang. Zita jom joint kami sekali."

"takper la , you all go ahead ok. I nak buat satu round larian lagi." Azhar sudah tersenyum.

"Jangan takut la, setakat sekeping dua roti canai tu takkan meningkatkan kadar kalori you. Your figure will still remain fit and ummph my dear, right Zam!" Azhar sudah mengenyitkan mata pada Zita sambil mengangkat kening pada Zamri. Ketawa Zamri tercetus perlahan. Zita sudah menggeleng-gelengkan kepala dengan perlakuan dan usikan kedua-dua mereka. Sarah sudah menarik-narik dan menggoncang-goncang tangan Zita.


"kak Zita, marilah breakfast dengan Sarah. Sarah nak breakfast sama-sama kak Zita." Zita mengelus lembut pipi Sarah yang sudah merengek-rengek padanya. Kepala diangguk-anggukkan. Sarah sudah tersenyum lebar sambil melompat-lompat.

"yeah!...jom jom kak Zita..." tangan Zita sudah ditarik laju Sarah ke hadapan. Zita hanya mengikut langkah Sarah sambil diekori Azhar dan Zamri dari belakang.

"rapat sungguh anak kau dengan dia aku tengok. Dari tadi tak lepas lepas dari mulut Sarah sebut nama dia...hmmm satu perkembangan yang menarik ni Har." Zamri sudah merapatkan kedua-dua jari telunjuknya sambil mengenyitkan mata pad Azhar.

"ha, kau jangan nak mula bro...tolong jangan nak buat spekulasi bukan-bukan pulak. Aku dengan dia just friend ok."

"just friend je? boleh percaya ke ni Har?...tambah dengan such an attractive lady like her, mustahil la!...sudah la kau bro, jangan nak cover line pulak dengan aku." Zamri sudah menumbuk perlahan bahu Azhar. Azhar hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"up to you bro. Aku cakap apa yang betul je."

"well Mr. Azhar, we shall see soon..." Zamri tidak berhenti mengusik Azhar. Hatinya kuat merasakan Azhar menyukai Zita. Lirikan mata dan senyum Azhar sudah cukup dapat membuktikan kebenaran tanggapannya itu.

"Dah lah, jangan nak mengarut lebih-lebih. Jom duduk kat Zita sana. Ha, kau tengok anak aku dah siap pergi order kat mamak tu. Bukan main lagi anak dara aku ni. Mamak tu pun aku dah kenal muka si Sarah ni." Azhar dan Zamri menghampiri meja yang sudah diduduki Zita.

" i order teh o limau suam for my self. You punya and Zamri, si comel you tu dah orderkan..teh tarik katanya, betul Har?...tu dia pergi orderkan roti canai untuk kita semua. Pandai sungguh dia. Mesti you dah kerap minum kat sini ye Har. I tengok pekerja-pekerja kat sini elok je tegur dia, macam dah lama kenal pulak." Azhar menoleh sambil memerhati pada Sarah yang sedang rancak bercakap dengan mamak penebar roti canai yang tak sudah sudah tersenyum-senyum sambil bercakap dengan Sarah. Seorang perempuan Indonesia lewat 20-an datang menatang dulang berisi 4 gelas minuman ke meja yang diduduki mereka.

" 2 teh tarik, 1 teh o limau suam sama 1 milo ais untuk nona Sarah yang manis itu...betul ya?" Zita mengangguk-anggukkan kepala sambil membalas senyuman wanita tersebut.

"you jangan tak tahu Zita, tiap-tiap minggu si Azhar ni datang minum di sini dengan Sarah. Tu yang Sarah pun dah kamceng dengan mamak roti canai dan pekerja-pekerja kat sini. I ni on off la...kalau wife i outstation baru la joint dua beranak ni."

"Dia ni Zita kalau orang rumah dia outstation dia jadi lah orang bujang balik..tapi syaratnya dia boleh melepak la kat rumah i je, wife dia suruh i perhatikan dia...dia ni bukan boleh percaya sangat ni Zita, you hati hati sikit dengan Zamri ni...buaya besi!" Zamri sudah ketawa besar. Zita sudah tersenyum. Azhar turut ketawa.

* * * * * * *

Pintu bilik dihempas kuat. Faisal sudah melontarkan tubuhnya diatas katil yang terbentang luas. Bantal kepala dicapai lalu ditumbuk bertalu-talu. Amarahnya kian memuncak. Sakit matanya melihat kemesraan isterinya bersama dua orang lelaki di taman tadi. Matanya turut melihat keakraban Zita bersama anak kecil berketurunan mat salleh yang dilihat sangat mesra dengan Zita. Tangan Zita erat didalam genggaman. Semestinya budak itu anak salah seorang lelaki berkenaan. Faisal sangat pasti tentang itu. Ahhh...sakitnya hati Faisal kala melihat senyum dan ketawa Zita bersama mereka tadi.

Siapa ye lelaki-lelaki tersebut. Tidak pernah dilihat rupa itu sebelum ini. Teman sepejabat Zita kah atau pelanggan syarikat papanya?. Hati Faisal makin rasa tidak selesa dengan pemandangan yang dilihatnya sebentar tadi. Dia tidak mahu rancangannya untuk kembali berbaik-baik dengan Zita digagalkan. Ya, digagalkan oleh lelaki-lelaki itu. Tidak!

Dia tidak peduli. Zita tidak akan dilepaskan. Dia akan mencuba untuk memenangi kembali hati isterinya itu. Dia akan berusaha untuk itu dan dia sanggup melakukan apa sahaja. Persetan dengan orang lain!

Friday, February 19, 2010

Rindu Semalam - Bab 37

Bab 37

Troli ditolak perlahan sambil mata memandang pada rak disebelah kanan yang terisi deretan makanan dalam tin. Duhaila memberhentikan langkahnya. Sebuah tin ikan tuna dicapai. Dibelek untuk melihat kandungannya dan juga memeriksa tarikh luput. Tin itu kemudian diletakkan didalam troli. Sebuah tin sardin sederhana besar turut dicapai dan sesudah berpuashati membeleknya tin berkenaan dimasukkan di dalam troli. Duhaila bergerak menolak troli ke hadapan.

"hai, sorry sayang...Fik lambat sikit, ada discussion dengan parents pesakit tadi, ingat sekejap je. Dah beli semua ke?" Taufik sudah berdiri disebelah Duhaila sambil melipat lengan baju kemeja yang dipakainya. Matanya mereka bertatapan seketika sambil bertukar senyum.

Wajah yang sedikit lembab dengan peluh menarik perhatian Duhaila lalu dicapai bungkus tisu kecil didalam tas tangan dan menghulurkan pada Taufik. Taufik hanya tersenyum sambil mengangkat keningnya pada Duhaila. Dahi Duhaila sudah berkerut. Diangkat sedikit kepala isyarat tidak memahami maksud perlakuan Taufik.

"alahai sayang..tolonglah lapkan. Romantik la sikit. Camner ni nak jadi isteri mithali..." Duhaila sudah menjeling pada Taufik. Namun tangannya dihalakan juga ke dahi Taufik lalu perlahan-lahan dilapkan peluh yang sedikit membasahi dahi tunangannya itu.

"mengada-ngada ye you sekarang..." mahu sahaja Duhaila mencubit lengan Taufik kalau tidak difikirkan orangramai di kawasan pasaraya tersebut.

"ni bukan mengada-ngada. Ni nak practice je..." senyum Taufik makin lebar.

"practice?" Taufik sudah menganggukkan kepala namun senyumnya masih tidak lekang di bibir.

"practice nak bermanja dengan isteri la sayang...nak practice jadi loving couple la sayang." Duhaila sudah membulatkan matanya sambil memandang tepat pada Taufik. Tangannya sudah mahu mencubit lengan Taufik tapi pantas dielak. Taufik sudah ketawa besar. Duhaila sudah memandang orang disekeliling yang sudah menoleh pada mereka berdua. Ada yang tersenyum memandang aksi mereka berdua.

"Fikkk...issh you ni, malulah orang tengok..perlahan la sikit volume tu." Duhaila sudah menyiku perlahan perut Taufik lalu dengan pantas menolak troli ke hadapan memasuki kawasan bahan basah meninggalkan Taufik dibelakang.

"sakit la you siku perut i tau...ganas jugak you ni ye." Taufik menggosok -gosok perutnya. Duhaila yang sedang asyik memilih timun menoleh sekilas.

"padan muka...lain kali buat la lagi gurauan-gurauan macam tu ye tuan doktor!" Taufik pantas menarik perlahan hidung Duhaila. Duhaila pantas mengetuk tangan Taufik dengan timun yang sedang dipegangnya. Rasakan!

"ouhh!...yang, you ni memang sah ganas tau..habislah i nanti dikerjakan you. Hai, nasiblah kamu Taufik." Duhaila hanya menjeling kecil. Wajahnya sudah sedikit merona. Taufik sudah mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum, sahaja mahu mengusik tunangannya yang diketahui sedikit pemalu itu.

Duhaila membawa plastik berisi beberapa biji timun yang sudah dipilih ke tempat untuk ditimbang dan ditagkan harganya. Taufik hanya berdiri disebelah troli sambil memerhatikan Duhaila dari jauh. Nafas dihela perlahan-lahan. Betapa didalam hati dia amat menyayangi dan mengasihi Duhaila. Hanya Tuhan yang tahu betapa bermaknanya gadis itu didalam hidupnya. Terlalu bermakna...

"ok, dah jom kita bayar." Duhaila memasukkan plastik timun yang sudah ditimbang dan ditagkan ke dalam troli.

"semua dah ada ni?.." Duhaila menganggukkan kepala sambil memandang pada Taufik.

"i dah beli bahan untuk buat goreng bee hoon yang you nak tu, bahan untuk buat sandwich sardin you, sandwich tuna untuk Ben macam yang you cakap tu. I dah beli fruits, i dah beli a fews snack for Ben plus chocolates too. Juice pun dah ni. So cukup kan or do i left anything?" Taufik sudah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"complete...you memang cekap. Ini buat i tambah sayang pada you." Duhaila sudah mencebik pada Taufik.

"ok sayang...sekarang bahagian you pulak ye...tolong bayar ok!" Duhaila sudah mengenyitkan mata sambil tersenyum kecil pada Taufik.

"yelah cik adik sayang.."

* * * * * * *

"Ben nampak happy sangat kan Fik...tengok tu bukan main lagi dia buat sand castle. Seronok betul dia!"

Taufik memandang tunak pada kelibat Ben di gigi air yang seronok menimba pasir dan membina kota ciptaannya bersama-sama kanak-kanak lain yang turut sama berada di pantai. Sesekali terdengar hilaian ketawanya bersama teman-teman yang lain.

"Akhmal dah lama tak bawak Ben jalan-jalan jauh macam ni. Ben tu memang suka pantai, macam arwah mama dia jugak...pantang jumpa air..macam itik!" Duhaila menoleh pada Taufik.

"you rapat dengan arwah?" Taufik membetulkan sandarnya. Duhaila menghulurkan gelas berisi jus jambu padanya. Taufik menyambut perlahan.

"thanks sayang...hmmm, nak kata rapat sangat tu tak lah tapi kenal dia dari kecil sebab keluarga arwah tu dulu berjiran dengan keluarga i. Dia dah macam adik i jugak. Dia pun rapat dengan adik i."

"i see. Then dari situ jugak you kenal dan jadi akrab dengan Akhmal." Taufik mengangguk-anggukkan kepala.

"Ben tu i dah anggap macam anak saudara i juga Duha. I kesian pada dia. Dalam usia yang masih mentah dah kehilangan kasih ibu. Tapi Ben ni budak cerdik. Dia cepat belajar untuk adapt dengan perubahan situasi dalam hidup dia."

"you missed her?"

"rindu pada senyum dia, ketawa dia...lemah lembut dia. Tuhan lebih sayangkan dia Duha."

Jeda seketika. Duhaila dan Taufik sama-sama memandang ke arah kaki langit.

"bila tengok keadaan kita sekarang ni..i mean you, i and Ben spending time together here...you tau i rasa dah tak sabar nak nikah dengan you. Nak cepat-cepat build a family. Ada isteri, ada anak...such a complete life!..hai lamanya lagi nak tunggu 2 bulan ni kan sayang? " Duhaila sudah tersenyum kecil memandang pada Taufik yang juga kebetulan sedang memandang tepat padanya. Duhaila pantas melarikan wajahnya ke arah lain. Malu ditenung begitu.

"Duha..." Wajah ditolehkan perlahan pada Taufik.

"Kita nikah esok ye?, nikah je dulu...sanding kita buat nanti 2 bulan lagi. Ermm kalau you dah pregnant pun masa tu orang tak perasan...boleh ye sayang?" Duhaila sudah membesarkan matanya pada Taufik. Epal hijau yang kaku didalam bakul dihadapan pantas dicapai lalu dilontar pada Taufik. Pantas tangan Taufik menyambutnya. Ketawanya sudah terburai disitu melihat jelingan tajam dari si buah hatinya itu.

Thursday, February 18, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 18

Bab 18

Rasa macam tak percaya pula bila difikir-fikirkan keputusannya sebentar tadi. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya memang dia berkeadaan sedar waktu memberi jawapan pada ajakan si teman cybernya itu. Tidak puas hati, dicubit pula pipi nya itu. Perit. Tangan masih erat menggenggam telefon bimbit. Direnung kembali gajet itu. Akalnya menerawang entah ke mana saat ini. Mata dipejamkan. Rapat. Kepala disandarkan pada kerusi. Nafas masih turun naik mengepung dada yang kian sarat dengan pelbagai terjahan soalan demi soalan yang perlu dijawab olehnya. Perbualannya bersama Azad di dapur kelmarin masih terngiang-ngiang di telinga.

"biar betul hang Ku'a?"

"betul la, apa pulak yang tak betulnya.."

"so, kira jadi la ni misi 1st date 2010 hang ya?"

"hmm...insyaallah jadi rasanya.."

"issh hang ni, dia tu ntah siapa-siapa je...ntah orang tak tidak...misi hang nanti jadi misi ke balai polis pulak.."

"la hang ni ke situ pulak, dia tu orang la...O.R.A.N.G !,bukan orang Bunian tau!...Dunia Bunian ada internet ke, ada handphone ke ha? apa la hang Azad!"

"eh, mana tau... kut kut ada kabel dia kat sana..haa!"

"mengarut dah hang tu!"

"ok....hang pasti ka mamat tu boleh percaya?"

"insyaallah, naluri aku memang kuat kata dia ok.."

"kalau naluri hang salah, macammana?"

"kalau salah, aku cha alif bot la mangkuk!"

"yelah tu cik kak, kalau sempat hang cabut..buatnya hang dah dipengsankan dulu camner..naya ooi Ku'a..naya!"

"issh, tak da la..hang doa-doakan la aku takda apa-apa. "

"apa-apa je lah...hang tu, jangan leka nanti...ingat ni!"

"ingat apa?"

"la budak ni, aku katuk kepala hang ngan penapis ni baru tau...ingat pesan aku ni, jangan pandang mata dia, nanti kena pukau pulak, hang tu dah la lemah semangat...sekarang ni macam-macam hal Ku'a jantan-jantan kat luaq sana tu punya perangai hang tau, ni kan langkah keselamatan untuk hang jugak."

"dah tu aku nak pandang apa, nanti dia ingat aku ni takut kat dia pulak, ala leceh la camtu Azad...buat malu aku ja nanti."

"pandang la kut lain mangkuk!..baju dia ka, tangan dia ka, jam dia ka... janji hang jangan sesekali pandang mata dia..malu apa ka benda. Eh, yang penting diri hang selamat ok, tolak tepi apa dia dok pikir pasal tu...pi kut dia la pun nak pikiaq apa, hang susah apa Ku'a..issh hang ni!"

"issh...takkan teruk sangat sampai lagu tu Azad?"

"hey hang tau dia lagu mana ka?...ikut ja cakap aku ni, toksah dok banyak cakap!"

Mata yang tadi terpejam dibuka perlahan-lahan. Kepala digeleng-gelengkan. Ku'a tersenyum kecil. Kerisauan yang melanda dirinya saat ini ini semua akibat terpengaruh dengan momokan Azad sejak dia memberitahu rancangan dan ajakan teman cyber yang baru dikenalinya itu. Pelbagai andaian dan teori yang dikemukakan teman akrabnya itu. Hendak tergelak pun ada bila mengenangkannya. Namun jauh disudut hati Ku'a tahu niat murni Azad. Azad bak pelindung dirinya. Penjaga yang paling setia. Peneman yang sentiasa sudi di sisi.

Jam pada sisi meja dilihat sekilas. Sudah waktunya dia pulang ke rumah untuk bersiap dahulu sebelum janji temunya petang ini. Telefon bimbit yang sedari tadi digenggam pantas dimasukkan ke dalam tas tangan. Sesaat hatinya bagai berbisik sesuatu. Kenapa tidak dia membawa Azad sebagai peneman. Sekurang-kurangnya dia selamat juga dari berdua-duaan dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Telefon ditarik keluar. Ku'a berdiri mengadap tingkap di dalam bilik pejabatnya sambil tangan pantas menekan gajet di tangan mencari nombor teman cybernya itu.

"assalamualaikum." terdengar balasan salam di talian sebelah sana.

"ye awak?"

"awak..erk petang ni..."Ku'a tarik nafas perlahan-lahan.

"kenapa?, tak jadi ke nak jumpa ni...awak ada hal lain ke?" Ku'a sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil tangan digoyang-goyang ke kiri dan kanan.

"eh, bukan bukan...jadi tu jadi..cuma boleh tak kalau...kalau..."

"boleh tak kalau? erk apa tu awak, saya tak faham..."

"boleh tak kalau nanti saya bawak sorang kawan temankan saya. Rasa macam tak elok kita keluar berdua-dua. Awak fahamkan maksud saya?" terdengar ketawa kecil dihujung talian sana. Dahi Ku'a sudah berkerut.

gelakkan aku la tu!

"sorry, awak jangan salah faham ye. Saya tak gelakkan awak, saya gelakkan diri saya. Yelah kut kut awak ingat saya ni spesies makan orang ke. Saya buat lawak je. Saya faham maksud awak. Ok gak tu idea awak, nanti saya bawak kawan saya jugak, barulah lengkap kan.."

"apa yang lengkap?'

"yelah kalau awak berdua, dan saya seorang kan macam ganjil ja...bertiga nampak macam tak selesai..berempat baru cukup ahli meja.."

"macam-macam awak ni.Oklah kita jumpa petang nanti,insyaallah..assalamualaikum."

"waalaikumsalam awak."

Ku'a sudah tersenyum lebar. Secepatnya nombor Azad ditekan.

Wednesday, February 10, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 16

Bab 16

Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan gerakan jari-jemari Azhar di papan kekunci laptop terhenti. Kepala yang tadinya tunduk mengadap muka skrin laptop ditegakkan selari dengan tubuhnya. Ditoleh sedikit kepalanya memandang ke arah pintu bilik.

"siapa tu?" Azhar bersuara perlahan. Menunggu jawapan dari luar sana.

" Sarah papa. Bukalah pintu ni papa. Sarah nak tunjuk something kat papa, cepatlah papa!"

"jap papa buka pintu ok."

Azhar berdiri seraya menolak kerusi ke belakang. Kacamata ditanggalkan lalu diletakkan diatas meja. Langkah diatur ke pintu. Perlahan-lahan pintu dibuka. Dia menunduk sedikit memandang ke wajah puteri tunggalnya itu yang sedang tegak berdiri d hadapan pintu. Maisarah dilihat sudah tersenyum lebar menampakkan sebaris giginya yang putih sambil menunjukkan baju gaun merah jambu separas lutut dengan corak bunga-bunga kecil yang sedang dipakai dengan jari telunjuk kanannya. Hujung kedua-dua baju itu kemudiannya dipegang dengan kedua-dua tangan sambil dia berpusing-pusing di hadapan Azhar.

"taraaa....cantikkan papa baju yang kakak Zita beli ni?. Tengok ni papa." Sarah yang masih asyik berpusing-pusing dihadapannya mengundang senyum Azhar. Kepala diangguk-anggukkan sambil matanya tidak putus memandang pada gelagat comel Sarah.

"iye, cantik...dan tambah cantik bila anak papa yang comel ni yang pakai." cubitan halus hinggap di pipi gebu Sarah. Tersengih sahaja Sarah mendengar pujian Azhar.

"pandaikan papa kakak Zita pilih baju untuk Sarah. Sarah suka sangat baju ni papa." Kepala Azhar terangguk-angguk lagi. Mengiyakan kata-kata Sarah. Tubuh dipusingkan semula lalu melangkah ke arah meja yang ditinggalkan tadi. Masih ada kerjanya yang belum selesai. Teringat akan mesyuarat pagi esok. Pembentangan yang memerlukan dia bersiap sedia dengan segala maklumat yang sudah dikumpulkan oleh para pengurus bawahannya.

Sarah mengikuti langkah Azhar dari belakang dan turut masuk ke dalam bilik Azhar. Pantas kaki comelnya memanjat ke atas katil Azhar yang cukup besar di matanya. Sarah terus duduk di atas katil sambil matanya memandang Azhar di sebelah. Azhar sudah menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya. Kacamata yang tadinya ditanggalkan disangkutkan semula. Kepalanya menoleh pada Sarah diatas katil. Keningnya diangkat sedikit seakan bertanya pada Sarah. Bagai mengetahui maksud Azhar, Sarah tersenyum.

"papa...Sarah nak tanya boleh?" Azhar menganggukkan kepala. Tubuh yang tadinya sudah siap dihala ke hadapan meja dipusingkan semula mengadap Sarah. Cuba meluangkan sedikit masa untuk puteri tunggalnya itu. Azhar tahu sejak kebelakangan ini dia sering kesempitan masa untuk diluangkan pada Sarah. Banyak masanya perlu diluangkan di pejabat. Ditambah dengan perihal penceraiannya dengan bekas isteri; Marina yang juga menuntut masanya di situ. Dia tahu Sarah bagaikan terkurung didalam rumah besar dua tingkat ini. Hanya ada bibik Sutihah yang menjadi peneman setianya sejak Sarah dibawa dari kampung.

"Sarah nak tanya apa sayang?"

Sarah mengetuk-ngetuk jari telunjuk di bibirnya sambil mengelip-ngelipkan mata. Azhar sudah tersenyum melihat aksi Sarah.

"papa..kalau...kalau...aarr.."

"kalau apa ni sayang?, cakaplah dengan papa..."

"papa jangan marah tau!" bebola mata Sarah sudah dibulatkan memanah tepat pada mata Azhar. Azhar angkat tangan kanan separas telinga seakan orang melafaz ikrar.

"promise your highness!"

Sarah sudah ketawa sambil bertepuk tangan. Gembira melihat perlakuan lucu Azhar yang spontan.

"Sarah nak cakap apa?"

"kakak Zita ajak Sarah pergi rumah dia this weekend, bolehkan papa?" Azhar sudah mengangkat kening.

"iye ke kakak Zita yang ajak...atau Sarah yang sebenarnya beria-ia nak pergi ni? papa nanti call and tanya kakak Zita ye, boleh kan?''

Sarah sudah menarik wajah cemberut. Kedua-dua belah tangan disilangkan di bahagian dada. Matnya dijelingkan pada Azhar. Azhar mengulum senyum. Sahaja mahu menguji kepintaran Sarah berhujah dengannya.

"papa tak percaya cakap Sarah ye."

"papa did not say that...just wanna confirmed with her first."

"i'm not lying to you papa. I'm not ok. You can call her now."

Ketawa Azhar cuba disembunyikan. Sarah dilihat sudah pantas mengatur langkah turun dari katil sambil berjalan pantas menuju ke pintu. Azhar sedikit terkejut dengan aksi tidak disangka-sangka dari Sarah. Cuba dirai tangan kecil itu tetapi Sarah lebih bijak mengelak. Disengetkan tubuhnya untuk lolos dari tangan sasa Azhar.

Haa..sudah, merajuk dah dia, mati la kau Azhar!

" sweetheart, i'm just teasing you ok." Laungan suara Azhar tidak diendahkan. Kepala digeleng-geleng tanpa menoleh ke belakang memandang ke wajah Azhar. Menonong sahaja Sarah keluar dari bilik Azhar. Azhar sudah bangkit dari kerusi, cuba mengejar si kecil.

"Sarah dear...please, i'm sorry sweetheart."

Sarah sudah meloloskan tubuhnya ke dalam bilik. Pantas pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam. Azhar cuba mengetuk dan memanggil Sarah berkali-kali namun tidak diendahkan. Berkali-kali kata maaf dilafazkan namun Sarah tetap mematikan diri didalam bilik. Langsung tidak memberi respon pada permintaan dan rayuan Azhar. Marah sungguh Sarah dengan kata-kata Azhar biarpun sudah dijelaskan bahawa dia hanya bertujuan mengusik Sarah sahaja. Azhar sudah menggeleng-geleng kepala di hadapan pintu bilik Sarah. Kedua-dua belah tangan sudah diletakkan di puncak kepala. Diketuk, ketuk kepalanya beberapa kali.

apalah bodoh sangat kau ni Azhar..usik lagi! main-main lagi! padan ngan muka kau...kau ingat budak kecik takder perasaan ke haa?...mangkuk tingkat besi kau ni!

Minda cuba menjana idea. Langkah diatur seberapa segera ke biliknya semula. Pantas telefon bimbitnya yang terletak di hujung meja dicapai. Aksara ditekan mencari nombor Zita. Butang hijau ditekan serta-merta. Telefon dilekapkan rapat ke telinga. Masih menanti talian bersambut.

Pick up Zita...pick up your phone please!

* * * * * * *

Kedua-dua tapak tangan diraup kemas ke wajah. Bingkas dia bangun dari sejadah bersama telekung yang masih tersarung di tubuh lalu pantas menyusun langkah menuju ke arah katil. Bunyi bingit yang sudah beberapa kali melaung dari gajet kecil itu sejak Zita masih dalam solat tadi. Dicapai telefon bimbitnya yang terbaring di atas katil. Berkerut dahinya kala melihat nama yang terpampang di layar skrin. Azhar?

Pantas butang ditekan. Zita melabuhkan duduk di pinggir katil.

"assalamualaikum...Har, what's wrong? 7 kali you missed call i ni...Sarah ok?"

"walaikumsalam..ya Allah, you gi mana Zita...puas i call you tau." Terdengar keluhan perlahan dari lontaran suara Azhar. Zita sedikit cemas. Tubuhnya sudah berdiri.

"Har i baru selesai solat, kenapa ni?, slowly ok." Helaan nafas Azhar cukup jelas dipendengaran Zita. Risaunya kian memuncak. perkara buruk apakah yang telah berlaku yang membuatkan Azhar secemas ini. Zita berjalan mundar mandir didalam bilik. Bimbang kian tinggi.

"It's Sarah.."

Saat mendengar nama itu disebut Azhar, jantung Zita sedikit tersentak. Doanya pantas dipanjatkan agat tiada apa yang buruk menimpa si kecil buah hatinya itu. Si kecil yang sudah menambat hatinya sejak mula mereka berkenalan dahulu tatkala di kampung papa Zita. Kenangan manis yang sukar dilupakan.

"Sarah kenapa Har?" cuba ditenangkan hati. Jiwa cuba ditenteramkan.

" i yang salah Zita...it's all my fault." Hati Zita kembali bergetar.

"apa yang dah jadi kat Sarah, Har? cakap pada i Har."

"Sarah...dia merajuk Zita..." Zita menghela nafas kelegaan. Merajuk rupanya!

Azhar ni, issh buat suspen orang jer la!

"apa yang you dah buat kat Sarah ni sampai dia merajuk ni Har?"

Terdengar keluhan ditalian sebelah sana. Zita hanya menggeleng-geleng kepala. Kembali dia melabuhkan duduknya semula di pinggir katil. Dia mendengar tiap butir cerita Azhar dengan teliti. Sesekali dia menyampuk memarahi Azhar.

"tulah you, lain kali tanya i dulu, jangan main sedap mulut laser you tu jer... kan dan susah macam ni...dah, biar i cakap dengan dia. Pass the phone to her. Now Har!, cepat cari dia!"

"ok ok, i'm on my way now...erk, thanks so much Zita."

"naa..hal kecik je tu..."

Zita menghela nafas panjang. Kepala digeleng-gelengkan. Azhar...Azhar!

Friday, February 5, 2010

Rindu Semalam - Bab 36

Bab 36

Telefon bimbit yang berbunyi nyaring diatas meja menarik perhatian Benjamin yang sedang menyiarap di atas katil. Kepala ditegakkan seakan mahu memastikan telinganya mendengar bunyi yang selalu berkumandang dari telefon bimbit milik papanya. Ya, memang bunyi yang sama. Hatinya seakan hairan dimana papanya dan kenapa membiarkan telefon itu berbunyi sendiri tanpa dijawap. Benjamin mengambil keputusan untuk melihat apa yang berlaku. Dia menuruni katil perlahan-lahan. Buku cerita yang dibaca tadi ditinggalkan diatas katil. Langkah kecilnya diatur ke bilik sebelah yang sudah ternganga luas. Bunyi yang kedengaran tadi sudah terhenti saat sepasang kaki kecilnya mahu melangkah masuk ke dalam bilik sebelah. Dia memerhati dengan kepala dijenguk kedalam bilik. Tiada kelihatan kelibat papanya. Benjamin memusingkan tubuh dan mula mengatur langkah ke biliknya semula. Kedengaran kembali bunyi tadi. Dia tidak jadi melangkah. Tubuh kecilnya dipusingkan semula menghala kedalam bilik. Bunyi nyaring yang dia sedia maklum dari telefon bimbit papanya cuba dicari. Cuba dipastikan dari mana datangnya bunyi tersebut. Langkah makin hampir ke arah katil. Makin jelas bunyinya. Matanya cepat memandang almari solek dihadapan katil papanya. Pantas dicapai gajet tersebut lalu melihat nama yang terpapar pada skrin. Taufik?...mindanya cuba memproses data sebaik melihat nama tersebut. Cuba memadankannya dengan siapa-siapa yang dikenalinya. Tiba-tiba matanya bercahaya...uncle Taufik!, dia menyebut perlahan.

"Assalamualaikum uncle...ni Ben."

"Wa'alaikumsalam, Ben...eh papa mana, Ben pulak yang jawap call uncle ni." Kepala digeleng perlahan dengan harapan dilihat oleh uncle Taufiknya.

"papa takda dalam bilik tapi pintu papa tak tutup. Ben tak tahu papa pergi mana lah uncle. Telefon papa tinggal dalam bilik. Ben dengar telefon ni berbunyi...kuat...dari bilik Ben pun boleh dengar. Ben masuklah bilik papa, tengok papa takde jadi Ben jawablah."

"oh, papa Ben lupa nak bawak la tu agaknya. Takpe la nanti uncle call papa again. Hmmm, Ben tengah buat apa tadi?"

"Ben baca story book. Papa beli semalam. Papa beli 3 story books tau uncle."

"i see. Ben suka ye baca story book? Macam mana uncle tak tahu pun ye. Uncle ingat Ben suka games je". Senyuman manis sudah terbentuk dibibirnya saat mendengar Taufik menyebut "games".

"games pun Ben suka jugak. Story book pun Ben suka. Uncle tahu, dulukan masa Ben sakit and stay at the hospital, doktor Duhaila selalu bacakan story book untuk Ben. Best tau uncle. Doktor Duhaila pandai cerita. Macam-macam cerita dia tahu. Ben seronok dengar. Ben rindu lah pada doktor Duhaila uncle. Kenapa doktor Duhaila tak datang lagi kat rumah Ben, uncle?. Dulu lepas birthday Ben, dia tak datang lagi dah. Dia pun tak call Ben. Ben tunggu selalu dia call..tapi..tak da pun dia call Ben uncle. Dia tak suka Ben lagi ye uncle? Ben naughty ke uncle? uncle cakaplah pada doktor Duhaila Ben rindu dia. Ben nak jumpa dia. Ben promise be a good boy. Ben sayang doktor Duhaila. Dia baik macam mama Ben. Tapi mama dah takda...mama dah mati."

Terdengar dari telinga kecilnya bunyi helaan nafas yang panjang dari talian sana. Dia tidak tahu apakah dia sudah tersalah cakap. Tapi seingatnya dia tidak bercakap yang tidak baik atau tidak elok. Dia menceritakan perkara yang baik-baik tentang doktor Duhaila yang sangat disayanginya itu. Dia memang sangat menyayangi doktor Duhaila. Doktor itu baik seperti mamanya. Juga sangat cantik seperti mamanya. Sayangnya mamanya sudah tiada. Mama yang sangat disayangi itu sudah diambil Tuhan sebab Tuhan sangat sayang pada mama. Itulah yang sering dia dengar dari papa. Juga dari nenek. Uncle Taufik juga pernah berkata begitu. Semua orang pun berkata begitu. Lalu bila doktor Duhaila tidak lagi datang menjenguknya di mahligai ini, tidak lagi menghubunginya hati kecilnya jadi sedih. Sangat sedih. Sedih bila memikirkan apakah doktor itu sudah tidak suka padanya lagi atau adakah doktor itu sudah membencinya. Ada apa-apakah kesalahan yang telah dia lakukan lalu menyebabkan doktor Duhaila tidak sudi lagi menjenguknya apatah lagi menghubunginya...berbual dengannya seperti dahulu. Dia sangat merindui saat-saat itu. Kalaulah mama masih ada lagi dia pasti tidak sunyi dan berasa sedih begini.

"Ben, dengar sini apa yang uncle nak cakap ok.." Dia menganggukkan kepala pantas. Dia merasakan uncle Taufiknya dapat melihat dia berbuat demikian. Dia pasti.

"doktor Duhaila suka sangat dekat Ben. Dia pun sayang dekat Ben cuma sekarang ni dia banyak kerja di hospital. Ben tahukan kerja doktor Duhaila kat hospital macammana. Dia kena jaga ramai budak-budak yang sakit..macam Ben dulu. Nanti uncle beritahu dekat dia Ben rindu sangat pada dia and uncle will make sure she call you, ok? Ben is a very good boy and uncle is very sure she knew that too. Ben jangan sedih sedih lagi ok. Mama Ben pun mesti sedih kalau tengok Ben sedih. Ben mesti tak mahu mama sedihkan?" Dia menganggukkan kembali kepalanya. Seolah-olah mengetahui uncle Taufik dapat melihat dia berbuat demikian. Bibirnya sudah menguntum senyum saat mendengar janji yang dilafazkan uncle Taufiknya itu. Benjamin tahu uncle Taufiknya tidak pernah memungkiri janjinya.

"promise uncle?" Dia merapatkan lagi telefon itu ke telinga. Mahu mendengar lafaz janji dari mulut uncle Taufiknya dengan jelas.

"uncle promise ok." Senyuman kian melebar dibibir comelnya. Dia pasti tidak lama lagi doktor Duhaila akan menghubunginya.

"uncle..."

"yes Ben.."

"Ben sayang uncle...Ben pun sayang doktor Duhaila juga. "

"uncle pun sayang Ben. Ok, nanti uncle call lagi and kita cerita lagi ye. Ben be a good boy ok. Jaga papa baik-baik ye. Ben mesti jadi hero papa tau."

"yes uncle..i'm papa's hero."terdengar bunyi tepukan tangan ditalian sebelah sana. Benjamin sudah tersenyum bangga.

"ok, uncle nak pergi masuk ke wad lawat pesakit. Kirim salam uncle pada papa ok. Assalamualaikum Ben.."

"ok uncle. Nanti Ben cakap pada papa. Waalaikumsalam uncle."

* * * * * * *

Jam ditangan ditoleh. Didalam kepala sedang membuat satu kesimpulan. Pantas langkah panjangnya dihala ke bilik rehat. Senyum dilempar pada kakitangan yang berselisih dengannya di tangga. Salam disambut pada yang menghulur.

Tombol pintu diputar perlahan. Kepala dijengah sedikit mencari seseorang. Matanya menangkap susuk yang membelakangkan pintu, yang sedang bersandar di sofa sambil membaca akhbar. Ayunan kaki dibawa ke arah sofa. Bahu itu disentuh lembut. Kepala sicantik yang sedang ralit dan tenggelam didalam dunia bacaannya pantas mendongak. Senyuman mereka saling berlaga.

Taufik melabuhkan duduk dihadapan Duhaila yang sudah meletakkan akhbar The Star diatas meja dihadapannya. Tubuhnya sudah ditegakkan sedikit memandang ke wajah Taufik.

" dah lunch?." Taufik menggelengkan kepala. Perlahan.

"you?" Duhaila tersenyum.

"tak...tak lapar lagi. Malas rasanya nak gi makan." Taufik dilihat sudah menjeling padanya. Duhaila sudah menguntum tawa. Tangannya ditutup ke mulut.

"jangan mengada nak diet ye... badan dah tinggal tulang. Nanti dah takde shape lak bila sampai kat tangan Fik...rugi la Fik!" tangan Duhaila pantas mencari lengan Taufik. Terdengar jeritan kecil Taufik disulam gelak yang kuat. Tangannya pantas menggosok lengan yang sudah memerah sedikit. Duhaila hanya melemparkan pandangan selamba.

"padan muka!"

Taufik hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mata masih memaku pada lengan yang masih merah. Ganas jugak tunang aku ni rupanya!

" jom kita gi lunch." Duhaila sudah menggeleng sambil menunjukkan jam ditangannya.

"lunch time i dah nak habis. sorry my dear." Taufik sudah menyandarkan tubuhnya pada sofa. Mengeluh kecil. Duhaila sudah mengerutkan dahi.

Takkan merajuk kut pakcik aku ni, aah sudah!

"hai..apa nak buat. Melepas ler...takde chancelah nak bermesra-mesra dengan orang tu. Nasib la kamu labu!"

Ketawa Duhaila terburai saat mendengar kata-kata lucu yang dilafazkan oleh Taufik.

Fik ni, macam-macam aje dia!

"Duha.." Taufik sudah menegakkan tubuhnya semula. Memanah tepat pada mata tunangnya yang masih belum lerai tawanya. Duha hanya menganggukkan kepala sebagai isyarat meminta Taufik meneruskan bicaranya.

"tadi i call Akhmal...tapi Ben yang jawab. Katanya dia tak tahu papanya ke mana tapi telefon tertinggal dalam bilik, tu yang dia jawab call i." Mendengar nama Akhmal disebut, Duhaila sedikit tersentak namun cuba sedaya upaya berlagak biasa agar tidak dikesan Taufik. Cuba dilontar jauh-jauh rasa sayu itu.

"Ben apa khabar ye Fik. Lama dah i tak jumpa dia. Must be bertambah cute kan. " Taufik tersenyum mendengar kata-kata Duhaila.

"dia rindu you sangat-sangat. Merajuk..jauh hati and sedih sebab you lama tak jengok and call dia. Dia fikir you dah tak suka dia lagi..dia nak sangat jumpa you." Duhaila meraup wajahnya perlahan-lahan. Sedar akan kealpaannya yang tenggelam dengan kesibukan urusan kerja dan peribadi lantas mengabaikan insan kecil itu. Insan yang sangat istimewa dihatinya. Tapak tangan kanannya ditutup ke mulut. Cuba meredakan kekesalan di hati akan kecuaian diri.

" Fik.."

"hmmm..."

"kita gi jumpa Ben. And kalau Akhmal izinkan, kita bawak dia keluar...jalan-jalan, mesti dia happy...boleh kan Fik?"

Senyuman manis Taufik sudah menjawab soalan Duhaila. Senyuman itu dibalas. Mata mereka berdua saling memandang.

"Terima kasih Fik." Anggukkan perlahan dari Taufik cukup menggembirakan Duhaila.

Thursday, February 4, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 17

Bab 17

Azad menuruni tangga sambil tangan lincah menyumbatkan kepingan kek lapis Sarawak yang dibawa dari pejabat petang tadi. Dengan langkah berhati-hati mata galaknya liar memandang ke arah ruang tamu. Tidak langsung kelihatan susuk tubuh Ku'a.

Issy, mana pulak cik kak kering ni? dalam bilik takde, kat sini takde...malam-malam buta ni takkan kat luar kut.

Kepala yang tidak gatal digaru-garu sambil kaki terus melangkah diruang sekitar di dalam rumah dua tingkat itu mencari Ku'a. Dijenguk sedikit kepala ke ruang dapur. Juga tiada kelibat orang yang dicari. Azad membelok langkah ke kiri. Kaki diayun ke bilik bacaan yang terletak bersebelahan dapur. Dari celahan pintu yang tertutup dia melihat jelas bayang cahaya dari dalam bilik berkenaan. Perlahan-lahan tangannya memusing tombol pintu. Matanya sudah dibesarkan sambil kepala digeleng-gelengkan.

Kat sini rupanya cik kak kering ni...ciss!

Kehadirannya yang tidak disedari itu diambil kesempatan. Sengihan lebar sudah terbit dihujung bibirnya. Perlahan-lahan langkah diatur merapati Ku'a yang sedang duduk membelakangkan pintu. Dengan senyap dan penuh hati-hati Azad sudah berdiri dibelakang Ku'a. Dilihat temannya itu begitu asyik menaip sesuatu di laptop yang terletak diribanya. Dengan perlahan Azad menundukkan tubuhnya supaya dia dapat melihat dengan jelas apa yang sedang ditaip teman serumahnya itu. Kepala dianggukkan sedikit.

Oooo...chatting rupanya cik kak kering ni...hehehe, meh bagi aku intai sat dengan sapa hang chatting ye cik kak sampai tak sedaq aku bukak pintu...huh tu dia nama tak koman, Wira Angkasa, eceh ceh bukan main lagi ya nickname hang!...cik kak kering ni ada kawan nama Wira Angkasa ka? awat aku tak taw ek, issy musykil, musykil..tapikan tengah dia syok-syok berchatting dengan si Wira Angkasa ni kalau aku kacau cik kak kering ni best gak kan?...hehehe.

Ku'a terasa seperti hembusan nafas halus dan perlahan ditelinga kanannya. Jari-jemari yang tadinya lincah menari diatas papan kekunci laptop terhenti serta-merta. Kedua bola matanya sudah bergerak ke kiri dan kanan. Bulu roma seakan sudah tegak. Ku'a menelan air liur. Degup jantung sedikit kencang menendang dinding dadanya. Matanya pantas melihat waktu dipenjuru bawah disebelah kanan laptopnya...12.30 malam. Malam ni malam apa ha?, soalan yang menerpa minda pantas mencari jawapan...dan saat diketahui jawapan yang ditanya pada dirinya sebentar tadi, bola matanya kian membulat sambil nafasnya kian tak tentu hala arahnya. Tangan saling diganding. Erat. Cuba mencari kekuatan. Laptop perlahan-lahan diletakkan disebelah. Aduhai kenapalah dia yang mengalaminya tika berseorangan di sini. Azad sudah tidur waktu Ku'a menjengah ke bilik temannya si mulut bertih masak itu tadi. Mungkin letih agaknya selepas pulang dari meeting bersama pelanggan lewat petang tadi.

"tolonglah jangan kacau aku...kalau kau bukan manusia tolonglah jangan tunjukkan jasad dan rupa kau pada aku. Aku tak nak tengok rupa kau tu. Rumah ni hanya untuk manusia saja..tolonglah pergi, jangan kacau aku...a..a..aku tak kacau kau, jadi...jadi ka..kau janganlah ka..kacau aku!" suara yang sedikit terketar itu terlafaz dalam nada yang perlahan..penuh kepayahan. Mata Ku'a sudah dipejamkan. Rapat. Kedua-dua belah kaki sudah dinaikkan ke atas sofa. Seakan sedang duduk bersila.

Azad sudah menekup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan tawa yang sudah bergema didalam rongga. Cuba ditahan semahunya agar tidak terlontar keluar. Mahu terus menyakat teman serumahnya itu. Tidak disangka lain yang ingin dibuat, lain pulak jadinya. Dalam payah dia mengawal tawanya agar tidak pecah ditelinga teman dihadapannya saat itu, matanya tiba-tiba menangkap sesuatu yang sedang merayap di bahunya...

"makkkkkkkkkkk!"

Ku'a sudah terlompat dari sofa lalu pantas berdiri dan memusingkan tubuhnya ke belakang. Matanya bulat melihat sesusuk tubuh yang sedang terlompat-lompat sambil menepis-nepis sesuatu.

"Azadddd!"

Tubuh Azad terhenti melompat. Matanya dan mata Ku'a sudah saling memandang antara satu sama lain. Ku'a sudah bercekak pinggang. Bulat matanya merenung sesusuk tubuh tinggi lampai dihadapannya. Azad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hanya sengihan yang terpamer di wajah selambanya.

"hang ni kan Azad......eeei, geramnya aku!" Tubuhnya dilabuhkan semula ke sofa dihadapan. Azad menghampiri lalu duduk disebelah Ku'a. Laptop disebelah diambil lalu diletakkan di riba Ku'a. Ku'a menjeling dari ekor mata. Tajam.

"ala jangan dok jeling-jeling aku lagu tu Ku'a."

"apsal pulak aku tak boleh jeling hang?..suka hati aku la!"

"Ku'a...la janganlah habaq lagu tu...aku suka-suka usik hang ja!"

"suka-suka ye?" wajah Ku'a sudah dipusingkan memandang ke raut wajah Azad yang sedang mengigit bibir. Matanya sudah memanah pada mata Azad yang terkelip-kelip.

"suka-suka hotak hang malam-malam jumaat ni Azad. Hang ni kan dari kita belajaq dulu lagi suka buat lagu ni tau Azad. Tak senonoh hang satu hal, pekena kat orang satu hal..aku rasa setambun maki hamun depa yang pernah kena tu kat hang."

"mana ada!"

"Mana ada kunun...tu dulu tu hang takutkan Mona ngan Kak Mie kat bilik ayaq, hang ingat aku tak tau?...yang kes hang pekenakan si Zora ngan Azizah tu hang fikir aku tak tau gak ka?..hang pi lumur muka hang yang dah sedia comei tu dengan bedak sejuk dah tu pi ketuk pintu bilik depa pukul 1 pagi. Nasib baik takdak apa-apa kat depa berdua. Buatnya pengsan ka, apa ka hang yang kena tau. Tak baik la hang, aniaya kawan macam ni...eeei aku... " Kedua-dua belah tangan sudah diangkat seakan mahu mencekik leher Azad. Azad pantas memegang lehernya.

"geramnya aku kat hang ni tau..."

"ala masa tu kan aktiviti riadah tengah malam...aktiviti menghilang boring study. Aku saja ja main-main. Lagipun depa tu ok ja pa. Depa tu kebal la Ku'a. Takdak apa-apa pun depa tu semua. Sihat semua sampai sekarang. Dah beranak pinak pun. Aku ngan hang ja yang tak beranak-ranak lagi. Dok tang tu ja!"

"Eh, yang hang melalut part beranak-ranak ni pasai pa? hang dah ready nak beranak ka? Dah ada calon ya?..dah la masuk sini main terjah ja, tak bagi salam ka apa...nasib baik aku ni takdak sakit jantung tau."

Mata Azad sudah bercahaya. Duduknya dirapatkan pada Ku'a. Bahu Ku'a sudah diraih.

"Eh..tadi tu hang chat ngan Wira Angkasa ya? Siapa tu Ku'a? nickname bukan main lagi. Mata ayaq baru hang ka?" Ku'a menundukkan kepalanya sedikit menoleh pada Azad. Keningnya diangkat sedikit.

"Hang mengendap aku ya Azad?"

"issy..ada ka mengendap. Mengintip sebenarnya...saja, aku kan sepaiii!" Bibir Azad sudah melembarkan senyuman selamba.

"sepai kunun, bersepai kepala ni nanti baru padan muka hang...podaaah citt!" Kepala Azad diketuk lembut oleh Ku'a. Ku'a sudah bangun lalu mencapai laptopnya.

"weh awat ni..tak jawap soklan aku dah nak bangkit, tak baik la hang lagu ni Ku'a." Ku'a cuma melemparkan senyum sumbing pada Azad yang masih duduk di sofa.

"hang kan sepaiii...siasatlah sendiri. Dah, aku nak naik atas tidoq. Esok nak bangkit awai gi sekolah. Hang nak tidoq sini..silakan ya cik kak tocang dua!" Langkah diatur ke pintu bilik.

"wei, jap tunggu aku...eei hang ni pun, ada ka nak tinggai aku sorang-sorang kat sini."

Langkah Ku'a sudah berhenti di depan pintu. Ditoleh pada Azad yang sudah berada di belakang.

"hang takut ka?..setahu aku hang mana tau takut...hantu pun takut kat hang cik kak tocang dua."

"amboi cik kak kering sorang ni...sedap ja ya bercakap." Ku'a sudah membulatkan mata.

cik kak kering?. ciss kurang asam boi punya Azad!

"apa hang panggil aku Azad?..cilikan mulut tu nanti baru tau ya.."

"amboi amboi nak cilikan mulut aku pulak ya...yang hang panggil aku cik kak tocang dua tu tak pa ya.."

"tu kan nama yang cik abang Mus orang sebelah yang bagi hang..panggilan manja gitu!" Ku'a sudah ketawa kecil sambil melangkah keluar dari bilik bacaan. Azad mengikuti dari belakang. Pantas suis lampu bilik ditutup dan pintu dirapatkan.

"Eei, tolonglah ye jangan disebut nama mamat sekoq tu..aku alegik tau!" ketawa Ku'a makin bertali. Azad sudah mencebik.

"ala, hang tak suka sebab tak kenai dia lagi...dia ok pa aku tengok. Rupa pun ada..kategori handsome la. Suara dia best kan?, macho tu Azad. Eh apa kata hang date ngan dia dulu Azad. Aku tengok dia tu memang suka sungguh kat hang." Azad sudah menggeleng-geleng kepala lalu melangkah pantas ke tangga. Tubuhnya pantas dipusingkan semula pada Ku'a.

" Kalau aku kena date ngan dia la kan Ku'a...aku rasa aku kena tutup mata, ikat ngan kain hitam macam zorro tu, tapi takda lubang la kat tengah...jadi buta jap. Dengar suara bolehlah lagi..sebab hang kata suara dia macho..oklah aku agree tang tu...tapi kalau aku tengok muka dia yang perasan handsome tu sure my blood go upstair you know!" Ketawa Ku'a makin kuat mendengar kata-kata selamba yang keluar dari mulut Azad. Azad ni la kan, macam macam sungguh!

" ala buat ala-ala blind date sudah la Azad...kunun-kunun hang tak pernah tengok muka dia. Senang cerita." Azad sudah duduk ditangga. Ku'a berdiri mengadap Azad.

"masalahnya aku ni dah pernah tengok muka si mamat pasemboq tu...bukan dah pernah ja, dah selalu sangat aku tengok muka dia bersidai kat luaq pagaq rumah kita tu...yang betui boleh blind date hang tu, cik kak kering ooi."

"aku? dengan sapa pulak?"

Azad sudah berdiri. Nafas ditarik panjang lalu dilepaskan perlahan.

"kura-kura dalam tongkang sungguh hang ni..tu si Wira Angkasa tu la!"

"eh mana hang tau dia lelaki?"

"eh see the leg la cik kak...aku kan...sepaiiiiiii!...gudnite, assalamualaikum."

Salam disambut didalam hati. Ku'a sudah tersenyum. Blind date?..

Tuesday, February 2, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 15

Bab 15

"ni mama Maisarah, Har?...masyaallah cantiknya dia!..." tidak berkelip mata Zita merenung potret wanita cantik yang dihulurkan Azhar padanya. Patutlah Maisarah sangat comel rupanya dia mewarisi hampir seratus peratus kecantikkan ibunya. Bertuahnya si cilik itu. Pasti nanti dia akan membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita.

"cantik rupa belum tentu cantik hati Zita..." sinis bunyi perkataan yang terhambur keluar dari mulut Azhar. Zita tidak mahu membalas. Wajahnya masih merenung potret cantik ditangan. Tadinya dia langsung tidak merancang mahu menjejakkan kaki ke pejabat Azhar. Waktu Azhar menalipon, Zita sebetulnya memang sedang berada di One Utama. Hajatnya mahu membeli hadiah buat hari lahir papa minggu hadapan tapi dia ketandusan idea mencari hadiah yang sesuai dan meminta pendapat Azhar. Azhar dengan senang hati menawarkan diri menemaninya mencari hadiah tersebut dan memintanya menunggu disitu. Dan selepas selesai menikmati makan tengahari Azhar terus sahaja membawanya singgah di pejabat barunya di Jalan Dungun.

"you dengan mama Sarah macammana Har?" Terlihat dimata Azhar gelengan Azhar sambil mendengus kecil.

"dah tamat. Titik. Noktah. Itu yang Marina mahukan." Zita memandang wajah segak penuh berkarisma dihadapannya. Mungkin jika dilihat dari pandangan lahiriah tiada siapa menduga lelaki berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat minyak terkemuka dunia ini punya sejarah rumahtangga yang cukup memilukan. Kasihan sungguh!

"tak boleh diselamatkan lagi?" Azhar dilihat Zita memandang sayu padanya bersama sebuah senyuman tawar. Gelengan kepalanya adalah jawapan pada soalan Zita.

takkan you tak sayang dia lagi?" Zita cuba memprovokasi Azhar. Dilihat Azhar hanya mengunci bicara.

Azhar membetulkan duduknya sambil memandang tepat ke wajah ayu dihadapannya. Banyak mulut jugak dia ni rupanya ye. Azhar sedikit tercuit dengan pertanyaan bertubi-tubi dari mulut mungil Zita.

"bohonglah kalau cakap i tak sayang dia, we've gone through so many sweet and lovely memories together dari zaman bercinta hingga kami kahwin...tapi.." bicara Azhar terjeda seketika. Cermin mata ditanggalkan lalu digosok-gosok permukaannya dengan hujung lengan kemejanya lalu disangkutkan kembali. Pandangan Azhar berlaga dengan renungan Zita. Zita pantas memandang ke arah lain. Azhar tersenyum dengan aksi malu Zita.

"tapi kalau i saja yang sayang dan berusaha untuk mempertahankan rumahtangga kami tapi dia pulak langsung tak ambik kisah, i fikir ini sahaja jalan yang terbaik buat kami. Kita ni tak boleh paksa orang untuk sayang dan kasih pada kita, Zita biarpun kasih dan sayang pada orang itu sepenuh hati...seluruh jiwa raga."

Zita menganggukkan kepala. Setuju dengan baris akhir ayat yang dilafaz Azhar. Dia juga begitu. Nasibnya dan Azhar rupanya sama. Dikianati orang tersayang. Kasih dan sayangnya dulu langsung tidak dihargai Faisal, lalu untuk apa lagi dikenang...untuk apa lagi dipertahankan sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar kepura-puraan. Tiada keikhlasan langsung dihati Faisal untuk menerima Zita sebagai isteri.

"you dah cakap dengan Sarah?"

"nope. Not easy Zita." Kepala Zita terangguk perlahan. Faham dengan kesukaran yang dihadapi Azhar. Perbualan mereka terganggu oleh deringan dari telefon bimbit Azhar. Bersinar mata Azhar berserta senyuman lebar yang tersuring dipinggir bibirnya tatkala memandang pada skrin telefon bimbitnya. Dengan suara perlahan dia menyatakan pada Zita bahawa panggilan itu datangnya dari puterinya, si cilik Sarah. Zita hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Azhar pantas melekapkan telefon ke telinga.

"walaikumsalam sayang. How is school today?" Zita tersenyum membalas senyuman Azhar padanya. Terlihat Azhar terangguk-angguk mendengar bicara puteri tunggalnya di sebelah sana.

"owh i see. Tomorrow?, Ok, papa will quickly finish my work first then i'll go back and fetch you. We'll then will go and find those cards ok." Zita hanya memerhati gelagat dua beranak itu berbicara. Sangat intim dimatanya. Sungguh.

"yes, sweetheart, papa promise. Sarah, you wanna know who is with papa now?" Zita sudah menggeleng-gelengkan kepala. Azhar ni!

"it's your beloved kak Zita." Azhar sudah menghulurkan telefonnya pada Zita.

"Dia nak cakap dengan you..." Azhar melemparkan senyuman pada Zita. Zita menyambut perlahan gajet tersebut dari tangan Azhar.

"hello sayang....yes, kak Zita sihat, alhamdulillah. Sarah macammana?...owh bagus, ye ker?...ramai kawan ye, mesti seronok kan pergi sekolah. Hmm...kak Zita dah besar, mestilah tak pergi sekolah lagi, kak Zita dah kerja lah sayang. Ha?, yes yes macam papa Sarah...kena kerja cari duit. Owh ikut Sarah cari kad?..kad untuk apa tu sayang?...owhhh, ok, nanti kak Zita tanya papa Sarah ye...take care sweetheart, bye...yes, i love you too sayang."

Zita menghulurkan telefon bimbit pada Azhar. Matanya sudah bertemu dengan mata Azhar yang penuh senyuman dan tanya soalan.

"Dia ajak i ikut sama dengan you teman dia cari kad untuk aktiviti sekolah dia besok." Azhar menganggukkan kepala.

"so?"

"so apa?"

"boleh tak ikut kami ni?"

Zita hanya memandang Azhar. Nafas ditarik lalu dilepaskan. Perlahan-lahan.

"bolehlah kak Zita. Sian Sarah tau. Jom la kak Zita!" Zita sudah menjeling kecil. Ingin tertawa mendengar tutur kata lucu Azhar yang sengaja dibuat-buat. Melihat memek muka kesian Azhar membuat ketawa Zita terburai disitu. Pandai je dia nak gunakan Sarah. Issy Azhar ni, saja je tau!

"jap, i call papa ok." Azhar mengangguk. Senyumannya kian lebar.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...