Friday, August 28, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 40

Bab 40

"Really abang?...betul ke ni?" mata Echa sudah bulat sambil membuang pandang pada Aidil yang sedang berdiri disebelahnya. Aidil menarik tangan isterinya itu lalu digenggam. Erat.

"Yes. Sayang pernah kata nak sangat ke sana lagi kan. I remember that word very well." Aidil merenung wajah isterinya yang sudah tersenyum manis padanya. Tubuh langsing itu diraih rapat ke dadanya. Kedua-dua belah tangannya sudah beralih melingkari pinggang Echa. Echa mendongakkan wajahnya merenung pada wajah Aidil. Saling bertatapan kedua-duanya. Saling tersenyum.

"hmmm...what make you decide to choose that place?."

"Hmmm....well my dear it's your number 1 choice for honeymoon. So... i've decided to packed you in my luggage and fly to Tahiti for 2 weeks. How's that sweetheart?..sound great rite?." Hidung mancung wanita cantik dihadapannya itu ditarik lembut. Echa sudah menepis perlahan tangan Aidil.

"sakit la abangg..."Echa memuncungkan bibirnya sambil menggosok-gosok hidungnya. Aidil cuba menarik lagi, Echa pantas menepis-nepis tangan Aidil. Aidil ketawa melihat gelagat Echa. Comel dan manja sekali.

"Abanggg...janganlah...sakit tau, kang Echa tarik hidung abang kang, haa..." Echa sudah mengacah tangannya ke arah hidung Aidil. Aidil pantas menangkap tangan halus isterinya itu lalu ditarik dan diletakkan pada bahunya. Echa menepuk bahu Aidil lembut. Mesra.

"Bila abang?.." Aidil tersenyum. Echa membalas senyuman suaminya itu.

"Jom ikut abang."

Aidil menarik tangan Echa masuk kedalam bilik. Laci almari disebelah katil ditarik perlahan. Sebuah sampul berwarna keemasan diambil lalu dihulurkan pada Echa. Echa melabuhkan duduknya di katil. Aidil turut duduk disebelah isterinya itu. Tangannya memaut erat bahu Echa. Tangan Echa begitu teruja membuka sampul yang dihulur Aidil. Mata Echa sudah berkaca tatkala melihat isi kandungan dalam sampul tersebut. Wajahnya ditoleh pada Aidil disebelah.

"Abang....mama?." Aidil mengangguk-anggukkan kepalanya. Tangan perlahan menyeka butiran air mata yang mengalir ke pipi gebu wanita disebelahnya itu. Wanita yang sangat-sangat dicintainya.

"Hadiah dari mama untuk kita berdua. Hadiah sempena perkahwinan kita. Hadiah khas dari bonda buat menantunya yang sangat cantik dan baik hati ini. Itu kata bonda ye, bukan abang yang tambah." Butiran dari kolam mata wanita dihadapannya makin lebat membasahi pipinya nan halus itu. Aidil tersenyum pada Echa.

"Mama minta abang sampaikan salamnya pada sayang. Mama minta sayang maafkan segala kesalahannya. Kesalahan dahulu. Kesalahan sekarang. Mama sebenarnya malu sangat nak jumpa sayang. Mama malu dengan perbuatan Tengku Layla pada sayang. Mama malu pada keluarga sayang. Mama dah banyak berubah abang tengok. Dia kata biarlah dia bersedia dahulu sebelum nak jumpa sayang. "

"Mama dimana abang?..biar aja Echa yang pergi jumpa dia kalau dia rasa segan nak jumpa Echa. Echa tak pernah simpan apa-apa perasaan marah pada mama. Echa dah maafkan semuanya. Segala-galanya. Echa faham perasaan mama. Mama sangat sayang pada abang. Abang satu-satunya anak lelaki mama. Mama cuma mahu yang terbaik buat abang dan masa depan abang. Marilah kita pergi jumpa mama abang." Tangan Aidil sudah ditarik Echa yang sudah bersedia untuk bangun. Aidil menarik tangan Echa untuk duduk semula. Echa memandang Aidil. Hairan.

"Mama sudah berlepas untuk menunaikan umrah kelmarin lepas majlis resepsi kita. Bukan mama tak mahu beritahu sayang...bukan mama tidak mahu jumpa sayang...cuma dia belum bersedia untuk berhadapan dengan sayang. Abang harap sayang sabar ok. Biar bonda tenang disana dulu. Kita doakan mama dapat tunaikan ibadah dia dengan sebaik-baiknya di sana ok. Mama dah janji dengan abang dia akan datang jumpa sayang...jumpa kita bila dia balik nanti." Echa membelek-belek helaian kertas dihadapannya. Seakan tidak percaya dia menerima hadiah yang sungguh istimewa ini. Tambah istimewa ia pemberian dari ibu mertuanya sendiri, Tengku Arisyah.

"Sayang tau, mama sendiri tanya abang tempat mana yang sayang nak pergi sangat untuk honeymoon. So when i tell her this place, she immediately call up her PA to arrange this for you...specially for her beloved daughter-in-law." Aidil menarik tubuh Echa rapat padanya. Tubuh isterinya itu disandarkan pada dadanya.

"Abang bangga dengan sayang. Keikhlasan sayang berjaya mengubah sikap mama. Mama jadi sangat terharu atas sikap sayang yang sanggup maafkan Tengku Layla dan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang atas perbuatannya." Echa menggenggam erat tangan suaminya itu.

" Sayang...tak sangka sayang juga kan. Hebat isteri abang ni. Siap belasah si Layla lagi tu..ganas sungguh!."

"Hei...bukan Echa la yang belasah Layla...tu Pot yang punye keje."

"oowh...jadi salah orang la abang puji ni...tarik balik la.."

"abangggg...benci laa."

Ketawa Aidil sudah pecah melihat muncung Echa yang kian runcing.

Wednesday, August 26, 2009

Rindu Semalam - Bab 13

Bab 13

Cinta tu rasa yang terbit dari hati. Hati yang tulus ikhlas. Hati yang penuh rasa rela. Tiada sebarang unsur paksaan. Tiada unsur simpati. Tiada kompromi dalam soal cinta...kerana jika ada, maka cinta itu bukanlah cinta yang sebenar-benarnya. Cinta yang diraih atas dasar yang sedemikian tidak akan mampu kekal abadi. Itu cinta palsu. Dan dia tidak mahu meraih cinta yang sedemikian. Tidak sama sekali.

Dia tahu memang sukar untuk menerbitkan rasa cinta itu semula dihati, dijiwa insan yang sangat dia dambakan sekian lama. Insan yang sangat bererti di dalam hidupnya sejak dulu. Dia tahu dia yang tersilap percaturan...tersilap langkah di dalam mengatur perjalanan hidupnya sendiri. Lalu dia terpaksa menerima akibatnya. Akibat yang sangat perit untuk ditelan. Terlalu pedih untuk dihadapi. Dia tidak punya apa-apa pilihan. Dia harus menghadapi cabaran yang terbentang untuk diharung. Dia harus kuat. Mesti.

Dahulu...dia keliru. Dahulu...dia tersepit. Dahulu...dia buntu. Mungkin kerana dahulu dia terlalu muda maka dia terburu-buru didalam membuat keputusan. Dia rasa tindakannya kala itu adalah yang terbaik untuk semua. Dia akur ini semua kerana kekhilafannya...tapi tiadakah lagi ruang untuknya membetulkan kekhilafan dahulu?...dia juga manusia biasa. Mengapa dirinya tidak langsung diberi peluang untuk kali kedua.

"Letakkan diri kau dalam dirinya...rasai apa yang dia rasai selama ni Mal. Selami segala rasa duka, sedih, malu yang terpalit dalam dirinya. Semua itu disebabkan kau. Kau penyebabnya." Taufik menoleh pada Akhmal yang termangu penuh takzim disebelah. Tiada suara. Hanya desiran angin yang menyapa pendengaran kala ini.

"Duhaila ni dah terlalu lama memendam. menyimpan segala rasa duka yang kau tinggalkan dalam hidupnya dulu. Jangan salahkan dirinya Mal kalau dia bertindak begini. Kalau dulu kau boleh berfikir dengan waras, bertindak dengan lebih bijaksana...natijahnya mungkin tidak sehebat ini. Cuma, salahnya kau...kau terlalu bodoh masa tu, kau terlalu buru-buru. Kau fikir kau betul. Kau tak fikirkan dia langsung masa tu. kau buat dia macam tak wujud dalam hati kau masa tu. Kau buat dia macam...macam patung yang takde perasaan." Taufik lihat Akhmal menggosok-gosok pangkal dahinya yang sudah berkerut-kerut. Matanya yang bundar itu dipejamkan sama. Seketika. Taufik menghela nafas. Matanya dihala pada permandangan di hadapan. Tasik di Putrajaya yang mendamaikan dikala remang petang begini cukup mempersonakan pandangan mata.

Lewat pertemuan dengan Duhaila kelmarin dia cuba berfikir. Cuba mencari makna disebalik kata-kata Duhaila. Duhaila terlalu memendam rasa hati selama ini rupanya. Lahiriahnya dia nampak ceria, nampak lincah. Segala kesedihan berjaya disembunyikan dari pandangan mata setiap insan di sekelilingnya. Taufik juga tertipu. Tiada siapa menduga di ujana hatinya yang satu itu ada kedukaan yang sekian lama disorokkan. Cuba dilupakan lalu dicampakkan didasar sana. Maka bila Taufik cuba menggali semula rasa itu, ia bagaikan mengembalikan semula coretan kisah-kisah pilu, mencarik kembali luka lama yang kian sembuh.Duhaila terlalu keras hatinya. Duhaila terlalu kejap jiwanya. Tidak mampu digoyah. Sememangnya pengalaman pahit yang dilalui dan masa mampu mengubah seseorang.

"Aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni Fik. Sikitpun aku tak salahkan dia. Aku tau aku memang bodoh, memang tolol, bahalul dahulu. Aku pentingkan diri sendiri dahulu. Aku tak fikirkan perasaan dan hati dia. Kalaulah aku mampu mengubah masa Fik...kalaulah aku diberi peluang itu..."Akhmal menundukkan wajahnya. Terlalu perit kenyataan yang harus dia terima saat ini. Waktu dimaklumkan Taufik hasil pertemuannya dengan Duhaila, dia sukar mengambarkan perasaannya kala itu. Sedih. Memang sedih yang teramat sangat. Dia terlalu mencintai gadis itu. Terlalu. Lalu bila dia ditolak begini tanpa ada sesi bela diri, rasa kecewa makin menghantui dirinya. Duhaila sudah terluka. Terlalu terluka. Lalu bagaimana lagi harus dia mencuba untuk meraih kembali rasa cinta yang dahulu pernah bertamu di hati sang gadis itu. Rasa cinta yang memekar didalam jiwa dan sanubari gadis itu. Buntu Akhmal saat ini.

"Berikan dia masa Mal. Berikan kesempatan untuk dia mencipta rasa itu kembali. Berikan ruang untuk dia merasai kembali perasaan itu. Bukan mudah untuk insan seperti dia memberi ruang kemaafan apatah lagi peluang untuk kau menghuni semula hatinya setelah apa yang kau lakukan padanya dahulu. Segala kedukaan dan kelukaan itu harus dilenyapkan dahulu dari dalam dirinya. Dan untuk itu, aku minta kau beri dia masa Mal. Kau jangan terlalu mendesak dirinya Mal. Makin kau desak, makin dia membenci kau nanti. Bahaya. Makin kau dekat, dia akan makin jauh dari hidup kau. Jangan sampai dia ibaratkan rasa cinta yang cuba kau lahirkan semula itu macam bunga-bunga kering yang menunggu masa terbang dibawa angin. Dibawa jauh dari dirinya. Rasa itu harus kau mekarkan kembali dalam hatinya, suburkan dalam jiwanya Mal."Taufik menepuk bahu Akhmal perlahan. Akhmal mengangguk-anggukkan kepala. Akur dengan kata-kata teman akrabnya itu. Taufik benar. Taufik betul. Dia tidak harus tersilap langkah kali ini. Dia tidak boleh khilaf kali ini. Padah pastinya nanti.

"Fik...macam mana kau lihat dia kelmarin?"

"Hmmm...dia doktor yang cantik. Sangat cantik."

"Huh, Apasal?..kau berkenan?"

"Kalau aku tak tahu dia tu "buruan" kau, dah lama aku tebarkan jala...tangkap terus.."

"Over my dead body man..."

"So aku kena tunggu kau "out" dulu la ye...ok gak, berbaloi aku rasa. Dia tu bukan calang-calang perempuan kan. So kira aku bertuah la jugak nanti, right?"

"hoooi...mangkuk ayan kau Fik."

"ala, aku gurau ja la bro...jom belanja aku satay. Kau dah janjikan?"

"Fik.."

"hmm.."

"Thks bro..."

"Naa...tarak hal la tu. Jom blah."

Friday, August 21, 2009

Rindu Semalam - Bab 12

Bab 12

"Kenapa?. Apa maksud doktor?" Duhaila memaling wajahnya dari tenang padang rumput nan menghijau dihadapan ke wajah disebelahnya. Sudahlah waktu istirehatnya yang cuma sebentar itu diganggu oleh kemunculan orang lain yang secara tiba-tiba datang dan duduk disebelah sedangkan dirinya...hatinya ingin sangat bersendirian di kala ini , mindanya pula tiba-tiba ditebak dengan soalan yang dia sendiri tidak tahu motifnya.

"Akhmal Hafiz..."meluncur nama itu dari mulut Dr. Taufik. Dr.Taufik menoleh seketika pada Duhaila sebelum mengalihkan pandangannya pada pemandangan di sekitar taman disitu. Dari ekor mata dia dapat melihat gerak-geri gadis disebelahnya itu. Tenang sahaja dia saat nama itu disebut. Tiada riak terkejut apatah lagi akan berpaling merenung dirinya dengan satu pandangan yang tajam atau memaki hamun dirinya secara spontan. Tidak. Tiada langsung segala gerak yang tadi terlintas difikirannya kala dia selesai menyebut nama itu. Gadis disebelahnya ini sangat sukar dibaca isi hatinya. Hatinya tidak sepolos wajahnya. Segala disimpan kejap didalam.Gadis yang menjadi fokus utamanya saat ini...ya fokus demi membantu seorang teman. Teman akrabnya.

Perlahan-lahan tangan halusnya membuka bekas plastik. Dia menghulurkan bekas yang sudah sedia terbuka dan terpamer isi didalamnya kepada Dr. Taufik. Dr. Taufik tersenyum pada Duhaila lalu tangannya mengambil sekeping sandwich comel yang dipotong segiempat kecil. Duhaila mengambil sekeping lalu mulutnya terkumat kamit membaca doa sebelum sandwich tadi disuakan kemulutnya. Suasana senyap melanda kedua-dua mereka. Pandangan masing-masing masih terhala dihadapan...pada padang rumput yang menghijau. Suara-suara kecil dari pengunjung dan pesakit kedengaran sesekali kerana kedudukan bangku tempat mereka bersantai saat ini agak sedikit terpencil.

"Kenapa tanya saya?, kenapa tak dapatkan jawapan yang doktor mahukan dari dia. Dia pasti ada jawapan yang doktor tanyakan pada saya tadi." Dr. Taufik memerhatikan tingkah-laku doktor muda disebelahnya itu.

"Saya mahu dengar versi dari awak. Tidak adil kalau saya hanya berpandukan versi dari satu pihak saja kan walaupun dia teman akrab saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya sendiri Duha."

Duhaila mengambil bekas tupperware berwarna jingga yang diletakkan disebelah bekas plastik berisi sandwich tadi. Dia membuka penutup tupperware tersebut lalu menuang air ke penutup tadi lalu disuakan pada Dr. Taufik. Dr. Taufik menggeleng kepala sambil mengangkat perlahan sebelah tangan kanannya pada Duhaila. Tanda tidak mahu...tanda terima kasih sahaja. Duhaila membawa penutup yang berisi air ke mulut , membaca doa lalu meneguknya perlahan. Nafasnya dihela perlahan.

"Saya tidak mahu menoleh kebelakang lagi doktor. Saya tidak mahu hidup saya ini terus dibayangi kisah silam. Saya sudah lama melupakan semua itu. Segala yang terjadi, yang berlaku dulu sudah saya buang jauh-jauh dari kotak minda saya ini. Saya tidak mahu mengingatinya lagi. Langsung tidak mahu walau sekelumit pun." Dr. Taufik menoleh memandang wajah putih mulus disebelahnya. Nafas Duhaila tenang sahaja pada pandangan matanya. Terdetik rasa kagum pada gadis itu. Mungkin kerana keistimewaan sifatnya inilah dia sukar dilupakan oleh Akhmal walau bertahun mereka terpisah.

"Kisah antara saya dan Akhmal sudah jadi sejarah doktor. Sejarah yang akan hanya menjadi satu catatan peristiwa di dalam diari perjalanan hidup saya. Peristiwa yang sudah lama saya kuburkan kisahnya. Kisah yang ingin saya hapuskan kenangannya dari terus singgah dan menghuni hati dan perasaan saya. Saya yang kini...yang duduk dihadapan doktor adalah Duhaila yang baru...Dr Duhaila. Saya ingin menjadi Duhaila yang baru doktor, jadi tolonglah jangan kacau-bilaukan hidup saya, hati saya, perasaan saya dengan hal-hal yang tidak ingin saya ingati lagi...tolonglah Dr. Taufik...saya mohon ikhsan tuan doktor yang budiman agar jangan hampiri saya lagi jika ingin berbicara soal ini...tolonglah hormati permintaan saya ini." Mata Duhaila sudah menoleh memandang pada mata Dr. Taufik yang juga sedang merenung wajahnya.

"Duhaila...setiap orang berhak diberi peluang kedua. Awak, Akhmal tidak terkecuali dalam hal ini. Jika dihitung...jika diselidiki dia juga mangsa dalam perkara ini...sama situasinya dengan diri awak Duha. Sebagaimana awak menderita dulu...diri Akhmal juga menderita. Sebagaimana awak melalui saat -saat sedih, pilu dalam hidup akibat peristiwa itu dulu...Akhmal tidak terkecuali Duha. Kamu berdua sama-sama melalui saat-saat pilu dalam hidup. kamu berdua seharusnya diberi peluang kedua dalam hal hubungan kamu ini. Bersikap adil pada dirinya juga Duha. Lihatlah juga pada apa yang telah Akhmal lalui selama ini." Taufik meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Wajah mulus disebelah langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Tetap tenang seperti tenangnya padang hijau yang terbentang dihadapan mereka itu.

"Peluang kedua?".Duhaila tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Apa yang dia lalui tak sama dengan apa yang saya lalui. Apa yang saya alami tak mungkin dia alami doktor... tak mungkin sama sekali. Dia dan saya berbeza situasi...sangat-sangat berbeza. Kelompok sosial hidup dia tak sama dengan persekitaran saya saat itu doktor. Keputusan dulu di tangan dia...bukan saya. Saya langsung tidak dimaklumkan. Saya dibiarkan terkapai-kapai. Bolehkah doktor bayangkan perasaan seorang gadis remaja yang sudah diberi harapan yang indah-indah, dibayangi dengan masa depan yang berwarna-warni...tiba-tiba warna-warni itu hilang, harapan itu lenyap...tanpa kata, tanpa pamit?." Duhaila mengetap bibirnya. Cuba menahan rasa sebak yang mula bertamu. Jemari halusnya cuba menyeka kolam mata yang mula melimpahkan aliran airnya.

"Tekanan, tohmahan yang terpaksa saya tempuhi dalam usia remaja sebegitu sangat-sangat sukar untuk diri saya seorang menghadapinya doktor. Saya kasihan pada ibu. Ibu turut terima tempias. Orang mengata, mengeji ibu, macam-macam ibu kena, tapi ibu diam saja...ibu terima semua tu...sampai hati Akhmal buat kami macam tu. Yang beri harapan dia, yang berjanji dia...tapi mana semua tu, mana?. Bukan mudah saya bangkit dari kekecewaan yang Akhmal tinggalkan pada hidup saya doktor...segalanya terpaksa saya lakukan sendiri. Kemana dia saat saya memerlukan dirinya untuk memberi penjelasan. Kalau tidak kerana sokongan dan doa ibu, saya tak mungkin duduk dihadapan doktor saat ini...duduk sebagai doktor Duhaila. Ibu lah yang banyak memberi semangat untuk saya bangkit dari duka yang Akhmal tinggalkan dalam hidup saya...hidup kami berdua." Dr Taufik lihat Duhaila sudah berdiri sambil memegang kedua-dua bekas minuman dan makanan yang dibawa bersama-samanya tadi. Dr. Taufik perlahan-lahan menyertai Duhaila. Berdiri sambil memandang pada wajah gadis, wajah doktor muda nan cantik dihadapannya itu.

"kalau doktor datang tadi dengan membawa panji keamanan bagi pihak dia...doktor gagal. Keputusan saya sudah bulat...sudah muktamad. Sampaikan pesanan ini pada teman doktor itu. Saya bukan Duhailanya yang dulu. Duhailanya yang dulu sudah "mati". Saya pergi dulu Dr. Taufik. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Salam dijawap perlahan-lahan oleh Taufik. Matanya masih memandang susuk tubuh kurus tinggi lampai berbaju kurung biru firus berbunga putih bersarung jubah putih melangkah memasuki perkarangan bangunan hospital. Taufik menghela nafasnya perlahan.

Betul kata kau Mal...hatinya terlalu kejap, keras...namun bukan keras yang seperti kerak nasi.Tidak mungkin boleh direndam untuk dilembutkan lagi.

Thursday, August 20, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 39

Bab 39

"kau?...kau yang rancang semua ni dengan dia?..Ya Allah!....kau...kau dah gila ker haa?"

Mata Echa mencerlung pada susuk tubuh dihadapannya itu. Sukar diduga dia dibentangkan dengan kenyataan yang cukup mengejutkan ini. Kenyataan yang amat pahit untuk ditelan. Matanya dikalihkan pada susuk tubuh yang berdiri di tepi pintu sambil tersenyum sinis padanya. Mahu rasanya direnyuk-renyukkan muka yang indah tu. Sayang sekali wajah yang indah tidak dihiasi dengan akal yang waras.

"and you...you still not satisfy with me haa?...tak boleh terima kenyataan yang kau dah kalah pada aku kan?...dasar perempuan bodoh...otak kau letak mana haa?"

"hei perempuan sial, keparat...tutup mulut kau tu...aku benci tengok kau, dengar suara kau..."

Dia tidak mengendahkan. Perlahan-lahan langkahnya dihala ke penjuru bilik.

"how could you do this to me? sampai hati kau ...apa salah aku pada kau haa?..cakap, cakapppp!!!"

Echa memejamkan matanya seketika. Pedih akibat ditutup dengan kain hitam sewaktu didalam kereta sebentar tadi masih terasa. Kedua-dua belah tangan digenggam erat. Cuba mencari kekuatan diri yang tiba-tiba terlerai saat dia dihidangkan dengan apa yang dilihat saat ini. Longlai dirasakan tubuhnya bila dia dikhianati oleh insan yang dia sayang. Dia yang sanggup mengenepikan majlis penting dalam hidupnya malam nanti hanya kerana dimaklumkan dengan natijah yang menimpa temannya itu malahan tega mempertaruhkan nyawa demi kasih sayang mereka....namun rupanya dianiaya teman sendiri, ironinya hidup ini. Air mata yang terbit dari kolam matanya pantas diseka, Dia tidak mahu dipandang lemah oleh mereka.

Dia memandang pada susuk tubuh dihadapannya saat ini. Langsung tidak diduga dia diperlakukan sebegini oleh seorang insan yang sangat akrab dengannya itu. Seorang yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Matanya masih memandang pada wajah yang dulunya selalu tersenyum dan ketawa padanya. Tapi senyum dan tawa itu sudah hilang. Tiada lagi. Wajah yang terpancar dihadapannya saat ini penuh dengan kebencian. Echa sukar memahami apakah yang mendorong insan dihadapannya tergamak bertindak senekad ini. Sedarkah dia akan natijah dari perbuatannya ini.

"apa salah aku Pot?..kenapa sampai kau tergamak bersekongkol dengan si Layla buat benda bodoh macam ni ha?" Echa menghela nafasnya perlahan. Dia masih berdiri memandang teman rapatnya itu yang sudah memalingkan mukanya ke arah lain. Enggan menatap wajah Echa. Malu?, tak mungkin!, Marah? ntah la. Echa sukar mencari jawapan pada persoalan yang mengheret dirinya ke sini.

Echa lihat Tengku Layla sudah mencebik sambil melemparkan jelingan tajam padanya. Hanya mereka bertiga didalam bilik itu. Kedua-dua lelaki yang membawanya ke sini tadi sudah menghilangkan diri selepas menerima sekeping sampul dari Tengku Layla. Dia juga lihat kedua-dua lelaki itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Tengku Layla. Echa agak kedua-dua lelaki tadi diupah oleh Tengku Layla untuk memperdaya dan membawanya ke sini.

Jahanam kamu Layla!....dan kau Pot, sanggup kau buat begini.

"Kau tau...aku dah muak, jelak, benci dengar nama kau yang sentiasa disebut Lukman. Nama kau yang sentiasa tidak lekang dari bibirnya. Tiap kali kami berjumpa pasti "kau" pun ada sama...aku bosan, bosan!...sapa aku ni sebenarnya pada dia haa?...kadangkala aku rasa dia sebenarnya cintakan kau, bukan aku...tapi sebab kau dah anggap dia macam abang kandung, cinta pada aku tu sekadar satu lakonan saja, sekadar nak mengaburi mata kau...sedangkan hati dia masih pada kau. " Echa menutup mulutnya. kepala digelengkan beberapa kali. Sukar mempercayai betapa sampai begitu sekali rasa cemburu yang bertamu di mata teman akrabnya itu. Betapa mudahnya diri temannya itu diperangkap Tengku Layla bila diri dikuasai bahana cemburu yang melampau. Sungguh tidak Echa sangka Pot mencemburui keakraban dan kasih sayang abang chik padanya.

Abang chik sayang Echa, Pot...cuma rasa sayang abang pada adik...bukan cinta..bukan!. Kurangkah cinta dan kasih sayangnya pada kau sampai kau tega menuduh dirinya begini...buta sungguh kau menilai tingginya rasa cinta Abang Chik pada kau...bodohnya kauuu!

"Kau tau Pot...Abang Chik letakkan nama kau pada geran ladang kambing dan kolam udang dia...bukan nama aku, bukan nama mak...bukan nama abah..tapi nama kau, dia tak beritau kau kan?...kau tahu sebab apa?...aku pernah tanya Abang Chik..." Echa memandang tepat pada muka Pot yang jugak sedang merenungnya.

"because i love her, she my life adik...my everything!" Echa tersenyum pada Pot yang sudah menundukkan wajah memandang ke lantai . "Tapi sayang Abang Chik pada kau tak berharga rupanya kan...hingga kau tersasar sampai begini rupa. Buta mata hati kau rupanya Pot. Cinta Abang Chik pada kau sukar untuk aku gambarkan Pot...dia selalu cerita pada aku pasal kau..."kau" pasti ada dalam setiap perbualan kami...dia tidak pernah sesekali meninggalkan kau...tapi tengok diri kau....kau dibutakan oleh rasa cemburu yang bodoh tak bertempat...kau tau tak sebab rasa cemburu bodoh tu la sampai kau yang berakal waras ni boleh dipergunakan, diperdayakan oleh perempuan tak berguna, perempuan bahalol, pendek akal macam dia ni!.." Echa menuding jarinya pada Tengku Layla yang mengetip bibirnya memandang Echa.

Pot mengangkat wajahnya perlahan saat mendengar jeritan Echa. Echa lihat kolam mata Pot mula bergenang. Pot menapak merapati Echa. Tubuh Echa diraih dalam pelukan. Erat. Bahu temannya itu terhinggut-hinggut menampung esakan yang makin kuat. Echa memegang kepala temannya itu sambil mengusap-usapnya perlahan.

"Eh perempuan bodoh...apa hal ni haa?...eh, kau jangan nak buat drama melayu klasik pulak kat sini...hei, cepat keje kau dengan aku belum selesai lagi....aku malas nak tengok lakonan buruk kau tu, cepat cepat habiskan perempuan keparat ni..."

Pot merenung tajam pada Tengku Layla. Pelukan pada Echa dileraikan. Dia melangkah pantas menuju ke arah tempat Tengku Layla berdiri.

"Apa kau cakap?...kurang ajar punya betina!....ini semua pasal kau...kau memang jahanam..."

"Eh...lepaskan aku!..lepaskannnnnnnnnnn!....celaka kau Echa....kau memang perempuan sial..."

"pangggg!!!!...bukkkkkkkk!...."

Diam.

"beres?"

"beres non!...tengoklah sapa...ni kan Pot..Pol Pot"

"banyak la kau punye Pol Pot..."

"kau tau tempat ni kat mana Pot?"

"tau..apsal?"

"aku nak call laki aku la...sempat lagi aku nak bersanding ni..."

"eei perempuan ni...boleh lagi dia fikir ke situ..."

"hei...tonite is my big day k...dah dah jom..."

Friday, August 14, 2009

Rindu Semalam -Bab 11

Bab 11

Taufik melihat segala-galanya sebentar tadi. Jelas dimatanya apa yang terbentang di depannya kala itu. Biarpun tidak mendengar tiap butir bicara antara kedua-duanya tapi dia tahu pasti sesuatu telah berlaku. Dia melihat betapa redupnya pandangan teman akrabnya itu saat melihat Duhaila berjalan melepasi dirinya. Dia melihat betapa sayunya wajahnya teman akrabnya itu. Seolah-olah cuba ingin bersuara namun tidak berdaya. Dan sewaktu Duhaila melintasi dirinya tadi dia melihat ada air jernih yang mencecah pipi mulus itu namun cepat-cepat disapu tapak tangan yang halus itu. Dia melihat Duhaila tersenyum kecil padanya. Mungkin cuba menyembunyikan sesuatu.

Dia melihat sahaja langkah lincah Duhaila menuju ke arah Ziha. Duhaila diakui memang bijak menyembunyikan perasaannya. Jika tidak melihat sendiri apa yang terbentang di depan mata sebentar tadi dia juga pasti tertipu oleh lakonan wajah mulus itu. Begitu hebat dia menyembunyikan kesedihannya. Lihat sahaja dia sudah boleh bergelak ketawa bersama teman akrabnya itu. Saling bertikam suara, saling tarik menarik...tanpa disedari bibirnya mengukir senyuman kecil.

Duhaila, Duhaila...sukarnya membaca rasa hati awak.

Dalam tenang lembayung jingga di kawasan air terjun itu Taufik mengatur langkahnya perlahan-lahan mendekati teman yang sedang asyik duduk sambil memegang lutut merenung kaki langit. Dia melabuhkan duduknya disebelah Akhmal Hafiz. Akhmal menoleh sekilas namun kemudian memusingkan kepalanya semula melihat ke hadapan. Suasana sunyi. Hanya suara desiran air yang mengalir kedengaran bersama kicauan cengkerik hutan juga unggas yang sudah pulang ke sarang. Taufik membiarkan temannya itu melayan perasaan. Melayan rasa hati.

"Nak faham hati perempuan ni kadang kadang Fik bukan mudah. Perempuan ni misteri hati diorang. Tak terduga tindakannya. Mungkin betul orang cakap, masa mampu mengubah seseorang. Dulu dia bukan begini. Dia dulu lembut hati.Mudah memaafkan. Aku faham dan aku tak akan sesekali menyalahkan dirinya. Aku tahu kesilapan ni datang dari aku. Aku yang buat keputusan tu dulu. Jadi aku kena terima segala kesan dan akibat dari keputusan aku..." Akhmal menghela nafasnya perlahan. Wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangan. Taufik membiarkan. Tidak mahu membalas kata-kata temannya itu. Dia mahu mendengar lagi luahan dari lelaki disebelahnya ini. Luahan dari hati kecil seorang lelaki.

"Fik, aku tahu dia melalui satu saat yang sukar dulu bila aku buat keputusan yang macam tu. Aku tahu juga dia kecewa dengan keputusan aku. Mungkin juga dia marah. Aku faham. Aku faham sangat sangat, tapi aku...aku...aku tak tahu nak jelaskan macammana kat dia tentang keadaan sebenarnya Fik. Dia...dia langsung taknak bagi aku peluang Fik. Dia memang dah lain. Lain sangat sangat. Dia bukan macam Duhaila yang aku kenal lebih 5 tahun dulu. Duhaila yang dulu dah takda Fik. Duhaila aku tu dah "mati" kau tahu..Kau tahu tak Fik?.."Akhmal menundukkan wajahnya kebawah. Bahunya terhinggut-hinggut menahan rasa sedih yang bertamu. Taufik menoleh melihat Akhmal disebelah yang sedang menundukkan kepala pada lutut yang dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Taufik menghela nafasnya perlahan-lahan.

Taufik memejamkan matanya. Tangannya menepuk belakang temannya itu perlahan-lahan. Cuba menyusun ayat yang sesuai untuk temannya itu. Dia perlu melakukannya. Demi untuk Akhmal. Dia tahu Akhmal tidak bersalah dalam hal ini. Dia tersepit.

Ya..dia tersepit Duhaila!

"Mal, takkan baru macam ni kau dah mengalah..come on la bro, kau jangan nak malukan kaum adam Mal. Kau kena face dia Mal...face her all out Mal!...tak kisah la kalau dia buat tak tahu atau buat buat tak dengar apa kau cakap, yang penting kau beritahu...yang penting kau mesti cakap hal yang sebenarnya. Yang penting kau jangan putus asa Mal. Ingat, bertahun kau cuba jejak dia and now she's in front of you bro...so grap this chance, jangan lepaskan Mal!...dun let her go anymore bro...dun ever let that happen. Kalau kau perlu apa-apa dari aku, just say it man." Taufik memandang Akhmal yang sudah menegakkan kepalanya. Wajahnya diraup perlahan-lahan. Dia menoleh pada Taufik dan mengukir senyuman kecil.

"thanks Fik..." Tangan yang dihulur disambut Taufik sambil menepuk-nepuk belakang Akhmal. Kali ini tepukan lebih kuat.

"ooi sakit la siot..." Taufik sudah ketawa. Akhmal juga ketawa. Gema tawa mereka memecah kesunyian senja di kawasan air terjun itu.

Monday, August 10, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 38

Bab 38

Echa berdiri di hadapan cermin. Dia merenung pada wajah dan dirinya di cermin. Dia melihat dirinya dengan sepersalinan kebaya bersulam indah gabungan dua warna; hijau dan ungu tanda penyatuan hatinya dan hati Aidil. Sepatutnya dia gembira. Ya, gembira yang sukar diucapkan dengan lafaz kata-kata. Sewajarnya dia rasa bahagia pada saat ini...tapi entah mengapa hatinya bagai sukar membenarkan perasaan itu hadir. Bagaikan ada gelodakkan rasa lain yang sedang menghuni di ujana hatinya itu. Dia tidak tahu mengapa perasaan ini semakin kerap menerpa mindanya kebelakangan ini. Perasaan yang semakin hari semakin ganas menghentam dadanya. Mahu diluahkan pada Aidil...ahhh dia tidak sanggup merosakkan warna ceria yang sedang berlagu di hati suaminya itu. Mahu berkongsi pada siapa...dia sendiri tidak tahu. Orang-orang dikelilingnya kebelakangan ini cukup sibuk dan gembira sekali menunggu hari ini. Dia tidak mahu mengharu-birukan keadaan hanya semata-mata kerana ketidaktenteraman hatinya itu. Echa melabuhkan duduknya di sisi kerusi yang tersergam di hadapan cermin. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sudah puas dia berdoa...memohon...namun hatinya tetap begitu. Sukar baginya memahami situasi dirinya. Apakah yang bakal menunggunya esok?. Apakah yang bakal menantinya malam ni?...dia memejamkan matanya rapat.Kepalanya diletakkan pada meja. Airmata mengalir dari tubir mata yang terpejam rapat itu.


Tuk!Tuk!Tuk!...

Diam.Tiada jawapan.

Tuk!Tuk!Tuk!...

Diam. Tiada jawapan juga.

"Echa!...Echa!....Echa!...Echaaaa!"

Dahi Joe sudah berkerut. Dia mundar-mandir di hadapan pintu yang tertutup rapat, serta merta poket seluar sebelah kanan diseluk lalu dia mengeluarkan telefon bimbit lantas menekan sesuatu.

"Aidil...Joe ni. Cepat datang...Echa..."

* * * * * * *


"dah puas saya ketuk dan panggil nama dia ni tapi macam tu jugak la Aidil. Risau la saya. Dah lama dia dalam bilik tu. Dia cakap nak bersiap sendiri dan suruh saya keluar jalan-jalan....so saya biarkan jer dia dalam bilik tu sorang-sorang. Bila saya balik tengok dia tak keluar jugak dari bilik tu, saya ketuk banyak kali diam jugak. Panggil dan jerit nama dia macam tu jugak. Hati saya rasa tak sedap la pulak tu yang terus call Aidil je...erk, macammana ni Aidil?, kunci bilik tu ada pada Echa..."

Aidil merapatkan telinganya pada pintu dihadapannya.

Tuk!...Tuk!....Tuk!

Diam.

"sayang....sayang are you inside?...sayang, listen to me, open the door please...sayang, if there is something you wanna talk, please go ahead...i'm always here for you....sayang, please don't this to me..."

Diam.

Aidil pandang wajah Joe. Joe menggeleng-geleng kepala tanda tidak tahu. Aidil terus ke telefon hotel yang terletak di sudut meja di tepi katil.Ganggang diangkat lalu jari-jemarinya pantas menekan nombor.

"hello reception, could you pass me to Raymond Lee please."

Terdengar balasan di hujung talian. Aidil masih kejap memegang ganggang sambil berdiri memandang Joe disebelah.

"Thank you. Hai Raymond, this is Engku Aidil . Raymond, could you come over to my room . I've some difficulties over here. Ok, thank you."

* * * * * * *

"Diculik?...isteri saya diculik?."

Aidil merenung wajah beberapa pegawai keselamatan hotel yang tegak berdiri disamping Raymond Lee, pengurus besar hotel tersebut. Joe yang turut serta terduduk sambil menutup mulutnya seraya mendengar penjelasan ketua pegawai keselamatan hotel. Langsung tidak diduga Echa ditimpa musibah sebegini. Tadi sewaktu mereka membuka bilik Echa menggunakan kunci pendua pihak hotel yang dibawa oleh Raymond baik Joe, Aidil mahupun Raymond sangat terkejut melihat Echa tiada di dalam. Tiada kelihatan unsur-unsur pergelutan mahupun rompakan kerana semua barang-barang berharga milik Echa dan Aidil tidak terusik. Lalu bila mereka dibawa ke bilik kawalan keselamatan, apa yang mereka saksikan cukup membuatkan jantung Joe berdegup kencang.

Kasihannya kau Echa, semoga Allah memelihara keselamatan dirimu, doa Joe didalam hati.

Joe memandang Aidil yang meraup wajahnya. Raymond Lee dilihat melabuhkan punggung disebelah Aidil sambil menepuk-nepuk bahu Aidil. Cubaan untuk menenangkan perasaan Aidil yang sememang tengah berkecamuk...sedih, takut, marah...semuanya.

"dari rekod CCTV kami sepertimana yang Engku saksikan tadi menunjukkan isteri Engku Aidil dibawa keluar oleh 2 orang lelaki berpakaian kemas. Isteri Engku dalam keadaan sedar sewaktu dibawa keluar. Maksud saya dia keluar beriringan dengan mereka..cuma dari riak wajahnya kita boleh lihat dia seperti dalam ketakutan..seperti dipaksa untuk keluar. Cara dia memandang kedua-dua suspek dan cara mereka memandang isteri Engku memang menunjukkan ada unsur paksaan di sini."

"Ini perihal dan perilaku jenayah penculikan Engku dan sebab ia berlaku di dalam premis kami, kami harus panjangkan ke pengetahuan pihak polis. Kita sama-sama bekerjasama dengan pihak polis Engku disamping berdoa agar isteri Engku dijauhkan dari bahaya, insyaallah."

Aidil memandang ketua pegawai keselamatan hotel tersebut. Dia menganggukkan kepala. Aidil menoleh pada Joe. Dia melihat Joe juga berbuat demikian.

"let pray for her safety Aidil...and at same time, let the police handle this. We shall put 100% trust on their ability on this.." Raymond Lee memaut bahu Aidil. Kejap.

"ok, let do it."

Friday, August 7, 2009

Rindu Semalam -Bab 10

Bab 10

Lembayung senja yang berbalam-balam cahaya jingganya cukup memukau pandangan dari kemuncak kawasan air terjun. Duhaila tersenyum memandang ke kaki langit. Kagum pada kebesaran ciptaan-Nya. Dia menoleh ke arah khemah di belakang melihat Ziha dan Dr. Taufik sedang sibuk menyalakan unggun api. Ketawa kecil Duhaila melihat telatah Ziha yang kecoh mahu memasak air sambil dibantu oleh Dr.Taufik. Beria-ia dia mahu mencuba sendiri walau cuba dibantu oleh Dr. Taufik. Duhaila menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat teman akrabnya itu. Duhaila menoleh-noleh ke kawasan sekitar seperti mencari sesuatu. Dia tidak melihat wajah itu. Dia melangkah ke arah air terjun. Dengan berhati-hati dia melangkahi batu-batu kecil dan sederhana besar yang terdampar di kawasan air terjun itu.

"cantikkan?"..suara garau Akhmal yang menyapa dari arah belakang mengejutkan Duhaila namun dia diam tidak membalas juga dia tidak menoleh langsung melihat wajahnya kerana sedia maklum tuan empunya suara itu. Matanya masih dihalakan pada lembayung senja nan jingga memagari seluruh kawasan di tanah tinggi tersebut. Dia masih duduk penuh takzim diatas batu besar di tepi air terjun tidak jauh dari khemah mereka. Dari ekor matanya Duhaila dapat menyaksikan susuk tubuh yang menyapanya tadi melabuhkan duduk di sebelahnya. Dia mengengsut sedikit tubuh ke tepi menjarakkan dirinya dengan Akhmal. Matanya masih setia memandang ke arah kaki langit senja.

"awak apa khabar?...makcik macammana?"Akhmal masih terus ingin menyapa. Masih ingin terus berbicara dengannya. Duhaila diam sebentar sebelum membalas perlahan.

"saya ok, ibu pun." pendek sahaja lontaran jawapan yang keluar dari mulut Duhaila. Dia tidak ingin berbicara jauh sekali berborak panjang dengan orang disebelahnya itu. Akhmal Hafiz tidak harus dilayan!

"Lama saya cuba cari awak, merata-rata Duha. Lebih lima tahun saya tidak putus asa menjejak awak Duha. Tidak putus doa saya pada-Nya supaya dapat jumpa awak. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Awak tak tahu macammana perasaan saya bila jumpa awak di hospital hari tu. Saya rasa macam mimpi Duha. Sungguh!. Kenapa lari dari saya dulu Duha?, kenapa tak tunggu dan dengar penjelasan dari saya?..Beri saya peluang Duha untuk jelaskan keadaan yang sebenarnya. Saya tidak pernah bermaksud mahu mempermain-mainkan awak. Demi Tuhan Duha. Saya ada alasan mengapa saya berbuat begitu." Akhmal memandang ke arah wajah disebelahnya itu. Wajah yang sekian lama dia rindu. Duhaila langsung tidak memandang ke arahnya jauh sekali membalas bicaranya. Akhmal buntu. Dia menggosok-gosok jari kanannya pada kedua-dua pelupuk mata. Matanya dipejamkan seketika. Dia menghela nafasnya perlahan.

"kalau awak masih marah dan tidak dapat maafkan atas tindakan juga keputusan saya dulu, saya faham Duha dan saya tidak akan sekali-kali salahkan awak...tapi tolonglah beri peluang dan dengar penjelasan saya ini Duha. Bukan mudah untuk saya buat keputusan tersebut apatah lagi menerima dirinya..." Akhmal masih mahu terus berbicara dengan insan disebelahnya itu walaupun dia sedar Duhaila seperti tidak sudi mendengar kata-kata yang terlontar dari mulutnya. Akhmal maklum. Akhmal faham. Akhmal kenal dengan sikap Duha. Tidak berubah sejak dulu. Diam Duha bermakna dia tidak suka. Namun Akhmal tetap mahu mencuba . Dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada ini. Dia sendiri tidak tahu samada akan memperolehi peluang sebegini lagi. Duhaila memang sukar diduga hatinya. Diamnya adakala sangat menakutkan.Akhmal tahu itu.

"saya terpaksa buat begitu Duha. Saya terpaksa.." Akhmal memandang ke arah Duhaila yang sedang merenung tepat padanya. Tiada sebarang garis senyum dari wajah putih mulus dihadapannya itu.

"takda apa lagi yang nak dijelaskan dan perlu dijelaskan En. Akhmal. Saya dah tak mahu tahu apa-apa lagi perihal awak dan masa silam awak. Antara awak dan saya juga sudah tidak ada apa-apa lagi. Saya dengan hidup saya dan awak dengan hidup awak. Harap awak faham. Bagi saya awak kini hanya teman rapat Dr. Taufik. Itu saja."

Akhmal hanya memerhatikan sahaja Duhaila melintasinya dan mengatur langkah perlahan-lahan mengharungi arus air di depan menuju ke kawasan khemah mereka. Dia memandang sayup ke wajah Duhaila. Wajah yang dulu tidak lekang dari memberi senyuman manis padanya.

Masih berdendamkah kau pada aku Duha?...Masihkah?

Maafkan Akhmal Duha...maafkan Akhmal!

Akhmal sayang Duha...sangat-sangat Duha!

Tuesday, August 4, 2009

Rindu Semalam -Bab 9

Bab 9

Dari meja di sudut kafeteria dia memerhatikan seraut wajah itu. Wajah yang sedang bergelak ketawa bersama teman akrab sambil menikmati makan tengahari. Dia melihat si dia itu cepat-cepat menutup mulutnya tatkala ketawa mendengar cerita si teman di hadapannya yang begitu bersemangat bercerita. Wajahnya yang putih mulus itu jadi kemerah-merahan tatkala ketawa. Sesekali kepalanya digeleng-gelengkan tatkala temannya itu yang nampak seolah-olah sedang mengajukan soalan padanya. Bila temannya itu membulatkan mata, maka akan terlontarlah gelak ketawanya. Dan bila berpadu dengan ketawa temannya itu, maka akan bertambahlah nyaring gelombang bunyi yang bergema dari arah tempat duduk mereka berdua. Si dia langsung tidak mempamerkan riak apa-apa. Bijaknya dia menyembunyikan perasaannya. Bagai kan tiada apa-apa yang berlaku padanya biarpun kelmarin dia dapat melihat sendiri riak terkejut yang terpancar pada wajah putih mulus itu tatkala berlangsungnya pertemuan yang tidak terduga olehnya itu.

"haa Mal, panjang umur . Aku baru tanya ngan Ben ni mana papa dia yang hensem tu tak muncul-muncul lagi...hmm, kenalkan ni pembantu aku yang baru, Dr Duhaila Dahalan. Duhaila, kenalkan ni kawan baik saya masa di Uni dulu Akhmal Hafiz...Akhmal ni la papa si Ben yang awak katakan cute sangat ni...kan Ben?" Dia mencubit pipi halus si kecil yang sedang duduk di katil sambil memegang tangan papanya yang sedang terkaku bagaikan patung cendana.

Dia melihat kedua-dua wajah tu saling tidak berkelip memandang antara satu sama lain. Ekpressi wajah Akhmal paling ketara. Duhaila lebih bijak menyembunyikan dan mengawal perasaannya.

"Duhaila...apa khabar En, Akhmal?.." Dia melihat Duhaila melemparkan senyuman kecil pada Akhmal. Dan Akhmal gagal dalam sesi petang itu bila dia seperti dapat mengesan sesuatu. Sesuatu yang tidak kena.

"err..erkk...kha...kha..khabar baik..."

Dia masih setia memerhatikan gelagat kedua-dua gadis manis itu. Cuma yang menjadi fokus utama pandangan matanya adalah si dia yang tinggi lampai itu. Si dia yang lebih sedikit manisnya dari teman dihadapannya itu. Lebih sedikit ker, lebih banyak?, dia tersenyum sendiri bila persoalan itu menerjah ke mindanya. Langsung tidak diduga si dia itu adalah seseorang yang sedang dicari oleh teman karibnya sejak sekian lama. Seseorang yang punya erti yang cukup besar dalam hidup teman karibnya itu. Lalu bagaimana mahu dia melaksanakan permintaan Akhmal agar mengatur pertemuan dengan si dia itu. Si dia yang dirasakan pasti secara terang -terangan tidak akan mahu tunduk dengan permintaan teman karibnya itu. Dia buntu memikirkan bagaimanakah cara untuk memujuk si dia itu agar bersetuju berjumpa dengan Akhmal.

Langkahnya diatur perlahan-lahan ke arah meja kedua-dua gadis manis itu. Ya, dua orang doktor baru yang menjadi perhatian dan bualan ramai di hospital terutama si dia yang tinggi lampai itu. Dia sedia maklum tentang itu.

"Eh Dr. Taufik, baru nak lunch ker?..marilah joint kami. " Ziha mempelawa sambil tersenyum pada Dr. Taufik dan sempat mengenyitkan matanya pada Duhaila yang tersenyum pada Dr. Taufik. Dari bawah meja pantas kaki Ziha disepak Duhaila. Ziha tersentak lantas membalas dengan menyepak kaki Duhaia sambil ketawa kecil memandang temannya itu...

"eh, sapa pulak yang main sepak -sepak kaki kat bawah meja ni ye...kaki saya pun terlibat sama ker dalam games ni.."Dr Taufik yang sedang melambaikan tangan pada pelayan di Kafeteria itu selamba bersuara. Ziha sudah menutup mulutnya sambil menundukkan kepala menjenguk ke bawah meja. Duhaila terus tunduk dari memandang ke wajah Dr. Taufik yang sedang merenungnya. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu pada renungan Dr. Taufik itu.

"alamak Dr. Taufik, sorry ye...saya tak sengaja la...ni haa makcik Duha ni la, dia yang yang main sepak-sepak kaki saya dulu. Saya balas aar, tak sangka la pulak saya tersepak kaki Dr. Taufik...jangan marah ye doktor..."Ziha sudah tersengih-sengih memandang Dr. Taufik. Ziha kemudian mencebikkan mulutnya pada Duhaila yang mempamerkan muka selamba. Geramnya Ziha pada Duhaila yang langsung tidak mahu memberi respon untuk menyokong kenyataannya pada Dr. Taufik.

Jaga ye makcik Duha!...

"so apa cerita ni. Dari jauh tadi saya perhati kamu berdua bukan main ketawa sakan...anything that we can shared?..." Dr Taufik memandang kedua-dua gadis dihadapannya itu yang saling tersenyum antara satu sama lain. Gelas berisi air limau suam yang baru dihantar oleh pelayan tadi ditarik rapat ke sisi. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu dan kemudian straw ditarik dan disuakan ke mulut. Perlakuan Dr.Taufik diperhatikan Duhaila tanpa menyedari sepasang mata Ziha sedang memerhatikan tingkah-laku Duhaila sambil tersenyum kecil.

"ni haa cik Duha kita ni doktor. Dia nak ajak saya gi bercamping kat air terjun tak jauh dari Maran hujung minggu ni, kebetulan kami berdua off. Kata Duha masa sebelum ke overseas dulu dia memang tak pernah miss gi sana...cantik tempat tu katanya. Yang lebih mengujakan saya doktor, dia kata untuk sampai ke kawasan air terjun tu kita kena melalui perjalanan yang agak mencabar dulu...siap menempuh perkampungan orang asli pulak tu...wahhh, exciting sungguh kan!...saya ni bab bab camping ni memang la out doktor, tapi saya suka air terjun...saya ni kata mama saya macam itik bila jumpa air, hehehe. Jadi since cik Duha kita ni pro bab camping-camping ni and handal hal-hal hutan ni, jadi saya pun berani la nak ikut dia...erk, doktor nak joint kami tak?...lagi ramai lagi la best kan...kan Duha?.."

Duha sudah membulatkan matanya pada Ziha. Issy, Ziha ni..apa hal la gi ajak mamat ni pulak, segan la wei!..camner nak mandi nanti...eeei makcik Ziha ni memang la nak kena tau!

Doktor Taufik menyedari aksi Duhaila pada Ziha. Dia tersenyum kecil. Comel pulak dia bila berkelakuan begitu, bisik Dr Taufik dalam hati.

Hmmm, this is such a great plan...

"well...saya pun sebenarnya lama dah tak gi camping ni and saya pun tak pernah jejak air terjun kat Maran tu. Saya pun dah jadi teruja bila dengar cerita awak tu Ziha. Ok...saya joint kamu berdua. By the way, boleh saya bawa kawan? .Dia ni memang handal part camping ni. Lagipun dia memang aktif dengan aktiviti panjat-panjat gunung ni dari dia masih student lagi."

"wooo...orait la tu doktor. Kawan doktor tu pro part panjat-panjat gunung ni, Duha pula pro part masuk masuk hutan ni...so ngam la group kita nanti...camner Duha,ok?, aku on jer ni...wah tak sabar la pulak nak tunggu weekend ni..." Wajah Ziha yang memancarkan sinar kegembiraan itu sedikit sebanyak mengundang kelucuan pada Duhaila. Dia tersenyum pada Dr. Taufik yang kebetulan sedang memandangnya. Dr Taufik membalas senyuman Duhaila.

Akhmal...ni peluang keemasan kau, harap kau jangan sia-sia bro!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...