Thursday, January 15, 2009

Bila Cinta Bicara - Bab 2


Bab 2

"haa adik, nak ke mana pulak tu?"...suara mak mematikan langkah Echa.

"orang nak gi pantai jap mak...jalan-jalan." Sayup aje jawapan Echa. Dia sudah mula melangkah keluar mendekati serambi lalu melangkah menuruni anak tangga.Langkah Echa terhenti seketika bila mendengar mak menyambung kata.

"nak buat apa ke sana tu,dah petang-petang ni tak elok la adik , issy anak dara ni tak reti-reti nak duduk kat rumah laa, merayap aje kejenye ..." mak sudah ke depan mengekori Echa lalu duduk di tangga serambi rumah sambil memandang tepat ke wajah Echa. Echa garu kepalanya yang tidak gatal...aduss, mak ni.

"ala mak, kejap aje orang pegi...pastu orang balik laa...boleh ek mak, boleh laa..boleh kan mak ?" pujuk Echa lantas mengusap-usap bahu Mak ...Echa buat muka kesian, muka 2 sen kata mak.

"jangan lambat...balik sebelum maghrib"

"yes madam....adik gi dulu mak."

Langkah diayun cepat-cepat melepasi daratan yang luas. Dengan pantas kaki seluar jeansnya dilipat hingga ke paras lutut. Selipar Echa jinjing di tangan kirinya.Echa melangkah menjejak gigi air yang tenang meyambut kedatangannya kesitu...hmmm segarnya! lembut nafas ditarik dan dilepaskannya. Bayu petang nyaman menyapa pipi mulus Echa. Sesekali tiupannya membuatkan rambut coklat perangnya yang panjang mencecah dada itu terbuai-buai mengikut aluan arah bayu. Suasana petang di situ sentiasa nyaman. Damai.Tenteram. Macam dulu-dulu jugak. Tidak pernah berubah. Pesonanya masih kekal. Senyum Echa mekar menyaksikan keindahan tempat yang banyak meninggalkan nostalgia manis dalam hidupnya.

"Echa!....Echa!"...suara memanggil namanya bergema di pantai.

"Echaaaaaaaaaaa...."


Echa menoleh mencari suara yang memanggilnya. Matanya menangkap sesusuk tubuh manusia sedang bergerak ke arahnya. Makin hampir. Echa senyum. Dia juga senyum. Manis sekali.

"Pottttttttttt..." Echa mendepangkan kedua-dua belah tangannya.

Saling berpelukan kedua-duanya sambil berpusing-pusing di permukaan air .Gelak tawa mereka memenuhi ruang udara pantai.

"Rindunya aku pada kau..."

"Akupun..."

"Echa...bila kau balik haa?." tanyanya sambil memandang tepat pada wajah Echa. Pelukan sudah terlerai namun mereka masih berdiri berhadapan antara satu sama lain.

"hmmm...subuh tadi aku sampai airport, terus ambik teksi ke sini."perlahan saja suara Echa.

Echa melarikan pandangan matanya ke laut nan luas, merenung ke kaki langit yang mula memancarkan biasan warna mega senja nan memukau. Pot masih merenung Echa. Echa nampak dari ekor mata tapi Echa buat-buat tak tau.

"kau camner Echa?,ok ker...ko?"..mulut mungil itu terus bertanya sambil matanya menatap wajah ayu nan polos di hadapannya itu tanpa kelip.

Echa menoleh lantas ketawa kecil.Menggeleng-gelengkan kepalanya.

" apa la kau ni Pot...kalau aku ni ko, takkan aku leh terpacak kat pantai ni, ...haa cuba kau tengok aku ni, kau tengok!.. ada nampak cam orang ko ker aku ni...?" Echa berlenggang ala catwalk di depan Pot sambil mempamerkan senyuman yang seperti dibuatnya ketika di pentas peragaan.

"yelah tu...eh, bukan aku tak kenal kau la Echa, kau tu dari dulu memang pandai berlakon,buat muka keras batu kau tu ...kita ni kawan dah lama laa Cik Echa ooi, dari kecik-kecik lagi, aku kenal sangat peel kau tu, jangan lah nak kelentong aku ni haa.." jelas Pot panjang lebar sambil terus memandang Echa. Echa hanya senyum memandang Pot. Echa akur. Kawannya yang satu ini sangat memahami dirinya.

Pot, nama panggilan yang sinonim untuk teman rapat Echa nan satu ini. Si pemilik nama penuh Nik Kartini Nik Yusof ini sama brutalnya dengan Echa waktu kecik-kecik dulu. Rakan sepejuangan yang sentiasa disebelah saat mereka sama-sama menangkis servis buli abang-abang sepupu Echa dan gengnya yang jahat macam pelesit tanah tu...dan kerana keganasannya yang menyebabkan 2 orang kawan abang lang Echa hampir lemas ditolak ke dalam sungai menyebabkan dia di gelar Pol Pot...sempena nama Pol Pot ketua rejim Khmer Rouge yang ganas a.k.a kejam dalam sejarah negara Kemboja tu dan bermula dari saat itu dia lebih dikenali dengan nama gelaran tersebut...Pot, memang kejam kata Abang Lang Echa..kejam giler!, Echa tersenyum bila terkenangkan peristiwa tersebut. Lucunya Abang Lang. Lucunya Pot.

"...berapa lama kau plan nak duduk kat rumah mak kau tu?"..sambil melangkah santai menyusuri pantai mereka berbual. Sesekali Pot memandang wajah disebelahnya. Echa nampak tenang sahaja, seperti tiada apa yang berlaku sedangkan sebenarnya... hmm, ntahlah dia sendiri sukar untuk menafsirkan kisah teman rapatnya itu. Kesiannya kau Echa. Simpatinya melaut pada Echa.

"hmmm..tengoklah camner Pot, aku pun tak tau lagi...kepala aku tengah tak betul ni.."perlahan bunyinya suara Echa di telinga Pot. Pot tahu Echa sedang bergelut dengan masalah yang bukan enteng. Echa, Echa...bukan senang jadi orang cantik ni rupanya, zahirnya sahaja nampak bahagia, nampak indah tapi realitinya...hanya tuan empunya tubuh yang lebih maklum.

"keje kau macam mana Pot, seronok mengajar kat sekolah baru kau tu?" Echa cuba mengalih tajuk perbualan mereka. Dia cuba mengelak di tanya lanjut tentang hal dirinya. Biarlah dia sahaja yang tahu. Biarlah dia sahaja yang menyimpannya. Mereka memberhentikan langkah disebatang kayu mati sebesar pemeluk orang dewasa yang melintang berhampiran gigi pantai. Echa mengibas-ngibas sedikit permukaan batang pokok tersebut sebelum menarik tangan Pot duduk disebelahnya. Jari jemari mereka saling menggenggam. Bertaut erat. Seerat ikatan dan semangat keakraban mereka berdua walau jarang bertemu kerana terpisah oleh jarak dan sempadan negeri, tuntutan kerja juga rutin aktiviti kehidupan yang lain.

"ala sekolah kampung jer Echa, mana sama dengan sekolah di bandar...tapi aku lebih seronok lah di sini. Lega rasanya kau tau, macam rasa terlepas dari kurungan...hmmm, damai hidup aku kat sini. Kau pun tahu kan macammana gilernyer hidup kat sana. Segalanya mesti cepat, pantas, segera...aku dah tak larat, tak terkejar..."

"hmmm.." Echa mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum kecil.

"ker sebab ehem ehem ko tu ada dekat sini...eleh Pot, sudah la kau...macam aku tak tahu.."

Pot membulatkan matanya pada Echa. Jarinya pantas mencari sasaran.

"aduh...ko ni kan, mau mati nanti abang chik aku kena ketam ngan ko tiap hari...ko tu dah la kejam..kejam giler!"

Ketawa Pot pecah. Echa pun sama. Ketawa mereka mewarnai petang di pinggir pantai itu.

Echa mengakui kebenaran pada ayat yang keluar dari mulut temannya itu. Bandar...ye Bandar...tempat yang mencipta roman gundah gulana di dalam hatinya. Resah gelisah..apa khabar agaknya si dia di sana?...gumam hati kecil Echa. Tuhan... berilah hambamu ini sedikit kekuatan. Pinjamkan hambamu ini sedikit semangat untuk meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya kehidupan ini adalah sempadan di antara ketentuan dan kemahuan. Dan kerana itu, Echa redha dengan apa yang telah berlaku pada dirinya. Yang tersurat pasti ada rahmat yang tersirat dari-Nya. Echa tahu itu. Dia akan menanti rahmat itu dengan sabar.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...