Wednesday, May 27, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 23

Bab 23

Langkahnya di padang golf nan menghijau itu cuba diperlahankan. Aidil mahu menyaingi ayunan langkah longai si belahan jiwanya itu yang sedari semalam seakan sepi...seakan menyimpan sesuatu di dalam hatinya. Masih marahkah dia pada perancangan yang diatur ini. Perancangan yang diatur tanpa memaklumkan padanya terlebih dahulu?...tapi mahukah dia bersetuju jika Aidil memberitahunya terlebih dahulu...aahh tak mungkin!...Aidil cukup kenal dengan sikap si belahan jiwanya itu. Echa tidak gemar dengan kejutan, lebih-lebig lagi jika kejutan itu akan mengundang pertanyaan dari ahli keluarganya. Echa yang dikenali cukup menjaga hati ahli keluarganya.

"sayang...marah lagi ke?"

Tutur Aidil dengan nada yang cukup perlahan..seakan berbisik pada Echa. Wajah mulus yang berdiri diam sambil memandang ke tengah padang disebelahnya dipandang, Echa yang berkacamata hitam, bertopi biru dengan seluar panjang denim berona biru tua dan kemeja T berwarna putih gading cukup mempesonakan sekali di mata lelakinya. Pertanyaaan yang hanya dibalas dengan gelengan kepala oleh Echa itu cukup menyesakkan dadanya..tak boleh jadi ni!

"i'm sorry sayang....so sorry...kalau you nak i lari keliling padang ni pun i sanggup, tapi please talk to me sayang....please!"

Aidil masih cuba meraih perhatian Echa...masih mencuba menariknya untuk membuka bicara. Kebisuan Echa ternyata cukup menakutkannya. Aidil jadi hilang tumpuan pada pukulannya pada bola dan lubang yang disasarkan. Bola yang dipukul melantun jauh dari destinasinya. Dari sesi makan malam kelmarin, dia dapat melihat ketidakceriaan Echa. Echa sekadar cuba melayan mak longnya sebaik mungkin. Senyuman manisnya bagai tidak bermaya...tiada gelak ketawa juga gurauannya yang sentiasa menghiburkan diri Aidil. Adakah mungkin disebabkan perkara yang diberitahu mak long malam tadi mengganggu fikiran si belahan jiwanya itu...mungkinkah disebabkan itu?.

"sayang..janganlah diam macam ni...please talk to me..."

Wajah dihadapannya itu dilihat perlahan-lahan mengangkat pandangan matanya ke arah dirinya. Mata mereka saling bertentangan kini.


"are you and your mak long serious about what both of you said last night ?...Echa...Echa....Echa tak tahu Aidil...Echa tak boleh nak beri jawapan macam yang mak long mahukan tu...Echa tak bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku Aidil...Echa takut Aidil...and..and...Echa tak nak Aidil jadi anak derhaka disebabkan Echa...no matter how she is your mother Aidil...Echa pun taknak keluarga Echa susah hati lagi Aidil...Echa...Echa tak sanggup tengok mak sedih lagi.."

ooowwh...sebab ni rupa-rupanya. Echa...Echa. Aidil cuba mengukir senyuman pada wajah kebingungan dihadapannya itu.Kasihnya pada si belahan jiwanya itu makin utuh dirasakan...tidak mungkin digugat oleh sesiapapun...hanya Dia sahaja. Perlahan-lahan tangan kanan Echa diraih lalu digenggam erat. Aidil lihat mata Echa memandang padanya. Dia dapat merasakan Echa membalas genggamannya...erat!

"insyaallah...Mak Long lebih maklum...lebih arif dalam hal ni...dia tahu apa yang terbaik bagi penyelesaian masalah kita sayang...mak long mahu penyelesaian yang terbaik untuk kita berdua...about mama and Tengku Layla, you don't need to worry ok...Percayalah cakap Aidil mereka takkan berani ingkar arahan mak long...Aidil tahu...Aidil kenal mak long...di dalam keluarga kami tak ada siapa yang berani lawan cakap mak long...all of the family members respect her very much...and sayang, if that Layla ever ever try to do something bad...something stupid to you, let me know ok, jangan sembunyi apa-apa...Aidil taknak apa-apa yang tak elok berlaku kat sayang...ingat pesan Aidil ni...ingat sayang...you know how much l care about you!."

Aidil tahu Echa mengalirkan airmata...Aidil dapat lihat reaksi Echa yang memusingkan wajahnya ke arah lain lantas memasukkan helaian tisu dari celahan kacamata hitam yang dipakainya...hai, dulu punyalah brutal gila buah hatinya yang satu ini saat mula-mula dia melancarkan strategi memikatnya dahulu...rupanya disebalik dirinya kasar itu cengeng jugak dia ye!...Aidil ketawa kecil tanpa perasan perbuatannya itu sudah dapat ditangkap oleh mata Echa.

Eh..ketawakan kita la tu...nak kena Aidil ni tau..eeei!

"aduh!...apa ni sayang main cubit cubit pulak...sakit tau Aidil.."

Aidil menggosok-gosokkan tangan pada lengan kirinya yang dipulas Echa..Merah tu, ganas la Echa ni tau...!

"malas la nak teman orang tu main golf...kita sedih sedih , dia gelakkan kita pulak....menyampah betul la!...dah, kita nak balik...awak pegi main sorang sorang, tak pun ajak adik kedi tu jadi teman awak....tak kuasa kita nak teman awak, dah lah panas terik...."

Aidil sudah menghamburkan ketawanya dengan gelagat Echa sambil menggeleng-geleng kepala...aduh, merajuk pulak dia!...Aidil mengejar Echa yang sudah laju mengatur langkah ke hadapan meninggalkannya di belakang...lajunya dia, mentang-mentang langkah panjang!...

"sayang...tunggulah dulu...sayangg..."

Monday, May 25, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 22

Bab 22

Saat menjejakkan kaki ke lantai The Andaman Resort di Teluk Datai nan nyaman dan permai ini Echa bagai masih diawang-awangan....wah,macam tak percaya saja dapat datang ke sini lagi, rindunya Echa pada kecantikan pantai disini...rindunya Echa pada kedamaian laut andaman di sini..rindunya Echa pada semua yang ada di Teluk Datai ini!...hingga ke saat Echa dibawa bellboy ke executive suite Echa masih mamai berkhayal hinggalah suara lantang adik bellboy yang comel itu mengembalikan minda Echa ke kordinit asal....eeei malunya!.

tak senonoh la kamu ni Echa..!

"cik...cik...cik...cikkk...kita dah sampai..."

"ha...erk, ye ye adik.....erk sori ye adik..."

Echa boleh lihat senyuman adik bellboy tu...aduh mana nak letak muka kamu tu Echa, siang-siang dah mimpi ke Echa!. Echa lantas menghulurkan note merah lalu cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan menutup pintu...malu malu malu!...namun belum sempat Echa melayan perasan termalu tadi, telefon biliknya berdering...alamak siapa pulak ni!...jap jap lah Echa datang ni....

"hello..."

"Aishah...mak long ni....Aishah dah sampai bilik kan. Aishah mandi dan solat dulu ye..mak long ngan Aidil tunggu Aishah for dinner di The Restaurant, Level 1..."

"erk...ba...baik mak long...nanti saya turun."

Aidil pun ada sama ker?, issy Aidil ni betul la tau, memang saje jer nak kenakan Echa, kunun-kunun kata kena hadir seminar pemasaran strategik oleh penceramah pemasaran hebat, Philip Kotler kat KL, cissh tipu kita rupanya, nantilah Aidil, memang nak kena ye!...Kalau Echa tau Aidil ada, taknak lah Echa terima pelawaan mak long Aidil ni tau...matilah kalau abang long tahu Aidil...habislah Echa Aidil...habis tau!

Echa duduk melepaskan lelah berfikir di sisi katil yang mengadap Laut Andaman yang sangat indah...biasan cahaya matahari yang sudah melabuhkan tirai malam cukup menyerikan permandangan... Echa bangkit dari katil lantas menuju ke birai tingkap yang dihiasi langsir putih susu berpetak-petak lalu membukanya...terhampar di depan matanya satu keajaiban alam ciptaan-Nya yang terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata...subhanallah, cantiknya!...Echa bagaikan terkhayal dalam dunia lain seketika saat menikmati keajaiban di depan matanya...mata yang terpejam tadi dibuka perlahan-lahan lalu diraup kedua-dua tapak tangan ke wajahnya...ya tuhan, semoga keindahan alam ciptaannu ini akan mengiringi keindahan dalam hidup hambamu ini juga...amin.

Echa sukar percaya yang mulutnya mudah sahaja berkata "ia" saat dihubungi Engku Noor Zubaidah untuk mengajaknya bercuti bersamanya di Pulau Lagenda ini. Memang kebetulan assignment Echa semua sudah selesai untuk minggu ini...jadi untuk 2 hari ini Echa merdeka la sekejap...tapi macammana lah Echa boleh bersetuju untuk bercuti dengan mak long Aidil ni, aduh rasa macam seram sejuk la pulak nak bercuti dengan orang-orang bangsawan macam Engku tu, nanti Echa mesti kena control ayu, control segala galanyalah kut, tak bolehlah terjerit-jerit, melompat-lompat tak tentu hala macam yang Echa selalu buat kalau pergi bercuti dengan mak abah, abang long, kak long...menyakat abang ngah, abang lang, abang teh dan abang chik...

Engku Noor Zubaidah siang-siang dah beritahu Echa percutian ni fully sponsored jadi Echa cuma perlu say yes saja...kata Engku Noor Zubaidah lagi dia teringin nak bercuti bersama bakal menantu perempuan tunggal arwah adiknya...erk...apa? bakal menantu?...bakal menantu perempuan tunggal?...Echa seram sejuk...rasa nak demam dengar ayat mak Engku Noor Zubaidah yang satu itu. Aidil ni kan memang la tau, memandai jer buat kenyataan berani mati ni..bila pulak dia propose Echa?...jaga Aidil ye..jaga!...kalau mak abah tau matilah Echa Aidil!...

Echa memang kuat rasakan Aidil yang beritahu Engku Noor Zubaidah Echa tengah free dari sebarang jadual kerja dan juga pasal tempat ni...dulu Echa memang pernah beritahu Aidil yang tempat ni memang tempat kesukaan Echa...Echa memang sukakan Andaman...sangat-sangat suka!...tapi...tapi Echa tak tahu langsung yang Aidil pun akan turut serta dalam pakej percutian anjuran Engku Noor Zubaidah ni...Aidil ni memang la tau...pandai nak kenakan Echa...pandai-pandai rancang ngan mak long dia ye...tapi kata Engku Noor Zubaidah, percutian ini sebenarnya juga untuk meraikan sesuatu tapi bila Echa tanya lebih lanjut Engku Noor Zubaidah lantas ketawa dan berkata yang Echa akan tahu nanti...aduh, bunyi semacam aje pulak ketawa Engku Noor Zubaidah tu...cakap aje la mak long ooi, ni main rahsia rahsia pulak!

meraikan sesuatu?...sesuatu tu apa ek?...aduh, Echa dah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal...alahai kamu ni Echa, apsal lah pening-pening kepala memikirkan perkara tu, kan ke nanti kamu tau jugak...baiklah pergi mandi dan solat dulu, jangan sibuk berangan jer!

yelah...yelah Echa gi mandi la ni..issy!

Aidil dari jauh Echa lihat sudah tersenyum saat melihat kelibat Echa di The Restaurant itu...ooo, seminar ye...jaga awak ye Engku Aidil!

Echa tunduk menyalam tangan dan mencium kedua-dua belah pipi Engku Noor Zubaidah. Echa lihat Aidil mengenyit matanya pada Echa lantas menunjukkan pipinya dengan jari telunjuk...Echa membulatkan matanya pada Aidil...gatal!

Engku Noor Zubaidah menyuruh Echa duduk disebelah Aidil dan mengadap dirinya di meja makan tersebut. Echa lihat Engku Noor Zubaidah tersenyum pada Aidil...pipi Echa sudah terasa membahang...apalak dua beranak ni tersenyum-senyum, issy tak suka la tau!...

Tuesday, May 19, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 21

Bab 21

"Life is for living...I live mine for you. Love is for giving...I give mine to you. Hearts are for beating...mine beats for you. Dreams are full of meaning...mine are full of you... my only you!".....luv, your Aidil.

Bait kata-kata yang tertinta indah dengan warna perak di atas sekeping kad berwarna ungu yang diselitkan pada jambangan 13 kuntum mawar ungu yang berselang-seli dengan kuntuman lily nan putih cukup membuatkan bibir Echa tanpa sedar mengukir senyuman. Jambangan yang cukup menarik perhatian dan mengundang iri tiap mata yang memandang itu diserahkan padanya oleh Joe selepas Echa pulang ke pejabat NINA's Agency Model tengahari tadi dari sesi interview bersama majalah Chanteq dipejabat syarikat penerbitan majalah tersebut di Shah Alam. Hmm..Aidil, Aidil...bukankah sudah Echa pesan jangan dihantar bunga lagi di sini...banyak mata yang memandang dan pasti akan mengundang cerita yang tidak enak ditelinga nanti...tapi Aidil memang sukar ditegah, Echa maklum sifatnya yang satu itu...lagi dihalang, lagi dia engkar!...Tadi sewaktu perjalanan ke pejabat Aidil ada menghubunginya memberitahu ingin membawanya makan malam hari ini. Echa mulanya menolak...tapi bila Aidil merayu dan berkata apa perkara penting yang dia perlu katakan, Echa terpaksalah beri persetujuan...Aidil ni memang la tau!

"wahhhh..ada orang tu dapat bunga laa Joe...besar lak tu...dari buah hatiiii..."

"ehem ehem Echa...hebat pukulan kau ni pada tuan CEO tu ye...aduhai romantiknya mamat tu beb...hai kalau aku dapat buah hati macam dia kan ker besttt..."

"cantiknya bunga...roses and lily...beautiful combination...so charming la your sweetheart ni Echa..jealous i tau..."

Echa sekadar membalas dengan senyuman pada setiap usikan rakan-rakan sekerjanya itu. Echa tahu mereka sekadar mengusik...tumpang gembira...tumpang seronok. Mereka tiada apa-apa agenda yang tersirat. Namun kegembiraan itu hanya sebentar bila telinga diterjah oleh deringan lagu dari telefon genggamnya...melihat nombor yang tertera di skrin, dahi Echa berkerut...nombor sapa pulak ni..

"assalamualaikum...hello..."

"hye betina omputih gatal....kau ni memang tak serik serik ek...memang dasar betina sundal...ko dah lupa ye janji kau pada aku?...pada bonda Tengku?...yang kau tak sudah sudah masih menggatal lagi pada bakal tunang aku tu kenapa haa?..kau ni memang celaka tau..."

Echa diam seketika. terkejut disergah dengan bahasa yang cukup tidak sopan begitu. Dia memejamkan mata tatkala telinga menadah sumpah seranah dari Tengku Layla. Nafas dihela lalu dilepaskan perlahan-lahan. Sabar Echa...sabar!. Tenang Echa...tenang!


"Tengku Layla...untuk makluman tengku, saya tidak menggatal pada bakal tunangan Tengku tu...tak tahu la pulak kalau dia dah terkena sawan gatal kan...and saya tidak mengejar bakal tunangan Tengku itu...tapi kalau dia yang datang menyerah diri pada saya, apalah daya diri saya kan, takkan saya nak menolak, tentu tak baik kan...macam ni la tengku, apakata kalau tengku tanya terus bakal tunangan tengku tu sendiri...biar dia beri jawapan pada soalan tengku tu ye...jangan main seranah orang macam ni ye...mulut tu tolonglah bersopan sikit bila bercakap ye.."

"amboi amboi...bukan main berlagak lagi kau ye betina...dasar perempuan kampung tak sedar diri...kau ni memang perempuan sial tau..perempuan perampas hak orang...takper, aku nak tengok nanti setakat mana permainan kau...jangan cepat perasan kau dah menang bila kau dah menangi hati Aidil...aku takkan biarkan...aku takkan sesekali biarkan Aidil jatuh ke tangan kau...kau tunggu dan lihat kehebatan aku pulak nanti...jaga kau ye...kau jangan menyesal nanti!..."

Eh..main ugut-ugut pulak pompuan ni...main kasar pulak ek...dah gila agaknya dia ni!

Pertengkaran di telefon itu menarik perhatian rakan-rakan yang kebetulan berada di pejabat. Echa rasa lega kerana rakan-rakan yang sedia maklum situasi sebenar kemelut hubungan dengan Engku Aidil banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat.

Pedulikan dia...perempuan tu perasan sorang sorang la beb...dia jer yang tergila-gilakan Engku Aidil tu...tak malu sungguh!

go ahead with Aidil Echa...just ignore that silly women...she's damn arrogant!

Tapi...perasaan Echa sedikit berdetik pada kata-kata terakhirnya itu...

Kau jangan menyesal!...Kau jangan menyesal!

Dan kata-kata itu bagai mengundang rasa tidak enak dalam hatinya..bergema dalam kepalanya...dan rasa kurang selesa itu terbawa-bawa hingga ke saat Echa dijemput Aidil di rumah untuk makan malam...macam Echa kata, Echa sebenarnya berat untuk terima pelawaan Aidil. Abang long dah jeling semacam jer bila Echa beritahu. Nasib baiklah 2 orang panglima tu takder..outstation. Kalau diaorang ada dan bergabung dengan abang long..habislah Echa!. Namun Echa memang sangat berterima kasih pada kak long yang begitu memahami keadaan Echa. Pujukan kata-kata kak long sedikit mengurangkan rasa tidak senang di hati abang long. Abang long mengizinkan dengan syarat Aidil datang sendiri menjemput Echa di rumah dan mesti menghantarnya pulang lebih awal.

Dan Aidil pula sememangnya perasan akan perubahan sikap Echa. Echa dapat melihat renungan Aidil dari dalam kereta tadi. Namun Aidil tidak sedikitpun membuka mulut bertanya. Echa rasa dia mesti mahu Echa yang memulakan...issy, nak kena cakap ke tak payah ni...erk..ala tak suka la ngadu ngadu ni!

"sayang..apasal ni...dari rumah tadi Aidil tengok muka tu dah semacam jer, tak macam selalu...dalam kereta tadi pun senyap jer...asyik pandang keluar tingkap je, kalau tak hai mulut orang tu la yang tak reti diam...pot pet pot pet macam popcorn!...sikit pun dia tak toleh kat kita di sebelah dia...kita ni puas la usha usha dia, jeling jeling...sikit pun tak pandang...now cuba cakap ngan Aidil ni sayang...is there anything that bothering you? bothering your mind?.."

Echa angkat muka. Matanya bertembung dengan mata Aidil yang sedang memandangnya.Tangan kanannya yang diletakkan diatas meja dicapai Aidil lalu jari jemarinya digenggam kemas oleh Aidil. Aidil senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda meminta Echa bersuara...bersuara tentang perkara yang sedang mengganggu minda dan perasaannya.

Echa membalas senyuman Aidil. Nafas dihela dan dilepaskan perlahan-lahan..

"is about Tengku Layla...she...she..erk"

"sayang...cakap apa dia dah buat...cakap dengan Aidil ok..."

Echa dapat merasakan genggam Aidil pada jari jemarinya makin kejap..

"she call me at the office today...she...she...she threatened me Aidil..."

"she what?...damn you Layla!.."

Echa lihat Aidil menggengam tangannya kejap...Echa lihat wajah Aidil sudah merah!...

Monday, May 18, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 20

Bab 20

Ada orang kata yang menyebut bahawasanya Cinta itu umpama rama-rama. Ia akan terbang...terbang tinggi...terbang jauh apabila dikejar. Sebaliknya ia akan hinggap dibahu apabila kita berhenti mengejarnya...Ia ker begitu?...ntahlah, sukar Echa mahu memberikan penilaian kata-kata tersebut dan mengaitkannya dengan situasi diri Echa sendiri. Echakah yang mengejar atau Echakah yang dikejar?...

Malam kelmarin lewat pertemuan yang cukup dramatik dengan Aidil, Echa dihubungi Engku Noor Zubaidah...katanya Aidil terus mengupdate mak long lepas jumpa Echa tadi...issy Aidil ni memang la taw...nanti nanti la kut ye pun...gelojoh sungguh laa mamat sorang ni!...dan lepas kami berborak-borak pasal hal-hal pokok bunga orkid kegilaannya dan mak Echa Engku Noor Zubaidah bisik kata dia mahu bersemuka dengan mama Aidil dan Tengku Layla yang Engku Noor Zubaidah gelar "budak gedik tak sudah tu"...

"Mak Long kena selesaikan hal ni Aishah Kesuma...mesti!..."

Bersemuka?...berita yang cukup ngeri Echa dengar. Ngeri sungguh!...pasti bukan mudah tugas Engku Noor Zubaidah...Tengku Arisyah itu, bilah bicaranya cukup tajam!...

Engku Noor Zubaidah kata pada Echa yang Aidil akan turut sama dalam perjumpaan itu nanti. haa, Aidil ikut serta?...kasihannya Aidil..pasti Aidil dalam dilema nanti...itukan mama Aidil...tapi kata Engku Noor Zubaidah Echa jangan bimbang...jangan takut apa-apa...kata Engku Noor Zubaidah, dia tahu apa yang perlu dilakukan..apa yang perlu dibahasakan pada kedua-dua mereka itu. Kata Engku Noor Zubaidah adakala orang tua tidak semestinya betul dan orang muda tak semestinya salah. Biarlah Tengku Arisyah mendengar suara hati anaknya sendiri...anak yang dia sanggup korbankan demi kepuasaan dirinya sendiri...kepuasan prinsip dan falsafah hidup yang sudah tidak relevan dengan kehidupan masa kini!...

Dan kata-kata Engku Noor Zubaidah itu bagai menyingkap kembali peristiwa yang cuba Echa singkirkan dari kotak memori...peristiwa yang cukup pahit dalam lipatan hidup Echa.

Petang itu Echa sedang berkemas-kemas untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi penggambaran dalam studio untuk majalah Cosmopolitan...memang letih sangat masa tu, yelah penggambaran sehari suntuk kerana mengejar masa jurugambar yang sudah ditempah pihak Cosmopolitan...Joe pun ada masa itu, masing-masing; Echa dan Joe sedang bertekak siapa yang akan belanja makan malam hari tu...dan tetiba jer pintu pejabat ditolak dengan kasar dari luar...Echa dan Joe sama-sama terkejut beruang polar...

"haa...langkah kanan sungguh...ada pun betina orang putih tak tau malu ni Bonda Tengku...hei betina gatal, betina tak sedar diri...kau dengar sini ye...dengar apa kami berdua nak cakap dengan kau..."

Echa ditolak dengan kasar oleh Tengku Layla Syuhadah, kalau takder Joe yang menahan dari belakang, sudah pasti Echa jatuh terlentang...ganas sungguh perempuan tu la!

"heii..apa ni Layla...apa tolak tolak orang ni...ganasnya kau ni laa!..."

"hei..kau diam ek jantan lembik!...jangan nak masuk campur pulak...menyibuk jer!..."

"eei..kurang ajar ek mulut kau pompuan...apa mak bapak kau tak ajar ker adap bercakap dengan orang..harap jer asal keturunan baik-baik..tapi perangai...budi bahasa..out...zero!"

"hei jantan lembik...mulut kau memang bau puaka tau...jangan nak sebut-sebut nama ayahanda ngan bonda aku ye..kau tu, cermin sikit diri kau tu ye...eeei, dasar jantan tak sedar diri...merempat!..."

"Layla...sudah..."

"tapi Bonda..."

"enough...kita kan nak jumpa budak ni..."

Echa yang sedari tadi hanya terkedu melihat pertikaman lidah Tengku Layla Syuhadah dan Joe yang bagai pertembungan Ultraman dan Raksaksa Bertocang Dua tiba-tiba menjadi fokus perhatian kedua-dua wanita itu. Joe masih setia di sisi Echa...lengan kanan Echa dipegang erat oleh Joe..

" kamu..Aishah Kesuma bukan?...dengar sini baik baik apa yang aku nak katakan pada kau...aku tak nak cakap banyak dengan kau dan rasanya kau pun tahu sapa aku kan...aku mahu kau jauhkan diri kau dari anak aku..kau tentu tahu siapa yang aku maksudkan, bukan?...aku mahu kau putuskan apa jua hubungan kau dengan dia...aku tak mahu anak aku ada sebarang hubunganpun dengan kau...kau tentu masih ingatkan pertemuan kita di rumah aku dulu...aku dah jelaskan pada kau bukan...kau takkan aku terima..tidak sekali-kali, biar apa pun yang terjadi!..tapi kau masih tetap degil ye...masih teruskan jugak hubungan kau dengan Aidil...makin akrab lagi aku dengar...memanglah kalau dah dasar keturunan perampas tu, sampai bilapun akan tetap nak rampas hak orang...kau tau tak..aku benci sangat dengan keturunan mak kau tu..orang putih ni memang jahat, suka ambik hak orang...dari dulu sampai sekarang...dan kau ni pun dah tunjukkan contohnya...lihatlah apa kau dah buat pada hidup aku...kau tahu, aku dah pilihkan anak aku calon isteri yang paling layak untuk dia...keturunan baik-baik...Tengku Layla Syuhadah ni untuk pengetahuan kau, adalah bakal tunangan Engku Aidil..."

Echa menggigit bibirnya. Kuat. Rasa terhiris..terhina...rasa sedih...rasa malu sungguh saat itu. Rasa marah juga saling bertingkah bila nama arwah umi disebut...kesiannya umi...maafkan Echa umi!

Perampas?...kejamnya kata-kata mama Aidil...Echa tak pernah rampas sesiapapun Tengku!...Echa tak tahu pun tentang hal pertunangan Aidil dan Layla...kalaulah Echa tahu dari dulu...

"kalau kau sayangkan Aidil..tinggalkan dia!...kalau kau tak mahu kerjaya dia musnah...reputasi dia sebagai CEO AAZ Holdings berkecai...kau lepaskan dia dari genggaman kau!...untuk pengetahuan kau, aku masih pemegang terbesar saham AAZ Holdings dan aku tak akan teragak-agak untuk pecat Aidil...kau tentu tak mahu dia malu...dia susah, kan?...Aidil tu dari lahir sampai sekarang memang tak pernah merasa apa itu susahnya hidup..dia tu macam tikus yang lahir dalam kepuk beras..lain la kau...kau tentu dah biasa susah kan, maklum orang kampung...aku mahu kau tinggalkan tempat ni...pergi jauh...dan jangan tunjukkan muka kau tu pada Aidil...kalau kau enggan, Aidil kan terima padahnya....kau faham?...mari Layla, Bonda dah selesai..."

" hei betina gatal...ingat pesanan Bonda Tengku tu...sedar diri kau tu sikit!...cermin muka tu baik-baik ye...jangan nak terkejar-kejar hak orang..."

terkejar kejar hak orang?...sapa yang kejar sapa ni haa!...sesedap rasa aja membuat simpulan kata begitu ye!...

Tok tok tok...tok tok tok...

"adik...adik?"

Ketukan kuat di pintu berserta suara kak long yang terdengar sayup sayup dari luar mengembalikan Echa semula dari lamunan.

"jap jap kak long...adik tertidur la..."

"tertidur pun mata boleh basah ker adik?"

Dan Echa sudah kehilangan bicara balas buat pertanyaan kak long yang tidak terduga itu!...

Friday, May 15, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 19


Bab 19


Dalam Kesunyian...

Dalam kesunyian yang tersenyap
Kala itulah kita mendengarkan diri sendiri
Saat itu pula kita berbicara dengan diri sendiri
Dan kadang kita menimbang pikiran orang lain

Dalam kesunyian yang terhening
Hanya hati dan rasa yang mempengaruhi pikiran ini
Namun akal kadang tak mampu mengerti
Hingga bimbang kerap menghinggapi

Dalam kesunyian yang menenggelamkan
Aku larut dalam hasrat akan hausku
Mengalirkan aku pada masa lalu
Mencari nyata bayang dirimu...


(Raja Kelana - Antologi Hidup Untuk Cinta dan Mati)


* * * * * * *

Echa tak pasti adakah keputusannya ini tepat. Kata kak long ikutlah bisikan hati...hati tidak mungkin menipu. Hati yang sentiasa disirami niat yang suci..yang ikhlas maka hati itu tidak akan sesekali memandu tuannya ke jalan yang tidak benar...Echa juga harap begitu. Detik hatinyalah yang memandu langkahnya petang itu ke sini...untuk bertemu si dia!

Malam kelmarin Echa menghubungi Engku Noor Zubaidah...banyak yang Echa bicarakan dengannya. Wanita itu sentiasa mendamaikan jiwa. Kata-katanya banyak menyedarkan Echa tentang kehidupan ini dan para penghuninya. Berbicara dengan wanita yang sudah masak dengan asam garam manusia....rencah kehidupan dunia ternyata banyak menyingkap tabir keluarga Aidil dari sisi yang sebenarnya!...Suka benar Engku Noor Zubaidah saat Echa menghubunginya...katanya doanya dimakbulkan Allah untuk membuka pintu hati Echa...ya tuhan sampai begitu sekali perihatinnya wanita ini pada kemelut hubungan Echa dan Aidil. Katanya dia jadi sayu setiap kali dihubungi Aidil...soalan yang terbit pasti hanya satu katanya..

"Echa ada telefon mak long?..takder?..."

Saat mendengar kata-kata Engku Noor Zubaidah itu, perasaan Echa jadi makin sayu...makin sedih...kejam sangatkah Echa hingga membuat diri Aidil penasaran begitu?...tapi, tapi Echa buntu saat itu Aidil...Echa terhimpit dengan asakan bondamu!...Echa ditekan oleh bakal tunangmu!...demi tuhan, Echa bukan sengaja Aidil!...kerana kasihkan Aidil lah Echa mengambil keputusan itu...semuanya demi Aidil!...

Debaran di dada Echa makin kencang saat kaki melangkah masuk ke lobi Hotel nan mewah di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur ini. Mata-mata pengunjung yang berpaling saat berpapasan dengannya hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman kecil. Semakin kaki menghampiri ruang restoran yang menjadi medan pertemuan petang itu nafas semakin sukar dihela...ya Allah tenangkanlah hati hambamu ni!...tenang Echa..tenang...

Echa disambut pelayan yang memberi salam selamat datang bersama sebuah senyuman manis..

" may i help you miss?...any reservation?"

"Engku Aidil Zafriel..."

"oo...Engku Aidil Zafriel is already here..please follow me miss..."

Dia dah sampai...dia dah sampai Echa!...ya Allah!...tenang Echa..cool ok...ok, ok...nafas dihela perlahan-lahan lalu dihembus keluar...

Ketika langkah kaki diatur perlahan-lahan mengikut jejak pelayan di depannya dari jauh Echa sudah nampak dia..ya Echa nampak dengan jelas pandangan Aidil!...dan Aidil dilihat merenung tepat pada Echa tanpa berkelip!...langkah Echa makin menghampiri meja yang diduduki dan pandangan Aidil masih dihala ke wajah Echa...

"have a sit miss..."

"thank you..."

Echa melemparkan senyuman manis membalas senyuman pelayan yang sudah beredar dari meja yang didudukinya. Mata dikalih ke wajah dihadapannya yang masih terus-terusan memandaangnya dari tadi. Debaran di dada Echa kian kencang...tenang Echa..tenang!..issy Aidil ni kan...tak pernah tengok Echa ker...orang tengah gabra ni tau tak!

"Aidil..."

"Echa..."

Spontan ketawa tercetus antara kedua-dua...saling memandang antara kedua-duanya. Saling tersenyum.

"Echa cakap dulu ok...lady's first.."

Echa tidak terus berbicara. Wajah dihadapannya itu dipandang dengan penuh rasa...diteliti semahu-mahunya.

"Aidil dah kurus...cengkung semacam aje muka Aidil ni Echa tengok..."

Echa lihat Aidil tersenyum kecil...

issy apa ni Echa, ada ker soklan tu yang kau tanya...

alaa...orang gabra la...gabra tau tak!

"Echa pula makin sihat Aidil tengok...ceria...happy jer kan...hmmm, so how's your work?..."

happy? ceria?...gembirakah Echa pada pandangan Aidil?...

Aidil, Aidil..kalaulah Aidil dapat melihat apa yang terlukis di dalam hati Echa ini...

"Aidil....Echa minta maaf..."

"Echa...echa..."

Dan saat itu tubir mata Echa mula menerbitkan titis-titis air...makin mula mengalir ke pipinya nan mulus...dan sepantas itu diseka oleh jemari Aidil...pipi nan mulus itu disentuh lembut...Aidil memandang wajah Echa. Wajah yang sangat dirindu!

"ssyyyy...janganlah nangis... kang orang ingat kita gaduh...takpun Aidil dera Echa pulak...it's ok sayang...Aidil tak salahkan Echa...sikitpun tidak...Echa tak salah sayang!...kita selesaikan bersama ok...but please janji dengan Aidil ye...jangan lari lagi lepas ni, ok sayang?...tak larat Aidil nak kejar Echa dah...penat Aidil naik turun burung besi tu...kebas punggung Aidil ni sayang..."

Aidil ni memang la nak kena belasah tau!...

Thursday, May 14, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 18

Bab 18

Abang long dulu pernah bukak rahsia...kategori rahsia ker tu?...ntah, tak kisahlah. Katanya ...dia jatuh hati..jatuh cinta dengan kak long pasal blueberry pie yang kak long buat dan beri pada abang long masa abang long terlibat buat renovation di pejabat kak long ...hahaha, ada ka pasal tu boleh jatuh hati..jatuh cinta...tak romantiknya abang long!...Echa siap ketawa tekan tekan perut masa tu...saja lagi buat ketawa tu lebih dramatik Echa guling-guling atas sofa...abang long siap bagi jelingan maut, jegil biji mata tapi Echa buat tak endah..teruskan jugak ketawa yang lebih kuat...akibatnya, Echa kena cubit...aduh sakitnya dah la jari-jari abang long tu saiz XL...apalah, lelaki macho pun cubit orang ker...cissh!

hmmm....tapi cakap abang long betul....blueberry pie buatan tangan halus kak long Humairah memangpun sedap...strawberry and peach pie diapun sedap giler..terangkat tau!. Jadi bila ada kelapangan Echa pasti menjadi pendera nombor satu kak long...tapi kak long rela didera!

"kak long...kak long cutikan hari ni....apa kata..."

Kak long Echa lihat sudah mengangkat wajah dari helaian majalah Anjung Seri yang sedari tadi ditatap penuh asyik...kak long memang suka menghias...peguam yang punya tangan penuh seni.

"hmmm...adik nak apa ni...cuba cakap..jangan senyum senyum koala ye...adik tu bukan kak long tak tahu...adalah tu kan..."

"kak long...adik teringin la nak makan blueberry pie kan long....kalau dapat buatkan sekali strawberry and peach pie lagi fantastik...yummy yummy...boleh ek kak long?"

Kak long sudah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum manis. Jemarinya yang lembut halus tu mencubit lembut pipi Echa.

"jom tolong kak long..."

"yesssss..."

Humairah memerhatikan dari ekor matanya wajah Echa yang seperti memikirkan sesuatu. Pie yang masih panas dan sudah siap dipotong masih ditenung dan dikuis-kuis dengan hujung jarinya nan runcing itu. Humairah mengambil sepotong lalu meletakkannya ke dalam piring kecil lalu menyorongnya ke arah Echa. Echa mengangkat muka lalu wajah keduanya bertemu. Echa mengukir senyum. Humairah membalasnya. Humairah mengosok belakang badan Echa. Perlahan-lahan...lembut dan tenteram dirasakan belaian itu pada Echa . Echa melentokkan kepalanya ke bahu Humairah.

"wanna talk about it?"

Echa masih diam tidak berkutik. Kepalanya masih berlabuh di bahu Humairah. Echa memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba diusir jauh-jauh perasaan itu dari hinggap di tebinh hatinya...mahu dilemparkan segala kenangan yang saban hari makin kerap mengejarnya...dia takut...dia tidak pasti masih kuatkah dirinya lagi untuk berhadapan dengan keadaan yang bakal mendatang...sungguh dia tidak pasti!

"kak long..."

"hmmm..."

"adik keliru...adik serba salah...adik takut...makin adik cuba jauh, dia makin dekat....makin adik lari, makin pantas dia mengejar...dia ada di mana-mana kak long....adik dah cuba kak long...adik dah tak tahu nak buat apa lagi...setiap lepas solat, adik minta pada-Nya agar jauhkan dia dari adik...jauhkan dia dari hati adik...tapi, ntahlah...makin kuat...makin kerap dia hadir...di hati...di mata...di seluruh ruang pandangan ni, dia ada kak long..."

Humairah mengelus lembut rambut coklat gelap Echa yang mengeluncur lembut jatuh dari bahunya. Dia membiarkan Echa tenang. Dia melibat tubir mata adik iparnya itu mula digenangi air.

"mak long dia mahu adik kembali pada dia...kembali semula pada Aidil seperti dulu. Kata mak long Aidil lagi teruk memendam rasa pilu, sedih dengan keputusan adik dulu...kesengsaraan Aidil tu disimpan seorang diri dan banyak menjejaskan kerjanya...berminggu juga dia macam orang hilang akal mencari adik...merata-rata...sampai ke kampung...puas dia merayu pada semua orang...tapi tak siapa yang buka mulut tentang di mana adik melarikan diri...akhirnya Puan Sri yang dah tak sanggup dan kesian lihat keadaan Aidil yang buka rahsia..tapi dia minta Aidil janji jangan pergi cari adik ke London...Puan Sri mintak Aidil beri adik masa tenangkan hati...beri ruang untuk adik bersendiri...adik sedih dengar cerita mak long dia...adik rasa adik dah tak berlaku adil pada dia kak long...kata mak long adik sepatutnya berbincang dengan Aidil dulu...adik sepatutnya dengar pendapat Aidil...dengar cerita dari mulut Aidil dulu...adik lari dan hilangkan diri aje macam tu buat Aidil sangat kecewa...kata mak long, Aidil kecewa sangat sebab adik macam tak hargai kasih sayang dia pada adik selama ni...adik macam tak kenal Aidil ni macammana....adik dah buat salah besar pada Aidil kak long...adik tak tahu sekarang ni apa adik patut buat...mak long dia cakap tentang janji adik pada mama Aidil tu biar dia yang uruskan...mak long dia nak bawa adik jumpa Aidil...adik...adik tak tahu kak long...adik tak bagi jawapan lagi kat mak long dia...adik takut...adik malu pada Aidil...adik tak mahu mak abah susah hati lagi kak long...abang long, abang ngah, abang lang, abang teh....lagi lagi abang chik...adik dah janji dengan diorang semua kak long..."

Wajah Echa sudah basah lencun dengan airmata...sedu sedannya masih bersisa di telinga Humairah. Humairah menyapu wajah yang penuh dengan airmata tu perlahan-lahan dengan tapak tangannya. Dia meraih tubuh kurus itu didalam dakapannya sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Echa. Echa membalas erat pelukannya...kasihannya adik!

Wednesday, May 13, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 17

bab 17

Kata abang chik memaafkan orang yang membuat kesalahan pada kita sangat mulia sifatnya...memaafkan orang yang menganiaya kita akan membuat kita lebih dekat dengan Pencipta...sifat pemaaf itu sangat dituntut dalam diri manusia...sifat yang membezakan diri kita dengan orang lain. Menjadi seorang yang pemaaf umpama sifat air terjun yang mengalir dari batuan...dingin dan amat mendamaikan sekali...hmmm, ntahlah...susahnya nak menelan mutiara kata abang chik masa tu...rasa macam...ada lak semudah tu...mana boleh!

Abang chik ketawa aje bila Echa jawap kata tak adil la...apa pulak macam tu...mana aci nak lepaskan orang semudah tu lepas dia buat salah...salah besar pulak tu pada kita...balas mesti balas!...kata abang chik orang yang paling kuat bukanlah orang yang gagah, kuat fizikalnya tapi orang yang paling sabar. Sabar yang dibaluti dengan akal yang waras juga iman yang kental. Bila ada 2 sifat ini, pasti dapat bangun semula apabila ditimpa pukulan takdir yang sangat hebat. Setiap musibah, setiap kejadian sedih yang menimpa memang ada hikmah yang disembunyikan disebalik peristiwa yang menimpa...cuma kita perlu bijak melihat dengan mata hati!...mata hati?...alahai abang chik ni...macamlah diri Echa ni ada aura X factor yang boleh melihat dengan mata hati bagai...issy!

Abang chik pesan sungguh-sungguh pada Echa malam tu supaya memaafkan sahaja apa yang telah Puan Sri lakukan...kata abang chik pada situasi dan kedudukan masa tu, Puan Sri mungkin terpaksa mengambil keputusan sedemikian demi "menyelamatkan" yang lain-lain...Puan Sri tersepit dengan keadaan masa itu...susah jugak bila dah termakan budi ni...diri terjerat dengan janji..terpasung dengan budi yang diberi...

Kata abang chik lagi takkan lah Echa tidak boleh melihat situasi Puan Sri masa tu..takkan Echa tidak dapat membuat penilaian, Echa kan bijak orangnya!...abang chik ni kan pandai aje buat Echa rasa serba salah tau...rasa tak sampai hati...abang chik ni memang la tau!

Dulu waktu Echa kena serangan ala ala gerilya oleh bonda Aidil bersama bakal tunangnya yang perasan lawa tu pada abang chik jugaklah Echa meratap...memang malu pada abang chik masa tu...dulu mati-mati kata diri brutal giler...ganas kunun!.Abang chik jugaklah turun padang hembus-hembus sikit kat kepala Echa ni bagi tenang..bagi lega...Echa cuma sedih dan pada masa yang sama marah sebab mereka berdua sentuh perihal arwah umi...keturunan umi...arwah umi tak salah apa-apa pun...kesian umi!...waktu memang Echa rasa macam nak tinju-tinju aja muka dia orang berdua tu...nak cili cili kan mulut dia orang yang tak bayar insuran tu...tapi sebab Echa fikir dan Echa masih ingat yang Tengku Arisyah tu bonda Aidil...dan sebab dia yang orang tua dari Echa ..Echa mengalah aje...Echa masih ingat pesan mak..pesan abah...jangan kurang ajar dengan orang tua!...

"tapi dia tu yang kurang ajar ngan Echa la abang chik...abang chik tau tak?"

"biarkan ...sabar...adik sabar ok.."

Dan abang chik siap bagi tarbiah pada Echa..walau apapun alasan jangan sesekali kurang ajar pada orang yang lebih tua dari kita...agama larang, adat kita pun menentang!...alahai bahagian ini yang buat Echa lemah...abang chik ni memang la, tau aje kelemahan Echa.

"ye abang chik, adik tahu..."

" yelah yelah abang chik, Echa maafkan mereka tu..maafkan Puan Sri...maafkan Tengku Arisyah...maafkan Tengku Layla gedik perasan lawa tu...kosong kosong!"

"macam tu la adik abang chik...sayang adik...muaahhh.."

"eeei, cissh...kena sawan kambing apa abang chik ni!.."

"adikkkkk...."

Dan ketawa Echa pecah serentak dengan jeritan abang chik di talian sebelah sana...

"abang chik..."

"hmmm..."

"thanks...adik sayang abang chik."

"abang chik pun sayang adik...sangat sangat sayangkan adik...ingat tu."

Bagai aliran air terjun yang nyaman dan dingin...begitulah perasan Echa saat itu....dan abang chik lah air terjun itu!

Bila Cinta Bicara - bab 16

Bab 16

Langkah Aidil laju diatur ke bilik yang berjarak 20 meter dari biliknya. Pintu yang tertera perkataan "GENERAL MANAGER - AHMAD FUAD" itu diketuk lalu tangannya memusing tombol pintu kayu jati berwarna perang gelap itu. Kepala di jengah ke dalam bilik lalu wajah di dalam bilik itu memandang pada Aidil sambil mengangkat kepala seolah bertanya sesuatu. Aidil membalas dengan senyuman.

"jom gi makan...aku lapar la.."

Fuad mengangkat dua ibu jarinya ke atas sambil tersenyum.

Kedua-dua mereka beriiringan keluar dari pejabat. Aidil membalas senyuman pada kakitangan yang berpapasan keluar bersamanya dari lif AAZ Tower. Langkah Aidil dan Fuad diatur seiring ke lif untuk tempat letak kereta pula. Aidil memasuki perut kereta Fuad sambil memasang tali pinggang. Kacamata hitam dikenakan sampai jemarinya mengusap kebelakang helaian rambut yang jatuh terjuntai menyentuh bingkai kacamatanya. Fuad turut sama mengenakan kacamata hitam dan sambil memegang stereng dia memandang pada Aidil...

"Opus..?"

" ok.."

"all right boss..."

Mereka berdua di bawa pelayan yang menyambut di depan restoran tadi ke meja yang terletak hujung sebelah kanan. Aidil dan Fuad serentak menarik kerusi lalu melabuhkan duduk. Menu yang bertukar tangan diteliti sambil matanya dibawa melihat sekitar restoran. Matanya terpaku pada meja yang berselang 3 meja dihadapan. Fuad dapat melihat dari ekor matanya perlakuan Aidil lalu turut memandang ke arah yang sama...

"wowww...3 red roses in the glass....peerrhhh, mesti romantik giler orang yang reserve that table...aku rasa mesti kes nak propose ni, hulala beb...ha kau apsal tenung-tenung meja tu lak Dil...terkenang kisah dulu ker?, hikhikhik...alahai kawan aku yang sorang ni...parah sungguh!"

Aidil sedikitpun tidak membalas kata-kata Fuad. Matanya masih melekat di meja itu...

"kalau 3 roses?"

"meaning I love you..."

"hmmm..."

"You love me?"...really?"

'ehh..perasan pulak dia...kita cuma kata makna 3 kuntum mawar tu laa..."

"iyelah tu....malu nak mengaku ye?...tak per i faham sayang..."

" eei, tolong sikit ye...demam ek?"

Aidil ketawa saat melihat mata Echa sudah menjeling tajam padanya. Comelnya dia.

"dulu cakap nak cerita kat i kisah disebalik nama Echa tu...so ceritalah..."

"ooowh...yang tu...sebenarnya kan awak..."

"boleh tak i minta sesuatu?"

" apa tu?"

"boleh tak jangan panggil saya dengan panggilan awak. Panggil Aidil ker, Dil ker sedap sikit kat telinga saya ni...yang paling baik panggil sayang or darling ker...perfect sangat bunyinya.."

" apa apa?...sayang? darling?....eeei geli geleman tau...tak kuasa!....saya panggil Aidil jer, bolehkan?"

"hmmm..."

"ok kita sambung cerita tadi. Awa...oops..sorry...Aidil kan tahu nama saya ni panjang..sepanjang alam...masa kat sekolah dulu kawan-kawan ada yang pandai sebut, ada gak yang tergeliat sebut. Ada sorang rakan sekelas saya tu dia ni budak cina, Mei Ching...dia ni pelat sikit..dia nak sebut Aishah, tapi selalu jadi Echa...jadi budak yang lain turut mengajuk cara dia menyebut nama saya...lama lama langsung lekat nama panggilan tu...Echa, Echa...tapi bila disebut lebih kerap macam sedap lak bunyinya kan...do you think so Aidil?

"Dil?...Dil?...Aidil?"

Aidil tersentak sambil mengaduh saat terasa tangannya sakit. Sambil menggosok-gosok tangannya dia memandang ke arah Fuad. Aidil melihat Fuad memegang sudu sambil memandang tepat pada wajahnya. Issy kut iye pun, jangan la ketuk kuat-kuat tangan orang..Fuad ni memang saja la.

"kau tu kalau dah senyum sorang sorang Dil, aku tau dah...takder la hal lain dalam kepala kau tu...si mata biru tu laa saja yang terbayang-bayang di mata kau tu...hmm, bilalah nak selesai masalah "rumahtangga" korang berdua ni tak tahu la aku...yang kau pulak, tak sudah sudah macam orang yang...tah...aku pun tahu nak discribe lah Dil...eh kakak kau; Engku Elis tak dapat tolong ker pujuk mama kau?...woman talk orang kata..."

Kak Elis...hmm, Kak Elis yang tidak mempunyai rekod cemerlang dengan mama..macammana la dapat duduk semeja, sekerusi untuk berbincang...berbincang?...jangan mimpi la Fuad. Masing-masing api...mana mungkin bayu laut dapat mencelah....menyiram dingin...tapi Aidil tahu kak Elis pernah mencuba "nasib" membantunya...cuma mama Aidil akui memang sukar orangnya untuk kak Elis...macam kata kak Elis lewat pertemuannya dengan mama atas permintaan Aidil dan atas dasar mahu membantu satu-satunya adik lelakinya ini...tapi mama...

"mama memang keras hati..keras sekeras kerasnya Dil...akak sampai hilang sabar dengan mama dah...apa yang dia pandang sangat dengan si Layla gedik tu tak tahu la...akak tengok perangai mengada-ngada dia, manja dia tu pun dah nak muntah tau...eeei, heran betul la dengan mama ni...siap akak ni yang dikata bodoh..buta..tak tahu menilai...ya tuhan Aidil...sakit hati la...sampai macam tu sekali obsesnya mama dengan anak saudara dia yang sorang tu...macamlah si Layla tu hebat sangat...please laa..."

Aidil menyuap perlahan-lahan spagetti yang sudah beberapa kali dipintal sejak tadi. Entah la, seleranya yang dari tadi membuak-buak tiba-tiba hilang. Fuad menyedut air di dalam gelas tinggi dihadapannya. Matanya masih memandang wajah didepannya itu.

" susah Fuad...kau pun tahu macammana relationship kak Elis ngan mama aku...panas bro..hangat!...and mama aku sendiri kau tau kan...she...ahhh i just can't find a word to discribe her...aku kadang-kadang tak faham sikap mama aku sendiri."

Fuad memandang wajah penuh kekeruhan di hadapannya itu. Dia mengerti gelodak yang menghimpit rakan baiknya itu. Walau dia sudi membantu tapi masalah ini bukan semudah yang dilihat...bila ia melibatkan Tengku Arisyah secara total, maka siapalah dirinya untuk bersuara...dia cuma pekerja sahaja. Tengku Arisyah yang dikenalinya sejak dulu memang akan sanggup berbuat apa sahaja..demi kepuasan dirinya!

"you have to be strong Dil...insyaallah pasti ada jalan..."

"thanks Fuad...aku pun harap macam tu...aku dah buntu...dah tak sanggup terus-terusan macam ni..."

" dia dah balik kan?....kau tak pergi jumpa dia ker?"...

Aidil hanya memandang wajah Fuad sekilas...tidak membalas pertanyaan sahabatnya itu...memang dia dah balik...dan memang dah berjumpapun dengannya...berjumpa?, mana pulak, terjumpa yang lebih sesuai...ingin rasanya tubuh tinggi lampai itu diraih dalam dakapannya..tapi mak long pulak yang dapat!..

Echa..rindunya Aidil pada Echa...rindu sungguh!!

Wednesday, May 6, 2009

Bila Cinta Bicara - bab 15

Bab 15

Tas tangan warna hitam bersegi empat bujur yang bersaiz sederhana itu diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan tubuh langsingnya yang kepenatan itu dibaring ke hamparan empuk di hadapan yang sedia menanti. Mata Echa dihalakan ke jam yang meliliti tangan kirinya...2.30pagi....ahhh, letihnya bukan kepalang...matanya dipejam seketika sambil tangan kanan diletakkan di atas dahi. Pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur sebentar tadi cukup memenatkan sekali. Mungkin disebabkan telah lama tidak berlenggang di pentas dengan sepatu tumit tinggi, kemudian dipaksa berlari-lari ke sana ke mari dibelakang pentas mengejar masa untuk menukar pakaian..mengejar jurusolek…mengejar itu ini...bagai terasa sungguh tenaganya dikerah sepenuhnya malam tadi.

Kemunculan dirinya setelah hampir 3 bulan "berehat"…iye ker Echa berehat?, atau perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi dirinya mungkin “hilang sekejap”?..entahlah. Namun situasi itu cukup membuatkan dirinya menjadi buruan lensa lensa kamera yang tidak melepaskan peluang merakam aksinya di pentas peragaan tadi. Tidak cukup dengan itu dirinya terus diburu beberapa wartawan dari majalah fesyen dan hiburan tanahair lewat tamat pertunjukkan. Nasib baik juga Joe ada untuk membantunya berhadapan dengan mereka-mereka itu. Agak terkejut juga Echa bila diserbu sebegitu. Mereka bagai enggan melepaskan dirinya jika pertanyaan mereka tidak dijawap….mereka mahu Echa memberikan penjelasan pada setiap persoalan yang diajukan. Echa akur…dia tahu siapa dirinya. Justeru itu dia cuba memberi kerjasama...memberi layanan sebaik mungkin. Kalangan yang tiada perasaan dan tanpa rasa simpati akan terus-terusan menyerangnya dengan soalan-soalan yang bagai mencekik batang lehernya...aduhai, sukarnya berhadapan dengan insan-insan begini. Bertambah sukar menyusun ayat agar tidak menyinggung atau paling penting tidak menimbulkan isu yang boleh disensasikan...ahh tidak sanggup lagi Echa melihat air mata mak mengalir..cukuplah sekali itu..cukuplah!...kasihannya mak…

Matanya yang masih rapat terpejam cuba untuk mencari mimpi namun minda seakan enggan membenarkan dirinya beradu. Dalam pejam, fikirannya masih menerawang...berlegar-legar....berpusing-pusing. Badan cuba dikalih ke kiri dan kanan dengan harapan titik untuk beradu dapat ditemu, namun masih gagal...Ahhh, bencinya!. Echa buka mata perlahan-lahan sambil merenung ke atas...bagaikan layar putih yang terhampar, matanya dipertontonkan dengan sesi ulang tayang peristiwa di majlis pertunjukkan fesyen yang dihadirinya tadi...

Kemunculannya malam tadi disambut dengan tangan terbuka dan menerima kucupan selamat datang daripada kebanyakan rakan sepejuangan. Semuanya mengalu-alukan kemunculannya semula di pentas peragaan...ramai juga kalangan pereka yang mengucapkan selamat kembali padanya juga. Ada yang siap mahu meminta Echa datang ke butik mereka kerana mahu meminta khidmatnya memperkenalkan fesyen terbaru mereka. Ada kalangan wartawan fesyen yang mengetahui penglibatan Echa pada pertunjukan ini awal-awal sudah datang kebelakang pentas berbisik-bisik di telinganya untuk "berjumpa" selepas pertunjukan. Echa siang-siang sudah diwarning mereka untuk tidak menghilangkan diri...hmmm, susah jugak kalau sudah dikenali...ruang untuk diri sendiri semakin sempit...semakin dihimpit!. Saat Echa muncul di pentas...berjalan...melenggang dengan tangan diayun gemalai bersama dengan senyuman semanis..kerdipan lensa lensa kamera tanpa henti memenuhi ruang pentas...tepukan gemuruh diraih dari hadirin saat di tiba di hujung pentas sebelum berpusing untuk masuk ke belakang pentas...hmm, puas...gembira...lega!

Awalnya dia memang berat untuk menerima tugasan ini. Saat dihubungi Joe 2 minggu lalu, dia langsung tidak memberikan sebarang jawapan. Sebenarnya selepas pertemuan dulu dengan ketuanya itu dan selepas mendengar luahan pengakuannya Echa jadi sungguh tawar hati untuk kembali ke situ...kembali bekerja semula dengan beliau. Echa jadi sungguh tak sangka dengan apa yang dilafazkan Puan Sri padanya hari itu...ya Allah!...lemah segala anggota...bagai tidak percaya dengan bilah bicara ketuanya itu...sampainya hati Puan Sri!...Echa jadi sangat marah...sangat kecewa...sangat sedih...semuanya bercampur menekan..menusuk di dalam dadanya!...berhari-hari dia membisu. Enggan berbicara dengan wanita yang suatu masa dulu begitu dikagumi...sangat dihormati. Echa langsung tidak memberitahu abang long, kak long tentang perkara ini...Echa juga merahsiakannya dari pengetahuan abang ngah dan abang lang...Echa tau abang ngah dan abang lang memang "brutal", nanti tak pasal-pasal Nina's kena serangan 2 pendekar dari Tanjung Bidara pulak...naya!... Echa tidak mahu lagi merungsingkan mereka...cukup cukuplah Echa menyusahkan mereka dulu. Tapi..tidak pada abang chik. Echa bagai tidak boleh sembunyi apa-apa dari abang chik. Abang chik bagai punya pari-pari yang menjaga Echa di sini. Setiap gerak laku Echa...setiap gerak hati Echa abang chik pasti akan dapat dihidu abang chik. Lalu segalanya diluahkan pada abang chik...segala rasa sedih, pilu, geram, marah dihamburkan pada abang chik...dan abang chik seperti biasa akan jadi pendengar yang cukup baik pada setiap keluh kesah Echa...ahhh abang chik...dan kerana nasihat yang luhur dari abang chik lah Echa kembali ke Nina's...Echa masih ingat tiap patah kata-kata abang chik padanya.

Petang selepas berjumpa Puan Sri hari itu, Echa balik dan terus berkurung dalm bilik. Nasib baiklah malam tu abang long dan kak long ada dinner kat luar, abang ngah dan abang lang pulak outstation...kira Echa selamat dari disoalsiasat. Echa cuba untuk tidak mahu beritahu sesiapa...tapi abang chik macam tau-tau jer Echa tengah sedih giler!...bila abang chik telefon aje dan tanya khabar..apalagi Echa pun terus hujan!!...aaarggghhh malunyer masa tu...malu sebab dulu-dulu dengan bangga kata diri brutal, tak lut semua kunun, tak main la nangis-nangis..jiwa mesti waja...tapi hampeh!!..dan dalam tangis air mata, air hidung pun kluar sama Echa cerita semua pada abang chik...siap dengan sedu sedan pulak tu..dramatiknyer Echa masa tu...abang chik biarkan Echa menangis sehabis-habisnya malam tu...lama la jugak abang chik melayan Echa hukkhukkk, hekkhekk, waaaarrrghhhh....

Abang chik siap bagi tazkirah malam tu pada Echa...Echa jadi terdiam bila dengar abang chik berbicara macam tu...sungguh la abang chik ni kadang kala tidak terjangka apa yang bakal keluar dari rongga mulutnya bila datang aura luar alam dia tu...Echa memang jadi terkedu dengan kata-kata abang chik malam itu. Tiap patah kata-kata abang chik cukup memberi kesan pada Echa. Perasan yang sangat mendamaikan...sedingin air hujan di malam hari. Echa tahu kini kenapa abang chik cukup menarik di mata Pot....dalam dirinya yang serba sederhana itu, dia sebenarnya cukup istimewa di mata seorang perempuan!!

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...