Friday, June 29, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 13


Bab 13

Bunyi deringan telefon yang disetkan sebagai nada dering berdesing ditelinga. Tangan yang sedang mengadun campuran tepung beras dan gandum bersama air serta santan terhenti. Mata jatuh pada telefon zaman Jepun di tengah meja. Itu yang selalu digelar oleh adik-adiknya tentang telefon tangannya yang satu itu. Tak kisahlah zaman Jepun ker, zaman batu ker janji masih boleh guna. Asal boleh dail dan hantar pesanan ringkas itu sudah memadai. Dia pun perlu sedar dia tak mampu nak beli yang lebih-lebih. Tangan kiri pantas mencapai telefon sambil kepala mendongak memandang jam bulat besar gajah yang melekat di dinding dapur. 7.45 malam. Dia yakin tu pastinya si sirap bandung yang memanggil. Kan abah pun cakap lepas maghrib. Dan dia juga pesan yang sama sebijik macam yang abah pesan pada mamat tuh. Namun dahi terus berkerut sebaik sahaja mata singgah di skrin empat segi  yang terhampar di tapak tangan. Oit, nombor maner pulak yang dail nombor aku time-time nih! Ada rasa cuak. Nak jawab ker tidak nih? Aah, angkat jelah. Kalau dia banyak cakap karang free jer kena maki dengan permaisuri Tun Teja nih.

"hello??" Suara sedikit kuat dilontar.

"hai Teja...i'm already here. Downstair."

Suara yang terdesir lembut di telinga buat jantungnya terkejut katak. Man?? Ayat tadi terulang dikepala. I'm already here. Downstair. Bukan ker tu kalau diterjemah maknanya dia dah ada kat bawah. Sirap bandung dah ada kat bawah. Haa? Dia dah sampai!!!  Mata Teja ternganga tidak berkelip seketika. Macam tak sangka pulak si sirap bandung tu sungguh akan jejak ke teratak buruk dia malam nih. Eh, jap-jap...tapi ni macam bukan nombor yang selalu dia guna jer. Ada nombor lain hapa biskut lemak berkrim sorang nih. Apsal tak guna nombor yang biasa tu. Haa..ni tak lain, Sah-sah takut terkantoi dengan awek sebab dia malam ni berada di rumah seorang awek lain yang sangat cun. Tu yang kena pasang nombor sparepart. Bersiap-sedia sebelum kena M16. Betul kan teori aku. Ciss, romeo rupanya dia! Tak ku sangka sungguh...

+Teja, kau kenapa suka prasangka tak tentu hala nih? 
- Huh? prasangka apa pulak...kan aku sebut tadi teori. Weng la kau nih tau!
+ Eleh..cover kunun.
- jangan nak provok ek...debik karang! 
+ Kalaupun betul dia memang ada awek apa barang kau nak jeles. Tu hak dia hapa.
- Manader! apa barang aku nak jeles dengan si sirap bandung nih...tak kuasa hokay!
+Sudahlah..baik ngaku jer kau memang jeles...J-E-L-E-S! 
- diam ah, sumbat dengan tepung ni karang!

"Teja?"

"Teja??" Lontaran vokal yang sedikit kuat itu membuatkan dia kembali ke alam nyata. Tapak tangan diketuk atas kepala. Sempat lagi kau berkhayal lagi time-time ni ek Teja, Huh!

"err, iye...jap jap awak ..aaa..saya suruh adik saya turun sekarang bawak awak naik kat atas nih. Ha..awak kat mana tuh?"

"dekat tempat yang ada banyak motor."

Haa? Tempat yang ada banyak motor?. Kepala ligat berputar. Belakang kura tapak tangan kanan yang masih bersalut campuran tepung dan santan digosok ke pelipis. . Lampu dalam kepala menyala. Laa! Tapak tangan spontan mengetuk kepala. Kat parking motor laa. Lembab betul la kau Teja! Kan kau jugak yang suruh dia tunggu kat parking kan. Tu la, makan lagi banyak otak udang kering...

"Teja?"

"haa..jap jap adik saya turun. Awak tunggu situ."  Tangan yang bersalut tepung dibawa ke singki. Kepala paip diputar. Yang dia pergi tunggu kat situ apa kes. Aku cakap parking tu parking kete laa. Nanti aku suruh la abang chik bawak dia parkingkan kapcai dia sebelah Kriss aku. Tapi kalau dah dia tercangak kat parking motor tu mesti dia dah siap-siap parking kat situ. Issy...sah-sah budak-budak yang melepak kat bawak cuak semacam tengok muka dia yang macam alien ala ala sesat masuk planet pastu selamba katak parking motor kat situ tak bagi salam. Issy, karang kena soal-siasat gerak khas pulak pakcik sekor tu. Budak-budak samseng hingusan kat bawah tu bukan boleh pakai kepala diorang. Ngalahkan flat ni mak bapak dia yang beli. Tuala Good Morning yang tersidai di rak pinggan ditarik. Pantas dilap tangan yang sudah dibersihkan. Kaki laju mengarah ke ruang tamu yang sedang bertingkah suara-suara halus yang pelbagai rentak dan irama mengalun kalimah suci. Bergema. Kepala menjengok. Abah dilihat tekun di atas kerusi rotan dengan si Fairus debab disebelah yang berkerut muka. Sah tak dapat la tu! Mata menangkap susuk tubuh Taufik yang sedang kusyuk mengaji dengan tubuh bergerak perlahan ke depan dan belakang. Langkah dihala ke arah Taufik. Bahu adiknya itu dicuit. Taufik tegak kepala. Tapak tangan kiri digapai perlahan. Isyarat. Taufik tutup wajah al-quran yang terbuka di atas rehal kayu usang. Teja hala langkah ke arah dapur. Taufik mengekori dari belakang.

"ada apa kak Ja?" Taufik sandar tubuh dibucu meja makan. Ikatan kain pelikat diperbetulkan. Mata sempat memandang pada deretan loyang yang tersusun kemas di atas meja. Dulang berisi karipap tiga segi yang sudah siap dikelim dijeling. Sedap jer nampak karipap ni. Mintak kak Ja goreng barang seketul dua ok gak ni. 

"kawan kak Ja yang kak Ja cite kat abang chik tu dah sampai kat bawah."

"kawan kak Ja yang kak Ja cakap tu dah sampai kat bawah?"  Mata Taufik bulat. Teruja sangat sebab akan dapat kawan baharu. Itu katanya semalam. Teja angguk kepala. Semalam dia sudah awal-awal beritahu adiknya ini tentang kedatangan si sirap bandung yang mahu belajar mengaji dengan abah. Bila ditanya lanjut, Teja kata abang chik kena panggil kawan Teja tu abang sebab dia lebih tua dari abang chik. Bukan main seronok lagi adiknya ini. Katanya dapat jugak kawan baharu yang  dia boleh panggil abang.

"dia ada kat tempat parking motor. Abang chik gi turun bawah cepat. Karang dia tercangak-cangak pulak kat bawah sana. Kat situ dah lama ramai polis tak bergaji. Habis nanti dia kena tanya macam-macam lak. Bawak dia naik atas cepat." Taufik sengih sambil letak tapak tangan yang disenget di tepi pelipis. " Yes, Madam! Dengan segera saya akan bergegas ke sana untuk misi menyelamat." Langkah Taufik yang berkain pelikat dengan t-shirt putih bersama songkok usang di kepala sudah laju menuju ke muka pintu. Teja geleng kepala. 

Telefon zaman Jepunnya itu menjerit lagi. Tangan pantas mencapai. Oit? Apa lagi nih..Takkan abang chik tak sampai lagi kut. Ker si budak bertuah tu menyinggah ke mana-mana. Abang chik tu memang kaki ambil kesempatan. Teja hala langkah ke pintu utama. Telefon dilekat ke telinga.

"aw..." Dan belum sempat ayatnya selesai dilontar, terdengar suara adiknya membalas. "kak Ja..abang chik nak tanya nih." Teja tarik pemegang pintu. Suara perlahan abah yang memanggil buat kepala berpaling. Bila ditanya oleh abah apa halnya yang Teja macam kalut semacam aje lagaknya, Teja sengih sambil kata kawannya yang nak belajar mengaji itu sudah sampai dan Taufik sudah dihantar menjemput sebab Teja takut nanti kalau disuruh naik sendiri nanti sesat pulak. Maklumkan flat mereka tinggal ni kan  melompat-lompat nombor pintu rumahnya. Abah angguk kepala. Kembali mengadap si Fairus debab yang asyik menggaru kepala sambil pandang muqaddam di depan. Memang sah-sah dah lupa la tu.  Teja kembali melekatkan telefon ke telinga bila telinga mendengar suara Taufik yang bertalu-talu memanggil namanya. Issy, budak nih..kut ye pun sabar la kejap.

"Haa kak Ja dengar laa. Kak Ja cakap ngan abah jap tadi. Haa, nak tanya apa pulak ni abang chik. Dah jumpa kan..."

"dah..tapi kak Ja.."

"takder tapi tapi...cepat bawak abang tu naik kat atas."

"kak Ja..ini penting aar. Kak Ja kena jawab. Abang chik tak mau salah orang laa."

Teja geleng kepala. Salahnya apa abang chik ooi. Sirap bandung tu mana ada dua tiga..satu jer kat dunia nih.

"yelah yelah..haa, nak tanya apa.."

"abang yang kawan Kak Ja tu pakai kain pelekat, baju melayu warna biru ngan kopiah putih kan kak Ja. Betul ke abang ni kawan kak Ja."

Biar betul!! Dia sungguh ikut macam yang aku cakap kan tu ker..ya rabbi! Teja rasa macam nak lambakkan ketawanya saat ini jugak. Siap dengan tergolek-golek sambil angkat kaki ke atas. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu menurut sahaja apa yang dia beritahu kelmarin. Sengihannya makin lebar. Awan ketawa yang sudah kembang cuba ditahan. Tapi bila tengok abah yang tengah membetulkan bacaan surah al-kafirun si Zaman anak makcik Zakiah blok sebelah toleh dan pandang semacam Teja cepat-cepat buat muka suci. Kepala digeleng pada abah. No hal bah. Dun worry. Ja tengah nak bayangkan si Man jer bah dengan "persalinan" yang abang chik cakapkan ni. Hahahaha...sah-sah biskut lemak berkrim tu dah macam spesies tok siak masjid. Siap kopiah tu, adeh. Tapi ni tok siak muda yang kebaboom la. Kalau dia jadi tok siak, konpem berderet anak dara, makcik dara ngan mak dara sembahyang jemaah kat surau. Teja tekan perut. Menahan ketawa dari terhambur keluar.

"abang tu nama siapa kak Ja...jap jap abang chik tanya dia dulu." Dan telinga dapat menangkap jelas pertanyaan Taufik pada "abang tu" yang dia cakap tadi.

"Man kan kak Ja nama abang tu."

"ha'ah. Dah bawak dia naik atas cepat abang chik."

"Kak Ja..."

"apanyer..."

"abang Man bawak Kawasaki Ninja Hitam..cun giler kak Ja. Mana boleh parking kat sini. Karang tak tinggal kesan."

Kawasaki Ninja??? Teja tepuk dahi. Yang dia pergi bawak gergasi tu buat hapa. Orang kata bawak kapcai jer. Eei sirap bandung nih. Teja garu kepala. Kaki melangkah hulu hilir di depan pintu sebelum laju masuk ke ruang dapur. Bila abah angkat kepala bertanya. Teja goyang tangan sambil sengih. Takde apa, Bah. Mangkuk tu yang buat hal gi bawak motor gedabak dia. Orang dah pesan dah kan. Memang nak kena dia ni karang. Tapi, mana pulak nak suruh dia parking bendalah tuh. 

"Kak Ja...macammana nih. Cepatlah fikir."

"jap jap Kak Ja tengah cari port ler nih..."

"kak Ja cepatlah. Karang lambat habis ngaji lak. Orang nak gi beli burger aar. Nanti gerai abang Joe tutup pulak."

Burger?? Abang Joe??? Mata Teja buntang sekejap. Abang Joe labu labi!Yes! Apasal boleh tak terfikir gerai hero malaya versi Jepun tuh. Lembab aar kau Teja. Abang Joe labu labi adalah gelaran untuk jiran mereka yang tinggal di tingkat satu berniaga burger di simpang masuk ke blok mereka ini. Teja panggil dia hero malaya versi Jepun sebab muka dia memang iras Jepun. Tapi taklah seiras Takuya Kimura. Kalau seiras, sah-sah Teja dah ngorat abang Joe ni dari dulu lagi...hahaha. Bapa kepada sepasang cahaya mata itu sudah berniaga burger sejak sepuluh tahun dahulu. Dari belum kahwin sampai daha beranak dua. Abang Joe cuma berniaga burger pada malam hari saje. Siang harinya abang Joe bekerja sebagai kerani akuan di sebuah syarikat kewangan di Jalan Sultan Ismail.

"ok... abang chik suruh abang Man park Kawasaki Ninja dia kat gerai burger abang Joe labu labi. Kak Ja roger abang Joe sekarang. Cepat balik lepas tu. Jangan nak menyimpang ke tempat lain pulak. Kak Ja belasah abang chik karang." Terdengar suara adiknya itu mengomel dengan bahasa yang dia kurang jelas. Melawan la tu!

Teja yang berdiri di tepi pintu kemam bibir. Kuat. Menahan ketawa. Mata dikelip-kelipkan memandang lelaki yang berdiri di muka pintu. Senyum yang tersuring di bibir itu membuatkan semua yang memandang di ruang tamu tidak berkelip mata. Terpegun sungguh diaorang ni dengan sirap bandung ni gamaknya. Tak pernah tengok tok siak handsome kut. Yelah, tok siak selalunya kan stok-stok yang dah nak andropause jer. Teja ketawa dalam hati. Mata Teja menyusuri kedalam ruang tamu. Suasana di ruang tamu yang tadinya hingar-bingar dengan suara halus yang tenggelam timbul dan turun naik dengan pelbagai lenggok mengalun irama ayat-ayat suci al-quran terus terhenti. Senyap. Sepi. Berpasang-pasang mata sedang memandang tegun dan penuh hairan pada sesusuk tubuh tegap yang sedang berdiri didepan pintu masuk. Susuk tubuh yang lengkap berbaju melayu biru langit bersama kain pelikat biru gelap berjalur hitam dan kopiah putih ini sungguh membuatkan kesemua yang berada di ruang tamu rumah ini terjeda. 

Deheman kuat pakcik Ismail yang secara tibat-tiba menyapa buat semua yang terpegun, terjeda dan ternganga tadi terus terpisat-pisat macam orang baru sedar dari mimpi gamaknya. Muka budak-budak ni sekor-sekor buat Teja macam nak ketawa tak cukup mulut. Ada yang selamba tersengih-sengih. Ada yang malu saling memandang sesama sendiri lalu terus ketawa sambil tutup mulut. 

Thaqif hulur salam. Senyum di bibir masih terlekat. Salam disambut semua. Bergema. Teja geleng kepala sambil tersenyum. Salam dijawab dalam hati.

Pakcik Ismail senyum. "masuklah. Rumah pakcik macam ni lah. Buruk je." Thaqif toleh memandang Teja disebelah kanan. Teja angguk. Senyum. "masuklah awak." Taufik disebelah kirinya tersengih. Dibalas dengan senyuman sambil mengusap kepala adik lelaki Teja itu.

Thaqif tanggalkan selipar getah yang dia beli dari kedai runcit dibawah tadi sebaik sahaja sampai. Kasut yang dia pakai sudah selamat ditinggalkan bersama motor yang diparkir di gerai burger abang Joe labu labi seperti yang diarahkan Teja tadi. Tubuh pakcik Ismail didekati. Dia pasti lelaki separuh abad yang sedang duduk si atas kerusi rotan usang ini adalah abah Teja. Tangan dihulur. Disambut oleh lelaki ini. Dia diarahkan duduk disebelah lelaki itu. Teja dilihat sudah melangkah masuk ke dalam ruang tamu lalu melabuhkan duduk dilantai yang beralut tikar getah berwarna coklat tua yang sudah jelas berusia. Adik lelaki Teja yang bernama Taufik yang menjemputnya tadi juga sudah mengambil tempat di sudut hujung ruang tamu. Pakcik Ismail dilihat menyuruh semua kanak-kanak yang sedang mengaji itu berhenti dan memberitahu kelas ditamatkan awal sedikit malam ini kerana pakcik Ismail ada tetamu. Semua diminta membaca doa dengan Taufik mengetuai bacaan.

Pakcik Ismail yang tenang duduk di kerusi rotan usang menyambut huluran tangan kanak-kanak yang sudah berbaris di hadapan. Seorang demi seorang. Menyalam dan mengucup tangan pakcik Ismail. Thaqif juga turut diperlakukan sedemikian. Saling bertukar senyum. Ada yang malu-malu menghulur salam dan mengucup tangannya. Satu perasaan yang sangat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Mata menyorot tiap wajah polos dan damai yang satu-satu sudah meninggalkan ruang tamu menuju ke pintu. Riuh-rendah dengan masing-masing berebut-rebut mengambil selipar masing-masing yang diletakkan diluar kawasan kaki lima rumah ini. 

"Nak mengaji ni kita kenal huruf dahulu. Lepas tu kenal perkataan. Sudah kenal dua-dua tu barulah kenal ayat. Mengaji ini pun ada peraturan dan hukum-hukumnya yang kita ikut dan patuh. Tak boleh main baca aje. Salah dah memang tentu kalau buat macam tu. Yang lebih kita bimbang, dosa sebab baca tak ikut hukumnya." Pakcik Ismail memulakan bicara. Thaqif tekun mendengar. Tadinya sudah dia perkenalkan diri. Serba sedikit pertanyaan pakcik Ismail dia jawab. Nasib baiklah lelaki ini tidak bertanya banyak tentang keluarga. Bimbang juga Thaqif jika rahsia yang dia simpan erat akan terbongkar. Belum masanya lagi semua itu didedahkan. Kata pakcik Ismail memang Teja dah beritahu serba sedikit tentang dirinya awal-awal lagi. Kata-kata pakcik Ismail itu buat dia rasa lega yang amat. Bimbang juga kalau terus disoal yang macam-macam. Dia takut kalau terlepas cakap sahaja. Habis!

Teja masuk ke ruang tamu menatang dulang. Thaqif senyum. Teja senyum segaris. Kedua-dua adik Teja tadinya dia lihat sudah meloloskan diri masuk ke dalam bilik di sebelah ruang tamu. Thaqif pasti mereka sudah diajar adab sedemikian.  Mata jatuh pada gerak lincah dan cermat Teja menuang air kopi dari teko kaca bercorak bunga ke dalam dua biji cawan yang siap dialas piring kecil. Sebuah piring sederhana besar yang terisi beberapa biji karipap berbentuk tiga segi yang kelihatan baru digoreng juga terhidang sama.

"pakcik nak tanya Man ni. ."

Thaqif angguk. "saya, pakcik."

"Man mengaji sampai mana dah?"

Soalan yang dia sudah jangka. Nafas dihela perlahan. Dia harus kuat jika mahu meneruskan niatnya ini. Niat yang dia simpan sejak mendengar cerita Teja tentang perihal kelas mengaji yang dijalankan di rumah ini saban malam.

"pakcik..."

Pakcik Ismail angguk kepala. Senyum.

"saya harap pakcik boleh ajar saya dari mula."

Tangan Teja yang hampir selesai menuang air ke dalam cawan terhenti. Mata spontan memandang ke arah wajah di hadapan. Ajar dari mula? Wajah dan mata mereka saling berpandangan seketika. Teja cuba mencari jawapan dari kata-kata Thaqif itu. Dahi dikerutkan. Takkan si sirap bandung ni tak pernah mengaji kut? Biar betul!!

"maksud Man..kenal huruf dari asas...alif ba ta? Begitu?"

Thaqif angguk perlahan. Kepala ditundukkan sedikit. Dia malu mengakui akan kekurangan diri yang satu itu. Dia pasti dan sangat pasti Teja terkejut. Reaksi wajah gadis ini tadi sudah membuktikannya.

"saya malu pakcik. Tapi saya lagi malu pada "Dia". Saya..." Ditelan air liur yang terasa pahit di hujung kerongkong. Teja tegun memandang dan menanti Man meneruskan bicara. " saya tak pernah mengaji sebelum ini. Saya tak pernah ambil berat tentang perkara ini. Saya harap pakcik sudi dan boleh bantu saya. Saya harap sangat, pakcik."

Teja terduduk di lantai yang berbalut tikar getah usang. Mata sempat memandang ke arah Man yang tertunduk di sebelah abah. Teja lihat abah mengusap perlahan bahu Man. Sukarnya dia mahu percaya apa yang baru didengar sebentar tadi. 

Sirap bandung ni tak pernah mengaji rupanya...kesiannya awak, Man.

Tuesday, June 26, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 12


Bab 12


Jane Jenab ni memang sungguh nak kena rebus dengan aku tau!


"Berkawan dengan kawan tu lain la, Jane. Ngok berganda-ganda laa kau nih tau tak!  Kau ni pas ke tidak ujian tatabahasa kau masa sekolah dulu haa. Aku dengan dia kawan jer lah. Yang kau pergi memandai skodeng biskut lemak berkrim tuh kat sana pastu kau pi cakap pulak kat uncle Taslim aku "berkawan" dengan si sirap bandung tu kenapa. Tengok, diorang semua dah salah faham kat kita orang. Dah tu diaorang semua pakat gelakkan aku. Kau memang aar, Jane. Memalukan aku jer kat biskut-biskut lemak lemau semua tuh. Kalau tak kenangkan kau ni kawan baik aku, memang aku cili-cilikan mulut kau yang tak reti nak tutup tuh. Pastu aku lanyak kau sampai lembik loyak. Kemudian aku patah-patahkan kaki kau yang gatal gi sana buat keje menskodeng. Memandai jer!"


Jane tayang sengih tak berdosa. Teja jeling sambil mendengus kecil. Eei, sakitnya hati aku tau tengok dia tersengih tak bersalah ni. Kalau aku ada magik memang sah aku sumpah Jane ni jadi biskut balak. Pastu aku cecah dia dalam air kopi kaw kaw panas. Baru padan muka dia!


"eh, bukan sama ker, TJ? Alah...kalau tak sama pun, sipi jer. Maknanya tak lari. Kawan kemudian berkawan...macam kau dengan aku la. Dulu aku kawan kau, sekarang aku berkawan dengan kau. Haa..kan sama tuh."


Banyak la kau punya sama. Huh! Nak jer aku selungkup kepala dia ni dengan baldi tau!


"aku dengan kau mana sama aku dengan dia, ngok. Apasal yang kau lembab yang amat ni, Jane. Selalu otak kau tu ligat jer berfikir. Yang tetiba sangkut apsal."


Jane sengih lagi. "sori aar, TJ. Kau bukan tak tau aku ni kan pesen memang cepat teruja.Tu pasal aar aku pi terus cari si sirap bandung yang kau cakap tuh. Aku nak sangat tengok rupa dia. Aku bukan tak tau taste kau tuh. Bukan senang nak time mana-mana biskut lemak jadi kawan kau kalau kau tak berkenan. Sah sah si sirap bandung ni masuk kategori manis kalah madu, rangup ala ala keropok lekor cap masjid dan lemak berkrim giler. Betul tak apa aku cakap nih, TJ? Kau jangan marah aar, beb. Apa kata kau kenalkan aku pada dia. Boleh aku tengok depan mata sirap bandung misteri kau tu. Boleh ek, TJ..."


Jane jual sengih tak malu lagi. Eei, dia nih!


"kau ni sabar aar. Nanti nanti kau jumpa la jugak dia. Dah despatch, keje tak tentu masa ler. Kau ingat ini opis abah dia ker sesuker jiwa nak balik keje bebila masa. Cuba laa jadi perempuan yang reti bersabar sikitJane. Kalau aku ni lelaki, konpem aku reject awek spesies macam kau nih. Gelojoh!"


"ah, tak kira. Gelojoh pun gelojoh laa. Aku tak kisah. Kalau kau tak nak kenalkan, aku skodeng dia sampai jumpa. Aku tahu kau suka dia kan...hehehe." Jane angkat kening. Senyum meleret.


Kata-kata temannya itu sebentar tadi terngiang-ngiang lagi di cuping. Teja gigit bibir bawah. Nafas turun naik. Kuat. Eei, rasa macam nak renyuk-renyukkan aje muka comel si Jane kalau minah tu masih bertengek depan mata sekarang lagi. Eei eei, geram betul laa aku tau! Buat malu kompeni jer minah tu. Ada ke patut dia pergi selamba katak pisang masuk despatch centre dan tanya uncle Taslim mana budak baru nama Man. Siap si Jane pergi war-warkan yang Man tu sedang "berkawan" dengan TJ.  Dia nak berkenalan la dengan Man tu. Nak tengok rupa dia. Lemak berkrim dan rangup ke sampai Teja boleh berkenan. Jane kata bila dia cakap macam tu pakat gelak tergolek semua budak-budak despatch yang masih belum keluar.  Tekan-tekan perut lagi. Nak berak hapa! Siap tumbuk-tumbuk meja lagi. Teja yang dengar sakit hati betul. Bibir digigit kuat. Apsal yang korang gelak sampai tak cukup gigi tu? Sah dengki sebab aku tak pilih korang yang muka tahap lemau setahun tuh kan. Kangkong lombong punya biskut lemak lemau!

Huhhh!Teja mendengus kuat. Ada rasa yang masih bertakung dalam dada. Geram. Sungguh dia tidak puas hati kena gelak macam tuh. Kalau dia ada kat situ tadi sah sah mulut-mulut yang gelak tu kena siat-siat. Tak pun dia ganyang lumat-lumat. Biar sampai tak boleh bukak lagi. Baru padan muka. Suka-suka jer gelakkan orang siap dengan aksi akrobatic lagi. Siot betul laa! Ni semua Jane punya pasal tau. Buat malu muka aku yang cun ni jer. Nasib baik la uncle Taslim kata Man dah keluar. Balik lewat petang nanti sebab ada banyak surat nak kena hantar untuk zon yang dia cover. Fuh, selamat. Tidak lagi naya.  Sah sah si Jane tak makan saman tu pergi temuduga si Man kaw kaw.  Tanya macam-macam soklan luar peta.  Bukan Teja tak kenal perangai berani mati si Jane. Dia bukan kira. Main balun jer! Suka suka jiwa jer dia kalau nak buat apa-apa. Dan paling Teja rasa macam nak sorokkan kepala dalam kotak DHL gedabak yang ada dalam despatch centre tu bila Jane cakap yang uncle Taslim tanya kat dia sejak bila pulak  TJ ada skandal dengan budak dia. Budak baharu pulak tuh. Kenapa dia boleh tak tahu pun. Siap buat lawak kata pandai sungguh TJ ngan si Man tu sorok kisah cinta diaorang ye. Nanti dia nak tanya kat si Man sendiri macammana boleh ngorat TJ yang kebal dengan godaan budak-budak despatch otai yang cuba masuk daun dari dulu tapi tak gak dapat-dapat... alih-alih si Man yang dapat. Pelik la sungguh kata uncle Taslim. Si Man ni pakai bomoh Zimbabwe hapa ayat si TJ sampai boleh lentuk. Dan budak-budak despatch lain pakat ketawa macam nak roboh dinding konkrit bila uncle Taslim selamba cakap macam tu. Eei,malunyer!

Tapi… kalau difikirkan balik, memang Teja rasa dia yang salah sebenarnya. Yang pergi gatal miang bukak mulut rabak bagai nak rak cerita pasal si sirap bandung  kat si Jane tu apakenal. Kan si sirap bandung tu esklusif untuk kau sorang aje Teja.  Si sirap bandung yang lemak berkrim lagi rangup tu mana boleh share dengan orang lain.  Belum masanyer lagi kau dedahkan dia pada umum.  Lagi-lagi pada makcik kepoh sealam tuh.  Nasib baik sungguh si Jane tak dapat tangkap dia hari ni tau, Teja. Tidak, kan dah hilang hak esklusif kau tu. Kau memang mangkuk ayan la Teja!  

Teja garu kepala yang bersalut tudung rona biru langit.  Bibir dimuncungkan. Eer…sungguh aku ker yang salah??  Habis, macammana. Dah Si Jane Jenab tuh asik tanya dan tanya jer pasal benda tu. Letih aar aku nak layan mulut dia yang luas tu. Masking tape pun tak cukup besar tau nak cover mulut dia tu. Fikiran melayang pada perbualan mereka berdua pagi awal tadi. Memang dia sungguh tak sangka yang si Jane rupanya selama ni sudah memerhati. Teja saja yang tak perasan. Mata minah tu sungguh la tajam macam helang. Nampak ajer yang pelik kat stor ni.


Jane angkat plastik berisi sampah nasi lemak dan kelongsong tepung pelita yang Teja humban dalam tong sampah. Disuakan didepan mata Teja. Muka sengaja diketatkan. Kening Teja berkerut. Apa kes minah nih! 


“baik kau cakap TJ…yang kau hari-hari bawak nasi lemak berbungkus-bungkus dengan tepung pelita ni untuk sapa? Sah umat tu makan kat sini hari-hari kan...tengok sampah ni tiap hari pun aku dah boleh tahu." 


Aduh minah ni. Kecoh betul! 


Jangan nak salahkan si Jane pulak. Kau tu lembab la Teja. Yang tak pergi buang sampah tu awal-awal naper. Kan dah kantoi dengan makcik Jane nih!

"aku yang makan aar." Mata cuba ditumpukan pada skrin empat segi di depan. Mahu mengelak diri dari bertentang mata dengan Jane yang dia sedia maklum sedang mencerlung menatapnya tidak berkelip. Macam nampak ada imej raksaksa jer kat skrin DELL aku nih...mana punya raksaksa nih!


"Kau jangan nak kelentong kat aku. Kau tu mana makan nasi lemak lebih dari dua hari berturut-turut. Nanti kau konpem membuta dalam stor nih. Ingat dulu kau kena tangkap dengan si Mahfuz lemau. Tu sebab kau makan sarapan nasi lemak tiga hari berturut-turut. Dan aku ingat lagi kau dah angkat sumpah depan si Mahfuz takkan makan nasi lemak lebih dari dua hari."


Mampus aku!


"eer..kak Zie..dia.."


Jane tahan tapak tangan depan mata Teja. Siap dengan aksi mata terbuntang macam tertelan biji rambutan jer. Spontan break mulut Teja terhenti. Habis aku! Ala Jane, kau ni leceh aar...


"kau jangan nak kata kak Zie yang oder ek. Aku tau kak Zie takdernyer hilang akal oder benda yang sama hari-hari. Dan aku tahu kuih apa yang kak Zie oder kat kau tiap hari sebab aku tumpang melantak sama. Baik kau cakap TJ. Baik kau cakap sebelum aku belasah kau...”

Teja sandar kepala pada kerusi. Kepala ditegakkan ke atas. Mata dipejamkan seketika. “kau ni leceh aar, Jane. Mata tu tau jer spot. Macam helang. Yelah..yelah. Aku bawak untuk somebody.”

Jane silang tangan kat tubuh. “aku agak dah. Apa barang nih TJ main sembunyi-sembunyi. Mana aci kau main sorok sorok dengan kawan dunia akhirat kau ni, TJ. Baik citer semua kat aku.”

Banyak la kau punya dunia akhirat. Huh!


"yelah. Apanyer yang kau nak tahu tu.." Mata dihala ke wajah Jane yang masih mempamerkan riak tak mahu berkompromi. Tunjuk kuasa la tu!


"siapa somebody tu?"


"manusia.."


"Somebody tu memang la manusia..takkan mawas pulak. Jangan nak buat lawak super spontan kat aku ek. Hempuk kau karang dengan keyboard nih."


Teja garu kepala. 


"Cepat cakap, TJ. Jangan nak garu-garu kepala depan aku. Aku debik karang."


Eei minah nih...tak sabar betul aar.


"sirap bandung tuh.."


Jane kerut dahi sebelum menguraikan sedikit senyum. "Ooo...mamat yang kau citer dulu tu ek. " Teja tayang sengih juga. Selamat..selamat! Berhenti la tanya, Jane. Udah udah la tuh!


Dan seakan faham helah Teja, Jane menggeleng. "takder takder. Aku taknak nickname dia yang kau bagi tu. Nama dalam ic dia sapa.Cepat cakap. Budak department maner?." Jane tala jegilan mata pada Teja. Sengaja dibuntangkan. Dia ni, yang pergi besar-besarkan mata tu apakehal. Dah macam panda sakit mata pulak!


"alaa Jane..."


"TJJJJ!!!..."


"yelah!!!"


"Man..budak despatch centre."


"kan senang macam tu. Patut cakap awal-awal kat aku nih." Jane tayang sengih lebar. Mata dikenyitkan. Teja sudah agak ada benda luar alam dalam kepala temannya ini bila dia sengih begitu. Teja cukup kenal perangai Jane. Dan memang sungguh telahannya benar bila Jane terus serbu ke sana mencari si Man sirap bandung. Dan kesudahannya tidak akan terhenti setakat hari ini. Si Jane Jenab tu akan pasti akan datang lagi kat despatch centre mencari lagi.  Teja mesti beritahu si Man sebelum dia kena serang hendap dengan Jane. Dia akan suruh Man susun jadual supaya takkan ada kat office waktu pejabat. Biar Jane penasaran..hahaha.


Sorry Jane, sirap bandung tu hak ekslusif aku tau, tunggu sampai aku ready nak tayang dia depan mata kau ye, konpem mulut lebar kau akan ternganga luas macam stadium Wembley ..hehehe.


* * * * * * *
Pakcik Ismail senyum. Kopiah dikepala ditanggalkan lalu diletakkan di atas perut sofa rotan lusuh disebelah. Wajah anak sulung yang sedang duduk sibelah ditatap lembut.

"leh ke abah?"

Pakcik Ismail angguk. Senyum lagi.

"betul ke ni, Bah?"

Angguk lagi. Teja tadah tangan kemudian raup muka seraya melafaz syukur. Lega abah dah bagi lampu hijau. Kalau kuning atau merah tadi memang wassalam la gamaknya. Terkubur la hasrat si sirap bandung sekor tuh. Dan melepaslah peluang dia mahu tengok muka yang lemak berkrim dan rangup tu tiap malam. Tapi bila abah cakap boleh, maka harapannya itu sudah menerbitkan warna pelangi..hehehe. Hoi Teja, kau ni memang ada udang sebalik char kuewteow kan, ciss!

Ah, sibuk jer!

"Ja.." Teja tersentak. Mata dikelipkan memandang abah yang berkerut memandang. Abah perasan ker aku tengah berangan tadi. Harap harap tak sebab tengok kerut kat dahi abah tu selalunya tanda abah tak tahu apa yang berlaku. Kalau abah senyum tu...haa tu bahaya!

"iye, Bah."

"lama dah ke Ja kenal dia?"

"tak aar, Bah. Baru jer. Dia pun baru masuk kat sana. Adalah 4..5 bulan."

"Ja suka dia ye."

Kepala laju menggeleng. Apa punya soalan abah aku nih. Tetiba sudah tersampuk aura si Jane Jenab nih.

"Isy abah nih. Kesitu lak. Dia kawan Ja jer la, Bah. Mana ada apa-apa. Dia cuma mintak tolong Ja sebab dia tak berapa kenal orang lain kat office tu." Teja tengok abah angguk kepala lagi. Ameen. Kalau abah sengih..memang Teja konpem terjun tingkap.

"bila boleh dia mula Bah?"

"siapa namanya kawan Ja tu.."

"Man, bah. Tu yang dia selalu bahasakan diri dia."

"lusa malam suruh dia datang. Lepas maghrib. Cakap kat dia pakai elok-elok. Nak mengaji pun kita kena tertib dan sopan bila berpakaian."

Teja angguk kepala seraya angkat dua ibu jari.

"Ja masuk dapur dulu, Bah. Nak sambung buat kulit popia untuk esok."

* * * * * * *
Suapan Thaqif terhenti. Ditarik sehelai tisu lalu dibawa ke bibir.  Wajah yang sedang sama menyuap dan duduk setentang ditatap.

"really?"

Teja angguk. Angkat kepala. Senyum dilontar.

Thaqif senyum lebar.

"thanks, Teja."

Teja angguk dan senyum lagi.

Teja capai cawan gelas air suam didepan. Disua ke bibir. Fuh, lega! 

Wajah lelaki dihadapan yang berpeluh menyuap nasi lemak yang dia bawak hari ni ditatap. Hari ni Teja buat sambal udang macam yang yang dipinta Man. Dia ni memang selera macam-macam sungguh. Nasib baik aku mampu buat, tidak...wassalam jawabnya.

"Man.."

Thaqif angkat kepala. Mata dihala pada Teja. "hmm.."

"Abah saya cakap lusa malam awak datang rumah saya."

"This thursday night?" Thaqif seolah sudah merasa debaran yang menjentik di dinding hatinya. Sudah sungguh bersediakah dia untuk cabaran terbaharu dalam hidupnya ini. Dihela nafas perlahan.

"Ha'a. Nanti saya tuliskan alamat flat tempat saya tinggal. Rasanya tak susah awak cari. Dekat jer. Dah sampai kat bawah tempat parking nanti awak call saya. Saya suruh adik lelaki saya turun pastu bawak awak naik kat atas."

"atas?"

"Yelah. Saya duduk tingkat empat. Karang awak sesat lak. Takder lif. Kena naik tangga. Flat kami tu sesak sikit. Lagi-lagi bila malam. Motor penuh. Haa cakap pasal motor nih..." Teja berhenti. Dia teringat sesuatu.

"awak jangan bawak Ducati awak yang kebaboom tak hinggat tu kat flat saya. Bahaya. Nanti apa-apa jadi kat motor awak yang mahal giler tu saya tak tanggungjawab. Baik awak bawak kapcai jer, Man. Konpem selamat. Tak sapa pandang."

Thaqif senyum. Angguk kepala.

"So, saya kena pakai apa? Pakai macam nih ok ke?" Thaqif tunjuk pada kemeja lengan panjang merah samar berjalur putih dan biru bersama jeans pudar yang dia sarung hari ini. Kebetulan kerana dia harus ke site untuk projek kerjasama dengan gergasi pembinaan ;Eurobina Dinamik bersama Malek sebentar nanti.

Teja teringat kata-kata abah malam tadi.

"Cakap kat dia pakai elok-elok. Nak mengaji pun kita kena tertib dan sopan bila berpakaian." 

Mata sengih bercahaya. Bibir sengih sama. Bingo!

Saturday, June 23, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 11


Bab 11

Puan Sri Wafeeqa menggeleng kepala perlahan. Gelas berisi jus apple dicapai lalu disua ke bibir. Mata menyorot pandang pada seraut wajah yang tenang menikmati makan malam. Sepasang bebola matanya yang redup menawan terpaku sejak tadi pada gerak jari-jemari tangan anak tunggalnya itu. Rasa pelik makin kuat menampar dinding hati. Entah apa agaknya yang menyebabkan Thaqif berkelakuan pelik seperti malam ini. Anak tunggalnya ini tidak pernah berkelakuan sebegini hatta selepas pulang ke tanahair setelah sekian lama "merajuk" di Vancouver. Thaqif masih tetap seperti biasa...seperti dahulu. Tapi entah kenapa pulak malam ini Thaqif berkelakuan yang dirasakan benar-benar pelik. Apa sebenar yang telah menyebabkan anak tunggalnya ini tiba-tiba sahaja berubah laku. Hati kecilnya dihambat rasa gusar. Sudahlah tadi sebelum makan dia melihat Thaqif menjilat ketiga-tiga jarinya sebelum mencucinya. Sungguh dia terkejut dengan perlakuan Thaqif. Beberapa hari lepas dia sudah dikejutkan dengan berita anaknya ini mengarahkan dibuat surau untuk kegunaan kakitangan muslim di Kiara Arena.  Bila ditanya, anaknya itu hanya tersenyum. Katanya kalau mummy mau mahligai dalam syurga nanti, elok juga buat perkara yang sama. Dia tidak faham maksud anaknya itu. Mahligai? Mahligai apa? Bila ditanya suaminya, lelaki itu turut mengerut dahi.  Dan malam ini satu lagi kejutan terhampar didepan mata. Dia benar-benar tidak faham dengan perlakuan dan tindakan aneh Thaqif kebelakangan ini.


"Qif..."


Suara mummy yang lembut menyapa cuping membuatkan Thaqif yang asyik menyuap terhenti. Tan Sri Tajuddin yang sedang menyua sudu ke bibir turut terhenti. Dua pasang mata melontar pandangan serentak ke arah Puan Sri Wafeeqa. Renungan mummy yang jatuh pada tangannya kemudian tegak merenungnya tidak sukar ditelah oleh Thaqif akan maksudnya. Bibir dibiarkan khali sejenak. Mahu menanti butir bicara dari mulut mummy. Thaqif mahu dengar apa yang akan terlontar keluar. 


"kenapa makan dengan jari macam tuh. Pelik sungguh mummy tengok Qif malam ni. Kan selama ni Qif guna sudu bila makan. Kenapa pulak tiba-tiba pakai tangan malam nih. Anything wrong with you, sayang?." 


Senyum. Lontaran sepasang mata dihala pada mummy yang masih memandang tidak berkelip. Dihala pula pada daddy yang turut sama memandang hairan. Pelik sungguh agaknya bila dia yang tiba-tiba sahaja menukar kompas tatacara makan malam ini. Sesuatu yang tidak pernah terjadi di banglo ini. Hari ini dalam sejarah sungguh. Dia mahu abadikan hari ini dalam diari kepalanya. Akan diingati sampai bila-bila. Siap dengan mangkuk basuh tangan sekali pulak tu! Mangkuk yang dia minta mak Leha sediakan tadi. Wanita itu jelas berkerut dahi tatkala diminta menyediakannya namun setelah dijelaskan kuntuman senyum yang manis hadir di pinggir bibir yang telah dimamah usia itu. Sempat dia mengusap kepala Thaqif.


"tak salah kan, mummy. Lagi sedap makan dengan tangan sebenarnya. Mummy dan daddy pun kena cuba. Sunnah nabi nih. Dapat pahala. " Dikenyitkan seraya diteruskan suapan dengan jari-jemari yang basah dengan campuran nasi dan kuah kurma daging. Mata  Puan Sri Wafeeqa beralih pada wajah suaminya yang duduk disebelah. Kening diangkat dengan lirikan mata yang terarah pada Thaqif yang tunduk. Dari ekor mata dia dapat melihat jelas bahasa tubuh yang dihantar oleh mummy pada daddy. Dibiarkan sahaja. Tidak langsung tercuit dengan reaksi kedua-duanya. Mulut terus mengalun kunyahan perlahan. Bicaranya bersama Teja pagi semalam masih terngiang di telinga. Bibir terus mengukir senyum.


Dahi berkerut. Mata jatuh pada jari-jemari runcing itu.


"Teja.."


"yup.."


Sudu yang terbenam di dasar kelongsong daun pisang yang sudah separuh isinya terhenti. Mata terus terpacak pada susuk tubuh yang sedang duduk di kerusi di hadapannya. Gerak jari-jemari yang lincah mengaul nasi lemak yang bercampur sambal tumis membuatkan bibirnya tidak mampu mengawal rasa mahu bertanya.


"kenapa awak tak pakai sudu bila makan nasi? Pakai tangan macam tu kan tak selesa." Dia mahu sebut "kotor" tapi dia rasa perkataan itu agak kasar. Tidak mahu nanti akan mengguris hati gadis ini.


Mata Teja singgah ke wajah yang duduk bersandar di penjuru meja. "eh, mana ada. Saya selesa jer. Lagi sedap makan dengan tangan daripada guna sudu. Lebih nikmat tau!" Teja dilihat mencapai gelas berisi air suam lalu disua ke bibir. Terdengar di telinga gadis itu membaca sesuatu tapi dia tidak dapat menangkap butiran yang disebut gadis itu. Sesuatu yang asing ditelinga.


Thaqif geleng kepala. Teja yang melihat reaksi Thaqif mengerutkan dahi. Gelas air suam yang selesai diteguk sedikit tadinya diletakkan di atas meja. 


"apsal yang awak geleng kepala.  Macamlah tak pernah makan dengan tangan. Buat lawak spontan di pagi hari pulak awak ni. Orang melayu kan memang makan dengan tangan. Apa barang nak makan nasi dengan sudu. tak kick ler." Teja sengih halus . Jari-jemari kembali menyuap ke mulut yang sedikit ternganga.


Thaqif hela nafas perlahan. Bibir dikemam.  Mata masih menjala pandangan pada Teja yang tekun menyuap nasi lemak dengan tiga jari. "saya memang tak pernah makan nasi guna tangan." 


Jari-jemari runcing Teja yang laju menyuap terhenti. Kepala pantas berputar kesebelah. Wajah lelaki yang sedang merenungnya ditatap. Uit! nak buat lawak sungguh pulak si sirap bandung nih. Biar betul! Isy..tapi yang dia asik pandang aku dari tadi nih apakehal. Takkan tengok aku suap nasi lemak ni pun dia terpesona kut. Tau la aku ni memang comel walau dalam keadaan mana sekalipun. Weh Teja...sila tengok cermin ye. Mulut kau tu comot agaknya. Tu yang si biskut lemak berkrim ni asik pandang jer. Takkan nak ketawakan kau pulak. Karang kau jugak yang malu berlapis-lapis nanti..


Ciss!


"awak cakap apa, Man? Tak pernah makan guna tangan? Biar betul awak ni.."


Kepala Thaqif diangguk. Mengiyakan. Teja mencerlung. Dia ni pelik aar..


"Tengok tangan awak.." Mata menjunam pada kedua-dua belah tangan lelaki dihadapan. Direnung. Lama. "elok jer saya tengok. Cukup sepuluh. Takder cacat cela pun. Awak pun sihat kan. Apahal yang tak guna jari-jari tangan sempurna yang Allah bagi kat awak nih untuk suap nasi. Tu tak bersyukur namanya, Man. Setiap anggota tubuh yang Allah bagi kat kita ni ada fungsinya. Bukan saje saje..."


Thaqif jeda. Kata-kata Teja cukup menyentuh dan mendalam maknanya. Entah mengapa selama ini dia tidak pernah terkesan dengan kata-kata dan pandangan sekeliling dengan perilakunya yang satu ini.Sejak kecil dia sudah diasuh sedemikian. Kebiasaan yang sudah menjadi etika diri hingga kini. Dan hari ini, hati dan mata tiba-tiba dibuka oleh gadis ini. Kenyataan yang selama ini dia tidak tahu. Atau dia sengaja tidak ambil tahu. Ada rasa yang menghentak di dada.


"Rasulullah yang mulia kekasih Allah pun makan dengan tangan, Man...guna tiga jari jer taw...nih..jari-jari nih." Ibu jari hingga ke jari tengah dirapatkan lalu disua ke arah Thaqif.


Dahi Thaqif berkerut." nabi pun makan pakai tangan?"


Teja tepuk dahi. Kepala menggeleng laju. Apakehal sirap bandung ni..


"awak ni pelik aar. Takkan itu pun awak tak tahu kut. Tu kan sunnah nabi."


"sunnah nabi? What is that?"


Astaga betul si biskut lemak berkrim nih! Teja geleng kepala. Sib baiklah kau biskut lemak berkrim yang rangup, Man..kalau kau lemau sah sah aku dah tonyoh jer kau dalam air suam nih.


"Sunnah tu kalau bahasa yang senang awak faham makna dia cara atau jalan dalam menjalani kehidupan.  Jadi sunnah nabi tu cara nabi dalam menjalani kehidupan. Faham?."


Angguk. Ahh..lega!


"Man, awak tau tak antara sunnah nabi kita adalah makan dengan gunakan tangan..tangan kanan tau bukan kiri.  Rasulullah dalam sabdanya berkata jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.(HR. Muslim). Nabi kita makan menggunakan tiga jari nih...ni jari nih yang saya guna nih..nampak..." Teja suakan ke wajah Thaqif ibu jari hingga ke jari tengah yang dirapatkan. " kemudian nabi menjilat sisa makanan dari ketiga jari nih sebelum membersihkannya. Awak tau kenapa nabi buat macam tuh?" Thaqif polos menggeleng. Mata terus merenung wajah Teja. Isy, dia main tenung-tenung aku pulak dah si sirap bandung nih. Boleh tak awak jangan tenung-tenung saya macam nih...saya tak suka aar. Yelah tu Teja...hati kau kat dalam tu dah kembang ngalahkan stadium olimpik! 


Ciss!


"sungguh awak tak tau?"


"yes..i don't know."


Teja hela nafas. " jap, bagi saya habiskan nasi lemak nih dulu." Diteruskan suapan tanpa menghiraukan pandangan lelaki disebelah. Alah kau ni Teja... dia pandang jer  kau dah gelabah. Weh, manader la!  Selesai nasi lemak, Teja lipat kemas kertas yang beralaskan daun pisang lalu dimasukkan kedalam plastik merah dihadapan. Mata dibawa memandang wajah yang masih belum usai renungannya dari tadi. Relax Teja..relax. Jangan kau nak tunjuk muka gedik kau tu. Manader ler!


"Awak tahu tak Man, semua sebab tu ada tersebut dalam sabda rasulullah yang kata baginda jika satu suap makanan salah seorang daripada kalian jatuh ambillah lalu bersihkan kotorannya. Jangan biarkannya untuk syaitan. Jangan membersihkan tanganmu dengan sapu tangan tapi jilatlah jari-jari kalian kerana kalian tidak mengetahui bagian mana dari makanan tersebut mengandungi keberkatan." ( HR Muslim).


Thaqif mengembangkan jari jemari. Dimasukkan sedikit hujung jari ke lembah bibir. "macam ni."


Teja geleng laju." Bukan. Jilat macam ni haa, Man." Teja sudah demo didepan Thaqif. Jari-jemari yang masih bersisa nasi lemak yang dimakan sebentar tadi dijilat satu persatu. Selamba sahaja. Mata Thaqif tidak berkelip memandang.  "jilat la elok-elok. Ikut adab. Tertib. Nabi tu tertib orangnya. Macam yang saya tunjuk ni. Jangan main tonyoh ker semua jari awak masuk dalam mulut. Tu gelojoh namanyer. Memang tak senonoh. Kensel nak buat partner." Thaqif senyum manis dengan kata kata lucu Teja yang spontan dan bersahaja. Teja sengih. Teja minta diri sebentar ke bilik air untuk mencuci tangannya.


 "Man.." Tubuh kembali dilabuhkan pada kerusi. Tisu didalam kotak didepan ditarik. Dilap pada tangan yang masih ada sisa-sisa air.


"hmmm.." 


"lepas saya dah tazkirah awak pasal sunnah nabi yang satu ni, awak jangan tak buat pulak. Buat penat air liur saya jer terangkan pada awak. Siap demo lagi tuh. Sampai kering jari-jari saya ni sebab nak buat awak faham." 


Ketawa. 


"kalau awak nak saya buat macam tuh, awak kena bawak nasi lemak untuk saya mulai esok. Boleh saya apply apa yang awak ajar dan demo pada saya tadi."


Teja angkat dua ibu jari keatas. Sengih lebar.  "cantik aar, bro! Awak oder la banyak-banyak nasi lemak saya. Makan banyak-banyak. Sambil makan, dapat pahala. Banyak kali awak jilat awak, banyak la pahala awak dapat."


Pecah ketawa kedua-duanya.


"awak tahu tak..."


Man geleng. Ketawa masih belum usai. "awak tak beritahu lagi."


Giliran Teja ketawa.


"setiap sunnah nabi tu, kalau awak beritahu pada orang lain dan orang tu pulak amalkan...pahalanya selain orang tu dapat, pahala tu jugak akan terus kekal pada awak sampai bila-bila."


"really?"


"of course, bro. Believe me." Teja angkat kening. Ceh, aku pun nak berbalas cakap omputih jugak dengan biskut lemak berkrim rangup nih. Apa barang asik dengar dia jer speaking sensorang kan..mana aci! 


Pecah ketawa Thaqif.


"apasal tetiba ketawa ni, Qif."


Kepala digeleng. Senyum. Diteruskan suapan yang hingga selesai. Tidak sisa yang ditinggalkan pada permukaan pinggan kaca dihadapan. Seraut wajah polos masih meniti di layar mata. Hujung setiap jari dibawa ke bibir. Disuakan kedalam mulut. Dijilat perlahan-lahan. Satu-persatu.


Dan kerut di dahi Puan Sri Wafeeqa sudah berpindah ke wajah. Ditoleh kembali memang suami disebelah. Mengharapakan jawapan. Melihat Tan Sri Tajuddin mengangkat bahu perlahan, hati terus dilambung teka-teki tentang perlakuan pelik anak tunggalnya ini.


Qif, mummy is not happy with all this. Are you hidding something from me?


 * * * * * * *
Malek gelak. Kepala digeleng laju. Idea gila betul!


Thaqif senyum. Fail projek Hokkaido yang baru Kiara Arena menangi diletakkan kembali dihadapan Malek.


"you're kidding right, bro? You're not serious with all this, right?" Tangan Malek mencapai fail. Sungguh dia terkesima dengan kata-kata Thaqif sebentar tadi. Mengaji? Biar betul boss aku nih!


Kepala digeleng. Senyum lagi. "i'm serious, Mike. Damn serious and I wanna do it."


Malek angguk. Perlahan. Nafas dihela dalam-dalam. Tubuh yang tersandar dibetulkan duduknya.


"dengan siapa kau nak ngaji? Upah orang datang ke rumah ajar kau?..."


Thaqif angkat kening. Senyum terus dijaring. "you'll know later, Mike..."


Gelengan Malek berulang lagi. Qif..Qif...macam-macam benda pelik dia buat semenjak dua menjak nih. 


"kenapa tiba-tiba jer kau buat benda-benda luar alam ni, Qif. First a daily breakfast untuk staff kau. Aku dengar dari kak Zie kau guna duit poket kau sendiri. Then hal kau buat surau...dan sekarang nih kau beritahu aku aku nak mengaji pulak tapi taknak beritahu dengan sapa. Kau kenapa ni, bro. Kena sampuk dengan jin islam hapa.."


Senyum lagi.


"well...kalau kena sampuk dengan jin islam for doing good things is not harm, right. Aku rasa kau pun patut kena sampuk sama...kurang-kurang kau boleh bertaubat sama. Kau pun tak habis ngaji jugak kan. Jangan ingat aku tak tahu."


Ketawa berpadu.
* * * * * * *
Jari menggaru kepala yang sedikit gatal. Kena cuci rambut balik nanti jawapnya. Gatal la pulak kepala aku nih. Pertanyaan Man buat dia terkhali seketika. Dia sungguh tidak sangka lelaki ni serius dengan permintaannya itu. Teja ingat Man cuma main-main sahaja. 

"macammana? Boleh,hmmm." Suara itu terlantun lagi. Teja garis pelipis. Aduh!

"eer..."

"awak ada masalah ke nak ajar saya. Saya boleh bayar awak, Teja. Takde masalah. Atau ada cara lain yang saya boleh buat untuk awak kata ya."


Mata Teja bulat. "isy...bukan pasal tuh laa." Tapi kan kalau aku mintak bawak Ducati hitam kau yang mengancam tu barang sehari dua agak-agak kau bagi tak, Man. Weh, Teja jangan berangan boleh tak!


"then..."


Teja hela nafas. Tubuh yang tersandar di kerusi ditegakkan. Ditala pandangan pada Thaqif yang tenang duduk dihadapan mengadap bungkusan nasi lemak yang dia pesan daripada Teja. Terkial-kial jugak Teja lihat lelaki ini menggunakan tiga jari seperti yang disarankan Teja kelmarin. Dia nampak bersungguh mahu melakukannya biarpun nampak sukar. Kadang kala dalam kepala Teja terdetik juga rasa hairan. Man ni melayu macam dia jugak...yelah golongan biasa-biasa tapi tak pernah guna tangan bila makan nasi. Pelik jugak. Kalau orang-orang melayu yang kaya-raya tu mungkin la kut. Segan dan malu nak makan pakai tangan. Nanti jatuh "standard" sosial pula kalau makan pakai tangan. Sekarang ni selain tepung pelita, Teja juga kena bawak nasi lemak buat lelaki ini setiap hari. Kata Man dia mahu dapat pahala banyak jadi kena makan tiap-tiap hari. Isy, macam-macam saje biskut lemak berkrim sekor nih tau!


"Teja?"


Mata tersentak. Semua yang dikhayal di kepala pecah bertaburan di udara. Pelipis digaru lagi.


"saya kena tanya abah saya dulu nak tak ajar awak. Saya tak cakap lagi pada abah pasal nih. Tapi saya rasa abah saya ok kut. Abah terima jer sapa-apa yang nak ngaji dengan dia. Yang penting ada keinginan nak mengaji."


Dengan abah dia ker..Fuh!


"a..abah awak? Saya kena belajar ngaji dengan abah awak? Tak boleh dengan awak?"


Teja tepuk dahi. Ada yang kena sumbat dengan daun pisang nasi lemak ni karang!


"Awak tu lelaki laa, Man..saya perempuan. Mana boleh macam tuh. Kecuali darurat..haa, tu lain laa. Sekarang ni awak bukan dalam keadaan darurat pun. Abah saya yang paling layak ajar awak. Bukan saya." Tapi kalau nanti abah saya cakap saya boleh ajar awak saya ok jer..dapat tengok muka awak yang lemak berkrim lagi rangup tu tiap-tiap malam..hehehe. Amboi Teja, kemain lagi ye...Ala, orang memain jer laa..


Dahi Thaqif berkerut."Abah awak ok ker. Nak ke dia ajar saya ngaji."


Teja senyum dalam hati. Ada akal nakal melintas di sana saat melihat wajah berkerut lelaki dihadapannya ini. Muka dilontar selamba. 


"kalau awak boleh tahan kena tengking, kena jegil, kena marah dan kena sebat rasanya abah saya tak ada masalah nak terima awak. Awak ok kan. Takkan takut kut." Teja lontar sengihan lebar.


Tengking? Jegil? Marah?..Sebat pun?  Dah tua-tua macam nih pun kena semua itu jugak ke..God!

Tuesday, June 19, 2012

Mr Sirap Bandung - Bab 10


Bab 10
"Qif.."

Langkah derasnya terhenti. Suara  serak garau yang terdesir di telinga cukup dikenali. Kepala berpusing ke arah bilik bacaan yang baru dilepasi sebentar tadi. Diundur perlahan langkah. Kepala menjenguk. Mata mereka bersabung.

"daddy? anything?" Kening diangkat sedikit.

"can we speak, Qif?"

Kepala diangguk. "sure."

Perlahan tubuh diloloskan pada permukaan pintu yang ternganga. Dihenyakkan seluruh penat yang bersarang pada sofa lembut Chesterfield rona coklat tua. Dihamparkan helmet Ducati hitam pada meja kayu warna senada di tepi sofa. Dicapai kusyen lembut yang melatari permukaan sofa lalu diletakkan disisi . Jaket hitam yang tersangkut pada lengan dihamparkan pda perut sofa disebelah. Kaki kanan disilangkan di atas kaki kiri. Bebola mata meluncur pada susuk tubuh yang tenang duduk pada sofa bertentangan.

"how's work?"

Kepala diangguk. "so far so good."

"i heard from Mike you're doing very well. I'm glad...and i'm proud."

Senyum segaris terbit dari hujung bibir.  "i'm just doing my responsibility, daddy...trying my best though i knew i'm not good as you. Most important are my promise to you and mummy..."

Tan Sri Tajuddin menghela nafas dalam-dalam. Kata-kata yang terluncur dari bibir Thaqif buat dadanya bagaikan dihentak. Ada sesuatu yang sekian lama tersangkut di dalam jiwa. Dia mahu meluahkan pada anak tunggalnya ini. Dia mahu Thaqif tahu tentang apa yang selama ini tersimpan didalam lubuk hatinya. Dia mahu Thaqif tahu dia bukanlah manusia yang pentingkan diri sendiri seperti yang disangkakan Thaqif selama ini. Sangkaan yang menerbitkan rasa jauh hati lalu menyebabkan hubungan mereka berdua rengang dan dingin sejak sekian lama. Kemuncak yang menyaksikan anak tunggalnya ini mengambil keputusan enggan pulang ke tanahair sebaliknya menetap di Vancouver demi merealisasikan impiannya.

"daddy bina Kiara Arena dengan satu keazaman...Kiara Arena adalah untuk Qif. Tiada tujuan lain. Bukan untuk daddy...bukan untuk mummy. Daddy mahu suatu hari nanti daddy boleh serahkan Kiara Arena pada satu-satunya anak daddy untuk dia teruskan apa yang telah daddy bina selama ini. Dan daddy tahu dan daddy yakin anak tunggal daddy akan mampu melakukannya. Kiara Arena sudah bersedia menyambut pemiliknya yang mutlak. Daddy yakin masa depan Kiara Arena akan lebih gemilang di tangan Qif. Qif dah buktikan kehebatan Qif mengemudi syarikat dalam masa singkat. Dadddy dah lega sekarang. Daddy dah boleh bernafas dengan lebih tenang."

"it's still very early to decide, daddy. Not even three month. Qif perlu masa. Daddy tahukan Qif lakukan ini pun semata-matanya kerana permintaan mummy. Bukan kerana kemahuan dan kerelaan Qif sendiri."

Seraut wajah tampan yang banyak mewarisi kecantikan isterinya direnung. Tan Sri Tajuddin akui Thaqif banyak mewarisi sifat mummynya yang cekal dan sukar berputus asa. Jika dia mahukan sesuatu, dia pasti akan berusaha untuk mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Bukan dia tidak tahu apa yang dilakukan anak tunggalnya ini di benua sana. Segala perkembangan aktiviti dunia permotoran Thaqif diketahui tanpa secalitpun yang tertinggal. Dan mungkin tanpa pengetahuan anak tunggalnya ini, dia pernah beberapa kali menyusup masuk ke Westcoast demi melihat sendiri Thaqif beraksi.

"Qif masih marahkan daddy pasal perkara dahulu?"

Jeda.

"Qif anggap daddy penghalang segala impian dan cita-cita Qif sejak kecil?"

Jeda lagi. Thaqif terus mengunci bicara. 

Dilepaskan hembusan nafas perlahan. Selama "perpisahan" dengan anak tunggalnya ini sejak beberapa tahun dia banyak berfikir. Dia banyak bertanyakan diri sendiri. Dia sedar ketegasan dan kelantangannya dahulu kian memamah hatinya sendiri. Kehilangan Thaqif satu tamparan buat dirinya. Biar dia sedaya upaya berlagak bagaikan dia tidak tergugat dengan keputusan Thaqif, jauh di lubuk hati dia saban hari menyesali keterlanjuran lidahnya. 

"daddy tahu mungkin dalam fikiran Qif selama ini daddy orang yang pentingkan diri sendiri...daddy tak pernah ambil tahu pasal perasaan dan keinginan Qif sejak dahulu. Daddy ini terlalu memaksa...terlalu mengongkong. Daddy tahu segala itu buat kita makin jauh...makin renggang...makin dingin. Dan daddy sangat kesal dengan apa yang telah daddy  pernah katanya pad Qif dahulu. Kalaulah masa boleh diundur... " Ditelan liur seketika. Perlahan dilepaskan nafas. " daddy minta maaf pada Qif atas segala yang daddy kata dan daddy lakukan. Daddy benar-benar kesal atas apa yang dah berlaku. Demi Tuhan, daddy lakukan semua itu demi masa depan Qif. Daddy tak mahu Qif sia-siakan kebolehan Qif."

Thaqif terus bisu. Membiarkan sahaja daddy terus bersuara. Meluahkan segala yang tersimpan dan terbuku selama ini. Thaqif tahu, daddy sedaya upaya cuba berbicara dengannya sejak dia kembali ke tanahair namun dia sering kali mengelak. Entahlah. Hatinya  belum terbuka lagi untuk berbicara dengan daddy setelah apa yang telah berlaku antara mereka dahulu. Namun saat ini, hatinya sedikit terusik dengan bait-bait kata daddy. Dia tidak pernah berdendam pada daddy. Dia sekadar berjauh hati. Dan atas itulah dia jauh membawa hati yang terusik dan terkesan dengan kata-kata keras daddy dahulu.

Khali. Ruang bacaan yang luas terasa sempit.  

"Qif masih tak dapat maafkan daddy?"

Kepala digeleng. "Qif tak pernah marah dan salahkan daddy. Daddy ada cita-cita...Qif ada cita-cita. Cuma jalan cita-cita kita tak seiring."

"daddy takkan halang cita-cita Qif lagi. Daddy tahu daddy tak berhak buat begitu. Daddy tahu itu cita-cita Qif dari kecil. Qif boleh teruskan cita-cita Qif biarpun Qif di Kiara Arena. Daddy benarkan."

Senyum. "biarlah Kiara Arena selesa dahulu ditangan Qif. Pada Qif, cita-cita daddy dan mummy paling utama sekarang. Cita-cita Qif tu akan Qif sempurnakan juga suatu hari nanti."

Berbalas senyum.

"daddy dengar pasal bina "masjid" di Kiara Arena tu."

Thaqif lontar pandangan pada susuk tubuh yang duduk setentang denganya. Wajah itu nampak tenang.

"daddy tak setuju?"

Tan Sri Tajuddin senyum. 

"Kiara Arena sekarang milik Qif. Segala keputusan di tangan Qif. Daddy tahu dan daddy percaya Qif lebih arif dalam setiap tindakan yang Qif ambil. Daddy akan sokong tiap keputusan Qif."

"thanks daddy."
* * * * * * *
"Kita memang kena mengaji ke? mengaji al-quran?"


"ha laa. Mengaji al-quran ler. Takkan ngaji komik pulak. Aparaa.."


"Awak kata wajib? Betul ke wajib?" 


Dahi berkerut. Bebola mata dilontar pada susuk tubuh bersalut kurung kapas coklat tua dipadankan dengan tudung segi tiga dari rona coklat yang lebih muda yang sedang tekun  mengadap rak besi di sebelah meja. Tangan Teja dilihat pantas menyusun fail-fail putih yang baru dikeluarkan dari kotak. Stok yang baru sampai lewat petang semalam katanya.


"Ha laa. Memang la wajib.  Siap dengan hukum-hukum tajwid sekali. Takkan yang asas tu pun awak tak tahu. Biar betul awak ni, Man. Tidak, macam mana awak nak solat kalau tak tahu mengaji dan tak tahu hukum-hukum tajwid. Salah baca, solat awak sia-sia. Buat penat jer. Tak dapat markah pun. Kosong...dapat markah telur ayam tau tak!"  Teja menoleh sekilas memandang ke arah Man yang masih takzim bersandar di kerusi. Kembali dipusingkan tubuh mengadap rak besi dihadapan. Tangan laju menyusun fail-fail ditangan.


Air liur terasa pahit. Sangat pahit. Dalam masa yang sama, seolah ada rasa segan dan malu yang memuncak di pundak hati. Betapa miskin dirinya yang tiada kekurangan apa-apa dalam hidup dibandingkan dengan gadis dihadapannya ini. Perbualan yang berkisar tentang topik surau baharu yang akan siap seminggu lagi menjurus pada perkara mengaji al-quran bila gadis ini mencadangkan mungkin boleh diadakan sesi mengaji pada waktu rehat pada sesiapa yang berminat. Teja sendiri menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar secara percuma. Kata Teja dia tidak kisah tiada bayaran. Dia ikhlas mahu berkongsi ilmu.


"hmmm...awak katam quran tak, Man? berapa kali ek...saya dapatlah empat kali. Tu pun sebab mengaji dengan abah. Perit woo. Takut giler dengan abah. Kena sebat tu dah kebal dah belakang ni dengan dua-dua peha ini. Berbirat....hehehe." Teja geleng kepala. Kenangan dalam kepala yang dikeluarkan untuk dikongsi bersama lelaki yang sedang takzim duduk di kerusinya seakan mengembalikan memori manis suatu waktu dahulu. Dia bersyukur. Jika abah tidak tegas mengajar dia dan adik-adik, mereka tidak akan sampai ke tahap sekarang. Dia sudah mampu mengajar anak-anak jiran mengaji. Abang chik juga sudah boleh..malah lebih handal daripada Teja. Abang chik lebih terang hati berbanding dirinya. Teja sangat arif tentang itu. Itu kurniaan-Nya buat adik keduanya itu.  Rafifah pula dalam proses mengaji semula untuk katam kali ke dua. 


Thaqif hela nafas perlahan. Bagai ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Susuk tubuh yang membelakangkannya ditatap.


"Teja.." Mata tersentak. Segala yang terawang di kepala hilang bagai ditiup angin.


"ha?..."


"kalau....kalau.."


Kepala berpusing. Pen yang giat menari di atas permukaan kertas terhenti rentaknya. Kening dikerutkan. Apa hal pulak si biskut lemak berkrim madu nih. Tergagap-gagap. Takkan makan setengah dozen tepung pelita terus gagap kut. 


"awak nak cakap apa sebenarnya ni, Man?"


Ditarik nafas sekali lagi. Kali ini dalam-dalam. Segala yang tergumpal didalam dada direlaikan ikatanya perlahan-lahan. Dia tiada pilihan. Ini sahaja jalannya. Dia sudah terlalu jauh tersasar dari landasan. Dia perlu melakukan ini jika ingin sampai pada destinasi yang seharusnya di tuju.


"kalau... saya nak belajar mengaji semula dengan awak, boleh tak Teja? Boleh tak awak jadi guru saya?"


Mulut ternganga. Mata berkelip-kelip.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...