Wednesday, September 30, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 2

Bab 2

Mak Ton sedang duduk mencangkung sambil pisau ditangan kanannya pantas mencantas batang-batang serai yang tumbuh merimbun di belakang dapur. Dia berdiri. Matanya memandang disekeliling kawasan dapur yang dipenuhi pelbagi jenis tanaman. Selain serai ada lengkuas, kantan, kunyit, pandan, kesum, limau purut yang tumbuh subur menghijau dan dijaga rapi. Selain itu ada pokok ubi, keledek, cili api, cili besar, puding, pegaga, kacang kelisa turut sama ditanam dan cukup subur tumbuhnya. Semua ini hasil ketekunan dan kerajinan suaminya; Saidin.

Suaminya yang dipanggil orang kampung dengan panggilan mesra pak Din sudah menjadi tukang kebun di banglo kepunyaan tuan Zainal ini hampir 30 tahun . Dia masih ingat sejarah mereka bersama banglo ini. Ketika itu mereka berdua baru setahun berkahwin dan belum dikurniakan cahayamata sama-sama diminta tuan Zainal untuk menjaga banglo peninggalan arwah bapanya ini. Suaminya yang ketika itu hanya bekerja mengambil upah menoreh getah di estet kepunyaan Tuan Zainal sangat gembira dengan tawaran tersebut. Tuan Zainal yang sangat baik hati, pemurah dan ramah itu menyerahkan seluruh kepercayaannya pada mereka berdua untuk menjaga banglo ini dan tuan Zainal dan keluarga akan balik setiap tahun untuk menjenguk banglo ini. Namun semenjak pemergian isteri tuan Zainal; Maizurah 10 tahun dahulu akibat kemalangan, tuan Zainal langsung tidak datang ke sini. Rasa sedih itu mungkin kerana banglo ini banyak menyimpan kenangan mereka berdua. Di sinilah mereka pertama kali bertemu dan disini jugalah..di banglo inilah mereka disatukan.

"Assalamualaikum...mak Ton oo mak Ton....mak Ton kat mana, Zita dah balik ni..."

Suara gemersik Zita mematikan lamunan mak Ton. Cepat-cepat langkahnya diatur masuk ke dapur. Batang serai yang diambil tadi diletakkan di tepi singki.

"Mak Ton kat dapur ni cik Zita..."suaranya dikuatkan.

Zita melangkah masuk ke ruang dapur sambil tangannya menjinjit sesuatu dalam beg plastik di tangan kanannya. Beg plastik itu diletakkan diatas meja diruang dapur. kerusi kayu itu ditarik perlahan lalu dia melabuhkan duduknya sambil menarik nafas. Penat. Mak Ton cuba mengagak isi didalam beg plastik yang dibawa. Dahinya cuba dikerutkan. Daun apa pulak yang dibawak Zita ni?. Dilihat Zita sedang mengelap titis keringat di dahinya yang bersih dengan helaian kertas tisu yang ditarik dari kotak tisu yang terletak di atas meja tersebut. Tangannya mencapai mug diatas meja lalu menuang air dari jag yang memang sedia terletak disitu. Mulutnya terkumat kamit membaca sebelum lafaz bismillah diucap lalu mug berisi air dibawa ke mulut.

"Mak Ton ni...banyak kali dah Zita pesan kan...jangan la panggil Zita cik Zita mak Ton...Zita aje cukup, ok...tak best la Mak Ton bercik cik ni...macam dalam pejabat pulak Zita rasa..." Mak Ton tersenyum melihat telatah Zita yang manja. Terhibur hati tuanya dengan gelagat anak gadis tuannya itu. Zita sama sifatnya seperti tuan Zainal. Dia ramah, rendah diri dan baik hati. Tidak langsung berbangga dengan limpahan kekayaan yang ada.

Mak Ton memandang wajah anak tunggal tuannya itu dengan penuh kasih sayang. Zita sudah dianggap seperti anak sendiri kerana dirinya sudah tersurat tidak dikurniakan zuriat dalam 30 tahun perkahwinannya bersama suaminya itu. Dulu memang dia sangat sedih dan rasa rendah diri pada ketidakupayaannya memberi zuriat pada suaminya itu malahan dia pernah menyuruh pak Din berkahwin lain, namun suaminya itu enggan. Kata suaminya itu mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini. Mereka harus menerima dengan penuh redha.

"Mak Ton...kenapa pandang Zita macam tak pernah tengok je?..."Zita memegang tangan mak Ton. Mak Ton tersenyum.

"Takde apa...mak Ton teringat masa Zita kecik kecik dulu...macam tak percaya Zita dah besar panjang macam ni...cantik pulak tu."

"laa...dah kejenya asyik makan jer hari hari mak Ton..makan banyak pulak tu...besar panjang la Zita jawapnya...hehehe..." Zita ketawa. Mak Ton menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah Zita. Dia tahu sifat Zita yang suka mengusiknya.

"Zita dari mana ni sebenarnya? dah tengahari baru balik, risau mak Ton dibuatnya...tu tu yang dalam beg plastik tu, apa isinya tu?...mak Ton tengok macam daun daun jer..." Zita menarik beg plastik lalu membuka ikatannya. Mata mak Ton turut terarah ke isi di dalam beg plastik itu.

Laa..pucuk cemperai rupanya!

"Tadi Zita jalan jalan kat kebun pak Musa. Lepas balik dari kawasan air terjun yang Zita nak tengok tu pak Musa ajak Zita singgah kebun dia jap...dia nak petik daun ni Mak Ton. Pucuk cemperai katanya. Makcik Senah nak masak tumis air kata pak Musa. Sedap pak Musa kata. Pak Musa bagi Zita bawak balik separuh ni...erk , memang sedap ke pucuk cemperai ni mak Ton?, Zita tak pernah makanpun pucuk ni."

Mak Ton menarik beg plastik lalu dilambakkan isiinya ke atas meja. Dia bangun ke rak lalu mengambil sebuah bekas plastik. Mak Ton menyusun pucuk cemperai yang dilambakkan tadi ke dalam bekas tersebut.

"Memang sedap. Manis...kalau campur dengan keledek lagi sedap ni Zita. Kejap lagi mak Ton masakkan untuk Zita ye. Mak Ton ke belakang kejap ambil ubi keledek sebuku dua. Isinya sedang elok mak Ton tengok tadi." Mak Ton mula melangkah perlahan ke arah belakang. Zita mengekori mak Ton. Mak Ton menoleh memandang Zita.

"Eh, kenapa pulak Zita ikut mak Ton ni?"

"Zita nak tolong mak Ton gali ubi keledek tu..." Mak Ton menggeleng-gelengkan kepala.

"Dah dah...Zita pergi bersihkan diri tu, tengok tu berpeluh, busuk mak Ton bau ni...lepas mandi terus solat . Dah kul berapa ni?, tak elok lewatkan solat."

Zita sudah memuncungkan bibirnya. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Merajuk. Mak Ton tersenyum. Manjanya budak sorang ni.

"oklah...Zita naik."

"haa...macam tu la...good girl, i love my Zita." Zita angkat muka. Tersenyum.

"Amboi mak Ton speaking London ye.."

" see the leg laa my dear..."

"fuyooo...dahsyatnya mak Ton..."

Dan ketawa mereka berdua bergema di dapur banglo tuan Zainal.

Tuesday, September 29, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 3


Bab 3

Tiba di perkarangan rumah teres dua tingkat di Taman Berlian Ku'a keluar dari kereta lalu membuka pintu pagar. Kedua-dua belah pintu dibuka luas. Dia berpatah balik masuk kedalam kereta lalu perlahan-lahan memandu. Dia melangkah keluar dari perut kereta lalu berpatah balik mengunci pintu pagar. Kakinya diatur perlahan ke arah pintu rumah.

"Baru balik kerja Salha?" tangan yang memegang kasut yang baru separuh ditanggalkan terhenti. Bola matanya mencari arah suara lembut yang menyapa lalu terhenti pada sesusuk tubuh sederhana gempal berbaju kurung kedah dan berkain batik yang sedang membongkok dicelah rimbunan pokok kantan dari pagar sebelah. Bibirnya menguntum senyum. Kasut yang separuh tertanggal tadi disarungkan semula. Ku'a mengatur langkah ke arah pagar yang memisahkan mereka berdua.

"ha'ah makcik...saya baru je sampai. Makcik nak buat apa dengan bunga kantan tu?" Matanya difokuskan pada beberapa keratan bunga kantan yang berada didalam pegangan tangan makcik Latifah. Dilihat makcik Latifah tersenyum kecil.

"ni la Salha, orang-orang bujang kat dalam rumah tu macam-macam pulak mintaknya, ngalahkan orang mengidam..." Ku'a lihat makcik Latifah ketawa kecil.

Orang bujang mana pulak ni?...penyewa baru ker? setahu aku makcik Latifah tinggal berdua ngan pakcik Berahim jer.Kak Haida ngan Kak Shiha dah kawin...tinggal rumah diorang sendiri ngan famili masing-masing.

Seakan faham dengan kekeliruan Ku'a, makcik Latifah menyambung bicaranya.

"Anak bongsu makcik yang kerja kat Kepala Batas tu balik cuti seminggu...semalam sampainya. Bawak seorang kawannya sama. Salha mungkin tak pernah nampak anak makcik yang seorang ni sebab dia ni memang jarang balik, asyik keje memanjang, ngalahkan perdana menteri sibuknya. " Ku'a sudah tersenyum kecil dengan kata-kata yang keluar dari mulut ramah wanita separuh abad dihadapannya itu. Luculah makcik Latifah ni!.

"Dia suruh makcik masakkan laksa....katanya yang dia makan kat sana tak sedap macam yang makcik masak...ada ada jer perintahnya, saja la tu nak mendera mak dia ni..."

"takper la makcik...sekala-sekali dia balik...nak manja ngan makcik la tu...lagipun masakan dari air tangan dari mak ni sedapnya lain makcik...betulkan?" Ku'a pandang wajah makcik Latifah. Saling tersenyum kecil.

"saya masuk dulu ye makcik...tak solat asar lagi ni....tergesa-gesa balik sebab hantar barang kat office kawan sekali sangkut... jam pulak jalan petang-petang jumaat ni."

"yelah...nanti dah masak laksa, makcik hantarkan pada Salha ngan Azad ye..." Ku'a sudah angkat tangan sambil menggoyang-goyangkannya ke arah makcik Latifah.

"takper takper makcik...jangan susah susah....saya dengan azad bukan tak biasa makan laksa makcik...selalu sangat makan laksa makcik yang best in the world tu...bagi chance orang jauh tu makan puas puas makcik..."

"issh takder susahnya Salha, dah terlanjur masak kan....nanti makcik hantar ye. Makcik pun nak masuk dulu la Salha...ikan kembung yang makcik rebus kat dapur tu kang kering lak airnya...haa karang jadi laksa hangit pulak...merajuk la pulak anak bujang makcik yang manja tu...sapa la nak pujuk kan..." Ku'a sudah ketawa dengan kata-kata makcik Latifah. Dia mengatur langkah ke pintu utama lalu memasukkan anak kunci. Dipusing sekali lalu ditarik anak kunci keluar dan tombol diputarkan perlahan. Terbuka dan daun pintu ditolak perlahan. Kasut ditanggalkan lalu dijinjing masuk ke dalam. Pintu ditutup.

"Sapa tadi tu Rif?"

"Ntah..." Mustaffa geleng kepala dengan jawapan yang keluar dari mulut temannya itu. Takder semangat kejiranan betul la kau ni Rif...apa la!

" Tapi memang lawa habis la beb...putih giler lak tu...agak agak dah kawin ker single lagi?" Langsir yang diselak tadi dijatuhkan semula. Giliran Azrief pula menggelengkan kepala pada pertanyaan Mustaffa. Masing-masing sudah kembali duduk di hujung katil dari berdiri di tingkap memerhatikan perbualan dua wanita di tepi pagar di bawah tadi.

"Jiran baru mak aku agaknya dia tu...aku pun first time nampak dia...lagipun aku dah lama tak balik...dulu rumah sebelah ni orang lain yang duduk..." Arief membelek helaian akhbar di hadapan. Matanya tercacap pada sesuatu yang menarik minatnya. Dia tersenyum.

"Rif, cubalah hang risik-risik ngan mak hang pasai pompuan sebelah tu...tapi aku 200% pasti dia tu tak kawin lagi Rif...kalau confirmed single bolehlah hang masuk jarum beb, kalau hang taknak pass kat aku ja...sayang tu, cun habis...nanti lepas kat orang lain...rugi besar!" Azrief geleng kepala lagi melihat wajah teman dihadapannya yang nampak bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.

Mus ni tak sudah sudah perangai buaya peraknyer....nak masuk jarum kunun...kena baling kasut dengan cik kak tu nanti baru naya!...

"Aah, tak kuasa aku...buat malu jer sibuk sibuk tanya hal orang...kau nak kau pi tanya sendiri... kena ketuk ngan senduk dek mak aku nanti haa baru padan ngan muka buaya kau tu..." Mustaffa mencebik pada Azrief.

"tak sporting la hang beb..."

"Dah dah Mus....daripada kau ngan aku dok wat keje tak pekdah ni...jom kita pi tengok teater PGL ni...aku dengar best...kakak-kakak aku pun dah pergi tengok dulu...diorangpun kata best gak..."

Mustaffa tepuk dahi.

"Alahai... bila pulak kau tukar jadi spesies mat teater ni Rif..."

"Dah, jangan banyak cerita...aku belanja...jap aku call booking tiket..."

Arief pandang kearah wajah Mustaffa yang sedang memegang dagunya seakan memikirkan sesuatu sambil mulutnya seperti sedang berkata-kata...mesti ada something dalam kepala hotak tak betul si Mus tu..bukan boleh percaya sangat dia ni!.

Mustaffa merapati Azrief sambil menepuk lengan Azrief.

"Rif.."

"Apanyer...cakap jer la... yang kau pegang lengan aku ni apa halnye pulak, issh.."

"Rif...apa kata kita ajak awek sebelah si putih cun tu joint sama...mesti tambah best..." Azrief sudah menggeleng-gelengkan kepala. Nak mampus kena pelangkung ngan abah aku bawak anak dara orang keluar malam-malam buta!

"kalau kau nak tengok abah aku tukar jadi ahli sumo dan lipat kau jadi lepat pisang kau cuba la cakapkan idea canggih kau tadi tu...aku nak hidup lama lagi tau Mus..." Azrief lihat Mustaffa sudah menelan air liur. Azrief cuba menahan gelaknya yang sudah tiba di hujung bibir. Cepat-cepat dipusingkan wajahnya ke arah lain. Tidak mahu Mustaffa mengesan reaksinya.

Aku tak tahu pulak abah dia bekas ahli sumo!...salah-salah bukan lepat pisang lagi...jadi pengat pisang aku abah kau kerjakan Rif ooi!....

Monday, September 28, 2009

Rindu Semalam - Bab 18

Bab 18

Kunci kereta dimasukkan ke dalam tas tangan yang sedikit ternganga lalu cepat-cepat dizipkan mulut tas tangan yang terbuka. Setelah berpuashati melihat keadaan keretanya disitu Duhaila mengatur langkah keluar dari kawasan letak kereta. Bibirnya mengukir senyum kala berpapasan dengan beberapa rakan dari jabatan yang berlainan yang juga menuju ke lobi lif. Semuanya punyai tujuan yang sama. Melapor diri. Memulakan tugas. Duhaila menoleh pada jam di pergelangan tangan kanannya. 7.45pagi. Kelihatan kelibat beberapa jururawat yang selesai menamatkan "night shift" sedang bergandingan keluar dari bangunan hospital. Ada yang melemparkan senyuman padanya sambil menganggukkan kepala. Semua dibalas Duhaila. Mesra.

Sementara menunggu lif, mata Duhaila menerawang ke kawasan lobi lif. Beberapa kedai cenderamata dan bunga yang baru dibuka sedang sibuk menyusun barangan jualan mereka. Dia memandang pada deretan bunga segar yang bersusun di dalam bekas plastik di kedai bunga EJ Florist. Berjenis -jenis bunga segar pelbagai rupa, warna dan saiz seolah-olah berbaris menanti giliran masing-masing untuk digubah. EJ aka Eliana Johan si tuan punya kedai yang comel dan ramah itu sedang ralit menyusun bunga menoleh padanya. Dia melambaikan tangan pada Duhaila. Duhaila turut melambai sambil bertukar senyum.

"Assalamualaikum...selamat pagi." suara garau begitu dekat pada cuping telinga sedikit menyentak perhatian Duhaila. Dia menoleh ke kanan. Pandangannya jatuh pada sesusuk tubuh tinggi sasa yang sedang berdiri disebelah. Haruman yang sungguh memikat dari tubuh itu begitu menyusuk rongga hidung Duhaila. Mata mereka beradu. Senyum manis terukir di bibir si pemberi salam. Duhaila membalas senyuman si dia di sebelah.

"Waalaikumsalam...morning doctor Taufik." Matanya dialihkan pada pintu lif. Tidak mahu terus berbalas renungan dengan jejaka di sebelah biarpun disedari si dia masih terus memandangnya tanpa sedikit pun kolam matanya berkalih. Duhaila sudah mula merasa tidak selesa diperlakukan begitu. Disekeliling orang ramai pulak tu, issh mamat ni!

cepatlah lif...apsal yang lambat sangat ni!

Saat pintu lif terbuka di tingkat 4 Duhaila segera melangkah keluar dari perut lif yang masih sarat dengan muatannya. fuhh!...lega. Tanpa menoleh, langkah pantasnya diayun ke hadapan sambil matanya menoleh pada jam yang terlilit di pergelangan tangan kanan. 8.00pagi..

issh..lambat dah ni, lif ni la punya pasal...cepat Duha, lambat dah cik kak!

"Duha...tunggu, Duhailaaa...!" Dia mendengar suara dibelakang. Langkahnya diperlahankan. Tidak sampai hati. Juga tidak mahu dianggap kurang ajar. Dia orang baru sedangkan si dia orang lama di situ dan merangkap penyelianya pula.


ye ye...orang dengar la, tak yah la kuat-kuatkan suara tu...ala mamat sekor ni!

"ye ,ada apa doktor Taufik?" Duha memberanikan diri memandang tepat ke wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Mata mereka saling memandang, saling merenung. Taufik dilihat Duhaila hanya memerhatikan dirinya. Tidak berkelip. Duhaila kerut dahi. Duhaila menggamit tangannya di hadapan wajah Taufik.

"Doktor Taufik, are you ok?...ada masalah ke?" Duhaila melihat wajah dihadapannya itu sedikit berubah.

erk...aku salah tanya ke ni?...

"Awak masih marahkan saya kan Duha?..saya tau." Suara yang sangat perlahan dengan intonasi yang cukup sayu saat singgah di kelopak telinganya. Duhaila diam.kedua-dua belah tangannya digenggam erat.Wajahnya di tundukkan sedikit.

"Duha...saya tau saya bersalah...bila awak diam, bila awak menjauhkan diri, bila awak menghindari diri dari bertemu, berjumpa...saya rasa lagi sangat sangat bersalah. Saya tahu saya sungguh melampau...sangat keterlaluan dan penuh emosi hari tu....macam orang yang hilang akal kan. Saya tau awak sungguh malu, dan saya yang pendek akal ini telah memalukan awak didepan semua staff awak...maafkan saya Duha....tolonglah maafkan saya." Duha masih diam. Langsung tidak berkutik.


" Duha...tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya tak boleh tumpukan perhatian pada kerja selagi awak tak maafkan saya.." Taufik memandang Duhaila yang sedikit menundukkan wajah.

" Katakan Duha apa yang harus saya buat agar awak boleh maafkan saya...katakan apa sahaja.."

Duhaila mengangkat pandangannya. Wajah mereka saling bertatapan. Mata saling berpandangan. Duhaila menghela nafasnya sedikit.

" saya dah maafkan doktor, takder apa yang perlu diperkatakan lagi, hal tu dah lepas...sudahlah ye, saya kena pergi dulu ke wad...saya dah lambat ni Doktor Taufik.."

"Duha...saya tau Duha tak maafkan saya sepenuhnya lagi..."

"maksud doktor?"

"kenapa perlu ada "doktor" dalam perbualan kita, hmmm?" Taufik melihat mata Duhaila yang bersinar. Dilihat bibir mungil tu tersenyum manis.

"saya dah maafkan awak Fik...puashati?" Senyuman saling bertaut antara mereka. Duhaila mula mengatur langkah meninggalkan Firdaus yang masih tercegat di situ.

"Duha..." Duhaila menoleh.

"i am sorry...so sorry...."

Duhaila menganggukkan kepala, tersenyum sambil mengangkat tangan pada Taufik.

Taufik membalas sambil mengenyitkan mata.

Duhaila membesarkan mata sambil menghalakan buku limanya pada Taufik.

Ketawa Taufik pecah disitu.

Thursday, September 24, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 1

Bab 1

Kata orang rasa bahagia itu letaknya dihati. Benarkah begitu?.

Bahagia. Ya, itu yang dirasakan saat ini. Mata dipejam seketika. Rasa yang ditiupkan hingga ke pangkal jiwanya begitu nikmat sekali. Rasa yang dihadirkan dalam tubuhnya yang kurus itu membuatkan dia sungguh bersemangat sekali pagi ini. Tidak seperti pagi -paginya sebelum ini. Tidak seperti hari-harinya sebelum ini. Pagi dan harinya sebelum ini sentiasa tidak ceria...sentiasa kelam. Penuh airmata...namun dia redha. Mungkin ada hikmah yang tersirat. Siapa tahu...yang tahu hanya Dia...hanya Dia yang maha mengetahui.

Jendela yang sedia terbuka dari sejak subuh tadi bagai menggamit langkahnya untuk menghampirinya. Perlahan-lahan telekung yang menyarungi tubuhnya ditanggalkan. Dilipat rapi lalu disangkut pada penyidai kayu di sebelah katil. Sejadahnya turut disangkut sama. Rambut panjangnya yang terurai perlahan diikat kemas lalu disimpul menjadi sepeti sanggul. Dia mencapai penyepit rambut di hujung meja lalu diselit pada rambut agar duduknya kejap. Tidak goyah. Perlahan dia bangun dari birai katil. Langkahnya diarah ke arah jendela yang sedang terbuka.

"izinkanlah Zita pergi papa. Izinkan Zita dan restuilah Zita papa. Doakan Zita...doakan semoga Zita menemui apa yang saya cari."

"papa izinkan. Moga Zita temui jawapannya di sana.."

Kicauan burung dari dahan pokok di hadapan jendela mengejutkan dia. Zita memandang pada kawanan burung yang seronok bertenggek di dahan pokok. Riang dengan kicauannya. Melihat pada kawanan burung yang sedang riang berdendang didahanan fikirannya kembali menerawang mengingati pada seseorang.

Ketukan berserta suara memanggil dari celahan pintu memaksa dia melupakan sejenak lamunannya.

"ye Mak Ton?..ada apa?..." wajah wanita separuh abad yang sedang berdiri sambil tersenyum dihadapan dipandang.

"maaf cik Zita. Ada orang nak jumpa di bawah."

"sapa Mak Ton?.Mak Ton kenal ke?"

"erk, maaf Cik Zita, Mak Ton tak kenal..tapi kata dia cik Zita yang suruh dia datang ke mari pagi ni. " wajah Mak Ton sudah berkerut. Zita menepuk kepala. Tersenyum. Mak Ton sedikit terkejut dengan perlakuan anak tunggal tuannya itu.

"ya Allah, saya lupa sungguh Mak Ton...takper tak per...Mak Ton suruh pakcik tu masuk dulu ye. Nanti Zita siap dulu...lepas tu kita sarapan sama-sama ye." Zita menepuk lembut bahu Mak Ton. Mak Ton mengangguk-anggukkan kepala. Langkah Mak Ton yang berbadan gempal dan sedikit rendah itu diatur perlahan-lahan menuruni anak tangga kayu untuk ke bawah. Zita memerhatikan langkah Mak Ton. Perlahan-lahan pintu biliknya ditutup.

"Assalamualaikum Pak Musa...Zita minta maaf buat pak musa tertunggu-tunggu." Lelaki lebih separuh abad dihadapannya hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. "takper Zita...pakcikpun baru jer sampai...punggung pun belum panas lagi duduk kat sofa lembut ni.." tangan Pak Musa menyapu-nyapu belakang seluarnya spontan. Zita ketawa dengan kata-kata lucu Pak Musa.

"jom Pak Musa kita sarapan dulu. Mak Ton tanak pulut dengan sambal tumis ikan bilis. Gelama masin pun ada sama..." Zita mempersilakan Pak Musa ke ruang tengah rumah.

"wah sedap tu..langkah kananlah pakcik pagi ni ye..." kedua-duanya bertukar senyum.

* * * * * * *

"kenapa Zita pilih duduk di kawasan kampung ni...yelah orang bandar macam Zita mungkin tak kan betah berlama-lama di kampung..." Pak Musa terus melangkah ke hadapan memasuki denai. Zita mengekori langkah Pak Musa. Mahu menyaingi langkah pantas orang tua separuh abad yang masih nampak gagah.

"maksud Pak Musa?" Zita menoleh memandang wajah Pak Musa.

"yelah...kampung ni apa yang ada Zita...takde yang istimewanya pun...takat hutan banat tu adalah...banyak pun haa." Pak Musa melibas-libas parangnya pada pokok-pokok paku pakis yang menghalang laluan di kiri kanan jalan.

"saya ke mari dengan tujuan Pak Musa..." Mata Zita memandang sayup ke arah pokok-pokok hutan yang berdiri tegap, merimbun dihadapan. Pak Musa memandang wajah gadis muda disebelahnya.

"tujuan?...maksud Zita?". Zita tersenyum memandang Pak Musa.

"mencari jawapan Pak Musa." Dahi Pak Musa sedikit berkerut.

"jawapan?..jawapan apa Zita?"

Zita melangkah ke hadapan sedikit. Tangannya didepakan kehadapan. Pak Musa hanya memerhatikan.

"sebuah jawapan yang bakal merubah hala tuju hidup saya Pak Musa."

Ya, jawapan yang sekian lama dinantikan...dan dia tidak putus berdoa, memohon pada-Nya agar dilohongkan hati dan dirinya pada pencarian itu.

Rindu Semalam - Bab 17

Bab 17

Duit baki yang dipulangkan oleh si pegawai khidmat pelanggan segera diambil dan dimasukkan kedalam beg kecil yang dikhaskan untuk duit syiling. Beg itu kemudiannya dicampakkan kedalam beg tangan berwarna hitam sambil Duhaila melangkah pantas menuju ke anak tangga untuk ke platform. Dia melihat sekeliling, memandang kalau-kalau ada wajah yang dikenali boleh juga jadi teman berbual...tapi tiada...semuanya wajah yang cukup asing baginya. Wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada empat orang lelaki sedang duduk di bangku yang tersedia sambil berbual-bual,pada fikirannya mereka pasti saling mengenali...tapi mungkin juga tidak...mana tau, mungkin mereka baru sahaja berkenalan di situ...berkenalan di platform ERL...bunyinya macam lucu pulak....Duhaila tersenyum sendiri. Dia berdiri sambil melihat jam ditangan.

hmmm...lagi lima minit keretapi akan sampai, rasa lambat la pulak jam ni bergerak!

Duhaila membelek tiket ditangan. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Jika tidak kerana kecuaiannya tidak mungkin dia tersangkut di sini dan harus pulang dengan menaiki ERL. Sepatutnya dia memeriksa keretanya pagi tadi tapi kelewatannya kerana sudah kesiangan menyebabkan semuanya jadi serba tak kena hari ini. Keretanya kehabisan minyak. Maka terpaksalah dia menaiki teksi ke hospital.

Dalam kelewatan tiba di hospital dan terkocoh-kocoh pula ke wad pesakit untuk sesi lawatan pagi dan menyudahkan tugasan sesi pagi, dia diuji lagi. Dia dimarahi doktor Taufik kerana tertinggal laporan bulanan yang sepatutnya dibawa hari ini untuk mesyuarat bulanan. Dia tahu itu kesalahannya...tahu itu kecuaiannya... memang itu salahnya dan dia wajar dihukum. Duhaila maklum itu...tapi tindakan doktor Taufik memarahinya di depan para petugas ketika di wad cukup melukakan hatinya...dia cukup terasa hati. Kalau nak marahpun...panggil sahaja dia masuk ke dalam bilik...marahlah, makilah...jeritlah...jeritlah sampai terkeluar anak tekakpun tak mengapa dia akan diam, dia faham...tapi, mengapa harus diaibkan dirinya yang masih baru ini didepan rakan-rakan sekerja yang lain...dia juga punya maruah diri. Dia tahu rasa malu..rasa segan.

Bunyi dari telefon bimbit menggamit tangannya untuk menyelok ke dalam tas tangan yang sedang tersangkut di bahu kanan. Dia menoleh melihat nama yang terpapar di skrin. Dibiarkan sahaja telefon terus berlagu. Senyap. Kembali berlagu semula. Dibiarkan sahaja. Berlagu lagi. Dibiarkan juga. Akhirnya senyap. Lalu bunyi lain pula berdendang di telinga menandakan ada pesanan ringkas yang masuk pula. Dia menekan untuk melihat apa yang terpapar di skrin.

Duha, awak kat mana ni?...saya tahu awak marah...sangat marah barangkali...maafkan saya!...saya tahu saya salah...tolonglah maafkan saya Duha!...jangan buat saya macam ni...saya rasa bersalah sangat pada awak...tolonglah!

Dia tidak rasa mahu membalas apa-apa. Biarkan dia rasa!

Dia sungguh sedih dengan perlakuan doktor Taufik pagi tadi. Dan kerana rasa itu masih utuh menghuni di hatinya dia mengelak dari bertemu dan bertembung dengan Taufik. Dia dapat melihat tadi Taufik cuba mengejarnya tatkala dia menuruni anak tangga untuk keluar ke pintu utama. Dia mempercepatkan ayunan langkah. Dia mendengar suaranya dilaungkan...sengaja dipekakkan telinga..aahh lantaklah, biarkan dia rasa!. Pantas dia membuka pintu teksi yang kebetulan ada disitu...dia tidak menoleh kebelakang walau dia pasti....amat pasti Taufik sedang mengejarnya. Biarkan dia rasa, jangan seenaknya bercakap!

Bunyi keretapi yang datang mematikan lamunan. Langkah diatur kedepan dan saat pintu dibuka, Duhaila segera meloloskan dirinya kedalam. Dia mengambil tempat lalu melabuhkan duduknya.

kau marah?..atau kau sebenarnya kecil hati? ...faham...tapi kenapa sampai bertindak begini, melarikan diri macam ni...janganlah macam budak-budak Duha!...maafkan dia...dia kan manusia juga..tak baik kau buat macam ni Duha...

Duhaila melihat di cermin keretapi...ada dirinya disana...sedang memandang sambil tersenyum...benarkah dia bertindak kebudak-budakkan?..sungguhkah dia sememangnya sedang melarikan diri?...Duhaila terus merenung diri dicermin keretapi yang terus meluncur laju.

"Yang kau pun satu mangkuk...kalau ye pun nak marah yang kau pergi marah dan jerit dia depan staf-staff lain tu kenapa Fik?, malulah dia..seganlah dia...apalah kau lembab bab-bab ni. Patut kau tanya dulu sebab musababnya...ni tak, kau main serang jer..." Wan Azlan tenung wajah serabut Taufik yang sedang berdiri dihadapannya saat itu. Sejak petang tadi wajah teman baiknya itu tidak seperti biasa. Muram. Kusam. Serabut sungguh!

Taufik mengangkat pandangan mata merenung Wan Azlan. Tangan kanannya digosokkan pada tengkuk. Dia berjalan-jalan tanpa arah didalam ruang bilik doktor Wan Azlan yang agak terhad itu. Wan Azlan menggeleng-gelengkan kepala. Rasa ingin ketawa juga melihat telatah temannya yang satu itu. Tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini. Dia bukan baru kenal dengan Taufik. Tapi kenapa pula dengan doktor muda bernama Duhaila itu dia boleh jadi tak tentu hala begini. Bagaikan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh temannya itu dari pengetahuannya.

"Aku tahu la aku yang salah Wan...aku tak tahu dia ada masalah pagi tadi, dan laporan tu rupa-rupa sudah dia masukkan dalam kereta. Dia tak cakap apa-apapun untuk bela diri, aku dapat tahu pun dari Ziha waktu lunch tadi...aduh, aku memanglah partner yang tak perihatin..." Taufik menarik kerusi dihadapan Wan Azlan lalu melabuhkan duduknya. " tapi aku tak tahu nak minta maaf macam mana kat dia...tadi aku cuba kejar dia, panggil dia...dia terus blah naik teksi, langsung tak toleh, aku tau dia dengar aku panggil dia...dah tu semua call aku dia tak angkat, sms aku dia tak balaspun...sampai sekarang Wan...she just silence herself...aku tak tahu nak buat macam mana lagi." Taufik menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"kau bagi dia cool dulu Fik...jangan ganggu dia...esok tu oklah, ala perempuan memang macam tu kan...kejap jer dia merajuk tu..." Wan Azlan menepuk bahu teman dihadapanya itu. Cuba menenangkan perasaan Taufik yang agak terganggu dengan insiden dirinya dan doktor Duhaila pagi tadi. Macam-macam hal kau ni Fik!, getus hati kecil Wan Azlan.

"buatnya dia tak sejuk gak esok, naya aku Wan...dia dah la partner aku...satu-satunya partner aku yang paling cekap...susah nak jumpa partner macam dia Wan." Taufik melontar pandangan pada Wan Azlan yang sudah tersenyum-senyum.

"Wei, aku cakap serius kau boleh senyum lagi...teruk la kau Wan, simpati lah sikit kat kawan baik kau ni.." Taufik menumbuk perlahan bahu Wan Azlan.

Senyum di bibir Wan Azlan terus berbunga...

Tuesday, September 15, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 2

Bab 2

Mata bundarnya yang sedikit cembung itu mencerlung mencari kelibat seseorang. Mata makin mengecil memandang ke arah orangramai yang lalu lalang di hadapan. Dia menyandar pada tembok di tepi kedai menjual barang kraf orang asli di situ. Kepalanya dianggukkan pada tuan kedai yang menoleh padanya. Senyum mereka bertukar.

issh, mana dia ni...kata kul 2, penat jer aku meredah panas matahari...

Penat berdiri dia bergerak sedikit ke penjuru kanan lalu melabuhkan punggung pada bangku kayu yang tidak jauh dari situ. Tangannya dikipas-kipaskan ke arah muka cuba mengurangkan haba kesan dari bahang matahari yang masih terasa di wajahnya yang putih bersih itu.

"haa...sat sat, jangan sembuq aku dulu..." Azad sudah terlebih dahulu mengangkat tangan sambil tersengih padanya.

"aku memang dah nak keluaq awai tadi Ku'a..." Azad pandang Ku'a. melihat kalau-kalau rakannya itu ada riak marah. Selamat!, desir hati kecilnya. Dia lihat wajah Ku'a tenang-tenang sahaja.

Dia menyambung penjelasan.

"Tapi boss aku tu Ku'a...alahai leceh betui la...bila dia nampak ja aku mula nak melangkah dia dah jerit nama aku dari dalam bilik dia..." Azad mengambil tempat disebelah Ku'a. Ku'a mengengsot sedikit badannya melapangkan ruang disebelah.

"hang marah ka Ku'a?...senyap ja ni..." Azad menoleh sedikit memandang wajah Ku'a. Ku'a menggeleng-menggelengkan kepala.

"ala hang tu..." Azad pandang lagi muka Ku'a. "bukan aku tak kenai...marah ka, suka ka, sedih ka...mana nak tunjuk...pendam ja...muka hang tu sepesen ja untuk semua jenis cuaca dan keadaan...dari dulu lagi...la ni pun sama la jugak.."

Ku'a senyum pada Azad.

"dak eh...hang dah beritahu kan sebab apa hang lewat...ok la tu...eh tapi cite hang tak habis...pasai apa boss hang panggil?" Azad mencebik saat mendengar soalan Ku'a.

"mamat tu memang saja dengki kat aku...ni.." Azad menunjukkan sebuah fail yang penuh dengan penanda-penanda kecil berwarna di hujungnya. "dia suruh aku semak hari jugak...pastu summarieskan pada dia...esok pagi-pagi buta kena submit...gila punya orang!..eei tensen betui aku...aku ni lama dah tak makan orang tau Ku'a....kang ada yang kena baham ngan aku ni nanti..."

Ku'a ketawa. Sungguh-sungguh dia ketawa dengan kata-kata marah yang terhambur dari mulut teman rapatnya itu. Entah kenapa dipendengarannya ia sangat lucu. Azad menepuk paha Ku'a. Sedikit kuat.

"aduh!...sakit la weii...tangan hang tu dah la dua kali ganda tangan aku..."

"sapa suruh gelakkan aku...patut hang simpati kat aku ni...ni, gelakkan aku lagi..gelak sakan tu...tak patut sungguh hang Ku'a..."

Ku'a sambung ketawa. Azad sudah menjegilkan biji matanya.

"ok ok..." Ku'a angkat tangan.

"sebelum hang makan aku jom kita pi cari bendaalah yang hang nak beli tu....aku rasa kat tingkat ataih ada kot, hari tu aku lalu kat sana..."

"jom jom..." Azad menarik tangan Ku'a. Langkah mereka berdua deras menaiki tangga ke tingkat satu.

"Ku'a hang tengok lukisan tu....macam macam familiar la.. "Ku'a menghalakan matanya pada arah yang ditunjukkan Azad. Matanya tercacap pada lukisan yang sedang tergantung di dinding Restoran Seri Pagi. Cantik. Unik. Tapi yang lebih penting...dia pernah melihat lukisan itu dulu..ya, suatu masa dahulu. Tapi di mana ye?...mindanya cuba dikocakkan. Cuba digali. Namun gagal.

Pelayan yang datang ke meja mendapatkan pesanan segera Azad sambar.

"adik adik...akak nak tanya sat..." Matanya dihalakan pada pemuda kurus dan berkulit hitam yang sedang tersenyum manis pada mereka.

"tanya apa kak?.."

" tu..lukisan yang tergantung kat dinding tu...yang sangat abstrak tu...beli kat mana dik?"

Pemuda itu menghalakan kepalanya pada lukisan yang dimaksudkan.

"ooh...tu kami tak beli kak. Tu koleksi lukisan yang boss kami lukis sendiri..."

Ku'a dan Azad saling memandang. Kagum.

"boss?...boss adik tu perempuan ka lelaki? tua ka muda?..." Azad terus mengajukan soalan. Ku'a sudah tersenyum sambil menundukkan muka. Malu sedikit pada adik pelayan dihadapan mereka yang juga sedang ketawa kecil melihat gelagat spontan gila Azad.

"boss kami lelaki la kak...muda...hensem tau..."

Azad pandang Ku'a. Azad angkat kening. Azad senyum senyum kecil.

Ku'a mencebik. Dibalingnya tuala yang berlipat cantik diatas pinggan dihadapan pada Azad.

Azad ketawa.

tak kuasa la nak layan hang ni azad!

"dah cepat order, sian adik ni dok berdiri layan kepala hang yang sentiasa terbit wayar tu..."

Azad mencebik pada Ku'a.

"hmm...ehh adik ni air janda pulang ni air macam tu...mak aai punya la pelik nama...akak first time dengar...sedap tak?"

Pelayan yang masih setia berdiri dihadapan mereka sudah tersenyum mendengar pertanyaan Azad.

"air tu..." belum sempat adik pelayan membuka mulut, Ku'a sudah memintas.

"adik...bawakkan 2 air yang tu dengan 2 nasi goreng daging merah dan tomyam campur ye..."

Azad pandang Ku'a.

"awat hang pi order?...hang tau ka air apa tu, main bantai ja order, buatnya air tu pelik tahap jingga tak buleh telan, nak buat lagu mana nanti?..haa, hang habiskan ya..aku tak mahu masuk hospital Ku'a..."

"memang la hang ni...takkan la depa nak juai air yang bukan-bukan. Nama tu sebab air tu tak silap aku asai dari Negeri Sembilan. Air kelapa mula yang ditambah gula sirap dan dibubuh selasih..tu jaa. Aku dah pernah minum...sedappp!, tapi kalau hang tak mau, baguih gak..biaq aku perabih semua...hang la melepaih nak rasa air janda pulang..." Ku'a melempar senyuman pada Azad seperti menelan air liur mendengar penjelasannya tadi.

"sedap Ku'a?...aku kensel la ayat aku tadi...aku nak rasa wei air tu...air janda pulang tu.."

padan muka...tadi kemain eksen ek!

"mana buleh..hang dah habaq suruh aku minum semua kan?...no way.."

"ala Ku'a...sorry la wei...break mulut aku kan selalu rosak..."

Dan suara pujukan Azad makin bertali arus berkumandang di Restoran Seri Pagi.

Thursday, September 10, 2009

Rindu Semalam - Bab 16

Bab 16

Taufik menjengokkan sedikit kepalanya ke bilik rehat. Tiada kelihatan kelibat orang yang dicari. Dia meneruskan langkah panjangnya ke lif. Butang ditekan. Dia menunggu pintu lif dihadapannya terbuka. Disampingnya kelihatan tiga orang wanita dan seorang lelaki turut sama menunggu sepertinya. Menunggu lif. Dia memberi senyuman sambil menundukkan kepala sedikit tanda hormat pada keempat-empat mereka. Mereka turut membalas. Pada fikirannya mungkin mereka ini mahu pulang ke pejabat atau pulang ke rumah selepas sesi lawatan pesakit untuk tengahari ini tamat. Pintu lif terbuka lalu Taufik memberikan laluan kepada kesemua mereka untuk masuk ke dalam dan kemudian dia yang terakhir melangkah masuk. Agak sesak juga keadaan di dalam. Taufik dapat menyelitkan tubuhnya sedikit di hadapan pintu lif sebelum ianya tertutup.

Dia meneruskan langkah ke destinasi yang sedang bermain dalam kepala. Dia mengharapkan orang yang dicari ada di situ. Cepat-cepat langkah panjangnya di diatur. Dia melepasi wad kecemasan yang masih sibuk dengan kehadiran pesakit sebelum membelok ke kanan lalu menuruni anak tangga batu yang cantik berukir. Matanya cuba difokuskan. Mencari-cari. Langkah makin laju memasuki bangunan kafe berwarna coklat muda dengan hiasan serba sederhana tapi indah dan mendamaikan pandangan mata dan halwa jiwa.

"Nasib baik awak ada kat sini lagi..." Taufik melepaskan lelahnya lalu melabuhkan duduk kerusi mengadap gadis dihadapannya.

Duhaila memerhatikan sahaja gerak geri Taufik.

"Ada apa you cari I ni Taufik?. Ada hal penting ke?."

Soalan Duhaila tidak dijawap terus oleh lelaki dihadapannya itu. Taufik sebaliknya menggamit tangan ke arah seorang pelayan yang sedang berdiri di sudut kaunter bayaran.

"Hmm..bagi saya nasi paprik special dengan sirap selasih ye dik...terima kasih."

"You still did not answer me Taufik.." Duhaila memandang ke wajah Taufik. Saling bertatapan. Saling merenung. Duhaila menundukkan wajahnya. Tangan halusnya mengacau straw pada gelas minuman yang masih berbaki separuh air berwarna merah jambu. Taufik tersenyum.

"Nak sampaikan ucapan terima kasih seseorang pada awak. Dia nak cakap sendiri dia tak berani...takut katanya. Nanti awak taknak jumpa dia. "

Duhaila membuang pandang ke arah kolam air yang terbina di sudut kafe itu. Aliran air yang menuruni lekukan batuan-batuan yang dibina pada lanskap kolam itu begitu memdamaikan sekali. Suasana sepi antara kedua-duanya.

Suasana sepi mereka tiba-tiba pecah dengan suara pelayan tadi datang menghantar pesanan Taufik.

"Terima kasih...". Taufik mengangkat tangan membaca doa. Kedua-dua belah tangan diraup pada wajahnya. Air berwarna merah bercampur selasih itu pantas disedut. Tangan menarik bekas pastik berisi sudu dan garfu dihadapan Duhaila. Dia mengambil sepasang. Duhaila memerhatikan perlakuan Taufik.

"Tak perlu berterima kasih. Itukan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya. Tanggungjawab seorang doktor pada pesakit dibawah jagaannya. Kalau awak ditempat saya pun awak akan berbuat demikian kan."Duhaila memandang sekilas pada Taufik.

Taufik mengangguk-anggukkan kepala. Matanya menatap wajah mulus Duhaila. Menjelajahi ke setiap daerah...setiap inci...setiap pelusuk wajah indah dihadapannya itu. Dari alis mata yang lebat dan lentik, kening yang nipis terbentuk, mata yang bersinar, hidung sederhana kecil yang mancung, tulang pipi yang tinggi, bibir nipis tapi lebar membentuk sebuah senyuman yang sangat indah...dilengkapi dengan sepasang lesung pipit yang sederhana dalam...membentuk sebuah potret wajah yang lengkap. Entah mengapa setiap kali memandang wajah doktor muda dihadapannya itu perasaannya jadi lain. Tidak sama dengan perasaan yang dialami bila melihat wajah gadis-gadis lain. Dunianya di hospital sentiasa dikelilingi para doktor muda dan jururawat yang cantik- manis. Silih berganti. Tapi tidak pernah hatinya berdetik. Bukan seperti yang ini. Gadis dihadapannya ini membuat hatinya sering berdetik. Arghh... Dia tidak sepatutnya punya perasaan begini...tapi bolehkah dihalang perasaan itu dari mendatangi hatinya. Dia sendiri tidak pasti. Keliru. Takut.

"Tak salahkan dia ucapkan terima kasih pada you?. Itu adalah penghargaan atas keperihatian you. Tindakan dan cara you semalam yang mengharukan dia. Kalau tak sebab tindakan pantas you...mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini. Memang kita tak mintak, tapi soal malang ni sukar diduga, rite?". Tangan Taufik meneruskan suapan.

" Taufik..."

Taufik yang sedang menyuap makanan terhenti. Matanya memandang tepat pada wajah Duhaila.

"What happened to Ben's mother?"

Taufik meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan. Dia menarik gelas lalu menyedut perlahan isinya.

" You wanna hear the story?." Duhaila laju menganggukkan kepala. Taufik merapatkan kedua-dua belah tangannya ke tubuh. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Cuba mencari ketenangan. Dia cuba mengorek kotak mindanya untuk melayarkan semula peristiwa itu. Peristiwa setahun lalu.

"Kanser rahim...final stage." Nafas Taufik bagai tersekat di situ. Sedih tiba-tiba menyapa.

"The doctors have try their best to save her...but Allah love her more then us. Ben ada disisi Suhana di saat akhir hidupnya. Dia saksikan sendiri saat Suhana menghembuskan nafas terakhirnya." Taufik memejamkan matanya. Duhaila menatap wajah Taufik. Rasa pilu menjentik tangkai hatinya kala itu.

"Akhmal tak tahu?". Taufik menggeleng-gelengkan kepala.

" Suhana sembunyikan perkara ini dari mula dia pregnantkan Ben...tak siapa pun tahu. Not even Akhmal."

Diam. Mereka tenggelam di daerah sepi masing-masing.

"Taufik..."

"Hmmm.."

"Ben say something to me last night..."Taufik melihat mata Duhaila yang sedikit berkaca.

"He missed her...missed her so much Taufik...and...and he asked me something...something that I don't know how to answer back...just because i don't know the story...his sad story." Duhaila menutup mulutnya. Cuba menahan sebak.

"Dia tanya you apa?"

Duhaila menggeleng-gelengkan kepala. Matanya dilarikan dari memandang Taufik.

Mata Taufik masih lekat pada wajah Duhaila yang kian basah.

Tuesday, September 8, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 1

Bab 1

2009...

Jalan sedikit berbukit menuju ke bangunan berukiran berpetak-petak dengan bentuk bumbung yang seakan daun-daun sirih yang sedang diatur di dalam tepak itu dengan warna latar coklat tua berselang seli dengan warna putih didaiki perlahan-lahan. Udara pagi masih segar menyapa wajah putih bersihnya yang tidak langsung dihuni palitan warna-warna kosmetik. Baju kurung jenis kain kapas bertanah merah jambu bercorak bunga tabur berwarna putih sedikit terbuai dengan alunan tiupan lembut sang angin pagi. Setelah meletakkan kereta di Wisma Sejarah yang terletak bersebelahan tadi Ku'a asalnya mahu terus sahaja memasuki bangunan bersebelahan. Namun bila melihat ada pameran di ruang legar bangunan dia terus teruja ingin menjeguk. Dan setelah puas dengan aktiviti meninjau dan membelek langkahnya diarah memasuki bangunan tersebut. Tangga segera dipanjat. Ku'a ingin ke tingkat satu. Mahu duduk sambil membaca di situ. Mahu melupakan seketika masalah di pejabat. Masalah di rumah. Dia mahu menikmati cuti hujung minggu dengan beristirehat di sini sambil diulit timbunan buku-buku.

Itu minatnya dari dulu. Minat yang sudah berakar umbi dalam jiwanya. 10 tahun dulu dia juga begitu malahan minatnya pada dunia yang satu ini langsung tidak pernah luak. Ia makin mekar dan terus mekar selari dengan peningkatan usianya. Walau dihambat dengan tugasan yang mengejar deadlines saban masa di pejabat, diburu puluhan proposal tiap bulan, disogokkan dengan perihal meeting yang tidak tentu masa, dia masih memperuntukkan masa untuk minatnya yang satu itu. Dia tahu dia yang mengawal masa. Bukan sebaliknya. Maka dia tidak harus ada masalah untuk itu.

Ku'a melangkah ke arah rak bernombor N8890. Dia sudah maklum dengan kategori rak-rak disitu. Sudah kerap dia ke mari menghabiskan masa yang terluang. Dia meneliti tiap buku yang disusun berbaris di situ. Kepalanya yang kemas ditutupi tudung kosong berwarna senada dengan baju kurungnya tadi didongakkan keatas. Mahu melihat buku-buku yang diletakkan dibaris paling atas. Jarinya pantas membaca judul yang tertera. Kemudian jarinya itu berpindah setingkat ke bawah. Matanya terus meneliti barisan buku-buku disitu. Dia menarik sebuah keluar dari barisan. Dia tersenyum. Antologi Suatu Subuh Yang Bening itu dipegang erat lalu kaki melangkah ke meja yang terletak disudut paling hujung. Dia sukakan suasana di situ. Tenteram. Damai. Jauh dari kelompok para pengunjung yang lain.

Ku'a menyelak mencari cerita pertama dalam naskhah yang sedikit usang itu. Dia melihat nama penulisnya; Abdullah Hussain. Baboon. Matanya dan jiwa terus tenggelam dengan riwayat yang dipenakan mantan sasterawan negara itu. Sesekali tersuing senyum dibibir mungil saat mata singgah pada babak lucu. Lucu yang bukan slaptik. Bukan juga plastik. Lucu yang spontan. Hidup sekali satiranya. Saat dia mahu berpindah ke kisah berikutnya, bunyi di telefon bimbitnya berlagu merdu. Nasib baik dia sudah menurunkan darjah volumenya sewaktu didalam kereta tadi, kalau tak...nahas!.

Ku'a menoleh sebentar pada skrin di telefon bimbitnya. Matanya sudah bersinar. Bibir digumam menahan tawa yang mungkin akan tercetus.


Ku'a...hang tido' sorang sorang ek malam ni, aku berkhemah kat rumah Aida ngan Suzi tau malam ni...wei, ada gossip terhangat dan pasti sangat malatopp tau, hikhik...nanti balik aku war-warkan pada hang lak, mesti hang tak percaya..sungguhlah sensasi cerita yang baru ku dengar dari mangkuk berdua tu...ok, chow beb. Jangan lupa kunci pintu masa nak tido'nanti...hang tu kan penakut tahap 10 tingkat..aslkm.

Azad azad...ada ada aje dia!..

Bibir Ku'a terpamer senyum seusai membaca teks di skrin telefon bimbitnya itu. Kepalanya digeleng-gelengkan seketika tika mengenangkan teman serumahnya yang satu itu. Ya, satu-satu teman serumahnya. Teman yang terus setia menemani sejak dulu. Sejak mereka sama-sama di universiti hinggalah kini. Sudah hampir sedekad mereka berdua sebumbung. Dia menekan aksara-aksara pada telefon bimbit. Mahu membalas pesanan teman serumahnya itu.

yelah, selamat bergossip ngan 2 budak kembar tak seiras tu...sakan bergossip tu nanti jangan sampai tak balik rumah pulak...hang tu memang rajin part buat tangga kat rumah orang, bukan aku x kenai hang tu...wkumsalam


Ku'a menutup telefon lalu diletakkan diatas meja dihadapannya. Bacaan yang terganggu tadi diteruskan. Muka surat terus diselak. Matanya terhenti pada tajuk Pusaran tulisan S. Othman Kelantan.Sedang dia ralit penuh khusyuk melayan naskhah yang terbentang diatas meja, terdengar ketukan kecil dari arah atas meja tempat dia sedang duduk. Kepalanya yang asyik menunduk sejak tadi didongakkan ke atas. Bibirnya menguntum senyuman manis. Namun hatinya mula berdetik.

Siapa pulak dia ni?...aku kenai ka?

"Psst...ni Kak Ku'a kan?...ni Zam. Junior akak kat Jitra. Akak BBA kan? duduk G18? geng geng kak Azad, kak Shida, Kak Mie, Kak Shima kan?..."

Bertalu-talu soalan dari si pemilik mata galak yang sedang berdiri dihadapannya itu membuatkan Ku'a bagai tergamam seketika. Dia memandang sekeliling. Khuatir ada yang terganggu dengan butiran yang keluar dari mulut si gadis manis dihadapannya itu.

Ku'a cuba sedaya upaya tersenyum walau dia mindanya saat itu berhempas pulas cuba mengingati siapakah gerangan gadis itu. Rasanya dia tidak pernah rapat dengan mana-mana junior dahulu. Dia bukanlah jenis yang hu ha hu ha macam Azad dan Shida yang sangat keletah lagi lincah.

Aduh...otaknya bagai enggan berkerjasama untuk mencari jawapan pada persoalan yang kian menyucuk peti simpanan memorinya.

Dia menutup bukunya lalu memberi isyarat pada gadis manis itu untuk turun ke bawah. Ku'a mahu mengajak dia ke kantin. Mungkin disana mereka boleh bercerita panjang. Mengorek sejarah manis waktu di sana. Mungkin sesudah perut diisi, otaknya akan mahu bekerjasama.

Langkah mereka berdua beriiringan ke arah kantin. Ku'a mengarahkan si gadis tadi duduk dahulu. Langkah di hala ke arah kaunter lalu pesanan diberikan. Setelah membayar, Ku'a menatang dulang berisi milo ais dan jus orange berserta 2 pinggan mee goreng yang masih panas ke meja yang sedang diduduki gadis tadi. Ku'a meletakkan gelas berisi milo ais dan piring berisi mee goreng dihadapan gadis itu.

"Maaf lah kalau akak tak cam adik tadi...tapi akak kurang pasti macammana ye adik kenal akak. Kata tadi belajar kat Jitra kan. Akak ni bukan jenis campur sangat dengan orang masa di kampus dulu...lagi lagi adik junior. Jadi susahlah nak cam orang. Akak bukanlah sombong..tapi akak ni pendiam sikit, lagi lagi kalau orang yang akak tak kenai." Ku'a tergelak mengenangkan sikapnya yang satu itu.

Ya, dia harus akui dia memang pendiam. Dia hanya akan mesra dengan mereka mereka yang benar-benar dia kenal sahaja. Sedari kecil dia memang begitu. Mungkin sebab itu dia tidak punya ramai kawan. Apatah lagi kawan akrab. Hanya 2 orang itulah sahaja. Sejak dulu hingga kini. Hanya Azad dan Shida. Tapi..kini hanya tinggal Azad. Shida sudah berhijrah ke Bahrain bekerja di sana. Kemudian berkahwin pula dengan tok arab berserban lilit yang berasal dari sana. Maka kekallah temannya yang satu itu bermastautin di sana. Sudah beranak dua pun dia. Bahagia dengan kehidupannya disana. Alhamdulillah. Tinggal dia dan Azad yang masih dengan status ciknya. Tidak tahulah bila status mereka berdua bakal dinaiktarafkan. Masa yang bisa menentukan. Mungkinkah begitu?.

Gadis dihadapannya tersenyum pada Ku'a. Senyuman yang cukup manis. Wajah bujur sirih dengan rambut beralun paras bahu itu cukup menawan.

"Akak mungkin tak kenal saya masa di sana dulu...yelah kita beza...masa saya buat matrikulasi saya dah kenal akak dan saya sangat minat dengan akak. Akak dulukan aktif masuk deklamasi puisi. 4 tahun berturut-turut akak menang sayembara puisi kat kampus kan. Juara yang tak pernah tewas tu. Akak juga mungkin tak sedar dalam diam akak tu akak punya ramai peminat tau. Sangat ramai. Salah seorang nya saya la....dan seorang lagi ni pun sama. Lagi hebat. Minat sangat sangat dengan akak. Sampai sekarang pun dia masih ingat akak. "

Dahi Ku'a sedikit berkerut.

seorang lagi ni pun sama.

sorang lagi tu sapa pulak?

Bagai mengerti apa yang sedang bersarang di benak Ku'a saat ini, gadis di hadapannya itu meneruskan bicaranya.

" Kak Ku'a mesti nak tahu sapa kan?..." Dia sudah menguntum senyum kecil. Ku'a turut tersenyum.

"Kenal Zaid?...Zaid Huhanni Bukhari...mesti akak masih ingat sapa dia kan?."
Siapa yang tak tak kenal Zaid Huhanni...

Ku'a cuba menormalkan wajahnya di hadapan gadis itu. Sedaya upaya dia cuba memastikan tiada riak terkejut terpancar. Janganlah dia nampak!

"Dia tu abang saya. Peminat nombor satu kak Ku'a. Rasanya sampai sekarang pun dia masih begitu."

Dan air liurnya bagai tersekat di lohong kerongkongnya saat mendengar kenyataan itu.

Zaid Huhanni!

Monday, September 7, 2009

Rindu Semalam - Bab 15

Bab 15

Duhaila sedang berjalan selepas keluar dari surau selepas menunaikan solat maghrib saat dia mendengar suara seakan saling bertingkah dia kaunter pesakit luar di wad pediatrik. Dia melihat beberapa orang jururawat sedang berkumpul dan ketua jururawat seperti sedang mengarahkan sesuatu. Hatinya bagai memberi isyarat yang tidak enak. Ada sesuatu telah berlaku. Pasti. Langkah dipercepatkan menghampiri kaunter.

"Assalamualaikum...ada apa yang berlaku yang saya perlu tahu?" Duhaila memandang kesemua wajah jururawat yang bertugas bersamanya pada malam ini. Dia melihat ada sesuatu yang berita yang terlukis di tiap wajah dihadapannya namun dia gagal menafsirkan makna lukisan itu.
Nazariah, ketua jururawat menghampiri Duhaila.

"Waalaikumsalam Doktor Duhaila. Saya baru dimaklum jururawat bertugas, pesakit di katil N7 tiada. Kami sudah mencari di merata tapi tiada juga. Saya dah menghubungi pihak pengawal keselamatan di aras bawah untuk memantau jikalau ada pesakit berkenaan turun di bawah tapi dimaklumkan oleh mereka tiada. Bagaimana doktor?" Nazariah memandang wajah doktor muda dihadapannya itu. Duhaila mengatup bibirnya seakan memikirkan sesuatu. Dia tahu pesakit yang dimaksudkan. Benjamin. Ya, Benjamin.

Benjamin anak Akhmal Hafiz!

"Selalukah dia menghilangkan diri begini?, maksud saya berjalan keluar dari wad seorang diri tanpa pengawasan sesiapa?"Duhaila melihat semua jururawat seakan berfikir.

"Rasanya tak pernah doktor...dia budak yang pendiam. Jarang bercakap apatah lagi bercakap dengan kanak-kanak lain. Dunia dia hanya pada buku komik aje. " salah seorang jururawat mencelah ditengah keheningan suasana antara mereka.

"Erk doktor Duhaila, saya baru teringat sesuatu...ada satu kali tu dia pernah keluar tanpa disedari sesiapa...tapi kemudian dia balik semula. Lebih kurang waktu waktu macam ni jugak la. Bila saya tanya pergi mana...dia kata jalan jalan padang rumput...bosan katanya lagi." Minda Duhaila sudah dapat mengagak sesuatu.

"Nazariah, arahkan beberapa jururawat cuba mencari sekali lagi di wad-wad bersebelahan ye. Saya cuba cari di satu tempat. Apa-apa hubungi telefon bimbit saya ok...awak ada nombor saya kan?."Nazariah dan jururawat yang lain menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan doktor muda itu. Masing-masing mula bergerak. Duhaila mengatur langkahnya ke arah pintu lif. Butang ditekan. Pintu lif terbuka dan Duhaila pantas meloloskan diri masuk ke dalam. Jari runcingnya pantas menekan butang G. Di dalam hati dia berdoa agar pesakit berkenaan di dalam keadaan selamat. Tanggungjawabnya memastikan semua pesakit dibawah jagaan sewaktu dia bertugas di dalam keadaan selamat.

Langkahnya diatur cepat menuju ke padang rumput di belakang bangunan hospital. Padang yang diterang cahaya neon tu riuh dengan suara para pemuda bermain bolasepak. Matanya tajam mencari sesuatu. Dia memusingkan kepala ke kiri dan kanan cuba mencari kelibat seseorang. Dan matanya menangkap sesuatu tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia tersenyum lalu mengorak langkahnya ke situ.

"Boleh doktor duduk disebelah Ben?" Duhaila memulakan bicara sambil menunduk memandang insan yang sedang bersila di atas rumput dihadapannya. Dia melihat si comel dihadapannya itu menganggukkan kepala. Matanya masih dihala ke arah padang rumput.

Senyap dan sunyi antara mereka. Tiada butir bicara. Hanya desiran nafas yang saling sahut menyahut.

"Ben dah makan?, kalau belum, doktor boleh belanja Ben makan. Doktor pun belum makan lagi. Laparlah. " Duhaila cuba memulakan bicara. Cuba memancing perhatian si comel. Dia melihat kanak-kanak disebelahnya itu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Masih enggan bersuara. Tangannya menguis-nguis rumput seakan cuba melontarkan sesuatu yang terpendam didalam hati.

"Ben tak mahu makan?...Ben kan kata nak cepat sembuh dan nak balik ke rumah. Kalau nak cepat sembuh Ben kenalah makan, dan makan kena ikut waktu...kalau tidak susah nanti. Doktorpun susah hati kalau Ben taknak makan. Nanti papa Ben pun susah hati sama. Ben budak baik kan?"

"Ben tentu tak sabar nak balik rumah kan. Dapat jumpa semua orang yang Ben sayang. Dapat Dapat jumpa kawan-kawan. Kalau macam tu jom kita pergi makan dulu dan kemudian kita balik ke bilik Ben. kesian semua kakak nurse kat sana cari Ben. Tentu diaorang semua risaukan Ben. Tak baikkan kita susahkan orang. Ben tahu tu kan?."

Duhaila melihat ada butiran jernih mengalir dari pipi putih merah gebu disebelahnya itu. Mata yang bergenang dengan air mata tu memandang wajahnya sayu.

"Doktor, kenapa orang mati?....kenapa mama Ben mati doktor?...Ben sayang mama...tapi mama dah mati...Ben rindu mama...rindu sangat kat mama!"

Dan bibir Duhaila bagai terjeda dengan soalan yang sungguh tidak diduga itu!

Friday, September 4, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Prolog

Prolog

Julai 1998....

"Kamu semua dengar tak?"

"Dakkkkk...."

"Wei Azad....pekak telinga aku dengaq speaker hang tu la, pelan pelan la sikit, issh kang kena sound ngan depa; kakak-kakak AJKO kat depan tu, mampuih kita kita ni hang tau...aku dah tak larat kena denda lagi...penat semalam tak habis lagi hang tau, semua hang punya pasai. Sakit badan aku ni hang tau kena pi lari dari DKG1 ke DKG2 . Ku'a lagi kesian..dah la dia kuruih, hang tu takpa la banyak daging!"

Azarina tersengih-sengih memandang Ashida disebelah yang menutup mulutnya yang sedang menguap. Rasa mengantuk masa menghuni tiap wajah mahasiswi yang sedang berbaris di subuh hening atas gesaan para AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi). Sudahlah aktiviti malam tadi tamat hampir pukul 1.30pagi, dan tadi pukul 4.30pagi mereka sudah dikejutkan untuk berbaris di hadapan kolej kediaman masing-masing. Minggu orientasi begini, memang sungguh mencabar. Ada ada sahaja perkara yang perlu dilakukan. Macam-macam kerenah AJKO. Menyampah!. Tapi ia bukan sekadar untuk main-main. Ia lebih kepada tujuan menguji kekuatan minda dan fizikal para mahasiswi untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih getir yang bakal menunggu mereka kelak.

"Aku memang tak dengar apa yang depa habaq kat depan tu hang tau, sepatah haram aku tak dengar....kita-kita ni dah la kat barisan belakang sekali, karang lain yang depa cakap lain pulak yang kita paham...haa baru naya kita hang tau!...jadi betui la aku jawap macam tu, demi kebaikkan kita-kita jugak; hang, aku dan Ku'a gak...kan Ku'a?." Azarina menepuk bahu Ku'a yang berada dibaris hadapannya. Ku'a menoleh kebelakang lalu menganggukkan kepala pada Azarina sambil tersenyum. Azarina mengangkat kedua-dua belah ibu jarinya ke atas sambil mengenyitkan mata mata Ku'a. Ketawa Ku'a pecah di situ. Ashida turut ketawa melihat aksi Azarina. Azarina lantas menepuk bahu Ashida sambil ketawa sama.

"sakit la azad...tangan hang tu dah la besi padu...mau lari alignment bahu aku nanti hang tau.."

"pi daa hang...banyak hang punya alignment..."

Nadrawina, salah seorang AJKO melangkah ke arah barisan Azrarina, Ashida dan Ku'a. Ketawa mereka bertiga mati disitu. Masing-masing memandang ke arah susuk tubuh berwajah garang dihadapan.

"Mak aai...tu dia muka kalah mak mertua Kassim Selamat...garang nak mampuih!" dalam berbisik suara Azarina kedengaran sayup-sayup di telinga Ashida. Pantas disiku teman disebelahnya itu.

"Kamu yang bersuara kata tak dengar tadi kan?. " Nadrawina memandang ke wajah Azarina.

"Ya, sora saya la tu...memang tak dengar la kak, sound saya memang ada problem sikit pagi-pagi buta ni, maklum engine belum nak panas lagi la kak...erk, apa kak yang depa cakap kat depan tu?" Azarina memandang ke wajah Nadrawina sambil mempamerkan senyum kerang.

"Hmm..tugasan kamu semua yang pertama pagi ni yelah pergi cari bunga yang hanya berkembang pada waktu pagi dan bunga itu mesti berwarna ungu?. Tiap seorang kena dapatkan 4 kuntum dan bawakkan pada AJKO sebelum azan subuh. Haah, apa kamu tunggu lagi...mula bergerak sekarang. Kamu semua ada kurang lebih 30 minit sahaja sebelum azan subuh. Cepat cepat cari." Nadrawina melihat jam ditangan sambil memberi isyarat agar mereka semua beredar dari barisan masing-masing.

Azarina menggaru-garu kepalanya memandang 2 teman dihadapannya itu. Ashida sudah mengerut dahi seakan memikirkan sesuatu. Ku'a hanya tersenyum melihat aksi kedua-dua teman rapatnya itu.

"Shida Shida...ala bunga apa pulak yang depa nak kita cari pagi-pagi buta ni. Depa ni memang la saja nak mendera kita kan...ada ka suruh kita pi petik bunga, apa ingat aku ni dayang istana ka nak pi petik bunga pagi-pagi buta, ciss, bot sangkut sungguh AJKO semua tu!." Azarina bercekak pinggang sambil mengayakan aksi perempuan memetik bunga. Ashida dan Ku'a ketawa melihat aksi lucu dan spontan Azarina. Mereka bertiga mula bergerak ke arah kawasan bukit tidak jauh dari kolej kediaman G18. Kolej yang terletak di sebelah bukit berkedudukan yang bertentangan dengan kolej G19 di seberang jalan yang terletak pada kedudukan yang sedikit kebawah.

"Mana la aku nak tau Azad oooi...apa, hang ingat aku minah bunga ka tau semua jenis bunga?. Sat sat, ni kita dok jalan tak tentu hala ni kita tau ka bunga apa nak kena cari ni?..masa tak lama ja depa bagi kat kita tau...Ku'a hang tau ka bunga pa yang depa suruh kita cari tu ha?" Ashida mula memberhentikan langkah. Azarina turut sama berdiri disebelah. Mereka berdua memerhatikan wajah Ku'a yang tenang dihadapan.

"Aku tau, hangpa berdua jangan dok risau. Jom lah kita pi turun kat bawah bukit sana. Ada bunga tu kat sana. " Ku'a mengatur langkahnya perlahan-lahan menuruni bukit yang sedikit curam. Kain baju kurung diangkat sedikit untuk memudahkan langkahnya ke bawah.

Azarina dan Ashida melihat sahaja langkah pantas Ku'a menghampiri rimbunan pokok dihadapan mereka. Ku'a pantas memetik bunga yang sedang mekar dan masih berbekas titisan embun di tiap kelopak bunga dihadapannya itu.

"laa cepat la petik...apa yang hangpa berdua dok tercegat ja kat situ."

Ashida dan Azarina saling berpandangan sambil mengangkat kening.

"Ku'a...ni nama dia bunga apa haa?...aku ni memang la kad merah part part bunga ni..lagi lagi kalau bunga-bunga yang set set tak popular dan glemer ni lagi la aku tak kenai...kan Shida, hang pun sama kan macam aku?." Ashida sudah mencebik pada Azarina. Tangannya pantas memetik bunga dihadapan seperti yang diarahkan Ku'a. Ku'a tersenyum memandang kedua-dua teman dihadapannya itu.

" Azad, Shida...kalau hangpa nak tau ni la yang nama dia Bunga Seri Pagi. Berwarna ungu dan hanya berkembang di waktu awal pagi sahaja."

Azad dan Shida saling memandang sambil melihat kuntum bunga di tangan mereka.

oooo...nama dia ni Bunga Seri Pagi rupanya.!

Thursday, September 3, 2009

Rindu Semalam - Bab 14

Bab 14

Dari luar ruang tamunya Duhaila berdiri memeluk tubuh mengadap sliding door yang terbuka luas. Langkah diatur ke arah balkoni. Erat tubuh didakap oleh kedua-dua tangan menahan kedinginan malam. Tiupan angin yang lembut menerbangkan langsir yang memayungi pintu dibelakangnya. Buaian langsir yang mengikut alunan arah angin sesekali menyentuh ke tubuhnya yang kurus itu. Ditolak perlahan ke belakang langsir yang hampir menutup pandangannya yang sedang asyik melihat ke arah langit malam. Dari kejauhan dapat disaksikan suasana dipersekitaran kawasan kejiranannya. Sunyi sahaja. Mungkin ramai para penghuninya sudah lena dibuai mimpi. Mimpi indah. Cuma dia yang masih enggan lena. Mimpi bagai tidak mahu mendekatinya. Apatah lagi menemani lenanya. Entah kenapa. Dia sendiri sukar mendapatkan jawapannya.

Apartment ditingkat 10 itu cukup tenang dirasakan Duhaila malam ini. Dia sendirian sahaja di ruangan yang berukuran hampir 1000 kaki persegi itu. Dia sendirian bertemankan keheningan suasana malam. Malam yang pekat. Malam yang gelap. Malam yang hanya bertemankan bulan. Tiada kerlipan bintang -bintang. Kelmarin dia sudah berpindah masuk ke apartment yang baru dibelinya itu. Rancangan untuk membeli dan tinggal di rumah sendiri sudah lama direncanakan. Sejak dia mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur lagi. Hasrat yang diiringi cita-cita untuk membawa ibunya yang sudah sekian lama menabur budi pada hidupnya itu untuk tinggal bersama. Duhaila mahu ibunya berehat sahaja disini. Cukup-cukuplah segala perih jerih dia membesarkan dan menyekolahkan Duhaila selama ini. Ingin dibalas jasa ibunya walau dia tahu ia tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanannya selama ini. Tanggungjawab yang diambil-alih sejak pemergiaan arwah abah. Cuma ibu belum memberi kata putus. Sayang katanya meninggalkan rumah di kampung. Rumah yang terlalu banyak meninggalkan nostalgia buat ibu. Kenangan bersama arwah abah terlalu banyak di situ. Duhaila akur dengan perasaan ibu. Biarlah ibu membuat keputusan nanti. Dia akan setia menanti kedatangan ibu ke rumahnya itu. Rumahnya ini juga rumah ibu.

Petang tadi dia sudah menelefon ibu memberitahu dia sudah berpindah ke rumah baru. Lebih tepat lagi dia sudah melangkah keluar dari tinggal di mahligai keluarga Ziha. Bukan tidak mahu tinggal disana, cuma terasa malu dengan budi yang terlalu banyak ditabur oleh keluarga teman baiknya itu pada dirinya. Teramat berat rasanya bahu memikul beban budi yang dihulur. Dia mahu berdikari. Sewajarnya begitu. Walau Duhaila tahu Ziha menentang keras hasratnya itu, malah teman baiknya itu sedikit merajuk dengan keputusan yang dibuat, dia faham niat temannya itu. Dia pasti Ziha akan faham nanti.

"kenapa nak pindah pulak? kau dah tak mahu tinggal kat rumah aku ker Duha?. Aku ada buat apa-apa yang kau tak suka ke?..cakaplah Duha...kalau ada, aku minta maaf. Kau tahu la perangai aku ni memang macam ni..cakap lepas aje. Bukan reti nak break ke hapa...main belasah jer mulut aku ni.." Duhaila tersenyum melihat wajah muram dan penuh kesedihan teman baiknya itu. Sewaktu dia memaklumkan keputusannya itu, Ziha sungguh terperanjat. Sedikit marah, mungkin...terkilan kerana Duhaila merahsiakan perkara ini daripada pengetahuannya.

"diam-diam aje kau dah beli rumah. Sikitpun tak cakap ngan aku, apalagi nak bincang...sampai hati kau tau Duha. Mama ngan papa pun sedih tau Duha. Sedih sangat bila dengar kau nak pindah keluar dari sini. Kau dah macam anak diaorang jugak. Mama dan papa suruh aku pujuk kau supaya batalkan hasrat kau tu..tapi aku bukan tak kenal kau. Aku kenal kau sangat sangat. Kau tak mudah nak undur balik bila dah buat keputusan kan. Keras hati. Tak mudah alah dengan pujukan..rayuan atau tangisan kan. " Duhaila menggenggam erat tangan teman baiknya itu. Dia tersenyum mendengar bilah-bilah kata yang keluar dari mulut Ziha. Hanya mereka berdua didalam biliknya malam itu. Malam terakhir dia di mahligai mereka. Mahligai yang banyak meninggalkan memori manis sepanjang dia mula menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur. Kedua orang tua Ziha dimaklumkan sudah keluar menghadiri jamuan di rumah teman perniagaan mereka. Pada Duhaila mungkin mereka mahu memberi ruang untuk anak tunggalnya itu bersama denganya malam ini.

"Ziha...bukan mudah aku ambil keputusan ini. Aku tahu mungkin akan ada hati yang terkilan,akan ada hati yang sedih, kecewa. Ini hasrat aku Ziha. Impian aku. Cita-cita aku. Sekian lama aku simpan untuk direalisasikan. Ini umpama lambang kejayaan aku Ziha. Lambang kejayaan dalam hidup anak kampung macam aku. Apa yang aku harapkan cuma pengertian dari kau. Fahamilah hati aku Ziha. Izinkan aku membina hidup aku dengan kudrat aku sendiri. Aku mahu merasa bangga dengan usaha aku sendiri Ziha." Duhaila menghela nafas. Pandangannya masih pada wajah teman dihadapannya itu.

"Khabarkan pada mama dan papa aku tidak akan sekali-kali melupakan mereka jika aku tidak lagi tinggal sebumbung dengan mereka. Dengan kamu semua. Kau sekeluarga sentiasa dekat dihati aku Ziha. Budi kau sekeluarga terlalu banyak dalam hidup aku. Aku pasti akan sering singgah disini walau aku sudah ada rumah di sana. Kau juga boleh datang ke sana bila-bila masa Ziha. Pintu rumah aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan kau."

Bunyi nada lagu yang bergema dari telefon bimbit yang terletak di atas meja di ruang tamu menghentikan lamunan Duhaila. Dia berpaling lalu melangkah masuk perlahan-lahan. Telefon bimbit diambil lalu matanya ditumpukan pada skrin melihat nama si pemanggil. Dahinya berkerut. kepala didongakkan ke dinding melihat jam yang gagah tergantung disana. 2 pagi!

"Assalamualaikum...Dr Taufik, ada apa-apa ke?"

"Waalaikumsalam...Duhaila. Maaf telefon awak malam-malam ni...mengganggu anak dara orang malam-malam buta pulak tu."

Ketawa Duhaila mendengar kata-kata yang keluar dari suara Dr. Taufik di hujung sana. Lucu pulak mamat ni.

"Ooopps, salah jarum jam kut...bukan malam lagi sayang...pagi dah ni tuan doktor. 2 pagi. Kalau dah tau salah besar tu, kenapa masih berani ganggu anak dara orang pagi-pagi hening begini ye tuan doktor."

Terdengar ketawa Dr. Taufik di hujung talian sebelah sana. Bibir Duhaila serta merta turut tersenyum.

"ooo...minta maaf cik Duhaila. I actually just trying my luck call you ni Duha. I'm still at the hospital. On duty malam ni. I pun tadi berkira-kira jugak dalam hati nak call you ke tidak...nak call you ke tidak. Duha, I was been told by Ziha petang tadi you've moved out from her house. Is that true?." Langkah diatur semula ke balkoni. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Dia masih belum menjawap pertanyaan Dr. Taufik.

"Duha?...Duhaila?...are you still there?...ker dah tidur ni?"

Bibir Duhaila menguntum senyum. Ketawa kecil terbit dari hujung bibirnya.

"I'm still here Dr. Taufik."

Diam. Duhaila dapat mendengar dengan jelas helaan nafas Dr. Taufik.

"Duha...is it because of him?..because of Akhmal...Akhmal Hafiz."

Nafas Duhaila bagai terjeda sesaat mendengar nama itu berkumandang di gegendang telinganya. Matanya dipejamkan. Rapat.

"My decision has nothing to do with him Dr. Taufik. I have my own personnal reason for this. So please don't ever make any speculation. And please don't ever relate me and my present life with your Akhmal Hafiz. Please Taufik...please let me live happily."

"Duha...maafkan saya. Maafkan atas keterlanjuran kata-kata saya."

"Accepted. See you tomorrow Dr. Taufik. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam.." Taufik merenung telefon lalu diketuk ke dahinya. Marah dengan keterlanjuran bicaranya tadi sedangkan dia sedia maklum Duhaila perlu diberi masa untuk perkara dirinya dan Akhmal.

I'm so sorry Duha...

Duhaila merenung bulan di langit nan gelap.

Akhmal...mengapa kau muncul kini dalam hidup aku...

Mengapa Akhmal???...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...