Thursday, September 26, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 4

Bab 4
"MACAMMANA HARI PERTAMA kau kat tadika tu?" Fyza tarik tudung merah hati berbunga putih yang membalut kepala. Dihamparkan ke leher kerusi dihadapan. Dua brooch yang ditanggalkan dari bahagian bahu diletakkan di lantai meja hiasan. Aida yang duduk melunjur dilantai bersebelahan katil didekati. Fyza melabuhkan duduk disebelah. Nafas dihela perlahan. Wajah Aida yang sudah lengkap bertelekung menanti masuk waktu maghrib ditatap. 
     Aida senyum. "Biasalah, Fyza. Berurusan dengan budak-budak. Macam-macam karenahnya. Tapi aku happy sangat. Seronok tengok budak-budak tu. Comel-comel semua."
     Fyza cebik. "Hmmm. Iye ker."
     Aida balas senyum. "Iye la cik Fyza."
     "Eh..." Fyza memusingkan sedikit tubuh mengadap Aida. Bahu Aida ditepuk. " ada kau kena marah tak tadi dengan mak bapak budak-budak tu? Risau gak aku. Kau tu cengeng jugak."
      Aida senyum."Tak adalah. Mana ada kena marah. Lagipun...nak marah pasal apa pulak." Minda laju kembali memutar peristiwa yang berlaku di tadika tadi. Si comel Dian dan lelaki yang bernama Fazwan Anuar yang dipanggil daddy oleh Dian pantas menerpa fikiran. Sungguh Aida takut tadi. Bimbang jika dia diseret ke balai polis kerana dianggap cuai didalam menjalankan tanggungjawab. Bersyukur benar Aida daddy Dian sudah tahu apa sebenarnya yang terjadi daripada pengakuan Dian. Dan perbualannya bersama lelaki itu kembali singgah di ingatan. Kata-kata maaf lelaki itu didepan puan Anne tadi Aida tahu benar-benar ikhlas dan Aida lihat kesungguhan juga keikhlasan lelaki tu bila dia sekali lagi memohon maaf daripada Aida atas keterlanjuran kata-katanya. Aida tahu lelaki itu tidak bermaksud demikian. Mungkin rasa bimbang seorang bapa yang melihat keadaan anak kecilnya yang berdarah lututnya menyebabkan dia tersasar mengawal kata-kata.
     Fyza angguk. Kembali dipusingkan tubuh ke depan. "Bagus laa macam tu. Aku risau jer kut kut kau tu kena marah kalau-kalau budak budak buat hal ke apa tadi. Kau tu bukannya aku tak kenal...hati lembut. Kalau orang marah kau bukan reti nak balas jawap. Diam jer. Kadang tu anak diorang yang nakal tak makan saman, tapi kita juga yang kena sembur."
    Aida senyum. Lengan Fyza dielus lembut. "Insya Allah. Aku baik-baik jer kat situ. Aku tengok budak-budak kat situ pun baik-baik semuanya. Soal nakal tu biasalah Fyza...namapun budak-budak kan. Kita pun pernah jadi budak-budak. Jangan cakap dengan aku kau tu tak nakal dulu ek. Kau tu kepala budak nakal. Tak padan dengan pompuan." Gelak Fyza bergema. Aida pantas hala jari telunjuk ke bibir. "Issh, nak masuk maghrib kau ni...jangan ketawa kuat-kuat." Fyza tepuk bibir. Aida geleng kepala."Aku ni memanglah tak boleh jadi cikgu tadika. Mahu mati anak orang nanti. Dah namapun bekas kepala budak-budak nakal kan. " Aida senyum. Fyza ketawa dengan tangan masih menekup bibir. "Kita yang dewasa ni kenalah sabar. Cakap baik-baik. Nasihat baik-baik. InsyaAllah budak-budak tu mesti boleh dengar...boleh ikut." Fyza lepas nafas. Bahu Aida ditepuk seraya menegakkan tubuh yang berbalut kurung merah hati. "Iya la cikgu Aida. Cikgu memang cikgu yang baik. Oklah cikgu, anak murid tua cikgu ni nak gi mandi dulu. Ok cikgu. Tunggu tau cikgu, kita solat sama-sama." Aida senyum sambil menggeleng kepala dengan telatah Fyza."Cepat sikit, dah nak azan dah ni. Mana elok mandi tengah azan. Syaitan berkampung dalam bilik air tu cik kak." 
       Fyza tayang sengih. "Baik ustazah Aida." Aida jegil mata. Fyza laju menghayun langkah bersama ketawa kecil namun langkah Fyza ke bilik air terhenti lalu tubuh kembali berpusing memandang Aida."Eh Aida..karang lepas solat kita keluar dinner ye. Aku malas aar nak masak malam nih."
     Aida geleng. "Tak payah laa. Aku dah masak tadi. Jangan nak membazir."
     Fyza bulatkan mata."Kau dah masak? Masak apa?"
     "Aku tengok ada ikan parang dengan ikan kembung dalam peti sejuk tu tadi. Ada bendi. Aku masak asam pedas ikan parang. Kau kan suka masak asam pedas. Goreng sayur kobis dengan goreng ikan kembung tu. Cukup la untuk malam ni."
     Fyza hala dua ibu jari yang ditegakkan keatas. "Best-best. Tak sabar nak melantak ni. Mata aku  dah terbayang ikan parang masak asam pedas..fuh fuh." Pintu bilik air laju ditutup. Aida ketawa.

"NAMA TEACHER sapa?" Mata Dian yang bersinar buat Aida terpesona. Tubuh kecil yang bersarung seragam cokolat muda didepannya kala ini ditatap penuh damai. Aida merendah tubuh. Senyum di bibir tersuring. Gelak ketawa beberapa kanak-kanak sebaya di kawasan permainan kiri dan kanan yang diawasi beberapa orang guru sedikit pun tidak menarik si comel didepannya ini untuk turut serta.
   "Nama teacher Aida."
   Bibir  Dian yang dimuncungkan dengan kepala yang bergerak ke kiri dan kanan sambil Jari telunjuk melekat ke pipi cukup comel dipandangan Aida. Bibir melantun senyum. 
    "Aida je? Pendeknya nama teacher. Nama Dian panjang tau. Nama Dian...Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy."
     Aida senyum. Dalam kepala laju memproses maklumat yang baru didengar. Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy. Tapi daddy Dian...lelaki semalam tu kan nama dia...
     "Teacher nama Aida je ye? Tak ada nama panjang-panjang macam Dian."
      Kata-kata Dian mematikan lamunan Aida. Aida elus pipi mulus Dian yang mengukir senyum. Senyum manis Dian dibalas. "Nama teacher Aida Awliya binti Muhammad Amin."
     Dian dilihat makin tersenyum lebar. "Teacher Aida pun ada nama panjang macam Dian laa. Nanti bila balik rumah Dian nak beritahu mama lah. Dian nak cakap kat sekolah Dian ada teacher yang nama dia panjang macam nama Dian jugak. Boleh tak teacher?"  
    Aida angguk. Senyum terus meniti dibibir."Boleh, sayang." Tangan Dian dicapai. "Hmmm..kenapa Dian taknak main dengan kawan-kawan kat sana tu." Kepala Dian dihala ke kiri dan kanan. Dian dilihat menggeleng kepala. "Mama cakap jangan main-main sampai luka kat lutut Dian ni baik." Dian hala jari telunjuk ke lutut yang masih berbalut plaster. Aida angguk."Mama cakap kalau Dian tak nak dengar, nanti mama tak nak beli barbie doll yang new collection tu."
     Aida angguk lagi. "Kalau macam tu,kita duduk kat bangku sana nak." Aida genggam tangan halus Dian. Tubuh comel didepannya ini laju mengangguk. Aida senyum lagi. "Jom."      
    "Teacher Aida.."
    " Ya, sayang.."
    " Daddy Dian ada say sorry tak pada teacher semalam?"
     Aida senyum. Teringat peristiwa semalam dan segala yang diceritakan lelaki itu. Kepala diangguk." Hmmm. Daddy Dian dah cakap sorry kat teacher. Teacher nak cakap terima kasih pada Dian sebab beritahu daddy Dian tentang perkara semalam."
      "Dian yang cakap kat daddy semalam daddy kenapa marah teacher Aida. Bukan teacher Aida yang buat Dian jatuh dari buaian tu." Kepala Dian berpusing menghala ke arah buaian dibelakang. Tangan lurus dihala ke situ sebelum kembali memandang ke arah Aida. "Dian yang jatuh sendiri. Dian yang naughty. Mama pun cakap Dian yang naughty sebab tu Dian jatuh."
    Aida elus rambut panjang Dian yang kemas diikat tocang kuda. 
    "Teacher tahu Dian budak baik. Mama Dian usik-usik Dian je tu. Dian kena selalu ingat, walau apapun mama Dian sayang sangat kat Dian. Mama Dian tak mahu Dian jatuh lagi. Mama Dian risau...bimbang kalau apa-apa jadi kat Dian di sekolah. Nanti mama Dian nak buat kerja dia pun tak boleh. Kesian kat mama Dian. Dian sayang kan mama Dian?"
    Dian dilihat mengangguk kepala. Senyum.
    "Mestilah Dian sayang mama. Sayang sangat-sangat. Dian pun sayang papa...sayang daddy. Sayang tok mama, tok papa...nenek, atuk. Semua Dian sayang." Senyum Dian makin lebar. Makin manis.
     Papa. Daddy. Aida elus hidung dengan hujung hari. Bibir orak senyum ke arah Dian dalam ligat kepala memproses maklumat yang baru terluncur daripada bibir mungil didepannya ini. Siapa si comel ini sebenarnya kepada lelaki bernama Fazwan yang ditemui semalam. Melihat sikap lelaki itu terhadap Dian dan mesra Dian terhadap lelaki itu, Aida merasakan mereka tentu punya hubungan amat rapat. Mungkinkah Fazwan ayah tiri Dian? Issh..apa ni Aida. Yang sibuk fikir hal orang kenapa. Aida geleng kepala. 
   "Eh..tu kereta daddy laa teacher Aida." Kicau suara Dian pantas memecah kotak lamunan Aida. Tubuh Dian yang sudah menegak dengan wajah yang bercahaya diiring senyum paling ceria menghala ke arah luar pagar menggamit pandangan Aida ke arah yang sama. 
  "Yeah daddy Dian dah sampai, teacher Aida."
   Aida angguk. Senyum ceria Dian dibalas."Jom, kita masuk ke dalam ambil beg Dian dulu. Ok, sayang? Biar daddy Dian tunggu kat kereta dulu,hmmm."
   "Ok teacher Aida."
   
 "Assalamualaikum. Aida sihat?"
  "Waalaikumsalam encik Fazwan. "Aida angguk. Senyum. "Alhamdulillah. Sihat."
  Fazwan senyum balas. "Saya dah pesan semalam kan. Call me Fazwan. Just Fazwan, Aida. Remember?" 
  Aida senyum kecil.
  "Saya kena hormat encik Fazwan. Di sini kan tempat kerja saya. Saya kena hormat tiap tetamu di sini."
   "Tapi saya bukan tetamu disini. Saya kawan, Aida. Kita kan dah kenal dan berkenalan semalam. Saya Fazwan Anuar. Kawan didepan saya ni, Aida Awliya. Betul kan? Ke..saya nak kena panggil kawan didepan saya ni teacher Aida jugak macam anak-anak murid panggil dia."
   Aida kemam bibir. Cuba menahan ketawa.
  Fazwan senyum.
  "So, macammana kerja hari ni?"
  "Alhamdulillah. Seronok layan karenah budak-budak kat sini. Kerja yang cukup membahagiakan jiwa saya."
   Fazwan senyum lagi.
   "Aida suka budak-budak?"
   Aida angguk. "Saya ramai adik-beradik. Anak-anak abang dan kakak saya yang jaga bila dia orang pergi kerja sebab dia orang duduk tak jauh dari rumah mak saya. Saya dah biasa jaga budak-budak ni sebab saya hanya ambil upah menjahit dirumah bantu mak saya. Lagipun mak memang seronok cucu-cucu dia semua ada depan mata dia."
  Fazwan senyum. "Seronok kan ramai adik-beradik ni. Saya ni tak ada adik beradik. Anak tunggal."
     "Oo ye ke? Isteri..maksud saya mama Dian pun anak tunggal jugak?"
    Fawzan senyum.  Soalan Aida dibiarkan tidak bernoktah.
  "Dian saya nakal tak? Ada panjat-panjat. Mama Dian dah siap pesan dekat dia semalam katanya. Pagi tadi pun masa mamanya hantar pesan lagi. takut luka kat lutut dia berdarah lagi. Tu yang merajuk suruh saya jemput dia balik. Tak nak mamanya jemput."
   Aida senyum. Melihat lelaki didepannya ini, Aida pasti Fazwan daddy yang baik dan penuh kefahaman.
    "Dian ni walau saya baru kenal dia dua hari, saya dapat rasa dia budak baik. Cuma semalam tu mungkin dah takdir dia nak terjatuh. Tak boleh nak elak. Tadipun saya lihat dia langsung tak main. Dia betul-betul ikut pesan mama dia. Dia cakap nanti mama dia tak belikan dia Barbie Doll new collection."
   Fazwan ketawa. Aida kerut dahi.
   "Kenapa ketawa pulak ni. Saya cakap salah ke.."
   Fazwan dilihat menoleh ke belakang. Menghulur lambai pada Dian yang sudah duduk di kerusi penumpang belakang. Pemandu Fazwan yang dilihat setia menanti menghulur senyum. Aida angguk.
   "Dia nak ajak saya pergi beli Barbie Doll new collection tu la. Takut kalau mama dia sungguh-sungguh taknak belikan untuk dia. Dari malam tadi memujuk saya."
  "Dia tahu daddy dia mesti belikan tu. Dia tahu daddy dia sayang sangat pada dia. Anak-anak ni anugerah terindah dan paling istimewa daripada Allah."
  Fazwan angguk. "She's my princess, Aida. Dia sahajalah penghibur hati dalam hidup saya selama ini. Tak ada yang lain. Dunia saya sebelum dia hadir cuma pejabat dan rumah. Hidup yang cuma hitam putih. Hanya dua warna itu sahaja. Bila Dian lahir, dia bawa pelangi dalam hidup saya."
   "Daddy..cepatlah. Nanti kita lambat. Dian dah lapar laa." Tangan Dian yang melambai dari perut kereta membuatkan Aida tersenyum. Fazwan membalas lambaian dengan anggukan kepala.
   "Tuan puteri Dian dah memanggil tu. Eloklah gerak dulu. Nanti lambat, makin  panjang muncung dia. Payah pulak nanti nak pujuk."
   Fazwan senyum. 
   "Tak apa, kalau saya tak mampu pujuk dia, saya tahu siapa yang boleh pujuk dia. Orang kat depan saya ni memang banyak pengalaman pujuk budak-budak yang merajuk."
   Aida ketawa kecil.
  "Ok Aida. Saya balik dulu. Jumpa lagi nanti."
  Aida angguk."Insya Allah."
  "Assalamualaikum."
  Salam disambut perlahan. Langkah Fazwan diiring dengan redup mata. Lambaian Dian dibalas. BMW putih yang bergerak perlahan meninggalkan kawasan My Little Sweet Home Child Care Centre diperhati hingga hilang daripada pandangan. Nafas dihela perlahan. Betapa bahagianya hidup Dian punya daddy seperti Fazwan. Betapa beruntungnya mama Dian punya suami sebaik Fazwan.   

Thursday, September 19, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 3


Bab 3

AIDA RASA nafas bagai terhenti. Denyut nadi dan degup jantung seolah-olah mati. Kepala ligat berfikir tentang apa yang bakal menanti dirinya kini. Kalau nak laripun takkan sempat lagi. Orang yang disebut Puan Anne sebentar tadi sedang dalam perjalanan ke sini. Ya, Allah...apa nak buat ni? Matilah macam ni. Tapak tangan sungguh dah basah dengan hujan peluh dan debar yang silih berganti. Kaki dah terpasung di lantai dari tadi. Tak mampu nak gerak ke sana sini lagi. Lidah sungguh dah terkunci dek pinta Puan Anne untuk dia menunggu sang algojo nan bengis yang akan pasti memancungnya sebentar lagi. Aduh, menyesal rasanya berlama-lama disini tadi. Kalau minta diri awal-awal, kan dah selamat Aida! Tak perlu nak serah diri untuk berdepan hukuman mati mandatori!
       Kenapalah dia harus sampai terhumban dalam masalah sebegini. Cuai sungguh kau, Aida. Tengok apa dah jadi. Kalaulah "orang itu" mahu memanjangkan perkara ini, harus bagaimana. Aida ketap bibir. Eh, nanti..nanti. Mata Aida laju berkelip. Bukankah kata puan Anne tadi "orang itu" sudah gugurkan tuduhan dan takkan memanjangkan perkara ini. Entah iye entah tidak. Kalau itu cuma helah supaya dapat berjumpa dengan Aida secara empat mata dan melontar aduan rasmi bagaimana? Aida telan liur. Tubuh tiba rasa mengeletar. Nafas kembali tidak tentu hala arah tujunya. Kenapalah harus dia berdepan perkara seperti ini. Bukan mahunya semua yang telah terjadi. Itukan sudah tertulis bahawa hari ini anaknya "orang itu" akan ditimpa musibah tadi. Siapa kita mahu mengelak.  Tapi manusia kan tetap manusia, Aida. Manakan sama fikirnya. Aida tak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Bertawakkal sahajalah yang dia mampu kini. Allah,pada Kau hambamu ini berserah.
      "Aida.."
      "Aida.."
      "Aida?"
      Kepala yang terawang entah ke benua mana bagai terhentak ke dasar paling bawah bila bahu terasa disentuh tiba-tiba. Tangan lembut yang singgah menghantar isyarat serta merta membuatkan kepala Aida mendongak ke atas. Melihat wajah tenang wanita separuh umur yang berdiri didepannya, Aida rasa masanya sudah sampai. Siap sedialah kau Aida. Air liur yang ditelan jadam benar perisanya. Allah. Perlahan-lahan tubuh berdiri. Rasa tak terdaya. Dua tangan saling memaut debar. Denyut nafas libang libur tak terhitung. Makin deras. Makin kencang. Tangkai jantung sudah terlerai sungguh dari tampuknya. Ini yang sedang dirasakan. Ini yang sedang dialami. Begini rupanya rasa kala menanti hukuman mati. Cuma beza, dia bukan banduan dari tirai besi yang menanti hukuman dilaksana. Dia pesalah langsung yang akan berdepan hukuman segera. Tak ada tempoh. Tak ada sesi rayuan. 
     "Eerr..iye, puan." Bergetar bibir melantun kata.
     "Aida ok tak ni,hmmm."
     Kepala diangguk. Bibir bergetar dalam gerak perlahan. Terasa benar pahitnya senyum yang hilang manisnya biar sehabis daya cuba dimandikan air gula. Peluh sudah menitis  di pelipis. Lekas-lekas jari dibawa ke hujung mata.
    "Err..dah sampai ke encik Fazwan, puan?" Kepala Puan Anne dilihat mengangguk perlahan bersama sebuah senyum yang meniti dibibir. Janganlah senyum, puan. Hati saya ini dah tak ada nyawa mahu membalas. Sungguh mati saya tak terdaya dah puan. Tangan terasa dicapai dan dielus lembut. Mata spontan meniti di wajah manis bertudung biru langit didepannya kala ini.
       "Jom, dia dah sampai kat luar rasanya. Tadi makcik Ainon beritahu ada orang lelaki muda datang dan tunggu di luar. Tentu dia. Marilah kita pergi. Tak elok biarkan tetamu menanti kan."
        "Dah sampai? Siapa, puan?" Seakan orang dungu Aida bertanya lagi. Puan Anne dilihat tersenyum manis. Bahu Aida dipaut lembut. "Aida takut ye,hmmm." Ketawa kecil tersuring dari bibir merah delima puan Anne. "Encik Fazwan Anuar tu tak makan orang, Aida. Lagi-lagi cikgu cantik manis macam Aida ni. Hai, siapa la yang terdaya nak marah. Dah jom. " Tangan terasa ditarik lembut. Kaki yang kaku terpasung sejak sejam tadi terasa bagai sebongkah balak kala melangkah. Dua tubuh saling bergerak keluar daripada bilik pengetua. Dalam melangkah, minda Aida laju mencerna semula tiap butir bicara puan Anne yang terluncur sebentar tadi. Nama yang disebut tadi diulang sebut. Berbisik dalam hati. Fazwan Anuar. Mata terasa hangat. Allah.
        Dia dah sampai!
        
"SAYA MINTA MAAF, cikgu." Fazwan tenang menitip bicara mula dari bangku kayu yang terletak tidak jauh dari pagar. Kata-kata dan pesan Dian yang seketika tadi masih lekat di kepala. Daddy kena cakap terima kasih kat teacher sebab dah tolong Dian tadi. Daddy kena say sorry kat teacher tadi sebab daddy dah marah teacher tadi. Say sorry, daddy. Nafas berdesir penuh debar. Memang salah dipihaknya yang buru-buru menghambur tuduh, melempar debu amarah. Segala kutukan memang seharusnya dihumbankan kepadanya. Fazwan jadi malu pada diri sendiri. Terlebih-lebih kepada si cantik disebelahnya ini yang tidak langsung menitip rasa yang pastinya ada tersimpan kesan perlakuan kurang matang Fazwan. Rasa itu Fazwan pasti disimpan kemas didalam  peti hati yang dikunci rapi. Tadi usai bersembang panjang dan menghulur maaf atas lanjur kata dengan puan Anne, Fazwan meminta izin untuk berbicara sendirian dengan si tudung hitam disebelahnya ini. Mahu memohon maaf dan mengucap terima kasih secara empat mata. Namun Fazwan tahu bukan mudah kerana si tudung hitam disebelahnya ini tidak langsung memberi maklumbalas sejak tadi. Dari mula kaki melangkah masuk memang langsung tiada sepatah kata yang keluar dari delima nan seulas ini. Terkunci rapat. Hanya tunduk sahaja. Mengangkat muka pun cuma sekali...waktu diperkenalkan tadi. Selebihnya hanya diam seribu bahasa. Jeda. Bisu. Semuanya. Hanya puan Anne yang banyak berkata. Fazwan buat konklusi sendiri. Mungkin si dia yang diperkenalkan kepadanya dengan panggilan cikgu Aida ini masih marah akan lancang kata Fawzan atas peristiwa yang menimpa Dian tadi.
       "Saya kesal atas lancang mulut saya tengahari tadi. Saya tahu cikgu tak bersalah. Cikgu langsung tak terlibat atas apa yang berlaku pada Dian. Saya yang hilang waras entah ke mana. Saya yang dangkal fikiran dalam mengatur lidah. Akal terbang entah kemana agaknya waktu tu. Kalau cikgu mahu saya mohon maaf secara rasmi, saya akan lakukan. Saya akan tulis surat kepada puan Anne. Kalau itu yang cikgu mahu. Saya tahu saya telah mencalar kredibiliti dan maruah, cikgu. Tuduhan saya terlalu berat dan nyata kurang ajar. Saya benar-benar mohon maaf pada cikgu. Tapi..." Fazwan tolak perlahan bingkai cermin mata yang sedikit melorot. Mata dikalih sebelah. Susuk tubuh bertudung hitam dengan sepasang kurung lembut yang tersarung dilihat jauh memandang ke deretan rumah-rumah kediaman dihadapan. Fazwan hela nafas perlahan sebelum kembali menyambung bicara. "kalau cikgu rasa saya memang benar-benar tak layak dimaafkan atas dasar kurang ajar saya yang keterlaluan tengahari tadi, saya faham. Saya takkan salahkan cikgu. Cikgu berhak berbuat demikian." Fazwan kembali memandang si dia disebelah. Dalam hati sudah berjela doa dikarang. Mohon agar si tudung hitam ini tidak membiarkan Fazwan terus terpenjara dengan rasa kesal dan bersalah yang tidak terhingga.
      Aida yang sedari tadi takzim melontar titip pandangan ke banjaran bongkah-bongkah kediaman yang menjadi jiran tetangga tadika ini menoleh perlahan kesebelah. Dua pasang mata bertembung. Entah mengapa dia tidak tega mengalih pandangan. Sepasang mata yang dilatari kaca mata terus menjala pandangan. Degup nafas yang bernaung di jiwa bergerak perlahan. Kata-kata maaf lelaki ini tadi masih terngiang-ngiang di cuping. Benarkah dia mahu menghukum lelaki ini atas segala lancang katanya tengahari tadi? Benarkah dia mahu melampias amarah kerana membuatkan jiwanya jadi ketakutan tidak terhitung tadi dek kerasnya makna kata-kata yang dilontar lelakinya kepadanya tengahari tadi? Benarkah ini dirinya yang kejam tidak mahu menyambut maaf insan yang mengharap ikhsannya. Benarkah ini Aida, dirinya? Air liur yang ditelan rasa sesak benar menuruni lohong nafas. Perlahan-lahan dibawa wajah kehadapan.
    "Saya tak salahkan encik Fazwan. Jika saya ditempat encik Fazwan, saya..." Aida kembali menoleh kesebelah. Wajah itu masih takzim merenungnya. Tidak berganjak. Bibit debar mengetuk pintu hati. Dihala semula pandangan ke depan." mungkin akan bertindak serupa tadi. Kita cuma manusia, encik Fazwan. Sehebat manapun kita, tetap kita bukan makhluk yang sempurna. Khilaf itu mainan hidup manusia seperti kita. Adakala kita terlupa yang amarah itu bunga-bunga syaitan yang ada dalam diri tiap manusia. Kitalah yang harus bijak mengawalnya dari berkembang mekar." Aida khali sejenak. Dan Fazwan yang takzim mendengar rasa bagai ada busar yang tajam menikam dada. Kata-kata penuh berhemah dan bersulam makna yang cukup mendalam yang ditutur si tudung hitam disebelahnya ini sungguh buat Fazwan malu pada diri sendiri. Tenang bicara Aida buat Fazwan sedar kerdilnya diri. Maafkan saya, cikgu! 
     Aida hela nafas sebelum menyambung kata. Mata masih melontar tatapan ke hamparan deretan kediaman dihadapan. Suasana damai di awal petang dengan redup biru langit yang memayungi bangku tempat dia dan lelaki disebelahnya ini berlabuh sejak tadi. "Dan saya tahu encik Fazwan tidak berniat mahu menutur kata-kata tadi...cuma.." Bibir Aida ukir senyum seraya menoleh kesebelah. "saya ni memang mudah terperanjat. Cengeng pun iye. Jadi tentu sahaja pengalaman tadi sesuatu yang amat menakutkan bagi saya. Tapi tak apalah. Semuanya cuma salah faham. Kan? " Bibir masih belum usai mengukir senyum. Mata tenang melihat senyum si kaca mata disebelahnya ini manis terhampar menyambut huluran senyum Aida.
    "Alhamdulillah. Lega benar saya bila cikgu cakap macam tu. Lapang hati saya. Terasa beban seberat bongkah batu besar tadi yang terhempap didada sebelum ke mari sudah diangkat dari tubuh."
     "Aida sahaja, encik Fazwan. Tak perlulah bercikgu-cikgu dengan saya. Bukan cikgu bertauliahpun saya ini. Sekadar pembantu tenaga pengajar sahaja di sini. Tak layak benar rasanya dipanggil dengan gelaran begitu."Senyum Aida diiring anggukan perlahan. 
    "Tetap cikgu, Aida. Tetap pendidik pada kelompok insan yang mahukan ilmu.Kena bangga bila dipanggil dan diseru begitu."
     Senyum Aida tersuring. Manis.
    "Sekali lagi jutaaan maaf dari saya, Aida. Terima kasih juga kerana membantu Dian sewaktu dia jatuh dari buaian tadi."
    " Saya jugak, encik Fazwan. Maafkan saya. Dian macammana ye lukanya tadi?"
    "Fazwan, Aida. Just Fazwan. Tak perlu berencik-encik dengan saya. Kita bukan berada di pejabat saya sekarang kan. Dian ok. Saya dah bawak ke klinik tadi. Dah cuci lukanya tadi, dia ok."
     "Maafkan saya encik Fazwan. Cuai daripada pihak saya juga."
      Fazwan senyum seraya menggeleng kepala. "Fazwan, Aida. Just call me, Fazwan."
     "Tapi.." Aida kemam bibir. Mata tersangkut ke wajah berkaca mata disebelahnya ini.
     "Atau nak saya panggil orang disebelah saya ni teacher Aida. Macam Dian panggil cikgu-cikgu disini. Sedap jugak bunyinya ditelinga saya."
     Ketawa Aida terhambur. Spontan. Fazwan juga ketawa. Aida geleng kepala. Tak mahu diseru begitu. Segan. Aida tau kanak-kanak disini memang diajar memanggil tiap tenaga pengajar disini dengan panggilan teacher bersesuaian dengan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar disini. "Teacher Aida." Entah kenapa bibir spontan menutur kata-kata yang dituturkan lelaki disebelahnya ini.  Fazwan yang mendengar hanya tersenyum.
    "Aida sahaja encik Fazwan.."
    "Fazwan, Aida. F-A-Z-W-A-N."
    Aida kemam bibir. Kepala mengangguk. Matanya yang bersinar terus melontar pandangan kesebelah. "Faz..wan. Fazwan."
    Fawzan angguk. Senyum. "Saya Fawzan Anuar. Selamat berkenalan."
     Aida senyum.
    " Saya Aida Awliya. Selamat berkenalan juga." Aida angguk kepala. Perlahan. Dan senyum kedua-dua saling meniti bersama susuk tubuh Puan Anne yang setia berada di nun di palang pintu masuk. Dua tangan saling memaut tubuh. Segala yang terbentang didepan mata diiring dengan senyum manis dibibir. 
     Aida Awliya. Hmmm...sedapnya nama si tudung hitam ini. Orangnya...manis sangat! Fazwan senyum dalam hati.

Saturday, September 14, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya -Bab 2


Bab 2

KACA MATA yang melatari pandangan ditarik perlahan. Dihamparkan bingkai Eco 2.0 diatas lantai meja kaca di bilik pejabatnya. Dua jari mengelus pangkal hidung. Nafas yang berdenyut dirasa seakan menyesakkan. Semuanya kerana hal tadi. Dan dia puncanya! Fazwan pejam mata sejenak. Cuba menggapai tenang hati yang makin menjauh. Inilah bahananya bila lafaz lidah lebih dahulu dibiarkan membuat keputusan tanpa bertanya kotak akal yang bijaksana. Dan akibat lanjur kata yang terluncur, akal sudahpun menjatuhkan hukum. Terlajak kata, tanggunglah akibatnya. Paling mengesankan, kerana lajak tuturnya yang tidak disangka-sangka, orang lain yang menanggung tempiasnya. Menerima impaknya. 
    Fazwan raup wajah dengan dua tapak tangan. Lama berteleku sebelum perlahan-lahan tangan dilepaskan dari memaut wajah. Dua tapak tangan yang saling berdakapan  meluncur lalu singgah jeda dibibir. Ditelan sesak rasa yang menekan salur penafasan. Dilepaskan keluhan. Dalam. Lama. Kepala yang memberat dengan persoalan yang tak disangka-sangka terus menekan dinding minda. Makin menghimpit fikiran. Apa yang kau dah buat ni, Fazwan? Bibir bisu terus menghambur pertanyaan. Kepala menggeleng lemah. Kesal bertimpa. Tak mampu terlukis dek kata-kata. Disandarkan tubuh ke ke dada kerusi baldu hitam yang terbentang. Kembali diputar segala tindakannya tadi yang sungguh diluar jangkaan. Buru-buru yang disalut amarah yang entah dari mana muncul. Kata-kata perbualan antara dia dan Puan Anne,pengetua My Little Sweet Home Child Care Centre juga Dian terus bergema. Silih berganti. Saling menghentam fikiran. Mengasak diri yang jelas sudah terlajak tutur. Tutur yang pastinya telah menyebabkan oranglain menerima akibatnya.
            “Saya sungguh minta maaf encik Fazwan atas apa yang berlaku ke atas Dian Khalisya. Saya mohon maaf bagi pihak My Little Sweet Home Child Care Centre. Saya akan siasat hal ini. Saya juga akan pastikan perkara ini takkan berulang lagi. Ini janji saya sebagai pengetua di sini. Dan jika benar guru kami yang bertanggungjawab dalam kes kecuaian yang menimpa Dian Khalisya seperti mana aduan encik Fazwan, saya akan ambil tindakan ke atas guru tersebut. Kami tidak akan sesekali melindungi guru di sini jika terbukti benar guru terbabit yang bersalah.” 
          "Saya mahu puan pastikan guru tadi tidak terlibat dengan apa juga aktiviti yang melibatkan Dian. Saya tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan tegas jika perkara tadi berulang. Nasib baik tidak ada kecederaan yang teruk dan serius pada Dian. Saya boleh boleh buat laporan kalau saya mahu namun saya mahu pihak puan sendiri yang mengambil tindakan terhadap guru tadi."
       " Saya faham encik Fazwan. Maaf sekali lagi daripada saya."
       " Sewajarnya keselamatan kanak-kanak di premis tadika puan menjadi keutamaan guru-guru dibawah kendalian puan. Saya harap kalau boleh saya takkan jumpa guru tadi lagi di Tadika puan. Harap puan faham maksud saya. Baik puan mahupun saya tentu tak mahu perkara yang sama menimpa kanak-kanak lain."
           "Saya faham encik Fazwan. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Terima kasih tidak memanjangkan perkara ini. Sekali lagi saya mohon maaf bagi pihak My Little Sweet Home Child Care Centre."
       Fazwan lepas keluhan. Kesal dengan apa yang berlaku. Mengapa dia langsung tidak mahu memujuk hati agar tidak terburu-buru bertindak membuat aduan tadi. Apa sudah jadi dengan dirinya hari ini. Dan pengakuan jujur dan tulus dari bibir mungil Dian benar-benar membuatkan Fazwan rasa diri bagaikan sedang dihempap dengan sebongkah batu besar. Fitnah tu bukankah lebih besar dosanya daripada membunuh?
            “Daddy, kenapa daddy marah teacher Dian yang tadi tu?”
            "Mestilah daddy marah,sayang. Teacher tu yang sebabkan princess daddy yang comel ni jatuh dari buaian sampai lutut berdarah. Nasib baik daddy cepat sampai tadi. Kalau lambat macammana. Apa daddy nak cakap pada mama dan papa Dian? Orang yang buat salah mestilah kita tegur. Dan daddy rasa marah sebab teacher tadi dah buat salah pada princess daddy. Daddy kena marah teacher tadi supaya dia tahu dia dah buat salah."
            Dian geleng kepala."Daddy, Dian yang jatuh sendiri sebab tolak buaian laju-laju la, daddy. Bukan teacher yang buat Dian jatuh. Teacher tadi tu tak nampak Dian jatuh. Teacher kemas mainan kat playground budak-budak kecik sebelah sana. Dian kan kat playground budak besar."
            “Bukan teacher Dian tadi tu yang sebabkan Dian jatuh sampai berdarah lutut? Betul ni?” Fazwan tatap mata Dian yang cantik.
            Dian lepas keluhan halus dengan tubuh yang dihempaskan ke sofa kereta. Dua tangan disilang ke tubuh dengan mata jernih bersinar tajam menikam  ke wajah Fazwan disisi. “Daddy, tadi Dian baru nak cakap kat daddy masa daddy sampai, Daddy dah marah teacher tadi tu." Dian muncung bibir. Melontar rasa yang terbuku. 
        Fazwan geleng kepala. "Ok, Dian nak cakap apa pada daddy tadi, sayang." Tangan dibawa ke pipi gebu Dian. Dielus lembut. Dian dilihat menarik nafas panjang." Dian sebenarnya nak cakap kat daddy teacher tu yang tolong Dian masa Dian jatuh. Teacher tu mana tau Dian jatuh. Teacher tu tak nampak sebab dia kat playground tempat lain. Dian main-main kat playground budak besar sebab boring tunggu mama tak datang-datang. Kawan-kawan Dian semua dah balik. Teacher tu tadipun macam nak menangis tengok Dian. Teacher tadi tu minta maaf kat Dian sebab tak nampak Dian jatuh. Teacher tadi tu nak ambilkan ubat letakkan lutut Dian ni sebab nanti kalau biarkan nanti jangkit kuman. Tapi tak sempat nak letak ubat, daddy dah sampai.”
        "Betul bukan teacher tadi yang buat Dian jatuh? Betul bukan dia? Betul Dian jatuh sendiri ni?"
         Dian angguk. " Ya la daddy. Kan Dian cakap tadi Dian jatuh sendiri. Teacher tu baik la daddy. Dia tak buat apa-apa pun pada Dian." 
        Fazwan hela nafas dalam-dalam. Kepala laju menggeleng.  Wajah comel Dian yang dihantar pulang usai mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Kanak-kanak Duha & Taufik masih enggan lepas dari fikiran. Kata-kata akhir Dian sebelum masuk ke dalam rumah tadi sungguh membuatkan Fazwan rasa dia telah melakukan satu kesalahan besar. 
        "Daddy, tahu tak..patutlah Dian pun tak pernah nampak teacher tadi tu. Teacher tadi tu cakap teacher baru kerja hari ini. Teacher tu teacher baru Dian rupanya. Esok... Dian nak cakap terima kasih pada teacher sebab tolong Dian. Dian kena cakap terima kasih. Kan, daddy? " Fazwan angguk. 
        "Daddy.."
         "ya, sayang."
         "Daddy pun kena cakap terima kasih esok kat teacher sebab tolong Dian. Daddy kena cakap sorry kat teacher tadi sebab daddy dah marah teacher tadi. Kan, daddy?" Dian ukir senyum manis yang comel. Dan senyum manis itu benar-benar bagakan busar yang memanah tepat ke jantung Fazwan. 
        Daddy kena cakap sorry kat teacher tadi sebab daddy dah marah teacher tadi. Kata-kata Dian terus bergema di benak. Seraut wajah putih mulus bertudung hitam pantas sahaja singgah dilayar mata. Bibir Fazwan terpaku. Hilang segala kalam. Allah. Apa aku dah buat ni. Mata menjunam ke arah iPhone yang terhampar di dada meja yang dipenuhi dokumen. Disambar. Mata lalu mencari nama Little Sweet Home Child Care Centre. Laju jari menekan butang memanggil.

AIDA angguk tanpa sebarang bantah. Wajah tenang Puan Anne yang dapat dirasakan seakan serba salah menyampaikan kata putus atas apa yang terjadi tadi dihulurkan senyum. Sedayanya biar hatinya saat ini usah ditanya rasa walangnya. Aida tahu memang salahnya. Dia harus akur. Dan kalau dia diberhentikan dihari pertama dia bekerja di tempat yang cukup mendamaikan jiwa dan hati ini dia harus redha. Mungkin bukan disini dia berpayung untuk meraih awan tenang bersama huluran titis rezeki. Mungkin Allah mahu menemukan dia dengan tempat lain untuk dia berpayung. Segalanya pasti ada hikmah. Bukankah rahsia perjalanan hidupnya di tangan Allah jawapannya. Aida tidak mahu merintih. Dia akan melangkah keluar daripada tempat yang sudah mencuri hatinya ini dengan penuh rela jika sudah ditentukan ini yang terbaik buatnya.
        "Saya harap Aida faham situasi saya. Saya mohon maaf banyak-banyak. Saya tahu Aida bukan sengaja. Aida tak berniat. Tapi saya sungguh tak berdaya, Aida. Encik Fazwan Anuar, daddy Dian Khalisya mahu tindakan diambil atas Aida. Saya tak mahu encik Fazwan Anuar panjangkan perkara ini hingga melibatkan pihak luar. Saya tak mahu Aida terheret sama. Saya tahu secara jujur Aida bukan bersalah sepenuhnya. "
         Angguk. Senyum manis sedaya diukir. 
        "Saya faham puan. Saya tahu puan perlu buat begini demi kebaikkan semua. Saya tak salahkan puan. Apa-apapun terima kasih sebab sudi beri saya peluang berpayung disini biarpun sehari. Tempat ini terlalu istimewa dihati saya. Semua penghuni kecilnya benar-benar telah mencuri hati saya."
      Puan Anne bangkit dari duduk. Langkah diatur mendekati Aida. Bahu Aida dipaut. Ada rasa damai yang singgah sejak kali pertama menatap wajah putih mulus gadis ini. Ada sesuatu tarikan istimewa yang sukar dilafazkan dengan kata-kata. Dan kerana itulah tatkala gadis ini hadir dua hari lepas memohon kerja sebagai guru disini dia terus sahaja menerima tanpa banyak bicara.
      "Saya minta maaf, Aida. Saya harap.." Dan bicara Puan Anne tergantung kala telinga dihadirkan dengan deringan daripada telefon di atas meja. "Sekejap ye Aida." Aida mengangguk. Mata mengalih pandang ke arah puan Anne yang laju menyambar gagang telefon. 
      "Sungguh ke ni encik Fazwan?"
       "Encik Fazwan nak jumpa cikgu Aida?" Puan Anne angkat mata memandang kearah Aida. Senyum dihulur bersama anggukan. "Boleh. Baik. Kami tunggu encik Fazwan. Sure encik Fazwan. Waalaikumsalam."
       Aida telan liur. Telinga tidak salah mendengar kan? Lelaki itu mahu datang ke sini berjumpa dengannya. Encik Fazwan Anuar mahu berjumpa dengannya. Pasti perihal tadi yang belum belum ternoktah.  Belum selesai. Ya Allah. Jantung dirasakan sudah gugur dari tampuknya kala nama itu meniti lagi di bibir. Nama yang menyambar cuping seawal kakinya melangkah masuk ke pejabat pengetua sejak sejam tadi. Ya Allah, janganlah ada hukuman lagi yang dijatuhkan lelaki itu terhadapnya. 
      Encik Fazwan, tolonglah. Demi Allah saya tak sengaja. Demi Allah saya tak berniat untuk membiarkan Dian jatuh. Percayalah cakap saya, encik Fazwan. Tolonglah percayakan saya..          

Monday, September 9, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 1


Bab 1
Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa...
           Tangan kiri Fyza laju menukar frekuensi radio dengan tangan kanan cekap mengemudi stereng. Aida yang tenggelam sejenak dalam kolam memori lalu menoleh ke sebelah. Gelagat Fyza diperhati dengan hati yang sedayanya ditenteramkan dek usikan silam. Digelengkan kepala. Tahu benar tujuan sahabat baiknya itu berbuat demikian. Dilepaskan liur yang tersangkut. " Fyza. Tak apa. Biar je la lagu tu. Tak payah nak tukar." Mata terus takzim singgah diwajah bulat Fyza yang ayu bertudung hijau limau nipis berjalur putih dan hitam. Ekor mata masih merenung.
         Fyza buat tak endah dengan kata-kata Aida. Jari-jemari terus menekan mencari frekuensi saluran lain dengan mata yang memfokus ke jalanraya. "Menyampah aku dengar lagu nih. Sakit telinga. Sakit hati. Kau tak rasa ke?"
         Aida geleng lagi. Nafas yang berpulas dalam lohong kerongkong dilepaskan perlahan-lahan. Tahu benar amarah teman baiknya ini yang masih belum susut. Masih merah. Aida sedaya upaya tidak mahu mengungkit kenangan itu. 
        " Lagu tu tak salah. Tak ada kena mengena. Kesian kat lagu tu, Fyza."
         Fyza mencebik. Mata kedua-duanya saling bertempur. Mata bundar Aida yang redup dikerling sesaat. Wajah manis bertudung hitam disebelahnya ini menyimpan duka di jiwa yang bukan kepalang. Fyza turut merasa tempiasnya dan rasa sakit itu masih menggunung di hati. Benci sungguh bila memikirkan sebaris nama itu. Kau memang lelaki jahaman, Razman!
         "Kau tau tak bila dengar lagu ni kepala aku ini tak boleh lari mesti terbayang muka jantan tak guna tu. Eei...aku sakit hati tau, Aida dia buat kau macam tu. Panas jer hati aku ni. Memang dasar jantan kurang ajar. Jantan tak  guna...jantan penipu. Elok kena panah petir jer. Baru padan muka dia! " Fyza lepas dengusan kasar. Bertubi-tubi makian terluncur dari bibir. Hatinya menggunung geram yang tidak pernah reda biar kisah tu sudah sebulan berlalu. Sakit hati bila memikirkan perkara yang menimpa Aida kesan perbuatan lelaki itu. Jari-jemari runcingnya terus menekan saluran, mencari frenkuensi.
          Aida geleng kepala lagi. "Dah dah lah tu. Tak baik  kau cakap macam tu. Mendoakan yang tak baik untuk orang bukan ajaran yang kita belajar. Bukan kita yang berhak menghukum,Fyza. Biarlah. Tu bukan kerja kita. Aku tak mahu ungkit lagi. Allah maha tahu atas semua kejadian ni kan. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya ini...siapa tahu."
          Fyza geleng kepala. Tahu benar dengan sikap  lembut Aida.  Mata menyusuri pemandangan dihadapan. Kereta yang dipandu terus bergerak perlahan mengikut aliran. Bibir melantun bicara. " Aku tahu semua ini dari Allah, Aida. Memang betul...siapa kita nak menolak takdir. Tapi aku tetap tak puashati dengan sikap kau. Dari awal  lagi tu jer la yang lepas dari mulut kau. Biarlah...biarlah. Biarlah.. kan? Tulah kau. Lembut sangat dengan orang.  Tak reti langsung nak lepaskan rasa marah. Luahkan apa yang kau simpan selama ini. Habis-habis...kau kurung dalam bilik menangis sorang-sorang. Dia bukan tau pun kau sedih dengan semua yang dia dah buat. Sebab apa tau?.." Fyza kerling sebelah. Aida dilihat hanya diam memandang kosong ke hadapan. "Sebab kau mudah mengalah dan sikap membiarkan kau tu la buat dia langsung tak rasa apa-apa  dengan apa yang dia dah buat pada kau. Sekelumitpun tak ada rasa bersalah tau Aida. Ada dia minta maaf pada kau? Haram!" Fyza toleh lagi. Aida masih jeda. Digelengkan kepala. "Kau kena jadi perempuan yang tegas lepas ni, Aida. Jangan lembut hati dengan orang lagi-lagi lelaki. Aku taknak kau sedih lagi. Cukup-cukuplah apa yang dah si Razman tak guna tu buat pada kau. Aku ni turut rasa sakitnya. Aku tak mahu kau ingat-ingat lagi hal kau dengan dia. Noktahkan semuanya. Buang semua dari ingatan aku."
          Aida lepas nafas perlahan. Jeda bibir dari tadi terus berlarutan. Hanya cuping yang menadah setiap butir bicara teman baiknya ini. Aida tidak mahu langsung membalas. Biarlah. Fyza memang macam ni sejak dahulu. Bebelan Fyza dia tahu tidak bermaksud mahu menyindir. Jauh sekali mahu menyakitkan hatinya. Aida tahu jauh di sudut hati teman baiknya ini, Fyza begitu menyayangi dirinya. Fyza hanya mahu melindunginya. Fyza hanya mahu dia melupakan segala kenangan pahit yang telah dia lalui.
          "Issh, mana pulak pergi stesen Hitz.FM ni." Jemari Fyza masih tidak henti menekan.
          Aida lepas nafas perlahan. 
          "Lagu tu tak salah, Fyza. Dahlah. Tak payah nak tukar channel lain. Biarkan yang tadi. Lagipun aku nak dengar. Sedap melodi dia, aku suka. Kau pun suka kan lagu ni. kalau kau nak kaitkan lagu tu dengan hal aku dan dia, kau tak payahlah nak risaukan aku. Aku ok. Aku tak apa-apa. Benda dah lepas. Dah lama aku lupakan. Dah aku kuburkan dari ingatan. Dia dah mati dalam hidup aku, Fyza." Dihala mata semula ke cermin sisi. Jalan raya yang sesak di waktu lewat senja begini memang rutin dimatanya sejak berpindah ke Kuala Lumpur mengikut Fyza.  Menanti Fyza pulang dari kerja tiap malam membuatkan Aida yang tinggal di flat yang disewa Fyza sejak seminggu lalu akan berdiri di tingkap bilik memerhati lalulintas yang tidak pernah surut dari sesak nafas hampir setiap malam. Inilah kehidupan dibandar besar. Semuanya saling berlumba. Saling bersaing. Dari siang membawa ke malam. Tidak pernah ternoktah.
         Fyza kerling sekilas ke sebelah. Tangan terhenti menekan pencarian frekuensi. Aida yang membuang pandang keluar tingkap dikerling seketika sebelum kembali membawa konsentrasi ke jalanraya dihadapan. Stereng kejap dipegang.  Suasana jalan yang sesak  bagai mencekik batang leher tika senja menjengah wajah memang lumrah. Dan lali buat Fyza yang sudah lebih 7 tahun menjadi warga Kuala Lumpur. 
        "Melodi dia memanglah sedap kat telinga kita yang dengar..tapi lirik dia tu...tak ker kena batang hidung sendiri. Silap- silap kau nanti kenang balik hal dulu. Terbayang balik kisah tu. Kau tu bukan aku tak kenal. Mata tu nanti mulalah kena serang virus masuk abuk."
         Aida lepas keluhan berat. Tidak mahu berbalas bahas lagi dengan Fyza yang sememangnya cukup sensitif bila melibatkan perkara antara Aida dan Razman. Jari dibawa mencari frenkuensi tadi. Suara gemersik Dessy Ratnasari kembali menyapa cuping. Disandarkan tubuh. Bait-bait yang teralun damai memenuhi ruang fikiran. Diri kembali tenggelam. Bibir dikemam perlahan. 

Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Airmata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci iniTanpa undangan...Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta
          Fyza kerling kesebelah. Aida yang diam membuang pandang ke luar tingkap dijengah.  Diam Aida tidak sukar dibaca sebabnya. Kepala digeleng. Teringat balik la tu. Kan aku dah kata!  Stereng dipegang kejap. Enjin buatan Jepun yang dipandu terus mendaki jalan yang semput. Senja makin berlabuh.
       
PINTU BILIK YANG DIKETUK dikerling.  Mata toleh pada meja. Jam bulat yang dibawa dari kampung dipandang. Sepuluh. Tangan dibawa ke mata. Digosok perlahan. Tubuh yang terbaring ditegakkan. Perlahan. Selimut yang membalut tubuh ditolak ketepi. Dibawa tubuh turun daripada katil. Langkah lambat dihala ke pintu. Tangan mencapai tombol pintu. Ditarik selak sebelum diputar. Wajah Fyza yang tersenyum tersembul dari luar pintu. Dikuak lebar muka pintu. 

      "Kau dah tidur ke?"

       "Baru jer nak terlena. Masuklah." 

        Tubuh berpusing ke belakang. Langkah satu persatu dibawa ke katil semula. Fyza perlahan mengekori daripada belakang. Aida melabuhkan duduk. Dua kaki dibawa ke atas.  Selimut yang terlontar si tengah katil ditarik lalu dibalut ke tubuh. Fyza ikut melabuhkan duduk disebelah. Seminggu duduk dirumah Fyza, esok Aida akan memulakan frasa baharu dalam hidup. Petang tadi dia membawa Aida membeli sepasang baju baharu untuk dipakai esok biarpun Aida menolak. Tidak perlu katanya. Bajunya yang dibawa pun elok juga. Namun Fyza memang dah berniat mahu membelikan Aida sepasang kurung baharu untuk dipakai pada hari pertama teman baiknya sejak dibangku sekolah itu bekerja. Moga dengan pakaian baharu yang dihadiahkan itu akan menambahkan semangat di jiwa Aida nan halus.

       "Aida.."

       "Hmmm..."
       
         "Kau dah sedia untuk esok?"

         Aida toleh sekilas. Senyum. Kepala diangguk. "Insya Allah."

         "Berdebar?"

        Aida senyum. Jari telunjuk dirapatkan sedikit ke ibu jari. "Sikit. Aku kan tak pernah jadi cikgu, Fyza. Biasa tengok mesin jahit jer semenjak lepas SPM dulu. Tu je yang aku tau."

         Fyza paut bahu Aida. Dielus perlahan. "Kau pun dah jumpa puan Anne, pengetua My Little Sweet Home Child Care Centre tu kan. Dia akan tolong kau sesuaikan diri nanti. Jangan risau sangat, hmmm. Aku tau kau boleh. Orang jiwa halus lembut dan penyabar tahap tujuh lapis langit macam kau ni memang sesuai sangat jadi cikgu kat situ. Aku ni lain lah.  Memang tak layak. Ganas. Garang. Tak sabar. Memang awal-awal dah kena tendang. Mati anak orang nanti aku kerjakan."

      Berderai ketawa.

     "Fyza.."

      "Terima kasih. Kau banyak tolong aku. Kalau kau tak ada, tak tahulah apa yang aku nak buat."

       Fyza lepas nafas. "Kau kan kawan baik aku. Aku mana ada kawan selain kau  Tak ada sapa yang tahan dengan mulut aku ni. Kau jer yang sabar dengan kerenah aku. Kat sekolah dulu kau jer yang sudi kawan dengan aku. Mana ada budak lain yang nak dekat dengan aku yang garang ni." 

      Aida senyum. "Kau baik sebenarnya, Fyza...cuma..." Fyza angkat kening. "Cuma apa cik Aida Awliya yang cantik manis?" Aida sengih manis. " mulut tu kena jahit sikit jadi nanti tak boleh cakap banyak. Sebab dah sempit kan. Nanti terkoyak pulak kalau cakap banyak."

     Berderai lagi ketawa.

      "Aida.."

      "Hmmm..."

       "Kau kena banyak bersabar bila bekerja dengan budak-budak kecik ni ye. Ragam diorang macam-macam."

        Aida angguk. "Insya Allah. Terima kasih Fyza dapatkan aku keje tu. Kau banyak tolong aku sejak aku sampai ke sini. Tak tahu lah aku kalau kau tak ada. Aku bukan ada sapa-sapa kat Kuala Lumpur ni. Nak duduk dikampung aku memang dah tak sanggup."

     Fyza elus lagi bahu Aida. Tahu dan maklum lara yang ditanggung teman akrabnya ini. "Hey, kita kan kawan baik. Dah..jangan cakap lagi pasal tu. Tak suka aku dengar." Fyza bangkit daripada duduk. "Kau tidur la. Esok nak bangun awal. Jangan lambat. Esok hari pertama. Aku hantar kau esok." Fyza atur langkah mendekati pintu.

      Aida geleng. Mata ikut langkah Fyza yang mendekati pintu.  "Eh tak payahlah. Aku boleh pergi sendiri. Kau pun dah ajar aku naik bas kat mana dan turun kat mana kan. Aku boleh pergi sendiri. Bukan suasah sangat pun."

    "Hari pertama kau mula kerja...jadi biar aku yang hantar. Balik petang esok nanti kau boleh balik sendiri. Aku nak pastikan kau tak lambat pada hari pertama. " Fyza tarik tombol pintu. "Selamat malam, Aida. Assalamualaikum." Aida telan liur. Salam disahut perlahan. Mata mengekori hingga tubuh Fyza hilang disebalik pintu. Nafas yang berombak didada dilepas tenang. Perlahan-lahan tubuh direbahkan. Mata memandang siling putih. Bilah-bilah kipas yang berputar ditatap. Putaran kipas itu mengingatkan diri tentang putaran hidupnya kini. Tidak pernah langsung diduga begini sudahnya. Segala yang pernah dianyam dalam dalam angan ternyata hanya mimpi. Ada sebak yang kembali bertandang. Bibir dikemam. Mata perlahan dipejam. Ketat. Rapat.

QISTINA HEMBUS NAFAS. MATA HALA KE GUESS DI PERGELANGAN KANAN. ALLAH. SAH tak sempat ini. 
Tubuh bangkit dari kerusi. Mata dibawa ke sekumpulan lelaki dihadapan. "You guys carry on ok. I need to make an urgent call. I'll joint you guys later."  Dan serentak tubuh deras melolos keluar daripada bilik mesyuarat yang membahang dengan pelbagai pedebatan sejak dari lewat pagi tadi. Tangan laju menekan butang mencari nombor My Little Sweet Home Child Care Centre. Hati berdendang risau memikirkan buah hatinya yang pasti menunggu kedatangan Qistina seperti selalu. Butang ditekan dan dilekap iphone ke telinga. Bibir dikemam. Dian, mama minta maaf sayang. Mama tak dapat ambik Dian. Mama stuck dalam meeting sekarang ni, sayang.  Papa pulak dah turun ke site. Ada kerja penting, tidak mama boleh suruh papa  ambik Dian.  Allah..Allah. Kepala ligat berputar. Mencari solusi kepada masalah besar yang dihadapi sekarang. Fikiran laju teringatkan seseorang. Nafas berhempas ragu. Harap dia ada di pejabat. Harap dia bukan ada urusan luar negara. Ya Allah, tolonglah. Qistina hempas nafas yang laju berlari. Wajah Dian yang comel terlayar dimata.  laju menekan butang di iPhone.  Dibawa gajet ke telinga. Tangan kanan mencekak pinggang rampingnya. Tubuh dibawa ke hulur dan hilir. Please abang...please. Please pick up the call.

   Fawzan serah fail putih bersaiz 2 inci ke tangan Elaine, pengurus kanan bahagian kewangan MSF Industries. Senyum dihulur. "Ok Elaine, let me have the full report tomorrow morning."

   Elaine angguk faham. "Ok encik Fazwan. Will do." Tubuh ditegakkan.  

   Deringan dari hala iPhone yang terdampar dimeja membuatkan mata Fazwan terhala ke gajet berkenaan. Tangan menyambar. Nama yang tertera di skrin membuatkan bibir menguntum senyum. Di hala mata ke wajah Elaine yang berdiri. Isyarat diberikan memberitahu dia mahu menjawap panggilan berkenaan. Elaine yang mengerti tersenyum lalu mengangguk. Langkah dihala ke pintu. Laju. Ditarik perlahan tombol dan dilepaskan penuh berhati-hati. 

  Fazwan ekan butang dan bawa iPhone ke cuping. Tubuh dihempas ke kerusi. 

   "Assalamualaikum, abang Wan. Qis ni. Abang..i need your help. Big help. Qis nak minta tolong sangat-sangat ni."

  Fazwan jawab salam sambil geleng kepala. Senyum. "Qis, relax,hmmm. Ok..Qis nak abang Wan tolong apa,hmmm. Just say it."

   "Abang Wan free tak sekarang? Boleh tolong Qis fetch Dian kat Little Sweet Home?"

    Fazwan angguk. Senyum tersuring lagi." No problem. Dian kan anak abang Wan juga. Qis jangan risau,hmmm. Just continue with the meeting. I knew you must be damn worried about that little princess. Let me handle her, hmmm. Nanti abang hantar Dian balik ke rumah. Ok."

Qistina lepas nafas lega. Senyum segaris terukir. "Millions thanks abang Wan. I owe you a dinner ok. Drop by at our castle this weekend. Qis masak special untuk abang Wan. Beriani maybe." Qistina nampak Azlan sudah melambai dari luar bilik mesyuarat. Qistina beri isyarat lambaian. Kepala angguk faham. "Ok abang Wan got to go now. They're waiting for me. Thanks again, abang Wan. Assalamualaikum."

 Fazwan senyum. "Waalaikumsalam." Kepala digeleng. Qis..Qis. Gajet ditarik dari cuping. Fazwan senyum lagi. Wajah comel Dian Khalisya yang sering tersenyum itu terlayar dimata. Daddy lama tak jumpa Dian. Daddy sibuk sangat lately sayang. Hmmm...missed you so much sweetheart. Gugus kunci diatas meja dicapai. Tubuh laju dibawa ke pintu. 

MACAMMANA INI..ALLAH. MATILAH AKU. Liur tersekat-sekat dirasakan. Aida pegang lutut budak perempuan comel berambut panjang paras pinggang yang sedang merah matanya menatap lutut yang berdarah.  Macammana dia boleh tak perasan yang budak ini tinggal seorang diri di taman dan bermain bersendirian. Tak silapnya tadi semua kanak-kanak sudah pulang dijemput ibu bapa dan penjaga masing-masing. Tapi budak comel yang sorang ni betul-betul hilang dari hijab pandangannya. Hati berdetik gusar. Budak ini tak ada orang datang ambik dia ker? Mana mak ayah dia nih? Nafas dilepaskan lagi. Cuainya kau Aida. Dah la ni hari pertama kau bekerja di sini. Dibawa mata menyusuri tubuh comel yang terduduk dirumput.
   
   "sayang..teacher minta maaf. Nama siapa ye? Maaf teacher tak ingat. Hari ni hari pertama teacher kat sini."

   "Dian Khalisya." Si comel yang masih merenung lutut yang berdarah bersuara senafas.

 Dian Khalisya. Sedapnya nama dia. Padan betul dengan muka dia yang comel. Hati laju berkata. Mata dihala ke wajah Dian. "Teacher tak nampak Dian kat luar tadi. Sakit lagi?'

   'Sikit jer." Aida bawa jari ke lutut yang berdarah. Tercetus jeritan kecil dari bibir mungil disebelah. Aida panik. "Sakit ye, Dian. maafkan teacher." Kepala si comel menggeleng."Pedih teacher. " Aida angguk. "Kita masuk ke dalam ye letak ubat. Nanti kalau tak letak ubat takut kuman masuk kat luka tu." Dian Khalisya angguk. Aida senyum segaris. Perlahan-lahan tubuh Dian diangkat dan saat mata menoleh ke luar pintu sebuah kereta mewah berwarna putih menangkap pandangan mata. Dian dilihat turut memandang. Bibir si comel dilihat tersenyum lebar. 

   "Tu kereta daddy, Dian."

    Aida angguk. Air liur tersekat. Langkah kedua-duanya terpaku.

   Fazwan deras mendekati tubuh kecil Dian yang sudah menghulur rangkul. Direndahkan tubuh mendekati Dian. Mata pantas menangkap lutut Dian yang berdarah.
   
   "Kenapa lutut berdarah ni sayang?"

   "Dian jatuh. Teacher ni.." Telunjuk halus Dian hala ke wajah Aida yang pucat disebelah.

   Fazwan dukung tubuh kecil Dian. Dipeluk erat. Didarat bibir ke dahi licin Dian. Mata dibawa ke wajah bujur sirih bertudung hitam. Wajah polos gebu dengan sepasang mata bundar dihadapannya ini ditatap.

   "Awak ni tau buat kerja ke tidak? Faham makna tanggungjawab?"

    Aida telan liur. Allah.

   "Err..encik..saya.. saya..."

   "Sampai berdarah anak orang. Cuai betul awak."

   Aida kemam bibir. Bibir terkaku.

   Fazwan lepas nafas. "I will speak to the principal. You should be blame on this and I'll make sure that you will get the punishment." Dan serentak itu dua tubuh berlalu laju meninggalkan Aida yang masih termangu.  Mata terasa hangat. Panas. Tangan dibawa ke bibir yang dikemam. Ya Allah.

Wednesday, September 4, 2013

PENGUMUMAN..

As- salam.
Kucc ada 2 pengumuman. 

A) Ini 5 pendapat TERBAIK bagi posting "KHAL ATAU JOE?!!!" yang dijalankan pada Jan 2013. Dan seperti yang kucc nyatakan dalam posting tu kucc akan pilih 3 pendapat terbaik yang akan dapat novel latest kucc (masa tuh kalau ikut MSB laa kan tapi bila kucc fikir2kan balik LCDJM sepatutnya diberikan sebagai cenderahati sebab ni segmen pasal LCDJM kan...sebab tu laa hal ni delay utk tunggu LCDJM versi cetak kuar..maaf byk2 ye utk yg tunggu dan tertunggu. Terima kasih jugak pada semua yang sudi beri pendapat, cadangan dan komentar dalam posting tersebut. 

Ok...dari 3 kucc up kan jadi 5 untuk cenderahati terima kasih. Kucc mintak kelima-lima pembaca yang terpilih nih sila email pada kucc nama serta alamat penuh & hp no. untuk proses penghantaran novel LAFAZ CINTA DI JARI MANIS. (email kucc - kucc0791@gmail.com).


1. Aziela.

2. Aznati @ a_must
3. Rin
4. D_inda
5. Putehberseri

B) Bab 13 Ros Merah yang seterusnya akan dimuatnaik di group FB Ceritera kucc di sini->
Ceritera kucc

Untuk makluman, Ceritera baharu kucc akan diperkenalkan disini dahulu hingga ke beberapa bab sebelum dipindahkan ke Group FB Ceritera kucc...Kucc ada sebab buat macam ni. Ia salah satu langkah keselamatan & perlindungan karya. Harap kawan-kawan kucc yang kucc sayang dan hormat sgt2 boleh faham kenapa kucc buat macam ni ye.
Wassalam.                                                                                      

Monday, September 2, 2013

13 Ros Merah - Bab 27

Bab 27
SIULAN BERNADA ceria dihening malam mudah sahaja menggamit pendengaran Puan Sri Zarida yang takzim dibilik bacaan. Pintu yang memang terbuka dari tadi dipandang sekilas bersama ukir senyum dibibir. Tidak perlu meneka siapa empunya suara. Dia sudah maklum. Siapa lagi kalau bukan anak bujangnya yang sorang itu. Iq memang macam tu. Selalunya akan bersiul kalau ada yang sesuatu yang menggembirakan hati. Itu memang sikap Iq dari dulu. Puan Sri Zarida memang tahu sangat-sangat! Tubuh yang berbalut kaftan sutera merah samar bingkas bangun. A Cup of Comfort yang sudah suku dibaca diletakkan penandanya dan ditutup. Naskhah pembangunan diri yang dihadiahkan suami dihamparkan ke meja sisi disebelah. Langkah dibawa ke pintu.
   "Iq.." Suara lembut Puan Sri Zarida terlantun damai. Menggamit si anak terunanya yang dilihat bagai sedang tenggelam dalam dunianya sendiri. Hmmm...adalah tu yang seronok sangat. Ini sah sah mesti pasal Damia. Hati pantas sahaja menyimpul. Puan Sri Zarida maklum sangat sikap Iqram yang jauh berubah ceria dan sering tersenyum sejak kenal si cantik berpipi merah yang diperkenalkan Iqram kepadanya beberapa minggu lalu. Apalah yang D dah buat kat anak auntie sampai boleh angau macam ni ye. Boleh share tak?. Hati ketawa dalam diam. Mata menangkap susuk tubuh yang masih terus mengalun siulan sambil memanjat tangga. Laju sahaja. Langkah dipaku memerhatikan Iqram bersama gelengan kepala.
    "Iq.."Diseru sekali lagi. 
   Langkah deras Iqram terhenti saat telinga mendengar namanya dipanggil. Kunci yang dilambung-lambung dari mula masuk ke rumah tadi pantas ditangkap dan digenggam. Suara yang menyeru namanya buat tubuh yang sedang mendaki tangga berpusing ke belakang. Mata jatuh pada seraut wajah bersalut kaftan merah samar yang berdiri diluar bilik bacaan. 
   "Mama?" Langkah perlahan menuruni anak tangga dihala ke arah mama yang takzim memandang sambil tersenyum. "Kenapa tak tidur lagi ni, mama. Mama tunggu Iq ke ni?"Iqram sudah berdiri dihadapan. Senyum dibibir Puan Sri Zarida terus terlontar. Kaki dihayun perlahan. Tidak terus dijawap. Terus dibawa langkah ke ruang utama. "Mama baca buku. Tak rasa nak tidur lagi." Iqram angguk sambil senyum. Tahu sangat hobi mama yang suka membaca sejak dahulu. 
   "Dari mana ni,hmmm."
    Iqram sengih. "Hantar kawan balik. Berbual tadi dengan dia..tu yang lambat. "
    "Kawan Iq?"
     Iqram angguk.
     "Perempuan,hmmm?"
      "Yup." Iqram angguk lagi. Kali ini bersama senyum yang terlontar. Puan Sri Zarida balas senyum. Hmmm. Ingat mama tak tahu ye. Iq ..Iq. Hati terus menyulam senyum. 
   "Hmmm...mama tengok orang tu happy nampak. Senyum sorang-sorang dari tadi. Any good news? " Bibir Puan Sri Zarida terus ukir senyum sambil langkah dibawa ke ruang tamu utama. Sofa utama dituju. 
  Iqram balas senyum dari belakang. Tenang. Langkah turut dihala mengekori langkah mama ke ruang tamu utama. Tubuh dilabuhkan disebelah mama. 
   "Takkan taknak share dengan mama,hmmm. I knew there must be something. Mama bukan tak kenal Iq. Kalau dah bersiul-siul tu...adalah yang berbunga-bunga dalam hati. Kan? Am i right, young man?" Mata Puan Sri Zarida jatuh ke wajah Iqram yang tenang tersandar disebelah. Suara terus dilantun lagi. Mengharapkan anak tunggal disebelah yang masih menjaring senyum membuka cerita.
  Iqram senyum terus. Lebar. Kepala kembali memutar kenangan pertemuannya bersama si pipi merah sebentar tadi. Nasib baik tak kena sembur sebab dia dah dikira mempermain-mainkan si pipi merah pujaan hatinya itu. Kalau kena rebus tadi memang tragedi sungguh!
   "Iq dah beritahu Damia,mama tentang perasaan Iq pada dia." Sepasang mata coklatnya yang bersinar berlaga dengan redup mata mama yang bening.
  Puan Sri Zarida angkat kening. "Really?"Bibir masih belum usai melabuhkan tirai senyum. Hmmm... bagus. Satu langkah dah mula. 
  "Iq cakap apa pada Damia? Say i love you?"
   Iqram berdehem. Ketawa kecil terluncur.
   "Issh, mama ni. Ada pulak nak cakap macam tu."
   "Why not. Straight to the point. Lebih cepat kan lebih mudah kerja mama dan papa. Senang mama dengan papa nak arrange our plan. Jumpa parent D. Merisik then terus meminang. Kalau dua pihak setuju tahun ni jugak mama dan papa nak langsungkan. Mama dengan papa dah tak nak tunggu. Iq dah jumpa calon yang baik. Mama pun suka dengan Damia. Papa pun setuju dengan pilihan Iq bila mama cerita tentang Damia. Iq pun dah suka sangat pada D kan. Nak tunggu apa lagi. Iq pun bukan tambah muda. It's about time for you to start a family, sayang." Tapak tangan kanan didaratkan ke lengan Iqram disebelah. "Lagipun..." Puan Sri Zarida jala senyum lebar. Mata dikenyitkan. "Mama dah tak sabar nak dapat menantu nih. Tahun depan bolehlah mama dengan papa dapat cucu. Wah, seronoknya mama, Iq. Papa lagi double seronok."
   Cucu?!! Mata Iqram bulat. Gosh. D+ Iq = cucu next year?..Oh no! 
   "Mama..mama..." Tubuh Iqram spontan tegak dari sandar. Tapak tangan kanan laju menangkap lembut pergelangan tangan mama disebelah. " mama..nanti nanti. Nanti dulu ok. Jangan buat apa-apa dulu till Iq say so. Jauh sangat mama dah plan ni."
  Puan Sri Zarida toleh memandang tepat ke wajah tampan Iqram."Why not? Apa yang nak tunggu lagi. Damia tak setuju? Damia tolak lamaran Iq?"
   Iqram lepas nafas. Tapak tangan mama dielus lagi." Bukan macam tu, mama. Damia tak cakap yang dia tak setuju. Damia bukan tolak lamaran Iq."
   "Then...Kenapa."
   Iqram raup wajah. Satu keluhan dilepaskan. "Not that easy,mama. Damia bukan macam tu. Dia lain, mama. Lain dari yang lain. Kita tak boleh fikir semua orang ada fikiran yang sama dengan kita. Lain orang, lain caranya."
   Kerut didahi Puan Sri Zarida muncul lagi. 
   "Maksud Iq?"
   Iqram hala dua biji mata ke wajah mama yang menanti jawapan dengan penuh tanda tanya. 
   "Iq kena lulus ujian Damia dulu. Then dia akan beri jawapan."
   Puan Sri Zarida terus kerut kening. 
   "Lulus ujian? Damia nak bagi Iq ujian?"
    Iqram angguk. Senyum.
   "Ujian apa? Susah tak? Iq boleh ke buat? Kenapa sampai nak kena ada ujian-ujian pulak nih. Tak faham pulak mama dengan Damia."
    Iqram senyum lagi. Bahu mama dipaut. "Mama...kan Iq dah cakap. Dia lain. Dia takkan mudah terima. Dia mesti nak pastikan Iq yang terbaik buat dia. Iq tahu dia  gadis yang bijak. " Tangan mama terus dielus. "Yang penting..." Iqram jatuhkan kepala ke bahu mama. "Mama doakan Iq lulus ujian tu nanti, hmmm." 
    Puan Sri Zarida elus pipi licin Iqram. Senyum bertaut. "always, sayang."
  
"DAMIA DAH TAHU KAU IFF?"
Angguk.
"Dia ok?"
 Angguk.
 "Kau tak kena marah dengan dia?"
  Iqram senyum. Kepala digeleng. 
  Firdaus raup dua tapak tangan ke wajah."Alhamdulillah. Lega aku. Aku takut jer kau kena maki+belasah habis-habisan dengan dia. Kau kan cakap dia tu garang boleh tahan."
 Iqram ketawa. "Sikit lagi tak kena rebus jadi pisang rebus."
 Pecah ketawa.
"So, what's next?" Firdaus capai mug cappucino didepan. Dibawa perlahan ke bibir.
"Aku kena tunggu dia beritahu langkah seterusnya."
Mug dilepaskan dari bibir. "Langkah seterusnya? Dia yang akan beritahu kau? Biar betul nih. Patut kau...ni...dia pulak. Pelik." Firdaus kerut dahi. Mug diletakkan diatas meja dihadapan.
"Hmmm. Si pipi merah aku tu kan memang lain dari yang lain."
"Kau tunggu dia kata ok untuk mama dan papa kau hantar rombongan meminang?"
Iqram ketawa. "Kau ni sama macam fikiran mama aku."
"Dah tu? Langkah apa lagi kalau bukan masuk line. Next step mesti kahwin, la bro. Kau taknak kahwin ke? Issh..." Firdaus geleng kepala. Laju. Sandar pada sofa ditegakkan. Mata renung wajah Iqram. " Iq...calon giler punyer cun macam tu kau taknak kahwin. Rugi, bro." Pernah sekali ditunjukkan kepadanya gerangan si pipi merah oleh Iqram sewaktu mereka melewati APAC untuk makan tengahari, Firdaus sendiri terpegun jugak melihat wajah gadis yang sudah menambat hati teman baiknya ini.
 Iqram geleng kepala. 
 "Kau ni...ingat si pipi merah aku tu senang senang nak kata ok kita kahwin. Kau ingat dia takder cara dia sendiri."
 Firdaus tenung wajah Iqram. "Maknanyer kau belum dapat green light lagi dari dia lah ni."
 Iqram angguk.
  "Belum lagi, bro. Ada perkara yang si pipi merah pujaan hati aku tu nak aku buat. Sort of like a test." 
  Firdaus senyum meleret. 
   "Test? D nak test kau? Biar betul ni, bro." 
  Iqram ketawa. 
  "Ayat kau tu tolong betulkan sikit. Dia nak test aku buat fews thing. Bukan nak test aku. Kau nak rasa kena mandi dengan cappucino ke?" 
  Firdaus laju ketawa. Tapak tangan diangkat paras bahu." Ok ok...sorry. Aku gurau jer. Dia cakap macam tuh?" 
  Iqram angguk lagi. 
   "Kalau aku lulus then baru dia akan beritahu jawapan dia."
  "Test apa dia nak suruh kau buat nih?"
   Iqram angkat bahu. "Malam nanti aku jumpa dia baru dia beritahu. "
   Firdaus angguk sambil tayang muka serius. "Apa-apapun aku doakan kau, Iq. Kau bayangkan kau atas pelamin dengan dia. Kau senyum lebar tengok dia kat sebelah. Dia senyum sambil kenyit mata kat kau. Aku rasa tu motivasi paling baik dan berkesan untuk kau lulus ujian si pipi merah pujaan hati kau tu."
  Pecah ketawa kedua-duanya.

IQRAM TELAN LIUR TATAP KERTAS DITANGAN. Mama, pray hard for me..
"Ini yang saya kena buat?"
 Damia sengih. Angguk." Senang kan? Tak banyak pun. 10 jer."
 Iqram cebik. "10 jer." 
 Damia ketawa.
 "Sajer la tu kan."
 "Eh..awak yang kata awak sanggup buat apa saja hari tu kan. Name it, D. Lupa ke, bro." Damia kelip mata. Selamba. Iqram senyum dalam hati lihat reaksi comel Damia. Mata hala semula ke wajah kertas ditangan. Baris pertama diulangbaca.

Ujian Kelayakkan untuk jadi IMAM Damia Humaira. 
Oleh kerana abah adalah ikon imam saya, jadi ciri-ciri abah saya mesti ada pada orang yang nak memohon jawatan kekal sebagai imam saya seumur hidup. 
    Iqram pegang kejap kertas ditangan sambil hala mata kesebelah. Damia angkat kening. "Ada soklan nak tanya ke." 
  Iqram geleng. Senyum. " Saya belum pun habis baca senarai ujian "palinggggg senang " yang awak nak saya buat nih." 
  Damia tabur gelak. Gua pun harap lu lulus, bro. Kalau tak...rugi la gua lepaskan imam yang ada sepasang mata cokolat paling seksi...hikhikhik
  Iqram hela nafas. Mata meneliti tiap bait dan baris perkataan yang tertulis di muka lembar kertas yang dihulur si pipi merah kepadannya tadi.
1. Mesti belajar bahasa arab sebab abah saya tahu berbahasa arab. Kalau abah boleh, calon imam saya pun MESTI boleh.
   Iqram hala sebelah. Si pipi merah yang bersandar tenang dikerling. "Bahasa arab? Kenapa mesti bahasa arab?"
   Damia senyum. Deheman perlahan dilepaskan sebelum sepasang mata mereka dibawa berlaga. "Selain sebab abah saya tau berbahasa arab ada sebab penting lain yang awak kena tau. Rasulullah, nabi kita orang arab. mesti ada sebab Allah pilih kalangan orang arab  dan bukan bangsa lain jadi nabi kita. Kan? " Iqram takzim mendengar. Damia sambung lagi. "Lagipun bahasa al-quran kan bahasa arab. Kalau tak faham bahasa arab, macammana nak faham al-quran?" Damia hala mata kesebelah yang terus diam. Damia terus sambung bercakap." Dan satu lagi...bahasa dalam syurga pun bahasa arab. Kita tak cakap melayu tau dalam syurga nanti."
  Iqram kerut dahi. "Bahasa disyurga? Ye ke?"
  Damia angguk. Senyum. 
  "Awak boleh?"
   Damia senyum lagi. Iqram senyum walau didalam hati masih tertanya. Dia tahu ke tak tahu nih? Mata kembali jatuh ke wajah kertas ditangan.
2. Mesti pandai mengaji.
    Iqram lepas nafas. Panjang."Pandai mengaji?" 
    Damia angguk. Sengih. "Dah nak jadi imam mestilah tau ngaji. Betul tak?"
    Iqram tabur senyum lagi. Fir, baru dua syarat aku dah rasa sesak nafas nih, bro. Mata terus meneliti bait dilembar kertas.
3. Kena azan subuh disurau atau masjid tiap pagi dalam tempoh ujian.
    Iqram rasa nak melompat. What?!!
    "A..azan? Subuh?" Iqram hala mata yang tak berkelip. Biar betul nih!
     Damia tayang mata yang bulat. "Awak tak solat subuh ker?"
    "Err..solat."
    "Tau kan azan subuh macammana?"
    "Tau tau. Apa pulak tak tau." Jantung dah rasa terbuai-buai. Tunggu masa nak jatuh ke lantai. Goodluck, Iq! Air liur laju menuruni salur kerongkong. Kembali dibawa mata yang dah berbalam memandang kertas ditangan.
4. Kena jadi imam salah satu waktu solat di masjid kampung saya nanti dalam tempoh ujian.
    Iqram usap pelipis. Kalau tadi jantungnya terbuai, kali ini jntung memang dah nak tertanggal daripada tangkai saat mata meneliti satu persatu bait ujian nombor 4.
   "Sa...saya kena jadi imam solat? Imam solat di masjid?"
   Damia pusing tubuh ke sebelah. Selamba. "Awak...nak jadi imam keluarga bukan senang tau. Jadi awak kenalah praktis jadi imam dimasjid dulu. Displin macammana. Kaedah kendalikan makmum macammana. Macam tu la awak nak handle keluarga awak nanti." Damia angkat tangan dengan tapak tangan yang dikepal. Digerakkan tangan ke sisi. Atas dan bawah.  Kepala diangguk. "chaiyok awak!"
  Iqram kerut dahi. Chaiyok? Kepala digeleng. Lembar kertas terus dijamah mata. Debar dihati makin kencang berlari. 
5. Mesti belajar dan kena tahu hal ehwal penanaman pisang dan penjagaannya. 
  Bibir Iqram laju ukir senyum kala ujian ke. 5 terlafaz dibibir. Yang ini memang selalu dia dengar dari bibir si comel ini. Tahu benar latar belakang keluarga si pipi merah ni macam yang pernah diceritakan kepada mama waktu dia membawa Damia berkenalan dengan mama dulu." Awak nak suruh saya tukar bidang ker nih,hmmm. Nanti abah awak kena pencen pulak kalau saya lulus."
    Damia jeling. Eksen la sangat! Jari telunjuk di hala ke wajah Iqram yang simpul senyum spontan." Nak ke tak jadi calon nih." Iqram senyum lebar. " Giler tak nak. Rugilah nak lepaskan awak yang comel nih." Damia ketap bibir. Ada jer yang kena lenyek jadi bingka pisang karang nih!
6. Mesti tau buat cokodok pisang emas yang paling best macam yang abah saya buat.
   "Cokodok pisang emas tu aper, D?"
    Damia jeling. "Sila tanya pakcik google."
    Pecah ketawa Iqram.
7. Mesti pandai masak dan hal ehwal rumahtangga yang lain. Suami kan kena sediakan semua tu untuk isteri (itu kata abah).
   Iqram elus pangkal hidung. 
   "Yang nombor 7 ni saya rasa dua-dua kena kerjasama. Isteri tu rasanya dapat pahala berganda lagi kalau buat dua perkara ni."
    Damia sengih. " Pandai ek. Tak kira! Nak...kena buat. Nak ker tak jadi calon imam,hmmm." Kening diangkat dan digerakkan. Iqram angguk. Senyum. Tenang. "Ok. Awak akan terpegun nanti tengok kehebatan saya memasak." Damia cebik sambil pegang leher dengan dua tapak tangan. Iqram ketawa. Kertas ditangan terus ditatap. Mata terbuntang saat bait-bait seterusnya meniti dilayar fikiran. 
8. Mesti tau sembelih ayam, bersihkan ayam..cabut bulu ayam dan masak ayam kurma sebab saya hantu kurma ayam.
  "Sembelih ayam?"Iqram hala mata yang bulat ke wajah disebelah. "Sa..ya kena sembelih ayam?" 
   Damia sengih lebar. "Senang jer ni awak. Ujian paling mudah. Kejar je ayam, tangkap pastu.." Damia tunjuk aksi dengan tapak tangan kanan yang ditegakkan ke lengan kiri lalu digerakkan tapak tangan kanan ke atas dan bawah. Iqram yang melihat hempas tubuh ke leher kusyen. D..kenapalah you nak dera i sampai macam nih. Kepala digeleng. Damia disebelah dah pecah ketawa dalam hati. 
Iqram toleh kesebelah. Damia tayang senyum.
"Awak ok tak nih. Kalau nak tarik diri boleh lagi."
 Iqram tayang senyum. Kepala diangguk. I'll proved it to you. D. Mata dibawa lagi ke lembar kertas ditangan. Iqram kelip mata beberapa kali. Ghazal? Hati dah pecah ketawa. Bibir dikemam menahan derai ketawa daripada terlepas.
9. Mesti tau berghazal best macam abah saya. 
   "Ghazal?"
   "Ya."
  "Awak nak suruh saya masuk pertandingan nyanyian ke ni,hmm." Iqram simpul senyum.
   Damia lontar jelingan.
  "Jangan nak ketawa-ketawa ye. Abah saya handal berghazal tau. Awak ingat senang ker nak berghazal nih. Awak tak lulus..bai bai ye."
   Iqram ketawa kecil. Mata dikenyitkan. "We'll see, D." Kembali dihala mata ke arah kertas ditangan. Baris ayat terakhir yang tertera dibaca dengan kerut didahi.   
10. Mesti tau berqasidah macam abah.
  Dahi Iqram kembali berkerut. "Berqasidah tu apa, D?"
  Damia senyum. "Macam biasa. Tanyalah pakcik google."
   Jeda seketika. Iqram lepas nafas perlahan namun cukup jelas di cuping Damia. Mata menoleh ke sebelah yang tersandar tenang.
  "Awak.."
  "Hmmm..."
  " Senang kan semua ujian-ujian yang awak kena buat? Kalau awak rasa tak mampu baik cakap sekarang."
  Iqram senyum. You memang nak dera i kan, D. Tapi tak apa D. Demi you i sanggup! Damia sengih. Chaiyok, bro! Lu mesti boleh. Mata Iqram dikelip. Wajah si pipi merah disebelah yang masih menjala senyum ditatap. Hati ukir senyum.
  "D..." Iqram lipat kemas lembar kertas. Damia angkat wajah. Selamba.
   "So, awak...macammana. Nak teruskan ke tak nih?" Damia elus dua tapak tangan. Hati bergelung risau. Please...please awak jangan tarik diri. Awak...tak kira, macammana pun awak mesti buat! Awak nak saya kan? Damia tak berkelip pandang wajah disebelah yang diam sahaja lepas habis baca semua perkara yang Damia dah tulis untuk ujian jadi calon imam dia.
  "D..." Iqram hala pandangan redup kesebelah. Damia kemam bibir. Mata turut sama merenung walau rasa macam nak lompat keluar kereta bila ditenung begitu. Wallaweh mata dia cantik giler weh! Oit D, apa kes kau tenung dia lebih-lebih nih. Astagafirullah, apa dah jadi kat gua nih. Lu punya pasal la nih. Apsal lu tenung gua. Tenung benda lain aar.
   "Saya tau..."
    "Ta...tau aper." Damia telan liur.Fokus D..fokus. Jangan lu asyik tenung mata cokolat seksi dia sampai nak tembus.
    Ciss!
    Iqram senyum.
    "Awak suka saya jugak kan sebenarnya.Hmmm?"
    Damia kemam bibir. Mata dilarikan ke hadapan. Apasal gua boleh kantoi ni. Dia ni ada ilmu baca apa yang tertulis kat kepala gua ni aper! 
    Iqram senyum lihat reaksi si pipi merah disebelah yang jelas gagal menyembunyikan riak dihati. D...i serious suka you. 
    Iqram hembus nafas. 
   "Fine. I'll do all this. I'll do all this for you. I'll proved it to you, D. Yang penting saya pasti akan jadi imam awak nanti. Imam awak untuk seumur hidup. Mark my word, D."Dua pasang mata mereka saling berlaga. Iqram senyum. Damia kemam bibir. Namun hati dah melompat-lompat kegirangan.
    Yes!!!!!!!!!!. 

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...