Tuesday, July 27, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 29

Bab 29
"Congratulation Faisal...congrat abang Wan. Danisha mana ye?"
"terima kasih Zita. Danisha tak dapat hadir mak mertua dia admitted to Gleneagles petang tadi." Ada kejutan diwajah Zita.
"kenapa dengan mother-in-law dia abang wan?"
"heart attack. Tapi dah stabil kata Danisha masa abang call dia tadi. Alhamdulillah." Zita turut melafaz ucapan syukur.
"Hmm, siapa this handsome gentleman next to you my dear? your new bodyguard? import dari mana ni Zita?" Zita sudah ketawa kecil dengan pertanyaan lucu Fazwan. Azhar turut ketawa.
"kenalkan ni kawan Zita, Azhar." Fazwan dan Azhar sudah berjabat mesra. Ucapan tahniah dihulurkan Azhar pada Fawzan.
"Faisal, kenalkan kawan Zita, Azhar." Zita mengamit pandangan Faisal yang sedari tadi dilihat memaku pada Azhar disebelah.
Tangan dua lelaki dihadapannya sudah saling berjabat. Erat genggaman dua tapak tangan yang sudah bergabung menjadi satu. Senyuman bertaut. Manis dan cuba sedaya upaya dicipta suasana mesra. Mata saling memandang. Merenung.
"Azhar."
" Faisal." Azhar sudah menganggukkan kepala.
"Nice meeting you Faisal. Congratulation on the promotion."
"thanks."
Zita hanya memerhatikan dua lelaki dihadapannya kini sedang berjabat tangan dan saling bertukar senyuman. Fawzan yang berdiri disebelah Faisal turut memfokuskan pandangan pada dua lelaki berkenaan. Seakan tahu apa yang bersarang diminda Zita saat ini Fazwan melemparkan senyuman padanya sambil menganggukkan kepala padanya.
Azhar dilihat cukup cool biarpun Faisal dilihat masih tidak mengalih pandangan bebola matanya dari menganalisa Azhar yang berdiri rapat disebelah Zita. Tidak dapat dipastikan Zita apakah makna disebalik tilikan mata Faisal yang menjelajahi keseluruhan diri Azhar. Apa ni Faisal! Kalau dirinya berada di tempat Azhar, Zita pasti sudah rimas dan gelisah diperlakukan sedemikian rupa. Tapi Azhar dilihat tidak langsung tergugat oleh mainan dan tenungan mata Faisal.
Siapa dia ini pada kau Zita?..istimewa sungguhkah dia hingga kau sanggup seret dia mengiringi diri kau ke majlis yang sangat bermakna buat diri aku ini? Aku hanya mengharapkan kehadiran kau di sini untuk berjabat tangan sambil mengucapkan tahniah pada aku..kau seorang sahaja...dan bukannya ditemani sesiapa!
Faisal melemparkan pandangan pada Zita yang berdiri anggun disebelah Azhar. Sangat rapat dan mesra pada penilaian matanya. Ada rasa cemburu yang singgah dan melekat disudut hati kecilnya melihatkan kemesraan kedua-duanya yang saling tersenyum memandang antara satu sama lain. Ada rasa hentakan padu yang amat sakit yang menghentam dadanya memandang aksi kedua-dua. Awal tadinya dia cukup teruja melihat kehadiran Zita di Ballroom ini namun saat melihat Azhar yang berjalan seiringan dengan wanita pujaannya itu hatinya diamuk api cemburu. Melihat tampang Azhar, Faisal pasti Azhar lah lelaki yang beberapa kali dilihat menghabiskan masa beriadah bersama Zita di Taman Tasik Titiwangsa. Pernah dua kali dia melihat kelibat kanak-kanak perempuan berambut perang turut ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan siapa kanak-kanak berkenaan tapi sangat mesra disisi Azhar. Juga mesra bersama Zita. Gambaran sebuah keluarga yang sangat bahagia. Mungkinkah kanak-kanak tersebut anak Azhar?...tapi di mana ibunya yang juga isteri Azhar? Dan kenapa pula Azhar hadir disini bersama Zita jika dia sudah beristeri. Atau mungkinkah Azhar..?
Kau ni kenapa Faisal?..dah gila?...dah tak waras hingga berkelakuan sebegini. Memalukan. Kau memang sungguh memalukan lah! Ingat, Zita itu bukan lagi milik mutlak kau yang boleh kau ikat dan perintah itu dan ini seperti dahulu...dia kini bukan lagi isteri kau!..dia sudah bebas dari kau bodoh!

Tapi...sayang aku padanya tidak pernah bebas...rasa itu sudah terpasung di sini..di hati aku ini dan ia makin kukuh terpahat di jiwa aku ini dari hari ke sehari...aku tak dapat melupuskannya....aku tak dapat....aku tak mampu. Zita itu hanya untuk aku...untuk aku seorang, tiada lelaki lain yang boleh memiliki dia...kau dengar tak?

Kau ni memang dah gila Faisal!...tolonglah sedar, Zita itu bukan milik kau lagi...bukan lagi!
Aku tak peduli, persetan dengan kau..persetan dengan semua!
"Faisal?"
"Faisal?"
"Faisal...Faisal!"
Terasa seakan ada rasa tamparan yang sedikit kuat pada lengannya. Pantas minda diarah berfungsi kembali pada orbitnya. Mata sempat melihat tiga pasang mata yang sedang tegun memandangnya. Tidak berkelip. Fazwan dilihat sudah menggeleng perlahan. Azhar sudah tersenyum kecil. Zita hanya memandangnya sebentar sebelum melarikan wajah tatkala bola mata mereka bertembung.
"dah sampai mana kau ni Faisal..Mauritius? Kepulauan Pasifik? ker Antartika sana?" senyum dan ketawa kecil itu cukup menyakitkan telinganya. Mahu sahaja dihamun maki Azhar yang selamba mentertawakannya. Mahu ditinju sahaja mulut celupar Fawzan yang seakan bersekongkol bersama Azhar. Celaka!
"Maaf. Saya tiba-tiba teringat seseorang tadi." Fazwan sudah tersenyum. Kau ni memang celaka la Wan!
"mesti istimewa orangnya kan kalau tak, takkan sampai you boleh terleka dibuatnya." Azhar sudah menganggukkan kepala sambil menepuk-nepuk bahu Faisal.
"istimewa...sangat-sangat istimewa didalam hidup saya." Bola mata dihala pada Zita disebelah Azhar yang kebetulan sedang memandang Faisal. Bertembung seketika pandangan mereka sebelum Zita dilihat pantas melontar pandangan ke arah pentas. Dilihat Zita menepuk lengan Azhar sambil menunjukkan jarinya pada seseorang di sana. Dilihat Zita berbisik ke telinga Azhar. Azhar dilihat menganggukkan kepala sambil tersenyum manis. Pandangan yang begitu menyakitkan mata Faisal.
"excuse us gentleman.. kami nak jumpa Tan Sri dan Puan Sri sekejap. See you guys later ok."
"sure sure, see both of you later."
Faisal mengiringi pemergian Zita dan Azhar dengan pandangan matanya. Perlakuan yang turut diperhatikan Fazwan sambil menggelengkan kepala.
"aku rasa kalau mata kau tu boleh bercakap mesti dia cakap sudah sudahlah tenung orang berdua tu..dari mula diorang masuk dewan ni kau suruh aku tenung...letih aku, kau tau tak!"
Faisal tidak mengendahkan kata-kata Fazwan. Bibir mereka mengukir senyuman sambil tangan bertukar jabat pada tetamu yang menghampiri dan mengucap tahniah. Dewan sudah sesak dengan para jemputan dari kalangan pemain korporat tidak kira samada kawan dan lawan.
"siasat siapa dia Wan. Aku nak tahu semua pasal dia." Fazwan menoleh pada Faisal disebelah.
"dia? siapa?"
Faisal memandang tepat pada wajah Fazwan.
"kau tahu Wan siapa yang aku maksudkan. Everything about him. Everything!"
Fazwan mengurutkan pangkal hidung sambil menghela nafas panjang.

Saturday, July 10, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 29

Bab 29

Laluan parkir bawah tanah yang akan membawa langkahnya ke akuarium terbesar di Kuala Lumpur dilalui dengan sepantas mungkin. Tidak mahu orang yang akan ditemui menunggu dirinya. Kalau boleh biarlah dia yang sampai dahulu. Tidak mahu markah dirinya dimata si dia nanti jatuh menjunam kalau dia "terlanjur masa". Aduh, janganlah cik kak tu sampai dulu. Habislah dia. Hati sudah berdoa. Berulang kali. Langkah terus dipalu ke hadapan. Cepatlah kaki!

Mata melilau melihat sekeliling. meninjau ke kiri dan kanan. Mencari susuk tubuh seseorang. Tiada. Line clear. Tangan kanan mengurut dada. Amin. Fuhh, selamat! . Hai la Azarina punya la banyak kompleks beli belah, panggung wayang, tempat makan, segala macam taman...taman bunga, taman tasik, taman burung, taman rama-rama kat KL ni ada ka kat sini...tempat peti simpan ikan ni dia nak date dengan aku. Issh, sungguhlah tak romantik tempat ni. Nasib baik la aku syok giler kat awak cik Azarina, kalau tak...kalau tak hapa Mustaffa?, sudahlah kau. Kalau si Azarina suruh kau masuk tangki ikan pari gergasi kat dalam tu pun kau dengan sukarela dan tanpa banyak soal akan terjun kan. Apa? ikan pari gergasi?..gila ke!

"tak payah nak terjenguk-jenguk macam rusa masuk kompleks. Sini akuarium, bukan zoo. Awak lambat. Lambat 15 minit. Lima belassss minit!" Tubuh dipusingkan ke arah suara yang menegur. Matanya sudah berlaga dengan mata orang yang menegur. Seakan mahu melompat tubuh sasanya kala melihat susuk tubuh didepan mata. Aduh!

Uik, buat magik chipsmore la pulak cik kak ni. Tadi takdepun..ni tetiba ada pulak dia terpacak, mampusss aku!

Mustaffa sudah melempar sengihan kerang. Azarina yang berdiri disebelah merenung tajam.

"ingat lawa sangat ke tersengih macam tu. Ikan-kan kat dalam tu kalau tersengih pun seratus kali cantik lagi dari awak tau!" Azarina sudah melontarkan jelingan pada Mustaffa.

"amboi, sadisnya perbandingan awak. Memang saya dah keluar awal tadi awak. Sangat awal. Betul, sumpah! tapi jalanraya tu la yang buat saya lambat ni. Nak ukur jalan dari Mindef ke KLCC ni memang jauh awak. Dengan pelbagai halangan yang kena ditempuh, tu yang buat saya lambat sikit tu. Sungguh, saya tak sengaja. Luar bidang kuasa saya."

ada yang kena lipat empat dengan aku ni. Mahu aku humbankan dalam tangki jerung kat dalam tu karang.

"ada aje jawapan tak munasabah awak kan. Dah dah, gi beli tiket. Saya tunggu kat depan sana." Jari telunjuk diarahkan Azarina ke pintu masuk Aquaria yang sedang diawasi oleh seorang kakitangan yang menunggu untuk memeriksa tiket pengunjung. "Cepat sikit. Jangan nak praktis skill buaya awak kat kaunter tu pulak. Budak kaunter kata sini tak minat buaya...jerung aje yang diaorang layan. " Mustaffa sudah ketawa kecil sambil menganggukkan kepala lalu melangkah ke kaunter.

"jom." tiket ditunjukkan ke wajah Azarina sebelum diserahkan pada kakitangan yang berdiri disebelah mesin tiket. Kedua-dua tiket diperiksa sebelum diberikan semula pada Mustaffa. Azarina sudah melepasi palang saat tiket dimasukkan Mustaffa ke muncung mesin lalu diikuti kemudiannnya oleh Mustaffa.

* * * * * * *

"awak memang suka sangat dengan ikan-ikan ye." Langkah Azarina pada laluan terowong mini terhenti. Kepala ditoleh memandang wajah Mustaffa dibelakang. Kepala diangguk perlahan.

"sangat suka. Ku'a pun suka ikan. Sebab tu kami boleh geng. Boleh ngam."

"yelah. Ngam yang melekat macam gam gajah. Mana ada Ku'a adalah awak. Kan."

Mata Azarina memandang petugas yang sudah memasuki kolam besar disebelah kanan sambil memberi ikan-ikan didalam tangki akuarium itu makan sambil bermain-main dengan ikan-ikan berkenaan.Tentu seronok kalau dia berpeluang berbuat demikian.

"saya budak kampung Mustaffa. Dulu masa kecil saya suka ikut abah menjala ikan di sungai dan kadangkala abah saya menangkap ikan di sawah. Abah saya kemudian buat kolam ikan kat belakang rumah kami di kampung. Kolam tu abah isikan dengan pelbagai jenis ikan yang abah tangkap. Ada sepat, puyu, sembilang, sebarau, lampam. Sejak kecil saya itulah taman permainan saya. Lepas balik sekolah atau lepas balik mengaji itulah tempat pertama yang saya tuju. Seronok beri ikan makan. Saya rasa damai disitu. Seronok melihat ikan-ikan itu berenang. Jiwa saya jadi sangat aman dan tenteram sangat. " Nafas dihela perlahan. Mata Azarina memandang peti kaca dihadapannya yang menempatkan obor-obor berwarna kebiru-biruan kesan biasan cahaya lampu di situ. Langkah dibawa ke tempat duduk dihadapan. Dilabuhkan duduk disitu. Mustaffa turut melabuhkan duduk disebelah sambil mata melihat sekilas pengunjung yang lalu lalang dihadapan mereka. Mata kemudian berpindah pada wajah tenang Azarina disebelah.

"Bila tamat sekolah rendah, saya masuk sekolah asrama dibandar. Sejak tu, saya jarang dapat balik ke rumah dan menjenguk kolam abah. Cuma masa cuti sekolah saje saya boleh balik."

"rindu kolam ikan abah awak la ni ye. Tu yang ajak saya jumpa disini." Mustaffa tersenyum memandang Azarina. Wajah Azarina tetap begitu. Langsung tiada reaksi pada senyuman yang dilemparkan Mustaffa.

"satu hari ribut melanda kampung saya. Banyak rumah yang musnah. Rumah saya turut sama. Nasib baik abah dan mak selamat. cuma..."

Mustaffa dapat melihat wajah mendung Azarina.

"cuma apa awak?" Azarina dilihat menghela nafas.Panjang sekali sebelum dilepaskan.

"kolam kesayangan saya musnah ditimpa tembok bilik air rumah kami. Semua ikan yang abah bela mati. Saya memang sedih sangat bila dapat tahu berita tu. Walaupun abah bina kolam yang baru dan gantikan ikan yang baru, hingga kini saya tetap teringatkan kolam kesayangan saya itu. Kolam yang banyak meninggalkan kenangan manis didalam hidup saya."

"sentimental jugak awak ni ye. Nampak luar je garang giler..tapi dalam.." Azarina sudah menoleh memandang wajah disebelahnya. Amboi sedap je kutuk aku, nak kena sumbat dengan obor-obor dia ni..

"tapi dalam apa? awak nak mengata saya la tu kan." Azarina sudah menjegilkan matanya pada Mustaffa yang sudah menyimpul senyum.

"mana ada mengata tapi kenyataan. Dalam awak tu lembut, lembik...macam agar-agar terlebih air." Issh, apa punya perbandingan la kau ni Mustaffa. Aah, lantak la..darurat ni!

'Dah dah..jangan nak melalut..merapu. Kita ni datang sebab nak bincang hal kawan awak yang lembab tu dengan kawan baik saya. Kawan awak tu kena la agresif lebih. Jangan la macam pon.." Mustaffa sudah membeliakkan mata sambil tapak tangan dibawa ke mulut. Mahu tergelak Azarina dengan aksi spontan Mustaffa.

wah..sedap ja mulut comel dia mengata kawan aku pon...issh, selisih bahu sungguh!

"sebab dah dua-dua makhluk tu malu...jadinya kan kita berdua yang kurang malu ni kena la tolong diaorang kan." kurang malu?, amboii sedap jer mulut dia ye...aku malu la mangkuk, hang tu yang tak malu laa..

"tolong macammana?..haa, jangan bagi idea bombastik awak tu ye..saya belasah awak nanti."

Belasah aku?..mak aii cik kak ni...ganas berganda dia ni. Nasib la kau Mustaffa syok kat spesies ganas..

"mana ada bomplastik awak. Bahaya main bom-bom ni. Banyak kemusnahan alam nanti. Kesian orang. Kuih bom pisang takper..sedap..memang da bomb!"

memang la aku tukar jadi makhluk hijo merun karang ni...Mustaffaaa!

"sebelum awak marah dan bertukar warna..." Mustaffa sudah tersenyum lebar memandang wajah Azarina yang sudah tajam mencerlung mamandang."biar saya habiskan dulu kata-kata saya....apa kata..." Azarina sudah bangun mengatur langkah ke pintu keluar. Mustaffa pantas membuntuti.

"awak..nanti la saya belum habis beritahu idea bernas saya ni. Meh la dengar dulu awak...awak..." Mustaffa sudah memintas laluan Azarina. Issh cik kak aku ni..hangin ja dia ni. Banyak makan daun pudina agaknya dia ni...

"Malas cakap dengan awak ni. Simpan idea bernas awak tu dan bagi pada kawan baik yang lembab ganda lima tu. Cakap dengan dia, kalau dia tak cepat bertindak , dia boleh lupakan Ku'a. Lelaki lembab tak sesuai untuk Ku'a tau! Dah, saya nak balik. Asssalamualaikum." Azarina melepasi pintu utama dan melangkah meninggalkan Mustaffa yang sedang berdiri sambil memandangnya tanpa berkelip. Tak boleh jadi ni. Issh, cik kak tocang dua ni date aku dengan dia baru je nak mula ni, issh kacau...zon merah dah aku ni. Cepat Mustaffa kejar dia!

"awakkk..nantilah. Saya belum habis cakap lagi ni. "

Azarinaaaaa!...eh, cik kak tocang dua.......tungguuuuuuuuuu!



Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...