Thursday, July 21, 2016

Next...doa2kan

“I dengar tentang persepsi negatif you pasal lelaki melayu.”

Jo tala renung ke depan. Mata yang dihala ke cermin pandang belakang bertembung dengan sepasang mata Terese yang terbelalak. Aku tak cakap apa-apa kat dia, Jo. Sumpah! Terese geleng kepala laju. Gila terkejut dengar ayat dari mulut Azhad yang macam bom tak dijangka. Tiba-tiba meletup aje. Jangan cari pasal Tuan VP. Aku taknak bertanggungjawab kalau apa-apa jadi kat kau. Jo tu kalau dia marah, hantu pun takut.

Gelengan kepala teman serumahnya itu dia faham maksudnya. Jo tahu bukan dari mulut Terese lelaki ini mendapat cerita. Ahh. Persetan dari mulut siapapun jugak. Itu bukan bawa makna apa-apa. Jo tidak gentar. Jauh sekali menanam benih takut. Peduli apa aku!

“Apa yang kau dengar?” Perlahan sahaja dibalas. Suara tanpa rasa ditekan dengan mata tetap statik memandang ke hadapan. Tidak kuasa mahu memandang Azhad. Senyum Azhad mekar kala tatap singgah ke raut di sebelah.

“Kenapa bercakap tak pandang I? Takkan takut tergoda pada I? Or..you memang takut tergoda pada I,hmmm.” Kata-kata itu bagai simbahan ketul-ketul ais ke muka. Mencabar untuk dia bertindakbalas.

Renungan tajam Jo berkalih kompas lalu bermukim di wajah lelaki ini. Riak manis di bibir Azhad tidak sukar difahami Jo. Jangan nak senyum sindir dengan akulah serigala. Kirim salam la aku nak tergoda kat kau.

“Cakap. Aku pandang muka kau sekarang.”

Azhad makin galak tersenyum. Kepala diangguk.

“I tanya dan you mesti jawab.”

“Tanya. Aku jawab.”

Azhad angguk lagi.

“Kenapa tak suka lelaki melayu?”


“Kau ada masalah kalau aku tak suka lelaki melayu?” Dilontar jawapan sinis. Azhad tayang wajah tenang.

“Apa salah lelaki melayu pada you, Jo?” Renung mata masih tak berkalih.

“Kau nak cakap apa sebenarnya ni?” Selajur dibalas. Tiada perisa digaul dalam kalam yang dilontar. Tidak perlu berperisa dengan lelaki ini. Rasa itu akan hanya membuka peluang. Peluang yang akan hanya membuatkan patah bicaranya makin panjang.

“You hukum semua lelaki melayu yang cuba dekat dengan you dengan satu akta ciptaan you sendiri. You tak adil, Jo. Tell me, Jo apa alasan you. Apa salah dan dosa lelaki melayu pada you.” Dada bagai dihentak bongkah dari gunung.

Salah.

Dosa.

Seraut wajah yang sekian lama dikuburkan dalam lubuk paling dalam bernama benci dan dendam tersenyum di mata. Ketawa. Dua tangan dikepal. Kuat. Pergi. Aku benci kau! Pekikan bergema dalam hati.


Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...