Thursday, February 28, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 28

Bab 28

Dari jauh susuk tubuh yang sedang duduk sendirian dimeja dihujung restoran cukup dikenali. Qistina melajukan langkah. Nafas sudah entah berapa kali dilontar laju. Senyum manis berlesung pipit yang cukup menawan itu damai menyambut kedatangan Qistina yang jelas sudah terlewat. Terlewat banyak! Salam dihulur perlahan. Mata Qistina yang bulat jatuh pada wajah tampan Khalish. Dan si pemilik lesung pipit dua ini tenang menyambut bersama senyum manisnya yang masih terletak di bibir. Qistina senyum balas bersama rasa bersalah yang kencang menyapa dinding hati. Tangan pantas menarik kerusi. Coach dihamparkan  diriba bersama nafas yang berlabuh tenang.

"Sorry Khal,i terlambat. Maaf sangat-sangat."  Qistina hulur kata maaf usai ucapan salam kepada lelaki yang masih kemas berkemeja biru gelap. Lengan baju yang sudah terlipat sedikit hingga ke paras lengan menampakkan kulit kuning langsatnya dipandang Qistina sekilas kala melabuhkan duduk di perut kerusi setentang. Pasti dah lama nih dia tunggu kalau dah siap lipat lengan kemeja. Hati laju berbisik. Bukan Qistina tidak kenal sikap Khalish. Bertahun mengenali lelaki dihadapannya ini buat Qistina cukup masak dan amat arif dengan perangai Khalish. Kalau dah resah menunggu lama, mulalah melipat lengan baju. Itu memang peel Khalish sejak dulu. Kalau ditanya, pasti jawapan lucunya yang terlantun. Setiap lipatan tu mewakili lima minit masa menunggu yang telah dihabiskan. Jadi  kalau nak tahu berapa lama dia menunggu, Qistina pasti disuruh mengira berapa lipatan pada lengan kemeja Khalish. Sengaja menyakat. Itu memang kegemaran Khalish dahulu. Hati tersenyum. Kenangan manis itu hinggap difikiran. 

"mesti dah lama you tunggu kan Khal. I'm so...so sorry. Ada hal kat office tadi. Jalan pulak sesak sebab ada small accident kat Mont Kiara tadi. Jadi tambah sesak bila ramai pulak yang jadi tukang tengok. Kan dah mengganggu lalu lintas. Aduhai. Sabar saja lah. " Qistina sambung bicara. Kala disebut soal "hal kat office" wajah kacak Joe terlintas spontan dimata Qistina. Sudah balikkah teman baiknya itu? Hati Qistina kuat bergema bisiknya menyatakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan lelaki itu daripada pengetahuannya. Bahasa tubuh Joe tidak seperti selalu. Asing. Terlalu asing dimata Qistina yang sekian lama mengenali Joe. 

Walaupun sangat pasti tentang perkara itu Qistina tidak mahu mendesak Joe. Mungkin Joe tidak mahu berkongsi dengannya. Namun jauh disudut hati Qistina putik gusar dan risau tetap bertandang. Runsing memikirkan  jika ada perkara besar dan berat yang sedang membebani fikiran Joe dan dia sebagai teman baik tidak langsung sedar akan perkara itu. Qistina tahu didalam keadaan yang masih baharu kehilangan insan tersayang, perasaan teman baiknya itu mungkin mudah tersentuh. Awan sedih dihati Joe masih berdendang sayu. Itu firasat Qistina namun dia yakin tekaannya tidak silap. Memang Qistina akui diminggu awal Joe kembali bertugas, kerap dia lihat lelaki itu termenung sendirian kala melintasi bilik Joe. Memikirkan Joe mungkin masih belum sepenuhnya boleh menerima apa yang telah terjadi, tidak sesekali Qistina cuba mencelah masa yang terbentang didepan mata kala Joe sedang bersendirian. Bagi Qistina mungkin Joe perlukan masa untuk menerima ujian takdir ini dan sebagai teman baik dia akan sentiasa disisi temannya itu mengharungi kesukaran ini. Joe, cakaplah dengan aku apa masalah kau. Kau tau kan Joe aku sayang kau. Mungkin Zura tau kut?. Minda mengangguk setuju. Dalam fikiran Qistina sedang merencanakan sesuatu. 

"it's ok dear. I faham,hmmm. Biasalah head...memang tanggungjawabnya lebih." Khalish angguk. Rindunya pada si pemilik wajah keanak-anakkan ini tidak dapat dibendung. Membuak bagaikan lava Merapi yang tidak terkawal alirnya dek benteng buatan manusia. Mata masih tunak memandang wajah comel dihadapan yang baru melabuhkan duduk.  

Senyum manis Khalish dari dua lesung pipit yang terbentuk disambut penuh lega oleh Qistina."thanks, Khal." Khalish tebar senyum lagi seraya menggamit tangan separas kepala. Memanggil pramusaji yang berada didepan. Kepala diangguk seakan memberi isyarat. Qistina menoleh pandang ke belakang.

"you dah order?"

Kepala diangguk. Mata kembali pada wajah comel dihadapan. "hmmm. Tunggu you sampai jer...then diorang akan bawak semua ke meja terus."


"semua? mesti banyak ni. Wah!" Qistina ketawa kecil.

Khalish senyum lagi. " i kan tau apa yang suka.."

"Hmmm..." Dua tapak tangan bertemu dan digosokkan perlahan antara satu sama lain. Reaksi yang bertujuan mempamerkan keterujaan diri. Qistina lempar senyum meleret.

"you order apa Khal..mesti sedap nih."

Senyum Khalish bertamu diwajah Qistina. Kali ini lebih manis bersulam tatapan mata yang tidak berkelip pada empunya suara yang terlantun damai kala singgah di jendela sanubari "your favourite, dear."

Giliran Qistina menabur senyum lagi. " Nasi goreng butter prawn, right?"


"hmmm.."

"With extra-extra prawn. Big..big prawn. Kan?"

Kepala Khalish terangguk lembut. Bahagia melihat reaksi comel Qistina yang cukup menawan jiwa. 

Qistina bertepuk tangan seakan anak kecil yang gembira mendapat sesuatu yang disukainya. Gembira dan teruja yang saling bersulam. "wah wah..lapar lapar ni. Cepatlah suruh diorang bawak kat meja. Tak sabar nak makan ni, Khal. Lapar sangat-sangat nih taw. " Tangan dibawa ke perut. Khalish ketawa kecil seraya menggeleng kepala. Terhibur dengan gelagat comel Qistina. Gelagat manis dan comel yang dia rindu bertahun-tahun. Mata bulat Qistina yang bercahaya kala tersenyum kerana teruja bagai sebuah hamparan lukisan indah yang tergantung didinding jiwa. Dan keindahan itu menyebarkan pelangi bahagianya ke seluruh ruang diri. Serasa ingin menghentikan detik masa ketika ini buat seketika agar dia mampu menikmati damai bahagia dari wajah cantik dihadapannya ini tanpa gangguan. Mahu disimpan apa yang dinikmatinya ini ke alam lenanya malam nanti. 

Sorotan dari sepasang mata Khalish masih tidak berganjak dari Qistina yang sedang membuang pandang keseluruhan ruang restaurant yang terletak di Sungai buloh ini. Kala pertama kali dibawa ke sini si cantik barbie doll ini sungguh teruja kala diperkenalkan dengan rangkaian makanan laut yang diperkenalkan. Mengenali Qistina sejak bertahun-tahun, Khalish arif benar dengan selera gadis pujaannya ini. Bentangkan makanan laut, pasti bercahaya wajah dan matanya yang bulat cantik itu. Bentangkan pemandangan alam semulajadi dihadapan mata, dia boleh terpaku berjam-jam lamanya!

Kedatangan pramusaji yang membawa hidangan yang dipesan awal tadi oleh Khalish memenuhi ruang meja. Kedatangan yang sekaligus menerbangkan segala yang tergawang dalam kotak khayalan sebentar tadi. Pecah bagai buih-buih sabun. Kembali tumpuan diberikan pada wajah cantik dihadapan. Khalish dan Qistina serentak mengucapkan terima kasih usai pramusaji meletakkan semua pesanan. Khalish melontar senyum seraya memberi isyarat dengan huluran tangan agar Qistina menjamah hidangan. 

Qistina senyum balas sambil menyorot pandang pinggan nasi goreng butter prawn yang tadinya diletakkan pramusaji didepan Qistina atas arahan Khalish. Pandangan kembali dihala kehadapan Khalish yang kosong. Kening terangkat hairan. 

"you tak order your favourite nasi chicken chop?" Sapaan lembut daripada Qistina membuatkan senyum dibibir Khalish melebar. 

Geleng. Senyum terus. 


Qistina kerut dahi melihat reaksi lelaki dihadapannya. "kenapa pulak tak order? Kan you suka yang tu? Your favourite dish kalau makan kat sini kan." Qistina tarik kemas dan penuh hemah gelas jus mangga yang terletak disisi kanan. Ucapan bismillah terlantun perlahan. Muncung straw dibawa hinggap ke bibir. Disedut sopan. Sekali. Dua kali. Perlahan ditarik keluar muncung straw dari pintu bibir. Diletakkan kembali ke sisi. Senyum dilontar pada Khalish yang dilihat masih tidak beralih kelip dengan senyum yang terus berbunga. Senyuman yang menawan dengan sepasang lesung pipit yang cukup mempersona. Qistina geleng kepala. Berkhayal la tuh!

Khalish tunak memandang memerhati tingkah indah dihadapan. Setiap perlakuan Qistina tidak pernah gagal membuatkan dia jatuh terpesona. Hati kalau dah sungguh sayang segalanya indah kan. Jiwa tersenyum manis.

"Khal? Dah sampai mana,hmmm. Tanya tak jawab. Senyum..senyum." Qistina menyapa seru. Mata yang sedikit dibulatkan membuatkan lelaki dihadapannya ini ketawa kecil. 

"Hmmm, i dengar..." Senyum masih tidak berganjak.

"so?" kening sengaja diangkat. Sudu dicapai lalu diletakkan ke dalam pinggan. Qistina hela nafas seraya memandang penuh selera hidangan dihadapannnya. Banyaknya udang..best! Bibir tanpa sedar lebar tersenyum dengan mata yang bulat bercahaya. Dan tanpa Qistina sedar reaksinya sedang dirakam lalu tersimpan didalam album hati lelaki dihadapannya ini. 

"i nak share your butter prawn fried rice. Nak you suap. Boleh?" Senyum nakal Khalish sengaja dijala. Bebola mata Qistina membulat. Bibir diketap. Dilarikan mata ke kiri dan kanan. Khuatir jika apa yang dikatakan oleh Khalish tadi sampai ke cuping telinga lain. Issy, apa kena pulak Khal ni. Malulah kalau orang dengar. Khalish senyum terus. Bahagia melihat Qistina yang sungguh teruja dengan apa yang dihidangkan didepan mata. Bunga-bunga mengusik bertamu. "bolehkan, dear?" Diulang lagi. Mahu terus menyakat. Qistina mencebik kecil. Dua tapak tangan dirapatkan. Doa perlahan terluncur. Diraup ke wajah. Mata melontar ke wajah dihadapan.

"mengada-gada nampak." Qistina lontar kerlingan halus seraya sua sudu ke kelompok nasi didalam pinggan. Diangkat kemas lalu dibawa ke pintu mulut. 

Khalish senyum melihat gelagat Qistina. 

"tu denda sebab you lambat, dear."

"mana aci." Dibawa garfu ke tubuh seekor udang, ditekan mata garfu lalu dibawa udang yang bersaiz sederhana dan berwarna kuning keemasan itu ke mulut. Sedapnya!.Udang yang tinggal separuh dibawa kembali ke pinggan. Mata menghala ke arah Khalish. Dua pasang mata bertembung. Khalish yang tersenyum ditatap." I bukan sengaja lambat tau. Itu beyond my control."

Khalish geleng. "i don't care. That is the deal, dear."

"Hmmm.." Qistina kemam bibir. Kening diangkat. "Kalau i tak nak..." Mulut terus mengunyah kembali udang yang separuh dinikmati tadi. 

Khalish angkat bahu. Sengih. "then the fried butter prawn rice is mine. Too bad, the delicious big prawn gonna say bye bye to sweet barbie doll name Qistina." Khalish mengacah lalu selamba mengambil pinggan didepan Qistina. Bulat mata Qistina. Eh,apa nih!

Qistina ketap bibir melihat pinggan dihadapannya sudah berpindah ke hadapan Khalish. "kejamnya. Tak baik tau aniaya orang yang tak bersalah."

"mana ada i aniaya you. I kan cuma nak share makan dengan you je. Tak baik tau hampakan permintaan lelaki baik dan kacak macam i ni. Rugi besar. Bukan senang nak suap lelaki handsome macam i ni."

"Huh...perasannya orang tu." 

"nak tak nak? Tidak, i habiskan. Nak order yang lain lambat nanti. Orang tu tengah lapar kan. Jangan pulak dia makan i ye. I ni bukan butter prawn yang rangup kuning keemasan tu tau." Qistina gagal kawal senyum. Bibir dikemam. Kuat. Jahatnyer!

"oklah...come i suap you. Kesian orang tu. Tak baik sungguh i ni kan. Barbie doll kalau merajuk, nanti mata dia automatik bulat...besar dua kali ganda tau. Bahaya!"

Dan ketawa kedua-dua berderai.


Khalish tanggal muncung straw dari pintu bibirnya. Gelas teh o limau yang sudah berpeluh  lebat dindingnya ditolak ke tepi. "projek pipeline di Borneo tu macammana progress dia."

"hmmm..." Qistina letak sudu. Kunyahan terakhir selamat mencecahkan salur kerongkong.  Ditarik napkin yang takzim diriba ke hujung bibir.

"final stage. Lega."

"good.."

Qistina angguk. "yup.  Next month i kena ke sana."

Khalish angguk. Tahu akan persekitaran tugas Qistina.

"this time berapa lama."

"dua minggu."

"wah lamanya. Rindu lah i tak dapat jumpa you nanti."

Senyum. 

Dua pasang mata bertembung lagi. Lama. Khalish hela nafas perlahan. Akan kehilangan lagi wajah comel ini dari radar mata nampaknya. Kehilangan yang sementara. Namun tetap terlalu lama dijiwa dirasakan. Itu yang pasti. Dua minggu? Aahh..tak sanggup rasanya melepaskan barbie dollnya ini untuk pergi lagi. Redup mata Khalish yang tunak jatuh ke wajah, menggamit detik tidak tentu hala dihati. Qistina pantas melarikan mata ke ruang lapang di kiri. Tak sanggup dipanah begini. Biar berulangkali diucap kata mereka sekarang hanyalah teman baik...hati seakan sengaja menguji. Jiwa juga sama. Tidak mahu berkompromi. Menjentik rasa debar yang makin memuncak. Khalish cuba meraih tenang. Debar dihatinya yang kencang berdendang kala dua pasang mata mereka beradu pandang sukar dilenyapkan. 

"you pergi dengan Zura?" Kembali disambung bicara yang terjeda seketika. Khalish lontar tenang suara. Tidak mahu masa berdua ini disia-sia. Bukan mudah untuk meraih perhatian Qistina lewat kebelakangan ini. Khalish sedar dan akur dia sedang bersaing untuk merebut kasih dan cinta Qistina semula. Seraut wajah tampan berkaca mata milik Fazwan segar diingatan. Hati lelakinya kuat mengakui lelaki itu sedang "memburu" Qistina. Sama seperti dirinya. Dan menjadi pemburu dan perlu bersaing, pasti sahaja hanya strategi siapa yang terbaik menjadi penentu. Dan tidak terkecuali nasib. Ya, dia berdoa moga nasib menyebelahi dirinya kali ini. Cukuplah kesengsaraan dahulu. Tidak sanggup diulang. Kehilangan Qistina bagai mencabut separuh nyawanya sendiri. Dua pasang mata mereka kembali berbicara. Berbalas senyum.

Qistina.Geleng. " I pergi dengan Joe."

Nama itu cukup membuatkan darah gusar dan bimbang Khalish kembali berputar. Paras adrenalin mula tidak tentu hala. Dua minggu dengan Joe? Huh..parah!

Cuba diraih senyum. Pahit dirasakan. " i thought you pergi dengan Zura. She's also the project engineer for this, right? " Rendah diluncur. Tidak mahu Qistina terhidu semarak gusar yang melimpahi kolam rasa. Sengketa dahulu walau sudah ditanam jauh ke lubuk jiwa tetap akan tercampak keluar jika gusar itu kembali bermaharajalela di takhta hati. Dada terus kencang berdendang. Berkecamuk segalanya kembali. 

Kepala Qistina menggeleng lagi. Minda pantas berputar dan pantas mengagak apa yang sedang bermain difikiran Khalish. Dia harus berhati-hati. Menarik selumbar yang tertanam di batas jiwa pasti menyakitkan kalau tidak betul caranya. "Joe is also the technical and instrument engineer for this project, Khal. I need him more then Zura during this final stage. This is the critical stage. His the best for this. I can't do without his present."

Angguk. Kepercayaan itu kunci segala-galanya, Khal. Kata-kata mama kembali menerjah minda. Ya, Khalish tahu dia harus percaya pada sang barbie dollnya ini. Tapi.. Aaah sukar sungguh jiwa bila perlu berdepan dengan pemilik nama Johan Khusairy itu. Sukar benar hati meraih damai setiap kali sang barbie dollnya perlu berada disamping lelaki itu. Dekat Qistina dengan lelaki itu mengundang bimbang yang bukan kepalang dihati Khalish.

"Ok. I understand. Work is work. Take care,hmmm. Don't forget to text me. Mesti. Siang dan malam."

Qistina ketawa kecil. "siang dan malam? Biar betul you, Khal."

"yes."

"macam bercinta pulak." Ketawa Qistina bersulam dengan senyum. Kepala digeleng perlahan. 

"kita memang sedang bercinta semula, Qis."

Qistina hembus nafas. "Khal...kan..i dah ca.." Khalish laju memintas dengan isyarat tangan. 

"Qis, beri i peluang."

"Khal.."

"i love you so much, Qis.."

"Khal..please. Kita kan dah janji."

"i tahu..tapi i tak mampu Qis. I terlalu sayangkan you. I tak sanggup hilang you lagi, Qis. Please, Qis."

"Khal...janganlah macam ni. I..i..." Qistina geleng kepala. Bicaranya mati. 

Jeda.

Khalish hembus nafas dalam-dalam. Raut wajah yang tersandar tenang dihadapan ditatap tidak lepas. 

"Qis.."

"Khal...i...i..."

"kita kahwin, Qis. Please."

Nafas Qistina tersentak. Mata Qistina yang bulat terpejam seketika. Tapak tangan kanan terbang mencecah pintu bibir. Ruang restoran terasa bagai sepi. Sunyi. Segalanya bagai disihir. Bisu. Suara Qistina turut bagai terkunci. Kepala digeleng. 

Sunday, February 24, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 27

Bab 27
Dua pasang mata saling berbalas redup pandang. Dua pasang mata saling berbalas kata di muka jendela rasa. Ada suara yang melantun marah dalam diam. Ada kata yang diam tidak terluah. Ada cerita yang mahu disingkap. Ada kisah yang berlindung di balik tabir. Ada cinta yang perlu diucap. Ada pengakuan yang tersangkut di ranting hati. Baik Zura mahupun Joe kedua-duanya masih jeda usai keluar dari bilik mesyuarat bersama-sama Kamal dan Qistina sebentar tadi. Zura yang laju menarik Joe masuk kedalam biliknya sebaik kelibat Kamal dan Qistina hilang ditelan perut lif. Ada perhitungan yang perlu dilangsaikan. Joe perlu disedarkan. Perlu! Zura dan Joe tahu Qistina keluar bersama-sama Kamal untuk menghadiri mesyuarat lanjutan bersama pihak kontraktor berhubung projek di Borneo tersebut. Dan sebagai ketua projek adalah menjadi tanggungjawab Qistina membentangkan hasil pemerhatian dan pemantauan yang telah dia dan seluruh pasukan jurutera yang terlibat lakukan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak yang dilantik kontraktor bagi projek syarikat di Bornoe itu. Kesempatan baik ini diambil sebaiknya oleh Zura. Ketiadaan Qistina dipejabat akan menyenangkan kerja untuk "membasuh" fikiran Joe yang dilihat makin merunsingkan. 

Zura betulkan sandar tubuh dileher kerusi. Mata menjunam pada wajah tenang yang duduk setentang. 

"kadang-kadang aku tak tahu la macammana lagi cara aku nak cakap kat kau ni, Joe. Sampai bila kau nak simpan perasaan ni dalam hati kau. Kau ingat kalau kau simpan dalam hati kau tu dia boleh nampak ke. Dia boleh rasa ker?" Tazkirah Zura membuka tirai. Geram dan sakit hati dengan sikap tidak agresif Joe terhadap tindakan untuk mendapatkan Qistina. Mahu sahaja rasanya diketuk-ketuk kepala lelaki kacak dihadapannya ini dengan sikapnya yang dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh. Kata sungguh cinta, tapi tak macam bersungguh jer!

Joe elus pangkal hidung. "kau tak faham, Zura." Perlahan dilantun kata balas. 

Zura lelah. Joe ni memang sungguh payah!

"Aku tak faham..atau kau yang tak tau nak bertindak. Sampai bila kau tak nak beritahu dia, Joe. Cubalah agresif kalau sungguh kau cintakan dia. Cinta takkan tunggu kau kalau tak kejar untuk dapatkannya. Please la jangan buang masa lagi Joe. Kau jangan menyesal nanti."

Diam.

"Kau ni kan memang buat aku rasa macam nak hentak jer kepala kau tu supaya kau bangun dari mimpi." Zura tujah pandangan tajam pada Joe yang dilihat khali sahaja. Issy!

"Ke kau nak biar sampai satu hari nanti dia datang dan cakap kat kau ..Joe, i rasa i dah jatuh cinta dengan bla bla bla...atau kau tunggu dia cakap..Joe i nak beritahu you ni i nak kahwin dengan bla bla bla ...masa tu baru kau nak mengaku kat dia yang kau sebenarnya dah lama cintakan dia dalam diam? Macam tu?"

Diam lagi.

Zura geleng kepala perlahan seraya bangun lalu menghala ke jendela.  Nafas yang rasa membuak didalam lohong dihembus sekuat rasa. Geram yang bertamu pada susuk tubuh yang jeda di kerusi dihadapan mejanya sejak tadi dilontar jauh ke gaung perasaan yang paling dalam. Sebelah tangan mengelus pelipis. Putik amarah cuba disanggah. Bukan begini caranya. Tangan menarik bidai yang menutupi sebahagian jendela. Diperhati deretan kenderaan dibawah sana. Serabut. Dilarikan mata ke awan putih biru yang mendamaikan jiwa. Cuba diraih tenang. Joe harus disedarkan! Harus! 

"Kau cuba cakap kat aku..kau sungguh masih cintakan dia ke tidak ni?" Kepala menoleh ke arah Joe yang takzim dikerusi hadapan meja. Tidak berkutik langsung. Tenang membuang pandang. Zura kembali hala langkah ke kerusi. Dihempaskan tubuh kecilnya ke perut baldu kerusi yang sedia menanti dan memberi khidmat. 

Joe hanya berdiam. Suara dikunci. Tidak mahu bersuara lagi.

"Joe..."

Joe bawa dua tapak tangan yang tadinya takzim dilengan kerusi ke paras dada. Dijalin kesemua jari-jemari. Erat. Segala yang bergumpalan didalam kotak kepala terus berputar. Pertanyaan Zura menyentak rasa namun dia tahu untuk terus memberikan jawapan balas yang sebenar bukan masanya lagi. Bukan dia sengaja berlengah. Bukan dia sengaja melepaskan peluang. Bukan! Bukan!..tapi... 

Joe hala pandangan tepat ke wajah hitam manis dihadapan. Teman baik yang dia kenal sejak dizaman bergelar pelajar universiti. Duduk dibawah payung satu fakulti menjadikan mereka rapat. Rapat sebagai kawan baik yang saling menghormati hak dan batas diri. Zura yang Joe kenal sememangnya seorang teman baik yang sentiasa sahaja menegur jika ada yang tidak kena dimatanya. Joe masih ingat bagaimana Zura terang-terang melahirkan rasa menyampah dan meluat dengan sikap Joe yang mesra dengan semua pelajar yang secara tidak langsung menjadikan Joe buruan kebanyakan siswi kerana tertawan dengan sikap ramah mesra dan wajah kacaknya.  Biar digelar romeo terhangat oleh Zura, Joe tidak pernah terasa hati. Dan gelaran itu dibawa hingga mereka berdua memasuki ke alam pekerjaan. Aneh bila difikirkan tiada rasa marah yang terpalit dihati dan dijiwa Joe dengan kata-kata sinis Zura terhadapnya. Bagi Joe, Zura tidak bermaksud apa-apa. Mereka tetap teman baik. Dan ikatan itu kekal hingga kini. Dan dia berharap ia akan kekal abadi selama-lamanya.

"Zura..kau tau kan perasaan aku pada dia sejak dahulu macammana."

Zura angguk. Nafas terhempas. "Tahu..aku tahu sangat-sangat. Tengok bahasa tubuh kau pada dia pun, aku tahu Joe. Kau tu jer yang tak tahu bagaimana nak salurkan bahasa tubuh kau tu dengan betul. Kau ingat dia tau apa yang ada dalam hati kau tu? Kau kena terus terang pada dia, Joe.  Kau kena beritahu Qis, Joe. Jangan tangguh lagi."

Joe diam kembali. Zura geleng kepala lagi. Pulang dari tugasan di Borneo, sikap teman baik dihadapannya ini berlainan dari kebiasaan. Walaupun cuba berlagak seperti biasa, pandangan mata Zura tak mungkin silap. Bertahun mengenali pemilik nama Johan Khusairy, Zura cukup arif dengan sikap dan peribadi lelaki kacak berkulit cerah ini. Dalam guraunya pada Qistina ada terselit hasrat cuma tidak pernah berani hasrat itu diluahkan. Dalam tiap ketawa dan senyumnya pada si barbie cantik itu tersimpan impian. Impian yang sejak dahulu tidak pernah hilang. Mungkinkah ada hikmah disebalik segala yang menimpa kehidupan Joe. Mungkinkah yang tidak terjalin dahulu akan bertaut. Zura hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kedua-dua teman baiknya ini. Baik Joe mahupun Qistina..kedua-dua sungguh istimewa dihati Zura. Dan sebagai teman baik, dia mahukan pengakhiran yang terbaik buat kedua-duanya. Joe lelaki yang amat baik di mata dan di hati Zura. Begitu juga Qistina. Bebola mata Zura masih melekat diwajah kacak Joe yang cukup bergaya pagi ini dengan kemeja kuning air yang berjalur coklat muda. Gandingan tali leher coklat tua corak abstrak begitu "kena" di tubuh tinggi lelaki ini. Joe memang diakui Zura punya pesona seorang lelaki yang pasti membuatkan perempuan yang memandang tidak akan mengalihkan pandangannya buat seketika. Dan sehingga kini pesona itu tidak pernah luntur. Bukan Zura tidak tahu ada kalangan staff dipejabat ini yang menaruh hati pada lelaki yang baharu bergelar duda ini. Sikap mesra dan ramah Joe memang sentiasa memikat hati sesiapa sahaja yang mendampinginya. 

"dulu kau mengalah sebab dia dah bertunang walaupun kau memang gila cinta kan dia. Sampai kau sanggup terus terang pada dia tentang perasaan kau pada dia...tapi bila dia cakap tak boleh terima kau lebih daripada seorang kawan baik sebab dia dah ada Khal dalam hidup dia, kau undur diri secara baik. Fine. Aku salute dengan sikap kau tu." Zura angguk dan lepas nafas serentak. Joe dilihat tenang menadah telinga dengan lontaran bicara Zura. Dengar ke tidak nih? Eeei Joe ni.."Tapi sekarang dia dah "bebas", Joe...bebas dalam ertikata dia bebas untuk pilih sesiapa pun yang dia suka untuk jadi soulmate dia. Kalau kau tak ambil peluang ni, orang lain yang akan sambar dia, Joe. Khal memang sedang kejar dia balik. Kau pun tahu dan nampak dengan mata kepala kau sendiri kan. Dan kau pun kenal dan tau sikap Khal macammana. Khal bukan jenis yang akan putus asa...takkan mengalah. Dan sekarang ni...abang angkat Zita yang aku dengar bukan calang-calang orangnya tu pula khabarnya sedang cuba pikat dia. Dan kau kat sini tak buat apa-apa pun..yang ada cuma diam..senyap...membatu...mematung...langsung tak ambik apa-apa tindakan. Kau nak tunggu sampai bila? Kau sayang dia ke tidak ni, Joe?"

Joe dilihat masih memilih untuk terus diam. Zura ketap bibir. 


"tak faham lah aku dengan kau ni. Kau suka dia tapi kau tak nak cakap. Susah bercakap dengan kau ni laa, Joe." Zura hempas keluhan berat. 

"Zura.." Joe ukir patah kata. Perlahan. Zura aju bebola mata. Tajam.  Joe tenang menyambung bilah bicara. "aku ni bukan macam Joe yang dia kenal dahulu. Aku ni dah berbeza."

Zura angkat kening. Tinggi.  "maksud kau?"

"aku ni duda yang baru kematian isteri, Zura. Dah jadi secondhand product..."Joe lontar ketawa kecil. Cuba bercanda. Cuba menutup rasa gusar yang berhimpun didalam lapangan jiwa. Bagi Joe, pilihan lain yang terbentang didepan Qistina jauh lebih baik daripadanya..lalu mahukah si cantik barbie doll itu memilihnya jika dia berterus terang. Apatah lagi dia juga dahulu antara penyumbang masalah yang menimpa Qistina. Joe tahu peluangnya tipis namun hati bagai enggan mengakui apatah lagi menerimanya. Kehilangan Qistina sesuatu yang tidak sanggup dihadapi. Lalu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Joe buntu. Sungguh buntu.

Zura geleng kepala untuk kesekian kalinya. Sungguh dia tidak sangka Joe boleh berfikiran begini. Pesimis!

"habis, duda tak ada masa depan? Duda tak boleh cari bahagia? Duda tak boleh ada hidup baru? Duda kena habiskan usia dengan kenangan lalu. Macam tu?"

"bukan macam tu, Zura."

"habis macammana. Cuba kau beritahu aku. Cuba kau cakap kat aku. Hidup ni kena diteruskan Joe. Yang dah pergi tetap dah pergi. Kita yang tinggal ni kena teruskan hidup."

"Aku tahu tu Zura. "

"Dah tu."

"kau tak faham, Zura..."

Zura hela nafas dalam-dalam.

"Atau kau pandang rendah pada diri kau sendiri. Tak setaraf dengan dia yang masih single. Please la Joe. Benda-benda macam tu orang dah tak pandang. Yang penting hati..yang penting ikhlas. Dan Qis bukan gadis yang macam tu. Kau pun kenal hati budi dia macammana kan."

Joe lepas keluhan berat. 

"selama lima tahun Qis hilang...lari bawa diri, hanya Dia yang tahu macam perasaan dan hati aku. Aku sedar aku juga terbabit dalam hal ini. Sebab aku, dia dan Khal bersengketa. Sebab aku, dia yang terpaksa tanggung segala macam hina dan cerca. Sebab aku dia dibuang keluarga. Aku penyebabnya Zura. Dan apa yang aku buat untuk selamatkan keadaan.." Joe geleng kepala. "aku tak mampu pun nak halang Qis untuk pergi. Aku tak mampu buat apa-apa pun untuk baiki keadaan. Semuanya sebab aku. Kalau la aku tak minta Qis datang malam tu..tentu hidup dia tak menderita selama bertahun-tahun." 

Zura raup wajah perlahan. Bibir dikemam sebelum dilepas bayu nafas yang menekan minta dibebaskan. 

"Bukan salah kau, Joe. Semua tu dah jelas. Ayah Qis pun dah tahu cerita sebenar. Khal pun. Semua yang terjadi malam tu sebab kau harus bertindak macam tu..kalau tidak Qis mungkin mati lemas." Zura tahu kisah sebenar yang terjadi malam itu daripada cerita Kamal. Kedatangan Qistina ke kapal malam tu biarpun atas panggilan yang dibuat Joe, namun yang jelas Qistina sememangnya perlu dipanggil malam itu kerana dia adalah jurutera kanan yang terlibat didalam tugasan ketika itu. Masalah yang timbul daripada saluran paip utama sememangnya memerlukan khidmat Qistina setelah Joe dan Kamal buntu menyelesaikan masalah tersebut. Semua mereka berada disitu atas kapasiti tanggungjawab masing-masing. Titik. Malapetaka tidak pernah dipinta mahupun diundang namun siapalah kita mahu menghalang. Kebakaran yang berlaku memang tidak dijangka dan Joe sudah bertindak sebaiknya demi menyelamatkan Qistina. Malahan Zura rasa jika dia yang berada dikedudukan Qistina malam itu, pasti Joe juga akan melakukan tindakan yang sama. Menyelamatkan nyawa itu tidak memilih siapa yang mahu diselamatkan. Menyelamatkan nyawa tiada sempadan status. 

Joe raup wajah dengan dua tapak tangan.  Tubuh di gerakkan ke hadapan sedikit. Tertunduk kecil. Nafas beralun perlahan. Segala-galanya yang terjadi lebih lima tahun dahulu kembali berputar. Dia sedar malam tu dia hanya fikirkan nyawa Qistina sahaja kala terjun menyelamatkan Qistina yang tergelincir lalu tercampak ke dalam laut akibat terkejut ketika letupan kecil itu berlaku. Langsung tidak difikirkan nyawa sendiri. Joe menangis sesungguhnya kala melihat Qistina dipangkuan tidak bertindak balas selepas bantuan diberikan dan saat Qistina dibawa ke daratan. Joe tidak sedar kala memeluk erat tubuh Qistina. Dalam fikirannya saat itu hanya menyesali tindakannya memanggil Qistina datang. Joe bimbang akan kehilangan Qistina akibat kecuaiannya. Joe tidak sanggup! Biarlah Qistina tidak jadi miliknya dan menjadi milik Khal asal sahaja dia masih mampu melihat wanita pujaannya itu didepan mata. Itu sudah memadai. Biarlah Qistina bahagia dengan orang lain..dia akan tumpang bahagia itu. Tangisannya langsung tidak mengendahkan pandangan anak-anak kapal yang lain. Pujukan Kamal juga tidak mampu meleraikan pelukan pada tubuh Qistina. Langsung Joe tidak tahu segala perlakuannya menjadi tatapan Khal yang juga sudah berada disitu!

Maafkan aku, Qis..

Maafkan, aku.

Aku terlalu sayangkan kau..

"Joe.." Dua pasang mata bertentang. Joe kembali menyandarkan tubuh. Takzim.

Khali. Zura tahu jauh disudut hati teman baiknya ini, cinta buat Qistina masih tetap utuh..tidak tergugat. Zura juga tahu segala ambil berat dan gurauan Joe pada Qistina selama ini adalah lambang bahawa dirinya mahu sentiasa berada dekat dengan gadis pujaannya itu. Demi Qistina Joe sanggup menggadai nyawa. Zura hela nafas. Qis, open your eyes. Please open your eyes..

"listen to me, Joe. Please.." Zura terjah renungan penuh semangat pada wajah kacak dihadapan. 

"tolong beritahu Qis perasaan kau pada dia. Kalau kau sayang dia..kalau kau sungguh cintakan dia..tolong beritahu dia perasaan kau ini pada dia. Tolong dengar cakap aku ni, Joe."

Joe lontar pandangan kosong. Kata-kata Zura meniti tangga harapan yang mengetuk jendela jiwa yang goyah.


Qistina undur kembali langkah bersarung tumit tinggi bernama anita metallic leather rona maple brown saat melihat lampu dibilik Joe masih menyala. Kening terangkat sedikit. Hati berdetik. Eh, tak balik lagi ker Joe nih. Selalu dah balik time time macam nih. Ada apa pulak nih. Takkan banyak kerja kut. Joe yang dia tahu sangat cekap. Bukan jenis bertangguh kerja. Pintu tutup pulak tu. Mana pernah dia tutup tutup pintu macam nih. Sebagaimana sikapnya yang ramah begitu juga biliknya yang sentiasa terbuka menerima kehadiran sesiapa sahaja ke biliknya ini. Tertidur ker? Tak sihat ke Joe ni? Kat Borneo hari tu pun Qistina perasan akan sikap Joe yang sangat berlainan dari biasa. Tutur katanya tidak seperti selalu. Hanya sesekali sahaja dia membuka mulut. Itu pun kala ditanya. Selebihnya segala tumpuan lebih dijuruskan pada kerja. Ramahnya yang melampau sudah lenyap. Qistina rasa kehilangan Joe yang sering menghiburkan hatinya. Ada apa yang sudah terjadi agaknya kepada Joe hingga sikapnya sudah tidak seperti dahulu. Macam-macam tanggapan singgah di fikiran. Risau bertamu. Mata dihala pada Tag Heuer dipergelangan kanan. Kerut halus terbentuk. Tapak tangan kanan mengetuk muka pintu perlahan sebelum tangan memutar tombol pintu. Disua kepala ke dalam. Mata  bulat Qistina menangkap sesusuk tubuh sedang tenang berlabuh sandar dileher kerusi dihadapan. Redup pandangan kedua-dua saling bertatapan seketika. Joe dilihat kejap merenungnya tanpa berkelip. Seakan mahu menyampaikan sesuatu. Qistina merasakan renungan Joe sangat berlainan. Hati berdetik. Cepat-cepat diusir.

Salam dihulur. Dijawap perlahan. Penuh sopan. Seperti biasa.

Senyum. Berbalas." hai.."

"hai.."

"kau tak balik lagi ke, Joe.?"

Geleng. 

"ada kerja lagi?"

Geleng.

Dahi Qistina makin berkerut. Pelik Joe nih! Tubuh perlahan dilolos masuk. Sekali lagi ditoleh ke pergelangan kanan. Minda mencongak. Sempat lagi!

"dah tu, kenapa tak balik lagi. Kau tak sihat ke, Joe." Tubuh berdiri di pintu yang sengaja dikuak luas. Coach yang tersangkut dibahu ditolak saat ia melorot sedikit dari pegangan jambatan bahu. 

Senyum. "aku ok, Qis."

"dah tu, kenapa tak balik balik lagi nih. Kau kan dah cukup penat untuk jayakan projek kat Borneo tu. Kau kena rehat Joe... nanti next stage untuk projek tu lagi teruk kita. Full time 2 minggu kat sana. I need you for this round too, Joe."

"kau pulak..apsal tak balik lagi,hmmm.." Soalan Qistina dibiarkan tanpa jawapan. Dibalas dengan pertanyaan. Tidak mahu Qistina bertanya lanjut akan dirinya yang masih dipejabat di waktu-waktu begini. Joe tahu Qistina belum pulang lagi kala melintasi bilik gadis itu sebentar tadi. Dia menanti. Mahu melihat samada Qistina akan berhenti dibiliknya ini bila melihat biliknya ini masih "bernyawa".  Mahu melihat sejauhmana Qistina mengambil tahu akan kewujudannya yang masih dipejabat. Hati tadi kuat bertarung mahu meneka sejauhmana prihatinnya Qistina padanya. Kalau dia sayang kau, mesti dia ambil tahu tentang diri kau, Joe. Tekaannya tepat. Hati kembang berbunga seketika.

Senyum manis diukir. "aku ada dinner date."

Joe kawal tenang yang kembali berkocak. Hati yang kembang berbunga kembali menguncup. Senyum Qistina sedaya dibalas walau begitu payah untuk diukir. 

"Mr purple roses?"

Senyum Qistina bersama gelengan diiringi ketawa kecil. Terasa lucu dengan kata-kata  Joe.

"Khal.."

"oh.." Hanya itu yang mampu terluncur keluar dari lubuk rongga. Nama yang cukup menyentap. Sukar benar mahu menolak rasa tidak puas hati yang bertakhta di jiwa terhadap insan yang namanya terlontar dari ulas delima Qistina. Sungguh  Joe sukar memaafkan apa yang telah dilakukaan Khal terhadap Qistina. 

"dah banyak kali aku tolak sebab sibuk dengan projek Borneo kita tu. Kesian juga. Aku dah janji dengan Khal lepas selesai projek di Borneo ni, aku akan accept dinner date dia." Tag Heuer di tangan ditoleh lagi. "dia dah sampai agaknya ni. Panjang la muncung tu nanti. Dia kan anak manja." Ketawa kecil Qistina yang spontan terluncur tanpa sedar mencarik pedih sekeping hati lelaki seorang Johan Khusairy. Joe elus pangkal hidung. Menutup sentapan ditangkai jantung yang begitu menyakitkan. Disembunyikan dilubuk rasa yang paling dalam.

Dengan i you tak kesian kan Qis. Joe lontar senyum menutup bayu hiba yang bertamu di jendela hati. Kepala diangguk.

"Eloklah you gerak sekarang. Nanti ada yang merajuk pula. Payah nak pujuk anak manja nih, Qis."

Ketawa manis Qistina bergema. Joe tahan nafas. Senyum dibalas.

"enjoy your dinner date, Qis."

"thanks Joe. I gerak dulu." 

Angguk. Salam yang dihulur Qistina dibalas tenang. Mata mengekori susuk tubuh tinggi lampai yang cantik berbaju kurung coklat muda yang dipadan dengan selendang panjang warna senada. Hilang susuk tubuh Qistina, Joe bangkit dari duduk. Dibawa langkah ke jendela. Mata menyusuri pemandangan malam kelam pekat yang disinari hamparan lampu-lampu jalanan yang berbagai bentuk. Dua tapak tangan dibawa bersilang ke tubuhnya tegap. Dihempas nafas. Seraut wajah Qistina kembali menjajah fikiran. Wajah itu juga bertayangan di layar mata.

 "tolong beritahu Qis perasaan kau pada dia. Kalau kau sayang dia..kalau kau sungguh cintakan dia..tolong beritahu dia perasaan kau ini pada dia. Tolong dengar cakap aku ni, Joe."

Kata-kata Zura kembali menerjah kotak jiwa. Bibir dikemam. Kuat. Dada kencang menghembus keluar segala simpanan beban nafas yang tersangkut.Beratnya menyimpan arca rasa yang sudah semakin berkembang hidup didalam jiwa. Tak terdaya mahu ditanggung lagi.

Tolong beritahu dia, Joe..

Kata-kata Zura bergema lagi.

Monday, February 18, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 26


Bab 26
Kalaulah angin yang menderu kuat diluar kala dia memandu pulang tadi boleh diminta menghantar pesan, mahu sahaja Khalish meminta pertolongan darinya agar sampaikan pesan pada si barbie doll pujaan jiwaraganya itu yang dia sangat rindukan wajah keanak-anakkan itu. Si barbie doll yang dia nampak sebentar tadi kala berada di Tamarind Springs. Sungguh-sungguh dia rindu! Sudah beberapa hari dia tidak melihat wajah dan senyum itu. Bukan tidak mahu namun tuntutan tugas yang memisahkan mereka sementara. Hanya panggilan dan kiriman pesanan yang tidak pernah dia lupa lakukan. Khalish mahu sentiasa dekat dihati dan jiwa Qistina. Tidak mahu berpisah lagi. Cukup sekali dia terkhilaf. Tidak akan dan mahu diulang kesilapan silam. Biar Qistina tidak menjanjikan apa-apa sejak mereka kembali berbaik malah pernah meminta Khalish melupakannya, namun untuk undur dan putus asa, tidak akan sesekali dicatat dua kalam itu didalam kanvas tekadnya. Qistina itu cinta pertama dan terakhir. Qistina itu kekasih awal dan akhir. Qistina itu hadir disetiap helaan nafas dan degup jantung. Qistina itu segala-galanya!

Seingat Khalish dan sememangnya dia amat pasti Qistina melalui pengamatan hatinya sejak beberapa hari ini seperti biasa sahaja kala berbual. Tiada yang pelik. Tiada yang ganjil. Kalau ikutkan hati memang dia mahu mengajak Qistina keluar malam ini. Namun bila memikirkan keluhan Qistina beberapa hari lepas tentang kerja-kerjanya yang bertimpa, tak tergamak dia mahu mencuri waktu rehat belahan jiwanya itu. Fikir Khalish esok lusa mungkin sudah reda maka bolehlah dia teruskan rancangan awalnya. Sungguh. Memang dia mahu membawa Qistina ke tempat itu. Khalish tahu benar kesukaan dan kecintaan Qistina kepada alam sekitar dan Tamarind Springs itu sangat tepat buat Qistina jatuh cinta. Ahh..mana dia tahu rancangannya sudah awal-awal dicantas si peminat misteri Qistina. Pasti dan Khalish yakin Zita lah yang memberi semua tips dan maklumat tentang segala apa yang mampu membuatkan Qistina teruja dan jatuh hati. Qistina itu kan pencinta alam sekitar, lalu segala yang bersangkutan dengannya pasti akan membuatkan jiwa serta hati si barbie doll itu turut sama berserakan warna cinta. Dan tadi Khalish lihat betapa gembiranya Qistina bersama seseorang yang cukup dia kenali meninjau-ninjau di persekitaran Tamarind Springs ini. Keterujaan Qistina cukup terserlah. Senyum dan tawanya buat Khalish rasa mahu sahaja menerpa ke arah belahan jiwanya itu tadi jika tidak memikirkan dengan siapa dia bersama. Mahu melepaskan gunung rindu yang memuncak. Ya, Khalish sudah maklum akan siapa lelaki itu. Si peminat misteri yang sedang cuba menakluk hati juita hatinya. 

Kala mata menangkap susuk tubuh kedua-dua insan yang sedang melangkah masuk nafas rasa terapung di lohong kerongkong. Tersekat. Hampir lemas seluruh pancaindera kala bebola mata melihat segala yang terbentang didepan mata. Terkesima. Diri bagai tersihir. Kelu. Dan kala tersedar bila diseru oleh suara perlahan Farah, jiwa kembali berombak.Kencang. Nasib baiklah ada disebelahnya Rayyan menjadi bayu penenang. Jantungnya tadi bagai dipancung dua saat melihat kedua-dua beriringan jalan, namun kini dia masih mampu dan cuba bertahan. Dia tahu, untuk kali ini, dialah yang perlu banyak bersabar dari segala sudut. Sang barbie dollnya itu terlalu ramai yang ingin memilikinya. Khalish takkan berputus asa. Khalish takkan sesekali undur dalam perjuangan ini. Qistina itu miliknya. Selamanya. Akan dipastikan. Titik.

Berangan lah kau, Khalish. Tak nampak ke kau tadi dengan siapa belahan jiwa kau berbual mesra. Kau tak lihat betapa gembira dan bahagianya  mereka berdua. Kau tak nampak remang damai yang tersebar diseluruh wajah cantik itu kala tekun mendengar si dia itu bercerita. Kau nampak kan semua tu. Jangan kau nak menafikannya. Bangunlah, Khalish! Bangun. Hentikan segala harapan dan angan-angan kau. Qistina sudah memilih. Dan bukan kau yang jadi pilihannya. Tetapi lelaki itu. Lelaki itu pilihannya yang terbaik, Khalish. Lepaskan Qistina jika sungguh ku sayangkan dia. Beri dia peluang membina bahagia bersama orang yang lebih layak.

Mata terpejam sesaat. Kaki terus mendaki tangga yang terasa berbalam-balam. Genggam tangan dipalang dipaut sekuatnya.  Wajah Qistina yang comel tersenyum terlayar di fikiran. Silih berganti bersama wajah Fazwan. Ditelan liur yang tersangkut. Jadam.

"kau relax, Khal. Maybe Qis...dia just makan malam sahaja dengan Fazwan tu. Nothing between them." Lontaran kata-kata penenang jiwa daripada Rayyan masih basah difikiran. Dan Khalish sedar juga raut penuh persoalan yang terlukis di wajah Farah. 

"you kenal lelaki yang dengan Qis tu,Ray?" 


"his is our client, sayang."

"Goodness."

Dan ternyata jawapan dari Rayyan sungguh mengejutkan Farah. Saling ditenung wajah Khalish dan Rayyan. Silih berganti. Mahu memastikan kesahihan. Anggukan kecil dan senyum pahit yang cuba disiram madu oleh Khalish gagal mendamaikan resah yang membadai di jiwa. Ekor mata tidak putus dan berkelip dari memandang susuk tubuh dan wajah yang sangat dia rindu dihadapan sana. Qis, Khal rindu. Terlalu rindu!

Tangan meraup wajah yang ditumbuhi rintik-rintik peluh resah. Kaki yang memanjat tangga terasa bertambah berat. Tak terdaya memikul berat badan yang tiba-tiba tidak mahu berkompromi dengannya malam ini. Mungkin tubuh sudah bersatu dengan rasa dalam jiwa yang sedang dibadai arus bimbang dan gusar peringkat jingga lalu menghantar isyarat ke minda yang kemudian tersalur pula ke seluruh urat saraf. Fikiran kalau sudah dikuasai amukan rasa, takkan mahu berfikir waras. Takkan mampu menjana minda yang damai. Tenang. Wajah pintu sedang melambai. Langkah sayu diatur ke bilik. Tombol pintu pantas dicapai. Tubuh diloloskan kedalam. 

Tubuh yang bersarung tee hitam polo dihempas ke ranjang yang dibalut cadar rona biru langit. Dipejam mata. Ketat. Rapat-rapat. Turun naik nafas memacu aliran adrenalin tubuh yang sudah entah bagaimana rentaknya. Bagai mengerti perasaan tuan empunya tubuh. Jiwa lelaki Khalish sungguh sedang kacau ketika ini. Semuanya kerana apa yang dilihat sebentar tadi. Semuanya kerana pemandangan itu. Pemandangan yang membuatkan diri seakan-akan rasa dihumban dari tingkat paling tinggi. Melayang-layang lalu terhempas. Tadi kala melangkah kaki rasa tidak jejak ke bumi namun terus digagahkan tubuh mendaki anak tangga ke tingkat atas. Sapaan mama dan mak Ning yang berbual diruang tamu dibalas dengan lambaian dan alasan belum isyak. Alasan yang sebenar hanya Khalish yang tahu. Tidak tergamak rasanya mengadap mama dengan wajah rusuh. Takkan mahu mempamer muka berserabut didepan mama. Takkan mahu menunjukkan muka kusam dan kelamnya dihadapan mama. Pasti bijak ditebak mama. Akan berpanjangan nanti dengan segala soalan bermotifkan prihatin mama. Khalish tidak mahu mama gusar. Mama sudah cukup malu dengan kebodohan Khalish dahulu. Cukup-cukuplah dia menyakitkan mama. Tekadnya hanya mahu melihat sinar bahagia dan damai di wajah mama. Dan kunci kepada segalanya itu ada ditangan Qistina. 

Putaran ditombol pintu menyentakkan segala yang berpuing-puing di fikiran. Ditoleh dengan  kepala yang digerakkan. Senyum yang rasa begitu payah diukir, dilontar juga. Wajah redup damai itu membalas seraya melangkah masuk. Tubuh sederhana gempal itu sudah berlabuh dibirai katil. Tangan tuanya yang terlalu banyak berjasa sepanjang usia Khalish singgah di dahi. Tenang mula bersila dihati.

"Khal tak sihat ke, sayang."

Senyum. "tak ada la ma. Penat sikit."

"Khal..."

"ya, ma.."

"Mama tau. Tengok muka Khal mama tau."

Ketawa kecil. Cuba melawan debar."apa ma cakap ni,hmmm."

"Annur kan?"

Bibir dikemam. Mama...sukarnya dihindar.

"kenapa dengan Qis, ma?"

"Khal jumpa Annur tadi kan. Atau Khal nampak Annur dengan orang lain."

Jeda. Suara Khalish bagai dilarikan sang garuda. Tidak mampu bersuara. Renungan mata mama buat degupan jantung rasa terhenti. Seraut wajah Qistina yang manis ketawa dan tersenyum yang dia curi tadi untuk disimpan didalam peti jiwa buat peneman mimpi dan lena malam nanti dikeluarkan kembali. Digantung dihujung mata. Ditatap. Direnung.

Qis, Khal rindu...
* * * * * * *
"Encik Fazwan.." Dokumen didalam folder plastik jernih yang siap ditandatangan dihulurkan kembali kepada gadis manis yang sedang berdiri dihadapan. Hujung jari menolak cermin yang sedikit melorot. Senyum manis seperti biasa dihulur. Itu sudah menjadi kebiasaanya.

"ya, Rina.."

"En Fazwan lately happy semacam saya tengok." Tangan Rina menyambut sopan dan penuh hormat folder yang dihulurkan ketuanya.

Fazwan senyum lagi. "iya ke, Rina? Biasa je saya. Hari-hari pun saya macam ini kan. " Hujung jari telunjuk menolak kacamata yang sedikit melorot. 

Rina menggeleng perlahan. "Saya ni dah jadi setiausaha Encik Fazwan dah lama. Saya bukan tak kenal sikap Encik Fazwan. Muka encik Fazwan bercahaya. Berseri. Bertambah tambah handsome. Saham makin melambung nih encik Fazwan." Pecah ketawa Fazwan dengan usikan Rina. ketawa Rina turut bersulam.

"you ni dari dahulu suka sangat mengusik saya. Dulu dengan Faisal pun you suka usik dia kan. Patutlah Faisal missed you so much. Rindu usikan dan gurauan you tu."

"Siapa yang bertuah tu?"

Ketawa. "apa maksud awak ni, Rina..hmmm."

Rina angkat kening." Encik Fazwan sedang jatuh cinta dengan someone kan."

Senyum dan gelengan kepala bergerak serentak.  Rina..Rina.

"Dua bouquet purple roses yang saya hantar hari tu. Then yang pagi tadi lagi. Orang yang sama... Annur Qistina. Sedap nama dia, encik Fazwan. Mesti cantik giler kan. Saya perhati lepas hantar bunga tu encik Fazwan resah je. Mesti risau kan dia terima ke tidak...kalau kena humban dalam cik tong, aduh..sadisnya.Tapi saya rasa tak kut...sebab tengok muka encik Fazwan yang berseri-seri lately..sah sah dia letak purple roses tu dalam bilik tidur dia. Betul tak teori saya ni, encik Fazwan?"Rina tayang senyum meleret.

Pecah lagi ketawa Fazwan. Dah cantik, giler pulak. Apa punya bahasa lah Rina ni.

"you stalks saya ke Rina,hmmm. Rina..Rina. "

"Ala..jadi stalker untuk bina  masjid takper encik Fazwan. Lagipun..lelaki tak buat macam tu kalau dia tak ada apa-apa perasaan kat perempuan tu tau, Encik Fazwan. Tak sungguh-sungguh kalau tak ada hati kan seseorang perempuan tu. Mesti Annur Qistina ni special kan encik Fazwan?"

Fazwan senyum memandang Rina. Senyuman yang cukup manis. Senyum Qistina sedang terbias di layar mata. Senyum Fazwan makin mekar. Dia sangat istimewa , Rina. Terlalu istimewa. 

Rina senyum kala melihat senyum manis Fazwan yang kembang berbunga-bunga. Ada taman bunga ros ungu dalam hati la tuh... 

"Tengok, betul tak saya cakap. Encik Fazwan senyum berbunga-bunga bila saya sebut nama dia. Memang sah la Annur Qistina ni special giler. Kalau tak, takkan dia berjaya curi hati boss saya yang handsome maut nih."

Handsome maut? Terburai ketawa Fazwan. 

"encik Fazwan.."

"ya.."

"macammana boleh kenal si dia bernama Annur Qistina nih?"

Gelak.

"Encik Fazwan..."

"hmmm.."

"saya nak bagi tips ni.."

Ketawa Fazwan yang masih tersisa terlontar ke wajah manis Rina.

"tips apa ni, Rina. Awak ni ada ada sahaja. Dulu bagi tips kat ex-boss awak. Tak jalan pun."

"eh..tu bukan salah saya. Encik Faisal tu yang malu. Melepaslah. Encik Fazwan kalau taknak sejarah berulang..tolong buang malu tu. Cakap terus terang kat perempuan tu encik Fazwan suka dia...suka sungguh-sungguh. Cup dia. Tidak orang ambik, At least dia tahu isi hati encik Fazwan."

Dahi Fazwan berkerut."Cup?" Apa tu Rina."

"Ala..slow la encik Fazwan ni. Cup tu macam encik Fazwan book la. Tidak karang, orang ambik. Mana tau kut-kut ada orang kiri kanan yang sama kejar dia. Melepas nanti encik Fazwan. Menangis guling-guling turun tangga pun tak guna. Ingat ni pesan saya, encik Fazwan. Cakap..jangan tak cakap tau!" Rina lontar kenyitan mata sebelum menghayun langkah ke pintu. Perlahan tombol pintu ditarik dari luar bersama hilangnya kelibat Rina.

Fazwan geleng kepala dalam ketawa yang terlepas lagi. Kata-kata Rina berulangtayang. Cup? Tidak karang orang ambik. Minda berputar. Kata-kata Zita kembali terngiang-ngiang. 

"Zie risau abang Wan. Abang Wan kena serius kalau betul suka kat Qis. Kena cepat."

"Kenapa Zie cakap macam ni. Abang kan baru dalam proses kenal dia. "

"Bekas tunang Qis tu sedang kejar dia balik. Zie tak mahu Qistina menderita lagi. Zie tak sanggup tengok kawan baik Zie terluka lagi. Qis tu gadis baik,abang Wan. Terlalu baik. Abang jangan lepaskan Qis. Abang kena beritahu dia rasa hati abang."

Dua jari mengelus pangkal hidung. Mata terlontar di pintu bilik yang tertutup rapat. Cuba melakar wajah seseorang disitu. Gagal. Bekas tunangan Qistina. Ingin benar dia kenal siapa gerangan lelaki yang tergamak melepaskan gadis sehebat Qistina. Hilang akal benar lelaki tu agaknya ketika itu hingga tergamak meninggalkan Qistina terkapai-kapai menanggung malu bersendirian. Dan sekarang kembali pula mengejarnya tanpa silu dan segan. Kepala menggeleng perlahan. Kalaulah dia ditempat lelaki itu, tidak digambarkan betapa bertuahnya diri dianugerahkan gadis seistimewa Qistina. Nafas dihembus tenang. Wajah Rina dan Zita silih berganti.

Cup Qistina.

Jangan lepaskan Qistina.

Bibir Fazwan ukir senyum paling manis.

Saturday, February 16, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis - Bab 25


Bab 25
Joe tenang menyusun langkah menyaingi lenggang Qistina ke parkir yang terletak diaras dua tingkat bawah tanah. Perbualan tentang jadual kerja mereka untuk kerja-kerja pemantauan bagi projek di Borneo dipelopori oleh Qistina. Joe hanya sekadar menyampuk sekali-sekala. Lebih banyak menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata dan ulasan Qistina. Dalam gusar yang ketat membalut jiwa, sedaya upaya dipamerkan wajah tenang damai walau terasa payah. Tidak sekelumit pun Joe mahu rasa yang sedang bergumpal didalam jiwa lelakinya yang meronta-ronta dan tidak tentu hala ini terlepas keluar dari jaringnya lalu hinggap di hati Qistina. Tidak akan diizinkan. Qistina tidak boleh tahu. Tidak. Belum masanya untuk diselak tirai hati yang tidak pernah luntur warna cinta terhadap gadis disebelahnya ini. Belum masanya untuk dihamparkan lukisan didinding jiwa yang terlukis seraut wajah keanak-anakkan yang menghuni disitu sejak sekian lama.

"diam jer kau dari tadi. Cakap pun sepatah-patah. Ada masalah ke?." Qistina perasaan dari sejak mereka masuk kedalam perut lif untuk ke parkir lelaki disebelahnya ini lebih banyak mendengar dari berbalas perbualan dengannya. Joe yang dikenali sejak sekian lama memang jarang tidak berkicau kalau diajak berbual. Ada sahaja tokok tambah yang dibawa untuk merancakkan perbualan. Lagi-lagi jika ia membabitkan hal kerja mereka. Tapi sejak tadi..ketika Qistina menolak pelawaannya untuk minum, Joe sudah sedikit bisu. Tidak banyak lontaran kata-katanya seperti kebiasaan. Qistina rasa udara dalam dadanya sudah tepu. Mahu dihembus semua biar lopong segala ruang di paru-paru. Biar lapang bagai hamparan padang nan menghijau. Tidak selesa sungguh melihat teman baiknya ini berkeadaan begini. Ada masalah ke dia?

Geleng. Senyum. "Aku ok...penat jer sikit. Preparation nak turun ke site minggu depan. Ada dua junior engineer perempuan yang baru first time nak turun site. Nak kena brief betul-betul. Kau tau jer la budak baharu ni. "Dua tangan yang tersembunyi didalam poket Mark & Spencer dari koleksi Blue Harbour yang kasual sedikit bergetar dengan lontaran pertanyaan yang terluncur dari ulas delima Qistina. Pertanyaan yang seakan dapat menebak rasa yang sedang bergendang dilantai jantung sejak mendengar pengakuan Qistina tadi. Langkah sudah menghampiri BMW putih Qistina yang kaku terparkir. Joe letak tubuh bersandar pada sisi kereta mengadap Qistina.

Qistina kerut dahi sambil tangan menyeluk ke dalam perut LV yang ternganga. "Takkan pasal tu? Muka kau lain la, Joe. Macam lain. Aku bukan tak kenal kau." 

Joe ketawa kecil. Bergetar seluruh jantung dirasakan. Hai belahan jiwa, janganlah nak tanya macam-macam lagi. Jantung aku ni rasa macam nak dibelah dua, Qis. Satu mahu aku letakkan didalam dada aku ni, satu nak lari duduk sebelah jantung kau. Aku nak sama-sama dengar degup jantung kau, Qis. 

"lain macammana,hmmm."

"Yelah." Qistina hembus nafas perlahan. Wajah ditundukkan menjenguk kedalam perut LV. Issy, mana pulak kuncinya. Diselak lebih lebar perut LV yang terlopong. "Maksud aku..biasa kalau benda-benda macam ni, kau ok jer. Takder la kelam jer muka. Hilang handsome kau tu. Seri romeo terhangat kan." Segugus kunci dikeluarkan. Wajah Joe yang berdiri disebelah kini ditentang. "romeo kena la senyum selalu. Baru boleh maintain gelaran." Bibir Qistina ukir senyum lebar beriringan dengan sebuah kenyitan manis. Pecah ketawa Joe. Bergema.

"suka tengok kau ketawa macam ni, Joe. Handsome sangat. Macam mula-mula kenal dulu kau dulu. Ketawa  kau ni buat aku suka sangat kat kau." Qistina teruskan usikan. Mahu mencipta ceria diwajah tampan disisinya ini. Joe terus sambung ketawa. Tangan kanan yang berteleku didalam poket Blue Harbour dibawa ke pangkal hidung. Dielus perlahan. Sepasang mata bundar milik gadis dihadapan yang redup ditentang. Handsome i pun, you tak pandang, Qis. Handsome i pun, tak lekat kat hati you yang keras tu. Tetap nama lain yang tertulis disitu, Qis.

Qistina sumbat anak kunci pada punat di pintu BMW putih. Ditarik pemegang pintu. Senyum yang belum usai dihulur pada Joe yang masih takzim berdiri. 

"aku balik dulu, Joe."

Joe angguk. Senyum kecil." enjoy your candle light dinner with Mr purple rose."

"apa pulak Mr purple rose. Dia ada nama, Joe. Fazwan Anuar."

"elok la panggil dia dengan nama tu. Kan dia jer yang bagi kau ros ungu. Mana ada orang lain, Qis. Ok apa nama tu. Unik." Joe ukir senyum mengusik. Cuba menangkis tujahan debar yang makin menggoncang tangkai jiwa saat nama itu manis dan gemersik dilantun alunan suara Qistina yang lembut membuai.

Qistina geleng kepala sambil tabur senyum. Joe..Joe. Tubuh melolos masuk kedalam perut BMW. Diletakkan LV dilantai kerusi penumpang disebelah. Ditarik pintu perlahan. Disumbat kunci ke corong lubang. Diputar. Tali pinggang ditali ke sisi. Joe membongkokkan tubuh ke cermin pintu. Qistina menurunkan pipi cermin. 

"take care,Qis. Anything call aku."

Qistina kerut dahi." maksud kau?"

"mana tau mamat ros ungu tu culik kau bawak lari kahwin kat Siam. Kau tu kan barbie doll hidup. Mana nak cari. Bukan limited edition. The one and only in this world. "

Qistina lontar kerlingan manja. "issy kau nih. Tak baik la cakap dia macam tu. Jangan prasangka buruk kat orang,hmmm. Lagipun dia kan abang angkat Zita. Mesti Zita lebih kenal dia sebelum kenalkan aku pada dia. Insya-Allah. Everything gonna be just fine..and ok,hmmm. Kau jangan risau."

Joe angkat dua tapak tangan paras bahu."ok. Sorry. But anything...if anything, Qis..call aku. Ingat,hmmm."Joe beri isyarat dengan ibu jari dan jari kelingking yang dihala ke cuping.

Qistina angguk. Senyum. "yelah encik Johan Khusairy."  Qistina betulkan ikatan tali pinggang seketika. Kembali ditoleh pada Joe yang masih takzim membongkok di tepi pipi cermin.

"aku gerak dulu. Bye Joe. Assalamualaikum" Joe angguk balas salam Qistina seraya mengangkat kembali tubuh. Tegak. Cermin tingkap sudah kembali dinaikkan oleh Qistina. Enjin Jerman berwarna putih bersih tu bergerak perlahan meninggalkan Joe yang masih tunak memandang. Dua tapak tangan kembali menghuni poket Blue Harbour. Sepasang mata Joe terus mengekori susuk tubuh BMW putih yang dipandu Qistina hingga hilang dari pandangan. Bibir dikemam  seketika. Kembali dilepaskan. Udara yang mengapung di ruang dada terasa sesak. Injap jantung deras memacu. Ada rasa yang tersangkut dan tidak terucap dari tadi. Tidak terluah. Tak terdaya ditutur. 

Have a great dinner, Qis...

Have a wonderful dinner sweet heart...
* * * * * * *
Fazwan putar stereng tenang memasuki Lebuhraya Mahameru yang sedikit bersahabat dengan pemanduannya malam ini. Qistina yang terlihat papan tanda arah jalan menoleh kesebelah. Mahu ditanya Fazwan akan destinasi mereka untuk makan malam ini. Lelaki berkaca mata yang tenang memaut leher stereng ditatap sekilas. Dalam persalinan santai berkemeja tee merah samar dipadankan jeans biru Fazwan nampak sungguh berlainan sekali. Kulitnya yang putih kekuningan seakan kupasan kulit langsat itu cukup menyerlahkan seri warna kemeja tee yang tersarung ditubuh. Qistina menelek dalam diam. Mata terjunam ke sisi wajah kacak yang sedang fokus memandang ke hadapan. 

Fazwan cetus deheman kecil. "hmmm...i tahu i ni memang sentiasa buat orang pandang tak berkelip. Lagi-lagi kalau duduk dekat macam ni." Fazwan lontar senyuman sekilas pada Qistina disebelah yang sudah terpempan. Terkejut barangkali kerana tidak menyangka perbuatannya disedari oleh tuan punya badan. Senyuman yang disuntik buih usikan yang bertujuan menceriakan suasana yang sedikit sepi sejenak. Qistina ketap bibir lantas melarikan wajah ke cermin sisi. Simbahan hangat di kedua-dua lantai pipi cukup terasa. Malunya tertangkap begini. Fawzan toleh lagi memandang Qistina yang deras membawa lari mata dan melontar wajah ke luar tingkap.

"Hmmm. Luar tu tak ada yang istimewa. Baik pandang orang dalam kereta ni. Lama-lama pun tak apa. Dia tak marah. Dia suka lagi."

Jeda sesaat.

"ehem.." Qistina betulkan duduk. Debar disorok dalam-dalam. Disimpul ketat-ketat. Dua wajah. Dua pasang mata bertembung. Fazwan dahulu lontar senyum. Mahu meredakan debar si cantik disebelahnya ini. Bukan dia tidak nampak lirikan mata si wajah keanak-anakkan ini yang jelas mahu melarikan diri dari tertangkap oleh kerlingan Fazwan yang lebih pantas. 

"Kita nak kemana ni, FA?" Qistina cuba mengalih tajuk perbualan. Malu sekali kala ditangkap sedang merenung lelaki disebelahnya ini. Issy tak senonoh betul la kau ni Qis..kan dan tertangkap!  Mata terus takzim pada papan tanda arah di Jalan Tun Razak. Pemanduan Fazwan sudah meluncur menaiki lebuhraya bertingkat Ampang.

FA.  Bibir Fazwan tanpa sedar sudah lebar tersenyum. Sedap jer bunyi di telinga Fazwan. Dengan gemersik suara Qistina yang lembut hinggap di cuping. Damai rasanya. 

"Hmm...Tamarind Springs."

Tamarind Springs?. Qistina kerut dahi. Terjeda sejenak. Ditoleh kembali ke dalam ruang kereta. 

"You're gonna love this place, Qis." Fazwan melontar senyum paling manis buat Qistina yang masih terkesima seketika.

"pernah pergi?" 

Geleng.

Fazwan senyum. Kembali diarah tumpuan ke hadapan. "i bawa you ke tempat yang sangat istimewa malam ni. Percayalah."

"istimewa sangat ke tempat tu.."

"dan unik."

"unik?"

"hmmm.."

"unik macammana?"

"Hmmm.." Fazwan senyum segaris kala memutar stereng. Bicara disambung.  "You will sure say..wow bila sampai nanti."

"really?" Mata Qistina sudah bulat bercahaya. Fazwan senyum lagi kala menoleh sekilas. Dua pasang mata bertentang. Berbalas senyum.

"tempat ni ada wow factor. Very exotic place..in the midst of jungle where the palms sway in the night breeze. It will melt anyone heart. Including you. Believe me, dear." Fazwan makin rancak menawan hati Qistina dengan penerangan tempat yang sedang menjadi destinasi mereka malam ini.

"wow.." Mata Qistina belum sirna cahaya kekagumannya.

"belum sampai lagi you dah say wow...kalau dah sampai nanti.."

"i pengsan terus sebab terpesona sangat." Qistina luncur ketawa perlahan yang sangat manis. Fazwan ikut sama tersenyum.

"kalau you pengsan i putar balik stereng ni cari masjid."

Qistina kerut dahi. "kenapa pulak masjid?"

Fazwan sudah memasuki ruang parkir Tamarind Spring. Stereng diperlahankan.

"I nak cari pak imam beritahu i sebenarnya nak kahwin lari ke Siam tapi pengantin perempuan dah pengsan pulak. Nak tanya boleh tak dia nikahkan aje i kat masjid. I taklah nanti pengantin ubah fikiran. Mahu kena bawak lari betul-betul ke Siam lepas ni."

Qistina ketap bibir. Laju dibawa wajah ke cermin sisi kembali. Simbahan hangat tersebar keseluruh ruang pipi. Fazwan toleh kesebelah. Bibir ukir senyum. Sangat tahu si cantik yang cukup santai bersarung blaus biru muda corak abstrak yang dipadankan dengan selendang panjang yang kemas terlilit rona yang sama sedang melindungi wajah gebunya yang dihinggap kuntuman malu yang menggunung.

"Ok dear. Kita dah sampai."


* * * * * * *
"So?" Zita berdiri disisi meja hiasan. Mata memandang tepat kearah wajah comel teman baiknya itu. Zita mahu tahu hasil daripada temu janji makan malam antara Qistina dan abang Wannya sebentar tadi. Waktu abang Wan menghantar Qistina hingga ke muka pintu tadi Zita dapat melihat limpahan senyuman penuh bermakna dibibir lelaki itu kala mengucapkan terima kasih pada Qistina. Salamnya lembut sahaja terlontar. Zita jugak nampak jelas senyum manis penuh bermakna dibibir Qistina. Zita simpul senyum. Moga rancangannya bersama Azhar akan berjaya. Itu yang sentiasa dia doakan. Qistina berhak mendapat lelaki yang terbaik dan Zita yakin abang Wan adalah yang terbaik buat Qistina. 

"So apanyer Puan Zita." Qistina tanggal selendang biru yang membalut kepala. Senyum manis masih belum usai. Kenangan  makan malam sebentar tadi masih kemas berbalut di minda. Mahu disimpan buat mimpi kala lena memanggil sebentar nanti. FA...Qistina melihat sisi seorang Fazwan Anuar yang cukup santai namun penuh pesona seorang lelaki. Segala tutur kata penuh santunan namun dirangkai harmoni agar Qistina selesa disisi. Dan sungguh dia berasa bukan sahaja selesa malahan damai dan tenang bersama lelaki itu tadi. Terlalu banyak yang dapat dikutip didalam perbualan mereka tadi mengenai peribadi Fazwan yang penuh aura dan karisma lelaki melayu. Paling Qistina kagumi sikapnya yang sabar dan tenang dalam melayani tiap pertanyaaan Qistina. Perkongsian pengalamannya sebagai ketua jurutera kanan projek kala berkhidmat dengan sebuah syarikat minyak terbesar yang berpusat di Irving sangat-sangat berharga buat Qistina. 

Langkah longlai yang sedikit kepenatan dihala ke ranjang. Direbahkan tubuh. Mata terpejam. Tangan kanan mendarat ke lantai dahinya yang licin.

"aku nampak kau senyum tadi, Qis." Zita labuh duduk dibirai katil. Mata dihumban pada susuk tubuh Qistina yang terbaring ditengah katil.

"Hai Zie.dah tak boleh senyum pulak ker." Dalam pejam suara Qistina terlantun.

"Qis..ceritalah."

"issy. Kau ni. Ada pulak."

"ok tak per. Tak nak cerita takper. Aku siasat dengan abang Wan sendiri. Sure akan dapat dari A to Z."  Mata Qistina terbuntang spontan. Kepala ditoleh kesebelah. Terlihat sengihan meleret dibibir Zita. Qistina ketap bibir.

"kau ni..teruklah Zie." Zita bangkit dari duduk. Langkah dihala perlahan ke pintu.

"Zieeee.." Qistina sudah menyeru. Bertali suaranya. Merayu.

Zita berpusing. Dikenyitkan mata sebelum laju membawa lari langkah ke pintu.

"Zieeeeeeeeeeeeee.." Qistina ketap bibir. Issy Zie ni. Qistina henyak kembali kepala ke lantai tilam. Dipejamkan mata. 

FA...please dont say anything to her..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...