Wednesday, March 31, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 21


Bab 21

Susahnya bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni!

Untuk apa lagi semua janji dan sumpah itu...

Tidak ada ertinya lagi...

Sudah terlambat!

Mahu digunakan cara apa lagi untuk dia faham bahawasanya dalam hati ini sudah tidak ada dia lagi...

Sudah Zita kuburkan nama itu...sudah Zita tanam dan timbuskan rasa itu!

Hatinya yang pernah parah tidak mungkin akan kembali sembuh hanya dengan kata maaf...rayuan dan rintihan kesal...tidak sama sekali akan diundur langkah!

Harapan dan impiannya dahulu sudah musnah!

Langsir sliding door diselak. Pintu dibuka perlahan lalu ditolak ke kanan. Langkah diatur ke arah balkoni dibiliknya.

Tubuhnya yang berbalut kaftan merah jambu berbunga halus putih berbuai lembut ditiup bayu malam. Suasana yang sedkit dingin itu memaksa kedua-dua belah tangan dipaut erat ke tubuh agar sedkit haba bisa meresap kedalam. Mata Zita masih merenung ke kaki horizon yang gelap pekat. Tiada bintang yang bertaburan menghiasi hamparan langit.

"pihak peguam encik Faisal memberitahu yang encik Faisal mahu berjumpa dan berbincang dengan puan Zita berhubung tuntutan lafaz cerai puan ini. Kalau puan setuju dengan permintaan mereka, saya akan hubungi mereka dan kita akan tetapkan tarikh, tempat dan masanya. Apa-apapun semua ini bergantung pada kata putus dan persetujuan dari pihak puan."

Matanya dipejam.Erat. Nafasnya sedikit kencang menghempas dada.

Benci!

Air hangat tanpa diundang mengalir di tubir mata.

sungguh dia tidak tahu untuk apa rasa sedih ini...

"Fakrul, saya tidak mahu apa-apa lagi perbincangan atau perjumpaan dengan Faisal. Saya mahu you proceed dengan tuntutan saya ni. Saya sudah tidak ada apa-apa perasaan lagi pada dia yang memungkinkan kami bersama kembali. Saya sudah terlalu letih dengan perkara ini Fakrul. Saya sudah tidak mahu lagi ditarik-tolak Faisal sesuka hati. Saya ada maruah dan harga diri saya sebagai perempuan. Dan sebagai isteri, saya juga ada hak untuk mendapat keadilan. Saya harap you faham. Tolong jangan tangguh-tangguhkan lagi perkara ini. Saya mahu ia diselesaikan sesegera mungkin."

Bunyi pesanan masuk ke telefon bimbit mencantas khayalan duka yang sedang menari di layar ingatan.

Gajet yang terdampar di atas katilnya dicapai. Perlahan jari ditekan pada kotak pesanan. Terlihat mesej baru. Dahinya berkerut. Nombor yang tidak dikenalinya.

" Zita sayang...tolonglah beri Faisal peluang yang terakhir. Faisal tak mampu nak lepaskan Zita. Hati dan perasaan Faisal tidak merelakannya. Cinta Faisal masih utuh buat Zita. Jika mahu, Faisal rela sujud dikaki Zita."

Gila!

Memang gila!

Gajet dicampak ke arah katil. Langkah diatur laju ke arah pintu. Mahu segera meninggalkan kamar.

* * * * * * *

Azhar sedang leka membelek GOLF Digest di rak majalah sambil matanya sesekali menjenguk Maisarah yang sudah duduk bersila di rak hadapan sambil sebuah buku diletakkan di riba. Senyuman manis terpancar pada mulut comel itu bersama ketawa halus. Entah apalah yang lucu agaknya tu!

Suasana di MPH Wangsa Maju sedikit lengang dengan pengunjung. Mungkin disebabkan masa ini bukanlah hujung minggu. Sengaja Azhar ambil cuti hari ini untuk membawa Maisarah berjalan-jalan. Kesibukannya di pejabat dengan lambakan kerja dan mesyuarat membataskan masanya bersama puteri tunggalnya itu. Maisarah sendiri sudah pandai merungut "papa, why are you always busy with work and never have time with me? what time does the office close?" amboi mulut puterinya itu bukan main lagi sekarang...

Terasa tangannya ditarik-tarik lembut oleh tangan halus. Kepala ditundukkan ke bawah memandang seraut wajah comel yang sedang tersengih padanya sambil jari telunjuk tangan kirinya sedang menunjukkan sesuatu dihadapan. Mata Azhar mengekori arah hala yang ditunjukkan jari halus Maisarah. Sesusuk tubuh yang sedang berdiri di kaunter bayaran menarik perhatiannya. Dia memandang wajah Maisarah sambil tersenyum. Pipi gebu puterinya itu dicubit halus. Sarah sudah ketawa.

Langkah kedua beranak itu dihala ke kaunter bayaran. Azhar sedang berdiri rapat disebelah. Kehadirannya langsung tidak disedari oleh si dia yang sedang menunggu giliran untuk membuat bayaran. Maisarah sudah terlebih dahulu mengambil langkah pantas untuk memberitahu kehadirannya kepada si dia. Tangan si dia sudah dicapai. Sepantasnya kepala itu menoleh ke bawah dan ekor mata bertembung dengan mata Azhar yang sudah merenungnya.

"Sarah...." pipi mungil si comel yang sedang tersenyum manis dihadapan dielus lembut Zita. Sudah bertukar senyuman antara Zita dan Azhar.

"kak Zita pun ponteng kerja macam papa ye?" kening Zita sudah terangkat sambil memandang ke arah Azhar yang sudah mengangkat bahu.

"ohh, papa cakap kat Sarah dia ponteng kerja ye?" dan wajah polos si kecil itu laju sahaja mengangguk. Zita sudah meletakkan jari telunjuk sambil mengetuknya beberapa kali ke bibir.

"kak Zita pun ponteng ye?" Zita sudah ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Lucunya Sarah ni!

"kak Zita ambik cuti hari ni. Kak Zita nak jalan-jalan shopping. Papa Sarah.." Mata Zita sudah beralih pada Azhar yang masih memandangnya. "papa Sarah tu bukan ponteng kerja sayang..papa pun cuti macam kak Zita juga." Sarah sudah menganggukkan kepalanya.

"itulah cikgu kat sekolah pun cakap, jangan ponteng sekolah nanti tak boleh jadi pandai..betul ke kak Zita?" Zita sudah menanggukkan kepala. " so papa nanti pun tak boleh jadi pandai la kan kak Zita sebab papa ponteng." ketawa Azhar sudah terburai di situ. Zita sudah membesarkan matanya pada Azhar. Ketawa Azhar sudah mengundang banyak mata yang menolah pada mereka bertiga di kaunter.

"jom sayang kita pergi makan. Sarah nak makan apa, kak Zita belanja ok?" tangan halus itu sudah digenggam lalu ditarik keluar dari premis buku tersebut.

Zita sudah menarik kerusi dihadapan lalu mengarahkan Sarah duduk. Azhar sudah dikaunter Secret Recipe membuat pesanan.

"Sekolah Sarah macammana? dah exam ke belum?" kepala digelengkan. Zita menganggukkan kepala.

"yeah ice cream!....burger!" Sarah sudah bertepuk tangan gembira tatkala dulang hidangan yang dibawa Azhar sudah mendarat di meja mereka bertiga. Mangkuk ice-cream sudah diletakkan dihadapan Sarah. Begitu juga pinggan berisi mini burger kesukaannya. Gelas berisi air berwarna hijau sudah Azhar letakkan dihadapan Zita. Begitu juga dengan sepinggan spagetti.

"thanks Har." kepala diangguk sambil tersenyum pada Zita disebelah.

Azhar sudah mengarahkan Maisarah untuk membaca doa makan. Dan si comel itu fasih saja mengalunkannya dengan tertib. Amin.

"you memang saja ambik cuti ke hari ni?" Azhar menyapu dengan hujung jarinya mulut Sarah yang sedikit comot terkena sos cili yang diletakkan diatas daging burgernya.

"i ambil emergency leave Har...serabutlah kepala ni...tak sudah-sudah dengan hal yang sama." Tangan kurus Zita hanya memusing-musingkan garfu pada spagetti didalam pinggan. Azhar memandang wajah Zita.

"wanna share with me?" Tatkala kepalanya dinaikkan, pandangan mereka bertembung. Zita menundukkan wajahnya ke bawah semula. Nafasnya dihela perlahan.Wajah polos Sarah yang tersenyum padanya sambil menyudu ice-cream coklat dipandang. Senyuman terukir dibibirnya. Indahnya menjadi kanak-kanak!

"he dun not wanna let me go Har...he just dun wanna do that..." Ada sendu pada lafaz itu.

Dan mata mereka saling bertatapan...

Tuesday, March 30, 2010

Rindu Semalam - Bab 43


Bab 43

Hatinya yang sedang ada pelbagai rasa ini cuba dibawa bertenang...cuba dibawa tenteram.

Takutkah rasa yang sedang bermain-main didalam fikirannya saat ini?

Atau, mungkin ia cuma rasa gementar sahaja. Ya, rasa yang biasa dialami tiap insan bergelar bakal pengantin. Entahlah, dia sendiri tidak pasti kerana rasa seperti ini tidak pernah sekalipun datang "menyerang" hatinya.

Tuhan...berikan aku damai. Berikan jiwa ku tenteram...berikan hatiku tenang.

Riuh dibawah dengan suara tukang masak import ibu memberi arahan itu ini....lantang suara Mak Lijah sampai boleh didengar hingga ke rumah Tok Andak diseberang jalan agaknya. Dari jendela kamar segalanya aktiviti di bawah terhidang didepan mata. Senyum Duhaila tersungging mendengar kecohnya mulut Mak Lijah sama naik dengan suara makcik-makcik jiran tetangga yang turut membantu sesi memasak untuk majlis akadnikah Duhaila yang akan berlangsung selepas asar nanti.

Suara mereka yang sedang enak menjamu selera saling bertingkah dengan suara nyaring Mak Lijah. Si Ziha, cik pengapitnya turut menumpang saham menyibuk dibawah sana. Siap menjengok aktiviti orang di bawah khemah belakang rumah. Wei, Ziha kau tu buat menyemak jer kat situ la. Ibu dilihat sudah menarik tangan Ziha sambil berbisik sesuatu. Ziha dilihat mengangguk-anggukkan kepala sambil mengatur langkah ke dalam rumah.

"hey, anak dara tengok jam...dah pukui berapa la ni?" Duhaila menoleh ke arah tepi katil pengantin yang sudah didandan rapi. Cantik. Tadinya sudah kedut digomol dia dan Ziha gara-gara sesi "bergusti" sebelum dileraikan "pengadil" import dari Felda Cemomoi,siapa lagi, Maksu la..hahaha

"pukul satu baru la kak Maria..." Maria sudah menggelengkan kepala. Budak ni kan, memanglah liat sungguh nak pi suruh dia makan. Sat nanti kalau dah siap berdandan macammana nak makan, rosaklah make up chek ooi!

"dah la, tutup jendela tu Duha...ni kan bilik pengantin chek, awat la chek pi bukak luas-luas kasi orang luaq tengok...nanti tak surprise la!" Tangan Duha sudah menarik pintu jendela ke dalam. Dirapikan kedudukan langsir sebelum pintu jendela kayu itun diselak.

Kak Maria Gonzalez; ni nama glemer dia Ziha yang panggil macam tu tau! Bila ditanya tadi nama dia memang Maria tapi Maria Kamal, uik cam nama pelakon ja bunyinya. Kak Maria ni didatangkan khas oleh Ziha dari Butik Pengantin terkenal di Jalan Ipoh. Entah, Duha pun tak tahu kat mana dan butik yang mana. Sebenarnya Ziha yang taja kos kak Maria ni maka Duha ikut ja la...Taufik pun kata, dah Ziha yang beria-ia tak baiklah hampakan niat baik orang kan. Kata Ziha, kak Maria Gonzalez ini kan kalau touch up pengantin memanglah "meletup"; yang tak lawa akan cantik rupawan. 360 darjah berubah..dahsyat tu!

"kalau dapat kat kau kak Maria ni Duha...muahhhh, gerenti la tak berkelip la mata si Taufik nanti, silap-silap kena ulang lafaz ijabkabul sebab dia jadi bisu sekejap terpukau tengok rupa kau yang sudah pukul Miss Universe!" issy Ziha ni, ada ke cakap sampai Taufik kena ulang lafaz akadnikah nanti..taknak la macam tu. Orang taknak tau! Nak sekali je lafaz tu..dengan sekali nafas!

"dah tu,bila nak makan ni chek ooi..tadi ajak makan sama dengan akak dan Ziha chek tak mau...karang kalau dah siap make up, kak Maria tak bagi Duha makan no...rosaklah kerja seni kak Maria nanti, pengantin dah comot!" Tangan kak Maria Gonzalez sedang rancak menyusun peralatan solek diatas meja dikamar pengantin itu. Duhaila melabuhkan duduknya dikerusi dihadapan meja solek.

"Duha nak solat zohor dulu la kak Maria..pastu baru makan."

"dengar cakap kak Maria no, pi makan dulu chek...kemudian baru solat. Apa-apapun perut tu isi dulu...nanti solatpun tak khusyuk no! pengantin jangan ketegaq ya."

"ta.."

Bunyi pintu yang diketuk dari luar sudah menahan lidah Duhaila untuk menjawab. Langkah perlahan diatur ke muka pintu lalu selak ditarik. Terpacul Ziha yang tegak berdiri bersama talam yang berisi semangkuk nasi juga lauk-pauk. Dahi Duhaila sudah berkerut sambil mengangkat sedikit kepala, apahal pulak ni bawak dulang lauk masuk bilik pengantin! Ziha sudah memberi isyarat angkat kening sambil mengoyangkan sedikit kepalanya...ala kut ye pun bagilah aku masuk bilik dulu cik Duha ooi, berat tau dulang besi chef Mak Lijah ni!

Dulang sudah diletakkan di tengah-tengah bilik. Tangan Duhaila sudah ditarik lalu disuruh duduk dihadapan dulang. Kendi bekas air basuh tangan sudah dikeluarkan Ziha dari dalam dulang. Disuakan bekas kendi dihadapan Duhaila.

"ibu kau suruh kau makan sekarang. Aku diamanahkan untuk pastikan kau makan. Cepat basuh tangan!" seperti dipukau, Duhaila pantas menghulurkan tapak tangan kanan ke muka badan kendi. Ziha sudah mencurahkan air ke tapak tangan Duhaila.

Nasi disenduk kedalam pinggan. Duhaila hanya memerhati tiap perlakuan Ziha tanpa berkata apa-apa.

"ha, tunggu apa lagi...makanlah cik pengantin. Ke kau nak aku suapkan?, sabar ye, malam nanti abang Taufik yang tercinta boleh suapkan...kan kak Maria kan." Ziha sudah angkat-angkat kening sambil tersenyum memandang pada kak Maria yang sedang menyusun persalinan akadnikah Duhaila diatas katil. Duhaila buat muka selamba sambil mengambil sudu dari dalam dulang lalu disuakan ke piring kuah berisi asam pedas ikan tenggiri. Ziha ni bukan boleh dilayan sangat sakatnya. Nanti menjadi-jadi modal dia. Makin naiklah tocang dia. Sudu lain diambil lalu disuakan ke piring berisi gulai lemak putih umbut kelapa. Doa diaminkan didalam hati. Nasi disua penuh tertib kedalam mulut.

"ha'a..tak lama lagi pun. Lepas tu bersuap sakan la hangpa berdua." Ziha sudah menutup mulut menahan ketawa dari terburai didepan Duhaila yang sedang menjamu selera. Duhaila meneruskan suapan. Tidak sedikitpun melatah dengan usikan kata-kata kak Maria.

"kak Maria, ni bukan apa tau...sebenarnya ada orang tu yang sedang jeles sebab dia takde orang nak suap-suapkan macam saya nanti."

Ziha sudah mencebik. Duhaila sudah angkat-angkat kening sambil tersenyum penuh makna pada teman dihadapannya.

* * * * * * *

"selawat banyak-banyak bro. tenang masa depan tok kadi tu karang. Jangan gabra. Dengar betul-betul. Jawab dengan jelas apa yang ditanya nanti. Dengar ni?" tangan Akhmal sedang dipinggang Taufik membetulkan ikatan kain samping teman karibnya itu.

"berdasarkan pengalaman sendiri la ni kan bro? seingat aku la kan orang tu dulu tiga kali ulang...dah siap nak kena mandi!" Taufik sudah angkat kening sambil tersenyum. Akhmal sudah ketawa.

"Dah siap Fik?" Akhmal yang sedang membetulkan ikatan kain samping songket putih dipinggang Taufik beralih sedikit ketepi untuk memberi laluan kepada ibu Taufik yang sudah masuk kedalam bilik mereka berdua.

"sikit lagi ni mak. Akhmal tengah betulkan ikat samping ni haa." Baju melayu serba putih ditubuh anaknya itu dilurut-lurutkan dengan hujung jari. Biar nampak kemas. Biar nampak segak.

Tangan Taufik digenggam erat. Ada debaran yang singgah didada sejak pagi tadi. Entahlah, risau betul hati tuanya bila memikirkannya. Sudah dipanjatkan doa demi doa sejak subuh tadi agar dilindungi anaknya ini dari segala bala bencana dan musibah. Taufik sudah membalas genggaman tangan ibunya sambil memeluk bahu tua ibunya. Airmata ibunya sudah mengalir. Akhmal sudah meminta diri keluar dari bilik bagi memberi ruang kepada dua beranak itu berbual.

"kenapa nangis ni mak?' kepala hanya digelengkan perlahan sambil air hangat di tubir mata diseka dengan kura tangan.

"gembira mak tengok Fik dalam pakaian pengantin ni. Akhirnya tercapai juga hasrat mak tengok Fik kahwin." Tubuh sasa dan tinggi itu sudah didakap erat. "mak doakan Fik dan Duha bahagia hingga ke akhir hayat." Taufik sudah menganggukkan kepala sambil tersenyum manis. "terima kasih atas doa dan restu mak, insyaallah."

Pintu diketuk dari luar. Tombol diputar lalu tersembul wajah Farah Aina; adik bongsu Taufik.

"mak jom. Kita nak bertolak dah ni, abang Rashid dah turun tunggu kita kat bawah. Abang drive ke abang Akhmal?" Mata Farah singgah di wajah Taufik yang sedang mengadap cermin sambil membetulkan kedudukan songkok.

"Akhmal." Farah sudah menganggukkan kepala. Tangan ibu sudah digenggam. "jumpa kat rumah Kak Duha nanti ok. Dah habis handsome dah tu bang!" Farah sudah mengenyit mata kepada Taufik sambil ketawa.

"hati-hati bawak kereta tu Fik. Pesan kat Akhmal sama. Jangan laju-laju. Biar lambat asal selamat. Sini banyak lori balak mak tengok." Taufik sudah menggosok-gosok belakang badan ibunya sambil menggangguk-anggukkan kepala.

"insyaallah mak."

"ready bro?" Akhmal sudah berdiri didepan pintu. Taufik sudah tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Bismillahirrahmanirahim...

Saturday, March 27, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 3




Bab 3

"Noor, TR1 examination and OPG..."kepala diangguk. Jam dipergelangan tangan ditoleh sekilas. Owh, dah terlajak masa rupanya, patutlah Jenny datang. Langkah diatur keluar dari bilik rehat menuju ke TR1. Pintu bilik ditarik perlahan. Kemunculan menyebabkan Dr.Chia yang sedang rancak berbual dengan pesakit menghentikan perbualan lalu tersenyum memandangnya. Kelihatan seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 30-an sedang duduk bersandar di dental chair turut memandang padanya sekilas. Tiada senyuman di bibir itu. Bertubuh sederhana tinggi. Berpakaian kemas. Berkemeja panjang putih jalur coklat muda dipadankan dengan tali leher bercorak abstrak berwarna coklat tua. Segak sekali.Hmm, hensem mamat ni macam muka campur tapi muka punya la serius mati. Pantas Noor mengambil tempat dikanan pesakit sambil tangannya pantas menarik sekeping topeng muka berwarna biru muda dari kotak dibelakang lalu dipasangkan ke mulut. Sepasang sarung tangan saiz S turut ditarik lalu disarungkan ke kedua-dua belah tangan.

Sekeping kad putih yang terlukis carta kedudukan gigi sudah siap ditarik dari laci dihadapannya lalu diletakkan di tepi meja bersebelahan dulang yang berisi peralatan pemeriksaan. Dental chair sudah diturunkan oleh Dr. Chia dengan menekan suis di hujung kakinya dan pesakit sudah dimaklumkan Dr. Chia bahawa dia akan melakukan pemeriksaan asas untuk melihatkan keadaan keseluruhan gigi pesakit sebelum sebarang mencadangkan sebarang rawatan pada pesakit.

"light!..." Tangan kiri Noor sudah pantas menarik pemegang dental light diatas kepalanya lalu cahayanya dihalakan tepat ke dalam mulut pesakit. Dr Chia sudah bersedia di posisi dentist chairnya.

"mirror, probe.."

Kedua-dua instruments yang dipegang pada tangan kanan dan kirinya sudah diberikan pada Dr. Chia melalui bahagian atas badan pesakit yang sudah terbaring. "Do not pass the insruments to the dentist in front of patient face, it's so dangerous. If it fall on their face, we will got into trouble Noor, got that?" Ya, dia masih ingat hingga saat ini pesanan itu, pesanan sewaktu mula-mula dirinya dilatih oleh doktor asal kota Singa ini. Matanya yang bulat memang sungguhlah macam Singa yang hendak membaham mangsa. Sangat menakutkan. Tapi dia doktor yang sangat baik..cuma dikala melatih para DA dia memang garang. Garang nak mampus!

"11 ok, 12 ok, 13 ok, 14 buccal amalgam, 15 distal cavity, 16 ok, 17 ok, 18 ok. 21 ok, 22 ok, 23 ok, 24 ok, 25 mesial amalgam,26 mesial cavity, 27 distal mesial amalgam, 28 ok. 31 ok..light Noor!" Tangan kiri sudah mencapai pemegang lampu lalu cahayanya dihalakan ke arah bahagian rahang bawah mulut pesakit. "Thank you Noor." Noor menganggukkan kepala. Dr. Chia memang begitu. Tidak lokek mengucapkan kata terima kasih kepada DA yang membantunya. Bukan macam yang sorang lagi tu. Mulut ada berlian agaknya. Issy, Noor tu kan boss kau jugak... "32 ok, 33 ok, 34 ok, 35 ok, 36 occlusal cavity, 37 ok, 38 impacted. 41 ok, 42 ok, 43 ok, 44 ok, 45 ok, 46 distal mesial cavity, 47 ok, 48 impacted." Suis dikaki sudah ditekan. Dental Chair mula menegak. Pemegang lampu sudah dialihkan pantas ketempat asalnya. Kalau lambat alamat berciumlah dahi pesakit dengan lampu ni. Mampus!. Pesakit tersebut sudah diarahkan Dr. Chia supaya berkumur pada patient sink yang terletak disebelah kanan pesakit. Noor sudah menarik sehelai tisu lalu disuakan pada tangan pesakit sambil tersenyum. Memang la kena selalu menjual senyum kalau duduk dengan pakcik Singa ni, sebagaimana yang Dr. Chia selalu pesan pada tiap DA. Smile to the patient!. Show your beautiful smile with those beautiful teeth to them. Tiada senyuman pada bibir itu. Hanya matanya sahaja yang memandang tepat pada wajah Noor. Sepantasnya Noor mengalih pandangannya pada carta gigi ditangan. Apalah dia ni, pandang orang macam nak telan je...

Noor sudah mengemaskan carta di tangan lalu diberikan kepada Dr. Chia. Carta diteliti oleh Dr. Chia untuk memastikan setiap keadaan gigi pesakit direkodkan dengan betul oleh Noor atau mana-mana DA yang bertugas membantu diwaktu teeth examination dilakukan ke atas pesakit. Dr. Chia sudah menurunkan topeng muka ke dagu. Noor juga turut sama berbuat demikian.

"well Jeff, not so bad...do a nice cleaning for you, some filling for the cavities plus replace those black fillings with new white filling...hey those black fillings on your upper jaw look horrible man, it make you smile look black!" Noor sudah menyimpul senyum. Memangpun. Buruk betul rupanya tampalan yang disebutkan Dr. Chia itu. Agak-agaknya mesti tampalan itu dilakukan dizaman sekolah rendah jika dilihat dari struktur usia tampalan tersebut. Kasar dan tidak kemas langsung pembuatannya. Sudahlah begitu, ia dibahagian rahang atas pula dan gigi tersebut berada pada garisan senyum, pasti kala dia tersenyum akan terlihat bayangan hitam tampalan tersebut. Hmm, patutlah mamat ni taknak senyum tadi, dia tahu senyuman dia nampak hitam, buruk..hahaha. Dan kala Noor menoleh kearah wajah pesakit, mata mereka bertembung. Alamak, dia nampak ke aku senyum tadi. Mesti dia tahu aku gelakkan dia. Mampus kau Noor!

"and most important Jeff, your lower left and right wisdom tooth is impacted. You got to removed it man. Otherwise, it will hit the front tooth in future. And when that happened i'm telling you man the pain is hell!"

"Removed it Pattrick?, oh man i hate extraction..." Dr. Chia sudah menggelengkan kepala. Noor memandang pesakit itu sekilas. Pastinya pesakit ini kenalan rapat Dr.Chia kerana hanya orang yang rapat sahaja memanggil Dr. Chia dengan nama itu. Noor ingat lagi kata Dr. Chia, Patrick itu nama panggilannya dikalangan kawan-kawan rapat juga ahli keluarga.

"not a normal extraction Jeff. It will be a minor surgery. Give me 45 minutes, then it's done." Noor melihat mata pemuda itu sudah membulat memandang Dr. Chia.

"what? surgery to remove my wisdom tooth. 45 minutes procedure? You are crazy man. Damn crazy!" Dr. Chia sudah ketawa besar melihat wajah terkejut pemuda itu yang pada masa yang sama sudah menumbuk perlahan bahu Dr. Chia.

Dr. Chia menerangkan kepada pesakit yang dipanggil Jeff itu tentang perlu gambar x-ray diambil bagi membolehkan dia melihat dengan lebih jelas kedudukan kedua-dua gigi geraham bongsu di rahang bawah yang perlu dikeluarkan menerusi kaedah pembedahan kecil. Noor melihat wajah pemuda itu sedikit gusar...mungkin juga takut. Yelah kan kalau sebut bedah mestilah kecut perut, lagi-lagi gigi pulak yang kena bedah. Noor melihat Dr. Chia menepuk-nepuk perlahan bahu pemuda itu dan berkali-kali menyatakan dia tidak perlu bimbang. Jika perlu Dr.Chia akan memengsankan dia masa proses itu berlangsung. Uik takkan la sampai guna GA kut...orang kat sini guna LA ja la, takdak pun yang mati lagi pasal ni, issy apa punya lelaki ni..penakut ngalahkan perempuan!

"Jeff, this is my DA, Noor. " Noor sudah memberi senyuman manis. Itu yang sering diajar oleh Dr. Chia padanya. Smile Noor! sampai jawab telefon pun kena senyum macamlah orang yang menelefon boleh melihat dia tersenyum tapi kata Dr. Chia people can hear your smiling voice Noor... erk, iye ke?...

" She's going to bring you to the x-ray room to have your OPG done. It wont take you long Jeff. Just follow her instruction ok. Be a good boy. " Dr. Chia sudah ketawa kecil. Pemuda yang sudah berdiri itu pantas menumbuk perlahan bahu Dr. Chia. Pintu sudah ditarik dan doktor Chia mempersilakan pemuda tadi keluar. Noor sudah keluar menerusi pintu belakang dan sudah sedia berdiri dihadapan menanti kedatangan pesakit berkenaan.
Apron yang sedikit berat itu diambil dari penyidai besi didalam bilik x-ray lalu dibawa kearah pemuda yang sedang berdiri dihadapannya.

"Encik ni orang melayu kan? mesti boleh cakap dan faham bahasa melayu kan. Kita cakap melayu la ye, senang sikit. " Noor melihat pemuda itu langsung tidak memberi respon. Berlagak la mamat ni mentang-mentang rupa hensem. Ala, kau ingat aku tak tahu ke kau tu melayu. Muka kau tu jer ada iras-iras campur...tapi hakikatnya kau melayu la mamat! Nama kau kat kad tadi dah tercatatlah Jeffrey Iskandar bin Firdaus. Melayu la tu! "ni apron. Saya akan sarung ke badan encik ok. Tolong luruskan tangan kehadapan sekejap." Dan pemuda itu hanya menurut arahan Noor. Bagus, good boy!

"ini mesin OPG. Encik berdiri disini. Kedua-dua belah tangan encik perlu pegang handle ni." Noor menunjukkan caranya pada pemuda tersebut sebelum dia mengarahkan pemuda tersebut melakukan apa yang ditunjukkan tadi. Pemuda itu sudah berada pada posisi yang diarahkan Noor. Very-very good boy la mamat ni!

"ok, ini bite stick. Encik kena gigit bite stick ni dengan menggunakan kedua-dua gigi hadapan encik ye. Gigit perlahan saja. Tengok macam saya buat ni." Noor mendemonstrasikan sahaja cara menggigit bite stick dihadapan pemuda itu tanpa dia betul-betul menggigit bite stick yang sebenarnya. Bite stick sudah selamat mendarat di gigi hadapan pemuda berkenaan.

"saya akan keluar sebentar dari bilik ini untuk menekan suis mesin ini. Mesin x-ray ini nanti akan berpusing 180 darjah ke kiri dan kanan. Encik jangan bergerak walau sedikit pun ok. Kekal pada posisi ini hingga saya kata ok. Faham ye encik." Pemuda itu hanya mengedipkan matanya pada Noor. Noor turut mengedipkan matanya beberapa kali.Pemuda itu sudah membulatkan matanya pada Noor. oopps, good boy marah la, hehehe...

"ok encik. dah selesai. Encik boleh balik semula ke bilik rawatan 1 ye. Doktor Chia sedang menunggu encik disana." Apron pada pemuda tadi sudah ditanggalkan. Tanpa berkata sepatahpun, pemuda tadi terus melangkah meninggalkan Noor dan bilik X-ray. Noor hanya menggeleng-gelengkan kepala. Issy, agaknya suara dia ni mahal kut. Dah la tak cakap terima kasih, teruk betul...berlagak je lebih tapi gigi..ya ampun, out!






* * * * * * *




hmm, sedapnya bau!

Mariana sudah melangkah masuk. kasut yang dijinjing ditangan sudah dimasukkan kedalam almari kayu rendah berwarna hitam di tepi pintu. Langkahnya diatur pantas kearah ruang dapur. Sesusuk tubuh yang sedang membelakangnya begitu asyik mengacau sesuatu didalam kuali diatas dapur, langsung tidak menyedari kehadiran Mariana dibelakangnya. Issy, kalaulah orang jahat tadi yang masuk, camner Noor!

"hmmm, Noor masak sambal tumis sotong kering rupanya. Favourite kak Ana ni. Wah ada ikan masin pulak tu. Sayur kobis masak lemak putih pun ada. Aduh sedapnya adikku yang cantik ni masak. Kak Ana dah tak tahan ni...terliur habis ni! Kak Ana mandi dulu ye, lepas tu kita belasah sama-sama ok." Noor sudah ketawa melihat gelagat lucu kak Mariana teman serumahnya merangkap tuan punya rumah yang dihuninya ini. Kak Mariana seorang setiausaha eksekutif. Kak Mariana adalah senior Noor di sekolah menengahnya dahulu. Ketika mula-mula merantau mencari kerja di Kuala Lumpur dahulu dan dikala dia menghadapi kesukaran mencari rumah sewa, Tuhan mempertemukan dirinya dengan Kak Mariana secara tidak sengaja sewaktu dia sedang termenung di restoran Mc Donald Kompleks Kotaraya. Sejak itu bermula episod dia menjadi penghuni apartment kepunyaan kak Mariana yang baik hati ini hingga lah ke hari ini.

"Kak Ana, marilah makan. Noor dah hidangkan ni." Pintu bilik Mariana diketuk sekali.

Mariana sudah menarik kerusi. Nasi sudah disendukkan kedalam pinggan oleh Noor. Tangan ditegakkan membaca doa makan. Amin.

"Noor ni memang la handal masak. Tengok kak Ana, dah macam spesies ikan buntal je semenjak Noor duduk dengan akak." Noor sudah tersenyum sambil suapan nasi disuakan ke mulut mungilnya.

"baju akak Noor tolong basuhkan, siap gosokkan lagi. Kadang tu Noor jahitkan baju kurung baru untuk kak Ana. Makin lemaklah kak Ana Noor, asyik dimanjakan Noor." Noor sudah menghulurkan gelas berisi air sirap sejuk yang sedikit tawar kepada Mariana. Noor tahu itu kegemaran Mariana.

"ala takat tolong yang tu sikit aje kak Ana. Budi kak Ana pada Noor lagilah tak terhitung. Noor duduk rumah ni satu senpun tak bayar sewa. Duit api dengan duit air pun kak Ana bayarkan. Tak bagi Noor bayar. Kadang tu Noor segan sungguh pada kak Ana." Mariana sudah memandang wajah cantik dihadapannya. Dia tahu kesukaran hidup Noor. Gaji Noor sebagai pembantu di klinik pergigian itu tidaklah seberapa. Ditambah pula dengan tanggungjawabnya mengirimkan duit dikampung untuk maknya dan dua orang adik yang masih bersekolah. Mariana tahu Noor turut membuat kerja sampingan lain. Selain mengambil upah menjahit baju kurung yang kadangkala Mariana sendiri turut mengiklankannya pada rakan-rakan dipejabat, Noor juga bekerja di restoran makanan segera di hujung minggu demi mencari pendapatan tambahan.

Pendapatan tambahan? Noor? apsal aku tak terpikirkan Noor ye untuk tugasan Puan Sri tu. Mariana sudah tersenyum riang.

"Noor, nak dapat upah tambahan tak?, keje hari ahad je. 1/2 hari RM250. Nak tak?"

Noor menghentikan suapan. Matanya sudah memandang wajah ceria Mariana.

"RM250 untuk 1/2 hari je kak? Banyak tu. Nak nak kak..." Noor sudah menganggukkan kepala sambil tersenyum. Mariana turut sama menganggukkan kepala tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus.

"errk..tapi keje apa kak Ana?"

"jadi pembantu rumah 1/2 hari seminggu.... di rumah boss akak."

pembantu rumah 1/2 hari seminggu?

Nota :
1.DA - dental assistant/dental nurse.
2.LA -local anaesthetic.
3.GA-general anaesthetic.
4. buccal - tooth surface that faces the outside of your mouth.
5. Mesial -tooth surface that faces the front of the mouth.
6. Distal - tooth suface that faces the back of the mouth.
7. Occlusal - biting/chewing surface for premolar dan molar tooth.
8. amalgam restoration- This is the most commonly used filling material for back teeth. It contains approximately half mercury, and differing amounts of silver (30%), tin, zinc, and copper. It is the cheapest and it takes little time to insert. It is expected to last 5-10 years, although some fillings last to up to 20 years.

9. tooth chart:


Tooth Surfaces ( refers no 4-7)



Tuesday, March 23, 2010

Rindu Semalam - Bab 42


Bab 42

Rasa dicintai itu rupanya sangat indah...terlalu indah!

Rasa dicintai itu mencipta irama damai yang singgah diruangan hati, menebarkan cahaya bahagia di persada hati lalu rasa itu bermukim disitu. Jika boleh untuk dilukiskan rasa itu lalu diterjemahkan di kanvas putih pasti cantuman warna-warna indah nan bahagia itu akan memercikkan sinarnya lalu terhasilkan sebuah lukisan rasa dari hati yang sedang bahagia diulit cinta!

Dan dia harus mengakuinya frasa itu...kerana dirinya sedang melalui jalur-jalur keindahan bak pelangi yang terbit di tasik nan permai selepas disirami hujan.

Kicauan riang burung-burung menyambut suria pagi yang sudah mengibarkan tirainya. Duhaila sudah tersenyum di jendela kamar yang dibuka luas. Langsir sudah dikuak dari menutupi pandangan mata. Kepalanya meninjau ke halaman rumah. Beberapa orang sanak saudara arwah abah sudah mula sibuk dengan persiapan bahan-bahan untuk memasak bagi majlis akadnikahnya selepas asar nanti. kedengaran juga ditelinga Duhaila suara kecoh Mak Lijah, tukang masak terkenal di kampung ini yang memang sentiasa datang awal setiap kali diundang tuan rumah untuk datang membantu bagi urusan masak-memasak lauk-pauk yang akan akan dihidangkan pada pihak sebelah juga tetamu yang lain. Ibu memang sedari mula sudah menempah mak Lijah rupanya kerana tahu akan kesibukannya. Hai, tukang masak untuk kenduri kahwin pun kena booked sekarang ye, dahsyat sungguh! Mak Lijah nanti pasti boleh memasarkan skill memasaknya itu dengan mencipta laman sesawangnya sendiri. Dan pasti testimoni dari tuan-tuan rumah yang pernah mendapatkan khidmatnya boleh dijadikan modal untuk menarik pelanggan baru mendapatkan khidmatnya pada majlis kenduri mereka nanti. Wah mesti makin glemer Mak Lijah nanti...hehehe

Duhaila masih terpaku di jendela. Senyum masih mekar dibibir. Mak Lijah, Mak Lijah...apalah yang aku melalut pagi-pagi buta ni. Jari-jemari ditangan kanannya yang cantik diinai malam tadi sudah kejap menumpang dagu. Rambut hitamnya yang panjang dioles pula dengan jari-jemari tangan kiri yang cantik diinai sama malam tadi. Melihat pada jari-jemarinya yang indah berwarna jingga tua itu teringat Duhaila akan gelagat lucu Ziha semalam. Ziha, si tukang pengapit yang Duhaila diimport khas dari Sri Kembangan itu turut tumpang berinai malam tadi, mahukan semua jari-jemarinya diinai sama pulak tu...mengalahkan pengantin dah ni kata mak su; adik bongsu arwah abah yang mengetuai upacara berinai semalam. Kata mak su lagi silap-silap orang confuse mana satu pengantin dah lah nanti kedua-dua kami akan memakai sepersalinan putih juga..lawak sungguhlah si Ziha ni. Waktu ditanya kenapa sampai berinai sepuluh jari, sambil mengedip-ngedipkan mata Ziha kata dia ada misi perdana. Misi apalah pulak cik kak ni. Selain nak tayang pada si abang syednya yang disebut hensem giler tu kata Ziha dia juga nak hint pada buah hatinya itu agar cepat-cepat masuk meminang sebab dia pun tak sabar nak kahwin...eei tak malu betul la perempuan sorang ni! Dan Ziha hanya menayangkan muka selamba kala dikata perempuan tak malu.

"kalau aku malu Duha, jawapnya tah bila zaman la si syed tu nak pinang aku tau...dah terlanjur aku yang ngorat dia dulu, baik aku pastikan misi perdana aku tu berjaya hingga ke jinjang pelamin kan. Dia tu macam Taufik kau tu la dulu..slow bab-bab ni. Nasib baik aku yang ajar dia cara-cara nak ngorat kau tau!"

Duhaila sudah angkat kening. Ziha sudah tersenyum penuh makna. Wah wah wah, sedapnya makcik ni mengata Taufik Duha ye.Taufik Duha?..amboi amboi bukan main lagi ye ayat kamu...Gatal!

Mata bundarnya masih terikat pada pemandangan di langit pagi nan permai...damai rasanya jiwa saat ini.

Pup!

Aduh! Duhaila menoleh ke belakang sambil tangannya mengurut belakang badan yang terasa sakit dan sengal. Seraut wajah comel yang belum mandi dengan rambut yang sedikit berserabai melemparkan sengihan padanya. Makcik ni kan, ingat belakang badan aku ni pangkal cengal agaknya main sedap aje dia mendebik. Tangan tak padannya dengan kurus, macam besi!

"kau ni kan Ziha..."Duhaila sudah mengatur langkah ke arah katil. Kelambu yang dipasang malam tadi sudah dibuka. Ziha sudah mengikuti langkah Duhaila lalu melabuhkan duduknya di tepi katil. "kau ingat badan aku ni kayu ye." Ziha sudah memeluk bahu Duhaila yang sedang melipat kelambu."sakit ek?" Jari-jemari yang sedang melipat berhenti. Wajahnya ditoleh memandang Ziha disebelah."tak cik Ziha. Tak rasa apa-apapun." Wajahnya dialih kembali pada kelambu yang sedang dilipat. Ziha sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Niatnya hanya memeranjatkan Duhaila yang dilihat sedang asyik tersenyum-senyum di jendela. Sekadar mahu mengusik.

"ala Duha, janganlah marah. Aku tak sengaja...."

Jeda. Aduh!

Ziha sudah bangun lalu duduk melutut dihadapan Duhaila. Kedua-dua tangan sudah memaut lutut Duhaila.

"Duha...aku minta maaf. Janganlah macam ni." Wajahnya didongak ke atas memandang wajah cemberut Duhaila. Aduhai masamnya muka.

"Pengantin tak eloklah muka asam keping kering macam ni. Nanti aku yang kena marah dengan Taufik kau. Habislah aku." Duhaila sudah mengigit bibir bawahnya, cuba menahan tawa.

"asam keping kering masam gila Duha. Cuba kau tengok muka kau kat cermin tu. Kalau diukur kadar kemasaman, jeruk -jeruk kat pasar semalam pun boleh kalah dengan muka masam kau." Ketawa Duhaila sudah meledak.

"Duha..."

"hmmm..."

"aku dengar semalam kan ada orang tu cakap i love you kat telefon la...pastu siap ketawa...bukan main gatal lagi orang tu tau."

"Aduh..."

"padan muka."

"Duha..."

"hmm..."

"Taufik balas tak?"

"balas apa..."

"cakap i love you tooo ..."

"Gatal!"

"eh, aku tak..yang gatal korang berdua la. Korang yang nak kawin...aku belum lagi, so penyakit gatal aku belum parah macam korang."

"Zihaaa!"

Ketawa bergema didalam kamar pengantin itu.

"Ya Allah anak dara berdua ni...." suara-suara ala-ala pembesar suara mak su sudah berkumandang di muka pintu bilik. Duhaila dan Ziha sudah pantas bangun dari pembaringan. Saling memandang kedua-duanya. Tangan sudah merapikan wajah yang sudah ditutupi rambut panjang masing-masing. Badan sudah digerakkan perlahan-lahan menuruni katil.

"eh, dah pukul berapa ni ha, tak mandi-mandi lagi. Bertuah punya budak. Duha, ni apa punya pengantin. Dah nak jadi bini orang boleh lagi buat perangai budak-budak ribena ye. Sudah, cepat bangun...gi mandi. Issy macam-macam budak kecik aje kamu berdua ni." maksu sudah bercekak pinggang didepan pintu sambil menggeleng-geleng kepala. maksu sudah memusingkan badan mahu melangkah ke dapur,namun menghentikan langkahnya lalu memusingkan semula badan memandang ke bilik pengantin.

"apa lagi yang tergelak-gelak tu. Tu..katil tu, kemas balik elok-elok macam semalam. Apa pulak nanti kata orang sebelah sana tengok katil bilik pengantin macam lepas kena gempur dengan gerila aje rupanya.."

Maksu sudah meneruskan langkah pantas ke dapur. Pintu bilik dirapatkan sambil menggeleng-gelengkan kepala. Duhaila sudah menutup mulut dengan tangan. Bahu sudah terhinggut-hinggut. Ziha sudah terduduk di tepi almari sambil menekan perut. Mata kedua-duanya sudah saling memandang. Ketawa meletus lagi.

* * * * * * *

Kedengaran pintu kamar diketuk dari luar. Duhaila dan Ziha saling memandang. Takkan mak su lagi kut, ala orang nak gi mandilah ni maksu! Ziha mengatur langkah pantas ke arah pintu. Tombol dibuka. Ziha menundukkan wajah melihat susuk tubuh cilik yang sedang berdiri sambil tersenyum dihadapan.

"ada apa azim?'

"nenek Dahlia suruh beritahu kakak Duha...mak andam dah sampai. Ada kat halaman sana. "

Duhaila dan Ziha sudah saling memandang sambil mata sudah membulat.

Mak Andam dah sampai!!!

Saturday, March 20, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 20


Bab 20

Arghhhhhhhhhh!....tubuhnya sudah dihempaskan ke katil yang sudah sedia menanti. Bantal yang kemas tersusun dikepala katil ditarik lalu dibaling ke arah pintu. Bertubi-tubi. Tubuh digulingkan ke kiri dan kanan. Sudah berpusing 180 darjah tubuhnya namun masih gagal ditenteramkan lahar yang sedang membakar hatinya. Sakit. Pedih.Ditegakkan kembali tubuhnya. Kedua-dua belah tangan sudah memegang kepala. Kedua-dua belah kaki sudah ditegakkan ke paras dada. Tangannya sudah berpindah memeluk kedua-dua belah kaki sambil kepala diletakkan di atas lutut. Berkecamuk kepalanya dengan pelbagai andaian yang sudah berlegar-legar di minda. Saling berlaga sesama sendiri.

"aarghhhhhhhhhh!......." Tubuhnya dihempaskan semula diatas katil. Marah, benci, sakit hati dan kecewa saling menghentam dadanya dengan apa yang dilihatnya di tasik tadi. Sudah dua kali matanya menyaksikan adegan yang sama. Zita bersama orang yang sama. Tidak diketahui siapa gerangan lelaki itu. Mahu sahaja dilayangkan penumbuknya pada lelaki itu yang dianggap berani mendekati Zitanya. Ketukan di pintu tidak diendahkan. Tubuh dipusingkan membelakangkan pintu.Terdengar bunyi pintunya dibuka.

"Faisal..."Tidak diendahkan. Dia tidak sanggup memandang wajah itu. Dia malu.

Dia merasakan ada tangan yang sedang mengusap-usap lembut belakangnya. Terdengar esakan kecil. Tubuhnya dipusingkan. Dia melihat wajah itu sedang mengesat kolam matanya dengan hujung baju kurung.

"Mama, kenapa ni?"

Tiada balasan.

Faisal kembali menegakkan tubuhnya. Dirapati tubuh mamanya yang hanya mendiamkan diri disebelahnya. Bahu tua mamanya dipaut. Erat.Tangan kanannya mengusap lembut lengan mamanya. Dilihat mamanya hanya menundukkan wajah.

"mama, kenapa menangis ni?"

Puan Sri Marini mengangkat muka lalu menoleh memandang wajah anak lelaki bongsunya itu. Dipegang lembut pipi Faisal.

"kenapa jadi macam ni Faisal. Mama kesian tengok keadaan Faisal. Mama sedih. Makin hari mama perhatikan Faisal makin teruk. Faisal bukan macam Faisal yang mama kenal dulu." Tangan lembut penuh kasih sayang itu dicapai lalu dikucup.

"mama jangan risau, Faisal ok. Stress ni perkara normal mama. Later on i'll be fine." kepala digelengkan perlahan.

"selagi Faisal tak nak terima kenyataan dengan apa dah berlaku ni, selagi itu jiwa dan hati Faisal tak akan tenteram. Mama faham kesedihan dan kekecewaan Faisal. Mama pun rasa yang sama. Mama sangat sayangkan Zita. Dia menantu mama yang paling baik.Tapi.." Nafas dihela panjang bersama esakan yang masih bersisa. "kita kena redha dengan apa yang dah tertulis Faisal. Mungkin ini yang terbaik buat kamu berdua."Terdengar keluhan kecil yang terlontar dari mulut Faisal.

Faisal sudah bangun dari katil. Langkah diatur merapati sliding door lalu dibuka luas. Langkahnya makin mara ke arah balkoni. Tubuhnya ditegakkan menikmati pemandangan dihadapan. kedua-dua tangan dibawa rapat ke dada. Erat. Mata dipejamkan. Terasa belakang badannya diusap perlahan. Faisal hanya dibiarkan.

"Mama tahu perkara ini bukan mudah untuk Faisal terima. Kita sekeluarga semua kecewa, sedih..ayah lagi lah. Walau nampak dia tenang dan hanya diam, dalam hatinya mama tahu dia turut menangis. Zita itu kan pilihan ayah untuk Faisal sejak dia lahir lagi."

Hati Faisal makin sayu. Zita, Faisal tak mampu terima semua ini...

* * * * * * *

Beg Frieskies sudah dicapai dari rak lalu diletakkan didalam troli. Langkah terus dihala kehadapan sambil tangannya menolak troli. Matanya menoleh pada rak disebelah sambil tangan terus menolak troli.

"ouch!.." kepala Zita pantas menoleh kehadapan. Tangan sudah ditekap ke mulut. Kelihatan sesusuk tubuh sedang membongkok sambil menggosok kakinya.

"minta maaf encik, saya tak senga..." Mata Zita sudah membulat saat tubuh yang tadinya membongkok sudah tegak memandangnya.

"Har?"

Azhar sudah ketawa sambil menggelengkan kepala.

"Ya Allah Har, sorry ye...Zita betul tak sengaja. Memang salah Zita ni. Mata tempat lain, tangan dan kaki tempat lain. Kalau orang lain tadi free free jer Zita kena maki."

Azhar sudah mengangkat kedua-dua belah tangan isyarat dia tiada apa-apa maka Zita tidak perlu risaukannya. Kepala Azhar menjenguk kedalam troli Zita. Dahinya dikerutkan. Frieskies yang berada didalam troli dicapai.

"cats?"

Zita sudah mengerutkan dahi. Apa yang peliknya dengan kucing. Bukannya harimau!

Seakan memahami, Azhar tersenyum lalu meletakkan kembali beg Frieskies tersebut ke dalam troli Zita.

"mana you ambik Frieskies ni?"

"kenapa?" tapi tangan Zita pula tanpa diarah pantas sahaja menunjukkan arah rak dibelakang. Langkah panjang Azhar pantas ke arah tempat yang ditunjukkan Zita. Zita hanya memerhatikan Azhar mengambil satu beg Frieskies lalu kembali kepada Zita. Dimasukkan Frieskies tadi didalam troli Zita. Kerutan di dahi Zita makin bertambah. Apa pulak Azhar ni!

"you nak beli apa-apa lagi ke?" Kepala Zita pantas berpusing ke kiri dan kanan. Azhar sudah tersenyum.

"ok, jom bayar." Azhar sudah membantu menolak troli Zita.

"eh, nanti nanti...ni.." jari Zita pantas menunjuk ke arah beg Frieskies didalam trolinya."siapa punya?" Azhar sudah tersenyum."i punya la sayang."

Kedua-duanya sudah ketawa saat menghampiri kereta Zita.

"you dengan my Sara banyak persamaan la Zita..."

"yelah tu..." Zita sudah memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam boot kereta sambil dibantu Azhar.

"rambut panjang, suka makan roti canai, suka ketawa, suka kucing...and.."Azhar sudah menegakkan tubuhnya bersandar pada kereta sambil memandang pada Zita yang sedang menutup boot kereta.

"and apa?" Zita sudah memandang pada Azhar. Mata mereka berdua sudah saling bertemu. Zita melarikan sedikit matanya ke arah lain. Azhar sudah tersenyum.

"sama-sama cantik. sama-sama i sayang."Azhar sudah mengenyitkan mata. Zita sudah menggelengkan kepala.

"bye Har. Balik dulu ye. Assalamualaikum." Tubuh tinggi itu sudah memasuki perut kereta. Azhar sudah mengangkat tangan kanannya.

sama-sama cantik...sama-sama i sayang. Zita sudah tersenyum. Camrynya sudah meluncur laju membelah lalu-lintas.

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 21

Bab 21

Mata Ku'a sudah menangkap pada sepasang tangan yang sedang melambai-lambai padanya. Pantas tangan kanannya diangkat membalas lambaian tersebut. Langkah diatur laju ke arah meja yang diduduki si gadis manis itu. Si gadis sudah berdiri, menghulur salam seraya mendakap Ku'a sambil mengucup kedua-dua belah pipi Ku'a. Tangan Ku'a ditarik perlahan untuk duduk disebelahnya. Suasana yang sangat bingit di medan selera di tingkat 3 Kompleks Mid Valley itu sudah menjadi rutin lebih-lebih lagi di waktu makan tengahari begini.

"kak Ku'a sihat?" Ku'a mengangguk kepala, tersenyum sambil menanyakan hal yang sama pada gadis dihadapan. "Zam pun sama akak..alhamdulillah. " Zamzamila Huda itulah nama si cantik manis dihadapannya ini. Zamzamila yang lebih senang disapa Zam adalah satu-satunya adik Zaid Huhanni.

"abang kirim salam kat akak...salam rindu seluas andaman setinggi awanan katanya."Ku'a tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. "ada-ada je Zaid tu...mulut tebu betul, kan?" Zamzamila sudah ketawa sambil mengangguk-anggukkan kepala. Minuman air kelapa muda yang sudah siap dipesan oleh Zamzamila disedut perlahan-lahan oleh Ku'a. Rojak buah yang turut sama dipesan Zamzamila disua ke mulut. Ku'a memberi isyarat mengajak Zamzamila untuk makan sama namun tangan gadis itu sudah digoyangkan pada Ku'a. Ku'a menjeling sedikit. Tangannya yang memegang garfu mencucuk sekeping potongan mangga muda lalu disuakan ke mulut Zamzamila. Saling ketawa kedua-duanya.

Zamzamila mula melanjutkan permintaannya berhubung keinginannya untuk memaparkan kisah penglibatan Ku'a didalam bidang pendidikan pra-sekolah serta pengalamannya sebagai seorang pengusaha dan pengetua Tadika didalam majalah ANAK DAN ANDA dimana Zamzamila adalah penolong pengarangnya.

"seganlah akak Zam. Bukan ada apa-apa yang istimewapun. Tadika biasa je." Zamzamila sudah tersenyum. "apa yang akak nak segankan. Ni benda baik la akak." Buku nota kecil dikeluarkan dari beg sandang. Zamzamila mengenyitkan mata pada Ku'a. Jemari halus runcingnya sudah mula menari.

"lagipun, kalau tak istimewa takkan Tadika An-Nuur akak tiga kali dianugerahkan tadika contoh dari segi susunan kurikulum pembelajaran dan gerakan aktivitinya. Modul pembelajaran yang akak bangunkan tu ternyata sangat berkesan hingga anak-anak seawal usia 3 tahun sudah boleh membaca juga menulis. Majalah kami mahu memaparkan cerita-cerita wanita hebat seperti akak ni dan akak diharap dapat berkongsi ilmu pada semua pembaca diluar sana khusus para ibu bapa. Boleh ye kak Ku'a?" Tangan Zamzamila sudah kemas menggenggam tangan Ku'a. Ku'a memandang tangannya yang digenggam gadis dihadapannya itu. Nafas dihela perlahan. Senyuman kecil diukir dibibir mungilnya.

"akak ni perempuan biasa je Zam. Mana ada hebat. Malu lah dengar ayat Zam tu, nampak macam akak ni,wah so great! issy takder la sampai macam tu...akak ni pengusaha kecil je."

"kecil apa...murid-murid kecil akak tu 300 orang tau. Itu dah dikira satu kejayaan. Akak pun dah tambah kelas dengan beli bangunan disebelah kan? " Ku'a memandang pada Zamzamila yang laju mencatat di atas buku nota dihadapannya. "Kami pun berharap dengan paparan ini nanti akan menjadi satu medan untuk memasarkan tadika akak agar lebih dikenali dan menjadi pilihan ibu bapa yang mementingkan kualiti pembelajaran yang terbaik disamping mahukan keselamatan anak-anak mereka sangat terjamin bila berada di tadika. Zam kira langkah akak menggaji pengawal keselamatan di tadika satu langkah yang sangat bijak. Ibu bapa pasti akan lebih merasakan keselamatan anak-anak mereka amat diutamakan oleh pihak tadika. Zam kira mereka tidak akan merasa ralat membayar yuran yang sedikit mahal asal saja anak-anak mereka terjamin selamat. Nyawa anak tidak ternilai akak."

Ku'a menundukkan wajah sedikit. Senyuman masih tidak lekang dibibir. Ya, tiada nilai untuk nyawa seorang anak. Anak itu amanah dari-Nya. Maka jangan sekali-kali diperjudikan nasib dan masa depan mereka. Yang terbaik..hanya terbaik untuk mereka. Justeru itu jugalah Ku'a bertekad mahu yang terbaik untuk tiap murid di tadikanya. Dia tidak kisah berbelanja sedikit menggaji seorang pengawal keselamatan di tadikanya. Ku'a mahu rasa selamat itu dirasakan bukan sahaja ibu-bapa yang menghantar anak-anak di situ, malahan anak-anak yang belajar juga akan rasa selamat dari gangguan orang yang tidak dikenali. Para pengajar juga akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan memberikan tumpuan pada kelas.

"akak mahu yang terbaik untuk tiap murid-murid di Tadika An-Nuur akak. Mahu ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka di An-Nuur ini rasa berbaloi dengan tiap sen yang mereka keluarkan untuk kos anak mereka di situ. Kita kena ikhlas Zam. Kena jujur. Jangan melampau, nanti rezeki tak berkat. Kadar yang kami kenakan berpatutan dengan apa yang kami berikan pada tiap murid di situ. Akak ni hanya menyambung amanah arwah umi akak Zam. Akak mahu umi bangga dengan usaha yang akak buat." Ku'a meraup wajahnya perlahan. Menyebut nama arwah umi pasti akan membuatkan hatinya sedikit sayu. Umi tidak sempat melihat kejayaan tadika yang dibangunkannya. Zamila hanya memerhati gerak-geri wanita dihadapannya itu. Dia tahu pasti Ku'a teringatkan uminya tatkala menyebut nama itu. "Kalau nak dikira Zam, akak ni masih hijau lagi dalam bidang ni. Masih ramai lagi pengusaha-pengusaha senior di luar sana yang sudah lama terlibat dalam bidang pendidikan taska dan pra-sekolah ni."

"akak ni merendah diri sangat la. Akak tahu tak akak ini istimewa...sangat istimewa." Ku'a sudah tersenyum lebar. Sangat istimewa?.

"Macam kerlipan kejora dilangit. Abang selalu cakap macam tu." Ketawa Ku'a sudah tercetus.

Langkah mereka sudah diatur keluar menuju ke stesen teksi dihadapan kompleks berkenaan.

"macam berjanji lak kita berdua tak drive ye." Ku'a menganggukkan kepala.

"lunch time macam ni mana boleh dapat parking senang-senang kat sini Zam, namapun Mid Valley. Mahu sejam berpusing nak cari satu parking lot. Buang masa je. Berpeluh ketiak." Pecah ketawa mereka berdua.

"betul. Tu sebab Zam ambik teksi je kak, senang. Tak payah pening-pening kepala fikir pasal nak parkir kereta."

"so, esok Zam datang dengan cameraman ke tadika akak ye...akak pakai cantik-cantik tau. Kami nak buat gambar akak cover untuk edisi bulan depan. Mesti cun giler la. Habis la abang Zaid...nanti akan ada ramai orang yang jatuh hati pada pengetua tadika yang cantik manis ni. Berduyun-duyun la orang nak hantar anak-anak dia ke An-Nuur akak. Sambil hantar anak boleh tengok pengetua dia yang cantik, kan?" Ku'a sudah menampar bahu Zamila yang sudah ketawa terkekeh-kekeh.

"ok kak Ku'a. Terima kasih untuk masa dan kesudian akak jumpa Zam. Zam rasa inilah bahan cerita yang kan jadi fokus majalah kami bulan depan. Mesti akan dapat feedback yang baik ni dari pembaca khususnya para ibu-bapa." Ku'a sudah menganggukkan kepala.

"akak pun harap begitu. Isyaallah." Mereka saling berjabat tangan dan berpelukan.

Ku'a sudah melangkah ke teksi dibelakang. Terdengar namanya dilaungkan. Ku'a menoleh ke belakang. Zamila sudah berdiri di pintu teksi yang sudah terbuka.

"tak nak kirim salam pada pencinta akak ke?" Dahi Ku'a sudah berkerut. Pencinta?

"abang Zaid la..." Zamzamila sudah ketawa sambil melambaikan tangannya sebelum tubuhnya memasuki perut teksi.

Ku'a sudah membulatkan mata. Zam ni, issy...

senyuman kecil terbit dibibirnya tiba-tiba. Zaid...


Friday, March 19, 2010

Rindu Semalam - Bab 41

Bab 41

Dan harinya kian tiba!

Debaran di hati ini makin menggoncang jiwa. Begini rupa rasa itu. Rasa yang dilalui oleh tiap jiwa hawa yang bakal melabuhkan status gadis yang sekian lama bersemanyam disinggahsana. Mengira dan menanti detik status diri dinaiktaraf menjadi suri...ya suri kepada sebuah kehidupan baru, suri kepada seorang lelaki yang bakal digelar suami.

Sehari sebelum pulang ke kampung, Taufik sempat menunjukkan pada Duhaila cincin yang bakal tersarung dijarinya nanti selepas majlis akadnikah. Ya, itu cincin pilihan mereka bersama. Dia memilih untuk Taufik dan Taufik pula memilih untuk dirinya.

"cantikkan sayang?" Dan dia cuma tersenyum mengiakan. Rasa bahagia itu sudah acap kali benar menguis-nguis dinding hatinya.

Dedaun dari pohon rambutan dihalaman yang baru berbunga melambai ditiup angin. Duhaila yang santai berkain batik dan berkemeja T- tenang menikmati tiupan angin petang sambil duduk di tangga kayu di anjung rumah sambil tangan kanan menongkat dagu.

Siang tadi Duhaila sudah selamat tiba di kampung. Dia dihantar Taufik yang kemudian pulang semula Kuala Lumpur. Rombongan Taufik dan keluarga serta sanak saudara akan sampai ke Bentong sehari sebelum majlis akadnikah mereka yang dijadualkan dilaksanakan di rumah peninggalan arwah abah. Ya rumah warisan ini nantilah tempat dia bakal diijabkabulkan bersama insan yang amat dikasihinya itu. Duhaila mendongak memandang bumbung rumah. Sudah berganti atap nampaknya. Duhaila menguntum senyum. Kala diberitahu ibu bahawasanya atap yang lama itu masih baik dan kukuh, ibu tetap mahu menggantikannya. Takut benar nanti ditertawakan oleh orang sebelah. Ibu, ibu..

"alahai bakal pengantin jangan duduk atas anak tangga sayang ooi...nanti tak jadi kawin pulak."

Kepala yang mendongak ke atas atap tadinya pantas ditundukkan semula mencari gerangan suara yang menegurnya. Matanya sudah dibulatkan sambil senyuman sudah melebar di bibir. Duhaila bingkas bangun. Membetulkan ikatan kain sebelum menyarung selipar Jepun dihalaman lalu pantas melangkah mendapat empunya suara yang sudah berdiri tegap disebelah Toyota Vios hitam. Tubuh mereka sudah saling berdakapan. Erat.

"aku hampir-hampir nak suruh Fik hantar notis saman kat kau pasal mungkir janji. Tengok ni, kau dah lewat berapa jam?" jam dipergelangan tangan disua ke muka Ziha. Cebikan di bibir Ziha yang lucu mencetuskan tawa Duhaila.

"mengadalah kau. Ni, aku dah sampai dah bagus tau, banyak hal pulak. Karang aku patah balik KL, ha baru kau mencakar tanah." Duhaila sudah menjeling pada Ziha. "berani kau patah balik, aku gantung kau kat atap tu tau." Ziha sudah membeliakkan mata. Mak datuk, ganasnya!

"Demi kau aku sanggup tinggalkan buah hatiku nan terchenta nun jauh di Putrajaya sana tau Diha...semuanya demi kau satu-satunya sahabat akrabku yang paling aku sayangi." Tangan kanan Ziha sudah diluruskan menunjuk ke arah jalan utama.

"sedap puisi kau ni..tapi yang hujung tu aku rasa macam nak muntah la Ziha."

"menyampah. Sudahlah kau. Benci tau. Tak romantik langsung. Kesian Taufik dapat perempuan keras kejung macam kau."

"hey, samada aku ni romantik atau tidak...keras kejung atau lembut bak kapas biar je Taufik yang nilaikan tau." Duhaila sudah mengedip-ngedipkan matanya pada Ziha. Percubaan mahu menyakat temannya itu.

"eei, geli. Gatal jugak kau ni sejak sejak nak kawin ni ek Duha. Issy, sungguh tidak sabar rupanya kawanku ni rupanya."

"hey, mulut...jaga ye, aku sumbat kang dengan ci..." Ziha sudah pantas melarikan diri kebelakang kereta. Membuka pintu tempat duduk belakang lalu mencapai beg pakaiannya.

Ziha sudah mengangkat begnya mendekati halaman rumah Duhaila. Tubuhnya yang masih kepenatan memandu sejak lewat pagi tadi dibawa duduk di atas tangga kayu tempat Duhaila duduk tadinya. Duhaila kembali melabuhkan duduknya disebelah Ziha. Saling berhimpit sedikit.

"tadi bukan ke aku dengar ada orang kata anak dara jangan duduk atas anak tangga nanti tak kawin..."

"ala itu kalau yang masih solo, kau dengan aku dah terkeluar dari senarai sebab dah ada tempahan..nenek kawan aku kata, nanti orang tak nak masuk meminang."

Duhaila menggosok-gosokkan dagunya sambil memandang Ziha. Dahinya dikerut-kerutkan. Sengaja.

"eh, tak percaya sudah. Jangan nak tenung-tenung aku macam aku ni perogol bersiri pulak." Bahu Ziha pantas ditolak Duhaila.

"La Ziha dah sampaipun ha." Ziha sudah pantas bangun sambil menghulurkan salam pada ibu Duhaila. Tangan tua itu dikucup. Bahunya diusap perlahan. Mesra dan penuh kelembutan. "issy, apa Duha tak bawak Ziha naik ke atas dulu ni...Ziha mesti penat kan, ada pulak bersantai duduk atas tangga." Duhaila sudah bingkas bangun sambil tersengih memandang wajah ibunya yang sudah menggeleng-gelengkan kepala. "Dah, pi bawak Ziha makan dulu Duha. Lauk tengahari tadi banyak lagi. Mak Lang, Mak Uda ngan Mak Teh ada kat dapur tu. Ibu nak ke rumah Mak Lijah sekejap, nak pinjam kukus. Nak kukus pulut."

Beg Ziha sudah diangkat Duhaila yang mula menaiki tangga ke serambi rumah. Langkah dibawa ke arah sebuah bilik sederhana kecil di sebelah bilik utama yang akan digunakan sebagai bilik pengantin. Tubuh kedua-dua mereka sudah tenggelam memasuki bilik tersebut. Beg Ziha sudah diletakkan disudut katil bersaiz queen yang kemas bersarungkan cadar berbunga kuning dan putih gading. Sedondon dengan langsir putih gading yang tersergam indah tergantung di pintu dan jendela.

"ni bilik kau. Kau pun dah pernah duduk bilik ni kan Ziha masa kau datang rumah aku dulu. Ibu aku la ni yang siap menghias bilik ni. kau tengok la." Duhaila sudah memegang langsir.

"Yelah, nak harapkan anak dara dia ni..hampeh. Sibuk memanjang. Ni empat hari lagi nak kawin baru balik. " Bantal kecil dihujung katil pantas dicapai Duhaila lantas dilontar pada Ziha. Terdengar jeritan kecil dari rongga suara Ziha.

"ibu aku faham keje anak dia ni la..kau tu jer yang dengki aku kawin dulu dari kau."

"dengki?, eeei, please la! tak kuasa la aku..Taufik tu bukannya hensem sangat pun. Hensem lagi abang syed ku itu." Duhaila sudah terbatuk-batuk. Dadanya digosok-gosok perlahan.

"Gelinya tekak aku ni. Dah la jom gi dapur. Karang kau pengsan tak makan aku pulak kena saman dengan siapa tu..ha abang syed, alahai susah pulak abang Taufik aku nanti bakal isteri dia kena saman."

"blahla kau.."

Mata kedua-dua ralit memandang batang-batang bunga telur yang indah berwarna putih. Tangan Mak Uda pantas menyusun dan membahagikan bunga-bunga tersebut untuk dicacakkan pada pahar di kiri dan kanan pelamin nanti. Esok pagi mereka akan mula merebus telur-telur bagi bahagian pelamin. Bahagian untuk diberi pada tetamu akan direbus sehari sebelum jamuan nanti.

Mulut Ziha yang sedang enak mengunyah nasi berlaukkan sambil tumis ikan bilis berserta labu kuning yang dimasak lemak putih berserta daun kunyit. Matanya masih terpaku pada batang-batang bunga telur berwarna putih dihadapan.

"kenapa kau pilih warna putih? warna lain tak cantik ke?" Duhaila yang duduk bersimpuh dihadapan Ziha tersenyum.

"Taufik yang mahu tema warna putih. Cantik juga kan. Kata dia nampak suci. Macam aku."

Ziha sudah mencebik. Duhaila sudah ketawa.

* * * * * * *

"Thanks Mal sebab sudi jadi best man aku." Kedua-duanya sudah melabuhkan duduk diatas sofa di ruang tamu rumah Akhmal.

"hey, kau kan kawan baik aku. Satu penghormatan buat aku. Aku sangat berbesar hati kau tau." Senyuman saling bertukar antara kedua-dua lelaki itu.

"so, semua dah siap?" Anggukan perlahan dari Taufik dibalas tepukan perlahan di belakang badannya oleh Akhmal. Dia tahu kepenatan Taufik. Dengan komiten di hospital ditambah dengan perlu menguruskan perihal majlis perkahwinannnya ini pastinya menuntut masa yang banyak dari Taufik. Namun jauh disudut hati Akhmal tahu Taufik sangat gembira dan bahagia.

Taufik sudah menggosok-gosok lehernya. Letih sungguh rasanya minggu ini. Berkejaran dia kesana-kemari. Tidak cukup tangan rasanya. Baik dia mahupun Duhaila sama saling sibuk menguruskan itu dan ini. Ditambah dengan kesibukan kerja, begitu membataskan masa mereka berdua didalam menguruskan hal berkaitan majlis perkahwinan mereka ini namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kelmarin dia sudah selamat menghantar bakal isterinya itu ke kampung halamannya. Di sana nanti mereka bakal disatukan. Dia hanya mampu memohon agar segalanya berjalan lancar dan niat murni dia dan Duhaila direstui oleh-Nya. Ajal, maut, jodoh pertemuan ditangan-Nya, sebagai hamba yang kerdil dia hanya mampu meminta dan berdoa.

"aku tumpang gembira untuk kau dan Duha Fik. Semoga perkahwinan korang berdua berkekalan hingga ke syurga. Jaga dia baik-baik. Dia gadis yang sangat baik. Terlalu baik. Kau sangat bertuah dapat dia. Jangan sia-siakan dia Fik. Ingat tu, kalau tak..."

Taufik sudah mengangkat kening. Matanya mencerlung memandang wajah Akhmal disebelah.

"kalau tak apa?"

Akhmal sudah tersenyum.

"aku tahu apa dalam kepala kau tu bro...hey, over my dead body!"

Ketawa Akhmal sudah terburai.

Tuesday, March 16, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 2

Bab 2

"I want it all in 15 minutes Mariana!"

15 minit? Gila ke...

Mariana melangkah keluar. Kepala digelengkan. Nafas dihela perlahan. Tangannya yang memegang fail dibawa ke dada..kejap memeluk fail hitam tersebut. Tubuh sederhana gempal itu melabuhkan tubuhnya di kerusi biru yang berkaki roda bucu lima. Matanya dihala ke bilik hadapan yang sudah rapat ditutup dari dalam. Fail yang tadinya kejap dalam pelukan sudah diletakkan di atas meja. Asal kau gaduh dengan awek kau, aku yang kena tempias...

"mengamuk lagi Ana?"

"hmmm...biasalah Nan."

"angin dari mana lak bertiup pagi ni pakcik tu..."

"monsun barat daya aku rasa...monsun perang muda."

Pecah ketawa Hannan dihadapan. Mariana turut tersenyum.

"kau ni memang sabar la Ana. Kalau aku, ntahlah...mahu cium kasut aku rasa mamat tu."

"yelah kau tu, kunun berani. Ntah kau yang cium pintu nanti."

Terdengar pintu dibuka serta merta. Derapan langkah sepatu laju mengarah ke meja Mariana. Hannan sudah pantas menarik dokumen di dalam kotak "in-tray". Jarinya pantas menanda sesuatu pada permukaan dokumen dihadapan. Ekor mata sempat menjeling susuk tubuh tegap itu yang sedang berdiri di depan meja Mariana. Nasiblah kau Ana!..

"this too....i've reviewed it. Do the amendment asap."Mariana dilihat Hannan menganggukkan kepala. Langkah sepasang sepatu itu sudah kembali kedalam bilik dihadapan. Pintu kembali ditutup. Keras sekali bunyi.

isy, ganas betul mamat ni...malanglah siapa jadi makwe dia.

Tangan Mariana pantas menarik papan kekunci komputer jenama DELL dihadapan. Dia yang tadinya longai di kerusi kini kembali tegak mengadap kotak empat segi berbingkai hitam dihadapan. Fail hitam dibuka. Dokumen didalam dikeluarkan lalu diletakkan ditepi kiri komputer. Matanya melihat tanda-tanda merah yang sudah bersimpang siur diatas dokumen itu dan serentak juga matanya memandang pada skrin di komputer. Jemari sudah pantas menari. 15 minit Ana, cepat!

"ana..."

"hmmm..."

"wei..."

"cakap jelah...aku dengar. Aku kan tengah siapkan keje pakcik tu..."

Hannan tersenyum memandang Mariana dihadapan yang sedikitpun tidak menoleh padanya. Hanya kedengaran bunyi jemarinya menari diatas papan kekunci. Sesekali matanya menoleh ke kiri melihat pada dokumen disebelah. Hainan memandang pada pintu bilik dihadapan yang rapat tertutup.

"ana, aku rasa kan aku tau sebab apa angin monsun bertiup kencang pagi ni."

Mariana memandang sekilas pada Hannan yang sudah mengedipkan matanya sambil tersengih.

"yelah kau tu Nan."

"dia mesti gaduh dengan makwe omputih dia yang baru tu la Ana yang kita nampak hari tu...100 peratus pasti!"

"ha, mula la tu teori kau..."

"eh, betul ni ana...tu kan lastest collection dia. Mesti sebab si rambut perang yang tak berapa nak lawa yang kita nampak tu...iras-iras Jennifer Lopis tu la.."

Mariana menggelengkan kepala. Hannan dipandang sekilas.

"macamlah dah pupus perempuan melayu kat dunia ni yang pakcik tu asyik mengejar bangsa penjajah..meluat aku. Perempuan melayu melambak yang lawa-lawa la. Pakcik kau tu je yang berlagak. Kunun tak kelas bergirlfrenkan orang melayu..podaaah!"

"citarasa orang Nan."

"blahlah...muntah aku."

Hannan sudah bangun membawa cawan ke pantri. Saat ditanya samaada Mariana mahu dia membancuh air minuman untuknya, Mariana hanya menggeleng. Matanya masih tekun menyemak dokumen yang sudah siap dicetak. Tiap helaian mukasurat diteliti. Baris demi baris. Tidak mahu ada kesilapan. Mariana sangat maklum dengan perangai ketuanya itu. I hate mistakes Mariana! kunun..

"Mariana..."

"Mariana..."

Kepala yang tunduk hampir mencecah permukaan meja itu pantas ditegakkan. Matanya sudah tersenyum. Bibirnya sudah melebarkan senyumanan juga. Pantas rambutnya dirapikan. Begitu juga baju kurungnya yang sudah sedikit berkedut.

"Puan Sri, maaf saya tak berapa nak dengar tadi." Mariana sudah berdiri sambil menundukkan kepala sedikit.

Wanita separuh abad namun masih kekal cantik itu hanya tersenyum manis memandang wajah Mariana. Mata Mariana pantas menjelajahi sepersalinan baju kurung sutera rona putih hijau berserta tudung berwarna hijau yang dipadankan oleh wanita anggun dihadapannya saat ini. Penampilan yang begitu menyerlahkan keperibadiannya dirinya sebagai pengerusi syarikat.

"tak apa Mariana. Saya faham awak sibuk tu. Tenung sampai nak tembus kertas tu kan." Ketawa kecil tercetus dari bibirnya yang merah delima. Mariana turut tersenyum.

"Puan Sri nak jumpa Encik Jeffrey ke?" kepala digelengkan.

"saya nak jumpa Mariana sebenarnya. Boleh luangkan masa sedikit untuk saya?" Mariana menganggukkan kepala.

"saya hantar dokumen ni dahulu ke bilik En Jeffrey. Boleh Puan Sri?" Senyuman manis dilemparkan pada Mariana sambil kepala dianggukkan sedikit.

"Puan Sri duduk dulu di sini ye. 1 minit ok."

Mariana pantas mengatur langkah ke mejanya semula. Puan Sri Aimal dilihat sedang duduk sambil membaca sesuatu. Alamak, novel aku..mampus nanti dia ingat aku curi tulang baca novel masa kerja...habis!..mati katak kau Ana!

"erk Puan Sri..."

Puan Sri Aimal sudah menggamit Mariana untuk duduk disebelahnya.

"Mariana suka baca novel ye?"

"erk...y..ye Puan Sri. Tapi..tapi saya tak baca kat office Puan Sri. Tu si Hannan nak tengok tadi." Ampunkan aku Hannan, aku babitkan kau untuk selamatkan diri aku yang sudah terpijak jerangkap samar. Puan Sr Aimal hanya menepuk bahu Mariana sambil ketawa.

"apa salahnya baca novel kat office...kalau dah takder keje tu takpe Mariana. Dari awak merayau ke sana ke mari atau buat sesi anyam ketupat yang tak akan masak sampai bila-bila tu, kan."

Mariana sudah mempamerkan sengihan. Ambik kau Mariana!,eh aku mana ada anyam ketupat la..Hannan je..ouchh Hainan lagi..sorry Nan!...

"Begini, saya nak minta tolong dari Mariana." Mariana sudah memandang wajah cantik Puan Sri Aimal tidak berkelip. Cantik la dia ni. Agak-agaknya aku kalau dah tua macam umur dia ni boleh maintain cun ka macam ni?..hoi, sudah sudah tu berangan Mariana, dengar tu apa dia nak cakap..aku dengarlah ni!

"erk, tolong apa Puan Sri?"

"boleh tak Mariana carikan saya seseorang yang boleh dipercayai yang boleh buat kerja mengemas, membersih, mencuci, kalau boleh masak lagi bagus...seminggu sekali sahaja. Tak lama dalam 1/2 hari sahaja. Saya bagi upah RM250." Wah, ok tu 1/2 hari RM250. Seminggu sekali ja. Aku pun nak! Tapi untuk siapa ni, rumah dia dah ada mak wan. Takkan rumah madu dia kut, ouch mulut! maaf Puan Sri....

"saya pun boleh Puan Sri senang ja keje-keja tu,hehehe...tapi untuk siapa ni Puan Sri?"

Puan Sri Aimal sudah tersenyum.

"kalau Mariana nak lagi senang hati saya. Saya kenal Mariana. Untuk orang dalam bilik tu la. Anak bujang saya tu berkeras nak pindah duduk sendiri. Saya risau kalau tak siapa uruskan rumah dia nanti. Depan mata saya, saya nampak. Kalau dah jauh..lain Mariana." Ha? mamat kat dalam tu...kirim salam la, RM1000 pun aku tak hingin.

"Puan Sri tak tanya kat agensi pembantu rumah ke?"

"issy, tak naklah saya Mariana. Dengan macam-macam kes sekarang. Ngeri saya dengan pembantu asing ni. Saya nak orang kita. Budak melayu. Boleh ye Mariana, carikan untuk saya. Tolong ye Mariana. " Alahai lemahlah kepala lutut aku ni. Senyum Mariana, kesian dia, dapat pahala tolong orang kau tau.

"insyaallah Puan Sri. Nanti saya cuba tanya-tanyakan."

Tangan Mariana sudah digenggam erat oleh Puan Sri Aimal.

"terima kasih Mariana. Terima kasih banyak-banyak. psst, ni rahsia kita ye,jangan beritahu boss awak tu tau." kenyitan mata Puan Aimal yang lucu bersama senyuman kecilnya menerbitkankan ketawa spontan dari bibir Mariana. Pantas mulutnya ditutup.Jari telunjuk sudah diletakkan dibibir.

Langkah Puan Sri Aimal diiringi oleh senyuman Mariana.Ibu jari dan jari telunjuk sudah diletakkan pada mulutnya. Hmm, mana aku nak cari ni ye? pembantu rumah untuk singa jantan, makanya kena cari yang lebih garang dari itu. Apa ek yang lebih garang dari singa jantan? Beruang? issy ada pulak teddy bear. Singa jantan, lawannya singa betina la. Issy, tak bolehlah..api dengan api, panaslah...rentung karang aku gak yang ranap. Kena cari yang opposite la Mariana ooi. Mamat tu sah panas, maka aku kena cari orang yang kategori sejuk. Siapa yang sejuk ni ek yang aku kenal?, sejuk macam ais?..issy, ais panas dalam la...lagi bahaya!..air tasik, sejuk, tenang, nyaman..yes, yes sejuk macam air tasik..tapi siapa pulak air tasik ni?.

Thursday, March 11, 2010

Rindu Semalam - Bab 40


Bab 40

Hatinya sedang rawan saat ini. Hatinya sedang rusuh saat ini. Hatinya sedang sedih saat ini...hatinya sedang sangat keliru sangat ini. Hatinya...sedang ada bermacam-macam rasa saat ini. Rasa yang sedang menggoncang kuat tangkai jiwanya.

Kenapalah ditimpa dugaan begini, disaat-saat wajah bahagia yang sekian lama didamba makin menanti dipintu...di ketika langkahnya sudah jauh meninggalkan hamparan lara...di Ya, dia tahu tidak baik mengeluh dengan tiap musibah yang menimpa. Ya, dia juga tahu dia cuma manusia kerdil yang setiap masa pasti tidak terlepas dari ujian-Nya..tapi dirinya sungguh tidak kuat dan termampu untuk menelan dugaan yang ini. Dia sudah seakan mahu rebah. Tuhan, tolonglah bantu hambamu ini...sungguh tidak kuat rasanya untuk menahan diri untuk menerima ujianmu ini.

Kedua-dua belah tangan diraup ke wajah. Lama kedua-dua belah tapak tangannya itu dibiar singgah diwajah. Lalu kemudian diraup pula ke kepala dan mencecah rambutnya yang panjang mengurai. Tubuh kurus tinggi yang tadi tersandar di balkoni kini dibawa menghala ke ruang tamu. Langkah kaki terhenti di cermin empat segi bujur yang setentang dengan ruang tamu. Seraut wajahnya di cermin itu direnung. Kedua-dua belah tangan ditekan ke permukaan meja. Kepala ditundukkan memandang permukaan meja sambil nafas ditarik perlahan. Dihembus perlahan.

"makcik tahu makcik tak sepatutnya buat permintaan ini dari Duha...tapi tolonglah, tolonglah pertimbangkan..."

"makcik....sa.."

"Duha, makcik tahu perbuatan makcik ni memang tak patut dalam keadaan sekarang...tapi makcik lakukan bukan demi kepentingan diri makcik, tapi demi Ben...dialah satu-satunya waris keluarga makcik. Makcik tak sanggup tengok keadaannya sekarang. Dia dah lain sekarang sejak tahu Duha nak kawin. Dia jadi pendiam sekarang. Dia suka berkurung dalam bilik. Ben terlalu sayangkan Duha...tolonglah nak. Kasihanlah pada Ben..."

"makcik, saya min..."

"Duha, makcik mohon sangat ...tolonglah kasihani cucu makcik...satu-satunya cucu makcik. Kalau Duha nak apa sahajapun makcik akan dapatkannya...asalkan Duha sanggup batalkan pernikahan Duha dan Taufik, cakap la apa sahaja makcik akan penuhi permintaan Duha."

"Ya Allah makcik....tolonglah jangan minta macam ni pada saya. Sa..saya..."

"Tolonglah Duha....."

Tangisan dan suara pilu wanita itu bagai terngiang-ngiang ditelinganya saat ini. Rintihan itu merentap tangkai hati Duha. Duha sudah terduduk di sisi meja. Kedua-dua belah tangan sudah memaut kepala lutut. Erat pelukannya. Kepalanya sudah dibenamkan sama. Bahunya sudah terhinjut-hinjut menahan tangis. Terburai juga esak tangis yang memenuhi ruang tamu.

* * * * * * *

"Fik, aku betul-betul minta maaf bagi pihak mak aku...a..aku."

Taufik sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil memaut bahu Akhmal.

"Aku tak salahkan makcik Mal...aku faham niat dia." Taufik melontar pandangan pada wajah yang penuh rasa bersalah Akhmal. Sungguh...tiada sekelumit rasa marahpun yang singgah dihatinya pada Akhmal. Tiada sebab untuknya berbuat demikian.

"apa-apapun mak aku memang bersalah dalam hal ni Fik. Bersalah pada kau...lebih-lebih lagi pada Duha. Ya Allah tak tahu mana aku nak letak muka aku ni kalau berdepan dengan Duha Fik!"

"sudahlah...janganlah kau beratkan sangat kepala kau tu. Baik aku dan aku amat pasti Duha pun tak sesekali marahkan kau mahupun makcik dalam hal ni."

"tapi aku malu Fik...malu dengan Duha. Kesian dia..."

Taufik menganggukkan kepala. Tidak tahu bagaimana keadaan Duhaila sekarang. Belum lagi dihubungi, malah Duhaila juga tidak menghubunginya memaklumkan perihal pertemuannya dengan ibu Akhmal itu. Taufik tahu sikap Duhaila yang satu itu. Sukar sekali berkongsi dukanya dengan oranglain. Segalanya disimpan kejap dihatinya.

Dua cawan berisi coklat panas yang baru dihantar pelayan sebentar tadi direnung. Tangan Taufik mencapai lalu menyorongkan salah satu cawan tersebut ke hadapan Akhmal.

"aku pernah baca, kajian kata koko boleh memenangkan fikiran. Minum Mal." Mata kedua-duanya saling bertatapan. Taufik sudah menganggukkan kepala sambil tersenyum kecil. Cawan berisi koko panas yang sudah berada didepan mata dipandang Akhmal. Jari-jemari Akhmal bermain-main dipermukaan cawan. Taufik memerhatikan sahaja tingkah-laku teman dihadapannya itu.

"kasih sayang seorang nenek pada cucunya memang mengatasi kasih sayang dia pada anaknya sendiri. Seorang nenek tu Mal sanggup lakukan apa sahaja untuk cucu dia hatta bergadai nyawa sekalipun. Demi kebahagiaan Ben, mak kau sanggup berdepan, merayu dengan Duha. Kau kena faham niat murni mak kau Mal. Dia tak ada maksud nak aniaya aku ataupun Duha."

"habis, kau setuju dengan niat mak aku tu?...kau gila ke apa ni Fik?..kau ingat Duha tu apa ha?"

Air koko yang baru mencecah dikerongkong terasa bagai disentap dengan amarah Akhmal yang tiba-tiba menyerang. Cawan diletakkan pada piringnya perlahan-lahan. Taufik menggelengkan kepala sambil menoleh sekilas pada Akhmal yang sedang merenungnya. Tajam.

"aku tak cakap aku setuju dengan permintaan makcik tu....hey, apa ni...cubalah bertenang Mal. Kita ni nak selesaikan masalah bukan nak bertengkar. Janganlah kusutkan lagi keadaan."

Akhmal sudah menarik nafas panjang. Taufik menepuk-nepuk perlahan belakang badan temannya itu.

"sorry Fik...aku..."

"aku faham."

"maaf sekali lagi dari aku bagi pihak mak aku. Tolonglah sampaikan juga salam maaf aku pada Duha. Tolong Fik, cakap dengan Duha aku tak pernah minta mak aku jumpa dia untuk ini. Aku tak nak persahabatan aku dengan dia yang baru pulih akan keruh kembali. Aku taknak kehilangan dia sebagai kawan Fik."

"Mal...apa kau cakap ni. Aku kenal Duha. Kau pun kan. Aku tahu Duha tak akan anggap macam tu."

"maaf Fik." Saling berjabat tangan. Senyuman saling berbalas.

* * * * * * *

Deringan telefon bimbit menarik perhatiannya yang sedang leka menikmati suasana malam di balkoni rumah. langkah diatur perlahan ke meja di ruang tamu. Gajet yang masih setia berlagu itu dicapai. Nama yang tertera diskrin dipandang. Nafasnya dihela perlahan. Butang hijau ditekan.

"assalamualaikum..."

"waalaikumsalam sayang..."

Jeda. Hanya hembusan nafas Duhaila yang kedengaran.

"sayang, are you ok?...seem so silence this fews day. Anything you wanna share with me?"

"Duha ok Fik..penat je sikit. Banyak keje kat hospital lately. Fik ok?"

"hmm, tak ok..."

"tak ok? "

"yup..."

Dahi Duhaila sedikit berkerut. Taufik tak sihat ke?. Kenapa dia tidak tahu menahu. Ya tuhan teruknya diri ini sampai tidak ambil tahu langsung perihal tunang sendiri. Rencam masalah dalaman diri yang diasak perkara itu membuatkan dia terleka untuk mengetahui perkembangan Taufik.

"Fik, maaf Duha tak tahu Fik tak sihat... teruknya perangai Duha ni Fik. " Taufik sudah tersenyum. Jeratnya mengena.

"entahlah, tiba-tiba je tak sihat bila jumpa Akhmal lunch tadi. Dengar cerita dia tambah nak demam rasanya." Nama yang disebut membuatkan jantung Duhaila bagaikan mahu terhenti berdenyut.

"Ak..Akhmal cakap apa sampai Fik nak demam?"

Jeda.

"Fik?...Akmal cakap apa pada Fik?..."

"cerita orang lelaki sayang. " Nafas Duha semakin tidak tentu hala. Ya, tuhan apa yang sudah Akhmal beritahu Taufik. Cerita tentang itukah? Duhaila sudah tersandar pada balkoni. Perlahan-lahan tubuh kurusnya melurut ke bawah lau terduduk di tepi balkoni. Tangannya meraup rambut panjangnya kebelakang. Dengup jantung bagai dikejar sesuatu...

"sayang..are you ok?"

Jeda. Terdengar sayup-sayup esak tangis di hujung talian.

"sayang? are you crying?"

Jeda.

"sayang please talk to me..."

"Fik...Duha minta maaf. Duha tak patut rahsiakan hal ni dari Fik...Duha...makcik...Ben."

'syyyy...sayang, it's ok. Fik dah tahu semuanya. Akhmal dah cerita semua pad Fik. Duha tak salah apa-apa pun."

"Duha tak patut rahsiakan dari Fik...Duha tak tahu nak buat macammana...Duha keliru...fikiran Duha berkecamuk. Duha...."

"ok ok Fik faham. Fik tak salahkan sayang."

Jeda.

"Duha, dengar sini...bila Fik pilih Duha, maknanya Fik nak kongsi segala susah dan senang bersama. Fik nak jadi sebahagian dari hidup Duha. Lepas ni, kalau apa-apa...jangan rahsiakan dari Fik. Fik sayang sangat pada Duha. You knew that very well right." Kepala diangguk seakan pasti Taufik dapat melihat perakuannya itu. Kura tangan pantas menyapu air hangat yang melimpah dari kolam mata.

"sayang..."

"hmmm..."

"dah ok?"

"ok..."

"Fik..."

"hmmm..."

"thanks..."

Jeda.

"sayang...i fetch you for dinner?"

"sekarang?"

"yes...but..."

"tapi apa Fik?"

"tapi mesti muka Duha sekarang tak cantik kan..." Duhaila sudah mengerutkan dahi sambil pantas berlari ke dalam ruang tamu menghala ke cermin besar yang tersergam di situ. Wajahnya diamati keseluruhannya. Ditoleh ke kiri dan kanan. Tak cantik? Dahi sudah berkerut. Comot ke?

"apa yang tak cantik?"

"yelah muka orang lepas menangis mana cantik sayang..hidung merah, mata merah, pipi merah...dah macam...macam..."

"macam apa?"

"macam teddy bear Alaska...hehehehe..."

"Fikkkkkkkkk!"

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...