Tuesday, August 27, 2013

13 Ros Merah - Bab 26


Bab 26
"KAU NAK MENGAKU KAT DIA?"
   Iqram angguk tenang. Tubuh bersarung kemeja biru langit berjalur putih yang tersandar di sofa menjala renung pada Firdaus di sofa setentang. "Aku rasa baik aku mengaku sekarang. Lagi lama aku delay benda ni...lagi lama aku pura-pura... lagi teruk nanti aku kena dengan dia. Si pipi merah tu jangan buat main, Fir. Garang boleh tahan dia tuh. Sebelum dia tukar tune jadi perempuan paling kejam di muka alam, baik aku rebut peluang ni. Tidak, memang aku nahas nanti." Iqram gelak kecil. Kepala laju ingat perbualannya dengan Damia semalam. Bibir tanpa sedar ukir senyum bila terbayangkan aksi Damia yang nampak sungguh comel kala mempamerkan rasa geram bercampur tak puas hati bila bercerita perihal panggilan "IFF". Habis isi cendol dalam mangkuk jadi sasaran aksi lepas geram Damia.
  Firdaus pasang senyum kala melihat reaksi tidak sedar Iqram yang terakam di mata. Hmmm, aku tau bro kau memang suka si pipi merah tu. Hebat betul budak farmasi ni. Iqram yang ligat dan kaki memilih perempuan boleh suka habis dengan dia. 
  "Sesekali kena nahas dengan perempuan ok gak, Iq. Lagi-lagi perempuan yang kita suka. mesti rela dan redha. Betul tak?" Iqram senyum sambil geleng kepala. Firdaus sambung senyum. "Well Damia Humaria, selamat mendera anak tunggal Tan Sri Fakruddin. Kalau awak tak ada lagi plan of action yang ada unsur fear factor, saya boleh tolong. Setakat patah patah tu ok lagi. Jangan mati anak orang sudahlah. Karang dengan saya saya sekali tersumbat ke dalam. Haa..tu baru betul bala." Pecah ketawa kedua-duanya.
  "Iq.."
   Iqram angkat kepala. Dua pasang mata berlaga.
   "kau ada bagi hint kat dia kalau kau mengaku dia nak buat apa?"
  Iqram tegakkan badan. Tangan capai mug black cofee didepan. " Aku cuma hint kat dia kata IFF tu maybe sungguh ikhlas sukakan dia. Cuma mungkin tak berani nak ngaku.
  "Then...dia cakap apa?"
   "Well..." Iqram hela nafas perlahan. "dia cakap kalau IFF tu reveal dialah yang hantar 13 ros merah tu sebab suka kat dia, D nak suruh IFF buat something."
   "Dia nak suruh kau buat something? Hmmm. Dah ada plan of action rupanya dia. Bagus. Damia Humaira, jom geng up kenakan boss saya ni. Syok kenakan boss ni tau tak.Lagi-lagi kalau suruh dia buat benda yang dia paling alegik." Iqram ketawa kecil. Firdaus ikut ketawa.
   "Betul si D nak suruh kau buat something kalau kau reveal pasal ni?"
   Iqram angguk lagi. Mug dibawa ke bibir. Perlahan dihirup.
   "Buat apa?"  Giliran Firdaus sambar mug didepan. Cuba menggali maklumat. 
   Iqram angkat bahu. Kepala menggeleng. "Aku kena reveal dulu laa pada dia." Cawan diletakkan semula ke atas meja. "Then baru aku tahu apa yang dia nak aku buat."
  "Kau rasa dia nak suruh kau buat apa, Iq."
   Iqram geleng kepala. "Aku tak boleh nak baca fikiran dia. D tu susah nak predict. Luar jangkaan. Lagilah kalau nanti ni dia tau akulah makhluk asing...orang bunian yang selama ni buat kacau dalam hidup dia dengan 13 ros merah yang aku hantar hari-hari. Akulah orang bunian yang hantar 13 ros merah tiap-tiap hari pada dia. Mahunya D tembak aku cukup-cukup dulu dengan segala macam perkataan yang ada dalam kamus kepala dia."
  Firdaus angguk kepala perlahan. Mata tenung Iqram.
  "Kau dah ready?"
  Iqram hela nafas.
  "Do i seem to have a choice?"
   Firdaus senyum. "Work very hard Iq kalau kau betul-betul nakkan dia. Tapi tengok cara kau ni aku tahu kau memang betul-betul serius dengan dia. Right?"
   Iqram angguk. " I've too. Mana boleh lepas girl macam ni, Fir. Rare species. Jarang jumpa."
   "Race species?" Firdaus gelak. "Dah macam flora and fauna pulak aku rasa."
   "Kau jumpa dan kenal dia nanti baru kau akan agree dengan statement aku ni, Fir."
    "Aku memang nak kenal sangat dengan D kau ni. Nak tau jugak kat manalah medan magnet dia yang sangat power tu sampai kau jadi angau kat dia sampai macam nih."
    "Angau punya pasal la ni aku sekarang nak kena tunggu apa yang dia nak aku buat."
   "Dia nak test kau jer nanti. Relax, Iq. Kau macam tak biasa handle perempuan. Kau kan cukup berpengalaman. Ex kau kan ramai. Macam-macam rupa. Macam-macam perangai. Ok jer kau handle."
   Iqram senyum sinis.
   "Kau nak rasa kena mandi dengan black coffee ker, Fir."
   Firdaus gelak. "Hey, aku cakap yang betul, Iq. Perempuan...sama jer semua. Handle with care. Nanti jadi kucing siam la si pipi merah kau tu. Tapi tak tau la pulak kalau yang ni akan bertukar jadi kucing versi lain. Kalau kucing yang tu aku memang tak mampu nak tolong. Kau bersedia jer la dengan segala ilmu pertahanan yang kau ada. Iq."
   "Doakan aku tak kena baham atau kena rebus hidup-hidup dengan dia."
   Firdaus ketawa. "Kau takkan kena baham atau rebus, Iq. Aku rasa si D cuma akan panggang kau hidup-hidup! Baru trill, bro!" Iqram capai kusyen kecil disisi lalu dilempar ke depan. Makin nyaring ketawa Firdaus.

POT NGANGA.LUAS. Tapak tangan tutup mulut. Sepasang mata milik Pot membulat macam kena sihir bulan penuh. Duduk yang setentang Damia tadinya dengan melunjur kaki kini dilipat menjadi sila. Apa yang baru keluar dari mulut Damia betul-betul memeranjatkan.
   "Mangkuk makhluk asing IFF yang giler weng hantar 13 ros merah kat lu hari-hari tu call? Sungguh nih, beb? Biar betul punyer cerita."
   "Ha'ah. "Damia jawap sepatah lalu sumbat lagi nasi ayam dalam mulut. Mata hala ke skrin empat segi didepan. Bruce Wills yang tengah bertarung dengan Maggie Q terus menjadi santapan mata. Entah berapa kali diulang tayang cerita Died Hard 4 ni pun Damia tak terkira namun dia tak pernah bosan. Wallaweh, dapat badan slim berlekuk macam Maggie Q ni sure gempak kan. Mulut terus mengunyah. Bunyi timun meletup-letup kecil dalam mulut kesan dipancung kunyahan gigi. Tangan Damia kaut nasi keliling pinggan yang dah tahap hujung-hujung nyawa. Mata ditunduk sekilas memandang pinggan. Apsal la nasi ni gua rasa macam sikit jer. Berapa kali jer gua suap dah licin licau. Pot ni kede tol. Lain kali belilah nasi gua satu setengah. Bukan dia tak tau gua kan kalau makan mesti tahap kenduri.
  "Dia cakap apa?" Suara Pot masih terus berlagu tanya. Teruja bila dengar cerita Damia pasal hal pengirim misteri 13 ros merah yang hari-hari hantar jambangan tu samada kat rumah diorang nih atau kat APAC. Yang pasti hari-hari Damia mesti dapat 13 kuntum ros merah gempak tu. Hmmm...IFF tu manusia laa rupanyer. Bukan bunian. Bukan makhluk asing. Issh, apa pasal la gua boleh terpedaya dengan teori luar peta si D ni dulu ek. Mata Pot masih tak berganjak merenung Damia yang duduk bersila didepan tv sambil menghabiskan sisa-sisa nasi ayam Hainan yang dia tapau di kedai seberang jalan kat office tadi sebelum balik.
  "Test power la mangkuk IFF tu. Buat buat tanya soklan yang sengaja nak mendidihkan darah gua yang sedia panas membahang." Damia sumbat suapan terakhir. Laju mengunyah. Selesai menelan Damia bawah ke lima-lima jari ke bibir. Dijilat satu-persatu bersama lafaz syukur. Pot hanya memerhati takzim. Tubuh kurus berbalut pijama berjalur kuning biru yang bersila dibawa bangun. Langkah panjang Damia laju dibawa ke sinki. Pot ikut bangkit. Mengekori Damia daripada belakang. Damia putar kepala paip. Tangan dihulur dibawah aliran air. Pot lompat tubuh ke atas para disebelah sinki. Sebelah lutut ditegakkan. Kepala dipanggung ke atas kepala lutut.
  "Beb...dia cakap apa dengan kau?"
  Damia dongak kepala ke siling sambil lepas nafas yang rasa tersekat dek soklan Pot. Tangan masih bermain-main dengan aliran air yang membasahi tapak tangan. Kepala ditundukkan kembali. Ditoleh ke sebelah. Pot yang menjual sengih tak sapa tak beli tu dipandang.
  " Lu tau beb..."
   "Haa apa..."
   "Issh...nanti laa. Gua belum habis cakap lu dah potong. Tu pasal periksa selalu tak score. Soalan tak habis baca lu dah angkat pen tenyeh jawapan." 
   Pot cebik bibir.
   "Mangkuk tu dah laa berani sebut nama penuh gua tak minta izin wali, lepas tu boleh gelak-gelak. Eei..hangin betul gua,beb. Kalau laa mangkuk tu depan mata gua semalam, memang gua lenyek-lenyek dia jadi lempeng."

  Pot gelak. "Cecah kelapa beb. Heaven woo." 
  "Gua sah-sah 3 keping. Lagi-lagi kalau dapat kelapa kukur."
  Pecah ketawa kedua-duanya. Damia bawa tubuh duduk disebelah Pot. Dua pasang kaki saling berbuai. Ke kiri dan kanan.
    Pot toleh pandang muka Damia. "Lagi dia cakap apa?"
   "Tanya aar gua dah dapat ker 13 benda merah tu. Gua suka tak?"
    "Habis lu jawap aper beb?"
    "Gua tembak aar dia. Apa lagi. Macam-macam. Tapi dia cool ja. Tak tahu la kut dalam hati dia pun bengang gua cakap dia Gorilla."
   "Lu panggil dia Gorilla, beb?!" Pot beliak biji mata. "Habis, dia tak marah lu, beb." Damia geleng. Bibir mencebik. " Gelak gelak lagi ada laa. Geram tol gua."  
  "Eh beb." Damia angkat kening.  Pot tayang lagi sengih tak laku jual." Dia tu... maksud gua IFF tu ada mengaku dia saper tak?"
  "Mengaku dia saper? Huh.." Damia lontar hembusan nafas. Tapak tangan kanan dikepal lalau di hentak-hentak ke atas permukaan tapak tangan kiri. "Gua geram pasal nih. Geram...geram. Geram sangat-sangat."
   Pot buntangkan bijik mata. " Dia mengaku ker. Lu kenal saper mangkuk tu? Saper beb? Saper?"
  "Issh, lu nih. " Damia lontar jelingan kecil. " Selalu tol potong aar. Dengar dulu. Gua belum pun habis cakap. Karang lu pulak gua lenyek jadi lempeng." 
   Pot tayang sengih lebar sambil angkat dua tapak tangan paras bahu. " Ok..ok. Sorry. Sila teruskan sesi bercerita."
  Damia lepas nafas dalam-dalam. Kepala kembali berputar kisah perbualan bersama IFF. " Nak sebut saper dia..jangan mimpi laa. Haram. Main tarik tarik tali lak dengan gua."
   "Maksud lu?"
   "Dia cakap dia someone. Secret admirer gua...stalker gua. Memang weng tahap gaban marron aar dia tuh." Gaban marron? Pot pecah ketawa dalam hati.  Kepala menggeleng.
    "Beb.."
    "Yup."
    "Lu rasa IFF tu akan muncul tak? Dan kalau dia muncul apa lu nak buat, beb? Lanyak? Kerat 25?"
    "Hotak lu kerat 25. Nak mampus."
      Pot humban gelak. "Ok ok. Gua buat lawak. So lu nak buat apa beb kalau IFF tu muncul? Kalau dia mengaku dia la IFF yang hantar 13 ros merah hari-hari kat lu."
    "Hmmm..." Damia ketuk jari ke dagu. "Si mata cokolat seksi tu pun ada tanya gua soklan yang sama."
    "Ha...boipren kelabu gua tu cakap apa?" Pot lontar sengih. Damia geleng kepala."Dia cakap gua nak buat apa kalau si IFF tu mengaku nanti. Mana tau mungkin dia ikhlas ke sukakan gua. Lepas dia cakap tu gua fikir apa si mata cokolat seksi cakap tu betul gak. Hmmm...gua dah fikirkan apa yang gua nak suruh dia buat kalau si IFF tu betul-betul sukakan gua. Harap benda-benda yang gua suruh dia buat ni akan hentikan niat dia pada gua tuh...hehehe. Tapi kalau dia dapat buat, gua akan fikirkan kedudukan dia."
    Damia nganga kecil. "Walla beb. Lu nak buat apa nih?"
     Damia angkat-angkat kening sambil tayang sengih. "Adalah. Ni rahsia gua."
     Pot cebik. 
   " Eh beb. Cuba lu tengok." Damia terjun ke lantai. Dipusingkan tubuh. Ke kiri dan kanan dengan dua tangan mencekak pinggang. " Gua ni ada cutting Maggie Q ker yang dia nak stalk gua. Mabuk bendi betul aar mangkuk tuh."
   Pot angkat kening. Sengih. "Eh...minat orang lain-lain beb. Maner tau dia minat yang figure ala-ala papan lapis perabot macam lu ni kan...hahaha." Pot tutup mulut sambil terus hempas gelak. Tubuh terhinggut-hinggut. Damia ketap bibir. "Kutuk gua tahap makam tertinggi tuh." Damia hentak penampar ke bahu Pot yang berbalut pijama kelabu. Makin galak Pot humban ketawa.

DAMIA TAK BERKELIP MATA pandang jambangan ros merah yang dihulurkan si mata cokolat seksi disebelah sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di perut Lexus. Tadi si mata cokolat seksi nih call dan beritahu nak hantar Damia balik sebab ada hal nak cakap. Hal apa pulak. Bila tanya taknak pulak cakap. Dia cakap karang dia beritahu dalam kereta. Dia ada masalah pra perkahwinan lagi ker. Issh...tak sudah sudah aar lu ni beb. Lu ingat gua ni kaunselor rumahtangga aper. Gua pun tak jumpa tangga gua lagi tau tak! 
   Tangan perlahan-lahan menyambut. Air liur ditelan. Ni apa kes pulak dia bagi gua bunga nih. Issh, apsal ramai benar kena sampuk dengan wabak ros merah nih. 
   "Ni..ni...bunga ni untuk aper? Awak ni betul ke tidak nih."
    Iqram senyum. Enjin dihidupkan. "Untuk awak." Stereng diputar keluar dari parkir didepan APAC. Lexus laju menderu memasuki jalan utama. Suasana jalan yang sungguh-sungguh bersahabat malam ni buat Lexus yang dikemudi Iqram lancar dan pantas sahaja pecutannya.
   Damia yang sedari tadi  masih terkejut telan liur lagi. Jari telunjuk hala ke dada. Ditekan. Biar betul nih. Bunga ni untuk gua. Untuk gua?!!!  Tak boleh jadi nih. Baik gua confirmkan balik. Tah-tah dia suruh gua jadi tukang pegang jer.  Saje nak kenakan gua ker.
 "Awak..."Damia seru spontan.
 "Hmmm..." Iqram sahut perlahan.
 "Bunga ni..un..untuk saya? Aw...awak bagi ni untuk saya?"
  "Hmmm.."
  Hmmm tu makna ya la kan. Issh. 
  "Eh..jap jap."Damia hela dan hembus nafas. Mata laju pandang ke sebelah. " Ni awak ok ke tidak nih. Awak ni jangan nak menakutkan saya." Mata masih tidak berkalih daripada memandang si mata cokolat seksi yang nampak cool jer memandu. Damia hala mata ke depan. Mata terkuak luas sedikit. Issh..apsal cepat sangat dah nak dekat sampai nih. Gua kena selesai isu bunga ros merah si mata cokolat seksi bagi khas kat gua nih. Dia ini ada agenda tersembunyi aper. Mata kembali dihala kesebelah lagi. 
   Iqram kerling sekilas. Dia nampak tadi si pipi merah disebelahnya ni merenungnya tidak berkelip. Dan si pipi merah terus merenungnya.  Bibir ukir senyum. Hati Iqram ikut tersenyum. "Hmmm. Saya ok. Dan ros merah ni memang saya nak bagi awak. Khas untuk awak, D." Iqram tenang mengemudi stereng. Ya Allah..permudahkanlah urusan aku malam nih. Janganlah si pipi merah sebelah aku ni nanti mengamuk. Janganlah dia jadikan aku ni pisang rebus.
   Damia kerut dahi. Untuk gua? Khas untuk gua? Si mata cokolat seksi ni bagi gua bunga? Bunga ros merah pulak tuh. Apa kes ni. Buang tebiat aper. Gua bukan awek dia pun. Tapi..dan mata Damia jatuh balik ke riba. Terus ditatap jambangan ros merah segar yang cukup cantik. Issh, tak boleh jadi nih. Gua mesti siasat. 
   "Awak.."
    "Hmmm.."
   "Apsal pulak awak bagi saya bunga nih. Awak nak mengorat saya ker aper nih? Awak jangan nak buat lawak pulak malam-malam nih." Damia lontar kata. Selamba.
   Iqram ketawa kecil. "Kalau ye, kenapa? Tak boleh?"
   Damia garu kepala. "Bukan aar tak boleh. Tapi..."
   "Tapi apa, D..." Iqram terus memandu. Lexus sudah membelok ke simpang memasuki kawasan perumahan tempat Damia. Lexus diperlahankan.
  "Tapi awak kan mesti dah ada awek. Jangan buat hal. Tak baik aar buat macam nih kat awek awak. Patut benda ni awak bagi kat dia. Bukan saya." Damia lontar pandangan kesebelah. Jambangan diriba diangkat lalu diunjukkan ke sebelah.
   Iqram tala senyum sambil menoleh sekilas sebelum kembali membawa pandangan ke depan. 
   "Cuba awak keluarkan isi sampul yang terlekat di bunga tu. Ada jawapan tentang bunga ros merah tu. Kalau awak nak tau laa. Kalau taknak...saya tak paksa." 
   Damia kembali letakkan jambangan ke riba. Sampul putih yang terlekat di tengah jambangan ros merah ditanggalkan. Mata sekejap-sekejap dibawa memandang ke sebelah. Tangan perlahan mengeluarkan isi sampul. Diangkat perlahan. Kad nama sape pulak nih. Dibaca perlahan. Dipandang wajah disebelah. Lexus dilihat sedang dipandu mencari parkir diluar pagar rumah sewanya.  "Iqram Faysal bin Tan Sri Fakruddin. Managing Director NM Automobile Group of Companies. Ni kad nama saper? Awak? Ni nama awak. Nama dalam kad pengenalan ek." 
  Iqram yang selamat memarkir Lexus mematikan enjin. Ditoleh ke sebelah. Senyum. Kepala diangguk. Isyarat jawapan pada soklan Damia. 
   Damia tenung kad ditangan. Iqram Faysal Fakruddin. Disebut beberapa kali lagi. Macammana gua boleh tak ingat nama mata cokolat nih ek. Tak silap gua dulu masa kes dia humban gua dalam lopak lumpur memang dia ada sebut nama dia. Apa punyer lembab laa database kat dalam kepala gua nih. Kena masuk bengkel kasi servis kasi mantap balik. Sedap jugak nama si mata cokolat seksi ni ek. Nama pun dah bunyi seksi sebijik macam tuan dia jugak. Walla Pot. Nama betul si mata cokolat seksi kekasih kelabu lu ni sama seksi dengan mata dia aar. Eh. Eh..eh. Jap jap. Iqram Faysal Fakruddin. Tadi dia cakap kad ini ada jawapan pada soklan gua tadi. Gua tanya bunga ni betul dia bagi untuk gua ke kan? Damia telan liur. Iqram Faysal Fakrudin...IFF. Mata bulat menerjah ke wajah tenang disebelah. Jari telunjuk spontan menghala ke tubuh sebelah.
  "Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"
   Iqram angguk. Tenang. "Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."
  Damia lepas nafas. Mata jatuh ke jambangan ros merah diriba. Dikira dalam diam. Tiga belas. 13 ros merah.
  "D.."
  Damia hela nafas. Dalam-dalam. Mata dihala ke sebelah.
  "Awak IFF?"
  Iqram angguk lagi. 
  "Ya. Saya IFF, D. Saya Iqram Faysal Fakruddin, makhluk asing yang hantar 13 ros merah pada  awak selama nih. Sayalah IFF si orang bunian yang mengganggu hidup awak selama nih dengan 13 ros merah setiap hari."
  Damia kemam bibir. Nafas turun naik. Mata cokolat seksi IFF. Selama ni gua bercakap dengan tuan punyer diri yang selamba beruang kutub berlakon depan gua. Dia tipu gua hidup-hidup! Relax, D. Relax, beb. Dia ngaku sebab dia ikhlas dengan lu beb. Kurang-kurang dia berani mengaku. Kurang-kurang dia tak buat kepala lu weng lagi fikir saper mangkuk IFF tu. Dia dah depan mata lu sekarang, beb. 
  Damia lepas nafas. Tangan angkat jambangan ros merah diriba.
  "13 ros merah ni awak punyer keje? Ini benda yang awak kata nak cakap dengan saya?"
  Iqram terus angguk. Takzim. D..tolong jangan marah, i. Tolong jangan mengamuk.
  Damia perlahan tanggalkan tali pinggang. Iqram ikut memandang ke arah tali pinggang yang dilepaskan.
  "D...saya minta maaf. Saya tahu awak marah." 
  Damia capai pemegang pintu. Beg sandang ditubuh dibetulkan.
  "Awak.." Damia pandang kesebelah. Berlaga dua wajah. Iqram telan liur."D..."
  Damia angkat jambangan ros merah diriba. "Terima kasih untuk benda merah 13 ketul nih. Jugak untuk yang awak hantar sebelum sebelum nih."
  "D..saya tak main-main. I'm serious."
  Damia tolak pintu. 
  "D..." Iqram seru lagi. Melihat sikap Damia yang tidak memberi sebarang respon selepas pengakuannnya tadi Iqram jadi gusar...bimbang. 
  Damia tolak pintu luas. "Jumpa esok. Saya bagi awak senarai benda yang awak kena buat. Itupun kalau awak sanggup nak buat."
  "Saya sanggup. Anything, D. Just name it."
  Damia angguk. "Baik, kita tengok macammana nanti. Saya masuk dulu. Terima kasih hantar saya balik. Assalamualaikum." Damia angkat tubuh perlahan. Iqram jawap salam.
  "D..." Damia toleh kesebelah.
  Iqram senyum. "Terima kasih. Terima kasih sebab tak marah dan mengamuk kat saya."
  Damia angkat kening. "Awak nak ker rasa jadi pisang rebus malam-malam nih? Saya memang dah lama tak makan pisang rebus cecah gula. Sedap makan...lagi-lagi masa hati tengah panas."
  Pecah ketawa Iqram. 

Wednesday, August 21, 2013

Sorry ek. Sabar tunggu tau!

Salam semua. Tak kira aar geng kipas hikmat ker, kengkawan ker, pengunjung ker dan penyinggah ker kat wilayah kucc nih...*Wilayah laa sgt..perasan, teratak buruk ader laa..kahkahkah*

1. Sorry ek. Mungkin 2-3 hari ni tak hapdet citer 13 Ros Merah. Sebab aper?!! Ambik napas jap. Kejap aar. Sebab kucc sedang baca semula manuskrip KAS untuk siapkan sesuatu yang diminta penerbit. Ingat KAS? Yang luper kiter kasi redbull utk ingat balik. KAS a.k.a Kerana Aya Sofya. Kisah Laila, Aya Sofya dan Wazif si peguam syarie tu insya Allah jika tiada halangan akan diterbitkan Feb 2014 nanti. Moga dipermudahkan. Mohon doa2kan yer. Ameen3x.
   Sebab terlalu lama dah manuskrip ini dihantar ke penerbit (Julai 2012) maka penyediaan untuk perkara-perkara yang diminta penerbit untuk tujuan penerbitan perlukan kucc untuk menelaah kembali manuskrip ini supaya apa yang diberi nanti menepati intipati naskhah ini. *cewah cewah...weh, mangkuk ayat tak hinggat...poyos tahap gaban kau kan kucc...kahkahkah.*

2. Sabar tunggu tau! Sabar tunggu untuk aper? Untuk yang dua perkara ni laa haa:
    i) Untuk n3 baru 13 Ros Merah.
    ii) Versi cetak KAS - *dengan pesanan maha penting korang MESTI BELI TAU! (beli, jgn pinjam, ingat!!!..hahaha).

Wassalam.

Psst psst korang, err..korang ingat lagi tak citer KAS ni camner.

Friday, August 16, 2013

13 Ros Merah - Bab 25


Bab 25
"KAK D!!!!!!!!!!!!"Suara nyaring Ekin bergema dari pintu pejabat yang rengang. Tu aper kes pulak buat suara rockestra seru nama gua. Damia yang duduk diluar angkat kepala dan toleh sekilas ke arah pintu stor yang terbuka sedikit sebelum kembali menyambung kerja mengira stok yang sedang dibuat. Dia buat-buat tak dengar bila namanya nyaring diseru dari arah dalam. Kenal sangat dengan tuan punya suara macam mercun tengah terbakar tu. Damia tak kuasa nak menyahut. Bukan dia tidak masak dengan perangai Ekin yang suka terjerit walhal kadangkala bukan ada bende gempak pun. Lainlah kalau Dinasour kaler oren belang merah tetiba muncul dari celah rak kat stor kat dalam tu ker. Haa, macam tu takper la jugak kan. Kira alasan yang bolehlah diterima akal laa kalau si suara mercun terbakar tu nak terjerit. Damia memang syak mesti mak si Ekin tengah tengok konsert Gun n Roses masa sakit nak beranakkan mangkuk tuh. Damia sengih sendiri sambil geleng kepala. Mata dijatuhkan pada kad diriba dan tangan kembali laju merekod stok lampin bayi yang tersusun di bahagian belakang bersebelahan pintu masuk ke stor. Tubuh yang menyangkung tadi dibawa bersila dan menyandar pulak didinding bersebelahan rak. Kad rekod stok ditangan terus dicatat. 
    Issh...maner kak D nih. Haram tak menyahut orang terpekik panggil dia. Ekin garu kepala. Kepala menjenguk lagi di luar pintu. Haram tak nampak bayang orang yang diseru dari tadi. Kerepek pisang betul aar kak D nih. Gagang kembali dilekat ke telinga. "Err...jap ek encik. Saya keluar panggil dia. Encik tunggu ye." Gagang telefon dihamparkan ke meja. Ekin bingkas bangun dari kerusi. Issh. Kaki laju melangkah keluar dari pejabat. Maner pulak kak D nih. Tadi masa dia masuk ke dalam nih memang Ekin nampak kak D kat area belakang nih jer. Takkan dah siap kira stok yang bertingkat-tingkat tu kut. Impossible! Pintu yang memisahkan pejabat dan pintu ke stor ditarik perlahan. Ekin jenguk kepala ke kiri dan kanan. Mata melilau cari Damia sebelum bebola mata jatuh ke tubuh yang sedang sardin bersila di belakang pintu sambil bersandar ke dinding sambil menulis sesuatu. Bibir diketap. Kak D nih memanglah tau. Tengok tu....boleh dia buat dek jer. Orang terjerit sampai keluar anak tekak panggil dia haram tak dilayan. Kak D nih memang buat darah naik tangga tol aar. Geramnyer. Ada jer yang kena sumpah jadi lampin bayi ni karang. Ekin lolos tubuh keluar dari kawasan pintu stor. Kaki dibawa melangkah menuju ke arah Damia. Tubuh turut menyangkung.
  "Kak D!!!!!!!!"
   "Apanyer. Tak habis-habis lagi ke sawan jerit lu tu, Ekin oooi." Damia bersuara tanpa angkat muka. Tangan masih terus mengira dan mencatat. Ekin ketap bibir terus. Sawan???...ciss!! Tangan diacah mahu meluku kepala Damia yang menunduk. Eei, sakitnya jiwa dengan minah brutal anak tokei pisang nih. "Kak D nih memang teruk laa."
   Damia angkat mata. Bertembung empat bijik mata. Ekin sengaja jegilkan bijik mata. "Apahal nih.." 
   Ekin lepas dengusan. "Tak dengar ker orang terjerit panggil kak D. Sampai nak keluar anak tekak tau tak."
  "Takder saper pun yang suruh lu jerit sampai keluar anak tekak lu tu."
   "Kak D nih...eei. Orang serius aar." Ekin ketap gigi. 
   Damia angkat muka. Tengok muka Ekin yang sedikit merah Damia jadi seronok. Bibir lantun sengih lebar. Nak marah gua?...kirim salam ek. Harap leh ketap gigi jer la. Mata hala ke muka Ekin yang menyangkung didepan. "Tak nampak ker orang tengah sibuk nih? Minggu depan stoktake...tau kan?."
  "Tau."
   "Dah tu...keje lu tu dah siap belum? Semua stok lu dah siap rekod?" Damia angkat kening. Ekin tayang sengih sambil garu kepala."Err..lom habis aar,kak D."
 Damia tala mata yang sengaja dibulatkan ke arah Ekin sebelum kembali menyambung kerja merekod pada kad stok di tangan. Dikerling sekilas semula ke arah Ekin. "Kak D tak kira ek. Keje kena siap hari ni jugak yer. Kalau saper-saper yang tak siap.."Damia tayang sengih. " tidur la kat APAC malam ni ye cik."
Mata Ekin terbuntang. "Tidur kat sini? Biar betul kak D?" Damia angguk selamba. Ekin muncungkan bibir."Kejamnya Kak D. Penderaan minda betul."Mata dipejamkan. Mulut terus memuncung.  
    Damia tergelak. " Tu sikit jer baru. Dengan kak D lu jangan nak main-main." Ekin cebik."Diktator kecil kak D nih. " Damia ketawa. "Eh, yang lu apa halnyer terjerit tadi."
    "Telefon aar.."
    "Telefon?" Damia hala kerling mata. Tidak faham apa yang dimaksudkan Ekin.
    "Ada orang telefon nak cakap dengan kak D lerr." Ekin jawab senafas.
    Dahi Damia kerut." Nak cakap dengan gua?" Jari telunjuk hala ke hidung. Ekin angguk " Ha'a." Tangan kanan Damia cecah pelipis. Jari menggaru.Telefon? Saper pulak mangkuk kristal yang telefon gua kat opis ni. Tak pernah pernah. Takkan abah kut. Issh. Kepala menggeleng. Mak ker? Tak mungkin. Jeneral tu mesti call handset gua jer kalau ada apa-apa hal tergempar. Err, saper ek. Hmmm..musykil nih.
   "Saper yang telefon?"
    Ekin angkat bahu." Ntah. Taknak sebut nama pulak. Secret giler tol. Dia cuma cakap tadi nak cakap dengan cik Damia Humaira binti Sulaiman." Damia angkat kening sambil hala mata ke arah Ekin yang laju angguk kepala mengiyakan apa yang diberitahu. Mak aai siap nama penuh gua tu dia sebut. Saper pulak mangkuk yang cari gua tu.
  " Tapi kan kak D...hehehe" Ekin tayang sengih lebar. Damia kerut dahi. Ni aper kes pulak yang tersengih macam tertelan kerang.
   Ekin tepuk perlahan pergelangan tangan Damia."yang telefon tu lelaki tau, kak D. Suara dia..." Ekin geleng kepala sambil pejam mata. "peerghhh...macho giler."
  "Ada ker suara macho? Pepatah maner tu?"
  Issh. Ada jer soal dia. Ekin gigit bibir lagi. Tangan Damia digoncang."Dah dah. Jangan banyak soal ek. Sekarang kak D gi masuk jawab call tu. Mana tau hal penting ker. Ntah ntah mamat suara macho tu dari Jabatan Pertanian. Haaa...dia nak interbiu kak D sebagai pewaris empayar kerepek pisang abah kak D ker kan."Ekin tayang sengih kerang. Selamba.
"Banyak lu punyer interbiu. Empayar kerepek pisang laa. Karang lu tu gua sumpah jadi kerepek pisang baru tau."
 "Ala orang gurau jer aar. Relax aar, beb. " Ekin tayang sengih lagi sambil goncang tangan Damia. "Cepatlah kak D..Orang kat telefon tu tunggu akak haa. Ekin dah cakap tadi nak kuar kejap jer panggil akak. Ni dah berzaman menyangkung kat sini. Masak nasi pun dah boleh nak kering dah." 
  Issh. Si Ekin ni tak menyempat-nyempat gua nak berCSI kejap. Potong betul aar! Tubuh perlahan ditegakkan. Langkah kaki diayun ke belakang. Ekin yang ikut berdiri tersengih dibelakang dipandang. Ekin hala dua tapak tangan yang diayun ke depan. "Cepat Kak D...Cepat. Kesian mamat macho tu lama tunggu." Damia lepas dengusan. Ada jer yang nak kena jadi roti jala dengan gua pepagi ni karang. "Apa kes yang tak boleh nak tunggu. Saper yang telefon? Obama?"
Ekin tayang sengih lagi." Bukan Obama. Adik tiri Obama yang telefon."
Damia hala tangan mengacah nak meluku kepala Ekin. Pantas dielak. Ekin ketawa kuat.

"ASSALAMUALAIKUM..."Damia tarik kerusi. Tubuh dihempaskan ke lantai kerusi baldu merah darah. 

    Iqram ukir senyum. Kening diangkat menghala mata ke arah kerusi setentang. Firdaus didepan geleng kepala."Waalaikumsalam." 
   Alunan lembut yang menyapa telinga buat Damia mahu tergelak. Pantas tangan menekup mulut. Ni suara macho? Macho kemende macam nih. Putus spring betul la lu Ekin. Eh jap jap..suara tadi tu macam...macam gua kenal jer. Tapi macam suara saper ek. Alamak hai apsal la gua tak boleh ingat nih. Issh...database gua time time nih la server dia breakdown.
"Cik Damia Humaira?" Iqram sebut dalam senyum yang melebar. Firdaus sengih.
 Wah wah..main sedap jer sebut nama gua ek. "Ni bro...gua nak tanya lu nih . Nama lu saper? Mana lu tau nama gua? Apahal cari gua?" 
  Iqram pecah ketawa. Lu gua. Hmmm...telan jer la Iq. Dah suka kan.
  Telinga Damia dapat menangkap desir ketawa kecil dari celahan gagang. Gelakkan gua ek. Takper. Lu ingat lu boleh main-mainkan gua? Silap banyak la lu. Kepala diangguk. 
 "Dah dapat 13 Ros Merah pagi ni?" Iqram elus pangkal hidung dengan hujung jari. Cuba ditebak rasa si pipi merah ditalian sana yang tiba-tiba diam. Bibir terus ukir senyum kala mata singgah ke wajah Firdaus yang mengangkat kening. Sah kepala cik pipi merah pujaannya itu sedang memproses data. Mencari jawapan disebalik pertanyaan Iqram.
  Kening Damia automatik angkat bila dengar ayat yang baru disebut orang di talian sana. Bibir terjeda seketika. Database kat kepala laju menghantar isyarat. Mata dikelip-kelip beberapa kali. Pagi nih bendalah merah 13 ketul yang biasa gua terima tu dihantar ke rumah. Siap dengan seketul red velvet yang gedabak. Macam tau tau jer gua hantu red velvet. Macammaner la mangkuk IFF tu boleh tau semua benda tu ek. Dia ni ada pasang radar pengesan aper. IFF? Oittt!!!Damia telan liur. Berkali-kali. Eh..minda kembali fokus. Mata hala ke gagang yang diangkat sedikit. Tidak berkelip direnung gagang yang kaku. Takkan mangkuk tuh kut...macammana pulak dia tau yang gua nak..
  "Lu IFF?"Damia lontar suara. Segala yang bergelut dalam kepala tentang  makhluk bernama IFF masih terus berlegar. Damia garu kepala. Macam tau tau pulak gua ada cakap pasal nih. Issh. Musykil betul gua dengan mangkuk nih. 
   Lu, IFF? Iqram ketawa. At  last we meet, D. Tapi on air dulu la ye. Nanti-nanti baru face to face,hmmm. Iqram geleng kepala. Tak dapat dibayangkan nanti bila semuanya ini nanti terbongkar. Jangan dia kena campak dalam periuk jadi pisang rebus sudahlah. Firdaus angkat kepala. Isyarat bertanya. Iqram hala tapak tangan. 
   Gelak ketawa yang perlahan berderai di talian sana. Damia ketap bibir. Gelak lagi. Nanti. Tunggulah. Kalau gua dapat memang sah lu jadi pisang rebus! 
 “Weh, lu ni saper haa? Apsal lu hari-hari kacau gua dengan bendaalah merah 13 ketul tu haa? Dah takder keje lain ker?”
 Hmmm. Garang betul la awak nih, D. Tapi...garang garang awak pun saya tetap suka awak, D. Nak buat macammana kan. Awak dah bawak lari hati saya dan simpan disebelah hati awak. Dan hati saya selesa sangat duduk sebelah hati awak. Hati saya dah tak mahu ke mana-mana lagi. Hati saya nak duduk sebelah hati awak sampai mati. 
  Iqram hembus nafas. Tenang.“Well..someone.”
  Nafas Damia turun naik. Mata menadah ke langit. “Someone tu saper? Manusia? Gorilla? Ker.. hantu? Eh...lu jangan nak main-main dengan gua ek."
  Gorilla? Pecah ketawa Iqram. Kuat. Firdaus terkebil-kebil. Bibir dah keluar bunyi beri isyarat. Tak sabar nak tahu apahal Iqram yang dari tadi asyik ketawa jer. Apa kes nih bro. Share laa. Takkan ketawa sensorang kut. Issh. Dah la tadi ketuanya ini seret dia masuk dalam bilik beritahu nak call si pipi merah tu sebab katanya si pipi merah ada sebut nak tahu IFF ni wujud ke idak. Taknak tanya ker segala kiriman dia diterima ke tidak. Firdaus dah boleh agak mesti si pipi merah nak tahu saper si pengirim misteri yang hantar 13 Ros Merah dan segala macam hadiah iringan pada dia. Normal la tu. Perempuan kan. Darjah syak wasangka dia mesti sah sah skala Ritcher punyer. 
  Gelak ketawa bergema lagi. Damia tahan geram. Diri rasa macam nak masuk jer dalam gagang telefon dan dan ni jugak. Mendidih jer telinga bila dengan deari ketawa di talian sana. Mau gua cekik-cekik batang leher mangkuk IFF nih karang.
  “Hmmm..your stalker maybe..”
    Banyak lu punyer stalker. Ingat gua nih artis ker haa lu nak stalk stalk gua. Pergi aar stalk Rihanna ker, Maggie Q ker. Ada gak pekdahnyer. Yang lu stalk anak pak leman tokei pisang nih buat aper. Cokodok pisang betul aar lu nih!
  “Eh...takder keje lain ker lu ni haa. Baik lu cakap, lu nih saper haa…tidak gua hempas telefon ni karang. Lu jangan nak main-main dengan gua laa! Gua tengah banyak keje ni tau tak!”
  “Ni kan keje jugak. Jangan hempas-hempas. Telefon tu kan harta pejabat. Amanah tu,hmmm.”
  Ekeleh. Nak perli perli gua pulak. Nak kena mangkuk nih dengan gua. Tubuh ditegakkan. Tangan kiri Damia mencekak pinggang. “Eh eh, jangan nak nasihat-nasihat gua ek...baik lu cakap saper lu ni…tidak..." Damia hela nafas dalam dalam. "tidak... gua hempas jugak telefon ni karang. Lu cakap sekarang!”
“Awak tak suka 13 Ros Merah tu,hmmm?”
  Iqram hala ke arah jambangan ros merah yang diletakkan setiausahanya di atas meja kaca di kiri sofa.
  “Lagi mau tanya. Yang hari-hari lu mabuk hantar 13 bendaalah merah tu kat gua apa kes. Weng ker? Lu ingat gua nih minah ros merah ke?”
   "Weng?" Iqram kerut dahi. "Apa tu?"
    "Giler laa."
     Iqram lepas ketawa. D...D. Takper saya weng pada awak jer. Ok kan?
    Gelak terdengar lagi di cuping. Kali ini sedikit nyaring. Damia ketap bibir. Tangan kanan digenggam kuat.
  Iqram lepas nafas tenang.“Awak tak tau apa makna 13 tu,hmmm.”
“Ekeleh, lu ingat gua takder keje lain yang lebih berfaedah ker? Mengong betul laa lu ni.”
   Iqram ketawa lagi. Aduhai, banyak sungguh dia kena tempias amarah si pipi merah hari ni. Tapi jauh di sudut hati Iqram sedikitpun tidak terasa hati malah dia rasa bahagia. Dia belajar untuk lebih kenal sisi seorang Damia Humaira yang sangat spontan, telus dan selamba sahaja kalau bercakap. Awak ni buat saya rasa terhibur la, D. Rasa hidup ni penuh warna-warni sejak kenal awak. 
   Gelak kuat yang terdesir di telinga buat Damia makin geram. "Eh, jangan nak gelak gelak ek. Lu ni kenapa haa kacau gua hari-hari dengan bendaalah merah tu.”
  “I’m your secret admirer, Damia Humaira..”
  "Eh, lu ni jangan nak mengarut. Gua kalau tau lu sapa memang gua hentak lu!"
  “I’m your secret admirer dear Damia si pipi merah.”
 “Lu tau lu ni memang weng...weng giler!”
  "Janganlah marah-marah. Nanti tambah merah pipi awak yang memang sedia merah tu,hmmm."
   Damia ketap gigi. Mata dikelip-kelipkan menahan rasa yang membuak didalam dada. Tengah marah masa berdiri, duduk. Suara dari hati spontan bawak tubuh kurusnya terhenyak di kerusi. "Dah aar malas gua nak layan mangkuk macam lu ni. Tambah dosa kering gua jer. Assalamualaikum." Damia lepas gagang telefon. Nafas terus turun naik. Kepala disandarkan ke kerusi. Mata terpejam. IFF...IFF..lu memang... Gigi diketap. Aaarghh. Tubuh ditegakkan semula. Cendol rasanyer bagus untuk gua saat-saat nih kan. Maner nak dapat ek. Hmmm. Nanti gua tanya GPRS gua. Tangan laju menyeluk poket sambil kaki laju melangkah keluar dari pejabat.
    Waalaikumsalam. Iqram jawab salam juga walau dia tahu si pipi merah memang sudah tiada ditalian sana. Perlahan ditarik gagang dari telinga. 
   "So.." Firdaus buka mulut. Tak sabar dah menunggu dari tadi.
   "So apa. Kena marah laa."
   "Marah? Aku tengok elok jer kau gelak sakan tadi."
    Iqram gelak. "Macammana tak gelak Fir, dalam marah-marah dia siap panggil aku Gorilla lagi. Kata aku gila."
     Firdaus gelak kuat. "Kau...Gorilla? Gila?"
    "Hmmm.." Iqram senyum. Mata turut sama tersenyum. Bergabung dengan senyum lebar Firdaus.
    "So...macammana? Bila kau nak pecah rahsia dan berdiri depan dia dan cakap..ok cik Damia Humaira...saya la IFF yang selama nih hantar 13 Ros Merah hari-hari kat awak. Tolong jangan marah. Tolong jangan kata saya gila. Tolong jangan panggil saya Gorilla. Panggil sayang takper. "Firdaus angkat kening sambil gelak-gelak.
     Iqram ketawa kuat sambil geleng kepala. "Sah sah aku kena rebus dengan dia masa tu jugak. Nak mampus ker." Ketawa kedua-duanya bergema.
     
"IFF CALL AWAK?" Mata hala ke wajah didepan yang tunduk asyik menyudu cendol. Tadi waktu dia sedang sakan bergelak dengan Firdaus tiba-tiba sahaja iPhonenyer berbunyi dengan nada yang buat dia laju terdiam. Nama yang tertera di skrin buat nafas rasa nak putus. Takkan dia dah tau kut. Mahu dia kena gantung hari ni jugak. Firdaus yang sakan ketawa langsung terkejut tengok Iqram yang hala jari telunjuk ke mulut. Takut-takut jugak dia menjawab. Yelah maner tau kalau dia kena maki dan seranah. Mahu tertanggal cuping telinga nanti. Namun bila suara disana membuka mulut saat dia perlahan hulur salam, Iqram memang dah senyum lebar. "Awak, tau tak maner port cendol paling gempak kat town. Saya lapar cendol aar. Boleh tak awak kalau kita gi belasah cendol dua tiga mangkuk? Saya panas tengah panas nih awak." Dan memang dia laju menderu meninggalkan pejabat membiarkan Firdaus melaungkan namanyer beberapa kali. Sorry bro. Nanti aku update kau.
 "Ha'a. Mangkuk betul dia tuh. Ciss. Kalau saya dapat dia awak, sah dia jadi pisang rebus. Rebus sampai lembik. Pastu saya tenyeh dia dengan kelapa. Tenyeh sampai lumat. Macam nih." Iqram tengok Damia menekan-nekan sudu ke mangkuk cendol. Lepas geram la tu. Iqram tahan gelak. Dalam hati dan pecah berderai ketawa. Sorry my dear. Belum masanya lagi untuk saya berterus-terang. 
  "Awak cakap apa kat dia."
  "Macam-macam. " Damia jawab senafas. Iqram simpul senyum. Hmmm. Termasuk Gorilla kan. D...D. Iqram ketawa dalam hati. Damia lepas dengusan perlahan. "Eei...geram aar saya dengan dia. Boleh jer buat lagak suara sardin bila saya tanyer saper dia. Ader Ekin kata suara dia macho. Putus spring gegendang betul minah sekor tu." Iqram senyum. Teringat gelagat Ekin yang kelam-kabut di telefon tadi.
  "Awak.." Damia tegak kepala. Tangan capai tisu didepan.
  "Hmmm." Iqram hala senyum pada si pipi merah yang sedang mengelap bibir dengan tisu.
  "Katakan laa awak..." Damia hempas nafas perlahan.
  "Katakan apa..." Iqram laju memotong.
  "Katakan laa awak ditempat saya. Awak nak buat macammaner ek supaya mangkuk IFF tu boleh bukak mulut cakap saper dia."
  Iqram senyum lagi. Hmmm. Smart girl.
  "Awak tak tanya dia tadi."
  "Dah. Tapi mangkuk tu taknak cakap. Kata dia someone laa. Secret admirer laa. Stalker la. Mengong aper. Gu..err..saya bukan selebriti nak distalkerkan. Gi jer la jadi stalker Halle Berry ker. Kate Middleton ker. Barulah gempak jadi stalker kan. "
  "I see." Hati Iqram melebar senyum.
  "D..."
  "Yup.."
  "Kalaulah kan..."
  "Kalaulah aper..."
  "Kalau si...err...mangkuk IFF tu beritahu awak saper dia awak nak buat aper kat dia nanti? Nak buat dia jadi pisang rebus,hmmm. Awak kan pernah cakap dia tu halimunan. Mesti dia tahu awak nak buat macam ni kat dia. Cari nahas la dia kalau mengaku nanti. Dia mungkin betul-betul ikhlas suka kat awak. Kalau tak, takkan dia sanggup buat semua tu. 13 Ros Merah tu lambang perasaan dia pada awak. Saper tau kan,hmmm? " Iqram terus ukir senyum sambil angkat kening.
  Damia muncung bibir. Jari telunjuk diketuk ke bibir. Kepala mengangguk dengan mata menghala ke arah si mata cokolat seksi.
  "Ok. Saya kurangkan sikit darjah kekejaman saya tuh." Kurangkan darjah kekejaman? Iqram ketawa dalam hati lagi. Macam-macam betul awak ni kan, D. Ada je idea spontan awak yang boleh buat saya tidur sambil tersenyum malama nih. "Saya akan mintak mangkuk tu buat sesuatu kalau sungguh dia sukakan saya. Yelah macam yang awak cakap tadi tu kan. Dia tu mungkin sungguh ikhlas sukakan saya. Tidak...takder la dia mengirim benda merah 13 ketul tu kat saya hari-hari. Kalau dia lulus buat aper yang saya suruh ni, hmmm..." Damia tayang sengih lebar." Saya akan pertimbangan diri dia untuk jadi calon imam saya."
  Iqram telan liur. Calon imam? Kena jadi imam ke dulu? 
  "Awak nak errr...mangkuk IFF tu buat aper, D?"
  Damia tayang senyum sambil kenyit mata.
 Iqram telan liur lagi. Dada tiba-tiba dipacu debar yang tidak terhingga. Buat aper, D?

Tuesday, August 6, 2013

CERITERA VERSI ISTIMEWA

  
"PAPA.." Tangan halus Aina tepuk lengan Akhmal. 
 Akhmal angkat muka. Naskhah 300 Hadis Bimbingan ditangan ditutup seketika. Senyum dihala ke wajah comel Aina yang putih mulus."Ya, sayang."
 "Papa...kenapa papa, mama, nenek dengan abang kena puasa.? Kenapa tak boleh makan nasi? Kenapa Aina dengan Ameer tak payah puasa?" Aina dengan sepasang mata coklat jernihnya yang bulat tidak berkelip merenung Akhmal. Pipi mulus Aina dielus penuh kasih sayang oleh Akhmal. Diangkat tubuh Aina ke riba.Dipeluk erat dan dikucup rambut hitam lurus Aina yang mencecah bahu.
 "Ha'a. Ameer dengan Aina tak payah puasa pun. Abang jer mama dengan papa suruh puasa. Dia orang boleh makan minum macam-macam. Abang tak boleh pun. Tak adillah papa dengan mama ni." Ben yang duduk di sofa setentang dengan Kisah 25 Rasul untuk Adik-Adik di riba laju menambah kata. Akhmal tenang mendengar. Tangan mengelus lembut rambut Aina. Sejak ada Aina dan Ameer dalam keluarga, Ben sudah menukar panggilan buat dirinya. Itu yang dia minta kepada mama dan papanya. Katanya dia mahu dipanggil abang sebab dia mahu jadi pelindung kepada adik-adiknya.
    Aina lontar mata bulatnya ke arah Ben. "Aina kan bagi abang coklat semalam. Abang yang tak mahu. Kan Ameer?" Ameer disebelah Aina yang leka mewarna buku mengangguk laju.
 "Orang puasa mana boleh makan la. Aina ni..tak faham betul." Benjamin lepas keluhan dalam. Akhmal simpan senyum.  Tangan terus bermain dengan rambut Aina. Telinga takzim mendengar anak-anaknya berbicara.
 "Coklat kan bukan nasi. Bolehlah makan. Kan papa?" Aina toleh ke belakang memandang Akhmal yang tersenyum.
  Ben geleng kepala. "Susahlah cakap dengan budak kecik ni." Akhmal mahu ketawa namun ditahan. Lengan Akhmal terasa dielus perlahan. Kepala menoleh. Mata jatuh pada wajah jernih Ameer Raziq.
  "Ameer tak boleh puasa macam abang ke papa? Ameer kan lelaki macam abang jugak."
  Siti yang sedari tadi menjadi pendengar dan pemerhati dengan tangan yang masih memegang tafsir al-quran tala senyum manis kepada Akhmal yang duduk disebelah. Akhmal tarik nafas tenang dengan pertanyaan dan gelagat tiga anak-anaknya yang sedang bersantai di ruang bacaan. Wajah cantik yang tenang menjala senyum disebelah dijamah. Dijatuhkan kepala sedikit ke bahu isterinya. Dibawa bibir ke cuping Siti. "Sayang jangan nak senyum-senyum lebih-lebih ye. Bulan bulan puasa ni abang memang risau tengok sayang senyum-senyum macam ni." Siti toleh muka yang sedikit hangat memandang tepat ke wajah kacak Akhmal. Mata coklat jernihnya dibulatkan. "Abangg.." jari laju capai peha Akhmal. Berderai ketawa Akhmal. Siti turut ketawa kecil dengan kepala yang ditundukkan sedikit. 
  Aina toleh kebelakang lagi. Matanya yang bulat tidak berkelip memandang. "Papa ni Aina tanya tak jawab. Ketawa pulak dengan mama."
  "Ha'a papa nih. Ameer tanyapun papa tak jawab."
   "Papa tu kalau mama ada sebelah memanglah suka senyum dan ketawa saja. Abang tahu sangat." Ben spontan lontar kata-kata.
   Amboi! Siti dan bulat mata. Pipi makin hangat. Serangan berturut-turut dari mulut-mulut mungil dengan kata-kata spontan mereka sungguh tidak disangka-sangka. Akhmal simpul ketawa. Dibetulkan duduk. Tubuh Aina diangkat sedikit. 
   "Ok ok. Papa jawab satu per satu ye, sayang sayang papa. Papa nak jawab soalan siapa dulu,hmmm." Akhmal tala mata ke arah satu persatu wajah mulus dihadapannya sebelum menoleh sekilas ke arah Siti disebelah. Mata dikenyit. Siti simpul senyum sambil menggeleng kepala. Tahu sangat dengan sikap Akhmal yang suka mengusiknya sejak dahulu.
  "Aina dulu."Aina laju angkat tangan menunjuk langit. 
  "Ameer dulu, papa." Ameer tidak mahu mengalah. Turut sama mengangkat tangan.
   "Abang la. Abang kan abang. Aina dengan Ameer adik."
   "Papa..Aina kan yang tanya papa dulu. Abang ni..jahat laa."
   Siti senyum. Mata dibawa ke satu per satu wajah comel kesayangan yang menjadi cahaya hidupnya selama ini.
  "Hmmm. Kita kan kena bersabar...sebab orang ya.."
  "Orang yang sabar dikasihi Allah. Ok..ok. Abang sabar. Papa jawab soalan Aina dengan Ameer dulu." Benjamin laju memintas.
  Siti lontar senyum pada Ben. "Alhamdulillah. Sebab tu mama sayang sangat pada abang.      Abang kan anak mama yang paling baik."
 "Mama tak sayang Aina?"
 "Ameer,mama?"
 "Mama sayang sangat semua anak-anak mama. Abang, Aina dan Ameer. Semuanya mama sayang."
  "Papa? Mama tak sayang,hmmm." Akhmal kenyit mata. Siti senyum. Tapak tangan menampar lembut pipi suami disebelah. "Sayang...sayang sangat." Siti balas dengan kenyitan mata. Akhmal jatuhkan kepala ke bahu Siti. "Papa rasa kan papa nak pengsan la sebab ada bidadari mata coklat kenyit mata kat papa." Akhmal pura-pura lelapkan mata. Dua tangan dijatuhkan. Aina dan Ameer laju menggoncang tubuh Akhmal. Siti kemam bibir menahan senyum. Abang ni memang teruk tau!
  "Papaaaaaaaaaaa!!!..jangan pengsan dulu. Papa tak jawab soalan lagi. Papaaaa. Mama tengok papa dah pengsan ni." Aina dan Ameer terus memanggil. Siti tunduk kepala menahan ketawa. Benjamin geleng kepala. Papa memang macam tu. Boleh pengsan kalau mama kenyit mata. Hairan betul!

"PUASA itu salah satu perkara dalam rukun Islam. Abang, Aina & Ameer tahukan rukun islam? Ada belajar kan kat kelas fardu ain,hmmm. " Mata Akhmal tatap satu persatu wajah comel didepan yang takzim mengangguk. Bibir ukir senyum. "Jadi kita sebagai orang islam kenalah puasa. Sebab tu perintah Allah. Orang islam mesti patuh dengan apa yang Allah suruh." Akhmal tenang duduk dengan dikelilingi Aina, Ameer dan Ben. Siti sudah turun ke dapur mahu menyediakan juadah untuk berbuka mereka sekeluarga nanti. Ben dah siap pesan hari ini nak buka makan nasi tomato dengan ayam masak merah dengan air tembikai laici. Aina dan Ameer menyampuk sama nak agar-agar merah lembut yang akan dimakan bersama aiskrim vanilla diatasnya. Akhmal tahu benar hati isterinya itu. Segala kemahuan anak-anak mereka akan dipenuhi dengan senang hati.
 "Tapi Aina tak puasa, papa. Allah mesti marah sebab Aina tak patuh suruhan Allah."
 "Ameer pun, papa. Mesti Allah marah pada Ameer sebab tak puasa. Mama cakap kita tak boleh buat Allah marah. Nanti Allah tak sayang kita. Ameer nak Allah sayang Ameer. Nanti boleh masuk syurga. Ameer nak puasa la, papa. Boleh la, papa."
 "Aina pun, papa. Aina nak masuk syurga jugak macam Ameer. Mama cakap syurga tu cantik sangat-sangat."
  "Bagilah adik puasa, papa. Abang boleh jer tak makan. Adik mesti boleh." Akhmal senyum. "Aina dan Ameer akan puasa nanti bila dah besar macam abang. Abang dulu pun masa kecik macam adik papa tak suruh puasa kan." Ben angguk mengerti.  Akhmal usap kepala anak sulungnya itu." Allah pun tahu Aina dan Ameer kecik lagi. Tak boleh tahan kalau kena puasa. Jadi Allah tak suruh Aina dan Ameer puasa lagi."
   "Aina dan Ameer kena tunggu besar macam abang dulu? Allah tak marah?" Mata Aina yang bulat bersinar memanah ke arah wajah Akhmal. Kepala diangguk dengan senyum mekar dibibir. Aina dan Ameer saling berpandangan sebelum menjala senyum manis. Ben yang melihat juga tersenyum. 
  "Kenapa kita kena puasa,papa? Kenapa tak boleh makan macam selalu." Ameer yang bersila di tepi memaut lembut peha Akhmal. 
   "Sebab Allah nak kita rasa macammana orang yang susah...orang yang miskin tak dapat makan. Mereka kena berlapar...berhari-hari tak makan sebab tak ada makanan dan tak ada duit nak beli makanan."
   "Kenapa Allah tak bagi mereka duit papa. Bagilah duit. Nanti bolehlah beli makanan. Tak lapar lah lagi." Aina yang pintar seperti biasa akan menyampuk. Ben geleng kepala. Tahu sangat dengan adiknya itu yang suka benar bertanya. Macam-macam. Pening betul layan Aina ni! 
   Akhmal senyum. "Allah bukan tak bagi tapi Allah bagi duit tu pada orang lain...macam kita supaya kita boleh bagi pada orang yang miskin dan susah tu. Bila kita bagi duit yang Allah bagi tu, kita dapat pahala sebab tolong orang tu. Jadi..kita ni yang ada duit...yang banyak duit kena ingat. Semua tu bukan kita punya tapi..tapi " Akhmal tunjuk jari ke langit." Allah yang punya." Ketiga-tiga jawab serentak. Akhmal senyum. "Anak-anak papa kena selalu ingat,hmmm. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Kita kena sentiasa syukur pada Allah sebab beri kita hidup yang senang. Bila Allah bagi kita senang kita kena ingat untuk sentiasa bantu orang yang susah....yang miskin. Bila kita buat macam tu Allah akan sayang kita."
 "Bila kita tolong bagi duit kat orang susah dan miskin tu Allah akan sayang kita...pastu Allah akan bagi kita banyakkkk lagi duit. Kan papa?" Aina melebarkan tangan sambil tala matanya ke arah Akhmal.
  "Ya, sayang." Akhmal hala mata ke pergelangan tangan. "Papa nak turun tolong mama. Abang, Aina dan Ameer sambung baca buku, hmmm."
   "Ok, papa."

"Sayang, nak abang tolong apa-apa?" Bahu Siti terasa dipaut erat. Kepala menoleh sekilas kesebelah. Dua senyum berpaut. Tangan terus lincah mencuci brokoli disinki. Ditoskan ke dapam tapis plastik biru lalu dibawa ke tepi sinki. "Takperlah abang. Dah siap semua. Tinggal nak goreng sayur kegemaran mak ni jer. Abang nak tambah apa-apa ke? Siti boleh masakkan. Ada masa lagi nih." Siti atur langkah ke peti sejuk. Dikeluarkan lobak merah, cili benggala, kacang sepat dan jagung muda yang sudah siap di potong. Akhmal yang mengikut dari belakang menggeleng. "Dah banyak dah tu. Puasa ni bukan boleh makan banyak, sayang." Siti senyum.  Dibawa semua sayur-sayur ke sinki. "Siti buat air favourite abang hari ni."
 "Sirap selasih?" Siti angguk. Tangan mencapai bawang merah yang sudah siap diasingkan didalam piring. "Hmmm. Siti beli selasih yang besar sikit. Nampak cantik bila dah bercampur dengan sirap." Bawang putih dikupas usai mengupas bawang merah. 
  Akhmal sila dua tangan ditubuh. Mata ralit melihat tangan halus Siti yang lincah mengupas bawang. "Sebab tu abang sayang sangat dengan isteri abang yang cantik jelita ni. Dah la cantik macam bidadari. Pandai masak. Pandai jaga abang...jaga anak-anak abang."
  Siti hala mata ke arah suami yang bersandar ditepi sinki. Bibir ukir senyum manis."Abang ni puji-puji Siti ada apa-apa ke?"
  Akhmal senyum. "Pandai la isteri abang nih. Itu kita bincang malam nanti,hmmm. Tu agenda kita berdua. Misi rahsia antara kita berdua."
  Siti besarkan mata. Ketawa Akhmal terluncur. Siti tepuk lengan Akhmal. " Nanti mak dengar, abang."
  "Ooops..lupa. Rahsia kita oranglain tak boleh tau. Bahaya."
   Siti ketap bibir. Akhmal kenyit mata. Siti geleng kepala. Mata kembali dibawa ke sinki. Udang kecil yang sudah siap dibuang kulitnya dibersihkan . Bacaan selawat terluncur perlahan. Sayup-sayup. Akhmal yang menangkap lafaz selawat turut mengalunnya.
  "Abang..."
  "Hmmmm..."
  "Dah selesai masalah negara abang dengan negarawan-neragawan cilik bijaksana kat atas?" Mata Siti kembali dibawa menatap wajah suami yang santai ber tee biru dan jeans hitam. Akhmal angkat kening. Siti yang dahulunya pemalu kini sudah pandai bergurau.  
 "Amboii...dia tu cepat-cepat cabut. Bukan nak tolong kita."
 "Abang kan pandai dari Siti. Jadi biarlah abang yang handle. Siti percaya suami Siti yang handsome ni takkan hampakan anak-anak dia. Kan, abang?" Siti mengelip-ngelipkan mata berkali-kali dengan senyum yang tersuring dibibir. Jari Akhmal cubit perlahan pipi Siti. "Alasan nak larikan diri la tu.Pandailah nak bodek kita. Jagalah dia nanti."
"Siti memang selalu berjaga-jaga...lagi-lagi dengan abang. Bahaya." Mata dikenyit. Ketawa kecil terluncur.
 Akhmal tala senyum penuh makna. "Tengoklah nanti. Tapi abang nak beritahu abang ada surprise untuk sayang malam nih."
  Siti angkat kening. "Hmmm. Surprise? Apa ye."
  "Kena tunggulah tuan puteri. Malam nanti, hmmm." Giliran Akhmal kenyit mata.

MATA Siti bergenang. Tangan masih takzim memegang tiket yang dihulurkan suaminya sebentar tadi. Bibir dikemam. Dada bergumpal rasa sebak dan gembira yang silih berganti.
"Abang.." 
Akhmal rangkul bahu Siti. Dikucup pelipis isterinya yang sedang hanyut dengan rasa gembira dan hiba yang bercampur.
"Ini hadiah ramadan buat sayang. Minggu depan kita bertolak, hmmm."
 Siti tarik esak yang sudah sampai di rongga hidung. Titis hangat mengalir ke pipi.
 "Siti...Siti  tak tahu nak cakap apa. Siti..Siti rasa macam mimpi, abang."
 "Abang tahu ini impian Siti selama nih kan. Impian 10 ramadan akhir di sana. Abang tunggu saat dan masa yang sesuai. Aina dan Ameer pun dah besar. Ben pun dah boleh jaga adik-adik dia. Mak dan makcik Azizah boleh tengokkan anak-anak bila kita  ke sana nanti. Kita akan balik sehari sebelum raya."
  Siti pegang tangan Akhmal. Dikucup. Airmata yang menderu membasahi kura tangan Akhmal.  Siti angkat muka."terima kasih, abang sebab tunaikan impian Siti. Terima kasih."
  Akhmal balas genggaman tangan isterinya. Dipaut erat tubuh Siti. "Abang akan cuba tunaikan impian isteri abang ni sedayanya. Itu janji abang dari dahulu. Membahagiakan Siti kerana Siti segala-galanya buat abang."
  Siti kemam bibir. Jari dibawa ke hujung mata. Diusap perlahan. "Abang dah buat hidup Siti bahagia dan sempurna selama nih. Terima kasih untuk hadiah yang sangat-sangat istimewa ini, abang. Abang layan Siti dengan begitu baik selama ini. Siti bahagia hidup dengan abang...Siti bahagia jadi isteri abang."
  "Lelaki yang baik bukankah lelaki yang baik layanannya kepada isterinya,hmmm."
   Siti tatap wajah lelaki disebelah. "abang suami yang paling sempurna buat Siti. "Dibawa kepala berlabuh ke dada Akhmal. Terasa rambut dikucup. Bibir melafaz rasa syukur yang tidak terhingga. Akhmal adalah segala-galanya dalam hidup Siti. Lelaki ini terlalu baik melayani sejak dahulu. Sejak mula kenal dan menjadi pengasuh Ben hinggalah diri diangkat sebagai isteri, Akhmal begitu menghormati dan melindungi Siti. Memberikan segala-galanya kepada Siti. Didalam hati dipanjatkan doa moga Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi suaminya dari segala perkara yang tidak baik. Dan itulah juga doa yang selalu dipohon dalam solatnya. Terima kasih abang!

-----------------------------------------------------------------------

ASMA bulatkan mata pandang Jeff disebelah yang tayang senyum bergula. Apahal pulak awal-awal puasa dah nak makan benda tuh. Biar betul laki aku nih.
  "Abang cakap apa tadi. Rendang daging cili padi?"
  Jeffrey angguk. Senyum masih belum hilang dibibir. "Yup. Yang macam sayang masak masa raya tahun lepas. Bolehkan, sayang? Bolehlah.." Jeffrey mengelip-ngelipkan mata. Taktik merayu.
   Asma jala senyum selamba. Baju kurung Mia yang sedang dikemaskan jahitan tulang belutnya diletakkan ke tepi. Memang sejak berkahwin dengan Jeffrey hinggalah punya Danish, Iffah dan Mia, semua pakaian raya suami dan anak-anak akan dijahit sendiri oleh Asma. Kepuasan terasa bila melihat pakaian yang dijahitnya sendiri tersarung di tubuh suami dan anak-anak. Walau sibuk dengan tanggungjawab di klinik, perkara persiapan pakaian raya suami dan anak-anak tetap mahu dijahit sendiri oleh Asma biarpun Jeffrey puas melarang kerana tidak mahu menyusahkan Asma. 
   "Hmmm...tuan chairman kita mengidam ke. Terbalik pulak ye. Siapa yang pregnant nih. Kenapa pulak mama tak tahu ek."
  "Sayang...jangan nak perli abang ye. Tak kira...abang nak jugak."
  "Eei abang nih. Kalah budak-budak ribena. Mia yang kecik pun tak macam nih tau abang."
  "Abang kes terkecuali. Sayang...boleh lah."
  Asma geleng kepala.  Nafas dilepaskan perlahan. "Yelah yelah. Nanti merajuk pulak Tuan Jeffrey Iskandar kita nih. Silap-silap Puan Noor Asma punya elaun bulanan kena potong pulak kan. Tak dapatlah shopping sakan raya nanti."
 "Tau tak apa ye, sayang."
  "Tapi..abang kena tolong. mama tak larat nak kacau. Tengok ni perut mama. Abang punya pasal la nih kan."
  "Eh, ada pulak. Ni dua-dua punya pasal ye. Abang sorang mana boleh jadi." Jeffrey tayang sengih. 
   "Amboi, pandai ye. Dah dah malas nak layan abang. Jom kita gi dapur. Abang kena perah santan." Asma perlahan bangun daripada sofa. Jeffrey ikut bangun membantu. Walau Asma baru diawal kehamilan, tetap tidak dilepaskan isterinya ini tanpa perhatian. Bukan dia tidak kenal perangai isterinya ini. Selalu sahaja buat dirinya risau dengan sikap lasaknya yang tak makan saman tuh!
   "Ala sayang. Bagi lah abang buat kerja lain. Perah santan tu abang bukan pandai."
   Asma tayang muka selamba. "Nak ke tak nak rendang daging, abang..hmmm."
   Jeffrey bangun. "Alah sayang, jangan la dera abang macam nih. Tak baik tau bulan-bulan puasa dera suami. Abang upkan elaun shopping raya..50%. Ok?"
   Asma angkat kening. Sengih. "Ok. Jangan tipu ke. Tidak, abang kena sumpah jadi santan kelapa nanti."
    "Sampai hati sayang nak sumpah abang jadi santan kelapa."
     "Eh..santan kelapa ok aper. Banyak gunanya tau abang. Lagi-lagi musim nak raya ni. Hot stuff tau tak.  Kalau sumpah jadi hampas kelapa lagi teruk. Jadi makan ayam dengan itik jer. Kesian tuan Jeffrey kalau jadi hampas kelapa tau."
     "Sayang! Nak kena ek." Jeffrey acah mahu mengangkat Asma.
     "Abang, jangan. Puasa ni la. Jangan nak lebih-lebih."
     "Ala, angkat isteri jer pun."
     "Abang tu bukan boleh percaya. Dah jom..turun." Asma tarik tangan Jeffrey.

Jeffrey tala senyum. Rendang didalam kuali yang hampir kering dengan bau yang semerbak dipandang lagi. Dalam hati Jeffrey tahu isterinya ini tidak pernah menghampakan apa juga yang diminta untuk dimasak. 
  Asma yang berdiri di hujung sinki leka membasuh daun limau purut yang akan dicampakkan ke dalam kuali rendang sebentar lagi sempat mengerling tawa. 
   "Jangan tenung lama-lama kuali tu abang. Karang bocor pulak kuali mama tu."
    "Tak per. Bocor abang boleh ganti. Sepuluh abang boleh beli. No big deal, sayang." 
    "Amboi 10 tuh. Kaya kuali lah mama ye. Periuk takkan beli 10 ker abang?" Asma angkat kening.
   Jeffrey tayang cebik. "Boleh jer, sayang. Takat 10 tak der hal." Dah biasa dengan usikan isterinya itu. Jika dahulu memang janggal jugak nak ikut rentak gila-gila isterinya ini. Tapi sekarang, Jeffrey memang dah masak dengan cara Asma yang memang tak akan lepas dari mengusik dan mengenakannya. Tapi itulah yang mengindahkan hubungan mereka berdua. 
   "Eleh, berlagak betul. " Asma campak daun limau purut yang dikoyak-koyakkan dan dibuat tulang tengahnya ke dalam kuali rendang yang rancak mendidih. Tangan hulur sudip ke arah Jeffrey disebelah. " Cik abang, jangan nak jadi mandur ek. Nah, kacau sampai kering betul-betul."
   "Abang kena kacau? Karang hangit macammana, sayang?""
    "Abang makanlah. Abang yang hangitkan. Bukan mama."
   Jeffrey sambut sudip daripada tangan Asma. Kepala digeleng.
   "Apalah nasib tuan pengerusi I & P kena dera dengan bini. Nasib..nasib. Rendang punya pasal...terpaksa ku relakan penderaan ini." Asma tahan senyum. Tangan menepuk bahu suami yang sedang mengacau rendang yang hampir kering. " Bersabarlah ye. Dugaan puasa begini. Pahala bertimbun tu tau tuan pengerusi tolong bini yang hamil nih. Sapa nak bagi. Takder pun Allah potong diskaun." Asma tayang sengih. Jeffrey tarik lembut hidung Asma. "Tengok, nak jugak balas penderaan. Issh..issh tuan pengerusi nih. Mama kena lah panggil tentera-tentera mama tolong jawapnya kan." Jeffrey cebik. "Panggillah. Kita tengok tentera tu nak sokong Jeneral yang mana. Jeneral super handsome dan banyak duit ni ke atau Jeneral garang yang ada belon dalam perut dia nih." Asma tampar berkali-kali bahu Jeffrey. Pecah ketawa Jeffrey.

"KENAPA papa senyum pandang mangkuk rendang kat depan tu mama?" Danish sambut pinggan yang berisi nasi yang dihulurkan mamanya. Dihulurkan pinggan kepada Iffah seperti yang diminta mama. 
 "Oo. Danish jangan tak tahu. Dalam mangkuk tu ada gambar girlfriend papa. Tu yang papa tak henti senyum daripada tadi." Asma angkat kening pandang Jeffrey didepan. Jeffrey tayang senyum. Tak sah kalau tak mengusik abang kan, sayang.  Asma senduk kurma ayam yang dipotong kecil lalu dimasukkan ke dalam pinggan Danish dan Iffah.
"Girlfriend papa, mama?" Iffah menyampuk. Tangan dihala ke mulut yang sedikit ternganga."Papa ada girlfriend ke mama?"
 "Ha'a."
  "Mama tak marah papa ada girlfriend?" Iffah dan Danish tanya serentak.
  "Issh tak. Mama kenal girlfriend papa tu." Asma hala senyum sambil tangan menyuap nasi ke mulut Mia Amanda disebelah. Sebelah tangan hulur kendi pencuci tangan kepada Jeffrey.
  Jeffrey angkat kendi pencuci tangan yang dihulurkan Asma.  Ucapan terima kasih terluncur. Tangan menceduk nasi daripada mangkuk kaca disebelah. Rendang daging dihadapan mata dipandang lagi. Hmmm...sedapnya. Thanks sayang masakkan untuk abang. Tangan capai sudu lalu diceduk seketul daging masuk ke dalam pinggan.Lafaz basmallah teralun perlahan lalu suapan nasi yang digaul bersama cebisan daging yang dicarik mencecah mulut. Mata terpejam sesaat. Allah...sedapnya. Diteruskan kunyahan. 
   "Papa..."
    "Hmmm.." Mata hala ke arah Danish yang duduk di sebelah kanan. Mulut masih terus mengunyah. Sayang, you the best. Sedap sungguh!
   "Betul ke mama kenal girlfriend papa?"
   Jeffey senyum. Mata dibawa ke sebelah. Asma angkat kening. Dicapai gelas air suam. Diteguk sedikit. 
   "Girlfriend papa tu memang mama kenal. Dia memang baik. Dia cantik."
    "Baik macam mama? Cantik macam mama ke papa?"
    Jeffrey angguk.
    "Dia pandai masak macam mama tak papa?" Iffah menyambung tanya. 
     Jeffrey angguk. Bibir ukir senyum.
    "Girlfriend papa tu siapa?"
    Jeffrey memanjang tangan memaut erat bahu Asma. 
    "Nama girlfriend papa tu Dr Noor Asma. Doktor yang paling garang di muka bumi ni tau. Haa...cepat-cepat makan. Siapa lambat makan nanti kena sumpah dengan doktor tu jadi santan kelapa. Habislah kalau kita jadi santan kelapa. Mesti kena masak jadi kari nanti. Kan girlfriend, papa.." Jeffrey kelip-kelipkan mata pandang Asma. Asma simpul senyum. Danish dan Iffah ketawa mengekeh. Mia yang duduk disisi turut ketawa melihat Danish dan Iffah ketawa.

"SAYANG.." Asma toleh kesebelah. Pulang dari terawih, mereka berdua memang suka bersantai di balkoni. Menghabiskan masa berkongsi cerita tentang hari-hari mereka berdua di pejabat dan di klinik. Itu memang rutin sejak dahulu.
"Hmmm.."
"Siti dengan Akhmal pergi umrah dua minggu sebelum raya."
"Oh ya. Wah seronoknya kalau dapat pergi kan abang."
Jeffrey senyum.  Bahu Asma dipaut. Mata hala ke kaki langit.
"Akhmal kata kat abang Siti nak sangat sambut 10 akhir ramadan di Mekah. Akhmal memang nak bawak tapi dia kata  tunggu budak-budak tu besar sikit."
"Bagus Akhmal tu. Macam tu la sepatutnya layan isteri. Berbuat baik dan penuhi keinginan isteri semampu yang boleh."
 Jeffrey toleh pandang wajah Asma. Bibir ukir senyum.
 "Tahun depan, kita pulak pergi,hmmm. Insya Allah. Moga dipermudahkan."
 Asma terkedu seketika. Mata hala ke wajah Jeffrey.
 "Sungguh ke ni,abang?"
 Jeffrey angguk. "Abang dah mintak shikin uruskan."
  Asma ukir senyum manis. Rasa sebak yang bertamu didalam dilepaskan ke tubir mata yang mulai bergenang.
  Jeffrey yang menyedari pantas menyeka denga hujung jari.
  "Aduh, jangan banjir malam-malam ni sayang. Abang tenggelam nanti." Jeffrey cuba bercanda. Jari Asma pantas singgah di lengan Jeffrey. Pecah ketawa Jeffrey. Bibir dikemam memandang wajah kacak berbaju melayu biru disebelah. 
  "Abang, mama nak mintak satu.."
  "Seratus pun abang sanggup, sayang.."
  Asma cebik. Jeffrey ketawa lagi.
   "Abang kena janji.."
  "Hmmm...janji apa.." Ketawa masih belum usai.
  "Jangan buat mama jadi belon lagi tahun depan. Janji tau abang. Tidak, memang mama sumpah abang jadi santan kelapa."
Jeffrey ketawa kuat. Pautan dibahu Asma makin erat. Asma turut ketawa. 
---------------------------------------------------------- 




"APA MUMMY?  Kuih semperit panjang?" Teja yang sedang melipat pakaian Luqman terhenti. mata tala muka mak mertua yang duduk takzim disebelah. Terkejut dengan apa yang baru didengar. Walla laki aku...unsangkarable woo!
  "Ha'a. Tulah favourite dia dari kecil,TJ. Tak boleh tidak mesti ada."
  TJ ketawa dengan kepala digeleng.  Tubuh dibawa berdiri. Baju-baju Luqman yang siap dilipat dibawa ke kabinet dipenjuru katil. "Macam tak percaya jer la mummy. Abang yang nampak urban giler tuh, rambut panjang cecah bahu macho kalah Bront Palare tapi tang jiwa raya punyer la klasik." Baju -baju Luqman disimpan dikemas. Pintu kabinet ditutup kemas. Langkah Teja kembali diatur ke birai katil. Dilabuhkan duduk disebelah ibu mertuanya yang anggun berjubah hitam. 
  "Semperit panjang rupanya favourite abang. Adehai...senak perut ketawa ni mummy. Tolong, mummy. Pencinta semperit rupanya tuan CEO Kiara Arena Holdings tu. Ingatkan abang suka London Almond ker, Chocolate cookies ker, Almond Cookies, Mocca Strawberry cookies ker atau biskut-biskut bunyi omputih yang sewaktu dengannya. Rupanya semperit asli yang jadi pujaan hati." Puan Sri Wafeeqa turut ketawa dengan gelagat gila-gila menantu kesayangannya ini. TJ ni kalau tak buat lawak memang tak sah.
  Bahu Teja terasa dielus lembut. "So, macammana. TJ boleh tak buatkan biskut ni untuk Qif. Kalau tak boleh..mummy order jer. Selalu mak Leha dia yang buatkan untuk Qif. Tahun ni tak dapatlah mak Leha nak buat sebab sibuk nak sambut cucu sulung dia kan. Mummy taknak lah nak susahkan dia."
  TJ paut bahu ibu mertuanya. Sengih dilontar. "Mummy jangan risau,ok. Tanggung beres.  Tahun ni TJ akan uruskan semua hal-ehwal biskut-biskut raya. Kacang jer buat semperit panjang nih, mummy. Yang penting tahun ni abang akan dapat semperit yang special punyer. Resipi rahsia TJ. Dicipta khas buat tuan CEO Kiara Arena Holding. Yang pasti semperit ni nanti sure gempak...sure kebaboom, mummy. Abang gerenti tak kelip mata tengok nanti. Sure makan sampai pengsan..hehehehe." Puan Sri Wafeeqa geleng kepala. Pipi TJ dicubit perlahan. Nakal! TJ ni boleh buat putus urat perut kita dek gelagat luar biasanya yang tak dijangka dek akal.

 "Abang..." Teja bersandar di tepi garaj. 
 Thaqif yang selesai memarkir dua-dua motor digaraj hala senyum ke wajah isteri yang comel berjaket dan jean biru. "Ada apa sayang..." Langkah kedua-dua dibawa ke pintu utama. Thaqif rangkul bahu Teja.
 "Abang, kita dah nak raya nih kan." Pintu rumah dibuka perlahan. Dua pasang kaki melangkah seiring. Tangga ke tingkat atas didaki bersama.
 "Sayang nak duit untuk shopping persiapan raya,hmmm."
 "Issh abang ni. Potong semangat aar. Tunggulah orang habis cakap dulu."
 "Ok..ok. Maaf tuan puteri Harley merah."
 "Belasah kang abang." Ketawa Thaqif terluncur. Pantas diseka dengan tapak tangan Teja.     "Nanti Luke sedar aar, abang.  Budak rambut jagung tu kalau dah bangun susah nak tidur balik. Kesian mummy nanti. Abang tu kalau ketawa mahu runtuh tiang seri." Thaqif angkat tapak tangan paras bahu. Senyum terukir. Tahu sangat dengan sayangnya mummy pada cucu sulungnya itu. Dari mula lahir memang berkepit saja mummy dengan Luke sampai tidur pun dibawa bersama. Cuma bila mahu menyusu sahaja akan dibawa Luke ke bilik mereka. Biarpun dihalang mereka berdua kerana kesiankan mummy dek kelasakkan Luke namun mummy tidak mampu berpisah lama dengan Luke. 
  Pintu bilik diputar perlahan. Dua kaki saling melangkah masuk. Teja tanggal jaket ditubuh. Jaket di tubuh Thaqif turut ditanggalkan. Dibawa jaket-jaket ditangan ke dalam bilik sebelah. Bilik yang memang dikhaskan untuk semua peralatan permotoran mereka berdua. Teja  keluar daripada bilik. Mata hala ke katil. Thaqif dilihat sudah terbaring. Dibawa langkah ke birai katil. Dilabuhkan duduk.
  "Abang.."Bahu Thaqif dielus perlahan. 
  "Hmmm.." Mata yang terpejam terasa tenang dengan elusan lembut tangan isterinya.
  " Mummy beritahu satu rahsia tadi...raya abang mesti tak lengkap dengan satu biskut nih. Betul ek?"
  Thaqif buka mata perlahan-lahan. Dua pasang mata saling berpandangan. Diangkat kepala lalu diletakkan ke riba Teja. Senyum manis terluncur. Teja tarik hidung mancung Thaqif. Mulalah aura manja dia tuh.
  "So...dah tau la biskut raya favourite abang."
  "Yup...unsangkarable betul abang nih."
  "Unsangkarable? Issh..rosak perbendaharaan kata. Kena saman nih."
  "Lawak la tu. Karang panggil ultraman fire abang baru tau."
  "Mulalah aura naga ganas dia nak muncul tu."
  "Tak kenal ke isteri abang ni kan naga jadian."
   Terburai ketawa Thaqif. Tahu sangat dengan sikap selamba Teja.
  "Abang..."
  "Hmmm.."
  "Apa yang special pasal biskut semperit tu."
  "Nak tahu sebab apa abang suka?"
   "Mestilah, bro."
  Thaqif senyum. Dah biasa sangat dengan slanga isterinya ini. "Sebab bila tengok biskut tu, abang ingat motor-motor kesayangan abang."
  Teja kerut kening. Apa kes tengok semperit boleh ingat motor-motor kebaboom dia pulak. Pelik sungguhlah laki aku nih. "Macammana tuh? Apa kaitan semperit dan motor-motor gempak abang?." Teja urut jari ke dagu.
   Thaqif dongak memandang wajah Teja yang seakan sedan memikirkn sesuatu. Jari-jemari yang mengurut dagu ditarik perlahan lalu dibawa ke dada. Senyum kedua-dua bergabung.      "Sayang cuba perhatikan corak biskut tu betul-betul. Kan seakan bentuk tayar. Tayar bagi abang dulu-dulu memang motor la. Mana ada tayar lain dalam kepala selain tayar motor." Teja geleng kepala. Ketawa halus terluncur. "Tau tak dulu abang boleh bawak biskut semperit dan duduk sebelah Yamaha abang. Abang siap tengok semperit, tengok tayar..tengok semperit tengok tayar. Sebab tu setiap tahun memang abang mintak mak Leha buatkan semperit untuk abang. Tak boleh mis." 
  "Habis masa abang merajuk ke Vancouver dulu tuh mana dapat semperit kat sana. Orang putih mana reti buat biskut tradisi kita kan."
  "Alah sayang. Bila semua Malaysian berkumpul kat Rumah Duta Malaysia kat sana, memang ada jer semperit. Kan tu biskut tradisi. Macam yang sayang cakap. So, kalau dah namanya tradisi..mana boleh tinggal. Mesti ada."
  "Ooo..kisahnya." Teja angguk kepala. " Ok takper. Tahun ni biar Teja yang take over buat semperit untuk abang." Tangan elus rambut panjang suaminya yang kemas berikat.
  "Really? Betul ni sayang."
  Teja angguk. Senyum.
  "Yang pasti abang, tahun ni punyer semperit paling gempak...paling kebaboom. Special buat abang."
  "Tak menyusahkan sayang ke ni."
  "Kacang jer la abang. Abang tengok lah nanti semperit ciptaan isteri abang nih. Gerenti all out punyer. Ducati gempak abang tu kalau boleh bersuara pun mahu dia menangis." Thaqif ketawa spontan. Ducati menangis? Sayang ni macam-macam betul.
  "Abang nak tengok boleh?"
  Teja geleng kepala. "Haa...tu memang tak boleh. Ni surprise untuk abang. Nanti kalau abang dah tengok, apa yang surprisenyer. Tak syok aar."
  Thaqif bangun dari baring. Ditegakkan tubuh mengadap isteri yang duduk bersandarkan kepala katil. Senyum dilontar.
   "Bila sayang nak buat?"  
  Puan Sri Wafeeqa angkat dua ibu jari hala ke langit. 
   "Cuba mummy rasa." Teja hulur sekeping semperit yang sudah sejuk ketangan ibu mertuanya. Disambut bersama ucapan terima kasih. Teja hulur senyum manis. 
   Puan Sri Wafeeqa hala semperit yang dihulurkan Teja ke mulut bersama lafaz basmallah.  Dikunyah tenang. Menghayati rasa yang sedang bergumpal didalam mulut. Bibir ukir senyum dengan mata yang bercahaya. "Menantu mummy ni memang hebat. Sedap sangat. Kalau Qif tengok dan rasa ni karang Qif mahu terkejut tak terkata ni. Mummy memang gerenti punyer. Kebaboom punyer semperit nih."
   "Walla mummy. Dah masuk aura rock nih." Teja luncur ketawa. Tangan lincah mencuci semua dulang pembakar yang disusun ke sinki.
   "Dah menantu mummy jiwa rock kan..mummy pun kenalah tempiasnya. Tak kisahlah. Janji iman kental dalam jiwa kan.  Penampilan tu bukan ukuran untuk Dia nilai diri kita. Betul tak, beb?"
   Teja angkat dua ibu jari. "Mummy memang kebaboom. Cayalah." Pecah ketawa kedua-duanya. Bergema diruang dapur.

THAQIF tenang memandang susunan biskut semperit didalam piring yang berada didepan mata. Mata tunak merenung dan menatap isi didalam piring yang buat mata tak berkelip memandang. Dua jari memaut pangkal hidung. Teja yang duduk disebelah berkerut dahi. Apa kes tenung tenung semperit pulak  nih. Takkan marah kut. Oit..ni dah kes berat nih. 
 "Abang.." Dipusingkan kepala menatap wajah disebelah.
 "Hmmm..."
 "Kenapa tak nak makan?"
 "Hmmm...abang sedang berfikir ni."
 Teja kerut dahi lagi.
  "Pasal apa pulak nak berfikir pulak ni abang.Takut tak sedap ya. Oklah kalau tak sudi nak makan semperit ni takper la. Teja tahu semperit Teja tak boleh lawan semperit mak Leha. Esok Teja buang semperit ni,hmmm. Teja buat yang lain. Yang macam mak Leha punyer tu. Nanti Teja call mak Leha mintak resipi,ok?" Teja capai pinggan namun pengelangan tangan dipuat lembut oleh Thaqif. Mata kedua-duanya saling berpandangan. Bibir Thaqif ukir senyum paling manis.
 "Siapa cakap abang tak sudi nak makan semperit yang isteri abang buat dengan penuh ikhlas dan dilimpahi rasa kasih sayang buat abang."
  "Dah abang cakap nak fikir tadi. Kalau dah nak berfikir dengan rezeki depan mata selalunya orang tu takut nak jamah. Mungkin tak sedap. Mungkin tak best rasa dia."
  Thaqif paut bahu Teja yang duduk disisi. Senyum terus bertamu dibibir.
  "Abang cakap macam tu tadi sebab abang sayang nak makan semperit ni. Sayang sangat...sebab abang tak pernah jumpa semperit macam nih. Karang abang makan, mahu sebalang ni. Sayang yang buat memang tak perlu nak persoalkan rasanya...sure kebaboom. Tengok semperit ni je abang dah tau rasanya."
 Teja tepuk dahi. "La, tu ker sebabnya. Setakat sebalang yang habis takder hal laa abang. Teja boleh buat lagi. Senang sangat pun. Abang tak perlu risau"
  "Sayang..."Thaqif angguk senyum dengan jawapan Teja. Makin eratkan pautan dibahu isterinya ini.
  "Yup.."
  "Apa nama semperit special sayang nih?"
  Teja tayang sengih. Mata dikenyit.
  "Semperit Sirap Bandung. Nama tu bersempena warna favourite abang.  Sebab tu semperit ni warnanya macam nih. Tapi...giler cun kan abang?"
   Thaqif cubit pipi Teja. " Bukan setakat giler cun...tapi giler gempak. Semperit merah jambu. Mana pernah dibuat orang. Sayanglah yang pertama."
  Teja tayang sengih.
  "Abang..."
  "Hmmm..."
 "Nanti kita patternkan semperit ni ye...Semperit Sirap Bandung.Semperit yang khas diciptakan buat encik Man Sirap bandung yang giler handsome tuh. Resipi dia pun kita kena patternkan. Bolehkan, abang?" Teja tala senyum. Thaqif pecah ketawa.
 Teja capai sekeping semperit lalu disua ke mulut Thaqif. Perlahan dibuka mulut. Digigit tenang. Mata Thaqif terpejam seketika. 
 "Macammana, abang?" Sedap tak? Lulus tak semperit Sirap Bandung Teja?"
Thaqif tala kenyitan mata.
 "Semperit Sirap Bandung kan?"
 "Hmmm..."
 "Ok tak abang?"
 Thaqif senyum.
 "You're always the best, sayang. Terima kasih untuk semperit yang sedap giler nih."
 Teja angguk.
 "Sayang.."
 "Hmmm..."
 "Jom ajar abang macammana nak buat semperit sirap bandung nih."
 Teja tayang sengih. "Jom." Dua tangan saling bergandingan ke dapur.
 "Sayang..."
 "Hmmm..."
 "Nak upah apa ni sebab buat semperit terbest didunia."
 "Aprilia sebijik. Ok tak,abang." Teja tala senyum lagi. Mata Thaqif bulat.
"What?!!..Aprilia?!!. Ketawa Teja bergema.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...