Tuesday, July 30, 2013

13 Ros Merah - Bab 23

Bab 23
RAHANG DAMIA DAH JATUH. Bijik mata ternganga dengan apa yang terhidang didepan mata. Kepala laju berputar. Saper pulak yang gi tiup seruling sakti mintak benda nih haa. Yang pasti 200 % bukan gua sebab gua memang bukan pewaris seruling sakti puteri buluh betung tuh. Jin seruling salah hantar la ni. Sah dia salah baca poskod. Lu ni tak pakai cermin mata apa Jin. Gi cek la bijik mata lu. Kena pakai spek lu nih aar. 
    Jari telunjuk Damia hala ke kotak sederhana besar bersaiz empat segi yang tegak didepan pintu. Tangan kanan pula pantas melempar ke kiri dan kanan hujung selendang dikepala yang tadinya hanya dibaling ikut dan jer ke atas kepala dek mengejar langkah kaki yang tergesa-gesa ke pintu rumah yang bertalu diseru ucapan salam dan ketukan. Pagi-pagi buta datang rumah gua buat kejutan yang hampir buat gua lompat galah. Dua pemuda yang tersenyum berdiri di kiri dan kanan kotak di pandang satu persatu. Silih berganti. Kata-kata dua pemuda didepannya ini terulang lagi dalam kepala. Biar betul gua yang punyer benda nih!
    "Bro,lu cakap tadi...kotak ni untuk gua? Gua rasa kan...gua rasa laa.. lu orang berdua ni dah salah rumah tak, bro. Gua..gua.." Damia jengah lagi kotak yang berdiri didepan. Dibelek tulisan dan gambar yang tertera di luar kotak. Sah! Kepala digeleng laju. "takder order benda nih, bro. Memang takder. Gua memang pasti. Kerat jari punyer. Sah lu orang salah nombor rumah ni, bro. Baik lu cek balik. Tah tah, awek cun jiran sebelah rumah gua ni yang order." Ibu jari dihala ke sebelah kanan. Mata Damia tengok dua makhluk didepannya ini yang saling berpandangan sebelum tersenyum. Apa kes senyum-senyum. Ingat gua buat lawak ker haa? Gua sumbat lu berdua dalam kotak ni karang baru tau!
   "Cik ni cik Damia Humaira binti Sulaiman. Betul? Sebab, kalau ikut alamat yang ada pada kami ni dah betul la ni rumahnya."
    Oit! Macammana mangkuk dua ekor ni boleh tahu nama kad pengenalan gua. Bahaya ni. Kening Damia dikerut. Dua bijik mata dikecilkan hala ke dua pemuda didepan. 
    "Bro, lu mana tahu nama gua haa? Lu...dan " Jari ditunjukkan ke arah pemuda didepan. satu persatu." lu... skodeng website jabatan pendaftaran negara kan. Lu curi maklumat peribadi gua kan. Baik lu ngaku. Tidak karang, gua amuk lu berdua sampai bersepai nanti." Damia cekak pinggang. Mata dibeliakkan. Gigi diketap. Gua kena nampak ganas nih. Baru mangkuk dua ekor nih ngeri. 
    Dua pemuda didepan dilihat saling berpandangan lagi. Saling mengangkat muka sebelum salah seorang daripadanya menghulur sesuatu yang dibawa keluar daripada belakang tangan kepada Damia. Dengan tangan yang perlahan-lahan menyambut benda yang dihulur, Damia telan liur beberapa kali saat mata dihidangkan dengan sesuatu yang seakan sudah menjawab persoalan yang membelit kepala tentang status kotak besar dihadapannya ini sejak tadi. Jambangan ros merah yang disambut dikira bilangannya dalam hati. Jari hala ke pelipis. Apa kes la lu nih, IFF. Apalah yang lu nak dengan gua ni, mangkuk! Lu tau tak gua ni budak mental dua suku yang paling ganas di alam maya nih. Lu dah lama hidup ker?. Err..Damia tiba-tiba teringat sesuatu. Spontan liur ditelan. Apa la gua lembab ni. Halimunan mana boleh mati kan. Arrggghhh. Gua stress...gua stress! 
    "Cik, kami rasa cik yang salah faham ni. Cuba cik tengok kad putih pada bouquet ni. Mungkin nama pengirim bunga dan kotak ni ada tertulis kat situ." Damia perlahan buka sampul putih yang terletak di tengah-tengah jambangan ros merah. Ditarik kad merah jambu didalamnya. Dibaca satu persatu perkataan yang tertulis. Satu keluhan berat terlepas. Perlahan dimasukkan semula. kalau tidak dibaca pun Damia sudah tahu siapa si mangkuk bertingkat yang menghantar kotak didepannya ini. Dibawa jambangan ke belakang tubuh lalu dihempas ke kaki. Bibir diketap. Eeei, geramnya gua. Kalau gua dapat lu IFF memang patah riuk gua kerjakan lu, Huh!
  "Macammana sekarang nih cik Damia Humaira? Kami kena pastikan cik Damia Humaira terima kotak ni. Tidak nanti, kami kena marah pulak dengan boss kami."
  "Err.." Damia garu kepala.  Mata ketiga-tiganya saling berpandangan. "Gua kena terima ker ni. Kalau pulang balik tak boleh ker, bro?" Mereka saling berpandangan lagi. 
  "Ehem..assalamualaikum." Deheman serta ucapan salam yang memecah sunyi keadaan menyebabkan tiga pasang mata yang saling berpandangan menghala ke arah suara dibelakang. Damia kerut dahi. Salam dijawap perlahan. Mata jatuh pada wajah dihadapannya yang sedang melempar senyum. Apa kes pulak si mata cokolat seksi ni sesat kat rumah gua. Issh, dah la gua pakai uniform tidur malam tadi ni. Habislah rahsia gua tak mandi lagi dengan rahsia sulit uniform tidur rasmi gua terbongkar. Damia hala mata ke pijama biru corak ikon kartun pujaan kanak-kanak. Melihat senyum si mata cokolat seksi yang melebar, Damia ketap bibir. Gelakkan gua la tu. Aper, salahker gua pakai baju tidur Upin Ipin? 
  "Awak?..awak buat apa kat rumah saya pepagi nih? tak keje ker?"
  Iqram senyum kecil.
  "Saya nak ajak awak pergi sarapan. Jom, D. Awak off kan hari ni."
  Damia garu kepala.
 " Macammana pulak awak tau saya off hari ni?"
  Iqram angkat kening. Melihat si pipi merah yang comel berpijama biru lembut corak kartun dua kanak-kanak botak dengan selendang hitam yang membalut kepala yang dililit tak ubah seperti serkup serban, bibir Iqram tak sudah mengukir senyum.
  "Cik Damia..awak dah lupa awak yang beritahu saya malam semalam,hmmm."
  Damia telan liur. Ada ker gua cakap? Issh sejak bila pulak gua kena sindrom pelupa nih ek. Kena telan banyak kismis nih. Tangan terus laju menggaru kepala.
  Iqram hala mata ke arah dua pemuda yang berada didepan pintu rumah Damia. Senyum dihala ke arah kedua-duanya sebelum mata kembali dibawa ke arah si pipi merah.
  " Ni kawan awak ke, D?" Iqram hulur tangan ke arah kedua-dua pemuda didepan Damia sambil tersenyum dan menganggukkan kepala tanda hormat. Huluran tangan bersambut.
   Damia geleng kepala. "Bukan. Dorang berdua hantar kotak ni.." Jari Damia hala ke arah kotak sederhana besar didepan. "Dan yang ni gak.." Jambangan ros merah yang disorokkan dibelakang tadi dibawa ke depan. Iqram senyum. "Hmmm. Siapa yang hantar ros merah tu, D?"
   Damia ketap bibir. Dah tau lagi mau buat hati gua mendidih. Huh!
  Melihat wajah Damia yang merah, Iqram senyum dalam hati.

DAMIA laju suap roti telur kedua yang dah tinggal suku. Dikoyakkan kepingan roti yang masih panas lalu dicelupkan dalam mangkuk kecil berisi kuah dal. Diangkat keluar dari mangkuk lalu dengan tapak tangan kiri serentak diangkat menjadi penahan agar kuah tidak menitik ke lantai meja, tangan kanan yang memegang kepingan roti tadi membawanya ke mulut. Iqram yang menjadi pemerhati daripada tadi...sejak dari kepingan roti telur yang pertama tadi hanya menzahirkan rasa terpesona dengan apa yang dilihat didepan matanya ini didalam hati. Comel!
  Damia terus mengunyah perlahan. Kepala menggeleng perlahan. Peerrgh. Giler best roti telur kat hotel sini. Mabeles tahap giga woo. Err..kalau gua minta seketul lagi agak-agak si mata cokolat seksi ni nanti akan kata gua perempuan yang tak bersopan tak? Tapi gua masih tak kenyang lagi nih.Camner ek. Ahh, gua peduli apa, janji gua setel hal kelaparan gua ni. Lain hal gua tolak tepi dulu. Mata hala ke arah piring kuih karipap didepan si mata cokolat yang masih berbaki separuh. Dia ni perut dia kecik kut. Karipap seketul tuh pun tak habis. Kalau gua tadi, wassalam dah. 
  "Sedap roti telur tu?"
   Damia yang tersentak daripada lamunan mengangguk. Senyum manis dihampar sama. Gua kena senyum madu sebab gua nak pow seketul lagi roti telur nih. "Best giler aar roti telur kat sini,awak. Nanti kita makan kat sini lagi ek. Boleh?" Damia memang tak sangka pulak si mata cokolat seksi ni bawak dia sarapan ke hotel lima bintang yang cukup terkenal di tengah-tengah bandaraya. Macam tau tau jer dia kena belanja gua sebab dia dah kalah teka apa yang si mangkuk IFF tu akan bagi gua hari ni. Selamat poket gua. Ameen..ameen. Kalau mangkuk IFF tu hantar cincin tadi, mahu mampus gua nak cari port lunch baek punyer untuk belanja si mata cokolat seksi nih. Gua takat standard warung dengan gerai oklah. Buatnyer dia mintak makan kat hotel 5 bintang macam nih, mahu puasa gua sebulan. Agak-agak kalau gua paw dia lunch kat sini karang ok tak...hehehe. Mesti boleh punyer.  Dia kan geng makan gua sekarang. Kerat jari weh!
   Iqram angguk. Senyum manis si pipi merah dibalas. "Nak tambah lagi,hmmm."
   "Err.."Damia telan liur. Macammana si mata cokolat seksi ni boleh tau ek gua nak tambah seketul lagi nih."tak..takper ker awak. Awak tak kisah saya makan banyak?"
   Iqram senyum. Tangan diangkat melambai kepada budak lelaki yang pakai uniform hitam didepan. Damia tala sengih. 
  "Apa dalam kotak tu tadi?"
  Damia yang masih mengunyah angkat muka.
  "Kotak?"
  Iqram geleng kepala. Senyum.
  "Yang IFF tu bagi pada awak tadi."
  "Ooo..yang tu. Peti sejuk satu pintu. Comel gak peti sejuk tu letak dalam saya. Pandai jugak mangkuk tu pilih. Gerenti mahal tu awak." Damia ingat tadi dia minta dua pemuda yang menghantar kotak itu tadi untuk mengangkatnya ke dalam rumah. Damia siap minta dua pemuda itu mengeluarkan isi kotak tersebut untuk dia lihat sendiri isinya walaupun sudah diketahui apa isinya berdasarkan maklumat yang tertampal di luar kotak besar itu tadi.
  "Hmmm. Mini fridge. Dapat hadiah mahal. Mesti awak suka kan?"
  "Issh awak ni. Ingat saya materialistik ker. Saya bukan macam tu laa. Tak baik aar awak ni cakap macam tu."  Damia tunduk meneruskan suapan. Iqram gigit bibir. Aduh. Dia sudah silap berkata.
   "D..sorry. Saya tak maksudkan begitu. Saya tau awak bukan macam tu. So sorry, ok."
    Jeda. Damia diam tidak berkutik. Tangan terus laju menyuap roti telur. 
   Iqram kemam bibir. Gosh...what have i done.
   " D..i'm so so  sorry. Please, D accept my apologies, Please?" Iqram angkat dua tapak tangan, dicantum dan dibawa ke dada. 
   Damia angkat muka. "Ok. Dimaafkan. Tapi ingat ek. Kalau awak cakap lagi macam tadi tu, saya patah-patahkan tulang awak." Iqram sembunyi senyum melihat wajah bersahaja si pipi merah walau dalam hati ketawa dah berderai. Kuatnya you nak patah-patahkan tulang i ye D. Sanggup ker you nanti nak patahkan tulang-tulang bakal husband you yang handsome nih,hmmm. Senyum di hati Iqram terus berbunga.
   "Awak.."
   "Hmmm..."
   "Saya sebenarnya kan memang sangat-sangat hairan bin ajaib tau."
   "Maksud awak?"
   "Mana mangkuk IFF tu tau saya memang nak peti ais tu. Kan ker pelik."
   Iqram ketawa kecil. Damia kerut muka.
   "Apsal awak ketawa?"
   "Awak kan kata dia halimunan. Jadi..tak mustahil dia tau apa yang awak mahu kan."
   Damia lempar kerlingan."Perli saya la tu kan." Roti telur yang berbaki sedikit lagi didalam pinggan dikoyakkan lagi lalu dicelup kedalam mangkuk kuah. 
  Iqram ketawa kecil." Tak adalah. Saya kan cuma cakap apa yang saya pernah dengar. Saya tak salah dengar kan. Right, D?"
  Damia lontar jelingan." Yelah...yelah. Saya gak yang salah." Laju tangan menyumbat roti telur ke dalam mulut. Iqram tabur senyum.  Cawan kopi ditarik perlahan. Diangkat lalu disua ke bibir. Diletakkan kembali. Mata hala renungan ke wajah polos didepan yang santai berkemeja putih lengan panjang dan berjeans biru. Tudung berjalur hitam dan biru yang menutupi kepala membuatkan si pipi merah didepannya ini nampak begitu indah di mata.
  "Saya kan awak.."
  "Hmmm.."
   "Fikir jugak nih."
   "Fikir apa?"
   "Apsal si mangkuk IFF tu tak pernah telefon saya ek. Takkan dia taknak tanya pasal benda merah 13 ketul yang dia hantar  hari-hari kat saya tu dah terima ker. Hadiah-hadiah yang dihantar tu saya dah dapat ker. Takkan dia taknak tau kan. Cuba awak fikir."
   Iqram simpul senyum. "Awak nak dia telefon ker. Nak dengar suara dia,hmmm."
    Damia garu kepala. "Err..saya cuma fikirlah. Terpulanglah la dia nak telefon saya ke tidak. Saya tak rugi apa-apa pun."
    Iqram ketawa kecil. "Don't worry,hmmm. I knew he will call  you tomorrow."
    Bijik mata Damia terbuka luas. "Esok? Mana awak tau dia nak call saya esok?"
    Iqram berdehem. Cuba menyembunyikan kalut yang menggegar  dek keterlanjuran katanya tadi. Gosh. What've i said. "Saya agak jer. Well..saya kan lelaki juga. So..more or less the thinking should be the same. Right dear?"
   Damia hala mata ke siling. Tangan laju sumbat roti telur. Iqram ketawa denga gelagat Damia yang cukup comel dimatanya.  
  "Awak.."
  Damia angkat muka. Kening dijongket. Iqram senyum.
  "Any plan for today?"
  Damia cebik. Kepala digeleng perlahan. " Takder. Lepas ni balik rumah. Kemas bilik..kemas rumah..basuh baju..jemur baju...tengok tv...tido...bangun pergi beli makan pastu makan..dan tido balik. Bangun...solat zohor dan sambung tido..takpun tengok channel kartun sampai petang. Nanti Pot balik dia tapaw aar dinner. Takpun kitaorang keluar gi makan dengan Demang. Itu jer la jadual saya hari ni. Harap maklum."
   Iqram ketawa sambil geleng kepala. 
   "Kita pergi satu tempat nak?"
   Damia angkat kening. " Gi mana? Eh...awak kan keje. Jangan ngada nak ponteng ek..saya lanyak awak nanti. Dosa tau tak. Rezeki tak halal nanti."
   "Sayang...i dah apply cuti,hmmm." Mata kedua-dua bertembung . Iqram senyum. Damia telan liur. Walla Pot, si mata cokolat seksi panggil gua sayang woo. Wajib lu pingsan nih kalau dengar....muhahaha. Gua pun macam dah mamai jer...kihkihkihkih.
    "Oit, cepatnya lulus cuti awak. Rasuah boss aper." I'm the boss, sweetheart. Iqram senyum dalam hati. "Saya kan pekerja yang baik. Mesti boss takda masalah nak luluskan cuti saya."
     Damia cebik."Yelah tu."
     "Awak..."
     "Nak gi mana?"
      Iqram senyum. 

DAMIA nganga. Mata terkebil-kebil tengok bangunan banglo tiga tingkat didepan. Kepala menjulur keluar dari tingkap Lexus. Fuyoo. Peerghh. Dasat punyer. Ni dah level istana. Gua wajib sesat cari bilik gua sendiri  ni kalau dapat masuk tempat macam nih. Damia laju pusing kepala memandang ke sebelah. Si mata cokolat seksi dilihat tenang menanggalkan tali pinggang keledar. Mata kedua-duanya bertembung saat si mata cokolat seksi menoleh ke sebelah. Bibir cantik itu Damia tengok tersenyum. Seksi jugak bibir mamat nih. Walla. Apsal gua tak perasan ek selama nih. Issh..apa mata gua nih. Mangkuk tol aar. Haram..haram.
   "Jom.." Iqram tabur senyum. Si pipi merah dilihat seperti sedang sesat di alam fikiran. Dua jari dipetik ke arah wajah polos didepan. "D..D?"
   Damia tersentak. Dua bijik mata terkebil-kebil lihat jari Iqram sedang melenggok-lenggok didepan matanya. Deheman dilepaskan. Walla apa barang gua boleh kantoi nih. 
   "Err..awak.."
   "Hmmm..."
   "Ni...banglo saper nih?" Jari telunjuk Damia lurus hala bangunan tiga tingkat didepan.
   Iqram senyum.
   "Rumah saya. Jom." Iqram kenyit mata.
   Damia buntang bijik. Kepala rasa berpinar-pinar. Gua..gua salah dengar ke ni Pot.

Friday, July 26, 2013

13 Ros Merah - Bab 22

Bab 22
"BUSINESS PREASURE ni ada di semua cabang industri, Fir.  Semua pemain industri mengalami cabaran ni. Tak terkecuali industri automotif atau kalau kita boleh lihat dalam skop yang lebih besar industri pengangkutan negara kita." Iqram tenang berbicara setenang ayunan kaki yang melangkah keluar dari bilik mesyuarat. File putih nipis dijinjing di tangan kiri. Firdaus disebelah yang ikut melangkah jeda menjadi pendengar sejak tadi. Kesemua wakil jualan dan para pengurus kanan jualan sudah lama meninggalkan bilik mesyuarat sebaik sahaja mesyuarat tamat. Yang tinggal cuma Iqram dan Firdaus yang selalunya akan berbual lanjut setiap kali selesai mesyuarat bulanan dengan para pengurus kanan jualan dan wakil-wakil pengedar. Sesi bedah siasat. Itu yang papa selalu ajar pada Iqram. Maklumbalas dari para pengurus kanan dan wakil-wakil jualan adalah maklumat penting untuk syarikat mengetahui dan mengukur prestasi jualan bulanan. Dan setiap suku tahun akan diadakan pemilihan jurujual terbaik. Strategi untuk memberi motivasi dan galakan kepada para jurujual syarikat untuk berusaha meningkatkan jualan mereka.
   "Walaupun kita ni syarikat besar dan cukup kukuh didalam pasaran, kesannya tetap ada, Fir. Industri automotif kita sekarang berdepan dengan keadaan pasaran kereta tempatan yang matang. Buktinya...pertambahan ketara bilangan kenderaan tempatan di jalan raya kini." Firdaus laju mengangguk. Setuju dengan kata-kata Iqram. "Aku fikir kita kena ada perancangan yang lebih mendahului pesaing kalau nak bersaing dalam pasaran yang dah masuk ke tahap matang. Strategi kita kena memberikan nilai tambah kepada pembeli. Perkhidmatan lepas jualan yang meluas geografinya macam yang para pengurusan jualan  suggest tadi aku kira boleh kita perhalusi. Aku cadangkan kita buat satu sesi dengan budak-budak sales dan budak-budak services. Let us brainstorm their ideas. I knew they have a lot to be discuss. At the end of the session we come out with list of action, Iq." Iqram angguk. Bahu Firdaus ditepuk. " Kau uruskan sesi tu. Maybe do it at a very ease and light place. Jangan dalam bilik mesyuarat. Aku mahu sesi tu nanti tak nampak official. Aku nak budak-budak kita relax. No stress situation." Firdaus angkat ibu jari kanan. "Fantastic idea, Iq. Don't worry, aku uruskan." Langkah kedua-duanya menghampiri meja Jijie. Iqram berhenti. Firdaus turut sama memakukan langkah. Bibir lempar senyum pada setiausaha Iqram itu. Jijie bangun. Senyum. 
     "Awak dah uruskan benda yang saya minta pagi tadi, Jijie?"
      Jijie angguk." Dah, encik Iqram. Saya dimaklumkan dah diterimapun sebentar tadi."
      Iqram senyum. Kepala mengangguk. "Good. Thanks, Jijie. I'll let you know tonight the item for tomorrow delivery." Firdaus angkat kening pada Jijie. Senyum Jijie menguntum lebar. Iqram yang melihat reaksi Firdaus hanya tersenyum. Langkah diteruskan ke hadapan. "Iq, jap aku nak ke gent. Nanti aku masuk. " Iqram lambai tangan tanpa memusingkan tubuh. Firdaus tengok langkah Iqram. Jijie turut sama memerhati dengan riak wajah penuh tanda tanya. Sebaik sahaja Iqram melangkah masuk ke dalam bilik dan menolak pintu dari dalam, Firdaus mendekatkan wajah ke arah Jijie.
    "Jijie..."
    Jijie labuh duduk. Dahi dikerutkan. " Ada apa ni, encik Firdaus."
    "Benda apa Jijie yang Iq suruh you uruskan." Jijie angkat kening. Sengih. Ooo, ini yang dia kepoh nak tau.
    "Apa lagi. Cam biasa ler encik Firdaus. Dia yang ajar pakcik tu, dia tanya kita balik pulak. Sengal laa encik Firdaus ni. Betul-betul kura-kura dalam speed boat."
     Firdaus kerut dahi. " Apa tu. Saya tak faham."
     Jijie tepuk dahi. " Apa punyer slow laa. Misi 13 Ros Merah tu ler. Aparaa encik Firdaus ni. Lupa mengalahkan warga emas."
      Firdaus tepuk dahi. Langsung terlupa akan misi Iqram yang sedang berlangsung. Misi yang dia sendiri menjadi pencetus ilhamnya. Misi memikat si pipi merah dengan 13 Ros Merah. Kelakar jugak bunyinya. Firdaus gelak dalam hati. Lantak kau la Iq. Asal kau happy, bro.
      "Hari ni Iq suruh awak hantar hadiah apa dengan 13 Ros Merah tu?"
       Jijie geleng kepala. Lima jari dikuncupkan lalu dihala ke bibir. "Muaahhh. Best punyer encik Firdaus. Bertuah la cik Damia Humaira tu kan. Kalau saya dapatpun melompat tak terkira. Mahal tu. Sapa tak nak."
       "Apa yang Iq suruh awak hantar?"Firdaus ikut teruja melihat reaksi Jijie.
        "iPhone 5. Siap suruh saya pastikan dalam iPhone tu installed semua software terkini tu. Baguslah boss, encik Firdaus. Tapi kan yang paling kelakar, encik Firdaus.."   Jijie ketawa perlahan dengan tapak tangan menekup mulut. Bimbang jika ketawanya nanti didengar Iqram. Mahu mampus kena mengadap!
         " Apa yang kelakarnya, Jijie." Firdaus sudah memotong kata-kata Jijie.
         "Boss suruh saya pastikan dalam iPhone tu ada installed candy crush saga."
         "Candy crush saga? Apa menatang tu, Jijie." Firdaus kerut dahi.
          Jijie geleng kepala. "Tu pun tak tahu. Duduk dalam gua aper encik Firdaus ni."
          "Amboi mulut awak."
           Jijie gelak.
           "Games la encik Firdaus."  
           Mata Firdaus terbelalak. "Games? Iq suruh awak installed games?"
           Jijie angguk. Gelak lagi. 
           "Ha'a. Pastu boss minta saya ajar dia macammana nak main candy crush saga tu. Adehai. Senak perut saya gelak bila ingat balik kata-kata encik Iqram semalam. Tapi nak gelak depan dia tak berani la saya encik Firdaus. Menempah lubang kubur sendiri jawapnya. Karang masa lunch saya kena duduk dalam bilik boss."
          "Buat apa?"
           "Buat apa lagi encik Firdaus. Ajar boss mcammana main candy crush saga tu laa. Nasib baik boss belanja. Mintak saya pesan apa jer untuk lunch nanti." 
          Firdaus tayang sengih."Jijie order lebih tau. Saya nak joint sama. Kena belajar ni. Mana boleh bagi Iqram jer tau main. Nanti awak install kan dalam iPhone saya ye."
          Jijie cebik. "Sengal laa encik Firdaus ni."
         Firdaus kenyit mata. Langkah dibawa laju ke arah bilik Iqram.

DAMIA DAN POT SALING MEMANDANG. BIJIK MATA TERKEBIL-KEBIL. Pot tayang sengih dengan mata hala ke meja kopi didepan. Damia yang bersila disofa bawa tangan ke kepala. Laju menggaru. Dahi turut sama berkerut.
       "Masak gua ni, Pot. Masak, gua."Damia lepas keluhan kecil. Bingung. Sudah tiga hari berturut-turut dia menerima kiriman 13 Ros Merah dari pengirim yang hanya menulis "IFF" dihujung setiap kad yang dilekatkan bersama jambangan bunga. Issh, misteri betul la mangkuk IFF ni. Halimunan betul laa. Macam mana pulak dia tau gua ada sebut nak iPhone 5 ni. Gua cuma main-main jer cakap dengan cik mata cokolat seksi tu semalam. Eh, IFF..lu ada ek dalam Lexus tu semalam.
       "Apa pulak. Dah makhluk halimunan tu kasi, lu rembat jer la. Gerenti lu ada cakap ni kan." Pot ingat semalam bila Damia cakap dia suspek IFF tu halimunan sebab macam tau-tau jer dia mintak ferrero rocher. Giler banyak punyer ferrero rocher Damia dapat. Sekotak besar! Ada seratus ketul tu. Peergh. Kenduri ferrero rocher dorang berdua semalam. Dan hari ni pulak, Damia dapat kotak berisi iPhone 5 pulak. Damia yang terima kiriman ni tadi. Siap menjerit  dari tingkat bawah panggil Pot. Terkejut beruang Pot. Ingatkan ada penyamun masuk rumah ker. Bila dia tayang jambangan ros merah yang Pot memang confirm 13 ketul, dah syak dah mesti orang yang sama hantar. Hai D...lu dah ada peminat misteri ni. Apa orang putih panggil secret admirer. Cewah..hikhikhik. Tapi ni bukan cekai punyer peminat misteri. Loaded ni gua rasa. Tidak, takkan kirim 13 Ros Merah hari-hari. Bouquet ni mahal ni. Dah tu siap bagi hadiah pulak tu. Semalam seratus ketul ferrero rocher. Hari ni iPhone 5. Esok? Haa...gua tak tau. Jap nanti gua nak tanya D.
      Pot capai kotak warna kelabu empat segi didepan yang sudah ternganga. Dipusing-pusing.Mata dikelip-kelip. "Giler gempak lu dapat ni, beb. Walla weh." 
      "Wak lu la gempak. Gua risau ni beb. R-I-S-A-U. Tau tak?"
      "Apa pulak nak risau. Bukan lu curi pun, beb. Orang...eh eh silap." Pot hala sengih pada Damia. "Halimunan bagi sebagai hadiah...hehehe." Damia tolak siku ke perut Pot. "Lawak la sangat ek. Lanyak lu karang."
     Pot ketawa. "Weh weh, relax aar beb. Ni..ni.." Jari runcing Pot hala ke pembalut iPhone 5. "tengok ni. Siap nama lu tu diukir kat cover iPhone ini. Walla. Guling-guling punyer terharu gua kalau dapat macam ni. Punyer romantik la IFF ni beb. Eh, halimunan pun romantik ek beb. Lu try tanya dia ada kawan tak. Introduce kat gua jadi boyfriend angkat gua. Boleh aar gua mintak macam-macam. Tapi gua nak halimunan yang hensem aar. Yang muka pelik..muka pecah rumah kirim salam aar. Gua pun nak tengok pemandangan yang menyegarkan bijik mata...hahaha."
     "Banyak lu punyer boyfriend angkat. Nak halimunan muka handsome laa. Yang menyegarkan bijik mata laa. Lu memang sengal aar Pot. Benci, gua. Bukan nak mendamaikan jantung gua yang macam nak tertanggal ni. Lagi lu jadi ejen penyakat adalah. Harus gua berhentikan lu serta-merta daripada jadi gurdian angel gua."Ketawa Pot bergema lagi.   
      "Beb..."
      "Apanyer.."
      "Agak-agak...lu rasa esok lu nak apa?"
      "Gila aar lu nih, Pot."
      "Eh, dengar nih. Gua nak pastikan sesuatu."
       "Amendenyer yang lu nak pastikan. Weng aar lu ni.
       " Sekarang ni kalau apa yang lu nak esok betul lu dapat beb..sah. Memang sah! IFF tu ada kuasa mistik!" Damia telan liur. 
        "Kuasa mistik?"Pot tayang wajah serius dengan kepala diangguk.
         " Habis aar gua camni, beb." Damia goncang tangan Pot. "Beb, lu kena tolong gua. Kena, beb. Lu guardian angel gua, beb."
          "Jap, gua fikir." Pot ketuk jari ke dagu. Damia kebil mata memerhati.
         "Jom, kita cari bomoh."
          "Bomoh?! Buat apa cari bomoh?"
          "Nak mintak tolong settlekan masalah besar lu aar beb. Lagi mau tanya."
           Damia tepuk dahi.
          "Apa punyer mangkuk idea lu ni Pot. Akai mana letak. Lutut pinjam ker? Tu syirik tau tak. Syirik tu sekutukan Allah. Nak kena humban dalam neraka ker."
          "Err..."Pot gigit bibir. "Ampun. Maaf zahir batin, beb."
           "Wak lu laa zahir batin."
           Pot tayang sengih kembali. "Habis camner ni, beb. Masalah dalam negara kasar ni beb. Leh masuk parlimen ni."
           Damia lepas nafas. Keluhan berat terhambur. "Ntah. Gua tengah otak zero sekarang. Gua tak boleh fikir. Nanti gua ada idea gua kasi tau lu. Nak harap kan lu..memang hampeh. Banyak lu punyer masuk parlimen. Lu memang nak makan seligi gua aar. Pot." Damia hala siku ke arah Pot. Laju dielak. Pecah ketawa Pot.
           
IQRAM SENYUM. Mata hala ke arah si pipi merah yang sedang menulis sesuatu di kaunter farmasi. APAC sedikit lengang kerana malam yang makin tua. Ekin dan seorang pembantu jualan yang sedang menyusun barangan jualan dicermin kaca hadapan APAC dikerling sekilas.
   Damia letak pen. Mata diangkat memandang muka si mata cokolat seksi didepan yang cukup hampir dengannya. Damia perhati betul-betul wajah lelaki didepannya ini. Hmmm..seksi jugak muka mangkuk ni. Apsal gua tak perasan selama nih ek. Issh..rugi betul gua tak tenung dia lama-lama selama ni.
    "Awak..."
    "Hmmm..."
     "Dengar tak apa saya cakap tadi."
     Iqram angguk.
     "Jadi macammana sekarang ni? Issh..saya dah risau la awak. Tah si IFF ni ada kuasa mistik."
     Iqram tala mata ke wajah mulus didepan. "Kuasa mistik? Apa tu?"
     "Ala awak ni. Semua pun tak tahu aar." Damia hala langkah keluar dari kaunter farmasi. "tu lebih kurang macam ada...ada..."Dua jari saling berlaga. Iqram ikut langkah Damia yang menghala ke rak shampoo dibelakang. " haa..macam magik. Macam dia tu ada kelebihan yang tak ada pada oranglain."
      "Meaning IFF tu awak cakap ada magic. Magic yang macammana?"
      Damia buka kotak berisi stok syampoo yang belum disusun. Diangkat 3 botol lalu disusun mengikut label yang tertera di lantai rak kaca. Iqram ikut sama mengambil 3 botol syampoo daripada dalam kotak. Dihulurkan kepada Damia. Senyum kedua-dua saling berbalas. 
    "Magik si IFF ni...macam dalam kes saya ni la kan...dia macam boleh baca apa yang ada dalam kepala saya ni laa. Awak tengok jer la. Saya dapat 100 ketul ferrero rocher semalam.  Hari ni iPhone 5. Kan dua-dua tu memang saya ada sebut. Walhal awak, saya main-main jer. Awak pun tahu kan saya ni sengal sikit. " Iqram senyum. " Awak pun dengarkan. " Iqram angguk. Senyum terus bertamu. Tubuh membongkok. Dicapai 3 botol lagi syampoo daripada dalam kotak. Tangan terus menghulur syampoo kepada Damia. "Esok..tah apa pulak. Aduhai. Risau saya la awak dengan IFF ni."
      "Dia suka sangat pada awak tu, D."
       "Sengal la awak ni. Saya serius tau tak."
       Iqram senyum. "Jangan fikir benda buruk. Tak elok. Hmmm...esok awak nak apa?"
       "Ntah la. Saya pun dah seram jer dengan mangkuk IFF tu. Dah saya tak tahu dia saper kan." Damia hala mata sekilas ke arah sebelah. Pandangan mereka bertembung seketika. Dan orang disebelahnya ini tayang senyum yang...peergh...sweet aar lu, bro. Kalau lu IFF tu kan bagus wahai si mata cokolat seksi. Deheman si mata cokolat buat Damia tersentak. Sengih ditayang. Cover malu yang dah besar kalah stadium Wembley. Issh...macamnmana gua boleh kantoi berangan lak ni. Syohh, syohh. Tangan kembali pantas menyusun syampoo.
       Iqram ketawa dalam hati melihat telatah lucu D. D...D, kalau la awak tau sayalah IFF ni macammana la nanti kan D. Tolong jangan karate saya ye D. Senyum di hati Iqram terus mekar.
      Damia hala langkah ke arah rak perapi rambut di sebelah. Tubuh dibawa mencangkung. Iqram ikut sama.  Damia buka penutup kotak.
      "D..."
       Damia angkat muka. Senyum. "Yup."
      " Esok awak nak apa. Kita tengok si IFF tu bagi yang sama ke tidak."
       Damia kerut kening. "Mana awak tau dia akan bagi saya something ke tidak."
       "Err..well dah dua hari kan dia bagi awak hadiah. Dan kebetulan sama pulak dengan apa yang awak minta. So saya assume dia akan bagi awak something la esok. Saya agaklah kan. Maybe i'm wrong. Sapa tau kan,hmmm."Iqram tengok wajah Damia. Please..please...don't let her suspect anything yet. God please..not yet. 
       Damia angguk. Tangan pantas keluarkan tiub-tiub berisi perapi rambut daripada dalam kotak.
       "Awak ada cadangan untuk esok?"
       Iqram yang turut sama membantu mengeluarkan tiub-tiub perapi rambut memandang sejenak ke wajah polos didepan.
       "Hmmm...well. Saya tak boleh nak baca fikiran awak sebab saya takder kuasa mistik."
        Damia lontar kerlingan. Iqram tala senyum.
        "Ada jer yang nak kena lempar keluar pintu kaca APAC ni karang."Damia mengacah mahu melempar tiub perapi rambut ditangan ke arah Iqram. Laju Iqram mengelak. Bibir ukir senyum. Damia lontar jelingan. Pecah ketawa Iqram. "Ok ok. Jangan marah la cik Damia. Hmmm. Let me suggest.  A ring maybe. Perempuan kan suka barang kemas. Awak pun tak ada kan. Tengok jari kosong jer."
        Damia cebik. "Saya mana pakai cincin. Kalau pakai pun nanti bila kahwin la. Cincin risik la, cincin tunang la, cincin akadnikah la. Giler banyak tu. Sekali pakai, 3 terus."
        Iqram senyum lagi. 
       "Mana tau dia nak bagi awak cincin tanda perkenalan."
       "Haa bagus jugak ek idea awak. Aparaa. Mana ada laa awak cincin tanda perkenalan. Ni stail baru haper."
         Iqram senyum. " Ok kan."
        "  Tengok jer la esok camner. Samada saya terima tak lagi benda merah 13 ketul tu bersama hadiah misteri ye. Kalau dia hantar cincin. Saya belanja awak makan. Kalau sdia hantar lain awak kena belanja saya makan. Baek punyer tempat tau, bro. Ok?" Damia tayang sengih.
            Iqram angguk. Senyum makin manis. Kepala laju berputar. Just wait sweetie. Surprise..

Wednesday, July 24, 2013

13 Ros Merah - Bab 21

Bab 21
DAMIA TENUNG JAMBANGAN bunga ros merah ditangan Pot yang tersengih macam tiram terlebih masak didepan pintu. Siap buat aksi angkat-angkat kening lagi. Kepala yang tadi laju menggosok kepala yang masih basah dengan tuala mandi tiba-tiba terhenti dek ketukan bertalu-talu di luar pintu bilik. Pot memang juara kalau buat huru-hara kat rumah ni. Macam nak runtuh pintu bilik gua digegar. Mata hala lagi benda merah yang dipegang Pot.
  "Peewittt..."Bibir dimuncungkan. "Beb, ni lu dapat bunga ros merah gempak dari Demang ek. Walla jiwang paku karat jugak tok Demang lu tu ek. Unsangkarable betul gua...hehehe. Ni..." Telunjuk Damia hala jambangan ros merah ditangan Pot. "lu nak tayang kat gua la tu kan. Nak berlagak ek. Nak kasi gua jeles dewa. Camtu...kan?" Damia tayang sengih." Tu yang lu gegar pintu bilik gua macam nak bom bangunan. Kalut la lu ni, beb. Tau la bunga ros merah ni giler mati punyer cun. Mahal ni, beb." Tangan Damia elus kuntuman ros merah ditangan Pot. "Tapi...apa barang gua nak jeles. Gua bukan kekasih kelabu tok Demang lu tu aar beb. Apa standard nak jeles-jeles pasal benda merah ni. Buang masa berharga gua jer. Lagipun gua taknak bermadu. Gua tak suka manis-manis ni. Menjejaskan kesihatan." 
   Pot sengih. "Banyaklah la punyer menjejaskan kesihatan. Eh..tapi kan...ok gak tu kita bermadu beb. Lu jadi yang tua la. Gua cop jadi yang muda...boleh manja lebih. Gedik terover pun takper sebab gua bini muda. Lu yang tua kena beralah ler."
  "Sengal aper lu. Gua tak main aar tok Demang tok  Demang nih. Gua nak cari datuk bendahara sri paduka raja. Tu lebih kaya dari tok Demang. Lu pun tau kan gua ni kan materialistik..muahahaha." Damia balas sengihan. Pot lepas dengusan. "Nak menang jer ek. Malas gua layan lu nih. Wat merosakkan kestabilan emosi gua jer. Eh beb...mana ada datuk bendahara sri paduka raja zaman ni. Ingat ni zaman Bendahara Tun Perak aper.  Mental aar lu ni." Damia ketawa lepas. Pot selamba tolak tubuh Damia yang berdiri ditengah pintu yang terbuka sedikit. Tangan Pot tolak luas pintu bilik Damia. Tubuh Damia yang tersandar dengan mulut ternganga dibalas dengan sengihan lebar. Selamba kaki dibawa melangkah masuk sambil berlenggang. Damia geleng kepala. Tangan gosok tuala di kepala. Bibir diketap. Samseng kerepek pisang betul laa Pot nih. Main redah jer masuk istana hinggap gua. Ciss, bedebah betul! 
    Damia ikut langkah Pot daripada belakang. Pot hempas tubuh di katil Damia. Mata hala ke arah Damia yang tegak berdiri didepan sambil gosok tuala di kepala. Jambangan ros merah dihala ke arah Damia. "Nah, ambik nih."  Tangan Damia tolak jambangan. "Issh..apa kes bagi kat gua. Lu punyer kan."
   "Beb, apa barang gua dapat bunga cun kebaboom macam ni nak tayang kat lu. Hilanglah nilai esklusif bunga tu. Baik gua simpan dalam bilik gua jer tadi." 
   Damia cebik. "Banyak la esklusif lu. Takat dapat bunga nak ada nilai ekslusif bagai memang lu nak maut dengan gua." 
    Pot ketawa lepas. Damia geleng kepala. Tangan menarik leher kerusi meja hiasan. Tubuh dihempas ke lantai kerusi.
    "Eh..cer citer...ni apahal pulak bunga merah lu ni bawak masuk bilik gua."
    "Ni lu punyer laa. Nah, ambik ros merah ni." Pot hulur lagi  jambangan ros merah ke tangan Damia.
   Kening berkerut. Mata Damia mencacak hala jambangan ros merah yang dihulur Pot sebelum kembali melata pandangan ke muka Pot. "Gua punyer? Benda merah ni.." Jari telunjuk Damia hala ke jambangan ros merah ditangan Pot. " gua punyer? Biar betul lu beb. Issh...lu nak main-mainkan gua pun tengok benda jugak la beb." Damia bangkit daripada duduk. Dibawa langkah ke katil. Dilabuhkan duduk disebelah Pot.
   Pot lepas nafas. Orang bagi dia bunga giler mati pun cun macam ni pun tak caya. "Ekeleh..memain ke mende pulak ni. Ni lu punyer aar beb. Saper lagi nama Damia Humaira binti Sulaiman dalam rumah ni. Gua ker lu. Cer cakap. Ni, cuba tengok nama kat sampul putih. Kan nama lu. Mangkuk kristal betul lu ni. Buta huruf rumi apa lu ni." Damia ketap bibir. Bedebah punyer Pot. Kutuk gua depan-depan tu. Pot letak jambangan ros merah ke tangan Damia. "Nah ambik. Taknak gua ambik karang."Nak tak nak, Damia ambil juga jambangan yang dihulur Pot. Mata terjun memandang kuntum ros merah yang sangat cantik. Jari-jemari mengira. Kening berkerut. 13. Mata membulat seketika. 13? IFF? Makhluk asing tu ker lagi? Aduh, masak gua ni. Dia  tahu mana gua tinggal. 
    Pot angkat kening sambil tersengih pandang Damia."Lu diam-diam bercinta ek beb...hehehehe. Sekarang dah kantoi depan gua. Cepat cakap kat gua saper datuk bendahara sri paduka raja lu tu."
   Damia lepas keluhan. Runsing dalam kepala masih menekan. "Mana ada laa. Apa barang pulak gua nak bercinta bagai. Buang masa gua je. Tah mangkuk mental mana yang hantar benda ni kat gua."
      "Dah tu..pasaipa lu dapat bouquet 13 ros merah cun giler ni. Mahai woo bouquet macam ni. Mesti ada makna angka 13 tu."
       Damia bulat mata. " Lu pun tau 13?"
       "Yelah. Gua kira tadi. Gua rasa orang yang bagi ni mesti ada agenda dia kat lu beb."
       "Agenda? Issh...lu ni wat takutkan gua jer. Dah la semalam gua dapat benda macam ni gak . 13 gak."
      Giliran mata Pot membulat. "Semalam lu dapat jugak macam ni?" Damia Angguk." Gua rasa makhluk asing yang sama la beb." "Makhluk asing? Mental apa lu beb. Mana ada makhluk asing dalam dunia ni. Mengarut ja."
     Damia dongak kepala ke siling seraya lepas keluhan panjang. Kembali ditundukkan kepala memandang Pot. "Manusia mana ada nama IFF la beb. Tu kan macam code nama." Rahang Pot jatuh. "IFF? Pasaipa macam code mentol lampu je. Tokei kedai mentol apa yang nak usha lu ni beb..hehehe."
     "Banyak lu punyer tokei kedai mentol. Ingat gua ratu mentol aper. " Pecah lagi ketawa Pot.
     " Beb.." Pot jala sengih lagi. " satu lagi gua nak kasi tau lu nih.. bouquet ros merah ni datang dengan sebuah kotak tau beb. Kotak hadiah gua rasa sebab siap reben bagai..peergh berkarat punyer jiwang woo orang yang hantar benda tu kat lu tu." Damia nganga sesaat. "Kotak hadiah? Besar?" Pot angguk. Laju. " Besar gak. Jap jap gua ambik ek. Tadi tak larat nak angkat dua-dua. Almaklum gua kan mana boleh angkat benda berat-berat. Jaga kesihatan." Damia cebik. Mata diguling memandang siling. Pecah ketawa Pot.
    Mata Damia dan Pot saling berbalas pandang sebelum jatuh ke kotak empat segi sederhana besar yang berada didepan mata. Damia garu kepala yang tidak gatal. Apa benda ni ek. Dalam kotak pulak tu. Bom ikan ker? Issh..tak kut. Gua takder bermusuh dengan penangkap ikan haram.
   "Bukak laa kotak ni beb. Gua pun teruja nak tau isi dalam kotak nih. Mana tau ada mas seketuk ke. Makcik kayo lu beb..hehehe." Pot tayang sengih.
    "Banyak lu punyer mas seketul. Sewel apa orang nak bagi gua mas."Damia masih membelek kotak berwarna coklat muda yang berbalut cantik dengan diikat reben coklat tua. Issh..pelik-pelik la orang sekarang nih. Tak kenal orang boleh pulak bagi hadiah kat orang tu. Tangan garu pelipis. Tadi benda merah. Ni benda coklat pulak. 
     "Ekeleh jawapan karat betul lu ni. Mana aar gua tau. Kut lu ada peminat misteri tegar yang sanggup bagi apa-apa jer yang mahal buat lu. Lu kan cakap tadi lu materialistik. Ha..beb.." Pot tepuk bahu Damia dengan mata yang teruja. "Ni tok Bendahara Sri Paduka Raja versi moden kut yang bagi kat lu."
     "wak lu laa. " Damia hala siku ke perut Pot. Berderai lagi ketawa Pot.
      Jeda sejenak. Damia kembali menggaru pelipis. Mata pusing memandang Pot disebelah. 
     "Saper ek yang hantar benda merah  dan benda coklat ni beb?"
      Pot tepuk dahi sebelum tangan menghala sampul putih yang terlekap di jambangan ros merah. "Dalam tu jawapannya . Bukan tertulis kat muka gua ni." Damia guling mata ke siling sbeelum tangan laju tarik sampul yang melekat dijambangan. Dibuka berhati-hati. Yang pergi gam buat apa. Ni bukan urusan seri paduka baginda laa. Mangkuk betul tukang tulis kad ni!
     Rahang Damia jatuh lagi. Mata terkebil-kebil dengan kad yang masih kejap ditangan. Pot hairan tak terhingga. Dipanjangkan leher dan kepala sedikit menjengah isi kad. Mata ternganga. Mulut Pot pun ternganga. 
     IFF!
    
 "SAYA RASA IFF TU HALIMUNAN LA, AWAK." Damia geleng kepala. Sungguh dia terkejut bercampur hairan. Macammana pulak makhluk asing mangkuk tu tau gua nak ferero roche. Sah dia ada bertengek kat telinga gua masa gua cakap pasal coklat peberet gua tu dengan orang sebelah gua ni. Tadi masa Damia tunggu bas kat simpang rumah untuk ke APAC, si mata cokolat seksi ni dengan Lexus seksi dia tetiba berhenti depan bus stop. Bila Damia tanya dia dari mana, kata orang sebelah Damia ni, dia baru balik meeting dan kebetulan lalu kat sini. Ekeleh jawapan cover baek punyer. Apa barang lu meeting area ni. Ni kawasan perumahan aar,bro. Sah lu skodeng gua kan. Lu kalau suka gua baik lu cakap cepat bro. Karang lu melepas, jangan meraung lak.  Gua sekarang kena usha dengan si IFF makhluk asing tu. Dia dah dua kali hantar 13 ros merah tu kat gua. Hari ni siap bagi sekotak isi beratus ferrero rocher, bro. Macam dia tau tau ja tu peberet gua. Gua boleh makan sampai pengsan kekenyangan tu. 
   Damia, boleh tak lu jangan perasan. Lu ni mental aper! Kepala digaru. Gua kan rasa jer. Mana ada gua perasan. Gua pun tau aar. Orang sebelah gua ni mana padan dengan gua. Dia ada Lexus seksi. Gua...gua cuma ada bas Leng Seng jer.  
   Iqram sembunyi senyum. Tangan tenang mengemudi stereng. Sesekali mata mengerling si pipi merah disebelah yang sedang memandang ke luar tingkap. Awal pagi tadi diarahkan Jijie menguruskan penghantaran jambangan 13 ros merah beserta sekotak besar berisi seratus biji ferrero rocher. Yang penting Iqram mahu si pipi merah terkejut bercampur suka. 
   "Kenapa awak cakap macam tu."
    "Yelah. Kan saya cakap kat awak tadi. Mangkuk tu hantar 13 ros merah macam semalam tu ke rumah saya. Rumah saya tau awak. Maknanyer di tau mana saya tinggal." Iqram senyum dalam hati. Nak ketawa pun iye bila D sebut  Iqram "mangkuk" tadi. "Tu satu. Satu  lagi...hari ni dia hantar bunga ros merah tu dengan sekotak coklat peberet saya. Saya dengan Pot tadi siap kira. 100 ketul ferrero rocher awak tau. Cuba awak cakap kat saya ek mana dia tau saya suka coklat tu kalau tak dia sebenar halimunan yang ada ikut saya ke mana-mana. Entah-entah dalam kete seksi awak ni pun dia ada. Issh..seram aar saya camni. Esok tah apa pulak yang dihantarnya. Saya kalau dapatlah mangkuk IFF ni, memang saya masukkan dia dalam mesin kerepek pisang abah saya. Pastu saya goreng sampai kuning. Makan..cecah dengan garam!" Damia hempas dengusan kecil. Ketawa Iqram hampir terburai. Sedaya upaya ditahan. Gagal. Damia toleh. Kening terjongket. Bibir diketap. "Apa kes yang awak ketawa ni. Ni bukan lawak tau. Ni kes serius. Saya dalam bahaya tau awak. Saya kena ikut dengan makhluk halimunan. Mangkuk betul IFF tu. Yang ikut saya watper. Gi jer la ikut awek lain."
    Iqram senyum dengan ketawa yang masih bersisa. 
     "Esok awak rasa dia bagi lagi tak 13 ros merah tu."
      Iqram angguk. "Maybe."
      Damia lepas keluhan. "Esok tah apa pulak yang dia hantar. Hari ferrero rocher."
     "Awak fikir awak nak apa. Cakap jer la. Mesti awak akan dapat esok. Percayalah cakap saya, D."
     Damia kerut kening. "Mana awak tau?"
     Iqram kenyit mata. Senyum. "Awak juga tadi kata IFF tu halimunan kan. Awak kata entah-entah dia ikut awak kemana-mana. Maybe dia ada dalam kereta saya ni. Dia dengar jer apa awak dan saya cakap."
    Damia angguk.  Kepala pusing keliling Lexus si mata cokolat seksi. "IFF...lu..." Iqram besar bijik mata. Lima jari dihala ke Damia. Damia hala tapak tangan. Jari telunjuk dibawa ke bibir. "Tu dengan awak jer. Dengan orang lain tak masuk dalam perjanjian kan. Jadi saya boleh guna. Tak baik tau aniaya orang. Allah nampak. Nanti kena campak dalam neraka. " Suara berbisik Damia dengan sengihan manis buat Iqram rasa macam nak cubit-cubit sahaja pipi D yang merah macam buat delima itu. 
   Damia berdehem kuat."IFF...lu  dengar ek. Kalau lu nak hantar gak 13 benda merah tu kat gua esok...lu hantar sama iPhone 5 seketul. Handphone gua pun dah nazak ni. Memang nyawa-nyawa ikan jer. Lu jangan lupa hantar esok kat gua. Lu siap download semua software untuk gua. Fb, Twitter, Viber. Al-quran 30 juzuk dengan terjemahan pun. Tu penting. Gua malam-malam kalau seram kena tinggal dengan Pot boleh aar gua on kan. Jangan lupa masukkan sama Candy Crush Saga gak . Gua jeles jer tengok Pot main kat tablet dia."
    Iqram kerut dahi. "Candy Crush Saga tu apa. Software baru?"
    Damia tepuk dahi." Software kemende. Tu games aar. Tu la asik berkepit dengan kete jer. Cuba sesekali teroka dunia lain yang lebih meriah."
    "Hmmm. Games ye. Ok. I'll have a look later. Best ke?"
     "Giler best awak. Jom nanti kita lawan nak. Err tapi kan, iye ke IFF tu akan bagi iPhone 5 kat saya. Giler mahal tu."
   "Dia suka kat awak kan.  Mesti la dia bagi."
    Damia cebik. "Apa barang dia nak suka kat saya. Saya bukan sama suku dengan dia."
    Kening Iqram sedikit berkerut." Sama suku? Apa tu?"
    Damia lepas nafas. " Saya dua suku...dia takder suku. Halimunan kan. Mana ada bende-bende ni."
    "Dua suku? Apa tu. Tak faham saya."
    "Kira mental saya ni masih dalam zon selamat. Kalau saya tiga suku...silap-silap awak dengan Lexus seksi awak ni terjun longkang. Tu memang zon bahaya. Kira kegilaan darjah luar biasa."
    Iqram pandang si pipi merah. Tidak berkelip. Bibir dikemam. Menahan ketawa yang hampir terburai. Gagal. 
     Kegilaan darjah luar biasa. D..D. you're damn cute sweetie.  

Monday, July 22, 2013

13 Ros Merah - Bab 20

 Bab 20
"MAMA?" LANGKAH LAJU IQRAM  kE ARAH TANGGA TERHENTI. Mama yang duduk disofa sambil menggamit tangan membuatkan ayunan kaki Iqram bertukar kompas. Dilabuhkan duduk disebelah mama. Tangan kanan dibawa mendarat ke bahu mama. Dipaut erat. Senyum bertaut. "Kenapa mama tak tidur lagi. Dah lewat kan."
  Puan Sri Zarida senyum. Tangan mendarat diriba Iqram. Ditepuk lembut. Hati yang tadi gusar memikirkan kemana perginya anak tunggalnya ini hingga lewat malam dan masih belum pulang sedikit lega kala melihat kelibat Iqram yang muncul di pintu utama.
  "Lewat Iq balik. Banyak kerja di office ke?" Pertanyaan Iqram dibalas dengan pertanyaan. Bimbang dihati masih belum reda bila memikirkan Iqram yang kebelakangan ini sering pulang lewat. Bukan dia tidak maklum sikap Iqram sejak dahulu yang suka bertemu teman-teman ke kelab dan menghabiskan masa di sana hingga lewat malam. Cuma setelah ditegur papanya, aktiviti tu sedikit berkurangan. Hanya sesekali Iqram akan ke kelab bertemu teman-teman liburnya. Namun semenjak dua tiga minggu ini memang kerap Iqram pulang lewat. Gusar dihati Puan Sri Zarida tidak mampu disorokkan. Takut jika Iqram kembali ke tabiat lama yang gemar menghabiskan masa berlibur dikelab-kelab hingga awal pagi. Lagi-lagi selepas kes putus cintanya dengan pelakon terkenal itu jadi bualan masyarakat. Impaknya cukup dirasai mereka sekeluarga. Pertanyaan sanak saudara dan rakan perniagaan menambahkan beban perasaan mereka sekeluarga. Lebih-lebih lagi Iqram. Biarpun Iqram tidak dipersalahkan seratus peratus oleh media dan masyarakat, namun jauh disudut hati seorang ibu sepertinya tetap bimbang memikirkan jiwa dan perasaan Iqram. Puan Sri Zarida tahu Iqram sangat mencintai Mimi dan segala yang terjadinya pasti memberi kesan yang bukan sedikit kepada kehidupan anak tunggalnya ini.
   Iqram yang bersandar disebelah hanya melontar senyuman. "Iq jumpa kawan tadi, Ma. Then Iq hantar dia balik."
   Puan Sri Zarida angkat kening. "Kawan?"
   Iqram sengih. Angguk.
   "Kawan yang mana satu? Mama kenal ke?"
   Iqram senyum. Kepala digeleng. "Iq baru kenal dia. Well...adalah dalam tiga minggu."
   Puan Sri Zarida lepas nafas perlahan. Minda cukup pasti kawan baru yang disebut Iqram tentunya perempuan. Bimbang kembali berdetik di hati. Takut-takut kalau Iqram bertemu jenis perempuan yang sama seperti bekas-bekas teman wanitanya yang terdahulu. Perempuan di kelab yang bukan-bukan perangai dan laku tingkahnya. Pengalaman dirinya lalu cukup mengerikan. Semua gadis-gadis yang Iqram kenal dan mengejar anak tunggalnya ini semuanya tidak semenggah tingkah dan tatacara diri. Sekadar cantik dan bertubuh indah tidak bermakna jika latar belakang cukup jelik. Tidak sanggup dia bermenantukan gadis-gadis berkenaan. 
  "Perempuan?" Puan Sri Zarida bertanya lagi. Mahu memuaskan apa yang terdetik di fikiran sejak tadi. Iqram senyum. Angguk. Debar dihati Puan Sri Zarida makin laju berdegup. Tepat telahan hati kecilnya. Perempuan kelab lagi ke? Tolonglah jangan. Sudah-sudahlah yang telah lepas. Ngeri sungguh dia berdepan dengan gadis-gadis moden zaman sekarang yang begitu berani sekali dari segi tuturkata dan penampilan. Mahu pengsan dibuatnya. Wajah Iqram disebelah ditentang dengan tenang."Iq kenal this new girl di kelab ye?"
  Iqram geleng kepala. Senyum tersuring. Seakan dapat menangkap ke arah mana tujuan pertanyaan mama. Cukup Iqram maklum akan ketidaksukaan mama dengan sikapnya dahulu yang suka berpeleseran ke kelab-kelab hampir setiap malam. Dia sanalah dia mengenal semua bekas-belas teman wanitanya termasuklah Mimi. Seorangpun mama tak berkenaan. Menakutkan kata mama. Mimi tidak terkecuali. Mama cukup tak berkenan dengan sikap Mimi yang mengada-ngada tapi entahlah Iqram tetap tidak peduli dengan pandangan mama ketika itu. Hanya dengan Mimi dia sungguh-sungguh serius menjalin hubungan tanpa sedikitpun mengurangkan aktiviti malamnya.
   "Dah lama Iq tak ke kelab,mama. Mama jangan risau,hmmm. Iq tak mahu ulang sejarah lama. Berpeleseran tanpa arah. Iq tak mahu kecewakan papa...tak mahu buat mama bimbang."
  "Mama bukan apa. Mama cuma risau, Iq. Lagi-lagi lepas Iq break dengan Mimi, Iq memang lain lepas tu. Papa risau jugak. Mama dan papa sayang Iq. Iq satu-satu anak mama dan papa. Mama cuma nak anak mama yang handsome sangat ini happy...bahagia. Mama taknak sebab Mimi, Iq hilang arah dalam hidup. Iq muda lagi sayang. Ramai lagi gadis diluar sana yang jauh lebih baik dan cantik daripada Mimi yang boleh Iq jumpa. Lupakan Mimi dari ingatan Iq. Build a new life. Mama tau Iq boleh. Ye sayang." Iqram senyum. Tangan yang memaut bahu mama dijatuhkan ke riba. Tangan mama dicapai. Puan Sri Zarida balas gengggam erat tangan Iqram. Pertanyaan mama...kata-kata mama mengingatkan Iqram kepada perbualannya dengan si pipi merah tadi waktu menghantar gadis itu pulang. Tidak disangka Iqram, D tiba-tiba bangkit bertanyakan perkara itu. Out of the blue kinda question sungguh la you ni, D..

     "Awak.."
     "Hmmm.."
     "Saya tanya awak sikit boleh?"
     Iqram angguk. Mata masih memandang ke hadapan. Stereng yang dipegang tenang dikawal.
    Damia garu kepala yang tak gatal. Takut jugak dia nak bertanya soal-soal yang sensitif walau hati dah lompat galah suruh tanya orang sebelah ni. Damia kerling sebelah. Tengok si mata cokolat seksi yang tenang memandu buat Damia telan liur. Bukan boleh percaya ni. Muka tenang belum tentu takder gunung berapi nyorok kat dalam woo. Baik gua pasang perisai siap-siap dulu. Kurang-kurang si mata cokolat seksi ni tak boleh aar nak melompat atau meletup kalau gua tanya soklan panas ni karang.
   "Sebelum tu awak kena janji jangan marah aar. Jangan melompat...tak kira aar lompat katak ker, lompat kijang ker...jangan terbakar...jangan meletup...jangan naik gila. Kalau awak mungkir janji...kalau awak buat semua "jangan" tadi tu...kalau awak buat macam tu..haa...saya belasah awak dengan benda merah kat tangan saya ni. Belasah sampai awak pengsan!" Damia hala jambangan ros merah diriba ke arah si mata cokolat.
  Iqram ketawa kuat. Tangan masih tenang mengawal stereng. Kepala menggeleng.
  "Awak tau tak D...awak ni garang sungguh. Tak pernah saya jumpa perempuan garang macam awak ni."
   "Tau takper,bro. Jangan berani-berani nak buat macam-macam kalau sayang nyawa awak tu."
   Ketawa Iqram bergema lagi didalam perut Lexus.
  "Ok, cik Damia nak tanya apa,hmmm." Iqram lontar kerlingan sekilas ke sebelah. Wajah putih mulus bujur sirih bertudung coklat muda dipandang seketika.
   Damia turut sama menoleh pandang. Sengih terlontar menyembunyikan rasa gusar yang bergendang didalam hati. Lu jangan marah gua aar, bro. Janji. Kalau lu marah gua gak, gua sumpah lu jadi pokok pisang tanduk!
  "Err..awak....awak dengan awek awak pelakon popular giler cun; Mimi Syafina tu macammana sekarang? Awak dah ok ker dengan dia? Yelah.." Damia kerling sedikit kesebelah. Mata dikecilkan. Dilihat si mata cokolat seksi hanya diam memandu. Ok, line clear. Bibir ukir senyum. Ameen. "yelah..hari tu awak marah sebab awak kata dia tipu awak. Dia dah kahwin rupanya. Saya baca kat surat khabar kelmarin tulis dia dah bercerai dengan suami dia. Kira dia dah kosong la sekarang kan. Kira awak dengan dia dah tak ada halanganlah lagi kan. Betul tak,bro?"
   Iqram tenang mengawal stereng. Pertanyaan dan kata-kata yang terhambur dari mulut si pipi merah ditelan dan dihadam perlahan-lahan. Mimi Syafina. Nama yang terluncur tadi membuat ingatan terbawa ke pertemuan terakhirnya dengan bekas teman wanitanya itu yang penuh ketegangan. Penuh emosi yang sukar dikawal. Iqram sudah memutuskan. Keputusan yang muktamad. Langkah tidak akan ditoleh kebelakangan biar apapun yang telah terjadi antara Mimi dan lelaki yang menjadi suaminya itu. Dia tidak mahu ambil peduli lagi. Sebab itu jugalah bila ada pihak akhbar dan majalah hiburan yang meminta penjelasan dan maklumbalas daripadanya hanya satu sahaja perkataan yang diucapkan. Dia bukan lagi teman lelaki Mimi Syafina. Dia sudah memutuskan hubungan dengan wanita itu. Dan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan wanita itu dalam apa juga perkara selepas ini. Dalam damai malam, nafas dihela perlahan. 
   "Saya dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. It's all over between me and her. Takkan ada lagi kisah saya dan dia. Yang ada...yang tinggal..." Dikerling kesebelah. Si pipi sedang tenang mendengar. Dua pasang mata mereka saling bertembung. Iqram jala senyum kecil. "cuma hanya kenangan. Kenangan yang menyakitkan. Saya dah tak mahu ingat hal dengan dia. It's all history. Sekarang ni saya dah tukar status baru."
   "Tukar status baru?" Damia jenguk kepala ke wajah sebelah. 
   "Hmmm..."
   "Status amende?"
   "Lelaki paling handsome yang sedia untuk ditackle."
   Damia cebik. Dua tangan dibawa mencekak leher. 
   "Muntah hijau dengar."
   Iqram ketawa lagi.
   "D.."
   "Yup.."
   "Awak taknak cuba tackle saya ke?"
   " Saya..." Telunjuk hala ke hidung." nak tackle awak?" Apa kes pulak gua nak usha lu, bro. Hilang akal apa mamat mata cokolat seksi ni. Patut lu la yang usha gua. Barulah giler gempak berganda-ganda. Pot, lu rasa kalau dia ni usha gua, lu pingsan sepuluh round tak?...hahaha. Tak..tak. Gua rasa lu gerenti pingsan dua puluh round punyer aar beb...muahahaha.
    Iqram angguk. "Sure saya akan letakkan nama awak di tangga paling atas."
    "Pasal apa pulak nama saya kat atas? Apa kes. Weng betul awak ni."
    Iqram ketawa kecil. "Sebab awak satu-satunya calon yang akan terus masuk grand finale. Tak perlu bersaing-saing dengan calon-calon pusingan kelayakan."
    Damai cebik. "Awak ni mulut manis ek. Mengayat tahap petala tujuh lapis tu. Tapi camner pun terima kasih jer la. Saya tak suka manis-manis sangat ni. Bahaya, bro. Saya taknak kena diabetes woo...manis-manis ni tak baik untuk kesihatan. Saya nak hidup lama tau."
 Iqram senyum. "Manis saya ni memang confirm takkan memudaratkan. Manis saya ni memang baik untuk kesihatan. Kerat jari tau D awak mesti suka,hmmm." Kening Iqram diangkat. Damia angkat mata hala ke siling kereta. Dengusan halus terlepas. Pecah ketawa Iqram. 

  "Ehem.." Deheman kuat Puan Sri Zarida bergema. Mata hala ke wajah Iqram yang sedari tadi diperhatikan asyik tersenyum-senyum. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang sedang berbunga di taman hati anak tunggalnya ini. Debar dijiwa begitu mendesak mahu mengetahui siapa gerangan gadis yang sedang menghuni jiwa Iqram saat ini. Gadis yang membuatkan Iqram begitu berlainan sekali kebelakangan ini. Janganlah gadis-gadis dari bumbung kelab. Itu doanya. Itu pinta dan mohonnya selama ini. Gadis-gadis dari sana yang pernah bergelar teman wanita Iqram semua punya agenda peribadi. Kepentingan yang memberi pulangan yang menguntungkan buat mereka. Tiada ikhlas dan jujur di hati mereka. Puan Sri Zarida tidak sanggup membiarkan Iqram terjebak lagi dengan gadis-gadis sedemikian.
  Iqram garu kepala yang tidak gatal. Malu tertangkap oleh mama kala fikiran jauh melayang mengingatkan perbualan dengan si pipi merah pujaan hatinya tadi kala menghantar gadis itu pulang.
  "Tak nak cerita dengan mama apa yang buat Iq dari tadi tersenyum-senyum. I knew there must be something that you are hiding from me. Who is she, Iq. "
   "Wah mama. Cekap betul radar mama."
   "Well...I'm your mama, young man. You can't hide anything from me,hmmm."
   Iqram senyum. Kepala diangguk. Nafas dihela perlahan. Seraut wajah Damia terlayar. 
   "Iq baru kenal dia. Three weeks..plus minus." Jari jemari laju menghitung. "Yeah around that...but...i feel..feel like knowing her more then that. Like years. Dia buat Iq rasa sangat tenang...buat Iq rasa damai...buat Iq rasa happy.  Dia...lain. So different from those girls that i use to know before. She's make me feel so comfortable. " Wajah Damia meniti lagi dilayar mata. Bibir Iqram terus menjala senyum." Dia jenis terus-terang.  Apa yang kita nampak depan mata...itulah dia yang sebenarnya. You knew mama...dia perempuan pertama yang pernah marah Iq." Kepala Iqram tergeleng. ketawa kecil terluncur. 
   Kening Puan Sri Zarida berkerut. "Dia pernah marah Iq?" 
  "Salah Iq pun masa tu. Patutpun kena marah. Nasib baik tak kena karate dengan dia. Iq kotorkan baju dia. Mahu dia tak marah. Memang kena marah dengan dia sungguh-sungguh. Speechless Iq mama. Mana pernah kena marah dengan perempuan sebelum ni kan." Ketawa Iqram lepas lagi. Puan Sri Zarida ikut ketawa.
  "So, bila nak kenalkan dia pada mama."
   Senyum. Tangan mama yang digenggam dibawa ke dada.
  "When she's ready...i'll make sure i bring her to meet my beautiful and gorgeous mama."
  "Hmm..."Puan Sri Zarida elus pipi Iqram. "Mama pun tak sabar nak jumpa gadis yang berani sungguh marah anak tunggal mama ni. Mama nak belajar teknik jadi garang dengan dia. Mana tau mama boleh applykan kat papa. Don't you think so, dear." Puan Sri Zarida angkat kening. Pecah ketawa Iqram.
  "Mama..."
  "Hmmm..."
  "She...I mean D.."
  Puan Sri Zarida buang pandang ke wajah Iqram disebelah. "Hmm..so her name is D. Hmmm sweet...unique. No wonder she capture your heart very much. Susah nak jumpa gadis yang unik zaman sekarang ni." Iqram tabur senyum lagi. "Actually is Damia Humaira, mama."
  "Well..nice and beautiful name. Mesti orangnya pun cantikkan. " Iqram angguk. "Cute too." Puan Sri Zarida menganggukkan kepala. Senyum menguntum lagi. "Hmmm...tak sabar mama nak jumpa dia,Iq."
  "Mama.." Iqram paut erat tangan mama.
  "Hmmm.." Puan Sri Zarida tatap wajah Iqram yang memandang.
  " Dia garang tau. Mama tak takut ke kena karate nanti,hmmm. Iq tak boleh tolong tau nanti sebab Iq pun dia boleh karate." Iqram angkat kening. Pecah ketawa Puan Sri Zarida bersulam dengan ketawa Iqram.   

Friday, July 19, 2013

TEASER - KERANA CINTA ITU ADA SAKTINYA


Hehehe...kitkat rehatkan D dan Iq hari ini ye. Kucc post teaser my coming soon e-novel untuk tatapan semua. Sapa yang suka FA of LCDJM, sila angkat keyboard..Ada tak ni? hahaha. Well, for FA's die hardfan...this is his love story...
Nak taw seterusnya tak lepas baca n3 ni? Tungguuuuuu ler ye..lalalala..


----------------------------------------------

 DUA TANGAN Aida laju menangkap tali buaian. Hampir putus nyawanya kala mata menangkap kelibat Dian Khalisha yang menghayun deras tali buaian di tengah halaman Taska My Little Sweet Home Child Care Centre. Berlari Aida ke arah buaian yang diduduki Dian. Mati dia kalau Dian jatuh lagi macam kejadian dulu. Sah-sah Aida tahu dia akan kena marah macam dulu. Daddy Dian tu garang jugak tau tak!
      Tangan menolak perlahan buaian. Tubuh Dian yang terbuai ke depan dan belakang ditatap dengan lontaran senyum. "Dian...jangan buai laju sangat, sayang. Nanti jatuh macam dulu teacher kena marah lagi dengan daddy Dian. Luka lutut tu nanti sampai berdarah macam dulu Dian nak ye." Aida lepas nafas. Dian ni tak padan dengan perempuan. Lasak betul.
    "Ala, mana ada jatuh teacher Aida. Dian oklah. Sikit jer dulu tu. Dian tak nangis pun kan masa jatuh tu." Suara Dian lantang terlontar dengan tubuh yang terbuai ke depan.
"Kalau jatuh tadi, macammana? Daddy Dian nanti marah teacher Aida lagi tau. Dian suka ye tengok teacher Aida kena marah dengan daddy Dian?"
   "Daddy tak marah teacher Aida lagi macam dulu tu. Lagipun, daddy kan sangat suka teacher Aida. Mama pun cakap daddy sangat suka pada teacher Aida. Teacher suka daddy tak?" Dian toleh muka ke arah Aida. Bibir mungilnya menayang senyum yang manis. Tangan Aida terus menolak buaian. Kepala menggeleng perlahan. Sesak dada dibuatnya dengan kata-kata yang dilafaz si comel didepannya ini. Budak-budak sekarang nih bijak betul kalau bercakap. Mengalahkan orang tua! 
    Kepala si comel yang terbuai perlahan diusap lembut. Bibir Aida terus menguntum senyum."Dian kan masih budak-budak. Tak manis cakap macam tu tau kepada orang dewasa. Tak manis tau, sayang." Dian minta Aida berhenti menolak buaian. Dua tangan halusnya dilepaskan dari memaut tali buaian. Tubuh yang duduk ditayar bulat tegak mendekati Aida yang berdiri disebelah. 
   "Tak manis cakap tu macam mana teacher?" Dian muncung bibir. Telunjuk dihala ke bibir. Diketuk beberapa kali. Kepala menggeleng. "Dian tak fahamlah."
   Aida senyum lagi. Pipi gebu Dian dielus perlahan.
   "Macam ni. Hmmm, apa kata kita cakap di dalam. Sini panas sikit, sayang. Ok?" Dian angguk. Senyum dijala. Tangan Aida dipaut erat. Aida balas senyum. Pautan jari-jemari halus Dian digenggam rapat. Dan saat Aida mengangkat muka memandang ke luar pagar, kelibat sebuah BMW putih yang cukup dikenali buat langkah Aida mati disitu. Dian yang kehairan turut membawa pandangan ke arah depan. Bibir mungilnya lebar tersenyum. 
   "Daddy Dian dah sampai, teacher Aida." Tangan Aida terasa digoyang. Senyum dibawa ke wajah Dian yang mendongak pandang. Kepala Aida mengangguk.
   "Jom kita masuk ambil beg Dian dulu ye."
   " Ok." Tubuh comel laju menarik tangan Aida. 

   "Assalamualaikum." Fazwan hulur senyum. Wajah indah didepan ditatap tenang. Ada rindu yang berdetik. 

    "Waalaikumsalam.."Aida lempar wajah tenang. Dua tangan disilang ke belakang. Susuk tubuh segak berkemeja panjang jalur biru dengan tali leher biru tua membuatkan penampilan lelaki dihadapannya ini begitu berkarisma. 
    Fazwan geleng kepala. Senyum. Wajah cantik putih mulus dengan tudung tiga segi merah jambu yang tersarung dikepala cukup sesuai dengan kurung kapas berbunga putih merah yang terlekat di tubuh kurus tinggi gadis dihadapannya ini. Fawzan tahu khilaf tutur katanya yang terburu melafaz hasrat hati yang membuatkan si cantik dihadapannya ini terkejut dan bersikap dingin dengan nya biar sudah beberapa kali huluran maaf diberi. Sudah berpuluh jambangan bunga tanda maaf dikirim. Aida tetap begini. Aida tetap beku. Wajah manis ni mengingatkan pertemuan pertama mereka. Fazwan ingat benar hari tu. Hari yang menemukan dia dengan Aida Awliya yang manis ini. Bibirnya entah kenapa tiba-tiba jadi celupar dan laju memarahi Aida tanpa usul periksa hari tu. Hari dia diminta bantuan oleh Qistina untuk membantu menjemput Dian di tadika ini dan Dian jatuh daripada buaian ketika dia sampai di sini membuatkan Fazwan sedikit panik. Aida yang sedang membersihkan luka dilutut Dian terus sahaja dimarahi.
   "Aida marah lagi pada saya pasal hal yang saya cakapkan tu?"
    Kepala Aida digeleng. Dua pasang mata mereka bertembung. Aida tunduk sedikit. Mata dilarikan dari terus menjadi renungan lelaki dihadapannya ini. Dilepas helaan nafas halus yang menerpa. Pertanyaan lelaki ini menggamit kenangan beberapa hari lepas. Hari dimana lelaki ini meluahkan perasaan dan hasrat hatinya pada Aida. Ya tuhan sungguh Aida terkejut tak terkira. Sungguh dia tidak menduga lelaki yang pernah memarahinya dihari pertama dia di sini pada hari mereka ditemukan buat pertama kali ada lelaki yang kini meluahkan hasrat hati kepadanya. Mahu gugur jantungnya dimarahi tiba-tiba waktu itu. Demi Tuhan bukan niatnya membiarkan Dian terjatuh. Mana mungkin dilakukan kesalahan itu. Dian itu tanggungjawabnya di sini. Dan disini tempat dia meraih rezeki sesuap nasi. Mungkin sudah tersurat diri menjadi mangsa amarah lelaki ini. Namun Aida tidak berdendam. Dia sudah memaafkan Fazwan. Cuma  jiwanya yang halus ini memang mudah terasa. Mudah menangis bila soal yang satu itu dibawa kembali. Dia tidak ingin lagi membicara soal perasaan. Jiwa yang hancur dek perbuatan lelaki yang satu itu belum mampu menerima rasa yang baharu. Lukanya dihatinya ini masih belum sembuh.
   Fazwan lebar tersenyum. Marah lagi la nih. Aida..Aida. Hmmm. Awak tahu tak Aida, dingin dan keras hati awak disebalik redup wajah awak yang damai ini buat tidur malam saya terganggu hingga kini. Saya terpaksa Aida. Saya terpaksa meluahkannya. Saya dah tak mampu menyimpannya didalam hati. Saya tak mahu kehilangan awak!
    Aida angkat mata. Sepasang matanya yang bundar melempar pandangan pada tatapan sepasang mata yang dihiasi kacamata milik lelaki dihadapanya ini. Lelaki yang dipanggil daddy oleh Dian. Hingga sekarang hatinya masih bertanya apa hubungan lelaki ini dengan mama dan papa Dian. Dan kenapa dia dipanggil daddy oleh Dian. Dian itu anak dia ke?
   "Aida, saya nak cak.."
   "Saya rasa eloklah encik Fazwan beredar. Dian dah lama tunggu dalam kereta. Dia nak lunch dengan encik Fazwan kan. Tak baik biarkan budak-budak macam tu lambat makan. Nanti mengundang penyakit pulak."
   Fazwan angguk tanda akur.
   "Aida taknak ikut sama?"
   "Saya puasa." 
    Fazwan senyum."Hari ni hari selasa, cikgu."
   "Err.." Aida gigit bibir. Fazwan yang tersenyum melontar tatapan membuatkan detik jantung Aida makin laju memukul debar. 
    "Saya..saya puasa ganti. Ha..puasa ganti."
   Fazwan senyum. Kepala diangguk. "Berapa hari lagi?"
   "Saya rasa hal ni bukan urusan encik Fazwan. Jadi tak perlulah nak ambil tahu."
   "Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida. Dan ketika itu saya perlu ambil tahu sebab saya ada kepentingan di situ. Don't you think so teacher Aida." Fazwan tayang senyum lebar. Aida laju hala mata ke luar pagar. Tidak sanggup ditentang sinar yang terpancar disebalik kacamata lelaki dihadapannya ini.
  "Elok encik Fazwan balik. Kesian Dian lama tunggu dalam kereta." 
   Fazwan angguk. Wajah polos Aida direnung. Wajah yang sehari-hari tidak jemu ditatap. Wajah yang setiap malam menemani tidurnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini. 
  "Aida, think of what i've said to you.I really mean it,Aida."
   Aida tetap bisu.
  "Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya, Aida. I'm seriuos about it. I..."
   "Assalamualaikum, encik Fazwan." Aida laju mencantas kata-kata Fazwan. Dia tidak sanggup mendengarnya! Dan langkah Fazwan yang meninggalkannya usai membalas salam diekori dengan pandangan mata hingga kelibat enjin buatan Jerman berwarna kelabu itu hilang daripada pandangan.
      Kata-kata Fazwan tadi kembali dan terus bergema dihati. Bibir kuat diketap. Dua tangan memaut tubuh yang masih tegak memandang ke arah jalan yang kian lengang.
    Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida.
    Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya semalam, Aida.
    I'm serius about it.
    Kepala digeleng. Nafas yang turun naik mengikut denyut nadi seakan mengerti rintih naluri. Tak boleh, Fazwan. Saya tak boleh.
    Ada rasa pahit yang tersangkut dikerongkong. 
   Ada kenangan yang masih gagal dihumban dari jendela jiwa. 
   Ada wajah-wajah yang sinis melempar senyum dan hilai ketawa. Bibir makin kuat diketap. Aida lepas nafas perlahan-lahan. Mata makin jauh merenung kaki langit yang masih setia menabur serakan warna biru yang damai. Diri terus merintih. Duka yang diusung takkan mungkin dilupa. Terpalit di jiwa. Tertanam di hati.
   Awak bukan untuk saya, Fazwan.
   Awak bukan untuk perempuan seperti saya...
   Saya tak layak buat lelaki seperti awak, Fazwan..
   Saya tak layak...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...