Thursday, October 1, 2009

Rindu Semalam - Bab 19


Bab 19

"House warming maksud kau?" Duhaila mengerutkan dahi. Issh Ziha ni, seganlah...rumah aku bukannya macam rumah dia yang agam bagai nak rak!

"Yelah...takkan tak buat kenduri sempena masuk rumah baru kau tu. Dah sebulan kau pindahkan...panggil orang masjid baca doa and at the same time jamu kawan-kawan sama ambik berkat Duha...lagipun kau kan pandai masak...lagi-lagi masakan kampung, rugilah tak applykan skill kau tu cik kak." Ziha pandang wajah teman dihadapannya itu yang tunduk menguis pinggan nasi goreng. Diam sahaja tidak berkutik.

Marah ker Duha ni dengan idea aku ni, aduss...aku ni terlebih dose ker?...alamak janganlah dia marah!

"A..a...aku seganlah Ziha nak ajak orang datang rumah. Rumah aku tu biasa-biasa jer. Kau pun tahu kan?."

"Lah kesitu pulak kau ni...yang penting niat kita Duha. Jangan fikir negatif macam tu. Aku tengok rumah kau ok sangat...aku suka cara kau hias rumah kau...ringkas tapi damai dan sedap mata memandang. Bila aku tengok rumah kau, aku lihat diri kau di situ...macam tu la kau...seorang yang sangat ringkas, mudah tapi sangat menyenangkan sesiapa yang mendekati kau."Ziha pegang tangan Duhaila yang sedang merenungnya dengan tenang.

"Duha, rumah kita mencerminkan siapa diri kita juga Duha. Janganlah kau nak bandingkan rumah kau dengan rumah sesiapa. Yang penting kau tahu apa yang kau mahu pada rumah kau. Kau patut bangga itu rumah kau yang kau beli dengan titik peluh kau sendiri..usaha kau sendiri. Kalau nak ikut aku ni lagi segan dengan kau. Aku ni menumpang harta mama dan papa jer...sedangkan aku sebenarnya takde apa-apa pun yang aku boleh banggakan sebagai dari usaha aku sendiri. Basikal buruk pun takde tau!."Duhaila ketawa kecil mendengar kata spontan yang keluar dari mulut Ziha. Ziha ketawa dengan kata-kata yang diluahkan sendiri.

Duhaila cuba memikirkan kata-kata Ziha. Kenapa agaknya dirinya boleh berfikiran sampai begini?...malu? segan? bukankah itu sikap orang yang tidak yakin pada diri sendiri...Bukankah selama ini dia bangga dengan dirinya, asal-usulnya...tidak pernah dia malu menyatakan dia orang kampung...anak penoreh getah. Selama ini dia bangga kerana dia satu-satu anak kampung dari daerahnya yang berjaya ke luar negara.

Ya dia seharusnya bangga dengan rumahnya itu. Biarpun tidak "semewah" dan "segah" rumah orang lain...dan biarpun tidak secantik juga seindah mana, sekurang-kurangnya ia dari usaha dan titik peluhnya sendiri. Dia kagum dengan pemikiran Ziha. Walau dia sememangnya boleh berbangga dengan apa yang bakal diwarisi kelak dari segala harta papa dan mamanya apatah lagi dia anak tunggal mereka namun Ziha sedikitpun tidak berfikir begitu. Dia juga berusaha membina kehidupan dari usahanya sendiri.

"Terima kasih Ziha. Kau menyedarkan aku tentang sikap aku yang satu ini. Aku sewajarnya tak fikir sejauh itu. Macam kau kata yang penting niat. Ya, dalam hidup ni apa-apapun yang penting niat kita...jika niat kita bersih, ikhlas insyaallah pasti diberkati...kan?" Ziha menggenggam erat tangan sahabat baiknya itu. Dia mengangguk-anggukkan kepala. Saling berbalas senyum.

"So, bila?"

"Maksud kau?"

"Nak wat kenduri tu la...aku boleh tolong...tapi tolong makan jer la...hahaha." Duhaila menggelengkan kepala melihat Ziha sudah ketawa. Nakalnya dia!

"Nantilah kau ni...aku fikir aku kena bincang dengan ibu aku dulu la Ziha...kalau boleh ibu aku mesti ada sama masa kenduri tu...kan?" Ziha menganggukkan kepala.

"lagipun..."

"lagipun apa cik Duhailaku sayang?" Duhaila tersenyum pada Ziha. Ziha ni!

"a...a...aku ni baru amatur chef jer Ziha...ibu aku lain la...dia dah tahap iron chef Ziha part masakan kampung ni...masak main campak campak jer pun boleh menjilat jari kau makan..."

"haa...cantik la tu... anak beranak masak...mesti best giler nanti lauk lauk yang korang masak kan..." Ziha mengangkat kedua-dua ibu jari tangannya pada Duhaila sambil mengenyit mata.

"Duha...jangan lupa tau ikan pari bakar dengan air asam resipi ibu kau yang tersangat sedap tu...eh kecur air liur aku ni...tak sabar nak makan masakan mak kau..."

"amboi, masakan ibu aku jer ke?...masakan aku kau tak kecur air liur ke?" Duhaila sudah menjeling pada Ziha. Ziha sudah ketawa besar.

"oowh ada orang jeles ek kita puji ibu dia la...ala la la...jangan la merajuk adik manis...nanti kalau adik manis merajuk saya nanti panggil itu doktor hensem mari pujuk sama adik manis, mau ka?." Ziha sudah menutup mulut menahan ketawanya yang kian galak. Duhaila mencubit lengan Ziha sambil mengetap bibir. Jahatlah Ziha ni!

"Duha..."

"hmmm..."

"Kau jemput dia sama tak?" Duhaila pandang tepat pada wajah teman dihadapannya itu. Nampak sangat bersahaja.

" "dia" tu sapa cik Ziha manis?"

"Eleh...kura-kura dalam tongkang pulak kau ni ye..." Duhaila kerut dahi...apa apa aje Ziha ni, merosakkan pantun betul la!

"Sapa?...aku tak faham la maksud kau..." Duhaila meneruskan suapannya yang terhenti sejak tadi.

"Doktor Taufik la...sapa lagi." Duhaila hampir tersedak saat nama itu terluncur keluar dari mulut mungil temannya itu. Dia segera mencapai gelas berisi air suam dihadapan lalu cepat-cepat membaca lafaz bismillah lalu disorongkan gelas ke mulut. Fuhh!. Pinggan berisi nasi goreng yang masih bersisa ditolak ke tepi meja. Dia menghela nafas.

nak jemput ke dia?...alahai, seganlah! orang malu tau Ziha!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...