Thursday, October 22, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 7

Bab 7

Gemersik suara Sanisah Huri berlagu dari telefon bimbit diatas meja dibiarkan sahaja oleh Ku'a. Malas. Nanti akan dibaca pesanan yang masuk. Itu yang terfikir dimindanya saat ini. Bukan pesanan penting, fikirnya..mungkin. Mata Ku'a masih tidak dikalihkan dari skrin notebook. Jari jemari masih tekun menekan papan kekunci. Pantas sekali larian jari jemarinya menari dia atas papan kekunci. Sesekali dahinya berkerut tika melihat di skrin. Sekali lagi lagu dari suara si penyanyi pujaan arwah ummi bergema dari gajet bersegi empat berbingkai rona kelabu itu. Ku'a buat tak kisah. Sekali lagi dibiarkan sahaja berbunyi dan berhenti sendiri. Ku'a sekadar menoleh seketika namun tidak tergerak untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Dibiarkan sahaja kaku disudut meja.

Nanti la, kejap lagi orang baca pesanan awak tu, orang tengah banyak keje ni...sabar ler!

Ketukan dari luar pintu membuat jari jemari Ku'a yang rancak menaip terhenti. Wajahnya ditolehkan ke arah pintu. Muncul wajah Kak Lin sambil tersenyum manis padanya. Ku'a membalas.

"Maaflah Kak Lin ganggu Salha...Kak Lin nak beransur dulu, abang Rashid dah sampai. Ena, Jojie dengan Wati ada kat sofa bawah tengah santai melepak...tunggu pak supir diorang sampai...katanya kejap lagi sampai la tu."

Pak Supir?.Ku'a ketawa kecil. Kak Lin turut ketawa.

"Ni Salha taknak balik lagi ke?...dah dekat pukul 6.30 ni...kejap lagi kang gelap dah. Nanti sorang-sorang pulak awak kat sini." Ku'a membalas soalan Kak Lin dengan senyuman dan anggukkan kepala.

Kak Lin memandang Ku'a yang sudah berdiri. Ku'a pantas menekan butang "save" pada notebook di depannya lalu kemudiannya menekan butang "shut down".

"Saya pun nak balik dah ni Kak Lin...letih sangat hari ni kak...banyak kerja pulak hari ni...tak larat sungguh rasanya, macam nak patah bahu saya ni kak..." Kak Lin menepuk perlahan bahu Ku'a sambil tersenyum.

Sebaik menutup pintu kereta dan memastikan ia sudah selamat berkunci, Ku'a melangkah longlai ke pintu rumah. Dia tahu Azarina sudah balik bila melihat kereta Azarina sudah sedia terparkir di halaman. Tombol pintu dipulas perlahan.

"Weh Ku'a, awat tak balas sms aku tadi...apa la hang..teruk betui!." Ku'a kerut dahi. SMS?.

"Bila hang sms aku...sat sat tadi ka?.."Matanya dihala pada Azarina yang berdiri di anak tangga paling atas lengkap beruniform tidurnya; baju kelawar merah. Azarina menepuk dahi. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali.

Ku'a...Ku'a, aku gerenti dia lupa tu!

"Bagi sini handphone hang tu, meh sat aku nak chek...kalau sah hang tak terima sms aku tu sekarang jugak aku bercerai talak tiga dengan Maksis..." Ku'a sudah ketawa.

"Hang ni Azad...macam macam la, kawin tidak nak bercerai hapanya...betui ka tidak kepala hang tu?.." Azarina tidak mengendahkan kata-kata Ku'a. Tas tangan Ku'a diambil lalu diseluk. Gajet comel berona kelabu diambil lalu dibelek. Jarinya pantas menekan. Ku'a hanya memerhatikan gelagat Azarina.

" Ni...tengok. Betui dak...dua kali aku hantaq kat hang...tak bukak pun lagi...cabuk la hang Ku'a." Ku'a mengambil kembali telefon bimbitnya dari tangan Ku'a. Dia melabuhkan duduknya ditangga. Azarina turut sama duduk disebelah Ku'a. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Tiba-tiba bola matanya dibulatkan seperti teringat sesuatu. Pantas Ku'a menepuk dahi sambil menoleh pada Azarina disebelah.

"Allah...sorry la Azad. Aku ingat dah...tadi masa aku tengah wat jadual mengajar untuk sesi baru memang aku dengar ada sms masuk. Betui pun dua kali berbunyi benda alah ni...aku biarkan ja, aku ingat nak tengok bila dah siap keja aku tu...tapi bila dah ralit buat keja langsung terlupa la Azad...and alih alih masa Kak Lin masuk kata nak balik aku pun terus off notebook terus capai benda ni masuk dalam handbag dan chow...langsung terlupa pasai sms ni...sorry again no Azad..." Ku'a buat muka kesian pada Azarina yang mencebik. Ku'a paut bahu Azarina sambil ketawa.

"Ciss, nasib baik aku tak kena bercerai talak tiga dengan Maksis aku yang terchenta ni gara-gara hang Ku'a...panjang lagi rupanya jodoh aku dengan dengan Maksis." Pecah ketawa Ku'a mendengar kata-kata lucu Azarina.

"Awatnya yang sms aku sampai dua kali?.."Ku'a pandang muka Azarina. Mencari jawapan.

"Baca sms tu...nanti hang tau." Azarina memuncungkan mulutnya pada gajet didalam genggaman tangan Ku'a.

Ku'a menekan sms yang dikirim Azrina. Dahi berkerut membaca sambil sesekali menoleh pada Azarina yang sudah tersengih-sengih sambil mengurut dagunya.

"Dia nampak hang ka ?"Ku'a pandang wajah selamba Azarina.

"Aku yang dulu pi tegur dia hang tau...dia punya la terkejut jumpa aku...siap interview macam-macam soalan. Ajak aku pi lunch sama weh, aku pulak yang terkesima tengok gelagat dia...hahaha." Ku'a masih tidak mengalihkan matanya dari melihat Azarina.

"Hang ingat dak Ku'a kita ada makan kat Restoran Seri Pagi...laa...tempat tu rupannya restoran dia. Patutlah lukisan yang kita nampak masa kat restoran tu macam familiar ja, rupanya memang betui lukisan dia yang kita pernah tengok masa kat U dulu...hang ingat kan?" Ku'a angguk kepala.

"Ku'a..."

"Hmm..."

"Dia tanya aku pasai hang...macam macam hang tau."

"Tanya macam macam? apanya yang dia tanya hang pasai aku? "Ku'a pandang wajah Azarina yang menggeleng-gelengkan kepala sambil menggoyang-goyangkan tanganya ke muka Ku'a. Siap tersengih-sengih.

"Eh..mana boleh senang-senang nak cakap...best ni...hang kenalah bagi upah kat aku."

"Upah?...upah apanya ni Azad, issh hang ni macam-macam la...Dah la, tak kuasa aku layan hang."

"Weh, mestilah...kalau hang nak tau apa yang dia tanya kat aku pasai hang...mestilah kena bagi pengeras dulu..then barulah boleh buka rahsia...hang mesti tak sangka apa yang dia tanya tu...Aku punya baik cite perkembangan hang yang terlatest kat dia tau...tapi tak semua la, nanti nanti hang la cite sendiri kat dia, kan?." Ku'a mencebik. Malas melayan. Dia bangun lalu mengatur langkah menaiki tangga untuk ke atas.

"Weh Ku'a..upah aku camna ni?." Ku'a pusing sambil menoleh memandang Azarina di bawah.

"Hmm...hang nak apa cik Azarina?"

"Cendol Pak Hamed kat simpang tu...yang special punya Ku'a...yang ada pulut extra...2 mangkuk tau!"

Ku'a geleng kepala sambil tersenyum...Azad...Azad.

2 comments:

Aishah Hamzah said...

best2.....azad ni mmg klako ler.....asal pendek je n3 kali nie?

cactaceous opuntia said...

wah..sje nk bg org saspen..azad jumpe zaid hunnani eh..heheh

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...