Wednesday, October 7, 2009

Rindu Semalam - Bab 20

Bab 20

Anak tangga yang dinaiki terasa cukup tinggi. Dia mendongak ke atas...ada 2 tingkat lagi perlu didaiki...aduh, sengsaranya!...pagi-pagi sudah didera membuat senaman panjat tangga!. Nasib baiklah wad dia bertugas cuma di tingkat 4 maka pendakiannya tidak seteruk berbanding rakan-rakan lain yang harus ke tingkat 7 atau 8...lagi-lagi dengan berkasut tinggi, seksanya Tuhan sahaja yang tahu!. Kenapalah semua lif meragam pagi-pagi ni...kakinya sudah terasa lenguh..telinga pula menangkap suara-suara mengeluh yang turut sama terpaksa mengharung pendakian untuk ke wad dan destinasi masing-masing.

Sebaik langkah menjejak lantai ditingkat 4, dia menghela nafas perlahan-lahan. Matanya terarah pada manusia-manusia yang lalu lalang di hadapan. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Dia meneruskan ayunan langkah. Seperti juga yang lain-lain, dia juga ada misi pagi ini. Dia melihat pada sampul yang dipegang pada tangan. Bibirnya menguntum senyum.

"Assalamualaikum...selamat pagi Doktor Duhaila." Anis, jururawat muda yang baru sebulan bertugas menyambutnya pagi ini dengan sebuah senyuman manis. Dia tersenyum membalas.

"Waalaikumsalam..selamat pagi Anis."

Dia melihat beberapa orang jururawat sedang sibuk didalam wad. Ada juga yang dilihat sedang berbual dengan pesakit. Duhaila mengambil sebuah buku yang terletak di kaunter. Dia menyeluk poket jubah putihnya lalu mengeluarkan sebatang pen yang memang sentiasa diletakkan di situ. Jemari halus dan runcingnya pantas menyelak helaian mukasurat buku tersebut. Dia menolak sedikit lengan baju untuk melihat jam dipergelangan tangan. Dia lantas mencatat sesuatu di buku yang diambil tadi.

"Apa dalam sampul tu doktor?" Mata galak Anis tercacap pada sampul surat berukuran sederhana besar berwarna coklat muda yang erat di genggaman tangan kiri Duhaila. Duhaila tersenyum memandang ke arah jururawat muda dihadapannya.Teruja mahu mengetahui isi kandungan sampul surat yang dipegangnya.

"Rahsia..."

"oooo...rahsia ek...mesti benda special dan untuk someone special kan...ye dak Doktor Duhaila?' Anis sudah mempamerkan senyum lebarnya sambil mengenyit mata pada Duhaila. Duhaila hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah Anis.

"Hmmm...memang untuk someone special...sangat sangat special...and he is so special to all of us here Anis." Tangan Duhaila masih tekun mencatat didalam buku dihadapannya.

"Hah?..siapa tu doktor?...saya kenal ke?" Bola mata Anis bersinar memandang Duhaila. Duhaila menutup buku dihadapannya lantas memberikan pada Anis yang masih memandangnya. Menantikan jawapan pada soalannya tadi. Duhaila memasukkan pen ke dalam poket kanan jubah putih yang dipakainya.

"Kenal..awak memang kenal sangat-sangatpun orangnya Anis. Dahlah, buat kerja awak tu Anis. Saya nak masuk ke wad. Nanti pesan pada staff nurse Siti saya dah semak laporan pada buku tu ye. "Langkah diatur masuk ke dalam wad.

"Ben punya?..doktor beli ni untuk Ben?..wahhh, bestnya..."Dia melihat mata kecil itu bersinar cantik saat dia menghulurkan isi didalam sampul yang dipegang tadi ke tangan comel itu.

"Ben suka?". Hanya anggukkan kepala sahaja dengan mata yang masih tidak berkalih pada objek yang kejap dipegang pada kedua-dua belah tangan. Terujanya dia!

"Suka...Ben suka semua Kampong Boy...yang ni paling Ben suka.." didakap pula buku tersebut pada dada kecilnya. Kejap sekali. Bibir mekar menguntum senyum. Manis.

"Kenapa yang ni Ben paling suka?"

"Sebab yang ni doktor yang hadiahkan untuk Ben." Saling berbalas senyum kedua-dua mereka.

"Doktor..."

"ye Ben..."

"Thank you...doktor baik...Ben suka doktor."

"Doktor pun suka Ben...semua orang kat sini suka Ben...sayang Ben. Kami semua mesti akan rindu Ben."

"Kenapa nak rindu Ben?"

"Sebab Ben akan balik hari ni. Kami takkan jumpa Ben kat sini lagi macam selalu."

"Doktor akan rindu Ben?"

"Akan selalu rindu Ben..."

"Ben pun akan rindu doktor nanti." Dia mengelus lembut rambut halus berwarna sedikit keperangan itu.

Doktor..."

"Hmm..."

"Nanti kalau Ben dah balik, boleh tak Ben datang sini lagi kalau Ben nak jumpa doktor?"

Dia merenung wajah mulus dihadapannya yang turut sedang memandangnya. Menanti jawapannya. Dia tersenyum. Pipi gebu s kecil dielus perlahan.

"Boleh Ben...bila -bila pun Ben boleh datang sini jumpa doktor."

"hoorayyy..."

"Doktor, kejap lagi papa dengan nenek datang nak bawak Ben balik...doktor belum pernah jumpa nenek Ben kan?...nenek mesti suka jumpa doktor sebab doktor baik...doktor cantik...nanti Ben nak tunjuk buku yang doktor beli untuk Ben ni pada papa..pada nenek...doktor tunggu la, kejap lagi mesti papa dengan nenek sampai..."

Duhaila melemparkan senyuman pada si kecil dihadapannya.

kalau kamu tahu apa yang ada dalam hati doktor saat ini Ben..kalaulah kamu tahu...

"takper, Ben tengok dan baca dulu buku yang doktor beli tu...doktor nak pergi periksa kawan-kawan Ben yang lain...nanti kalau dah selesai, insyaallah doktor datang balik ke sini ye..."

"Doktor datang tau nanti, mesti...datang ye...Ben nak kenalkan doktor dengan nenek Ben..." sinar mata yang mengharap itu begitu meruntun hati Duhaila. Dia cuba menguntum senyum.

"Insyaallah Ben..."Pintu bilik ditutup rapat. Matanya dipejamkan seketika.

Maafkan doktor Ben, doktor tak boleh!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...