Thursday, October 29, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 5

Bab 5

Azhar memberhentikan keretanya di bahu jalan seperti dipinta Maisarah. Suara Maisarah yang begitu teruja saat melihat kelibat wanita muda yang sedang melintas jalan dihadapan turut menggamit pandangannya. Itukah orangnya yang acapkali disebut-sebut anak gadisnya itu?...itukah orangnya yang juga pernah disebut ibunya beberapa hari lalu. Zita...namanya sering bermain dibibir Maisarah. Kak Zita itu, Kak Zita ini...hebat juga wanita itu dimata Maisarah. Serba serbi molek belaka.

"Papa...jom la cepat kita ikut kak Zita tu." suara nyaring mematikan lamunan Azhar. Tangannya ditarik Maisarah bersama sebuah pandangan yang mengharap.

"Kenapa pulak Sarah nak ikut kak Zita tu?" Mata Azhar memandang bola mata si kecik disebelahnya yang sedang asyik memfokuskan pandangannya ke arah lain.

"Ala Sarah nak jumpa kak Zita...Sarah nak kenalkan kak Zita pada papa...ala papa, jomlah kita ikut kak Zita...tu tengok kak Zita dah masuk kat dalam kedai Atuk Husin...jomlah papa...jomlah.." Tak sampai hati Azhar menghampakan permintaan Maisarah. Raut wajahnya yang begitu teruja dan mengharap mengamit hati Azhar.

"ok sayang..jom..."

"yeahhhh...." Azhar menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Maisarah yang terlompat-lompat di tepi kereta. Tangan kecil itu digenggam lalu langkah mereka dihala ke blok bangunan rumah kedai di hadapan.

Kepalanya yang ditutupi topi itu menjenguk-jenguk kedalam. Bebola matanya digerakkan ke kiri dan kanan. Masih tidak melihat kelibat orang yang dicari. Dia terus melangkah kedalam memerhati dan terus menjenguk antara blok rak-rak yang terisi barang-barang di dalam mini market milik insan yang dipanggil atuk Husin.

"Oops..sorry adik." terkejut Zita saat badannya tiba-tiba terlanggar sesusuk tubuh kecil yang sedang membelakangkannya namun seperti sedang mencari-cari sesuatu. Pandangan mereka beradu. Si kecil dihadapan sudah tersenyum lebar sambil meluru padanya.

"Eh, Sarah..Maisarah kan?. Sarah buat apa kat sini sayang?"

"Kak Zita...Sarah cari kak Zita la."

"Cari akak?...kenapa Sarah cari akak?" tangannya terus ditarik sekecil ke hadapan. Dia hanya mengikut sahaja. Mengikut alunan si kecil nan comel itu.

Terasa tangannya ditarik perlahan, lantas segera kepalanya ditoleh kesebelah. Dia melihat dua susuk tubuh sedang berada disebelah. Pandangan terarah pada Maisarah yang sedang kejap memegang tangan seorang wanita muda...ye wanita muda yang cantik. Matanya bagai terpaku disitu. Wanita itu melemparkan senyuman padanya. Manis sekali!

"Papa, inilah kak Zita..."akhirnya dia diperkenalkan kepada orang yang kebelakangan ini namanya sering meniti di bibir Maisarah.

"Kak Zita, inilah papa Sarah..."

* * * * * * *

"Terima kasih sudi hantar Zita balik...tak singgah dulu ke En. Azhar?..." Zita yang sudah berdiri di tepi pagar mempelawa sambil tersenyum.

"papa...jomlah kita gi rumah kak Zita.." Bahunya sudah dicuit-cuit dari belakang oleh Maisarah.

"Takpe lah cik Zita...saya nak hantar barang yang dipesan ibu saya tadi. Nanti tertunggu-tunggu pulak dia. Lain kali la kami singgah." Zita dilihat membalas senyumannya lalu menganggukkan kepala sambil melambai tangan pada Maisarah di tempat duduk belakang. Keretanya mula bergerak meninggalkan perkarangan halaman banglo tersebut. Tangannya turut melambai tanpa sedar. Azhar tersenyum sambil menggeleng kepala.

"bye kak Zita...byeee...muaahh." senyum Azhar terjuring dengan gelagat lucu Maisarah.

* * * * * * *

Barang-barang yang dibeli tadi diletakkan diatas meja di dapur. Pintu peti sejuk segera dibuka lalu dicapai botol berisi air berwarna jam. Gelas diatas meja diambil lalu perlahan-lahan air dari dalam botol tadi berpindah ke dalam gelas. Dengan lafaz bismillah, gelas disua ke mulut.

" Zita balik dengan sapa tadi, Mak Ton tak dengar bunyi kereta pak Din?" Mak Ton sudah berdiri di ambang pintu dapur dengan secekak pucuk ubi. Langkah perlahan diatur ke meja. Pucuk ubi diletakkan diatas meja. Plastik yang dibawa balik Zita dijenguk.

"Zita terjumpa Maisarah dengan papanya kat mini market pak Husin tadi mak Ton. Maisarah beria-ia nak hantar Zita balik...jadi Zita ikut kereta papa dia. Zita dah suruh pak Din balik dulu tapi katanya nanti dia balik...dia jumpa pak imam tadi, dia orang langsung ke kedai Mak Limah." Mak Ton mengangguk-anggukkan kepala.

"mak Ton nak masak apa dengan pucuk ubi ni?"

"Pak Din tu teringin nak masak gulai ikan masin dengan pucuk ubi Zita...biasalah pak Din tu Zita kang tak dimasak merajuk pulak orang tua tu...mahu panjang muncungnya nanti, payah la pulak mak Ton nak memujuknya." Zita sudah tersenyum mendengar kata-kata lucu mak Ton.

* * * * * * *

"Papa..."

"ye sayang..."

"hmmm, kenapa papa tak nak singgah kat rumah kak Zita tadi?..kita boleh duduk kat buaian tu tau...boleh makan rambutan kuning tu...Sarah suka makan rambutan kuning rumah kak Zita tu, sedap tau papa!."

"rumah nenek pun ada rambutan kuning kan."

"Ala tak sama la papa...pokok rambutan kat rumah kak Zita tu sweet lagi rasa dia la papa..."

"ye ker?"

"yes la papa...papa tak cuba lagi..."

Hmm...mungkin semanis tuannya juga!

3 comments:

Aishah Hamzah said...

ala...pendeknye n3....nk lg!

kucc_aprilsnow said...

Aisha - hehehe,sabaq ye

cactaceous opuntia said...

haha..rambutan gading..aduh sedapnye...

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...