Monday, October 12, 2009

Rindu Semalam - Bab 21

Bab 21

Matanya ralit melihat renangan makhluk-makhluk comel berwarna-warni deang corak di tubuh yang pelbagai yang menghuni peti segi empat yang menghiasi ruang legar lobi. Cantiknya!, getus hati kecil Duhaila. Tangan halusnya teruja menyentuh cermin peti yang menjadi kediaman rasmi makhluk-makhluk tersebut. Dan setiap kali makhluk-makhluk itu menghampiri jemarinya saat dia menyentuh cermin berkenaan terasa ingin sekali memegang mereka...namun apakan daya!. Alangkah indahnya dan bebasnya jika kamu dapat berenang dilaut nan lepas bukan?, sayangnya kamu semua terkurung di sini.


"Hmmm, i tak tahu you suka tengok ikan berenang dalam akuarium Duha?"Suara garau yang menyapa di hujung telinga secara spontan menegakkan dirinya yang sedari tadi menunduk menatap peti di hadapan. Wajahnya dipusingkan. Matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang merenungnya sambil tersenyum. Dr Taufik!.

Issh, mamat ni..terperanjatkan orang jer!

Duhaila membalas senyuman dari Doktor Taufik tadi tanpa menjawap pertanyaannya. Dia masih berdiri memandang wajah dihadapannya itu.

"You tak balik lagi ke?...shif you dah tamatkan?"

"Hmm...saja jalan jalan. Malas pulak rasanya nak balik. Bukan ada sapa kat rumahpun. You dah dinner?. Kalau belum jom kita dinner sekali. Boringlah makan sorang sorang kat rumah." Duhaila tersenyum mendengar luahan hati penyelianya itu. Apa sudah jadi agaknya tiba-tiba temannya yang satu itu bersikap begitu. Langkah mereka berdua diatur seiring ke bangku kayu yang terletak tidak jauh dari ruang legar. Hembusan angin malam yang menyapa begitu mendamaikan sekali.

"Mak you kan ada di rumah...bila-bila masa dia boleh temankan you dinner Fik." Taufik tersenyum mendengar jawapan Duhaila. Kepalanya didongakkan ke langit melihat taburan bintang-bintang yang begitu bergemerlapan sekali. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyuman.

"Mak i takder kat rumah la cik Duhaila. Dah dua hari dia pergi rumah my sis yang baru deliver baby last week. Hmmm...tak tahu la berapa hari dia nak stay kat sana tu...tahu tahu jer la orang tua kan. Lagi-lagi my sis tu anak bongsu and anak manja mak i and this is her first baby pulak...tapi yang tak bestnya, yang jadi mangsanya i lah...ditinggalkan sorang-sorang."

"Kenapa pulak you cakap macam tu Fik?..mak you kan bimbangkan anak dia saja. Biasalahkan. Semua ibu akan ada perasaan macam tu." Taufik menggeleng-gelengkan kepala. Enggan menyetujui pendapat Duhaila. Dahi Duhaila sedikit berkerut dengan perlakuan Taufik.

"Mak i tu bukan bimbang apa sangatpun Duha...adik i tu yang lebih-lebih manja. Ngada-ngada. Asyik telefon mak i ngadu macam-macam walhal mak mertua dia jaga dia dengan cukup rapi i tengok. Dari dia mula pregnant memang dia jaga habis my sis...from all part. Cuma..biasalah bila masa pantang ni, lagilah lebih teliti kan...makanan especially and my sis ni jenis degil tapi nak bantah tak berani, tu kan mak mertua dia...haa apa lagi, tak tentu hala la jadinya bila macam-macam pantang dia kena ikut. Bila dia ngadu kat mak i mak mertua dia tak bagi dia makan, mak i apalagi risaunya tak tahu nak kata biarpun i kata my sis is ok and she will be fine there. Issh, adik i tu memang suka la buat mak i risau yang bukan-bukan...dasar anak manja!" Duhaila tersenyum kecil.

Amboi, cemburu la pulak cik abang sorang ni, aduhai...

"So...merajuklah ni ye. Merajuk dan cemburu pada adik sendiri...issh you ni Fik, buat malu lelaki jer tau."

"So?..Lelaki tak boleh merajuk? Lelaki tak boleh cemburu?,begitu ke doktor Duhaila?". Duhaila angkat kening sebaik mendengar kata-kata yang terlontar dari mulut insan disebelahnya. Doktor Taufik dilihat sedang memandang ke arahnya seolah menanti dia memberi jawapan.

Uik, apahal pulak mamat sorang ni...aduss, habis la kau Duha!

" Ooo...ada orang marah dengan my statement nampak. Hei...come on la Fik, takkan bergurau pun tak boleh. Ok..kalau you rasa tersinggung, i minta maaf. I takder niat apa-apa ok. Saja -saja jer usik you." Doktor Taufik dilihat Duhaila masih diam membisu.

Alahai...susahnya bila lelaki merajuk!

"Ok. I'm sorry. Jom..i belanja you dinner...tapi kat kafe jer la ye..gaji tak masuk lagi nak belanja you 5 star food. Jom la sayang..." Doktor Taufik menoleh pada wajah disebelah yang sedang mengenyit mata padanya. Dia sudah tertawa.

Nakal sungguh dia!

* * * * * * *

"Ben merajuk hari tu. Kesian dia you tau.Sepanjang jalan dia tak bercakap."Duhaila mengangkat wajahnya. Suapannya terhenti. Mata mereka berlaga. Duhaila menoleh ke arah lain. Tidak mahu terus direnung begitu. Makanan yang tadi terasa cukup enak dan menyelerakan tiba-tiba terasa pahit dilaluan kerongkongnya. Pantas gelas berisi air campuran kelapa dan laici disua segera ke mulut.

"You pun tahu kenapa i buat begitu kan." Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. Anggukkan kepala doktor Taufik sedikit melegakan hatinya yang sedikit terusik saat mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut doktor Taufik sebentar tadi.

"I faham situasi you Duha...cuma..."

"Cuma apa Fik?" mata Duha terarah tepat pada doktor Taufik.

"Cuma...i rasa you tak wajar babitkan Ben dalam hal ni. In this case, he is your patient. Itu yang penting. Seharusnya you bertindak profesional dalam hal ni Duha. Etika kedoktoran you harus dipelihara. Jangan babitkan sentimen perasaan dalam pekerjaan. Buang jauh-jauh. Kurang bijak sedikit cara you bertindak. Yang jadi korban...Ben. Hati dan perasaan Ben terluka dengan tindakan you. He's just a kid Duha. He don't anything. Apa-apa konflik antara you dan Akhmal takder langsung kaitan dengan dirinya. Dia cuma mahukan perhatian seseorang dan you kebetulan hadir tepat pada masanya." Duhaila memejamkan matanya. Pedih sekali mendengar kata-kata yang dilontar doktor Taufik. Dia tahu doktor Taufik tidak berniat menguris hatinya.

"Maaf Fik. I akui i bodoh. I terlalu ikut perasaan masa tu. I langsung tak terfikirkan kesannya pada Ben. Bodohnya i Fik. What should i do now Fik?." Duhaila menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Rasa malu berhadapan dengan penyelianya itu.

"Esok you ikut i ok..." wajahnya yang tadi tertutup dengan kedua belah tapak tangan perlahan-lahan dibuka.

"Ikut you pergi mana?"

"Rumah Ben...esok harijadi dia. Kita pergi ok." Doktor Taufik menganggukkan kepala memandang wajah muram sedih dihadapannya itu. Pandangan Duhaila sedikit berbalam. Dia terjeda.

Rumah Ben?...Akhmal!...



No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...