Wednesday, September 30, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 2

Bab 2

Mak Ton sedang duduk mencangkung sambil pisau ditangan kanannya pantas mencantas batang-batang serai yang tumbuh merimbun di belakang dapur. Dia berdiri. Matanya memandang disekeliling kawasan dapur yang dipenuhi pelbagi jenis tanaman. Selain serai ada lengkuas, kantan, kunyit, pandan, kesum, limau purut yang tumbuh subur menghijau dan dijaga rapi. Selain itu ada pokok ubi, keledek, cili api, cili besar, puding, pegaga, kacang kelisa turut sama ditanam dan cukup subur tumbuhnya. Semua ini hasil ketekunan dan kerajinan suaminya; Saidin.

Suaminya yang dipanggil orang kampung dengan panggilan mesra pak Din sudah menjadi tukang kebun di banglo kepunyaan tuan Zainal ini hampir 30 tahun . Dia masih ingat sejarah mereka bersama banglo ini. Ketika itu mereka berdua baru setahun berkahwin dan belum dikurniakan cahayamata sama-sama diminta tuan Zainal untuk menjaga banglo peninggalan arwah bapanya ini. Suaminya yang ketika itu hanya bekerja mengambil upah menoreh getah di estet kepunyaan Tuan Zainal sangat gembira dengan tawaran tersebut. Tuan Zainal yang sangat baik hati, pemurah dan ramah itu menyerahkan seluruh kepercayaannya pada mereka berdua untuk menjaga banglo ini dan tuan Zainal dan keluarga akan balik setiap tahun untuk menjenguk banglo ini. Namun semenjak pemergian isteri tuan Zainal; Maizurah 10 tahun dahulu akibat kemalangan, tuan Zainal langsung tidak datang ke sini. Rasa sedih itu mungkin kerana banglo ini banyak menyimpan kenangan mereka berdua. Di sinilah mereka pertama kali bertemu dan disini jugalah..di banglo inilah mereka disatukan.

"Assalamualaikum...mak Ton oo mak Ton....mak Ton kat mana, Zita dah balik ni..."

Suara gemersik Zita mematikan lamunan mak Ton. Cepat-cepat langkahnya diatur masuk ke dapur. Batang serai yang diambil tadi diletakkan di tepi singki.

"Mak Ton kat dapur ni cik Zita..."suaranya dikuatkan.

Zita melangkah masuk ke ruang dapur sambil tangannya menjinjit sesuatu dalam beg plastik di tangan kanannya. Beg plastik itu diletakkan diatas meja diruang dapur. kerusi kayu itu ditarik perlahan lalu dia melabuhkan duduknya sambil menarik nafas. Penat. Mak Ton cuba mengagak isi didalam beg plastik yang dibawa. Dahinya cuba dikerutkan. Daun apa pulak yang dibawak Zita ni?. Dilihat Zita sedang mengelap titis keringat di dahinya yang bersih dengan helaian kertas tisu yang ditarik dari kotak tisu yang terletak di atas meja tersebut. Tangannya mencapai mug diatas meja lalu menuang air dari jag yang memang sedia terletak disitu. Mulutnya terkumat kamit membaca sebelum lafaz bismillah diucap lalu mug berisi air dibawa ke mulut.

"Mak Ton ni...banyak kali dah Zita pesan kan...jangan la panggil Zita cik Zita mak Ton...Zita aje cukup, ok...tak best la Mak Ton bercik cik ni...macam dalam pejabat pulak Zita rasa..." Mak Ton tersenyum melihat telatah Zita yang manja. Terhibur hati tuanya dengan gelagat anak gadis tuannya itu. Zita sama sifatnya seperti tuan Zainal. Dia ramah, rendah diri dan baik hati. Tidak langsung berbangga dengan limpahan kekayaan yang ada.

Mak Ton memandang wajah anak tunggal tuannya itu dengan penuh kasih sayang. Zita sudah dianggap seperti anak sendiri kerana dirinya sudah tersurat tidak dikurniakan zuriat dalam 30 tahun perkahwinannya bersama suaminya itu. Dulu memang dia sangat sedih dan rasa rendah diri pada ketidakupayaannya memberi zuriat pada suaminya itu malahan dia pernah menyuruh pak Din berkahwin lain, namun suaminya itu enggan. Kata suaminya itu mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini. Mereka harus menerima dengan penuh redha.

"Mak Ton...kenapa pandang Zita macam tak pernah tengok je?..."Zita memegang tangan mak Ton. Mak Ton tersenyum.

"Takde apa...mak Ton teringat masa Zita kecik kecik dulu...macam tak percaya Zita dah besar panjang macam ni...cantik pulak tu."

"laa...dah kejenya asyik makan jer hari hari mak Ton..makan banyak pulak tu...besar panjang la Zita jawapnya...hehehe..." Zita ketawa. Mak Ton menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah Zita. Dia tahu sifat Zita yang suka mengusiknya.

"Zita dari mana ni sebenarnya? dah tengahari baru balik, risau mak Ton dibuatnya...tu tu yang dalam beg plastik tu, apa isinya tu?...mak Ton tengok macam daun daun jer..." Zita menarik beg plastik lalu membuka ikatannya. Mata mak Ton turut terarah ke isi di dalam beg plastik itu.

Laa..pucuk cemperai rupanya!

"Tadi Zita jalan jalan kat kebun pak Musa. Lepas balik dari kawasan air terjun yang Zita nak tengok tu pak Musa ajak Zita singgah kebun dia jap...dia nak petik daun ni Mak Ton. Pucuk cemperai katanya. Makcik Senah nak masak tumis air kata pak Musa. Sedap pak Musa kata. Pak Musa bagi Zita bawak balik separuh ni...erk , memang sedap ke pucuk cemperai ni mak Ton?, Zita tak pernah makanpun pucuk ni."

Mak Ton menarik beg plastik lalu dilambakkan isiinya ke atas meja. Dia bangun ke rak lalu mengambil sebuah bekas plastik. Mak Ton menyusun pucuk cemperai yang dilambakkan tadi ke dalam bekas tersebut.

"Memang sedap. Manis...kalau campur dengan keledek lagi sedap ni Zita. Kejap lagi mak Ton masakkan untuk Zita ye. Mak Ton ke belakang kejap ambil ubi keledek sebuku dua. Isinya sedang elok mak Ton tengok tadi." Mak Ton mula melangkah perlahan ke arah belakang. Zita mengekori mak Ton. Mak Ton menoleh memandang Zita.

"Eh, kenapa pulak Zita ikut mak Ton ni?"

"Zita nak tolong mak Ton gali ubi keledek tu..." Mak Ton menggeleng-gelengkan kepala.

"Dah dah...Zita pergi bersihkan diri tu, tengok tu berpeluh, busuk mak Ton bau ni...lepas mandi terus solat . Dah kul berapa ni?, tak elok lewatkan solat."

Zita sudah memuncungkan bibirnya. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Merajuk. Mak Ton tersenyum. Manjanya budak sorang ni.

"oklah...Zita naik."

"haa...macam tu la...good girl, i love my Zita." Zita angkat muka. Tersenyum.

"Amboi mak Ton speaking London ye.."

" see the leg laa my dear..."

"fuyooo...dahsyatnya mak Ton..."

Dan ketawa mereka berdua bergema di dapur banglo tuan Zainal.

1 comment:

cactaceous opuntia said...

dasat la mak ton...speaking tuh..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...