Friday, October 9, 2009

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 5

Bab 5

"Dah hantar kat budak-budak sebelah tu?" suara lembut makcik Latifah menyambut Azrief dan Mustaffa yang baru menjengah ke dapur. Azrief menganggukkan kepala memandang ibunya tanpa bersuara. Mustaffa tersenyum pada makcik Latifah. Juga menganggukkan kepala. Makcik Latifah lincah menyendukkan kuah laksa dari dalam periuk kedalam mangkuk yang diletakkan di tepi dapur. Dengan berhati hati mangkuk dibawa dan diletakkan di atas meja. Jelas kelihatan kepulan asap yang naik ke atas dari mangkuk berisi kuah itu.

Azrief menarik kerusi di meja bersegi empat bujur yang kemas beralas kain hijau muda bercorak bunga kecil berwarna putih. Sangat kena dengan langsir di tingkap dapur rumah yang juga berwarna senada. Mug yang ada diatas meja dijenguk sedikit.

"Ni air mak ek...Rif minum ye."Makcik Latifah yang leka menyusun potongan timun dan daun salad dan telur rebus ke dalam pinggan menoleh sedikit.

"Ha'ah mak minum tadi..minum la Rif."

Mustaffa bangun menuju ke singki. Menoleh pada makcik Latifah yang sedang memotong bawang besar. Dia menongkat dagu disitu memerhatikan lincah tangan makcik Latifah memotong bawang. Makcik Latifah menoleh memandang wajah Mustaffa yang tersengih memandangnya. Mesti ada apa apa budak Mus ni!

"Makcik...awek awek sebelah tu dah lama ke duduk situ makcik?."

"Awek awek sebelah?..awek tu menatang apa Mus?" kerut dahi makcik Latifah mengundang tawa Mustaffa. Azrief yang sedari tadi hanya senyap, berdiri lalu berjalan ke arah singki. Mendekati kedua-dua mereka. Pantas dia menumbuk perlahan bahu Mustaffa. Ketawa. Makcik Latifah pandang kedua-dua anak muda disebelahnya. Menggeleng-gelengkan kepala.

Apa-apa aje la budak budak berdua ni, issh macam macam korang ni!

"Mak...awek awek tu maknanya makwe makwe sebelah rumah tu la...yang tadi mak suruh kami hantarkan laksa tu. Si Mus ni dah berkenan sangat dah kat awek awek tu." Mustaffa mencebikkan bibirnya pada Azrief. Eleh kata aku, kau pun sama la Rif!

Makcik Latifah tersenyum kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azrief. Dia mengeluarkan 2 pinggan dari dalam kabinet lalu membawanya ke meja. Azrief dan Mustaffa mengekori langkah makcik Latifah.

"Abah tak makan sama ke mak?" soal Azrief yang melabuhkan duduk sambil menyenduk laksa kedalam pinggan yang sudah diletakkan dihadapannya. Makcik Latifah yang sedang menuangkan air tembikai yang baru dikeluarkan dari peti sejuk ke dalam gelas Azrief dan Mustaffa memandang ke arah Azrief.

"Abah Rif belum balik dari masjid lagi...katanya tadi ada mesyuarat AJK masjid lepas isyak. Lambat la baliknya tu...Rif ngan Mus makanlah dulu." Makcik Latifah meletakkan gelas yang sudah terisi air tembikai disisi Mustaffa dan Azrief. Dia melabuhkan duduknya mengadap kedua-dua mereka. Memerhatikan mereka menikmati hidangan.

"Mak tak makan sama?" tanya Azrief yang selesai mengaminkan doa makan.

"Haah, makcik taknak makan sama sama kami ke?...jom kita makan sekali makcik...baru best..." Mustaffa mula menyuap sudu berisi laksa ke dalam mulut.

Perrh...sedap giler laksa mak kau masak ni Rif!...

"Takpa la..kamu berdua makan la dulu...mak tunggu abah kau balik. Kesian pulak nanti dia makan sorang sorang."

"Makcik...Mus nak cakap sikit."

"Kenapa Mus?..tak sedap ye makcik masak?..maaflah ye kalau tak kena dengan selera Mus...makcik bukan pandai sangat masak ni Mus." Mustaffa angkat tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Eh..bukan bukan...ni laksa paling sedap pernah Mus makan makcik...sedap sangat...cukup rasa!"

"Dah tu? Mus nak cakap apa ngan makcik?."

"Ha"ah kau ni...buat terperanjat mak aku jer...mangkuk la kau Mus.."

"Rif..issh, apa cakap macam tu kat Mus...tak baik." makcik Latifah membesarkan matanya pada Azrief. Mustaffa senyum memandang kedua beranak itu.

"Mus nak tanya pasal awek awek sebelah rumah tu la makcik..."

"Ooo, awek awek sebelah tu kisahnya."

"Kau ni...nanti nanti la, tak menyempat nyempat betul...gelojoh sungguh!"

Makcik Latifah tersenyum kecil. Hmm...berkenan dah la tu!

"Budak berdua tu pindah ke sebelah setahun lepas. Rumah tu dibeli dari tuan rumah dulu katanya. Baik budi bahasa budaknya diaorang berdua tu makcik perhatikan. Cantik pulak tu..iye dak Mus?" Mustaffa sudah tersengih. Azrief tersenyum kecil. Haa mak, cantik benar!.

"Si Azad yang rambut panjang tu nama penuh dia, Azarina. Ada iras iras cina sikit rupa dia tu pasal nenek belah mak dia tu memang keturunan cina pun. Azad ni lincah orangnya, mulut dia memang ramah..kecoh pun iye makcik perihatikan..tapi tata tertib dia elok makcik tengok. Azad ni keje pegawai pemasaran katanya..tak tahu la makcik keje macammana tu, tapi memang sibuk selalu makcik tengok. Jarang dia balik awal."

"Ooo...memang kecohpun mulut dia makcik. Aduh, tak padan ngan badan cik kak tu...garang pun iye..." Makcik Latifah sudah ketawa dengan kata-kata Mustaffa.

owwh cik kak tocang dua yang comel marketing officer ye..patutlah mulut macam pop corn kena goreng!

"Yang sorang lagi tu makcik...yang comel comel tu..yang lemah lembut tu..."

"Issh kau ni..."

"Ala..aku tanyakan untuk orang tu jugak kan....nak tunggu orang tu bukak mulut, ntah ler.." Azrief menyiku lengan Mustaffa. Kecoh la kau ni Mus!.

"Yang tu Salha..nama penuh dia tak silap makcik la Tunku Salha. Kawan-kawan yang rapat dan biasa dengan dia panggil dia Ku'a...dengan makcik dan pakcik dia bahasakan diri dia Salha. Salha ni bukak tadika kat Bangsar. Tadika tu asalnya arwah mak dia yang punya. Bila arwahnya dah takde dan Salha ni pulak memang anak tunggal perempuan, dia lah yang ambik alih. Bagi makcik memang sesuai sangat pun dia dengan keje macam tu. Diri dia yang lemah lembut tu memang la sejuk hati orang-orang yang nak letakkan anak-anak diaorang bawah pengawasan dia. Pernah la makcik pergi sekali ke tadika tu si Azad bawak. Memang besar...ramai sungguh budak budak kat situ. Ada 5 orang guru kat situ..2 pembantu yang tugasnya menyediakan makan minum budak budak tu pun ada. Makcik rasa besar modal tadika dia tu...yelah, Salha ni pun memang orang berada ...tapi dia bukan jenis yang menunjuk-nunjuk. Makcik memang berkenan sangat dengan dia. Sejuk mata bila tengok dia." Mustaffa angkat dua belah kening sambil memandang pada Azrief. Mak kau pun berkenan Rif,...hehehe!

"Haa..kamu berkenan yang mana Mus? kamu pulak Rif yang mana satu?..bolehlah mak tanyakan tuan punya diri tu..boleh jalankan sekali."

"Issh mak ni...pandai pandai je..entah entah diorang berdua tu dah ada teman istimewa la mak...buat malu jer nanti..."

"Ha'ah tu yang Mus nak tanya makcik gak tadi...diorang ada boyfriend ke makcik?...mana tau kut kut makcik pernah nampak ada budak lelaki datang sini ambik diaorang ke atau hantar diaorang balik keje ke?..ada tak makcik?" makcik Latifah tersenyum memandang kedua-duanya.

"Kalau ada mak tak cakap macam ni kat kamu."

"Kelas la makcik....saya ok makcik..."

"yang mana satu Mus berkenan ni? Salha ke Azad?"

"Dengan cik kak tocang dua mak..."

"Cik kak tocang dua?..sapa Rif?"

Makcik Latifah pandang wajah kedua-dua mereka. Dahinya sudah berkerut. Azrief sudah ketawa besar sambil menepuk meja. Mustaffa sudah tersenyum memandang makcik Latifah sambil menggaru-garu kepala.

Takper...jaga kau Rif!...

5 comments:

Aisha @ Sara Hamza said...

hehehe best2....smbg lagi!

in_wired88 said...

tocang pun tocang la..
janji hati dah suke..hehe

ashida said...

ha..ha...azad....azad....bila lak 'khan' tukag pi cina.....

kucc_aprilsnow said...

shida -syyy, nanti aku kena katuk ngan azad sbb menukar sedikit identiti dia...elemen cina tu hang faham kan pasai apa...kena kreatif la sikit beb..hikhik

cactaceous opuntia said...

haha..adei..nsb bek mak rief sporting...hehe..oh ku'a anak tunggal?abah die msh ade ke?huu..xpa2..cek truih baca cta ni..

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...