Monday, October 19, 2009

Rindu Semalam - Bab 22


Bab 22

Dia masih ingat pesanan arwah abah suatu masa dulu. Kata arwah abah perilaku dan tuturkata seringkali menjadi cerminan peribadi seseorang. Apa yang kita tampilkan, apa yang kita tuturkan akan menjadi garis pengukur pada orang disekeliling didalam menilai dan memberi permarkahan peribadi mereka terhadap diri kita. Cerminan dirinya tentu sudah tercalar selama ini tanpa dia sedari. Tolakan emosi yang kuat membuatkan mindanya gagal menberi justifikasi terbaik atas tiap tindakannya selama ini. Namun dia bersyukur, dia cepat sedar...oopps bukan, bukan dia yang sedar sendiri...dia disedarkan sebenarnya. Disedarkan oleh seseorang yang selama ini menjadi seorang pemerhati yang setia...pemerhati yang prihatin.

Kalau difikirkan rasional pada tindakannya pada majlis harijadi Ben yang berlangsung di banglo indah itu semalam sememangnya Duhaila sendiri sukar memberikan jawapannya. Tiada jawapan yang khusus hatta walau dalam kamus dewan sekalipun bagi menjelaskan peri perlakuaannya semalam. Dia sendiri tidak pasti bagaimana dia mampu melakukannya sedangkan selama ini dia sentiasa cuba sehabis daya mengelak dari berhadapan dengan situasi seperti itu. Dia tidak mahu perasaan dan emosinya terperangkap dan diperangkap jika dia dibentangkan dengan situasi seperti itu. Anehnya semalam dia mampu mengatasi..malahan lebih hebat lagi dia mampu berlagak seperti biasa...seperti tiada apa -apa yang berlaku. Duhaila akur...semuanya kerana dia. Ya, dia lah orangnya. Dia yang telah menyalurkan semangat yang begitu ajaib sekali dalam dirinya. Membuka mata dan minda hatinya untuk mengolah semula perilakunya selama ini. Betapa lemahnya dirinya selama ini melawan ledakan emosi. Betapa keterlaluan dirinya menghukum.

"You tahu Duha mak i selalu cakap dan pesan pada i orang yang paling kuat dalam dunia ni bukanlah orang yang berfizikal gagah perkasa, sasa ala ala Mr Universe macam Malik Noor tu tapi orang yang dapat mengawal nafsu dan sifat amarah dalam dirinya. Orang yang dapat memberikan kemaafan tanpa syarat pada sesiapa pun juga yang pernah menyakiti dan melukakannya dan melupakan sengketa itu selama-lamanya maka dialah yang insan yang sebenar-benarnya paling gagah, paling perkasa, paling kuat di dunia ini ...listen to me Duha, i knew it very hard for you...is damn so difficult for you, but for your owned good please forgive and forget what ever he have done to you Duha...just forgive and forget it Duha...i knew you can do it. Insyaallah lepas ni, you pasti akan lebih tenang...percayalah cakap i."

Masih terngiang-ngiang dimindanya bait kata-kata itu. Kata-kata yang penuh diplomasi. Penuh pujukan. Mungkin ada kebenaran disebalik saranan itu. Ada hikmah yang tersembunyi yang tidak terhampar didepannya. Hikmah yang menguji mindanya untuk mencari jawapan itu sendiri. Duhaila memejamkan mata sambil berpeluk tubuh.

"Haa..berangan sampai kemana dah tu cik Duhaila sayang?" kejutan suara nyaring bercampur ketawa merencatkan penjelajahannya yang baru bermula...

issh, mak cik sorang ni...tak sudah sudah perangai dia yang satu tu sejak dulu...suka terjah orang jer kejenya!..nasib baiklah aku ni takde komplikasi jantung Ziha oooi!.

"Assalamualaikum doktor Ziha yang cantik manis...hmmm, tak reti reti nak beri salam dah ker? Terperanjat aku kau tau tak?" Matanya dibulatkan pada Ziha yang sudah tersengih-sengih sambil menutup mulutnya sedikit.

"Well...memang saja aku nak terperanjatkan kau tu...bagus punya berangan...sampai pejam pejam mata...hmm, berangankan siapa ye doktor Duhaila yang manis menawan?" Ziha mengangkat kening sambil tersenyum memandang Duhaila.

Tanpa mempedulikan senyuman Ziha yang penuh muslihat itu Duhaila pantas bergerak dari tepi jendela di bilik rehat menuju ke meja lalu mengambil tas tangannya dan talinya yang sedikit panjang itu disangkutkan ke bahu. Jubah putih yang menyaluti tubuh kurus tingginya itu pantas ditanggalkan lalu diletakkan pada lengan. Dari ekor mata Duhaila tahu Ziha sedang memerhatikan tiap pergerakannya. Duhaila buat buat tidak nampak. Langkahnya dihala ke pintu utama. Belum sempat tombol pintu dicapai, Ziha terlebih dahulu sudah memegang tangannya.

"Ala Duha...issh, Duha apa ni...takkan kau marah kut dengan aku?ni...niat...a...ak...aku cuma nak usik usik kau saja tadi. Just that. Kau kan tau sikap aku yang suka usik kau, terperanjatkan kau...dari dulu memang aku suka buat macam tu kan...tapi kalau kalau kau marah pasal hal tadi...aku minta maaf Duha...aku tak sengaja, aku tak tahu kau waktu tu mungkin tak mahu diganggu sesiapa ." Duhaila cuba menyembunyikan senyumnya. Melihat wajah mendung Ziha yang sedikit tunduk menggelikan hatinya.

Haa...tau takut cik Ziha!

"Takper la then...aku pergi dulu Duha. Sorry again. Bye." Tangan Ziha yang memulas perlahan tombol pintu dipegang. Erat. Ziha mengangkat wajahnya perlahan-lahan memandang ke arah Duhaila. Dilihatnya Duhaila sedang tersenyum lebar sambil mengenyitkan mata. Jahatnya dia!

"Well... kau pulak macam tak kenal aku...tak kenal perangai aku yang satu ni...kan ker aku suka mempermainkan kau bila kau terperanjatkan aku secara spontan macam tadi...aku kan suka buat kau gabra...buat kau panik sekejap....aku kan memang suka sangat tengok air muka sedih dan bersalah kau tu....syok tengok kau kelam kabut macam tu tau Ziha...hehehehe"

"Kau ni....sah sah nak kena belasah lepas ni tau Duha."

"Apa apa kau kata Ziha? nak belasah?...wah wah cik kak sorang ni....ingat kita ni punching bag dia ye....malam sikit ek cik Ziha...dah jom la balik weh...aku penat la. Letih sangat hari ni." Duhaila sudah menarik Ziha keluar dari bilik rehat.Tangannya pantas menutup semua suis pada papan suis yang terletak di dinding sebelah kiri pintu. Perlahan-lahan pintu ditarik.



"Duha..."

"Hmmm..."

"Tadi tu kau memang tengah ingat someone kan?..."

"Ziha...."

"Ala Duha...betulkan?"

"Hmmm..."

"Sapa?..."

"Ada la..."

"Aku tahu sapa...."

"Dah tahu buat apa tanya lagi...apa la kau ni Ziha."

"Dia kan..."

"Dia siapa?"

"Ala..dia tu la...the one and only..."

"Entah..."

"Yelah tu...yes, i knew it!"

"Apasal yang kau suka sangat ni...aku tahu la kau suka dia..."

"Eh mana pulak aku suka dia...aku suka orang lain laa..."

"Sapa?"

"Syed Ashman..."

"owh..."

"Duha...."

"Apa...."

"Taufik ek?"

"Apa hal pulak dengan dia?..."

"Kau fikirkan dia kan..."

"bukan..."

"Habis sapa?"

"Syed Ashman..."

"Eh, apsal pulak mamat tu intefrem dalam cite kau tetiba ni?..."

"Entah..kau gi tanya dia Ziha...apsal dia sibuk masuk dalam cerita aku ni, potong stim betul mamat tu tau....dia kan patut masuk dalam cerita kau jer...cerita kau dan dia sahaja, rite?...aku ingatlah kan salah baca skrip kut doktor pujaan kau tu gamaknya...kesian sungguh!" Duhaila sudah tidak mampu menahan ketawanya. Ziha sudah membulatkan matanya sambil mencubit kecil pinggang Duhaila yang berjaya mengenakan dirinya. Duhaila mengaduh tapi masih meneruskan sisa ketawanya. Ziha turut ketawa sudahnya.

Padan muka kau Ziha, kan dah terkena!...tulah sibuk sangat nak tahu hal orang....

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kucc..
Alah makin menariklah citer ni... hmmm siapa ye yang dpt Dr. Duhaila?
Dr Taufik ker?? hmm..suka je klu ngan dr taufik..yg dah lepas tu..biarlah berlalu kan??hahaha

kucc_aprilsnow said...

wkumsalam nik...thks

kucc pun xtau nk end kan cik kak ni dgn sapa, idea xder lg la...undi nak?, ahaaks

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...