Friday, October 23, 2009

Rindu Semalam - Bab 23

Bab 23

Peluh yang sedikit membasahi dahi pantas dipintas dengan tapak tangan agar tidak mencecah ke pipi. Matahari yang tegak di kepala menyilau sedikit pandangan namun tidak dihiraukan. Tumpuan lebih pada misinya untuk menjemput seseorang...ya, seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya selama ini. Matanya cuba ditumpukan pada bas ekpress yang baru tiba Bentong. Dia tegun meneliti kelibat setiap penumpang yang turun dari bas. Sesekali badannya dicondongkan...mencari-cari kelibat orang yang ditunggu...orang yang dinanti. Stesen Bas Pekeliling yang begitu sesak dengan orangramai yang juga mahu mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam sama ada bas, LRT mahupun Monorel yang kebetulan juga berpusat di situ. Matanya sudah menangkap sesusuk tubuh kurus tinggi yang sedang menuruni tangga bas sambil menjinjing sebuah beg yang sederhana besar disebelah kanan manakala disebelah kirinya menjinjing sebuah beg plastik berwarna putih yang agak besar sambil matanya memandang ke kiri dan kanan. Duhaila mempercepatkan langkahnya merapati. Senyuman manis sudah terpamer pada wajah penuh kedamaian itu saat dia melihat Duhaila. Pantas tangannya menyambut beg dan beg plastik tersebut lalu diletakkan ke tepi. Tangan dan tubuh wanita separuh abad itu ditarik ke tepi dengan cukup berhati-hati.

"Assalamualaikum bu..." Tangan kurus yang kian dimamah usia itu dikucup lembut. Tubuh ibunya sudah kejap dalam pelukan Duhaila.

"Walaalaikumsalam...Duha sihat nak?."Duhaila mengangguk sambil tersenyum. Bahu ibunya dipaut erat.

"Alhamdulillah bu, Duha sihat."

"bu..kenapa tak cakap nak datang KL?...bolehlah Duha jemput ibu kat kampung. Kesian Duha tengok ibu...haa jinjing beg besar pulak tu...ibu tu bukan larat sangat pun." Pipi mulusnya dielus lembut oleh tangan yang kian dimamah usia itu.

"Ibu takde apa apa pun Duha, usahlah bimbang...dari kampung tadi ibu tumpang Pak Lang Samadnye yang dah kebetulan nak ke bawak Mak Lang Siah ke hospital Bentong...ada temujanji susulan katanya. Dihantarnya ibu sampai ke dalam bas tadi...tu yang langsung ibu mintak tolong telefonkan Duha suruh jemput ibu kat Pekeliling ni."

"Ibu..ni dalam plastik putih ni apa?..berat semacam je." Duhaila cuba menjenguk.

"Kan Duha kata kat ibu nak buat kenduri doa selamat...tu ikan sembilang dan pari yang ibu dah siap salaikan...ulam-ulam dan sayur-sayur kampung pun ada. Tu umbut kelapa yang Duha suka pun ada nak ibu bawakkan...Duha kan suka makan umbut masak lemak putih."Duhaila sudah menggeleng-gelengkan kepala sambil menjuring senyum. Ibu..ibu.

"Bu, jom kita ke kereta Duha dulu..panas sangat ni, kesian ibu...nanti kita boleh sambung cerita dalam kereta nanti ye.." Duha sudah mula bergerak menjinjing beg disebelah tangan kanan manakala tangan kirinya menjinjing beg plastik putih sambil meminta ibunya memegang lengan kanannya.

"Boleh ke Duha bawak semua ni nak...ibu bawak satu ye?."

"Takper bu..takper...Duha boleh bawak. Ibu pegang lengan Duha baik-baik ye kereta tengah banyak ni."

Pemandangan di persekitaran dalaman apartment milik Duhaila itu diperhatikan. Ralit matanya melihat susunatur perabut di rumah anak gadis tunggalnya itu...ringkas namun nampak kemas dan cukup mendamaikan. Dia akui Duhaila memang kreatif didalam perihal menghias. Langsir putih susu dengan percikan bunga-bunga halus berwarna kuning lembut sebagai latarnya cukup kena dengan sofa berwarna kuning air yang menghiasi ruang tamu. Kakinya cuba menjejak ke bahagian balkoni...perlahan-lahan sliding door yang memisahkan antara dua ruang itu dibuka...namun saat menjenguk ke bawah, dadanya di urut perlahan-lahan sambil sesekali matanya dipejamkan...dia menggeleng-gelengkan kepala. Ngerinya!. Pantas kakinya diundur perlahan-lahan ke belakang. Pantas juga pintu itu kemudiannya ditutup. Rapat. Duhaila yang sedang menatang dulang berisi jag berisi air barli kegemaran ibunya tersenyum melihat gelagat ibunya itu.

"Bu..jom minum. Duha ada buat air barli ni."

"Duha...takutnya nak ibu tengok ke bawah. Tingginya rumah Duha ni."

"Biasalah bu...dah namanya pun apartment kan...mana ada yang rendah rendah. Tu pun nasib baik Duha dapat tingkat 10...buatnya tingkat 15 ker, 20 ker..aduhai, mau ibu taknak jejak rumah Duha kan.." Duha sudah menuangkan air barli kedalam gelas sambil menarik tangan ibunya ke sofa. Kedua-duanya sudah melabuhkan duduk.

"issy...kalau tingkat 20 tu tak payah la Duha duduk nak...takut ibu dengar...sayup jer kalau dipandang dari atas ni...rasa macam nak jatuh pun ada ibu rasa...kan?" Duhaila sudah tersenyum mendengar luahan rasa dari mulut ibunya.

"Bilanya Duha nak buat kenduri doa selamat tu?...ibu rasa lah elok kalau Duha buat dalam sehari dua ni...nanti tak elok pulak barang-barang yang ibu dah siap bawak dari kampung tu. Lusa malam jumaat...sedang elok la tu Duha...bolehlah buat kenduri tahlil sama kan?.." Gelas berisi air barli yang sudah suam-suam kuku itu disua ke mulut. Doa dibaca dalam hati. Kepalanya dianggukkan sedikit bagi menjawap cadangan ibunya tadi.

"Hmm, insyaallah boleh agaknya bu...nanti lepas maghrib Duha beritahu ahli jemaah surau kat bawah tu. Harap-harap diorang takde apa-apa program malam lusa nanti. Petang ni kita keluar ye bu..beli apa-apa yang patut untuk kenduri tu." Ibunya sudah menganggukkan kepala.

"yelah...ibu ikut je."

"esok malam?...set Duha, bab makan free ni aku tak tolak punya...erk kau nak jemput sapa lagi ni?"

"adalah few staff kat wad ni. Staff office pun aku jemput sama. Boss pun sama. Papa dan mama kau sama tau..tetamu khas ibu aku tu. Ibu aku kata lama dah tak jumpa diorang."

"mama dan papa takde apa-apa malam esok aku rasa...boleh boleh,diorang pun lama dah tak jumpa ibu kau."

"dia kau tak jemput sama ke?"

"sapa dia?'

"Eleh..kura-kura dalam perahu lah pulak kau ni..."

"aku mana ada naik perahu..aku naik kereta la...kalau kereta rosak barulah naik LRT.."

"amboi..banyaklah kau punya hujahnya.."

"aduhh..sakitlah makcik. Tak sudahnya mencubit la kau ni Ziha."

"jemput tak?"

"iye, dah cik Ziha...Akhmal dan Ben pun aku jemput sama. "

"what?"

"Kenapa?"

"Tapi..di..dia kan..."

"Aku tak mahu jadi pendendam Ziha...kata Taufik tu betul. Aku dah tak sanggup tanggung dan simpan semua beban ni Ziha...dah tak mampu...aku kena lepaskannya Ziha." Bahunya dipaut erat. Anggukan Ziha berserta sebuah senyuman memanah bola matanya. Dia cuba membalasnya. Jari jemari mereka saling mengenggam.

"Duha..."

"hmm..."

"nanti bolehlah kenalkan dengan ibu kau..."

"kenalkan sapa pulak?"

"ehem ehem la..."

"ehem ehem?"

"bakal menantu dia lah...issy lembab la kau ni!"

"Zihaaaa..."

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...