Tuesday, October 20, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 4

Bab 4

"Kalaupun kau marahkan sangat mak dia, janganlah budak tu kau jadikan sasaran pulak. Kau tu kena ingat, si Sarah tu anak kau jugak tahu?, darah daging kau Har. Mak bukan apa Har, kesian tengok cucu mak yang sorang tu. Dia tu tak tahu apa-apa pasal hal korang berdua. Cubalah selesaikan cara orang dewasa Har masalah rumahtangga kau ni. Sampai bila nak terus begini Har. Kau di utara, si Marina di selatan...kau ke timur, Marina ke barat...sorang ke hulu sorang ke hilir...tak ada sudahnya kalau dua-dua keras kepala macam ni. Cubalah beralah salah sorang, tak boleh ke?. Korang berdua ni memang tak sayang anak agaknya la...issy. Tulah, masa nak kawin tak menyempat-nyempat. Tup tup dah nikah...bila jadi macam ni, haa budak tu yang jadi mangsa...mak dah cakap dulu kat kamu Har, bukan senang nak kawin dengan orang putih ni. Tanggungjawab kamu tu berat...tapi kamu tu...payah mak nak cakap." Azhar diam di kerusi. Tidak mahu membalas bebelan ibunya. Dia akur dengan kebenaran tiap kata-kata yang diluahkan ibunya itu. Hanya matanya sahaja menyoroti pergerakkan tangan ibunya yang sedang rancak membasuh pucuk paku merah yang baru dihantar pembantu ayahnya tadi di singki. Sesekali dia menghela nafas.

Azhar bangun lalu menyorong kembali kerusi kayu tempat dia melabuhkan duduknya tadi.

"Nak kemana pulak kamu tu?" Mak Zainah memandang pada anak lelaki tunggalnya itu. Terbit rasa simpati pada nasib yang menimpa rumahtangga Azhar. Mak Zainah tahu anaknya itu tertekan dengan kegagalan rumahtangganya.

"Har nak gi tengok Sarah kat atas jap mak...kata mak tadi lutut dia berdarah." Azhar mula melangkah menuju tangga batu yang memisahkan bahagian dapur dengan bahagian tengah rumah.

"Haa jangan pulak kau marah dia Har...tanya dia baik baik. Nasib baik lah si Zita tu cepat letak ubat...kalau tak melarat jugak luka Sarah tu mak rasa." Dahi Azhar sedikit berkerut saat mendengar nama itu disebut.

"Zita?...sapa Zita mak?"

"Ala anak majikan mak Ton...kau kenalkan mak Ton yang duduk kat banglo 3 tingkat kat tepi sawah tu..." Azhar mengangguk-anggukkan kepala. Mak Ton tu kenal la, Zita tu tak kenal la mak!

Anak majikan mak Ton? Hmmm...camner aku tak pernah tahu pun selama ni!...

Tombol pintu bilik perlahan-lahan dipulas. Azhar merenung wajah anak tunggalnya yang sedang leka ditepi jendela sambil jari jemarinya yang halus menyelak helaian muka surat pada buku ditangan. Sesekali terpamer senyuman manis dari mulut mungil itu. Comel!. Seketika dia terbuai dengan perlakuan Maisarah yang cukup indah dimatanya. Dia menyandarkan tubuh tegapnya pada palang pintu. Terus memerhatikan gelagat si kecil kesayangan di hadapan.

"Papa...papa, kenapa papa diri kat situ?." Azhar tersenyum. Membalas senyuman dari anak gadis kecilnya itu. Langkahnya diatur kedepan. Mendekati Maisarah lalu duduk disebelah si kecil comel itu.

"Sarah buat apa ni?...baca buku apa ni sayang?" Buku yang dipegang Maisrah dibelek sedikit. Maisarah memandangkan wajah Azhar.


"Sarah tengok buku yang atuk belikan untuk Sarah kat pekan tadi. Nenek cakap atuk cakap nanti lepas balik dari kebun atuk akan bacakan cerita ini untuk Sarah...Papa ada nampak atuk tak?...Sarah dah lama tunggu atuk nak cerita ni." Mata Maisarah yang bulat bersinar menikam pandangan Azhar. Mulutnya sedikit muncung. Dia menggosok-gosok kepala anaknya itu.

"Takpe la sayang...papa rasa atuk mungkin sibuk kat kebun agaknya. Papa akan bacakan cerita ni untuk Sarah...tapi sebelum tu papa nak tanya sesuatu pada Sarah...dan papa mahu Sarah cakap betul-betul...jangan bohong papa..ok?" Azhar menghulurkan jari kelingkingnya pada Maisarah. Dilihat Maisarah teragak-agak menghulurkan jari kelingkingnya untuk digandingkan dengan jari Azhar tanda ikrar...tanda janji.

"Sarah janji...Sarah takkan cakap bohong...Sarah janji papa..." Azhar tersenyum. Mengeratkan lagi gandingan jari kelingking mereka yang sudah bertaut erat.

"Baiklah. Papa nak tanya Sarah...lutut ni kenapa berplaster?...ada kesan ubat kuning papa tengok ni." Azhar merenung lembut wajah polos anaknya itu. Dia ingat kata-kata ibunya tadi agar tidak meninggikan suara atau memarahi Maisarah. Harus bijak menangani si kecil comel nan satu ini. Maisarah menundukkan wajahnya. Tidak tega memandang wajah Azhar.

"Sarah..."

"Papa janji tak marah Sarah?"

"Papa janji..."

"Swear papa?"

"Yes sweet heart. I swear...now tell me."

"Sarah tadi ikut kawan-kawan gi main buaian kat depan rumah cantik yang kat tepi sawah tu. Buaian tu satu je, tapi besar papa...diorang rebut-rebut nak main. Sarah tak nak rebut dengan diorang...Sarah panjatlah pokok rambutan yang warna kuning tu." Azhar menggelengkan kepala. Panjat pokok lagi!

"Go on with story small princess...papa is listening."

"Masa Sarah duduk kat pokok tu dan tengah makan buah rambutan, diorang tu goyang-goyangkan pokok...Sarah pun macam bergoyang-goyang, pastu jatuh. Sarah marah sangat, walau sakit Sarah bangun jugak kejar budak yang goyangkan pokok tu...masa kejar dia kaki Sarah tersangkut lubang kecil, terus jatuh atas batu..." sekali lagi Azhar menggeleng-gelengkan kepala. Sarah...Sarah...nakal ngalahkan budak jantan!

"Papa...papa tau tak...jahat tau budak tu papa, dah dia yang buat Sarah jatuh , dia kata pulak kat kak Zita Sarah ni budak bandar lembik...nasib baik kak Zita tak menangkan dia...serve her right!"

"Sarah...you're not suppose to say that word."

"sorry papa."

Kak Zita?...hmmm.

"Sapa kak Zita tu? Papa tak kenalpun...dia kawan baru Sarah ke?" Azhar melihat Maisarah tersenyum manis saat nama itu disebut. Seperti sangat gembira tatkala mendengarnya.

"Kak Zita tu duduk kat rumah cantik tu la papa...rumah cantik 3 tingkat yang kat tepi sawah tu rumah dia la papa...Kak Zita baru je duduk kat situ dengan nenek Ton..duduk dengan atuk Din. Patutlah Sarah tak pernah nampak kak Zita sebelum ni. Kak Zita kata sebelum ni dia duduk dengan papa dia kat Kuala Lumpur. Papa, papa tau tak something?" Azhar menjongketkan keningnya pada soalan Maisarah.

"Know what my dear?"

"Kak Zita tu..she is so pretty tau papa...macam princess barbie...Sarah suka tengok muka dia...she's so pretty and so kind..."Azhar cuma tersenyum mendengar kata-kata Maisarah.

Princess Barbie?...Sarah ni, macam macam la!

"Kak Zita la yang bubuhkan ubat ni kat lutut Sarah...lepas tu letak plaster...lepas tu dia hantar Sarah balik dia takut nanti Sarah jatuh tengah jalan...baik kan dia papa?...nanti Sarah kenalkan papa dengan kak Zita ok..." Azhar hanya menganggukkan kepala pada Maisarah.

"lain kali jangan panjat pokok lagi Sarah...Sarah kan budak perempuan, bukan budak lelaki..faham?" Azhar memandang Maisarah yang mengangguk-anggukkan kepala sambil mengangkat sebelah tapak tangannya ke paras kepala.

Ikrar ye...yelah tu Sarah!, macam papa tak kenal anak papa ni...

2 comments:

Aishah Hamzah said...

best....smbg2!

cactaceous opuntia said...

wah..sarah..bunyi da cm promoter je...siap nk kenalkan papa die ngn kak zita nye tu...xpyh papa dia susa2 tnye kan?

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...