Thursday, October 15, 2009

Istikharah Terakhir - Bab 3

Bab 3

Riuh suara beberapa kanak-kanak yang riang bermainan buaian kayu yang dipasang pada dahan pokok rambutan gading yang sedang lebat berbuah berhadapan rumah menarik perhatiannya. Buku yang baru dibaca tadi ditutup lalu diletakkan di atas meja kayu dibelah. Dia bangun dari duduk lalu mengatur langkah ke halaman. Matanya menyoroti perlakuan riang beberapa orang si kecil yang seronok berbuaian sambil bernyanyi. Ada yang dilihat duduk diatas dahan rambutan sambil memetik buah nan sedang ranum ditampuknya. ketawa antara mereka saling bertingkah. Tidak langsung memperdulikan pandangannya pada mereka. Bibirnya menguntum senyum.

"Buaian?,hmmm..masa kecik kecik dulu tak puas berbuai ni, ye kan?."

"Tak semestinya."

"Dah tu, apa?"

"Saja. Suka -suka. Lagipun seronok tau berbuai sambil berbaring macam tu. Lagi-lagi bila angin bertiup...best!, jomlah."

"Issh..taknak, seganlah saya. Awak jer lah duduk dalam buaian tu. Saya duduk kat tepi ye.."

"Ala awak, apa pulak nak segannya. Tu diaorang tu ok jer. Takder apa-apa pun."

"Janganlah samakan saya dengan orang lain awak. Saya ialah saya..."

"Awak ni...eei, menyampahlah!"

"Awak....takkan itu pun nak merajuk...awak...awak...awak, tunggu..."

Jeritan dari anak-anak tadi mengejutkannya. Matanya cepat menangkap kelibat anak-anak yang tadi riang berbuai mengerumuni sorang anak kecil berambut perang sedang terduduk di atas rumput. Suaranya yang tersedu sedan menangis sambil mengosok lututnya yang sedikit berdarah. Pantas langkah dihala ke arah mereka.

"Kenapa ni adik?" Matanya menyoroti wajah-wajah polos dikeliling yang diselubungi rasa ketakutan. Masing-masing hanya membantu. Terkunci kata. Tangannya cepat disauk pada tubuh kecil yang masih teresak-esak menangis. Tubuh itu digendong lalu diletakkan pada pangkin yeng terletak tidak jauh dari buaian. Anak-anak kecil yang lain turut membuntutinya.

Tangannya perlahan-lahan cuba disentuh pada lutut anak kecil itu.

"Aaahh..."

"Sakit ye?" Hanya anggukkan yang terpamer pada wajah comel bermata coklat yang basah dengan linangan airmata. Dia menggosok-gosok kepala si kecil sambil tersenyum manis. Cuba meredakan kemurungan suasana sekeliling yang tadinya riuh tapi kinn bertukar sepi. Bagai dilanda garuda!

"Nama sapa?" Matanya dijatuhkan pada wajah dihadapannya yang masih memandang lututnya yang sedikit berdarah.

"Nama dia Maisarah kakak. Kita semua panggil dia Sarah. Dia ni budak bandar, tu yang lembik sikit. Selalu datang rumah atuk dia yang kat depan masjid tu. " Suara budak perempuan berusia dalam lingkungan umur 8 tahun dibelakang yang menjawap soalannya tadi ditoleh. Dia tersenyum. Hmmm, budak bandar lembik ye...kakak pun budak bandar tau dik!

"Hmmm...Maisarah ye, sedapnya nama. Akak suka nama Maisarah tau." Jawapan yang terlontar dari mulutnya menggamit wajah comel dihadapan yang tadinya tunduk mendongak memandangnya. Mata mereka saling bertentang. Seulas senyuman kecil terukir dari bibir mungil itu.

"Luka ni, kakak kena bersihkan dulu ye Sarah. Kalau tak bersihkan, nanti kuman jangkit kat luka tu...nanti tambah sakit. Sarah jangan pergi mana-mana ok, tunggu kat sini tau. Kakak balik rumah kejap ambik ubat ok. Adik-adik yang lain pun tunggu dan teman Sarah ye." Langkah diatur pantas ke rumah yang berjarak 50 meter sahaja. Dia terus melulu ke ruang dapur.

"Mak Ton...mak Ton..." Kepala dijengukkan ke dapur. Kosong. Sunyi. Mana mak Ton ni!. Langkah dituju ke belakang. Matanya pantas menyorot di kawasan kebun di belakang dapur kalau kalau ada terlihat kelibat orang yang dicari. Matanya bersinar saat menangkap sesusuk tubuh sederhana gempal yang sedang mencangkung. Segera ayunan kaki dihala ke pohon kari yang sederhana tingginya dan rendang.

"Laa..kat sini rupanya mak Ton. Puas Zita panggil kat dalam tadi."

Mak Ton yang tadi mencangkung terus berdiri mengadap Zita. beberapa helai daun kari yang baru dipetik tadi dibelek-belek. Meneliti kalau kalau ada serangga yang bersembunyi dibalik helaian daunnya.

"Zita cari mak Ton? ada apa apa Zita nak ke?" Zita menganggukkan kepala pada soalan yang keluar dari mulut wanita separuh usia dihadapannya itu.

"Mak Ton, mak Ton letak peti first aid kat mana? Zita nak guna kejap." Terpancar kerutan pada wajah Mak Ton.

"Peti first aid?...peti apa tu Zita?, peti duit ke?" Zita sudah menepuk dahi. Tawanya tercetus spontan.

"ala sorry sorry Mak Ton, Zita buat mak Ton keliru...maksud Zita peti pertolongan cemas. Peti yang ada ubat-ubat luka, kapas, kain pembalut luka, plaster..macam-macam. Peti yang warna putih tu mak Ton. Ada gambar bulan sabit warna merah." Ketawa mak Ton tercetus bila mendengar penerangan Zita yang cukup jelas. Bahu Zita ditepuk perlahan.

"Jom kita masuk ke dalam. Nanti mak Ton ambikkan untuk Zita peti tu...eh tapi Zita nak guna buat apa? Zita luka ker?" Mak Ton membelek-belek tangan Zita sambil matanya menyorot ke seluruh tubuh gadis dihadapannya itu.

"Bukan Zita mak Ton...tapi budak budak yang main buaian kat bawah pokok rambutan depan tu. Ada sorang yang terjatuh. Berdarah lututnya Zita tengok. Ni yang Zita nak ambik ubat...kesian budak tu, menangis dia tengok lutut dah berdarah." Mak Ton meletakkan daun kari di singki. Langkahnya diatur ke kabinet dapur.

"Anak sapa pulak tu?...budak-budak memang suka sangat datang main buaian kat pokok rambutan tu. Dah macam tempat wajib. Haa..ni buah rambutan gading tengah masak lebat..lagilah ramai budak-budak suka bergayut-gayut atas dahan tu. Kadang tu mak Ton risau jugak. Yelah, kang terjatuh ke, apa ke...tapi budak-budak, biasalah...bukan makan saman!" Zita tersenyum mendengar luahan Mak Ton.

"Zita tak kenal mak Ton, tapi kata sorang budak tu, nama budak yang luka tu Maisarah. Dia bukan duduk kat kampung ni tapi datang rumah atuk dia yang rumahnya depan masjid. Rumah depan masjid tu rumah sapa mak Ton?" Tangan mak Ton yang sedang membuka salah satu pintu kabinet dapur terhenti. Dia menoleh pada Zita.

"Rumah depan masjid?...tu rumah penghulu kampung ni Zita. Rasanya mak Ton kenal budak ni. pernah tengok isteri penghulu bawak dia ke masjid dulu. Budak ni rupa macam anak mat salleh kan?. Tu cucu tunggal penghulu." Tangan Mak Ton mengambil peti putih bersegi empat lalu dihulurkan pada Zita.

" Ha'ah..memang rupa mat salleh pun budak tu. Nasib baik mata tak biru mak Ton. Zita nak kena ambik air panas semangkuk jugak ni mak Ton, nak bawak sekali ke sana..untuk cuci luka budak tu." Pantas bekas air panas di sudut dapur dicapai. Mangkuk plastik di rak pinggan diambil lalu air dari dalm bekas berpindah tempat.

" Zita pergi dulu mak Ton..."

"Yelah..hati-hati Zita."

"Ok..dah selesai. Kejap je kan?. Sakit lagi Sarah?" Matanya menyorot wajah comel dihadapan yang hanya membatu. Cuma gelengan kepala sahaja yang memberi isyarat jawapan pada soalan Zita.

"Kakak hantar Sarah balik ye...jom!" Tangannya pantas dipegang si kecil. Dia memandang wajah yang seakan ingin menyatakan sesuatu.

"Kenapa Sarah?"

"Nan...nanti kakak jangan cakap Sarah luka sebab jatuh pokok rambutan ye. Nan...nanti papa mesti marah Sarah. Papa mesti kata Sarah nakal lagi. Kakak cakap Sarah jatuh masa berlari kat tepi jalan ye." Zita mengukir senyuman.

Hmm..takut kena marah ye!...tapi memang nakal pun awak tu, tak padan dengan perempuan..panjat pokok!

"Jom kakak hantar Sarah balik. Dah nak tengahari ni. mesti papa Sarah cari Sarah kan".

"Kakak janji ye?...jangan cakap pada papa ye..." Zita mengangguk-anggukkan kepala sambil mencubit perlahan pipi gebu si comel dihadapannya itu.

"Yess...sayang kakak!.."

Zita tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tangan kedua saling berganding mengharungi matahari yang kian menegak di atas sana.

1 comment:

cactaceous opuntia said...

aloh..comeynye sarah...(pdehal xnmpkpn kn)..hee

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...