Friday, March 5, 2010

Rindu Semalam - Bab 39


Bab 39

Seligat manapun akalnya bertarung memikirkan ke mana agaknya destinasi bakal dituju Taufik, Duhaila masih buntu. Taufik tidak sedikitpun mahu berkompromi. Tidak sedikitpun terusik dengan pujukan Duhaila. Langsung tidak mahu menjelaskan apa-apa lewat panggilannya lewat malam semalam. Rahsia katanya. Rahsia?, sejak bila pulak sudah mahu berahsia-rahsia ini. Peliklah!

Kala akalnya masih tidak mahu mengalah meneropong jawapan, pekikan hon dari BMW 321i Taufik merencatkan penggalian Duhaila. langkah lambat-lambat diatur ke kereta tunangannya itu. Tubuhnya sudah selamat mendarat didalam perut kereta. Salam bertukar antara mereka.

"kita nak ke mana sebenar ni Fik?"

"hmmm...nanti sampai Duha tahu la..." Duhaila menoleh sekilas pada Taufik sebelum membawa pandangan ke arah luar kereta.

Jeda. Duhaila masih terpaku pada pandangan di luar. Bicaranya dikunci rapat. Tidak ada rasa mahu berkata apa-apa lagi. Hatinya sedikit terusik dengan tingkah Taufik. Tidak pernah Duhaila diperlakukan sebegini. Sekalipun tidak. Taufik yang dikenali selama ini seorang yang berterus-terang. Ada muslihat apa sebenarnya ini?. Hati kecilnya bagai bergetar irama yang tidak enak didengar. Atau ada rahsia besar apakah yang sedang menanti Duhaila ditempat yang bakal dituju Taufik. Diam Duhaila sudah dapat dibaca Taufik.

Aduhai, merajuk pulak buah hatinya yang satu ni..payah sungguh mahu berahsia apa-apa dengannya apatah lagi mahu membuat kejutan. Lihat, protes halusnya sahaja sudah cukup menyesakkan dada..jiwa kacau dibuatnya!

"marah ye? "

Jeda.

"merajuk ke? "

Jeda.

Taufik menghela nafas perlahan-lahan. Parah!, ok, kena cakap jugak jawabnya ni...

"Duha..."

Masih bisu bibir merah jambu itu. Dikunci erat.

"sayang..."

senyap lagi.

"ok, Fik minta maaf kalau Duha terasa hati dengan tindakan Fik. Fik tak ada niat macam tu. I swear..." Taufik cuba mencari wajah polos disebelah yang ternyata masih rela membuang pandang melihat suasana di luar kereta. Duha, pandanglah sini..........

"so nak ke mana kita ni sebenarnya?" Taufik sudah mengaminkan dalam hati. Mogok terus tadi, mampus aku!

"kita nak ke studio la sayang.." Duhaila pantas menoleh pada Taufik yang tenang memandu.

"haa?...studio?...buat apa ke sana?"

"nak ambik gambar."

"ambik gambar?"

"yup.."

"gambar siapa?"

"you..."

"Haa? gambar i?" Dahi sudah makin berkerut.

"gambar apa pulak ni Fik?"

"hmmm..your picture with the wedding dress my dear..."

Wedding dress?..Minda Duhaila sedang lincah berpusing...berlegar-legar mencari sebab kepada perlakuan pelik Taufik. Hairan dengan tindakan tiba-tiba tunangannya itu. Wajahnya ditoleh ke sebelah. Taufik tenang memandu sambil menoleh padanya sekilas. Sebuah senyuman manis bersama sebuah kenyitan dilemparkan ke arah Duhaila.

"kenapa nak ambil gambar tu kat studio ?" sedikit kerutan diwajah polos Duhaila mengundang senyum Taufik.

"Fik nak tengok gambar Duha dalam wedding dress with studio background. Lagipun Mac's Studio ni memang the best in town. Ramai kawan Fik puji si Mac ni. Duha ok kan?"

Duhaila sudah melepaskan nafasnya. Wajah ceria Taufik direnung.

"Kita kan boleh je ambik lepas majlis walimatul-urus kita selesai nanti. Buat apa nak tergesa-gesa. Studio tu bukan lari ke mana pun Fik." Taufik sudah ketawa kecil.

"memang la tak lari studio tu sayang ooi..tapi si Mac tu yang kalau tak dikejar akan lari. Hilang entah ke benua mana."

Duhaila masih tidak faham. Renungannya cepat difahami Taufik.

"appointment dia tu kalau nak tahu memang padat...padat gile, so kalau tak cepat, melepaslah Fik nak dapat sentuhan ajaib dia. Silap-silap kena tunggu tahun depan. Entah-entah masa tu Fik rasa Duha dah..." Dahinya sudah berkerut. Matanya sudah menyorot ke wajah sebelah.

" dah apa?"

Taufik sudah tersenyum. Pipinya sudah dikembungkan dengan sebelah tangan dibawa ke bahagian abdomen lalu tangan digerakkan ke arah hadapan. Duhaila sudah menjeling sambil jarinya pantas mencapai lengan Taufik. Dipulas semahu-mahunya lengan sasa itu. Taufik sudah mengaduh dengan wajah yang berkerut.

Padan muka...gatal!

Mac Chin menyambut kedatangan Taufik dan Duhaila ke Mac's Studio dengan senyum manis. Duhaila sudah terpegun dengan keindahan Mac's Studio yang luas dan serba canggih. Mereka dibawa masuk kedalam pejabat Mac. Setelah berbincang Mac menekan telefon. Seorang gadis muda masuk lalu diperkenalkan kepada mereka berdua oleh Mac. Duhaila sudah diminta mengikut gadis tersebut ke bilik persalinan. Taufik hanya mengangguk dan melemparkan senyuman.

"she's beautiful..." Taufik hanya tersenyum memandang Mac.

"so when is your wedding?"

"next month.."

"well, congratulation to both of you...you must be the luckiest doctor haa? " ketawa saling bertukar antara dua jejaka itu.

"gave me a shoot of her then i wont forget Mac...that i will remember forever..." Mac sudah menganggukkan kepala sambil menepuk bahu Taufik. Gadis tadi sudah datang memberitahu yang Duhaila sudah sedia untuk sesi photoshoot. Taufik dan Mac sudah beriringan ke studio.

"Look at her, my god such a perfect face!...so gorgeous... i love it!" Mac sudah bertepuk tangan. Duhaila yang sudah lengkap bergaun putih nan indah duduk penuh berdebar dihadapan. Taufik sudah tersenyum lebar sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya ke atas dan dihalakan pada Duhaila. Saling bertukar senyuman antara mereka.

"ok my dear beautiful doctor..let start!"

yes...she is so gorgeous Mac...

2 comments:

epy elina said...

hohohohoho....
mcm ada je yg x kena....
pe pun nak duha ngn fiq...
x nak ngn org lain...
mst duha sngt cntik msa 2...
best2x...

Umi of three Nurul (UotN) said...

yelah..
mcm ada yang sgt tidak kena...eee,, takut nak pk hahaha.

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...