Tuesday, March 9, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 19

Bab 19

"i dulu remaja nakal Har. Papa selalu pening kepala dengan perangai i. "

Azhar hanya mempamerkan senyuman pada Zita disebelah. Cuaca di sekitar Taman Tasik Titiwangsa petang itu amat nyaman. Redup.Sesekali tiupan angin menyegarkan tubuh badan yang sudah melekit dengan lelehan peluh. Azhar menarik tuala kecil di leher. Wajah yang sudah dibasahi peluh dilap perlahan-lahan. Mereka berdua yang tadinya pantas berlari kini sudah bertukar haluan dengan berjalan-jalan sahaja di trek jogging.

"i pun nakal masa zaman sekolah dulu Zita. Sangat-sangat nakal pun. Selalu jugak la kena sesah dengan abah."

"tu nakal lain Har. Nakal zaman sekolah. Nakal i ni lain...you know what i mean kan."

"lain macammana tu?"

Langkah Zita dibawa ke arah bangku kayu bersebelahan dengan trek kereta kuda. Azhar turut serta melabuhkan duduknya disebelah. Mata Zita menyoroti pemandangan tenang air tasik dihadapannnya.


"umi meninggal masa i masih remaja. Sejak tu i hilang arah. I jadi liar. I ni anak manja Har. Rumah sunyi sejak umi pergi. Papa pulak selalu sibuk dengan urusan perniagaan dia. I kesian dengan papa." Nafasnya dihela perlahan-lahan. Wajah umi yang redup dan murah dengan senyuman terbayang dimata.

"i start pergi clubbing, merokok ikut kawan-kawan Har. Cuma one thing kawan-kawan i tak ambik drugs or even drinks. Kami tak nak parents syak. So we just enjoying ourselves with those activities. Macam satu kepuasan dapat buat benda-benda tu. Masa tu hanya rasa seronok je yang ada dalam kepala. Benda lain tak pikir dah. Rasa kekosongan jiwa i terisi dengan aktiviti bersama kawan-kawan kat club." Wajahnya jatuh pada pasangan muda dihadapan yang sedang mengekori anak kecil mereka yang sedang terkedek-kedek berjalan. Baru dapat kaki mungkin si kecil itu, desis hati kecil Zita.

"papa you tak sedar dengan perubahan tingkah-laku you masa tu? "

Zita menoleh sekilas pada Azhar sambil melemparkan senyuman kecil.

"papa tahu tapi papa tak pernah marah i. Dia sangat faham dengan rasa kehilangan yang i rasakan sebab i dengan arwah umi sangat akrab. Papa sedar dengan perubahan i, papa advice me in his own way...cuma i je yang degil...until..."

Azhar sudah menoleh pada Zita.

"until?"

Zita sudah menyandarkan tubuhnya pada palang bangku. Wajahnya seakan cuba melakarkan potret seseorang. Seseorang yang sangat memberi makna dalam hidupnya. Seseorang yang telah mengubah dirinya 100 peratus. Menjadikan dirinya Zita Asyikin yang baharu.

"until i meet Zakrul...dialah yang berjaya mengubah diri i menjadi Zita yang you tengok hari ini."

Azhar hanya menganggukkan kepala. Pastinya jejaka yang disebut Zita itu memberi erti yang cukup besar dalam hidupnya. Wajahnya yang tersenyum saat menyebut nama itu sudah mencerminkan siapa jejaka itu dihati Zita.

" Zakrul is a photographer. I kenal dia masa dia buat assignment kat club tempat i selalu lepak dengan kawan-kawan. Selalu la i melepak kat studio dia. Kadang ikut dia pergi buat assignment. Merata la jugak la i ikut dia."He's such a nice guy." Zita sudah berdiri dan berjalan menghampiri tebing tasik. Matanya ralit memandang renangan ikan-ikan yang pelbagai saiz dan warna yang menghuni tasik. Azhar turut mengekori langkah Zita. Masing-masing terleka menghayati pancuran air ditengah-tengah tasik.

"Zakrul serius kawan dengan i. i pun sama. Cuma i tak pernah beritahu papa masa tu tentang Zakrul..."

"you dan Zakrul kahwin jugak akhirnya?" Zita sudah menggeleng-gelengkan kepala.

"it was not like those fairytale love story Har...and they live happily ever after! " Mata Zita menyoroti pemandangan tasik. Kemudian menoleh pada Azhar yang kebetulan sedang merenung dirinya.

"kami berkahwin....tapi dengan pasangan masing-masing." Azhar merenung tidak berkelip ke arah wajah Zita yang tenang namun terpancar percikan kesedihan di wajah indah miliknya itu.

"i kahwin dengan pilihan papa dan arwah umi. Dia memang calon pilihan arwah umi. I tak sanggup nak hampakan wasiat akhir umi. Zakrul marah. Dia kecewa. Dia kata i main-mainkan dia. Dia tuduh i penipu. Anak orang kaya memang macam tu kata Zakrul. Dia terus tinggalkan i. Just like that. Puas i cari dia. Merata. Tanya kawan-kawan. Nothing." Zita mengesat peluh didahi dengan tuala kecil yang dililit di leher.

" a week before my weeding, i terima kad kahwin dia. Perasaan masa tu susah nak cakap Har. Zakrul seolah-olah berdendam dengan i. Ntahlah. Apa-apapun i tak pernah simpan apa-apa rasa marah pada dia. I tak dendam pun pada dia. I sentiasa doakan rumahtangga dia bahagia. Jangan jadi macam rumahtangga i yang dah karam ni. "

Azhar berdehem. Agak terkejut dengan kenyataan yang keluar mulut Zita. Sungguh tidak diduga! Seakan faham rasa terkejut Azhar, Zita hanya melemparkan senyuman kecil.

" kita ni senasib Har...."

Azhar sudah menelan air liur. Sungguh, langsung tidak terlintas dikepalanya, perempuan cantik yang kelihatan sangat tenang, sentiasa ceria dimatanya itu menyimpan sejarah hidup yang amat berliku!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...