Tuesday, March 2, 2010

Istikharah Terakhir - Bab 18



Bab 18

Azhar melambaikan tangannya pada Sarah yang sudah selamat melepasi pagar Taska An-Nur. Saling bertukar flying kiss antara mereka. Cikgu Mashitah dilihat Azhar turut tersenyum melihat aksi Azhar dan Sarah sebelum memimpin Sarah masuk kedalam rumah berkembar dua tingkat bercat hijau putih itu. Tubuhnya melepasi perut kereta lalu perlahan-lahan enjin dihidupkan. Tali leher warna biru gelap diperkemaskan ikatannya. Kemeja putih berjalur biru gelap halus yang menghiasi tubuh tegapnya nampak cukup sepadan dengan tali leher yang dipilih Sarah pagi tadi. Azhar memandang cermin belakang lalu menoleh pada cermin sisi. BMW hitam 523inya sudah mengorak keluar dari kawasan Taska An-Nur menuju ke jalan utama.


"morning Azhar.."


"good morning Nancy. Hmmm,you look very nice with that outfit."


Azhar melemparkan senyuman pada setiausahanya yang cantik berbaju kurung Kedah rona merah jambu. Nancy hanya tersenyum mendengar pujian dari ketuanya itu. Azhar walau baru dikenali sejak kembali bertugas di ibu pejabat kira-kira 4 bulan lalu memang seorang ketua yang sangat berwibawa, tegas namun dia juga mesra dengan setiap kakitangan bawahannya. Karismanya sebagai ketua tidak langsung dilunturkan dengan sifat mesranya itu.

Langkah Azhar ke biliknya diikuti Nancy dari belakang. Beg sandangnya sudah diletakkan diatas meja kayu berwarna hitam yang teralas cermin dipermukaannya. Kerusi dihadapan ditarik perlahan. Tubuhnya sudah dilabuhkan pada kerusi empuk tersebut. Laptop yang sudah sedia terpasang dan diaktifkan oleh Nancy dihadapan dipandang sekilas. Memang Azhar yang mengarahkan sedemikian. Mudah untuknya. Menjimatkan masa menunggunya.

"any changes on my appointments today Nancy?"

Organizer empat segi berwarna hitam sudah sedia terbentang ditangan Nancy.

" All of your appointments today are accordingly to what i've told you yesterday evening except the GST meeting and presentation from EY will be change to 2.30pm...they got another presentation before that in town at 11.30am. Aaron Smith's secretary rang me up this morning to reschedule it. They do not want to be late and keep you waiting. Since your next meeting will be at 4.30pm, i think it shouldn't be a problem to you and Zamri. I've call him to mentioned about the changes. He's fine with the time."

Azhar sudah menganggukkan kepala.

"Azhar, Tan Sri was here just now...he's looking for you." Azhar sudah mengangkat kening sambil mencebikkan bibirnya. Nancy sudah tersenyum. Tahu dengan tabiat ketuanya yang satu itu bila tiap kali nama Tan Sri Zakaria disebut. Mungkin sedikit rimas dengan kekerapan Pengarah Urusan itu mencarinya. Nancy tahu Tan Sri Zakaria amat menyenangi kehebatan Azhar mengendalikan setiap tugasnya. Lantaran itulah kontrak kerjanya di Amerika tidak disambung kerana Tan Sri Zakaria mahu Azhar menaburkan kepakarannya di tanah air sendiri.

"he sent regards to you...wanna see you at his office ASAP." Sekali lagi Azhar menganggukkan kepalanya.

"ok Nancy. Thanks. Do me a favour Nancy...a cup of plain milo. " Azhar melemparkan senyuman pada Nancy. Nancy tersenyum manis sambil menganggukkan kepala. Langkah tertibnya diatur melepasi pintu bilik Azhar. Perlahan tombol pintu ditarik.

Nancy sudah mengatur langkah ke arah mejanya dihadapan. Dilihat Zamri sedang menghala ke arahnya.

"Nancy..Azhar in ?"

"yup..just arrived...tak panas lagi punggung dia kat kerusi baldu tu Zam." Zamri sudah ketawa kecil mendengar kata-kata Nancy.

"i masuk jap...ada hal sikit nak discuss meeting GST petang nanti.."

"ok..i nak buatkan boss i tu milo kosong..you nak ke Zam?" Zamri sudah menggelengkan kepala.

"apa daa boss you minum milo kosong...tawar!" Nancy angkat bahu lalu pantas menghantar langkah ke bistro untuk secawan milo kosong Azhar.

Ketukan di pintu kedengaran seraya bunyi tombol pintu dibuka dari luar. Tersembul kepala Zamri disebalik pintu

"got time?.."Azhar yang sudah sedia berdiri memandang pada wajah Zamri.

"GST tu ke?" Zamri menganggukkan kepala. Perlahan.

"aku nak pergi mengadap MD jap...nanti lepas tu aku pergi bilik kau then kita discuss..ok?"

"alright."

Lif sudah ditekan. Terbuka pintu lif dan pantas diloloskan tubuhnya ke dalam. Nombor 27 ditekan. Itu tingkat dimana Tan Sri bersemayam. Bersemayam?, Azhar sudah tersenyum kala mengingkatkan perkataan itu. Itu yang disebut Zamri juga kakitangan yang lain. Kedengaran bunyi "ting" memberitahu dia sudah ditingkat yang ingin dinaiki tadi. Langkah diatur melepasi pintu kaca yang merupakan sempadan antara pintu lif dan ruang pejabat Tan Sri Zakaria yang serba luas. Saat dimenolak pintu kaca tersebut terpancar senyuman manis Mustika, setiausaha peribadi Tan Sri Zakaria.

"Encik Azhar, sila...Tan Sri sedang menunggu di dalam." sopan, tertib tuturkata wanita awal 40an yang dimaklumkan sudah lama memegang jawatan tersebut dan menjadi orang kepercayaan Tan Sri Zakaria.

"terima kasih kak Mustika." Mustika menganggukkan kepala sambil melempar senyuman manisnya pada Azhar.

"Tan Sri..."

"ha Azhar..come!"

* * * * * * *

Zamri sedang tekun memandang di skrin laptop sambil jari-jemarinya pantas rancak dan tangkas menari di papan kekunci. Pintu bilik yang luas ternganga membuatkan dia tidak sedar kehadiran Azhar. Langkah diatur Azhar perlahan-lahan merapati meja Zamri yang berselerak dengan timbunan kertas-kertas. Azhar berdehem. Zamri pantas mengangkat wajahnya ke atas.

"dah selesai?" Azhar mengangguk.

"ok..we can start our discussion. Sini or kat sofa sana?" Azhar menunjukkan jam dipergelangan tangannya. Spontan Zamri juga menoleh pada jam pada pergelangan tangan kirinya.

"laa, pukul 1 dah...patutlah okestra kat dalam perut aku dah beri lintas hormat..." Azhar sudah ketawa. Zamri sudah bangun seraya melangkah ke hadapan.

"mana kita?"

"belakang Tropicana City?"

"cantiklah tu..lama tak makan ikan bakar ni Har..."

"jom.."

Kereta sudah diparkir di bahu jalan. Kawasan yang berhampiran Damansara Specialist itu sudah mulai dipenuhi orangramai yang mahu menikmati makan tengahari. Azhar dan Zamri sudah mengatur langkah ke gerai Diah di hujung sebelah kiri. Gerai favourite mereka berdua yang terkenal dengan hidangan ikan bakar dan puluhan lauk pauk yang beraneka jenis. Azhar sudsh melipat lengan kemejanya sedikit. Pinggan sudah dihulur Zamri yang berada dihadapannya.

"penuh ni Har...mana nak duduk." Mata mereka berdua cuba mencari meja yang masih kosong. Dan saat itu Zamri terpandang wajah seseorang yang amat dikenali yang kebetulan sedang menoleh padanya pada meja yang paling hujung di belakang sudut kanan restoran Diah. Zamri menyiku Azhar lalu memuncungkan bibirnya ke arah si dia. Azhar sudah tersenyum lebar. Senyuman mereka berdua saling berbalas. Gamitan tangan dari si dia membuatkan Azhar menganggukkan kepala.

"hmm..si Diya Mirza kau tu Har memang mengancam la!...cun giler!"

"siapa kau sebut tadi ? Diya Mirza?"

"Zita kau tu memang iras Diya Mirza...especially bila dia senyum..sweetnya!"

"sapa tu?"

"tak kenal?...kau memang semuanya tak kenal, perempuan orang putih je la yang kau kenal!, dah, nanti aku cerita balik office nanti...cepatlah jalan aku lapar ni Har.."

Zita sudah tersenyum menyambut Azhar dan Zamri.

"come, duduklah Azhar, Zamri." Mata mereka berdua bertembung dengan mata lelaki separuh abad yang duduk disebelah Zita. Saling bertukar senyuman dan hormat. Azhar dan Zamri menghulurkan tangan.

"Azhar, Zamri..kenalkan ini papa Zita, Zainal...Papa ni Azhar, anak Tun Penghulu kat kampung papa tu..dan ni Zamri kawan sepejabat Azhar."

Tuan Zainal menganggukkan kepala. Tersenyum.

"anak Hajah Zainah dengan Haji Ismail ye ?" Azhar menganggukkan kepala.

"ye pakcik..."

Pandangan Azhar dan Zita bertemu. Saling bertukar senyuman. Melihat senyum Zita, Azhar teringat kata-kata Zamri sebentar tadi. Jawapan yang bakal terjawab sekembalinya mereka ke pejabat nanti.

Diya Mirza..Zita iras Diya Mirza?...sapa pulak Diya Mirza ni...Ex's Zamri ke, issy selisih!

No comments:

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...