Tuesday, March 9, 2010

Songket Hijau Buat Ku'a - Bab 20


Bab 20

"gila punya lawak la Ku'a!" Itu kata Azarina. Ya, memang lawak sungguh pun!

Lawak yang buat nafasnya hampir tersekat...fuhhh, kus semangat, nasib baik tak tergolek kat lantai restoran..kalau tak, mahu malu setahun dibuatnya...

Sungguh tidak disangka-sangka dan mengejutkan betul....memang la diorang berdua tu bisa buat jantungku ini terkejut banget deh!

Ku'a sudah tersenyum-senyum sendiri. Menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Dia memandang laptop di atas meja di sudut kamarnya. Azrief, Azrief..awak rupanya ye si wira angkasa yang sering menjadi teman bicara maya saya. Ku'a cuba menerawang jauh menggali rangkaian dan siri perbualan mereka berdua di alam cyber dahulu. Memang diakui dia senang berbicara dengan si wira angkasanya itu. Pilihlah apa topik sekalipun, pasti rancak jadinya cakap-cakap mereka berdua...ada-ada saja benda yang hendak diborakkan. Azrief memang "ramah" di alam chatting mereka. Azrief sangat mengagumkan Ku'a dengan petah bicaranya, susunan bahasanya.

Dan paling mengejutkan Ku'a saat dia memperkenalkan diri pada Ku'a kala pertemuaan pertama mereka itu. Ku'a yang terkaku bagaikan si patung cendana namun Azrief sebaliknya pula, sungguh tenang...siap senyum lagi, issy!

"songket hijau tu Ku'a la rupa-rupanya ye...ya Allah, kecilnya dunia!"

Ku'a cuma mengangguk-anggukkan kepala. Sudah tidak mampu untuk senyum. Urat senyum bagai sudah terputus dengan kejutan yang diterima...yang dibentangkan didepan mata. Azrief pula yang senyumnya makin lebar. Aduh, malunya!

Ku'a melihat Azarina yang sangat selamba mendepani Azrief dan Mustaffa. Boleh lagi dia menemuduga Azrief bagaimana boleh mengenali Ku'a. Teruk betul la Azad ni, tu rahsia la!

Kedengaran pintu diketuk dari luar. Perlahan tombol pintu dipulas. Kepala Azrina sudah terjenguk separuh sambil memandang Ku'a diatas katil.

"boleh aku masuk?..ke kau tengah sambung "borak" dengan si mamat wira angkasa sebelah rumah kita ni?..sorilah kalau aku mengganggu perbualan mesra korang berdua."

Ku'a capai bantal kecil dihujung kaki lalu melontarkannya pada Azarina. Pantas ditangkap oleh Azarina. Langkah diatur ke arah katil.

"weh, gila ganas dah hang la ni Ku'a...ni mesti terjangkit virus ganas mangkuk-mangkuk sebelah tu kan?. aku memang dah agak dah, takdak orang lain yang menyebarkannya. Rosak sungguh peribadi santun kawan aku yang set-set perempuan melayu Kedah terakhir ni no!"

Ku'a sudah melepaskan ketawanya. Azad ni ada ja idea mengarut dia!

Azad sudah naik ke atas katil lalu berbaring disebelah Ku'a.

"weh Ku'a...hang biaq betul. Ya ka nak terus kawan ngan mangkuk sekoq tu?issy, seriau la aku."

Ku'a sudah menjeling pada Azarina.

"hang ni, nama dia Azrief..bukan mangkuk, mangkuk!"

"wah, hang pasal jejaka tu sanggup hang memangkukkan aku ya, sungguh tak ku sangka!"

"hang ni kannnn!" Ku'a menarik bantal diatas kepalanya seraya mengetuk kepala Azarina dengan bantal. Mereka saling berbalas-balas pukulan.

"fuhh, hang boleh masuk WWF ni Ku'a...spesies ganas rupanya hang ni!"Ketawa mereka berdua sudah tercetus.

Jeda.

"Ku'a..."

"hmm..."

"hang yakin ka nak kawan dengan mang...Azrief tu?"

"awatnya, kawan ja kan...apa salahnya, lagipun dia ok ja aku tengok. Aku suka cara dia...best borak dengan dia hang tau." Azarina sudah mencebik. aku suka cara dia, kunun...ciss!

"dah tu Zaid camna? hang nak pi campak dia kat mana?"

"camna pulak. Dia pun kawan aku jugak kan. Awat, tak bolehkah aku kawan ngan depa berdua dalam masa yang sama?" Ku'a sudah angkat kening pada Azarina yang menggoyang-goyangkan jarinya.

"hoho...mana boleh. Hang kena pilih satu. Hang tak boleh la menduakan salah sorang dari mereka...berdosa Ku'a!" Ku'a sudah membulatkan matanya pada Azarina.

"menduakan? berdosa?, ni apa hang mengarut lagu ni Azad. Hang sihat ka dak ni. Demam ka?" Dahi Azarina sudah ditekap Ku'a dengan tapak tangan kanannya. Azarina pantas menolak.

"weh, aku sihat..belum sampai 39 darjah celcius lagi. Hang tu yang dah parah."

Ku'a membetulkan duduknya. Azarina juga diminta duduk. Mereka saling mengadap antara satu sama lain di atas katil Ku'a.

"Azad, aku cuma kawan ja dengan depa tu. Dua-dua pun aku suka, dua-dua pun aku senang berkawan. Kalau memang ada nasib baik aku dengan salah sorang antara depa, alhamdulillah..amin" Ku'a sudah meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.

"tapi...kalau bukan depa tu destinasi yang telah ditetapkan untuk aku tapi orang lain, aku redha kerna aku tahu Dia lebih tahu apa yang baik untuk hamba-Nya."

Azarina sudah menganggukkan kepala. Ya, Ku'a betul. Siapalah dia untuk mengatur hidup temannya itu sedangkan segalanya sudah tertulis. Cuma belum diisytiharkan sahaja. Tunggu sahaja masanya akan tiba nanti.

"hang sibuk kat hal aku..hang tu dengan dia macammana?" Azarina sudah mengerutkan dahi. Dia?, dia tu sapa?..

"apa yang hang cakap ni Ku'a.."dia" sapa ni?"

Ku'a sudah melebarkan senyumanya sambil menunjukkkan jarinya pada arah sebelah. Dahi Azarina tambah berkerut. Ku'a sudah makin lebar senyumnya kala memandang wajah rusuh Azarina.

"Mus...Mustaffa...Kapten Mustaffa, jiran sebelah!"

Pantas bantal kecil di tepi tilam di capai lalu dihayun ke arah Ku'a.

Ketawa nyaring diselang dengan jeritan mereka berdua yang sudah rebah dikatil bergema di dalam kamar itu.

"Azad..sakit weh, hang lagi ganasss...habislah si Mus!"

"Ku'aaaaa!"

2 comments:

Aishah Hamzah said...

comel.........cpt2 la si azad ngan mus....wahahahah nk ku'a ngan azrief.........blh gitu bagi cadangan? hehehe

kucc_aprilsnow said...

sara - hehe, tungguuuu!...cadangan akan dipertimbangkan, hahaha

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...