Sunday, March 7, 2010

Bukan Idaman Hati - Bab 1

Bab 1

"Kotarayaaa!...Pudurayaaaa!..."

Matanya yang masih melekat pada kelopak ternganga tiba-tiba saat mendengar suara soprano konduktor bas Metro no.57 yang dinaiki menjerit melantunkan suara yang memeritkan telinga. Noor yang masih terpisat-pisat memanjangkan leher lalu melihat perempuan Indonesia yang bertubuh gempal dan sedikit rendang itu sudah berdiri di tengah-tengah laluan penumpang. Dengan berkemeja T biru tua bersama rambut panjang yang ditocang kemas dia pantas menjadi penguar-uar destinasi pada para penumpang.

"mari mari....Kotaraya!..Puduraya!..ha sapa mahu turun Kotaraya, Puduraya turun sini..."

Noor sudah menggosok-gosok cuping telinganya. Kuatnya suara!, pecah gegendang telinga aku la...suara kau tu dah la tak sedap kak, jadi tak payahlah kau buat sumbangsih suara pagi-pagi ni. Sebelah tapak tangan diusap pada hujung kiri dan kanan mulutnya. Manalah tahu kala enak menganyam mimpi sepanjang perjalanan dari Sentul ke pusat bandar ada benda yang tidak diingini menjengah keluar dari rongga mulutnya. Basah! alamak, macammana aku boleh tak terasa ni,tidur mati sungguh aku ni, ciss! Noor toleh disebelah. Dada diusap perlahan beberapa kali. Nasib baik dah turun, kalau tak mahu malu setahun aku! Pantas dikeluarkan sapu tangan dari beg sandang lalu ditonyoh pada permukaan bibirnya.Malunya!

"cepat! cepat!...sapa mahu turun sini, cepat la turun karang driver dah jalan baru terhegeh-hegeh nak turun..."

Noor yang tadinya terleka dan mamai, tergesa-gesa ke arah pintu. Pantas tangannya dihala ke arah konduktor itu bila dirasakan bas sudah mula bergerak.

"nantiiii! nanti!...saya nak turun la!..berhentiiiiii!..." Noor sudah berdiri di pintu, sambil sebelah kaki sudah mencecah tangga. Suara nyaringnya membuatkan bas dibrek secara tiba-tiba. Noor sudah terjerit kecil. Tubuhnya sudah tersandar pada besi penghadang pintu. Kepala yang terhantuk digosok perlahan dengan tapak tangan kanannya...issy gila ganas betul driver ni! Penumpang yang masih ada sudah menoleh padanya. Ada yang tersenyum, ada yang ketawa dengan telatah lucu Noor. Konduktor itu sudah menjeling padanya. Budak ni lagi!...kacau betul la kau ni!

"haa, baru sekarang kau nak turun..tak dengar ke orang jerit tadi...cepat, cepat!, issy leceh betul budak sorang ni!" Noor sudah menjual sengih pada si konduktor sambil mengangkat tangan dan menganggukkan kepala pada si tukang bawa bas. Pemandu dihadapan hanya menggeleng-gelengkan kepala...macam-macam perangai!

Jam ditangan dipandang sekilas. Issy, tak sempat la...

Gerai menjual kuih-muih dibelakang lorong bangunan Kotaraya dihampiri. Pantas tangannya mencapai plastik berwarna kuning yang sedia digantung ditepi gerai. Penyepit dicapai lalu dicapai dua keping kuih karipap yang baru diangkat dari kuali. Dicapai sekeping kuih ketayap. Sehelai not seringgit dan sekeping duit syiling 20 sen yang sudah sedia didalam poket jeannya birunya dikeluarkan lalu dihulurkan pada si penjual yang sedang sibuk melayan para pelanggan yang mengerumuni gerainya.

"kak Mah, tiga ye..."plastik diangkat ke atas. Si penjual menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"ha, Noor...kau tu keje baik-baik, jangan kau mimpi pulak masa rawatan karang tercucuk bibir orang...naya!" Noor mengenyitkan mata sambil ketawa. Ada-ada je Kak Mah ni...

Noor melintas jalan lalu pantas langkah diatur ke arah bangunan kedai di hadapan. Kepala didongak sepintas memandang ke atas. Tersergam papan tanda Dr. Chang & Partners Dental Surgeon. Ha, betul. Tangga dipanjat laju. Pintu kaca ditolak perlahan. Loceng yang digantung pada bahagian atas pintu bergoyang-goyang dan mengeluarkan bunyi saat ditolak Noor. Jenny sudah menjengukkan kepalanya memandang ke arah pintu. Senyuman diukir.

"morning Jenny."

"morning Noor."

Jenny sudah masuk semula ke dalam bilik rehat. Noor menuju ke arah bilik loker. Beg sandangnya dimasukkan ke dalam loker yang tertera namanya. Kemeja putih lengan panjang yang tergantung di depan pintu loker dicapai lalu disarungkan ke badan. Rambut lurus paras bahu dikemaskan dengan kaupan jari-jemari sahaja. Noor sudah melangkah keluar dari stor sambil menjinjit plastik berisi kuih yang dibeli tadi. Jenny didalam bilik rehat dijenguk. Wah, sedapnya...sambal sotong!

"you dah breakfast Noor?" tanya Jenny dengan mulut yang sibuk mengunyah nasi lemak sambal sotong. Noor cuma menggelengkan kepala sambil mengangkat plastik ditangan. Dia melabuhkan duduk dihadapan Jenny yang masih tekun mengadap nasi lemak dengan penuh berselera.

" you tak beli nasi lemak?" Noor kembali menggelengkan kepala. Lafaz bismillah disebut perlahan. Karipap sudah disua ke mulut.

"dah lambat la Jenny...time ni kalau aku pergi mesti dah panjang barisannya. Pakcik tu peminat dia memang ramai, berduyun-duyun...Malas la aku tunggu ambik autograph daun pisang dia." Jenny sudah ketawa dengan lawak lucu Noor.

"apasal you lambat?...tidur lewat lagi semalam?...menjahit? " Noor sudah bangkit lalu membuka kabinet. Jenny hanya memerhati perilaku teman sekerjanya itu. Mug berwarna coklat muda yang ada sudu kaca didalam dicapai. Kampit kecil Milo 3 in 1 didalam balang plastik dihadapan dicapai lalu dikoyakkan dan isinya dicurahkan ke dalam mug. Air panas yang sudah sedia dimasak oleh Jenny dituangkan kedalam mug. Dikacau lalu disudu sedikit ke mulut.

"jahit baju kawan serumah aku. Dia nak pakai cepat. Ada kenduri minggu depan. Dia nak balik rabu ni. Aku tido pukul 3 pagi. Ngantuk gila ni Jenny...aarhhh!" Jenny sudah menggelengkan kepala melihat noor yang menguap sambil menutup mulut. Sedikit simpati pada Noor. Gadis itu sangat bekerja keras demi menyalurkan bantuan pada keluarga di kampung.

"eh Jenny, air compressor kau dah on?" Jenny menganggukkan kepala. Jenny sudah bangun mencuci sudu di sinki. Noor turut serta mencuci mug dan sudu kacanya lalu disimpan semula ke dalam kabinet.

"Connie tak sampai lagi ke?...Rajes pun sama?"

"good morningggggg!.."

"cho saan Jenny!" Jenny sudah angkat kening pada Noor sambil ketawa.

speak of the devils!.

"this morning you assist Dr Farid...ada new patient...buat examination, OPG and SP. Use TR 2. Bilik X-ray i dah on kan." Jenny sudah menyelak diari dihadapan. Noor sudah menganggukkan kepala.

" me lorr?"

"i Jenny?" Connie dan Rajes sudah menyampuk dihadapan.

"Connie you assist Dr Chang...new orthodontic patient...adult. TR 1." Connie sudah menggarukan kepala.

"Rajes...you assist Dr Chia..RCT, 1st stage. TR 3."

Noor, Connie dan Rajes sudah ke mengatur langkah ke bilik rawatan masing-masing. Mahu menyediakan peralatan untuk sesi rawatan yang bakal dibantu mereka.

"Haiya..saya tak sukalah itu orthodontic treatment...sangat susah la maa!"

Noor sudah menjenguk pada bilik rawatan di sebelah. Mulut Connie dilihat terkumat-kamit.

"Connie, apasal you tak suka?"

"ini treatment macam-macam stage and instruments maaa Noor. Saya sudah tua lor selalu lupa itu stage and instruments, nanti itu Dr Chang mesti marah lagi lorr. Saya takutlah." Noor memandang wajah Connie yang menggambarkan rasa susah hati yang teramat.

"ok..kita tukar. You assist sini, saya assist sana..orait?" Wajah Connie sudah bercahaya. Namun kemudian kembali berkerut. Tangan Noor pantas ditarik. Suaranya diperlahankan sedikit sambil kepala menjenguk ke arah pintu.

"tapi Jenny mesti tak bagi punya Noor. Dia selalu suka bagi saya buat orthodontic. Dia cakap saya mesti belajar ni orthodontic. Saya memang tak bolehlah Noor...macammana sekarang?"

Noor menepuk bahu temannya itu. Benar, pada usia yang sudah melebihi 40-an, agak sukar untuk seseorang seperti Connie untuk belajar langkah-langkah rawatan orthodontic yang pelbagai dan rumit. Sedangkan dia yang muda pun perlu merangkak-rangkak sebelum mahir. Noor maklum akan itu.

"you don't worry...nanti saya cakap sama dia...mesti ok punya."

"thanks haa Noor. You memang baik hati. Tuhan mesti sayang sama you." Noor sudah tersenyum.

Pintu kedengaran ditolak. Langkah sepasang sepatu menyapa telinga. Noor sudah menjenguk keluar dari bilik rawatan 1.

"morning Jenny....is Dr Chang already in?"Jenny sudah menganggukkan kepala. Bahu Jenny dicuit sambil bibir memuncung pada pesakit remaja yang sedang duduk disofa hadapan sambil asyik menekan-nekan butang telefon bimbit di tangan.

"orthodontic?"

"yup".

ok, your patient is here Noor!

nota kaki:

1. SP - scaling and polishing.

2. OPG - orthopantomogram picture.

3. RCT - root canal treatment.

4.Orthodontic - straightening of teeth treatment.

5. TR - treatment room.

4 comments:

Aishah Hamzah said...

awak blaja dental ke? bagus2 nie buat pengetahuan....hehe best2 sambung lagik!

Che Sue said...

lain dpd yg lain suasana citer.. mmg best! keep it up sis! :D

kucc_aprilsnow said...

sara - ada Xperience dulu2..hehe

sue - thks to you too sis!

Anonymous said...

gud job,kucc..

but...kenapa bukan idaman hati boleh bc spai episod 31 je..yg leh xleh access,kuar page not found?
n enovel nie ada yg dinovel kan dah k?klu ad,pe tajuk komersil dia yea?
thanks...sb bila bc novel kucc release stress..^_^

Hati Ini Pilih Kamu

"Saya dah tak ada hak lagi nak duduk kat rumah tu." Rumah tu milik Zainal. Dan isyarat kak long yang humbankan beg pakaian aku be...